SlideShare a Scribd company logo
1 of 65
1.0 Pengenalan & Sejarah Futsal
Kata Futsal berasal dari bahasa Sepanyol iaitu 'futbol' (sepak bola) dan 'sala' (ruangan)
dan menjadi kata nama 'futsal'. Menurut Football International Federation Association (FIFA),
sejarah futsal bermula pada tahun 1930. Sukan ini pertama kali dimainkan pada tahun 1930 oleh
Juan Carlos Ceriani. Beliau merupakan seorang pelatih bola sepak yang berasal daripada
Argentina.
Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil
yang terkenal dengan sukan bola sepaknya. Ketrampilan yang dikembangkan dalam permainan
ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brasil di luar
ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang bola sepak terkenal Brazil yang kini
menjadi lagenda sepanjang zaman sukan itu, contohnya, mengembangkan bakatnya daripada
sukan futsal. Brazil merupakan salah satu jaguh antarabangsa bagi sukan ini. Sehingga kini,
pertubuhan futsal yang dinamakan Fédération Internationale de Football Association terdiri
adalah terdiri daripada pelbagai negara dari seluruh dunia, iaitu dari Benua Eropah, Amerika,
Amerika Tengah, Amerika Utara, Afrika, Asia dan juga dari kawasan Oceania. Namun begitu,
sejarah futsal versi FIFA ini tidak boleh diterima begitu saja, ada beberapa negara yang
mengakui bahawa futsal berasal dari negara mereka masing-masing iaitu Kanada dan Brazil.
Futsal berkembang pesat di Brazil, pada tahun 1936 mereka telah menetapkan perkara -
perkara penting di dalam futsal iaitu undang - undang dan peraturan bagi sukan ini. Namun
begitu, peraturan - peraturan tersebut tidak banyak bezanya dengan peraturannya pada masa kini.
Apabila peraturan tersebut diperkenalkan, futsal semakin digemari dan berkembang ke seluruh
dunia. Di Itali, futsal telah mula diperkenalkan pada tahun 1950an. Futsal di Itali diperkenalkan
oleh pemain-pemain sepak bola import dari Amerika latin yang bermain di Seri A (Liga Itali).
Pada masa lapang, pemain-pemain itu bermain futsal. Futsal semakin dikenali dan digemari di
Itali. Keadaan ini berbeza apabila dibandingkan dengan perkembangan futsal di England. Di
England, pemain-pemain bola sepak sering melakukan latihan dengan pertanding enam lawan
enam di lapangan rumput. Futsal juga terkenal di England. Keadaan ini terbukti apabila
wujudnya pertandingan atau tournamet untuk sukan ini. Tournament futsal ketika itu ditaja dan
diuruskan oleh London Express iaitu salah satu akhbar tabloid harian di England.
Keadaan ini berbeza dengan negara Sepanyol di mana perkembangan futsal adalah lebih cepat
berbanding dengan negara - negara lain. Keadaan ini terjadi kerana bola sepak di Sepanyol
adalah sama jika dibandingkan dengan bola sepak di Amerika Latin terutamanya Brazil. Juara
pertama bagi pertandingan futsal adalah negara Paraguay, iaitu pada tahun 1965. Pada tahun
1979 pula, Brazil berjaya merangkul kejuaraan ini. Pada tahun 1980 dan 1984 pula, Brazil sekali
lagi telah menjadi juara bagi kejohan Pan Amerika untuk pertama kalinya dalam sejarah.
Pada tahun 1974 terdapat pertemuan antara perwakilan futsal dari pelbagai negara. Pertemuan di
Sao Paulo itu akhirnya telah membentuk FIFUSA (The Federacao Internationale de Futebol de
Salao / Federasi Futsal AS) sebagai organisasi rasmi yang menaungi futsal. FIFUSA saat itu
melantik Joao Havelange sebagai ketua umum. Setelah wujudnya FIFUSA ini, sukan
futsal semakin popular dan digemari oleh ramai pihak dari seluruh dunia.
Kejuaraan dunia futsal pertama dianjurkan oleh FIFUSA pada 1982 di Sao Paulo Brazil.
Di dalam pertandingan ini, Brazil telah menjadi juara keseluruhan.
Tiga tahun berikutnya, pertandingan yang sama pula telah dijuarai oleh Sepamyol. Pada tahun
berikutnya, Ini adalah kali pertama dalam masa tiga tahun ini dijuarai oleh wakil dari pihak
Eropah dan pada tahun - tahun berikutnya Brazil telah berjaya menjadi juara. Namun begitu pada
tahun 1988, Paraguay telah berjaya mengalahkan Brazil di dalam pertandingan ini.
Setelah beberapa tahun mendatang, futsal semakin bersistem dan FIFA pun tertarik dengan
kunikan sukan ini. Keadaan ini adalah kerana futsal turut memajukan industri bola sepak
antarabangsa dengan kehadiran pemain - pemain profesional yang berasal dari sukan ini. Pada
tahun 1989, FIFA memutuskan untuk mengambil alih pentadbiran dalam organisasi futsal.
Piala dunia futsal edisi FIFA yang pertama digelar di Belanda pada 1989 dan yang kedua digelar
di Hong Kong di tahun 1992, dengan Brazil sebagai juara di kedua edisi ini.
Futsal di Malaysia
Penubuhan unit futsal bermula di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun 2000 yang
diketuai oleh Encik Jey Singh Mutthiah dengan jurulatih pertama skuad futsal Malaysia ialah
Encik Bhawandi Hiralal.
Permainan ini mula diminati terutamanya di Lembah Klang pada tahun 2001 apabila Sports
Planet mula beroperasi di Sunway dan Shah Alam. Kemudian, permainan ini terus berkembang
dengan pesat di negeri-negeri lain sehingga kini selari dengan perkembangan „Street Soccer‟.
Dengan adanya pusat-pusat permainan futsal ini di beberapa lokasi strategik menjadikan sukan
ini semakin popular terutama dikalangan remaja dan belia. Justeru, ramai penganjur kejohanan
mengambil kesempatan mengadakan pertandingan baik secara tertutup mahupun bersifat
terbuka. Perkembangan ini semakin meluas dengan penubuhan unit atau jawatankuasa Futsal
Persatuan Bola Sepak Negeri. Pihak Kementerian Belia dan Sukan turut membantu
perkembangan ini dengan membina gelanggang futsal di setiap parlimen seluruh Malaysia mulai
tahun 2010.
peraturan
&
undang - undang
dalam permainan
futsal
BAB 1 : UNDANG-UNDANG 1 (GELANGGANG PERMAINAN)
1.1) Dimensi
Panjang : Minimum 25 meter
Maksimum 42 meter
Lebar : Minimum 15 meter
Maksimum 25 meter
1.2) Perlawanan Antarabangsa
Panjang : Minimum 38 meter
Maksimum 42 meter
Lebar : Mimimum 18 meter
Maksimum 25 meter.
1.3) Tanda-tanda pada gelanggang:
Gelanggang adalah ditandakan dengan garisan. Sebagai sempadan garisan-garisan ini adalah sebahagian
dari kawasan yang meliputi:
a) Dua garisan sempadan yang lebih panjang ialah garisan tepi
b) Dua garisan sempadan pendek adalah garisan gol
Lebar semua garisan adalah 8 cm. Gelanggang dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah.
Pusat gelanggang hendaklah ditandakan di pertengahan garisan tengah.
Pusat gelanggang hendaklah ditandakan di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 3m ditanda
mengelilinginya.
1.4) Kawasan penalti.
Kawasan penalti ditentukan di tiap-tiap hujung gelanggang seperti berikut:
Kawasan penalti merupakan kawasan yang mempunyai garisan suku lengkuk yang berjejari 6 meter
bahagian atas kedua-dua garisan ini adalah disambungkan dengan satu garisan 3.16 meter yang selari
dengan garisan gol di antara tiang-tiang.
Garisan lengkuk yang menandakan luas sempadan kawasan penalti adalah dinamakan garisan kawasan
penalti:
Tanda penalti pertama – adalah dibuat 6 meter dari titik pertengahan tiang gol
Tanda penalti kedua - 10 meter dari titik pertengahan tiang gol
1.5) Lengkuk Penjuru
Suku bulatan berjejari 25 sm dari setiap penjuru adalah dibuat di dalam gelanggang.
1.6) Zon Penggantian
Zon Penggantian di gelanggang adalah ditentukan di bahagian yang sama dengan bangku pasukan
dan tepat di depannya. Di sinilah tempatnya pemain-pemain masuk dan keluar gelanggang untuk
penggantian.
Zon pengantian ditentukan di hadapan bangku pasukan dan 5 m panjangnya. Ia ditanda pada
setiap bahagian tepi dengan gariasn tepi. Ruangan kosong ini yang tepat di depan meja penjaga
masa hendaklah dibiarkan kosong.
1.7) Tiang dan palang gol
Tiang-tiang gol hendaklah diletakkan di pertengahan setiap garisan gol.
Ada dua tiang tegak yang sama jaraknya dari setiap penjuru dan dicantumkan bahagian atasnya
dengan palang melintang.
Jarak (ukuran dalaman) di antara tiang-tiang itu adalah 3 m dan jarak bahagian palang gol ke
tanah ialah 2 m,
Tiang-tiang dan palang gol hendaklah mempunyai lebar hendaklah mempunyai lebar dan dan
tebal yang sama iaitu 5 m.
Jaringan diperbuat daripada hemp, jut atau nylon. Jaringan dipasang pada tiang pada tiang dan gol
di belakang tiang gol. Bahagian bawah juga disokong dengan palang melintang atu penyokong
lain yang bersesuaian.
Keluasan bahagian dalam gol ditentukan jaraknya dari bahagian dalam tiang gol menganjur
keluar gelanggang adalah sekurang-kurangnya 80 cm dibahagian atas dan 100 cm pada paras
tanah.
BAB 2 : UNDANG-UNDANG 2 (BOLA)
2.1) Ciri-ciri dan ukuran bola:
Berbentuk sfera
Diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan yang sesuai
Ukuran lilit tidakm kurang 62 cm dan tidak lebih 64cm
Berat tidak kurang dari 400 gram atau tidak lebih 440 gram pada permulaan permainan
Tekanan angina 0.4-0.6 atmosfera ( 400-600g/sm padu)
Contoh Bola Futsal Logo rasmi FIFA untuk kejohanan antarabangsa
2.2) Penggantian bola yang rosak:
Jika bola pecah semasa perlawanan:
Permainan akan diberhentikan
Permainan dimulakan dengan jatuhan bola menggunakan bola yang telah disahkan oleh pengadil.
Sekiranya bola yang digunakan pecah atau rosak ketika bola di dalam permianan (ketika sepak
mula, sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan penalti, atau sepakan ke dalam)
permainan dimulakan semula mengikut undang-undang permainan
Bola tidak dibenarkan ditukar semasa permainan tanpa kebenaran pengadil.
BAB 3 : UNDANG-UNDANG 3 (BILANGAN PEMAIN)
3.1) Pemain-pemain
Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan.
Setiap pasukan mengandungi tidak lebih lima pemain dan salah seorang menjadi penjaga
gol.
3.2) Prosedur Penggantian
Bilangan maksimum pengganti yang dibenarkan adalah tujuh. Bilangan penggantian yang
dilakukan di dalam sesuatu perlawanan tidak terhad. Pemain boleh digantikan dan boleh kembali ke
gelanggang sebagai pamain lain.
Syarat-syarat pengantian
Pemain yang keluar gelanggang mesti berbuat demikian di zon penggantian pasukannya.
Pemain yang masuk ke gelanggang mesti berbuat demikian di zon penggatian pasukannya
setelah pemain yang digantikan telah keluar sepenuhnya.
Pengantian adalah terakluk kepada kuasa budi bicara pengadil sama ada dipanggil untuk
bermain atau tidak.
Pengantian pemain adalah sempurna apabila penganti masuk ke gelanggang, mulai saat itu
dia menjadi pemain aktif dan pemain yang diganti itu tamat sebagi pemain aktif.
Penjaga gol juga boleh bertukar-tukar tempat dengan mana-mana pemain.
BAB 4 : UNDANG-UNDANG 4 (ALATAN PEMAIN)
Keselamatan
Seseorang pemain tidak dibenar menggunakan atau memakai sebarang peralatan yang berbahaya
kepada pemain-pemain lain.
4.1) Peralatan Asas
Peralatan asas yang diwajibkan ialah:
jersi atau baju,
seluar pendek – jika seluar dalam „thermal‟ digunakan, warnanya hendaklah sama dengan warna
utama seluar pendek.
stokin
shinguard
alas kaki - hanya alas kaki yang diperbuat daripada „canvas‟ atau kasut latihan dari kulit yang
lembut atau kasut jimnastik yang bertapak getah atau bahan-bahan yang sama dibenarkan.
Pemakaian alas kaki adalah diwajibkan.
4.2) Jersi atau baju
Nombor mestilah tertera pada bahagian belakang semua baju dan mengandungi nombor-nombor
di antara 1 hingga 15.
Warna nombor hendaklah berbeza dengan jelasnya dari warna jersi.
Untuk perlawanan antarabangsa, nombor mestilah tertera juga di bahagian hadapan, walaupun
lebih kecil saiznya.
4.3) Shinguard
Shinguard hendaklah dilitupi keseluruhannya oleh stokin
Diperbuat daripada bahan yang sesuai (getah, plastik atau bahan yang serupa)
Perlu memberikan perlindungan pada tahap yang munasabah
4.4) Penjaga Gol
Setiap penjaga gol hendaklah memakai warna yang membezakan dengan mudahnya dengan
pemain-pemain lain dan juga Pengadil.
Jika seorang pemain menukar tempat dengan penjaga gol, jersi penjaga gol yang digunakan oleh
pemain lain mestilah ditandakan di bahagian belakangnya oleh nombor pemain tersebut.
4.5) Tujuan Hukuman dan Kesalahan
Seseorang pemain tidak dibenarkan memakai sebarang alatan merbahaya kepada dirinya
atau pemain-pemain lain, termasuk sebarang barangan kemas. Hal ini bertujuan untuk menjaga
keselamatan semasa dalam perlawanan. Sekiranya perlanggaran undang-undang ini terjadi,
pemain bersalah akan dikeluarkan dari permainan oleh pengadil untuk membetulkan atau
melengkapkan alatannya. Pemain tidak dibenarkan masuk semula tanpa melaporkan diri terlebih
dahulu kepada salah seorang yang akan menentukan alatan pemain itu sempurna. Jika pengadil
memberhentikan permainan untuk memberi amaran kepada pemain yang bersalah, permainan
akan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dibuat oleh pemain lawan di tmpat
bola berada semasa pengadil-pangadil itu memberhentikan permainan.
BAB 5 : UNDANG-UNDANG 5 (PENGADIL)
1.1) Kuasa Pengadil
Setiap perlawanan dikawal oleh seorang Pengadil yang mempunyai kuasa untuk
menguatkuasakan Undang-undang Permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan
itu, dari mula dia masuk ke persekitaran di mana gelanggang itu ditetapkan sehingga dia keluar.
5.2) Tugas-tugas pengadil:
Menguatkuasakan Undang-undang Permainan
Meneruskan permainan apabila pasukan yang dikasari beruntung dari advantej ini dan
menghukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang dijangkakan itu tidak berhasil.
Membuat catatan tentang perlawanan dan menyediakan kepada pihak berkuasa laporan
perlawanan yang mengandungi semua keterangan tentang sebarang tindakan disiplin terhadap
pemain-pemain, dan/atau pegawai pasukan dan sebarang kejadian yang berlaku sebelum, semasa
dan selepas permainan itu.
Bertindak sebagai penjaga masa sekiranya pegawai berkenaan tidak hadir;
Memberhentikan, menangguh atau menamatkan permainan bagi sebarang kesalahan Undang-
undang atau disebabkan oleh sebarang gangguan yang tidak sepatutnya
Mengambil tindakan disiplin terhadap pemain yang bersalah untuk kesalahan-kesalahan diberi
amaran atau diperintah keluar.
Memastikan bahawa hanya orang lain tidak dibenarkan masuk ke padang
Berhentikan permainan jika, pada pendapatnya, seseorang pemain cedera parah dan pastikan
pemain itu dikeluarkan dari gelanggang secepat mungkin
Teruskan permainan sehingga bola di luar permainan jika seorang pemain, pada pendapatnya
tercedera ringan.
Menentukan bahawa bola yang disediakan memenuhi kehendak Undang-undang II.
BAB 6 : UNDANG-UNDANG 6 (PENGADIL KEDUA)
6.1) Tugas-tugas
Seorang Pengadil Kedua hendaklah dilantik untuk bertugas di sebelah gelanggang yang
bertentangan dengan Pengadil. Dia dibenarkan untuk menggunakan wisel.
Pengadil Kedua membantu pengadil untuk mengawal perlawanan mengikut Undang-undang
Permainan. Pengadil Kedua juga:
Mempunyai kuasa budibicara untuk memberhentikan permainan jika berlaku perlanggaran
undang-undang
Memastikan penggantian dilakukan dengan betul
Jika berlaku gangguan yang tidak wajar atau kelakuan tidak sepatutnya, pengadil akan menamatkan tugas
Pengadil Kedua dan mendapatkan penggantinya dan melaporkan kepada pihak yang berkuasa.
BAB 7 : UNDANG-UNDANG 7 (PENJAGA MASA DAN PENGADIL KETIGA)
7.1) Tugas-tugas
Seorang Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga hendaklah dilantik.
Mereka ditempatkan di luar gelanggang permainan pada pertengahan garisan tepi di sebelahan
yang sama dengan zon penggantian.
Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga itu dilengkapkan dengan jam (randik) yang sesuai dan
peralatan yang perlu untuk menunjukkan kesalahan-kesalahan terkumpul, yang dibekalkan oleh
persatuan atau kelab di mana gelanggang itu dimainkan.
7.2) Penjaga Masa:
Memastikan jangkamasa perlawanan mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam Undang-undang 8
dengan memulakan jamnya selepas sepak mula:
Mulakan jam (chrometer) itu setelah sepak mula
Memberhentikan jam itu apabila di luar permainan
Memulakan semula selepas sepakan ke dalam, penghantaran gol, atau tanda penalti kedua,
perhentian masa atau jatuhan bola.
Mengawalkan perhentian masa satu minit.
Mengawal tempoh 2 minit masa hukuman apabila seseorang pemain diperintah keluar
Memberi isyarat tempoh masa separuh masa pertama, tamat tempoh perlawanan, tamat tempoh
masa tambahan dan tamat tempoh perhentian masa dengan satu tiupan wisel atau isyarat bunyi
lain yang berbeza dari wisel pengadil-pengadil.
Merekodkan semua baki perhentian masa bagi tiap-tiap pasukan, memaklumkan pengadil-
pengadil dan pasukan sewajarnya dan memberi isyarat kebenaran perhentian masa apabila
diminta oleh salah satu pasukan (undang-undang 8)
Merekod lima kesalahan terkumpul pertama dilakukan pasukan yang dihukum oleh pengadil,
pada tiap-tiap separuh masa perlawanan dan beri isyarat apabila kesalahan terkumpul kelima
dilakukan oleh mana-mana pasukan.
7.3) Pengadil Ketiga
Pengadil Ketiga membantu Penjaga Masa Dalam:
Mencatatkan lima kesalahan pertama yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan pada setiap separuh
masa yang dicatatkan oleh Pengadil dan memberikan isyarat apabila kesalahan kelimat dilakukan
oleh mana-mana pasukan
Menyimpan rekod semua pemberhentian dan sebab-sebabnya di dalam sesuatu permainan,
Catatan nombor pemain-pemain yang menjaringkan gol
Mengingatkan nama pemain-pemain yang diberi amaran atau diperintah keluar
Memberikan maklumat-maklumat lain yang ada kaitan dengan permainan itu.
Jika berlaku gangguan yang tidak sewajarnya oleh Penjaga Masa atau Pengadil Ketiga, Pengadil akan
menamatkan tugasnya dan mendapatkan penggantinya serta melaporkan kejadian itu kepada pihak
