SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
MELAKA MENJADI PUSAT PENGAJIAN DAN PENYEBARAN AGAMA ISLAM
Melaka Sebagai Pusat Pengajian Islam;
i. Agama Islam di Melaka semakin kukuh.
ii. Melaka menjadi tempat tumpuan para ulama mendalami ilmu agama Islam.
iii. Masjid dan madrasah dibina oleh pemerintah Melaka sebagai tempat untuk
mendalami agama.
iv. Ramai pendakwah-pendakwah dating ke Melaka untuk mengembangkan dan
penyebaran ajaran Islam.
v. Antara ulama yang terkenal di Melaka ialah:
(a) Sayid Abdul Aziz Muhammad Kabungsuan
(b) Karim al-Makhdum
(c) Tun Muhammad
vi. Di zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah wakil-wakil ulama juga dihantar ke
luar negeri untuk membincangkan masalah agama.
vii. Hadiah yang lumayan juga ditawarkan terhadap ulama yang mampu menyelesaikan
masalah agama.
viii. Bendahara Tun Perak juga membina madrasah dan surau sebagai tempat untuk
mendalami ilmu agama dan beliau juga terkenal sebagai pengamal ilmu tasawuf.
ix. Melaka juga menjadi pusat penterjemahan dan penghasilan kitab-kitab agama.
x. Antara hasil karya yang diterjemahkan ialah:
(a) Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
(b) Hikayat Amir Hamzah
(c) Hikayat Iskandar Dzulkarnain
xi. Melaka juga dianggap Serambi Mekah iaitu tempat bakal haji mendalami ilmu
agama sebelum mereka berangkat ke Makkah.
Penyebaran Agama Islam Ke Luar Melaka
i. Selain menjadi pusat perkembangan dan pengajian agama Islam, Melaka juga turut
menjadi pusat penyebaran agama Islam.
ii. Agama Islam disebarkan ke luar Melaka melalui pelbagai cara. Antaranya:
(a) Perkahwinan diraja – Putera dari negeri Melaka yang berkahwin dengan
puteri daripada negeri yang belum Islam contohnya Sultan Muzaffar Syah dan
Sultan Mansur Shah yang mengahwinkan putera-putera mereka dengan puteri-
puteri daripada Kedah, Siak, Jambi dan Kelantan.
(b) Kegiatan perdagangan – Pedagang bukan Islam yang berdagang ke Melaka
memeluk agama Islam dan bila mereka pulang ke tanah air mereka akan
menyebarkan Islam kepada sanak saudara mereka.
(c) Usaha golongan pendakwah – Mereka ditugaskan oleh pemerintah Melaka
untuk menyebarkan agama Islam ke negeri-negeri yang masih belum Islam.
(d) Penaklukan – Negeri-negeri yang ditakluki oleh Melaka akan memeluk Islam
untuk mendapat kelebihan dan perhatian daripada pemerintah Melaka.
Kesan-kesan Perkembangan Islam
i. Wujud tulisan Jawi yang diubah suaikan daripada tulisan arab.
ii. Al-Quran menjadi asas pengajian penduduk Melaka.
iii. Corak pemerintahan Islam diamalkan dalam pentadbiran Melaka.
iv. Upacara dan adat istiadat Islam dilaksanakan seperti adat berkhatam, adat
khatam al-Quran dan adat bercukur.
KEMAJUAN PENDIDIKAN MEMBAWA PERUBAHAN
Golongan Berpendidikan Arab
i. Pada abad ke-19, ramai pelajar-pelajar Melayu melanjutkan pelajaran mereka di
Timur Tengah dan Universiti al-Azhar di Mesir.
ii. Mereka ini kemudiannya terpengaruh dengan Gerakan Pemulihan Islam dan
Gerakan Pan-Islam yang muncul di Mesir.
iii. Ketika di Mesir, golongan pelajar ini telah menerbitkan majalah-majalah seperti
Seruan Azhar dan Pilihan Timur untuk menyuarakan penentangan mereka
terhadap penjajah.
iv. Golongan ini kemudiannya menyebarkan idea-idea baru ini di kalangan penduduk
tempatan di Tanah Melayu melalui akhbar dan majalah seperti al-Imam, Neracha,
Saudara dan al-Ikhwan.
Golongan Berpendidikan Melayu
i. Golongan ini terdiri daripada pelajar-pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris di
Tanjung Malim, Perak.
ii. Perjuangan rakyat Indonesia yang menentang penjajahan Belanda memberi
kesedaran kepada mereka untuk menentang penjajahan Bristish.
iii. Golongan ini berhasrat menamatkan penjajahan British di Tanah Melayu secara
radikal.
iv. Mereka menyebarkan idea-idea perjuangan melalui akhbar Warta Malaya dan
Majlis.
v. Usaha golongan ini bermula sejak akhir 1920-an tetapi pengaruh mereka mula
dirasai dengan tertubuhnya Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada Ogos 1938.
Golongan Berpendidikan Inggeris
i. Golongan ini menyeru masyarakat Melayu memajukan diri melalui pendidikan
dan politik.
ii. Mereka juga menubuhkan kesatuan-kesatuan Melayu yang memperjuangkan
nasib orang Melayu, antaranya:
(a) Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
(b) Persatuan-persatuan Melayu di Tanah Melayu dan Sarawak
KEGIATAN AKHBAR DAN MAJALAH
