SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
PKP 3113 1
INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS, PAHANG
PROPOSAL
KAJIAN TINDAKAN
ADAM SHAH BIN KAMALUDIN
841118-06-5755
TAJUK :
TEKNIK TEPUKAN DAN NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN SUKU KATA KV+KV MURID
TAHUN 2
PKP 3113 2
Halaman Pengakuan
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …………………………………………….
Nama Penulis : ADAMSHAH BIN KAMALUDIN
Tarikh :
PKP 3113 3
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat serta nikmat
masa dan tenaga untuk menyempurnakan kajian ini. Dengan penuh keikhlasan, jutaan
terima kasih saya berikan kepada pensyarah penyelia, Encik Fazli yang tidak pernah letih
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh pelaksanaan proposal kajian ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan
Taman Tun Dr. Ismail 2 kerana telah memberikan kerjasama dalam menjalankan
penyelidikan ini. Buat sahabat-sahabat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampaun
Afzan terutamanya Kelas Pemulihan PPG ambilan Januari 2011, terima kasih kerana sudi
memberi tunjuk ajar dan berkongsi maklumat.
Akhir madah, saya juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu
bapa , Isteri dan anak anak saya serta adik-beradik yang tidak pernah lupa untuk
memberikan sokongan dan dorongan sepanjang tempoh pengajian ini. Juga kepada semua
yang secara langsung atau tidak langsung membantu dan mendoakan kejayaan saya.
Terima kasih diucapkan.
Sekian Terima Kasih.
PKP 3113 4
A. PENGENALAN
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998), kemahiran membaca merupakan salah satu
daripada empat kemahiran bahasa yang paling penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Keupayaan membaca merupakan jambatan ke arah pemerolehan
dan penerokaan ilmu pengetahuan. Kemahiran membaca ini mencerminkan perkembangan
kognitif kanak-kanak dan seterusnya berkait rapat dengan pembentukan personaliti
seseorang kanak-kanak. Tiga kemahiran penting yang perlu diajar oleh guru dan harus
dikuasai oleh murid ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Oleh itu, kegagalan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis pada
peringkat awal terutamanya di tahap satu telah mengakibatkan berlakunya ‘Academic
Deficit’ dalam kalangan murid sekolah rendah dan berterusan hingga di sekolah menengah.
Menurut Zamri (2008) dan Yahya (2008), keberkesanan dalam membaca juga
merupakan satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh murid ketika membaca. Guru
sewajarnya menyediakan satu teknik yang betul dan berkesan bagi pengajaran kemahiran
membaca. Murid-murid pada era globalisasi masa kini tidak boleh hanya dididik dengan
teknik pengajaran ‘chalk and talk’ sahaja. Mereka perlu dididik dengan teknik pengajaran
yang menjurus kepada penglibatan secara langsung semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap
pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil bahagian
dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru.
Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas. Oleh
itu, teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru perlu sesuai mencapai
matlamat yang hendak dicapai.
PKP 3113 5
B. FOKUS KAJIAN
Kajian ini memfokuskan kepada murid pemulihan tahun dua yang mempunyai
masalah dalam membaca perkataan suku kata Kv + Kv huruf abjad. Berdasarkan
pemerhatian saya, murid ini mempunyai masalahyang amat kritikal. Murid keliru dalam
membaca perkataan suku kata KV + KV. Bagi saya, masalah ini merupakan faktor
penyebab utama murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca perkataan dan ayat
walaupun telah mencecah umur 8 tahun dan seharusnya mampu membaca dengan baik
dan betul
C. TINJAUAN LITERATUR
Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011) dalam Modul Pengantar Penyelidikan
Dalam Penyelidikan Pendidikan berkaitan dengan Didik Hibur dalam pengajaran dan
pembelajaran menyatakan bahawa Didik Hibur bermaksud mendidik sambil menghibur.
Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar,
manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik
hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen
sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara
keseluruhan dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara
terancang dan bersistematik.
Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang disarankan dalam didik hibur yang
melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika. Aktiviti nyanyian yang dirancang dapat
menyumbang kepada proses perkembangan murid-murid secara menyeluruh, meliputi
perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan
nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Manakala Kamarudin
Husin (1998), pula melihat aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam
kehidupan sebenar dan boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang
menarik.
PKP 3113 6
Hasil kajian yang dijalankan oleh Nur Nadiyah bt Andra Gunawan (2010) iaitu
Meningkatkan Kelancaran Kemahiran Membaca Perkataan Dua Suku Kata Bagi Murid
Tahun 2 mendapati bahawa tujuh orang muridnya masih tidak dapat membaca dengan
lancar. Mereka bermasalah apabila membaca perkataan yang melibatkan suku kata
tertutup. Mereka akan membunyikan perkataan sesuka hati mereka berdasarkan bunyi yang
paling hampir. Sebagai contoh, perkataan ‘sambung’ dibunyikan sebagai ‘lombong’. Oleh itu,
beliau menggunakan kaedah ‘Nyanyian Suku Kata’, ‘Cantumkan Saya’ dan ‘Latih Tubi
Penyebutan Suku Kata’. Kaedah “Nyanyian Suku Kata’ merupakan satu kaedah yang
menarik kerana murid akan menyanyikan bunyi suku kata pertama dengan menggunakan
melodi lagu yang telah dipilih. Setelah itu, murid akan menyambung nyanyian dengan bunyi
suku kata yang kedua.
Kaedah ini akan menyebabkan murid-murid mengingat cara mencantumkan
perkataan. Kaedah ‘Cantumkan Saya’ pula berkisar kepada aktiviti membentuk dan
menyebut perkataan. Kaedah ‘Latih Tubi Penyebutan Suku Kata’ pula merupakan latihan
pengukuhan untuk kemahiran membaca perkataan dua suku kata. Pengkaji telah
mengarahkan murid membaca dan menyebut perkataan yang terdapat dalam kad suku kata.
Melalui ketiga-tiga kaedah yang telah dilaksanakan, kesemua tujuh orang murid telah
menunjukkan perubahan yang amat ketara dalam membaca perkataan dua suku kata. Nur
Nadiyah bt Andra Gunawan dapat melihat peningkatan pencapaian murid dalam Ujian Pos
berbanding dengan Ujian Pra. Kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji telah dapat
meningkatkan penguasaan murid dalam membaca perkataan dua suku kata.
Menurut Nur Nadiyah bt Andra Gunawan (2010), teknik nyanyian ini akan dapat
meningkatkan minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini
telah memberi idea kepada pengkaji untuk menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran
kemahiran membaca perkataan bagi suku kata KV+KV.
Nur Farhanah Bt Mohd Amin (2011) dalam kajiannya Keberkesanan Kaedah
Nyanyian Dalam Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk ’Kitaran Air’ telah
membuat perbandingan antara penggunaan kaedah nyanyian dan kaedah konvensional
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Seramai 10 orang murid dipilih
sebagi responden dalam kajian penggunaan kaedah nyanyian dan 10 orang responden
untuk kaedah konvensional. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengubahsuai lagu ‘Tanya
Sama Pokok’ dan menulis lirik lagu yang mengandungi fakta-fakta bagi tajuk yang
difokuskan di dalam kajian ini iaitu ‘Kitaran Air’.
PKP 3113 7
Untuk melaksanakan kajian tersebut, pengkaji memperdengarkan lagu ‘Kitaran Air’
kepada responden, kemudian responden akan menyanyikan lagu ‘Kitaran Air’ bersama-
sama berpandukan kepada lirik yang dipaparkan. Nyanyian diulangi beberapa kali dan
seterusnya responden akan menyalin lirik lagu di dalam buku tulis. Pengkaji juga
mengadakan sesi soal jawab di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan, Nur Farhanah Bt Mohd
Amin (2011) mendapati bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam gred murid.
Semasa Ujian Pra dilaksanakan iaitu sebelum penggunaan kaedah nyanyian, tiada
responden yang memperoleh gred A. Sembilan daripada sepuluh responden memperoleh
gred D. Namun setelah kaedah tersebut diperkenalkan, tiada murid yang memperoleh gred
D dalam Ujian Pos. Empat orang responden memperoleh gred A, empat orang responden
memperoleh gred B dan dua orang responden memperoleh gred C.
Hasil keputusan menunjukkan bahawa penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P
Sains berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk ‘Kitaran Air’. Selain itu,
keputusan kajian juga menunjukkan penggunaan kaedah nyanyian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat murid untuk belajar. Penggunaan
kaedah nyanyian ini juga dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan
penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P serta dapat meminimumkan masalah disiplin di
kalangan murid. Kesimpulannya, kajian ini memberi input berguna dalam cara pengajaran
dengan menggunakan teknik nyanyian.
PKP 3113 8
D. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Objektif kajian ini ialah meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV dengan
menggunakan teknik tepukan dan nyanyian.
Objektif Khusus
Kajian yang dijalankan mempunyai objektif seperti berikut :
1 Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan suku kata KV + KV bagi
murid Tahun 2 menggunakan teknik tepukan dan nyanyian.
2 Meningkatkan minat murid mempelajari kemahiran membaca perkataan suku kata