berkuasa yang bertanggungjawab. Jika berlaku kecederaan, Pengadil Ketiga boleh menggantikan sama
ada Pengadil atau Pengadil Kedua.
BAB 8 : UNDANG-UNDANG 8 (JANGKAMASA PERMAINAN)
8.1) Tempoh Masa Permainan
Perlawanan hendaklah dibahagikan kepada dua tempuh masa yang sama, iaitu 20 minit setiap
satu.
Catatan masa dilakukan oleh Penjaga Masa yang tugasnya adalah dihuraikan di dalam Undang-
undang 7.
Tempuh masa setiap separuh masa akan dilanjutkan untk membolehkan satu sepakan penalti
dibuat.
8.2) Hentian Masa
Setiap pasukan berhak meminta perhentian masa satu minit pada setiap separuh masa.
Syarat-syarat berikut dilaksanakan untuk perhentian masa:
Jurulatih pasukan adalah berkuasa untuk meminta perhentian masa satu minit.
Perhentian masa satu minit boleh diminta pada bila-bila masa tetapi dibenarkan hanya apabila
pasukan yang meminta perhentian masa sedang mengawal bola.
Penjaga masa memberi isyarat kebenaran untuk perhentian masa apabila bola di luar permainan
dengan menggunakan wisel atau isyarat bunyi lain yang berbeza dari digunakan oleh Pengadil.
Ketika perhentian masa dibenarkan, pemain-pemain mesti berada di dalam gelanggang. Jika
mereka hendak menerima arahan dari pegawai pasukan, ini hanya dibuat di garisan tepi
berhadapan dengan bangku. Pegawai yang memberi arahan tidak dibenarkan masuk ke
gelanggang.
8.3) Masa Rehat
Rehat pada separuh masa tidak boleh melebihi 15 minit.
BAB 9 : UNDANG-UNDANG 9 (PERMULAAN DAN MEMULAKAN SEMULA
PERMAINAN)
9.1) Pra-perlawanan
Pilihan tempat sepak mula hendaklah ditentukan dengan lentingan syiling. Pasukan yang menang
lentingan berhak membuat pilihan tempat untuk diserang pasukannya.
Pasukan lawan akan memilih sepak mula perlawanan.
Pasukan yang menang lentingan syiling membuat sepak mula pada separuh masa kedua
perlawanan.
Dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan bertukar tempat menyerang gol yang
bertentangan.
9.2) Sepak Mula
Sepak mula adalah satu cara untuk memulakan atau memulakan semula permainan:
pada permulaan perlawanan
selepas satu gol telah dijaringkan
pada permulaan separuh masa kedua perlawanan
pada permulaan setiap masa tambahan, bila sesuai.
Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula.
9.3) Jatuhan Bola
Jatuhan bola ialah suatu cara untuk memulakan semula permainan selepas sesuatu penangguhan
sementara yang diperlukan, semasa bola di dalam permainan dengan syarat sebelum
pemberhentian itu bola belum melintasi garisan tepi atau garisan gol, atau mana-mana sebab yang
tidak disebut di mana-mana bahagian Undang-undang Permainan yang lain.
9.4) Keadaan-keadaan Tertentu:
Bola dijatuhkan semula jika:
Disentuh oleh pemain sebelum ia menyentuh tanah
Bola keluar dari gelanggang selepas ia menyentuh tanah tanpa disentuh oleh pemain.
Sepakan percuma yang diberikan kepada pasukan bertahan di dalam kawasan penaltinya boleh
dibuat dari mana-mana tempat di dalam kawasan penalti itu. Sepakan percuma yang diberikan
tidak terus yang diberikan kepada pasukan penyerang di dalam kawasan penalti pasukan lawan
hendaklah dibuat di garisan kawasan penalti di tempat paling hampir bola berada semasa
permainan diberhentikan. Jatuhan bola untuk memulakan semula permainan di dalam kawasan
penalti mesti dibuat di garisan kawasan penalti di tempat paling hampir bola berada semas
permainan diberhentikan.
BAB 10 : UNDANG-UNDANG 10 (BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN)
10.1) Bola di Luar Permainan
Bola adalah di luar permainan apabila:
Keseluruhannya telah melintasi garisan gol atau garisan tepi sama ada di tanah atau di udara
Permainan diberhentikan oleh pengadil
Ia menyentuh siling.
10.2) Bola di Dalam Permainan
Bola sentiasa di dalam permainan termasuk apabila:
Ia melantun dari tiang gol atau palang gol ke dalam gelanggang
Ia melantun dari pengadil-pengadil ketika mereka berada di dalam gelanggang
10.3) Keputusan-keputusan
Apabila sesuatu perlawanan dimainkan di gelanggang dalam dewan dan bola terkena siling, permainan
hendaklah dimulakan semula dengan satu sepakan ke dalam, yang dibuat oleh pasukan lawan kepada
pemain yang akhir sekali menyentuh bola itu.Sepakan ke dalam dibuat dari garisan tepi paling hampir
kepada tempat di mana bola menyentuh siling.
BAB 11 : UNDANG-UNDANG 11 (CARA MENENTUKAN JARINGAN)
11.1) Jaringan Gol
Kecuali terdapatnya peruntukan lain di dalam undang-undang ini, gol dijaringkan apabila
keseluruhan bola telah melintasi garisan gol, di antara kedua-dua tiang gol dan di bawah palang
gol, kecuali bola itu telah dilontar, dibawa atau sengaja dikuis dengan tangan atau lengan oleh
seorang pemain pasukan menyerang, termasuk penjaga gol.
11.2) Pasukan yang Menang
Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang lebih dalam sesuatu perlawanan akan dikira
pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringan bilangan gol yang sama atau tiada gol
jaringankan, perlawanan dikira “seri”.
11.3) Peraturan Pertandingan
Bagi perlawanan yang berkesudahan dengan seri, peraturan pertandingan boleh menyatakan
peruntukan yang melibatkan tambahan masa atau prosedur-prosedur lain untuk menentukan
pemenang sesuatu perlawanan.
BAB 12 : UNDANG-UNDANG 12 (KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK
BERTERTIB)
12.1) Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bertertib adalah dihukum seperti berikut:
12.1.1) Sepakan Percuma Terus
Suatu sepakan percuma terus akan diberi kepada pasukan lawan jika seseorang pemain dengan
sengaja melakukan salah satu dari enam kesalahan berikut yang dianggap oleh pengadil sebagau cuai,
gegabah atau menggunakan daya yang berlebih:
Menendang atau cuba menendang pemain lawan
Membentes atau cuba membentes pemain lawan
Melompat ke pemain lawan
Merempuh pemain lawan, walaupun dengan bahu
Memukul atau cuba memukul pemain lawan
Menolak pemain lawan
Sepakan percuma terus juga diberikan kepada pasukan lawan jika seseorang pemain melakukan salah
satu daripada lima kesalahan berikut:
Memegang pemain lawan
Meludah kepada pemain lawan
Menggelunsor untuk memainkan bola yang sedang dimainkan atau cuba dimainkan oleh pemain
lawan (takel menggelunsor), kecuali bagi penjaga gol di dalam kawasan penaltinya dengan syarat
dia tidak bermain secara cuai, gegabah atau menggunakan daya yang berlebihan
Memegang bola dengan sengaja kecuali penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya
sendiri
*semua sepakan percuma dibuat di tempat kesalahan.
12.1.2) Sepakan Penalti
Suatu sepakan penalti diberi kepada pasukan lawan jika seseorang pemain melakukan salah satu
dari kesalahan di atas di dalam kawasan penaltinya tanpa diambil kira kedudukan bola tetapi
dengan syarat bola berada di dalam permainan.
12.1.3) Sepakan Percuma Tidak Terus
Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol melakukan salah
satu dari kesalahan-kesalahan berikut:
Setelah melepaskan bola dari kawalannya, dia menerima semula bola yang disepak oleh
rakannya, tanpa bola terlebih dahulu melepasi garisan tengah atau dimainkan oleh pemain
pasukan lawan
Menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya setelah ia disepak dengan sengaja kepadanya
oleh rakannya
Menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya setelah ia menerima bola terus dari suatu
sepakan ke dalam oleh rakannya
Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau kakinya lebih dari empat saat, di mana-mana
bahagian gelanggang, kecuali ia menyentuh bola di separuh bahagian gelanggang pasukan lawan
Suatu sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan, dan dibuat di tempat kesalahan,
jika, pada pendapat pengadil, seorang pemain:
Bermain dengan cara berbahaya
Apabila tidak memainkan bola, dengan sengaja menghalang pergerakan pemain lawan
Menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya
Melakukan mana-mana kesalahan lain, tidak disebut di dalam Undang-undang 12 di atas, di mana
permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah keluar seseorang pemain
Sepakan percuma tidak terus dibuat di tempat kesalahan, kecuali di dalam kawasan penalti, maka sepakan
percuma tidak terus itu hendaklah dibuat di atas garisan kawasan penalti yang paling hampir dengan
tempat kesalahan dilakukan.
12.2) Hukuman-hukuman Disiplin
Kad kuning atau merah hanya boleh ditunjuk kepada pemain-pemain dan penganti-penganti.
12.3) Kesalahan-kesalahan Beramaran
Pemain diberi amaran dan ditunjukkan kad kuning jika dia melakukan mana-mana kesalahan
berikut:
Berkelakuan tidak bersemangat sukan
Membantah keputusan pengadil dengan perkataan atau tindakan
Sentiasa melanggar undang-undang permainan
Melambat-lambatkan permulaan semula permainan
Gagal menghormati jarak yang diperlukan semasa permainan dimulakan semula dengan suatu
sepakan penjuru, sepakan ke dalam, sepakan percuma atau lemparan gol
Masuk atau masuk semula gelanggang tanpa kebenaran pengadil atau melanggaar prosedur
penggantian
Dengan sengaja keluar dari gelanggang tanpa kebenaran pengadil
Untuk mana-mana dari kesalahan di atas, suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan
lawan, yang dibuat dari tempat kesalahan. Jika kesalahan itu dilakukan di dalam kawasaan penalti,
sepakan percuma tidak terus itu dibuat dari garisan penalti di tempat yang paling hampir dengan tempat
kesalahan. Suatu kesalahan juga diberi dengan syarat tiada kesalahan yang lebih berat dilakukan.
12.4) Kesalahan Perintah Keluar
Seorang pemain diperintah keluar dan dilayangkan kad merah jika melakukan mana-mana kesalah
berikut:
Bersalah kerana bermain dengan amat kasar;
Bersalah kerana berkelakuan ganas
Meludah pemain lawan atau orang lain
Menggagalkan pasukan lawan suatu jaringan atau peluang jaringan yang jelas dengan kesalahan
memegang bola dengan sengaja (ini tidak termasuk penjaga gol di dalam kawasan penaltinya)
Menggagalkan peluang jeringan yang jelas pemain lawan yang bergerak ke arah gol pemain
dengan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan suatu sepakan percuma atau sepakan penalti
Menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau kesat
Bersalah kerana menerima amaran kedua dalam satu permainan.
Jika permainan diberhentikan kerana seorang pemain diperintah keluar di atas kesalahan 6 atau 7, tanpa
pelanggaran undang-undang lain, permainan akan dimulakan semula dengan satu sepakan percuma tidak
terus kepada pasukan lawan dari tempat di mana kesalahan itu dilakukan. Walau bagaimanapun, jika ia
dilakukan di dalam kawasan penalti, sepakan percuma tidak terus itu hendaklah dibuat dari garisan
kawasan penalti yang paling hampir dengan tempat kesalahan.
BAB 13 : UNDANG-UNDANG 13 (SEPAKAN PERCUMA)
13.1) Jenis-jenis Sepakan Percuma
Sepakan percuma adalah sama ada terus atau tidak terus.
Untuk kedua-dua sepakan itu bola hendaklah tidak bergerak semasa sepakan percuma dibuat, dan
penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga bola disentuh atau dimainkan oleh
pemain lain.
13.1.1) Sepakan Percuma Terus
Jika dari suatu sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol pasukan lawan, gol
dikira.
13.1.2) Sepakan Percuma Tidak Terus
Suatu gol boleh dijaringkan hanya apabila bola itu telah dimainkan atau disentuh oleh
seorang pemain lain sebelum bola masuk ke dalam gol
13.2) Kedudukan untuk Sepakan Percuma
Semua pemain lawan mestilah sekurang-kurangnya 5 meter dari bola sehingga ia berada di
dalam permainan
Bola berada di dalam permainan sebaik saja ia disentuh atau dimainkan
13.3) Kesalahan-kesalahan/Hukuman-hukuman
Jika, apabila suatu sepakan percuma dibuat, seorang pemain berada lebih hampir ke bola dari jarak yang
diperlukan:
Sepakan dibuat semula
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola semula sebelum ia
dimainkan oleh pemain lain:
Satu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan di tempat kesalahan itu.
Walau bagaimanapun, jika kesalahan itu berlaku di dalam kawasan penalti, sepakan percuma
tidak terus itu hendaklah dibuat di atas garisan kawasan penalti di tempat paling hampir
dengan kesalahan itu.
Jika pasukan yang membuat sepakan percuma mengambil lebih dari 4 saat
Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan.
13.4) Isyarat-isyarat
13.4.1) Sepakan Percuma Terus
Pengadil mengekalkan lengannyanya melintang menunjukkan arah sepakan dibuat. dalam
kesalahan yang dikira sebagai kesalahan terkumpul, pengadil mengisyaratkan dengan
menunjukkan jari telunjuk ke bawah supaya pengadil ketiga, atau mana-mana pegawai pada meja,
tahu bahawa ia dikira sebagai kesalahan terkumpul.
13.4.2) Sepakan Percuma Tidak Terus:
Pengadil mengisyaratkan sepakan percuma tidak terus dengan mengangkat sebelah tangan lurus
ke atas. Dia mengekalkan tangannya sehingga sepakan itu telah dibuat dan bola telah dimainkan
oleh pemain lain.
BAB 14 : UNDANG-UNDANG 14 (KESALAHAN-KESALAHAN TERKUMPUL)
14.1) Kesalahan-kesalahan terkumpul
Kesalahan terkumpul ialah kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma terus yang disebut
di dalam undang-undang 12.
Lima kesalahan terkumpul pertama dilakukan setiap pasukan pada tiap-tiap separuh masa adalah
dicatatkan di dalam catatan perlawanan.
Pengadil-pengadil boleh meneruskan permainan dengan melaksanakan peraturan
Advantej jika pasukan itu belum lagi melakukan lima kesalahan terkumpul dan pasukan lawan
tidak digagalkan dengan peluang jelas untukmenjaringkan gol.
Jika masa tambahan dimainkan, kesalahan-kesalahan terkumpul daripada tempoh kedua masih
dikira. Sebarang kesalahan terkumpul semasa masa tambahan adalah dicampurkan kepada jumlah
keseluruhan pasukan daripada tempoh kedua.
14.2) Kedudukan Sepakan Percuma
Bagi lima kesalahan terkumpul yang pertama yang dicatatkan oleh mana-mana pasukan di dalam setiap
separuh masa:
Pemain pasukan lawan boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma itu.
Semua pemain lawan berada sekurang-kurangnya lima meter dari bola sehingga ia di dalam
permainan.
Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan ini.
Bermula dengan kesalahan terkumpul yang keenam yang dicatatkan oleh mana-mana pasukan di
dalam setiap separuh masa:
Pemain pasukan lawan tidak boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma
itu.
Pemain yang membuat sepakan hendaklah dikenal pasti.
Penjaga gol mesti berada di dalam kawasan penaltinya dan sekurang-kurangnya lima meter dari
bola.
Semua pemain lawan di dalam gelanggang hendaklah berada se belakang garisan bayangan yang
selari dengan garisan gol, dan di luar kawasan penalti. Mereka mestilah berada lima meter dari
bola dan tidak boleh menghalang pemain yang membuat sepakan itu. Tiada pemain dibenarkan
melepasi garisan bayangan itu sehingga bola berada di dalam permainan.
14.3) Prosedur (untuk kesalahan terkumpul keenam dan lebih)
Pemain yang membuat sepakan mesti menyepak bola dengan tujuan untuk membuat jaringan dan
tidak dibenarkan untuk membuat hantaran kepada pemain lain.
Sebaik saja sepakan dibuat, tiada pemain dibenarkan menyentuh bola sehingga ia disentuh oleh
penjaga gol, atau ia melantun dari tiang atau palang gol, atau telah keluar dari gelanggang.
Tiada sepakan percuma dibenarkan dibuat kurang enam meter dari garisan gol (lihat Undang-
undang 13). Jika sesuatu kesalahan yang biasa dihukumkan dengan suatu sepakan percuma tidak
terus berlaku di dalam kawasan penalti, sepakan percuma itu hendaklah dibuat dari garisan
kawasan penalti yang hampir dengan kesalahan itu.
Jika seorang pemain melakukan kesalahan keenam pasukannya di dalam kawasan pasukan lawan
atau di dalam kawasan sendiri di depan garisan bayangan yang selari dengan garisan pertengahan
padang dan melalui tanda penalti kedua 10 meter dari garisan gol, sepakan percuma itu hendaklah
dibuat daripada tanda penalti kedua. Tanda penalti kedua ini diterangkan di dalam Undang-
undang 1. Sepakan percuma ini hendaklah dibuat menepati peruntukan yang disebutkan di bawah
“Posisi untuk sepakan percuma”.
Jika seorang pemain melakukan kesalahan keenam pasukannya di dalam kawasannya di antara
garisan 10 meter dengan garisan gol, pasukan yang akan membuat sepakan itu boleh memilih
untuk membuat sepakan itu dari tanda penalti kedua atau dari tempat di mana kesalahan itu
berlaku.
Jika permainan berlanjutan ke masa tambahan, semua kesalahan yang terkumpul dari separuh
masa kedua akan dibawa ke masa tambahan itu.
BAB 15 : UNDANG-UNDANG 15 (SEPAKAN PENALTI)
15.1) Sepakan Penalti
Satu sepakan penalti diberi terhadap sesuatu pasukan yang melakukan mana-mana kesalahan di
dalam kawasan penaltinya yang dihukumkan dengan satu sepakan percuma terus, semasa bola di
dalam permainan.Gol boleh dijaringkan terus dari satu sepakan penalti.
Masa hendaklah dilanjutkan untuk suatu sepakan penalti dibuat pada penghujung masa setiap
separuh masa atau pada penghujung setiap separuh masa tambahan.
15.2) Kedudukan Bola dan Pemain
Bola:
Diletakkan di tanda penalti
Pemain yang membuat sepakan penalti:
Dikenal pasti
Penjaga gol bertahan:
Berada di atas garisan golnya, mengadap penyepak, di antara kedua-dua tiang gol, sehingga bola
disepak.
Pemain-pemain selain dari penyepak berada:
Di dalam gelanggang
Di luar kawasan penalti
Di belakang atau di tepi tanda penalti
Sekurang-kurangnya 5 meter dari tanda penalti
15.3) Prosedur
Penyepak sepakan penalti itu menyepak bola ke hadapan
Dia tidak dibenarkan memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain
Bola berada di dalam permainan sebaik ia disepak dan bergerak ke hadapan
