SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Download to read offline
Kemunculan Tamadun Awal Manusia >> Tamadun Manusia
1.2 : Tamadun Manusia

Maksud Tamadun
* Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun dan madain yang disebut
madana yang bermaksud ketinggian budi bahasa dan pembukaan bandar.
* Dalam bahasa Inggerisnya disebut civilization yang bermaksud peradaban.
* Masyarakat Barat mengaitkan tamadun dengan pembangunan lahiriah yang menyentuh hal-
hal seperti penulisan, undang-undang, kesenian, danpembandaran.
* Sarjana Barat seperti Goldon Childe, D. Riberio, dan R. A Buchanan menyatakan kayu ukur
tamadun sesuatu bangsa ialah melalui pencapaian lahiriah semata-mata.
* Manakala menurut sarjana Islam pula, tamadun mestilah merangkumi kemajuan lahiriah dan
rohaniah. Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun berkait rapat dengan pencapaian tata susila
dan kebudayaan yang tinggi dalam masyarakat.
* Ibn Khaldun dalam buku Muqaddimah telah menganggap bahawa kehidupan di bandar ialah
kehidupan bertamadun kerana di sini wujud semangat kerjasama dan kehidupan yang penuh
dengan tata susila, kesopanan dan moral yang tinggi.




Peningkatan Tamadun >> Sumbangan Tamadun
2.3 : Sumbangan Tamadun
* Aspek politik : Demokrasi, Republik.
* Aspek Sosial : Sukan Olimpik 776SM � hormati Tuhan Zeus. Awalnya disertai Athens, Sparta, Corinth,
Thebes, Olympia, dan Argos,4 tahun sekali.
* Hasil karya: Illiad dan Odyssey, Mahabarata dan Ramayana. Bahasa Latin dan Sanskrit yang diguna
pakai dalam kristian dan Buddha-Hindu.
* Pendidikan : sistem peperiksaan. Perkembangan sains dan teknologi - matematik, astronomi, fizik,
perubatan, Teori Phytogoras, dan Teori Archimedes.
* Binaan: Agama dan budaya. Kewujudan ahli falsafah.




Peningkatan Tamadun >> Agama dan Tamadun Manusia
2.4 : Agama dan Tamadun Manusia
Keperluan dalam pembentukan dan peningkatan tamadun. Suatu kepercayaan atau ajaran kepada
manusia. Antara kepercyaan dan agama yang dianuti ialah Hindu, Buddha, Kristian, Islam, Confunianisme,
dan Toaisme.
1. Agama Hindu
* Perkataan Hindu dari sungai Sindhu(Indus) Dikenali juga sebagai Sanata Dharma - peraturan kerohanian
yang kekal abadi. Semakin jelas dlm zaman vedik. Tuhan 3 fungsi : Mencipta (Brahman), Memelihara(
Vishnu, membinasa( Siva). Enam aliran: Saivisme, Vaishavisme, Saktham, Ganapathym, Kaumaram, dan
Saura.
* Sejak empayar Maurya penting - didominasi Brahmin. Percaya hukum karma - kelakuan manusia semasa
hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula bergantung pada karma dan tujuan hidup
untuk capai maksya- kebebasan mutlak iaitu bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir lagi..
* Capai kegemilangan Zaman Gupta 320 - 520M. Zaman Asoka saingan dengan Buddha.
2. Agama Buddha
* Diasaskan Siddhaarta Gautama. Dianggap penentangan golongan Kystria terhadap Brahmin. Lihat
ketidakaadilan Kasta dalam agama dan kehidupan, cari ketenangan. Capai ketenangan dan pengajaran
dibaweah pokok Boddhidi Uruveda. Dapat larikan diri dari kesengsaraan. Asas ajaran 4 kebenaran mulia
dan Jalan 8 lapis.
* Kegemilangan dlm. Zaman Asoka - jadi agama rasmi Dinasti Maurya. Buddha: guna bahasa Pali, Kitab
Tripitaka - kitab suci mengandungi Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka, dan Abhidhamma Pitaka. * Empat
kebenaran yang mulia
a. Kehidupan penuh dengan kepahitan
b. Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu
c. Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu
d. Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan cara Jalan Lapan Lapis


3. Agama Kristian
1. Penganut kristian percaya ia diasaskan oleh Jesus Christ, berasal Jerusalem. 25 Dis,dianggap hari
lahirnya disebut sebagai Hari Natal. Kitab Suci : Old Testament dan New Testament - dikenali sebagi bible.
2. Mendapat tempat dalam Tamadun Rom tertama zaman Constantine 280 - 337 SM. Sebelumnya
masyarakat beragama pagan - suatu kepercayaan tidak percaya pada agama.
3. Mereka yang terlibat dengan agama dikecuali daripada melakukan sebarang pekerjaan berat.
4. Hari Ahad hari kegiatan agama. Zaman Rom dianggap Zaman Empayar Kristian.

4. Agama Islam
1. Diwahyukan kepada Nabi Muhamad saw pada 6 Ogos 610M atau 17 Ramadhan, melalui Jibril di Gua
Hira. Berlaku tentangan daripada orang Quraisy Makkah. Sebagai pelindungan berhijrah ke Yathrib atau
Madinah pada 622M atau 1 Rabiulawal.
2. Di Madinah Islam berkembang Dua teras dalam Islam : akidah dan syariah. Akidah membentuk
keyakinan seluruh jiwa fizikal dan rohaniah terhadap keesaan Allah swt. Syariah merupakan peraturan atau
undang-undang yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis. - Petunjuk kepada orang Islam. Akidah dan
Syariah sumber ketamadunan Islam.
3. Asas kepercayaan - percaya kepada Rukun Iman dan Rukun Islam.
5. Confucianisme
1. Diasaskan oleh Confucius 551SM., Shangtung atau Lu. Seorang pegawai kerajaan kemudian letak
jawatan. Confucius disembah sebagai tuhan.
2. Ajaran menekan prinsip moral yang tinggi spt perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaat kepada
ibubapa (xiao).
3. Untuk mencapai harus ada ketinggi pendidikan.
6. Toaisme
1. Diasaskan oleh Lao Tze. Dilahir di Chu 604 SM. Bvekerja di Chou. Kembara keluar. Tulis buku Tao Te
Ching.
2. Asalnya berbentuk falsafah kemudian tukar jadi agama.
3. Tumpukan konsep Tao atau jalan. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao. Manusia tidak harus bertindak
terhadap apa-apa yang berlaku - berkaitan dengan konsep wu-wei iaitu tidak mengambil tindakan. Jika
tidak akan merosakkan dunia. Oleh itu Lao Tze anggap manusia boleh ubah ke arah kebaikan.



3.1 : Bentuk Kerajaan Awal

Pembahagian Kerajaan Awal Asia Tenggara
* Terbahagi kepada kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara dan kerajaan di Kepulauan AsiaTenggara.
* Kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara terdiri daripada kerajaan Funan, Angkor, dan Ayuthia.
* Kerajaan di Kepulauan Asia Tenggara terdiri daripada kerajaan Kedah Tua, Langkasuka (di Tanah Melayu)
dan Srivijaya, Majapahit (di Kepulauan Indonesia).

Bentuk-Bentuk dan ciri-ciri Kerajaan Awal AsiaTenggara
* Kerajaan agraria adalah berasaskan pertanian, pen-ternakan.memungut hasil hutan dan hasil sungai.
* Kerajaan agraria ini muncul di tanah subur seperti kerajaan Dvaravati di Sg Menam (Thailand), Sg
Irrawaddy (Myanmar). Kerajaan di lereng bukit dan tanah gunung berapi seperti Kerajaan Taruma
(Indonesia).
* Kerajaan maritim adalah berasaskan perdagangan, kelautan, dan pelabuhan. Kerajaan ini terletak di
persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan seperti Srivijaya di Sg Musi (Sumatera), Kedah Tua di Sg
Muda dan Merbok (Kedah), dan Tioman di Pulau Tioman (Pahang).
* Terdapat juga kerajaan agraria yang berkembang menjadi kerajaan maritim. Contohnya Funan.




          Online Notes


          SEJARAH

          Tamadun Awal Asia Tenggara >> Pengaruh Agama Hindu / Buddha dalam Kerajaan
          Awal
          3.2 : Pengaruh Agama Hindu / Buddha dalam Kerajaan Awal

          Cara-cara Kedatangan Pengaruh Hindu / Buddha
          * Pendapat pertama mengatakan pengaruh agama ini dibawa oleh golongan Ksyatria atau
          tentera melalui penaklukan.
          * Pendapat kedua mengatakan pengaruh agama ini dibawa oleh pedagang atau Vaisya.
          * Pendapat ketiga mengatakan pengaruh ini dibawa oleh Brahmin atau pendeta.
          * Pendapat keempat menyatakan pengaruh itu berlaku melalui proses penyesuaian budaya
          India yang menarik sahaja dengan budaya tempatan.
          * Ini terbukti dengan jumpaan arca bercirikan Asia Tenggara di Srivijaya seperti ikatan tali
          kulit harimau yang hanya ada di Siwijaya.
          * Aspek Hindu / Buddha yang diambil berbeza antara seorang pemerintah di Asia Tenggara
          dengan pemerintahan Asia Tenggara yang lain.
          * Agama yang dianuti di Kedah Tua pada abad ke 5 M ialah Buddha, di Dieng Indonesia pula
          ialah Hindu.
          * Pada abad ke 7 M kerajaan di Takuapa dan di Pulau Bangka menganut agama Hindu
          mazhab Vishnu manakala di Sumatera dan di Jawa agama yang diamalkan ialah Buddha.
          * Pengaruh Hindu / Buddha berlaku serentak dengan hubungan perdagangan.
          * Apabila Rom menghentikan perdagangan emas ke India maka India beralih mendapatkan
          emas di AsiaTenggara.

          Pengaruh Hindu / Buddha dalam Sistem Pemerintahan
          * Gelaran raja bermula selepas kedatangan pengaruh sistem beraja India. Melalui sistem ini
          raja berada di puncak pemerintahan. Di bawahnya ialah kerabat diraja dan pembesar
          termasuk ahli agama seperti Brahmin. Selepas itu rakyat dan hamba (bawah sekali).
          * Raja berkuasa mutlak dalam semua hal, perintahnya menjadi undang-undang. Sesiapa
          yang menentangnya dianggap derhaka. Walau bagaimanapun raja harus adil kepada
          golongan yang diperintah.
          * Rakyat takut menderhaka maka muncul konsep dewaraja yang mempunyai sakti. Unsur
          mitos dan legenda digunakan untuk memperkuatkan kedudukan pemerintahnya.
          * Upacara pertabalan dipimpin oleh golongan Brahmin bertujuan membezakan kedudukan
          raja daripada golongan diperintah.
          * Raja yang terpengaruh dengan sistem Hindu / Buddha membina kompleks kota yang
melambangkan alam semesta (orde kosmos). Negara dianggap sebagai alam semesta,
manakala raja dan ibu kota ialah pusat alam (pusat pemerintahan). Oleh itu maka raja perlu
mengatur kesejahteraan negara dan rakyat.

Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Angkor
* Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II.
* Raja dianggap raja dewa.
* Raja dibantu pembesar atau gabenor di daerah.
* Brahmin pula berperanan dalam upacara agama.
* Raja juga dibantu oleh pembesar dalam kalangan pegawai tentera dan hakim.

Pengaruh Hindu / Buddha dalam pemerintahan Srivijaya
* Pengaruh yang muncul ialah agama Buddha Mahayana.
* Raja dibantu pentadbiran pusat dan daerah.
* Dalam pentadbiran pusat terdapat empat kumpulan anak raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja,
raja kumara, dan raja putra. Seorang daripada mereka bakal menggantikan raja kecuali raja
putra kerana beliau anak gundik.
* Di bawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat yang digelar parvanda atau senapati.
* Seterusnya terdapat pegawai lain seperti hakim, temenggung, dan penghulu.
* Kedudukan hamba raja terletak paling bawah sekali dalam hierarki pentadbiran.
* Pentadbiran daerah ditadbir oleh Datu (dilantik raja). Datu dibahagikan kepada dua iaitu
parvanda (berketurunan raja) dan bhupati (orang-orang kaya).
* Datu perlu bersumpah taat setia di Telaga Batu Palembang. Ini berdasarkan bukti jumpaan
batu bersurat di situ yang bertarikh 683 M.

Pengaruh Hindu / Buddha dalam kesenian
* Monumen ialah binaan / bangunan daripada batu untuk memperingati orang ternama atau
peristiwa penting seperti candi/kuil, wat/stupa, arca dan patung.
* Candi berperanan sebagai rumah ibadat, menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya,
menyimpan patung dewa utama dan menjadi lambang kehebatan raja.
* Angkor Wat dan Borobudur melmbangkan orde kosmos.
* Di Thailand,Wetnam, dan Kemboja rumah ibadat dikenali sebagai wat. Manakala di Burma
disebut stupa, dan di Indonesia disebut candi.
* Candi Dieng dan Candi Prambanan di Indonesia merujuk kepada agama Hindu. Manakala
hampir kesemua candi di Thailand merujuk kepada agama Buddha.
* Patung agama Hindu ialah seperti patung dewa Siva, Visnu, Brahma, Durga dan Lingga.
Manakala patung Avalokitesvara merujuk kepada agama Buddha.
* Patung Drawapala dan patung Nandiswara berperanan menjaga candi daripada roh jahat.
* Candi dan patung agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara dikategorikan kepada
beberapa jenis hasil dan gaya hasil campuran tamadun India dan tamadun Asia Tenggara.
Contohnya arca Buddha yang ditemui di Lembah Bujang, Kedah.

Pengaruh Hindu dalam kesenian AngkorWat
* Di Kemboja Angkor Wat dibina di Siem Reap untuk agama Hindu.
* Candi ini mempunyai tempat pemujaan, menara, dan tembok.
* Terdapat ukiran epik Ramayana dan Mahabrata.

Pengaruh Buddha dalam kesenian Borobudur
* Candi di Jawa Tengah mewakili agama Buddha Mahayana.
* Candi ini mempunyai tiga tingkat. Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan
yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.
* Pada tingkat pertama terdapat ukiran cerita tentang Gautama Buddha.
* Tiga tingkat itu melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu sila, samadhi, dan panna. Di
tingkat pertama diukir cerita Gautama Buddha.

Pengaruh Hindu / Buddha dalam kesenian candi Lembah Bujang
* Tapak arkeologi Lembah Bujang dijumpai pada tahun 1840an oleh James Low iaitu
Superintendent di Seberang Perai.
* Candi Lembah Bujang terdapat di Estet Sungai Batu, di Bukit Batu Pahat di Pendiat dan di
Pangkalan Bujang.
* Candi agama Hindu terbahagi kepada dua iaitu Vimana (bahagian suci tempat arca
keagamaan) dan Mandapa (bahagian luar).
* Candi berunsur Buddha pula memiliki pelan jenis cruciform.

      Pengaruh bahasa Sanskrit
      * Kewujudan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara telah meningkatkan pencapaian dalam bidang
      intelek masyarakat.
      * Batu bersurat yang dijumpai di tapak-tapak sejarah awal Asia Tenggara mengandungi
      maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang. Contohnya di Kutei,
      Sungai Mas (Kedah Tua) dan di Palembang. Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang
      keturunan raja, manakala batu bersurat Sungai Mas berkaitan dengan agama Buddha.
      * Inskripsi di Palembang ditulis dalam bahasa Melayu kuno. Tulisannya adalah berkaitan
      dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat dan pembesar supaya tidak
      menderhaka kepada raja.
      * Tulisan ini sebahagiannya dipahat pada batu yang menunjukkan kemahiran penulisnya yang
      mem-punyai asas yang kukuh dalam bahasa Sanskrit.
      * Bahasa Sanskrit ini juga digunakan dalam kitab-kitab keagamaan dan bahasa.
      * Bahasa Sanskrit telah disesuaikan dalam bahasa Melayu seperti dukkha (duka), dan
      dorhaka (derhaka).
      * Bahasa Sanskrit juga terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha, dan Tamil.
      * Bahasa ini menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal Asia Tenggara.

      Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesusasteraan
      * Pengaruhnya terdapat dalam Epik Ramayana dan Mahabrata serta Puranas (sastera klasik
      Asia Tenggara).
      * Pengaruh dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha
      dan Kunjarkana.
      * Masyarakat Asia Tenggara turut terdedah kepada epik Ramayana dan Mahabharata yang
      disampaikan melalui kesusasteraan, cerita lisan, dan teater seperti wayang kulit.
      * Hikayat Mahabharata diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima,
      Hikayat Pendawa Jaya.
      * Epik Ramayana pula melahirkan Hikayat Seri Rama.




                                4.1 : Masyarakat Arab Jahiliah

                                        Zaman Jahiliah
            * Jahiliah bermaksud jahil dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
* Masyarakat Arab Jahiliah hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya
Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad SAW.
 * Empangan Maarib runtuh disebabkan oleh banjir besar yang melanda Sabak dan pemimpin Sabak tidak
                                      dapat membaikinya semula.
   * Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakatnya tidak menyembah
                                               Allah SWT.
    * Mereka hidup dalam kucar-kacir kerana tidak mempunyai nabi atau kitab sebagai petunjuk Akhlak
                                        mereka sangat rendah.
* Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari. * Masyarakat
                                     Badwi tinggal di kawasan gurun
            * Masyarakat Hadari tinggal di kawasan pesisir pantai Semenanjung Tanah Arab.
                                  Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah
Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama, sosial, ekonomi, kepercayaan, dan nilai
                                     hidup yang dipegang mereka.
                                          1. Dari segi agama
 * Mereka mempunyai empat bentuk ke-percayaan iaitu wathani (agama menyembah berhala), animisme
               (memuja alam), samawi (Kristian dan Yahudi), dan menilik nasib serta sihir.
     * Ada juga yang menganut agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
                                      Penganut ini digelar Hanura.
       * Ada antara mereka yang mencampurkan agama Hanif dengan amalan tradisi Arab Jahiliah.
                                           2. Dari segi sosial
                      * Mereka bermain judi, minum arak, dan mengamalkan riba.
    * Mereka memandang rendah pada wanita sehingga sanggup membunuh anak perempuan sendiri.
* Wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka dan dalam soal perkahwinan mereka boleh berkahwin dengan
                                            beberapa wanita.
                                         3. Dari segi ekonomi
   * Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem ekonomi yang tidak adil, menindas, mengeksploit
            wanita, mengamalkan riba, menjual beli berhala, dan mengamalkan sistem barter.
             * Kegiatan merompak dan merampas juga merupakan sumber ekonomi mereka.
                                           4. Dari segi politik
  * Mereka tidak mempunyai sistem pemerintahan yang teratur. Mereka sangat mementingkan semangat
                                          assabiah dan kabilah.




 Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah >> Kelahiran Nabi Muhammad
                                       SAW
                                4.2 : Kelahiran Nabi Muhammad SAW
      * Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 Masihi.
 * Nama bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Mutalib dan ibu baginda ialah Aminah binti Wahab. * Nabi
         Muhammad memiliki empat sitat terpuji iaitu siddiq (berkata benar), amanah, tabliq
                            (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana).
    * Baginda digelar al-Amin kerana sentiasa berkata benar dan setiap tindakan baginda dipercayai.
          * Nabi Muhammad mula menunjukkan sifat kepimpinan ketika peristiwa Hajar Aswad.




                                              SEJARAH

Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah >> Kerasulan Nabi Muhammad
                                      SAW
                            4.3 : Kerasulan Nabi Muhammad SAW
  * Pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 M, Allah telah menurunkan wahyu yang pertama kepada
                baginda melalui malaikat Jibril. Ketika itu baginda berusia 40 tahun.
  * Wahyu pertama itu memerintah umat Islam supaya membaca. Islam amat menitikberatkan aktiviti
                                 membaca dan membuat kajian.
* Wahyu kedua pula merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai rasulullah dan mewajibkan
baginda menyampaikan ajaran kepada manusia.
  * Dalam menyampaikan Islam, Nabi Muhammad menyentuh tentang akidah masyarakat Arab dengan
                           menanamkan keimanan kepada Allah Yang Esa.
* Masyarakat Arab digesa meninggalkan amalan yang keji seperti menindas sesama manusia, membunuh,
                                           dan mencuri.


  Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah >> Reaksi Masyarakat Arab
                                   Terhadap Islam
                           4.5 : Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam

                                      Penerimaan Terhadap Islam
    * Kegiatan dakwah pada peringkat awal tidak mendapat tentangan kerana hanya disebarkan dalam
                                    kalangan keluarga baginda sahaja.
     * Kaum Quraisy mula menentang apabila kegiatan dakwah ini dijalankan secara terang-terangan.
* Penganut agama Islam pada peringkat awal terdiri daripada golongan hamba. Golongan ini kemudiannya
  diseksa oleh tuan mereka kerana memeluk Islam. Contohnya Bilal bin Rabah yang telah diseksa dengan
 cara dijemur, diselar dengan besi panas, dan ditindih dadanya dengan batu. Walaupun begitu beliau tetap
                                          beriman kepada Allah.
     * Kebijaksanaan Nabi Muhammad berdakwah telah berjaya menarik ramai masyarakat Arab untuk
                                             memeluk Islam.
    * Keperibadian dan cara dakwah yang digunakan oleh Nabi Muhammad telah menjadi kunci kepada
                                 perkembangan agama Islam di Makkah.



