SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
SCE 3105                                                 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN



Praktikal 5 :                  Litar Elektrik

Hasil Pembelajaran :   Untuk menentukan kelebihan dan kekurangan litar siri dan

                       litar selari

Pernyataan Masalah :   Apakah kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam

                       litar siri dan litar selari?

Hipotesis :            Jika mentol-mentol disambung secara siri dalam litar

                       elektrik, maka kecerahan nyalaan mentol adalah sama terang.

Pemboleh ubah :        Dimanipulasikan         - Pemasangan mentol / jenis litar

                       Bergerak balas          - Kecerahan mentol

                       Dimalarkan              - Bilangan bateri dan mentol



Bahan              :   Pemegang bateri, bateri, wayar berpenebat, ammeter,
                       voltmeter, mentol lampu




KOH ING TAI                                                                        Page 1
SCE 3105                                                        FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN



Teori :
             Litar elektrik ialah lintasan yang membenarkan arus elektrik mengalir
   melaluinya. Satu litar lengkap mestilah mempunyai pembekal tenaga elektrik
   seperti bateri, wayar penyambung dan perintang. Terdapat 2 susunan litar
   elektrik iaitu litar bersiri dan litar selari.


             Litar bersiri merupakan litar yang di mana komponen-komponen litar
   disambung secara hujung ke hujung atau secara berterusan dalam satu baris
   (sederet) untuk membina satu lintasan lengkap. Satu lintasan arus, I sahaja,
   arus yang sama, mengalir di dalam litar ini, I = I1 = I2 = I3. Jumlah beza
   keupayaan, V adalah bersamaan dengan hasil tambah tiap-tiap beza
   keupayaan, V = V1 + V2 + V3.Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil
   tambah tiap-tiap perintang, R = R1 + R2 + R3. Beza keupayaan yang merentasi
   setiap perintang adalah berkadar terus dengan nilai R, (V α R). Litar ini menjadi
   tidak lengkap jika satu daripada perintangnya rosak.


             Litar selari pula merupakan litar yang di mana komponen-komponen litar
   disambung secara sebelah-menyebelah. Lebih daripada satu lintasan arus yang
   terdapat di dalam litar ini. Jumlah arus bersamaan dengan hasil tambah arus
   bagi setiap cabang lintasan, I = I1 + I2 + I3.Voltan atau beza keupayaan, V pada
   setiap perintang adalah sama, V = V1 = V2 = V3. Jumlah rintangan, R adalah
   mengikut rumus berikut, =                        . Apabila salah satu daripada perintang

   rosak,bahagian lain pada litar masih lengkap.




KOH ING TAI                                                                               Page 2
SCE 3105                                                FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN



Aktiviti 1: Membina litar siri dan selari yang ringkas.


Prosedur :
   1. Kedua-dua litar seperti di bawah dibina menggunakan pemegang bateri, bateri,
      wayar berpenebat dan 2 mentol lampu untuk setiap litar.




                                          Litar A




KOH ING TAI                                                                       Page 3
SCE 3105                                                FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN




                                          Litar B


   2. Semua wayar disambungkan dan mentol lampu diperhatikan.
   3. Ammeter dan voltmeter disambungkan ke dalam kedua-dua litar. Jadual yang
      sesuai untuk merekodkan bacaan dibina.
   4. Satu mentol dibuang di dalam setiap litar. Mentol yang tinggal diperhatikan dan
      bacaan pada kedua-dua ammeter dan voltmeter pada setiap litar dicatatkan.
   5. Seterusnya, satu lagi mentol disambungkan ke dalam siri kepada litar A.
      Mentol yang tinggal diperhatikan dan bacaan pada kedua-dua ammeter dan
      voltmeter dicatatkan.
   6. Kemudian, satu lagi mentol telah disambung secara selari pada litar B.
      Nyalaan mentol selebihnya telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan
      voltmeter telah dicatat.


KOH ING TAI                                                                       Page 4
SCE 3105    FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN




KOH ING TAI                           Page 5
SCE 3105                                                 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN



Keputusan :
Litar A : siri = 2 mentol

Litar B : selari = 2 mentol

i)
          Litar               I, A     V, V                  Kecerahan

            A                 0.2       0.3               1 malap, 1 terang

            B                 1.0       2.0                Dua-dua malap



ii) 1 mentol dibuang daripada litar

          Litar               I, A     V, V                   Kecerahan

            A                 0.0       0.0              Mentol tidak menyala

            B                 0.0       2.6                Mentol menyala



iii) 1 lagi mentol disambungkan

          Litar               I, A     V, V                   Kecerahan
            A                 0.2       1.0            Semua mentol menyala.
            B                 0.2       1.6        Semua mentol menyala dengan
                                                                malap.



Soalan penguasaan pengetahuan dan kemahiran. :
      1. Apakah yang terjadi kepada mentol dalam litar siri jika salah satu daripada
         mentol terbakar? Terangkan.


         Apabila satu biji mentol dibuang dari litar A, mentol yang tinggal tidak menyala
         Hal ini kerana, dalam litar siri, arus mengalir dalam satu lintasan sahaja. Litar
         menjadi tidak lengkap atau terbuka jika salah satu mentol dalam litar rosak
         atau terbakar.


