Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

46905554 nota-pengakap-kanak-kanak

  • Be the first to comment

46905554 nota-pengakap-kanak-kanak

  1. 1. H-S PENGAKAP KANAK-KANAK Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform(berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang dalampergerakan ini ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungiahli-ahli yang berumur antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid-muridsekolah rendah) Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulanyang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSRPergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerjakokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapatiamat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini. Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang bolehdijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanakmudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat pulamenyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama, tolong-menolong dan sediaberkhidmat di kalangan mereka. MATLAMAT PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK  Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka;  Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;  Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;  Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-bidang tertentu;  Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras dengan hasrat Rukunegara;  Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan  Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 1
  2. 2. H-S PERLEMBAGAANFasal 1 : Nama dan Alamat.i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK) SEKOLAH ....................................ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH ...........................Fasal 2 : Tujuan Persatuani. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin murid.iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan.Fasal 3 : Keahliani. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan.Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli.i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti persatuan.ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam persatuan.Fasal 5 : Mesyuarat.i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk: - memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan. - kewangan - ucapan penangguhan - cadangan-cadanganii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada: a. Pengerusi b. Setiausaha c. Bendahari d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan.iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan.v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli. Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 2
  3. 3. H-Svi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa.Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan.i. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.ii. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan.iii. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat.Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan.i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui : a. wang SUWA (Kokurikulum). b. sumbangan PIBG. c. derma daripada ahli dan orang ramai.ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan.i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung.ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar.Fasal 9 : Tafsiran.i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad.Fasal 10 : Pembubaran.i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir Sekolah. Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 3
  4. 4. H-SLencana Wajib Lencana Kegemaran Pendahuluan Perlembagaan Sejarah Latihan Aktiviti Lencana & Sijil Cerita Hutan Uniform Lagu Pautan Lencana Lencana Lencana Keris Emas Keris Perak GangsaNota Pengakap Kanak-Kanak Page 4
  5. 5. H-SPenunggang Basikal Renang Pembaca Buku Peladang Kecil Ahli Kraftangan Koleksi Hobi Penghibur Pelukis Pengembara Pembaca Peta Ahli Olahraga Lencana Pengetahuan Pecinta Alam Pecinta Alam Ahli Pasukan Semulajadi Sekitar Permainan Pekerja AmNota Pengakap Kanak-Kanak Page 5
  6. 6. H-S Lencana Perkhidmatan Penyelamat Pengurus Ahli Pertolongan Nyawa Rumah Cemas Jenis-Jenis Lencana Kepandaian Pengakap Kanak-KanakNota Pengakap Kanak-Kanak Page 6
  7. 7. H-S Rambu Pengakap Kanak-KanakNota Pengakap Kanak-Kanak Page 7
  8. 8. H-SCERITA HUTANAKELADITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigalasudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Merekamengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama adaditerima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudahditerima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jikaada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lati. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak meeka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengananak amsing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksanabernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihatoleh anggota-anggota Kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takutsebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. ApabilaAkela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tibaShere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadakusemula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sidah agak dewasamenyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabilatimbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anakserigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, KetuaKumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialahhendak bertempur bermati-matian utnuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakapdalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekorberuang tua yang menjadi guru mengajar anak-anakserigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri ditempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggotaKumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela memintasokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tibabercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawaseekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekorlembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebusnyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabilamendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit danpergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dankeluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marahkerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memangbaik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 8