                                          Cara Penentangan

* Penentangan terhadap Nabi Muhammad SAW dan orang Islam dilakukan menerusi penyair Arab Quraisy
                           yang mengejek ajaran Islam dalam puisi mereka.
 * Sebagai pemimpin yang berwibawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah kecewa malah tetap bersabar.
* Kegagalan menggunakan kekerasan terhadap Nabi Muhammad SAW menyebabkan orang Arab Ouraisy
 membuat beberapa tawaran seperti kedudukan, wanita cantik dan juga harta supaya nabi meninggalkan
           dakwah Islamiah. Walau bagaimanapun kesemua tawaran itu ditolak oleh baginda.
  * Kaum Quraisy juga telah memulau Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda yang menyebabkan
                  kehidupan baginda sekeluarga dan juga umat Islam lain terhimpit.
 * Mereka melakukan pemulauan dengan tidak menjalankan urus niaga, tidak memberi pertolongan, dan
                              tidak berkahwin dengan keluarga baginda.
  * Pemulauan berlaku selama tiga tahun sahaja kerana ada di kalangan orang Ouraisy yang membantu
                       orang Islam termasuk bapa saudara nabi iaitu Abu Talib.
* Wanita turut memainkan peranan penting dalam membantu perjuangan Islam. Khadijah misalnya telah
   mengorbankan kesemua hartanya untuk membantu perjuangan Islam dan diikuti oleh Aisyah, Ummu
                                        Salamah dan lain-lain.


                             Nabi Muhammad Menyelesaikan Masalah

 * Bagi mengurangkan tekanan daripada kaum Ouraisy Makkah, Nabi Muhammad membenarkan orang
                       Islam berhijrah ke Habshah untuk mendapat periindungan.
 * Penghijrahan ke Habshah merupakan hijrah yang pertama dari Makkah. Nabi Muhammad tidak turut
  serta berhijrah ke Habshah kerana ingin memberi tumpuan kepada penyebaran Islam di Makkah dan
                           menjaga kebajikan orang Islam yang tidak berhijrah.
* Penyebaran Islam ke Taif oleh Nabi Muhammad dan Zaid bin Harithah kurang berkesan dan tidak dapat
                                 mengurangkan tentangan kaum Quraisy.
 * Kesabaran, kecekalan, dan sifat tidak pernah mengalah Nabi Muhammad dalam menyebarkan Islam
                                telah menyebabkan Islam semakin kukuh.
* Keterbatasan dan tentangan berterusan terhadap dakwah Islamiah di Makkah telah membuka strategi
                baru untuk meneruskan penyebaran Islam dengan berhijrah ke Madinah.
   * Penghijrahan ke Madinah pada tahun 622 Masehi untuk memenuhi jemputan suku kaum Aus dan
                    Khazraj telah membuka lembaran baru kepada dakwah Islamiah.
  * Di Madinah Nabi Muhammad SAW telah berjaya mendirikan sebuah negara Islam yang unggul dan
meneruskan dakwah Islamiah sehingga ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.




              Kerajaan Islam Di Madinah >> Kedudukan Madinah Sebelum Hijrah




                             5.1 : Kedudukan Madinah Sebelum Hijrah
                                   * Dikenali dengan nama Yathrib.
     * Kedudukan Madinah sangat strategik di tengah-tengah perjalanan antara Makkah dan Syam.
            * Terdapat tiga golongan penduduk Madinah iaitu Nasrani, Yahudi, dan Arab.
        * Golongan Yahudi terdiri daripada Bani Quraizah, Bani Qunaiqa dan Bani Nadhir.
* Golongan Arab terdiri daripada suku Aus dan Khazraj. Suku Aus tinggal di selatan dan timur Madinah
manakala suku Khazraj tinggal di bahagian tengah Madinah.
* Orang Yahudi yang mula berhijrah ke Madinah ialah Yahudi Qainuqa. Ini diikuti dengan kedatangan suku
                                          Yahudi yang lain.




    Kerajaan Islam Di Madinah >> Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua
                 5.2 : Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua

           * Suku Khazraj telah menemui Nabi Muhammad SAW di Aqabah dan memeluk Islam.
* Sekembalinya mereka ke Madinah mereka telah menyebarkan agama Islam dalam kalangan masyarakat
                                             Madinah yang lain.
 * Pada tahun berikutnya (621M) suku Aus dan Khazraj Madinah telah mengunjungi Nabi Muhammad SAW
                                                 sekali lagi.
 * Termeterailah Perjanjian Aqabah Pertama antara Nabi Muhammad SAW dengan orang Arab Madinah
                           tersebut. Aqabah terletak di antara Mina dan Makkah.
             * Antara isi Perjanjian Aqabah Pertama ialah suku Aus dan Khazraj hendaklah
                                    (a) Beriman kepada Allah dan Rasul.
    (b) Membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW dan tidak akan melakukan amalan Jahiliyah seperti
                   mencuri, merompak, minum arak dan membunuh bayi perempuan.
      * Nabi Muhammad SAW telah menghantar pendakwah Islam Mus'ab Bin Umair ke Madinah untuk
                                             menyebarkanlslam.
       * Pada tahun 622 Masehi suku Aus dan Khazraj menandatangani Perjanjian Aqabah Kedua.
                                      * Antara isi perjanjiannya ialah:
                                 (a) Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam.
                                (b) Taat setia kepada Nabi Muhammad SAW
(c) Mereka menjemput Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah dan akan menyediakan tempat tinggal
    serta menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah.
* Sokongan dan bantuan orang Arab Madinah merupakan faktor penting kejayaan hijrah Nabi Muhammad
                                 SAW dan orang Islam Makkah ke Madinah.
* Pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M. Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah
                         telah dilakukan secara rahsia dan berperingkat-peringkat.
   * Nabi Muhammad SAW telah berhijrah bersama-sama sahabatnya Abu Bakar Al-Siddiq. * Perjalanan
                            baginda ke Madinah memakan masa selama 12 hari.
    * Umar al-Khattab yang terkenal dengan keberaniannya telah berhijrah secara sendirian dan terang-
                                                  terangan.



                           Kerajaan Islam Di Madinah >> Konsep Hijrah
                                        5.3 : Konsep Hijrah

   * Hijrah bermaksud berpindah. Dalam konteks tamadun Islam hijrah bermaksud perpindahan orang
    Islam dari Kota Makkah ke Madinah dalam usaha memperkukuhkan kedudukan Islam dan merupakan
                                     strategi baru menyebarkan Islam.
   * Hijrah juga merupakan perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan
                                                 kejahatan.
  * Hijrah turut dilambangkan sebagai semangat ingin berubah dan perubahan ini berlaku dalam pelbagai
                  keadaan seperti pembahan dari segi sikap, cara beiiikir, dan tingkah laku.
   * Pendapat orientalis Barat yang mentafsirkan Hijrah sebagai suatu pelarian boleh disangkal dengan
                                           beberapa hujah iaitu :
a. Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah atas jemputan seperti terkandung dalam Perjanjian
                                               Aqabah Kedua.
     b. Mereka disambut dengan rela dan meriah oleh orang Madinah, diberi tempat tinggal, da,n dijamin
                                           keselamatan mereka.
   c. Nabi Muhammad SAW telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan juga diterima sebagai pemimpin
                                    oleh semua golongan masyarakat.
* Penghijrahan Nabi Muhammad bermula selepas baginda berjaya melepaskan diri daripada kepungan
                                  pemuda Ouraisy terhadap rumah baginda.
* Ali Bin Abu Talib telah menawarkan diri untuk tidur di tempat tidur baginda. Baginda menemui Abu Bakar
    al-Siddiq dan menyatakan perintah Allah supaya baginda berhijrah. Baginda dan Abu Bakar al-Siddiq
                      bersembunyi di Gua Thur sebelum meneruskan hijrah ke Madinah.
  * Perjalanan baginda dipandu oleh Abdullah Bin Arqat dan beliau belum memeluk Islam semasa menjadi
                                              juru pandu nabi.
  * Gua Thur terletak di puncak Bukit Thur. Jarak antara bukit ini dengan Masjid al-Haram di Makkah kira-
kira 8 km. Luas muka gua ini muat untuk seorang sahaja.Ketika bersembunyi di Gua Thur Nabi Muhammad
    SAW telah dibantu oleh Abdullah Bin Abu Bakar yang menjadi pengintip, Asma' binti Abu Bakar yang
   menghantar makanan, dan pengembala kambing Amir bin Puhairah yang memberikan susu kambing.
    * Faktor utama penghijrahan Nabi Muhammad SAW adalah disebabkan perintah Allah supaya segera
        berhijrah menerusi wahyu surah al-Anfal yang menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy.
* Hijrah bertujuan untuk meneruskan penyebaran Islam. Suasana aman di tempat baru akan memudahkan
  lagi penyampaian dakwah Islamiah. Orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti
 Nabi Muhammad SAW untuk mengetuai kepimpinan mereka dan mendamaikan masyarakat Madinah yang
                          sentiasa bermusuhan iaitu antara Suku Arab dan Khazraj.
    * Setelah berlaku hijrah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman tanpa berselindung lagi
                       sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu.
 * Persaudaraan antara orang Islam Makkah dan Madinah juga dapat diwujudkan. Golongan Islam Makkah
  yang berhijrah ke Madinah diberi gelaran Muhajirin manakala orang Islam Madinah diberi gelaran Ansar.
* Muhajirin lahir daripada perkataan Arab hajara yang bermaksud berpindah dan Ansar daripada perkataan
                                   Arab nasara yang bermakna menolong.
 * Hijrah juga telah menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya, dan
                                                   agama.
   * Nabi Muhammad SAW telah membina Masjid al-Nabawi di Madinah. Masjid yang pertama dibina ialah
                Masjid Quba' yang dibina daripada pelepah, batang, dan daun pokok tamar.
* Masjid al-Nabawi telah dibina atas tanah yang dibeli oleh baginda daripada Sahl dan Suhail. Masjid dibina
  pada bulan Safar tahun kedua Hijrah. Masjid ini dijadikan tempat untuk beribadat, belajar, dan bertemu
    bagi membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam. Persekitaran masjid dibolehkan untuk
                                       melakukan aktiviti berjual beli.
 * Hijrah mewujudkan kiraan tahun hijrah dalam takwim lslam. Digunakan semasa pemerintahan Umar al-
                                                  Khattab.
* Hijrah berjaya dengan sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW. Kaum wanita
   juga telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan kemajuan sesebuah negara seperti yang
                                           dilakukan oleh Asma'.
* Hijrah juga memperlihatkan kebesaran jiwa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW serta kebijaksanaan
                                   baginda mengatur strategi perjuangan.




                           Kerajaan Islam Di Madinah >> Piagam Madinah
                                         5.4 : Piagam Madinah
    * Setelah menyatukan penduduk Madinah Nabi Muhammad SAW telah merangka suatu piagam iaitu
      Piagam Madinah atau Sahifah Madinah (622 M) berpandukan wahyu Allah yang digunakan untuk
                                            mentadbirMadinah.
 * Perlembagaan bertulis ini menjadi asas pemerintahan Islam di Madinah. Piagam ini dirangka berasaskan
                       persetujuan antara orang Islam dan bukan Islam di Madinah.
  * Piagam ini mengandungi 47 Fasal dan 23 Fasal membincangkan tentang hubungan di kalangan orang
    Islam dan tanggungjawab mereka dan 24 Fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam terhadap
              Madinah. Piagam ini merupakan perlembagaan bertulis pertama digubal di dunia.
  * Kandungan Piagam Madinah boleh dirumuskan kepada tujuh perkara iaitu pentadbiran, agama, sosial,
                          perundangan, pertahanan, dan kedudukan kaumYahudi.
1. Politik - Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin di Madinah. Baginda sebagai hakim yang menyelesaikan
                    masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam.
2. Agama - Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing dan bebas mengamalkan adat
                          masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.
    3. Sosial - Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan tidak boleh bermusuhan sesama
sendiri.
 4. Perundangan - Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan
                 dalam kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan syarak.
 5. Ekonomi - Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut dalam memajukan ekonomi negara. Unsur
                        riba dan penipuan dihapuskan dalam sistem perniagaan.
     6. Pertahanan - Semua penduduk dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.
 7. Kedudukan kaum Yahudi - Keselamatan orang bukan Islam terjamin selagi mereka mematuhi Piagam
                                               Madinah.
 * Piagam Madinah telah menjadikan kerajaan Islam Madinah sebagai model kerajaan Islam yang unggul.
Nabi Muhammad SAW telah berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah. Syariah Islam yang
diperkenalkan juga adalah adil dan menyeluruh. Piagam ini juga berjaya menyusun kehidupan masyarakat
                   yang bersistematik serta menanamkan semangat ukhwah Islamiah.
  * Pembentukan kerajaan lslam di Madinah pada tahun 622M telah menimbulkan perasaan iri hati dalam
      kalangan orang Arab Ouraisy. Mereka mencari sokongan orang Yahudi dan penduduk Arab agar
                                     menghapuskan kerajaan Islam.




                        Kerajaan Islam Di Madinah >> Penyebaran Islam
                                            5.5 : Penyebaran Islam
   * Dalam usaha menyebarkan Islam, Nabi Muhammad SAW telah menghantar perutusan ke Rom, Rom
  Timur, Parsi, Mesir, Habsyah.dan wilayah sekitar Semenanjung Tanah Arab. Baginda tidak menggunakan
            paksaan, tetapi menggunakan cara diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik.
* Raja Qibti Mesir, al-Muqauqis telah menyambut baik warkah Nabi Muhammad SAW Walau bagaimana pun
dakwah Islamiah yang disampaikan oleh baginda tidak diterima oleh al-Muqauqis. Maharaja Hercules telah
membincangkan isi kandungan warkah baginda dengan pembesar-pembesamya manakala warkah baginda
                        ke Parsi tidak diterima oleh Raja Parsi malah telah dikoyaknya.
   * Di Madinah sejak tahun 622 M (1H) sehinggalah 630M (8H) beberapa siri peperangan berlaku antara
   orang Ouraisy Makkah dengan orang Islam Madinah. Antara peperangan tersebut termasuklah Perang
  Badar (624M/2H), Perang Uhud (625M/3H), Perang Khandak(627M/5H), dan Perang Tabuk (630M/8H).
    Perang Khandak berlaku antara orang Islam Madinah dengan orang Ouraisy Makkah yang bergabung
  dengan orang Yahudi. Strategi menggali parit di sekeliling Kota Madinah telah memberikan kemenangan
                                          kepada orang Islam Madinah.
   * Prinsip peperangan dalam Islam ialah Allah membenarkan orang Islam berperang sekiranya diserang
musuh dan mencari keamanan supaya tempat beribadat mereka terjaga. Garis panduan dalam peperangan
     ialah tidak boleh membunuh orang yang lemah dan binatang temakan, tidak boleh memusnahkan
                         tanaman, dan dilarang daripada merobohkan tempat ibadat.



                                      5.6 : Perjanjian Hudaibiyah
 * Pada tahun 628M, rombongan orang Islam telah ke Makkah kerana ingin mengerjakan umrah. Mereka
telah disekat di Hudaibiyah. Nabi Muhammad SAW telah menghantar Uthman bin Affan ke Makkah untuk
                                menerangkan tujuan kedatangan mereka.
 * Orang Islam yang mendengar khabar angin tentang kematian Uthman telah bersumpah setia dengan
  Baiah al-Ridwan. Orang Arab Quraisy berasa bimbang terhadap kata sepakat orang Islam lalu mereka
menemui Nabi Muhammad SAW Baginda bersedia mengadakan perjanjian dengan mereka dan dengan itu
   termeterailah Perjanjian Hudaibiyah (628/6H) antara Nabi Muhammad SAW dengan Suhail bin Amru
                                                (Quraisy).
                             * Antara kandungan Perjanjian Hudaibiyah ialah
                   a) bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata Selama 10 tahun.
  b) kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy
                                                 Makkah.
     c) orang Islam Madinah yang memihak kepada Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu
                                              dipulangkan.
d) orang Quraisy Makkah yang memihak kepada Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan
                                                 semula.
e) umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya.
                                  Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah
 * Menerusi perjanjian ini, orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya. Mereka juga
                             bebas beribadah di Ka'abah pada bila-bila masa.
 * Perjanjian juga membolehkan Nabi Muhammad SAW merangka program dakwah Islamiah ke seluruh
                                 Semenanjung Tanah Arab dengan aman.
  * Walaupun isi perjanjian ketiga dan keempat menguntungkan orang Arab Quraisy, tetapi Islam telah
  memperoleh keuntungan menerusi pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy iaitu Khalid bin al-Walid,
                                  Amru bin al-As, dan Uthman binTalhah.
* Perjanjian Hudaibiyah melambangkan ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang unggul
dan dikagumi. Persetujuan orang Arab Ouraisy menandatangani perjanjian menunjukkan bahawa mereka
                               telah mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.
           * Perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis ke arah pembukaan semula Kota Makkah.
                                   Pembukaan Semula Kota Makkah
   * Peristiwa ini berlaku pada tahun 630 M (8H). Tindakan ini dilakukan apabila didapati pihak Quraisy
melanggar Perjanjian Hudaibiyah dan tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui bersama.
  * Kaum Quraisy telah membunuh beberapa orang daripada puak Bani Khuza'ah yang berpihak kepada
                                                 Islam.
  * Pembukaan Kota Makkah merupakan strategi jangka penjang untuk meneruskan penyebaran Islam.
 * Kedudukan kerajaan Islam Madinah akan menjadi lebih mantap jika Makkah dapat dikuasai. Jadi, Kota
      Makkah mestilah dimasuki secara bijak dan berpegang kepada prinsip aman tanpa kekerasan.




                                             SEJARAH

     Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat >> Kesan
                       Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya
                       8.2 : Kesan Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya

                            1. Pengaruh IslamTerhadap Pendidikan
                        Pengaruh Islam terhadap pendidikan tidak tormal

* Pendidikan tidak formal menekankan pengajaran nilai-nilai moral serta pembelajaran kemahiran melalui
                             pendengaran, penglihatan, dan pemerhatian.
      * Pendidikan disalurkan melalui cerita-cerita lisan seperti cerita binatang dan cerita jenaka.
         * Kanak-kanak mempelajari pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan sosial.
      * Kanak-kanak didedahkan kepada pembelajaran melalui pantun, peribahasa, dan teka-teki.


                           Pengaruh Islam terhadap pendidikan formal
* Pendidikan forrnal ialah pendidikan keagamaan yang diterima secara langsung atau melalui perantaraan
                                            institusi tertentu.
* Pendidikan formal sudah wujud sejak zaman Hindu-Buddha yang didominasikan oleh golongan atasan.
                        * Tenaga pengajar terdiri daripada pendeta atau guru khas.
             * Setelah kedatangan Islam, pendidikan tormal turut melibatkan rakyat jelata.
         * Pendidikan agama dilakukan di istana, masjid, rumah, surau, madrasah, dan pondok.
 * Pendidikan di rumah menekankan pengajaran al-Quran oleh guru al-Quran yang dipanggil Tok Guru.


                                            Peranan istana

         * Pada zaman Islam, istana berfungsi sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan.
* Melaka berkembang pesat dalam pendidikan Islam kerana ramai ulama dan pendakwah asing tinggal di
                          sana, misalnya dari Benggali, Arab, Parsi, dan Gujerat.
             * Sultan Melaka mendapat pendidikan langsung daripada ulama-ulama tersebut.
    * Kerajaan Melaka memberi galakan kepada perkembangan ilmu dengan memberi perhatian yang
                                               sewajarnya.
* Kerajaan Johor turut menggalakkan perkembangan ilmu, misalnya pada zaman Sultan Alauddin Riayat
                     Shah (1597-1602) Istana Johor telah dijadikan pusat pengajian.
   * Istana juga berfungsi sebagai tempat menyimpan buku hikayat yang penting seperti Hikayat Amir
                              Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.

                                       Peranan institusi agama

                                         a) Masjid dan surau
       * Masjid dan surau menjadi tempat pertemuan dan perkumpulan anggota masyarakat untuk
                                   mengembangkan ilmu-ilmu Islam.
        * Kanak-kanak diajar ilmu formal seperti fikah, tajwid, serta cara dan bacaan dalam solat.
         * Pada waktu malam, masjid dan surau menjadi pusat pengajaran untuk orang dewasa.
        * Ilmu untuk orang dewasa adalah lebih tinggi seperti tikah, usuluddin, hadis dan tasawuf.