KOH ING TAI                                                                            Page 6
SCE 3105                                                FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN



   2. Apakah yang terjadi kepada mentol dalam litar selari jika salah satu daripada
      mentol terbakar? Terangkan.
      Apabila satu biji mentol dibuang dari B mentol lain masih menyala dalam litar B
      kerana terdapat lebih daripada satu arus yang mengalir dalam litar. Ini
      bermakna bahagian lain litar masih lagi lengkap walaupon salah satu
      mentolnya terbakar.


   3. Kamu telah membina satu jaringan lampu menggunakan beberapa mentol.
      Bagaimanakah kadar kecerahan mentol berkait kepada sama ada anda
      menyambungkan mentol ke dalam litar siri atau selari?


      Dalam litar siri, jika bilangan mentol bertambah, maka mentol-mentol lain
      dalam litar tersebut akan menyala pada kadar kecerahan yang sama tetapi
      semakin malap. Hal ini kerana, hanya terdapat satu aliran arus yang sama
      dalam litar siri. Voltan juga akan semakin berkurang apabila beban bertambah
      dalam siri. Dalam litar selari pula, jika bilangan mentol bertambah, maka
      kecerahan nyalaan mentol yang lain tidak akan berubah kerana beza
      keupayaan yang mengalir dalam litar selari adalah sama dan terdapat lebih
      daripada satu aliran arus dalam litar tersebut.


   4. Apakah yang terjadi kepada mentol dalam litar siri jika mentol lain
      disambungkan secara siri ke dalam litar tersebut? Terangkan.


      Dalam litar bersiri, semakin banyak mentol, semakin banyak rintangan. Maka
      semakin berkurang arus yang mengalir. Maka kecerahan semua mentol akan
      berkurang dan sama nyalaan.


   5. Apakah yang terjadi kepada mentol di dalam litar selari jika mentol lain
      disambungkan secara selari ke dalam litar tersebut? Terangkan.


      Dalam litar selari, semakin banyak mentol, semakin kurang rintangan. Maka
      semakin meningkat arus yang mengalir. Maka, semua mentol semakin cerah.


KOH ING TAI                                                                        Page 7
SCE 3105                                                FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN



Aktiviti 2 : Membina gabungan litar siri dan selari.


Prosedur :
   1. Litar seperti rajah di bawah dibina dengan menggunakan pemegang bateri,
      bateri, suis, beberapa wayar berpenebat dan 3 mentol lampu.
   2. Suis disambungkan dan mentol lampu diperhatikan.
   3. Ammeter dan voltmeter disambungkan ke dalam litar untuk mengukur arus dan
      beza keupayaan setiap mentol. Jadual yang bersesuaian dibina untuk
      merekodkan bacaan.




                               Litar gabungan siri dan selari


   4. Seterusnya, mentol 1 dibuang. Mentol yang tinggal diperhatikan dan bacaan
      kedua-dua ammeter dan voltmeter dicatatkan.
   5. Kemudian, mentol 2 dibuang. Mentol yang tinggal diperhatikan dan bacaan
      kedua-dua ammeter dan voltmeter dicatatkan.




KOH ING TAI                                                                       Page 8
SCE 3105                                             FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN



Keputusan :
i)
         Mentol                  Nyalaan mentol                  I, A          V, V
            1              Mentol menyala dengan terang          0.30          2.40


            2              Mentol menyala dengan malap.          0.15          0.70
                           Kadar kecerahan sama dengan
                                    mentol 3.
            3              Mentol menyala dengan malap.          0.20          0.70
                            Kadar kecerahan mentol 2.




ii) Mentol 1 dibuang
        Nyalaan mentol                   I, A                           V, V
      Semua mentol tidak                 0.0                            0.0
            menyala



iii) Mentol 2 dibuang
        Nyalaan mentol                   I, A                           V, V
      Semua mentol tidak                 0.0                            0.0
            menyala


Perbincangan :


       Dalam aktiviti 1, kami telah mengenalpasti dua cara asas untuk menyambungkan
komponen-komponen dalam satu litar elektrik yang ringkas tetapi lengkap iaitu secara
siri atau selari. Litar bersiri disambung secara sebaris dari hujung ke hujung,
manakala, litar selari pula disambung secara bersebelahan. Ammeter dan voltmeter
juga disambung dalam kedua-dua litar. Ammeter disambung dengan tujuan untuk
mengukur arus elektrik yang mengalir di dalam litar. Voltmeter pula digunakan untuk
mengukur beza keupayaan antara dua titik dalam litar elektrik.


