SlideShare a Scribd company logo
1 of 31
PROF. MADYA DR.MOHAMAD SABRI BIN HARON
PUSAT PENGAJIAN UMUM
UNVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
 Transaksi muamalat semua
perkara adalah halal dan harus
kecuali perkara-perkara yang
telah ditetapkan menerusi nas.
 Antara perkara-perkara yang
diharamkan ialah riba, gharar
dan judi.
 Riba dari segi bahasa ialah tambahan atau
subur.
 Walau bagaimanapun bukan semua yang
perkara yang bertambah itu riba menurut
hukum fikah.
 Dari segi istilah syariat ialah akad yang terjadi
ke atas pertukaran barangan yang tertentu
yang tidak diketahui persamaannya menurut
ukuran syarak ketika berakad, atau dengan
menangguhkan tukaran kedua-dua belah
pihak atau salah satu daripada keduanya.
 “Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu
berikan agar dia bertambah pada harta
manusia, Maka riba itu tidak menambah pada
sisi Allah dan apa yang kamu berikan berupa
zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai
keredaan Allah, maka (yang berbuat
demikian) itulah orang-orang yang melipat
gandakan (pahalanya)”
 “Dan disebabkan mereka memakan riba,
sedangkan sesungguhnya mereka telah
dilarang daripadanya, dan kerana mereka
memakan harta benda orang dengan jalan
yang batil, Kami telah menyediakan untuk
orang-orang yang kafir di antara mereka itu
siksa yang pedih”
 ”Hai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu memakan riba dengan berlipat ganda
dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya
kamu mendapat keberuntungan, dan
peliharalah dirimu dari api neraka, yang
disediakan untuk orang-orang yang kafir,
dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu
diberi rahmat”
 “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat
berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan
syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila keadaan mereka yang
demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata
(berpendapat), Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,
padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai
kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari
mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya
dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah)
kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka
orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di
dalamnya. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan
sedekah dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap
dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa, sesungguhnya
orang-orang yang beriman, mengerjakan amal yang solih,
mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat
pahala di sisi Tuhannya. tidak ada kekhuatiran terhadap
mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Hai orang-
orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan
tinggalkan sisa riba, jika kamu orang-orang yang beriman…
 … maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa
riba), maka Ketahuilah, bahawa Allah dan Rasul-Nya akan
memerangimu. dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan
riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya
dan tidak (pula) dianiaya. Dan jika (orang yang berhutang itu)
dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia
berkelapangan dan menyedekahkan (sebagian atau semua
hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Dan
peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang
pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah.
Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna
terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka
sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)”.
 Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w.
melaknati orang yang makan riba, orang yang
memberikannya, penulisnya dan kedua saksinya
dan Baginda s.a.w. turut bersabda: “Mereka
semua adalah sama” (Riwayat Imam Muslim)
 “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Ada
yang bertanya: “Ya Rasululullah, apakah tujuh hal
itu?” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Menyekutukan
Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan
Allah kecuali dengan alasan yang hak, makan
harta anak yatim, makan riba, melarikan diri dari
medan pertempuran dan menuduh zina wanita
baik-baik lagi beriman” (Riwayat Muslim)
 Riba al-buyu’
Riba jual beli ialah transaksi jual beli yang tidak sama
timbangan atau sukatan atau masa penyerahan barang
tertentu (barang ribawi) atau transaksi matawang ketika
berjual beli (tukar menukar) barang tersebut.
 Riba al-Duyun
Riba Hutang Piutang ialah; Sebarang lebihan yang
disyarat atau dijanjikan untuk diberi kepada pihak Tuan
Punya Hutang atau untuk dimanfaatkan olehnya berkaitan
dengan hutang yang diberi kepada pihak yang berhutang.
 Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
 “Diriwayatkan oleh ‘Ubadah bin Saamit daripada
Rasulullah s.a.w. bersabda: Jual beli emas dengan
emas, perak dengan perak, gandum dengan
gandum, sekoi dengan sekoi, buah kurma
dengan buah kurma, dan garam dengan garam
hendaklah sama timbangan atau sukatan, dan
tukar menukar dalam masa yang sama. Jika
sekiranya berlainan bahan-bahan ini, maka kamu
boleh jual sebagaimana yang kamu suka dengan
syarat berlaku pertukaran pada masa yang
sama.”
 (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim).
 Berdasarkan hadis di atas riba jual beli boleh berlaku pada
bahan tertentu sahaja yang disebut sebagai bahan ribawi
iaitu:-
 Emas
 Perak
 Gandum
 Sekoi
 Buah kurma (tamar)
 Garam
 Bahan –bahan tersebut dikenali dengan nama bahan ribawi
iaitu barangan yang boleh terlibat dengan riba dalam jual
beli sekiranya tidak mengikut syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh hukum Syarak.
 Riba al-Fadhl iaitu transaksi jual beli bahan
ribawi yang sesama jenis tanpa persamaan
timbangan atau sukatan, seperti menjual 10
gram emas dengan 11 gram, menjual 5 gantang
gandum dengan 6 gantang, dan seumpamanya.
 Riba al-Nasi’ah (atau dipanggil juga sebagai riba
al-Yad) ialah jual beli bahan ribawi sama ada
sesama sejenis atau berlainan jenis daripada
bahan ribawi tanpa berlaku penyerahan di waktu
yang sama (ketika tukar menukar) di mana
berlaku penangguhan serahan oleh salah satu
pihak.
 Bahan ribawi terbahagi kepada dua kumpulan
iaitu matawang dan bahan makanan.
◦ Mata wang; emas dan perak.
◦ Bahan makanan; gandum ,sekoi, kurma (tamar) dan
garam.
 Ini bermakna bahan ribawi iaitu bahan-bahan
yang boleh terlibat dengan riba jual beli hanya
melibatkan matawang dan bahan makanan
sahaja, manakala selain daripada kategori mata
wang dan bahan makanan, dalam konteks ini
pertukaran yang berlaku tidak tergolong dalam
riba jual beli.
 Riba Hutang Piutang ini terbahagi kepada dua jenis iaitu riba al-
qardhu dan riba al-jahiliyyah:
 1. Riba al-Qardhu iaitu hutang yang disyarat atau dijanjikan sesuatu
faedah/manfa’ah untuk kepentingan Tuan Punya Hutang.
 Hukumnya adalah haram berasaskan firman Allah s.w.t. yang
bermaksud:
 “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah
dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih
ada pada orang yang masih berhutang) itu, jika benar kamu orang-
orang yang beriman.Oleh itu, kalau kami tidak melakukan (perintah
mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya
peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak
menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang
sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian)
kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak
dizalimi oleh sesiapa.”
 (Surah Al-Baqarah ayat: 278, 279)
 Juga terdapat hadis yang diriwayat oleh Saidina Ali R.A. di mana
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
 “Setiap hutang yang menarik (membawa) manfa’ah (kepada tuan
punya hutang) maka itu adalah riba.”
 Yang dikatakan Riba ialah lebihan yang disyaratkan atau dijanjikan untuk
kepentingan pihak yang memberi hutang (tuan punya hutang), sama ada
berbentuk wang; umpamanya hutang RM100 dengan syarat membayar
sebanyak RM101, atau barang; umpamanya hutang sebanyak RM100
dengan syarat membayar sebanyak RM100 dan satu kilo beras, atau
hutang sebanyak lima biji telor dijanjikan untuk membayar sebanyak
enam biji, atau kegunaan seperti hutang sebanyak RM100 tetapi
disyaratkan membayar RM100 dan juga pinjam kenderaan selama satu
hari, atau keistimewaan seperti hutang RM100 dan dikehendaki juga
menjual motokar kepadanya, dan lain-lain lagi faedah atau manfaat
yang disyaratkan atau dijanjikan untuk kepentingan pihak pemberi
hutang (tuan punya hutang).