i. Penulisan dalam akhbar dan majalah memainkan peranan yang besar dalam
memperjuangkan nasib bangsa dan tanahair antaranya:
(a) Mengandungi mesej yang tersendiri untuk membangkitkan semangat
nasionalisme.
(b) Dapat menyebarkan idea-idea yang bernas dalam meniup semangat
perjuangan orang Melayu.
Akhbar Dan Majalah Kaum Muda;
Akhbar al-Imam
i. Merupakan antara akhbar terawal yang diterbitkan di Singapura pada 23 Julai
1906.
ii. Al-Imam diterbitkan bersama oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir
Jalaluddin, Haji Abbas Mohd. Taha dan Syeikh Mohd. Salim al-Kalali.
iii. Prinsip perjuangan mereka, iaitu:
(a) Islam sebagai asas perjuangan.
(b) Berjuang menerapkan pandangan dan fikiran baru terhadap Islam.
(c) Memberi kesedaran untuk kemajuan bangsa serta membangkitkan semangat
perjuangan bangsa dan negara.
Seruan al-Imam
 Kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.
 Memahami ajaran Islam yang sebenarnya.
 Berusaha dengan gigih untuk mencapai kemajuan melalui pertukangan dan bercucuk
tanam.
 Mengambil langkah memelihara negeri daripada dijajah oleh musuh.
 Umat Islam harus bersatu padu untuk kebaikan semua.
 Mengkaji sejarah, khususnya sejarah perkembangan agama Islam dan mengambil
iktibar daripadanya.
 Mengkaji sejarah negara maju supaya dapat mencontohi usaha yang mereka lakukan
untuk mencapai kemajuan.
iv. Penerbitan al-Imam hanya 31 keluaran sahaja, namun ianya telah menimbulkan
kesan yang mendalam kepada masyarakat Melayu.
v. Seruannya diteruskan oleh akhbar-akhbar lain, seperti Neracha (1911), Tunas
Melayu (1913) dan al-Ikhwan (1926-1931).
Akhbar Dan Masalah Kaum Tua
i. Antara akhbar dan majalah yang dihasilkan ialah:
(a) Suara Benar (1932 – 1934).
(b) Lidah Benar (1923 – 1935).
(c) Pengasuh (1918), oleh Tok Kenali.
ii. Golongan Kaum Tua ini tidak sependapat dengan kaum muda.
iii. Kaum Tua ini membidas dan mengkritik terhadap sebarang perubahan atau idea
yang dibawa oleh Kaum Muda.
iv. Tok Kenali merupakan pemimpin utama Kaum Tua.
Majalah Dan Akhbar Yang Lain
i. Antara majalah yang penting ialah:
(a) Warta Melaya (1930).
(b) Warta Jenaka (1936).
(c) Warta Ahad (1935).
ii. Ketiga-tiga majalah ini adalah untuk memupuk kesedaran orang Melayu tentang
penguasaan ekonomi oleh pihak British.
iii. Akhbar Majlis (1935);
 Pengarangnya yang pertama ialah Abdul Rahim Kajai.
 Majlis dianggap sebagai akhbar kebangsaan yang pertama yang
membincangkan tentang pendidikan, sosioekonomi dan perpaduan rakyat.
iv. Akhbar Utusan Melayu (1939);
 Pengarangnya yang pertama ialah Abdul Rahim Kajai.
 Akhbar ini juga memperjuangkan semangat kebangsaan dan pendidikan
sebagai saluran untuk mencapai kemajuan.
 Merupakan akhbar Melayu yang utama dan sebagai alat perjuangan
orang Melayu.
v. Fajar Sarawak (1930);
 Pengarang utamanya Muhammad Rakawi bin Yusuf.
 Akhbar yang giat memperjuangkan semangat kebangsaan di Sarawak.
 Menyeru orang Melayu berusaha memajukan diri dan mementingkan
pendidikan sebagai alat untuk kemajuan.
Perkembangan Akhbar-Akhbar Cina Dan Tamil
i. Di kalangan masyarakat Cina, akhbar hariannya yang pertama ialah Lat Pau yang
diterbitkan pada 1881.
ii. Masyarakat India pula menerbitkan Ulaga Nesan pada 1877.
iii. Menjelang 1930-an, jumlah akhbar di kalangan kedua-dua masyarakat ini telah
bertambah.
iv. Akhbar masyarakat Cina pada 1930-an:
(a) Nanyang Siang Pau (1923).
(b) Sin Chew Jit Poh (1929).
(c) The Modern Daily News (1936).
v. Akhbar masyarakat India pada 1930-an:
(a) Tamil Nesan (1923).
(b) Tamil Murasu (1930-an)/
vi. Golongan Jawi Peranakan atau India Muslim dan Cina Peranakan juga menerbitkan
akhbar dalam Bahasa Melayu:
(a) India Muslim – Jawi Pranakan (1876 – 1885), Skolah Melayu (1888 – 1890)
dan Taman Pengetahuan (1904).
(b) Cina Peranakan – Surat Kabar Pranakan (1891), Bintang Timur (1894 –
1895), Kabar Uchapan Baru (1926), dan Bintang Pranakan (1930 – 1931).
vii. Kandungan yang terdapat dalam akhbar Cina dan India ialah:
(a) Laporan keadaan dan kegiatan kedua-dua masyarakat ini di Tanah Melayu.
(b) Melaporkan perkembangan pergerakan politik di China dan India.
(c) Iklan barangan dan perkhidmatan perniagaan.
PERKEMBANGAN PENULISAN DAN KREATIF
i. Penulisan kreatif juga menjadi alat nasionalisme kerana para penulis dapat
menyelitkan unsur-unsur nasionalisme di sebalik penulisan mereka.
