Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

428

Share

Download to read offline

Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

Download to read offline

www.edunation.my

Related Books

Free with a 30 day trial from Scribd

See all

Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

  1. 1. Hak cipta terpelihara. Untuk kegunaan bukan-komersial sahaja.
  2. 2. Kandungan TINGKATAN 4 TINGKATAN 5 BAB 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia 1 BAB 1 Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara 109 BAB 2 Peningkatan Tamadun 15 BAB 2 Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua 122 BAB 3 Tamadun Awal Asia Tenggara 28 BAB 3 Kesedaran Pembinaan Negara Dan Bangsa 136 BAB 4 Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Di Makkah 41 BAB 4 Pembinaan Negara Dan Bangsa Malaysia 152 BAB 5 Kerajaan Islam Di Madinah 51 BAB 5 Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka 162 BAB 6 Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya 63 BAB 6 Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia 166 BAB 7 Islam di Asia Tenggara 69 BAB 7 Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia 177 BAB 8 Pembaharuan Dan Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat 82 BAB 8 Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan 193 BAB 9 Perkembangan Di Eropah 94 BAB 9 Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa 2016 BAB 10 Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara 101
  3. 3. i Peperiksaan dah hampir dan masa semakin suntuk? YA. SPM bermula esok! Arghh!!! Belajar nota ringkas dan padat dalam eBook ini. Ada masalah memahami sesuatu topik? YA, tak paham lagi topik ni huhuhu... Saya tak akan cemerlang dalam subjek ini :( Jangan risau! Klik link atau imbas kod QR di sudut kanan atas pada muka surat topik tersebut dan tontonilah video EduNation yang berkaitan. (Panduan lanjut boleh didapati di muka surat sebelah.) Terima kasih, EduNation! Saya dah pakar dalam subjek ini sekarang! TIDAK, saya OK jerr... TIDAK, ada masa lagi kut, tapi saya nak mula belajar sekarang. Ah, anak murid cemerlang ni! Klik link atau imbas kod QR di sudut kanan atas dalam eBook ini dan tontonilah video EduNation. Gunakan nota dalam buku ini sebagai panduan. (Panduan lanjut boleh didapati di muka surat sebelah.) Cara Menggunakan eBook EduNation
  4. 4. ii Panduan Lanjut untuk Menonton Video EduNation Anda boleh menonton video EduNation sejarah melalui EMPAT cara-cara di bawah: CARA 1: Dengan menggunakan ‘link’ atau pautan 1. Halakan tetikus (mouse) pada pautan (link) di sudut kanan atas setiap topik. 2. Tekan Ctrl dan klik pautan itu pada masa yang sama ATAU Copy dan Paste pautan itu pada browser. ATAU Taipkan pautan dalam browser. 3. Video yang berkenaan akan terpapar pada browser anda. CARA 2: Dengan menggunakan kod QR untuk menonton video menggunakan telefon bimbit 1. Turun muat (download) app ‘QR Code Reader’ dalam telefon bimbit anda. 2. Halakan pengesan (scanner) pada kod QR di sudut kanan atas setiap topik. 3. Buka link yang dikesan. 4. Video yang berkenaan akan terpapar pada browser anda. CARA 3: Melalui laman web EduNation 1. Pergi ke www.edunation.my. 2. Pada bahagian kiri atas skrin, pilih ‘Videos’. 3. Pada bahagian kotak-kotak yang berwarna-warni, klik ‘SEJARAH’ 4. Pilih Tingkatan yang berkenaan. 5. Pilih Bab yang berkenaan. 6. Video akan terpapar pada browser anda. 7. Anda juga boleh menonton video EduNation untuk subjek-subjek yang lain. Secara PERCUMA! CARA 4: Melalui Youtube 1. Pergi ke www.youtube.com. 2. Taipkan ‘EduNation sejarah’ pada search bar. 3. Pilih playlist Tingkatan 4 atau Tingkatan 5. 4. Anda juga boleh mengakses playlist Sejarah Form 4 di sini: http://goo.gl/npmDkR dan playlist Sejarah Form 5 di sini: http://goo.gl/dB3EQv. 8. Pilih video yang berkenaan. 9. Tontonlah juga video EduNation untuk subjek-subjek yang lain melalui Youtube. Secara PERCUMA!
  5. 5. iii Tips menonton video EduNation 1. Jika anda ingin mempercepatkan atau memperlahankan video, tekan butang setting di sudut kanan bawah skrin video Youtube tersebut. Klik ‘speed’ dan seterusnya pilih kelajuan yang dikehendaki. Semakin besar nombor, semakin tinggi kelajuannya. 2. Jika anda ingin menonton video pada skrin penuh, klik butang fullscreen Selepas itu, tekan butang Esc pada keyboard atau klik butang exit fullscreen . 3. Klik http://goo.gl/cJI9Os dan tontonilah juga video-video The Sejarah Show, di mana topik-topik Sejarah diperkenalkan melalui lukisan!
  6. 6. TINGKATAN 4 1 KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA 1.0 - Zaman Pra-Sejarah Tonton video di sini: goo.gl/8WkYOy Zaman Pra- Sejarah Ciri-ciri Zaman Paleolitik dan Mesolitik 1. Manusia hidup secara nomad (berpindah-randah) 2. Tempat tinggal mereka di tepi tasik, lembah sungai & dalam gua 3. Hidup secara berkumpulan dalam kelompok keluarga 4. Menyara hidup dengan memburu binatang, menangkap ikan & memungut hasil hutan 5. Peralatan diperbuat daripada batu yang mengutamakan fungsi daripada nilai seni. Zaman Neolitik 1. Membina penempatan kekal 2. Hidup bermasyarakat dalam kelompok besar 3. Menyara hidup dengan bercucuk tanam seperti padi di China sejak 8000 tahun lalu 4. Padi juga ditanam di Non Nok Tha & Ban Kao di Thailand serta di Gua Sireh di Sarawak 5. Penternakan binatang seperti biri-biri di Iraq 6. Tembikar dicipta melalui teknik putar di Gua Musang 7. Wujudnya pengkhususan kerja 8. Keupayaan mengeluarkan barang dan makanan yang berlebihan telah membawa kepada sistem barter. 9. Di akhir zaman ini munculnya kumpulan yang mampu yang mampu menghasilkan barangan logam. Zaman Logam 1. Penggunaan logam besi menyebabkan manusia mampu mencipta perahu dan rumah 2. Dengan adanya perahu, manusia mula menerokai lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan. 3. Di peringkat awal, kegiatan perdagangan hanya di kawasan pinggir pantai 4. Sesetengah kawasan telah berkembang menjadi bandar atau kota. 5. Contoh dua bandar purba: Jericho di Jordan (8000 Sebelum Masihi) dan Catal Huyuk di Turki (6500 Sebelum Masihi) Soalan 1. Di manakah tempat tinggal manusia pada Zaman Paleolitik dan Mesolitik? 2. Bagaimanakah cara manusia pada Zaman Paleolitik dan Mesolitik menyara hidup? 3. Bagaimanakah kehidupan manusia pada Zaman Neolitik? 4. Mengapakah manusia Zaman Neolitik ini mampu membina penempatan kekal? 5. Berikan contoh bandar purba yang muncul pada Zaman Logam. Jawapan: 1)Ditepitasik,lembahsungaidandalamgua.2)Memburubinatang,menangkapikan&memunguthasilhutan.3)Merekamembina penempatankekal,hidupbermasyarakatdalamkelompokbesar,bercucuktanamdanmenternakbinatang.Merekajugamencipta tembikardanmempunyaipengkhususankerja.4)Merekatidakperluberpindah-randahuntukmencarimakanankeranamerekaboleh bercucuktanamdanmenternakbinatang.5)JerichodiJordandanCatalHuyukdiTurki. BAB 1
  7. 7. TINGKATAN 4 2 1.1 – Makna-makna Tamadun Tonton video di sini: goo.gl/6SYhpH Aspek Huraian Maksud Tamadun 1. Asal: Perkataan Arab (mudun, madain, madana) 2. Maksud: tinggi budi bahasa (akhlak yang baik) dan pembukaan Bandar (kemajuan) 3. Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai ‘civilisation’ yang berasal dari bahasa Greek iaitu citivas yang bermaksud bandar. Pandangan Barat 1. Tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. 2. Golden Cheldia : Pencapaian lahiriah menjadi kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat. 3. Riberio dan R.A.Buchanan : Pembangunan lahiriah adalah proses perkembangan tamadun. Pandangan Islam 1. Tamadun merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah (akhlak yang baik). 2. Syed Naquib al-Atas : Pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur. 3. Richard Sulivan : Unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun 4. Kesimpulan : Tamadun merangkumi pencapaian lahiriah seperti kesenian dan pembukaan kota serta pencapaian rohaniah seperti tatasusila dan moral. Soalan 1. Apakah maksud tamadun menurut Bahasa Arab? 2. Apakah pandangan orang Barat mengenai tamadun manusia? 3. Apakah maksud tamadun menurut pandangan Islam? Jawapan: 1)tinggibudibahasadanpembukaanBandar.2)pembangunanlahiriahsepertipenulisan,undang-undang,keseniandanpembandaran. 3)Tamadunmerangkumipembangunanlahiriahdanrohaniah.
  8. 8. TINGKATAN 4 3 1.2 – Ciri-ciri Tamadun Tonton video di sini: goo.gl/dFuYro Ciri-ciri Tamadun Huraian Penempatan kekal 1. Cara hidup yang sistematik. 2. Peralatan baru membawa perkembangan pertanian. 3. Pengeluaran makanan meningkat. 4. Pertambahan penduduk berlaku. Kehidupan berorganisasi 1. Kehidupan lebih teratur. 2. Setiap lapisan masyarakat mempunyai peranan masing-masing. 3. Contoh : raja, bangsawan, rakyat, hamba Sistem pemerintahan 1. Raja : Ketua pemerintahan, wakil Tuhan di muka bumi. 2. Wujudnya sistem perundangan. 3. Panduan kepada masyarakat untuk menjaga keamanan dan kemakmuran masyarakat. Pengkhususan kerja (Pembahagian kerja) 1. Lahirnya pekerja mahir. 2. Bawa kepada peningkatan hasil. 3. Berlakunya perkembangan perdagangan dengan negara luar. 4. Bawa kepada pertukaran barang, pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya dengan masyarakat luar. Agama dan Kepercayaan 1. Manusia percaya ada kuasa ghaib yang menguasai alam. 2. Kepercayaan animisme (karut) 3. Kemudiannya dikenali sebagai politeisme: banyak tuhan. Bahasa dan tulisan 1. Bahasa terawal : Yunani, Sanskrit 2. Alat perhubungan dan penyebaran ilmu. 3. Tulisan terawal : hiegrolif, cuneiform, ideogram, piktograf 4. Tujuan pentadbiran : menyimpan rekod, penulisan undang-undang, hal-hal keagamaan. Soalan 1. Nyatakan enam ciri-ciri tamadun manusia. 2. Mengapakah penempatan kekal manusia merupakan ciri penting dalam sesebuah tamadun? 3. Apakah jenis bahasa dan tulisan zaman tamadun awal manusia? 4. Apakah kepentingan bahasa dan tulisan kepada masyarakat? Jawapan 1)Penempatankekal,kehidupanberorganisasi,sistempemerintahan,pengkhususankerja,agamadankepercayaan,Bahasadantulisan.2) penempatankekalmembawakehidupanmanusiayangsistematikdanbermasyarakat.Denganiniidea-ideabaharumunculyangmembawa kepadaperkembanganpertanian.Sehubunganini,pengeluaranmakananmeningkatdanpertambahanpendudukberlaku.3)BahasaYunanidan bahasaSanskrit;Tulisanhiegrolif,cuneiform,ideogram,piktograf.4)Sebagaialatperhubungandanpenyebaranilmusertauntuktujuan pentadbiransepertimenyimpanrekod,penulisanundang-undangdanhal-halkeagamaan.
  9. 9. TINGKATAN 4 4 1.3 – Tamadun Mesopotamia (Bahagian 1) Tonton video di sini: goo.gl/hepNK2 Aspek Huraian Pembentukan 1. Terbentuk antara Sungai Tigris dengan Sungai Euphrates 2. Maksud tamadun Mesopotamia : Tanah di antara dua sungai. Kedudukan 1. Dua bahagian : utara Bahgdad, selatan Baghdad 2. Tamadun bermula di bahagian selatan : wilayah Sumer Ciri-ciri 1. Membina penempatan kekal. 2. Menjalankan kegiatan pertanian. 3. Menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan. 4. Menghasilkan makanan yang banyak. 5. Dapat menampung keperluan penduduk yang ramai. Kesan  Wujudnya perkampungan, kemudian membentuk bandar  Terbentuknya negara kota yang terletak di sepanjang sungai. Negara Kota Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur, Mari Soalan 1. Apakah maksud Tamadun Mesopotamia? 2. Di manakah Tamadun Mesopotamia bermula? 3. Apakah aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat dalam tamadun Mesopotamia? Jawapan: 1)tanahantaraduasungai.2)BahagianselataniaituwilayahSumer.3)pertanian
  10. 10. TINGKATAN 4 5 1.3 – Tamadun Mesopotamia (Bahagian 2) Tonton video di sini: goo.gl/5Gp3Pm Aspek Huraian Ciri-ciri Negara Kota 1. Mempunyai ciri-ciri fizikal sendiri seperti kawasan utama iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan. 2. Negara kota mempunyai kubu pertahanan dan pintu gerbang. 3. Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar. 4. Mempunyai jalan raya yang lebar dan lurus memisahkan dengan kawasan rumah kediaman. 5. Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat. 6. Setiap kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri. 7. Alat pengangkutan ialah kapal, pedati dan keldai. Kedudukan raja 1. Raja sebagai ketua pemerintah. 2. Raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan. 3. Raja juga sebagai pemilik negara kota. 4. Menjadi ketua tentera. 5. Menjadi ketua pendeta dan berkuasa dalam hal keagamaan. 6. Raja berkuasa melantik ahli keluarganya untuk memegang jawatan di zigurat dan menentukan pentadbirannya. 7. Di bidang ekonomi, raja berkuasa menentukan cukai tanah, hasil pertanian dan perniagaan. 8. Masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja sebagai tuhan, kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin di Akad. 9. Beliau menggelarkan dirinya sebagai “Raja Empat Penjuru Alam”. Sumbangan Bidang Perundangan (Raja Hamurabi ) 1. Raja Hamurabi Memperkenalkan Kod Undang-undang Hamurabi. 2. Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan. 3. Menurut undang-undang ini, hukuman hendaklah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat. 4. Sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang bangsawan yang lain, maka tulangnya akan dipatahkan. 5. Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata rakyat atau mematahkan tulangnya maka bangsawan akan didenda satu wang perak. 6. Kod ini mengandungi 282 undang-undang yang dipahat pada tembok dan tiang besar. 7. Kod Undang-undang ini berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. 8. Kod ini dikatakan dapat membantu peradaban Mesopotamia bertahan dalam jangka masa panjang iaitu dari tahun 3500 SM hingga 539 SM.
  11. 11. TINGKATAN 4 6 Soalan 1. Apakah kawasan utama dalam negara kota tamadun Mesopotamia? 2. Apakah yang terdapat di bahagian dalam negara kota tamadun Mesopotamia? 3. Apakah jenis alat pengangkutan yang digunakan oleh masyarakat tamadun Mesopotamia? 4. Siapakah yang dilantik oleh raja untuk mengetuai zigurat? 5. Apakah gelaran kepada Raja Naramsin? 6. Berikan contoh hukuman menurut Kod Undang-undang Hamurabi Jawapan: 1)pusatkota,tembokkota,luarkotadanpelabuhan.2)istana,rumahkediaman,rumahibadat,rumahkedaidanpasar.3)kapal,pedati dankeldai.4)ahlikeluargaRaja.5)RajaEmpatPenjuruAlam6)Sekiranyaseserangbangsawanmematahkantulangbangsawanyang lain,makatulangnyaakandipatahkan.Sekiranyaseseorangbangsawanmencederakanmatarakyatataumematahkantulangnyamaka bangsawanakandidendasatuwangperak.
