SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
1
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
KRL 3033
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH
RENDAH
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
HASLINA BINTI AHMAD D20102046009 AT34J
PENSYARAH/PENYELIA: PROF. MADYA DR. ANI BINTI HAJI OMAR
Tarikh : I MEI 2014
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAM
BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN C. TAHUN 4
MENGGUNAKAN MODEL A.S.S.O.A
(BAB 2 TINJAUAN LITERATURE)
(bab
PEMARKAHAN
2
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
1. Bab 2 : TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 3
2.2 Teori Dan Konsep Berkaitan 3 - 8
2.3 Kajian-Kajian Lepas 8 – 9
2.4 Rumusan 10
2.5 Rujukan 11 - 12
3
BAB 2.0 : TINJAUAN LITERATURE
2.1 PENDAHULUAN
Tujuan kajian ini dijalankan antara lain adalah untuk menggunakan satu kaedah yang
sesuai serta boleh membantu murid meningkatkan tahap penguasaan ke atas kemahiran
membina ulasan yang mudah, betul,dan sesuai di dalam penulisan bahagian C. Pengkaji
menggunakan Model A.S.S.O.A untuk mengajarkan ulasan bahagian C penulisan. Dalam bab
ini juga pengkaji mengutarakan teori-teori dan konsep –konsep yang berkaitan serta
beberapa kajian berkaitan yang telah dijalankan mengenai model ulasan A.S.S.O.A
yang dijalankan.
2.2 TEORI DAN KONSEP BERKAITAN
Walshe, R.D. (1981) menyebut bahawa menulis ialah proses memilih, menggabung,
menyusun dan mengembangkan gagasan di dalam ayat, perenggan atau untuk persembahan
lisan seperti kuliah dan syarahan secara berkesan. Menulis memerlukan koordinasi tubuh
sekata seperti minda, mata dan tangan untuk memilih ujaran dan kalimat yang sesuai untuk
disepakati menjadi seperangkat ayat atau perenggan yang lengkap yang kemudiannya
memberi makna dan kesan untuk melahirkan ilham atau idea untuk difahami dan diaplikasi
oleh masyarakat umum, jika perlu.
Menulis adalah proses merekod bahan-bahan ujaran ke dalam bentuk tulisan berdasarkan
pendapat, idea, pengalaman. Ia boleh jadi hanya sekadar simbol-simbol grafik yang disusun
menjadi lambang dan membentuk perkataan, ayat dan seterusnya menzahirkan bahasa dan
gagasan tersusun yang memberi makna dan memberi manfaat kepada khalayak pembaca dan
pendengarnya.
Daripada A.C. Krizan dan Joyce. P Logan (2000) mentakrifkan menulis adalah proses
menyampaikan maklumat dan maksud. Proses penyampaian itu boleh jadi juga melalui
grafik yang digabungkan dan berkait rapat dengan lambang bunyi yang diucapkan semasa
kita bercakap sehingga dapat melahirkan gagasan yang difahami dan diikuti. Maklumat
bertulis mempunyai keupayaan untuk disimpan dan dimanfaatkan dengan pelbagai cara
seperti wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang dikumpul dan
direkodkan pada zaman Saidina Othman sehingga memberi kebaikan kepada umat Muslim
meskipun ratusan tahun sudah berlalu.
4
Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan.
Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan
untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru.Pada asasnya, teori-teori
pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama, iaitu,
behavioris, kognitif, sosial dan humanis.
2.2.1 Teori Pengajaran Penulisan
Terdapat beberapa teori pembelajaran yang dikaitkan secara langsung dengan
pengajaran penulisan . Ia bersangkutan dengan teori pemerolehan bahasa iaitu
rentetan peringkat perkembangan manusia daripada lahir sehingga ia membesar. Antara
teori yang dikemukakan ialah Teori behaviorisme, kognitif, mentalis dan
interaksionalis. Kesemua teori ini dikaji sehingga melahirkan teori pembelajaran bahasa
