SlideShare a Scribd company logo
1 of 43
1




                                     BAB 1




                              PENDAHULUAN




1.1        Pengenalan




           “ Negara selalu digemparkan dengan kematian akibat terperangkap
semasa kebakaran. Amat menyedihkan lagi terdapat mangsa menjerit-jerit meminta
pertolongan sebelum menghadapi kematian, tetapi orang ramai tidak dapat
melakukan apa–apa tindakan disebabkan jeriji yang dipasang mati pada tingkap
mahupun pintu.


           Alangkah sedih dan kesal selepas kebakaran dapat dipadamkan,
didapati mayat mangsa yang terperangkap tadi berada berhampiran pintu atau
tingkap yang telah dipasang jeriji. Jika tiada jeriji atau jeriji yang boleh dibuka
mungkin mangsa dapat diselamatkan.”


( Petikan Pendahuluan Buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji Di Kediaman Oleh
Ketua Pengarah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) [1] pada 1 Ogos
2004 )
2


            Rekabentuk jeriji keselamatan yang sediada pada pintu dan tingkap di
kediaman kebanyakannya tidak menepati aspek keselamatan secara keseluruhannya.
Ini kerana rekabentuk yang ada hanya memfokuskan untuk mencegah kepada kes-
kes kecurian sahaja tanpa mengambil kira aspek lain seperti keselamatan penghuni
ketika waktu kebakaran dan kecemasan (gempa bumi, rompakan, banjir, tanah
runtuh, letupan gas, litar pintas dan kehilangan anak kunci).


            “ Rekabentuk dan pemasangan jeriji keselamatan pada masa kini, telah
menjadi salah satu perangkap maut kepada penghuni dan menyukarkan pasukan
penyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di kediaman apabila
berlaku kecemasan.”

( Petikan Dari Ucapan Ketua Pengarah, JBPM [1] Negeri Pahang )

            Oleh yang demikian, satu penambahbaikan perlu dibuat dengan
merekabentuk jeriji keselamatan yang mudah dibuka tanpa menggunakan kunci dari
dalam kediaman oleh penghuni ketika berlaku kecemasan.




1.2         Penyataan Masalah




            Pemasangan jeriji keselamatan jenis tetap dan bermangga pada tingkap
dan pintu kediaman merupakan salah satu halangan utama bagi mangsa untuk
melepaskan diri ketika kecemasan.


            “KUALA KRAI: Seorang ibu menyelamatkan tiga anaknya dalam
kebakaran rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini, semalam, sebelum maut
apabila terperangkap selepas gagal membuka jeriji pintu utama.”

(Petikan diambil daripada myMetro, 7 Mei 2011)
3


           Mangsa akan terperangkap disebabkan jeriji keselamatan berkunci dan
tidak dapat dibuka dengan segera. Hal ini terjadi kerana mangsa bergegas keluar dari
rumah untuk menyelamatkan diri dan dalam situasi panik, mereka terlupa di mana
letaknya anak kunci tersebut. Kejadian ini akan mengakibatkan mangsa terperangkap
di dalam rumah.

        “Norma Ali, 25, yang sedang mengandung anak sulung, terperangkap di
antara pintu rumah dan pintu jeriji di bahagian hadapan rumahnya ketika sedang
tergesa-gesa hendak keluar rumah berikutan gegaran gempa bumi yang berlaku
petang tadi.”

(Petikan diambil daripada Laporan Bernama, 30 September 2009)

           Manakala bagi pasukan keselamatan pula, jeriji keselamatan yang
dipasang oleh penghuni akan melambatkan proses untuk menyelamat dan
mengeluarkan mangsa ketika kecemasan kerana pasukan keselamatan perlu
memotong jeriji keselamatan yang bermangga dan berkunci terlebih dahulu sebelum
dapat menyelamatkan mangsa.




1.3        Objektif




           Objektif projek ini adalah seperti berikut :

           1. Mengenalpasti kadar        kebakaran di rumah kediaman bagi Negeri
                Selangor.

           2. Merekabentuk satu jeriji keselamatan pada tingkap atau pintu yang
                menepati Garis Panduan Pemasangan Jeriji di Kediaman [3] oleh
                JBPM.

           3. Menentukan keberkesanan pemasangan jeriji keselamatan dari segi
                masa, kos, kualiti dan fungsi.
4




1.4        Skop Projek




           Projek ini akan dijalankan di kawasan rumah kediaman bagi memastikan
keselamatan penghuni ketika berada di rumah mahupun ketika penghuni tiada di
rumah.
           Dengan adanya Smart Grill ini, penghuni dapat mencegah risiko
kecurian, rompakan, dan kematian akibat terperangkap ketika berlakunya kebakaran
atau kecemasan.

           Kawasan kediaman dipilih disebabkan kadar peningkatan kemalangan
akibat berlakunya kebakaran. Selain itu, kerana kurangnya ciri-ciri keselamatan
seperti tiada pengawal keselamatan untuk mengawasi rumah dan juga tiada
pemasangan alat-alat penggera keselamatan di kawasan rumah.

             Penekanan aspek keselamatan yang menyeluruh dalam merekabentuk
dan memasang jeriji keselamatan perlu diutamakan supaya objektif projek dan
keberkesanan pelaksanaannya berjaya dicapai.
5




                                      BAB 2




                            KAJIAN LITERATUR




2.1         Pengenalan




            Kajian literatur bertujuan menghuraikan tentang kajian terhadap
peralatan pencegah kebakaran di Malaysia, kelemahan-kelemahan yang wujud pada
jeriji keselamatan yang sediada, masalah-masalah yang perlu diatasi dan teori-teori
sokongan yang berkaitan agar objektif utama kajian ini tercapai.


            Kajian ini tidak hanya tertumpu kepada kelemahan yang ada pada jeriji
keselamatan semata-mata bahkan juga kelemahan yang ada pada sistem keselamatan
yang lain seperti alat pengera keselamatan, alat pengesan asap, sistem automatik
pembukaan jeriji dan ‘grill lock’.
6


2.2         Kajian Terhadap Keselamatan Kebakaran




            Di Malaysia, kebakaran diketahui telah memberi ancaman kepada nyawa,
harta benda dan alam sekitar. Merujuk statistik kemalangan akibat kebakaran, rumah
kediaman mencatatkan jumlah yang paling tinggi berbanding premis-premis lain dan
kadar tersebut meningkat pada setiap tahun.


            Manakala data statistik kebakaran yang berlaku di rumah kediaman
mengikut negeri pula menunjukkan Negeri Selangor mencatatkan jumlah yang
tertinggi berbanding negeri-negeri lain.


            Mohd Sufyan (2009) [2] juga pernah menganalisis statistik kebakaran
yang melibatkan bangunan antara tahun 2004 hingga 2008 di mana data tersebut juga
menunjukkan bahawa pada tahun 2004, rumah kediaman mencatatkan sebanyak
1497 kes, pada tahun 2005 sebanyak 1689 kes, pada tahun 2006 sebanyak 1741 kes,
pada tahun 2007 sebanyak 1735 kes dan pada tahun 2008 sebanyak 1775 kes. Ini
jelas menunjukkan bahawa rumah kediaman merupakan penyumbang utama kadar
peningkatan kes kebakaran di Malaysia.




2.3         Jeriji Keselamatan Jenis Tetap




            JBPM [1] telah menghasilkan satu buku Garis Panduan Pemasangan
Jeriji Di Kediaman pada tahun 2004 [3]. Buku ini dihasilkan bertujuan untuk
memberi kefahaman tentang konsep asas dan syarat-syarat pemasangan jeriji di
kediaman.


            Menurut satu kajian yang dibuat oleh JBPM [1] Negeri Pahang, jeriji
keselamatan jenis tetap kebanyakkannya dipasang pada tingkap jenis ram kaca boleh
laras, tingkap bukaan keluar dan tingkap jenis gelangsar. Jeriji ini dipasang pada
7


kesemua tingkap yang terdapat dalam rumah seperti bilik-bilik tidur, bilik air, ruang
tamu dan dapur seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.1 dibawah.




         Rajah 2.1: Jeriji Keselamatan Jenis Tetap Dipasang PadaTingkap

           Kebaikan pemasangan jeriji jenis ini ialah pencuri tidak dapat memecah
masuk ke dalam rumah melalui tingkap yang ada. Tetapi apabila berlaku sesuatu
kebakaran ataupun kecemasan, penghuni yang berada dalam rumah tidak dapat
melepaskan diri melalui tingkap tersebut kerana dihalang oleh pemasangan jeriji
jenis tetap ini. Perihal ini terjadi apabila kebakaran tersebut berlaku pada laluan
keluar kecemasan utama seperti di bahagian pintu bilik tidur, pintu dapur dan pintu
utama (pintu depan rumah).
8


2.4          Jeriji Keselamatan Jenis Bermangga dan Berkunci




             Jeriji keselamatan jenis bermangga dan berkunci ini dipasang pada
tingkap jenis bukaan keluar, tingkap jenis gelangsar, pintu jenis bukaan ke dalam,
pintu jenis bukaan keluar dan pintu jenis gelangsar seperti yang ditunjukkan dala
rajah 2.2 di bawah.




Rajah 2.2 : Jeriji Keselamatan Jenis Bermangga dan Berkunci Dipasang Pada Pintu

             Kebaikan pemasangan jeriji jenis bermangga dan berkunci ini boleh
digunakan sekiranya berlaku kebakaran di laluan kecemasan utama yang terdapat di
dalam rumah, dimana penghuni boleh melepaskan diri melalui tingkap yang
berdekatan dengan membuka selak kunci atau pun mangga kunci yang terdapat pada
jeriji tersebut.

             Namun begitu, dalam situasi panik, penghuni tidak dapat mencari anak
kunci untuk membuka mangga kunci tersebut menyebabkan mangsa akan
9


terperangkap. Hal ini diburukkan lagi sekiranya anak kunci tersebut hilang dan tidak
mempunyai set kunci pendua.

           Terdapat beberapa kes mangsa maut dan terperangkap akibat halangan
jeriji di rumah kediaman. Pada 9 Julai 2011, satu kejadian kebakaran berlaku di
Sandakan, Sabah. Kejadian ini meragut sebanyak 6 orang yang menghuni kediaman
tersebut. Pihak media melaporkan bahawa kesemua penghuni tersebut gagal
menyelamatkan diri kerana pintu dan tingkap rumah tersebut berjeriji. Mangsa
tersebut juga dipercayai gagal menemui kunci pintu dan kunci jeriji kerana panik.
(Sumber dari laman web easycomeseasygoes.blogspot) [4] .

           Satu lagi kes mangsa terperangkap akibat halangan jeriji berlaku di
Putrajaya pada 30 September 2009. Mangsa merupakan seorang ibu hamil lima bulan
cemas berikutan terperangkap hampir sejam di rumah kediamannya yang berada di
tingkat teratas pangsapuri 16 tingkat di Presint 14. Mangsa tergesa-gesa hendak
keluar dari rumah tersebut berikutan berlaku gegaran gempa bumi dan menyebabkan
beliau tidak sempat mengambil kunci pintu dan kunci jeriji. Beliau terperangkap
diantara pintu utama dan jeriji disebabkan oleh beliau takut untuk mengambil kunci
yang tertinggal di dalam rumah. (Sumber dari laporan media Bernama) [5].

           Menurut Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri
(2012) [6] yang menguruskan kuarters perumahan kakitangan awam yang bekerja di
Putrajaya dan Kuala Lumpur, kelemahan lain yang ada pada jeriji keselamatan jenis
berkunci dan bermangga ini ialah apabila berlaku kerosakan pada mangga kunci
tersebut seperti mangga kunci tidak dapat dibuka setelah memasukkan anak kunci
pada lubang mangga kunci tersebut. Perkara ini selalunya terjadi disebabkan oleh
lubang kunci berkarat.
10


2.5        Sistem Automatik Pembukaan Jeriji Keselamatan




           Sistem Automatik Pembukaan Jeriji Keselamatan ini merupakan satu
inovatif terhadap pemasangan jeriji yang ada. Menurut Mohd Sufyan (2009) [2],
Sistem ini dibangunkan bagi mengatasi kelemahan yang ada pada jeriji keselamatan
jenis berkunci. Rajah 2.3 di bawah menunjukkan alat automatik pembukaan jeriji
keselamatan.