KV+KV bagi murid Tahun 2 menggunakan teknik tepukan dan nyanyian.
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif kajian, maka persoalan kajian dibina seperti berikut :
1. Adakah penggunaan teknik tepukan dan nyanyian dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca perkataan dua suku kata terbuka KV + KV murid Tahun 2?
2 . Adakah teknik tepukan dan nyanyian dapat meningkatkan minat murid Tahun 2
mempelajari kemahiran membaca perkataan dua suku kata terbuka KV + KV?
PKP 3113 9
E. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan ke atas dua orang murid LINUS Literasi Tahun Dua Intelek di
Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2. Seorang murid lelaki dan seorang murid
perempuan tahap 1 kelas 2 Intelek telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Dua
orang murid tersebut ialah Responden 1 dan Responden 2.
Responden 1 merupakan murid yang telah dikenal pasti mempunyai kelemahan
dalam kemahiran membaca perkataan bagi suku kata KV+KV. Responden ini merupakan
anak ke 3 daripada 4 orang adik beradik. Murid ini merupakan seorang murid yang aktif,
ceria dan sentiasa berpakaian kemas. Responden tergolong dalam keluarga yang
berpendapatan sederhana. Saya mendapati bahawa responden mempunyai kelengkapan
yang sempurna untuk belajar seperti kelengkapan alat tulis, buku-buku bacaan dan
komputer. Namun, responden tidak mendapat sebarang bimbingan untuk belajar ketika
berada di rumah. Perkara ini berlaku kerana ibu dan bapa responden sibuk menguruskan
perniagaan. Walaupun kemudahan untuk belajar mencukupi, responden tidak mempunyai
inisiatif untuk belajar sendirian ketika berada di rumah. Oleh itu, responden hanya akan
belajar ketika berada di sekolah sahaja. Faktor kurang latih tubi dan bimbingan ini
berkemungkinan merupakan faktor penyebab responden tidak dapat menguasai kemahiran
membaca.
Selain itu, responden akan bertindak tidak mengendahkan arahan yang diberi guru
jika sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung tidak menarik minatnya.
Murid juga akan mengganggu rakan dan menjerit di dalam kelas tanpa menghiraukan
kehadiran guru.
Seorang lagi responden saya, Responden 2 yang juga merupakan murid yang ceria.
Responden 2 tergolong dalam keluarga yang berpendapatan rendah. Oleh itu, Responden 2
tidak mempunyai kemudahan yang cukup terutamanya kemudahan untuk pembelajaran
terutamanya bahan-bahan bacaan. Oleh itu, responden tidak mendapat pendedahan
kepada bahan-bahan bacaan yang pelbagai dan hanya bergantung pada bahan bacaan
yang terdapat di sekolah. Hal ini pastinya menjadi punca kepada masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh Responden 2. Selain itu, kakaknya juga mempunyai sejarah belajar di
kelas pemulihan.
Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh saya semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, responden gemar berbual-bual dengan rakan semasa guru
sedang mengajar. Responden juga sering melakukan kerja lain seperti melukis apabila guru
mengarahkannya untuk membuat latihan di dalam kelas.
PKP 3113 10
Kedua-dua responden merupakan murid Linus Tegar. Responden-responden ini
berada dalam Kemahiran 4 dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Pemulihan iaitu Kemahiran
KV. Murid telah menguasai Kemahiran KV dengan baik, namun belum boleh menguasai
kemahiran suku kata KV+KV dengan baik.
Selain itu, kedua-duanya responden ini sering mengalami masalah kesihatan seperti
selesema. Perkara ini menyebabkan mereka kerap tidak hadir ke sekolah. Keadaan ini juga
kadangkala mengganggu keselesaan mereka semasa mengikuti proses pembelajaran.
Tinjauan awal telah mengenal pasti bahawa kedua-dua responden mempunyai
masalah dalam membaca perkataan dua suku kata terbuka. Tahap pencapaian responden
ini adalah lemah. Kumpulan ini dipilih melalui ujian membaca perkataan yang diadakan pada
23 Ogos 2014 . Oleh itu kajian dilakukan terhadap dua orang responden ini.
PKP 3113 11
REKA BENTUK KAJIAN
Kajian penggunaan ‘Teknik Tepukan Dan Nyanyian Dapat Meningkatkan Kemahiran
Membaca Perkataan Suku Kata KV+KV Murid Tahun 2 ” ini adalah berasaskan gelung
Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988). Model ini menyarankan empat
langkah kajian bagi setiap kitaran iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.
Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) menjadi pilihan pengkaji bagi
melaksanakan kajian ini kerana model ini mudah dilaksanakan. Di samping itu, asas
pemeringkatan 4 fasa yang dicadangkan dalam model sesuai dengan konteks amalan
reflektif yang sering diamalkan oleh guru pemulihan
Rajah 1:
Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)
Model Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) menyatakan bahawa
selepas diagnostik, pengkaji perlu merancang tindakan yang bersesuaian dengan
permasalahan. Pengkaji perlu merancang kaedah yang bersesuaian untuk menjalankan
inkuiri. Perancangan yang dibina haruslah bersifat fleksibel. Hal ini bertujuan untuk
membolehkan kajian disesuaikan ke atas kesan dan halangan yang tidak dapat dilihat ketika
kajian dijalankan.
Merancang
BertindakMemerhati
Mereflek
Merancang Semula
PKP 3113 12
F. CADANGAN TINDAKAN
i. PELAN TINDAKAN
Saya akan membuat penilaian terlebih dahulu terhadap murid sebelum saya
menggunakan telnik tepukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini penting bagi
melihat keberkesanan penggunaan teknik tepukan yang akan digunakan. Saya akan
menjalankan empat sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik
tepukan dan nyanyian dengan menggunakan teknik tepukan dan nyanyian bagi kemahiran
membaca perkataan suku kata KV+KV. Oleh itu, saya akan menjalankan beberapa langkah
dalam memperkenalkan teknik ini. Langkah-langkah yang akan saya jalankan adalah seperti
berikut:
Langkah 1:
Saya akan mengajar murid membaca perkataan suku kata terbuka KV + KV dengan
teknik latih tubi menggunakan kad perkataan ‘Angry Bird’ seperti Rajah 2 melalui aktiviti
tepukan.
Rajah 2:
Kad Angry Bird perkataan KV+KV
Sebagai contohnya, responden akan menepuk paha dua kali untuk mengeja b dan o
seterusnya memetik jari kanan dan kiri secara berasingan untuk mengeja huruf l dan a.
Seterusnya responden akan menepuk paha sekali sambil menyebut suku kata bo dan
memetik jari kiri dan kanan secara serentak untuk menyebut suku kata la. Pengkaji boleh
mempelbagaikan gerakan dan tepukan dengan menggunakan meja atau secara
berpasangan seperti tepuk kera. Responden digalakkan membuat gerakan dan tepukan
yang digemari.
PKP 3113 13
Langkah 2:
Apabila murid-murid telah dapat membaca perkataan suku kata terbuka dengan
betul dan lancar, langkah seterusnya yang akan pengkaji jalankan adalah menjalankan
aktiviti nyanyian sebagai pengukuhan dengan iringan muzik. Saya memilih lagu ‘Chicken
Dance’. Saya telah memilih melodi lagu tersebut kerana lagu tersebut diketahui umum dan
biasa didengari oleh kanak-kanak.
Pada peringkat awal, saya akan menyanyikan lagu ejaan perkataan suku kata
KV+KV kepada responden. Contoh lirik lagu bagi nyanyian perkataan bagi suku kata KV+KV
adalah seperti di bawah
Jadual 1:
Lirik Lagu Bacaan Perkataan KV+KV
Responden akan menyanyikan lagu ‘Perkataan KV+KV’. Nyanyian diulangi
beberapa kali dengan menggunakan melodi yang sama, tetapi menggunakan
perkataan yang berbeza.
Langkah 3:
Setelah menjalankan kesemua empat sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
kedua-dua orang murid dilaksanakan, saya menjalankan Ujian Pos. Ujian Pos adalah setara
dengan Ujian Pra. Ia bertujuan untuk melihat kemampuan responden mengingat cara
membaca perkataan KV+KV.
‘bo’ ‘la’, ‘bo’ ‘la’, ‘bo’
‘la’
bola bola
PKP 3113 14
ii. KAEDAH PENGUTIPAN DATA.
Dalam proses pelaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji akan menggunakan empat
jenis instrumen iaitu:
i. Analisis Dokumen
a. Rekod diri responden
b. Ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pos)
ii. Pemerhatian dan Borang nota lapangan
iii. Temu bual
Analisis Dokumen
Rekod diri responden
Sebelum melaksanakan teknik tepukan dan nyanyian bagi pengajaran kemahiran
membaca perkataan suku kata KV+KV, saya akan menjalankan analisis dokumen. Pengkaji
menganalisis rekod diri kedua-dua orang responden yang diperoleh daripada Sistem
Maklumat Murid SK Taman Tun dr. Ismail 2. Maklumat ini berguna untuk bagi mengetahui
latar belakang responden.
Ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pos)
Saya menggunakan Ujian Pra dan Ujian Pos yang berfokus kepada kemahiran
membaca bagi perkataan KV+KV. Ujian Pra dijalankan ke atas responden sebelum sesi
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik tepukan dan nyanyian dimulakan.
Ujian Pra dijalankan bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia
ada responden berkaitan dengan kemahiran yang ingin dikaji. Ujian Pos pula dijalankan
bertujuan untuk melihat peningkatan penguasaan kemahiran membaca perkataan suku kata
KV + KV. Ujian Pos dilaksanakan setelah keempat-empat sesi pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan.
PKP 3113 15
Bagi Ujian Pra, saya akan mengarahkan responden untuk membaca perkataan yang
terdapat dalam Ujian Pra tersebut. Ujian Pos diberikan kepada kedua-dua orang responden
setelah kesemua empat sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik
tepukan dan nyanyian diajar. Soalan yang digunakan dalam ujian Pra dan Ujian Pos adalah
setara untuk menilai sejauh mana keberkesanan teknik tepukan dan nyanyian yang telah
diajar. Kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pos dibina dengan merujuk kepada Buku Panduan
Program Pemulihan Khas Tahap Satu.