KOH ING TAI                                                                           Page 9
SCE 3105                                                  FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN




      Dalam litar A iaitu litar bersiri, satu mentol menyala dengan terang manakala
satu lagi menyala dengan malap. Hal ini kerana arus mengalir dalam satu lintasan
maka, ia berkongsi jumlah voltan yang sama. Voltan akan semakin kurang jika beban
ditambah. Semakin banyak beban, semakin banyak jumlah rintangan.
      Dalam litar B iaitu litar selari, kedua-dua nyalaan mentol mempunyai kecerahan
yang sama. Hal ini kerana, litar selari mempunyai lebih dari satu aliran arus.
      Apabila satu biji mentol dibuang dari litar A, mentol yang tinggal tidak menyala
manakala, mentol yang tinggal dalam litar B masih menyala. Hal ini kerana, dalam
litar siri, arus mengalir dalam satu lintasan sahaja. Litar menjadi tidak lengkap setelah
satu mentol dibuang. Mentol masih menyala dalam litar B kerana terdapat lebih
daripada satu arus yang mengalir dalam litar.
      Seterusnya, satu lagi mentol disambungkan ke dalam litar A dan B. Semua
mentol didapati menyala dalam litar A dan B. Namun, nyalaan mentol dalam litar B
lebih malap. Voltan yang merentangi setiap mentol V1 ,V2 dan V3 adalah sama
dengan voltan bagi bateri (V). Setiap mentol menerima voltan penuh dari bateri. Oleh
hal yang demikian, apabila satu mentol ditambah ke dalam litar selari, kecerahan
mentol tetap sama bagi ketiga-tiga mentol berkenaan. Bacaan ammeter dan voltmeter
kami menunjukkan angka 0.0 mungkin kerana kerosakan pada alat yang
menyebabkan keseluruhan aktiviti kami mendapat bacaan yang tidak tepat dan jauh
berbeza berbanding teori sebenar.
      Dalam aktiviti 2, sebuah litar gabungan telah dibina yang terdiri daripada
gabungan litar siri dan selari. Tiga mentol telah disambungkan di dalm litar. Ammeter
dan voltmeter juga disambungkan untuk mengukur arus elektrik dan beza keupayaan
yang melalui setiap mentol. Nyalaan mentol 1 merupakan yang paling terang
berbanding mentol 2 dan 3 kerana mentol 1 disambung secara siri dalam litar
tersebut. Mentol 2 dan 3 menyala malap dengan kadar kecerahan yang sama kerana
sambungan secara selari di mana beza keupayaan sama di semua tempat. Arus
semakin kurang jika beban ditambah dan jumlah rintangan lebih kecil daripada nilai
perintang yang kecil.
      Apabila mentol 1 dibuang daripada litar, mentol 2 dan 3 tidak menyala. Hal ini
disebabkan oleh litar menjadi tidak lengkap(terbuka) lalu tiada arus yang mengalir.


KOH ING TAI                                                                           Page 10
SCE 3105                                                  FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN




      Apabila mentol 2 dibuang dari litar, semua mentol menyala dengan malap pada
kecerahan yang sama. Hal ini kerana litar telah menjadi litar siri. Di dalam litar siri,
voltan akan semakin rendah jika mentol bertambah. Arus mengalir juga menjadi
rendah dan jumlah rintangan akan meningkat jika mentol ditambah.


Kesimpulan :
Mentol yang disambung secara siri dalam litar elektrik menghasilkan nyalaan mentol
yang sama terang tetapi malap. Litar ini menjadi tidak lengkap jika satu daripada
mentol rosak. Manakala, mentol yang disambung secara selari dalam litar elektrik
menghasilkan nyalaan mentol yang sama dan terang. Apabila salah satu daripada
mentol rosak,bahagian lain pada litar masih lengkap.


Soalan penguasaan pengetahuan dan kemahiran:
   1. Apakah yang berlaku kepada mentol lain di dalam litar apabila mentol 1
      dibuang? Terangkan.


      Apabila mentol 1 dibuang daripada litar, mentol 2 dan 3 tidak menyala. Hal ini
      disebabkan oleh litar menjadi tidak lengkap(terbuka) lalu tiada arus yang
      mengalir.


   2. Apakah yang berlaku kepada mentol lain dalam litar apabila mentol 2 dibuang?
      Terangkan.


      Apabila mentol kedua dikeluarkan, mentol ketiga akan bersiri secara langsung
      dengan mentol pertama. Rintangan, R menjadi semakin meningkat dan
      melebihi jumlah rintangan sebelum mentol kedua dikeluarkan. Kecerahan
      mentol ketiga adalah sama dengan kecerahan mentol pertama. Jadi, arus yang
      mengalir pada kedua-dua mentol tersebut adalah sama.




   3. Litar manakah yang anda mahu di rumah anda, adakah siri atau selari atau


KOH ING TAI                                                                         Page 11
SCE 3105                                               FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN



      gabungan keduanya? Terangkan alasan anda.


      Litar selari kerana apabila terdapat kerosakan pada salah satu daripada
      komponen elektrik atau perintang dalam litar, bahagian lain masih boleh
      berfungsi atau digunakan. Hal ini disebabkan oleh terdapat lebih daripada satu
      arus elektrik yang mengalir dalam litar selari. Selain itu, semua peralatan
      elektrik mendapat jumlah beza keupayaan yang sama rata. Walaupun, beza
      keupayaan sama, tetapi arus elektrik yang mengalir berbeza. Hal ini
      membolehkan kipas dihidupkan walaupun lampu ditutup.