               Rajah 2.3: Alat Automatik Pembukaan Jeriji Keselamatan


           Kelemahan yang ada pada sistem ini ialah ianya bergantung sepenuhnya
terhadap bekalan elektrik. Sekiranya bekalan elektrik terputus maka sistem ini tidak
dapat berfungsi. Begitu juga halnya apabila terdapat serangan virus pada sistem
automatik tersebut.
11


           Kos pemasangan sistem automatik ini adalah tinggi. Hanya penghuni
yang berkemampuan dari segi kewangan sahaja yang mampu memasang sistem ini
pada kediaman mereka. Manakala penghuni yang tidak berkemampuan dari segi
kewangan tidak dapat memasangnya.

           Kos penyelenggaraan pada sistem ini juga adalah tinggi. Penghuni perlu
sentiasa membeli software anti virus yang pelbagai bagi menangani serangan virus
yang menyerang data sistem utama automatik ini. Begitu juga halnya apabila
komponen-komponen peralatan utama pada sistem ini mengalami kerosakan. Kos
penggantian peralatan yang rosak kepada peralatan yang baru juga amat tinggi dan
berkemungkinan peralatan-peralatan tersebut sukar didapati di pasaran tempatan.
Pembekal terpaksa mengimport peralatan tersebut dari negara luar.




2.6        Pengesan Asap dan Pengesan Kebakaran




           Menurut Wikipedia (2011) [7], alat pengesan asap dipasang bertujuan
untuk mengesan asap yang terdapat di dalam rumah. Ini merupakan satu amaran awal
kepada penghuni dan membolehkan penghuni keluar menyelamatkan diri. Rajah 2.4
di bawah menunjukkan alat pengesan asap manakala rajah 2.5 menunjukkan
Sprinkler iaitu sejenis alat untuk memadamkan api dengan menyiram air.




                          Rajah 2.4: Alat Pengesan Asap
12




                                Rajah 2.5 : Sprinkler


           Menurut Wikipedia (2011) [7] lagi, George Andrew Darby merupakan
orang yang pertama mempatenkan alat pengesan haba dan pengesan asap jenis
elektrik pada tahun 1902 di Birmingham, England. Manakala Duane D. Pearsall
membuat inovasi dengan mencipta alat pengesan asap yang hanya menggunakan
bateri berkuasa double A. Alat ini dijual oleh syarikat milik Duane D. Pearshall iaitu
Statitrol Corporation di Lakewood, Colorado.

           Menurut National Buyer House Association (NBHA) (2004) [8], alat
pengesan asap dapat membantu menyelamatkan diri hampir 50% lebih tinggi
berbanding bangunan yang tidak memilikinya.

           Kelemahan yang ada ialah, selalunya penghuni tidak mengendahkan
amaran yang diberi oleh alat ini kerana alat ini akan berbunyi sebaik sahaja
mengesan asap-asap kecil seperti asap rokok. Kos pemasangan dan penyelenggaraan
alat ini juga adalah tinggi dan hanya golongan kaya sahaja yang akan memasangnya
pada kediaman rumah mereka.
13




2.7         Grill Lock




            Grill lock adalah sejenis alat untuk mengunci jeriji keselamatan jenis
gelangsar pada tingkap jenis bukaan keluar dan tingkap jenis gelangsar. Alat ini
mudah dipasang dengan hanya membuat lubang pada dinding konkrit di bawah jeriji
tingkap dan mengetatkannya dengan skru.


            Sistem penguncian utama pada alat ini ialah pin berdiameter 5mm
dipasang dibahagian bawah alat untuk menahan sebatang besi bar penahan yang
berada berdekatan dengan bahagian bawah kekunci jeriji.


            Kelebihan grill lock ini adalah sistem pengunciannya mudah dibuka dari
dalam bangunan kediaman oleh semua golongan umur apabila berlaku kebakaran
mahupun kecemasan dengan hanya menarik pin pengunci yang terdapat di bahagian
bawah alat ini seterusnya memudahkan dan mempercepatkan proses menyelamatkan
diri.


            Kelebihan lain adalah penjenayah seperti pencuri tidak dapat memasuki
rumah melalui tingkap disebabkan oleh jeriji keselamatan tidak boleh dibuka dari
luar bangunan dan alat penguncian tidak boleh dicapai dari luar. Bahagian
Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (2012) [6] memasang alat ini pada
semua jeriji jenis gelangsar pada tingkap kuarters kerajaan di Putrajaya.


            Kelemahan Grill lock ini ialah alat pengunciannya terletak terlalu rendah
sehinggakan bayi yang merangkak boleh mencapai dan menarik pin pengunci grill
lock tersebut. Sekiranya pin pengunci ini hilang, jeriji keselamatan tersebut tidak
dapat dikunci dan mudah dibuka dari luar oleh penjenayah sekiranya pin pengunci
yang hilang tidak diganti.

            Menurut Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri [6],
Grill lock ini juga sukar didapati kerana tidak semua tempat ada menjual peralatan
ini dan terpaksa mengimport dari negara luar seperti Singapura.
14


2.8          Loceng Kecemasan, Lampu Kecemasan, dan Sistem Pancuran Basah
             dan Kering.




             Loceng kecemasan, lampu kecemasan dan sistem pancuran basah dan
kering selalunya dipasang pada bangunan-bangunan pejabat, premis-premis
perniagaan, bangunan sekolah, bangunan hospital, kompleks membeli-belah dan
kompleks lapangan terbang. Rajah 2.6 di bawah menunjukkan alat-alat tersebut.




      Rajah 2.6: Loceng Kecemasan, Lampu Kecemasan, Alat Pancuran Basah dan
                                     Kering
15


             Fungsi utama alat-alat tersebut adalah sama dengan alat pengesan asap
dan pengera kebakaran iaitu memberi amaran awal kepada penghuni bangunan-
bangunan tersebut untuk menyelamatkan diri apabila berlaku sesuatu kebakaran atau
kecemasan.

             Kelemahan alat-alat tersebut ialah kos pemasangan dan penyelenggaraan
yang tinggi menyebabkan alat-alat ini hanya dipasang pada bangunan-bangunan
tersebut. Pemilik kediaman selalunya tidak mampu untuk menyediakan alat-alat
tersebut.




2.9          Dasar Yang Diamalkan Oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat
             Malaysia (JBPM) [1]




             Pada tahun 2004, JBPM [1] telah menggariskan satu panduan
pemasangan jeriji di kediaman agar pemasangannya selamat kepada penghuninya.


Pihak JBPM [1] telah mengamalkan dasar berikut :


1.           Pemasangan jeriji tidak dibenarkan bagi semua pembinaan Balai Bomba
       dan Kuarters.


2.           Pemasangan jeriji tidak digalakkan bagi kediaman.


3.     Jika perlu, pemasangan jeriji mestilah :


             a. Mempunyai tatacara membuka tanpa kunci yang mudah di- buka dari
                  dalam premis ketika kecemasan,


             b.    Kos pemasangan dan penyelenggaraan yang tidak membeban-kan,
                   dan
16


        c. Telah merujuk dan mendapat nasihat dari pegawai jabatan.


4.   Jika pemasangan dengan kunci diperlukan, tatacara pembukaannya mestilah
     mudah dilakukan oleh semua lapisan golongan.




        2.9.1     Kesesuaian Lokasi Pemasangan Jeriji




                Setiap kediaman dicadangkan memasang jeriji mudah buka di
        mana-mana lokasi terutamanya premis 2 dan 3 tingkat bagi tindakan
        yang rasional oleh golongan orang dewasa.


                Kediaman yang melebihi 3 tingkat, bolehlah memasang ke laluan
        yang selamat seperti anjung bilik, laluan koridor atau ke anjung
        kediaman jiran.


                Keutamaan pemasangan di kediaman seperti asrama, rumah
        kedai, tempat berhimpun dan hotel mestilah diberikan perhatian.
        Pemasangan jeriji amatlah baik jika dibandingkan dengan pemasangan
        Alat Pengesan Asap Mudah Alih.




        2.9.2   Spesifikasi Rekabentuk Pemasangan Jeriji




                Gambarajah 2.1 hingga 2.9 merupakan rekabentuk pemasangan
        jeriji yang dibenarkan oleh JBPM [1]. Gambarajah ini juga terdapat di
        dalam buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji Di Kediaman[3].
17




Rajah 2.7: Jeriji Tingkap Yang Boleh Dibuka Pandangan Hadapan




           Rajah 2.8: Jeriji Ensel Berjenis Pad Lock
18




       Rajah 2.9: Jeriji Ensel Berjenis Spring Loaded Lock




Rajah 2.10: Pandangan Dari Dalam Bagi Jeriji Untuk Tingkap Jenis
                      Gelunsur
19




    Rajah 2.11: Tingkap Jeriji Jenis Lipat




Rajah 2.12: Tingkap Jeriji Jenis Gelunsur dan Lipat
20




  Rajah 2.13: Tingkap Jeriji Jenis Louvers Beserta Security Mild Steel
                         Bars




Rajah 2.14: Tingkap Jeriji Jenis Gelunsur Yang Dipasang di Bahagian
                         Luar
21




                Rajah 2.15: Pandangan Dari Dalam Bagi Jeriji Yang Dilengkap
                           Dengan Penyelak Spring Loaded




2.10      Kesimpulan




          Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat pada jeriji
keselamatan yang sedia ada di pasaran, maka satu rekabentuk pemasangan jeriji
keselamatan iaitu Smart Grill yang boleh dipasang mengikut saiz pintu dan mudah
dibuka dari dalam bangunan oleh penghuni untuk menyelamatkan diri tanpa
menggunakan kunci atau mangga.


          Smart grill juga hanya menggunakan selak kunci biasa yang boleh
dibuka dengan pantas dan kos pemasangan serta kos penyelenggaraannya adalah
murah.
22




                                     BAB 3




                                 METODOLOGI




3.1         Pengenalan




            Bab Metodologi ini bertujuan untuk menerangkan tentang proses yang
digunakan bagi penghasilan rekabentuk Smart Grill secara lebih terperinci.
Rekabentuk Smart Grill ini mematuhi syarat-syarat yang telah digariskan di dalam
Buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji Di Kediaman [3].


            Selain itu, terdapat juga beberapa subtopik yang akan diterangkan di
dalam bab ini seperti instrumentasi kajian, analisis data, penghasilan produk Smart
Grill , pemasangan Smart Grill dan seterusnya pengujian keberkesanannya dari segi
masa, kos, kualiti dan fungsi.




3.2         Prosedur Kajian
23


           Rajah di bawah menunjukkan proses kajian yang telah dibuat bagi
penghasilan Smart Grill.




                                      Mula



                           Mengenalpasti masalah yang
                                    sediada


                            Mengumpulkan data dan
                                 maklumat


                            Membuat kajian data dan
                            maklumat yang diperolehi


                             Penghasilan Smart Grill


                            Pengujian Kebekesanan




                                     Respon




                                     Tamat




                     Rajah 3.1: Carta Alir Metodologi Kajian


3.3        Analisis Data
24


           a) Mengenalpasti Masalah Yang Sediada


           Setelah masalah berkenaan jeriji keselamatan dan sistem pencegahan
kebakaran yang sediada dikenalpasti, maka pengumpulan data dan maklumat
berkenaan dijalankan.




           b) Mengumpulkan Data Dan Maklumat


           Pengumpulan data dan maklumat yang berkaitan diperolehi melalui hasil
pembacaan iaitu daripada laporan-laporan media di surat khabar dan juga di internet
mengenai mangsa yang terperangkap dan maut akibat halangan daripada jeriji
sediada. Pencarian untuk tambahan maklumat juga dilakukan dengan merujuk
kepada laman web yang berkaitan seperti JBPM [1], dan Wikipedia [7].