Ujian Pra ditadbir secara lisan ke atas kedua-dua orang responden menggunakan
perkataan bagi suku kata KV+KV. Enam perkataan terdapat dalam Ujian Pra. Ketika Ujian
Pra ditadbir, pengkaji akan memberikan arahan secara jelas, tepat dan ringkas berkaitan
dengan pelaksanaan Ujian Pra ini. Responden diarahkan untuk membaca perkataan bagi
suku kata KV+KV yang terdapat dalam kertas Ujian Pra. Semasa responden membaca
perkataan, pengkaji akan menandakan pada kertas yang mengandungi perkataan bagi suku
kata KV+KV sama ada responden membaca dengan betul atau tidak.
Sepuluh perkataan terdapat dalam Ujian Pos. Seperti Ujian Pra, Ujian Pos juga
ditadbir secara lisan. Pengkaji akan memberikan arahan secara jelas, tepat dan ringkas
berkaitan dengan pelaksanaan Ujian Pos ini. Responden diarahkan untuk membaca
perkataan bagi suku kata KV+KV yang terdapat dalam kertas Ujian Pos. Semasa responden
membaca perkataan, saya akan menandakan pada kertas yang mengandungi perkataan
bagi suku kata KV+KV sama ada responden membaca dengan betul atau tidak. Saya perlu
membuat perbandingan peningkatan markah di antara Ujian Pos dan Ujian Pra kedua-dua
orang responden.
Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan ke atas kedua-dua orang responden bertujuan untuk melihat
gambaran jelas mengenai minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan oleh guru. Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji ke atas kedua-dua orang
responden sebanyak dua kali iaitu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum
penggunaan teknik tepukan dan nyanyian dan pada sesi keempat pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran menggunakan teknik yang sama.
PKP 3113 16
Pemerhatian direkodkan di borang nota lapangan. Bentuk pemerhatian yang
dijalankan adalah pemerhatian tidak berstruktur. Saya akan merekodkan pemerhatian
berdasarkan tiga fokus yang telah ditetapkan iaitu minat semasa mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran, tingkah laku pasif dan penglibatan responden.
Pemerhatian dijalankan mengikut fokus minat, tingkah laku pasif dan penglibatan
murid. Fokus dan aspek yang diperhatikan diambil dan diadaptasi daripada Nur Farhanah bt
Mohd Amin (2011) dalam kajiannya Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan
Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk Kitaran Air. Menurut kajian yang dijalankan oleh Nur
Farhanah bt Mohd Amin (2011), kesemua fokus yang diperhatikan berkait rapat dengan
minat responden terhadap sesi P&P yang menggunakan teknik tepukan dan nyanyian.
Fokus minat dibahagikan kepada 2 aspek iaitu memberikan sepenuh tumpuan
semasa proses P&P berlangsung dan seronok belajar menggunakan teknik tepukan dan
nyanyian.
Fokus tingkah laku pasif pula diperhatikan melalui 3 aspek iaitu membuat kerja lain
yang tiada kaitan dengan kemahiran yang di ajar, mengganggu rakan lain, bercakap atau
bermain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Fokus terakhir yang akan diperhatikan ialah penglibatan murid. Saya akan
memerhati penglibatan murid di dalam kelas melalui dua aspek iaitu menjawab soalan
secara sukarela dan menggalakkan orang lain untuk belajar.
Temu bual
Sayai akan menggunakan temu bual bagi mendapatkan maklum balas dari murid
berkaitan dengan teknik tepukan dan nyanyian yang dijalankan. Seperti instrumen
pemerhatian, instrumen temu bual ini bertujuan untuk melihat adakah responden berminat
terhadap sesi P&P yang menggunakan teknik tepukan dan nyanyian bagi kemahiran
membaca.
Temu bual akan dilakukan oleh saya ke atas kedua-dua orang responden sebanyak
dua kali iaitu sebelum dan selepas penggunaan teknik tepukan dan nyanyian diajarkan.
Soalan yang digunakan diambil dan diadaptasi daripada Nur Farhanah bt Mohd Amin (2010)
dalam kajiannya Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan Ingatan Murid
Tahun 5 Bagi Tajuk Kitaran Air yang turut mengkaji aspek minat murid untuk kajiannya.
PKP 3113 17
Aspek yang ingin ditemu bual kepada responden berfokus kepada minat murid
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik tepukan dan
nyanyian. Pengkaji menggunakan temu bual semi berstruktur dan jawapan boleh diberikan
secara terbuka. Temu bual dijalankan sebelum dan selepas pelaksanaan teknik tepukan
dan nyanyian bagi kemahiran membaca perkataan untuk suku kata KV+KV. Saya akan
melaksanakan temu bual ini secara individu bagi memudahkan berlakunya hubungan yang
‘rapport’ antara pengkaji dengan responden.
Semasa mengadakan sesi temu bual bersama dengan responden, saya akan
membuat catatan ringkas kata-kata atau jawapan responden. Perkara ini adalah untuk
menjadi bahan sokongan kajian temu bual yang telah dijalankan.
Keputusan daripada temu bual ini akan membantu saya membuat kesimpulan sama
ada penggunaan teknik tepukan dan nyanyian bagi pengajaran kemahiran membaca
perkataan KV+KV dapat meningkatkan minat responden atau tidak.
PKP 3113 18
Kaedah Penganalisisan
Data yang di peroleh perlulah di analisis. Untuk menganalisis data yang dikutip saya
menggunakan beberapa kaedah. Kaedah penganalisisan itu adalah
1) Perisian MS Excel
Saya menggunakan perisian ini untuk membina jadual, membuat graf dan perkiraan min
dan peratus
Contoh graf
2) Peratus
Responden Ujian Markah Peratus (%)
Responden 1
Ujian Pra 1/6 17
Ujian Pos 10/10 100
Responden 2
Ujian Pra 2/6 33
Ujian Pos 9/10 90
0
20
40
60
80
100
Ujian Pra Ujian Pos
17
100
PERATUSANMARKAH(%)
UJIAN
Contoh Graf
PKP 3113 19
G. PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan
Bil Aktiviti
OGOS-
SEPT
OKTOB
ER
NOV-
DIS
JAN-
FEB
MAC-
APRIL
1 Menjalankan ujian bertulis bagi
mendapatkan gambaran awal
2 Menjalankan pemerhatian dengan
lebih terperinci semasa sesi pdp
berlangsung.
3 Menemu bual dan membuat
perbincangan bersama guru
Pemulihan tahun 2 Intelek.
4 Menentukan fokus kajian.
5 Membuat tinjauan awal masalah
6 Membina instrumen mengutip data.
7 Merancang tindakan.
8 Menyediakan bahan tindakan
9 Mengutip data
10 Menganalisa data
11 Interpretasi dan kesimpulan
12 Refleksi & menilai tindakan
13 Menulis laporan
14 Menghantar laporan
PKP 3113 20
H. ANGGARAN PERBELANJAAN
ITEM / PERKARA KUANTITI
HARGA
SEUNIT JUMLAH
1. Kertas Putih / Berwarna 1 RM 10.00 RM 10.00
2. Dakwat Printer 1 RM 70.00 RM 70.00
3. Buku Rujukan 2 RM 20.00 RM 40.00
4. Cetakan Bahan - RM 20.00 RM 20.00
5. Alat Tulis - RM 20.00 RM 10.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 120.00
PKP 3113 21
I. SENARAI RUJUKAN
SENARAI RUJUKAN
Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar Penyelidikan Dalam Penyelidikan
Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Modul
Pengajaran Asas Literasi Asas 1 & Asas 2. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). “Aspek Seni Bahasa”. Halaman 21. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
(2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Penerbit BPPDP, KPM.
Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). (2003).
Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.
Choong Lean Keow, PhD (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Unstuck Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan Dengan Kepujian. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin. (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
Kemmis & McTaggart. (1988). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga.
Putrajaya: Penerbit BPPDP, KPM.
Nur Farhanah Bt Mohd Amin (2011). Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan
Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk ’Kitaran Air’. Kajian Tindakan tidak diterbitkan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu.
Nur Nadiyah Bt Indra Gunawan (2010). Meningkatkan Kelancaran Kemahiran Membaca
Perkataan Dua Suku Bagi Murid Tahun 2. Jurnal Penyelidikan IPGKKB.
Samsiah (2008). Penguasaan bacaan mekanis di kalangan murid darjah 3: Satu kajian kes
di Sekolah Umar Ali Saifuddin, Brunei Muara. Jabatan Pendidikan Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu 107 Malay Language Education Journal (MyLEJ) Bahasa, Institut
Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam.
Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teorikital dan Aplikasi
Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.
Zamri Mahamod. (2008). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Shah Alam: Penerbitan Karisma.
PKP 3113 22
Lampiran
Borang pemerhatian
Fokus Aspek
Pemerhatian
Sebelum Selepas
1. Minat
Memberikan
sepenuh tumpuan
semasa proses P&P
berlangsung
Seronok belajar
2. Tingkah
laku pasif
Membuat kerja lain
yang tiada kaitan
dengan kemahiran
yang di ajar
Mengganggu rakan
lain
Bercakap atau
bermain
3.
Penglibatan
Menjawab soalan
secara sukarela
Menggalakkan orang
lain untuk belajar
PKP 3113 23
Transkrip temu bual sebelum penggunaan teknik tepukan
Soalan temu bual Jawapan responden
Adakah awak minat membaca?
Adakah pengajaran guru membosankan?
Apakah teknik yang digunakan oleh guru
dalam sesi P&P?
Menarik teknik yang guru gunakan?
Awak bersemangat semasa guru
mengajar?
Kalau bosan awak buat apa?
Adakah awak boleh membaca perkataan
KV+KV?
Kalau selalu salah baca, kenapa awak tak
mahu belajar semasa guru mengajar?
PKP 3113 24
Transkrip temu bual selepas penggunaan teknik tepukan dan nyanyian.
Soalan temu bual Jawapan responden
Adakah awak minat membaca?
Adakah pengajaran guru membosankan?
Apakah teknik yang digunakan oleh guru
dalam sesi P&P?
Menarik teknik tepukan dan nyanyian yang
guru gunakan?
Awak bersemangat semasa guru
mengajar?
Kenapa semangat?
Adakah awak boleh membaca perkataan
KV+KV?
Bolehkah awak menggunakan teknik
tepukan dan nyanyian yang guru
perkenalkan untuk kemahiran yang lain?