Apabila sesuatu sepakan penalti dibuat semasa permainan biasa, atau masa dilanjutkan pada separuh
masa atau masa penh untuk membenarkan sepakan penalti itu dibuat atau dibuat semula, gol diberi
jika, sebelum melintasi tiang-tiang gol di bawah palang gol:
Bola menyentuh salah satu atau kedua-dua tiang gol, dan/atau palang gol dan/atau penjaga gol.
Kesalahan-kersalahan/hukuman-hukuman
BAB 16 : UNDANG-UNDANG 16 (SEPAKAN KE DALAM)
16.1) Sepakan ke dalam:
Sepakan ke dalam adalah salah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh
dijaringkan terus dari sepakan ke dalam. Sepakan ke dalam boleh diberikan dalam keadaan:
Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara, atau terkena
siling
Dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi
Kepada lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola.
16.2) Kedudukan Bola dan Pemain
Bola:
Mesti statik di atas garisan tepi.
Bola disepak ke dalam permainan ke mana-mana arah
Pemain yang membuat sepakan ke dalam:
Sebahagian dari satu kaki di atas garisan tepi atau di atas tanah di luar garisan tepi ketika
menyepak bola itu
Pemain bertahan:
Mestilah berada tidak kurang 5 meter dari tempat sepakan ke dalam dibuat.
16.3) Prosedur
Pemain yang membuat sepakan ke dalam mestilah melakukannya dalam masa 4 saat dari masa ia
menerima bola
Pemain yang membuat sepakan ke dalam tidak boleh memainkan bola kali kedua sehingga ia
telah disentuh oleh pemain lain
Bola berada di dalam permainan sebaik saja ia disepak atau disentuh
BAB 17 : UNDANG-UNDANG 17 (PENGHANTARAN GOL)
17.1) Penghantaran Gol
Penghantaran gol adalah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh dijaringkan terus
dari penghantaran gol. Penghantaran gol diberi apabila:
Keseluruhan bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain pasukan menyerang melintasi garisan
gol sama ada di udara atau di tanah dan gol tidak dijaringkan mengikut Undang-undang 11.
17.2) Prosedur
Bola dibaling dari mana-mana kawasan penaltinya oleh penjaga gol pasukan bertahan
Pemain lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola di dalam permainan
Penjaga gol tidak memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain
Bola di dalam permainan sebaik saja ia dibaling melepasi kawasan penalti tersebut.
17.3) Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman
Jika bola tidak melintasi terus dari kawasan penalti:
Penghantaran gol dibuat semula
Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola kali kedua, sebelum ia telah
disentuh oleh pemain lain:
Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan dari tempat kesalahan, ia berlaku di
dalam kawasan penalti, dalam hal demikian, sepakan percuma tidak terus ini dibuat dari garisan
kawasan penalti yang hampir dengan dengan kesalahan itu.
Jika penghantaran gol tidak dibuat dalam masa 4 saat dari masa penjaga
Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan dari garisan kawasan penalti yang
hampir dengan dengan kesalahan itu.
BAB 18 : UNDANG-UNDANG 18 (SEPAKAN PENJURU)
18.1) Sepakan penjuru
Sepakan penjuru ialah satu cara untuk memulakan semula permainan.
Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya terhadap pasukan lawan.
Sepakan penjuru diberi kerana keseluruhan bola melintasi garisan gol, akhir sekali disentuh oleh
pemain bertahan sama ada di tanah atau di udara, dan satu gol tidak dijaringkan menurut Undang-
undang 11.
18.2) Prosedur
Bola diletakkan tepat pada bahagian dalam lengkuk penjuru yang paling hampir
Pemain lawan hendaklah berada tidak kurang 5 meter dari bola sehingga bola didalam permainan
Bola disepak oleh pemain pasukan menyerang
Bola berada di permainan sebaik saja disepak atau disentuh
Pemain yang membuat sepakan itu tidak boleh memainkan bola kali kedua sehingga ia telah
disentuh oleh pemain lain
18.3) Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman
Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika:
Pemain yang membuat sepakan penjuru menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh
pemain lain. Sepakan percuma tidak terus itu adalah dibuat di tempat kesalahan.
Sepakan penjuru tidak dibuat dalam masa 4 saat dari masa pemain yang akan membuat sepakan
menerima bola. Sepakan percuma tidak terus itu adalah dibuat dari lengkuk penjuru.
Untuk kesalahan-kesalahan lain:
Sepakan penjuru dibuat semula
2.0) ISYARAT-ISYARAT PENGADIL SEMASA PERLAWANAN FUTSAL
Mula dan Mula Semula Permainan Advantage
Sepakan Percuma Terus Sepakan Percuma Tidak Terus
Kiraan Empat Saat Kesalahan Terkumpul Kelima
Beri Amaran/Perintah Keluar Masa Rehat
3.0) SOALAN LAZIM TENTANG FUTSAL
SOALAN OBJEKTIF
1) Apakah sebabnya sukan futsal dikatakan merupakan salah satu sukan yang istimewa
berbanding dengan sukan lain?
a) Boleh dimainkan pada bila-bila waktu dan cuaca.
b) Boleh dimainkan pada waktu hujan.
c) Boleh dimainkan oleh semua peringkat umur dan jumlah pemain seramai 10 orang.
d) Boleh menggunakan pakaian yang bebas untuk bermain
2) Perkataan „FUTSAL‟ berasal dari negara?
a) Brazil
b) Amerika Latin
c) Kanada
d) Sepanyol
3) Negara mana yang memenangi kejohanan futsal dunia FIFUSA pada tahun 1982 di Sao Paulo
a) Canada
b) Sepanyol
c) Brazil
d) Paraguay
4) Pada tahun bilakah undang-undang futsal di buat?
a) 1936
b) 1940
c) 1926
d) 1957
5) Apakah maksud FIFUSA?
a) The Federacao Internationale de Futebol de Salao / Federasi Futsal AS
b) Football International Federation of United Stated of America
c) The Federacao Internationale de Futebol de Brazil
d) Soccer of USA
6) Berapa ramai pemain yang bermain di dalam gelanggang ketika perlawanan berlangsung?
a) 10 orang
b) 5 orang
c) 22 orang
d) 11 orang
7) Berapakah berat bola futsal?
a) Berat tidak kurang dari 400 gram atau tidak lebih 440 gram pada permulaan permainan
b) Berat tidak kurang dari 440 gram atau tidak lebih 480 gram pada permulaan permainan
c) Berat tidak kurang dari 500 gram atau tidak lebih 540 gram pada permulaan permainan
d) Berat tidak kurang dari 410 gram atau tidak lebih 450 gram pada permulaan permainan
8) Berapakah saiz gelanggan futsal?
a) Panjang : Minimum 38 meter
Maksimum 42 meter
Lebar : Mimimum 18 meter
Maksimum 25 meter.
b) Panjang : Minimum 28 meter
Maksimum 42 meter
Lebar : Mimimum 18 meter
Maksimum 15 meter.
c) Panjang : Minimum 35 meter
Maksimum 52 meter
Lebar : Mimimum 11 meter
Maksimum 95 meter.
d) Panjang : Minimum 35 meter
Maksimum 40 meter
Lebar : Mimimum 18 meter
Maksimum 25 meter.
9) Berapakah bilangan maksimum pemain yang dibenarkan untuk pengantian?
a) 3 orang
b) 7 orang
c) 5 orang
d) 2 orang
10) Apakah reaksi pengadil berdasarkan gambar berikut?
a) Advantage
b) Kiraan empat saat
c) Sepakan percuma tidak terus
d) Sepakan percuma terus
laporan &
aktiviti
mingguan
Minggu pertama
Hari : Khamis
Tarikh : 12. September. 2013
Masa : 5.00pm-7.00pm
Tempat : Padang Serbaguna, UPSI.
Kaedah latihan : Taklimat oleh pensyarah
Aktiviti :
Menerangkan tentang Rancangan Instruksi dalam subjek futsal yang di ambil, seperti
keperluan kursus , tugasan yang akan di buat sepanjang semester ini.
Pembahagian kumpulan. Kumpulan telah dibahagikan kepada satu kumpulan yang mana terdiri
dari dua orang pelajar.
Pelantikan ketua kumpulan besar dan setiausaha serta bendahari.
Objektif : Untuk memberi pengetahuan dan pengenalan tentang kursus
kokurikulum ini.
Catatan / Komen : Semua pelajar memberi perhatian dengan apa yang disampaikan
oleh pensyarah. Kerjasama dari pelajar sangat bagus.
Pada minggu pertama, kami telah menerima taklimat ringkas oleh instruktor dan En. Omar Bin
Md Salleh berkaitan kursus secara rawak. Selepas itu, pemilihan organisasi bagi kumpulan A.
Bagi pengenalan, kami diberitahu secara ringkas dan padat mengenai sejarah Futsal
Antarabangsa dan sejarah Futsal di Malaysia. Setelah En. Omar selesai memberikan penerangan,
kami diarahakan membentuk kumpulan sendiri iaitu seramai dua orang dalam satu kumpulam
untuk melaksanakan tugasan berkumpulan. Setelah itu, sedikit taklimat diberi mengenai cara-
cara untuk melakukan tugasan seperti yang telah ditetapkan. Selain itu pensyarah juga telah
menerangkan bagaimana untuk menyiapkan serta menerangkan format buku log ini.
Seterusnya, kami diarahkan oleh pensyarah untuk melakukan pemanasan badan sebelum
diberikan arahan untuk bermain dalam kumpulan. Pada hari tersebut, saya berpeluang
mengetahui dengan jelas mengenai sejarah Futsal dunia malah di Malaysia. Seperti yang kita
tahu, di Malaysia Futsal semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tanpa mengira
lapisan umur. Ia mwnunjukkan satu perkembangan yang baik malah menyumbang kepada
kesihatan tuibuh badan dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang menggemarinya.
Tambahan lagi, pada minggu pertama kesemua pelajar dapat memperlajari serta
mengaplikasikan teknik memanaskan badan dan aktiviti regangan yang sesuai untuk permainan
Futsal.
MINGGU KEDUA
Hari : Khamis
Tarikh : 19. September. 2011
Masa : 5.00pm - 7.00pm
Tempat : Padang Serbaguna UPSI.
Kaedah latihan : Pensyarah telah memberi penerangan tentang teknik permainan futsal.
Aktiviti : Pemanasan badan serta regangan otot
Teknik asas menendang bola
Objektif : Supaya pelajar dapat mempelajari teknik-teknik untuk menendang bola
sebagai permulaan awal.
Pelajar juga dapat dan mengetahui untuk melakukan pemanasan badan
sebelum melakukan sesuatu aktiviti.
Catatan/komen : Semua pelajar dapat mengikuti apa yang diperlukan dan diajar oleh
instruktor dan pensyarah.
Pelajar memberi komitmen dan kerjasama yang tinggi sepanjang
pembelajaran ini berlangsung.
Pada minggu ini, kami diajar mengenai sentuh menerima bola, dalam aspek pembinaan
kecergasan dan kemahiran. Tujuan pembelajaran tersebut adalah untuk menghasilkan gerak kaki
yang betul sambil bergerak dan menyentuh bola menggunakan pelbagai bahagian kaki. Pada
minggu tersebut juga, kami telah diterangkan oleh pensyarah mnegenai gelanggang, senarai
alatan yang digunakan dalam permainan Futsal. Kami juga diterangkan mengenai ukuran,
garisan, dan pelbagai lagi kerana walaupun sukan Futsal.. Sepertimana yang kita sedia maklum
permainan Futsal ini lebih mencabar kerana pemain perlu bermain dalam ruangan yang kecil
yang mana amat memerlukan “skill” atau kemahiran yang pelbagi dalam mengawal bola.
Bagi peralatan pula, semasa bermain futsal pemain perlu memakai beberapa alat
untuk keselatan seperti “Shinguard” yang berfungsi melindungi tulang pada tahap
maksimum. Selain itu, kami diajar mengenai bola yang digunakan dalam permainan
Futsal. Bola untuk permainan ini adalah lebih berat dan lantunan yang kurang berbanding
bola yang digunakan untuk bermain Sepak Bola. Bola yang berat membolehkan pemain
mengawal bola dengan lebih baik walaupun dalam gelanggang yang kecil. Pembelajaran
pada minggu tersebut, membolehkan para pelajar untuk menyata dan membuat gambaran
mental tentang peralatan dan gelanggang Futsal.
MINGGU KETIGA
Tarikh : 26 September 2013
Masa : 5.00 petang
Pensyarah : En. Omar bin Md Salleh
Seperti biasa, sebelum memulakan latihan futsal, jurulatih mengarahkan pelajar futsal
memanaskan badan (warm up) dan meregangkan otot (stretching) untuk mengelakkan
berlakunya sebarang kecederaan sepanjang latihan dan sebagai persediaan untuk melakukan
gerakan badan seperti menendang, berlari dan sebagainya. Arahan yang diberikan oleh jurulatih
sangat jelas dan mampu difahami oleh semua pelajar futsal. Antara aktiviti memanaskan badan
adalah seperti juggling, front kick, jogging dan macam-macam lagi. Aktiviti-aktiviti ini selalu
dilakukan oleh mana-mana pemain futsal mahupun bola sepak dan kami didedahkan dengan
aktiviti ini untuk meningkatkan pengetahuan mengenai sukan futsal.
Setelah itu, jurulatih futsal mengarahkan pelajar futsal supaya berpasang-pasangan untuk
belajar cara menghantar dan menerima bola yang baik. Teknik menghantar dan menerima bola
dengan menggunakan dua cara iaitu menggunakan hujung kaki dan tepi kaki. Untuk menjadi
pemain futsal yang hebat, teknik ini perlu dikuasai dengan sebaik mungkin. Banyak perkara baru
yang boleh dipelajari di dalam sukan futsal ini dan ternyata ianya berbeza dengan bola sepak.
Latihan menghantar dan menerima bola diteruskan untuk memahirkan pelajar dan nampaknya
pelajar perempuan sedikit sebanyak sudah meningkatkan kemahiran di dalam sukan futsal ini.
Semua pelajar kelihatan bersemangat, berkeyakinan dan sudah berminat untuk terus mendalami
ilmu futsal ini. Ianya boleh dijadikan hobi di masa lapang untuk melahirkan pelajar yang sihat
dan cergas.
Satu demi satu teknik yang dipelajari oleh pelajar futsal mampu dikuasai dengan baik.
Kemudian, kami diminta untuk menghantar dan menerima bola sambil berlari di dalam
gelanggang untuk membiasakan kami di dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan yang bakal
diadakan kelak. Walaupun keadaan gelanggang yang agak licin kerana dibasahi hujan, latihan
futsal dapat dijalankan tanpa sebarang kecederaan. Pelajar lelaki juga sangat membantu apabila
turut sama mengajar pelajar perempuan cara-cara bermain dengan bola.
Selepas belajar teknik-teknik bermain futsal, pertandingan di antara kumpulan diadakan.
Semua pelajar gembira dan teruja untuk berentap di atas gelanggang lebih-lebih lagi apabila
berjaya menjaringkan gol. Walaupun penat, permainan ini sangat bermakna dan seronok kerana
ianya memerlukan kerjasama di antara kumpulan dan boleh mengeratkan silaturrahim. Kelas
akhirnya tamat jam 6.50 petang setelah rumusan dan perkara yang dipelajari pada latihan
tersebut dibincangkan bersama.
MINGGU KEEMPAT
Hari : Khamis
Tarikh : 3. Oktober. 2013
Masa : 5.00pm - 7.00pm
Tempat : Padang Serbaguna UPSI.
Kaedah latihan : Sambungan minggu lalu. Peraturan dan undang-undang dalam
permainan futsal.
Aktiviti : Pelajar didedahkan dengan kemahiran menggelecek bola.
Pensyarah melalui instruktor telah memberi tunjuk ajar tentang
untuk menggelecek bola.
Objektif : Supaya pelajar dapat menggelecek bola dengan tenang dan stabil.
Diberi pendedahan agar dapat menguasai teknik menggelecek bola
dengan lebih bagus.
Mengenalpasti bentuk-bentuk peraturan dan undang-undang dalam
sebarang bentuk permainan bola futsal ini.
Catatan/Komen : Semua pelajar memberi komitmen dan kerjasama.
Dalam kaedah pembelajaran adalah sambungan daripada
pembelajaran pada minggu lalu.
Pada minggu keempat, pembelajarn kami diteruskan lagoi dengan kemahiran teknikal dalam
permainan Futsal. Kami diajar kemahiran untuk menggelecek, menukar arah dan had laju. Saya
semakin berminat untuk bermain futsal kerana dapat menguasai teknik mengelecek dengan baik.
Teknik ini diajar kepada para pelajar agar semua pelajar dapat menghasilkan mengawal bola
dengan baik. Kami diingatkan agar perlu mennyesuaikan diri dengan bola terlebih dahulu.
Kemudian membiasakan diri untuk menggunakan pelbagai bahagian kai semasa mengawal bola.
Setelah itu, kami meneruskan sesi pembelajaran dengan penerangan mengenai undang-
undang 5, 6, 7 dan 8. Seperti sebelum ini, tujuannya adalah untuk membolehkan pelajar
mengaplikasikan setipa undang-undang yang dipelajari dalam permainan Futsal dan mengadakan
perlawanan dalam kumpulan.
MINGGU KELIMA
Tarikh : 10 Oktober 2013
Masa : 5.00pm – 7.00pm
Tempat : Gelanggang Squash
Kumpulan : A
Pensyarah : Encik Omar Bin Md Salleh
Instruktor : Encik Suhaimi
Pada minggu ini, sekali lagi kelas dibuat di gelanggang squash, gymnasium UPSI kerana
hari hujan. Oleh sebab itulah gelanggang futsal tidak dapat digunakan. Kelas pada minggu ini
dimulakan dengan warming up iaitu slow jog beberapa kali.
Seterusnya, Encik Suhaimi membahagikan pelajar kepada 8 kumpulan dan kami
dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing bagi menjalankan aktiviti pada hari
tersebut. Aktiviti pertama yang dilakukan ialah aktiviti dribbling dimana kami diarah membawa
bola melalui kon-kon kecil. Pada mulanya Encik Suhaimi menunjukkan bagaimana langkah
tersebut dilakukan dan kemudiannya memberi arahan kepada kami untuk melakukannya. Aktiviti
tersebut memerlukan kami untuk membawa bola dengan perlahan dan melalui kon-kon kecil
yang ada. Aktiviti tersebut dilakukan beberapa kali menggunakan kaki kanan dan seterusnya
menukarkan kepada kaki kiri. Pada pertengahan aktiviti, En. Suhaimi menghentikan aktiviti
sekejap dan mengarahkan pelajar melakukan strenching dan kembali melakukan aktiviti. Setiap
ahli kumpulan dikehendaki melakukannya dan bergilir-gilir melakukannya sehinggalah kami
diberi arahan untuk melihat teknik yang selanjutnya.
Selepas itu, Encik Suhaimi menunjukkan teknik turning yang lain di mana kami perlu
membahagikan ahli kumpulan kecil kami kepada dua bahagian iaitu A dan B. Ahli di bahagian A
perlu berada di hadapan ahli di bahagian B. A dikehendaki menghantar bola kepada B dan A
perlu tunggu di tengah sehinggalah B datang dan A perlu menggelecek bola. Pada pertengahan
aktiviti juga, En. Suhaimi menghentikan aktiviti sekejap dan mengarahkan pelajar melakukan
strenching dan kembali melakukan aktiviti.
Setelah selesai menjalani aktiviti, kami diberi peluang untuk bermain futsal dan berlawan
antara kumpulan. Setelah kesemua kumpulan selesai bermain, kelas kami berakhir dengan
aktiviti cooling down.
MINGGU KEENAM
Kelas tiada sempena Cuti Hari Raya Aidiladha
MINGGU KETUJUH
Tarikh : 24 Oktober 2013
Masa : 5.00pm – 7.00pm
Tempat : Gelanggang futsal
Kumpulan : A
Pensyarah : Encik Omar Bin Md Salleh
Instruktor : Encik Suhaimi
Encik Suhaimi meminta semua pelajar untuk berkumpul di gelanggang futsal baru