yang dipraktiskan oleh guru-guru semasa proses pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah
berlangsung.
2.2.2 Teori Behaviorisme
Ia adalah teori yang merujuk kepada gerak balas yang berlaku apabila ada rangsangan
daripada guru dan menghasilkan pembelajaran. Ia dipelopori oleh Bloomfield, Edward Spir,
Boss dan Brooks yang merupakan ahli bahasa dan dikaji oleh ahli psikologi seperti Ivan
Pavlov. Ia merangkumi ciri-ciri seperti;
a. Proses timbal balik rangsangan dan gerak balas,
b.Gerak balas yang berulang-ulang akan dilakukan untuk memperolehi ganjaran
c. Gerak balas yang dipantau dengan peneguhan positif akan lebih kerap diulangi.
d. Gerak balas yang kerap akan menghasilkan kebiasaan
e. Proses pembelajaran bahasa adalah proses penekanan terhadap latihan dan pengulangan
yang mencorak kebiasaan. Ia adalah proses mekanis yang memerlukan koordinasi daya
mental
f Proses pembelajaran memerlukan pengukuhan berbentuk ganjaran , pemantauan dan
pembetulan serta merta.
g. Latih tubi adalah keperluan sepanjang proses pembelajaran berlangsung.
h. Pembelajaran bahasa menitik beratkan persekitaran bilik darjah yang kondusif kepada
seluruh ahli yang terlibat seperti guru dan murid-murid.
Teori ini boleh diadaptasi oleh guru-guru untuk sesi latih tubi dan penyediaan isi dan
data-data untuk membentuk sebuah karangan. Ahli behaviorisme menegaskan bahasa
5
pengajaran bahasa mestilah dimulakan dengan kemahiran lisan. Maka, teknik sumbang
saran dalam pengumpulan isi , fakta dan data di dalam kelas amat menepati teori ini.
2.2.3 Teori Kognitif
Teori lain yang ialah Teori Kognitif yang dipopularkan oleh Jean Piaget yang
menitikberatkan perkembangan kognitif murid-murid melalui latihan mengingat, mengekod
dan menyimpan maklumat bersesuaian dengan kebolehan mental mereka. Pendapat yang
dipersetujui oleh ahli pemikiran kognitif lain seperti Robin Lakoff, D. Slobin dan Mangantar
Simantunjak ini menegaskan bahawa proses ini (pembelajaran bahasa) adalah proses internal
yang abstrak. Ia berlaku di dalam minda dan tidak dapat diukur melalui tingkah
laku. Mazhab kognitif ini menggariskan ciri-ciri berikut sebagai tunjang utama teori yang
dibawa mereka iaitu
1.Pengetahuan terhasil daripada pemikiran manusia secara semulajadi
2. Teori ini merangkumi elemen kesejagatan yang ada hubungan dengan kognitif
3. Bahasa bersifat kreatif, tidak berlegar di dalam seputar persoalan objek, peristiwa,
pengalaman perilaku atau pengalaman naluriah seperti yang didakwa oleh pemikir teori
behaviourisme
4. Otak/kognitif menjadi sarana penting dalam pemprosesan Bahasa
5. Fikiran harus berada di dalam pemikiran sebagai satu komponen yang tidak boleh terpisah
2.2.4Teori Mentalis
Ahli pemikir kognitif juga terlibat melahirkan teori mentalis yang juga dikenali sebagai Koda
Kognitif atau Innatis ini. Teori ini menegaskan bahawa bahasa adalah aktiviti mental, milik
istimewa manusia yang dikurnia bersama-sama kelahirannya. Teori ini menekankan
bahawa pengetahuan bahasa, penafsiran makna seseorang dilahirkan oleh proses di dalam
otak dan saraf. Oleh itu, George A. Miller direkodkan sebagai mencatatkan bahawa proses
mental dilakukan oleh seorang pendengar apabila menghadapi pertuturan yang meliputi
proses memadan, menerima, mentafsir, memahami dan mempercayai.
Di antara ciri-ciri teori mentalis yang berkait rapat dengan pengajaran penulisan ialah
1.Semenjak dilahirkan, manusia sudah dibekalkan dengna jentera penguasaan
bahasa. Manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk merumus dan membentuk ayat-
ayat mengikut sistem bahasa yang mereka ada.
6
2. Kecekapan yang merupakan rumus-rumus atau tatacara bahasa sudah berada di dalam