KOH ING TAI                                                                     Page 12

More Related Content

What's hot

hukum asas litar elektrik
hukum asas litar elektrikhukum asas litar elektrik
hukum asas litar elektriksf c
 
Alat Alat Ukur Seri dan Paralel
Alat Alat Ukur Seri dan ParalelAlat Alat Ukur Seri dan Paralel
Alat Alat Ukur Seri dan Paralelwahyusrisayekti
 
Lembar kegiatan siswa
Lembar kegiatan siswa Lembar kegiatan siswa
Lembar kegiatan siswa eka noviana
 
Rangkaian listrik sederhana
Rangkaian listrik sederhanaRangkaian listrik sederhana
Rangkaian listrik sederhanaRizka Andarosita
 
Laporan praktikum rangkaian seri dan paralel
Laporan praktikum rangkaian seri dan paralel Laporan praktikum rangkaian seri dan paralel
Laporan praktikum rangkaian seri dan paralel Maulitsa Putriyono
 
Materi Energi Listrik - IPA Sekolah Dasar Kelas 6 Semester II
Materi Energi Listrik - IPA Sekolah Dasar Kelas 6 Semester IIMateri Energi Listrik - IPA Sekolah Dasar Kelas 6 Semester II
Materi Energi Listrik - IPA Sekolah Dasar Kelas 6 Semester IIRini Dwicahyanti
 
Rangkaian Seri dan Paralel
Rangkaian Seri dan ParalelRangkaian Seri dan Paralel
Rangkaian Seri dan ParalelD'jihad Adja
 
RESISTANSI SERI, PARALEL, DAN GABUNGAN
RESISTANSI SERI, PARALEL, DAN GABUNGANRESISTANSI SERI, PARALEL, DAN GABUNGAN
RESISTANSI SERI, PARALEL, DAN GABUNGANPRAMITHA GALUH
 
1 arus searah (1)
1 arus searah (1)1 arus searah (1)
1 arus searah (1)Dy Chems
 
Laporan Praktikum Rangkaian Seri Paralel
Laporan Praktikum Rangkaian Seri ParalelLaporan Praktikum Rangkaian Seri Paralel
Laporan Praktikum Rangkaian Seri ParalelAnnisa Icha
 
Rangkaian Dasar Seri Paralel
Rangkaian Dasar Seri ParalelRangkaian Dasar Seri Paralel
Rangkaian Dasar Seri ParalelAris Widodo
 
7.5 7.6 7.7
7.5 7.6 7.77.5 7.6 7.7
7.5 7.6 7.7zealot90
 

What's hot (20)

Litar siri dan selari
Litar siri dan selariLitar siri dan selari
Litar siri dan selari
 
Rangkaian listrik paralel
Rangkaian listrik paralelRangkaian listrik paralel
Rangkaian listrik paralel
 
hukum asas litar elektrik
hukum asas litar elektrikhukum asas litar elektrik
hukum asas litar elektrik
 
Alat Alat Ukur Seri dan Paralel
Alat Alat Ukur Seri dan ParalelAlat Alat Ukur Seri dan Paralel
Alat Alat Ukur Seri dan Paralel
 
Lembar kegiatan siswa
Lembar kegiatan siswa Lembar kegiatan siswa
Lembar kegiatan siswa
 
Rangkaian Listrik
Rangkaian ListrikRangkaian Listrik
Rangkaian Listrik
 
arus listrik
arus listrikarus listrik
arus listrik
 
Rangkaian listrik sederhana
Rangkaian listrik sederhanaRangkaian listrik sederhana
Rangkaian listrik sederhana
 
Laporan praktikum rangkaian seri dan paralel
Laporan praktikum rangkaian seri dan paralel Laporan praktikum rangkaian seri dan paralel
Laporan praktikum rangkaian seri dan paralel
 
Teori dasar listrik
Teori dasar listrikTeori dasar listrik
Teori dasar listrik
 
Materi Energi Listrik - IPA Sekolah Dasar Kelas 6 Semester II
Materi Energi Listrik - IPA Sekolah Dasar Kelas 6 Semester IIMateri Energi Listrik - IPA Sekolah Dasar Kelas 6 Semester II
Materi Energi Listrik - IPA Sekolah Dasar Kelas 6 Semester II
 
PPT Rangkaian Listrik
PPT Rangkaian ListrikPPT Rangkaian Listrik
PPT Rangkaian Listrik
 
Rangkaian Seri dan Paralel
Rangkaian Seri dan ParalelRangkaian Seri dan Paralel
Rangkaian Seri dan Paralel
 
RESISTANSI SERI, PARALEL, DAN GABUNGAN
RESISTANSI SERI, PARALEL, DAN GABUNGANRESISTANSI SERI, PARALEL, DAN GABUNGAN
RESISTANSI SERI, PARALEL, DAN GABUNGAN
 
Resistansi
ResistansiResistansi
Resistansi
 
1 arus searah (1)
1 arus searah (1)1 arus searah (1)
1 arus searah (1)
 
ELEKTRIK
ELEKTRIKELEKTRIK
ELEKTRIK
 
Laporan Praktikum Rangkaian Seri Paralel
Laporan Praktikum Rangkaian Seri ParalelLaporan Praktikum Rangkaian Seri Paralel
Laporan Praktikum Rangkaian Seri Paralel
 
Rangkaian Dasar Seri Paralel
Rangkaian Dasar Seri ParalelRangkaian Dasar Seri Paralel
Rangkaian Dasar Seri Paralel
 