memandangkan gelanggang futsal yang lama digunakan oleh pelajar-pelajar luar untuk latihan
hoki pada petang tersebut. Disebabkan itu,kelas futsal pada petang itu bermula agak lewat kira-
kira pukul 5.45 petang.
Encik Omar bertanyakan perkembangan mengenai tugasan, seminar dan tournament yang
akan dijalankan pada minggu ke-12 dan 14. Streching dilakukan semasa latihan berjalan. Pada
petang tersebut Encik Suhaimi menerangkan dan mengajar mengenai pertahanan. Pertahanan
terbahagi kepada dua iaitu zonal marking dan men to men. Dalam aktiviti ini pelajar dibahagikan
berpasangan lelaki dan perempuan. Setelah aktivti selesai pelajar dikehendaki membuat cooling
down supaya pelajar tidak mengalami kekejangan kemudian pelajar boleh bersurai.
MINGGU KELAPAN
Tarikh : 31 Oktober 2013
Tempat : Gimnasium, UPSI.
Kumpulan : A
Pensyarah : Encik Omar Bin Md Salleh
Instruktor : Encik Suhaimi
Pada minggu ini, sekali lagi dibuat di dalam gymnasium disebabkan hari hujan. Seperti biasa,
kelas akan dimulakan dengan warming up dan stretching. Memandangkan pengetahuan kami mengenai
stretching kurang, Encik Suhaimi mengambil keputusan untuk mengajar mengenai jenis-jenis stretching
dan cara melakukannya dengan betul.
Bagi menjadikan pengajaran lancar, Encik Suhaimi membahagikan kami kepada empat kumpulan
besar di mana setiap kumpulan kecil digabungkan menjadi satu kumpulan. Setiap kumpulan diberikan
jenis-jenis stretching yang berbeza oleh Encik Suhaimi. Kami dikehendaki membentangkan dan
menunjukkan cara-cara stretching. Selepas tugasan diberi, Encik Suhaimi mengarahkan kami untuk
berada di dalam kumpulan masing-masing dan berbincang mengenai tajuk yang diperoleh. Bagi aktiviti
perbincangan dalam kumpulan, kami diberi masa selama 10 minit untuk melakukan perbincangan untuk
mencari gerakan-gerakan yang sesuai dengan tajuk yang diperoleh itu.
Setelah 10 minit berlalu, kami diminta untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan yang
kami peroleh. Cara pembentangan yang dilakukan adalah dengan cara kumpulan yang membentangkan
itu perlu menjadi mentor kepada pelajar-pelajar lain dengar cara menunjukkan cara-cara melakukan
stretching tersebut dan seterusnya pelajar lain akan mengikut. Kumpulan pertama yang membuat
pembentangan adalah kumpulan satu. Mereka membentangkan tajuk warm-up dan stretching. Jenis
stretching ini adalah seperti kebiasaan yang kita lakukan sebelum bermulanya permainan. Kumpulan ini
telah menunjukkan pergerakan yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan serta diselang-selikan
dengan „joging‟.
Kumpulan seterusnya iaitu kumpulan dua pula membentangkan atau menunjukkan jenis
stretching iaitu static stretching atau regangan tetap. Ia merujuk kepada regangan yang dilakukan untuk
meregangkan otot sehingga had pergerakannya dan kedudukan itu dikekalkan untuk tempoh masa yang
tertentu tanpa sebarang gerakan. Dalam jenis regangan ini, ia perlu dalam keadaan statik atau tetap di
mana pergerakan yang dilakukan adalah di satu-satu tempat itu sahaja. Ia tidak melibatkan aktiviti larian
seperti stretching dan warm up. Pergerakan-pergerakan otot dilakukan sesuai dengan keadaan anggota
badan yang dalam keadaan tetap.
Selepas itu, kumpulan seterusnya pula yang menyusul iaitu kumpulan tiga. Tajuk yang diperoleh
oleh mereka adalah Dynamic stretching. Seperti kumpulan-kumpulan lain juga, mereka melakukan
pergerakan Dynamic stretching. Mereka memulakan dengan melakukan di bahagian kepala, tangan,
pinggan dan akhir sekali bahagian kaki. Regangan dinamik ini menggunakan kelajuan pergerakan,
momentum, dan pergerakan otot yang aktif yang membawa kepada regangan. Ia amat baik dilakukan
sebelum pertandingan atau perlawanan kerana ia dapat mengurangkan ketegangan otot.
Akhir sekali, kumpulan empat melakukan pembentangan mengenai tajuk mereka iaitu ballistic
stretching. Masih lagi berada di dalam kedudukan tadi, namun, ia sedikit pantas kerana merangkumi
semua pergerakan dari atas hingga ke bawah. Pergerakan ini memerlukan kepantasan serta ketajaman
pergerakan agar dapat dibuat dengan baik. Pergerakannya adalah pelbagai di mana ahli-ahli perlu
mengerakkan anggota badan ke depan dan ke belakang untuk menghasilkan pergerakan secara pantulan.
Stretching ini membuatkan otot dapat diregang dengan lebih panjang.
.
MINGGU KESEMBILAN
Kelas tiada sempena Cuti Mid - Semester
MINGGU KESEPULUH
LAPORAN MINGGU FUTSAL KE-9
DISEDIAKAN OLEH : NUR ASHIKIN BINTI AZIZ
Tarikh : 21 November 2013
Masa : 5.00pm – 7.00pm
Tempat : Gelanggang futsal
Kumpulan : A
Pensyarah : Encik Omar Bin Md Salleh
Instruktor : Encik Suhaimi bin Abdul Razak
Sebelum memulakan latihan, intruktor mengarahkan kami untuk melakukan latihan memanaskan
badan (warm up) seperti slow jogging dan meregangkan otot (stretching) untuk mengelakkan
berlakunya kekejangan atau sebarang kecederaan sepanjang latihan. Setelah melakukan aktiviti
pemanasan badan kami diarahkan untuk membentuk 8 kumpulan sedia ada seperti minggu yang
terdahulu untuk melakukan aktiviti yang seterusnya. Kami dikehendaki membuat bulatan untuk
melakukan aktiviti “monkey”. Aktiviti “monkey” ini adalah aktiviti dimana salah seorang
pemain perlu berada dalam bulatan untuk menangkap atau mendapatkan bola daripada pihak
lawan. Dalam permainan ini memerlukan kemahiran mengawal dan menghantar bola kepada
rakan daripada dirampas oleh pihak lawan.
Setelah selesai menjalani aktiviti mengawal dan menghantar bola, kami diberi peluang untuk
bermain futsal dan berlawan antara kumpulan. Apa yang menariknya perlawanan kali ini adalah
terdapat 4 goal dalam satu permainan yang kami boleh bolosi. Perlawanan ini dimain dengan
bersungguh-sungguh oleh pemain.
.
Gambar perlawanan
Selepas perlawanan tamat, kami semua dikehendaki berkumpul untuk melakukan “cooling
down”. Aktiviti “cooling down” perlu dilakukan supaya pelajar tidak mengalami kekejangan
setelah bermain. Selepas selesai melakukan “cooling down” kami mendengar sedikit taklimat
daripada Encik Omar berkenaan pretasi kami dan pasal seminar serta tournament yang bakal
diadakan. Setelah selesai, kami semua dibenarkan balik.
laporan &
aktiviti
seminar
Rujukan Tuan :
Rujukan Kami :
Tarikh : 25 OKTOBER 2013
Setiausaha Agung
YH Dato' Hamidin Bin Hj Mohd Amin
PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA,
Tingkat 3, Wisma FAM,
Jalan SS 5A/9, Kelana Jaya,
47301 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
HP+60193513800/OFFICE+60378763766
Y. Bhg Dato‟,
PERMOHONAN UNTUK MENJALANKAN SEMINAR KEPEGAWAIAN DAN KEPENGADILAN
FUTSAL 2013 SERTA MENDAPATKAN TENAGA PENGAJAR (INSTRUKTOR) DARI PERSATUAN
BOLA SEPAK MALAYSIA.
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Ko-Futsal (CSG2051), Universiti Pendidikan Sultan Idris
ingin menganjurkan satu kursus iaitu Seminar Kepegawaian dan Kepengadilan Futsal 2013.
Kursus ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar untuk mendalami segala aspek yang berkaitan
dengan kepegawaian dan kepengadilan permainan futsal.
PUSAT KOKURIKULUM
Pusat Kokurikulum, 35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-4506092/6232/6270 Fax : 05-4597211
Emel: info@fss.upsi.edu.my
3. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak Y. Bhg. Dato‟ agar dapat mengizinkan pihak kami bagi
menjalani seminar seperti yang dinyatakan di atas bertempat di Kampus Sultan Abdul Jalil, Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Kami memohon jasa baik Y. Bhg. Dato‟ mengizinkan En. M.Saminathen untuk
mengendalikan seminar tersebut.
Maklumat lanjut seminar adalah seperti berikut:
Tarikh : 16 November 2013 (Sabtu)
Tempat : Dewan Kuliah DKA & Gelanggang Futsal UPSI
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Oleh yang demikian, bersama-sama ini dilampirkan salinan kertas kerja untuk makluman pihak Y. Bhg. Dato‟.
Sebarang kesulitan dan permasalahan sila hubungi Pengarah Projek iaitu Saudara Arsyad Arifin bin Ismail di talian
013-5858872. Diharapkan permohonan ini dapat dipertimbangkan dan seterusnya diluluskan.
Segala kerjasama dan perhatian pihak Dato' amatla dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
“KOMITED MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN”
Yang benar,
............................................................................
(IRFIYANA BINTI IRWANTO)
Setiausaha Ko-Futsal (CSG2051)
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
LAPORAN AKTIVITI
KURSUS KEPEGAWAIAN DAN
KEPENGADILAN FUTSAL.
TARIKH :
16 NOVEMBER 2013
TEMPAT :
DKP 6 DAN GELANGGANG FUTSAL KOLEJ ZA’ABA
ANJURAN:
KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT
FUTSAL (CSG2051)
DENGAN KERJASAMA:
PUSAT KOKURIKULUM
1.0 PENDAHULUAN
Program ini telah dilaksanakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dalam menguruskan
dan mengadili pertandingan futsal. Seterusnya dapat menarik minat para pelajar untuk melibatkan diri
dalam permainan ini. Program ini juga dapat melatih mahasiswa dalam proses pengendalian dan
pengelolaan aktiviti berkaitan sukan dan permainan seperti futsal agar dapat diaplikasikan dengan lebih
baik dan sempurna di sekolah kelak. Selain itu, program ini juga memberikan impak positif kepada bakal
guru untuk mengendalikan kejohanan futsal yang bakal diadakan nanti.
1.0 OBJEKTIF
a) Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepegawaian dan kepengadilan futsal.
b) Memberi kelebihan dalam pengurusan futsal kepada para pendidik.
c) Memperkenalkan kepada peserta tentang peraturan dan disiplin permainan.
e) Melahirkan pelajar yang berorganisasi dan berdisiplin.
f) Menyediakan pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran dan aktif dalam sukan.
2.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS
Penasihat
En. Omar Bin Md. Salleh
Pengarah Program
Arsyad Arifin Bin Ismail
Timbalan Pengarah
Sarinah Binti Markim
Setiausaha
Irfiyana Bte Irwanto
Bendahari
Siti Hanis Binti Mazlan
Ajk Protokol :
1. Hazirah Binti Ab Manaf
2. Ahmad Muaz Bin Ahmad Khair
3. Mohd Zulkifli Bin Ya'azid
4. Nicholas Balai Anak Edward Endie
5. Muhammad Amir Bin Azmi
6. Aini Syazana Binti Mohd Roos
7. Engku Norhana Binti Engku Daud
8. Nur Heida Shamira Binti Haidzir
9. Mona Binti Mat Zaid
Ajk Aktiviti
1. Mohd Marzuki Bin Alias
2. Nazirah Binti Basiron
3. Ahmad Ruzaini Bin Muhammad
4. Mohd Shahidan Bin Mat Yaacob
5. Sodikeen Laprapeh
6. Noorzawani Binti Ismail
7. Nurul Amirah Binti Mohd Komuri
8. Noor Ilyana Binti Idris
Ajk Pendokumentasian Dan Informasi (Pdi)
1. Hafizul Bin Abdullah Hashim
2. Saravanakumar A/L Mathyvanan
3. Mohammad Syauqi Bin Mohd Nasir
4. Muhammad Zamir Bin Zainal
5. Nurul Syakila Binti Mohamed Darussalam
6. Iqlima Binti Abdul Shatter
7. Siti Hanis Binti Mazlan
8. Lau Jing Jing
Ajk Makanan
1. Nor Mala Binti Mohd Noor
2. Siti Waridah Binti Ngadalan
3. Ahmad Zulhilmi Bin Abdul Rahim
4. Norshafika Binti Mahadi
5. Norzulaikha Binti Mohd Nasir
Ajk Persiapan Tempat
1. Aliff Bin Abdullah
2. Mohamad Nor Faiz Bin Azmi
3. Muhamad Shahiman Bin Ramli
4. Vasanthraj A/L Selvam
5. Mohd Zahier Bin Othman
6. Nur Ashikin Binti Aziz
7. Nur Ismah Izzati Binti Ismail
Ajk Teknikal Dan Logistik
1. Ariman Bin Ariffin
2. Mohamad Rashid Bin Mat Yusof
3. Muhammad Amir Hakimi Bin Rosli
4. Wan Anuar Bin Wan Husin
5. Nursyaza Hamiezah Binti Mohd Zin
6. Raudah Binti Mat Ali
7. Siti Rokiah Binti Zakaria
Ajk Sijil Dan Cenderahati
1. Nuraadila Binti Mat Amin
2. Nazatul Farhanis Binti Nordin
3. Tuan Nur Fatihah Binti Tuan Aziz
4. Mohamad Natasya Bin Mohd Jusoh
5. Wan Mohd Afiq Bin Wan Mohd Zawawi
3.1) Senarai nama AJK dan tugas :
BIL NAMA JAWATAN TUGAS
1 En. Omar Bin Md. Salleh Penasihat Penasihat program
2 Arsyad Arifin Bin Ismail Pengarah
Program
-Mengarahkan ahli jawatankuasa
menjalankan tugas masing-masing
-Memastikan aktiviti berjalan dengan
lancar.
-Memantau ahli dalam setiap aktiviti
-Membuat kertas kerja
3 Sarinah Binti Markim Timbalan
Pengarah
-Penolong Pengarah
-Membantu pengarah dalam segala hal
yang diperlukan pengarah
4 Irfiyana binti Irwanto Setiausaha -Menulis laporan aktiviti
-Membantu pengarah membuat kertas
kerja
5 Siti Hanis Binti Mazlan Bendahari -Memungut wang penyertaan
-Mengawal pembelajaan
- Membuat akaun pembelajaan
6 1.Ariman Bin Ariffin
2.Mohamad Rashid Bin Mat
Yusof
3.Muhammad Amir Hakimi
Bin Rosli
4.Wan Anuar Bin Wan Husin
5.Nursyaza Hamiezah Binti
Mohd Zin
6.Raudah Binti Mat Ali
7.Siti Rokiah Binti Zakaria
AJK Teknikal
dan logistik
-Menyediakan peralatan
-Memastikan peralatan selamat
digunakan
7 1.Nuraadila Binti Mat Amin
2.Nazatul Farhanis Binti
Nordin
3.Tuan Nur Fatihah Binti
Tuan Aziz
4.Mohamad Natasya Bin
Mohd Jusoh
5.Wan Mohd Afiq Bin Wan
Mohd Zawawi
AJK
Cenderahati &
Sijil
-Menyediakan Cenderahati kepada
penceramah jemputan dan pensyarah.
-Menyediakan sijil peserta.
8 1.Hazirah Binti Ab Manaf
2.Ahmad Muaz Bin Ahmad
Khair
3.Mohd Zulkifli Bin Ya'azid
4.Nicholas Balai Anak
Edward Endie
5.Muhammad Amir Bin Azmi
6.Aini Syazana Binti Mohd
AJK Protokol -Memastikan majlis mengikut
protokol,terutamanya semasa majlis
penutupan.
Roos
7.Engku Norhana Binti Engku
Daud
8.Nur Heida Shamira Binti
Haidzir
9.Mona Binti Mat Zaid
9 1.Hafizul Bin Abdullah
Hashim
2.Saravanakumar A/L
Mathyvanan
3.Mohammad Syauqi Bin
Mohd Nasir
4.Muhammad Zamir Bin
Zainal
5.Nurul Syakila Binti
Mohamed Darussalam
6.Iqlima Binti Abdul Shatter
7. Siti Hanis Binti Mazlan
8. Lau Jing Jing
AJK Publisiti -Memberi informasi mengenai program
kepada peserta
-Menempah baju T-Shirt untuk peserta
- Menangkap gambar sepanjang program
9 1.Aliff Bin Abdullah
2.Mohamad Nor Faiz Bin
Azmi
3.Muhamad Shahiman Bin
Ramli
4.Vasanthraj A/L Selvam
5.Mohd Zahier Bin Othman
AJK Persiapan
Tempat
-Memastikan tempat selamat untuk
peserta dan jurulatih.
- Membuat tempahan tempat untuk
program.
6. Nur Ashikin Binti Aziz
7.Nur Ismah Izzati Binti
Ismail
10 1. Nor Mala Binti Mohd Noor
2. Siti Waridah Binti
Ngadalan
3. Ahmad Zulhilmi Bin Abdul
Rahim
4.Norshafika Binti Mahadi
5.Norzulaikha Binti Mohd
Nasir
AJK Makanan -Memastikan peserta tidak terkena
keracunan makanan.
-Menempah dan menyediakan makanan
untuk pelajar dan tetamu jemputan.
-Memastikan kebersihan tempat makan
terjamin.
3.0 TENTATIF PROGRAM :
Nama Penceramah : En.Saminathen Marimuthu
Tajuk Ceramah : Seminar Undang-undang dan Kepengadilan Futsal.
Tempat : DKP 6 dan Gelanggang Futsal , Kolej Za‟aba.
MASA AKTIVITI
8.00-8.30a.m Pendaftaran Peserta
8.30-9.00a.m Ketibaan pegawai FAM / Ucapan Aluan/ Doa
9.00-1.00pm Taklimat teori Futsal / Sesi ceramah kepegawaian dan kepengadilan
1.00-2.00pm Rehat/ Solat Zohor / Makan
2.00-4.00pm Kemahiran dalam kepegawaian dan kepengadilan
5.00-6.00pm Penyampain sijil penyertaan kursus kepegawaian dan kepengadilan
/Penyampaian cenderahati dan sesi penggambaran
6.00pm Bersurai
MASA AKTIVITI
8.00-8.30a.m Pendaftaran Peserta
8.30-9.00a.m Ketibaan pegawai FAM / Ucapan Aluan/ Doa
9.00-1.00pm Taklimat teori Futsal / Sesi ceramah kepegawaian dan kepengadilan
1.00-2.00pm Rehat/ Solat Zohor / Makan
2.00-4.00pm Kemahiran dalam kepegawaian dan kepengadilan
5.00-6.00pm Penyampain sijil penyertaan kursus kepegawaian dan kepengadilan
/Penyampaian cenderahati dan sesi penggambaran
6.00pm Bersurai
5.0 PENYERTAAN
Program ini telah dihadiri oleh pelajar kursus kokurikulum berkredit futsal dari kumpulan A dan
B seramai 106 orang peserta. ( Rujuk Lampiran)
6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN :
Bil Perkara Keterangan Jumlah (RM)
1
2
3
4
Bayaran Yuran Penceramah
Makanan VIP
Makanan Peserta
Sijil Kursus
RM 500.00 X 1
RM 60.00 X 1
RM 5.00 X 106
RM 1.30 X 107
RM 500.00
RM 60.00
RM 530.00
RM 139.10
JUMLAH KESELURUHAN RM 1229.10
6.1 PENDAPATAN :
Bil Perkara Keterangan Jumlah (RM)
1 Yuran Penyertaan RM 10.00 X 106 RM 1060.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1060.00
7.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya seminar undang-undang dan kepengadilan futsal ini berjalan dengan
lancar dan menarik minat ramai peserta serta tenaga pengajar yang hadir. Terdapat pelbagai imput
yang telah diberikan oleh penceramah tentang sukan futsal terutamanya mengenai undang-undang
dan kepengadilan futsal yang betul yang ditunjukkan melalui tayangan video dan juga semasa
praktikal di Gelanggang Futsal. En.Saminathan selaku penceramah juga telah memberi galakan
kepada peserta yng berminat untuk menjadi pengadil supaya mengambil kursus kepengadilan yang
dianjurkan oleh pihak FAM. Namun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dari segi
persiapan tempat dan ketetapan masa pelajar datang ke tempat ceramah. Semoga seminar yang
telah dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir dan berguna pada masa akan
datang.
Disediakan oleh : Setiausaha,
Program Kepegawaian dan Kepengadilan Futsal,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
..............................................
(IRFIYANA BINTI IRWANTO)
0193603218
Disemak oleh : Pengarah Program,
Seminar Undang-undang Futsal,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
........................................
(ARSYAD ARFIN BIN ISMAIL)
Tarikh :
Disahkan oleh : Pensyarah,
Kokurikulum Berkredit Futsal,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
........................................
(EN. OMAR BIN MD. SALLEH)
Tarikh :
En.Saminathan : Penceramah undang-undang dan kepengadilan futsal.
Majlis penutup seminar yang dihadiri oleh
pensyarah, instruktor dan peserta di
gelanggang Futsal KZ.