  12. 12. TINGKATAN 4 7 1.3 – Tamadun Mesopotamia (Bahagian 3) Tonton video di sini: goo.gl/FCgw6F Aspek Huraian Sumbangan Sains dan Teknologi 1. Tamadun Mesopotamia memberi sumbangan dalam bidang astronomi dan ilmu matematik. 2. Penguasaan astronomi membolehkan mereka menggunakan jalan laut untuk belayar. 3. Penciptaan solar membolehkan mereka mencipta kalender yang mengandungi 12 bulan dalam setahun. 4. Perkembangan ilmu perubatan kerana kerajaan Assyria sangat mementingkan kesihatan anggota tenteranya. 5. Penciptaan roda membawa kepada penciptaan kereta kuda dan kincir air. 6. Kincir air boleh digunakan untuk menyalurkan air ke kawasan tandus dan mengawal banjir. 7. Menggunakan kapal untuk pengangkutan laut. 8. Memperkenalkan cara pembuatan batu bata daripada tanah liat yang digunakan dalam pembinaan zigurat, dan seni bina terkenal seperti arca patung Raja Gudea dan Taman Tergantung di Babylon. Soalan 1. Apakah kepentingan penciptaan roda? 2. Bagaimanakah cara pembuatan batu-bata oleh masyarakat tamadun Mesopotamia? 3. Seni bina yang terkenal dalam tamadun Mesopotamia ialah? Jawapan: 1)Penciptaanrodamembawakepadapenciptaankeretakudayangtelahmenjadisatupengangkutan.Penciptaanrodajugamembawa kepadapenciptaankincirairyangbolehdigunakanuntukmenyalurkanairkekawasantandusdanmengawalbanjir.2)Menggunakan tanahliat.3)arcapatungRajaGudeadanTamanTergantungdiBabylon.
  13. 13. TINGKATAN 4 8 1.4 – Tamadun Mesir Purba (Bahagian 1) Tonton video di sini: goo.gl/sqcmUB Aspek Huraian Proses Pembentukan 1. Manusia mula mendiami Lembah Sungai Nil pada zaman Logam. 2. Mereka menjalankan kegiatan pertanian dengan membina terusan. 3. Penempatan tetap di Lembah Sungai Nil telah berkembang menjadi kampung. 4. Gabungan kampung telah mewujudkan beberapa bandar. 5. Bandar bergabung kemudiannya membentuk nome atau daerah. 6. Firaun Menes menyatukan daerah-daerah membentuk kerajaan. Peranan Firaun 1. Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlak dan dianggap suci. 2. Jawatan Firaun diwarisi secara turun-temurun. 3. Zaman kerajaan lama Firaun dianggap jelmaan tuhan Horus. 4. Zaman pemerintahan dinasti ke-3 dan ke-4 Firaun digelar Raja Matahari atau Amon-Re. 5. Firaun juga ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan. 6. Beliau dibantu oleh golongan bangsawan dalam menjalankan pentadbiran seperti menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan makanan (ketika berlaku banjir). 7. Rahib dipertanggungjawabkan oleh Firaun untuk mentadbir hal keagamaan. 8. Jurutulis dilantik untuk menulis rekod kerajaan (hasil-hasil pertanian dan cukai). 9. Seorang Firaun wanita iaitu Hatshepsut telah membina terusan dan menukar padang pasir menjadi kawasan tanah yang subur untuk pertanian. Soalan 1. Apakah punca terbentuknya tamadun Mesir Purba? 2. Apakah aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat dalam tamadun Mesir Purba? 3. Apakah gelaran firaun pada zaman dinasti ketiga dan keempat? 4. Apakah jawatan yang dipegang oleh firaun? 5. Nyatakan peranan bangsawan dalam tamadun Mesir Purba. Jawapan: 1)ManusiamulamendiamiLembahSungaiNilpadazamanLogam.2)Pertanian.3)RajaMatahariatauAmon-Re4)ketuapendeta, pemiliktanah,ketuahakimdanketuapahlawan5)membantuFiraundalammenjagakeamanan,mengurusdanmengagihkanmakanan.
  14. 14. TINGKATAN 4 9 1.4 – Tamadun Mesir Purba (Bahagian 2) Tonton video di sini: goo.gl/5EOx6w Aspek Huraian Sumbangan Bidang Sains dan Teknologi 1. Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep iaitu penasihat Firaun Djoser. 2. Pembinaan pembangunan menggunakan batu bata. 3. Penciptaan kertas dari pokok papyrus. 4. Penciptaan kertas memudahkan penyimpanan rekod. 5. Melahirkan pengamal perubatan yang mendapat status tinggi dalam masyarakat. 6. Kemajuan dalam proses memumiakan mayat. 7. Kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan. 8. Perkembangan ilmu matematik dan astronomi telah digunakan untuk mengawal keadaan banjir Sungai Nil yang berlaku setahun sekali. 9. Penukaran padang pasir menjadi kawasan pertanian dengan adanya terusan, 10. Penciptaan kalendar 365 hari berdasarkan 12 tahun setahun. Bentuk Kepercayaan 1. Masyarakat Mesir Purba mempercayai politeisme. 2. Tuhan orang Mesir Purba dikaitkan dengan unsur alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra- Atum (tuhan Langit), Amun (Tuhan Angin). 3. Mereka percaya kepada kehidupan selepas mati. 4. Mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti. 5. Makam (kubur) mayat akan dibekalkan dengan barang kelengkapan untuk kehidupan selepas mati. Barang kelengkapan tersebut bergantung kepada status mayat tersebut. Soalan 1. Siapakah Imhotep? 2. Berikan contoh Tuhan orang Mesir Purba. 3. Apakah bukti masyarakat Mesir Purba percaya kepada kehidupan selepas mati? Jawapan: 1)PenasihatFiraunDjoseryangmembinapiramid.2)Re(TuhanMatahari),Ra-Atum(tuhanLangit),Amun(TuhanAngin)3)Selepasmati, mayatperludisimpandandijagadenganteliti.Makam(kubur)mayatakandibekalkandenganbarangkelengkapanuntukkehidupan selepasmati.Barangkelengkapantersebutbergantungkepadastatusmayattersebut.
  15. 15. TINGKATAN 4 10 1.5 – Tamadun Indus (Bahagian 1) Tonton video di sini: goo.gl/njdGq8 Aspek Huraian Organisasi sosial masyarakat 1. Masyarakat terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan golongan bawahan. Golongan atasan  Pendeta  Pedagang Pendeta : ada kuasa dan pengaruh besar dalam mengawal aktiviti masyarakat, terutamanya hal keagamaan. Pendeta memegang tampuk pemerintahan. Golongan bawahan  Petani  Buruh Petani : menjalani aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian hasil tersebut kepada pihak berkuasa. Buruh : Jaga kebersihan bandar, membina tembok dan terusan. Ciri-ciri istimewa bandar Mohenro-Daro dan Harappa 1. Mempunyai bandar yang sistematik. Bandar dikelilingi tembok (untuk tujuan keselamatan) dan terbahagi kepada dua bahagian. 2. Bahagian utama: Pusat pentadbiran dan keagamaan. Terdapat bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan. 3. Bahagian kedua bandar: kawasan perumahan. Disusun berdasarkan blok bentuk segi empat. Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus. 4. Pembinaan bandar terancang diterapkan dari tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir Purba. 5. Pembinaan bangunan menggunakan batu-bata dari tanah liat melalui suhu pembakaran yang tinggi. 6. Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan. 7. Bandar boleh dihubungi melalui sungai. Soalan 1. Apakah peranan golongan buruh dalam Tamadun Indus? 2. Sebutkan dua buah bandar Tamadun Indus yang paling terkenal. 3. Apakah yang terdapat pada bahagian utama kedua-dua bandar tersebut? Jawapan: 1)Jagakebersihanbandar,membinatembokdanterusan.2)Mohenro-DarodanHarappa3)Pusatpentadbirandankeagamaan. Terdapatbangunanpentadbiran,tempatmandiawamyangdigunakanuntukupacararitualdanpembersihan.
  16. 16. TINGKATAN 4 11 1.5 – Tamadun Indus (Bahagian 2) Tonton video di sini: goo.gl/X3qyMw Aspek Huraian Kebijaksanaan dalam melahirkan bandar yang dikagumi 1. Mereka mempunyai kepakaran dari segi perletakkan bandar (meletakkan bandar di lembah sungai) dan pengisinya (bandar utama sebagai pusat keagamaan dan pentadbiran manakala bandar kedua sebagai kawasan perumahan). 2. Kemahiran dalam bidang geometri. 3. Kemahiran dalam bidang kesenian. 4. Kemahiran dalam bidang matematik. 5. Kemahiran dalam bidang pembinaan. 6. Pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir Purba. 7. Kemampuan menghasilkan bata yang kukuh melalui suhu pembakaran yang tinggi. Agama dan kepercayaan 1. Masyarakat Indus dikatakan telah mempunyai agama dengan penemuan patung Proto-Siva.  Patung ini menunjukkan seseorang yang sedang duduk bersila dengan stail yoga.  Terdapat tiga tanduk di kepada yang melambangkan Dewa Brahma, Dewa Vishnu dan Dewa Siva.  Penemuan patung Proto-Siva sangat penting dari sudut kaitannya dengan agama Hindu. 2. Masyarakat juga percaya kepada Tuhan Ibu.  Ini dapat dibuktikan dengan penemuan patung wanita. Jenis Pekerjaan 1. Kegiatan ekonomi: Perdagangan, pertanian, pertukangan, pembuatan. 2. Kegiatan perdagangan melibatkan negara luar seperti dengan tamadun Mesopotamia. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan cop mohor Indus di Mesopotamia. Hasil perdagangan: emas, gading gajah, manik, hasil pertanian. 3. Hasil pertanian utama: Barli, kacang 4. Ada yang terlibat dalam pembinaan, pembuatan barangan logam dan tembikar. Soalan 1. Apakah bukti yang menunjukkan masyarakat Tamadun Indus telah mempunyai agama? 2. Senaraikan kegiatan ekonomi masyarakat dalam Tamadun Indus. 3. Apakah bukti masyarakat Indus telah menjalankan perdagangan dengan negara luar? Jawapan: 1)penemuanpatungProto-Siva.2)Kegiatanperdagangan,kegiatanpertanian,kegiatanpertukangan,kegiatanpembuatan3)penemuan copmohorIndusdiMesopotamia
  17. 17. TINGKATAN 4 12 1.6 – Tamadun Hwang Ho (Bahagian 1) Tonton video di sini: goo.gl/ec5N36 Aspek Huraian Proses Pembentukan 1. Penduduk nomad telah membina penempatan kekal di lembah Sungai Hwang Ho kerana tanahnya subur. 2. Penempatan awal bermula di Tapak Banpo, berhampiran Bandar Sian. Aktiviti pertanian, penternakan, memburu dan memungut hasil hutan dijalankan. 3. Perkembangan penempatan awal mewujudkan beberapa bandar. Bandar Anyang : Pusat pemerintahan kerajaan Dinasti Shang. 4. Dinasti Chou : Tamadun tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze. Sistem pemerintahan Dinasti Shang 1. Sistem pemerintahan beraja. 2. Pengganti raja: dilantik dalam kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja. 3. Raja: berkuasa secara langsung dalam kawasan pusat pentadbiran. 4. Kepercayaan masyarakat : raja dapat mandat dari Tuhan. 5. Raja dianggap mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama. 6. Raja-raja Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka dari keturunan pemerintah agama. 7. Raja dibantu oleh golongan bangsawan. Bangsawan berhak mewujudkan sistem pemerintahan sendiri seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang. Agama dan kepercayaan 1. Kepercayaan animisme (karut). 2. Kepercayaan politeisme (banyak tuhan): tuhan Syurga, tuhan bumi, menyembah sungai, bukit dan gunung. 3. Penyembahan roh nenek moyang dan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban. Upacara diketuai oleh bomoh. 4. Bomoh juga terlibat dalam upacara penilikan dengan menggunakan tulang oracle. Tulang oracle akan diletakkan di atas unggun api hingga menampakkan rekahan dan rekahan tersebut akan ditafsir dengan sesuatu kejadian. (Mempercayai ramalan bomoh) Soalan 1. Apakah kegiatan ekonomi masyarakat dalam Tamadun Hwang Ho? 2. Apakah nama bandar yang telah menjadi pusat pentadbiran semasa zaman pemerintahan Dinasti Shang? 3. Bagaimanakan cara pemilihan raja semasa pemerintahan Dinasti Shang? 4. Apakah peranan golongan bangsawan semasa pemerintahan Dinasti Shang? 5. Bagaimanakah cara bomoh melakukan upacara penilikan? Jawapan: 1)pertanian,penternakan,memburudanmemunguthasilhutan.2)BandarAnyang3)Penggantirajadilantikdalamkalangansaudara lelakiyanglebihmudaatauanaklelakiraja.4)golonganbangsawanmembanturajadalampentadbiran.Bangsawanberhakmewujudkan sistempemerintahansendirisepertipungutancukai,pertahanandanundang-undang.5)Upacarapenilikandijalankanolehbomoh denganmenggunakantulangoracle.Tulangoracleakandiletakkandiatasunggunapihinggamenampakkanrekahandanrekahan tersebutakanditafsirdengansesuatukejadian.
  18. 18. TINGKATAN 4 13 1.6 – Tamadun Hwang Ho (Bahagian 2) Tonton video di sini: goo.gl/86STj3 Aspek Huraian Sumbangan kepada peradaban manusia hari ini Pemerintahan  Pemerintahan monarki  Gelaran raja ditukar kepada maharaja (gelaran raja masih digunakan oleh negara Jepun).  Raja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat dari syurga. (Thailand) Pertanian Sistem pengairan dibina untuk memajukan pertanian dan mengelakkan banjir. Teknologi  Teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk pertanian.  Petani menggunakan batas untuk tujuan penanaman.  Penggunaan alat pertanian daripada kayu kepada besi. Tulisan  Sistem tulisan digunakan oleh orang Cina sehingga kini.  Berkembang dengan penggunaan orang Jepun dan Korea. Kepercayaan  Pemujaan roh nenek moyang  Konsep Yin (kuasa aktif) dan Yang (kuasa pasif) serta Feng Shui. Kalendar  Penciptaan kalendar 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.  Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai. Falsafah  Pengamalan falsafah perang Sun Tzu dalam karyanya “The Art of War” yang membincangkan selok belok perang. Soalan 1. Senaraikan sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian. 2. Apakah sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam bidang falsafah? 3. Apakah kepentingan kalendar kepada raja? Jawapan: 1)Sistempengairandibinauntukmemajukanpertaniandanmengelakkanbanjir,danpenciptaancangkuldansabitdanteknologi pembajakan.2)PengamalanfalsafahperangSunTzudalamkaryanya“TheArtofWar”yangmembincangkanselokbelokperang. 3)digunakanuntukmenentukanmusimmenanamdanmenuai.
  19. 19. TINGKATAN 4 14 Apakah pandangan anda tentang eBook Sejarah ini? Bantulah kami untuk menambah baikkan kualitinya dengan menjawab survey kami di: https://goo.gl/forms/iPAttk9k9VbDebNk1 Untuk mendapatkan eBook lengkap secara PERCUMA, sila layari: www.edunation.my
  20. 20. TINGKATAN 4 15 PENINGKATAN TAMADUN 2.0 – TAMADUN YUNANI (BAHAGIAN 1) Tonton video di sini: goo.gl/ixsF4a Aspek Ciri-ciri Ciri-ciri negara kota 1. Dalam Tamadun Yunani terdapat banyak negara kota. 2. Negara kota terbentuk daripada gabungan beberapa buah kampung dan bandar. 3. Antara negara kota yang terkenal ialah Athens, Corinth dan Sparta. 4. Setiap negara kota mempunyai acropolis and agora. a. Acropolis ialah tempat penempatan bangunan kerajaan dan kegamaan. b. Agora ialah tempat pertemuan rakyat dan pusat ekonomi. 5. Di luar setiap negara kota terdapat kawasan pertanian. 6. Setiap negara kota mempunyai sistem pemerintahan dan undang-undang tersendiri. Sistem pemerintahan Athens Sistem pemerintahan di Yunani telah mengalami empat perubahan sebelum sistem demokrasi diperkenalkan. 1. Sistem Beraja – raja merupakan ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama. Raja dibantu oleh konsul. 2. Oligarki – sistem pemerintahan dikuasai oleh konsul yang terdiri dari golongan kaya semasa kuasa raja semakin merosot. 3. Aristokrasi – sistem pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya daripada kalangan konsul di mana mereka mempunyai kuasa yang besar dalam pemerintahan. 4. Tirani – sistem pemerintahan zalim yang menggunakan kuasa sewenang-wenangnya oleh rakyat dan angkatan tentera yang menuntut rampasan kuasa apabila tertimbul rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan aristokrasi. 5. Demokrasi – sistem pemerintahan yang ditadbir oleh wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Soalan 1. Bagaimanakah negara kota terbentuk? 2. Apakah maksud acropolis? 3. Apakah maksud agora? 4. Apakah peranan raja dalam tamadun Yunani. 5. Apakah maksud pemerintahan oligarki? 6. Apakah maksud pemerintahan tirani? Sistem Beraja Oligarki Aristokrasi Tirani Demokrasi Jawapan: 1)Hasilgabunganbeberapabuahkampungdanbandar;2)Tempatpenempatanbangunankerajaandankeagamaan;3)Tempat pertemuanrakyatdanpusatekonomi;4)Ketuahakim,ketuatenteradanketuaagama;5)Sistempemerintahandikuasaiolehkonsulyang terdiridarigolongankayasemasakuasarajasemakinmerosot;6)Pemerintahanyangzalim,iaitukekuasaandigunakandengan sewenang-wenangnya. BAB 2