More Related Content

What's hot

Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&pModel hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
nazrysaiden
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Kanageswary Karunamoothei
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
Vince Here
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
Nor Saroni
 

What's hot (20)

Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
 
Contoh Laporan Aktiviti Mingguan PBSM
Contoh Laporan Aktiviti Mingguan PBSMContoh Laporan Aktiviti Mingguan PBSM
Contoh Laporan Aktiviti Mingguan PBSM
 
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&pModel hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
 
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 8  multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 8 multimedia interaktif untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Teknik Bercerita
Teknik BerceritaTeknik Bercerita
Teknik Bercerita
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Rph kemahiran membaca & menulis
Rph kemahiran membaca & menulisRph kemahiran membaca & menulis
Rph kemahiran membaca & menulis
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Tajuk 5
Tajuk 5Tajuk 5
Tajuk 5
 
Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaran
 
Pentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianPentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaian
 
Contoh rpi
Contoh rpiContoh rpi
Contoh rpi
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
 

Similar to Proposal kajian tindakan adam

Pengembangan model pembelajaran_bahasa_inggris_ind
Pengembangan model pembelajaran_bahasa_inggris_indPengembangan model pembelajaran_bahasa_inggris_ind
Pengembangan model pembelajaran_bahasa_inggris_ind
Maya Ernie
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
Rasit Masrii
 
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakanTeknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Norliza Mat Zaki
 
Abstrak inggris
Abstrak inggrisAbstrak inggris
Abstrak inggris
henykw
 
Pengaruh Penggunaan Permainan Kuda Berbisik Dalam Meningkatkan Kemampuan Meny...
Pengaruh Penggunaan Permainan Kuda Berbisik Dalam Meningkatkan Kemampuan Meny...Pengaruh Penggunaan Permainan Kuda Berbisik Dalam Meningkatkan Kemampuan Meny...
Pengaruh Penggunaan Permainan Kuda Berbisik Dalam Meningkatkan Kemampuan Meny...
aMaLiA sHoOp
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
Fawwaz Fathanah
 

Similar to Proposal kajian tindakan adam (20)

Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hibur
 
Academic Research: The Use of Children's Songs in Helping to Master the Engli...
Academic Research: The Use of Children's Songs in Helping to Master the Engli...Academic Research: The Use of Children's Songs in Helping to Master the Engli...
Academic Research: The Use of Children's Songs in Helping to Master the Engli...
 