More Related Content

What's hot

Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAM
mond niel
 
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepakKertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
Azrie AYie
 
8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-baling
Sia Layteng
 
Futsal tugasan-pengadil-powerpoint
Futsal tugasan-pengadil-powerpointFutsal tugasan-pengadil-powerpoint
Futsal tugasan-pengadil-powerpoint
Wan Azmi
 
Undang-Undang Permainan Bola Jaring
Undang-Undang Permainan Bola JaringUndang-Undang Permainan Bola Jaring
Undang-Undang Permainan Bola Jaring
itaadam
 
bola-tampar
bola-tamparbola-tampar
bola-tampar
So Hanna
 
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
Pei Yiing
 

What's hot (20)

Kepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar
Kepegawaian Dalam Sukan Bola TamparKepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar
Kepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar
 
Buku panduan Futsal
Buku panduan FutsalBuku panduan Futsal
Buku panduan Futsal
 
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAM
 
Topik 1 Bola Sepak
Topik 1 Bola SepakTopik 1 Bola Sepak
Topik 1 Bola Sepak
 
Bidang kepegawaian
Bidang kepegawaianBidang kepegawaian
Bidang kepegawaian
 
Nota Futsal part 1
Nota Futsal part 1Nota Futsal part 1
Nota Futsal part 1
 
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepakKertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
Kertas kerja penganjuran kejohanan bola sepak
 
8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-baling
 
Nota Futsal Part 3
Nota Futsal Part 3Nota Futsal Part 3
Nota Futsal Part 3
 
Periodisasi Latihan
Periodisasi LatihanPeriodisasi Latihan
Periodisasi Latihan
 
Futsal tugasan-pengadil-powerpoint
Futsal tugasan-pengadil-powerpointFutsal tugasan-pengadil-powerpoint
Futsal tugasan-pengadil-powerpoint
 
Undang-Undang Permainan Bola Jaring
Undang-Undang Permainan Bola JaringUndang-Undang Permainan Bola Jaring
Undang-Undang Permainan Bola Jaring
 
sistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligasistem pertandingan liga
sistem pertandingan liga
 
Sejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di duniaSejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di dunia
 
bola-tampar
bola-tamparbola-tampar
bola-tampar
 
Pjk
PjkPjk
Pjk
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
 
Sejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di duniaSejarah bola tampar di dunia
Sejarah bola tampar di dunia
 
MPU 3031 : kertas kerja pertandingan bola tampar
MPU 3031 : kertas kerja pertandingan bola tamparMPU 3031 : kertas kerja pertandingan bola tampar
MPU 3031 : kertas kerja pertandingan bola tampar
 
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
4.4 rehabilitasi melalui aktiviti sukan
 

Similar to Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

Permainan bola-baling
Permainan bola-balingPermainan bola-baling
Permainan bola-baling
fariesya20
 
Sepakbola,4shat
Sepakbola,4shatSepakbola,4shat
Sepakbola,4shat
VJ Asenk
 
Futsal
FutsalFutsal
Futsal
chw22
 
8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-baling
czm1976
 
Permainan dalam olahraga
Permainan dalam olahragaPermainan dalam olahraga
Permainan dalam olahraga
Imelda SaRi
 
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
Dewa Dewa
 

Similar to Sejarah & Undang - undang dalam Futsal (20)

Makalah futsall
Makalah futsallMakalah futsall
Makalah futsall
 
Pengenalan.gegejdocx
Pengenalan.gegejdocxPengenalan.gegejdocx
Pengenalan.gegejdocx
 
Bolasepak teori
Bolasepak teoriBolasepak teori
Bolasepak teori
 
Permainan bola-baling
Permainan bola-balingPermainan bola-baling
Permainan bola-baling
 
Sepak bola
Sepak bolaSepak bola
Sepak bola
 
Sepakbola,4shat
Sepakbola,4shatSepakbola,4shat
Sepakbola,4shat
 
Sepak bola
Sepak bolaSepak bola
Sepak bola
 
Futsal
FutsalFutsal
Futsal
 
Lapangan bola
Lapangan bolaLapangan bola
Lapangan bola
 
Makalah Tentang Sejarah Sepak Bola
Makalah Tentang Sejarah Sepak BolaMakalah Tentang Sejarah Sepak Bola
Makalah Tentang Sejarah Sepak Bola
 
SEPAK_BOLA.pptx
SEPAK_BOLA.pptxSEPAK_BOLA.pptx
SEPAK_BOLA.pptx
 
Makalah sejarah sepak bola 2
Makalah sejarah sepak bola 2Makalah sejarah sepak bola 2
Makalah sejarah sepak bola 2
 
Makalah sejarah sepak bola 2
Makalah sejarah sepak bola 2Makalah sejarah sepak bola 2
Makalah sejarah sepak bola 2
 
8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-baling
 
Permainan dalam olahraga
Permainan dalam olahragaPermainan dalam olahraga
Permainan dalam olahraga
 
Permainan Bola Besar
Permainan Bola BesarPermainan Bola Besar
Permainan Bola Besar
 
Tugas mata pelajaran penjaskes
Tugas mata pelajaran penjaskesTugas mata pelajaran penjaskes
Tugas mata pelajaran penjaskes
 
Makalah sejarah bola
Makalah sejarah bolaMakalah sejarah bola
Makalah sejarah bola
 
Makalah sejarah bola
Makalah sejarah bolaMakalah sejarah bola
Makalah sejarah bola
 
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
Makalah penjas tentang ukuran dan sejarah sepak bola, basket, takraw, badmint...
 