           Manakala bagi mendapatkan data statistik kebakaran, perjumpaan
bersama Encik Mohd Azuan [9] yang merupakan Pegawai Bomba, Ibu Pejabat di
Putrajaya adalah bertujuan untuk membincangkan berkaitan isu kebakaran di
Malaysia, dan jeriji keselamatan serta alat pencegahan kebakaran yang di terdapat di
pasaran semasa.




           c) Membuat Kajian Data Dan Maklumat Yang Diperolehi


           Kajian data dibuat bagi menganalisis data dan maklumat tersebut agar
bertepatan dengan objektif kajian. Daripada data yang diperolehi dari JBPM [1],
statistik data yang melibatkan kebakaran di Malaysia pada tahun 2009, 2010 dan
2011 diperolehi.


           Kajian juga dibuat melalui Buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji Di
Kediaman [3] dan juga mengikut Spesifikasi Piawai Untuk Kerja-Kerja Binaan
Bangunan, JKR [10] bagi Kerja Keluli dan Logam.
25




3.4        Penghasilan Produk




           Rajah 3.2 menunjukkan lukisan rekabentuk Smart Grill yang telah
dicipta oleh kumpulan “SmartIQ”.




                   Rajah 3.2: Lukisan rekabentuk Smart Grill


           Rekabentuk Smart Grill ini dicipta untuk dipasang pada pintu di rumah
kediaman. Saiz ukuran Smart Grill boleh diubahsuai mengikut kesesuaian saiz pintu
di rumah kediaman dan juga boleh direkabentuk mengikut kehendak pelanggan.




           a) Prosedur Penghasilan Smart Grill
26




                            Mula



                     Mengambil Ukuran


              Perbincangan bersama Pelanggan


             Penghasilan Rekabentuk Smart Grill




                           Respon

                          Pelanggan




                 Pembuatan Smart Grill Di
                        Bengkel



                Pemasangan Smart Grill Di
                   Rumah Kediaman



                           Tamat



             Rajah 3.3 : Carta Alir Penghasilan Smart Grill


i-    Mengambil Ukuran


       Kumpulan “SmartIQ” akan mendapatkan ukuran bagi pintu di lokasi
pemasangan Smart Grill.


ii-   Perbincangan Bersama Pelanggan
27




        Perbincangan bersama pelanggan dibuat bagi memastikan rekabentuk
Smart Grill mengikut kehendak pelanggan dan kesesuaian pada lokasi. Terdapat
tiga (3) jenis bahan yang boleh digunakan iaitu Stailess Steel, Wrought Iron dan
Rectangular Hollow Section (RHS) 1”x1”.


iii-   Penghasilan Rekabentuk Smart Grill


        Setelah lakaran awal siap semasa perbincangan bersama pelanggan, maka
penyediaan lukisan Smart Grill menggunakan pengisian AutoCAD dibuat
mengikut ukuran sebenar di lokasi pemasangan.


iv-    Respon Pelanggan


        Mendapatkan respon pelanggan mengenai Smart Grill         yang dicipta.
Setelah mendapat kesepakatan persetujuan maka proses seterusnya adalah
melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pembuatan dan pemasangan
Smart Grill.


        Kos bagi Smart Grill ini berjumlah RM1500.00 sahaja. Harga ini
diketahui apabila kumpulan SmartIQ telah berunding bersama kontraktor yang
dilantik untuk melaksanakan projek ini.


v-     Pembuatan Smart Grill Di Bengkel


        Smart Grill ini telah dibuat di Bengkel Low Seng, Ulu Bernam, Selangor
merupakan cawangan bagi Syarikat Kong Meng Welding [11], Jalan Slim Baru,
Tanjong Malim, Perak.
        Proses penghasilan Smart Grill ini mengambil masa hanya tiga (3) hari
sahaja dimana :


        Proses rundingan harga bersama rekabentuk
        dan pemotongan RHS serta Welding                              - 1 hari
        Proses mengecat                                               - 1 hari
28


              Proses Pemasangan di lokasi                                    - 1 hari


      vi-     Pemasangan Smart Grill Di Lokasi


              Setelah siap kerja-kerja pembuatan di Bengkel, Smart Grill ini telah
      dipasang di pada pintu dapur ( pintu belakang ) di kediaman Encik Muhammad
      Fairus bin Arshad, beralamat No.18, Jalan Kemudi 2F/2, Bernam Jaya, Selangor.


              Di dalam kajian ini, lokasi pemasangan Smart Grill adalah berpandukan
      Buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji di Kediaman [3] yang telah ditetapkan.




3.5           Pengujian Keberkesanan.




              Proses pengujian dilakukan untuk mengukur keberkesanan dari segi masa
dan fungsi.


              Satu lakonan telah dibuat dimana terdapat dua situasi. Situasi pertama
dilakonkan pada jeriji keselamatan yang biasa dan situasi kedua dilakonkan pada
Smart Grill.


              Daripada lakonan ini,      masa diambil bagi membandingkan situasi
pertama dan situasi kedua untuk membuat penilaian. Selain itu, lakonan ini juga
dapat membuktikan bahawa Smart Grill ini berfungsi ataupun tidak.


3.6            Respon




              Rekabentuk Smart Grill telah ditunjukkan kepada En. Fuad [12] Arkitek
Senibina dan En. Jamal [13] Jurutera Awam di Jabatan Pengurusan Pembangunan
29


dan Harta Benda, Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi semakan dan mendapatkan
pandangan awal serta komen daripada segi kualiti Rekabentuk dan Spesifikasi.


           Smart Grill ini telah ditunjukkan kepada PPgB En. Abdul Rahim [14]
Ketua Balai, Balai Bomba Tanjong Malim bertujuan untuk mendapatkan khidmat
nasihat dan komen dari segi teknikal iaitu bagi memastikan keberkesanan rekabentuk
serta lokasi pemasangan pada rumah kediaman adalah mematuhi syarat-syarat yang
telah digariskan di dalam Garis Panduan Pemasangan Jeriji di Kediaman [3].


           Bagi memastikan kualiti bahan yang digunakan, rekabentuk Smart Grill
dirujuk kepada En. Mohamad Dzakir [15] Penolong Pengarah JKR, supaya
rekabentuk Smart Grill ini mengikut Spesifikasi Piawai Untuk Kerja-Kerja Binaan
Bangunan [10] bagi Kerja Keluli dan Logam.
30


                                      BAB 4




                    DAPATAN DAN ANALISA DATA




4.1        Pengenalan




           Analisa dibuat kepada data atau maklumat yang telah diperolehi bagi
tujuan penghasilan Smart Grill ini. Hasil analisa terhadap projek ini adalah mengikut
objektif yang telah dinyatakan pada bab 1.




4.2        Statistik Kebakaran Di Malaysia




           Pada tahun 2009 hingga 2011, statistik kebakaran yang berlaku di
kediaman menunjukkan bahawa negeri Selangor merekodkan jumlah kes kebakaran
yang paling tinggi sebanyak 560 kes pada tahun 2009, 724 kes pada tahun 2010 dan
658 kes pada tahun 2011 seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.1 di bawah.




   Jadual 4.1 : Statistik Kebakaran Yang Berlaku Di Kediaman Mengikut Negeri
                                 Tahun 2009 - 2011


Negeri                       2009                 2010                  2011
Perlis                        11                   19                    13
31


Kedah                        177                 209                 218
Pulau Pinang                 182                 193                 201
Perak                        134                 167                 163
Selangor                     560                 724                 658
Kuala Lumpur                 553                 464                 463
Negeri Sembilan               74                 103                 144
Melaka                        98                  69                  97
Johor                        233                 229                 200
Pahang                       112                 116                 105
Terengganu                    73                  67                  78
Kelantan                     111                 124                 133
Sabah                        213                 243                 312
Sarawak                      169                 179                 201
Labuan                         9                  10                   7
Putrajaya                      3                   2                   1
Jumlah                      2712                2918                2994

         (Sumber : Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Bomba dan Penyelamat,
                                                                        Malaysia)




4.3         Statistik Kebakaran Di Negeri Selangor




            Daripada Jadual 4.2 di sebelah menunjukkan bahawa rumah kediaman
mencatatkan jumlah kes kebakaran yang tertinggi berbanding jenis bangunan yang
lain. Sebanyak 2712 kes kebakaran direkodkan pada tahun 2009, 2918 kes pada
tahun 2010 dan meningkat sebanyak 2994 kes kebakaran pada tahun 2011.


      Jadual 4.2 : Jenis Bangunan Yang Terlibat Dengan Kebakaran Dari Tahun
                                   2009 –2011


  Jenis Bangunan               2009              2010               2011
  Kedai                         569               657                713
  Kilang                        335               287                334
  Stor                          254               219                239
  Bengkel                        67                97                 75
  Hotel                          34                32                 40
32


  Pusat Beli-Belah                 31                 21                    20
  Pejabat                         193                143                   144
  Tempat Hiburan                   27                 28                    25
  Restoran                         58                 60                    71
  Rumah Kediaman                 2712               2918                  2994
  Setinggan                        69                 50                    62
  Bilik Dapur                     173                193                   251
  Makmal                            8                 10                    14
  Sekolah                          81                 82                   102
  Asrama                           29                 44                    40
  Hospital / Klinik                31                 45                    19
  Gudang                           10                 10                    17
  Lain-lain                       386                344                   522
  Jumlah                         5067               5240                  5689

            (Sumber : Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Bomba dan Penyelamat,
                                                                            Malaysia)




4.4          Analisa Data Pengujian




            4.4.1      Pengujian Masa




                       Satu ujian masa telah dilakukan secara lakonan yang
menggambarkan situasi kecemasan yang berlaku di bangunan kediaman. Ujian masa
ini dilakukan ke atas dua jenis jeriji iaitu jeriji jenis biasa yang sediada di pasaran
dan Smart Grill. Ujian masa ini dilakukan bertujuan untuk membuat perbandingan
tempoh masa yang diperlukan oleh mangsa untuk melarikan diri dari situasi
kebakaran atau kecemasan. Catatan masa yang direkodkan seperti dalam jadual 4.3
di bawah.


                    Jadual 4.3 : Ujian Masa Di Dalam Situasi Panik


             Situasi    Jenis Jeriji                             Masa
33


               1      Jenis Biasa                             12 saat
                      (kunci dijumpai dengan mudah)
               2      Smart Grill                              5 saat



           Hasil ujian masa yang dilakukan, didapati mangsa berjaya melarikan diri
dari situasi panik hanya dalam tempoh 5 saat sahaja melalui Smart Grill berbanding
jeriji jenis biasa yang mencatatkan tempoh masa selama 12 saat untuk melarikan diri.




           4.4.2      Pengujian Fungsi




                                 LANGKAH 1           Membuka selak pintu tanpa
                                       kunci




                                 LANGKAH 2            Smart Grill diturunkan ke
                                      b
                                      bawah
34




                                LANGKAH 3               Memanjat pintu dengan
      memijak                                           tempat pemijak yang
                                    disediakan




                                LANGKAH 4        BERJAYA melepaskan diri
                                                  untuk keluar dari rumah




                             Rajah 4.1 : Ujian Fungsi


           Rajah 4.1 di atas menunjukkan tatacara penggunaan bagi membuka
Smart Grill untuk menyelamatkan diri dari situasi kebakaran atau kecemasan.




                                     BAB 5




                PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
                P
35




5.1        Pengenalan




           Bab ini membincangkan hasil dapatan kajian yang diperolehi dan menilai
keseluruhan projek ini adakah mencapai objektif yang ditetapkan dalam bab 1.




5.2 Penilaian




           a)        Kadar Kebakaran di Malaysia.

                  Merujuk kepada jadual 4.1, menunjukan bahawa Negeri Selangor
           merupakan negeri yang tertinggi jumlah berlaku kebakaran berbanding
           negeri-negeri lain di Malaysia. Data statistic ini menunjukkan kadar
           kebakaran di Negeri Selangor meningkatan pada setiap tahun.

                  Merujuk kepada jadual 4.2, menunjukan bahawa Rumah
           Kediaman merupakan kadar kebakaran yang tertinggi berbanding jenis-
           jenis bangunan yang lain. Ini mungkin disebabkan kecuaian penghuni
           ketika berada di rumah ataupun ketika penghuni tiada di rumah mereka.