ii. Karya-karya dalam bentuk puisi yang dihasilkan membangkitkan perasaan
bersemangat untuk maju di kalangan masyarkat Melayu. Antaranya:
(a) Sedarlah (Mahmud Ahmadi).
(b) Semenanjung dan Tenaga Kaumku (Harun Aminurrashid).
(c) Seruan Kebangsaan (Melati Pahang).
iii. Dalam karya-karya sastera berbentuk novel, ada di antaranya yang mengecam
penjajahan menyeru orang Melayu membebaskan tanahair, seperti:
(a) Melur Kuala Lumpur (1930), oleh Harun Aminurrashid
(b) Putera Gunung Tahan (1837) dan Anak Mat Lela Gila (1941), oleh Ishak Haji
Muhammad.
(c) Hikayat Faridah Hanum (1925), oleh Syed Syeikh al-Hadi yang menceritakan
mengenai kesedaran wanita terhadapy hak-hak wanita.
iv. Dalam karya-karya sastera berbentuk cerpen (cerita pendek), tema-tema yang
biasanya diselitkan adalah mengenai perjuangan membebaskan tanahair dan seruan
supaya berusaha untuk maju.
v. Antara cerpen-cerpen tersebut ialah:
(a) Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kahai.
(b) Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang (1940) dan Siasat Yang Tiada Diminta
(1940), oleh Shamsuddin Salleh.
(c) Rumah Besar Tiang Sebatang (1941), oleh Ishak Haji Muhammad.
PERJUANGAN BADAN DAN KESATUAN MENENTANG PENJAJAH
Kesatuan Melayu Singapura (KMS);
i. KMS ditubuhkan pada 1926 dan merupakan persatuan berunsur politik yang mula-
mula ditubuhkan untuk menjaga hak dan kedudukan politik orang Melayu.
ii. Pengasasnya ialah Mohamad Eunos Abdullah dengan bantuan Tengku Kadir,
Daud Mohd Shah, Imam Haji Mohd Yusof bin Haji Said dan Embok Suloh.
iii. Merupakan persatuan politik yang dianggotai oleh orang Melayu yang
berpendidikan Inggeris, wartawan, peniaga dan yang berkhidmat dengan
kerajaan.
iv. Tujuan utama KMS:
(a) Menimbulkan kesedaran dan kecenderungan kaum Melayu untuk berpolitik,
terutamanya berkaitan hak-hak dan kebebasan mereka.
(b) Menggalakkan orang Melayu memajukan kedudukan sosioekonomi mereka,
terutamanya dalam bidang pelajaran.
(c) Menggalakkan anggotanya memainkan peranan lebih penting dalam hal
pentadbiran.
(d) Mewakili masyarakat Melayu dalam berurusan dengan pihak pemerintah.
v. Antara kejayaan-kejayaan KMS:
(a) Mendapatkan tanah khas untuk Kampung Melayu pada tahun 1928.
(b) Menerbitkan akhbar Utusan Melayu.
(c) Menubuhkan cawangan KMS di Melaka dan Pulau Pinang pada tahun 1937.
Persaudaraan Sahabat Pena;
i. Ditubuhkan pada April 1934 dengan tujuan untuk mengukuhkan perpaduan di
kalangan orang Melayu.
ii. Persatuan ini terbuka kepada semua orang Melayu.
iii. Pejabat-pejabat cawangan pertubuhan ini ditubuhkan di Kedah, Perak, Kelantan,
Singapura, Sabah dan Sarawak.
iv. Persaudaraan Sahabat Pena menggunakan cogan kata “Hidup Bahasa Hiduplah
Bangsa”.
v. Pada bulan November 1934, Persaudaraan Sahabat Pena telah mengadakan
persidangannya yang pertama di Taiping, Perak.
vi. Pada tahun 1935, pertubuhan ini dikenali sebagai Persatuan Sahabat Pena Malaya
(PASPAM).
vii. Pada ketika itu, keanggotaan pertubuhan ini telah melebihi 2,000 dan seterusnya
kepada 12,000 orang.
viii. PASPAM turut mengeluarkan majalah bulanannya pada tahun 1938.
Perkembangan Persatuan Melayu;
i. Penubuhan dan perjuangan Kesatuan Melayu Muda telah mendorong kepada
penubuhan kesatuan di negeri-negeri Melayu yang lain.
ii. Dari tahun 1937 hingga 1940, terdapat beberapa buah persatuan yang ditubuhkan
antaranya:
(a) Persatuan Melayu Perak
(b) Persatuan Melayu Pahang
(c) Persatuan Melayu Selangor
(d) Persatuan Melayu Negeri Sembilan (PEMNAS)
(e) Persatuan Persetiaan Melayu Kelantan
(f) Kesatuan Melayu Sarawak
iii. Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Tengku Ismail bin Tengku Mohd.
Yassin adalah antara persatuan yang bergiat cergas.
iv. Persatuan Melayu Selangor mendesak supaya jawatan pendaftar dan penolong
pendaftar Mahkamah Tinggi hanya dikhaskan kepada orang Melayu sahaja.
v. Pada Ogos 1939, Persatuan Melayu Selangor menganjurkan Kongres Melayu Se-
Malaya bersama-sama dengan Kesatuan Melayu Singapura yang diadakan di Kuala
Lumpur.
vi. Melalui kongres ini, Ishak Haji Muhammad dari Kesatuan Melayu Singapura telah
mencadangkan penubuhan Persekutuan Persatuan-persatuan Melayu Semenanjung
Tanah Melayu.
vii. Kongres yang kedua diadakan di Bangunan Guru-guru Melayu Singapura pada
Disember 1940 dan dihadiri oleh wakil-wakil dari Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak serta Brunei.