 Walau bagaimanapun jika sekiranya pihak yang berhutang dengan
sukarela membayar lebih daripada kadar hutangnya kepada tuan punya
hutang atau mengemukakan sesuatu benda sebagai hadiah/sagu hati
atau lain-lain sumbangan kepadanya tanpa sebarang janji atau syarat;
maka sumbangan tersebut tidak dianggap riba dan ia dinamakan
sebagai al-qardh al- hasan, maka hukumnya halal.
 Riba al-Jahiliyyah iaitu bayaran lebih daripada hutang asal
(pokok) yang dikenakan ke atas orang yang berhutang sekiranya
ia tidak membayar hutang itu pada tempoh yang ditetapkan.
 Riba al-Jahiliyyah adalah riba yang popular di zaman jahiliyyah,
contohnya; Tuan punya hutang apabila genap tempoh lalu
datang menuntutnya daripada orang yang berhutang, maka kata
orang yang berhutang itu: Lanjutkan tempoh pembayaran hutang
itu, saya akan menambah lagi harta kamu (dengan membayar
faedah yang lebih). Berkata Al-Sheikh Ibnu Hajar bahawa riba
terhasil dengan cara apabila seseorang memberi hutang kepada
orang lain hingga tempoh tertentu, maka setiap bulan ia
mengambil kadar bayaran (bunga) yang ditetapkan, dan modal
(pokok) masih kekal. Apabila genap tempoh pembayaran
hutang, maka tuan punya hutang menuntut supaya hutangnya
itu diselesaikan, dan sekiranya orang yang berhutang itu tidak
mampu membayarnya, maka bunga atau faedahnya akan
ditambah lagi mengikut kadar masa yang ditangguhkan.
 Berasaskan definisi di atas jelaslah bahawa
kedudukan riba al-jahiliyyah adalah seperti
berikut:-
 Pada mulanya boleh jadi ia adalah hutang tanpa
terlibat dengan sebarang riba, atau mungkin juga
pada awalnya sudahpun terlibat dengan riba al-
qardhu.
 Apabila pembayaran tidak dibuat pada tempoh
masa yang telah ditetapkan, maka bayaran
faedah (bunga) dikenakan/ditambah ke atas tiap-
tiap hari atau bulan yang tertangguh sehinggalah
hutang tersebut dapat dilunaskan
pembayarannya.
 Sekiranya bahan ribawi seperti di atas dijual dengan berlainan jenis;
seperti emas dengan perak, gandum dengan buah tamar, maka
bolehlah dijual tanpa sama timbangan atau sukatan, tetapi
disyaratkan mestilah berlaku serah menyerah dalam satu masa atau
secara serentak.
 Sebagai penyelesaian untuk ini demi mengelakkan daripada
berlakunya riba dalam jual beli yang melibatkan bahan ribawi
tersebut, maka jual beli itu hendaklah dilaksanakan secara tunai
(cash/spot) dan sama timbangan/sukatan jika sama sejenis.
 Barangan yang ditukarkan yang melibatkan bahan ribawi sekalipun
berbeza kualiti atau mutu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk
membolehkan barang tersebut dijual tanpa sama timbangan atau
sukatan; contohnya 10 gram emas yang bermutu rendah ditukarkan
dengan 8 gram yang bermutu tinggi, maka transaksi seperti ini
adalah riba.
 Barangan-barangan lain selain daripada enam jenis yang
disebutkan dalam hadis, jika dikategorikan sebagai bahan ribawi,
maka ia juga tertakluk dengan hukum yang sama dengan bahan-
bahan ribawi seperti beras.
 Namun menurut pendapat Daud Zahiri (bukan pandangan
majoriti ulama’) bahan ribawi yang melibatkan makanan hanya
tertentu kepada empat jenis tersebut (gandum, sekoi, buah
kurma dan garam) sebagaimana yang disebut dalam hadis.
 Sekiranya transaksi yang dijual melibatkan bahan ribawi dengan
bahan yang bukan ribawi; seperti gandum dengan pakaian, maka
tidak disyaratkan persamaan dan tidak terikat dengan
penyerahan dalam masa yang sama, begitu juga menjual barang
yang bukan ribawi dengan barang sesama bukan Ribawi; seperti
menjual sebuah motokar dengan dua buah motokar sama ada
secara tunai atau tangguh, maka transaksi tersebut tidak
dikatakan riba. Begitu juga boleh menjual seekor lembu dengan
pertukaran dua ekor lembu sama ada secara tangguh atau tunai
kerana kedua-duanya bukan bahan ribawi.
 Gharar menurut bahasa ialah risiko yang tidak
diketahui berlaku atau tidak . Di kalangan ahli
fikah terdapat pelbagai definisi antaranya