  21. 21. TINGKATAN 4 16 2.0 – TAMADUN YUNANI (BAHAGIAN 2) Tonton video di sini: goo.gl/K05xPc Aspek Ciri-ciri Sistem Pentadbiran Demokrasi di Athens 1. Terdiri daripada Dewan Perhimpunan dan Majlis. 2. Semua warganegara lelaki dewasa boleh menjadi Ahli Dewan Perhimpunan antara enam bulan sehingga satu tahun. 3. Dewan perhimpunan bersidang tiga kali sebulan. 4. Ahli Dewan Perhimpunan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan. 5. Ahli Majlis mengendalikan segala keputusan Dewan Perhimpunan. 6. Ahli Dewan Perhimpunan berkuasa melantik ahli Majlis, Majstret and Juri. Perbandingan antara sistem demokrasi di Athens dengan sistem demokrasi di Malaysia Sistem demokrasi di Athens Sistem demokrasi di Malaysia Berbentuk penyertaan langsung Berbentuk penyertaan tidak langsung, iaitu demokrasi berparlimen. Semua warganegara lelaki dewasa boleh menjadi Ahli Dewan Perhimpunan Semua warganegara lelaki dan perempuan dewasa berumur 21 tahun ke atas boleh menjadi Ahli Dewan Rakyat yang dipilih melalui pilihan raya. Perkembangan Falsafah Tamadun Yunani telah melahirkan banyak ahli-ahli falsafah yang mengemukakan soal nilai individualism, kehidupan manusia dan demokrasi. Ahli falsafah Ketokohan Socrates 1. Pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab. 2. Beliau sentiasa mencari kebahagian masyarakat. 3. Beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan dijatuhi hukuman bunuh dengan cara meminum racun. Plato 1. Menegaskan masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah (melalui karyanya Republic) 2. Mengasaskan akademi falsafah. Aristotle 1. Mendalami ilmu sains dan falsafah untuk membaiki dunia dalam karyanya Politics. Heredotus 1. Dikenali sebagai Bapa Sejarah 2. Menghasilkan karya History of Persian Wars. Thucydides 1. Dianggap sebagai Pengasas Sejarah Saintifik 2. Merupakan penulis sejarah yang berteraskan penyelidikan. 3. Menghasilkan karya History of the Peloponnesian War. Soalan 1. Berapa kalikah Dewan Perhimpunan perlu bersidang dalam sebulan? 2. Apakah kata-kata Plato yang terkenal? 3. Mengapakah Thucydides digelar Pengasas Sejarah Saintifik? Jawapan: 1)3kali;2)Masyarakatyangsempurnaialahmasyarakatyangdiperintaholehahlifalsafah;3)Penulisansejarahberteraskanpenyelidikan
  22. 22. TINGKATAN 4 17 2.1 – TAMADUN ROM (BAHAGIAN 1) Tonton video di sini: goo.gl/eTvA4X Aspek Ciri-ciri Ciri-ciri Pemerintahan Republik Rom 1. Rom membentuk sebuah negara Republik pada tahun 509 S.M. 2. Kuasa tertinggi dipegang oleh 2 orang konsul dengan tujuan untuk mengimbangi kuasa. 3. Di bawah 2 orang konsul terdapat 2 dewan: Dewan Senat dan Dewan Perhimpunan. a. Konsul dipilih dari ahli Dewan Senat dan dilantik oleh Dewan Senat. Sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik menjadi konsul, beliau ialah praeotor (pemerintah tentera). b. Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan berperanan membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan. c. Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh rakyat Rom berperanan meluluskan semua keputusan yang dibuat oleh Dewan Senat. Sistem Perundangan Tamadun Rom 1. Undang-undang terawal Rom adalah dikenali sebagai Hukum Kanun 12 atau Papan Dua Belas. Undang-undang dipahat pada kayu dan ditempatkan di tempat awam untuk dibaca oleh rakyat Rom. 2. Maharaja Justinian mengumpul, menyatukan dan membukukan undang-undang Rom yang kemudian dikenali sebagai Kod Undang-Undang Rom atau Undang-undang Justinian. 3. Undang-Undang Justinian: a. Terdiri daripada 3 cabang, iaitu undang-undang sivil, undang-undang rakyat dan undang-undang natural (natural law). b. Prinsip-prinsip: i. Semua manusia sama di sisi undang-undang ii. Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah iii. Keadilan terhadap setiap individu iv. Hukuman berasaskan bukti yang cukup. Soalan 1. Apakah tujuan kerajaan Rom memperkenalkan jawatan dua konsul? 2. Bagaimana cara perlantikan konsul dilakukan? 3. Apakah peranan Dewan Senat? 4. Mengapa undang-undang tamadun Rom dikenali sebagai Papan Dua Belas? 5. Siapakah tokoh yang membukukan undang-undang Rom? 6. Sebutkan jenis undang-undang yang terdapat dalam tamadun Rom? Jawapan: 1)untukmengelakkansalahseorangdaripadakonsulmempunyaipengaruhyanglebihkuat;2)dilantikolehDewanSenat;3)melantik konsul,membincangkanhal-halpentadbirannegaradanmerangkaperundangan;4)Undang-undangdipahatpadakayudanditempatkan ditempatawamuntukbacaanrakyat;5)MaharajaJustinian;6)Undang-undangsivil,undang-undangrakyatdanundnag-undangnatural
  23. 23. TINGKATAN 4 18 2.1 – TAMADUN ROM (BAHAGIAN 2) Tonton video di sini: goo.gl/iAquYA Sumbangan dalam bidang Teknologi Huraian Pengangkutan 1. Penciptaan layar yang lebih kukuh dan perahu yang lebih besar. 2. Kesan peningkatan ilmu pelayaran: a. Meningkatkan aktiviti perdagangan laut b. Perahu layar mejadi alat pengangkutan penting, khasnya dalam peperangan dan perluasan kuasa. Seni bina Antara pembinaan monumen yang agung di Rom termasuk: Binaan di Rom Ciri-ciri Pantheon 1. Merupakan binaan berbentuk kubah. 2. Berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja-kerja awam. Colloseum 1. Merupakan binaan berbentuk kubah. 2. Dapat memuatkan 50,000-80,000 penonton 3. Berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan juga sebagai teater. Aqueduct 1. Merupakan saluran air dalam tanah dan dalam pintu gerbang yang disalurkan kepada bandar Rom. 2. Teknologi aqueduct berasaskan sistem graviti. Soalan 1. Apakah kepentingan kapal layar dalam tamadun Rom? 2. Apakah peranan senibina Pantheon? 3. Apakah peranan senibina Colloseum? 4. Apakah peranan senibina Aqueduct? Jawapan: 1)meningkatkanaktivitiperdaganganlaut,menjadipengangkutanpenting,terutamanyadalampeperangandanperluasankuasa;2) tempatmemuja,tempatpenyimpananpatungdewadantempatmenjalankankerja-kerjaawam;3)tempatpahlawanRombertarungdan teater;4)saluranairdalamtanahdanpintugerbangyangdisalurkankepadabandar.
  24. 24. TINGKATAN 4 19 2.2 – TAMADUN INDIA (BAHAGIAN 1) Tonton video di sini: goo.gl/m3iJ3P Aspek Huraian Pembentukan Tamadun India 1. Latar belakang: a. Kemuculan tamadun India bermula selepas kejatuhan tamadun Indus disebabkan serangan orang Aryan. b. Orang Aryan menduduki Lembah Indus dan membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus. Tahap ini dipanggil Zaman Vedik sempena kelahiran kitab-kitab Veda. c. Pada zaman Vedik, agama Hindu dilahirkan. 2. Perkembangan: a. Menjelang abad ke-7, perhatian masyarakat Indus beralih ke Lembah Ganges. b. Pada zaman ini, dua bentuk kerajaan wujud, iaitu kerajaan kecil (janapada) dan kerajaan besar (mahajanapada) dan semuanya mengamalkan sistem pemerintahan beraja. 3. Penyatuan: Chandragupta Maurya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India Utara pada zaman pemerintahannya yang dikenali sebagai Dinasti Maurya. 4. Kegemilangan: Dinasti Maurya mencapai kemuncak kegemilangan pada masa pemerintahan maharaja Asoka setelah berjaya menakluki negeri Kalinga. Kejayaan Dinasti Maurya dalam pembinaan empayar Zaman pemerintahan Perluasan empayar Chandragupta Maurya 1. Perluasan empayar bermula. 2. Kejayaan adalah disebabkan pasukan tenteranya yang besar (600 ekor gajah, 1,000 orang tentera berkuda dan 10,000 orang infantri) 3. Berjaya menguasai seluruh India Utara hingga ke Punjab. 4. Berjaya menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India Barat. Bindasura (anak Chandragupta) Berjaya meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India. Asoka (anak Bindasura) 1. Berjaya menakluki Kalinga selepas Perang Kalinga. 2. Selepas Perang Kalinga, Asoka meluaskan kuasanya secara lembut dengan menekankan agama Buddha. Peristiawa Perang Kalinga 1. Perang Kalinga menyebabkan 100,000 orang terkorban dan 150,000 orang tercedera. 2. Peristiwa tersebut menyedihkan Asoka dan memberi kesedaran kepada Asoka tentang akibat peperangan yang membawa penderitaan dan kematian. 3. Asoka kemudian memeluk agama Buddha dan menekankan kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan. Soalan 1. Apakah maksud Zaman Vedik? 2. Apakah kejayaan besar yang dicapai oleh Asoka? Jawapan: 1)NamaZamanVedikdiambilsempenakelahirankitab-kitabVeda;2)berjayamenaklukiKalinga.
  25. 25. TINGKATAN 4 20 2.2 – TAMADUN INDIA (BAHAGIAN 2) Tonton video di sini: goo.gl/e53Svi Aspek Huraian Sistem Perundangan Tamadun India 1. Kitab Dharma Sastra merupakan asas sistem perundangan tamadun India. 2. Raja bertanggungjawab memelihara kedaulatan undang-undang. 3. Denda dikenakan terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan berdasarkan betapa beratnya kesalahan berkenaan. 4. Golongan Brahmin mahir tentang hukum-hakam agama dan memainkan peranan penting dalam urusan undang-undang. 5. Undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah perintah raja pada zaman Dinasti Maurya. Semua titah perintah tersebut diukir pada tiang batu yang diletakkan di tepi jalan supaya boleh dibaca oleh raykat. Tiang tersebut dikenali sebagai Tiang Asoka. 6. Maharaja Asoka ialah pemimpin yang adil kerana sentiasa berpegang kepada konsep kesejahteraan rakyat. Kemajuan Tamadun India dalam Bidang Ekonomi 1. Dalam tamadun India, kegiatan perdagangan dalaman dan perdagangan luar berkembang pesat. 2. Perdagangan luar berlaku: a. antara kerajaan Maurya dengan negara luar seperti Sri Lanka, Macedonia, Asia Tenggara dan Asia Tengah, b. di pelabuhan utama seperti Tamralipti, Kadura, Ghantashala, Broach, Chaul, Cambay dan Kalyan. 3. Perdagangan dalaman: a. Berlaku di pusat perdagangan termasuklah Anga, Kalinga da Karusa. b. Melibatkan perdagangan hasil-hasil seperti berlian, emas, gading gajah, mutiara dan senjata. 4. Persatuan perdagangan diwujudkan di setiap bandar, contohnya persatuan tukang kayu, tukang kulit dan tukang logam. Tujuan kelahiran persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja. Persatuan dikawal oleh undang-undang dan pelaksanaan undang-undang tersebut diawasi oleh raja. 5. Mata wang emas diunakan dalam urusan jual-beli. 6. Bidang perusahaan yang mengeluarkan tekstil, kain kapas, sutera, barangan emas, batu permata dan mutiara juga berkembang. 7. Cukai yang dikenakan terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan seperti hasil buah-buahan dan hasil pertanian digunakan untuk menyara raja, para pentadbir dan ahli tentera. Soalan 1. Apakah nama kitab perundangan dalam tamadun India? 2. Apakah itu Tiang Asoka? 3. Apakah matlamat persatuan pedagang diwujudkan? 4. Apakah hasil perusahaan yang terkenal semasa Tamadun India? 5. Mengapakah cukai dipungut? Jawapan: 1)KitabDharmaSutra;2)tiangbatuyangdiukirtitahperintahmaharajaAsokadanditempatkanditepijalanuntukdibacaolehrakyat; 3)Untukmengawalharga,kualitibarangdangajipekerja;4)tekstil,kainkapas,sutera,baranganemas,batupermatadanmutiara;5) untukmenyararaja,parapentadbirdanahlitentera.
  26. 26. TINGKATAN 4 21 2.3 – TAMADUN CHINA (BAHAGIAN 1) Tonton video di sini: goo.gl/Qkorzy Aspek Huraian Pembentukan Tamadun China 1. Kawasan tamadun China adalah dari kawasan Lembah Hwang Ho hingga ke bahagian selatan China. 2. Perluasan kawasan bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Chin. 3. Pengasas Dinasti Chin ialah Maharaja Shih Huang Ti. Beliau meluaskan jajahan takluknya sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. 4. Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa. Jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat. Sistem Perundangan Dinasti Chin 1. Sistem perundangan berteraskan dua prinsip utama: hukuman berat dan bercorak kolektif. 2. Undang-undang berteraskan falsafah legalisme dan digubal oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin. 3. Menurut falsafah legalisme Han Fei Tzu, a. Undang-undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia. b. Undang-undang dilaksanakan tanpa rasa belas kasihan. c. Raja memiliki kuasa yang utuh untuk menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira dalam apa juga keadaan. Ini bertujuan untuk membendung tindakan liar manusia. 4. Pada zaman Dinasti Han, undang-undang berteraskan ajaran Confucius diamalkan. Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan mejaga keharmonian manusia serta masyarakat. Kemajuan Tamadun China dalam Ekonomi Peningkatan ekonomi berlaku akibat daripada kemajuan dalam bidang pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan, pembentukan persatuan perniagaan dan perhubungan. Bidang Ciri-ciri Peralatan Pertanian 1. Tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman. 2. Kolar kuda diperkenalkan untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda dan kereta sorong beroda, serta penyisir tanah. Sistem penanaman 1. Sistem penanaman secara bergilir diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah. 2. Kawasan bukit diteres untuk dijadikan kawasan pertanian pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan Pembinaan terusan dibina untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal dan mengawal banjir. Perusahaan, perdagangan dalam negeri dan maritim, pembentukan persatuan perdagangan 1. Perusahaan tembikar dan logam berkembang sejak zaman Dinast Han. 2. Hasil perusahaan diperdagangkan di dalam negeri sendiri dan didagangkan ke kawasan di luar China (Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat), mula-mulanya melalui jalan darat (Jalan Sutera Darat) dan kemudian melalui Jalan Laut. 3. Di negeri China, persatuan perdagnagan terbentuk. Sistem perhubungan Pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan juga menyumbang kepada perkembangan ekonomi yang pesat.