                                              b) Pondok
    * Perkataan pondok berasal daripada bahasa Arab iaitu al-funduq yang bererti "rumah tumpangan"
             * Di Jawa pondok dipanggil pasentren, manakala di Acheh dipanggil rangkang.
                        * Pendidikan pondok yang paling awal muncul di Pattani.
               * Tujuan pendidikan di pondok adalah untuk melahirkan guru-guru agama.
              * Tempoh pendidikan di pondok tidak tetap, sesetengahnya hingga 10 tahun.
    * Antara pondok yang penting di Kelantan termasuklah Pondok Pulau Condong, dan Pondok Kutan.
          Manakala di Terengganu terdapat Pondok Pulau Manis dan di Kedah Pondok Titi Gajah.

                                              c) Madrasah
� Pendidikan di madarasah mula diperkenalkan pada zaman kerajaan Bani Saljuk di lraq (447 H/1056M).
                    * Sistem madrasah berbeza daripada sistem pondok atau masjid.
        * Pengajaran di madrasah menggunakan sukatan pelajaran dan dilakukan secara kelas.
         * Pengajaran mengikut tahap iaitu tahap permulaan, pertengahan dan pengkhususan.
                       * Pendidikan di madrasah diawasi oleh mudir (guru besar).
      * Aktiviti di madrasah diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan, dan lain-lain.
                     2. Pengaruh Islam Terhadap Bahasa dan Kesusasteraan

                                   a) Pengaruh Islam terhadap bahasa
 * Sebelum muncul tulisan Jawi, orang Melayu menggunakan beberapa tulisan kuno seperti Pallava, Kawi
                               (Jawa Kuno), Sunda Kuno, Batak, dan Rencong.
 * Kedatangan Islam ke Tanah Melayu turut memperkenalkan huruf Arab yang disesuaikan dengan tulisan
                                  Melayu dan dikenali sebagai tulisan Jawi.
* Islam turut menambah kosa kata ke dalam bahasa Melayu seperti adat, adil, daulat, hakim, dan hukum.
      * Istilah-istilah khusus turut terserap ke dalam bahasa Melayu seperti fikah, tauhid, dan tafsir.

                               b) Pengaruh Islam terhadap kesusasteraan
       * Sebelum kedatangan Islam, kesusasteraan rakyat tersebar secara lisan dan turun-temurun.
* Cerita lisan terawal ialah cerita asal usul tentang kejadian alam, nama tempat, tumbuhan, dan binatang.
 * Terdapat juga cerita jenaka yang mengetengahkan watak lucu misalnya Lebai Malang dan Pak Kaduk.
* Cerita rakyat yang lain ialah cerita dongeng yang memberi pengajaran.misalnya Batu Belah Bertangkup.
              * Kesusasteraan lisan yang lain ialah pantun, teka-teki, gurindam, dan seloka.
                        * Islam turut mempengaruhi kesusasteraan prosa dan puisi.
    * Terdapat kisah tentang nabi-nabi misalnya Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Terbelah.
 * Selain itu kisah terdapat kisah para sahabat seperti Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Hasan dan Husin.
   * Kisah tentang kepahlawanan pula adalah seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali
                                                 Hanafiah.
 * Selain berbentuk prosa terdapat karya berbentuk puisi seperti Syair Dahulu Kala oleh Tengku Ampuan
                                            Mariam Terengganu.
    * Hikayat saduran turut diperkenalkan misalnya Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasan Damsyik.

                                   c) Pengaruh Islam terhadap kesenian
 * Sebelum kedatangan Islam, kesenian orang Melayu dipengaruhi kesenian Hindu Buddha, terutamanya
                     seni bina. Contohnya Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Sungai Batu.
   * Seni ukir dan arca dipengaruhi tradisi India, misalnya arca Avalokitesvora di Lembah Bujang yang
                                 menunjukkan pengaruh India sangat ketara.
* Selepas kedatangan Islam, kesenian menggabungkan unsur keagamaan dan kehalusan seni tempatan.
    * Seni bina dihasilkan bukan sahaja sebagai tempat berlindung tetapi sesuai dengan kegunaannya,
                                           misalnya seni bina masjid.
* Masjid mempunyai ciri-ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga, pancur air, dan bumbung yang khusus.
     * Ciri-ciri seni bina masjid menggambarkan bahawa masjid berbeza dengan seni bina yang lain.
      * Masjid tertua terdapat di Kg. Laut (Kelantan), Masjid Peringgit dan Masjid Tengkera (Melaka).
         * Ketinggian cita rasa seni Melayu turut digambarkan dalam seni bina rumah dan istana.
  * Motif dalam seni bina rumah dan istana tidak lagi berdasarkan binatang tetapi tumbuhan-tumbuhan,
                                         bunga-bungaan, dan geometri.
* Seni pertukangan kayu Melayu juga tinggi nilainya misalnya di tapak Hindu-Buddha di Lembah Bujang.
* Seni kaligrari digunakan di masjid, madrasah, batu nisan, tembikar, mata wang, pakaian, dan lain-lain.
                                 * Dikir juga turut menerima pengaruh Islam.
                      * Ghazal di Johor adalah puisi Arab yang memuji kebesaran Islam.

                              d) Pengaruh Islam terhadap gaya hidup

                                 i ) Gaya hidup golongan bangsawan
              * Akhlak masyarakat Melayu telah berubah selaras dengan kedatangan Islam.
           * Amalan protokol yang diamalkan warisan kerajaan Bani Umaiyah adalah diamalkan.
* Ciri ialah kata-kata hikmat dan suci dalam bahasa Sanskrit yang dibaca ketika pertabalan raja sebelum
                                            kedatangan Islam
 * Setelah kedatangan Islam, kandungan ciri dimansuhkan dan digantikan dengan adat lafaz ikrar.

                    *Lafaz ikrar sultan dan pembesar menyerupai baiah dalam Islam.
   * Selain itu pelantikan raja baru dilakukan sebelum pemakaman adalah ditiru daripada amalan Bani
                                                 Umaiyah.

                                      ii) Gaya hidup rakyat jelata
                 * Dalam masyarakat Melayu tradisional hubungan kekeluargaan rapat.
                              * Orang tua dan ibu bapa hendaklah dihormati.
                        * Sementara jiran pula dianggap sebagai keluarga sendiri.
* Sistem panggilan untuk orang lebih tua adalah seperti pak long, mak long, dan bukan dengan panggilan
                                                  nama.
         * Apabila bercakap dengan orang yang lebih tua maka hendaklah merendahkan suara.
       * Tetamu hendaklah dilayan dengan baik dan dihidangkan dengan makanan dan minuman.
* Tetamu hendaklah memberi salam kepada tuan rumah apabila berziarah wajib dijawab oleh tuan rumah.
                        * Ketika orang dewasa bertemu mereka akan bersalaman.
              * Ketika bersalaman kanak-kanak hendaklah mencium tangan orang dewasa.
                  * Ungkapan bismillah hendaklah dibaca sebelum makan atau minum.
             * Majlis perkahwinan, berkhatan atau khatam al-Quran diadakan secara Islam.
         * Gotong-royong pula diamalkan dalam apa-apa majlis kenduri kahwin dan sebagainya
9.1 : Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah

                                   Zaman Gelap dan Ciri-cirinya

    * Zaman Gelap bermaksud Eropah telah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan,
perdagangan dan kehidupan perbandaran. Pada waktu ini tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan.
   * Apabila empayar Rom Barat runtuh, kuasa pusat yang boleh mentadbir juga musnah. Keadaan tidak
                 menentu ini membawa kepada kemunculan golongan baron (tuan tanah).
    * Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah. Sebagai pertukaran kepada
              perlindungan, petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah.
* Petani yang tidak berkemampuan, terpaksa menyerahkan tanah mereka kepada tuan tanah dan akhimya
                               menjadi hamba kepada tuan tanah tersebut
  * Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja. Sebagai tukaran kepada perlindungan kepada
  raja, golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja. Rakyat
                           biasa pula memberikan khidmat kepada tuan tanah.
 * Hubungan ikatan antara golongan rakyat dengan tuan tanah dan raja telah membentuk sistem feudal.
    * Pada zaman pertengahan di Eropah, gereja Katholik merupakan institusi yang amat berkuasa dan
 memiliki hartanah yang banyak. Namun kegiatannya yang menumpukan kepada kegiatan amalan agama
  dan pembelajaran ilmu akhirat dianggap mengongkong kehidupan masyarakat Eropah pada waktu itu.
* Kegiatan perdagangan juga tidak meluas. Kegiatan ini sering diganggu oleh serangan orang Gasar Viking
      (suku kaum daripada Norway, Sweden, dan Denmark) dan Magyar iaitu suku kaum dari Hungary
                            (campuran suku Urgila dengan Turki) dan Magyar.
  * Orang Eropah juga tidak berdagang di Timur Jauh kerana kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang
                                                Islam.
Zaman Renaissance (1350-1600M)

  * Renaissance berasal daripada perkataan Itali renisciment yang bermaksud "kelahiran semula" iaitu
merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni zaman
                                               Yunani dan Rom.
  * Asas zaman Renaissance ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia bertikir untuk menyelesaikan
   permasalahannya. Aliran pemikiran ini dikenali sebagai humanisme. Bapa humanisme ialah Francesco
          Petrarch. Tokoh lain ialah Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio (1313-1375).
    * Manusia zaman Renaissance didorong oleh semangat inkuiri atau semangat ingin tahu yang kuat *
 Zaman Renaissance bermula di Itali pada abad ke-14 dan berkembang di Eropah Barat sehingga abad ke-
     17. Bandar-bandar seperti Venice, Genoa, Plorence, Rom, dan Milan telah muncul sebagai pusat
                                         perdagangan antarabangsa.
      * Kedudukan Itali yang strategik menjadikannya sebagai persimpangan utama pusat perdagangan
     antarabangsa. Bandar pelabuhan yang paling terkenal ialah Venice dan Genoa yang menjadi pusat
                                 pertembungan budaya, bahasa, dan agama.
* Golongan pedagang kaya di Itali telah menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan bandar dan
                          menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan.
 * Golongan kaya ini kemudiannya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis,
                    dan penulis. Patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Rorence.
  * Golongan patron ini berusaha menarik seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang.
     Lantas berlakulah persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan tokoh cendekiawan
                                                 Renaissance.
* Paus di Rom juga menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan. Golongan penguasa gereja di
   Rom mula mencemburui pencapaian bandar seperti Plorence serta kuasa yang dipegang oleh keluarga
                                                     Medici.
  * Namun begitu gereja menghadapi masalah kerana mereka tidak bersedia menaungi ahli sains dan ahli
      matematik kerana takut golongan ini akan mencabar pemikiran yang dibawa oleh Gereja Katholik
   * Para saintis menekankan kaedah pemerhatian atau empirikal serta penggunaan akal dan logik dalam
     menerangkan sesuatu fenomena alam. Sebaliknya gereja terus menekankan penjelasan tradisional.
   * Konflik berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei. Beliau memanjangkan idea Nicholas Copernicus iaitu
 matahari ialah pusat alam sedangkan gereja menyatakan bumi ialah pusat alam. Ini menyebabkan beliau
                         dijatuhi hukuman tahanan dalam rumah pada tahun 1633.
  * Oleh sebab gereja mencurigai para saintis, mereka lebih menumpukan kepada kegiatan seni lukis dan
  seni ukir. Contohnya Paus Julius II mengupah pelukis dan pengukir terkenal Leonardo da Vinci, Raphael,
    dan Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan katederal di Rom dengan ukiran dan
                                                    lukisan.
        * Pada Zaman Pertengahan, sumbangan individu tidak terserlah kerana mereka bekerja secara
 berkumpulan. Keadaan ini berubah apabila mereka mula bekerja secara bersendirian seperti Leonardo da
 Vinci yang menguasai bidang ilmu seni bina, seni lukis, seni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geograti,
                                      perang, dan strategi ketenteraan.
    * Pada zaman Renaissance, pembinaan kemahiran dalam semua aspek intelektual serta fizikal adalah
              digalakkan dalam kalangan individu. Semangat ini dikenali sebagai individualisme.
       * Tokoh Renaissance seperti Thomas More (1478-1535), Prancis Bacon (1561-1626) dan William
                             Shakespeare (1564-1616) telah muncul di England.


                                       Kesan Zaman Renaissance

     * Dari segi politik ialah kemunculan monarki baru yang terdapat di Portugal, Castile, dan Aragon
                                 (Sepanyol), England, Perancis, dan Belanda.
 * Kegiatan ekonomi sara diri semakin pupus, sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin
                                          berkembang dan meluas.
 * Ini menyebabkan munculnya kegiatan penjelajahan dan penerokaan, selaras dengan kemajuan bidang
                  matematik, geograri, kartograti (teknik melukis peta), dan astronomi.
         * Semangat Renaissance menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan eksperimen telah
  bertanggungawab merintis jalan kepada pembangunan dan per-kembangan pelbagai ilmu sains seperti
                                     biologi, fizik, kimia.danperubatan.
 * Dari sudut sosial, Renaissance telah menampakkan unsur-unsur perubahan dalam pemikiran dan gaya
hidup manusia. Mereka lebih bersedia menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan, dan ukiran yang
    dihasilkan.Unsur ini berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri.
* Kesan sosial lain ialah perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran
 logik, saintifik, falsafah, dan metafizik. Pendidikan ini juga menekankan tanggung jawab sosial seseorang
                                               dalam masyarakat
                                          Zaman Reformation

   * Reformation berasal daripada perkataan reform yang bermaksud"melaksanakan perubahan atau
 pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau membentuk
                                          sesuatu yang baru"
     * Gerakan ini mempunyai kaitan dengan agama Kristian dan berlaku di Eropah pada abad ke-16.
   * Faktor-faktor berlaku gerakan Reformation ialah kerana terdapat kritikan dan penentangan terhadap
agama Kristian apabila pihak gereja telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan untuk menjadikan
                    Rom sebagai pusat kekuasaan yang terkuat di bahagian tengah Itali.
    * Terdapat banyak kepincangan, rasuah, dan penyelewengan telah berlaku semasa proses tersebut.
 * Masyarakat mula mempersoalkan tentang kedudukan dan amalan Gereja Katholik. Mereka berpendapat
cara hidup yang menjadi amalan golongan penguasa Gereja Katholik tidak selari dengan ajaran Kitab Bible.

 * Golongan penguasa gereja lebih cenderung mengamalkan cara hidup para pemerintah dan bangsawan.
  * Terdapat unsur penyelewengan seperti penjualan sijil Indulgences iaitu surat pengampunan bagi
          penganut Kristian yang telah melakukan dosa. Kegiatan ini merebak ke seluruh Eropah.
   * Reformation bermula di Jerman dan bersifat keagamaan. Di Itali gerakan ini bercorak keduniaan. *
Kejayaan gerakan ini dibantu oleh mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg. Dengan adanya mesin ini Bible
                 dapat dihasilkan dalam masa yang singkat dan dengan kos yang murah.
  * Pada tahun 1517, Martin Luther mengambil langkah menentang amalan Indulgences. Dalam amalan
         pengibadatan, beliau percaya manusia seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya.
* Pendirian Luther ini mencabar kedudukan gereja dan institusi paderi. Pendirian dan ajaran Luther dikenali
        sebagai mazhab Protestan yang berasal daripada perkataan protesting atau �membantah�
* Mazhab Protestant pimpinan Luther (Lutheran) berkembang ke Sweden , Denmark, Norway, dan England.

 * Di Switzerland gerakan ini dipimpin oleh Huldreich Zwingli (1484-1531) dan kemudiannya dipimpin pula
                                      oleh John Calvin (1509-1564).
* Terdapat golongan yang mempertahankan kewibawaan Gereja Katholik dan mereka menjalankan Counter
         Retormation bermaksud "menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru"


                                      Kesan Zaman Reformation

* Zaman ini telah menyebabkan negara-negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-
     masing. Contohnya perang keagamaan di Perancis 1618-1648 yang melibatkan Sepanyol, Jerman,
                                    Bohemia, Denmark dan Sweden.
* Kesan jangka panjang ialah timbulnya sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab Kristian iaitu dari
 segi mempergiatkan pendidikan dan menyebarkan fahaman mereka. Dengan kesatuan pendapat barulah
         kehidupan yang murni dapat dibina dan tamadun dapat berkembang dengan sempurna.
 * Kesan seterusnya kuasa golongan gereja telah dicabar secara terbuka. Kuasa gereja terhadap kerajaan
  atau monarki berkurang disebabkan monarki ingin membebaskan dirinya dari penguasaan Paus di Rom.
                 Contohnya Raja Henry VIII menjadi ketua kerohanian Gereja Anglican.




                    Perkembangan Di Eropah >> Penjelajahan dan Penerokaan
                                 9.2 : Penjelajahan dan Penerokaan

                                     Sebab-sebabpenjelajahan:
         * Orang Eropah mendapat barangan seperti emas, sutera, dan rempah ratus dari Timur.
  * Pada masa ini perdagangan rempah ratus dan sutera mendatangkan keuntungan yang besar kepada
                                  pedagang Eropah dan raja mereka.
 * Negara Sepanyol dan Portugal merupakan dua buah negara Katholik yang mempunyai pengaruh gereja
    yang kuat. Pihak penguasa gereja amat menekankan usaha untuk menyebarkan agama Kristian ke
seberang laut. Sepanyol yang pernah dikuasai oleh orang Islam pada suatu masa dulu bersemangat untuk
                                     menyebarkan agamaKristian.
   * Semangat kebanggaan bangsa juga telah mendorong orang Eropah untuk menjelajah dunia di luar
                                               Eropah.
      * Penjelajahan orang Eropah sering dirumuskan dengan kata-kata Gold, Glory, dan Gospel.

                          Kesan penjelajahan terhadap masyarakat setempat
                                             1. Kesan politik
   * Banyak penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah. Perjanjian ini
              secara langsung atau tidak langsung telah mengiktirar kekuasaan kuasa Eropah.
  * Wakil Syarikat Eropah terdiri daripada syarikat berpiagam yang diwujudkan di Belanda, Great Britian,
  Perancis, dan Denmark. Syarikat tersebut seperti Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia
    Barat Belanda (WIC), dan Syankat Hindia Timur Inggeris (EIC). Mereka telah berdagang sehingga ke
                   Carribean, Amerika Latin, Afrika, India, Asia Tenggara, dan Asia Timur.
* Peranan syarikat berpiagam di Perancis dan Denmark kurang terserlah berbanding PerancisVOC dan EIC.

                                          2. Kesan ekonomi
 * Dari segi ekonomi, daerah luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.
               Pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka telah dikuasai oleh Portugal.
 * Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkaya ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah.
 * Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara, Laut China Selatan, China, dan Jepun
                                      kini dikuasai oleh Portugal.
                                           3. Kesan Sosial

* Masyarakat tempatan sudah mula terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah. Di sesetengah tempat,
masyarakat peribumi telah menerima agama Knstian yang dibawa oleh mubaligh Kristian. * Penjelajahan
                Sepanyol juga telah mengubah keadaan kehidupan di Dunia Baru dan Asia.
* Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah berperang dan menakluk Mexico dengan menundukkan
                tamadun Aztec dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.
  * Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat
        yang baru. Amerika Latin ialah Dunia Baru untuk mendapatkan barangan emas dan perak.
     * Bagi golongan gereja Dunia Baru dianggap sebagai tempat untuk menyebarkan agama Kristian.
          Penyebaran itu telah berlaku secara berleluasa dalam kalangan masyarakat peribumi.
   * Para pemodal Sepanyol pula mengeksploitasi buruh peribumi untuk bekerja di lombong dan ladang
     mereka. Penjelajahan dan penaklukan ini dikenali sebagai conquista dalam bahasa Sepanyol dan
                                    penakluknya sebagai conquistadores.
                      * Brazil pula telah dijajah dan dipengaruhi oieh kuasa Portugal.
* Di Timur, tidak terdapat petempatan Sepanyol dan Portugal secara besar-besaran. Walau bagaimanapun
          Fihpina amat dipengaruhi oleh Sepanyol dan Meiaka serta Goa diduduki oleh Portugal.