More Related Content

What's hot

Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)Thanushah Soniyasee
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALAlif Akram
 
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia KeduaFaktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia Keduahasfazera hassan
 
Ssistem pemerintahan t.mesopotamia
Ssistem pemerintahan t.mesopotamiaSsistem pemerintahan t.mesopotamia
Ssistem pemerintahan t.mesopotamiabaskaran.subramaniam
 
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)saadiah alidrus
 
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)Ain Salim
 
Seni Bina Andalusia Abad-13 STPM Sejarah
Seni Bina Andalusia Abad-13 STPM SejarahSeni Bina Andalusia Abad-13 STPM Sejarah
Seni Bina Andalusia Abad-13 STPM SejarahNur Farahin Samsudin
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Amirul Ezuan
 
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahAgama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahMr Pickle
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Alif Akram
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahFadhilah Atikah
 
Khalifah uthman bin affan
Khalifah uthman bin affanKhalifah uthman bin affan
Khalifah uthman bin affanjefson1985
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuJANGAN TINGGAL DAKU
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikFairuz Alwi
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3JANGAN TENGOK
 
Sultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahSultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahHaslisa Hariono
 

What's hot (20)

Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
 
Gerakan islah
Gerakan islahGerakan islah
Gerakan islah
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
 
SEKTOR PERIKANAN
SEKTOR PERIKANANSEKTOR PERIKANAN
SEKTOR PERIKANAN
 
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia KeduaFaktor & Kesan Perang Dunia Kedua
Faktor & Kesan Perang Dunia Kedua
 
Ssistem pemerintahan t.mesopotamia
Ssistem pemerintahan t.mesopotamiaSsistem pemerintahan t.mesopotamia
Ssistem pemerintahan t.mesopotamia
 
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
sejarah stpm sem 2 - sumbangan Khalifah Harun Al-Rasyid (nota)
 
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 2.1.2 Institusi Ekonomi)
 
Seni Bina Andalusia Abad-13 STPM Sejarah
Seni Bina Andalusia Abad-13 STPM SejarahSeni Bina Andalusia Abad-13 STPM Sejarah
Seni Bina Andalusia Abad-13 STPM Sejarah
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946
 
Karangan peperangan
Karangan peperanganKarangan peperangan
Karangan peperangan
 
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliahAgama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
Agama dan kepercayaan masyarakat jahiliah
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6
 
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
 
Khalifah uthman bin affan
Khalifah uthman bin affanKhalifah uthman bin affan
Khalifah uthman bin affan
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
 
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasikBM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
BM P1: Bahan bukti penggunaan bahasa melayu klasik
 
Pertahanan
PertahananPertahanan
Pertahanan
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
Sultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahSultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syah
 

Similar to Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam

Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme firo HAR
 
Gerakan nasionalisme semasa gerakan dunia kedua
Gerakan nasionalisme semasa gerakan dunia keduaGerakan nasionalisme semasa gerakan dunia kedua
Gerakan nasionalisme semasa gerakan dunia keduaMustapa Asyraf
 
4 nasionalisme
4 nasionalisme4 nasionalisme
4 nasionalismeNur Az
 
Pendidikan islam ting.5(Tokoh)
Pendidikan islam ting.5(Tokoh)Pendidikan islam ting.5(Tokoh)
Pendidikan islam ting.5(Tokoh)Muhd Iqbal Hakimi
 