  27. 27. TINGKATAN 4 22 Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan zaman empayar? 2. Apakah prinsip undang-undang tamadun China? 3. Siapakah tokoh Han Fei Tzu? 4. Apakah kata-kata Han Fei Tzu dalam bidang perundangan? 5. Apakah kegunaan kolar kuda? Jawapan: 1)zamanberlakunyabanyakpeperangandanperluasankuasa.Jajahantaklukyangluasdapatdisatukandibawahsebuahpentadbiran pusat;2)prinsiphukumanberatdanbercorakkolektif;3)Ahlifalsafahyangmenggubaldanmemperkenalkanundang-undangpadazaman DinastiChin;4)Undang-undangtegasdapatmengawaltingkahlakumanusia,Undang-undangdilaksanakantanparasabelaskasihan, Rajamemilikikuasayangutuhuntukmenguatkuasakanundang-undangtanpamengiraapajugakeadaan.Inibertujuanuntuk membendungtindakanliarmanusia;5)untukmembolehkankudamenariktenggalakayu,keretakudadankeretasorongberoda,serta penyisirtanah.
  28. 28. TINGKATAN 4 23 2.3 – TAMADUN CHINA (BAHAGIAN 2) Tonton video di sini: goo.gl/NQklQT Aspek Huraian Sistem Pendidikan dalam Tamadun China 1. Tujuan utama pendidikan di China adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. 2. Terdapat 3 peringkat pendidikan di China, iaitu: a. Pendidikan rendah: tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan 9 buah buku suci tanpa memahami maknanya. b. Pendidikan menengah: tertumpu pada karangan dan sastera. c. Pendidikan tinggi: tertumpu pada penterjemahan buku suci. 3. Terdapat 3 tahap peperiksaan awam: a. Tahap pertama: Hsiu Tai (ijazah pertama) b. Tahap kedua: Chun-Jen (sarjana) c. Tahap ketiga: Chin Shih (doktor falsafah) 4. Cara peperiksaan awam dilaksanakan: a. Peperiksaan dikendalikan dengan ketat. Jika didapati sesiapa yang meniru, hukuman mati akan dikenakan. b. Calon ditempatkan di dalam bilik dengan disediakan makanan dan dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan. c. Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan. 5. Tempat peperiksaan awam: a. Tahap pertama dijalankan di daerah. b. Tahap kedua diadaka di ibu kota daerah. c. Tahap ketiga dijalankan di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. 6. Tempoh peperiksaan awam: a. Tahap pertama: 2 kali dalam tempoh 3 tahun. b. Tahap kedua dan ketiga: 3 tahun sekali. Seni Bina dalam Tamadun China Seni bina Ciri-ciri Tembok Besar China: 1. Dibina oleh Shih Huang Ti untuk mempertahankan wilayah China daripada serangan orang Hun (nomad). 2. Panjangnya adalah kira-kira 5,000 kilometer dan lebarnya antara 4.5 meter hingga 9 meter dan ketinggiannya 7.5 meter. 3. Pada zaman Dinasti Ming, tembok ini disambung sehingga 6,400 kilometer. 4. Menggunakan tenaga lebih daripada 30,000 orang. Tembok- tembok Bandar 1. Tembok-tembok di kawasan bandar Anyang, Changan, Loyang dan Peking dibuat daripada batu. 2. Setiap tembok mempunyai pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara. 3. Kawasan di dalam tembok adalah kawasan tempat tinggal maharaja China. Istana 1. Istana maharaja yang masih kekal sehingga hari ini ialah Kota Larangan. 2. Di istana tersebut terdapat banyak dewan dan taman. 3. Dewan berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat keraian, perjumpaan dan tempat hukuman. Kuil Terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, pusat pemujaan dan ruang tetamu. Pagoda Binaan setinggi 15 tingkat dan berbentuk oktagon atau segi empat sama.
  29. 29. TINGKATAN 4 24 Soalan 1. Apakah tujuan pendidikan diperkenalkan? 2. Apakah tumpuan pendidikan peringkat rendah? 3. Bagaimana peperiksaan dijalankan? 4. Bilakah peperiksaan dijalankan? 5. Apakah tujuan Tembok Besar China dibina dan apakah ciri-cirinya? Jawapan: 1)untukluluspeperiksaanawamkerajaan;2)untukmengenaldanmenghafaltulisanideogramdan9buahbukusucitanpamemahami maknanya;3)Peperiksaandikendalikandenganketat.Jikadidapatisesiapayangmeniru,hukumanmatiakandikenakan.Calon ditempatkandidalambilikdengandisediakanmakanandandikurungselama3hariuntukmenulisjawapan.Pemeriksadikurungsebelum tibaharipeperiksaan;4)peperiksaantahappertamadiadakan2kalidalamtempoh3tahunmanakalapeperiksaantahapkeduadan ketigadiadakansekalisetiap3tahun;5)DbinaolehShihHuangTiuntukmempertahankanwilayahChinadaripadaseranganorangHun (nomad);panjangnyakira-kira5,000kmdanlebarnyaantara4.5mhingga9mdanketinggiannya7.5m.
  30. 30. TINGKATAN 4 25 2.4 – AGAMA DAN KEPERCAYAAN DUNIA (BAHAGIAN 1) Tonton video di sini: goo.gl/68FYGX Aspek Huraian Sejarah Perkembangan Agama Hindu 1. Agama Hindu muncul sejak zaman Tamadun Indus. 2. Perkataan ‘Hindu’ merujuk kepada masyarakat yang tiggal di Sungai Sindhu. 3. Zaman Vedik merupakan zaman apabila wujud kitab suci Veda yang menjadi kitab kepada agama Hindu. 4. Agama Hindu percaya bahawa Tuhan mempunyai 3 fungi utama: a. Mencipta (Brahman) b. Memelihara (Vishnu) c. Membinasa (Siva) 5. Agama Hindu mempunyai 6 aliran, iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaram dan Saura. 6. Agama Hindu didominasi oleh golongan Brahmin sejak zaman empayar Maurya. 7. Masyatakat Hindu percaya kepada Hukum Karma yang berkaitan dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. 8. Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup adalah untuk mencapai Moksya, iaitu untuk mencapai tahap kebebasan mutlak dan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Untuk mencapai tahap ini, seseorang ini perlu berbuat baik semasa hidupnya. Sejarah perkembangan Buddha 1. Pengasas agama Buddha ialah Siddharta Gautama dan juga dikenali sebagai Gautama Buddha. 2. Agama Buddha muncul sebagai satu penentangan golongan Ksyatria terhadap penguasaan golongan Brahmin dalam soal agama dan kehidupan. 3. Sistem kasta dianggap menjadikan masyarakat tidak teratur. 4. Hal ini menyebabkan Gautama Buddha cuba untuk mencari kebenaran. 5. Beliau menemui kebenaran ketika bertapa di bawah pokok bodhi di kampung Uruveda. 6. Kebenaran yang ditemui oleh Gautama dipercayai akan melepaskan diri manusia daripada kesengsaraan. 7. “Empat Kebenaran Mulia” menjadi asas agama Buddha dan termasuklah: a. Dukka (penderitaan) b. Samudaya (sebab penderitaan) c. Nirodha (nafsu yang membawa penderitaan) d. Marga (cara memadamkan nafsu dan keinginan) 8. Empat kebenaran mulia dalam agama Buddha boleh dicapai melalui 8 jalan: kepercayaan yang betul, tujuan yang betul, pertuturan yang baik, perbuatan yang baik, hidup yang baik, usaha yang baik, fikiran yang baik dan renungan yang baik. 9. Agama Buddha menjadi agama rasmi kerajaan Maurya pada zaman pemerintahan Asoka. 10. Agama Buddha berkembang pesat di China, Tibet, Sri Lanka dan negeri-negeri Asia Tenggara kerana tindakan kerajaan menghantar mubaligh ke luar negara. Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan 'Hukum Karma'? 2. Nyatakan empat asas ajaran Buddha. Jawapan: 1)Hukumyangberkaitandengankelakuanmanusiasemasahidupdankelahiransemulaselepasmati;2)Dukka(penderitaan),Samudaya (sebabpenderitaan),Nirodha(nafsuyangmembawapenderitaan)danMarga(caramemadamkannafsudankeinginan)
  31. 31. TINGKATAN 4 26 2.4 – AGAMA DAN KEPERCAYAAN DUNIA (BAHAGIAN 2) Tonton video di sini: goo.gl/tdCFlh Aspek Huraian Sejarah Perkembangan Agama Kristian 1. Agama Kristian diasaskan oleh Jesus Christ yang berasal dari Jerusalem. 2. Tarikh 25 Disember dianggap sebagai Hari Natal oleh penganut Kristia. 3. Bible merupakan kitab agama suci Kristian yag terdiri daripada Old Testament dan New Testament. 4. Dalam perkembangan Kristian di Eropah, penganut agama mengharungi tentangan daripada pemerintah Rom sendiri. 5. Agama Kristian mula bertapak di Eropah pada zaman Rom, iaitu semasa pemerintahan Constantine. Beliau mengiktiraf agama Kristian sebagai satu ajaran yang bebas dipraktikkan oleh masyarakat Rom. 6. Sebelum kedatangan Kristian, masyarakat Rom mengamalkan pagan, iaitu mereka tidak mempercayai atau menganut sebarang agama utama dunia. 7. Individu yang terlibat dengan perancangan dan kegiatan agama dikecualikan daripada dikenakan kerja berat. 8. Hari Ahad dijadikan hari aktiviti agama. Sejarah perkembangan Agama Islam 1. Agama Islam diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w pada 6 Ogos tahun 610M. Bersamaan 17 Ramadan melalui malaikat Jibril di Gua Hira. 2. Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah pada 12 September tahun 622M. Bersamaan 1 Rabiulawal untuk melindungi Islam daripada terus ditekan oleh orang Quraisy Makkah. 3. Terdapat dua teras dalam agama Islam: a. Akidah: keyakinan sepenuhnya terhadap keesaan Allah b. Syariah: undang-undang yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah (hadis) 4. Penganut Islam wajib meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam: Rukun Kandungan Rukun Iman 1. Percaya kepada Allah s.w.t 2. Percaya kepada malakat. 3. Percaya kepada kitab-kitab. 4. Percaya kepada para nabi dan rasul. 5. Percaya kepada hari kiamat. 6. Percaya kepada qadha dan qadar (ketetapan dan pelaksanaan). Rukun Islam 1. Pengakuan “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah” 2. Wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam. 3. Wajib mengeluarkan zakat. 4. Wajib berpuasa pada bulan Ramadhan. 5. Menunaikan fardu haji di Makkah bagi yang mampu. Sejarah Perkembangan Ajaran Confucianisme 1. Confucius lahir pada sekitar tahun 551 S.M. di negeri Lu dan merupakan pengasas ajaran Confucianisme. 2. Confucius pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu tetapi beliau kemudian meletakkan jawatan dan mengembara untuk menyebarkan ajarannya. 3. Ajaran Confucius menenekankan prinsip moral yang tinggi termasuk perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). 4. Menurut Confucius, seseorang haruslah mendapat pendidikan untuk mencapai ketinggian moral.
  32. 32. TINGKATAN 4 27 Sejarah Perkembanga Ajaran Taoisme 1. Pengasas ajaran Taoisme ialah Lao Tze yang lahir di negeri Chu pada sekitat tahun 604 S.M. 2. Lao Tze menghasilkan buku yang bertajuk Tao Te Ching yang mengandungi idea falsafah Taoisme. 3. Ajaran Taoisme menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan. 4. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao dan manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku (wu-wei) dan mengubah sesuatu ke arah kebaikan kerana perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Soalan 1. Bagaimanakah agama Kristian boleh berkembang di Eropah? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan 'pagan'? 3. Dimanakah Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pertama? 4. Apakah yang dimaksudkan dengan 'syariah'? 5. Apakah konsep yang ditekankan oleh konsep confucianisme? Jawapan: 1)AgamaKristianmulabertapakdiEropahpadazamanRom,iaitusemasapemerintahanConstantine.BeliaumengiktirafagamaKristian sebagaisatuajaranyangbebasdipraktikkanolehmasyarakatRom;2)orangyangtidakmempercayaiataumenganutsebarangagama utamadunia;3)diGuaHira;4)undang-undangyangterkandungdalamal-Qurandanal-Sunnah(hadis);5)prinsipmoralyangtinggi termasukperikemanusiaan(ren),kesusilaan(li)danketaatankepadaibubapa(xiao).
  33. 33. TINGKATAN 4 28 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA 3.0 – Kerajaan Agraria (Part 1) Tonton video di sini: https://goo.gl/84VYLu Ciri-ciri Kerajaan Agraria Maksud  Kerajaan yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai Kedudukan  Kawasan tanah subur seperti di lembah sungai, kawasan bukit dan lereng gunung berapi. Kegiatan Utama  Penanaman padi sawah di kawasan rendah yang memerlukan sumber air  Penanaman padi huma di lereng bukit yang kurang mendapatkan sumber air, e.g teres, relong Tanaman Sampingan  Jagung, pisang, keledek, sayur-sayuran  Rempah  cengkeh, lada hitam Hasil Hutan  Kayu gaharu, kayu cendana, kapur baru, tanduk, gading, damar, buah-buahan, sarang burung Perikanan  Di sawah, paya dan sungai serta mendapatkan kulit kura-kura Penternakan  Lembu, kerbau, kambing, ayam Pasaran  Hasil yang berlebihan akan dipasarkan di bandar Faktor Perkembangan  Sistem pengairan yang baik, penglibatan raja dan kerajaan dalam pengurusan sistem pengairan Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan Agraria? 2. Dimanakah kedudukan kerajaan Agraria? 3. Dimanakah kawasan penangkapan ikan dijalankan oleh masyarakat Agraria? 4. Sebutkan jenis-jenis binatang ternakan masyarakat Agraria. 5. Apakah faktor perkembangan kerajaan Agraria? Jawapan: 1)Kerajaanyangberasaskanpertanian,penternakandanpemungutanhasilhutandansungai2)Kawasantanahsubursepertidilembah sungai,kawasanbukitdanlerenggunungberapi.3)Disawah,payadansungaisertamendapatkankulitkura-kura4)Lembu,kerbau, kambing,ayam.5)Sistempengairanyangbaik,penglibatanrajadankerajaandalampengurusansistempengairan. BAB 3
  34. 34. TINGKATAN 4 29 3.0 - Kerajaan Agraria (Part 2) Tonton video di sini: goo.gl/o2eCCO Bagaimanakah kerajaan agraria berupaya berkembang sebagai kerajaan pertanian yang ulung? 1. Tanah yang subur 2. Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun 3. Bekalan air yang mencukupi 4. Sistem pengairan yang baik 5. Peranan raja dalam membina sistem pengairan 6. Mempunyai sistem pengangkutan yang baik 7. Terdapat sumber ikan dari sungai dan tasik Soalan 1. Apakah jenis iklim yang sesuai untuk kegiatan pertanian? 2. Apakah peranan raja dalam membantu perkembangan kerajaan Agraria? 3. Dimanakah masyarakat kerajaan awal menangkap ikan? Jawapan: 1)panasdanlembapsepanjangtahun2)membinasistempengairan.3)sungaidantasik
  35. 35. TINGKATAN 4 30 3.0 – Kerajaan Agraria (Part 3) Tonton video di sini: goo.gl/WEKI9x Faktor yang menyebabkan kerajaan Angkor menjadi kerajaan agraria yang terkenal Sistem pengairan  Mempunyai sistem pengairan yang baik  Mendapatkan sumber air daripada Sungai Mekong dan Tasek Peranan raja  Bertanggungjawab dalam pengurusan sistem pengairan  e.g. Raja Indrabbarnam I telah membina “baray” yang mampu mengairi tanah padi seluas 12.3 juta ekar tanah pada musim kemarau Kesuburan Tanah  Tasik Tonle Sap dan Lembah Sungai Mekong berperanan untuk menyubur tanah  Terutamanya selepas musim banjir disebabkan mendapatkan lumpur Iklim  Panas dan lembap sepanjang tahun  Sesuai untuk tanaman padi Perhubungan  Sungai Mekong merupakan alat perhubungan dan pengangkutan dengan kawasan luar Soalan 1. Dari manakah sumber air diambil untuk memajukan kegiatan pertanian? 2. Siapakah yang bertanggungjawab membina ‘baray’? 3. Apakah kepentingan ‘baray’? 4. Apakah kepentingan Sungai Mekong selain dari membekalkan sumber air? Jawapan: 1)SungaiMekongdanTasek2)Raja3)mengairitanahpadiseluas12.3jutaekartanahpadamusimkemarau4)alatperhubungandan pengangkutandengankawasanluar