Sejarah & Undang - undang dalam Futsal

  • 1. 1.0 Pengenalan & Sejarah Futsal Kata Futsal berasal dari bahasa Sepanyol iaitu 'futbol' (sepak bola) dan 'sala' (ruangan) dan menjadi kata nama 'futsal'. Menurut Football International Federation Association (FIFA), sejarah futsal bermula pada tahun 1930. Sukan ini pertama kali dimainkan pada tahun 1930 oleh Juan Carlos Ceriani. Beliau merupakan seorang pelatih bola sepak yang berasal daripada Argentina. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil yang terkenal dengan sukan bola sepaknya. Ketrampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brasil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang bola sepak terkenal Brazil yang kini menjadi lagenda sepanjang zaman sukan itu, contohnya, mengembangkan bakatnya daripada sukan futsal. Brazil merupakan salah satu jaguh antarabangsa bagi sukan ini. Sehingga kini, pertubuhan futsal yang dinamakan Fédération Internationale de Football Association terdiri adalah terdiri daripada pelbagai negara dari seluruh dunia, iaitu dari Benua Eropah, Amerika, Amerika Tengah, Amerika Utara, Afrika, Asia dan juga dari kawasan Oceania. Namun begitu, sejarah futsal versi FIFA ini tidak boleh diterima begitu saja, ada beberapa negara yang mengakui bahawa futsal berasal dari negara mereka masing-masing iaitu Kanada dan Brazil. Futsal berkembang pesat di Brazil, pada tahun 1936 mereka telah menetapkan perkara - perkara penting di dalam futsal iaitu undang - undang dan peraturan bagi sukan ini. Namun begitu, peraturan - peraturan tersebut tidak banyak bezanya dengan peraturannya pada masa kini. Apabila peraturan tersebut diperkenalkan, futsal semakin digemari dan berkembang ke seluruh dunia. Di Itali, futsal telah mula diperkenalkan pada tahun 1950an. Futsal di Itali diperkenalkan oleh pemain-pemain sepak bola import dari Amerika latin yang bermain di Seri A (Liga Itali). Pada masa lapang, pemain-pemain itu bermain futsal. Futsal semakin dikenali dan digemari di Itali. Keadaan ini berbeza apabila dibandingkan dengan perkembangan futsal di England. Di England, pemain-pemain bola sepak sering melakukan latihan dengan pertanding enam lawan enam di lapangan rumput. Futsal juga terkenal di England. Keadaan ini terbukti apabila wujudnya pertandingan atau tournamet untuk sukan ini. Tournament futsal ketika itu ditaja dan diuruskan oleh London Express iaitu salah satu akhbar tabloid harian di England. Keadaan ini berbeza dengan negara Sepanyol di mana perkembangan futsal adalah lebih cepat
  • 2. berbanding dengan negara - negara lain. Keadaan ini terjadi kerana bola sepak di Sepanyol adalah sama jika dibandingkan dengan bola sepak di Amerika Latin terutamanya Brazil. Juara pertama bagi pertandingan futsal adalah negara Paraguay, iaitu pada tahun 1965. Pada tahun 1979 pula, Brazil berjaya merangkul kejuaraan ini. Pada tahun 1980 dan 1984 pula, Brazil sekali lagi telah menjadi juara bagi kejohan Pan Amerika untuk pertama kalinya dalam sejarah. Pada tahun 1974 terdapat pertemuan antara perwakilan futsal dari pelbagai negara. Pertemuan di Sao Paulo itu akhirnya telah membentuk FIFUSA (The Federacao Internationale de Futebol de Salao / Federasi Futsal AS) sebagai organisasi rasmi yang menaungi futsal. FIFUSA saat itu melantik Joao Havelange sebagai ketua umum. Setelah wujudnya FIFUSA ini, sukan futsal semakin popular dan digemari oleh ramai pihak dari seluruh dunia. Kejuaraan dunia futsal pertama dianjurkan oleh FIFUSA pada 1982 di Sao Paulo Brazil. Di dalam pertandingan ini, Brazil telah menjadi juara keseluruhan. Tiga tahun berikutnya, pertandingan yang sama pula telah dijuarai oleh Sepamyol. Pada tahun berikutnya, Ini adalah kali pertama dalam masa tiga tahun ini dijuarai oleh wakil dari pihak Eropah dan pada tahun - tahun berikutnya Brazil telah berjaya menjadi juara. Namun begitu pada tahun 1988, Paraguay telah berjaya mengalahkan Brazil di dalam pertandingan ini. Setelah beberapa tahun mendatang, futsal semakin bersistem dan FIFA pun tertarik dengan kunikan sukan ini. Keadaan ini adalah kerana futsal turut memajukan industri bola sepak antarabangsa dengan kehadiran pemain - pemain profesional yang berasal dari sukan ini. Pada tahun 1989, FIFA memutuskan untuk mengambil alih pentadbiran dalam organisasi futsal. Piala dunia futsal edisi FIFA yang pertama digelar di Belanda pada 1989 dan yang kedua digelar di Hong Kong di tahun 1992, dengan Brazil sebagai juara di kedua edisi ini. Futsal di Malaysia Penubuhan unit futsal bermula di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun 2000 yang diketuai oleh Encik Jey Singh Mutthiah dengan jurulatih pertama skuad futsal Malaysia ialah Encik Bhawandi Hiralal. Permainan ini mula diminati terutamanya di Lembah Klang pada tahun 2001 apabila Sports Planet mula beroperasi di Sunway dan Shah Alam. Kemudian, permainan ini terus berkembang dengan pesat di negeri-negeri lain sehingga kini selari dengan perkembangan „Street Soccer‟.
  • 3. Dengan adanya pusat-pusat permainan futsal ini di beberapa lokasi strategik menjadikan sukan ini semakin popular terutama dikalangan remaja dan belia. Justeru, ramai penganjur kejohanan mengambil kesempatan mengadakan pertandingan baik secara tertutup mahupun bersifat terbuka. Perkembangan ini semakin meluas dengan penubuhan unit atau jawatankuasa Futsal Persatuan Bola Sepak Negeri. Pihak Kementerian Belia dan Sukan turut membantu perkembangan ini dengan membina gelanggang futsal di setiap parlimen seluruh Malaysia mulai tahun 2010.
  • 5. BAB 1 : UNDANG-UNDANG 1 (GELANGGANG PERMAINAN) 1.1) Dimensi Panjang : Minimum 25 meter Maksimum 42 meter Lebar : Minimum 15 meter Maksimum 25 meter 1.2) Perlawanan Antarabangsa Panjang : Minimum 38 meter Maksimum 42 meter Lebar : Mimimum 18 meter Maksimum 25 meter. 1.3) Tanda-tanda pada gelanggang: Gelanggang adalah ditandakan dengan garisan. Sebagai sempadan garisan-garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang meliputi: a) Dua garisan sempadan yang lebih panjang ialah garisan tepi b) Dua garisan sempadan pendek adalah garisan gol Lebar semua garisan adalah 8 cm. Gelanggang dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah. Pusat gelanggang hendaklah ditandakan di pertengahan garisan tengah. Pusat gelanggang hendaklah ditandakan di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 3m ditanda mengelilinginya. 1.4) Kawasan penalti. Kawasan penalti ditentukan di tiap-tiap hujung gelanggang seperti berikut:
  • 6. Kawasan penalti merupakan kawasan yang mempunyai garisan suku lengkuk yang berjejari 6 meter bahagian atas kedua-dua garisan ini adalah disambungkan dengan satu garisan 3.16 meter yang selari dengan garisan gol di antara tiang-tiang. Garisan lengkuk yang menandakan luas sempadan kawasan penalti adalah dinamakan garisan kawasan penalti: Tanda penalti pertama – adalah dibuat 6 meter dari titik pertengahan tiang gol Tanda penalti kedua - 10 meter dari titik pertengahan tiang gol 1.5) Lengkuk Penjuru Suku bulatan berjejari 25 sm dari setiap penjuru adalah dibuat di dalam gelanggang. 1.6) Zon Penggantian Zon Penggantian di gelanggang adalah ditentukan di bahagian yang sama dengan bangku pasukan dan tepat di depannya. Di sinilah tempatnya pemain-pemain masuk dan keluar gelanggang untuk penggantian.
  • 7. Zon pengantian ditentukan di hadapan bangku pasukan dan 5 m panjangnya. Ia ditanda pada setiap bahagian tepi dengan gariasn tepi. Ruangan kosong ini yang tepat di depan meja penjaga masa hendaklah dibiarkan kosong. 1.7) Tiang dan palang gol Tiang-tiang gol hendaklah diletakkan di pertengahan setiap garisan gol. Ada dua tiang tegak yang sama jaraknya dari setiap penjuru dan dicantumkan bahagian atasnya dengan palang melintang. Jarak (ukuran dalaman) di antara tiang-tiang itu adalah 3 m dan jarak bahagian palang gol ke tanah ialah 2 m, Tiang-tiang dan palang gol hendaklah mempunyai lebar hendaklah mempunyai lebar dan dan tebal yang sama iaitu 5 m. Jaringan diperbuat daripada hemp, jut atau nylon. Jaringan dipasang pada tiang pada tiang dan gol di belakang tiang gol. Bahagian bawah juga disokong dengan palang melintang atu penyokong lain yang bersesuaian. Keluasan bahagian dalam gol ditentukan jaraknya dari bahagian dalam tiang gol menganjur keluar gelanggang adalah sekurang-kurangnya 80 cm dibahagian atas dan 100 cm pada paras tanah.
  • 8. BAB 2 : UNDANG-UNDANG 2 (BOLA) 2.1) Ciri-ciri dan ukuran bola: Berbentuk sfera Diperbuat daripada kulit atau bahan-bahan yang sesuai Ukuran lilit tidakm kurang 62 cm dan tidak lebih 64cm Berat tidak kurang dari 400 gram atau tidak lebih 440 gram pada permulaan permainan Tekanan angina 0.4-0.6 atmosfera ( 400-600g/sm padu) Contoh Bola Futsal Logo rasmi FIFA untuk kejohanan antarabangsa 2.2) Penggantian bola yang rosak: Jika bola pecah semasa perlawanan: Permainan akan diberhentikan Permainan dimulakan dengan jatuhan bola menggunakan bola yang telah disahkan oleh pengadil. Sekiranya bola yang digunakan pecah atau rosak ketika bola di dalam permianan (ketika sepak mula, sepakan gol, sepakan penjuru, sepakan percuma, sepakan penalti, atau sepakan ke dalam) permainan dimulakan semula mengikut undang-undang permainan Bola tidak dibenarkan ditukar semasa permainan tanpa kebenaran pengadil.
  • 9. BAB 3 : UNDANG-UNDANG 3 (BILANGAN PEMAIN) 3.1) Pemain-pemain Suatu perlawanan dimainkan oleh dua pasukan. Setiap pasukan mengandungi tidak lebih lima pemain dan salah seorang menjadi penjaga gol. 3.2) Prosedur Penggantian Bilangan maksimum pengganti yang dibenarkan adalah tujuh. Bilangan penggantian yang dilakukan di dalam sesuatu perlawanan tidak terhad. Pemain boleh digantikan dan boleh kembali ke gelanggang sebagai pamain lain. Syarat-syarat pengantian Pemain yang keluar gelanggang mesti berbuat demikian di zon penggantian pasukannya. Pemain yang masuk ke gelanggang mesti berbuat demikian di zon penggatian pasukannya setelah pemain yang digantikan telah keluar sepenuhnya. Pengantian adalah terakluk kepada kuasa budi bicara pengadil sama ada dipanggil untuk bermain atau tidak. Pengantian pemain adalah sempurna apabila penganti masuk ke gelanggang, mulai saat itu dia menjadi pemain aktif dan pemain yang diganti itu tamat sebagi pemain aktif. Penjaga gol juga boleh bertukar-tukar tempat dengan mana-mana pemain. BAB 4 : UNDANG-UNDANG 4 (ALATAN PEMAIN) Keselamatan Seseorang pemain tidak dibenar menggunakan atau memakai sebarang peralatan yang berbahaya kepada pemain-pemain lain. 4.1) Peralatan Asas Peralatan asas yang diwajibkan ialah:
  • 10. jersi atau baju, seluar pendek – jika seluar dalam „thermal‟ digunakan, warnanya hendaklah sama dengan warna utama seluar pendek. stokin shinguard alas kaki - hanya alas kaki yang diperbuat daripada „canvas‟ atau kasut latihan dari kulit yang lembut atau kasut jimnastik yang bertapak getah atau bahan-bahan yang sama dibenarkan. Pemakaian alas kaki adalah diwajibkan. 4.2) Jersi atau baju Nombor mestilah tertera pada bahagian belakang semua baju dan mengandungi nombor-nombor di antara 1 hingga 15. Warna nombor hendaklah berbeza dengan jelasnya dari warna jersi. Untuk perlawanan antarabangsa, nombor mestilah tertera juga di bahagian hadapan, walaupun lebih kecil saiznya. 4.3) Shinguard Shinguard hendaklah dilitupi keseluruhannya oleh stokin Diperbuat daripada bahan yang sesuai (getah, plastik atau bahan yang serupa) Perlu memberikan perlindungan pada tahap yang munasabah 4.4) Penjaga Gol Setiap penjaga gol hendaklah memakai warna yang membezakan dengan mudahnya dengan pemain-pemain lain dan juga Pengadil. Jika seorang pemain menukar tempat dengan penjaga gol, jersi penjaga gol yang digunakan oleh pemain lain mestilah ditandakan di bahagian belakangnya oleh nombor pemain tersebut.
  • 11. 4.5) Tujuan Hukuman dan Kesalahan Seseorang pemain tidak dibenarkan memakai sebarang alatan merbahaya kepada dirinya atau pemain-pemain lain, termasuk sebarang barangan kemas. Hal ini bertujuan untuk menjaga keselamatan semasa dalam perlawanan. Sekiranya perlanggaran undang-undang ini terjadi, pemain bersalah akan dikeluarkan dari permainan oleh pengadil untuk membetulkan atau melengkapkan alatannya. Pemain tidak dibenarkan masuk semula tanpa melaporkan diri terlebih dahulu kepada salah seorang yang akan menentukan alatan pemain itu sempurna. Jika pengadil memberhentikan permainan untuk memberi amaran kepada pemain yang bersalah, permainan akan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus dibuat oleh pemain lawan di tmpat bola berada semasa pengadil-pangadil itu memberhentikan permainan. BAB 5 : UNDANG-UNDANG 5 (PENGADIL) 1.1) Kuasa Pengadil Setiap perlawanan dikawal oleh seorang Pengadil yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan Undang-undang Permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan itu, dari mula dia masuk ke persekitaran di mana gelanggang itu ditetapkan sehingga dia keluar. 5.2) Tugas-tugas pengadil: Menguatkuasakan Undang-undang Permainan Meneruskan permainan apabila pasukan yang dikasari beruntung dari advantej ini dan menghukumkan kesalahan yang asal jika advantej yang dijangkakan itu tidak berhasil. Membuat catatan tentang perlawanan dan menyediakan kepada pihak berkuasa laporan perlawanan yang mengandungi semua keterangan tentang sebarang tindakan disiplin terhadap pemain-pemain, dan/atau pegawai pasukan dan sebarang kejadian yang berlaku sebelum, semasa dan selepas permainan itu. Bertindak sebagai penjaga masa sekiranya pegawai berkenaan tidak hadir; Memberhentikan, menangguh atau menamatkan permainan bagi sebarang kesalahan Undang- undang atau disebabkan oleh sebarang gangguan yang tidak sepatutnya Mengambil tindakan disiplin terhadap pemain yang bersalah untuk kesalahan-kesalahan diberi amaran atau diperintah keluar. Memastikan bahawa hanya orang lain tidak dibenarkan masuk ke padang
  • 12. Berhentikan permainan jika, pada pendapatnya, seseorang pemain cedera parah dan pastikan pemain itu dikeluarkan dari gelanggang secepat mungkin Teruskan permainan sehingga bola di luar permainan jika seorang pemain, pada pendapatnya tercedera ringan. Menentukan bahawa bola yang disediakan memenuhi kehendak Undang-undang II. BAB 6 : UNDANG-UNDANG 6 (PENGADIL KEDUA) 6.1) Tugas-tugas Seorang Pengadil Kedua hendaklah dilantik untuk bertugas di sebelah gelanggang yang bertentangan dengan Pengadil. Dia dibenarkan untuk menggunakan wisel. Pengadil Kedua membantu pengadil untuk mengawal perlawanan mengikut Undang-undang Permainan. Pengadil Kedua juga: Mempunyai kuasa budibicara untuk memberhentikan permainan jika berlaku perlanggaran undang-undang Memastikan penggantian dilakukan dengan betul Jika berlaku gangguan yang tidak wajar atau kelakuan tidak sepatutnya, pengadil akan menamatkan tugas Pengadil Kedua dan mendapatkan penggantinya dan melaporkan kepada pihak yang berkuasa. BAB 7 : UNDANG-UNDANG 7 (PENJAGA MASA DAN PENGADIL KETIGA) 7.1) Tugas-tugas Seorang Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga hendaklah dilantik. Mereka ditempatkan di luar gelanggang permainan pada pertengahan garisan tepi di sebelahan yang sama dengan zon penggantian. Penjaga Masa dan Pengadil Ketiga itu dilengkapkan dengan jam (randik) yang sesuai dan peralatan yang perlu untuk menunjukkan kesalahan-kesalahan terkumpul, yang dibekalkan oleh persatuan atau kelab di mana gelanggang itu dimainkan. 7.2) Penjaga Masa:
  • 13. Memastikan jangkamasa perlawanan mengikut peruntukan yang ditetapkan di dalam Undang-undang 8 dengan memulakan jamnya selepas sepak mula: Mulakan jam (chrometer) itu setelah sepak mula Memberhentikan jam itu apabila di luar permainan Memulakan semula selepas sepakan ke dalam, penghantaran gol, atau tanda penalti kedua, perhentian masa atau jatuhan bola. Mengawalkan perhentian masa satu minit. Mengawal tempoh 2 minit masa hukuman apabila seseorang pemain diperintah keluar Memberi isyarat tempoh masa separuh masa pertama, tamat tempoh perlawanan, tamat tempoh masa tambahan dan tamat tempoh perhentian masa dengan satu tiupan wisel atau isyarat bunyi lain yang berbeza dari wisel pengadil-pengadil. Merekodkan semua baki perhentian masa bagi tiap-tiap pasukan, memaklumkan pengadil- pengadil dan pasukan sewajarnya dan memberi isyarat kebenaran perhentian masa apabila diminta oleh salah satu pasukan (undang-undang 8) Merekod lima kesalahan terkumpul pertama dilakukan pasukan yang dihukum oleh pengadil, pada tiap-tiap separuh masa perlawanan dan beri isyarat apabila kesalahan terkumpul kelima dilakukan oleh mana-mana pasukan. 7.3) Pengadil Ketiga Pengadil Ketiga membantu Penjaga Masa Dalam: Mencatatkan lima kesalahan pertama yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan pada setiap separuh masa yang dicatatkan oleh Pengadil dan memberikan isyarat apabila kesalahan kelimat dilakukan oleh mana-mana pasukan Menyimpan rekod semua pemberhentian dan sebab-sebabnya di dalam sesuatu permainan, Catatan nombor pemain-pemain yang menjaringkan gol Mengingatkan nama pemain-pemain yang diberi amaran atau diperintah keluar Memberikan maklumat-maklumat lain yang ada kaitan dengan permainan itu. Jika berlaku gangguan yang tidak sewajarnya oleh Penjaga Masa atau Pengadil Ketiga, Pengadil akan menamatkan tugasnya dan mendapatkan penggantinya serta melaporkan kejadian itu kepada pihak
  • 14. berkuasa yang bertanggungjawab. Jika berlaku kecederaan, Pengadil Ketiga boleh menggantikan sama ada Pengadil atau Pengadil Kedua. BAB 8 : UNDANG-UNDANG 8 (JANGKAMASA PERMAINAN) 8.1) Tempoh Masa Permainan Perlawanan hendaklah dibahagikan kepada dua tempuh masa yang sama, iaitu 20 minit setiap satu. Catatan masa dilakukan oleh Penjaga Masa yang tugasnya adalah dihuraikan di dalam Undang- undang 7. Tempuh masa setiap separuh masa akan dilanjutkan untk membolehkan satu sepakan penalti dibuat. 8.2) Hentian Masa Setiap pasukan berhak meminta perhentian masa satu minit pada setiap separuh masa. Syarat-syarat berikut dilaksanakan untuk perhentian masa: Jurulatih pasukan adalah berkuasa untuk meminta perhentian masa satu minit. Perhentian masa satu minit boleh diminta pada bila-bila masa tetapi dibenarkan hanya apabila pasukan yang meminta perhentian masa sedang mengawal bola. Penjaga masa memberi isyarat kebenaran untuk perhentian masa apabila bola di luar permainan dengan menggunakan wisel atau isyarat bunyi lain yang berbeza dari digunakan oleh Pengadil. Ketika perhentian masa dibenarkan, pemain-pemain mesti berada di dalam gelanggang. Jika mereka hendak menerima arahan dari pegawai pasukan, ini hanya dibuat di garisan tepi berhadapan dengan bangku. Pegawai yang memberi arahan tidak dibenarkan masuk ke gelanggang. 8.3) Masa Rehat Rehat pada separuh masa tidak boleh melebihi 15 minit.
  • 15. BAB 9 : UNDANG-UNDANG 9 (PERMULAAN DAN MEMULAKAN SEMULA PERMAINAN) 9.1) Pra-perlawanan Pilihan tempat sepak mula hendaklah ditentukan dengan lentingan syiling. Pasukan yang menang lentingan berhak membuat pilihan tempat untuk diserang pasukannya. Pasukan lawan akan memilih sepak mula perlawanan. Pasukan yang menang lentingan syiling membuat sepak mula pada separuh masa kedua perlawanan. Dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan bertukar tempat menyerang gol yang bertentangan. 9.2) Sepak Mula Sepak mula adalah satu cara untuk memulakan atau memulakan semula permainan: pada permulaan perlawanan selepas satu gol telah dijaringkan pada permulaan separuh masa kedua perlawanan pada permulaan setiap masa tambahan, bila sesuai. Gol boleh dijaringkan terus dari sepak mula. 9.3) Jatuhan Bola Jatuhan bola ialah suatu cara untuk memulakan semula permainan selepas sesuatu penangguhan sementara yang diperlukan, semasa bola di dalam permainan dengan syarat sebelum pemberhentian itu bola belum melintasi garisan tepi atau garisan gol, atau mana-mana sebab yang tidak disebut di mana-mana bahagian Undang-undang Permainan yang lain. 9.4) Keadaan-keadaan Tertentu: Bola dijatuhkan semula jika: Disentuh oleh pemain sebelum ia menyentuh tanah Bola keluar dari gelanggang selepas ia menyentuh tanah tanpa disentuh oleh pemain.
  • 16. Sepakan percuma yang diberikan kepada pasukan bertahan di dalam kawasan penaltinya boleh dibuat dari mana-mana tempat di dalam kawasan penalti itu. Sepakan percuma yang diberikan tidak terus yang diberikan kepada pasukan penyerang di dalam kawasan penalti pasukan lawan hendaklah dibuat di garisan kawasan penalti di tempat paling hampir bola berada semasa permainan diberhentikan. Jatuhan bola untuk memulakan semula permainan di dalam kawasan penalti mesti dibuat di garisan kawasan penalti di tempat paling hampir bola berada semas permainan diberhentikan. BAB 10 : UNDANG-UNDANG 10 (BOLA DI DALAM DAN DI LUAR PERMAINAN) 10.1) Bola di Luar Permainan Bola adalah di luar permainan apabila: Keseluruhannya telah melintasi garisan gol atau garisan tepi sama ada di tanah atau di udara Permainan diberhentikan oleh pengadil Ia menyentuh siling. 10.2) Bola di Dalam Permainan Bola sentiasa di dalam permainan termasuk apabila: Ia melantun dari tiang gol atau palang gol ke dalam gelanggang Ia melantun dari pengadil-pengadil ketika mereka berada di dalam gelanggang 10.3) Keputusan-keputusan Apabila sesuatu perlawanan dimainkan di gelanggang dalam dewan dan bola terkena siling, permainan hendaklah dimulakan semula dengan satu sepakan ke dalam, yang dibuat oleh pasukan lawan kepada pemain yang akhir sekali menyentuh bola itu.Sepakan ke dalam dibuat dari garisan tepi paling hampir kepada tempat di mana bola menyentuh siling.
  • 17. BAB 11 : UNDANG-UNDANG 11 (CARA MENENTUKAN JARINGAN) 11.1) Jaringan Gol Kecuali terdapatnya peruntukan lain di dalam undang-undang ini, gol dijaringkan apabila keseluruhan bola telah melintasi garisan gol, di antara kedua-dua tiang gol dan di bawah palang gol, kecuali bola itu telah dilontar, dibawa atau sengaja dikuis dengan tangan atau lengan oleh seorang pemain pasukan menyerang, termasuk penjaga gol. 11.2) Pasukan yang Menang Pasukan yang menjaringkan bilangan gol yang lebih dalam sesuatu perlawanan akan dikira pemenang. Jika kedua-dua pasukan menjaringan bilangan gol yang sama atau tiada gol jaringankan, perlawanan dikira “seri”. 11.3) Peraturan Pertandingan Bagi perlawanan yang berkesudahan dengan seri, peraturan pertandingan boleh menyatakan peruntukan yang melibatkan tambahan masa atau prosedur-prosedur lain untuk menentukan pemenang sesuatu perlawanan. BAB 12 : UNDANG-UNDANG 12 (KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK BERTERTIB) 12.1) Kesalahan-kesalahan dan kelakuan tidak bertertib adalah dihukum seperti berikut: 12.1.1) Sepakan Percuma Terus Suatu sepakan percuma terus akan diberi kepada pasukan lawan jika seseorang pemain dengan sengaja melakukan salah satu dari enam kesalahan berikut yang dianggap oleh pengadil sebagau cuai, gegabah atau menggunakan daya yang berlebih: Menendang atau cuba menendang pemain lawan Membentes atau cuba membentes pemain lawan Melompat ke pemain lawan Merempuh pemain lawan, walaupun dengan bahu