“perkara yang tidak diketahui sama ada dapat
diperolehi atau tidak” atau “ perkara yang
meragukan di antara selamat atau musnah” atau
“perkara yang menjadi syak (ragu) sama ada
dapat diperolehi salah satu daripada tukaran
barangan” atau “perkara yang tidak diketahui
adakah sempurna atau tidak” atau “sesuatu yang
meragukan antara dua perkara yang tidak ketara
salah satu daripada keduanya”
 Perbezaan yang jelas antara jual beli al-Salam
dengan jual beli al-gharar ialah jual beli al-
gharar ini tidak dapat dipastikan hasilnya
sama ada diperolehi atau tidak.
 Hal ini berbeza dengan jual beli al-salam
kerana kontrak tersebut dapat dipastikan
hasilnya.
 Gharar ialah risiko yang berlaku sebagai
kesan daripada perbuatan al-taghrir.
 Al-taghrir ialah penipuan, sama maksudnya
dengan al-tadlis.
 Ia bermaksud penipuan yang dilakukan bagi
mempengaruhi pihak yang ditipu untuk
melakukan akad yang disangkanya memberi
kebaikan (maslahah) kepadanya sedangkan
pada hakikatnya tidak begitu.
• Al-taghrir al-qawli (penipuan menerusi perkataan)
“Rantai ini dibuat daripada emas dengan harganya seribu.
Sebagai kawan saya beri awak RM800 sahaja”
sedangkan hakikatnya bukan emas yang tulen.
 Al-taghrir al-fi’li (penipuan menerusi
perbuatan)
◦ Mencelup pakaian lama agar kelihatan baru untuk
dijual dengan harga pakaian baru. Contoh lain ialah
najsy (tidak memerah susu kambing beberapa hari
untuk dikatakan oleh pembeli banyak susunya).
 Contohnya A menjual kereta tanpa
memaklumkan kepada pembeli bahawa
kereta tersebut pernah terlibat dengan
kemalangan yang teruk.
 Menukarkan meter kereta agar dikatakan oleh
pembeli bahawa tidak pernah berjalan jauh
 Sebahagian fuqaha’ membolehkan fasakh
terhadap akad sama ada kerugian besar atau
kecil.
 Sebahagian membenarkan fasakh jika
kerugiannya besar.
Berjudi ialah permainan yang melibatkan kerugian salah
satu daripada kedua belah pihak yang bertanding sama ada
secara berpakat atau nasib. Dalil pengharamannya ialah
firman Allah s.w.t. dalam surah al-Maidah ayat 90-91 yang
bermaksud:
 “Wahai orang-orang Yang beriman! bahawa Sesungguhnya
arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib
dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya)
kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya.Sesungguhnya Syaitan
itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan
dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi,
dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah
dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah
kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang
keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”.
 Ada yang membezakan antara maisir dengan
qimar sekalipun kedua-duanya mempunyai
elemen pertaruhan.
 Qimar ialah setiap permainan yang
mensyaratkan pemenangnya akan mengambil
sesuatu daripada orang yang kalah.
 Ibn Taimiyyah mendefinisikan qimar sebagai
mengambil harta orang lain dengan suatu
yang tidak pasti sama ada memperolehi
imbalan/ganti atau sebaliknya.
 Kebanyakan fuqaha’ menggunakan qimar
atas maksud maisir, sekalipun lafaz qimar
pada asalnya lebih umum daripada maisir
yang merangkumi segala bentuk pertaruhan.
 Manakala maisir lebih kepada pertaruhan
seperti anak panah seperti amalan kaum
jahiliyyah.
 Menurut Dr. Rafiq al-Misriy judi dan gharar
sama sahaja maknanya hanya berbeza
penggunaannya iaitu gharar berlaku dalam
jual beli atau seumpamanya manakala judi
berlaku dalam permainan atau seumpama
dengannya . Menurut al-Dharir pula
perkataan gharar lebih umum berbanding
dengan perkataan judi.
 Islam melarang perkara-perkara yang
menyebabkan berlaku musibah atau
kemudaratan kepada orang lain terutamanya
dalam amalan muamalat.
 Kemudaratan ini akan mencetuskan perasaan
kurang senang dan api permusuhan sesama
manusia.
 Oleh yang demikian sudah tentu
bertentangan dengan prinsip reda meredai
antara satu sama lain.