7.5 7.6 7.7
7.5 7.6 7.77.5 7.6 7.7
7.5 7.6 7.7
 

Viewers also liked

Pengukuran Kuantiti Fizik SCES Fizik Am
Pengukuran Kuantiti Fizik SCES Fizik AmPengukuran Kuantiti Fizik SCES Fizik Am
Pengukuran Kuantiti Fizik SCES Fizik AmKoh Kok An
 
Alat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuranAlat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuranYuseri Bujang
 
Senarai formula fizik F4
Senarai formula fizik F4Senarai formula fizik F4
Senarai formula fizik F4Ramli Rem
 
Cara mengukur jisim menggunakan neraca tiga palang
Cara mengukur jisim menggunakan neraca tiga palangCara mengukur jisim menggunakan neraca tiga palang
Cara mengukur jisim menggunakan neraca tiga palangIzzat Najmi
 

Viewers also liked (6)

FIZIK T4 1.4
FIZIK T4 1.4FIZIK T4 1.4
FIZIK T4 1.4
 
Pengukuran Kuantiti Fizik SCES Fizik Am
Pengukuran Kuantiti Fizik SCES Fizik AmPengukuran Kuantiti Fizik SCES Fizik Am
Pengukuran Kuantiti Fizik SCES Fizik Am
 
Alat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuranAlat-alat pengukuran
Alat-alat pengukuran
 
Senarai formula fizik F4
Senarai formula fizik F4Senarai formula fizik F4
Senarai formula fizik F4
 
Cara mengukur jisim menggunakan neraca tiga palang
Cara mengukur jisim menggunakan neraca tiga palangCara mengukur jisim menggunakan neraca tiga palang
Cara mengukur jisim menggunakan neraca tiga palang
 
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
Koleksi Makna, Istilah Dan Formula Fizik SPM (Tingkatan 4 & 5)
 

Similar to Litar Elektrik

Bab 1 elektrik kt tingkatan 1 ( edit )
Bab 1 elektrik kt tingkatan 1 ( edit )Bab 1 elektrik kt tingkatan 1 ( edit )
Bab 1 elektrik kt tingkatan 1 ( edit )Wong Kow Pin
 
Bab 2 listrik dinamis
Bab 2 listrik dinamisBab 2 listrik dinamis
Bab 2 listrik dinamisMustahal SSi
 
Rangkaian listrik tertutup_loop(Closeloop)
Rangkaian listrik tertutup_loop(Closeloop)Rangkaian listrik tertutup_loop(Closeloop)
Rangkaian listrik tertutup_loop(Closeloop)Bung Abdibayor
 
Bab 1 elektrik kt tingkatan 1
Bab 1 elektrik kt tingkatan 1Bab 1 elektrik kt tingkatan 1
Bab 1 elektrik kt tingkatan 1Wong Kow Pin
 
ELECTRICS CIRCUIT
ELECTRICS CIRCUITELECTRICS CIRCUIT
ELECTRICS CIRCUITnaufalnuh
 
R1 dan r2 rangkaian astabel dan monostabel
R1 dan r2 rangkaian astabel dan monostabelR1 dan r2 rangkaian astabel dan monostabel
R1 dan r2 rangkaian astabel dan monostabelNurul Hasanah
 
Soalan elektronik ting2
Soalan elektronik ting2Soalan elektronik ting2
Soalan elektronik ting2jamalfaz78
 
Exercise on electronic circuit
Exercise on electronic circuitExercise on electronic circuit
Exercise on electronic circuitS N M P Simamora
 
4 pengukuran arus dan tegangan
4 pengukuran arus dan tegangan4 pengukuran arus dan tegangan
4 pengukuran arus dan teganganSimon Patabang
 
Teknologi pendidikan
Teknologi pendidikanTeknologi pendidikan
Teknologi pendidikandurga gga
 
Elektrik
ElektrikElektrik
Elektrikroyzamy
 
LISTRIK DINAMJS.pdf
LISTRIK DINAMJS.pdfLISTRIK DINAMJS.pdf
LISTRIK DINAMJS.pdfNANA777098
 
LISTRIK ARUS SEARAH (DC)
LISTRIK ARUS SEARAH (DC)LISTRIK ARUS SEARAH (DC)
LISTRIK ARUS SEARAH (DC)materipptgc
 

Similar to Litar Elektrik (20)

Bab 1 elektrik kt tingkatan 1 ( edit )
Bab 1 elektrik kt tingkatan 1 ( edit )Bab 1 elektrik kt tingkatan 1 ( edit )
Bab 1 elektrik kt tingkatan 1 ( edit )
 
Bab 2 listrik dinamis
Bab 2 listrik dinamisBab 2 listrik dinamis
Bab 2 listrik dinamis
 
Rangkaian listrik tertutup_loop(Closeloop)
Rangkaian listrik tertutup_loop(Closeloop)Rangkaian listrik tertutup_loop(Closeloop)
Rangkaian listrik tertutup_loop(Closeloop)
 
Bab 1 elektrik kt tingkatan 1
Bab 1 elektrik kt tingkatan 1Bab 1 elektrik kt tingkatan 1
Bab 1 elektrik kt tingkatan 1
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
ELECTRICS CIRCUIT
ELECTRICS CIRCUITELECTRICS CIRCUIT
ELECTRICS CIRCUIT
 