  36. 36. TINGKATAN 4 31 3.1 – Kerajaan Maritim (Part 1) Tonton video di sini: goo.gl/49ideo Ciri-ciri Kerajaan Maritim Maksud  Kerajaan yang menjalankan kegiatan perdagangan Kedudukan  Kawasan persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan Jenis Pelabuhan  Pelabuhan pembekal  Pelabuhan kerajaan  Pelabuhan entrepot Penduduk  Orang tempatan  Orang laut  Pedagang luar Bahasa  Bahasa Melayu (Bahasa lingua franca) Kemudahan Pelabuhan  Membaiki kapal  Penyimpanan barang  Penginapan  Tempat berdagang  Bekalan air  Makanan Kemahiran  Pembuatan perahu dan kapal yang mampu belayar jauh Barang Dagangan  Rempah ratus  Damar  Rotan  Beras  Emas  Bijih timah Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan maritim? 2. Dimanakah kedudukan kerajaan maritim? 3. Sebutkan jenis-jenis pelabuhan kerajaan maritim? 4. Apakah kemudahan pelabuhan yang boleh mempengaruhi perkembangan kerajaan maritim? 5. Apakah jenis barang yang diperdagangkan? Jawapan: 1)Kerajaanyangmengjalankankegiatanperdagangan2)Kawasanpersisiranpantai,lembahsungaidankepulauan3)Pelabuhan, pembekal,Pelabuhankerajaan,Pelabuhanentrepot4)Membaikikapal,Penyimpananbarang,Penginapan,Tempatberdagang,Bekalan air,Makanan5)Rempahratus,Damar,Rotan,Beras,Emas,Bijihtimah
  37. 37. TINGKATAN 4 32 3.1 – Kerajaan Maritim (Part 2) Tonton video di sini: goo.gl/PL7vMx Peranan Pelabuhan Pelabuhan Pembekalan  Membekalkan hasil tempatan Cth: logam, emas, timah, hasil hutan dan sumber makanan  Tempat persinggahan pedagang yang ingin mendapat barang tempatan, Cth: Jenderam hilir dan Klang di Selangor, Kuala Terengganu dan Kuala Selinsing, Perak Pelabuhan Kerajaan  Menjadi pelabuhan kerajaan apabila wujudnya menjadi sebuah kerajaan di pelabuhan itu  Masih lagi menjadi pelabuhan pembekal dan tempat berdagang dengan kawasan berhampiran  Pedagang: Champa, Langkasuka  Pelabuhan Kerajaan: Kedah Tua, Srivijaya Pelabuhan Entrepot  Berasal dari pelabuhan kerajaan  Berkembang menjadi pusat perdagangan  Pusat pengumpulan barang dagangan dari sekitarnya dan dijual kepada pedagang antarabangsa  Membeli barang dagangan antarabangsa dan diedarkan kepada pedagang dari pelabuhan yang berhampiran Soalan 1. Apakah peranan pelabuhan pembekal? 2. Berikan contoh pelabuhan pembekal kerajaan awal di Asia Tenggara. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan pelabuhan kerajaan? 4. Apakah yang dimaksudkan dengan pelabuhan entrepot? Jawapan: 1)Membekalkanhasiltempatandantempatpersinggihanpedagangyanginginmendapatbarangtempatan2)JenderamhilirdanKlang diSelangor,KualaTerengganudanKualaSelinsing,Perak3)Pelabuhanyangberasaldaripelabuhankerajaanpembekalandantelah menjadisebuahnegeri4)pelabuhanyangberasaldaripelabuhankerajaandanberkembangmenjadipusatperdagangan
  38. 38. TINGKATAN 4 33 3.1 – Kerajaan Maritim (Part 3) Tonton video di sini: goo.gl/MWBc2x Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kerajaan Kedah Tua sebagai Pusat Perdagangan Penting Kedudukan  Terlindung dari tiupan angin Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut Gunung  Gunung Jerai menjadi panduan kepada kapal pada waktu malam melalui nyalaan api Strategik  Berduduk di Selat Melaka yang merupakan laluan utama barat dan timur Kemudahan  Terdapat kemudahan menyimpan barang untuk para pedagang Hasil tempatan  Menyediakan hasil keluaran tempatan Cth: rotan, damar dan bijih timah  Dapat menarik minat pedagang luar Pengumpulan barangan luar  Tempat pengumpulan barangan luar Cth: kain, kapas, teh, kaca, manik, tembikar dan pelita Soalan 1. Apakah kepentingan Gunung Jerai kepada kerajaan Kedah Tua? 2. Apakah hasil barangan tempatan yang terdapat di pelabuhan Kedah Tua yang menarik minat kedatangan pedagang luar?. 3. Pelabuhan Kedah Tua juga menjadi tempat pengumpulan barangan luar seperti? Jawapan: 1)panduankepadakapalpadawaktumalammelaluinyalaanapi2)rotan,damardanbijihtimah3)kain,kapas,teh,kaca,manik,tembikar danpelita
  39. 39. TINGKATAN 4 34 3.1 – Kerajaan Maritim (Part 4) Tonton video di sini: goo.gl/wLXLNZ Sebab-sebab Srivijaya Mampu Menjadi Kerajaan Maritim yang Terkenal pada Abad ke-7 hingga Abad ke-15 Tentera  Mempunyai angkatan tentera laut yang besar  Mengumpul anggota dari rakyat dan orang laut yang boleh menggerunkan musuh Keselamatan  Tentera laut digunakan untuk mengawal keselamatan pedagang yang menggunakan Selat Melaka Strategik  Kedudukan berstrategik di Selat Melaka  Laluan utama pedagang dari China dan India Barang  Menyediakan barangan keperluan pedagang luar yang dikumpul dari kawasan pemerintahnya dan dari negeri jajahan takluknya Kapal  Mampu membaiki dan menghasilkan kapal yang besar Soalan 1. Apakah kepentingan memiliki angkatan tentera yang besar kepada kerajaan Srivijaya? 2. Mengapakah kedudukan Srivijaya dikatakan amat strategik? 3. Dari manakah barang-barang keperluan barangan luar dikumpul? Jawapan: 1)untukmengawalkeselamatanpedagangyangmenggunakanSeltMelaka2)LaluanutamapedagangdariChinadanIndia3)dari kawasanpemerintahnyadandarinegerijajahantakluknya
  40. 40. TINGKATAN 4 35 3.1 – Kerajaan Maritim (Part 4) Tonton video di sini: goo.gl/mO6Jxk Sebab-sebab Srivijaya Mampu Menjadi Kerajaan Maritim yang Terkenal pada Abad ke-7 hingga Abad ke-15 Tentera  Mempunyai angkatan tentera laut yang besar  Mengumpul anggota dari rakyat dan orang laut yang boleh menggerunkan musuh Keselamatan  Tentera laut digunakan untuk mengawal keselamatan pedagang yang menggunakan Sel Melaka Strategik  Kedudukan berstrategik di Selat Melaka  Laluan utama pedagang dari China dan India Barang  Menyediakan barangan keperluan pedagang luar yang dikumpul dari kawasan pemerintahnya dan dari negeri jajahan takluknya Kapal  Mampu membaiki dan menghasilkan kapal yang besar Soalan 1. Apakah kepentingan memiliki angkatan tentera yang besar kepada kerajaan Srivijaya? 2. Mengapakah kedudukan Srivijaya dikatakan amat strategik? 3. Dari manakah barang-barang keperluan barangan luar dikumpul? Jawapan: 1)untukmengawalkeselamatanpedagangyangmenggunakanSelatMelaka2)KedudukannyadiSelatMelakayangmerupakanlaluan utamapedagangdariChinadanIndia3)darikawasanpemerintahnyadandarinegerijajahantakluknya
  41. 41. TINGKATAN 4 36 3.1 – Kerajaan Maritim (Part 5) Tonton video di sini: https://goo.gl/j7tjFm Bagaimanakah Penduduk Maritim Berjaya Menjadi Pelaut yang Hebat 1. Kemahiran membina kapal 2. Mampu menghasilkan layar yang kukuh untuk membolehkan pelayaran jarak jauh 3. Mempunyai semangat yang tinggi untuk menerokai lautan luas 4. Mengetahui kaedah untuk sampai sesuatu tempat dengan berpandukan bintang di langit Bukti Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim Saling Bergantung antara Satu Sama Lain 1. KA membekalkan makanan seperti beras kepada KM 2. KA membekalkan tenaga kerja kepada KM 3. KA membekalkan kayu untuk membuat perahu atau kapal 4. KA menyediakan tukang yang mahir 5. KA mendapatkan binatang kenderaan seperti gajah 6. KM memasarkan lebihan hasil KA ke luar negeri 7. KM membantu untuk mendapatkan barangan mewah dari luar negara seperti China dan India 8. KM bertindak sebagai orang tengah dalam pemasaran sehingga KA mampu membuka ladang yang luas dan penggunaan teknologi moden Soalan 1. Apakah kepentingan penciptaan layar yang kukuh? 2. Apakah kaedah yang digunakan untuk menuju ke sesuatu tempat? 3. Dari manakah barangan mewah diperolehi? 4. Mengapakah kerajaan Agraria mampu membuka ladang yang luas? Jawapan: 1)untukmembolehkanpelayaranjarakjauh2)berpandukanbintangdilangit3)dariluarnegarasepertiChinadanIndia4)keranaKM bertindaksebagaiorangtengahdalampemasaran
  42. 42. TINGKATAN 4 37 3.2 – Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Pentadbiran Tonton video di sini: https://goo.gl/5zaxwM Pendapat tentang kedatangan pengaruh Hindu Buddha ke Asia Tenggara 1. Dibawa oleh golong ksyatria atau tentera melalui kaedah penaklukan 2. Dibawa oleh golongan vausya oleh pedagang melalui aktiviti perdagangan antara Asia tenggara dengan India 3. Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta melalui upacara keagamaan di istana raja kerajaan awal 4. Pengambilan unsur kebudayaan India yang menarik oleh masyarakat tempatan, lalu disesuaikan dengan budaya tempatan dan diamalkan Sistem pentadbiran Srivijaya dalam kerajaan awal di Asia Tenggara Raja 4 Kumpulan Anak Raja 1. Yuvaraja 3. Raja Kumara 2. Partiyuvaraja 4. Raja Putra (Salah seorang daripada anak raja boleh menggantikan raja kecuali raja putra kerana dia merupakan anak gundik) Parvada/Senapati (ketua pentadbir pusat) Pegawai (Hakim Temenggung, Penghulu) Hamba Datu Daerah (dilantik oleh raja) Dilantik daripada Datu Parvanda (Keturunan raja) dan Datu Bhupati (Bukan Keturunan Raja) (Datu dikehendaki mengangkat sumpah di sebuah tempat suci bernama Telaga Batu di Palembang)
  43. 43. TINGKATAN 4 38 Soalan 1. Apakah peranan Brahmin dalam menjaga kedudukan raja? 2. Dalam sistem pentadbiran Srivijaya, raja dibantu oleh empat kumpulan anak raja iaitu? 3. Apakah tugas parvanda atau senapati? 4. Siapakah pegawai yang membantu Parvanda? 5. Jawatan di peringkat daerah diketuai oleh datu yang terdiri dari dua golongan iaitu? 6. Dimanakah datu yang dilantik perlu mengangkat sumpah jawatan? Pengaruh Hindu-Buddha dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara 1. Gelaran raja kepada pemerintah 2. Di bawah raja terdapat golongan Brahmin 3. Raja berkuasa mutlak dalam pentadbiran 4. Perintah raja dianggap undang-undang 5. Wujudnya kepercayaan raja merupakan bayangan tuhan 6. Raja dikatakan memilik kesaktian dengan konsep Dewa-Raja 7. Pertabalan raja diketuai oleh Brahmin 8. Raja membina kompleks kota yang melambangkan kekuasaan 9. Raja dibantu oleh pembesar seperti pegawai tentera, hakim, dan gabenor daerah 10. Brahmin mengetuai upacara keagamaan Bagaimana raja kerajaan awal di Asia Tenggara mengukuhkan kedudukannya 1. Raja menjadi ketua pemerintah yang berkuasa mutlak 2. Bertindak sebagai pemegang khazanah negara 3. Raja bertindak sebagai ketua tentera 4. Berkuasa membuat dan melaksanakan undang-undang 5. Menggunakan Brahmin untuk meyakinkan rakyat bahawa raja adalah bayangan tuhan. 6. Raja dikatakan memiliki kesaktian 7. Menggunakan unsur mitos dan legenda dikaitkan dengan asal usul raja 8. Upacara pertabalan diadakan dengan penuh istiadat 9. Menjadikan kompleks kota sebagai pusat alam atau orde kosmos Jawapan: 1)meyakinkanrakyatbahawarajaadalahbayangantuhan2)yuvaraja,pratiyuvaraja,rajakumaradanrajaputra.3)ketuapentadbir pusat4)hakim,temenggungdanpenghulu5)TelagaBatudiPalembang
  44. 44. TINGKATAN 4 39 3.2 – Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Seni bina Tonton video di sini: https://goo.gl/u4ylqD Kepentingan candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara 1. Merupakan monumen untuk agama Hindu dan Buddha 2. Berperanan sebagai rumah ibadat 3. Tempat menyimpan abu mayat raja dan keluarganya 4. Tempat menyimpan patung dewa 5. Lambang keagungan seseorang pemerintah berdasaran kehebatan seni binanya 6. Melambangkan orde kosmos iaitu raja dan ibu kota sebagai pusat alam 7. Melambangkan kehebatan ahli seni binanya Ciri-ciri seni bina Candi Borobudur 1. Siap dibina dalam masa 75 tahun 2. Dibina di Jawa Tengah untuk agama Buddha Mahayana 3. Mempunyai sembilan tingkat. Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha 4. Tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha 5. Bahagian teratas menggambarkan tahap nirwana iaitu tahap manusia bebas dari nafsu 6. Stupa Candi Borobudur terbahagi kepada tiga tingkat yang melambangkan kehidupan iaitu sila (moral), Samadhi (penumpuan) dan panna (kebijaksanaan) Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan monumen? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan orde kosmos? 3. Siapakah yang membina candi Angkor Wat? 4. Apakah cerita yang diukir pada dinding candi Angkor Wat? 5. Apakah yang dimaksudkan dengan nirwana? 6. Stupa candi Borobudur terbahagi kepada tiga tingkat yang melambangkan? Ciri-ciri seni bina Candi Angkor Wat 1. Dibina untuk agama Hindu di Kemboja 2. Dibina oleh Raja Suryavarnam II 3. Melambangkan orde kosmos 4. Mempunyai ketinggian 213 meter dan keluasan kawasannya 208 hektar 5. Di bahagian tengah mempunyai tempat pemujaan setinggi 39 meter 6. Mempunyai empat tingkat. Setiap sudut mempunyai menara 7. Ukuran bahagian luarnya ialah 850 meter lebar dan 1000 meter panjang 8. Tembok luarnya dibina dari batu laterit dan batu pasir 9. Pada dindingnya terdapat ukiran menggambarkan epik Ramayana dan Mahabrata Jawapan: 1)bangunanyangdiperbuatdaripadabatuuntukmemperingatiorangatauperistiwayangpenting2)rajadanibukotasebagaipusat alam4)RajaSuryavarnamII5)epikRamayanadanMahabrata6)tahapmanusiabebasdarinafsu7)sila(moral),Samadhi(penumpuan) danpanna(kebijaksanaan)
  45. 45. TINGKATAN 4 40 3.3 – Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Bahasa dan Kesusasteraan Tonton video di sini: https://goo.gl/C75O2B Kepentingan bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal di Asia Tenggara 1. Pada batu bersurat kerajaan awal mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan beraja dan undang-undang  Batu bersurat di Kutei, Kedah menjelaskan tentang keturunan raja  Batu bersurat di Lembah Bujang menunjukkan arahan dan pemberitahuan yang ditunjukan oleh pemerintah kepada rakyat  Batu bersurat di Sg, Mas, Kedah berkaitan dengan agama Buddha 2. Kesusasteraan India seperti Ramayana, Mahabrata dan Puranas ditulis dalam bahasa Sanskrit 3. Puisi Jawa seperti Negarakertagamam Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkama juga ditulis dalam bahasa Sanskrit 4. Terdapat beberapa perkataan Sanskrit yang mengalami pengubahsuaian ke dalam bahasa Melayu seperti dosa, duka, derhaka, manusia, rupa, pahala, sengsara dan huruf Pengaruh Hindu Buddha dalam bidang kesusasteraan 1. Epik Ramayana, Mahabrata dan Puranas telah menyumbang kepada unsur mitos dalam kesusasteraan klasik di Asia Tenggara 2. Epik Ramayana dan Mahabrata juga telah mempengaruhi penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit 3. Epik Mahabrata telah melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Samba 4. Epik Ramayana telah melahirkan Hikayat Seri Rama 5. Pengaruh kesusasteraan India juga telah mempengaruhi puisi dan prosa Jawa seperti Negarakertagamam Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkama Soalan 1. Apakah yang tercatat pada batu bersurat yang dijumpai di Lembah Bujang? 2. Berikan contoh perkataan Sanskrit yang telah mengalami perubahan dalam bahasa Melayu 3. Apakah epik tempatan yang dihasilkan oleh Epik Mahabrata? 4. Apakah epik tempatan yang dihasilkan oleh Epik Ramayana? 5. Pengaruh kesusasteraan ini juga mempengaruhi puisi dan prosa Jawa seperti? Jawapan: 1)arahandanpemberitahuanyangditunjukanolehpemerintahkepadarakyat2)dosa,duka,derhaka,manusia,rupa,pahala,sengsara danhuruf3)sepertiHikayatPendawaJayadanHikayatSangSamba4)HikayatSeriRama5)NegarakertagamamSutasoma,Arjunwiwaha danKunjarkana