mental manusia. Manakala prestasi yang merupakan penggunaan atau penghasilan daripada
apa yang berada di dalam stor mental manusia. Kedua-dua elemen ini saling kait mengait
menurut teori mentalis.
3.Murid-murid mesti diajar dengan ayat yang gramatis, iaitu yang sempurna menurut hukum
hakam tatabahasa kerana ia memainkan peranan penting dalam proses pembentukan ayat.
4.Kemahiran membaca dan menulis adalah keutamaan dan kemahiran tatabahasa pula
hendaknya diajar secara formal.
2.2.5 Teori Interaksionalisme
Teori lain yang turut terlibat di dalam proses pengajaran ialah teori
interaksionalisme. Teori ini meletakkan pembelajaran bahasa sebagai komponen wacana
dan melibatkan mental dan linguistik. Mark Halliday menegaskan bahawa kebolehan
pembelajaran bahasa tidak boleh bergantung sekadar kepada kebolehan kognitif semata-
mata.
Ini kerana, menurut beliau, kemahiran kognitif hanya membolehkan murid-murid mentafsir
makna tetapi belum tentu pentafsiran itu boleh dilahirkan di dalam bentuk bahasa yang
sewajarnya tanpa bantuan linguistic.
Teori ini menitikberatkan aktiviti komunikasi di mana penyampaian makna adalah subjek
utama di dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa. Ia menekankan bahawa latihan
berterusan harus diberikan kepada murid-murid agar mereka memperolehi kekuatan
mempelajari struktur bahasa dan interaksi agar dapat menggunakan bahasa dengan fasih dan
lancar.
2.2.6 Teori Konstruktivitisme
Teori terakhir yang dibincangkan ialah teori konstruktivisme. Teori ini juga berputik
daripada pandangan kognivitisme iaitu pengetahuan manusia dibina secara aktif oleh manusia
itu sendiri melalui daya pemikirannya. Segala maklumat yang diterima oleh murid-murid
akan diserap dan disesuaikan dengan maklumat sedia ada untuk membentuk storan baru di
dalam fikirannya.
Teori pemikiran yang dibawa oleh Mc Brien & Brandt (1997) ini antaranya menegaskan
bahawa manusia tidak sekadar menerima pengetahuan tetapi membina pengetahuan melalui
informasi yang diterima otaknya. Melalui pengalaman sedia ada, murid-murid membina
pengetahuan dengan cara menguji idea dan pendekatan, mengadaptasinya dan meletakkannya
7
bersama-sama pengetahuan sedia ada di storan baru. Teori ini lebih dikenali juga dengan
teori pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Guru bertindak sebagai penyumbang
gagasan dan pereka bentuk bahan pengajaran dan terpulang kepada murid-murid untuk
menganalisis idea, mengolah semula atau mengadaptasinya bersesuaian dengan pengetahuan
yang sedia ada di dalam mindanya.
Berdasarkan teori-teori di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, teori pengajaran
penulisan adalah sebahagian daripada proses pemerolehan bahasa melalui prinsip yang empat
yang saling berkaitan itu iaitu kemahiran membaca, mengira, menulis, dan
menaakul. Kesemua proses tersebut melibatkan koordinasi minda dan anggota lainnya
sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
Menurut Mahzan Arshad (2003), terdapat tiga kaedah menulis dalam Bahasa Malaysia iaitu
menulis bebas, menulis berkolabratif dan menulis berkoperatif. Menulis bebas hanya
memerlukan bantuan yang minima daripada guru dan sumber lain. Tujuannya adalah untuk
menggalakkan murid bebas menggunakan kreativiti untuk menghasilkan karya yang diingini.
Menulis berkolabratif dilakukan secara berpasangan secara bergilir-gilir untuk berkongsi idea
seperti bergilir-gilir menghasilkan perenggan dalam karangan untuk membantu murid yang
kurang bermotivasi dalam menulis. Menulis berkoperatif ialah satu kaedah pengajaran
menulis yang memerlukan guru memberi bantuan kepada murid. Guru dan murid akan sama-