Listrik dinamis
Listrik dinamisListrik dinamis
Listrik dinamis
 
R1 dan r2 rangkaian astabel dan monostabel
R1 dan r2 rangkaian astabel dan monostabelR1 dan r2 rangkaian astabel dan monostabel
R1 dan r2 rangkaian astabel dan monostabel
 
Ttl 1
Ttl 1Ttl 1
Ttl 1
 
Listrik dan magnet
Listrik dan magnetListrik dan magnet
Listrik dan magnet
 
Soalan elektronik ting2
Soalan elektronik ting2Soalan elektronik ting2
Soalan elektronik ting2
 
Ttl 2
Ttl 2Ttl 2
Ttl 2
 
Exercise on electronic circuit
Exercise on electronic circuitExercise on electronic circuit
Exercise on electronic circuit
 
4 pengukuran arus dan tegangan
4 pengukuran arus dan tegangan4 pengukuran arus dan tegangan
4 pengukuran arus dan tegangan
 
Teknologi pendidikan
Teknologi pendidikanTeknologi pendidikan
Teknologi pendidikan
 
Elektrik
ElektrikElektrik
Elektrik
 
Elektrik
ElektrikElektrik
Elektrik
 
Rangkaian
RangkaianRangkaian
Rangkaian
 
LISTRIK DINAMJS.pdf
LISTRIK DINAMJS.pdfLISTRIK DINAMJS.pdf
LISTRIK DINAMJS.pdf
 
LISTRIK ARUS SEARAH (DC)
LISTRIK ARUS SEARAH (DC)LISTRIK ARUS SEARAH (DC)
LISTRIK ARUS SEARAH (DC)
 