  46. 46. TINGKATAN 4 41 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH 4.1 - Masyarakat Arab Jahiliah Part 1 Tonton video di sini: https://goo.gl/S53KLq Aspek Huraian Definisi 1. Jahiliah: Berasal daripada perkataan Arab – Jahala iaitu Jalil dan tidak mengetahui atau tidak berilmu pengetahuan 2. Masyarakat Arab Jahiliah: Masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Golongan masyarakat Arab Jahiliah 1. Masyarakat Badwi: Tinggal di kawasan gurun dan pedalaman di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab 2. Masyarakat Hadari: Menetap di kawasan pesisiran pantai Semenanjung Tanah Arab Asal gelaran masyarakat Arab Jahiliah 1. Mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para Nabi dan Rasul 2. Mereka tidak menyembah Allah Yang Maha Esa tetapi meyembah berhala dan kepercayaan Animisme 3. Kehidupan mereka kucar-kacir kerana tiada Nabi dan kitab suci untuk dijadikan panduan 4. Akhlak mereka rendah seperti bersikap kejam, angkuh, dan degil Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah 1. Segi Politik:  Mengamalkan sistem Kabilah: Hidup berpuak-puak  Semangat Assabiyah: Semangat kesukuan yang amat tebal di kalangan masyarakat  Peperangan sering berlaku antara Kabilah walaupun disebabkan oleh perkara kecil 2. Segi Ekonomi:  Asas perniagaan: Riba dan penindasan  Mementingkan keuntungan dan kekayaan segera  Punca pencarian: Merompak dan merampas harta Kafilah lain di padang pasir  Merompak: satu kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam sesebuah Kabilah 3. Segi Sosial:  Amalan: Berjudi, meminum arak, dan berzina  Seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk dianggap lelaki yang sempurna  Kedudukan wanita adalah rendah dan mereka tidak boleh mewarisi harta pusaka  Sesetengah keluarga menanam bayi perempuan hidup-hidup kerana mereka dianggap menjatuhkan maruah keluarga  Lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita sekaligus atau sesiapa yang disukainya  4 jenis agama i. Watani: Menyembah berhala ii. Animisme: Memuja alam seperti pokok iii. Samawi: Agama Kristian dan Yahudi iv. Agama Hanif: Mempunyai nilai moral yang tinggi  Kepercayaan kepada Khurafat (karut/tahyul): Menilik nasib, sihir, dan mempercayai roh orang mati akan menjadi burung BAB 4
  47. 47. TINGKATAN 4 42 Soalan 1. Nyatakan dua golongan masyarakat Arab Zaman Jahiliah. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Assabiyah? 3. Siapakah orang Khafilah? 4. Mengapakah masyarakat zaman Arab Jahiliah menanam anak bayi perempuan? 5. Nyatakan agama dan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah. 6. Apakah yang dimaksudkan dengan Khurafat? Jawapan: 1)MasyarakatBadwidanMasyarakatHadari.2)Semangatkesukuanyangamattebalataupunmelampaudikalanganmasyarakat.3) Orangyangmelaluipadangpasirsamaadabertujuanuntukberniagaataupunberpindah.4)Keranabayiperempuandianggap menjatuhkanmaruahkeluarga.5)AgamaWatani,Animisme,AgamaSamawi,danAgamaHanif.6)Mempercayaiperkara-perkarayang tidaklogiksepertimeniliknasib,sihir,danmempercayairohorangmatimenjadiburung.
  48. 48. TINGKATAN 4 43 4.1 – Masyarakat Arab Jahiliah Part 2 Tonton video di sini: https://goo.gl/C6B7Iz Ciri-ciri Sistem Kabilah yang menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah Ciri-ciri 1. Hidup secara berpuak-puak dan berkelompok 2. Ahli Kabilah terdiri daripada suku yang sama dan tinggal dalam sesebuah kawasan 3. Setiap Kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri 4. Ahli Kabilah sangat taksub terhadap kabilah masing-masing 5. Ketua Kabilah digelar Syeikh yang menjadi lambang pepaduan 6. Antara syarat-syarat untuk menjadi Syeikh adalah mesti disukai oleh ahli Kabilah, dilantik atas persetujuan orang ramai 7. Selain itu, Syeikh mestilah berfikiran matang, dan bersifat gagah Punca-punca pembentukan semangat Assabiah dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah Punca-punca 1. Mereka hidup dalam Kabilah yang berasaskan keturunan 2. Setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan terikat dengan peraturan Kabilah 3. Mereka sering berkerjasama semasa menyelesaikan masalah kerana tempat tinggal mereka adalah panas dan kering kontang 4. Sikap masyarakat yang suka berperang dan bersama-sama membuat perancangan seperti peristiwa perang al-Basus 5. Setiap Kabilah ditanamkan sikap taksub terhadap Kabilah masing-masing Soalan 1. Apakah gelaran yang diberikan kepada ketua Kabilah? 2. Apakah syarat-syarat untuk menjadi ketua Kabilah? 3. Bagaimanakah semangat Assabiyah boleh terbentuknya dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah? Jawapan: 1)Syeikh.SyeikhmerupakanlambangperpaduanbagiahliKabilahnya.2)MestilahdisukaiolehahliKabilah,dilantikataspersetujuan orangramai,berfikiranmatang,danbersifatgagah.3)Merekahidupberasaskanketurunan,tinggaldalamkelompokmasing-masing, seringberkerjasamauntukmenyelesaikanmasalah,seringmembuatperancanganapabilamerekainginberperang,danditanamkansikap taksubterhadapKabilaholehketuaKabilahitusendiri.
  49. 49. TINGKATAN 4 44 4.2 - Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w Sebelum Dilantik Menjadi Rasul Part 1 Tonton video di sini: https://goo.gl/BQfvA2 Perkara Huraian Biodata 1. Nama: Muhammad bin Abdullah 2. Maksud Muhammad: Terpuji 3. Tarikh Lahir: 20 April 570 M bersamaan 12 Rabiulawal, Tahun Gajah 4. Tempat Lahir: Rumah datuknya 5. Name Ibu: Siti Aminah binti Wahab 6. Ibu Susu: Halimatus Saadiah Cabaran hidup 1. Bapanya meninggal dunia ketika baginda masih di dalam kandungan ibunya 2. Ibunya meninggal dunia semasa baginda berusia 6 tahun 3. Kemudian, baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib 4. Datuknya meninggal dunia semasa baginda berusia 12 tahun 5. Kemudian, baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib Pekerjaan 1. Penggembala kambing 2. Semasa usia 12 tahun, baginda seringkali mengikut bapa saudaranya berniaga di Syam 3. Semasa usia 20 tahun, baginda bekerja dengan seorang wanita yang kaya iaitu Siti Khadijah Perniagaan 1. Menjalankan perniagaan bersama dengan Maisara iaitu hamba Siti Khadijah 2. Kemuliaan budi pekerti, amanah, dan kebolehan baginda dalam perniagaan menyebabkan Siti Khadijah memberikannya modal yang besar 3. Perniagaan baginda semakin berkembang Perkahwinan 1. Ketinggian budi pekerti dan kebijaksanaan dalam berniaga baginda telah menimbulkan rasa hormat Siti Khadijah terhadapnya 2. Oleh itu, ini telah membawa kepada perkahwinan mereka berdua 3. Semasa usia 25 tahun, baginda berkahwin dengan Siti Khadijah yang berusia 40 tahun Soalan 1. Dimanakah tempat Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan? 2. Siapakah nama ibu susuan Nabi Muhammad s.a.w.? 3. Siapakah yang memelihara Nabi Muhammad s.a.w. setelah ibunya meninggal dunia? 4. Ketika berusia 12 tahun, dimanakah Nabi Muhammad pergi berniaga? Jawapan: 1)Rumahdatuknya.2)HalimatusSaadiah.3)Datuknya,AbdulMuttalib.4)Syam.
  50. 50. TINGKATAN 4 45 4.2 - Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w Sebelum Dilantik Menjadi Rasul Part 2 Tonton video di sini: https://goo.gl/fHKkz7 Sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w Sifat Huraian Sifat 1. Siddiq: Berkata benar 2. Amanah: Boleh dipercayai 3. Tabliq: Menyampaikan 4. Fatanah: Bijaksana Gelaran 1. al-Amin: Baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong Kewibawaan 1. Semasa usia 35 tahun, baginda telah menyelesaikan suatu peristiwa mengenai perletakan Batu Hajar Aswad (batu hitam) di tempat asal 2. Batu ini berada di salah sebuah penjuru kaabah yang jatuh ketika Kota Mekah ditimpa banjir Ketua Keluarga 1. Bersifat pengasih dan bertimbang rasa 2. Membantu isteri memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak, dan membersihkan rumah Pergaulan 1. Sentiasa merendah diri 2. Bergaul dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira miskin atau kaya 3. Penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak Pemaaf 1. Mudah memaafkan kesilapan orang lain 2. Contoh: Semasa baginda menawan dan membuka Kota Makkah, baginda mengampunkan dan membebaskan orang Quraisy yang menyerah diri Bijaksana 1. Perjanjian Hudaibiyah: Perjanjian damai yang dirangka oleh baginda 2. Kesan: Baginda berjaya menyebarkan Islam di Kota Makkah Bersendirian 1. Baginda sering mengasingkan diri untuk mencari ketenangan 2. Beribadat di Gua Hira di puncak Bukit Thur Wahyu 1. 6 Ogos 610 M bersamaan 17 Ramadhan: Allah menurunkan Wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikai Jibril di Gua Hira 2. Ketika itu, baginda berusia 40 tahun 3. Wahyu ini menjadi tanda pemisahan di antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam Soalan 1. Sebutkan empat sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w. 2. Apakah maksud al-Amin? 3. Nabi Muhamamad s.a.w. seorang yang bertimbang rasa terhadap keluarga. Buktikan. 4. Di manakah tempat Nabi Muhammad s.a.w. mengasingkan diri? 5. Bilakah Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pertama? Jawapan: 1)Siddiq,Amanah,Tabliq,danFatanah.2)Sentiasadipercayaidantidakpernahberbohong.3)Bagindaseringmembantuisterinya memasak,menampalkanpakaianyangkoyak,melayananak,danmembersihkanrumah.4)GuaHirayangterletakdipuncakBukitThur. 5)6Ogos610Mbersamaan17Ramadhan.
  51. 51. TINGKATAN 4 46 4.3 - Kerasulan Nabi Muhamaad s.a.w. Tonton video di sini: goo.gl/1D2CfA Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ciri-ciri 1. Surah al-Alaq, ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam supaya membaca  Kepentingan membaca dalam Islam: i. Mendapat dan menambah ilmu ii. Melalui pembacaan, kajian terhadap sesuatu perkara dapat dilakukan kerana sesetengah sumber- sumber bacaan mengandungi teori-teori iii. Dengan membaca dan mengkaji, bangsa akan mencapai kecemerlangan iv. Ilmu yang dituntut mestilah untuk kebaikan masyarakat 2. Diturunkan pada 6 Ogos 610 M bersamaan dengan 17 Ramadhan melalui malaikat Jibril Wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ciri-ciri 1. Surah al-Muddasir ayat 1-7 mengisytiharkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul atau pesuruh Allah 2. Pengisytiharan ini merupakan satu rahmat 3. Nabi Muhammad s.a.w. mula menyampaikan ajaran Islam dengan cara bijaksana dan terancang 4. Nabi Muhammad s.a.w. mula menanamkan keimanan terhadap Allah Yang Maha Esa 5. Baginda menggesa masyarakat meninggalkan amalan keji seperti menindas sesama manusia, membunuh, dan amalan suka mencuri Soalan 1. Apakah tujuan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.?. 2. Apakah kepentingan membaca menurut pandangan Islam? 3. Apakah tujuan wahyu kedua diturunkan? 4. Apakah penekanan Nabi Muhammad s.a.w. di awal penyebaran Islam? Jawapan: 1)MemerintahumatIslamsupayamembaca.2)Mendapatdanmenambahilmu,kajianterhadapsesuatuperkaradapatdilakukan,bangsa akanmencapaikecermerlangan,danilmudapatdituntutuntukkebaikanmasyarakat.3)MengisytiharkanNabiMuhammads.a.w.sebagai RasulataupesuruhAllah.4)NabiMuhammads.a.w.mulamenanamkeimanan/keyakinanterhadapAllahYangMahaEsaiaitu menyakinkanmanusiaAllahituadalahTuhanyangsatu.Selainitu,NabiMuhammads.a.w.menggesamasyarakatmeninggalkanamalan yangkejisepertimenindassesamamanusia,membunuh,danamalansukamencuri.
  52. 52. TINGKATAN 4 47 4.4 - Penyebaran Islam Di Makkah Tonton video di sini: goo.gl/uVfWBP Cara-cara Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah di Makkah Cara-cara Huraian Secara berahsia 1. Selama 3 tahun 2. Di kalangan keluarga dan sahabat yang terdekat sahaja 3. Abu Bakar al-Siddiq merupakan sahabat awal yang memeluk Islam 4. Kemudian, Abu Bakar menarik dan menyebarkan agama Islam kepada tokoh-tokoh seperti Uthman bin Affan, Zubair bin Awam, dan al-Arqam bin Abu Arqam 5. Rumah al-Arqam bin Abu Arqam dijadikan pusat kegiatan Islam kerana rumahnya berada di kawasan yang agak pedalaman 6. Tokoh bangsawan yang memeluk Islam pada peringkat awal ialah Siti Khadijah binti Khuwailid dan Abu Bakar al-Siddiq Secara terbuka 1. Sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w. mendapat perintah Allah 2. Nabi Muhammad s.a.w. mengadakan ceramah di rumah Ali bin Abu Talib iaitu sepupu baginda 3. Tokoh yang kuat menentang ialah Abu Lahab iaitu bapa saudara baginda 4. Ceramah kedua diadakan di Bukit Safa setelah baginda mendapat perintah Allah melalui surah al-Hijr, ayat 94 5. Ceramah tersebut dihadiri oleh ketua-ketua pentadbir Makkah dan orang ramai 6. Perbahasan berlaku di antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan bapa saudaranya Abu Lahab 7. Abu Lahab telah menghina Nabi Muhammad s.a.w. sehingga keterangan ajaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. telah terganggu Soalan 1. Kepada siapakah Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara rahsia? 2. Siapakah tokoh sahabat terawal memeluk agama Islam? 3. Sebaik sahaja menerima Islam, Abu Bakar al-Siddiq berjaya mengislamkan tiga orang sahabatnya iaitu? 4. Di manakah Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara terbuka peringkat pertama? 5. Di manakah ceramah kedua diadakan oleh Nabi Muhammad s.a.w? 6. Siapakah tokoh Quraisy yang mengganggu Nabi Muhammad s.a.w. berceramah? Jawapan: 1)kepadakeluargadansahabatyangterdekat.2)AbuBakaral-Siddiq.3)UthmanbinAffan,ZubairbinAwam,danal-ArqambinAbu Arqam.4)DirumahsepupuNabiMuhammads.a.w.,AlibinAbuTalib.5)DiBukitSafa.6)BapaSaudaraNabiMuhammads.a.w.,Abu Lahab.
  53. 53. TINGKATAN 4 48 4.5 - Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam Part 1 Tonton video di sini: goo.gl/6k6H4d Pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam penyebaran Islam di Makkah Pendekatan 1. Menjelaskan bahawa Islam memberi layanan yang sama kepada semua manusia 2. Berdakwah dengan cara lemah lembut dan berhemah 3. Tidak memaksa tetapi memujuk mereka dengan menggunakan akal yang dianugerahi Allah 4. Membandingkan nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak ajaran Islam 5. Membaca ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan sahabat 6. Menunjukkan contoh-contoh teladan yang baik kepada masyarakat 7. Menanamkan keimanan yang kukuh kepada pengikutnya Sebab-sebab penentangan orang Arab Quraisy terhadap ajaran Islam Ajaran Islam Aspek Ajaran Arab Quraisy  Menyembah Allah Yang Maha Esa Kepercayaan  Menyembah berhala dan kepercayaan Animism  Menganjurkan prinsip persamaan taraf sesama manusia Taraf  Mengamalkan sistem darjat  Menekankan konsep persaudaraan Persaudaraan  Suka menindas terutamanya terhadap golongan wanita - Jawatan  Sering bersaing untuk merebut jawatan ketua atau pentadbir Kota Makkah  Beranggapan memeluk agama Islam sama seperti terpaksa mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin Makkah  Oleh itu, ini akan menggugat peluang mereka untuk menjadi pemimpin  Menyembah Allah Yang Maha Esa  Melarang penyembahan patung berhala Ekonomi  Penghalangan penyembahan patung berhala akan menggugat perniagaan patung mereka Soalan 1. Berikan 3 contoh pendekatan dakwah yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. 2. Apakah kepercayaan masyarakat Quraisy sebelum kedatangan Islam? 3. Dari segi politik, mengapakah masyarakat Quraisy menentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w.? 4. Dari segi ekonomi, mengapakah mereka menentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w.? Jawapan: 1)MenjelaskanbahawaIslammemberilayananyangsamakepadasemuamanusia,berdakwahdengancaralemahlembutdanberhemah, dantidakmemaksatetapimemujukmerekadenganmenggunakanakalyangdianugerahiAllah.2)Menyembahberhaladankepercayaan Animism.3)Merekaberanggapanbahawamenerima/memelukagamaIslamsamasepertimengiktirafNabiMuhammads.a.w.sebagai pemimpinMakkahdaniniakanmenggugatpeluangmerekauntukmenjadipemimpin.4)AjaranIslammelarangpenyembahanpatung berhaladaniniakanmenggugatperniagaanpatungmereka.