Ketrampilan berbahasa
Ketrampilan berbahasaKetrampilan berbahasa
Ketrampilan berbahasa
 
Unit study
Unit studyUnit study
Unit study
 
Pengembangan model pembelajaran_bahasa_inggris_ind
Pengembangan model pembelajaran_bahasa_inggris_indPengembangan model pembelajaran_bahasa_inggris_ind
Pengembangan model pembelajaran_bahasa_inggris_ind
 
PRESENTASI SIDANG PENGARUH TERHADAP TTSTS TERHADAP
PRESENTASI SIDANG PENGARUH TERHADAP TTSTS TERHADAPPRESENTASI SIDANG PENGARUH TERHADAP TTSTS TERHADAP
PRESENTASI SIDANG PENGARUH TERHADAP TTSTS TERHADAP
 
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISANTEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
TEKNIK PENGAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN
 
Laporan 1
Laporan 1Laporan 1
Laporan 1
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakanTeknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
 
Buku Prosiding Penyelidikan dalam Pendidikan (Penyelidikan Tindakan)
Buku Prosiding Penyelidikan dalam Pendidikan (Penyelidikan Tindakan)Buku Prosiding Penyelidikan dalam Pendidikan (Penyelidikan Tindakan)
Buku Prosiding Penyelidikan dalam Pendidikan (Penyelidikan Tindakan)
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
Abstrak inggris
Abstrak inggrisAbstrak inggris
Abstrak inggris
 
Teaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audioTeaching indonesian language using audio
Teaching indonesian language using audio
 
Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)Teaching indonesian language_using_audio (1)
Teaching indonesian language_using_audio (1)
 
Gess
GessGess
Gess
 
Bahan Ajar Bahasa Sunda
Bahan Ajar Bahasa SundaBahan Ajar Bahasa Sunda
Bahan Ajar Bahasa Sunda
 
Pengaruh Penggunaan Permainan Kuda Berbisik Dalam Meningkatkan Kemampuan Meny...
Pengaruh Penggunaan Permainan Kuda Berbisik Dalam Meningkatkan Kemampuan Meny...Pengaruh Penggunaan Permainan Kuda Berbisik Dalam Meningkatkan Kemampuan Meny...
Pengaruh Penggunaan Permainan Kuda Berbisik Dalam Meningkatkan Kemampuan Meny...
 
Pkm......
Pkm......Pkm......
Pkm......
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 

Recently uploaded

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 

Recently uploaded (20)

BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 

Proposal kajian tindakan adam

  • 1. PKP 3113 1 INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN ADAM SHAH BIN KAMALUDIN 841118-06-5755 TAJUK : TEKNIK TEPUKAN DAN NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN SUKU KATA KV+KV MURID TAHUN 2
  • 2. PKP 3113 2 Halaman Pengakuan “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ……………………………………………. Nama Penulis : ADAMSHAH BIN KAMALUDIN Tarikh :
  • 3. PKP 3113 3 PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat serta nikmat masa dan tenaga untuk menyempurnakan kajian ini. Dengan penuh keikhlasan, jutaan terima kasih saya berikan kepada pensyarah penyelia, Encik Fazli yang tidak pernah letih memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh pelaksanaan proposal kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 2 kerana telah memberikan kerjasama dalam menjalankan penyelidikan ini. Buat sahabat-sahabat di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampaun Afzan terutamanya Kelas Pemulihan PPG ambilan Januari 2011, terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi maklumat. Akhir madah, saya juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa , Isteri dan anak anak saya serta adik-beradik yang tidak pernah lupa untuk memberikan sokongan dan dorongan sepanjang tempoh pengajian ini. Juga kepada semua yang secara langsung atau tidak langsung membantu dan mendoakan kejayaan saya. Terima kasih diucapkan. Sekian Terima Kasih.
  • 4. PKP 3113 4 A. PENGENALAN Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998), kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang paling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Keupayaan membaca merupakan jambatan ke arah pemerolehan dan penerokaan ilmu pengetahuan. Kemahiran membaca ini mencerminkan perkembangan kognitif kanak-kanak dan seterusnya berkait rapat dengan pembentukan personaliti seseorang kanak-kanak. Tiga kemahiran penting yang perlu diajar oleh guru dan harus dikuasai oleh murid ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, kegagalan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis pada peringkat awal terutamanya di tahap satu telah mengakibatkan berlakunya ‘Academic Deficit’ dalam kalangan murid sekolah rendah dan berterusan hingga di sekolah menengah. Menurut Zamri (2008) dan Yahya (2008), keberkesanan dalam membaca juga merupakan satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh murid ketika membaca. Guru sewajarnya menyediakan satu teknik yang betul dan berkesan bagi pengajaran kemahiran membaca. Murid-murid pada era globalisasi masa kini tidak boleh hanya dididik dengan teknik pengajaran ‘chalk and talk’ sahaja. Mereka perlu dididik dengan teknik pengajaran yang menjurus kepada penglibatan secara langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas. Oleh itu, teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru perlu sesuai mencapai matlamat yang hendak dicapai.
  • 5. PKP 3113 5 B. FOKUS KAJIAN Kajian ini memfokuskan kepada murid pemulihan tahun dua yang mempunyai masalah dalam membaca perkataan suku kata Kv + Kv huruf abjad. Berdasarkan pemerhatian saya, murid ini mempunyai masalahyang amat kritikal. Murid keliru dalam membaca perkataan suku kata KV + KV. Bagi saya, masalah ini merupakan faktor penyebab utama murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca perkataan dan ayat walaupun telah mencecah umur 8 tahun dan seharusnya mampu membaca dengan baik dan betul C. TINJAUAN LITERATUR Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011) dalam Modul Pengantar Penyelidikan Dalam Penyelidikan Pendidikan berkaitan dengan Didik Hibur dalam pengajaran dan pembelajaran menyatakan bahawa Didik Hibur bermaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara keseluruhan dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik. Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang disarankan dalam didik hibur yang melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika. Aktiviti nyanyian yang dirancang dapat menyumbang kepada proses perkembangan murid-murid secara menyeluruh, meliputi perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Manakala Kamarudin Husin (1998), pula melihat aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik.
  • 6. PKP 3113 6 Hasil kajian yang dijalankan oleh Nur Nadiyah bt Andra Gunawan (2010) iaitu Meningkatkan Kelancaran Kemahiran Membaca Perkataan Dua Suku Kata Bagi Murid Tahun 2 mendapati bahawa tujuh orang muridnya masih tidak dapat membaca dengan lancar. Mereka bermasalah apabila membaca perkataan yang melibatkan suku kata tertutup. Mereka akan membunyikan perkataan sesuka hati mereka berdasarkan bunyi yang paling hampir. Sebagai contoh, perkataan ‘sambung’ dibunyikan sebagai ‘lombong’. Oleh itu, beliau menggunakan kaedah ‘Nyanyian Suku Kata’, ‘Cantumkan Saya’ dan ‘Latih Tubi Penyebutan Suku Kata’. Kaedah “Nyanyian Suku Kata’ merupakan satu kaedah yang menarik kerana murid akan menyanyikan bunyi suku kata pertama dengan menggunakan melodi lagu yang telah dipilih. Setelah itu, murid akan menyambung nyanyian dengan bunyi suku kata yang kedua. Kaedah ini akan menyebabkan murid-murid mengingat cara mencantumkan perkataan. Kaedah ‘Cantumkan Saya’ pula berkisar kepada aktiviti membentuk dan menyebut perkataan. Kaedah ‘Latih Tubi Penyebutan Suku Kata’ pula merupakan latihan pengukuhan untuk kemahiran membaca perkataan dua suku kata. Pengkaji telah mengarahkan murid membaca dan menyebut perkataan yang terdapat dalam kad suku kata. Melalui ketiga-tiga kaedah yang telah dilaksanakan, kesemua tujuh orang murid telah menunjukkan perubahan yang amat ketara dalam membaca perkataan dua suku kata. Nur Nadiyah bt Andra Gunawan dapat melihat peningkatan pencapaian murid dalam Ujian Pos berbanding dengan Ujian Pra. Kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji telah dapat meningkatkan penguasaan murid dalam membaca perkataan dua suku kata. Menurut Nur Nadiyah bt Andra Gunawan (2010), teknik nyanyian ini akan dapat meningkatkan minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini telah memberi idea kepada pengkaji untuk menggunakan teknik nyanyian dalam pengajaran kemahiran membaca perkataan bagi suku kata KV+KV. Nur Farhanah Bt Mohd Amin (2011) dalam kajiannya Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk ’Kitaran Air’ telah membuat perbandingan antara penggunaan kaedah nyanyian dan kaedah konvensional dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Seramai 10 orang murid dipilih sebagi responden dalam kajian penggunaan kaedah nyanyian dan 10 orang responden untuk kaedah konvensional. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengubahsuai lagu ‘Tanya Sama Pokok’ dan menulis lirik lagu yang mengandungi fakta-fakta bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu ‘Kitaran Air’.
  • 7. PKP 3113 7 Untuk melaksanakan kajian tersebut, pengkaji memperdengarkan lagu ‘Kitaran Air’ kepada responden, kemudian responden akan menyanyikan lagu ‘Kitaran Air’ bersama- sama berpandukan kepada lirik yang dipaparkan. Nyanyian diulangi beberapa kali dan seterusnya responden akan menyalin lirik lagu di dalam buku tulis. Pengkaji juga mengadakan sesi soal jawab di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan, Nur Farhanah Bt Mohd Amin (2011) mendapati bahawa terdapat peningkatan yang ketara dalam gred murid. Semasa Ujian Pra dilaksanakan iaitu sebelum penggunaan kaedah nyanyian, tiada responden yang memperoleh gred A. Sembilan daripada sepuluh responden memperoleh gred D. Namun setelah kaedah tersebut diperkenalkan, tiada murid yang memperoleh gred D dalam Ujian Pos. Empat orang responden memperoleh gred A, empat orang responden memperoleh gred B dan dua orang responden memperoleh gred C. Hasil keputusan menunjukkan bahawa penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P Sains berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk ‘Kitaran Air’. Selain itu, keputusan kajian juga menunjukkan penggunaan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat murid untuk belajar. Penggunaan kaedah nyanyian ini juga dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P serta dapat meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid. Kesimpulannya, kajian ini memberi input berguna dalam cara pengajaran dengan menggunakan teknik nyanyian.
  • 8. PKP 3113 8 D. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum Objektif kajian ini ialah meningkatkan kemahiran membaca perkataan KV+KV dengan menggunakan teknik tepukan dan nyanyian. Objektif Khusus Kajian yang dijalankan mempunyai objektif seperti berikut : 1 Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan suku kata KV + KV bagi murid Tahun 2 menggunakan teknik tepukan dan nyanyian. 2 Meningkatkan minat murid mempelajari kemahiran membaca perkataan suku kata KV+KV bagi murid Tahun 2 menggunakan teknik tepukan dan nyanyian. SOALAN KAJIAN Berdasarkan objektif kajian, maka persoalan kajian dibina seperti berikut : 1. Adakah penggunaan teknik tepukan dan nyanyian dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan dua suku kata terbuka KV + KV murid Tahun 2? 2 . Adakah teknik tepukan dan nyanyian dapat meningkatkan minat murid Tahun 2 mempelajari kemahiran membaca perkataan dua suku kata terbuka KV + KV?