                        9.3 : Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

                                  Perkembangan bidang pertanian

                                     a) Pemilikan tanah persendirian
    * Sebelum revolusi pertanian terdapat dua sistem pemilikan tanah, pertama sistem pemilikan tanah
                           persendirian dan kedua sistem pemilikan tanah awam.
       * Tanah persendirian adalah dimiliki oleh golongan kaya. Tanah awam pula dimiliki oleh orang
   perseorangan. Namun begitu rakyat biasa di Britain diizinkan mengikut adat kebiasaan menggunakan
    tanah awam ini untuk bercucuk tanam, memelihara temakan, memburu binatang, dan memancing.
  * Apabila Britain mengalami pertambahan penduduk, hasil pertanian perlu ditingkatkan. Oleh itu tanah
      persendirian dan tanah awam yang digunakan oleh oleh rakyat mahu dimanfaatkan bagi tujuan
                               pengeluaran pertanian secara besar-besaran.
      * Oleh itu terdapat usaha memagari tanah awam. Tuan tanah mendapat kelulusan Parlimen bagi
   menguatkuasakan proses tersebut. Antara tahun 1761 hingga 1792 hampir 500,000 ekar tanah telah
                                dipagari melalui Akta Pemagaran Tanah.
* Kesan penting daripada peristiwa ini ialah terdapat kawasan yang lebih luas untuk digunakan bagi
                                    penanaman secara besar-besaran.
 * Di samping itu rakyat biasa yang dahulunya bergantung kepada tanah awam untuk mencari rezeki kini
                                     kehilangan tempat bergantung.
 * Golongan petani kecil-kecilan telah menjadi buruh ladang dan kemudian berhijrah ke kawasan bandar
                                       dan menjadi buruh kilang.

                          b) Kaedah dan ciptaan baru dalam pertanian
         * Penanaman secara bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend (1674-1738).
   Mengikut kaedah ini sesuatu bidang tanah digunakan secara berterusan sepanjang tahun
                dengan menanam jenis tanaman yang berbeza mengikut musim.
 * Oleh sebab tanaman yang berbeza itu menggunakan nutrien tanah yang berbeza juga, maka
      semua tanaman dapat tumbuh dengan subur. Dengan itu tidak ada tanah yang perlu
                            ditinggalkan kosong seperti sebelumnya.
         * Selain itu tanaman baru turut diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang.
 * Peralatan baru dicipta oleh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal. Alat ini telah
    membolehkan banyak lubang digali secara serentak. Ini telah menyebabkan kerja-kerja
             penugalan serta penanaman biji benih dilakukan dengan lebih pantas.

                                     c) Pertanian komersial
 * Baja asli telah juga mula digunakan secara meluas dan ini telah menjadikan tanaman lebih
                             subur dan hasil pertanian bertambah.
 * Peningkatan kuantiti dan kualiti hasil pertanian telah membawa kepada lebihan produk dan
                         lebihan tersebut telah mereka perdagangkan.
                                Perkembangan Bidang Perindustrian

                                   a) Sumbangan Revolusi Pertanian
   * Sumbangan Revolusi Pertanian terhadap Revolusi Perindustrian ialah dari segi penyediaan modal.
  * Para peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan modal
                                    mereka dalam bidang perindustrian.
     * Selain itu Revolusi Pertanian juga telah menyediakan bahan makanan yang dapat menampung
                   permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang kian meningkat.

                     b) Peralihan daripada Industri Desa kepada Perkilangan
   * Sebelum Revolusi Perindustrian, produk atau barangan telah dihasilkan secara kecil-kecilan dengan
    menggunakan tenaga manusia. Apabila terdapat kaedah dan ciptaan baru dan mesin, pengeluaran
     barangan telah dihasilkan secara besar-besaran melebihi paras keperluan pengusaha itu sendiri.
   * Lebihan produk yang dihasilkan dengan perantaraan penggunaan mesin ini telah diperdagangkan.

                                       c) Pengkhususan Pengeluaran
* Pembelian mesin memerlukan pelaburan modal yang tinggi. Oleh itu, untukmengawal kos, para pemodal
 tidak melibatkan kegiatan industri mereka dalam terlalu barryak bidang. Ini mendorong mereka menjurus
                    atau mengkhusus dalam satu bidang sahaja misalnya bidang tekstil.
* Pengkhususan kerja ini dapat mendatangkan faedahnya yang tersendiri kerana para majikan dan pekerja
     menjadi mahir dalam bidang yang dipilih dan dapat menimba pengalaman untuk membaiki prestasi
                                    masing-masing dalam bidang tersebut.
     * Hasil daripada usaha membaiki prestasi itu, kuantiti dan kualiti barangan dapat dipertingkatkan.
 * Apabila kuantiti produk dipertingkatkan, maka produk tersebut telah dapat dipasarkan secara meluas di
                                    dalam negeri dan juga di luar negara.
                                          d) Penggunaan Teknologi
   * Teknologi baru diperkenalkan menggantikan tenaga manusia. Mesin berkuasa wap telah direka pada
                    zaman Revolusi Perindustrian untuk mempertingkatkan pengeluaran.
 * Salah satu sumber tenaga awal ialah tenaga wap. Penghasilan tenaga wap telah dipermudahkan dengan
                                        proses pembakaran arang batu.
 * John Newcomen telah mereka mesin pengeluaran arang batu dengan menggunakan tenaga wap yang
    bertungsi mengepam dan mengeringkan air di dalam tombong arang batu. Dengan itu lombong boleh
                     dikorek lebih dalam dan lebih banyak arang batu boleh dikeluarkan.
             * Arang batu merupakan sumber utama untuk mengendalikan enjin berkuasa wap.
* Penggunaan kuasa wap juga amat membantu dalam perkembangan sistem pengangkutan iaitu kereta api
                                                dan kapal laut.
    * Dengan adanya penggunaan mesin ini barangan dapat dikeluarkan dengan banyak. Dengan itu kos
pengeluaran setiap barangan menjadi murah dan dapat dipasarkan ke pasaran antarabangsa.
* Ciptaan-ciptaan lain ialah seperti Water Frameyang dicipta oleh Richard Arkwright pada tahun 1769.
Mesin ini digerakkan dengan menggunakan kuasa wap. Dengan itu pekerja dapat memintal benang dengan
                                             lebih banyak lagi.
 * Rekaan mesin dalam industri tekstil ialah seperti Plying Shuttle pada 1733 oleh John Kay. Rekaan ini
                                  mempercepatkan kerja menenun kain.
   * Spinning Jenny direka oleh James Hargreaves, pada tahun 1765 dan Mule direka oleh Samuel
                                      Crampton pada tahun 1790.
                       Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian

                                   a) Pertanian Sebagai Punca Ekonomi
    * Revolusi pertanian telah menyediakan makanan yang cukup dan tenaga buruh yang banyak untuk
                                        perkembangan perindustrian.
* Kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan pertanian sebagai bidang utama ekonomi
                                                   negara.
   * Semakin ramai rakyat Britian terlibat sebagai pekerja atau buruh industri berbanding sebagai buruh
                                                  pertanian.
                               * Pertanian telah menjadi punca ekonomi baru.
                              b) Peningkatan Perdagangan Antarabangsa
     * Lebihan produk pengeluaran telah didagangkan di peringkat antarabangsa dan keuntungan dapat
                                               dimaksimumkan.
* Britian dapat mengendalikan aktiviti perdagangan dengan agak mudah kerana Britain merupakan negara
                penjajah yang utama dan kuasa maritim yang ulung pada abadke-18 dan19.
   * Perdagangan import eksport berkembang maju kerana industri di Britian memerlukan bahan mentah
                    yang banyak dan perlu memasarkan barangan buatan kilang mereka.
                                    c) Kemajuan Bidang Pengangkutan
     * Perkembangan sistem pengangkutan domestik berlaku iaitu rekaan dan penggunaan kereta api.
 * Rekaan enjin berkuasa wap menyebabkan gerabak kereta api boleh dipacu dengan lebih laju dan dapat
                           mengangkut lebih banyak barangan dan pekerja kilang.
          * Rel kereta api yang diperbuat daripada keluli telah menggantikan rel kayu dan rel besi.
        * Sistem pengangkutan kapal laut yang menggunakan kuasa wap juga telah diperkenalkan.
                              d) Kemunculan Golongan Buruh dan Majikan
* Muncul golongan rakyat yang bekerja sebagai buruh ladang dan buruh kilang yang mengendalikan mesin.

 * Penciptaan mesin semasa rewlusi perindustrian menyebabkan golongan pekerja mahir tidak diperlukan
       dan mereka telah memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pembuatan stoking dan renda.
                      * Kegiatan memprotes ini dikenali sebagai Pergerakan Luddite.
 * Pada permulaan zaman Revolusi Perindustrian, Akta Anti Penggabungan ditubuhkan untuk melarang
    para pekerja daripada bergabung dan muafakat bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik
                                             daripada majikan.
      * Sekiranya pekerja melanggar larangan tersebut mereka boleh dikenakan hukuman berat oleh
 pemerintah. Larangan ini menyulitkan pekerja kerana tidak semua majikan bersikap bertimbang rasa ter
                                    hadap para pekerja di bawah umur.
  * Kanak-kanak berumur bawah 10 tahun sering dieksploitasi di kilang tekstil dan di lombong arang batu
                             dan masa bekerja sering melebihi 10 jam sehari.
 * Majikan amat terpengaruh dengan falsafah ekonomi bebas dan berkeras agar campur tangan kerajaan
dielakkan kegiatan ekonomi. Bagi mereka paras gaji serta amalan perburuhan harus ditentukan oleh faktor
                                permintaan dan penawaran semata-mata.
* Untuk membela nasib pekerja Akta Kilang telah digubal pada tahun 1833. Akta ini menegaskan kanak-
        kanak di bawah umur sembilan tahun dilarang bekerja dan mereka dimestikan bersekolah.
            * Akta ini juga menetapkan had masa bekerja tidak melebihi sembilan jam sehari.
 * Seterusnya para majikan dikehendaki menjaga dan memastikan para pekerja mereka di kilang. * Akta
  Lombong diperkenalkan pada tahun 1842 yang melarang kanak-kanak perempuan dan wanita terlibat
                                       dalam perusahaan arang batu.
     * Akta Sepuluh Jam diperkenalkan pada tahun 1847 yang menetapkan para pekerja wanita dalam
                 perusahaan tekstil tidak boleh bekerja lebih daripada sepuluh jam sehari.
Perkembangan Di Eropah >> Imperialisme Barat di Asia
                                  9.4 : Imperialisme Barat di Asia

* Imperialisme ialah penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang lebih lemah.
     * Penguasaan ini bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan juga ekonomi.
   * Penjajahan yang berlaku selepas Revolusi Perin-dustrian yang bermula dari sekitar tahun 1870 di-
                                 istilahkan sebagai imperialisme baru.


                             Faktor-faktor imperialisme Barat ke Asia

          * Kuasa Barat mahu mendapatkan bahan mentah dan pasaran bagi industri mereka.
         * Sistem pengangkutan seperti kereta api dan kapal wap mempercepatkan perjalanan.
    * Menjelang 1930, negara Eropah dan Amerika Syarikat telah melindungi industri mereka dengan
 peraturan tarif. Akibatnya Britain tidak boleh mengeksport barangannya ke negara Eropah dan Amerika
   sehingga mengakibatkan mereka terpaksa mencari pasaran di Asia dan Afrika. * Kuasa Barat mahu
                                menyebarkan agama dan tamadun mereka.
           * Wujud sikap perlumbaan antara kuasa Barat untuk menakluk sesebuah kawasan.
         * Pemilikan tanah jajahan menandakan mereka sudah menjadi satu kuasa yang kuat.
                        Kesan-kesan imperialisme terhadap Asla Tenggara

                                                 a) Politik
             * Pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dan pentadbir Barat.
   * Sistem politik termasuk perundangan peribumi juga telah diubahsuai atau ditukar agar menyerupai
                                                  Barat.
 * Persaingan kuasa Barat di Asia Tenggara menyebabkan Inggeris telah campur tangan di Tanah Melayu,
                                         Burma, India.dan China.
  * Kepulauan Melayu telah dipecah perintah akibat kedatangan Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di
                                                Indonesia.
   * Perancis yang menjadi saingan British telah menjajah Indo China (Laos,Vietnam, dan Kemboja) dan
                                    Amerika pula menduduki Filipina.

                                             b) Ekonomi
 * Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan agar dapat memberi manfaat kepada ekonomi negara
                                            metropolitan.
    * Di Tanah Melayu kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan bagi
         memastikan bahan tersebut dapat dibekalkan bagi memenuhi keperluan industri Britian.
 * Kuasa Barat telah membawa masuk buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan
                                kegiatan ekonomi komersial mereka.
* Dasar ini menyebabkan perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di negara-negara yang dijajah
                                              oleh Barat.

                                               c) Sosial
 * Sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan di Tanah Melayu tetapi terhad di kawasan bandar dan
 dikhususkan untuk memberikan pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi keperluan
                                          pentadbiran British.
  * Kuasa penjajah tidak menjalankan sesuatu dasar yang ketara atau terancang bagi mengharmonikan
                         hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka.
Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara >> Dasar-dasar Pertanian British
                                10.2 : Dasar-dasar Pertanian British

                                      Dasar-dasar Positif British
    * Orang Melayu diperkenalkan oleh British dengan tanaman yang mempunyai pasaran seperti kopi,
                                         tembakau, dan getah.
          * British telah mengkomersialkan tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam. .
         * Tenaga buruh China dan India digunakan untuk memajukan lagi sektor perladangan. .
* Undang-undang pemilikan tanah telah diperkenalkan oleh British bertujuan untuk melindungi tanah orang
 Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal asing. Walau bagaimanapun terdapat beberapa aspek undang-
                                 undang yang menindas kaum Melayu.


                                 Undang-undang Berhubung Tanah

* Sebelum kedatangan British persoalan tanah tidak menjadi masalah kepada orang Melayu kerana tanah
   yang luas, jumlah penduduk yang rendah, urusan cukai, dan kebenaran mengusahakan tanah hanya
                                         dengan pembesar Melayu.
 * Pemilikan tanah amat mudah iaitu pemilik tanah ialah sesiapa yang meneroka dan mengerjakan tanah
                                                 tersebut.
    * Rekod bertulis adalah elemen penting dalam mengusahakan pemilikan tanah pada masa British.
  * Rekod ini juga digunakan dalam urusan tanah seperti cukai, pajakan, sewa beli, dan jual beli tanah.
                     * Tanah juga dilihat sebagai cagaran untuk mendapatkan modal.
   * Undang-undang tanah pertama ialah Peraturan Tanah Perak. Seterusnya muncul pula KanunTanah
                               Selangor, dan Peraturan Tanah Sungai Ujong.
    * Tanah dibahagikan mengikut nilai komersial seperti tanah ladang, peribumi, dan perlombongan.
                       * Kadar cukai tanah bergantung kepada jenis tanah dimiliki.
                          Undang-undang Melindungi Tanah Bumiputera
* Akta Tanah Bumiputera (TSM) diperkenalkan oleh British bagi mengelakkan tanah milik kaum Melayu
                                       berpindah kepada orang asing.
 * Residen berhak mengisytiharkan mana-mana tanah orang Melayu sebagai TSM bagi mengelakkan TSM
                             daripada dijual, dipajak gadai, atau ditukar milik.
* TSM juga ingin melindungi ekonomi penjajah, contohnya TSM tidak boleh diusahakan tanaman komersial
                   kerana TSM tidak subur dan tidak sesuai untuk tanaman perladangan.
       * Land Order Sarawakdi lindungi tanah peribumi daripada dicerobohi oleh pengusaha China.
 * Di sini juga diperkenalkan Land Settlement Order bagi melindungi tanah peribumi daripada diceroboh.
 * Di Sarawak, pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan, untuk mengelakkan
                      pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah kepada orang luar.
* Land Order Sarawak seterusnya membahagikan tanah kepada tiga kawasan iaitu tanah campuran, tanah
                                     simpanan, dan tanah pedalaman.
  * Imigran hanya dibenarkan memiliki tanah campuran sahaja manakala tanah simpanan dan pedalaman
                                                 dilindungi.
  * Di Sabah pula, Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi yang melindungi kepentingan peribumi
  diwartakan oleh British. Peraturan ini menetapkan hak milik peribumi di bawah kuasa Pegawai Daerah.
* Segala urusan jual beli tanah di Sabah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi.
    Penduduk peribumi juga berhak menuntut ganti rugi ke atas tanah yang dijual kepada orang asing.
                               Dasar British Terhadap Pekebun Kecil

   * Kebanyakan pekebun kecil ialah orang Melayu. British berhasrat mengekalkan orang Melayu sebagai
                                                  petani.
  * Enakmen Tanah Padi diperkenalkan untuk menghalang tanaman getah ditanam di kawasan tanaman
          padi sekaligus mengurangkan penglibatan pekebun kecil getah dalam penanaman padi.
  * Halangan kepada orang Melayu seterusnya ialah apabila British menaikkan premium tanah baru untuk
                                              tanaman getah.
         * Selepas itu British melarang sama sekali pembukaan tanah baru untuk tanaman getah.
 * Pada awalnya penglibatan pekebun kecil Melayu secara kecil-kecilan tidak mendatangkan kebimbangan
                                         kepada pengusaha Eropah.
     * Apabila ekonomi meleset dan harga getah jatuh, Britishterpaksa melindungi pengusaha Eropah. *
      Antaranya ialah dengan memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson yang mengehadkan
 pengeluaran getah negara pengeluar, Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa juga memberi kuota
lebih rendah kepada pekebun kecil, mereka juga ditekan kerana dianggap mengancam pengusaha Eropah.
* Tanaman getah yang dianggap banyak masalah ini tetap menguntungkan orang Melayu berbanding padi.
                          * Oleh itu, orang Melayu tidak berminat menanam padi.
19098962 note-sejarah

More Related Content

What's hot

TEORI-TEORI TENTANG MASUKNYA HINDU BUDHA
TEORI-TEORI TENTANG  MASUKNYA HINDU BUDHATEORI-TEORI TENTANG  MASUKNYA HINDU BUDHA
TEORI-TEORI TENTANG MASUKNYA HINDU BUDHA
Mbah Roshadi
 
Power point KD 4 Kelas 7
Power point KD 4 Kelas 7Power point KD 4 Kelas 7
Power point KD 4 Kelas 7
Nugrah Angraini
 
Sejarah Perkembangan Islam di INDIA
Sejarah Perkembangan Islam di INDIASejarah Perkembangan Islam di INDIA
Sejarah Perkembangan Islam di INDIA
Ana MuSafir
 
Interaksi antara pelbagai tamadun
Interaksi antara pelbagai tamadunInteraksi antara pelbagai tamadun
Interaksi antara pelbagai tamadun
kai shi
 

What's hot (20)

Masuknya agama hindu di indonesia
Masuknya agama hindu di indonesiaMasuknya agama hindu di indonesia
Masuknya agama hindu di indonesia
 
TEORI-TEORI TENTANG MASUKNYA HINDU BUDHA
TEORI-TEORI TENTANG  MASUKNYA HINDU BUDHATEORI-TEORI TENTANG  MASUKNYA HINDU BUDHA
TEORI-TEORI TENTANG MASUKNYA HINDU BUDHA
 
Teori masuk dan berkembangnya agama serta kebudayaan hindu budha
Teori masuk dan berkembangnya agama serta kebudayaan hindu budhaTeori masuk dan berkembangnya agama serta kebudayaan hindu budha
Teori masuk dan berkembangnya agama serta kebudayaan hindu budha
 
Power point KD 4 Kelas 7
Power point KD 4 Kelas 7Power point KD 4 Kelas 7
Power point KD 4 Kelas 7
 
kebudayaan hindhu budha
kebudayaan hindhu budhakebudayaan hindhu budha
kebudayaan hindhu budha
 
Sejarah Perkembangan Islam di INDIA
Sejarah Perkembangan Islam di INDIASejarah Perkembangan Islam di INDIA
Sejarah Perkembangan Islam di INDIA
 
Pengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhaPengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddha
 
Presentasi kehidupan politik ekonomi sosial budaya pada masa hindu budha
Presentasi kehidupan politik ekonomi sosial budaya pada masa hindu budhaPresentasi kehidupan politik ekonomi sosial budaya pada masa hindu budha
Presentasi kehidupan politik ekonomi sosial budaya pada masa hindu budha
 
Interaksi antara pelbagai tamadun
Interaksi antara pelbagai tamadunInteraksi antara pelbagai tamadun
Interaksi antara pelbagai tamadun
 
Proses dan Berkembangnya Agama Hindu dan Budha di Asia
Proses dan Berkembangnya Agama Hindu dan Budha di AsiaProses dan Berkembangnya Agama Hindu dan Budha di Asia
Proses dan Berkembangnya Agama Hindu dan Budha di Asia
 
Perkembangan masyarakat dan kerajaan pada masa hindu budha
Perkembangan masyarakat dan kerajaan pada masa hindu budhaPerkembangan masyarakat dan kerajaan pada masa hindu budha
Perkembangan masyarakat dan kerajaan pada masa hindu budha
 
Makalah sejarah kerajaan hindu budha di indonesia
Makalah sejarah kerajaan hindu budha di indonesiaMakalah sejarah kerajaan hindu budha di indonesia
Makalah sejarah kerajaan hindu budha di indonesia
 
Bab 2 TINGKATAN 4 sumbangan tamadun
Bab 2  TINGKATAN 4 sumbangan tamadunBab 2  TINGKATAN 4 sumbangan tamadun
Bab 2 TINGKATAN 4 sumbangan tamadun
 