  • 18. Memukul atau cuba memukul pemain lawan Menolak pemain lawan Sepakan percuma terus juga diberikan kepada pasukan lawan jika seseorang pemain melakukan salah satu daripada lima kesalahan berikut: Memegang pemain lawan Meludah kepada pemain lawan Menggelunsor untuk memainkan bola yang sedang dimainkan atau cuba dimainkan oleh pemain lawan (takel menggelunsor), kecuali bagi penjaga gol di dalam kawasan penaltinya dengan syarat dia tidak bermain secara cuai, gegabah atau menggunakan daya yang berlebihan Memegang bola dengan sengaja kecuali penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya sendiri *semua sepakan percuma dibuat di tempat kesalahan. 12.1.2) Sepakan Penalti Suatu sepakan penalti diberi kepada pasukan lawan jika seseorang pemain melakukan salah satu dari kesalahan di atas di dalam kawasan penaltinya tanpa diambil kira kedudukan bola tetapi dengan syarat bola berada di dalam permainan. 12.1.3) Sepakan Percuma Tidak Terus Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika penjaga gol melakukan salah satu dari kesalahan-kesalahan berikut: Setelah melepaskan bola dari kawalannya, dia menerima semula bola yang disepak oleh rakannya, tanpa bola terlebih dahulu melepasi garisan tengah atau dimainkan oleh pemain pasukan lawan Menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya setelah ia disepak dengan sengaja kepadanya oleh rakannya Menyentuh atau mengawal bola dengan tangannya setelah ia menerima bola terus dari suatu sepakan ke dalam oleh rakannya
  • 19. Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau kakinya lebih dari empat saat, di mana-mana bahagian gelanggang, kecuali ia menyentuh bola di separuh bahagian gelanggang pasukan lawan Suatu sepakan percuma tidak terus juga diberi kepada pasukan lawan, dan dibuat di tempat kesalahan, jika, pada pendapat pengadil, seorang pemain: Bermain dengan cara berbahaya Apabila tidak memainkan bola, dengan sengaja menghalang pergerakan pemain lawan Menghalang penjaga gol untuk melepaskan bola dari tangannya Melakukan mana-mana kesalahan lain, tidak disebut di dalam Undang-undang 12 di atas, di mana permainan diberhentikan untuk memberi amaran atau perintah keluar seseorang pemain Sepakan percuma tidak terus dibuat di tempat kesalahan, kecuali di dalam kawasan penalti, maka sepakan percuma tidak terus itu hendaklah dibuat di atas garisan kawasan penalti yang paling hampir dengan tempat kesalahan dilakukan. 12.2) Hukuman-hukuman Disiplin Kad kuning atau merah hanya boleh ditunjuk kepada pemain-pemain dan penganti-penganti. 12.3) Kesalahan-kesalahan Beramaran Pemain diberi amaran dan ditunjukkan kad kuning jika dia melakukan mana-mana kesalahan berikut: Berkelakuan tidak bersemangat sukan Membantah keputusan pengadil dengan perkataan atau tindakan Sentiasa melanggar undang-undang permainan Melambat-lambatkan permulaan semula permainan Gagal menghormati jarak yang diperlukan semasa permainan dimulakan semula dengan suatu sepakan penjuru, sepakan ke dalam, sepakan percuma atau lemparan gol Masuk atau masuk semula gelanggang tanpa kebenaran pengadil atau melanggaar prosedur penggantian Dengan sengaja keluar dari gelanggang tanpa kebenaran pengadil
  • 20. Untuk mana-mana dari kesalahan di atas, suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan, yang dibuat dari tempat kesalahan. Jika kesalahan itu dilakukan di dalam kawasaan penalti, sepakan percuma tidak terus itu dibuat dari garisan penalti di tempat yang paling hampir dengan tempat kesalahan. Suatu kesalahan juga diberi dengan syarat tiada kesalahan yang lebih berat dilakukan. 12.4) Kesalahan Perintah Keluar Seorang pemain diperintah keluar dan dilayangkan kad merah jika melakukan mana-mana kesalah berikut: Bersalah kerana bermain dengan amat kasar; Bersalah kerana berkelakuan ganas Meludah pemain lawan atau orang lain Menggagalkan pasukan lawan suatu jaringan atau peluang jaringan yang jelas dengan kesalahan memegang bola dengan sengaja (ini tidak termasuk penjaga gol di dalam kawasan penaltinya) Menggagalkan peluang jeringan yang jelas pemain lawan yang bergerak ke arah gol pemain dengan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan suatu sepakan percuma atau sepakan penalti Menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina atau kesat Bersalah kerana menerima amaran kedua dalam satu permainan. Jika permainan diberhentikan kerana seorang pemain diperintah keluar di atas kesalahan 6 atau 7, tanpa pelanggaran undang-undang lain, permainan akan dimulakan semula dengan satu sepakan percuma tidak terus kepada pasukan lawan dari tempat di mana kesalahan itu dilakukan. Walau bagaimanapun, jika ia dilakukan di dalam kawasan penalti, sepakan percuma tidak terus itu hendaklah dibuat dari garisan kawasan penalti yang paling hampir dengan tempat kesalahan.
  • 21. BAB 13 : UNDANG-UNDANG 13 (SEPAKAN PERCUMA) 13.1) Jenis-jenis Sepakan Percuma Sepakan percuma adalah sama ada terus atau tidak terus. Untuk kedua-dua sepakan itu bola hendaklah tidak bergerak semasa sepakan percuma dibuat, dan penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga bola disentuh atau dimainkan oleh pemain lain. 13.1.1) Sepakan Percuma Terus Jika dari suatu sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol pasukan lawan, gol dikira. 13.1.2) Sepakan Percuma Tidak Terus Suatu gol boleh dijaringkan hanya apabila bola itu telah dimainkan atau disentuh oleh seorang pemain lain sebelum bola masuk ke dalam gol 13.2) Kedudukan untuk Sepakan Percuma Semua pemain lawan mestilah sekurang-kurangnya 5 meter dari bola sehingga ia berada di dalam permainan Bola berada di dalam permainan sebaik saja ia disentuh atau dimainkan 13.3) Kesalahan-kesalahan/Hukuman-hukuman Jika, apabila suatu sepakan percuma dibuat, seorang pemain berada lebih hampir ke bola dari jarak yang diperlukan: Sepakan dibuat semula Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penyepak menyentuh bola semula sebelum ia dimainkan oleh pemain lain:
  • 22. Satu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan di tempat kesalahan itu. Walau bagaimanapun, jika kesalahan itu berlaku di dalam kawasan penalti, sepakan percuma tidak terus itu hendaklah dibuat di atas garisan kawasan penalti di tempat paling hampir dengan kesalahan itu. Jika pasukan yang membuat sepakan percuma mengambil lebih dari 4 saat Suatu sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan. 13.4) Isyarat-isyarat 13.4.1) Sepakan Percuma Terus Pengadil mengekalkan lengannyanya melintang menunjukkan arah sepakan dibuat. dalam kesalahan yang dikira sebagai kesalahan terkumpul, pengadil mengisyaratkan dengan menunjukkan jari telunjuk ke bawah supaya pengadil ketiga, atau mana-mana pegawai pada meja, tahu bahawa ia dikira sebagai kesalahan terkumpul. 13.4.2) Sepakan Percuma Tidak Terus: Pengadil mengisyaratkan sepakan percuma tidak terus dengan mengangkat sebelah tangan lurus ke atas. Dia mengekalkan tangannya sehingga sepakan itu telah dibuat dan bola telah dimainkan oleh pemain lain.
  • 23. BAB 14 : UNDANG-UNDANG 14 (KESALAHAN-KESALAHAN TERKUMPUL) 14.1) Kesalahan-kesalahan terkumpul Kesalahan terkumpul ialah kesalahan yang dihukum dengan sepakan percuma terus yang disebut di dalam undang-undang 12. Lima kesalahan terkumpul pertama dilakukan setiap pasukan pada tiap-tiap separuh masa adalah dicatatkan di dalam catatan perlawanan. Pengadil-pengadil boleh meneruskan permainan dengan melaksanakan peraturan Advantej jika pasukan itu belum lagi melakukan lima kesalahan terkumpul dan pasukan lawan tidak digagalkan dengan peluang jelas untukmenjaringkan gol. Jika masa tambahan dimainkan, kesalahan-kesalahan terkumpul daripada tempoh kedua masih dikira. Sebarang kesalahan terkumpul semasa masa tambahan adalah dicampurkan kepada jumlah keseluruhan pasukan daripada tempoh kedua. 14.2) Kedudukan Sepakan Percuma Bagi lima kesalahan terkumpul yang pertama yang dicatatkan oleh mana-mana pasukan di dalam setiap separuh masa: Pemain pasukan lawan boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma itu. Semua pemain lawan berada sekurang-kurangnya lima meter dari bola sehingga ia di dalam permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan ini. Bermula dengan kesalahan terkumpul yang keenam yang dicatatkan oleh mana-mana pasukan di dalam setiap separuh masa:
  • 24. Pemain pasukan lawan tidak boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma itu. Pemain yang membuat sepakan hendaklah dikenal pasti. Penjaga gol mesti berada di dalam kawasan penaltinya dan sekurang-kurangnya lima meter dari bola. Semua pemain lawan di dalam gelanggang hendaklah berada se belakang garisan bayangan yang selari dengan garisan gol, dan di luar kawasan penalti. Mereka mestilah berada lima meter dari bola dan tidak boleh menghalang pemain yang membuat sepakan itu. Tiada pemain dibenarkan melepasi garisan bayangan itu sehingga bola berada di dalam permainan. 14.3) Prosedur (untuk kesalahan terkumpul keenam dan lebih) Pemain yang membuat sepakan mesti menyepak bola dengan tujuan untuk membuat jaringan dan tidak dibenarkan untuk membuat hantaran kepada pemain lain. Sebaik saja sepakan dibuat, tiada pemain dibenarkan menyentuh bola sehingga ia disentuh oleh penjaga gol, atau ia melantun dari tiang atau palang gol, atau telah keluar dari gelanggang. Tiada sepakan percuma dibenarkan dibuat kurang enam meter dari garisan gol (lihat Undang- undang 13). Jika sesuatu kesalahan yang biasa dihukumkan dengan suatu sepakan percuma tidak terus berlaku di dalam kawasan penalti, sepakan percuma itu hendaklah dibuat dari garisan kawasan penalti yang hampir dengan kesalahan itu. Jika seorang pemain melakukan kesalahan keenam pasukannya di dalam kawasan pasukan lawan atau di dalam kawasan sendiri di depan garisan bayangan yang selari dengan garisan pertengahan padang dan melalui tanda penalti kedua 10 meter dari garisan gol, sepakan percuma itu hendaklah dibuat daripada tanda penalti kedua. Tanda penalti kedua ini diterangkan di dalam Undang- undang 1. Sepakan percuma ini hendaklah dibuat menepati peruntukan yang disebutkan di bawah “Posisi untuk sepakan percuma”. Jika seorang pemain melakukan kesalahan keenam pasukannya di dalam kawasannya di antara garisan 10 meter dengan garisan gol, pasukan yang akan membuat sepakan itu boleh memilih untuk membuat sepakan itu dari tanda penalti kedua atau dari tempat di mana kesalahan itu berlaku. Jika permainan berlanjutan ke masa tambahan, semua kesalahan yang terkumpul dari separuh masa kedua akan dibawa ke masa tambahan itu.
  • 25. BAB 15 : UNDANG-UNDANG 15 (SEPAKAN PENALTI) 15.1) Sepakan Penalti Satu sepakan penalti diberi terhadap sesuatu pasukan yang melakukan mana-mana kesalahan di dalam kawasan penaltinya yang dihukumkan dengan satu sepakan percuma terus, semasa bola di dalam permainan.Gol boleh dijaringkan terus dari satu sepakan penalti. Masa hendaklah dilanjutkan untuk suatu sepakan penalti dibuat pada penghujung masa setiap separuh masa atau pada penghujung setiap separuh masa tambahan. 15.2) Kedudukan Bola dan Pemain Bola: Diletakkan di tanda penalti Pemain yang membuat sepakan penalti: Dikenal pasti Penjaga gol bertahan: Berada di atas garisan golnya, mengadap penyepak, di antara kedua-dua tiang gol, sehingga bola disepak. Pemain-pemain selain dari penyepak berada: Di dalam gelanggang Di luar kawasan penalti Di belakang atau di tepi tanda penalti Sekurang-kurangnya 5 meter dari tanda penalti 15.3) Prosedur Penyepak sepakan penalti itu menyepak bola ke hadapan Dia tidak dibenarkan memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain Bola berada di dalam permainan sebaik ia disepak dan bergerak ke hadapan
  • 26. Apabila sesuatu sepakan penalti dibuat semasa permainan biasa, atau masa dilanjutkan pada separuh masa atau masa penh untuk membenarkan sepakan penalti itu dibuat atau dibuat semula, gol diberi jika, sebelum melintasi tiang-tiang gol di bawah palang gol: Bola menyentuh salah satu atau kedua-dua tiang gol, dan/atau palang gol dan/atau penjaga gol. Kesalahan-kersalahan/hukuman-hukuman BAB 16 : UNDANG-UNDANG 16 (SEPAKAN KE DALAM) 16.1) Sepakan ke dalam: Sepakan ke dalam adalah salah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh dijaringkan terus dari sepakan ke dalam. Sepakan ke dalam boleh diberikan dalam keadaan: Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara, atau terkena siling Dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi Kepada lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola. 16.2) Kedudukan Bola dan Pemain Bola: Mesti statik di atas garisan tepi. Bola disepak ke dalam permainan ke mana-mana arah Pemain yang membuat sepakan ke dalam: Sebahagian dari satu kaki di atas garisan tepi atau di atas tanah di luar garisan tepi ketika menyepak bola itu Pemain bertahan: Mestilah berada tidak kurang 5 meter dari tempat sepakan ke dalam dibuat.
  • 27. 16.3) Prosedur Pemain yang membuat sepakan ke dalam mestilah melakukannya dalam masa 4 saat dari masa ia menerima bola Pemain yang membuat sepakan ke dalam tidak boleh memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain Bola berada di dalam permainan sebaik saja ia disepak atau disentuh BAB 17 : UNDANG-UNDANG 17 (PENGHANTARAN GOL) 17.1) Penghantaran Gol Penghantaran gol adalah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh dijaringkan terus dari penghantaran gol. Penghantaran gol diberi apabila: Keseluruhan bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain pasukan menyerang melintasi garisan gol sama ada di udara atau di tanah dan gol tidak dijaringkan mengikut Undang-undang 11. 17.2) Prosedur Bola dibaling dari mana-mana kawasan penaltinya oleh penjaga gol pasukan bertahan Pemain lawan berada di luar kawasan penalti sehingga bola di dalam permainan Penjaga gol tidak memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain Bola di dalam permainan sebaik saja ia dibaling melepasi kawasan penalti tersebut. 17.3) Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman Jika bola tidak melintasi terus dari kawasan penalti: Penghantaran gol dibuat semula Jika, setelah bola berada di dalam permainan, penjaga gol menyentuh bola kali kedua, sebelum ia telah disentuh oleh pemain lain:
  • 28. Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan dari tempat kesalahan, ia berlaku di dalam kawasan penalti, dalam hal demikian, sepakan percuma tidak terus ini dibuat dari garisan kawasan penalti yang hampir dengan dengan kesalahan itu. Jika penghantaran gol tidak dibuat dalam masa 4 saat dari masa penjaga Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan dari garisan kawasan penalti yang hampir dengan dengan kesalahan itu. BAB 18 : UNDANG-UNDANG 18 (SEPAKAN PENJURU) 18.1) Sepakan penjuru Sepakan penjuru ialah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya terhadap pasukan lawan. Sepakan penjuru diberi kerana keseluruhan bola melintasi garisan gol, akhir sekali disentuh oleh pemain bertahan sama ada di tanah atau di udara, dan satu gol tidak dijaringkan menurut Undang- undang 11. 18.2) Prosedur Bola diletakkan tepat pada bahagian dalam lengkuk penjuru yang paling hampir Pemain lawan hendaklah berada tidak kurang 5 meter dari bola sehingga bola didalam permainan Bola disepak oleh pemain pasukan menyerang Bola berada di permainan sebaik saja disepak atau disentuh Pemain yang membuat sepakan itu tidak boleh memainkan bola kali kedua sehingga ia telah disentuh oleh pemain lain 18.3) Kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman Sepakan percuma tidak terus diberi kepada pasukan lawan jika: Pemain yang membuat sepakan penjuru menyentuh bola kali kedua sebelum ia disentuh oleh pemain lain. Sepakan percuma tidak terus itu adalah dibuat di tempat kesalahan.
  • 29. Sepakan penjuru tidak dibuat dalam masa 4 saat dari masa pemain yang akan membuat sepakan menerima bola. Sepakan percuma tidak terus itu adalah dibuat dari lengkuk penjuru. Untuk kesalahan-kesalahan lain: Sepakan penjuru dibuat semula 2.0) ISYARAT-ISYARAT PENGADIL SEMASA PERLAWANAN FUTSAL Mula dan Mula Semula Permainan Advantage Sepakan Percuma Terus Sepakan Percuma Tidak Terus
  • 30. Kiraan Empat Saat Kesalahan Terkumpul Kelima Beri Amaran/Perintah Keluar Masa Rehat
  • 31. 3.0) SOALAN LAZIM TENTANG FUTSAL SOALAN OBJEKTIF 1) Apakah sebabnya sukan futsal dikatakan merupakan salah satu sukan yang istimewa berbanding dengan sukan lain? a) Boleh dimainkan pada bila-bila waktu dan cuaca. b) Boleh dimainkan pada waktu hujan. c) Boleh dimainkan oleh semua peringkat umur dan jumlah pemain seramai 10 orang. d) Boleh menggunakan pakaian yang bebas untuk bermain 2) Perkataan „FUTSAL‟ berasal dari negara? a) Brazil b) Amerika Latin c) Kanada d) Sepanyol 3) Negara mana yang memenangi kejohanan futsal dunia FIFUSA pada tahun 1982 di Sao Paulo a) Canada b) Sepanyol c) Brazil d) Paraguay 4) Pada tahun bilakah undang-undang futsal di buat? a) 1936 b) 1940 c) 1926 d) 1957 5) Apakah maksud FIFUSA? a) The Federacao Internationale de Futebol de Salao / Federasi Futsal AS b) Football International Federation of United Stated of America c) The Federacao Internationale de Futebol de Brazil
  • 32. d) Soccer of USA 6) Berapa ramai pemain yang bermain di dalam gelanggang ketika perlawanan berlangsung? a) 10 orang b) 5 orang c) 22 orang d) 11 orang 7) Berapakah berat bola futsal? a) Berat tidak kurang dari 400 gram atau tidak lebih 440 gram pada permulaan permainan b) Berat tidak kurang dari 440 gram atau tidak lebih 480 gram pada permulaan permainan c) Berat tidak kurang dari 500 gram atau tidak lebih 540 gram pada permulaan permainan d) Berat tidak kurang dari 410 gram atau tidak lebih 450 gram pada permulaan permainan 8) Berapakah saiz gelanggan futsal? a) Panjang : Minimum 38 meter Maksimum 42 meter Lebar : Mimimum 18 meter Maksimum 25 meter. b) Panjang : Minimum 28 meter Maksimum 42 meter Lebar : Mimimum 18 meter Maksimum 15 meter. c) Panjang : Minimum 35 meter Maksimum 52 meter Lebar : Mimimum 11 meter Maksimum 95 meter. d) Panjang : Minimum 35 meter Maksimum 40 meter
  • 33. Lebar : Mimimum 18 meter Maksimum 25 meter. 9) Berapakah bilangan maksimum pemain yang dibenarkan untuk pengantian? a) 3 orang b) 7 orang c) 5 orang d) 2 orang 10) Apakah reaksi pengadil berdasarkan gambar berikut? a) Advantage b) Kiraan empat saat c) Sepakan percuma tidak terus d) Sepakan percuma terus
  • 35. Minggu pertama Hari : Khamis Tarikh : 12. September. 2013 Masa : 5.00pm-7.00pm Tempat : Padang Serbaguna, UPSI. Kaedah latihan : Taklimat oleh pensyarah Aktiviti : Menerangkan tentang Rancangan Instruksi dalam subjek futsal yang di ambil, seperti keperluan kursus , tugasan yang akan di buat sepanjang semester ini. Pembahagian kumpulan. Kumpulan telah dibahagikan kepada satu kumpulan yang mana terdiri dari dua orang pelajar. Pelantikan ketua kumpulan besar dan setiausaha serta bendahari. Objektif : Untuk memberi pengetahuan dan pengenalan tentang kursus kokurikulum ini. Catatan / Komen : Semua pelajar memberi perhatian dengan apa yang disampaikan oleh pensyarah. Kerjasama dari pelajar sangat bagus. Pada minggu pertama, kami telah menerima taklimat ringkas oleh instruktor dan En. Omar Bin Md Salleh berkaitan kursus secara rawak. Selepas itu, pemilihan organisasi bagi kumpulan A. Bagi pengenalan, kami diberitahu secara ringkas dan padat mengenai sejarah Futsal Antarabangsa dan sejarah Futsal di Malaysia. Setelah En. Omar selesai memberikan penerangan, kami diarahakan membentuk kumpulan sendiri iaitu seramai dua orang dalam satu kumpulam untuk melaksanakan tugasan berkumpulan. Setelah itu, sedikit taklimat diberi mengenai cara- cara untuk melakukan tugasan seperti yang telah ditetapkan. Selain itu pensyarah juga telah menerangkan bagaimana untuk menyiapkan serta menerangkan format buku log ini. Seterusnya, kami diarahkan oleh pensyarah untuk melakukan pemanasan badan sebelum diberikan arahan untuk bermain dalam kumpulan. Pada hari tersebut, saya berpeluang mengetahui dengan jelas mengenai sejarah Futsal dunia malah di Malaysia. Seperti yang kita tahu, di Malaysia Futsal semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tanpa mengira
  • 36. lapisan umur. Ia mwnunjukkan satu perkembangan yang baik malah menyumbang kepada kesihatan tuibuh badan dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang menggemarinya. Tambahan lagi, pada minggu pertama kesemua pelajar dapat memperlajari serta mengaplikasikan teknik memanaskan badan dan aktiviti regangan yang sesuai untuk permainan Futsal.
  • 37. MINGGU KEDUA Hari : Khamis Tarikh : 19. September. 2011 Masa : 5.00pm - 7.00pm Tempat : Padang Serbaguna UPSI. Kaedah latihan : Pensyarah telah memberi penerangan tentang teknik permainan futsal. Aktiviti : Pemanasan badan serta regangan otot Teknik asas menendang bola Objektif : Supaya pelajar dapat mempelajari teknik-teknik untuk menendang bola sebagai permulaan awal. Pelajar juga dapat dan mengetahui untuk melakukan pemanasan badan sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Catatan/komen : Semua pelajar dapat mengikuti apa yang diperlukan dan diajar oleh instruktor dan pensyarah. Pelajar memberi komitmen dan kerjasama yang tinggi sepanjang pembelajaran ini berlangsung. Pada minggu ini, kami diajar mengenai sentuh menerima bola, dalam aspek pembinaan kecergasan dan kemahiran. Tujuan pembelajaran tersebut adalah untuk menghasilkan gerak kaki yang betul sambil bergerak dan menyentuh bola menggunakan pelbagai bahagian kaki. Pada minggu tersebut juga, kami telah diterangkan oleh pensyarah mnegenai gelanggang, senarai alatan yang digunakan dalam permainan Futsal. Kami juga diterangkan mengenai ukuran, garisan, dan pelbagai lagi kerana walaupun sukan Futsal.. Sepertimana yang kita sedia maklum permainan Futsal ini lebih mencabar kerana pemain perlu bermain dalam ruangan yang kecil yang mana amat memerlukan “skill” atau kemahiran yang pelbagi dalam mengawal bola.
  • 38. Bagi peralatan pula, semasa bermain futsal pemain perlu memakai beberapa alat untuk keselatan seperti “Shinguard” yang berfungsi melindungi tulang pada tahap maksimum. Selain itu, kami diajar mengenai bola yang digunakan dalam permainan Futsal. Bola untuk permainan ini adalah lebih berat dan lantunan yang kurang berbanding bola yang digunakan untuk bermain Sepak Bola. Bola yang berat membolehkan pemain mengawal bola dengan lebih baik walaupun dalam gelanggang yang kecil. Pembelajaran pada minggu tersebut, membolehkan para pelajar untuk menyata dan membuat gambaran mental tentang peralatan dan gelanggang Futsal.
  • 39. MINGGU KETIGA Tarikh : 26 September 2013 Masa : 5.00 petang Pensyarah : En. Omar bin Md Salleh Seperti biasa, sebelum memulakan latihan futsal, jurulatih mengarahkan pelajar futsal memanaskan badan (warm up) dan meregangkan otot (stretching) untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan sepanjang latihan dan sebagai persediaan untuk melakukan gerakan badan seperti menendang, berlari dan sebagainya. Arahan yang diberikan oleh jurulatih sangat jelas dan mampu difahami oleh semua pelajar futsal. Antara aktiviti memanaskan badan adalah seperti juggling, front kick, jogging dan macam-macam lagi. Aktiviti-aktiviti ini selalu dilakukan oleh mana-mana pemain futsal mahupun bola sepak dan kami didedahkan dengan aktiviti ini untuk meningkatkan pengetahuan mengenai sukan futsal. Setelah itu, jurulatih futsal mengarahkan pelajar futsal supaya berpasang-pasangan untuk belajar cara menghantar dan menerima bola yang baik. Teknik menghantar dan menerima bola dengan menggunakan dua cara iaitu menggunakan hujung kaki dan tepi kaki. Untuk menjadi pemain futsal yang hebat, teknik ini perlu dikuasai dengan sebaik mungkin. Banyak perkara baru yang boleh dipelajari di dalam sukan futsal ini dan ternyata ianya berbeza dengan bola sepak. Latihan menghantar dan menerima bola diteruskan untuk memahirkan pelajar dan nampaknya