More Related Content

Similar to MENGENALPASTI RIBA

Materi_1_-_Prinsip_Dasar_Bank_Syariah.pptx
Materi_1_-_Prinsip_Dasar_Bank_Syariah.pptxMateri_1_-_Prinsip_Dasar_Bank_Syariah.pptx
Materi_1_-_Prinsip_Dasar_Bank_Syariah.pptxJunaAki
 
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptx
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptxRIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptx
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptxMikaMee
 
Hukum Islam Akuntansi Perbankan dan Bunga Bank
Hukum Islam Akuntansi Perbankan dan Bunga BankHukum Islam Akuntansi Perbankan dan Bunga Bank
Hukum Islam Akuntansi Perbankan dan Bunga BankMutiara Dwi Faiska
 
Jual beli, utang piutang dan gadai
Jual beli, utang piutang dan gadaiJual beli, utang piutang dan gadai
Jual beli, utang piutang dan gadaiIsma Jihan
 
RIBA DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
RIBA DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAMRIBA DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
RIBA DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAMKamilafaradila1
 
Hukum islam tentang muamalah
Hukum islam tentang muamalahHukum islam tentang muamalah
Hukum islam tentang muamalahchaoru
 
Kaidah umum dalam transaksi jual beli
Kaidah umum dalam transaksi jual beliKaidah umum dalam transaksi jual beli
Kaidah umum dalam transaksi jual beliChandra Al-Garuti
 
Sistem keuangan syariah - Akuntansi syariah
Sistem keuangan syariah - Akuntansi syariahSistem keuangan syariah - Akuntansi syariah
Sistem keuangan syariah - Akuntansi syariahYusnia Rahmah Afianti
 
Masalah RIBA by Solehah Dwi P.
Masalah RIBA by Solehah Dwi P.Masalah RIBA by Solehah Dwi P.
Masalah RIBA by Solehah Dwi P.Solehah Dwi P.
 