Bab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun indiaBab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun india
 
pedagang penguasa dan pujangga pada masa hindu budha
pedagang penguasa dan pujangga pada masa hindu budhapedagang penguasa dan pujangga pada masa hindu budha
pedagang penguasa dan pujangga pada masa hindu budha
 
Makalah kerajaan hindu budha di indonesia
Makalah kerajaan hindu budha di indonesiaMakalah kerajaan hindu budha di indonesia
Makalah kerajaan hindu budha di indonesia
 
Perkembangan Agama Hindu dan Budha di India
Perkembangan Agama Hindu dan Budha di IndiaPerkembangan Agama Hindu dan Budha di India
Perkembangan Agama Hindu dan Budha di India
 
Pp jalur masuknya hindu buddha ke indonesia
Pp jalur masuknya hindu buddha ke indonesiaPp jalur masuknya hindu buddha ke indonesia
Pp jalur masuknya hindu buddha ke indonesia
 
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan SumbanganTITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
 
Sejarah Hindu-Buddha di Indonesia
Sejarah Hindu-Buddha di IndonesiaSejarah Hindu-Buddha di Indonesia
Sejarah Hindu-Buddha di Indonesia
 

Viewers also liked

Programming Paradigm Seminar 4
Programming Paradigm Seminar 4Programming Paradigm Seminar 4
Programming Paradigm Seminar 4
neoxiuting
 
tori . michelle . keenan . austun . kevin
tori . michelle . keenan . austun . kevintori . michelle . keenan . austun . kevin
tori . michelle . keenan . austun . kevin
lovelytori
 
Programming Paradigms - Seminar 3
Programming Paradigms - Seminar 3Programming Paradigms - Seminar 3
Programming Paradigms - Seminar 3
neoxiuting
 
EDEL 541 Baker Fall 2012
EDEL 541 Baker Fall 2012EDEL 541 Baker Fall 2012
EDEL 541 Baker Fall 2012
staffordlibrary
 

Viewers also liked (20)

Presentación2
Presentación2Presentación2
Presentación2
 
N5 v
N5 vN5 v
N5 v
 
Programming Paradigm Seminar 4
Programming Paradigm Seminar 4Programming Paradigm Seminar 4
Programming Paradigm Seminar 4
 
EMR Pecha-Kucha presentation
EMR Pecha-Kucha presentationEMR Pecha-Kucha presentation
EMR Pecha-Kucha presentation
 
Azka dan asma 9d
Azka dan asma 9dAzka dan asma 9d
Azka dan asma 9d
 
Full e board
Full e boardFull e board
Full e board
 
برنامج الارشاد
برنامج الارشادبرنامج الارشاد
برنامج الارشاد
 
tori . michelle . keenan . austun . kevin
tori . michelle . keenan . austun . kevintori . michelle . keenan . austun . kevin
tori . michelle . keenan . austun . kevin
 
Lightning Talk: Kunatowski, ENX_vom automobilnetzwerk zur community-cloud
Lightning Talk: Kunatowski, ENX_vom automobilnetzwerk zur community-cloudLightning Talk: Kunatowski, ENX_vom automobilnetzwerk zur community-cloud
Lightning Talk: Kunatowski, ENX_vom automobilnetzwerk zur community-cloud
 
Programming Paradigms - Seminar 3
Programming Paradigms - Seminar 3Programming Paradigms - Seminar 3
Programming Paradigms - Seminar 3
 
Cameras artical11
Cameras artical11Cameras artical11
Cameras artical11
 
The Mobile Learning Tipping Point
The Mobile Learning Tipping PointThe Mobile Learning Tipping Point
The Mobile Learning Tipping Point
 
Introduction to adobe e learning suite no_macro
Introduction to adobe e learning suite no_macroIntroduction to adobe e learning suite no_macro
Introduction to adobe e learning suite no_macro
 
Firestarter
FirestarterFirestarter
Firestarter
 
Singin’ the rain
Singin’ the rainSingin’ the rain
Singin’ the rain
 
Startups: Jahns - semYOU
Startups: Jahns - semYOUStartups: Jahns - semYOU
Startups: Jahns - semYOU
 
Semnarea digitala a unui e-mail
Semnarea digitala a unui e-mailSemnarea digitala a unui e-mail
Semnarea digitala a unui e-mail
 
Crowdsourcing Disaster Housing for Japan
Crowdsourcing Disaster Housing for JapanCrowdsourcing Disaster Housing for Japan
Crowdsourcing Disaster Housing for Japan
 
EDEL 541 Baker Fall 2012
EDEL 541 Baker Fall 2012EDEL 541 Baker Fall 2012
EDEL 541 Baker Fall 2012
 
Documento rejeição Dia D C.E Alceu Amoroso Lima
Documento rejeição Dia D C.E Alceu Amoroso LimaDocumento rejeição Dia D C.E Alceu Amoroso Lima
Documento rejeição Dia D C.E Alceu Amoroso Lima
 

Similar to 19098962 note-sejarah

sejarah-indonesia-hindu-budha.pdfppppppp
sejarah-indonesia-hindu-budha.pdfpppppppsejarah-indonesia-hindu-budha.pdfppppppp
sejarah-indonesia-hindu-budha.pdfppppppp
junmen960
 
KD-3.4-TEORI-TEORI-MASUKNYA-KERAJAAN-HINDU-BUDDHA-1.pptx
KD-3.4-TEORI-TEORI-MASUKNYA-KERAJAAN-HINDU-BUDDHA-1.pptxKD-3.4-TEORI-TEORI-MASUKNYA-KERAJAAN-HINDU-BUDDHA-1.pptx
KD-3.4-TEORI-TEORI-MASUKNYA-KERAJAAN-HINDU-BUDDHA-1.pptx
IraniDian
 
Ips sejarah ii
Ips sejarah iiIps sejarah ii
Ips sejarah ii
Hindun Iin
 
SITUASI DAN KONDISI PRA ISLAM.pptx
SITUASI DAN KONDISI PRA ISLAM.pptxSITUASI DAN KONDISI PRA ISLAM.pptx
SITUASI DAN KONDISI PRA ISLAM.pptx
Mira Nurhasanah
 

Similar to 19098962 note-sejarah (20)

Ppt sejarah bab 3 sma x wajib
Ppt sejarah bab 3 sma x wajibPpt sejarah bab 3 sma x wajib
Ppt sejarah bab 3 sma x wajib
 
sejarah-indonesia-hindu-budha.pdfppppppp
sejarah-indonesia-hindu-budha.pdfpppppppsejarah-indonesia-hindu-budha.pdfppppppp
sejarah-indonesia-hindu-budha.pdfppppppp
 
Pengaruh Agama dan Kebudayaan Hindu – Buddha di [Autosaved] 1.pptx
Pengaruh Agama dan Kebudayaan Hindu – Buddha di [Autosaved] 1.pptxPengaruh Agama dan Kebudayaan Hindu – Buddha di [Autosaved] 1.pptx
Pengaruh Agama dan Kebudayaan Hindu – Buddha di [Autosaved] 1.pptx
 
SEJARAH INDONESIA2.pptx
SEJARAH INDONESIA2.pptxSEJARAH INDONESIA2.pptx
SEJARAH INDONESIA2.pptx
 
tamadun india
tamadun indiatamadun india
tamadun india
 
Makalah sejarah kerajaan hindu budha di indonesia
Makalah sejarah kerajaan hindu budha di indonesiaMakalah sejarah kerajaan hindu budha di indonesia
Makalah sejarah kerajaan hindu budha di indonesia
 
KD-3.4-TEORI-TEORI-MASUKNYA-KERAJAAN-HINDU-BUDDHA-1.pptx
KD-3.4-TEORI-TEORI-MASUKNYA-KERAJAAN-HINDU-BUDDHA-1.pptxKD-3.4-TEORI-TEORI-MASUKNYA-KERAJAAN-HINDU-BUDDHA-1.pptx
KD-3.4-TEORI-TEORI-MASUKNYA-KERAJAAN-HINDU-BUDDHA-1.pptx
 
Ips sejarah ii
Ips sejarah iiIps sejarah ii
Ips sejarah ii
 
Hindu budha
Hindu budhaHindu budha
Hindu budha
 
Tugas Sejarah Indonesia
Tugas Sejarah IndonesiaTugas Sejarah Indonesia
Tugas Sejarah Indonesia
 
KELOMPOK MUAMAR.pptx
KELOMPOK MUAMAR.pptxKELOMPOK MUAMAR.pptx
KELOMPOK MUAMAR.pptx
 
versi-ringkas-sejarah-islam-nusantara.pptx
versi-ringkas-sejarah-islam-nusantara.pptxversi-ringkas-sejarah-islam-nusantara.pptx
versi-ringkas-sejarah-islam-nusantara.pptx
 
ppt sejarah perkembangan islam.pptx
ppt sejarah perkembangan islam.pptxppt sejarah perkembangan islam.pptx
ppt sejarah perkembangan islam.pptx
 
SEJARAH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DI INDONESIA
SEJARAH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DI INDONESIASEJARAH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DI INDONESIA
SEJARAH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DI INDONESIA
 
Bidang politik dan pemerintahan
Bidang politik dan pemerintahanBidang politik dan pemerintahan
Bidang politik dan pemerintahan
 
6 peninggalan sejarah kebudayaan hindu buddha indonesia
6 peninggalan sejarah kebudayaan hindu buddha indonesia6 peninggalan sejarah kebudayaan hindu buddha indonesia
6 peninggalan sejarah kebudayaan hindu buddha indonesia
 
Bab 2 Sejarah Form 4
Bab 2 Sejarah Form 4Bab 2 Sejarah Form 4
Bab 2 Sejarah Form 4
 
HINDU DHARMA.pptx
HINDU DHARMA.pptxHINDU DHARMA.pptx
HINDU DHARMA.pptx
 
SITUASI DAN KONDISI PRA ISLAM.pptx
SITUASI DAN KONDISI PRA ISLAM.pptxSITUASI DAN KONDISI PRA ISLAM.pptx
SITUASI DAN KONDISI PRA ISLAM.pptx
 
Power point kd 4 kls 7
Power point kd 4 kls 7Power point kd 4 kls 7
Power point kd 4 kls 7
 