  • 9. PKP 3113 9 E. KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan ke atas dua orang murid LINUS Literasi Tahun Dua Intelek di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2. Seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan tahap 1 kelas 2 Intelek telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Dua orang murid tersebut ialah Responden 1 dan Responden 2. Responden 1 merupakan murid yang telah dikenal pasti mempunyai kelemahan dalam kemahiran membaca perkataan bagi suku kata KV+KV. Responden ini merupakan anak ke 3 daripada 4 orang adik beradik. Murid ini merupakan seorang murid yang aktif, ceria dan sentiasa berpakaian kemas. Responden tergolong dalam keluarga yang berpendapatan sederhana. Saya mendapati bahawa responden mempunyai kelengkapan yang sempurna untuk belajar seperti kelengkapan alat tulis, buku-buku bacaan dan komputer. Namun, responden tidak mendapat sebarang bimbingan untuk belajar ketika berada di rumah. Perkara ini berlaku kerana ibu dan bapa responden sibuk menguruskan perniagaan. Walaupun kemudahan untuk belajar mencukupi, responden tidak mempunyai inisiatif untuk belajar sendirian ketika berada di rumah. Oleh itu, responden hanya akan belajar ketika berada di sekolah sahaja. Faktor kurang latih tubi dan bimbingan ini berkemungkinan merupakan faktor penyebab responden tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Selain itu, responden akan bertindak tidak mengendahkan arahan yang diberi guru jika sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung tidak menarik minatnya. Murid juga akan mengganggu rakan dan menjerit di dalam kelas tanpa menghiraukan kehadiran guru. Seorang lagi responden saya, Responden 2 yang juga merupakan murid yang ceria. Responden 2 tergolong dalam keluarga yang berpendapatan rendah. Oleh itu, Responden 2 tidak mempunyai kemudahan yang cukup terutamanya kemudahan untuk pembelajaran terutamanya bahan-bahan bacaan. Oleh itu, responden tidak mendapat pendedahan kepada bahan-bahan bacaan yang pelbagai dan hanya bergantung pada bahan bacaan yang terdapat di sekolah. Hal ini pastinya menjadi punca kepada masalah pembelajaran yang dihadapi oleh Responden 2. Selain itu, kakaknya juga mempunyai sejarah belajar di kelas pemulihan. Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, responden gemar berbual-bual dengan rakan semasa guru sedang mengajar. Responden juga sering melakukan kerja lain seperti melukis apabila guru mengarahkannya untuk membuat latihan di dalam kelas.
  • 10. PKP 3113 10 Kedua-dua responden merupakan murid Linus Tegar. Responden-responden ini berada dalam Kemahiran 4 dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Pemulihan iaitu Kemahiran KV. Murid telah menguasai Kemahiran KV dengan baik, namun belum boleh menguasai kemahiran suku kata KV+KV dengan baik. Selain itu, kedua-duanya responden ini sering mengalami masalah kesihatan seperti selesema. Perkara ini menyebabkan mereka kerap tidak hadir ke sekolah. Keadaan ini juga kadangkala mengganggu keselesaan mereka semasa mengikuti proses pembelajaran. Tinjauan awal telah mengenal pasti bahawa kedua-dua responden mempunyai masalah dalam membaca perkataan dua suku kata terbuka. Tahap pencapaian responden ini adalah lemah. Kumpulan ini dipilih melalui ujian membaca perkataan yang diadakan pada 23 Ogos 2014 . Oleh itu kajian dilakukan terhadap dua orang responden ini.
  • 11. PKP 3113 11 REKA BENTUK KAJIAN Kajian penggunaan ‘Teknik Tepukan Dan Nyanyian Dapat Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Suku Kata KV+KV Murid Tahun 2 ” ini adalah berasaskan gelung Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988). Model ini menyarankan empat langkah kajian bagi setiap kitaran iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) menjadi pilihan pengkaji bagi melaksanakan kajian ini kerana model ini mudah dilaksanakan. Di samping itu, asas pemeringkatan 4 fasa yang dicadangkan dalam model sesuai dengan konteks amalan reflektif yang sering diamalkan oleh guru pemulihan Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) Model Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) menyatakan bahawa selepas diagnostik, pengkaji perlu merancang tindakan yang bersesuaian dengan permasalahan. Pengkaji perlu merancang kaedah yang bersesuaian untuk menjalankan inkuiri. Perancangan yang dibina haruslah bersifat fleksibel. Hal ini bertujuan untuk membolehkan kajian disesuaikan ke atas kesan dan halangan yang tidak dapat dilihat ketika kajian dijalankan. Merancang BertindakMemerhati Mereflek Merancang Semula
  • 12. PKP 3113 12 F. CADANGAN TINDAKAN i. PELAN TINDAKAN Saya akan membuat penilaian terlebih dahulu terhadap murid sebelum saya menggunakan telnik tepukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini penting bagi melihat keberkesanan penggunaan teknik tepukan yang akan digunakan. Saya akan menjalankan empat sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik tepukan dan nyanyian dengan menggunakan teknik tepukan dan nyanyian bagi kemahiran membaca perkataan suku kata KV+KV. Oleh itu, saya akan menjalankan beberapa langkah dalam memperkenalkan teknik ini. Langkah-langkah yang akan saya jalankan adalah seperti berikut: Langkah 1: Saya akan mengajar murid membaca perkataan suku kata terbuka KV + KV dengan teknik latih tubi menggunakan kad perkataan ‘Angry Bird’ seperti Rajah 2 melalui aktiviti tepukan. Rajah 2: Kad Angry Bird perkataan KV+KV Sebagai contohnya, responden akan menepuk paha dua kali untuk mengeja b dan o seterusnya memetik jari kanan dan kiri secara berasingan untuk mengeja huruf l dan a. Seterusnya responden akan menepuk paha sekali sambil menyebut suku kata bo dan memetik jari kiri dan kanan secara serentak untuk menyebut suku kata la. Pengkaji boleh mempelbagaikan gerakan dan tepukan dengan menggunakan meja atau secara berpasangan seperti tepuk kera. Responden digalakkan membuat gerakan dan tepukan yang digemari.
  • 13. PKP 3113 13 Langkah 2: Apabila murid-murid telah dapat membaca perkataan suku kata terbuka dengan betul dan lancar, langkah seterusnya yang akan pengkaji jalankan adalah menjalankan aktiviti nyanyian sebagai pengukuhan dengan iringan muzik. Saya memilih lagu ‘Chicken Dance’. Saya telah memilih melodi lagu tersebut kerana lagu tersebut diketahui umum dan biasa didengari oleh kanak-kanak. Pada peringkat awal, saya akan menyanyikan lagu ejaan perkataan suku kata KV+KV kepada responden. Contoh lirik lagu bagi nyanyian perkataan bagi suku kata KV+KV adalah seperti di bawah Jadual 1: Lirik Lagu Bacaan Perkataan KV+KV Responden akan menyanyikan lagu ‘Perkataan KV+KV’. Nyanyian diulangi beberapa kali dengan menggunakan melodi yang sama, tetapi menggunakan perkataan yang berbeza. Langkah 3: Setelah menjalankan kesemua empat sesi pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua orang murid dilaksanakan, saya menjalankan Ujian Pos. Ujian Pos adalah setara dengan Ujian Pra. Ia bertujuan untuk melihat kemampuan responden mengingat cara membaca perkataan KV+KV. ‘bo’ ‘la’, ‘bo’ ‘la’, ‘bo’ ‘la’ bola bola
  • 14. PKP 3113 14 ii. KAEDAH PENGUTIPAN DATA. Dalam proses pelaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji akan menggunakan empat jenis instrumen iaitu: i. Analisis Dokumen a. Rekod diri responden b. Ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pos) ii. Pemerhatian dan Borang nota lapangan iii. Temu bual Analisis Dokumen Rekod diri responden Sebelum melaksanakan teknik tepukan dan nyanyian bagi pengajaran kemahiran membaca perkataan suku kata KV+KV, saya akan menjalankan analisis dokumen. Pengkaji menganalisis rekod diri kedua-dua orang responden yang diperoleh daripada Sistem Maklumat Murid SK Taman Tun dr. Ismail 2. Maklumat ini berguna untuk bagi mengetahui latar belakang responden. Ujian Penilaian (Ujian Pra dan Ujian Pos) Saya menggunakan Ujian Pra dan Ujian Pos yang berfokus kepada kemahiran membaca bagi perkataan KV+KV. Ujian Pra dijalankan ke atas responden sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik tepukan dan nyanyian dimulakan. Ujian Pra dijalankan bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada responden berkaitan dengan kemahiran yang ingin dikaji. Ujian Pos pula dijalankan bertujuan untuk melihat peningkatan penguasaan kemahiran membaca perkataan suku kata KV + KV. Ujian Pos dilaksanakan setelah keempat-empat sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