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam Melayu
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam MelayuPengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam Melayu
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam MelayuUniversiti Kebangsaan Malaysia
 
T2bab8
T2bab8T2bab8
T2bab8eyqal
 
sejarah tingkatan 2 bab 8
sejarah tingkatan 2 bab 8sejarah tingkatan 2 bab 8
sejarah tingkatan 2 bab 8Izzi Jusoh
 
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia keduaNasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedualadykathy
 
Contoh Soalan Latihan HNS
Contoh Soalan Latihan HNSContoh Soalan Latihan HNS
Contoh Soalan Latihan HNSaku_ hafif
 
Contoh Soalan Latihan HNS
Contoh Soalan Latihan HNSContoh Soalan Latihan HNS
Contoh Soalan Latihan HNSaku_ hafif
 
[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarah[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarahcaturprasetyo11tgb1
 
CTU151 - Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 -  Perkembangan Tamadun IslamCTU151 -  Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 - Perkembangan Tamadun IslamNurulainRizal
 
Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2Steve Simon
 
Slaid iPro T4-Bab 2 (1).pptx
Slaid iPro T4-Bab 2 (1).pptxSlaid iPro T4-Bab 2 (1).pptx
Slaid iPro T4-Bab 2 (1).pptxSunflwerNura1
 

Similar to Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam (20)

sejarah Bab 8 form 2
sejarah Bab 8 form 2sejarah Bab 8 form 2
sejarah Bab 8 form 2
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme
 
Gerakan nasionalisme semasa gerakan dunia kedua
Gerakan nasionalisme semasa gerakan dunia keduaGerakan nasionalisme semasa gerakan dunia kedua
Gerakan nasionalisme semasa gerakan dunia kedua
 
4 nasionalisme
4 nasionalisme4 nasionalisme
4 nasionalisme
 
Pendidikan islam ting.5(Tokoh)
Pendidikan islam ting.5(Tokoh)Pendidikan islam ting.5(Tokoh)
Pendidikan islam ting.5(Tokoh)
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam Melayu
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam MelayuPengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam Melayu
Pengaruh Gerakan Islah Timur Tengah Terhadap Gerakan Islah di Alam Melayu
 
T2bab8
T2bab8T2bab8
T2bab8
 
Hamka(1)
Hamka(1)Hamka(1)
Hamka(1)
 
Amka
AmkaAmka
Amka
 
sejarah tingkatan 2 bab 8
sejarah tingkatan 2 bab 8sejarah tingkatan 2 bab 8
sejarah tingkatan 2 bab 8
 
Hamka permata nusantara
Hamka permata nusantaraHamka permata nusantara
Hamka permata nusantara
 
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia keduaNasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
 
Golongan intelektual (sejarah malaysia)
Golongan intelektual (sejarah malaysia)Golongan intelektual (sejarah malaysia)
Golongan intelektual (sejarah malaysia)
 
Contoh Soalan Latihan HNS
Contoh Soalan Latihan HNSContoh Soalan Latihan HNS
Contoh Soalan Latihan HNS
 
Contoh Soalan Latihan HNS
Contoh Soalan Latihan HNSContoh Soalan Latihan HNS
Contoh Soalan Latihan HNS
 
[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarah[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarah
 
CTU151 - Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 -  Perkembangan Tamadun IslamCTU151 -  Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 - Perkembangan Tamadun Islam
 
Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2
 
Slaid iPro T4-Bab 2 (1).pptx
Slaid iPro T4-Bab 2 (1).pptxSlaid iPro T4-Bab 2 (1).pptx
Slaid iPro T4-Bab 2 (1).pptx
 