19098962 note-sejarah

  • 1. Kemunculan Tamadun Awal Manusia >> Tamadun Manusia 1.2 : Tamadun Manusia Maksud Tamadun * Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun dan madain yang disebut madana yang bermaksud ketinggian budi bahasa dan pembukaan bandar. * Dalam bahasa Inggerisnya disebut civilization yang bermaksud peradaban. * Masyarakat Barat mengaitkan tamadun dengan pembangunan lahiriah yang menyentuh hal- hal seperti penulisan, undang-undang, kesenian, danpembandaran. * Sarjana Barat seperti Goldon Childe, D. Riberio, dan R. A Buchanan menyatakan kayu ukur tamadun sesuatu bangsa ialah melalui pencapaian lahiriah semata-mata. * Manakala menurut sarjana Islam pula, tamadun mestilah merangkumi kemajuan lahiriah dan rohaniah. Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun berkait rapat dengan pencapaian tata susila dan kebudayaan yang tinggi dalam masyarakat. * Ibn Khaldun dalam buku Muqaddimah telah menganggap bahawa kehidupan di bandar ialah kehidupan bertamadun kerana di sini wujud semangat kerjasama dan kehidupan yang penuh dengan tata susila, kesopanan dan moral yang tinggi. Peningkatan Tamadun >> Sumbangan Tamadun 2.3 : Sumbangan Tamadun * Aspek politik : Demokrasi, Republik. * Aspek Sosial : Sukan Olimpik 776SM � hormati Tuhan Zeus. Awalnya disertai Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia, dan Argos,4 tahun sekali. * Hasil karya: Illiad dan Odyssey, Mahabarata dan Ramayana. Bahasa Latin dan Sanskrit yang diguna pakai dalam kristian dan Buddha-Hindu. * Pendidikan : sistem peperiksaan. Perkembangan sains dan teknologi - matematik, astronomi, fizik, perubatan, Teori Phytogoras, dan Teori Archimedes. * Binaan: Agama dan budaya. Kewujudan ahli falsafah. Peningkatan Tamadun >> Agama dan Tamadun Manusia 2.4 : Agama dan Tamadun Manusia
  • 2. Keperluan dalam pembentukan dan peningkatan tamadun. Suatu kepercayaan atau ajaran kepada manusia. Antara kepercyaan dan agama yang dianuti ialah Hindu, Buddha, Kristian, Islam, Confunianisme, dan Toaisme. 1. Agama Hindu * Perkataan Hindu dari sungai Sindhu(Indus) Dikenali juga sebagai Sanata Dharma - peraturan kerohanian yang kekal abadi. Semakin jelas dlm zaman vedik. Tuhan 3 fungsi : Mencipta (Brahman), Memelihara( Vishnu, membinasa( Siva). Enam aliran: Saivisme, Vaishavisme, Saktham, Ganapathym, Kaumaram, dan Saura. * Sejak empayar Maurya penting - didominasi Brahmin. Percaya hukum karma - kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula bergantung pada karma dan tujuan hidup untuk capai maksya- kebebasan mutlak iaitu bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir lagi.. * Capai kegemilangan Zaman Gupta 320 - 520M. Zaman Asoka saingan dengan Buddha. 2. Agama Buddha * Diasaskan Siddhaarta Gautama. Dianggap penentangan golongan Kystria terhadap Brahmin. Lihat ketidakaadilan Kasta dalam agama dan kehidupan, cari ketenangan. Capai ketenangan dan pengajaran dibaweah pokok Boddhidi Uruveda. Dapat larikan diri dari kesengsaraan. Asas ajaran 4 kebenaran mulia dan Jalan 8 lapis. * Kegemilangan dlm. Zaman Asoka - jadi agama rasmi Dinasti Maurya. Buddha: guna bahasa Pali, Kitab Tripitaka - kitab suci mengandungi Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka, dan Abhidhamma Pitaka. * Empat kebenaran yang mulia a. Kehidupan penuh dengan kepahitan b. Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu c. Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu d. Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan cara Jalan Lapan Lapis 3. Agama Kristian 1. Penganut kristian percaya ia diasaskan oleh Jesus Christ, berasal Jerusalem. 25 Dis,dianggap hari lahirnya disebut sebagai Hari Natal. Kitab Suci : Old Testament dan New Testament - dikenali sebagi bible. 2. Mendapat tempat dalam Tamadun Rom tertama zaman Constantine 280 - 337 SM. Sebelumnya masyarakat beragama pagan - suatu kepercayaan tidak percaya pada agama. 3. Mereka yang terlibat dengan agama dikecuali daripada melakukan sebarang pekerjaan berat. 4. Hari Ahad hari kegiatan agama. Zaman Rom dianggap Zaman Empayar Kristian. 4. Agama Islam 1. Diwahyukan kepada Nabi Muhamad saw pada 6 Ogos 610M atau 17 Ramadhan, melalui Jibril di Gua Hira. Berlaku tentangan daripada orang Quraisy Makkah. Sebagai pelindungan berhijrah ke Yathrib atau Madinah pada 622M atau 1 Rabiulawal. 2. Di Madinah Islam berkembang Dua teras dalam Islam : akidah dan syariah. Akidah membentuk keyakinan seluruh jiwa fizikal dan rohaniah terhadap keesaan Allah swt. Syariah merupakan peraturan atau undang-undang yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis. - Petunjuk kepada orang Islam. Akidah dan Syariah sumber ketamadunan Islam. 3. Asas kepercayaan - percaya kepada Rukun Iman dan Rukun Islam. 5. Confucianisme 1. Diasaskan oleh Confucius 551SM., Shangtung atau Lu. Seorang pegawai kerajaan kemudian letak jawatan. Confucius disembah sebagai tuhan. 2. Ajaran menekan prinsip moral yang tinggi spt perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), dan ketaat kepada ibubapa (xiao). 3. Untuk mencapai harus ada ketinggi pendidikan. 6. Toaisme 1. Diasaskan oleh Lao Tze. Dilahir di Chu 604 SM. Bvekerja di Chou. Kembara keluar. Tulis buku Tao Te Ching. 2. Asalnya berbentuk falsafah kemudian tukar jadi agama. 3. Tumpukan konsep Tao atau jalan. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao. Manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku - berkaitan dengan konsep wu-wei iaitu tidak mengambil tindakan. Jika tidak akan merosakkan dunia. Oleh itu Lao Tze anggap manusia boleh ubah ke arah kebaikan. 3.1 : Bentuk Kerajaan Awal Pembahagian Kerajaan Awal Asia Tenggara
  • 3. * Terbahagi kepada kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara dan kerajaan di Kepulauan AsiaTenggara. * Kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara terdiri daripada kerajaan Funan, Angkor, dan Ayuthia. * Kerajaan di Kepulauan Asia Tenggara terdiri daripada kerajaan Kedah Tua, Langkasuka (di Tanah Melayu) dan Srivijaya, Majapahit (di Kepulauan Indonesia). Bentuk-Bentuk dan ciri-ciri Kerajaan Awal AsiaTenggara * Kerajaan agraria adalah berasaskan pertanian, pen-ternakan.memungut hasil hutan dan hasil sungai. * Kerajaan agraria ini muncul di tanah subur seperti kerajaan Dvaravati di Sg Menam (Thailand), Sg Irrawaddy (Myanmar). Kerajaan di lereng bukit dan tanah gunung berapi seperti Kerajaan Taruma (Indonesia). * Kerajaan maritim adalah berasaskan perdagangan, kelautan, dan pelabuhan. Kerajaan ini terletak di persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan seperti Srivijaya di Sg Musi (Sumatera), Kedah Tua di Sg Muda dan Merbok (Kedah), dan Tioman di Pulau Tioman (Pahang). * Terdapat juga kerajaan agraria yang berkembang menjadi kerajaan maritim. Contohnya Funan. Online Notes SEJARAH Tamadun Awal Asia Tenggara >> Pengaruh Agama Hindu / Buddha dalam Kerajaan Awal 3.2 : Pengaruh Agama Hindu / Buddha dalam Kerajaan Awal Cara-cara Kedatangan Pengaruh Hindu / Buddha * Pendapat pertama mengatakan pengaruh agama ini dibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera melalui penaklukan. * Pendapat kedua mengatakan pengaruh agama ini dibawa oleh pedagang atau Vaisya. * Pendapat ketiga mengatakan pengaruh ini dibawa oleh Brahmin atau pendeta. * Pendapat keempat menyatakan pengaruh itu berlaku melalui proses penyesuaian budaya India yang menarik sahaja dengan budaya tempatan. * Ini terbukti dengan jumpaan arca bercirikan Asia Tenggara di Srivijaya seperti ikatan tali kulit harimau yang hanya ada di Siwijaya. * Aspek Hindu / Buddha yang diambil berbeza antara seorang pemerintah di Asia Tenggara dengan pemerintahan Asia Tenggara yang lain. * Agama yang dianuti di Kedah Tua pada abad ke 5 M ialah Buddha, di Dieng Indonesia pula ialah Hindu. * Pada abad ke 7 M kerajaan di Takuapa dan di Pulau Bangka menganut agama Hindu mazhab Vishnu manakala di Sumatera dan di Jawa agama yang diamalkan ialah Buddha. * Pengaruh Hindu / Buddha berlaku serentak dengan hubungan perdagangan. * Apabila Rom menghentikan perdagangan emas ke India maka India beralih mendapatkan emas di AsiaTenggara. Pengaruh Hindu / Buddha dalam Sistem Pemerintahan * Gelaran raja bermula selepas kedatangan pengaruh sistem beraja India. Melalui sistem ini raja berada di puncak pemerintahan. Di bawahnya ialah kerabat diraja dan pembesar termasuk ahli agama seperti Brahmin. Selepas itu rakyat dan hamba (bawah sekali). * Raja berkuasa mutlak dalam semua hal, perintahnya menjadi undang-undang. Sesiapa yang menentangnya dianggap derhaka. Walau bagaimanapun raja harus adil kepada golongan yang diperintah. * Rakyat takut menderhaka maka muncul konsep dewaraja yang mempunyai sakti. Unsur mitos dan legenda digunakan untuk memperkuatkan kedudukan pemerintahnya. * Upacara pertabalan dipimpin oleh golongan Brahmin bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah. * Raja yang terpengaruh dengan sistem Hindu / Buddha membina kompleks kota yang
  • 4. melambangkan alam semesta (orde kosmos). Negara dianggap sebagai alam semesta, manakala raja dan ibu kota ialah pusat alam (pusat pemerintahan). Oleh itu maka raja perlu mengatur kesejahteraan negara dan rakyat. Pengaruh Hindu/Buddha dalam pemerintahan Angkor * Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II. * Raja dianggap raja dewa. * Raja dibantu pembesar atau gabenor di daerah. * Brahmin pula berperanan dalam upacara agama. * Raja juga dibantu oleh pembesar dalam kalangan pegawai tentera dan hakim. Pengaruh Hindu / Buddha dalam pemerintahan Srivijaya * Pengaruh yang muncul ialah agama Buddha Mahayana. * Raja dibantu pentadbiran pusat dan daerah. * Dalam pentadbiran pusat terdapat empat kumpulan anak raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara, dan raja putra. Seorang daripada mereka bakal menggantikan raja kecuali raja putra kerana beliau anak gundik. * Di bawah anak raja ialah ketua pentadbiran pusat yang digelar parvanda atau senapati. * Seterusnya terdapat pegawai lain seperti hakim, temenggung, dan penghulu. * Kedudukan hamba raja terletak paling bawah sekali dalam hierarki pentadbiran. * Pentadbiran daerah ditadbir oleh Datu (dilantik raja). Datu dibahagikan kepada dua iaitu parvanda (berketurunan raja) dan bhupati (orang-orang kaya). * Datu perlu bersumpah taat setia di Telaga Batu Palembang. Ini berdasarkan bukti jumpaan batu bersurat di situ yang bertarikh 683 M. Pengaruh Hindu / Buddha dalam kesenian * Monumen ialah binaan / bangunan daripada batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting seperti candi/kuil, wat/stupa, arca dan patung. * Candi berperanan sebagai rumah ibadat, menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya, menyimpan patung dewa utama dan menjadi lambang kehebatan raja. * Angkor Wat dan Borobudur melmbangkan orde kosmos. * Di Thailand,Wetnam, dan Kemboja rumah ibadat dikenali sebagai wat. Manakala di Burma disebut stupa, dan di Indonesia disebut candi. * Candi Dieng dan Candi Prambanan di Indonesia merujuk kepada agama Hindu. Manakala hampir kesemua candi di Thailand merujuk kepada agama Buddha. * Patung agama Hindu ialah seperti patung dewa Siva, Visnu, Brahma, Durga dan Lingga. Manakala patung Avalokitesvara merujuk kepada agama Buddha. * Patung Drawapala dan patung Nandiswara berperanan menjaga candi daripada roh jahat. * Candi dan patung agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara dikategorikan kepada beberapa jenis hasil dan gaya hasil campuran tamadun India dan tamadun Asia Tenggara. Contohnya arca Buddha yang ditemui di Lembah Bujang, Kedah. Pengaruh Hindu dalam kesenian AngkorWat * Di Kemboja Angkor Wat dibina di Siem Reap untuk agama Hindu. * Candi ini mempunyai tempat pemujaan, menara, dan tembok. * Terdapat ukiran epik Ramayana dan Mahabrata. Pengaruh Buddha dalam kesenian Borobudur * Candi di Jawa Tengah mewakili agama Buddha Mahayana. * Candi ini mempunyai tiga tingkat. Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha. * Pada tingkat pertama terdapat ukiran cerita tentang Gautama Buddha. * Tiga tingkat itu melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu sila, samadhi, dan panna. Di tingkat pertama diukir cerita Gautama Buddha. Pengaruh Hindu / Buddha dalam kesenian candi Lembah Bujang * Tapak arkeologi Lembah Bujang dijumpai pada tahun 1840an oleh James Low iaitu Superintendent di Seberang Perai. * Candi Lembah Bujang terdapat di Estet Sungai Batu, di Bukit Batu Pahat di Pendiat dan di Pangkalan Bujang. * Candi agama Hindu terbahagi kepada dua iaitu Vimana (bahagian suci tempat arca keagamaan) dan Mandapa (bahagian luar).
  • 5. * Candi berunsur Buddha pula memiliki pelan jenis cruciform. Pengaruh bahasa Sanskrit * Kewujudan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara telah meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat. * Batu bersurat yang dijumpai di tapak-tapak sejarah awal Asia Tenggara mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang. Contohnya di Kutei, Sungai Mas (Kedah Tua) dan di Palembang. Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja, manakala batu bersurat Sungai Mas berkaitan dengan agama Buddha. * Inskripsi di Palembang ditulis dalam bahasa Melayu kuno. Tulisannya adalah berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat dan pembesar supaya tidak menderhaka kepada raja. * Tulisan ini sebahagiannya dipahat pada batu yang menunjukkan kemahiran penulisnya yang mem-punyai asas yang kukuh dalam bahasa Sanskrit. * Bahasa Sanskrit ini juga digunakan dalam kitab-kitab keagamaan dan bahasa. * Bahasa Sanskrit telah disesuaikan dalam bahasa Melayu seperti dukkha (duka), dan dorhaka (derhaka). * Bahasa Sanskrit juga terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha, dan Tamil. * Bahasa ini menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal Asia Tenggara. Pengaruh Hindu/Buddha dalam kesusasteraan * Pengaruhnya terdapat dalam Epik Ramayana dan Mahabrata serta Puranas (sastera klasik Asia Tenggara). * Pengaruh dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkana. * Masyarakat Asia Tenggara turut terdedah kepada epik Ramayana dan Mahabharata yang disampaikan melalui kesusasteraan, cerita lisan, dan teater seperti wayang kulit. * Hikayat Mahabharata diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya. * Epik Ramayana pula melahirkan Hikayat Seri Rama. 4.1 : Masyarakat Arab Jahiliah Zaman Jahiliah * Jahiliah bermaksud jahil dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan. * Masyarakat Arab Jahiliah hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya
  • 6. Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad SAW. * Empangan Maarib runtuh disebabkan oleh banjir besar yang melanda Sabak dan pemimpin Sabak tidak dapat membaikinya semula. * Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakatnya tidak menyembah Allah SWT. * Mereka hidup dalam kucar-kacir kerana tidak mempunyai nabi atau kitab sebagai petunjuk Akhlak mereka sangat rendah. * Masyarakat Arab Jahiliah terbahagi kepada masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari. * Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun * Masyarakat Hadari tinggal di kawasan pesisir pantai Semenanjung Tanah Arab. Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama, sosial, ekonomi, kepercayaan, dan nilai hidup yang dipegang mereka. 1. Dari segi agama * Mereka mempunyai empat bentuk ke-percayaan iaitu wathani (agama menyembah berhala), animisme (memuja alam), samawi (Kristian dan Yahudi), dan menilik nasib serta sihir. * Ada juga yang menganut agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Penganut ini digelar Hanura. * Ada antara mereka yang mencampurkan agama Hanif dengan amalan tradisi Arab Jahiliah. 2. Dari segi sosial * Mereka bermain judi, minum arak, dan mengamalkan riba. * Mereka memandang rendah pada wanita sehingga sanggup membunuh anak perempuan sendiri. * Wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka dan dalam soal perkahwinan mereka boleh berkahwin dengan beberapa wanita. 3. Dari segi ekonomi * Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem ekonomi yang tidak adil, menindas, mengeksploit wanita, mengamalkan riba, menjual beli berhala, dan mengamalkan sistem barter. * Kegiatan merompak dan merampas juga merupakan sumber ekonomi mereka. 4. Dari segi politik * Mereka tidak mempunyai sistem pemerintahan yang teratur. Mereka sangat mementingkan semangat assabiah dan kabilah. Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah >> Kelahiran Nabi Muhammad SAW 4.2 : Kelahiran Nabi Muhammad SAW * Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 570 Masihi. * Nama bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Mutalib dan ibu baginda ialah Aminah binti Wahab. * Nabi Muhammad memiliki empat sitat terpuji iaitu siddiq (berkata benar), amanah, tabliq (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana). * Baginda digelar al-Amin kerana sentiasa berkata benar dan setiap tindakan baginda dipercayai. * Nabi Muhammad mula menunjukkan sifat kepimpinan ketika peristiwa Hajar Aswad. SEJARAH Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah >> Kerasulan Nabi Muhammad SAW 4.3 : Kerasulan Nabi Muhammad SAW * Pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 M, Allah telah menurunkan wahyu yang pertama kepada baginda melalui malaikat Jibril. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. * Wahyu pertama itu memerintah umat Islam supaya membaca. Islam amat menitikberatkan aktiviti membaca dan membuat kajian. * Wahyu kedua pula merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai rasulullah dan mewajibkan
  • 7. baginda menyampaikan ajaran kepada manusia. * Dalam menyampaikan Islam, Nabi Muhammad menyentuh tentang akidah masyarakat Arab dengan menanamkan keimanan kepada Allah Yang Esa. * Masyarakat Arab digesa meninggalkan amalan yang keji seperti menindas sesama manusia, membunuh, dan mencuri. Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah >> Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam 4.5 : Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam Penerimaan Terhadap Islam * Kegiatan dakwah pada peringkat awal tidak mendapat tentangan kerana hanya disebarkan dalam kalangan keluarga baginda sahaja. * Kaum Quraisy mula menentang apabila kegiatan dakwah ini dijalankan secara terang-terangan. * Penganut agama Islam pada peringkat awal terdiri daripada golongan hamba. Golongan ini kemudiannya diseksa oleh tuan mereka kerana memeluk Islam. Contohnya Bilal bin Rabah yang telah diseksa dengan cara dijemur, diselar dengan besi panas, dan ditindih dadanya dengan batu. Walaupun begitu beliau tetap beriman kepada Allah. * Kebijaksanaan Nabi Muhammad berdakwah telah berjaya menarik ramai masyarakat Arab untuk memeluk Islam. * Keperibadian dan cara dakwah yang digunakan oleh Nabi Muhammad telah menjadi kunci kepada perkembangan agama Islam di Makkah. Cara Penentangan * Penentangan terhadap Nabi Muhammad SAW dan orang Islam dilakukan menerusi penyair Arab Quraisy yang mengejek ajaran Islam dalam puisi mereka. * Sebagai pemimpin yang berwibawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah kecewa malah tetap bersabar. * Kegagalan menggunakan kekerasan terhadap Nabi Muhammad SAW menyebabkan orang Arab Ouraisy membuat beberapa tawaran seperti kedudukan, wanita cantik dan juga harta supaya nabi meninggalkan dakwah Islamiah. Walau bagaimanapun kesemua tawaran itu ditolak oleh baginda. * Kaum Quraisy juga telah memulau Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda yang menyebabkan kehidupan baginda sekeluarga dan juga umat Islam lain terhimpit. * Mereka melakukan pemulauan dengan tidak menjalankan urus niaga, tidak memberi pertolongan, dan tidak berkahwin dengan keluarga baginda. * Pemulauan berlaku selama tiga tahun sahaja kerana ada di kalangan orang Ouraisy yang membantu orang Islam termasuk bapa saudara nabi iaitu Abu Talib. * Wanita turut memainkan peranan penting dalam membantu perjuangan Islam. Khadijah misalnya telah mengorbankan kesemua hartanya untuk membantu perjuangan Islam dan diikuti oleh Aisyah, Ummu Salamah dan lain-lain. Nabi Muhammad Menyelesaikan Masalah * Bagi mengurangkan tekanan daripada kaum Ouraisy Makkah, Nabi Muhammad membenarkan orang Islam berhijrah ke Habshah untuk mendapat periindungan. * Penghijrahan ke Habshah merupakan hijrah yang pertama dari Makkah. Nabi Muhammad tidak turut serta berhijrah ke Habshah kerana ingin memberi tumpuan kepada penyebaran Islam di Makkah dan menjaga kebajikan orang Islam yang tidak berhijrah. * Penyebaran Islam ke Taif oleh Nabi Muhammad dan Zaid bin Harithah kurang berkesan dan tidak dapat mengurangkan tentangan kaum Quraisy. * Kesabaran, kecekalan, dan sifat tidak pernah mengalah Nabi Muhammad dalam menyebarkan Islam telah menyebabkan Islam semakin kukuh. * Keterbatasan dan tentangan berterusan terhadap dakwah Islamiah di Makkah telah membuka strategi baru untuk meneruskan penyebaran Islam dengan berhijrah ke Madinah. * Penghijrahan ke Madinah pada tahun 622 Masehi untuk memenuhi jemputan suku kaum Aus dan Khazraj telah membuka lembaran baru kepada dakwah Islamiah. * Di Madinah Nabi Muhammad SAW telah berjaya mendirikan sebuah negara Islam yang unggul dan
  • 8. meneruskan dakwah Islamiah sehingga ke seluruh Semenanjung Tanah Arab. Kerajaan Islam Di Madinah >> Kedudukan Madinah Sebelum Hijrah 5.1 : Kedudukan Madinah Sebelum Hijrah * Dikenali dengan nama Yathrib. * Kedudukan Madinah sangat strategik di tengah-tengah perjalanan antara Makkah dan Syam. * Terdapat tiga golongan penduduk Madinah iaitu Nasrani, Yahudi, dan Arab. * Golongan Yahudi terdiri daripada Bani Quraizah, Bani Qunaiqa dan Bani Nadhir. * Golongan Arab terdiri daripada suku Aus dan Khazraj. Suku Aus tinggal di selatan dan timur Madinah
  • 9. manakala suku Khazraj tinggal di bahagian tengah Madinah. * Orang Yahudi yang mula berhijrah ke Madinah ialah Yahudi Qainuqa. Ini diikuti dengan kedatangan suku Yahudi yang lain. Kerajaan Islam Di Madinah >> Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua 5.2 : Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua * Suku Khazraj telah menemui Nabi Muhammad SAW di Aqabah dan memeluk Islam. * Sekembalinya mereka ke Madinah mereka telah menyebarkan agama Islam dalam kalangan masyarakat Madinah yang lain. * Pada tahun berikutnya (621M) suku Aus dan Khazraj Madinah telah mengunjungi Nabi Muhammad SAW sekali lagi. * Termeterailah Perjanjian Aqabah Pertama antara Nabi Muhammad SAW dengan orang Arab Madinah tersebut. Aqabah terletak di antara Mina dan Makkah. * Antara isi Perjanjian Aqabah Pertama ialah suku Aus dan Khazraj hendaklah (a) Beriman kepada Allah dan Rasul. (b) Membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW dan tidak akan melakukan amalan Jahiliyah seperti mencuri, merompak, minum arak dan membunuh bayi perempuan. * Nabi Muhammad SAW telah menghantar pendakwah Islam Mus'ab Bin Umair ke Madinah untuk menyebarkanlslam. * Pada tahun 622 Masehi suku Aus dan Khazraj menandatangani Perjanjian Aqabah Kedua. * Antara isi perjanjiannya ialah: (a) Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam. (b) Taat setia kepada Nabi Muhammad SAW (c) Mereka menjemput Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah dan akan menyediakan tempat tinggal serta menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah. * Sokongan dan bantuan orang Arab Madinah merupakan faktor penting kejayaan hijrah Nabi Muhammad SAW dan orang Islam Makkah ke Madinah. * Pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M. Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah telah dilakukan secara rahsia dan berperingkat-peringkat. * Nabi Muhammad SAW telah berhijrah bersama-sama sahabatnya Abu Bakar Al-Siddiq. * Perjalanan baginda ke Madinah memakan masa selama 12 hari. * Umar al-Khattab yang terkenal dengan keberaniannya telah berhijrah secara sendirian dan terang- terangan. Kerajaan Islam Di Madinah >> Konsep Hijrah 5.3 : Konsep Hijrah * Hijrah bermaksud berpindah. Dalam konteks tamadun Islam hijrah bermaksud perpindahan orang Islam dari Kota Makkah ke Madinah dalam usaha memperkukuhkan kedudukan Islam dan merupakan strategi baru menyebarkan Islam. * Hijrah juga merupakan perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan. * Hijrah turut dilambangkan sebagai semangat ingin berubah dan perubahan ini berlaku dalam pelbagai keadaan seperti pembahan dari segi sikap, cara beiiikir, dan tingkah laku. * Pendapat orientalis Barat yang mentafsirkan Hijrah sebagai suatu pelarian boleh disangkal dengan beberapa hujah iaitu : a. Penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah atas jemputan seperti terkandung dalam Perjanjian Aqabah Kedua. b. Mereka disambut dengan rela dan meriah oleh orang Madinah, diberi tempat tinggal, da,n dijamin keselamatan mereka. c. Nabi Muhammad SAW telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan juga diterima sebagai pemimpin oleh semua golongan masyarakat.
