Ride the Storm: Navigating Through Unstable Periods / Katerina Rudko (Belka G...
Doa untuk anak menghadapi peperiksaan
1. DOA PERHIMPUNAN PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN SPM
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah. Ya
Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa saudara mara kami, dosa
ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah Ya Ghofur Ya Raouf
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa
bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa
yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid
Hari ini kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah dan permudahkanlah untuk kami menjawab kertas
peperiksaan SPM bagi matapelajaran ……………………………………. sebentar lagi. Jauhilah kami daripada perasaan
resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap soalan
sepertimana skema jawapan.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini. Makbulkanlah permintaan kami agar
dapat mencapai sasaran ……………………………. bagi kualiti dan …………………………….bagi kuantiti sekolah kami.
Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, sebagai pembuka jalan untuk kami menjadi hamba Mu
yang soleh dan menghampirkan diri kepada Mu. Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di
dunia dan cemerlang di akhirat.
Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim
Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada
Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha
memakbulkan doa doa kami Ya Allah..……