sama menulis di papan tulis. Cara lain ialah setiap ahli dalam kumpulan sama-sam mencari
isi penting, membuat huraian dan mencari contoh yang sesuai bagi huraian.
Kesimpulannya, bahasa memainkan peranan untuk menghubungkan orang yang lebih
berkebolehan, iaitu guru, dan murid-murid yang lebih pintar dengan pelajar yang sedang
menjalani pembelajaran (Mercer N, 1994 dalam Roselan Baki 2003). Interaksi antara guru
dengan murid, murid dengan murid yang pelbagai kebolehan membawa memberi idea atau
pendapat dalam penulisan karangan .
8
2.2.7 Model A.S.S.O.A
Berdasarkan model di atas,pengkaji telah memilih model A.S.S.O.A bagi meningkatkan
kemahiran membina ulasan dalam kalangan murid tahun 4 Kreatif. Model ini hanya
memerlukan murid mengingat penanda wacana yang digunakan semasa membina ulasan.
Penanda wacana tersebut ialah Antaranya mewakili (A), Selain itu mewakili(S),Seterusnya
mewakili (S), Oleh itu mewakili (O), dan Akhir sekali mewakili (A). Murid perlu mengingat
singkatan bagi huruf-huruf tersebut.
Juga Murid juga harus mencari nilai murni terlebih dahulu berdasarkan petikan. Kata
bantu yang bertanda huruf (m,s,h,d,s) juga harus diingat oleh murid. Kata bantu tersebut
mewakili (mestilah,sepatutnya,haruslah,dikehendaki, dan sewajarnya). Kombinasi proses
meningat murid boleh disimpulkan kepada singkatan (A.S.S.O.A + m+s+h+d+s (makin
sakit hati dolah sirih)
2.3 KAJIAN_KAJIAN LEPAS
Menurut Haris (1993), kefahaman guru mengenai sesuatu inovasi dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah penting bagi melihat kejayaan pelaksanaannya. Kegagalan
pelaksanaan dalam menjalankan misi ini pasti menimbulkan kesan yang tidak baik kepada
bakal penerimanya iaitu pelajar sekolah.
Menurut Hamdan et al. (2004), memandangkan pengajaran dan pembelajaran kini telah
mengalami perubahan, iaitu yang mengkehendaki guru tidak lagi menggunakan kaedah
9
chalk and talk tetapi telah berubah kepada penggunaan alat bantu mengajar yang canggih
seperti LCD projektor, OHP, media dan sebagainya. Oleh itu guru perlu menguasai
kemahiran komputer dengan baik dengan perisisan-perisian multimedia seperti power point,
flash, movie maker dan lain-lain lagi.
Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada
seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini,
guru adalah bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan
tingkahlaku ke atas diri seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan
sempurna, secukupnya dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi yang
sentiasa berubah disamping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu mengamalkan
budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis. Menurut Sharil et al.
(1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu ini, guru dapat menjadi teladan kepada
para pelajar. Tanpa pembinaan ilmu ini dalam inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran,
malamat yang disasarkan agak sukar dicapai. Peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan
teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru kerana keupayaan guru menyelesaikan masalah
bergantung kepada keupayaan guru sebagai fasilitator, penyelesai masalah, pemangkin dan
pendorong pembelajaran.
Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan
digunakan. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi
kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah
menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang
tejadi adalah proses pembelajaran berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan
pemahaman pelajar sama ada benar-benar menguasai kemahiran ataupun tidak. Adakalanya
setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar kontek sebanar.
Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada peringkat
lebih tinggi. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir secara kritikal, menganalisis
maklumat serta mengsintesiskan maklumat bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai
konteks.
10
2.4 RUMUSAN
Berdasarkan literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan telah menunjukkan
bahawa kaedah penggunaan Model A.S.S.O.A dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran
penulisan akan memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian murid-murid. Model
A.S.S.O.A yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga seiring dan sesuai
dengan pandangan dan teori-teori pembelajaran seperti Teori Gestalt / Kognitif, Teori
Ausubel dan Teori Kecerdasan Gardner.
.
11
RUJUKAN
Rujukan Buku
1- Habsah bt Nan (2006). Teknik Four Wifes One Husband : Membina Ayat Penyata
Berdasarkan Gambar Tunggal atau Bersiri. Jurnal Kajian Tindakan Guru IP Perlis :
Jilid (1) / 2006‚ 35-56.
2- Hazina Zakariah (1989). Analisis Kesilapan Dalam Membuat Ayat di Kalangan
Murid-Murid. Jurnal Pendidikan MP Seri Kota. Kuala Lumpur : Bil (2) / Oktober
1989‚ 3-19.
3- Iskandar Muda (2005). Penggunaan Latih Tubi Berdasarkan Gambar Bagi
Meningkatkan Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun 5 Membina Ayat Bahasa
Inggeris. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. 26-35
4- Nor Idayu (2005). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Bahasa Inggeris Melalui
Latih Tubi Menggunakan Tafsiran Gambar Dan Kata Kunci Bagi Murid Tahun
2. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. 73-84
5- Raminah Hj Sabran (1987). Penilaian Pencapaian Murid-Murid Tahun 4 KBSR
(Percubaan) dalam Penguasaan Bahasa Malaysia (Pembinaan
Ayat). Jurnal Pendidikan Guru BPG‚ KPM : Bil (3)/ Julai 1987‚ 1- 24.
6- Rosmawati bt Sakdon (2003). Penggunaan 12 Langkah Strategik untuk
Meningkatk Pengetahuan dan Kemahiran Murid Menulis Ayat “Simple Present
Tense”. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan. Jilid (1) / 187-195.
7- Hazina Zakariah (1989). Analisis Kesilapan Dalam Membuat Ayat di Kalangan
Murid-Murid. Jurnal Pendidikan MP Seri Kota. Kuala Lumpur : Bil (2) / Oktober
1989‚ 3-19.
Rujukan Internet
1- Azizah Othman dan Samidon Abdullah ( 2006 ). Meningkatkan kemahiran pelajar
membina ayat mudah dengan struktur yang betul dalam bahasa Inggeris dengan
menggunakan formula
2- P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2. Diperoleh pada 28 Febuari 2010
daripadahttp://www.arjpnj.com/ktindak/files/binaayat.pdf.
12
3- Harris Fadzilah Kassim ( 2002 ).Masalah menulis karangan di kalangan pelajar-
pelajar tingkatan empat. Kertas Projek yang dikemukakan kepada Universiti Malaya
sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan Ij azah Sarjana Pendidikan.
Diperoleh pada 3 Mac 2010 dan dipetik daripada
jurnal http://apps.emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/IPBAProsiding2005.pdf
4- Hartini Binti Hussin ( 2005 ). Meningkatkan kemahiran merumus karangan bahasa
Melayu dalam kalangan murid tahun enam melalui permainan padanan kad. Prosiding
Seminar PenyelidikanPendidikan IPBA 2005. Diperoleh pada13 Febuari 2010 dan
dipetikdaripadahttp://www.arjpnj.com/ktindak/index.php?option=com_content&view
=article&id=55:meningkatkan-kemahiran-membina-ayat-mudah,pdf
5- Zalinawati Othman ( 2006 ). Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah dalam
penulisan bahasa Inggeris menggunakan Little Book. Jurnal Kajian Tindakan Negeri
Johor 2006 Sekolah Rendah.Diperoleh pada 3 Febuari 2010
daripada http://www.arjpnj.com/ktindak/files/littlebook.pdf