  • 10. * Penghijrahan Nabi Muhammad bermula selepas baginda berjaya melepaskan diri daripada kepungan pemuda Ouraisy terhadap rumah baginda. * Ali Bin Abu Talib telah menawarkan diri untuk tidur di tempat tidur baginda. Baginda menemui Abu Bakar al-Siddiq dan menyatakan perintah Allah supaya baginda berhijrah. Baginda dan Abu Bakar al-Siddiq bersembunyi di Gua Thur sebelum meneruskan hijrah ke Madinah. * Perjalanan baginda dipandu oleh Abdullah Bin Arqat dan beliau belum memeluk Islam semasa menjadi juru pandu nabi. * Gua Thur terletak di puncak Bukit Thur. Jarak antara bukit ini dengan Masjid al-Haram di Makkah kira- kira 8 km. Luas muka gua ini muat untuk seorang sahaja.Ketika bersembunyi di Gua Thur Nabi Muhammad SAW telah dibantu oleh Abdullah Bin Abu Bakar yang menjadi pengintip, Asma' binti Abu Bakar yang menghantar makanan, dan pengembala kambing Amir bin Puhairah yang memberikan susu kambing. * Faktor utama penghijrahan Nabi Muhammad SAW adalah disebabkan perintah Allah supaya segera berhijrah menerusi wahyu surah al-Anfal yang menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy. * Hijrah bertujuan untuk meneruskan penyebaran Islam. Suasana aman di tempat baru akan memudahkan lagi penyampaian dakwah Islamiah. Orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad SAW untuk mengetuai kepimpinan mereka dan mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan iaitu antara Suku Arab dan Khazraj. * Setelah berlaku hijrah, dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman tanpa berselindung lagi sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu. * Persaudaraan antara orang Islam Makkah dan Madinah juga dapat diwujudkan. Golongan Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah diberi gelaran Muhajirin manakala orang Islam Madinah diberi gelaran Ansar. * Muhajirin lahir daripada perkataan Arab hajara yang bermaksud berpindah dan Ansar daripada perkataan Arab nasara yang bermakna menolong. * Hijrah juga telah menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya, dan agama. * Nabi Muhammad SAW telah membina Masjid al-Nabawi di Madinah. Masjid yang pertama dibina ialah Masjid Quba' yang dibina daripada pelepah, batang, dan daun pokok tamar. * Masjid al-Nabawi telah dibina atas tanah yang dibeli oleh baginda daripada Sahl dan Suhail. Masjid dibina pada bulan Safar tahun kedua Hijrah. Masjid ini dijadikan tempat untuk beribadat, belajar, dan bertemu bagi membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam. Persekitaran masjid dibolehkan untuk melakukan aktiviti berjual beli. * Hijrah mewujudkan kiraan tahun hijrah dalam takwim lslam. Digunakan semasa pemerintahan Umar al- Khattab. * Hijrah berjaya dengan sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW. Kaum wanita juga telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan kemajuan sesebuah negara seperti yang dilakukan oleh Asma'. * Hijrah juga memperlihatkan kebesaran jiwa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW serta kebijaksanaan baginda mengatur strategi perjuangan. Kerajaan Islam Di Madinah >> Piagam Madinah 5.4 : Piagam Madinah * Setelah menyatukan penduduk Madinah Nabi Muhammad SAW telah merangka suatu piagam iaitu Piagam Madinah atau Sahifah Madinah (622 M) berpandukan wahyu Allah yang digunakan untuk mentadbirMadinah. * Perlembagaan bertulis ini menjadi asas pemerintahan Islam di Madinah. Piagam ini dirangka berasaskan persetujuan antara orang Islam dan bukan Islam di Madinah. * Piagam ini mengandungi 47 Fasal dan 23 Fasal membincangkan tentang hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka dan 24 Fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam terhadap Madinah. Piagam ini merupakan perlembagaan bertulis pertama digubal di dunia. * Kandungan Piagam Madinah boleh dirumuskan kepada tujuh perkara iaitu pentadbiran, agama, sosial, perundangan, pertahanan, dan kedudukan kaumYahudi. 1. Politik - Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin di Madinah. Baginda sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam. 2. Agama - Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing dan bebas mengamalkan adat masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam. 3. Sosial - Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan tidak boleh bermusuhan sesama
  • 11. sendiri. 4. Perundangan - Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan dalam kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan syarak. 5. Ekonomi - Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut dalam memajukan ekonomi negara. Unsur riba dan penipuan dihapuskan dalam sistem perniagaan. 6. Pertahanan - Semua penduduk dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar. 7. Kedudukan kaum Yahudi - Keselamatan orang bukan Islam terjamin selagi mereka mematuhi Piagam Madinah. * Piagam Madinah telah menjadikan kerajaan Islam Madinah sebagai model kerajaan Islam yang unggul. Nabi Muhammad SAW telah berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah. Syariah Islam yang diperkenalkan juga adalah adil dan menyeluruh. Piagam ini juga berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang bersistematik serta menanamkan semangat ukhwah Islamiah. * Pembentukan kerajaan lslam di Madinah pada tahun 622M telah menimbulkan perasaan iri hati dalam kalangan orang Arab Ouraisy. Mereka mencari sokongan orang Yahudi dan penduduk Arab agar menghapuskan kerajaan Islam. Kerajaan Islam Di Madinah >> Penyebaran Islam 5.5 : Penyebaran Islam * Dalam usaha menyebarkan Islam, Nabi Muhammad SAW telah menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah.dan wilayah sekitar Semenanjung Tanah Arab. Baginda tidak menggunakan paksaan, tetapi menggunakan cara diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik. * Raja Qibti Mesir, al-Muqauqis telah menyambut baik warkah Nabi Muhammad SAW Walau bagaimana pun dakwah Islamiah yang disampaikan oleh baginda tidak diterima oleh al-Muqauqis. Maharaja Hercules telah membincangkan isi kandungan warkah baginda dengan pembesar-pembesamya manakala warkah baginda ke Parsi tidak diterima oleh Raja Parsi malah telah dikoyaknya. * Di Madinah sejak tahun 622 M (1H) sehinggalah 630M (8H) beberapa siri peperangan berlaku antara orang Ouraisy Makkah dengan orang Islam Madinah. Antara peperangan tersebut termasuklah Perang Badar (624M/2H), Perang Uhud (625M/3H), Perang Khandak(627M/5H), dan Perang Tabuk (630M/8H). Perang Khandak berlaku antara orang Islam Madinah dengan orang Ouraisy Makkah yang bergabung dengan orang Yahudi. Strategi menggali parit di sekeliling Kota Madinah telah memberikan kemenangan kepada orang Islam Madinah. * Prinsip peperangan dalam Islam ialah Allah membenarkan orang Islam berperang sekiranya diserang musuh dan mencari keamanan supaya tempat beribadat mereka terjaga. Garis panduan dalam peperangan ialah tidak boleh membunuh orang yang lemah dan binatang temakan, tidak boleh memusnahkan tanaman, dan dilarang daripada merobohkan tempat ibadat. 5.6 : Perjanjian Hudaibiyah * Pada tahun 628M, rombongan orang Islam telah ke Makkah kerana ingin mengerjakan umrah. Mereka telah disekat di Hudaibiyah. Nabi Muhammad SAW telah menghantar Uthman bin Affan ke Makkah untuk menerangkan tujuan kedatangan mereka. * Orang Islam yang mendengar khabar angin tentang kematian Uthman telah bersumpah setia dengan Baiah al-Ridwan. Orang Arab Quraisy berasa bimbang terhadap kata sepakat orang Islam lalu mereka menemui Nabi Muhammad SAW Baginda bersedia mengadakan perjanjian dengan mereka dan dengan itu termeterailah Perjanjian Hudaibiyah (628/6H) antara Nabi Muhammad SAW dengan Suhail bin Amru (Quraisy). * Antara kandungan Perjanjian Hudaibiyah ialah a) bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata Selama 10 tahun. b) kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah. c) orang Islam Madinah yang memihak kepada Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan. d) orang Quraisy Makkah yang memihak kepada Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.
  • 12. e) umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya. Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah * Menerusi perjanjian ini, orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya. Mereka juga bebas beribadah di Ka'abah pada bila-bila masa. * Perjanjian juga membolehkan Nabi Muhammad SAW merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab dengan aman. * Walaupun isi perjanjian ketiga dan keempat menguntungkan orang Arab Quraisy, tetapi Islam telah memperoleh keuntungan menerusi pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy iaitu Khalid bin al-Walid, Amru bin al-As, dan Uthman binTalhah. * Perjanjian Hudaibiyah melambangkan ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi. Persetujuan orang Arab Ouraisy menandatangani perjanjian menunjukkan bahawa mereka telah mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah. * Perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis ke arah pembukaan semula Kota Makkah. Pembukaan Semula Kota Makkah * Peristiwa ini berlaku pada tahun 630 M (8H). Tindakan ini dilakukan apabila didapati pihak Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah dan tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui bersama. * Kaum Quraisy telah membunuh beberapa orang daripada puak Bani Khuza'ah yang berpihak kepada Islam. * Pembukaan Kota Makkah merupakan strategi jangka penjang untuk meneruskan penyebaran Islam. * Kedudukan kerajaan Islam Madinah akan menjadi lebih mantap jika Makkah dapat dikuasai. Jadi, Kota Makkah mestilah dimasuki secara bijak dan berpegang kepada prinsip aman tanpa kekerasan. SEJARAH Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat >> Kesan Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya 8.2 : Kesan Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya 1. Pengaruh IslamTerhadap Pendidikan Pengaruh Islam terhadap pendidikan tidak tormal * Pendidikan tidak formal menekankan pengajaran nilai-nilai moral serta pembelajaran kemahiran melalui pendengaran, penglihatan, dan pemerhatian. * Pendidikan disalurkan melalui cerita-cerita lisan seperti cerita binatang dan cerita jenaka. * Kanak-kanak mempelajari pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan sosial. * Kanak-kanak didedahkan kepada pembelajaran melalui pantun, peribahasa, dan teka-teki. Pengaruh Islam terhadap pendidikan formal
  • 13. * Pendidikan forrnal ialah pendidikan keagamaan yang diterima secara langsung atau melalui perantaraan institusi tertentu. * Pendidikan formal sudah wujud sejak zaman Hindu-Buddha yang didominasikan oleh golongan atasan. * Tenaga pengajar terdiri daripada pendeta atau guru khas. * Setelah kedatangan Islam, pendidikan tormal turut melibatkan rakyat jelata. * Pendidikan agama dilakukan di istana, masjid, rumah, surau, madrasah, dan pondok. * Pendidikan di rumah menekankan pengajaran al-Quran oleh guru al-Quran yang dipanggil Tok Guru. Peranan istana * Pada zaman Islam, istana berfungsi sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan. * Melaka berkembang pesat dalam pendidikan Islam kerana ramai ulama dan pendakwah asing tinggal di sana, misalnya dari Benggali, Arab, Parsi, dan Gujerat. * Sultan Melaka mendapat pendidikan langsung daripada ulama-ulama tersebut. * Kerajaan Melaka memberi galakan kepada perkembangan ilmu dengan memberi perhatian yang sewajarnya. * Kerajaan Johor turut menggalakkan perkembangan ilmu, misalnya pada zaman Sultan Alauddin Riayat Shah (1597-1602) Istana Johor telah dijadikan pusat pengajian. * Istana juga berfungsi sebagai tempat menyimpan buku hikayat yang penting seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Peranan institusi agama a) Masjid dan surau * Masjid dan surau menjadi tempat pertemuan dan perkumpulan anggota masyarakat untuk mengembangkan ilmu-ilmu Islam. * Kanak-kanak diajar ilmu formal seperti fikah, tajwid, serta cara dan bacaan dalam solat. * Pada waktu malam, masjid dan surau menjadi pusat pengajaran untuk orang dewasa. * Ilmu untuk orang dewasa adalah lebih tinggi seperti tikah, usuluddin, hadis dan tasawuf. b) Pondok * Perkataan pondok berasal daripada bahasa Arab iaitu al-funduq yang bererti "rumah tumpangan" * Di Jawa pondok dipanggil pasentren, manakala di Acheh dipanggil rangkang. * Pendidikan pondok yang paling awal muncul di Pattani. * Tujuan pendidikan di pondok adalah untuk melahirkan guru-guru agama. * Tempoh pendidikan di pondok tidak tetap, sesetengahnya hingga 10 tahun. * Antara pondok yang penting di Kelantan termasuklah Pondok Pulau Condong, dan Pondok Kutan. Manakala di Terengganu terdapat Pondok Pulau Manis dan di Kedah Pondok Titi Gajah. c) Madrasah � Pendidikan di madarasah mula diperkenalkan pada zaman kerajaan Bani Saljuk di lraq (447 H/1056M). * Sistem madrasah berbeza daripada sistem pondok atau masjid. * Pengajaran di madrasah menggunakan sukatan pelajaran dan dilakukan secara kelas. * Pengajaran mengikut tahap iaitu tahap permulaan, pertengahan dan pengkhususan. * Pendidikan di madrasah diawasi oleh mudir (guru besar). * Aktiviti di madrasah diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan, dan lain-lain. 2. Pengaruh Islam Terhadap Bahasa dan Kesusasteraan a) Pengaruh Islam terhadap bahasa * Sebelum muncul tulisan Jawi, orang Melayu menggunakan beberapa tulisan kuno seperti Pallava, Kawi (Jawa Kuno), Sunda Kuno, Batak, dan Rencong. * Kedatangan Islam ke Tanah Melayu turut memperkenalkan huruf Arab yang disesuaikan dengan tulisan Melayu dan dikenali sebagai tulisan Jawi. * Islam turut menambah kosa kata ke dalam bahasa Melayu seperti adat, adil, daulat, hakim, dan hukum. * Istilah-istilah khusus turut terserap ke dalam bahasa Melayu seperti fikah, tauhid, dan tafsir. b) Pengaruh Islam terhadap kesusasteraan * Sebelum kedatangan Islam, kesusasteraan rakyat tersebar secara lisan dan turun-temurun. * Cerita lisan terawal ialah cerita asal usul tentang kejadian alam, nama tempat, tumbuhan, dan binatang. * Terdapat juga cerita jenaka yang mengetengahkan watak lucu misalnya Lebai Malang dan Pak Kaduk.
  • 14. * Cerita rakyat yang lain ialah cerita dongeng yang memberi pengajaran.misalnya Batu Belah Bertangkup. * Kesusasteraan lisan yang lain ialah pantun, teka-teki, gurindam, dan seloka. * Islam turut mempengaruhi kesusasteraan prosa dan puisi. * Terdapat kisah tentang nabi-nabi misalnya Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Terbelah. * Selain itu kisah terdapat kisah para sahabat seperti Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Hasan dan Husin. * Kisah tentang kepahlawanan pula adalah seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. * Selain berbentuk prosa terdapat karya berbentuk puisi seperti Syair Dahulu Kala oleh Tengku Ampuan Mariam Terengganu. * Hikayat saduran turut diperkenalkan misalnya Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasan Damsyik. c) Pengaruh Islam terhadap kesenian * Sebelum kedatangan Islam, kesenian orang Melayu dipengaruhi kesenian Hindu Buddha, terutamanya seni bina. Contohnya Candi Bukit Batu Pahat dan Candi Sungai Batu. * Seni ukir dan arca dipengaruhi tradisi India, misalnya arca Avalokitesvora di Lembah Bujang yang menunjukkan pengaruh India sangat ketara. * Selepas kedatangan Islam, kesenian menggabungkan unsur keagamaan dan kehalusan seni tempatan. * Seni bina dihasilkan bukan sahaja sebagai tempat berlindung tetapi sesuai dengan kegunaannya, misalnya seni bina masjid. * Masjid mempunyai ciri-ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga, pancur air, dan bumbung yang khusus. * Ciri-ciri seni bina masjid menggambarkan bahawa masjid berbeza dengan seni bina yang lain. * Masjid tertua terdapat di Kg. Laut (Kelantan), Masjid Peringgit dan Masjid Tengkera (Melaka). * Ketinggian cita rasa seni Melayu turut digambarkan dalam seni bina rumah dan istana. * Motif dalam seni bina rumah dan istana tidak lagi berdasarkan binatang tetapi tumbuhan-tumbuhan, bunga-bungaan, dan geometri. * Seni pertukangan kayu Melayu juga tinggi nilainya misalnya di tapak Hindu-Buddha di Lembah Bujang. * Seni kaligrari digunakan di masjid, madrasah, batu nisan, tembikar, mata wang, pakaian, dan lain-lain. * Dikir juga turut menerima pengaruh Islam. * Ghazal di Johor adalah puisi Arab yang memuji kebesaran Islam. d) Pengaruh Islam terhadap gaya hidup i ) Gaya hidup golongan bangsawan * Akhlak masyarakat Melayu telah berubah selaras dengan kedatangan Islam. * Amalan protokol yang diamalkan warisan kerajaan Bani Umaiyah adalah diamalkan. * Ciri ialah kata-kata hikmat dan suci dalam bahasa Sanskrit yang dibaca ketika pertabalan raja sebelum kedatangan Islam * Setelah kedatangan Islam, kandungan ciri dimansuhkan dan digantikan dengan adat lafaz ikrar. *Lafaz ikrar sultan dan pembesar menyerupai baiah dalam Islam. * Selain itu pelantikan raja baru dilakukan sebelum pemakaman adalah ditiru daripada amalan Bani Umaiyah. ii) Gaya hidup rakyat jelata * Dalam masyarakat Melayu tradisional hubungan kekeluargaan rapat. * Orang tua dan ibu bapa hendaklah dihormati. * Sementara jiran pula dianggap sebagai keluarga sendiri. * Sistem panggilan untuk orang lebih tua adalah seperti pak long, mak long, dan bukan dengan panggilan nama. * Apabila bercakap dengan orang yang lebih tua maka hendaklah merendahkan suara. * Tetamu hendaklah dilayan dengan baik dan dihidangkan dengan makanan dan minuman. * Tetamu hendaklah memberi salam kepada tuan rumah apabila berziarah wajib dijawab oleh tuan rumah. * Ketika orang dewasa bertemu mereka akan bersalaman. * Ketika bersalaman kanak-kanak hendaklah mencium tangan orang dewasa. * Ungkapan bismillah hendaklah dibaca sebelum makan atau minum. * Majlis perkahwinan, berkhatan atau khatam al-Quran diadakan secara Islam. * Gotong-royong pula diamalkan dalam apa-apa majlis kenduri kahwin dan sebagainya
  • 15. 9.1 : Perubahan Masyarakat dan Budaya Eropah Zaman Gelap dan Ciri-cirinya * Zaman Gelap bermaksud Eropah telah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran. Pada waktu ini tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan. * Apabila empayar Rom Barat runtuh, kuasa pusat yang boleh mentadbir juga musnah. Keadaan tidak menentu ini membawa kepada kemunculan golongan baron (tuan tanah). * Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah. Sebagai pertukaran kepada perlindungan, petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah. * Petani yang tidak berkemampuan, terpaksa menyerahkan tanah mereka kepada tuan tanah dan akhimya menjadi hamba kepada tuan tanah tersebut * Tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada raja. Sebagai tukaran kepada perlindungan kepada raja, golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja. Rakyat biasa pula memberikan khidmat kepada tuan tanah. * Hubungan ikatan antara golongan rakyat dengan tuan tanah dan raja telah membentuk sistem feudal. * Pada zaman pertengahan di Eropah, gereja Katholik merupakan institusi yang amat berkuasa dan memiliki hartanah yang banyak. Namun kegiatannya yang menumpukan kepada kegiatan amalan agama dan pembelajaran ilmu akhirat dianggap mengongkong kehidupan masyarakat Eropah pada waktu itu. * Kegiatan perdagangan juga tidak meluas. Kegiatan ini sering diganggu oleh serangan orang Gasar Viking (suku kaum daripada Norway, Sweden, dan Denmark) dan Magyar iaitu suku kaum dari Hungary (campuran suku Urgila dengan Turki) dan Magyar. * Orang Eropah juga tidak berdagang di Timur Jauh kerana kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang Islam.
  • 16. Zaman Renaissance (1350-1600M) * Renaissance berasal daripada perkataan Itali renisciment yang bermaksud "kelahiran semula" iaitu merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni zaman Yunani dan Rom. * Asas zaman Renaissance ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia bertikir untuk menyelesaikan permasalahannya. Aliran pemikiran ini dikenali sebagai humanisme. Bapa humanisme ialah Francesco Petrarch. Tokoh lain ialah Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio (1313-1375). * Manusia zaman Renaissance didorong oleh semangat inkuiri atau semangat ingin tahu yang kuat * Zaman Renaissance bermula di Itali pada abad ke-14 dan berkembang di Eropah Barat sehingga abad ke- 17. Bandar-bandar seperti Venice, Genoa, Plorence, Rom, dan Milan telah muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa. * Kedudukan Itali yang strategik menjadikannya sebagai persimpangan utama pusat perdagangan antarabangsa. Bandar pelabuhan yang paling terkenal ialah Venice dan Genoa yang menjadi pusat pertembungan budaya, bahasa, dan agama. * Golongan pedagang kaya di Itali telah menggunakan kekayaan mereka untuk mengindahkan bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan. * Golongan kaya ini kemudiannya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis, dan penulis. Patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Rorence. * Golongan patron ini berusaha menarik seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang. Lantas berlakulah persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan tokoh cendekiawan Renaissance. * Paus di Rom juga menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan. Golongan penguasa gereja di Rom mula mencemburui pencapaian bandar seperti Plorence serta kuasa yang dipegang oleh keluarga Medici. * Namun begitu gereja menghadapi masalah kerana mereka tidak bersedia menaungi ahli sains dan ahli matematik kerana takut golongan ini akan mencabar pemikiran yang dibawa oleh Gereja Katholik * Para saintis menekankan kaedah pemerhatian atau empirikal serta penggunaan akal dan logik dalam menerangkan sesuatu fenomena alam. Sebaliknya gereja terus menekankan penjelasan tradisional. * Konflik berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei. Beliau memanjangkan idea Nicholas Copernicus iaitu matahari ialah pusat alam sedangkan gereja menyatakan bumi ialah pusat alam. Ini menyebabkan beliau dijatuhi hukuman tahanan dalam rumah pada tahun 1633. * Oleh sebab gereja mencurigai para saintis, mereka lebih menumpukan kepada kegiatan seni lukis dan seni ukir. Contohnya Paus Julius II mengupah pelukis dan pengukir terkenal Leonardo da Vinci, Raphael, dan Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan katederal di Rom dengan ukiran dan lukisan. * Pada Zaman Pertengahan, sumbangan individu tidak terserlah kerana mereka bekerja secara berkumpulan. Keadaan ini berubah apabila mereka mula bekerja secara bersendirian seperti Leonardo da Vinci yang menguasai bidang ilmu seni bina, seni lukis, seni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geograti, perang, dan strategi ketenteraan. * Pada zaman Renaissance, pembinaan kemahiran dalam semua aspek intelektual serta fizikal adalah digalakkan dalam kalangan individu. Semangat ini dikenali sebagai individualisme. * Tokoh Renaissance seperti Thomas More (1478-1535), Prancis Bacon (1561-1626) dan William Shakespeare (1564-1616) telah muncul di England. Kesan Zaman Renaissance * Dari segi politik ialah kemunculan monarki baru yang terdapat di Portugal, Castile, dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis, dan Belanda. * Kegiatan ekonomi sara diri semakin pupus, sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas. * Ini menyebabkan munculnya kegiatan penjelajahan dan penerokaan, selaras dengan kemajuan bidang matematik, geograri, kartograti (teknik melukis peta), dan astronomi. * Semangat Renaissance menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan eksperimen telah bertanggungawab merintis jalan kepada pembangunan dan per-kembangan pelbagai ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia.danperubatan. * Dari sudut sosial, Renaissance telah menampakkan unsur-unsur perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia. Mereka lebih bersedia menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan, dan ukiran yang dihasilkan.Unsur ini berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri.