                  Oleh yang demikian, berdasarkan data statistik kebakaran pada
           tahun 2009 hingga tahun 2011 di Malaysia dan jenis rumah kediaman di
           Negeri Selangor menunjukkan kadar kebakaran yang tertinggi setiap
           tahun, maka kumpulan SmartIQ telah bersetuju memilih rumah kediaman
           untuk melaksanakan projek ini.




          a) Menentukan Keberkesanan Pemasangan Smart Grill.
36


i-     Ujian Masa


     Merujuk kepada keputusan masa yang telah diambil,


     Situasi 1 : Jeriji keselamatan dapat dibuka menggunakan kunci (yang
mudah dijumpai) telah mengambil masa selama 12 saat untuk dapat
melepaskan diri keluar dari rumah.


     Bagi Situasi 2 : SmartGrill telah berjaya dibuka hanya mengambil
masa selama 5 saat sahaja.


     Smart Grill telah membuktikan kelebihannya dimana objektif projek
ini telah BERJAYA dicapai apabila mangsa berjaya keluar daripada
rumah tanpa menggunakan sebarang kunci dalam masa hanya 5 saat
sahaja. Dimana perbezaan 7 saat membuktikan kelebihan reka cipta ini.




ii- Ujian Fungsi


     Merujuk kepada gambar lakonan di bab 4,


     Langkah 1 : Menunjukkan bahawa mangsa lari ke pintu dalam
                   keadaan cemas dan membuka selak yang sedia ada
                   pada pintu.


     Langkah 2 : Smart Grill terbuka dan jatuh ke bawah.


     Langkah 3 :   Mangsa    memijak      pada   tempat    pemijak   yang
                   disediakan dan memanjat untuk keluar daripada
                   rumah yang terbakar.
37


                 Langkah 4 :     Mangsa berjaya melepaskan diri untuk keluar rumah
                                 dengan selamat.


              Rekabentuk      Smart Grill ini terbukti berfungsi apabila mangsa
BERJAYA melepaskan diri untuk keluar dari rumah dengan mudah tanpa
menggunakan kunci. Kejayaan ini membuktikan penghasilan Smart Grill mencapai
objektif asal bagi projek ini.




5.3           Ulasan-ulasan




              Ulasan ini adalah merujuk kepada lampiran yang disertakan iaitu
daripada komen En. Mohd Fuad yang menyatkan bahawa Smart Grill ini mempunyai
rekabentuk yang inovatif dan boleh dikomersialkan.


              En. Jamal Abdul Nasir pula menyatakan bahawa Smart Grill adalah
seperti yang dinyatakan dalam lukisan pembinaan dan mematuhi spesifikasi yang
ditetapkan.


              Manakala En. Abdul Rahim telah menyatakan bahawa rekabentuk Smart
Grill ini adalah rekabentuk yang baik dan bersesuaian digunakan semasa berlaku
kebakaran.


              Rujukan dan semakan bersama En. Mohamad Dzakir [15] adalag
bertujuan untuk memastikan bahan yang digunakan bagi Smart Grill menepati
spesifikasi piawai JKR [10].




5.4           Pertimbangan
38




           Daripada ujian masa, ujian fungsi, komen mengenai rekabentuk, komen
mengenai kualiti bahan, komen daripada wakil Jabatan Bomba dan wakil daripada
JKR, maka Smart Grill ini berjaya BERJAYA mencapai OBJEKTIF projek.


           Kumpulan SmartIQ bercadang untuk mempelbagaikan rekabentuk Smart
Grill supaya lebih cantik dan mempunyai nilai-nilai estatik di bangunan.




                                      BAB 6




                                KESIMPULAN




6.1    Pencapaian
39




            Tujuan utama projek ini adalah untuk menyelesaikan permasalahan yang
timbul (seperti yang telah diterangkan pada bab 1) dan mencapai objektif projek ini.
Usaha kumpulan SmartIQ mendatangkan hasil apabila suatu rekaan baru tercipta
dikenali sebagai Smart Grill.


            Smart Grill ini adalah suatu rekabentuk yang mudah dan       ringkas serta
kosnya yang murah. Walau bagaimanapun Smart Grill ini boleh diubahsuai mengikut
kehendak pelanggan dan boleh direkabentuk supaya nampak lebih cantik, menarik
serta mempunyai nilai estatika. Namun begitu konsep gelangsar yang ada pada
Smart Grill ini perlu dikekalkan.




6.2         Cabaran Dan Halangan




            Sepanjang pelaksanaan Smart Grill, terdapat masalah yang dihadapi dalam
menyempurnakan objektif dan skop kajian. Masalah yang dihadapi ini dijadikan
cabaran dalam menjayakan projek ini.


Lima masalah yang dihadapi adalah:


      i.       Kesukaran untuk mendapatkan maklumat statistik data berkaitan kes
               kecurian
            (daripada pihak Polis). Oleh yang demikian, bagi pelaksanaan projek ini,
            kumpulan Smart Grill hanya memfokuskan kepada kes kebakaran sahaja.


      ii.      Kesukaran untuk merekabentuk Smart Grill dimana ahli kumpulan
40


             SmartIQ tidak mahir untuk melukis pelan rekabentuk menggunakan perisian
             AutoCAD.


      iii.      Kesukaran mendapatkan pengesahan daripada Jurutera JKR.


      iv.       Kurang mendapat kerjasama daripada kontraktor untuk mengetahui harga
             bahan secara terperinci.


      v.        Mengalami kesukaran untuk menerangkan kepada kontraktor berkaitan
             rekabentuk yang terdapat didalam lukisan.




6.3          Cadangan Kajian Selanjutnya




             Smart Grill ini mempunyai potensi untuk diperkembangkan pada masa akan
datang. Rekabentuk yang dibangunkan untuk kajian ini hanyalah satu rekabentuk
yang mudah, murah dan boleh diubahsuai mengikut kehendak dan kesesuaian di
lokasi pembinaan.




6.4          Kesimpulan




             Sebagai kesimpulannya, diharapkan Smart Grill ini dapat dijadikan sebagai
sistem sokongan dalam membantu JBPM bagi mengurangkan kematian yang akibat
terperangkap dengan jeriji keselamatan ketika berlaku kebakaran dan kecemasan.


             Selain itu, diharapkan Smart Grill ini, dipatenkan dan dikomersialkan pada
masa hadapan.
41




                               RUJUKAN




[1]   Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


[2]   Mohd Sufyan Bin Sulaiman - Sistem Pengautomatan Pembukaan Jeriji
      Ketika Kebakaran 2009, Ijazah Sarjana Sains Keusahawanan (Teknologi
      Maklumat).
42




[3]    Buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji di Kediaman
       Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia pada 1 Ogos 2004.


[4]     Laman web : easycomeseasygoes.blogspot


[5]     Laporan BERNAMA, 30 September 2009


[6]     Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (2012)


[7]     Laman web Wikipedia http : //www.wikipedia.org/


[8]     National Buyer House Association


[9]     En. Mohd Azuan bin Abu Hassan, Pegawai Bomba, Ibu Pejabat JPBM
        di Putra Jaya.


[10]    Spesifikasi Piawai untuk Kerja-Kerja Binaan Bangunan JKR bagi
        Kerja Keluli dan Logam mukasurat 85.


[11]    Mr.Meng, Kong Meng Welding, Ulu Bernam, Selangor.


[12]    En. Fuad bin Eshak, Arkitek Senibina, Jabatan Pengurusan Pembangunan
        Dan Harta Benda, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


[13]    En. Jamal Abdul Nasir bin Baharudin, Jurutera Awam, Jabatan Pengurusan
        Pembangunan Dan Harta Benda, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


[14]    PPgB Abdul Rahim bin Saari, Ketua Balai, Balai Bomba Tanjung Malim.


[15]    Mohamad Dzakir b. Ahmad Yusoff, Penolong Pengarah, Unit Bangunan Am,
        Bahagian Kejuruteraan Awam, Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan
        Jambatan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur
43

More Related Content

What's hot

Pengenalan Litar-litar Pendawaian
Pengenalan Litar-litar PendawaianPengenalan Litar-litar Pendawaian
Pengenalan Litar-litar PendawaianMd Emran Saidi
 
PEMASANGAN DB FASA TUNGGAL
PEMASANGAN DB FASA TUNGGALPEMASANGAN DB FASA TUNGGAL
PEMASANGAN DB FASA TUNGGALAridsuria2002
 
Topik 2 pengenalan lift
Topik 2 pengenalan liftTopik 2 pengenalan lift
Topik 2 pengenalan liftpnnazz
 
Sistem bekalan air di dalam bangunan
Sistem bekalan air di dalam bangunanSistem bekalan air di dalam bangunan
Sistem bekalan air di dalam bangunanUngku OmarPolytechnic
 
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCELOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCEAkilan36
 
Lif dan eskalator
Lif dan eskalatorLif dan eskalator
Lif dan eskalatorayuone
 
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCELOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCEAkilan36
 
Sistem bekalan air
Sistem bekalan air Sistem bekalan air
Sistem bekalan air UTHM
 
Papan suis utama ( msb )
Papan suis utama ( msb  )Papan suis utama ( msb  )
Papan suis utama ( msb )diego hez
 
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board) Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board) Akilan36
 
Program Personel Binaan - BWI
Program Personel Binaan - BWIProgram Personel Binaan - BWI
Program Personel Binaan - BWIMd Emran Saidi
 
Latihan pengiraan beban papan suis utama
Latihan pengiraan beban papan suis utamaLatihan pengiraan beban papan suis utama
Latihan pengiraan beban papan suis utamaEzuan Atok
 
Nota abc kabel 1
Nota abc kabel 1Nota abc kabel 1
Nota abc kabel 1Ahmad Amir
 

What's hot (20)

Pengenalan Litar-litar Pendawaian
Pengenalan Litar-litar PendawaianPengenalan Litar-litar Pendawaian
Pengenalan Litar-litar Pendawaian
 
PEMASANGAN DB FASA TUNGGAL
PEMASANGAN DB FASA TUNGGALPEMASANGAN DB FASA TUNGGAL
PEMASANGAN DB FASA TUNGGAL
 
Topik 2 pengenalan lift
Topik 2 pengenalan liftTopik 2 pengenalan lift
Topik 2 pengenalan lift
 
Sistem bekalan air di dalam bangunan
Sistem bekalan air di dalam bangunanSistem bekalan air di dalam bangunan
Sistem bekalan air di dalam bangunan
 
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCELOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCE
LOW VOLTAGE TRANSFORMER INSTALLATION AND MAINTENANCE
 
Lif dan eskalator
Lif dan eskalatorLif dan eskalator
Lif dan eskalator
 
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCELOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
LOW VOLTAGE UNDERGROUND CABLE SYSTEM INSTALLATION & MAINTENANCE
 
Sistem bekalan air
Sistem bekalan air Sistem bekalan air
Sistem bekalan air
 
Papan suis utama ( msb )
Papan suis utama ( msb  )Papan suis utama ( msb  )
Papan suis utama ( msb )
 
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board) Jenis-jenis  Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
Jenis-jenis Papan Suis Utama ( Main Switch Board)
 
4. relay
4. relay4. relay
4. relay
 
Bomba
BombaBomba
Bomba
 
Building services
Building servicesBuilding services
Building services
 
Program Personel Binaan - BWI
Program Personel Binaan - BWIProgram Personel Binaan - BWI
Program Personel Binaan - BWI
 
SISTEM PEMBUMIAN
SISTEM PEMBUMIANSISTEM PEMBUMIAN
SISTEM PEMBUMIAN
 
Air cond
Air condAir cond
Air cond
 
Eskalator
EskalatorEskalator
Eskalator
 
Latihan pengiraan beban papan suis utama
Latihan pengiraan beban papan suis utamaLatihan pengiraan beban papan suis utama
Latihan pengiraan beban papan suis utama
 