More Related Content

What's hot

Panduan penubuhan kadet bomba jbpm
Panduan penubuhan kadet bomba jbpmPanduan penubuhan kadet bomba jbpm
Panduan penubuhan kadet bomba jbpmKamarul Arifin
 
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)FaFai S.
 
konsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakankonsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakanmalingall
 
Cara bermain dam ular
Cara bermain dam ularCara bermain dam ular
Cara bermain dam ularIeqa Swetluv
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieArifahAzlanShah2
 
RBT : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk & Teknologi
RBT : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk & TeknologiRBT : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk & Teknologi
RBT : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk & TeknologiMaz Ina
 
Peranan guru n kurikulum
Peranan guru n kurikulumPeranan guru n kurikulum
Peranan guru n kurikulumNorazul89
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATANur Kareena
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikanNik Zawawi
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatKhasim Din
 
Borang kehadiran mesyuarat
Borang kehadiran mesyuaratBorang kehadiran mesyuarat
Borang kehadiran mesyuarat654321000
 
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesfitri norlida
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 

What's hot (20)

Modul Persampelan Rawak
Modul Persampelan RawakModul Persampelan Rawak
Modul Persampelan Rawak
 
Panduan penubuhan kadet bomba jbpm
Panduan penubuhan kadet bomba jbpmPanduan penubuhan kadet bomba jbpm
Panduan penubuhan kadet bomba jbpm
 
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21)
 
Peraturan bengkel
Peraturan bengkelPeraturan bengkel
Peraturan bengkel
 
konsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakankonsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakan
 
Cara bermain dam ular
Cara bermain dam ularCara bermain dam ular
Cara bermain dam ular
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
RBT : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk & Teknologi
RBT : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk & TeknologiRBT : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk & Teknologi
RBT : 1.2 Kepentingan Reka Bentuk & Teknologi
 
Bab 3 terkini
Bab 3 terkiniBab 3 terkini
Bab 3 terkini
 
Peranan guru n kurikulum
Peranan guru n kurikulumPeranan guru n kurikulum
Peranan guru n kurikulum
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Perancangan ujian
Perancangan ujianPerancangan ujian
Perancangan ujian
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumat
 
Borang kehadiran mesyuarat
Borang kehadiran mesyuaratBorang kehadiran mesyuarat
Borang kehadiran mesyuarat
 
Laporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kesLaporan analisis kajian kes
Laporan analisis kajian kes
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
16 tabiat berfikir_PRAKTIKUM
 

Similar to TINJAUAN

Hmef5043
Hmef5043Hmef5043
Hmef5043latiba
 
PSIKOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
PSIKOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...PSIKOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
PSIKOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...Dadang DjokoKaryanto
 
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...Dadang DjokoKaryanto
 
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...Dadang DjokoKaryanto
 
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...Dadang DjokoKaryanto
 
Erlawati Iia Pe
Erlawati Iia PeErlawati Iia Pe
Erlawati Iia Pe64258
 
Makalah kelomppk 2 teoribelajar dan pembelajaran
Makalah kelomppk 2 teoribelajar dan pembelajaranMakalah kelomppk 2 teoribelajar dan pembelajaran
Makalah kelomppk 2 teoribelajar dan pembelajaransundelubek1
 
Makalah Psikologi Pendidikan Teori Belajar dan Pembelajarn Kognitif
Makalah Psikologi Pendidikan Teori Belajar dan Pembelajarn KognitifMakalah Psikologi Pendidikan Teori Belajar dan Pembelajarn Kognitif
Makalah Psikologi Pendidikan Teori Belajar dan Pembelajarn KognitifFAJAR MENTARI
 