  9. 9. H-SMOWGLI Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinyadan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan.Harimau ini bernama Shere Khan. Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencarimakanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu,pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengannyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya. Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam.Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolongkesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batutidak jauh dari situ. Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tibadia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, diaternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak ituadalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diriapabila terdengar lolongan Shere Khan tadi. Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigalakasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada merekamalah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala. Kedua-duaIbu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri danmenamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggapMowgli sebagai saudara mereka sendiri. Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipanduTabaqui, seekor rubah(jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain. Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecilpemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimautempang itu memakan budak itu nanti. Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkanbudak itu, yang didakwanya sebagai haknya,Bapa dan Ibu Serigala menentang.Shere Khan cubahendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 9
  10. 10. H-S Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan. UNIFORM PENGAKAP KANAK-KANAKBAJU : Warna kelabu.SELUAR : Warna Biru Tua.SARUNG KAKI : Biru Tua.KASUT : HitamSKAF : Warna biru tua,dengan dua garisan - merah dan putih.FORAGE CAP : Warna biru tua dengan satu garisan Merah. Lencana Ahli: Lencana Bendera: Dipakai di tengah-tengah Dipakai di tengah-tengah kocek kocek(poket) sebelah KIRI (poket) sebelah KANAN Lengan Baju di sebelah kiri Lengan baju disebelah kanan dengan baju di sebelah kanan. Lencana Pangkat : Lencana Pangkat : Ketua Pasukan (Pek) Ketua Sekawan Dipakai di atas kocek (poket) sebelah KIRI Lencana Pangkat : Penolong Ketua Enam Sekawan Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 10
  11. 11. H-S Aktiviti Pengakap Kanak-kanak 1. Laung Agong 2. Persetiaan 3. Undang-undang 4. Kawat Asas 5. Bendera 6. Simpulan dan Ikatan 7. Pertolongan Cemas 8. Isyarat Sulit 9. Memasak 10. Berkhemah secara Pengakap 11. Gajet 12. Kembara/ Tracking AKTIVITI-AKTIVITI PENGAKAP  Kursus Ketua Enam Sekawan  Kursus Kemahiran Pengakap Kanak-Kanak  Kursus Lencana Keris  Kursus Ketua Petrol  Kursus Lencana Kemajuan  Pioneering Projek  Hari Pengakap Sedunia  Kempori  Korobori  Rovermoot  Jambori  Indaba  Gillwell Union  Kursus-Kursus Kepimpinan Manikayu  Kursus Jurulatih  Kursus Penolong Jurulatih  Kursus Kemahiran Dan Teknik Untuk PemimpinNota Pengakap Kanak-Kanak Page 11
  12. 12. H-S LATIHAN Borang Ujian Lencana Keris EmasNama penuh :Tahun :Sekolah :1.1 Kesetiaan (Ujian bertulis) Keputusan Ujian Bertulis Markah yang diperolehi1.2 Kecekapan & Kemahiran (Bahagian praktikal /amali)BIL BIDANG MARKAH T/TANGAN MARKAH CALON PENUH PENGUJI 1 Teknik melipat 5 bendera 2 Isyarat Sulit 5 3 Anduh 5 4 Simpul Bunga 5 Geti 5 Simpul Manok 5 6 Simpul Sentak 5 7 Simpul belit @ 5 Lilit Dua Sinpul 8 Simpul Tindih 5 Kasih 401.3 Disiplin , Minat & DayausahaBIL BIDANG MARKAH T/TANGAN MARKAH CALON PENUH PENGUJI 1 Pakaian 5 Seragam Pengakap 2 Kajian Ikan 5 3 Kajian 5 Tumbuhan 4 Kajian 5 Binatang/Haiwan 5 Koleksi Hobi 5 6 Potensi Diri 5 30 Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 12
  13. 13. H-SMarkah Komponen 1.1Markah Komponen 1.2Markah komponen 1.3Jumlah 1.2+1.2+1.3 BUKU LOGLengkapTidak Lengkap Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 13
  14. 14. H-S SEJARAH Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya)apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telahdiasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayuyang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) olehG.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby danWheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahlipendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di PenangFree School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar(MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula diKedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulanpertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 olehBrunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar.Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganuialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-BudakPengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963(penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepadaPersekutuan Pengakap Malaysia. Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZAlsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka &Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis [ senarai pilihan] [sejarah pengakap] Nota Pengakap Kanak-Kanak Page 14
  15. 15. H-S PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan seberapa daya-upaya saya akan, Taat kepada raja dan negara   Menolong orang pada setiap masa  Menurut undang-undang PengakapNota Pengakap Kanak-Kanak Page 15

    Be the first to comment

    Login to see the comments

  • nuraisyahbintidaud

    Feb. 2, 2015
  • IbrahimAhmad17

    May. 5, 2015
  • mynemdanish

    Oct. 4, 2015
  • zurakhirudin2204

    Jan. 19, 2016
  • MalarMurali1

    May. 22, 2016
  • fatenamira12

    Jul. 19, 2016
  • rafisramli

    Dec. 29, 2016
  • spectra5

    Jan. 8, 2017
  • AbdKarim8

    Jan. 17, 2017
  • mfmi

    Feb. 21, 2017
  • aminahanuar

    Jan. 17, 2018
  • DzilaFathi

    Jul. 13, 2019

Views

Total views

19,588

On Slideshare

0

From embeds

0

Number of embeds

6,196

Actions

Downloads

765

Shares

0

Comments

0

Likes

12

×