  • 15. PKP 3113 15 Bagi Ujian Pra, saya akan mengarahkan responden untuk membaca perkataan yang terdapat dalam Ujian Pra tersebut. Ujian Pos diberikan kepada kedua-dua orang responden setelah kesemua empat sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik tepukan dan nyanyian diajar. Soalan yang digunakan dalam ujian Pra dan Ujian Pos adalah setara untuk menilai sejauh mana keberkesanan teknik tepukan dan nyanyian yang telah diajar. Kedua-dua Ujian Pra dan Ujian Pos dibina dengan merujuk kepada Buku Panduan Program Pemulihan Khas Tahap Satu. Ujian Pra ditadbir secara lisan ke atas kedua-dua orang responden menggunakan perkataan bagi suku kata KV+KV. Enam perkataan terdapat dalam Ujian Pra. Ketika Ujian Pra ditadbir, pengkaji akan memberikan arahan secara jelas, tepat dan ringkas berkaitan dengan pelaksanaan Ujian Pra ini. Responden diarahkan untuk membaca perkataan bagi suku kata KV+KV yang terdapat dalam kertas Ujian Pra. Semasa responden membaca perkataan, pengkaji akan menandakan pada kertas yang mengandungi perkataan bagi suku kata KV+KV sama ada responden membaca dengan betul atau tidak. Sepuluh perkataan terdapat dalam Ujian Pos. Seperti Ujian Pra, Ujian Pos juga ditadbir secara lisan. Pengkaji akan memberikan arahan secara jelas, tepat dan ringkas berkaitan dengan pelaksanaan Ujian Pos ini. Responden diarahkan untuk membaca perkataan bagi suku kata KV+KV yang terdapat dalam kertas Ujian Pos. Semasa responden membaca perkataan, saya akan menandakan pada kertas yang mengandungi perkataan bagi suku kata KV+KV sama ada responden membaca dengan betul atau tidak. Saya perlu membuat perbandingan peningkatan markah di antara Ujian Pos dan Ujian Pra kedua-dua orang responden. Pemerhatian Pemerhatian dilakukan ke atas kedua-dua orang responden bertujuan untuk melihat gambaran jelas mengenai minat murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji ke atas kedua-dua orang responden sebanyak dua kali iaitu sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum penggunaan teknik tepukan dan nyanyian dan pada sesi keempat pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik yang sama.
  • 16. PKP 3113 16 Pemerhatian direkodkan di borang nota lapangan. Bentuk pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian tidak berstruktur. Saya akan merekodkan pemerhatian berdasarkan tiga fokus yang telah ditetapkan iaitu minat semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran, tingkah laku pasif dan penglibatan responden. Pemerhatian dijalankan mengikut fokus minat, tingkah laku pasif dan penglibatan murid. Fokus dan aspek yang diperhatikan diambil dan diadaptasi daripada Nur Farhanah bt Mohd Amin (2011) dalam kajiannya Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk Kitaran Air. Menurut kajian yang dijalankan oleh Nur Farhanah bt Mohd Amin (2011), kesemua fokus yang diperhatikan berkait rapat dengan minat responden terhadap sesi P&P yang menggunakan teknik tepukan dan nyanyian. Fokus minat dibahagikan kepada 2 aspek iaitu memberikan sepenuh tumpuan semasa proses P&P berlangsung dan seronok belajar menggunakan teknik tepukan dan nyanyian. Fokus tingkah laku pasif pula diperhatikan melalui 3 aspek iaitu membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan kemahiran yang di ajar, mengganggu rakan lain, bercakap atau bermain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Fokus terakhir yang akan diperhatikan ialah penglibatan murid. Saya akan memerhati penglibatan murid di dalam kelas melalui dua aspek iaitu menjawab soalan secara sukarela dan menggalakkan orang lain untuk belajar. Temu bual Sayai akan menggunakan temu bual bagi mendapatkan maklum balas dari murid berkaitan dengan teknik tepukan dan nyanyian yang dijalankan. Seperti instrumen pemerhatian, instrumen temu bual ini bertujuan untuk melihat adakah responden berminat terhadap sesi P&P yang menggunakan teknik tepukan dan nyanyian bagi kemahiran membaca. Temu bual akan dilakukan oleh saya ke atas kedua-dua orang responden sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas penggunaan teknik tepukan dan nyanyian diajarkan. Soalan yang digunakan diambil dan diadaptasi daripada Nur Farhanah bt Mohd Amin (2010) dalam kajiannya Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk Kitaran Air yang turut mengkaji aspek minat murid untuk kajiannya.
  • 17. PKP 3113 17 Aspek yang ingin ditemu bual kepada responden berfokus kepada minat murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik tepukan dan nyanyian. Pengkaji menggunakan temu bual semi berstruktur dan jawapan boleh diberikan secara terbuka. Temu bual dijalankan sebelum dan selepas pelaksanaan teknik tepukan dan nyanyian bagi kemahiran membaca perkataan untuk suku kata KV+KV. Saya akan melaksanakan temu bual ini secara individu bagi memudahkan berlakunya hubungan yang ‘rapport’ antara pengkaji dengan responden. Semasa mengadakan sesi temu bual bersama dengan responden, saya akan membuat catatan ringkas kata-kata atau jawapan responden. Perkara ini adalah untuk menjadi bahan sokongan kajian temu bual yang telah dijalankan. Keputusan daripada temu bual ini akan membantu saya membuat kesimpulan sama ada penggunaan teknik tepukan dan nyanyian bagi pengajaran kemahiran membaca perkataan KV+KV dapat meningkatkan minat responden atau tidak.
  • 18. PKP 3113 18 Kaedah Penganalisisan Data yang di peroleh perlulah di analisis. Untuk menganalisis data yang dikutip saya menggunakan beberapa kaedah. Kaedah penganalisisan itu adalah 1) Perisian MS Excel Saya menggunakan perisian ini untuk membina jadual, membuat graf dan perkiraan min dan peratus Contoh graf 2) Peratus Responden Ujian Markah Peratus (%) Responden 1 Ujian Pra 1/6 17 Ujian Pos 10/10 100 Responden 2 Ujian Pra 2/6 33 Ujian Pos 9/10 90 0 20 40 60 80 100 Ujian Pra Ujian Pos 17 100 PERATUSANMARKAH(%) UJIAN Contoh Graf
  • 19. PKP 3113 19 G. PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan Bil Aktiviti OGOS- SEPT OKTOB ER NOV- DIS JAN- FEB MAC- APRIL 1 Menjalankan ujian bertulis bagi mendapatkan gambaran awal 2 Menjalankan pemerhatian dengan lebih terperinci semasa sesi pdp berlangsung. 3 Menemu bual dan membuat perbincangan bersama guru Pemulihan tahun 2 Intelek. 4 Menentukan fokus kajian. 5 Membuat tinjauan awal masalah 6 Membina instrumen mengutip data. 7 Merancang tindakan. 8 Menyediakan bahan tindakan 9 Mengutip data 10 Menganalisa data 11 Interpretasi dan kesimpulan 12 Refleksi & menilai tindakan 13 Menulis laporan 14 Menghantar laporan
  • 20. PKP 3113 20 H. ANGGARAN PERBELANJAAN ITEM / PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH 1. Kertas Putih / Berwarna 1 RM 10.00 RM 10.00 2. Dakwat Printer 1 RM 70.00 RM 70.00 3. Buku Rujukan 2 RM 20.00 RM 40.00 4. Cetakan Bahan - RM 20.00 RM 20.00 5. Alat Tulis - RM 20.00 RM 10.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 120.00
  • 21. PKP 3113 21 I. SENARAI RUJUKAN SENARAI RUJUKAN Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Pengantar Penyelidikan Dalam Penyelidikan Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Modul Pengajaran Asas Literasi Asas 1 & Asas 2. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). “Aspek Seni Bahasa”. Halaman 21. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Penerbit BPPDP, KPM. Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M). (2003). Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Choong Lean Keow, PhD (2011). Asas Penyelidikan Tindakan Unstuck Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kemmis & McTaggart. (1988). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Penerbit BPPDP, KPM. Nur Farhanah Bt Mohd Amin (2011). Keberkesanan Kaedah Nyanyian Dalam Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk ’Kitaran Air’. Kajian Tindakan tidak diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu. Nur Nadiyah Bt Indra Gunawan (2010). Meningkatkan Kelancaran Kemahiran Membaca Perkataan Dua Suku Bagi Murid Tahun 2. Jurnal Penyelidikan IPGKKB. Samsiah (2008). Penguasaan bacaan mekanis di kalangan murid darjah 3: Satu kajian kes di Sekolah Umar Ali Saifuddin, Brunei Muara. Jabatan Pendidikan Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 107 Malay Language Education Journal (MyLEJ) Bahasa, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, Universiti Brunei Darussalam. Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teorikital dan Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd. Zamri Mahamod. (2008). Psikolinguistik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Penerbitan Karisma.
  • 22. PKP 3113 22 Lampiran Borang pemerhatian Fokus Aspek Pemerhatian Sebelum Selepas 1. Minat Memberikan sepenuh tumpuan semasa proses P&P berlangsung Seronok belajar 2. Tingkah laku pasif Membuat kerja lain yang tiada kaitan dengan kemahiran yang di ajar Mengganggu rakan lain Bercakap atau bermain 3. Penglibatan Menjawab soalan secara sukarela Menggalakkan orang lain untuk belajar
  • 23. PKP 3113 23 Transkrip temu bual sebelum penggunaan teknik tepukan Soalan temu bual Jawapan responden Adakah awak minat membaca? Adakah pengajaran guru membosankan? Apakah teknik yang digunakan oleh guru dalam sesi P&P? Menarik teknik yang guru gunakan? Awak bersemangat semasa guru mengajar? Kalau bosan awak buat apa? Adakah awak boleh membaca perkataan KV+KV? Kalau selalu salah baca, kenapa awak tak mahu belajar semasa guru mengajar?
  • 24. PKP 3113 24 Transkrip temu bual selepas penggunaan teknik tepukan dan nyanyian. Soalan temu bual Jawapan responden Adakah awak minat membaca? Adakah pengajaran guru membosankan? Apakah teknik yang digunakan oleh guru dalam sesi P&P? Menarik teknik tepukan dan nyanyian yang guru gunakan? Awak bersemangat semasa guru mengajar? Kenapa semangat? Adakah awak boleh membaca perkataan KV+KV? Bolehkah awak menggunakan teknik tepukan dan nyanyian yang guru perkenalkan untuk kemahiran yang lain?