  • 17. * Kesan sosial lain ialah perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah, dan metafizik. Pendidikan ini juga menekankan tanggung jawab sosial seseorang dalam masyarakat Zaman Reformation * Reformation berasal daripada perkataan reform yang bermaksud"melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau membentuk sesuatu yang baru" * Gerakan ini mempunyai kaitan dengan agama Kristian dan berlaku di Eropah pada abad ke-16. * Faktor-faktor berlaku gerakan Reformation ialah kerana terdapat kritikan dan penentangan terhadap agama Kristian apabila pihak gereja telah meningkatkan usaha pembangunan keduniaan untuk menjadikan Rom sebagai pusat kekuasaan yang terkuat di bahagian tengah Itali. * Terdapat banyak kepincangan, rasuah, dan penyelewengan telah berlaku semasa proses tersebut. * Masyarakat mula mempersoalkan tentang kedudukan dan amalan Gereja Katholik. Mereka berpendapat cara hidup yang menjadi amalan golongan penguasa Gereja Katholik tidak selari dengan ajaran Kitab Bible. * Golongan penguasa gereja lebih cenderung mengamalkan cara hidup para pemerintah dan bangsawan. * Terdapat unsur penyelewengan seperti penjualan sijil Indulgences iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian yang telah melakukan dosa. Kegiatan ini merebak ke seluruh Eropah. * Reformation bermula di Jerman dan bersifat keagamaan. Di Itali gerakan ini bercorak keduniaan. * Kejayaan gerakan ini dibantu oleh mesin cetak ciptaan Johann Gutenberg. Dengan adanya mesin ini Bible dapat dihasilkan dalam masa yang singkat dan dengan kos yang murah. * Pada tahun 1517, Martin Luther mengambil langkah menentang amalan Indulgences. Dalam amalan pengibadatan, beliau percaya manusia seharusnya bergantung pada kekuatan rohaninya. * Pendirian Luther ini mencabar kedudukan gereja dan institusi paderi. Pendirian dan ajaran Luther dikenali sebagai mazhab Protestan yang berasal daripada perkataan protesting atau �membantah� * Mazhab Protestant pimpinan Luther (Lutheran) berkembang ke Sweden , Denmark, Norway, dan England. * Di Switzerland gerakan ini dipimpin oleh Huldreich Zwingli (1484-1531) dan kemudiannya dipimpin pula oleh John Calvin (1509-1564). * Terdapat golongan yang mempertahankan kewibawaan Gereja Katholik dan mereka menjalankan Counter Retormation bermaksud "menahan atau bertindak menentang sesuatu yang baru" Kesan Zaman Reformation * Zaman ini telah menyebabkan negara-negara Eropah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing- masing. Contohnya perang keagamaan di Perancis 1618-1648 yang melibatkan Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden. * Kesan jangka panjang ialah timbulnya sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab Kristian iaitu dari segi mempergiatkan pendidikan dan menyebarkan fahaman mereka. Dengan kesatuan pendapat barulah kehidupan yang murni dapat dibina dan tamadun dapat berkembang dengan sempurna. * Kesan seterusnya kuasa golongan gereja telah dicabar secara terbuka. Kuasa gereja terhadap kerajaan atau monarki berkurang disebabkan monarki ingin membebaskan dirinya dari penguasaan Paus di Rom. Contohnya Raja Henry VIII menjadi ketua kerohanian Gereja Anglican. Perkembangan Di Eropah >> Penjelajahan dan Penerokaan 9.2 : Penjelajahan dan Penerokaan Sebab-sebabpenjelajahan: * Orang Eropah mendapat barangan seperti emas, sutera, dan rempah ratus dari Timur. * Pada masa ini perdagangan rempah ratus dan sutera mendatangkan keuntungan yang besar kepada pedagang Eropah dan raja mereka. * Negara Sepanyol dan Portugal merupakan dua buah negara Katholik yang mempunyai pengaruh gereja yang kuat. Pihak penguasa gereja amat menekankan usaha untuk menyebarkan agama Kristian ke
  • 18. seberang laut. Sepanyol yang pernah dikuasai oleh orang Islam pada suatu masa dulu bersemangat untuk menyebarkan agamaKristian. * Semangat kebanggaan bangsa juga telah mendorong orang Eropah untuk menjelajah dunia di luar Eropah. * Penjelajahan orang Eropah sering dirumuskan dengan kata-kata Gold, Glory, dan Gospel. Kesan penjelajahan terhadap masyarakat setempat 1. Kesan politik * Banyak penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah. Perjanjian ini secara langsung atau tidak langsung telah mengiktirar kekuasaan kuasa Eropah. * Wakil Syarikat Eropah terdiri daripada syarikat berpiagam yang diwujudkan di Belanda, Great Britian, Perancis, dan Denmark. Syarikat tersebut seperti Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), Syarikat Hindia Barat Belanda (WIC), dan Syankat Hindia Timur Inggeris (EIC). Mereka telah berdagang sehingga ke Carribean, Amerika Latin, Afrika, India, Asia Tenggara, dan Asia Timur. * Peranan syarikat berpiagam di Perancis dan Denmark kurang terserlah berbanding PerancisVOC dan EIC. 2. Kesan ekonomi * Dari segi ekonomi, daerah luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah. Pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka telah dikuasai oleh Portugal. * Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkaya ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah. * Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara, Laut China Selatan, China, dan Jepun kini dikuasai oleh Portugal. 3. Kesan Sosial * Masyarakat tempatan sudah mula terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah. Di sesetengah tempat, masyarakat peribumi telah menerima agama Knstian yang dibawa oleh mubaligh Kristian. * Penjelajahan Sepanyol juga telah mengubah keadaan kehidupan di Dunia Baru dan Asia. * Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah berperang dan menakluk Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca. * Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru. Amerika Latin ialah Dunia Baru untuk mendapatkan barangan emas dan perak. * Bagi golongan gereja Dunia Baru dianggap sebagai tempat untuk menyebarkan agama Kristian. Penyebaran itu telah berlaku secara berleluasa dalam kalangan masyarakat peribumi. * Para pemodal Sepanyol pula mengeksploitasi buruh peribumi untuk bekerja di lombong dan ladang mereka. Penjelajahan dan penaklukan ini dikenali sebagai conquista dalam bahasa Sepanyol dan penakluknya sebagai conquistadores. * Brazil pula telah dijajah dan dipengaruhi oieh kuasa Portugal. * Di Timur, tidak terdapat petempatan Sepanyol dan Portugal secara besar-besaran. Walau bagaimanapun Fihpina amat dipengaruhi oleh Sepanyol dan Meiaka serta Goa diduduki oleh Portugal. 9.3 : Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian Perkembangan bidang pertanian a) Pemilikan tanah persendirian * Sebelum revolusi pertanian terdapat dua sistem pemilikan tanah, pertama sistem pemilikan tanah persendirian dan kedua sistem pemilikan tanah awam. * Tanah persendirian adalah dimiliki oleh golongan kaya. Tanah awam pula dimiliki oleh orang perseorangan. Namun begitu rakyat biasa di Britain diizinkan mengikut adat kebiasaan menggunakan tanah awam ini untuk bercucuk tanam, memelihara temakan, memburu binatang, dan memancing. * Apabila Britain mengalami pertambahan penduduk, hasil pertanian perlu ditingkatkan. Oleh itu tanah persendirian dan tanah awam yang digunakan oleh oleh rakyat mahu dimanfaatkan bagi tujuan pengeluaran pertanian secara besar-besaran. * Oleh itu terdapat usaha memagari tanah awam. Tuan tanah mendapat kelulusan Parlimen bagi menguatkuasakan proses tersebut. Antara tahun 1761 hingga 1792 hampir 500,000 ekar tanah telah dipagari melalui Akta Pemagaran Tanah.
  • 19. * Kesan penting daripada peristiwa ini ialah terdapat kawasan yang lebih luas untuk digunakan bagi penanaman secara besar-besaran. * Di samping itu rakyat biasa yang dahulunya bergantung kepada tanah awam untuk mencari rezeki kini kehilangan tempat bergantung. * Golongan petani kecil-kecilan telah menjadi buruh ladang dan kemudian berhijrah ke kawasan bandar dan menjadi buruh kilang. b) Kaedah dan ciptaan baru dalam pertanian * Penanaman secara bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend (1674-1738). Mengikut kaedah ini sesuatu bidang tanah digunakan secara berterusan sepanjang tahun dengan menanam jenis tanaman yang berbeza mengikut musim. * Oleh sebab tanaman yang berbeza itu menggunakan nutrien tanah yang berbeza juga, maka semua tanaman dapat tumbuh dengan subur. Dengan itu tidak ada tanah yang perlu ditinggalkan kosong seperti sebelumnya. * Selain itu tanaman baru turut diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang. * Peralatan baru dicipta oleh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan menugal. Alat ini telah membolehkan banyak lubang digali secara serentak. Ini telah menyebabkan kerja-kerja penugalan serta penanaman biji benih dilakukan dengan lebih pantas. c) Pertanian komersial * Baja asli telah juga mula digunakan secara meluas dan ini telah menjadikan tanaman lebih subur dan hasil pertanian bertambah. * Peningkatan kuantiti dan kualiti hasil pertanian telah membawa kepada lebihan produk dan lebihan tersebut telah mereka perdagangkan. Perkembangan Bidang Perindustrian a) Sumbangan Revolusi Pertanian * Sumbangan Revolusi Pertanian terhadap Revolusi Perindustrian ialah dari segi penyediaan modal. * Para peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan modal mereka dalam bidang perindustrian. * Selain itu Revolusi Pertanian juga telah menyediakan bahan makanan yang dapat menampung permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang kian meningkat. b) Peralihan daripada Industri Desa kepada Perkilangan * Sebelum Revolusi Perindustrian, produk atau barangan telah dihasilkan secara kecil-kecilan dengan menggunakan tenaga manusia. Apabila terdapat kaedah dan ciptaan baru dan mesin, pengeluaran barangan telah dihasilkan secara besar-besaran melebihi paras keperluan pengusaha itu sendiri. * Lebihan produk yang dihasilkan dengan perantaraan penggunaan mesin ini telah diperdagangkan. c) Pengkhususan Pengeluaran * Pembelian mesin memerlukan pelaburan modal yang tinggi. Oleh itu, untukmengawal kos, para pemodal tidak melibatkan kegiatan industri mereka dalam terlalu barryak bidang. Ini mendorong mereka menjurus atau mengkhusus dalam satu bidang sahaja misalnya bidang tekstil. * Pengkhususan kerja ini dapat mendatangkan faedahnya yang tersendiri kerana para majikan dan pekerja menjadi mahir dalam bidang yang dipilih dan dapat menimba pengalaman untuk membaiki prestasi masing-masing dalam bidang tersebut. * Hasil daripada usaha membaiki prestasi itu, kuantiti dan kualiti barangan dapat dipertingkatkan. * Apabila kuantiti produk dipertingkatkan, maka produk tersebut telah dapat dipasarkan secara meluas di dalam negeri dan juga di luar negara. d) Penggunaan Teknologi * Teknologi baru diperkenalkan menggantikan tenaga manusia. Mesin berkuasa wap telah direka pada zaman Revolusi Perindustrian untuk mempertingkatkan pengeluaran. * Salah satu sumber tenaga awal ialah tenaga wap. Penghasilan tenaga wap telah dipermudahkan dengan proses pembakaran arang batu. * John Newcomen telah mereka mesin pengeluaran arang batu dengan menggunakan tenaga wap yang bertungsi mengepam dan mengeringkan air di dalam tombong arang batu. Dengan itu lombong boleh dikorek lebih dalam dan lebih banyak arang batu boleh dikeluarkan. * Arang batu merupakan sumber utama untuk mengendalikan enjin berkuasa wap. * Penggunaan kuasa wap juga amat membantu dalam perkembangan sistem pengangkutan iaitu kereta api dan kapal laut. * Dengan adanya penggunaan mesin ini barangan dapat dikeluarkan dengan banyak. Dengan itu kos
  • 20. pengeluaran setiap barangan menjadi murah dan dapat dipasarkan ke pasaran antarabangsa. * Ciptaan-ciptaan lain ialah seperti Water Frameyang dicipta oleh Richard Arkwright pada tahun 1769. Mesin ini digerakkan dengan menggunakan kuasa wap. Dengan itu pekerja dapat memintal benang dengan lebih banyak lagi. * Rekaan mesin dalam industri tekstil ialah seperti Plying Shuttle pada 1733 oleh John Kay. Rekaan ini mempercepatkan kerja menenun kain. * Spinning Jenny direka oleh James Hargreaves, pada tahun 1765 dan Mule direka oleh Samuel Crampton pada tahun 1790. Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian a) Pertanian Sebagai Punca Ekonomi * Revolusi pertanian telah menyediakan makanan yang cukup dan tenaga buruh yang banyak untuk perkembangan perindustrian. * Kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan pertanian sebagai bidang utama ekonomi negara. * Semakin ramai rakyat Britian terlibat sebagai pekerja atau buruh industri berbanding sebagai buruh pertanian. * Pertanian telah menjadi punca ekonomi baru. b) Peningkatan Perdagangan Antarabangsa * Lebihan produk pengeluaran telah didagangkan di peringkat antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan. * Britian dapat mengendalikan aktiviti perdagangan dengan agak mudah kerana Britain merupakan negara penjajah yang utama dan kuasa maritim yang ulung pada abadke-18 dan19. * Perdagangan import eksport berkembang maju kerana industri di Britian memerlukan bahan mentah yang banyak dan perlu memasarkan barangan buatan kilang mereka. c) Kemajuan Bidang Pengangkutan * Perkembangan sistem pengangkutan domestik berlaku iaitu rekaan dan penggunaan kereta api. * Rekaan enjin berkuasa wap menyebabkan gerabak kereta api boleh dipacu dengan lebih laju dan dapat mengangkut lebih banyak barangan dan pekerja kilang. * Rel kereta api yang diperbuat daripada keluli telah menggantikan rel kayu dan rel besi. * Sistem pengangkutan kapal laut yang menggunakan kuasa wap juga telah diperkenalkan. d) Kemunculan Golongan Buruh dan Majikan * Muncul golongan rakyat yang bekerja sebagai buruh ladang dan buruh kilang yang mengendalikan mesin. * Penciptaan mesin semasa rewlusi perindustrian menyebabkan golongan pekerja mahir tidak diperlukan dan mereka telah memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pembuatan stoking dan renda. * Kegiatan memprotes ini dikenali sebagai Pergerakan Luddite. * Pada permulaan zaman Revolusi Perindustrian, Akta Anti Penggabungan ditubuhkan untuk melarang para pekerja daripada bergabung dan muafakat bagi mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan. * Sekiranya pekerja melanggar larangan tersebut mereka boleh dikenakan hukuman berat oleh pemerintah. Larangan ini menyulitkan pekerja kerana tidak semua majikan bersikap bertimbang rasa ter hadap para pekerja di bawah umur. * Kanak-kanak berumur bawah 10 tahun sering dieksploitasi di kilang tekstil dan di lombong arang batu dan masa bekerja sering melebihi 10 jam sehari. * Majikan amat terpengaruh dengan falsafah ekonomi bebas dan berkeras agar campur tangan kerajaan dielakkan kegiatan ekonomi. Bagi mereka paras gaji serta amalan perburuhan harus ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran semata-mata. * Untuk membela nasib pekerja Akta Kilang telah digubal pada tahun 1833. Akta ini menegaskan kanak- kanak di bawah umur sembilan tahun dilarang bekerja dan mereka dimestikan bersekolah. * Akta ini juga menetapkan had masa bekerja tidak melebihi sembilan jam sehari. * Seterusnya para majikan dikehendaki menjaga dan memastikan para pekerja mereka di kilang. * Akta Lombong diperkenalkan pada tahun 1842 yang melarang kanak-kanak perempuan dan wanita terlibat dalam perusahaan arang batu. * Akta Sepuluh Jam diperkenalkan pada tahun 1847 yang menetapkan para pekerja wanita dalam perusahaan tekstil tidak boleh bekerja lebih daripada sepuluh jam sehari.
  • 21. Perkembangan Di Eropah >> Imperialisme Barat di Asia 9.4 : Imperialisme Barat di Asia * Imperialisme ialah penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang lebih lemah. * Penguasaan ini bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan juga ekonomi. * Penjajahan yang berlaku selepas Revolusi Perin-dustrian yang bermula dari sekitar tahun 1870 di- istilahkan sebagai imperialisme baru. Faktor-faktor imperialisme Barat ke Asia * Kuasa Barat mahu mendapatkan bahan mentah dan pasaran bagi industri mereka. * Sistem pengangkutan seperti kereta api dan kapal wap mempercepatkan perjalanan. * Menjelang 1930, negara Eropah dan Amerika Syarikat telah melindungi industri mereka dengan peraturan tarif. Akibatnya Britain tidak boleh mengeksport barangannya ke negara Eropah dan Amerika sehingga mengakibatkan mereka terpaksa mencari pasaran di Asia dan Afrika. * Kuasa Barat mahu menyebarkan agama dan tamadun mereka. * Wujud sikap perlumbaan antara kuasa Barat untuk menakluk sesebuah kawasan. * Pemilikan tanah jajahan menandakan mereka sudah menjadi satu kuasa yang kuat. Kesan-kesan imperialisme terhadap Asla Tenggara a) Politik * Pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dan pentadbir Barat. * Sistem politik termasuk perundangan peribumi juga telah diubahsuai atau ditukar agar menyerupai Barat. * Persaingan kuasa Barat di Asia Tenggara menyebabkan Inggeris telah campur tangan di Tanah Melayu, Burma, India.dan China. * Kepulauan Melayu telah dipecah perintah akibat kedatangan Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia. * Perancis yang menjadi saingan British telah menjajah Indo China (Laos,Vietnam, dan Kemboja) dan Amerika pula menduduki Filipina. b) Ekonomi * Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan agar dapat memberi manfaat kepada ekonomi negara metropolitan. * Di Tanah Melayu kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan bagi memastikan bahan tersebut dapat dibekalkan bagi memenuhi keperluan industri Britian. * Kuasa Barat telah membawa masuk buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka. * Dasar ini menyebabkan perubahan kepada demografi dan komposisi etnik di negara-negara yang dijajah oleh Barat. c) Sosial * Sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan di Tanah Melayu tetapi terhad di kawasan bandar dan dikhususkan untuk memberikan pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi keperluan pentadbiran British. * Kuasa penjajah tidak menjalankan sesuatu dasar yang ketara atau terancang bagi mengharmonikan hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka.
  • 22. Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara >> Dasar-dasar Pertanian British 10.2 : Dasar-dasar Pertanian British Dasar-dasar Positif British * Orang Melayu diperkenalkan oleh British dengan tanaman yang mempunyai pasaran seperti kopi, tembakau, dan getah. * British telah mengkomersialkan tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam. . * Tenaga buruh China dan India digunakan untuk memajukan lagi sektor perladangan. . * Undang-undang pemilikan tanah telah diperkenalkan oleh British bertujuan untuk melindungi tanah orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal asing. Walau bagaimanapun terdapat beberapa aspek undang- undang yang menindas kaum Melayu. Undang-undang Berhubung Tanah * Sebelum kedatangan British persoalan tanah tidak menjadi masalah kepada orang Melayu kerana tanah yang luas, jumlah penduduk yang rendah, urusan cukai, dan kebenaran mengusahakan tanah hanya dengan pembesar Melayu. * Pemilikan tanah amat mudah iaitu pemilik tanah ialah sesiapa yang meneroka dan mengerjakan tanah tersebut. * Rekod bertulis adalah elemen penting dalam mengusahakan pemilikan tanah pada masa British. * Rekod ini juga digunakan dalam urusan tanah seperti cukai, pajakan, sewa beli, dan jual beli tanah. * Tanah juga dilihat sebagai cagaran untuk mendapatkan modal. * Undang-undang tanah pertama ialah Peraturan Tanah Perak. Seterusnya muncul pula KanunTanah Selangor, dan Peraturan Tanah Sungai Ujong. * Tanah dibahagikan mengikut nilai komersial seperti tanah ladang, peribumi, dan perlombongan. * Kadar cukai tanah bergantung kepada jenis tanah dimiliki. Undang-undang Melindungi Tanah Bumiputera
  • 23. * Akta Tanah Bumiputera (TSM) diperkenalkan oleh British bagi mengelakkan tanah milik kaum Melayu berpindah kepada orang asing. * Residen berhak mengisytiharkan mana-mana tanah orang Melayu sebagai TSM bagi mengelakkan TSM daripada dijual, dipajak gadai, atau ditukar milik. * TSM juga ingin melindungi ekonomi penjajah, contohnya TSM tidak boleh diusahakan tanaman komersial kerana TSM tidak subur dan tidak sesuai untuk tanaman perladangan. * Land Order Sarawakdi lindungi tanah peribumi daripada dicerobohi oleh pengusaha China. * Di sini juga diperkenalkan Land Settlement Order bagi melindungi tanah peribumi daripada diceroboh. * Di Sarawak, pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan, untuk mengelakkan pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah kepada orang luar. * Land Order Sarawak seterusnya membahagikan tanah kepada tiga kawasan iaitu tanah campuran, tanah simpanan, dan tanah pedalaman. * Imigran hanya dibenarkan memiliki tanah campuran sahaja manakala tanah simpanan dan pedalaman dilindungi. * Di Sabah pula, Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi yang melindungi kepentingan peribumi diwartakan oleh British. Peraturan ini menetapkan hak milik peribumi di bawah kuasa Pegawai Daerah. * Segala urusan jual beli tanah di Sabah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi. Penduduk peribumi juga berhak menuntut ganti rugi ke atas tanah yang dijual kepada orang asing. Dasar British Terhadap Pekebun Kecil * Kebanyakan pekebun kecil ialah orang Melayu. British berhasrat mengekalkan orang Melayu sebagai petani. * Enakmen Tanah Padi diperkenalkan untuk menghalang tanaman getah ditanam di kawasan tanaman padi sekaligus mengurangkan penglibatan pekebun kecil getah dalam penanaman padi. * Halangan kepada orang Melayu seterusnya ialah apabila British menaikkan premium tanah baru untuk tanaman getah. * Selepas itu British melarang sama sekali pembukaan tanah baru untuk tanaman getah. * Pada awalnya penglibatan pekebun kecil Melayu secara kecil-kecilan tidak mendatangkan kebimbangan kepada pengusaha Eropah. * Apabila ekonomi meleset dan harga getah jatuh, Britishterpaksa melindungi pengusaha Eropah. * Antaranya ialah dengan memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson yang mengehadkan pengeluaran getah negara pengeluar, Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa juga memberi kuota lebih rendah kepada pekebun kecil, mereka juga ditekan kerana dianggap mengancam pengusaha Eropah. * Tanaman getah yang dianggap banyak masalah ini tetap menguntungkan orang Melayu berbanding padi. * Oleh itu, orang Melayu tidak berminat menanam padi.