Nota abc kabel 1
Nota abc kabel 1Nota abc kabel 1
Nota abc kabel 1
 
Elevator lift
Elevator lift Elevator lift
Elevator lift
 

More from Acik Fai Rusz

Pakaian dan Permainan Kanak-kanak
Pakaian dan Permainan Kanak-kanakPakaian dan Permainan Kanak-kanak
Pakaian dan Permainan Kanak-kanakAcik Fai Rusz
 
Taman Rabbit / Rabbit Garden di Semenyih.
Taman Rabbit / Rabbit Garden di Semenyih.Taman Rabbit / Rabbit Garden di Semenyih.
Taman Rabbit / Rabbit Garden di Semenyih.Acik Fai Rusz
 
Nak Beli Ayam Kampung (Original), Itik Nila, Itik Telor (Itik Seranti/Bemban...
Nak Beli Ayam Kampung (Original),  Itik Nila, Itik Telor (Itik Seranti/Bemban...Nak Beli Ayam Kampung (Original),  Itik Nila, Itik Telor (Itik Seranti/Bemban...
Nak Beli Ayam Kampung (Original), Itik Nila, Itik Telor (Itik Seranti/Bemban...Acik Fai Rusz
 
KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG STANDARD GALVANISED STEEL GUARDRAIL DAN KER...
KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG STANDARD GALVANISED STEEL GUARDRAIL DAN KER...KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG STANDARD GALVANISED STEEL GUARDRAIL DAN KER...
KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG STANDARD GALVANISED STEEL GUARDRAIL DAN KER...Acik Fai Rusz
 
CADANGAN MENAIKTARAF GELANGGANG-GELANGGANG SUKAN BERTURAP
CADANGAN MENAIKTARAF GELANGGANG-GELANGGANG SUKAN BERTURAPCADANGAN MENAIKTARAF GELANGGANG-GELANGGANG SUKAN BERTURAP
CADANGAN MENAIKTARAF GELANGGANG-GELANGGANG SUKAN BERTURAPAcik Fai Rusz
 
Kerja Kerja Membina Pagar Dawai Untuk Gelanggang
Kerja Kerja Membina Pagar Dawai Untuk GelanggangKerja Kerja Membina Pagar Dawai Untuk Gelanggang
Kerja Kerja Membina Pagar Dawai Untuk GelanggangAcik Fai Rusz
 
Perjanjian sewa rumah/bilik
Perjanjian sewa rumah/bilikPerjanjian sewa rumah/bilik
Perjanjian sewa rumah/bilikAcik Fai Rusz
 
Kemalangan akibat kerja perobohan
Kemalangan akibat kerja perobohanKemalangan akibat kerja perobohan
Kemalangan akibat kerja perobohanAcik Fai Rusz
 
punca / kadar kemerosotan bangunan
punca / kadar kemerosotan bangunanpunca / kadar kemerosotan bangunan
punca / kadar kemerosotan bangunanAcik Fai Rusz
 
Fire ext (bahan binaan)
Fire ext (bahan binaan)Fire ext (bahan binaan)
Fire ext (bahan binaan)Acik Fai Rusz
 
Fire ext (bahan binaan)
Fire ext (bahan binaan)Fire ext (bahan binaan)
Fire ext (bahan binaan)Acik Fai Rusz
 
sistem pendawaian ( bahan binaan)
sistem pendawaian ( bahan binaan)sistem pendawaian ( bahan binaan)
sistem pendawaian ( bahan binaan)Acik Fai Rusz
 

More from Acik Fai Rusz (15)

Tamiya Malaysia
Tamiya MalaysiaTamiya Malaysia
Tamiya Malaysia
 
Pakaian dan Permainan Kanak-kanak
Pakaian dan Permainan Kanak-kanakPakaian dan Permainan Kanak-kanak
Pakaian dan Permainan Kanak-kanak
 
Taman Rabbit / Rabbit Garden di Semenyih.
Taman Rabbit / Rabbit Garden di Semenyih.Taman Rabbit / Rabbit Garden di Semenyih.
Taman Rabbit / Rabbit Garden di Semenyih.
 
Nak Beli Ayam Kampung (Original), Itik Nila, Itik Telor (Itik Seranti/Bemban...
Nak Beli Ayam Kampung (Original),  Itik Nila, Itik Telor (Itik Seranti/Bemban...Nak Beli Ayam Kampung (Original),  Itik Nila, Itik Telor (Itik Seranti/Bemban...
Nak Beli Ayam Kampung (Original), Itik Nila, Itik Telor (Itik Seranti/Bemban...
 
Israk mikraj
Israk mikrajIsrak mikraj
Israk mikraj
 
KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG STANDARD GALVANISED STEEL GUARDRAIL DAN KER...
KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG STANDARD GALVANISED STEEL GUARDRAIL DAN KER...KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG STANDARD GALVANISED STEEL GUARDRAIL DAN KER...
KERJA-KERJA MEMBEKAL DAN MEMASANG STANDARD GALVANISED STEEL GUARDRAIL DAN KER...
 
CADANGAN MENAIKTARAF GELANGGANG-GELANGGANG SUKAN BERTURAP
CADANGAN MENAIKTARAF GELANGGANG-GELANGGANG SUKAN BERTURAPCADANGAN MENAIKTARAF GELANGGANG-GELANGGANG SUKAN BERTURAP
CADANGAN MENAIKTARAF GELANGGANG-GELANGGANG SUKAN BERTURAP
 
Kerja Kerja Membina Pagar Dawai Untuk Gelanggang
Kerja Kerja Membina Pagar Dawai Untuk GelanggangKerja Kerja Membina Pagar Dawai Untuk Gelanggang
Kerja Kerja Membina Pagar Dawai Untuk Gelanggang
 
mezzanine floor
mezzanine floormezzanine floor
mezzanine floor
 
Perjanjian sewa rumah/bilik
Perjanjian sewa rumah/bilikPerjanjian sewa rumah/bilik
Perjanjian sewa rumah/bilik
 
Kemalangan akibat kerja perobohan
Kemalangan akibat kerja perobohanKemalangan akibat kerja perobohan
Kemalangan akibat kerja perobohan
 
punca / kadar kemerosotan bangunan
punca / kadar kemerosotan bangunanpunca / kadar kemerosotan bangunan
punca / kadar kemerosotan bangunan
 
Fire ext (bahan binaan)
Fire ext (bahan binaan)Fire ext (bahan binaan)
Fire ext (bahan binaan)
 
Fire ext (bahan binaan)
Fire ext (bahan binaan)Fire ext (bahan binaan)
Fire ext (bahan binaan)
 
sistem pendawaian ( bahan binaan)
sistem pendawaian ( bahan binaan)sistem pendawaian ( bahan binaan)
sistem pendawaian ( bahan binaan)
 

Recently uploaded

Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 

Recently uploaded (12)

Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 

Smart Grill

  • 1. 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan “ Negara selalu digemparkan dengan kematian akibat terperangkap semasa kebakaran. Amat menyedihkan lagi terdapat mangsa menjerit-jerit meminta pertolongan sebelum menghadapi kematian, tetapi orang ramai tidak dapat melakukan apa–apa tindakan disebabkan jeriji yang dipasang mati pada tingkap mahupun pintu. Alangkah sedih dan kesal selepas kebakaran dapat dipadamkan, didapati mayat mangsa yang terperangkap tadi berada berhampiran pintu atau tingkap yang telah dipasang jeriji. Jika tiada jeriji atau jeriji yang boleh dibuka mungkin mangsa dapat diselamatkan.” ( Petikan Pendahuluan Buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji Di Kediaman Oleh Ketua Pengarah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) [1] pada 1 Ogos 2004 )
  • 2. 2 Rekabentuk jeriji keselamatan yang sediada pada pintu dan tingkap di kediaman kebanyakannya tidak menepati aspek keselamatan secara keseluruhannya. Ini kerana rekabentuk yang ada hanya memfokuskan untuk mencegah kepada kes- kes kecurian sahaja tanpa mengambil kira aspek lain seperti keselamatan penghuni ketika waktu kebakaran dan kecemasan (gempa bumi, rompakan, banjir, tanah runtuh, letupan gas, litar pintas dan kehilangan anak kunci). “ Rekabentuk dan pemasangan jeriji keselamatan pada masa kini, telah menjadi salah satu perangkap maut kepada penghuni dan menyukarkan pasukan penyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di kediaman apabila berlaku kecemasan.” ( Petikan Dari Ucapan Ketua Pengarah, JBPM [1] Negeri Pahang ) Oleh yang demikian, satu penambahbaikan perlu dibuat dengan merekabentuk jeriji keselamatan yang mudah dibuka tanpa menggunakan kunci dari dalam kediaman oleh penghuni ketika berlaku kecemasan. 1.2 Penyataan Masalah Pemasangan jeriji keselamatan jenis tetap dan bermangga pada tingkap dan pintu kediaman merupakan salah satu halangan utama bagi mangsa untuk melepaskan diri ketika kecemasan. “KUALA KRAI: Seorang ibu menyelamatkan tiga anaknya dalam kebakaran rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini, semalam, sebelum maut apabila terperangkap selepas gagal membuka jeriji pintu utama.” (Petikan diambil daripada myMetro, 7 Mei 2011)
  • 3. 3 Mangsa akan terperangkap disebabkan jeriji keselamatan berkunci dan tidak dapat dibuka dengan segera. Hal ini terjadi kerana mangsa bergegas keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri dan dalam situasi panik, mereka terlupa di mana letaknya anak kunci tersebut. Kejadian ini akan mengakibatkan mangsa terperangkap di dalam rumah. “Norma Ali, 25, yang sedang mengandung anak sulung, terperangkap di antara pintu rumah dan pintu jeriji di bahagian hadapan rumahnya ketika sedang tergesa-gesa hendak keluar rumah berikutan gegaran gempa bumi yang berlaku petang tadi.” (Petikan diambil daripada Laporan Bernama, 30 September 2009) Manakala bagi pasukan keselamatan pula, jeriji keselamatan yang dipasang oleh penghuni akan melambatkan proses untuk menyelamat dan mengeluarkan mangsa ketika kecemasan kerana pasukan keselamatan perlu memotong jeriji keselamatan yang bermangga dan berkunci terlebih dahulu sebelum dapat menyelamatkan mangsa. 1.3 Objektif Objektif projek ini adalah seperti berikut : 1. Mengenalpasti kadar kebakaran di rumah kediaman bagi Negeri Selangor. 2. Merekabentuk satu jeriji keselamatan pada tingkap atau pintu yang menepati Garis Panduan Pemasangan Jeriji di Kediaman [3] oleh JBPM. 3. Menentukan keberkesanan pemasangan jeriji keselamatan dari segi masa, kos, kualiti dan fungsi.
  • 4. 4 1.4 Skop Projek Projek ini akan dijalankan di kawasan rumah kediaman bagi memastikan keselamatan penghuni ketika berada di rumah mahupun ketika penghuni tiada di rumah. Dengan adanya Smart Grill ini, penghuni dapat mencegah risiko kecurian, rompakan, dan kematian akibat terperangkap ketika berlakunya kebakaran atau kecemasan. Kawasan kediaman dipilih disebabkan kadar peningkatan kemalangan akibat berlakunya kebakaran. Selain itu, kerana kurangnya ciri-ciri keselamatan seperti tiada pengawal keselamatan untuk mengawasi rumah dan juga tiada pemasangan alat-alat penggera keselamatan di kawasan rumah. Penekanan aspek keselamatan yang menyeluruh dalam merekabentuk dan memasang jeriji keselamatan perlu diutamakan supaya objektif projek dan keberkesanan pelaksanaannya berjaya dicapai.
  • 5. 5 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kajian literatur bertujuan menghuraikan tentang kajian terhadap peralatan pencegah kebakaran di Malaysia, kelemahan-kelemahan yang wujud pada jeriji keselamatan yang sediada, masalah-masalah yang perlu diatasi dan teori-teori sokongan yang berkaitan agar objektif utama kajian ini tercapai. Kajian ini tidak hanya tertumpu kepada kelemahan yang ada pada jeriji keselamatan semata-mata bahkan juga kelemahan yang ada pada sistem keselamatan yang lain seperti alat pengera keselamatan, alat pengesan asap, sistem automatik pembukaan jeriji dan ‘grill lock’.
  • 6. 6 2.2 Kajian Terhadap Keselamatan Kebakaran Di Malaysia, kebakaran diketahui telah memberi ancaman kepada nyawa, harta benda dan alam sekitar. Merujuk statistik kemalangan akibat kebakaran, rumah kediaman mencatatkan jumlah yang paling tinggi berbanding premis-premis lain dan kadar tersebut meningkat pada setiap tahun. Manakala data statistik kebakaran yang berlaku di rumah kediaman mengikut negeri pula menunjukkan Negeri Selangor mencatatkan jumlah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain. Mohd Sufyan (2009) [2] juga pernah menganalisis statistik kebakaran yang melibatkan bangunan antara tahun 2004 hingga 2008 di mana data tersebut juga menunjukkan bahawa pada tahun 2004, rumah kediaman mencatatkan sebanyak 1497 kes, pada tahun 2005 sebanyak 1689 kes, pada tahun 2006 sebanyak 1741 kes, pada tahun 2007 sebanyak 1735 kes dan pada tahun 2008 sebanyak 1775 kes. Ini jelas menunjukkan bahawa rumah kediaman merupakan penyumbang utama kadar peningkatan kes kebakaran di Malaysia. 2.3 Jeriji Keselamatan Jenis Tetap JBPM [1] telah menghasilkan satu buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji Di Kediaman pada tahun 2004 [3]. Buku ini dihasilkan bertujuan untuk memberi kefahaman tentang konsep asas dan syarat-syarat pemasangan jeriji di kediaman. Menurut satu kajian yang dibuat oleh JBPM [1] Negeri Pahang, jeriji keselamatan jenis tetap kebanyakkannya dipasang pada tingkap jenis ram kaca boleh laras, tingkap bukaan keluar dan tingkap jenis gelangsar. Jeriji ini dipasang pada
  • 7. 7 kesemua tingkap yang terdapat dalam rumah seperti bilik-bilik tidur, bilik air, ruang tamu dan dapur seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.1 dibawah. Rajah 2.1: Jeriji Keselamatan Jenis Tetap Dipasang PadaTingkap Kebaikan pemasangan jeriji jenis ini ialah pencuri tidak dapat memecah masuk ke dalam rumah melalui tingkap yang ada. Tetapi apabila berlaku sesuatu kebakaran ataupun kecemasan, penghuni yang berada dalam rumah tidak dapat melepaskan diri melalui tingkap tersebut kerana dihalang oleh pemasangan jeriji jenis tetap ini. Perihal ini terjadi apabila kebakaran tersebut berlaku pada laluan keluar kecemasan utama seperti di bahagian pintu bilik tidur, pintu dapur dan pintu utama (pintu depan rumah).
  • 8. 8 2.4 Jeriji Keselamatan Jenis Bermangga dan Berkunci Jeriji keselamatan jenis bermangga dan berkunci ini dipasang pada tingkap jenis bukaan keluar, tingkap jenis gelangsar, pintu jenis bukaan ke dalam, pintu jenis bukaan keluar dan pintu jenis gelangsar seperti yang ditunjukkan dala rajah 2.2 di bawah. Rajah 2.2 : Jeriji Keselamatan Jenis Bermangga dan Berkunci Dipasang Pada Pintu Kebaikan pemasangan jeriji jenis bermangga dan berkunci ini boleh digunakan sekiranya berlaku kebakaran di laluan kecemasan utama yang terdapat di dalam rumah, dimana penghuni boleh melepaskan diri melalui tingkap yang berdekatan dengan membuka selak kunci atau pun mangga kunci yang terdapat pada jeriji tersebut. Namun begitu, dalam situasi panik, penghuni tidak dapat mencari anak kunci untuk membuka mangga kunci tersebut menyebabkan mangsa akan
  • 9. 9 terperangkap. Hal ini diburukkan lagi sekiranya anak kunci tersebut hilang dan tidak mempunyai set kunci pendua. Terdapat beberapa kes mangsa maut dan terperangkap akibat halangan jeriji di rumah kediaman. Pada 9 Julai 2011, satu kejadian kebakaran berlaku di Sandakan, Sabah. Kejadian ini meragut sebanyak 6 orang yang menghuni kediaman tersebut. Pihak media melaporkan bahawa kesemua penghuni tersebut gagal menyelamatkan diri kerana pintu dan tingkap rumah tersebut berjeriji. Mangsa tersebut juga dipercayai gagal menemui kunci pintu dan kunci jeriji kerana panik. (Sumber dari laman web easycomeseasygoes.blogspot) [4] . Satu lagi kes mangsa terperangkap akibat halangan jeriji berlaku di Putrajaya pada 30 September 2009. Mangsa merupakan seorang ibu hamil lima bulan cemas berikutan terperangkap hampir sejam di rumah kediamannya yang berada di tingkat teratas pangsapuri 16 tingkat di Presint 14. Mangsa tergesa-gesa hendak keluar dari rumah tersebut berikutan berlaku gegaran gempa bumi dan menyebabkan beliau tidak sempat mengambil kunci pintu dan kunci jeriji. Beliau terperangkap diantara pintu utama dan jeriji disebabkan oleh beliau takut untuk mengambil kunci yang tertinggal di dalam rumah. (Sumber dari laporan media Bernama) [5]. Menurut Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (2012) [6] yang menguruskan kuarters perumahan kakitangan awam yang bekerja di Putrajaya dan Kuala Lumpur, kelemahan lain yang ada pada jeriji keselamatan jenis berkunci dan bermangga ini ialah apabila berlaku kerosakan pada mangga kunci tersebut seperti mangga kunci tidak dapat dibuka setelah memasukkan anak kunci pada lubang mangga kunci tersebut. Perkara ini selalunya terjadi disebabkan oleh lubang kunci berkarat.
  • 10. 10 2.5 Sistem Automatik Pembukaan Jeriji Keselamatan Sistem Automatik Pembukaan Jeriji Keselamatan ini merupakan satu inovatif terhadap pemasangan jeriji yang ada. Menurut Mohd Sufyan (2009) [2], Sistem ini dibangunkan bagi mengatasi kelemahan yang ada pada jeriji keselamatan jenis berkunci. Rajah 2.3 di bawah menunjukkan alat automatik pembukaan jeriji keselamatan. Rajah 2.3: Alat Automatik Pembukaan Jeriji Keselamatan Kelemahan yang ada pada sistem ini ialah ianya bergantung sepenuhnya terhadap bekalan elektrik. Sekiranya bekalan elektrik terputus maka sistem ini tidak dapat berfungsi. Begitu juga halnya apabila terdapat serangan virus pada sistem automatik tersebut.
  • 11. 11 Kos pemasangan sistem automatik ini adalah tinggi. Hanya penghuni yang berkemampuan dari segi kewangan sahaja yang mampu memasang sistem ini pada kediaman mereka. Manakala penghuni yang tidak berkemampuan dari segi kewangan tidak dapat memasangnya. Kos penyelenggaraan pada sistem ini juga adalah tinggi. Penghuni perlu sentiasa membeli software anti virus yang pelbagai bagi menangani serangan virus yang menyerang data sistem utama automatik ini. Begitu juga halnya apabila komponen-komponen peralatan utama pada sistem ini mengalami kerosakan. Kos penggantian peralatan yang rosak kepada peralatan yang baru juga amat tinggi dan berkemungkinan peralatan-peralatan tersebut sukar didapati di pasaran tempatan. Pembekal terpaksa mengimport peralatan tersebut dari negara luar. 2.6 Pengesan Asap dan Pengesan Kebakaran Menurut Wikipedia (2011) [7], alat pengesan asap dipasang bertujuan untuk mengesan asap yang terdapat di dalam rumah. Ini merupakan satu amaran awal kepada penghuni dan membolehkan penghuni keluar menyelamatkan diri. Rajah 2.4 di bawah menunjukkan alat pengesan asap manakala rajah 2.5 menunjukkan Sprinkler iaitu sejenis alat untuk memadamkan api dengan menyiram air. Rajah 2.4: Alat Pengesan Asap
