Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Cinta sejati

  • Login to see the comments

  • Be the first to like this

Cinta sejati

  1. 1. WAJIB BACA (15 minit Jer) : Kisah Cinta Sejati Aiman-Syahirahby Mohd Amiruddin on Saturday, August 20, 2011 at 8:29amDia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengahmenonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukarkepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun danmemandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nakmasuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya.Mana pernah solat. Nak jadi imam?Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahulah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulaktu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi,angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku baliklepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abahkahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan diaduduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan akukena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy puntak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehariduduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek,macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imamsebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aimantersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti siisteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandangisterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit.Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa keretaawak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aimanhanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanyaasyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta dibelokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin.Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihatdirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke?“err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?”
  2. 2. “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risauyang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dahokay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-babagama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramahtentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringatdiari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doahamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadisuami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya„tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!‟ Televisyen di hadapannya itu di pandangkosong.Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekaliberani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aimanhanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum kerumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara!Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kaufaham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang dudukdi sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cubateka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yangtengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabilamendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reticakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekatJohor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menariktangan isterinya agar duduk di sebelahnya.Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteriini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan diapula jenis yang boleh je „masuk‟. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..”“tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.”Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aimansenyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang didapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makankedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebabteringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak
  3. 3. reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikahlagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aimanmenggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah.Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bardapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?”“belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huishmasin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masakni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur nitawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayurawak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..”“dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang diacakap.Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dahada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solatMaghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapisedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itusenyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menungguAiman di kereta.Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustazkenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum danmengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walauapapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.”kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hinggake syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, sayabalik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aimanduduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalambagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirahada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yangdia jumpa sewaktu di surau kelmarin.Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya.Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpabimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapitak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah.
  4. 4. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabilamendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aimanmemandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawahalus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya.Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja.Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solatberjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?”Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang takrindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumahsorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengarcoleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abangpergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekatabang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah jugadiam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…”Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillahsihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baiksayang.” Terdiam Syahirah.Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa.“next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?”“..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasaberselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kitasampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinyadi hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirahtelah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.”Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegunjuga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkinAiman tak perasan).Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinyamemerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.”“apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..”jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telahpun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar keseluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.
  5. 5. Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasaselesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aimanmenyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang dudukdi sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yangperamah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.”Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia.Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirahsenyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apayang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidupAiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nakdengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan ShireenSungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambilsatu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tanganSyahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yangingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya barudownload tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apaadanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langitini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis jeAiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biarcinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buangwaktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpadi sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalampelukkannya. Khusyuk melayan lagu.Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagiCinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarikearphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkanisterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya.“abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dahAsar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aimantelah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan
  6. 6. rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.”“abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada duabeg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.”Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandanganmata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi kekaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.”Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan bukuitu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu.Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik.“wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lahhandsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memangpadanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluarslack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalanpegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahatuntuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baikuntuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur‟:26) “betul-betul.”Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu.Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum.“kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir.“birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.”Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik.Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nakmengalir air mata Aiman. „Al-Quran, the love letter from Allah‟ – isterimu. Aiman turn off laptopnya.Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanyaAiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yangmenyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar dilipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iyahendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakankecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itusungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya.
  7. 7. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia takbanyak cakap.Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?!hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” DatoRahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini takstabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..”“dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah takpeduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. YaAllah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumahkau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Taktahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu keretaisterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazahyang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along..tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkahmasuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tanganuntuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembalitangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanyamemandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kautahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepastu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak bolehbuat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abikahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakapmacam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nakbawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri disisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” MarahSyahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalahisterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinyaini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolonganAiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Airmata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aimanyang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…
  8. 8. Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak kesurau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bilnya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekantanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkanitu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buatmacam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang-sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicaralagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Sayanak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengankata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolongjangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” TerdiamSyahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..”Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..”Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripadaMukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yangbermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.”(Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buatpertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di sampingabang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semuaorang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…”Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirahdah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… laguuntuk entry ini, click lah =)Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang „ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujurdalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orangyang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3)Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal keranatakut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1)Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itusenyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaznampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuhtadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.”“oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut
  9. 9. buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlahmengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan padaketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buatmenyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tandasayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipukalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang peritsangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semuabil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapidia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voicedengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itumerajuk.Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – AimanLepas beberapa minit.Syarikat abang dah okay? – Syahirah.Doakanlah ada projek yang masuk. – AimanSolat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa danberusaha Allah akan tolong. – Syahirah.Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam.Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham.Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan.Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden keranaseorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknyaSyahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamurenung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagisaat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorangsuami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumahabinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan sayalagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dahdatang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk danmemandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..”sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekatSeoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan
  10. 10. urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turutiSyahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktumereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itusenyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?”Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanksuntuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapiAllah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni,abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telahtertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thankslagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suamiisteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap.Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untukkos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allahberi penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atassetiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandangSyahirah sekilas.“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “darimana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restorantu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman teruslupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukarcerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannyaberdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidahAiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekaktu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampakserious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawaperlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upayaSyahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nakbuat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah,semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman disebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirahmenggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan.“hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullaiberjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.”Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu.“..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
  11. 11. Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi kereliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halusdan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah.“abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Sepertibiasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semuamakan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalahkata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium.“Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aimanhanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang.Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikansarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aimanmemasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar diamengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk kerumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cubamengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aimansewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirahyang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapimalangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yangmembuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.**********Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suaraorang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aimanmemangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aimanmencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polismasuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” TanganAiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! BukanAiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggelengdengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayuabahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luarrumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-rontaAiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kaubunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cubameronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allahdugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya
  12. 12. Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang.Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara.“abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap,bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa.“bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.”Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mataAiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkanbersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemahlutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengokkertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempatisterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yangkuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebihbaik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allahdan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu.warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aimanmembuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. „Al-Quran, the love letter from Allah‟ –isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu denganair matanya. Allah…Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHANdari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dariKEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihatwajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjukkekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompetperompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.”Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagiansebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman takbersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu.Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanyamenuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luarsebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah
  13. 13. menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat diselamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barahhatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepikatil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katilitu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu,kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Diamenangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Iraabi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..”sebak Haji Amran.“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazahisterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Airmata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kitanyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletakdi ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone padaAiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu.Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abangkita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aimandengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok.Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh,hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puasmereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya diakehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan.Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya.Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, diakembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Diasenyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergimana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergimasjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar darikereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solatsunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain.Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelakiseparuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah
  14. 14. lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidursinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampirsatu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu kerak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupasebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aimansenyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadahtangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir.Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandangseseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnyadengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abanglagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya.Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas kemasjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwahmeninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dahmakin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Sayakejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Diamenemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung danmenantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua bendakita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat.Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinyadengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini taktentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan.Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengankalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atauneraka yang menanti. wallahualam...

×