Power Point Mu'amalah Hasil Download
Power Point Mu'amalah Hasil DownloadPower Point Mu'amalah Hasil Download
Power Point Mu'amalah Hasil DownloadLin Hidayati
 
Hukum islam tentang muamalah
Hukum islam tentang muamalahHukum islam tentang muamalah
Hukum islam tentang muamalahADHP
 
Hukum bunga bank, asuransi (minus kisi)
Hukum bunga bank, asuransi (minus kisi)Hukum bunga bank, asuransi (minus kisi)
Hukum bunga bank, asuransi (minus kisi)Marhamah Saleh
 

Similar to MENGENALPASTI RIBA (20)

Materi_1_-_Prinsip_Dasar_Bank_Syariah.pptx
Materi_1_-_Prinsip_Dasar_Bank_Syariah.pptxMateri_1_-_Prinsip_Dasar_Bank_Syariah.pptx
Materi_1_-_Prinsip_Dasar_Bank_Syariah.pptx
 
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptx
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptxRIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptx
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptx
 
Hukum Islam Akuntansi Perbankan dan Bunga Bank
Hukum Islam Akuntansi Perbankan dan Bunga BankHukum Islam Akuntansi Perbankan dan Bunga Bank
Hukum Islam Akuntansi Perbankan dan Bunga Bank
 
Jual beli, utang piutang dan gadai
Jual beli, utang piutang dan gadaiJual beli, utang piutang dan gadai
Jual beli, utang piutang dan gadai
 
RIBA DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
RIBA DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAMRIBA DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
RIBA DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM
 
11. riba
11. riba11. riba
11. riba
 
Hukum islam tentang muamalah
Hukum islam tentang muamalahHukum islam tentang muamalah
Hukum islam tentang muamalah
 
Riba’
Riba’Riba’
Riba’
 
Kaidah umum dalam transaksi jual beli
Kaidah umum dalam transaksi jual beliKaidah umum dalam transaksi jual beli
Kaidah umum dalam transaksi jual beli
 
2963059.ppt
2963059.ppt2963059.ppt
2963059.ppt
 
Tugas studi islam 1
Tugas studi islam 1Tugas studi islam 1
Tugas studi islam 1
 
Real riba
Real ribaReal riba
Real riba
 
Sistem keuangan syariah - Akuntansi syariah
Sistem keuangan syariah - Akuntansi syariahSistem keuangan syariah - Akuntansi syariah
Sistem keuangan syariah - Akuntansi syariah
 
Riba&Bank
Riba&Bank Riba&Bank
Riba&Bank
 
Riba
RibaRiba
Riba
 
Masalah RIBA by Solehah Dwi P.
Masalah RIBA by Solehah Dwi P.Masalah RIBA by Solehah Dwi P.
Masalah RIBA by Solehah Dwi P.
 
Power Point Mu'amalah Hasil Download
Power Point Mu'amalah Hasil DownloadPower Point Mu'amalah Hasil Download
Power Point Mu'amalah Hasil Download
 
Hukum islam tentang muamalah
Hukum islam tentang muamalahHukum islam tentang muamalah
Hukum islam tentang muamalah
 
Hukum bunga bank, asuransi (minus kisi)
Hukum bunga bank, asuransi (minus kisi)Hukum bunga bank, asuransi (minus kisi)
Hukum bunga bank, asuransi (minus kisi)
 
Riba
RibaRiba
Riba
 

Recently uploaded

Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 

Recently uploaded (20)

Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 

MENGENALPASTI RIBA

  • 1. PROF. MADYA DR.MOHAMAD SABRI BIN HARON PUSAT PENGAJIAN UMUM UNVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • 2.  Transaksi muamalat semua perkara adalah halal dan harus kecuali perkara-perkara yang telah ditetapkan menerusi nas.  Antara perkara-perkara yang diharamkan ialah riba, gharar dan judi.
  • 3.  Riba dari segi bahasa ialah tambahan atau subur.  Walau bagaimanapun bukan semua yang perkara yang bertambah itu riba menurut hukum fikah.  Dari segi istilah syariat ialah akad yang terjadi ke atas pertukaran barangan yang tertentu yang tidak diketahui persamaannya menurut ukuran syarak ketika berakad, atau dengan menangguhkan tukaran kedua-dua belah pihak atau salah satu daripada keduanya.
  • 4.  “Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, Maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya)”
  • 5.  “Dan disebabkan mereka memakan riba, sedangkan sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan kerana mereka memakan harta benda orang dengan jalan yang batil, Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih”
  • 6.  ”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan, dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, dan taatilah Allah dan Rasul, supaya kamu diberi rahmat”
  • 7.  “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa, sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal yang solih, mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Hai orang- orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba, jika kamu orang-orang yang beriman…
  • 8.  … maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka Ketahuilah, bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan dan menyedekahkan (sebagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan)”.
  • 9.  Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. melaknati orang yang makan riba, orang yang memberikannya, penulisnya dan kedua saksinya dan Baginda s.a.w. turut bersabda: “Mereka semua adalah sama” (Riwayat Imam Muslim)  “Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Ada yang bertanya: “Ya Rasululullah, apakah tujuh hal itu?” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang hak, makan harta anak yatim, makan riba, melarikan diri dari medan pertempuran dan menuduh zina wanita baik-baik lagi beriman” (Riwayat Muslim)
  • 10.  Riba al-buyu’ Riba jual beli ialah transaksi jual beli yang tidak sama timbangan atau sukatan atau masa penyerahan barang tertentu (barang ribawi) atau transaksi matawang ketika berjual beli (tukar menukar) barang tersebut.  Riba al-Duyun Riba Hutang Piutang ialah; Sebarang lebihan yang disyarat atau dijanjikan untuk diberi kepada pihak Tuan Punya Hutang atau untuk dimanfaatkan olehnya berkaitan dengan hutang yang diberi kepada pihak yang berhutang.
  • 11.  Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:  “Diriwayatkan oleh ‘Ubadah bin Saamit daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: Jual beli emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, sekoi dengan sekoi, buah kurma dengan buah kurma, dan garam dengan garam hendaklah sama timbangan atau sukatan, dan tukar menukar dalam masa yang sama. Jika sekiranya berlainan bahan-bahan ini, maka kamu boleh jual sebagaimana yang kamu suka dengan syarat berlaku pertukaran pada masa yang sama.”  (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim).
  • 12.  Berdasarkan hadis di atas riba jual beli boleh berlaku pada bahan tertentu sahaja yang disebut sebagai bahan ribawi iaitu:-  Emas  Perak  Gandum  Sekoi  Buah kurma (tamar)  Garam  Bahan –bahan tersebut dikenali dengan nama bahan ribawi iaitu barangan yang boleh terlibat dengan riba dalam jual beli sekiranya tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh hukum Syarak.
  • 13.  Riba al-Fadhl iaitu transaksi jual beli bahan ribawi yang sesama jenis tanpa persamaan timbangan atau sukatan, seperti menjual 10 gram emas dengan 11 gram, menjual 5 gantang gandum dengan 6 gantang, dan seumpamanya.  Riba al-Nasi’ah (atau dipanggil juga sebagai riba al-Yad) ialah jual beli bahan ribawi sama ada sesama sejenis atau berlainan jenis daripada bahan ribawi tanpa berlaku penyerahan di waktu yang sama (ketika tukar menukar) di mana berlaku penangguhan serahan oleh salah satu pihak.