Makalah pembelajaran yang berpijak dari teori belajar konstruktivisme
Makalah pembelajaran yang berpijak dari teori belajar konstruktivismeMakalah pembelajaran yang berpijak dari teori belajar konstruktivisme
Makalah pembelajaran yang berpijak dari teori belajar konstruktivismeRAFITA AL QORNY
 
Teori Belajar Bruner (Bruner)
Teori Belajar Bruner (Bruner)Teori Belajar Bruner (Bruner)
Teori Belajar Bruner (Bruner)Yoshiie Srinita
 
makalah Teori belajar konstruktivistik dan penerapannya dalam pembelajaran pai
 makalah Teori belajar konstruktivistik dan penerapannya dalam pembelajaran pai makalah Teori belajar konstruktivistik dan penerapannya dalam pembelajaran pai
makalah Teori belajar konstruktivistik dan penerapannya dalam pembelajaran paijentapanani
 
Tugas rancangan media pembelajaran
Tugas rancangan media pembelajaranTugas rancangan media pembelajaran
Tugas rancangan media pembelajaranhuzaipah
 
786-Article Text-1807-1-10-20200619.pdf
786-Article Text-1807-1-10-20200619.pdf786-Article Text-1807-1-10-20200619.pdf
786-Article Text-1807-1-10-20200619.pdfMukhlisKaloy
 
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstualPembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstualputri-uki
 
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.docx
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.docxTeori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.docx
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.docxZukét Printing
 
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.pdf
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.pdfTeori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.pdf
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.pdfZukét Printing
 

Similar to TINJAUAN (20)

Hmef5043
Hmef5043Hmef5043
Hmef5043
 
PSIKOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
PSIKOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...PSIKOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
PSIKOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
 
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
 
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
 
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
SOSIOLOGI PENDIDIKAN; KETERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN DAN KOGNISI, SERTA MOTI...
 
Erlawati Iia Pe
Erlawati Iia PeErlawati Iia Pe
Erlawati Iia Pe
 
Makalah kelomppk 2 teoribelajar dan pembelajaran
Makalah kelomppk 2 teoribelajar dan pembelajaranMakalah kelomppk 2 teoribelajar dan pembelajaran
Makalah kelomppk 2 teoribelajar dan pembelajaran
 
Bmm sem4 kk
Bmm sem4 kkBmm sem4 kk
Bmm sem4 kk
 
Makalah Psikologi Pendidikan Teori Belajar dan Pembelajarn Kognitif
Makalah Psikologi Pendidikan Teori Belajar dan Pembelajarn KognitifMakalah Psikologi Pendidikan Teori Belajar dan Pembelajarn Kognitif
Makalah Psikologi Pendidikan Teori Belajar dan Pembelajarn Kognitif
 
Makalah pembelajaran yang berpijak dari teori belajar konstruktivisme
Makalah pembelajaran yang berpijak dari teori belajar konstruktivismeMakalah pembelajaran yang berpijak dari teori belajar konstruktivisme
Makalah pembelajaran yang berpijak dari teori belajar konstruktivisme
 
Teori Belajar Bruner (Bruner)
Teori Belajar Bruner (Bruner)Teori Belajar Bruner (Bruner)
Teori Belajar Bruner (Bruner)
 
Teori Belajar Bruner
Teori Belajar BrunerTeori Belajar Bruner
Teori Belajar Bruner
 
Teori belajar
Teori belajarTeori belajar
Teori belajar
 
makalah Teori belajar konstruktivistik dan penerapannya dalam pembelajaran pai
 makalah Teori belajar konstruktivistik dan penerapannya dalam pembelajaran pai makalah Teori belajar konstruktivistik dan penerapannya dalam pembelajaran pai
makalah Teori belajar konstruktivistik dan penerapannya dalam pembelajaran pai
 
Tugas rancangan media pembelajaran
Tugas rancangan media pembelajaranTugas rancangan media pembelajaran
Tugas rancangan media pembelajaran
 