Litar Elektrik

  • 1. SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN Praktikal 5 : Litar Elektrik Hasil Pembelajaran : Untuk menentukan kelebihan dan kekurangan litar siri dan litar selari Pernyataan Masalah : Apakah kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam litar siri dan litar selari? Hipotesis : Jika mentol-mentol disambung secara siri dalam litar elektrik, maka kecerahan nyalaan mentol adalah sama terang. Pemboleh ubah : Dimanipulasikan - Pemasangan mentol / jenis litar Bergerak balas - Kecerahan mentol Dimalarkan - Bilangan bateri dan mentol Bahan : Pemegang bateri, bateri, wayar berpenebat, ammeter, voltmeter, mentol lampu KOH ING TAI Page 1
  • 2. SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN Teori : Litar elektrik ialah lintasan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Satu litar lengkap mestilah mempunyai pembekal tenaga elektrik seperti bateri, wayar penyambung dan perintang. Terdapat 2 susunan litar elektrik iaitu litar bersiri dan litar selari. Litar bersiri merupakan litar yang di mana komponen-komponen litar disambung secara hujung ke hujung atau secara berterusan dalam satu baris (sederet) untuk membina satu lintasan lengkap. Satu lintasan arus, I sahaja, arus yang sama, mengalir di dalam litar ini, I = I1 = I2 = I3. Jumlah beza keupayaan, V adalah bersamaan dengan hasil tambah tiap-tiap beza keupayaan, V = V1 + V2 + V3.Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap perintang, R = R1 + R2 + R3. Beza keupayaan yang merentasi setiap perintang adalah berkadar terus dengan nilai R, (V α R). Litar ini menjadi tidak lengkap jika satu daripada perintangnya rosak. Litar selari pula merupakan litar yang di mana komponen-komponen litar disambung secara sebelah-menyebelah. Lebih daripada satu lintasan arus yang terdapat di dalam litar ini. Jumlah arus bersamaan dengan hasil tambah arus bagi setiap cabang lintasan, I = I1 + I2 + I3.Voltan atau beza keupayaan, V pada setiap perintang adalah sama, V = V1 = V2 = V3. Jumlah rintangan, R adalah mengikut rumus berikut, = . Apabila salah satu daripada perintang rosak,bahagian lain pada litar masih lengkap. KOH ING TAI Page 2
  • 3. SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN Aktiviti 1: Membina litar siri dan selari yang ringkas. Prosedur : 1. Kedua-dua litar seperti di bawah dibina menggunakan pemegang bateri, bateri, wayar berpenebat dan 2 mentol lampu untuk setiap litar. Litar A KOH ING TAI Page 3
  • 4. SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN Litar B 2. Semua wayar disambungkan dan mentol lampu diperhatikan. 3. Ammeter dan voltmeter disambungkan ke dalam kedua-dua litar. Jadual yang sesuai untuk merekodkan bacaan dibina. 4. Satu mentol dibuang di dalam setiap litar. Mentol yang tinggal diperhatikan dan bacaan pada kedua-dua ammeter dan voltmeter pada setiap litar dicatatkan. 5. Seterusnya, satu lagi mentol disambungkan ke dalam siri kepada litar A. Mentol yang tinggal diperhatikan dan bacaan pada kedua-dua ammeter dan voltmeter dicatatkan. 6. Kemudian, satu lagi mentol telah disambung secara selari pada litar B. Nyalaan mentol selebihnya telah diperhatikan dan bacaan ammeter dan voltmeter telah dicatat. KOH ING TAI Page 4
  • 5. SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN KOH ING TAI Page 5
  • 6. SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN Keputusan : Litar A : siri = 2 mentol Litar B : selari = 2 mentol i) Litar I, A V, V Kecerahan A 0.2 0.3 1 malap, 1 terang B 1.0 2.0 Dua-dua malap ii) 1 mentol dibuang daripada litar Litar I, A V, V Kecerahan A 0.0 0.0 Mentol tidak menyala B 0.0 2.6 Mentol menyala iii) 1 lagi mentol disambungkan Litar I, A V, V Kecerahan A 0.2 1.0 Semua mentol menyala. B 0.2 1.6 Semua mentol menyala dengan malap. Soalan penguasaan pengetahuan dan kemahiran. : 1. Apakah yang terjadi kepada mentol dalam litar siri jika salah satu daripada mentol terbakar? Terangkan. Apabila satu biji mentol dibuang dari litar A, mentol yang tinggal tidak menyala Hal ini kerana, dalam litar siri, arus mengalir dalam satu lintasan sahaja. Litar menjadi tidak lengkap atau terbuka jika salah satu mentol dalam litar rosak atau terbakar. KOH ING TAI Page 6
  • 7. SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN 2. Apakah yang terjadi kepada mentol dalam litar selari jika salah satu daripada mentol terbakar? Terangkan. Apabila satu biji mentol dibuang dari B mentol lain masih menyala dalam litar B kerana terdapat lebih daripada satu arus yang mengalir dalam litar. Ini bermakna bahagian lain litar masih lagi lengkap walaupon salah satu mentolnya terbakar. 3. Kamu telah membina satu jaringan lampu menggunakan beberapa mentol. Bagaimanakah kadar kecerahan mentol berkait kepada sama ada anda menyambungkan mentol ke dalam litar siri atau selari? Dalam litar siri, jika bilangan mentol bertambah, maka mentol-mentol lain dalam litar tersebut akan menyala pada kadar kecerahan yang sama tetapi semakin malap. Hal ini kerana, hanya terdapat satu aliran arus yang sama dalam litar siri. Voltan juga akan semakin berkurang apabila beban bertambah dalam siri. Dalam litar selari pula, jika bilangan mentol bertambah, maka kecerahan nyalaan mentol yang lain tidak akan berubah kerana beza keupayaan yang mengalir dalam litar selari adalah sama dan terdapat lebih daripada satu aliran arus dalam litar tersebut. 4. Apakah yang terjadi kepada mentol dalam litar siri jika mentol lain disambungkan secara siri ke dalam litar tersebut? Terangkan. Dalam litar bersiri, semakin banyak mentol, semakin banyak rintangan. Maka semakin berkurang arus yang mengalir. Maka kecerahan semua mentol akan berkurang dan sama nyalaan. 5. Apakah yang terjadi kepada mentol di dalam litar selari jika mentol lain disambungkan secara selari ke dalam litar tersebut? Terangkan. Dalam litar selari, semakin banyak mentol, semakin kurang rintangan. Maka semakin meningkat arus yang mengalir. Maka, semua mentol semakin cerah. KOH ING TAI Page 7