  • 40. pelajar perempuan sedikit sebanyak sudah meningkatkan kemahiran di dalam sukan futsal ini. Semua pelajar kelihatan bersemangat, berkeyakinan dan sudah berminat untuk terus mendalami ilmu futsal ini. Ianya boleh dijadikan hobi di masa lapang untuk melahirkan pelajar yang sihat dan cergas. Satu demi satu teknik yang dipelajari oleh pelajar futsal mampu dikuasai dengan baik. Kemudian, kami diminta untuk menghantar dan menerima bola sambil berlari di dalam gelanggang untuk membiasakan kami di dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan yang bakal diadakan kelak. Walaupun keadaan gelanggang yang agak licin kerana dibasahi hujan, latihan futsal dapat dijalankan tanpa sebarang kecederaan. Pelajar lelaki juga sangat membantu apabila turut sama mengajar pelajar perempuan cara-cara bermain dengan bola. Selepas belajar teknik-teknik bermain futsal, pertandingan di antara kumpulan diadakan. Semua pelajar gembira dan teruja untuk berentap di atas gelanggang lebih-lebih lagi apabila berjaya menjaringkan gol. Walaupun penat, permainan ini sangat bermakna dan seronok kerana ianya memerlukan kerjasama di antara kumpulan dan boleh mengeratkan silaturrahim. Kelas akhirnya tamat jam 6.50 petang setelah rumusan dan perkara yang dipelajari pada latihan tersebut dibincangkan bersama.
  • 41. MINGGU KEEMPAT Hari : Khamis Tarikh : 3. Oktober. 2013 Masa : 5.00pm - 7.00pm Tempat : Padang Serbaguna UPSI. Kaedah latihan : Sambungan minggu lalu. Peraturan dan undang-undang dalam permainan futsal. Aktiviti : Pelajar didedahkan dengan kemahiran menggelecek bola. Pensyarah melalui instruktor telah memberi tunjuk ajar tentang untuk menggelecek bola. Objektif : Supaya pelajar dapat menggelecek bola dengan tenang dan stabil. Diberi pendedahan agar dapat menguasai teknik menggelecek bola dengan lebih bagus. Mengenalpasti bentuk-bentuk peraturan dan undang-undang dalam sebarang bentuk permainan bola futsal ini. Catatan/Komen : Semua pelajar memberi komitmen dan kerjasama. Dalam kaedah pembelajaran adalah sambungan daripada pembelajaran pada minggu lalu. Pada minggu keempat, pembelajarn kami diteruskan lagoi dengan kemahiran teknikal dalam permainan Futsal. Kami diajar kemahiran untuk menggelecek, menukar arah dan had laju. Saya semakin berminat untuk bermain futsal kerana dapat menguasai teknik mengelecek dengan baik. Teknik ini diajar kepada para pelajar agar semua pelajar dapat menghasilkan mengawal bola dengan baik. Kami diingatkan agar perlu mennyesuaikan diri dengan bola terlebih dahulu. Kemudian membiasakan diri untuk menggunakan pelbagai bahagian kai semasa mengawal bola. Setelah itu, kami meneruskan sesi pembelajaran dengan penerangan mengenai undang- undang 5, 6, 7 dan 8. Seperti sebelum ini, tujuannya adalah untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan setipa undang-undang yang dipelajari dalam permainan Futsal dan mengadakan perlawanan dalam kumpulan.
  • 42. MINGGU KELIMA Tarikh : 10 Oktober 2013 Masa : 5.00pm – 7.00pm Tempat : Gelanggang Squash Kumpulan : A Pensyarah : Encik Omar Bin Md Salleh Instruktor : Encik Suhaimi Pada minggu ini, sekali lagi kelas dibuat di gelanggang squash, gymnasium UPSI kerana hari hujan. Oleh sebab itulah gelanggang futsal tidak dapat digunakan. Kelas pada minggu ini dimulakan dengan warming up iaitu slow jog beberapa kali. Seterusnya, Encik Suhaimi membahagikan pelajar kepada 8 kumpulan dan kami dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing bagi menjalankan aktiviti pada hari tersebut. Aktiviti pertama yang dilakukan ialah aktiviti dribbling dimana kami diarah membawa bola melalui kon-kon kecil. Pada mulanya Encik Suhaimi menunjukkan bagaimana langkah tersebut dilakukan dan kemudiannya memberi arahan kepada kami untuk melakukannya. Aktiviti tersebut memerlukan kami untuk membawa bola dengan perlahan dan melalui kon-kon kecil yang ada. Aktiviti tersebut dilakukan beberapa kali menggunakan kaki kanan dan seterusnya menukarkan kepada kaki kiri. Pada pertengahan aktiviti, En. Suhaimi menghentikan aktiviti sekejap dan mengarahkan pelajar melakukan strenching dan kembali melakukan aktiviti. Setiap ahli kumpulan dikehendaki melakukannya dan bergilir-gilir melakukannya sehinggalah kami diberi arahan untuk melihat teknik yang selanjutnya.
  • 43. Selepas itu, Encik Suhaimi menunjukkan teknik turning yang lain di mana kami perlu membahagikan ahli kumpulan kecil kami kepada dua bahagian iaitu A dan B. Ahli di bahagian A perlu berada di hadapan ahli di bahagian B. A dikehendaki menghantar bola kepada B dan A perlu tunggu di tengah sehinggalah B datang dan A perlu menggelecek bola. Pada pertengahan aktiviti juga, En. Suhaimi menghentikan aktiviti sekejap dan mengarahkan pelajar melakukan strenching dan kembali melakukan aktiviti. Setelah selesai menjalani aktiviti, kami diberi peluang untuk bermain futsal dan berlawan antara kumpulan. Setelah kesemua kumpulan selesai bermain, kelas kami berakhir dengan aktiviti cooling down.
  • 44. MINGGU KEENAM Kelas tiada sempena Cuti Hari Raya Aidiladha MINGGU KETUJUH Tarikh : 24 Oktober 2013 Masa : 5.00pm – 7.00pm Tempat : Gelanggang futsal Kumpulan : A Pensyarah : Encik Omar Bin Md Salleh Instruktor : Encik Suhaimi Encik Suhaimi meminta semua pelajar untuk berkumpul di gelanggang futsal baru memandangkan gelanggang futsal yang lama digunakan oleh pelajar-pelajar luar untuk latihan hoki pada petang tersebut. Disebabkan itu,kelas futsal pada petang itu bermula agak lewat kira- kira pukul 5.45 petang. Encik Omar bertanyakan perkembangan mengenai tugasan, seminar dan tournament yang akan dijalankan pada minggu ke-12 dan 14. Streching dilakukan semasa latihan berjalan. Pada petang tersebut Encik Suhaimi menerangkan dan mengajar mengenai pertahanan. Pertahanan terbahagi kepada dua iaitu zonal marking dan men to men. Dalam aktiviti ini pelajar dibahagikan berpasangan lelaki dan perempuan. Setelah aktivti selesai pelajar dikehendaki membuat cooling down supaya pelajar tidak mengalami kekejangan kemudian pelajar boleh bersurai.
  • 45. MINGGU KELAPAN Tarikh : 31 Oktober 2013 Tempat : Gimnasium, UPSI. Kumpulan : A Pensyarah : Encik Omar Bin Md Salleh Instruktor : Encik Suhaimi Pada minggu ini, sekali lagi dibuat di dalam gymnasium disebabkan hari hujan. Seperti biasa, kelas akan dimulakan dengan warming up dan stretching. Memandangkan pengetahuan kami mengenai stretching kurang, Encik Suhaimi mengambil keputusan untuk mengajar mengenai jenis-jenis stretching dan cara melakukannya dengan betul. Bagi menjadikan pengajaran lancar, Encik Suhaimi membahagikan kami kepada empat kumpulan besar di mana setiap kumpulan kecil digabungkan menjadi satu kumpulan. Setiap kumpulan diberikan jenis-jenis stretching yang berbeza oleh Encik Suhaimi. Kami dikehendaki membentangkan dan menunjukkan cara-cara stretching. Selepas tugasan diberi, Encik Suhaimi mengarahkan kami untuk berada di dalam kumpulan masing-masing dan berbincang mengenai tajuk yang diperoleh. Bagi aktiviti perbincangan dalam kumpulan, kami diberi masa selama 10 minit untuk melakukan perbincangan untuk mencari gerakan-gerakan yang sesuai dengan tajuk yang diperoleh itu. Setelah 10 minit berlalu, kami diminta untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan yang kami peroleh. Cara pembentangan yang dilakukan adalah dengan cara kumpulan yang membentangkan itu perlu menjadi mentor kepada pelajar-pelajar lain dengar cara menunjukkan cara-cara melakukan stretching tersebut dan seterusnya pelajar lain akan mengikut. Kumpulan pertama yang membuat pembentangan adalah kumpulan satu. Mereka membentangkan tajuk warm-up dan stretching. Jenis stretching ini adalah seperti kebiasaan yang kita lakukan sebelum bermulanya permainan. Kumpulan ini telah menunjukkan pergerakan yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan serta diselang-selikan dengan „joging‟.
  • 46. Kumpulan seterusnya iaitu kumpulan dua pula membentangkan atau menunjukkan jenis stretching iaitu static stretching atau regangan tetap. Ia merujuk kepada regangan yang dilakukan untuk meregangkan otot sehingga had pergerakannya dan kedudukan itu dikekalkan untuk tempoh masa yang tertentu tanpa sebarang gerakan. Dalam jenis regangan ini, ia perlu dalam keadaan statik atau tetap di mana pergerakan yang dilakukan adalah di satu-satu tempat itu sahaja. Ia tidak melibatkan aktiviti larian seperti stretching dan warm up. Pergerakan-pergerakan otot dilakukan sesuai dengan keadaan anggota badan yang dalam keadaan tetap. Selepas itu, kumpulan seterusnya pula yang menyusul iaitu kumpulan tiga. Tajuk yang diperoleh oleh mereka adalah Dynamic stretching. Seperti kumpulan-kumpulan lain juga, mereka melakukan pergerakan Dynamic stretching. Mereka memulakan dengan melakukan di bahagian kepala, tangan, pinggan dan akhir sekali bahagian kaki. Regangan dinamik ini menggunakan kelajuan pergerakan, momentum, dan pergerakan otot yang aktif yang membawa kepada regangan. Ia amat baik dilakukan sebelum pertandingan atau perlawanan kerana ia dapat mengurangkan ketegangan otot.
  • 47. Akhir sekali, kumpulan empat melakukan pembentangan mengenai tajuk mereka iaitu ballistic stretching. Masih lagi berada di dalam kedudukan tadi, namun, ia sedikit pantas kerana merangkumi semua pergerakan dari atas hingga ke bawah. Pergerakan ini memerlukan kepantasan serta ketajaman pergerakan agar dapat dibuat dengan baik. Pergerakannya adalah pelbagai di mana ahli-ahli perlu mengerakkan anggota badan ke depan dan ke belakang untuk menghasilkan pergerakan secara pantulan. Stretching ini membuatkan otot dapat diregang dengan lebih panjang. .
  • 48. MINGGU KESEMBILAN Kelas tiada sempena Cuti Mid - Semester MINGGU KESEPULUH LAPORAN MINGGU FUTSAL KE-9 DISEDIAKAN OLEH : NUR ASHIKIN BINTI AZIZ Tarikh : 21 November 2013 Masa : 5.00pm – 7.00pm Tempat : Gelanggang futsal Kumpulan : A Pensyarah : Encik Omar Bin Md Salleh Instruktor : Encik Suhaimi bin Abdul Razak Sebelum memulakan latihan, intruktor mengarahkan kami untuk melakukan latihan memanaskan badan (warm up) seperti slow jogging dan meregangkan otot (stretching) untuk mengelakkan berlakunya kekejangan atau sebarang kecederaan sepanjang latihan. Setelah melakukan aktiviti pemanasan badan kami diarahkan untuk membentuk 8 kumpulan sedia ada seperti minggu yang terdahulu untuk melakukan aktiviti yang seterusnya. Kami dikehendaki membuat bulatan untuk melakukan aktiviti “monkey”. Aktiviti “monkey” ini adalah aktiviti dimana salah seorang pemain perlu berada dalam bulatan untuk menangkap atau mendapatkan bola daripada pihak lawan. Dalam permainan ini memerlukan kemahiran mengawal dan menghantar bola kepada rakan daripada dirampas oleh pihak lawan.
  • 49. Setelah selesai menjalani aktiviti mengawal dan menghantar bola, kami diberi peluang untuk bermain futsal dan berlawan antara kumpulan. Apa yang menariknya perlawanan kali ini adalah terdapat 4 goal dalam satu permainan yang kami boleh bolosi. Perlawanan ini dimain dengan bersungguh-sungguh oleh pemain. . Gambar perlawanan
  • 50. Selepas perlawanan tamat, kami semua dikehendaki berkumpul untuk melakukan “cooling down”. Aktiviti “cooling down” perlu dilakukan supaya pelajar tidak mengalami kekejangan setelah bermain. Selepas selesai melakukan “cooling down” kami mendengar sedikit taklimat daripada Encik Omar berkenaan pretasi kami dan pasal seminar serta tournament yang bakal diadakan. Setelah selesai, kami semua dibenarkan balik.
  • 52. Rujukan Tuan : Rujukan Kami : Tarikh : 25 OKTOBER 2013 Setiausaha Agung YH Dato' Hamidin Bin Hj Mohd Amin PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA, Tingkat 3, Wisma FAM, Jalan SS 5A/9, Kelana Jaya, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN. HP+60193513800/OFFICE+60378763766 Y. Bhg Dato‟, PERMOHONAN UNTUK MENJALANKAN SEMINAR KEPEGAWAIAN DAN KEPENGADILAN FUTSAL 2013 SERTA MENDAPATKAN TENAGA PENGAJAR (INSTRUKTOR) DARI PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA. Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Ko-Futsal (CSG2051), Universiti Pendidikan Sultan Idris ingin menganjurkan satu kursus iaitu Seminar Kepegawaian dan Kepengadilan Futsal 2013. Kursus ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar untuk mendalami segala aspek yang berkaitan dengan kepegawaian dan kepengadilan permainan futsal. PUSAT KOKURIKULUM Pusat Kokurikulum, 35900 Tanjong Malim Perak Darul Ridzuan Tel: 05-4506092/6232/6270 Fax : 05-4597211 Emel: info@fss.upsi.edu.my
  • 53. 3. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak Y. Bhg. Dato‟ agar dapat mengizinkan pihak kami bagi menjalani seminar seperti yang dinyatakan di atas bertempat di Kampus Sultan Abdul Jalil, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Kami memohon jasa baik Y. Bhg. Dato‟ mengizinkan En. M.Saminathen untuk mengendalikan seminar tersebut. Maklumat lanjut seminar adalah seperti berikut: Tarikh : 16 November 2013 (Sabtu) Tempat : Dewan Kuliah DKA & Gelanggang Futsal UPSI Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Oleh yang demikian, bersama-sama ini dilampirkan salinan kertas kerja untuk makluman pihak Y. Bhg. Dato‟. Sebarang kesulitan dan permasalahan sila hubungi Pengarah Projek iaitu Saudara Arsyad Arifin bin Ismail di talian 013-5858872. Diharapkan permohonan ini dapat dipertimbangkan dan seterusnya diluluskan. Segala kerjasama dan perhatian pihak Dato' amatla dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. “KOMITED MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN” Yang benar, ............................................................................ (IRFIYANA BINTI IRWANTO) Setiausaha Ko-Futsal (CSG2051) Universiti Pendidikan Sultan Idris.
  • 54. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS LAPORAN AKTIVITI KURSUS KEPEGAWAIAN DAN KEPENGADILAN FUTSAL. TARIKH : 16 NOVEMBER 2013 TEMPAT : DKP 6 DAN GELANGGANG FUTSAL KOLEJ ZA’ABA ANJURAN: KURSUS KOKURIKULUM BERKREDIT FUTSAL (CSG2051) DENGAN KERJASAMA: PUSAT KOKURIKULUM
  • 55. 1.0 PENDAHULUAN Program ini telah dilaksanakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dalam menguruskan dan mengadili pertandingan futsal. Seterusnya dapat menarik minat para pelajar untuk melibatkan diri dalam permainan ini. Program ini juga dapat melatih mahasiswa dalam proses pengendalian dan pengelolaan aktiviti berkaitan sukan dan permainan seperti futsal agar dapat diaplikasikan dengan lebih baik dan sempurna di sekolah kelak. Selain itu, program ini juga memberikan impak positif kepada bakal guru untuk mengendalikan kejohanan futsal yang bakal diadakan nanti. 1.0 OBJEKTIF a) Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepegawaian dan kepengadilan futsal. b) Memberi kelebihan dalam pengurusan futsal kepada para pendidik. c) Memperkenalkan kepada peserta tentang peraturan dan disiplin permainan. e) Melahirkan pelajar yang berorganisasi dan berdisiplin. f) Menyediakan pelajar yang cemerlang dalam pembelajaran dan aktif dalam sukan. 2.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS Penasihat En. Omar Bin Md. Salleh Pengarah Program Arsyad Arifin Bin Ismail Timbalan Pengarah Sarinah Binti Markim Setiausaha Irfiyana Bte Irwanto
  • 56. Bendahari Siti Hanis Binti Mazlan Ajk Protokol : 1. Hazirah Binti Ab Manaf 2. Ahmad Muaz Bin Ahmad Khair 3. Mohd Zulkifli Bin Ya'azid 4. Nicholas Balai Anak Edward Endie 5. Muhammad Amir Bin Azmi 6. Aini Syazana Binti Mohd Roos 7. Engku Norhana Binti Engku Daud 8. Nur Heida Shamira Binti Haidzir 9. Mona Binti Mat Zaid Ajk Aktiviti 1. Mohd Marzuki Bin Alias 2. Nazirah Binti Basiron 3. Ahmad Ruzaini Bin Muhammad 4. Mohd Shahidan Bin Mat Yaacob 5. Sodikeen Laprapeh 6. Noorzawani Binti Ismail 7. Nurul Amirah Binti Mohd Komuri 8. Noor Ilyana Binti Idris Ajk Pendokumentasian Dan Informasi (Pdi) 1. Hafizul Bin Abdullah Hashim 2. Saravanakumar A/L Mathyvanan
  • 57. 3. Mohammad Syauqi Bin Mohd Nasir 4. Muhammad Zamir Bin Zainal 5. Nurul Syakila Binti Mohamed Darussalam 6. Iqlima Binti Abdul Shatter 7. Siti Hanis Binti Mazlan 8. Lau Jing Jing Ajk Makanan 1. Nor Mala Binti Mohd Noor 2. Siti Waridah Binti Ngadalan 3. Ahmad Zulhilmi Bin Abdul Rahim 4. Norshafika Binti Mahadi 5. Norzulaikha Binti Mohd Nasir Ajk Persiapan Tempat 1. Aliff Bin Abdullah 2. Mohamad Nor Faiz Bin Azmi 3. Muhamad Shahiman Bin Ramli 4. Vasanthraj A/L Selvam 5. Mohd Zahier Bin Othman 6. Nur Ashikin Binti Aziz 7. Nur Ismah Izzati Binti Ismail Ajk Teknikal Dan Logistik 1. Ariman Bin Ariffin 2. Mohamad Rashid Bin Mat Yusof 3. Muhammad Amir Hakimi Bin Rosli 4. Wan Anuar Bin Wan Husin 5. Nursyaza Hamiezah Binti Mohd Zin
  • 58. 6. Raudah Binti Mat Ali 7. Siti Rokiah Binti Zakaria Ajk Sijil Dan Cenderahati 1. Nuraadila Binti Mat Amin 2. Nazatul Farhanis Binti Nordin 3. Tuan Nur Fatihah Binti Tuan Aziz 4. Mohamad Natasya Bin Mohd Jusoh 5. Wan Mohd Afiq Bin Wan Mohd Zawawi 3.1) Senarai nama AJK dan tugas : BIL NAMA JAWATAN TUGAS 1 En. Omar Bin Md. Salleh Penasihat Penasihat program 2 Arsyad Arifin Bin Ismail Pengarah Program -Mengarahkan ahli jawatankuasa menjalankan tugas masing-masing -Memastikan aktiviti berjalan dengan lancar. -Memantau ahli dalam setiap aktiviti -Membuat kertas kerja 3 Sarinah Binti Markim Timbalan Pengarah -Penolong Pengarah -Membantu pengarah dalam segala hal yang diperlukan pengarah 4 Irfiyana binti Irwanto Setiausaha -Menulis laporan aktiviti -Membantu pengarah membuat kertas kerja 5 Siti Hanis Binti Mazlan Bendahari -Memungut wang penyertaan -Mengawal pembelajaan - Membuat akaun pembelajaan
  • 59. 6 1.Ariman Bin Ariffin 2.Mohamad Rashid Bin Mat Yusof 3.Muhammad Amir Hakimi Bin Rosli 4.Wan Anuar Bin Wan Husin 5.Nursyaza Hamiezah Binti Mohd Zin 6.Raudah Binti Mat Ali 7.Siti Rokiah Binti Zakaria AJK Teknikal dan logistik -Menyediakan peralatan -Memastikan peralatan selamat digunakan 7 1.Nuraadila Binti Mat Amin 2.Nazatul Farhanis Binti Nordin 3.Tuan Nur Fatihah Binti Tuan Aziz 4.Mohamad Natasya Bin Mohd Jusoh 5.Wan Mohd Afiq Bin Wan Mohd Zawawi AJK Cenderahati & Sijil -Menyediakan Cenderahati kepada penceramah jemputan dan pensyarah. -Menyediakan sijil peserta. 8 1.Hazirah Binti Ab Manaf 2.Ahmad Muaz Bin Ahmad Khair 3.Mohd Zulkifli Bin Ya'azid 4.Nicholas Balai Anak Edward Endie 5.Muhammad Amir Bin Azmi 6.Aini Syazana Binti Mohd AJK Protokol -Memastikan majlis mengikut protokol,terutamanya semasa majlis penutupan.
  • 60. Roos 7.Engku Norhana Binti Engku Daud 8.Nur Heida Shamira Binti Haidzir 9.Mona Binti Mat Zaid 9 1.Hafizul Bin Abdullah Hashim 2.Saravanakumar A/L Mathyvanan 3.Mohammad Syauqi Bin Mohd Nasir 4.Muhammad Zamir Bin Zainal 5.Nurul Syakila Binti Mohamed Darussalam 6.Iqlima Binti Abdul Shatter 7. Siti Hanis Binti Mazlan 8. Lau Jing Jing AJK Publisiti -Memberi informasi mengenai program kepada peserta -Menempah baju T-Shirt untuk peserta - Menangkap gambar sepanjang program 9 1.Aliff Bin Abdullah 2.Mohamad Nor Faiz Bin Azmi 3.Muhamad Shahiman Bin Ramli 4.Vasanthraj A/L Selvam 5.Mohd Zahier Bin Othman AJK Persiapan Tempat -Memastikan tempat selamat untuk peserta dan jurulatih. - Membuat tempahan tempat untuk program.
  • 61. 6. Nur Ashikin Binti Aziz 7.Nur Ismah Izzati Binti Ismail 10 1. Nor Mala Binti Mohd Noor 2. Siti Waridah Binti Ngadalan 3. Ahmad Zulhilmi Bin Abdul Rahim 4.Norshafika Binti Mahadi 5.Norzulaikha Binti Mohd Nasir AJK Makanan -Memastikan peserta tidak terkena keracunan makanan. -Menempah dan menyediakan makanan untuk pelajar dan tetamu jemputan. -Memastikan kebersihan tempat makan terjamin. 3.0 TENTATIF PROGRAM : Nama Penceramah : En.Saminathen Marimuthu Tajuk Ceramah : Seminar Undang-undang dan Kepengadilan Futsal. Tempat : DKP 6 dan Gelanggang Futsal , Kolej Za‟aba. MASA AKTIVITI 8.00-8.30a.m Pendaftaran Peserta 8.30-9.00a.m Ketibaan pegawai FAM / Ucapan Aluan/ Doa 9.00-1.00pm Taklimat teori Futsal / Sesi ceramah kepegawaian dan kepengadilan 1.00-2.00pm Rehat/ Solat Zohor / Makan 2.00-4.00pm Kemahiran dalam kepegawaian dan kepengadilan 5.00-6.00pm Penyampain sijil penyertaan kursus kepegawaian dan kepengadilan /Penyampaian cenderahati dan sesi penggambaran 6.00pm Bersurai MASA AKTIVITI 8.00-8.30a.m Pendaftaran Peserta 8.30-9.00a.m Ketibaan pegawai FAM / Ucapan Aluan/ Doa 9.00-1.00pm Taklimat teori Futsal / Sesi ceramah kepegawaian dan kepengadilan 1.00-2.00pm Rehat/ Solat Zohor / Makan 2.00-4.00pm Kemahiran dalam kepegawaian dan kepengadilan 5.00-6.00pm Penyampain sijil penyertaan kursus kepegawaian dan kepengadilan /Penyampaian cenderahati dan sesi penggambaran 6.00pm Bersurai
  • 62. 5.0 PENYERTAAN Program ini telah dihadiri oleh pelajar kursus kokurikulum berkredit futsal dari kumpulan A dan B seramai 106 orang peserta. ( Rujuk Lampiran) 6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN : Bil Perkara Keterangan Jumlah (RM) 1 2 3 4 Bayaran Yuran Penceramah Makanan VIP Makanan Peserta Sijil Kursus RM 500.00 X 1 RM 60.00 X 1 RM 5.00 X 106 RM 1.30 X 107 RM 500.00 RM 60.00 RM 530.00 RM 139.10 JUMLAH KESELURUHAN RM 1229.10 6.1 PENDAPATAN : Bil Perkara Keterangan Jumlah (RM) 1 Yuran Penyertaan RM 10.00 X 106 RM 1060.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 1060.00
  • 63. 7.0 PENUTUP Secara keseluruhannya seminar undang-undang dan kepengadilan futsal ini berjalan dengan lancar dan menarik minat ramai peserta serta tenaga pengajar yang hadir. Terdapat pelbagai imput yang telah diberikan oleh penceramah tentang sukan futsal terutamanya mengenai undang-undang dan kepengadilan futsal yang betul yang ditunjukkan melalui tayangan video dan juga semasa praktikal di Gelanggang Futsal. En.Saminathan selaku penceramah juga telah memberi galakan kepada peserta yng berminat untuk menjadi pengadil supaya mengambil kursus kepengadilan yang dianjurkan oleh pihak FAM. Namun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dari segi persiapan tempat dan ketetapan masa pelajar datang ke tempat ceramah. Semoga seminar yang telah dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir dan berguna pada masa akan datang. Disediakan oleh : Setiausaha, Program Kepegawaian dan Kepengadilan Futsal, Universiti Pendidikan Sultan Idris. .............................................. (IRFIYANA BINTI IRWANTO) 0193603218
  • 64. Disemak oleh : Pengarah Program, Seminar Undang-undang Futsal, Universiti Pendidikan Sultan Idris. ........................................ (ARSYAD ARFIN BIN ISMAIL) Tarikh : Disahkan oleh : Pensyarah, Kokurikulum Berkredit Futsal, Universiti Pendidikan Sultan Idris. ........................................ (EN. OMAR BIN MD. SALLEH) Tarikh :
  • 65. En.Saminathan : Penceramah undang-undang dan kepengadilan futsal. Majlis penutup seminar yang dihadiri oleh pensyarah, instruktor dan peserta di gelanggang Futsal KZ.