  54. 54. TINGKATAN 4 49 4.5 - Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam Part 2 Tonton video di sini: goo.gl/9KUhyE Sebab-sebab penerimaan ajaran Islam oleh sebahagian masyarakat Arab pada peringkat awal Sebab-sebab 1. Ajaran Islam diterima oleh keluarga dan sahabat terdekat Nabi Muhammad s.a.w. pada peringkat awal 2. Di peringkat masyarakat, ajaran Islam diterima oleh golongan bawahan terutamanya golongan hamba kerana Islam memberi layanan yang sama kepada semua manusia 3. Ajaran Islam juga diterima kerana kemurnian ajarannya yang merangkumi semua bidang 4. Pendekatan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu melakukan penyebaran secara berlembut Golongan hamba yang diseksa oleh tuannya kerana memeluk Islam ame Nama Hukuman Bilal bin Rabah Dijerut leher dengan tali, dijemur, diselar dengan besi panas, dan ditindih dadanya dengan batu Keluarga Yassir Dijemur di padang pasir sehingga Yassir dan isterinya Sumaiyyah mati Syahid Amir bin Fuhairah Diseksa sehingga menjadi gila Zunainah Diseksa oleh Abu Lahab sehingga menjadi buta Cara-cara orang Arab Quraisy menentang dakwah Islam Cara-cara 1. Mencemuh baginda dengan kata-kata nista atau penghinaan 2. Golongan hamba yang memeluk Islam diseksa dengan kejam 3. Menganggu baginda semasa beribadat seperti meletakkan benda-benda kotor di atas tenguk baginda 4. Penyair Arab mengejek baginda dengan puisi mereka 5. Memujuk baginda dengan menawarkan kedudukan, perempuan cantik, dan harta 6. Melakukan pemulauan terhadap baginda dan keluarga dengan menghebahkan melalui tulisan yang digantung pada Kaabah 7. Membuat pakatan membunuh baginda Soalan 1. Di peringkat masyarakat, siapakah golongan awal yang menerima Islam? 2. Mengapakah golongan bawahan mudah menerima Islam? 3. Sebaik sahaja menerima Islam, dengan cara apakah Bilal b. Rabah diseksa oleh tuannya? 4. Bagaimanakah cara masyarakat Arab Quraisy mengganggu Nabi Muhamamad s.a.w. beribadat? 5. Apakah tawaran yang diberi oleh Nabi Muhammad s.a.w. sekiranya berhenti berdakwah? 6. Bagaimanakah cara mereka melakukan pemulauan? Jawapan: 1)Golonganhamba.2)Islammemberilayananyangsamakepadasemuamanusia.3)KeranaIslammemberilayananyangsamakepada semuamanusia4)Merekameletakkanbenda-bendakotordiatastengkukbaginda.5)Kedudukanyangtinggisepertiketua,perempuan cantik,danharta.6)MenghebahkanmelaluitulisanyangdigantungpadaKaabah.
  55. 55. TINGKATAN 4 50 4.5 - Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam Part 3 Tonton video di sini: goo.gl/XNTX7Z Tindakan-tindakan Nabi Muhammad s.a.w. terhadap ancaman puak Quraisy Makkah Tindakan-tindakan 1. Penentangan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. semakin meningkat setelah kematian bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Siti Khadijah 2. Nabi Muhammad s.a.w. membenarkan orang Islam berpindah ke Habsyah untuk mengurangkan tekanan 3. Baginda dan anak angkatnya Zahid bin Harith berpindah ke Taif untuk menyebarkan Islam di tempat baru tetapi dihalang oleh pemimpin Taif 4. Baginda kemudiannya telah menerima wahyu Allah untuk berhijrah ke Madinah 5. Masyarakat Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Kharaj menjemput Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah untuk dilantik sebagai ketua bagi menyatukan kedua-dua suku ini. Perpindahan baginda dari Makkah ke Madinah berlaku pada tahun 622 M. Kebaikan-kebaikan perlantikkan Nabi Muhammad s.a.w. kepada masyarakat Kebaikan-kebaikan 1. Nabi Muhammad s.a.w. telah mencorakkan tamadun Islam kepada masyarakat Arab Jahiliah 2. Mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada kehidupan yang lebih teratur 3. Menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama antara satu sama lain 4. Membawa kepada perubahan politik, ekonomi, dan sosial kepada masyarakat Arab Jahiliah Soalan 1. Mengapakah ancaman terhadap Nabi Muhammad s.a.w. semakin meningkat? 2. Untuk mengurangkan tekanan terhadap penganut Islam, Nabi Muhammad s.a.w membenarkan mereka berhijrah ke…? 3. Nabi Muhammad s.a.w. dan anak angkatnya Zaid b. Harith berhijrah ke…? 4. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya berpindah ke Madinah? 5. Mengapakah perlantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul dianggap satu rahmat kepada masyarakat? Jawapan: 1)KeranakematianbapasaudaranyaAbuTalibdanisterinyaSitiKhadijah.2)Habsyah.3)Taif.4)NabiMuhammads.a.w.telahmenerima wahyuAllahuntukberhijrahkeMadinah.Tambahanpula,masyarakatMadinahtelahmenjemputNabiMuhammads.a.w.kenegeri mereka.5)NabiMuhammads.a.w.telahmencorakkantamadunIslamkepadamasyarakatArabJahiliah.Lebih-lebihlagi,bagindatelah mengubahcarahidupmasyarakatArabJahiliahkepadakehidupanyanglebihteratur.Tambahanpula,bagindatelahmenerapkannilai- nilaimurnisepertisikapbekerjasamaantarasatusamalain.Akhirsekali,bagindatelahmembawakepadaperubahanpolitik,ekonomi, dansosialkepadamasyarakatArabJahiliah.
  56. 56. TINGKATAN 4 51 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH 5.1 - Perjanjian Aqabah Tonton video di sini: goo.gl/6W4nKX Perjanjian Aqabah I & II Perjanjian Aqabah Kandungan Perjanjian Aqabah I 1. Suku Aus dan Khazraj berjanji akan: a. Beriman dengan Allah dan Rasul b. Membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. c. Tidak akan melakukan amalan seperti mencuri, minum arak, dan membunuh bayi perempuan Perjanjian Aqabah II 1. Suku Aus dan Khazraj berjanji akan memeluk Islam dan mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w. 2. Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam berhijrah ke Madinah 3. Mereka berjanji akan menyediakan tempat tinggal, keselamatan, dan kesediaan mempertahankan Islam Maksud Hijrah Maksud Hijrah Maksud Dalam Konteks Islam 1. Hijrah merupakan perpindahan orang Islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam usaha untuk memperkukuhkan Islam serta strategi baru untuk menyebarkan Islam Dalam Konteks yang Lebih Luas 1. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan 2. Hijrah boleh dilambangkan dengan semangat ingin berubah seperti perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku Menurut Orientalis Barat 1. Hijrah merupakan satu pelarian BAB 5
  57. 57. TINGKATAN 4 52 Empat Hujah daripada Sarjana Islam yang Menyangkal Pendapat Orientalis Barat yang Menyatakan Hijrah Merupakan Satu Pelarian Hujah 1. Hijrah adalah kerana jemputan separti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah II 2. Ketibaan orang Islam Mekah disambut dengan meriah dan rela oleh orang Madinah 3. Orang Islam Mekah telah diberi tempat tinggal yang sewajarnya selain dijamin tentang keselamatan mereka di Madinah 4. Nabi Muhammad s.a.w. telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan termasuk orang bukan Islam Sebab-sebab Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Madinah Sebab Huraian Wahyu 1. Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu dari Allah dalam surah al-Anfal 2. Allah telah menyatakan niat dan pakatan Quraisy untuk membunuh baginda Ancaman 1. Orang Quraisy Mekah sering mengancam dan mengganggu Nabi Muhammad s.a.w. 2. Aktiviti penyebaran Islam telah tergendala Jemputan 1. Masyarakat Madinah menjemput Nabi Muhammad s.a.w. ke negeri mereka 2. Madinah menghadapi masalah kepimpinan kerana perebutan jawatan antara suku Aus dan Khazraj Strategi 1. Hijrah juga merupakan satu strategi untuk menyebarkan Islam ke tempat baru yang lebih aman Bersatu 1. Hijrah boleh mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu dan sempurna Soalan 1. Sebutkan isi kandungan perjanjian Aqabah I 2. Apakah maksud hijrah dalam konteks Islam? 3. Apakah maksud hijrah dalam konteks yang lebih luas? 4. Beri satu contoh sebab utama Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah. 5. Mengapakah masyarakat Madinah menjemput Nabi Muhammad s.a.w.? 6. Senaraikan lima sebab Nabi Muhamamd s.a.w. berhijrah ke Madinah. Jawapan: 1)SukuAusdanKhazrajberjanjiakanberimandenganAllahdanRasul,membantuperjuanganNabiMuhammads.a.w.,dantidakakan melakukanamalansepertimencuri,minumarak,danmembunuhbayiperempuan.2)HijrahmerupakanperpindahanorangIslamdari KotaMekahkeKotaMadinahdalamusahauntukmemperkukuhkanIslamsertastrategibaruuntukmenyebarkanIslam.3)Hijrah merupakanperjuanganuntukmenegakkankebenarandanmeninggalkankeburukandankejahatan.Hijrahbolehdilambangkandengan semangatinginberubahsepertiperubahansikap,caraberfikir,dantingkahlaku.4)NabiMuhammads.a.w.menerimawahyudariAllah dalamsurahal-Anfal.5).MadinahmenghadapimasalahkepimpinankeranaperebutanjawatanantarasukuAusdanKhazraj.6)Wahyu Allah,ancamanorangQuraisy,jemputanmasyarakatMadinah,strategiuntukmenyebarkanIslam,mewujudkanmasyarakatIslamyang bersatudansempurna.
  58. 58. TINGKATAN 4 53 Rentetan peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah Peristiwa Huraian Aqabah I 1. Nabi Muhammad s.a.w. memeterai Perjanjian Aqabah Pertama dengan orang Madinah Aqabah II 1. Nabi Muhammad s.a.w. memeterai Perjanjian Aqabah Kedua dengan orang Madinah Tentangan Orang Quraisy 1. Nabi Muhammad s.a.w. mendapat tahu tentang pakatan untuk membunuhnya daripada wahyu Allah Perintah Hijrah 1. Nabi Muhammad s.a.w. ke rumah Abu Bakar al-Siddiq memberi tahu beliau tentang wahyu Allah memerintahkan baginda supaya berhijrah Bersembunyi di Gua Thur 1. Nabi Muhammad s.a.w. dan Abu Bakar al-Siddiq bersembuyi di Gua Thur selama tiga malam Madinah 1. Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan Masjid al-Nabawi, mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar serta membentuk Piagam Madinah Kepentingan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Madinah Kepentingan 1. Islam boleh disebarkan dengan bebas tanpa berselindung 2. Nabi Muhammad s.a.w. berjaya mendamaikan suku Aus dan Khazraj yang sering bersengketa 3. Mempersaudarakan orang Islam dari Mekah dengan orang Islam Madinah 4. Memberi gelaran Muhajirin kepada orang Mekah dan Ansar kepada orang Madinah 5. Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan Masjid Nabawi dan dijadikan tempat beribadat, belajar, bertemu, dan membincangkan masalah orang Islam 6. Di persekitaran masjid dibenarkan menjalankan aktiviti berjual beli 7. Tarikh hijrah dijadikan kalendar (takwim) orang Islam oleh Khalifah Umar al-Khatab 8. Nabi Muhammad s.a.w. telah menukar nama Yatrib kepada Madinah al-Munawarah atau Kota Bercahaya 9. Hijrah menampakkan toleransi kaum dan tolong-menolong dan telah melahirkan masyarakat yang cemerlang 10. Hijrah juga menggambarkan pengorbanan sahabat-sahabat. a. Abu Bakar al-Siddiq sanggup bergadai nyawa dan harta b. Ali b. Abu Talib sanggup tidur di tempat baginda c. Abdul Rahman b. Auf mengorbankan harta 11. Hijrah memperlihatkan keberanian wanita seperti Asma iaitu anak Abu Bakar al-Siddiq yang menghantar makanan ke Gua Thur 12. Memperlihatkan kecekapan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi a. Semasa berhijrah baginda tidak terus ke Madinah tetapi bersembunyi di Gua Thur dan memilih jalan selatan yang jarang digunakan oleh orang ramai 5.2 - Hijrah Tonton video di sini: goo.gl/8yyHdV
  59. 59. TINGKATAN 4 54 Soalan 1. Apakah tujuan Nabi Muhammad s.a.w. pergi ke rumah Abu Bakar al-Siddiq? 2. Berapa lamakah Nabi Muhammad s.a.w. bersembunyi dalam Gua Thur? 3. Sebaik sahaja sampai ke Madinah, apakah yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.? 4. Siapakah tokoh yang menjadikan tarikh hijrah sebagai kalendar orang Islam? 5. Nabi Muhammad s.a.w. telah menukar nama Yatrib kepada Madinah al-Munawwarah. Apakah maksud nama Madinah al-Munawwarah? Jawapan: 1)NabiMuhammads.a.w.kerumahAbuBakaral-SiddiqmemberitahubeliautentangwahyuAllahmemerintahkanbagindasupaya berhijrah.2)Selamatigamalam.3)NabiMuhammads.a.w.mendirikanMasjidal-Nabawi,mempersaudarakangolonganMuhajirindan AnsarsertamembentukPiagamMadinah.4)KhalifahUmaral-Khatab.5)KotaBercahaya.
  60. 60. TINGKATAN 4 55 5.3 - Piagam Madinah Tonton video di sini: goo.gl/3T0aXL Maksud Piagam Madinah Maksud 1. Merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M. Ianya ditulis dengan berpandukan wahyu Allah. 2. Piagam Madinah menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri dari masyarakat Islam dan bukan Islam 3. Piagam ini mencatat tentang peraturan dan tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya. Ianya dirangka berdasarkan persetujuan orang Islam (Muhajirin & Ansar) & bukan Islam (Yahudi). Maksud Piagam Madinah Aspek Huraian Politik 1. Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin Madinah dan baginda juga sebagai hakim yang akan menyelesaikan masalah orang Islam dan bukan Islam Agama 1. Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing 2. Bebas mengamalkan adat mereka selagi tidak bertentangan dengan Islam Sosial 1. Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah 2. Mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara 3. Tidak boleh bermusuh sesama sendiri Perundangan 1. Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh 2. Peraturan keluarga di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam Ekonomi 1. Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara 2. Penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan Pertahanan 1. Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah dari ancaman musuh Yahudi 1. Keselamatan orang bukan Islam khususnya Yahudi terjamin selagi mereka mematuhi Piagam Madinah
  • LuqmanulHakim90