  • 14.  Bahan ribawi terbahagi kepada dua kumpulan iaitu matawang dan bahan makanan. ◦ Mata wang; emas dan perak. ◦ Bahan makanan; gandum ,sekoi, kurma (tamar) dan garam.  Ini bermakna bahan ribawi iaitu bahan-bahan yang boleh terlibat dengan riba jual beli hanya melibatkan matawang dan bahan makanan sahaja, manakala selain daripada kategori mata wang dan bahan makanan, dalam konteks ini pertukaran yang berlaku tidak tergolong dalam riba jual beli.
  • 15.  Riba Hutang Piutang ini terbahagi kepada dua jenis iaitu riba al- qardhu dan riba al-jahiliyyah:  1. Riba al-Qardhu iaitu hutang yang disyarat atau dijanjikan sesuatu faedah/manfa’ah untuk kepentingan Tuan Punya Hutang.  Hukumnya adalah haram berasaskan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:  “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang masih berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.Oleh itu, kalau kami tidak melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.”  (Surah Al-Baqarah ayat: 278, 279)  Juga terdapat hadis yang diriwayat oleh Saidina Ali R.A. di mana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:  “Setiap hutang yang menarik (membawa) manfa’ah (kepada tuan punya hutang) maka itu adalah riba.”
  • 16.  Yang dikatakan Riba ialah lebihan yang disyaratkan atau dijanjikan untuk kepentingan pihak yang memberi hutang (tuan punya hutang), sama ada berbentuk wang; umpamanya hutang RM100 dengan syarat membayar sebanyak RM101, atau barang; umpamanya hutang sebanyak RM100 dengan syarat membayar sebanyak RM100 dan satu kilo beras, atau hutang sebanyak lima biji telor dijanjikan untuk membayar sebanyak enam biji, atau kegunaan seperti hutang sebanyak RM100 tetapi disyaratkan membayar RM100 dan juga pinjam kenderaan selama satu hari, atau keistimewaan seperti hutang RM100 dan dikehendaki juga menjual motokar kepadanya, dan lain-lain lagi faedah atau manfaat yang disyaratkan atau dijanjikan untuk kepentingan pihak pemberi hutang (tuan punya hutang).   Walau bagaimanapun jika sekiranya pihak yang berhutang dengan sukarela membayar lebih daripada kadar hutangnya kepada tuan punya hutang atau mengemukakan sesuatu benda sebagai hadiah/sagu hati atau lain-lain sumbangan kepadanya tanpa sebarang janji atau syarat; maka sumbangan tersebut tidak dianggap riba dan ia dinamakan sebagai al-qardh al- hasan, maka hukumnya halal.
  • 17.  Riba al-Jahiliyyah iaitu bayaran lebih daripada hutang asal (pokok) yang dikenakan ke atas orang yang berhutang sekiranya ia tidak membayar hutang itu pada tempoh yang ditetapkan.  Riba al-Jahiliyyah adalah riba yang popular di zaman jahiliyyah, contohnya; Tuan punya hutang apabila genap tempoh lalu datang menuntutnya daripada orang yang berhutang, maka kata orang yang berhutang itu: Lanjutkan tempoh pembayaran hutang itu, saya akan menambah lagi harta kamu (dengan membayar faedah yang lebih). Berkata Al-Sheikh Ibnu Hajar bahawa riba terhasil dengan cara apabila seseorang memberi hutang kepada orang lain hingga tempoh tertentu, maka setiap bulan ia mengambil kadar bayaran (bunga) yang ditetapkan, dan modal (pokok) masih kekal. Apabila genap tempoh pembayaran hutang, maka tuan punya hutang menuntut supaya hutangnya itu diselesaikan, dan sekiranya orang yang berhutang itu tidak mampu membayarnya, maka bunga atau faedahnya akan ditambah lagi mengikut kadar masa yang ditangguhkan.
  • 18.  Berasaskan definisi di atas jelaslah bahawa kedudukan riba al-jahiliyyah adalah seperti berikut:-  Pada mulanya boleh jadi ia adalah hutang tanpa terlibat dengan sebarang riba, atau mungkin juga pada awalnya sudahpun terlibat dengan riba al- qardhu.  Apabila pembayaran tidak dibuat pada tempoh masa yang telah ditetapkan, maka bayaran faedah (bunga) dikenakan/ditambah ke atas tiap- tiap hari atau bulan yang tertangguh sehinggalah hutang tersebut dapat dilunaskan pembayarannya.
  • 19.  Sekiranya bahan ribawi seperti di atas dijual dengan berlainan jenis; seperti emas dengan perak, gandum dengan buah tamar, maka bolehlah dijual tanpa sama timbangan atau sukatan, tetapi disyaratkan mestilah berlaku serah menyerah dalam satu masa atau secara serentak.  Sebagai penyelesaian untuk ini demi mengelakkan daripada berlakunya riba dalam jual beli yang melibatkan bahan ribawi tersebut, maka jual beli itu hendaklah dilaksanakan secara tunai (cash/spot) dan sama timbangan/sukatan jika sama sejenis.  Barangan yang ditukarkan yang melibatkan bahan ribawi sekalipun berbeza kualiti atau mutu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk membolehkan barang tersebut dijual tanpa sama timbangan atau sukatan; contohnya 10 gram emas yang bermutu rendah ditukarkan dengan 8 gram yang bermutu tinggi, maka transaksi seperti ini adalah riba.