Melaka menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama islam

  • 1. MELAKA MENJADI PUSAT PENGAJIAN DAN PENYEBARAN AGAMA ISLAM Melaka Sebagai Pusat Pengajian Islam; i. Agama Islam di Melaka semakin kukuh. ii. Melaka menjadi tempat tumpuan para ulama mendalami ilmu agama Islam. iii. Masjid dan madrasah dibina oleh pemerintah Melaka sebagai tempat untuk mendalami agama. iv. Ramai pendakwah-pendakwah dating ke Melaka untuk mengembangkan dan penyebaran ajaran Islam. v. Antara ulama yang terkenal di Melaka ialah: (a) Sayid Abdul Aziz Muhammad Kabungsuan (b) Karim al-Makhdum (c) Tun Muhammad vi. Di zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah wakil-wakil ulama juga dihantar ke luar negeri untuk membincangkan masalah agama. vii. Hadiah yang lumayan juga ditawarkan terhadap ulama yang mampu menyelesaikan masalah agama. viii. Bendahara Tun Perak juga membina madrasah dan surau sebagai tempat untuk mendalami ilmu agama dan beliau juga terkenal sebagai pengamal ilmu tasawuf. ix. Melaka juga menjadi pusat penterjemahan dan penghasilan kitab-kitab agama. x. Antara hasil karya yang diterjemahkan ialah: (a) Hikayat Muhammad Ali Hanafiah (b) Hikayat Amir Hamzah (c) Hikayat Iskandar Dzulkarnain xi. Melaka juga dianggap Serambi Mekah iaitu tempat bakal haji mendalami ilmu agama sebelum mereka berangkat ke Makkah. Penyebaran Agama Islam Ke Luar Melaka i. Selain menjadi pusat perkembangan dan pengajian agama Islam, Melaka juga turut menjadi pusat penyebaran agama Islam. ii. Agama Islam disebarkan ke luar Melaka melalui pelbagai cara. Antaranya: (a) Perkahwinan diraja – Putera dari negeri Melaka yang berkahwin dengan puteri daripada negeri yang belum Islam contohnya Sultan Muzaffar Syah dan
  • 2. Sultan Mansur Shah yang mengahwinkan putera-putera mereka dengan puteri- puteri daripada Kedah, Siak, Jambi dan Kelantan. (b) Kegiatan perdagangan – Pedagang bukan Islam yang berdagang ke Melaka memeluk agama Islam dan bila mereka pulang ke tanah air mereka akan menyebarkan Islam kepada sanak saudara mereka. (c) Usaha golongan pendakwah – Mereka ditugaskan oleh pemerintah Melaka untuk menyebarkan agama Islam ke negeri-negeri yang masih belum Islam. (d) Penaklukan – Negeri-negeri yang ditakluki oleh Melaka akan memeluk Islam untuk mendapat kelebihan dan perhatian daripada pemerintah Melaka. Kesan-kesan Perkembangan Islam i. Wujud tulisan Jawi yang diubah suaikan daripada tulisan arab. ii. Al-Quran menjadi asas pengajian penduduk Melaka. iii. Corak pemerintahan Islam diamalkan dalam pentadbiran Melaka. iv. Upacara dan adat istiadat Islam dilaksanakan seperti adat berkhatam, adat khatam al-Quran dan adat bercukur.
  • 3. KEMAJUAN PENDIDIKAN MEMBAWA PERUBAHAN Golongan Berpendidikan Arab i. Pada abad ke-19, ramai pelajar-pelajar Melayu melanjutkan pelajaran mereka di Timur Tengah dan Universiti al-Azhar di Mesir. ii. Mereka ini kemudiannya terpengaruh dengan Gerakan Pemulihan Islam dan Gerakan Pan-Islam yang muncul di Mesir. iii. Ketika di Mesir, golongan pelajar ini telah menerbitkan majalah-majalah seperti Seruan Azhar dan Pilihan Timur untuk menyuarakan penentangan mereka terhadap penjajah. iv. Golongan ini kemudiannya menyebarkan idea-idea baru ini di kalangan penduduk tempatan di Tanah Melayu melalui akhbar dan majalah seperti al-Imam, Neracha, Saudara dan al-Ikhwan. Golongan Berpendidikan Melayu i. Golongan ini terdiri daripada pelajar-pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak. ii. Perjuangan rakyat Indonesia yang menentang penjajahan Belanda memberi kesedaran kepada mereka untuk menentang penjajahan Bristish. iii. Golongan ini berhasrat menamatkan penjajahan British di Tanah Melayu secara radikal. iv. Mereka menyebarkan idea-idea perjuangan melalui akhbar Warta Malaya dan Majlis. v. Usaha golongan ini bermula sejak akhir 1920-an tetapi pengaruh mereka mula dirasai dengan tertubuhnya Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada Ogos 1938. Golongan Berpendidikan Inggeris i. Golongan ini menyeru masyarakat Melayu memajukan diri melalui pendidikan dan politik. ii. Mereka juga menubuhkan kesatuan-kesatuan Melayu yang memperjuangkan nasib orang Melayu, antaranya: (a) Kesatuan Melayu Singapura (KMS) (b) Persatuan-persatuan Melayu di Tanah Melayu dan Sarawak