    Apr. 17, 2021
  • TaufiqShuib

    Feb. 23, 2021
  • AzraiHaliq

    Feb. 23, 2021
  • uwaisstyles

    Feb. 20, 2021
  • DddHaish

    Feb. 19, 2021
  • NurIrdianaSofiaSufian

    Feb. 17, 2021
  • HyungneemHyungneem

    Feb. 16, 2021
  • YaAtHeEsKaNiSeN

    Feb. 16, 2021
  • AblyWin

    Feb. 10, 2021
  • HarizZam

    Jan. 18, 2021
  • HappyWei2

    Jan. 17, 2021
  • ZulaikhaSyakilla

    Jan. 17, 2021
  • NumanKama1

    Jan. 14, 2021
  • HazirahHayani

    Jan. 3, 2021
  • MuhammadHafizZamri

    Dec. 20, 2020
  • YinChia1

    Dec. 19, 2020
  • NorsihaMusa

    Dec. 16, 2020
  • KavineshRoy

    Dec. 14, 2020
  • SorLuiiGennieElf

    Nov. 9, 2020
  • MuhammadHaiqal15

    Nov. 4, 2020

www.edunation.my

Views

Total views

106,553

On Slideshare

0

From embeds

0

Number of embeds

730

Actions

Downloads

1,374

Shares

0

Comments

0

Likes

428

×