  • 12. 12 Rajah 2.5 : Sprinkler Menurut Wikipedia (2011) [7] lagi, George Andrew Darby merupakan orang yang pertama mempatenkan alat pengesan haba dan pengesan asap jenis elektrik pada tahun 1902 di Birmingham, England. Manakala Duane D. Pearsall membuat inovasi dengan mencipta alat pengesan asap yang hanya menggunakan bateri berkuasa double A. Alat ini dijual oleh syarikat milik Duane D. Pearshall iaitu Statitrol Corporation di Lakewood, Colorado. Menurut National Buyer House Association (NBHA) (2004) [8], alat pengesan asap dapat membantu menyelamatkan diri hampir 50% lebih tinggi berbanding bangunan yang tidak memilikinya. Kelemahan yang ada ialah, selalunya penghuni tidak mengendahkan amaran yang diberi oleh alat ini kerana alat ini akan berbunyi sebaik sahaja mengesan asap-asap kecil seperti asap rokok. Kos pemasangan dan penyelenggaraan alat ini juga adalah tinggi dan hanya golongan kaya sahaja yang akan memasangnya pada kediaman rumah mereka.
  • 13. 13 2.7 Grill Lock Grill lock adalah sejenis alat untuk mengunci jeriji keselamatan jenis gelangsar pada tingkap jenis bukaan keluar dan tingkap jenis gelangsar. Alat ini mudah dipasang dengan hanya membuat lubang pada dinding konkrit di bawah jeriji tingkap dan mengetatkannya dengan skru. Sistem penguncian utama pada alat ini ialah pin berdiameter 5mm dipasang dibahagian bawah alat untuk menahan sebatang besi bar penahan yang berada berdekatan dengan bahagian bawah kekunci jeriji. Kelebihan grill lock ini adalah sistem pengunciannya mudah dibuka dari dalam bangunan kediaman oleh semua golongan umur apabila berlaku kebakaran mahupun kecemasan dengan hanya menarik pin pengunci yang terdapat di bahagian bawah alat ini seterusnya memudahkan dan mempercepatkan proses menyelamatkan diri. Kelebihan lain adalah penjenayah seperti pencuri tidak dapat memasuki rumah melalui tingkap disebabkan oleh jeriji keselamatan tidak boleh dibuka dari luar bangunan dan alat penguncian tidak boleh dicapai dari luar. Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (2012) [6] memasang alat ini pada semua jeriji jenis gelangsar pada tingkap kuarters kerajaan di Putrajaya. Kelemahan Grill lock ini ialah alat pengunciannya terletak terlalu rendah sehinggakan bayi yang merangkak boleh mencapai dan menarik pin pengunci grill lock tersebut. Sekiranya pin pengunci ini hilang, jeriji keselamatan tersebut tidak dapat dikunci dan mudah dibuka dari luar oleh penjenayah sekiranya pin pengunci yang hilang tidak diganti. Menurut Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri [6], Grill lock ini juga sukar didapati kerana tidak semua tempat ada menjual peralatan ini dan terpaksa mengimport dari negara luar seperti Singapura.
  • 14. 14 2.8 Loceng Kecemasan, Lampu Kecemasan, dan Sistem Pancuran Basah dan Kering. Loceng kecemasan, lampu kecemasan dan sistem pancuran basah dan kering selalunya dipasang pada bangunan-bangunan pejabat, premis-premis perniagaan, bangunan sekolah, bangunan hospital, kompleks membeli-belah dan kompleks lapangan terbang. Rajah 2.6 di bawah menunjukkan alat-alat tersebut. Rajah 2.6: Loceng Kecemasan, Lampu Kecemasan, Alat Pancuran Basah dan Kering
  • 15. 15 Fungsi utama alat-alat tersebut adalah sama dengan alat pengesan asap dan pengera kebakaran iaitu memberi amaran awal kepada penghuni bangunan- bangunan tersebut untuk menyelamatkan diri apabila berlaku sesuatu kebakaran atau kecemasan. Kelemahan alat-alat tersebut ialah kos pemasangan dan penyelenggaraan yang tinggi menyebabkan alat-alat ini hanya dipasang pada bangunan-bangunan tersebut. Pemilik kediaman selalunya tidak mampu untuk menyediakan alat-alat tersebut. 2.9 Dasar Yang Diamalkan Oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) [1] Pada tahun 2004, JBPM [1] telah menggariskan satu panduan pemasangan jeriji di kediaman agar pemasangannya selamat kepada penghuninya. Pihak JBPM [1] telah mengamalkan dasar berikut : 1. Pemasangan jeriji tidak dibenarkan bagi semua pembinaan Balai Bomba dan Kuarters. 2. Pemasangan jeriji tidak digalakkan bagi kediaman. 3. Jika perlu, pemasangan jeriji mestilah : a. Mempunyai tatacara membuka tanpa kunci yang mudah di- buka dari dalam premis ketika kecemasan, b. Kos pemasangan dan penyelenggaraan yang tidak membeban-kan, dan
  • 16. 16 c. Telah merujuk dan mendapat nasihat dari pegawai jabatan. 4. Jika pemasangan dengan kunci diperlukan, tatacara pembukaannya mestilah mudah dilakukan oleh semua lapisan golongan. 2.9.1 Kesesuaian Lokasi Pemasangan Jeriji Setiap kediaman dicadangkan memasang jeriji mudah buka di mana-mana lokasi terutamanya premis 2 dan 3 tingkat bagi tindakan yang rasional oleh golongan orang dewasa. Kediaman yang melebihi 3 tingkat, bolehlah memasang ke laluan yang selamat seperti anjung bilik, laluan koridor atau ke anjung kediaman jiran. Keutamaan pemasangan di kediaman seperti asrama, rumah kedai, tempat berhimpun dan hotel mestilah diberikan perhatian. Pemasangan jeriji amatlah baik jika dibandingkan dengan pemasangan Alat Pengesan Asap Mudah Alih. 2.9.2 Spesifikasi Rekabentuk Pemasangan Jeriji Gambarajah 2.1 hingga 2.9 merupakan rekabentuk pemasangan jeriji yang dibenarkan oleh JBPM [1]. Gambarajah ini juga terdapat di dalam buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji Di Kediaman[3].
  • 17. 17 Rajah 2.7: Jeriji Tingkap Yang Boleh Dibuka Pandangan Hadapan Rajah 2.8: Jeriji Ensel Berjenis Pad Lock
  • 18. 18 Rajah 2.9: Jeriji Ensel Berjenis Spring Loaded Lock Rajah 2.10: Pandangan Dari Dalam Bagi Jeriji Untuk Tingkap Jenis Gelunsur
  • 19. 19 Rajah 2.11: Tingkap Jeriji Jenis Lipat Rajah 2.12: Tingkap Jeriji Jenis Gelunsur dan Lipat
  • 20. 20 Rajah 2.13: Tingkap Jeriji Jenis Louvers Beserta Security Mild Steel Bars Rajah 2.14: Tingkap Jeriji Jenis Gelunsur Yang Dipasang di Bahagian Luar
  • 21. 21 Rajah 2.15: Pandangan Dari Dalam Bagi Jeriji Yang Dilengkap Dengan Penyelak Spring Loaded 2.10 Kesimpulan Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat pada jeriji keselamatan yang sedia ada di pasaran, maka satu rekabentuk pemasangan jeriji keselamatan iaitu Smart Grill yang boleh dipasang mengikut saiz pintu dan mudah dibuka dari dalam bangunan oleh penghuni untuk menyelamatkan diri tanpa menggunakan kunci atau mangga. Smart grill juga hanya menggunakan selak kunci biasa yang boleh dibuka dengan pantas dan kos pemasangan serta kos penyelenggaraannya adalah murah.
  • 22. 22 BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan Bab Metodologi ini bertujuan untuk menerangkan tentang proses yang digunakan bagi penghasilan rekabentuk Smart Grill secara lebih terperinci. Rekabentuk Smart Grill ini mematuhi syarat-syarat yang telah digariskan di dalam Buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji Di Kediaman [3]. Selain itu, terdapat juga beberapa subtopik yang akan diterangkan di dalam bab ini seperti instrumentasi kajian, analisis data, penghasilan produk Smart Grill , pemasangan Smart Grill dan seterusnya pengujian keberkesanannya dari segi masa, kos, kualiti dan fungsi. 3.2 Prosedur Kajian
  • 23. 23 Rajah di bawah menunjukkan proses kajian yang telah dibuat bagi penghasilan Smart Grill. Mula Mengenalpasti masalah yang sediada Mengumpulkan data dan maklumat Membuat kajian data dan maklumat yang diperolehi Penghasilan Smart Grill Pengujian Kebekesanan Respon Tamat Rajah 3.1: Carta Alir Metodologi Kajian 3.3 Analisis Data
  • 24. 24 a) Mengenalpasti Masalah Yang Sediada Setelah masalah berkenaan jeriji keselamatan dan sistem pencegahan kebakaran yang sediada dikenalpasti, maka pengumpulan data dan maklumat berkenaan dijalankan. b) Mengumpulkan Data Dan Maklumat Pengumpulan data dan maklumat yang berkaitan diperolehi melalui hasil pembacaan iaitu daripada laporan-laporan media di surat khabar dan juga di internet mengenai mangsa yang terperangkap dan maut akibat halangan daripada jeriji sediada. Pencarian untuk tambahan maklumat juga dilakukan dengan merujuk kepada laman web yang berkaitan seperti JBPM [1], dan Wikipedia [7]. Manakala bagi mendapatkan data statistik kebakaran, perjumpaan bersama Encik Mohd Azuan [9] yang merupakan Pegawai Bomba, Ibu Pejabat di Putrajaya adalah bertujuan untuk membincangkan berkaitan isu kebakaran di Malaysia, dan jeriji keselamatan serta alat pencegahan kebakaran yang di terdapat di pasaran semasa. c) Membuat Kajian Data Dan Maklumat Yang Diperolehi Kajian data dibuat bagi menganalisis data dan maklumat tersebut agar bertepatan dengan objektif kajian. Daripada data yang diperolehi dari JBPM [1], statistik data yang melibatkan kebakaran di Malaysia pada tahun 2009, 2010 dan 2011 diperolehi. Kajian juga dibuat melalui Buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji Di Kediaman [3] dan juga mengikut Spesifikasi Piawai Untuk Kerja-Kerja Binaan Bangunan, JKR [10] bagi Kerja Keluli dan Logam.
  • 25. 25 3.4 Penghasilan Produk Rajah 3.2 menunjukkan lukisan rekabentuk Smart Grill yang telah dicipta oleh kumpulan “SmartIQ”. Rajah 3.2: Lukisan rekabentuk Smart Grill Rekabentuk Smart Grill ini dicipta untuk dipasang pada pintu di rumah kediaman. Saiz ukuran Smart Grill boleh diubahsuai mengikut kesesuaian saiz pintu di rumah kediaman dan juga boleh direkabentuk mengikut kehendak pelanggan. a) Prosedur Penghasilan Smart Grill
  • 26. 26 Mula Mengambil Ukuran Perbincangan bersama Pelanggan Penghasilan Rekabentuk Smart Grill Respon Pelanggan Pembuatan Smart Grill Di Bengkel Pemasangan Smart Grill Di Rumah Kediaman Tamat Rajah 3.3 : Carta Alir Penghasilan Smart Grill i- Mengambil Ukuran Kumpulan “SmartIQ” akan mendapatkan ukuran bagi pintu di lokasi pemasangan Smart Grill. ii- Perbincangan Bersama Pelanggan
  • 27. 27 Perbincangan bersama pelanggan dibuat bagi memastikan rekabentuk Smart Grill mengikut kehendak pelanggan dan kesesuaian pada lokasi. Terdapat tiga (3) jenis bahan yang boleh digunakan iaitu Stailess Steel, Wrought Iron dan Rectangular Hollow Section (RHS) 1”x1”. iii- Penghasilan Rekabentuk Smart Grill Setelah lakaran awal siap semasa perbincangan bersama pelanggan, maka penyediaan lukisan Smart Grill menggunakan pengisian AutoCAD dibuat mengikut ukuran sebenar di lokasi pemasangan. iv- Respon Pelanggan Mendapatkan respon pelanggan mengenai Smart Grill yang dicipta. Setelah mendapat kesepakatan persetujuan maka proses seterusnya adalah melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja pembuatan dan pemasangan Smart Grill. Kos bagi Smart Grill ini berjumlah RM1500.00 sahaja. Harga ini diketahui apabila kumpulan SmartIQ telah berunding bersama kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek ini. v- Pembuatan Smart Grill Di Bengkel Smart Grill ini telah dibuat di Bengkel Low Seng, Ulu Bernam, Selangor merupakan cawangan bagi Syarikat Kong Meng Welding [11], Jalan Slim Baru, Tanjong Malim, Perak. Proses penghasilan Smart Grill ini mengambil masa hanya tiga (3) hari sahaja dimana : Proses rundingan harga bersama rekabentuk dan pemotongan RHS serta Welding - 1 hari Proses mengecat - 1 hari
  • 28. 28 Proses Pemasangan di lokasi - 1 hari vi- Pemasangan Smart Grill Di Lokasi Setelah siap kerja-kerja pembuatan di Bengkel, Smart Grill ini telah dipasang di pada pintu dapur ( pintu belakang ) di kediaman Encik Muhammad Fairus bin Arshad, beralamat No.18, Jalan Kemudi 2F/2, Bernam Jaya, Selangor. Di dalam kajian ini, lokasi pemasangan Smart Grill adalah berpandukan Buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji di Kediaman [3] yang telah ditetapkan. 3.5 Pengujian Keberkesanan. Proses pengujian dilakukan untuk mengukur keberkesanan dari segi masa dan fungsi. Satu lakonan telah dibuat dimana terdapat dua situasi. Situasi pertama dilakonkan pada jeriji keselamatan yang biasa dan situasi kedua dilakonkan pada Smart Grill. Daripada lakonan ini, masa diambil bagi membandingkan situasi pertama dan situasi kedua untuk membuat penilaian. Selain itu, lakonan ini juga dapat membuktikan bahawa Smart Grill ini berfungsi ataupun tidak. 3.6 Respon Rekabentuk Smart Grill telah ditunjukkan kepada En. Fuad [12] Arkitek Senibina dan En. Jamal [13] Jurutera Awam di Jabatan Pengurusan Pembangunan