  • 8. SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN Aktiviti 2 : Membina gabungan litar siri dan selari. Prosedur : 1. Litar seperti rajah di bawah dibina dengan menggunakan pemegang bateri, bateri, suis, beberapa wayar berpenebat dan 3 mentol lampu. 2. Suis disambungkan dan mentol lampu diperhatikan. 3. Ammeter dan voltmeter disambungkan ke dalam litar untuk mengukur arus dan beza keupayaan setiap mentol. Jadual yang bersesuaian dibina untuk merekodkan bacaan. Litar gabungan siri dan selari 4. Seterusnya, mentol 1 dibuang. Mentol yang tinggal diperhatikan dan bacaan kedua-dua ammeter dan voltmeter dicatatkan. 5. Kemudian, mentol 2 dibuang. Mentol yang tinggal diperhatikan dan bacaan kedua-dua ammeter dan voltmeter dicatatkan. KOH ING TAI Page 8
  • 9. SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN Keputusan : i) Mentol Nyalaan mentol I, A V, V 1 Mentol menyala dengan terang 0.30 2.40 2 Mentol menyala dengan malap. 0.15 0.70 Kadar kecerahan sama dengan mentol 3. 3 Mentol menyala dengan malap. 0.20 0.70 Kadar kecerahan mentol 2. ii) Mentol 1 dibuang Nyalaan mentol I, A V, V Semua mentol tidak 0.0 0.0 menyala iii) Mentol 2 dibuang Nyalaan mentol I, A V, V Semua mentol tidak 0.0 0.0 menyala Perbincangan : Dalam aktiviti 1, kami telah mengenalpasti dua cara asas untuk menyambungkan komponen-komponen dalam satu litar elektrik yang ringkas tetapi lengkap iaitu secara siri atau selari. Litar bersiri disambung secara sebaris dari hujung ke hujung, manakala, litar selari pula disambung secara bersebelahan. Ammeter dan voltmeter juga disambung dalam kedua-dua litar. Ammeter disambung dengan tujuan untuk mengukur arus elektrik yang mengalir di dalam litar. Voltmeter pula digunakan untuk mengukur beza keupayaan antara dua titik dalam litar elektrik. KOH ING TAI Page 9
  • 10. SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN Dalam litar A iaitu litar bersiri, satu mentol menyala dengan terang manakala satu lagi menyala dengan malap. Hal ini kerana arus mengalir dalam satu lintasan maka, ia berkongsi jumlah voltan yang sama. Voltan akan semakin kurang jika beban ditambah. Semakin banyak beban, semakin banyak jumlah rintangan. Dalam litar B iaitu litar selari, kedua-dua nyalaan mentol mempunyai kecerahan yang sama. Hal ini kerana, litar selari mempunyai lebih dari satu aliran arus. Apabila satu biji mentol dibuang dari litar A, mentol yang tinggal tidak menyala manakala, mentol yang tinggal dalam litar B masih menyala. Hal ini kerana, dalam litar siri, arus mengalir dalam satu lintasan sahaja. Litar menjadi tidak lengkap setelah satu mentol dibuang. Mentol masih menyala dalam litar B kerana terdapat lebih daripada satu arus yang mengalir dalam litar. Seterusnya, satu lagi mentol disambungkan ke dalam litar A dan B. Semua mentol didapati menyala dalam litar A dan B. Namun, nyalaan mentol dalam litar B lebih malap. Voltan yang merentangi setiap mentol V1 ,V2 dan V3 adalah sama dengan voltan bagi bateri (V). Setiap mentol menerima voltan penuh dari bateri. Oleh hal yang demikian, apabila satu mentol ditambah ke dalam litar selari, kecerahan mentol tetap sama bagi ketiga-tiga mentol berkenaan. Bacaan ammeter dan voltmeter kami menunjukkan angka 0.0 mungkin kerana kerosakan pada alat yang menyebabkan keseluruhan aktiviti kami mendapat bacaan yang tidak tepat dan jauh berbeza berbanding teori sebenar. Dalam aktiviti 2, sebuah litar gabungan telah dibina yang terdiri daripada gabungan litar siri dan selari. Tiga mentol telah disambungkan di dalm litar. Ammeter dan voltmeter juga disambungkan untuk mengukur arus elektrik dan beza keupayaan yang melalui setiap mentol. Nyalaan mentol 1 merupakan yang paling terang berbanding mentol 2 dan 3 kerana mentol 1 disambung secara siri dalam litar tersebut. Mentol 2 dan 3 menyala malap dengan kadar kecerahan yang sama kerana sambungan secara selari di mana beza keupayaan sama di semua tempat. Arus semakin kurang jika beban ditambah dan jumlah rintangan lebih kecil daripada nilai perintang yang kecil. Apabila mentol 1 dibuang daripada litar, mentol 2 dan 3 tidak menyala. Hal ini disebabkan oleh litar menjadi tidak lengkap(terbuka) lalu tiada arus yang mengalir. KOH ING TAI Page 10
  • 11. SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN Apabila mentol 2 dibuang dari litar, semua mentol menyala dengan malap pada kecerahan yang sama. Hal ini kerana litar telah menjadi litar siri. Di dalam litar siri, voltan akan semakin rendah jika mentol bertambah. Arus mengalir juga menjadi rendah dan jumlah rintangan akan meningkat jika mentol ditambah. Kesimpulan : Mentol yang disambung secara siri dalam litar elektrik menghasilkan nyalaan mentol yang sama terang tetapi malap. Litar ini menjadi tidak lengkap jika satu daripada mentol rosak. Manakala, mentol yang disambung secara selari dalam litar elektrik menghasilkan nyalaan mentol yang sama dan terang. Apabila salah satu daripada mentol rosak,bahagian lain pada litar masih lengkap. Soalan penguasaan pengetahuan dan kemahiran: 1. Apakah yang berlaku kepada mentol lain di dalam litar apabila mentol 1 dibuang? Terangkan. Apabila mentol 1 dibuang daripada litar, mentol 2 dan 3 tidak menyala. Hal ini disebabkan oleh litar menjadi tidak lengkap(terbuka) lalu tiada arus yang mengalir. 2. Apakah yang berlaku kepada mentol lain dalam litar apabila mentol 2 dibuang? Terangkan. Apabila mentol kedua dikeluarkan, mentol ketiga akan bersiri secara langsung dengan mentol pertama. Rintangan, R menjadi semakin meningkat dan melebihi jumlah rintangan sebelum mentol kedua dikeluarkan. Kecerahan mentol ketiga adalah sama dengan kecerahan mentol pertama. Jadi, arus yang mengalir pada kedua-dua mentol tersebut adalah sama. 3. Litar manakah yang anda mahu di rumah anda, adakah siri atau selari atau KOH ING TAI Page 11
  • 12. SCE 3105 FIZIK DALAM KEHIDUPAN HARIAN gabungan keduanya? Terangkan alasan anda. Litar selari kerana apabila terdapat kerosakan pada salah satu daripada komponen elektrik atau perintang dalam litar, bahagian lain masih boleh berfungsi atau digunakan. Hal ini disebabkan oleh terdapat lebih daripada satu arus elektrik yang mengalir dalam litar selari. Selain itu, semua peralatan elektrik mendapat jumlah beza keupayaan yang sama rata. Walaupun, beza keupayaan sama, tetapi arus elektrik yang mengalir berbeza. Hal ini membolehkan kipas dihidupkan walaupun lampu ditutup. KOH ING TAI Page 12