  • 20.  Barangan-barangan lain selain daripada enam jenis yang disebutkan dalam hadis, jika dikategorikan sebagai bahan ribawi, maka ia juga tertakluk dengan hukum yang sama dengan bahan- bahan ribawi seperti beras.  Namun menurut pendapat Daud Zahiri (bukan pandangan majoriti ulama’) bahan ribawi yang melibatkan makanan hanya tertentu kepada empat jenis tersebut (gandum, sekoi, buah kurma dan garam) sebagaimana yang disebut dalam hadis.  Sekiranya transaksi yang dijual melibatkan bahan ribawi dengan bahan yang bukan ribawi; seperti gandum dengan pakaian, maka tidak disyaratkan persamaan dan tidak terikat dengan penyerahan dalam masa yang sama, begitu juga menjual barang yang bukan ribawi dengan barang sesama bukan Ribawi; seperti menjual sebuah motokar dengan dua buah motokar sama ada secara tunai atau tangguh, maka transaksi tersebut tidak dikatakan riba. Begitu juga boleh menjual seekor lembu dengan pertukaran dua ekor lembu sama ada secara tangguh atau tunai kerana kedua-duanya bukan bahan ribawi.
  • 21.  Gharar menurut bahasa ialah risiko yang tidak diketahui berlaku atau tidak . Di kalangan ahli fikah terdapat pelbagai definisi antaranya “perkara yang tidak diketahui sama ada dapat diperolehi atau tidak” atau “ perkara yang meragukan di antara selamat atau musnah” atau “perkara yang menjadi syak (ragu) sama ada dapat diperolehi salah satu daripada tukaran barangan” atau “perkara yang tidak diketahui adakah sempurna atau tidak” atau “sesuatu yang meragukan antara dua perkara yang tidak ketara salah satu daripada keduanya”
  • 22.  Perbezaan yang jelas antara jual beli al-Salam dengan jual beli al-gharar ialah jual beli al- gharar ini tidak dapat dipastikan hasilnya sama ada diperolehi atau tidak.  Hal ini berbeza dengan jual beli al-salam kerana kontrak tersebut dapat dipastikan hasilnya.
  • 23.  Gharar ialah risiko yang berlaku sebagai kesan daripada perbuatan al-taghrir.  Al-taghrir ialah penipuan, sama maksudnya dengan al-tadlis.  Ia bermaksud penipuan yang dilakukan bagi mempengaruhi pihak yang ditipu untuk melakukan akad yang disangkanya memberi kebaikan (maslahah) kepadanya sedangkan pada hakikatnya tidak begitu.
  • 24. • Al-taghrir al-qawli (penipuan menerusi perkataan) “Rantai ini dibuat daripada emas dengan harganya seribu. Sebagai kawan saya beri awak RM800 sahaja” sedangkan hakikatnya bukan emas yang tulen.  Al-taghrir al-fi’li (penipuan menerusi perbuatan) ◦ Mencelup pakaian lama agar kelihatan baru untuk dijual dengan harga pakaian baru. Contoh lain ialah najsy (tidak memerah susu kambing beberapa hari untuk dikatakan oleh pembeli banyak susunya).
  • 25.  Contohnya A menjual kereta tanpa memaklumkan kepada pembeli bahawa kereta tersebut pernah terlibat dengan kemalangan yang teruk.  Menukarkan meter kereta agar dikatakan oleh pembeli bahawa tidak pernah berjalan jauh
  • 26.  Sebahagian fuqaha’ membolehkan fasakh terhadap akad sama ada kerugian besar atau kecil.  Sebahagian membenarkan fasakh jika kerugiannya besar.
  • 27. Berjudi ialah permainan yang melibatkan kerugian salah satu daripada kedua belah pihak yang bertanding sama ada secara berpakat atau nasib. Dalil pengharamannya ialah firman Allah s.w.t. dalam surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud:  “Wahai orang-orang Yang beriman! bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”.
  • 28.  Ada yang membezakan antara maisir dengan qimar sekalipun kedua-duanya mempunyai elemen pertaruhan.  Qimar ialah setiap permainan yang mensyaratkan pemenangnya akan mengambil sesuatu daripada orang yang kalah.  Ibn Taimiyyah mendefinisikan qimar sebagai mengambil harta orang lain dengan suatu yang tidak pasti sama ada memperolehi imbalan/ganti atau sebaliknya.
  • 29.  Kebanyakan fuqaha’ menggunakan qimar atas maksud maisir, sekalipun lafaz qimar pada asalnya lebih umum daripada maisir yang merangkumi segala bentuk pertaruhan.  Manakala maisir lebih kepada pertaruhan seperti anak panah seperti amalan kaum jahiliyyah.
  • 30.  Menurut Dr. Rafiq al-Misriy judi dan gharar sama sahaja maknanya hanya berbeza penggunaannya iaitu gharar berlaku dalam jual beli atau seumpamanya manakala judi berlaku dalam permainan atau seumpama dengannya . Menurut al-Dharir pula perkataan gharar lebih umum berbanding dengan perkataan judi.
  • 31.  Islam melarang perkara-perkara yang menyebabkan berlaku musibah atau kemudaratan kepada orang lain terutamanya dalam amalan muamalat.  Kemudaratan ini akan mencetuskan perasaan kurang senang dan api permusuhan sesama manusia.  Oleh yang demikian sudah tentu bertentangan dengan prinsip reda meredai antara satu sama lain.