  • 4. KEGIATAN AKHBAR DAN MAJALAH i. Penulisan dalam akhbar dan majalah memainkan peranan yang besar dalam memperjuangkan nasib bangsa dan tanahair antaranya: (a) Mengandungi mesej yang tersendiri untuk membangkitkan semangat nasionalisme. (b) Dapat menyebarkan idea-idea yang bernas dalam meniup semangat perjuangan orang Melayu. Akhbar Dan Majalah Kaum Muda; Akhbar al-Imam i. Merupakan antara akhbar terawal yang diterbitkan di Singapura pada 23 Julai 1906. ii. Al-Imam diterbitkan bersama oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd. Taha dan Syeikh Mohd. Salim al-Kalali. iii. Prinsip perjuangan mereka, iaitu: (a) Islam sebagai asas perjuangan. (b) Berjuang menerapkan pandangan dan fikiran baru terhadap Islam. (c) Memberi kesedaran untuk kemajuan bangsa serta membangkitkan semangat perjuangan bangsa dan negara. Seruan al-Imam  Kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.  Memahami ajaran Islam yang sebenarnya.  Berusaha dengan gigih untuk mencapai kemajuan melalui pertukangan dan bercucuk tanam.  Mengambil langkah memelihara negeri daripada dijajah oleh musuh.  Umat Islam harus bersatu padu untuk kebaikan semua.  Mengkaji sejarah, khususnya sejarah perkembangan agama Islam dan mengambil iktibar daripadanya.  Mengkaji sejarah negara maju supaya dapat mencontohi usaha yang mereka lakukan untuk mencapai kemajuan.
  • 5. iv. Penerbitan al-Imam hanya 31 keluaran sahaja, namun ianya telah menimbulkan kesan yang mendalam kepada masyarakat Melayu. v. Seruannya diteruskan oleh akhbar-akhbar lain, seperti Neracha (1911), Tunas Melayu (1913) dan al-Ikhwan (1926-1931). Akhbar Dan Masalah Kaum Tua i. Antara akhbar dan majalah yang dihasilkan ialah: (a) Suara Benar (1932 – 1934). (b) Lidah Benar (1923 – 1935). (c) Pengasuh (1918), oleh Tok Kenali. ii. Golongan Kaum Tua ini tidak sependapat dengan kaum muda. iii. Kaum Tua ini membidas dan mengkritik terhadap sebarang perubahan atau idea yang dibawa oleh Kaum Muda. iv. Tok Kenali merupakan pemimpin utama Kaum Tua. Majalah Dan Akhbar Yang Lain i. Antara majalah yang penting ialah: (a) Warta Melaya (1930). (b) Warta Jenaka (1936). (c) Warta Ahad (1935). ii. Ketiga-tiga majalah ini adalah untuk memupuk kesedaran orang Melayu tentang penguasaan ekonomi oleh pihak British. iii. Akhbar Majlis (1935);  Pengarangnya yang pertama ialah Abdul Rahim Kajai.  Majlis dianggap sebagai akhbar kebangsaan yang pertama yang membincangkan tentang pendidikan, sosioekonomi dan perpaduan rakyat. iv. Akhbar Utusan Melayu (1939);  Pengarangnya yang pertama ialah Abdul Rahim Kajai.  Akhbar ini juga memperjuangkan semangat kebangsaan dan pendidikan sebagai saluran untuk mencapai kemajuan.  Merupakan akhbar Melayu yang utama dan sebagai alat perjuangan orang Melayu.
  • 6. v. Fajar Sarawak (1930);  Pengarang utamanya Muhammad Rakawi bin Yusuf.  Akhbar yang giat memperjuangkan semangat kebangsaan di Sarawak.  Menyeru orang Melayu berusaha memajukan diri dan mementingkan pendidikan sebagai alat untuk kemajuan. Perkembangan Akhbar-Akhbar Cina Dan Tamil i. Di kalangan masyarakat Cina, akhbar hariannya yang pertama ialah Lat Pau yang diterbitkan pada 1881. ii. Masyarakat India pula menerbitkan Ulaga Nesan pada 1877. iii. Menjelang 1930-an, jumlah akhbar di kalangan kedua-dua masyarakat ini telah bertambah. iv. Akhbar masyarakat Cina pada 1930-an: (a) Nanyang Siang Pau (1923). (b) Sin Chew Jit Poh (1929). (c) The Modern Daily News (1936). v. Akhbar masyarakat India pada 1930-an: (a) Tamil Nesan (1923). (b) Tamil Murasu (1930-an)/ vi. Golongan Jawi Peranakan atau India Muslim dan Cina Peranakan juga menerbitkan akhbar dalam Bahasa Melayu: (a) India Muslim – Jawi Pranakan (1876 – 1885), Skolah Melayu (1888 – 1890) dan Taman Pengetahuan (1904). (b) Cina Peranakan – Surat Kabar Pranakan (1891), Bintang Timur (1894 – 1895), Kabar Uchapan Baru (1926), dan Bintang Pranakan (1930 – 1931). vii. Kandungan yang terdapat dalam akhbar Cina dan India ialah: (a) Laporan keadaan dan kegiatan kedua-dua masyarakat ini di Tanah Melayu. (b) Melaporkan perkembangan pergerakan politik di China dan India. (c) Iklan barangan dan perkhidmatan perniagaan.