  • 29. 29 dan Harta Benda, Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi semakan dan mendapatkan pandangan awal serta komen daripada segi kualiti Rekabentuk dan Spesifikasi. Smart Grill ini telah ditunjukkan kepada PPgB En. Abdul Rahim [14] Ketua Balai, Balai Bomba Tanjong Malim bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan komen dari segi teknikal iaitu bagi memastikan keberkesanan rekabentuk serta lokasi pemasangan pada rumah kediaman adalah mematuhi syarat-syarat yang telah digariskan di dalam Garis Panduan Pemasangan Jeriji di Kediaman [3]. Bagi memastikan kualiti bahan yang digunakan, rekabentuk Smart Grill dirujuk kepada En. Mohamad Dzakir [15] Penolong Pengarah JKR, supaya rekabentuk Smart Grill ini mengikut Spesifikasi Piawai Untuk Kerja-Kerja Binaan Bangunan [10] bagi Kerja Keluli dan Logam.
  • 30. 30 BAB 4 DAPATAN DAN ANALISA DATA 4.1 Pengenalan Analisa dibuat kepada data atau maklumat yang telah diperolehi bagi tujuan penghasilan Smart Grill ini. Hasil analisa terhadap projek ini adalah mengikut objektif yang telah dinyatakan pada bab 1. 4.2 Statistik Kebakaran Di Malaysia Pada tahun 2009 hingga 2011, statistik kebakaran yang berlaku di kediaman menunjukkan bahawa negeri Selangor merekodkan jumlah kes kebakaran yang paling tinggi sebanyak 560 kes pada tahun 2009, 724 kes pada tahun 2010 dan 658 kes pada tahun 2011 seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.1 di bawah. Jadual 4.1 : Statistik Kebakaran Yang Berlaku Di Kediaman Mengikut Negeri Tahun 2009 - 2011 Negeri 2009 2010 2011 Perlis 11 19 13
  • 31. 31 Kedah 177 209 218 Pulau Pinang 182 193 201 Perak 134 167 163 Selangor 560 724 658 Kuala Lumpur 553 464 463 Negeri Sembilan 74 103 144 Melaka 98 69 97 Johor 233 229 200 Pahang 112 116 105 Terengganu 73 67 78 Kelantan 111 124 133 Sabah 213 243 312 Sarawak 169 179 201 Labuan 9 10 7 Putrajaya 3 2 1 Jumlah 2712 2918 2994 (Sumber : Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia) 4.3 Statistik Kebakaran Di Negeri Selangor Daripada Jadual 4.2 di sebelah menunjukkan bahawa rumah kediaman mencatatkan jumlah kes kebakaran yang tertinggi berbanding jenis bangunan yang lain. Sebanyak 2712 kes kebakaran direkodkan pada tahun 2009, 2918 kes pada tahun 2010 dan meningkat sebanyak 2994 kes kebakaran pada tahun 2011. Jadual 4.2 : Jenis Bangunan Yang Terlibat Dengan Kebakaran Dari Tahun 2009 –2011 Jenis Bangunan 2009 2010 2011 Kedai 569 657 713 Kilang 335 287 334 Stor 254 219 239 Bengkel 67 97 75 Hotel 34 32 40
  • 32. 32 Pusat Beli-Belah 31 21 20 Pejabat 193 143 144 Tempat Hiburan 27 28 25 Restoran 58 60 71 Rumah Kediaman 2712 2918 2994 Setinggan 69 50 62 Bilik Dapur 173 193 251 Makmal 8 10 14 Sekolah 81 82 102 Asrama 29 44 40 Hospital / Klinik 31 45 19 Gudang 10 10 17 Lain-lain 386 344 522 Jumlah 5067 5240 5689 (Sumber : Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia) 4.4 Analisa Data Pengujian 4.4.1 Pengujian Masa Satu ujian masa telah dilakukan secara lakonan yang menggambarkan situasi kecemasan yang berlaku di bangunan kediaman. Ujian masa ini dilakukan ke atas dua jenis jeriji iaitu jeriji jenis biasa yang sediada di pasaran dan Smart Grill. Ujian masa ini dilakukan bertujuan untuk membuat perbandingan tempoh masa yang diperlukan oleh mangsa untuk melarikan diri dari situasi kebakaran atau kecemasan. Catatan masa yang direkodkan seperti dalam jadual 4.3 di bawah. Jadual 4.3 : Ujian Masa Di Dalam Situasi Panik Situasi Jenis Jeriji Masa
  • 33. 33 1 Jenis Biasa 12 saat (kunci dijumpai dengan mudah) 2 Smart Grill 5 saat Hasil ujian masa yang dilakukan, didapati mangsa berjaya melarikan diri dari situasi panik hanya dalam tempoh 5 saat sahaja melalui Smart Grill berbanding jeriji jenis biasa yang mencatatkan tempoh masa selama 12 saat untuk melarikan diri. 4.4.2 Pengujian Fungsi LANGKAH 1 Membuka selak pintu tanpa kunci LANGKAH 2 Smart Grill diturunkan ke b bawah
  • 34. 34 LANGKAH 3 Memanjat pintu dengan memijak tempat pemijak yang disediakan LANGKAH 4 BERJAYA melepaskan diri untuk keluar dari rumah Rajah 4.1 : Ujian Fungsi Rajah 4.1 di atas menunjukkan tatacara penggunaan bagi membuka Smart Grill untuk menyelamatkan diri dari situasi kebakaran atau kecemasan. BAB 5 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN P
  • 35. 35 5.1 Pengenalan Bab ini membincangkan hasil dapatan kajian yang diperolehi dan menilai keseluruhan projek ini adakah mencapai objektif yang ditetapkan dalam bab 1. 5.2 Penilaian a) Kadar Kebakaran di Malaysia. Merujuk kepada jadual 4.1, menunjukan bahawa Negeri Selangor merupakan negeri yang tertinggi jumlah berlaku kebakaran berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Data statistic ini menunjukkan kadar kebakaran di Negeri Selangor meningkatan pada setiap tahun. Merujuk kepada jadual 4.2, menunjukan bahawa Rumah Kediaman merupakan kadar kebakaran yang tertinggi berbanding jenis- jenis bangunan yang lain. Ini mungkin disebabkan kecuaian penghuni ketika berada di rumah ataupun ketika penghuni tiada di rumah mereka. Oleh yang demikian, berdasarkan data statistik kebakaran pada tahun 2009 hingga tahun 2011 di Malaysia dan jenis rumah kediaman di Negeri Selangor menunjukkan kadar kebakaran yang tertinggi setiap tahun, maka kumpulan SmartIQ telah bersetuju memilih rumah kediaman untuk melaksanakan projek ini. a) Menentukan Keberkesanan Pemasangan Smart Grill.
  • 36. 36 i- Ujian Masa Merujuk kepada keputusan masa yang telah diambil, Situasi 1 : Jeriji keselamatan dapat dibuka menggunakan kunci (yang mudah dijumpai) telah mengambil masa selama 12 saat untuk dapat melepaskan diri keluar dari rumah. Bagi Situasi 2 : SmartGrill telah berjaya dibuka hanya mengambil masa selama 5 saat sahaja. Smart Grill telah membuktikan kelebihannya dimana objektif projek ini telah BERJAYA dicapai apabila mangsa berjaya keluar daripada rumah tanpa menggunakan sebarang kunci dalam masa hanya 5 saat sahaja. Dimana perbezaan 7 saat membuktikan kelebihan reka cipta ini. ii- Ujian Fungsi Merujuk kepada gambar lakonan di bab 4, Langkah 1 : Menunjukkan bahawa mangsa lari ke pintu dalam keadaan cemas dan membuka selak yang sedia ada pada pintu. Langkah 2 : Smart Grill terbuka dan jatuh ke bawah. Langkah 3 : Mangsa memijak pada tempat pemijak yang disediakan dan memanjat untuk keluar daripada rumah yang terbakar.
  • 37. 37 Langkah 4 : Mangsa berjaya melepaskan diri untuk keluar rumah dengan selamat. Rekabentuk Smart Grill ini terbukti berfungsi apabila mangsa BERJAYA melepaskan diri untuk keluar dari rumah dengan mudah tanpa menggunakan kunci. Kejayaan ini membuktikan penghasilan Smart Grill mencapai objektif asal bagi projek ini. 5.3 Ulasan-ulasan Ulasan ini adalah merujuk kepada lampiran yang disertakan iaitu daripada komen En. Mohd Fuad yang menyatkan bahawa Smart Grill ini mempunyai rekabentuk yang inovatif dan boleh dikomersialkan. En. Jamal Abdul Nasir pula menyatakan bahawa Smart Grill adalah seperti yang dinyatakan dalam lukisan pembinaan dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Manakala En. Abdul Rahim telah menyatakan bahawa rekabentuk Smart Grill ini adalah rekabentuk yang baik dan bersesuaian digunakan semasa berlaku kebakaran. Rujukan dan semakan bersama En. Mohamad Dzakir [15] adalag bertujuan untuk memastikan bahan yang digunakan bagi Smart Grill menepati spesifikasi piawai JKR [10]. 5.4 Pertimbangan
  • 38. 38 Daripada ujian masa, ujian fungsi, komen mengenai rekabentuk, komen mengenai kualiti bahan, komen daripada wakil Jabatan Bomba dan wakil daripada JKR, maka Smart Grill ini berjaya BERJAYA mencapai OBJEKTIF projek. Kumpulan SmartIQ bercadang untuk mempelbagaikan rekabentuk Smart Grill supaya lebih cantik dan mempunyai nilai-nilai estatik di bangunan. BAB 6 KESIMPULAN 6.1 Pencapaian
  • 39. 39 Tujuan utama projek ini adalah untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul (seperti yang telah diterangkan pada bab 1) dan mencapai objektif projek ini. Usaha kumpulan SmartIQ mendatangkan hasil apabila suatu rekaan baru tercipta dikenali sebagai Smart Grill. Smart Grill ini adalah suatu rekabentuk yang mudah dan ringkas serta kosnya yang murah. Walau bagaimanapun Smart Grill ini boleh diubahsuai mengikut kehendak pelanggan dan boleh direkabentuk supaya nampak lebih cantik, menarik serta mempunyai nilai estatika. Namun begitu konsep gelangsar yang ada pada Smart Grill ini perlu dikekalkan. 6.2 Cabaran Dan Halangan Sepanjang pelaksanaan Smart Grill, terdapat masalah yang dihadapi dalam menyempurnakan objektif dan skop kajian. Masalah yang dihadapi ini dijadikan cabaran dalam menjayakan projek ini. Lima masalah yang dihadapi adalah: i. Kesukaran untuk mendapatkan maklumat statistik data berkaitan kes kecurian (daripada pihak Polis). Oleh yang demikian, bagi pelaksanaan projek ini, kumpulan Smart Grill hanya memfokuskan kepada kes kebakaran sahaja. ii. Kesukaran untuk merekabentuk Smart Grill dimana ahli kumpulan
  • 40. 40 SmartIQ tidak mahir untuk melukis pelan rekabentuk menggunakan perisian AutoCAD. iii. Kesukaran mendapatkan pengesahan daripada Jurutera JKR. iv. Kurang mendapat kerjasama daripada kontraktor untuk mengetahui harga bahan secara terperinci. v. Mengalami kesukaran untuk menerangkan kepada kontraktor berkaitan rekabentuk yang terdapat didalam lukisan. 6.3 Cadangan Kajian Selanjutnya Smart Grill ini mempunyai potensi untuk diperkembangkan pada masa akan datang. Rekabentuk yang dibangunkan untuk kajian ini hanyalah satu rekabentuk yang mudah, murah dan boleh diubahsuai mengikut kehendak dan kesesuaian di lokasi pembinaan. 6.4 Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, diharapkan Smart Grill ini dapat dijadikan sebagai sistem sokongan dalam membantu JBPM bagi mengurangkan kematian yang akibat terperangkap dengan jeriji keselamatan ketika berlaku kebakaran dan kecemasan. Selain itu, diharapkan Smart Grill ini, dipatenkan dan dikomersialkan pada masa hadapan.
  • 41. 41 RUJUKAN [1] Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). [2] Mohd Sufyan Bin Sulaiman - Sistem Pengautomatan Pembukaan Jeriji Ketika Kebakaran 2009, Ijazah Sarjana Sains Keusahawanan (Teknologi Maklumat).
  • 42. 42 [3] Buku Garis Panduan Pemasangan Jeriji di Kediaman Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia pada 1 Ogos 2004. [4] Laman web : easycomeseasygoes.blogspot [5] Laporan BERNAMA, 30 September 2009 [6] Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (2012) [7] Laman web Wikipedia http : //www.wikipedia.org/ [8] National Buyer House Association [9] En. Mohd Azuan bin Abu Hassan, Pegawai Bomba, Ibu Pejabat JPBM di Putra Jaya. [10] Spesifikasi Piawai untuk Kerja-Kerja Binaan Bangunan JKR bagi Kerja Keluli dan Logam mukasurat 85. [11] Mr.Meng, Kong Meng Welding, Ulu Bernam, Selangor. [12] En. Fuad bin Eshak, Arkitek Senibina, Jabatan Pengurusan Pembangunan Dan Harta Benda, Universiti Pendidikan Sultan Idris. [13] En. Jamal Abdul Nasir bin Baharudin, Jurutera Awam, Jabatan Pengurusan Pembangunan Dan Harta Benda, Universiti Pendidikan Sultan Idris. [14] PPgB Abdul Rahim bin Saari, Ketua Balai, Balai Bomba Tanjung Malim. [15] Mohamad Dzakir b. Ahmad Yusoff, Penolong Pengarah, Unit Bangunan Am, Bahagian Kejuruteraan Awam, Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur
  • 43. 43