  • 7. PERKEMBANGAN PENULISAN DAN KREATIF i. Penulisan kreatif juga menjadi alat nasionalisme kerana para penulis dapat menyelitkan unsur-unsur nasionalisme di sebalik penulisan mereka. ii. Karya-karya dalam bentuk puisi yang dihasilkan membangkitkan perasaan bersemangat untuk maju di kalangan masyarkat Melayu. Antaranya: (a) Sedarlah (Mahmud Ahmadi). (b) Semenanjung dan Tenaga Kaumku (Harun Aminurrashid). (c) Seruan Kebangsaan (Melati Pahang). iii. Dalam karya-karya sastera berbentuk novel, ada di antaranya yang mengecam penjajahan menyeru orang Melayu membebaskan tanahair, seperti: (a) Melur Kuala Lumpur (1930), oleh Harun Aminurrashid (b) Putera Gunung Tahan (1837) dan Anak Mat Lela Gila (1941), oleh Ishak Haji Muhammad. (c) Hikayat Faridah Hanum (1925), oleh Syed Syeikh al-Hadi yang menceritakan mengenai kesedaran wanita terhadapy hak-hak wanita. iv. Dalam karya-karya sastera berbentuk cerpen (cerita pendek), tema-tema yang biasanya diselitkan adalah mengenai perjuangan membebaskan tanahair dan seruan supaya berusaha untuk maju. v. Antara cerpen-cerpen tersebut ialah: (a) Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kahai. (b) Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang (1940) dan Siasat Yang Tiada Diminta (1940), oleh Shamsuddin Salleh. (c) Rumah Besar Tiang Sebatang (1941), oleh Ishak Haji Muhammad.
  • 8. PERJUANGAN BADAN DAN KESATUAN MENENTANG PENJAJAH Kesatuan Melayu Singapura (KMS); i. KMS ditubuhkan pada 1926 dan merupakan persatuan berunsur politik yang mula- mula ditubuhkan untuk menjaga hak dan kedudukan politik orang Melayu. ii. Pengasasnya ialah Mohamad Eunos Abdullah dengan bantuan Tengku Kadir, Daud Mohd Shah, Imam Haji Mohd Yusof bin Haji Said dan Embok Suloh. iii. Merupakan persatuan politik yang dianggotai oleh orang Melayu yang berpendidikan Inggeris, wartawan, peniaga dan yang berkhidmat dengan kerajaan. iv. Tujuan utama KMS: (a) Menimbulkan kesedaran dan kecenderungan kaum Melayu untuk berpolitik, terutamanya berkaitan hak-hak dan kebebasan mereka. (b) Menggalakkan orang Melayu memajukan kedudukan sosioekonomi mereka, terutamanya dalam bidang pelajaran. (c) Menggalakkan anggotanya memainkan peranan lebih penting dalam hal pentadbiran. (d) Mewakili masyarakat Melayu dalam berurusan dengan pihak pemerintah. v. Antara kejayaan-kejayaan KMS: (a) Mendapatkan tanah khas untuk Kampung Melayu pada tahun 1928. (b) Menerbitkan akhbar Utusan Melayu. (c) Menubuhkan cawangan KMS di Melaka dan Pulau Pinang pada tahun 1937. Persaudaraan Sahabat Pena; i. Ditubuhkan pada April 1934 dengan tujuan untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan orang Melayu. ii. Persatuan ini terbuka kepada semua orang Melayu. iii. Pejabat-pejabat cawangan pertubuhan ini ditubuhkan di Kedah, Perak, Kelantan, Singapura, Sabah dan Sarawak. iv. Persaudaraan Sahabat Pena menggunakan cogan kata “Hidup Bahasa Hiduplah Bangsa”. v. Pada bulan November 1934, Persaudaraan Sahabat Pena telah mengadakan persidangannya yang pertama di Taiping, Perak.
  • 9. vi. Pada tahun 1935, pertubuhan ini dikenali sebagai Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM). vii. Pada ketika itu, keanggotaan pertubuhan ini telah melebihi 2,000 dan seterusnya kepada 12,000 orang. viii. PASPAM turut mengeluarkan majalah bulanannya pada tahun 1938. Perkembangan Persatuan Melayu; i. Penubuhan dan perjuangan Kesatuan Melayu Muda telah mendorong kepada penubuhan kesatuan di negeri-negeri Melayu yang lain. ii. Dari tahun 1937 hingga 1940, terdapat beberapa buah persatuan yang ditubuhkan antaranya: (a) Persatuan Melayu Perak (b) Persatuan Melayu Pahang (c) Persatuan Melayu Selangor (d) Persatuan Melayu Negeri Sembilan (PEMNAS) (e) Persatuan Persetiaan Melayu Kelantan (f) Kesatuan Melayu Sarawak iii. Persatuan Melayu Selangor yang dipimpin oleh Tengku Ismail bin Tengku Mohd. Yassin adalah antara persatuan yang bergiat cergas. iv. Persatuan Melayu Selangor mendesak supaya jawatan pendaftar dan penolong pendaftar Mahkamah Tinggi hanya dikhaskan kepada orang Melayu sahaja. v. Pada Ogos 1939, Persatuan Melayu Selangor menganjurkan Kongres Melayu Se- Malaya bersama-sama dengan Kesatuan Melayu Singapura yang diadakan di Kuala Lumpur. vi. Melalui kongres ini, Ishak Haji Muhammad dari Kesatuan Melayu Singapura telah mencadangkan penubuhan Persekutuan Persatuan-persatuan Melayu Semenanjung Tanah Melayu. vii. Kongres yang kedua diadakan di Bangunan Guru-guru Melayu Singapura pada Disember 1940 dan dihadiri oleh wakil-wakil dari Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta Brunei.