786-Article Text-1807-1-10-20200619.pdf
786-Article Text-1807-1-10-20200619.pdf786-Article Text-1807-1-10-20200619.pdf
786-Article Text-1807-1-10-20200619.pdf
 
Teori kognitif
Teori kognitif  Teori kognitif
Teori kognitif
 
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstualPembelajaran kontekstual
Pembelajaran kontekstual
 
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.docx
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.docxTeori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.docx
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.docx
 
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.pdf
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.pdfTeori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.pdf
Teori Belajar Bahasa Teori dalam Pembelajaran Bahasa.pdf
 

Recently uploaded

Materi negara dan konstitusi materi.pptx
Materi negara dan konstitusi materi.pptxMateri negara dan konstitusi materi.pptx
Materi negara dan konstitusi materi.pptxAchmadHidayaht
 
SNI 5015 2019 estimasi sumerdaya dan cadangan batubara
SNI 5015 2019 estimasi sumerdaya dan cadangan batubaraSNI 5015 2019 estimasi sumerdaya dan cadangan batubara
SNI 5015 2019 estimasi sumerdaya dan cadangan batubarazannialzur
 
hukum Anti korupsi & Pencucian uang studi kasus AKIL MOCHTAR_Kelompok 3.pptx
hukum Anti korupsi & Pencucian uang studi kasus AKIL MOCHTAR_Kelompok 3.pptxhukum Anti korupsi & Pencucian uang studi kasus AKIL MOCHTAR_Kelompok 3.pptx
hukum Anti korupsi & Pencucian uang studi kasus AKIL MOCHTAR_Kelompok 3.pptxmaxandrew9
 
20230812 - DSLA - Perbandingan KUHP Lama dan Baru.pptx
20230812 - DSLA - Perbandingan KUHP Lama dan Baru.pptx20230812 - DSLA - Perbandingan KUHP Lama dan Baru.pptx
20230812 - DSLA - Perbandingan KUHP Lama dan Baru.pptxahmadrievzqy
 
PENGUMUMAN SAYEMBARA MASKOT DAN JINGLE PILKADA DKI JAKARTA.pdf
PENGUMUMAN SAYEMBARA MASKOT DAN JINGLE PILKADA DKI JAKARTA.pdfPENGUMUMAN SAYEMBARA MASKOT DAN JINGLE PILKADA DKI JAKARTA.pdf
PENGUMUMAN SAYEMBARA MASKOT DAN JINGLE PILKADA DKI JAKARTA.pdfCI kumparan
 
Pemahaman Mahasiswa Gen Z di Tentang Hubungan Timbal Balik Pemerintah dan Rakyat
Pemahaman Mahasiswa Gen Z di Tentang Hubungan Timbal Balik Pemerintah dan RakyatPemahaman Mahasiswa Gen Z di Tentang Hubungan Timbal Balik Pemerintah dan Rakyat
Pemahaman Mahasiswa Gen Z di Tentang Hubungan Timbal Balik Pemerintah dan Rakyatzidantalfayaed
 

Recently uploaded (6)

Materi negara dan konstitusi materi.pptx
Materi negara dan konstitusi materi.pptxMateri negara dan konstitusi materi.pptx
Materi negara dan konstitusi materi.pptx
 
SNI 5015 2019 estimasi sumerdaya dan cadangan batubara
SNI 5015 2019 estimasi sumerdaya dan cadangan batubaraSNI 5015 2019 estimasi sumerdaya dan cadangan batubara
SNI 5015 2019 estimasi sumerdaya dan cadangan batubara
 
hukum Anti korupsi & Pencucian uang studi kasus AKIL MOCHTAR_Kelompok 3.pptx
hukum Anti korupsi & Pencucian uang studi kasus AKIL MOCHTAR_Kelompok 3.pptxhukum Anti korupsi & Pencucian uang studi kasus AKIL MOCHTAR_Kelompok 3.pptx
hukum Anti korupsi & Pencucian uang studi kasus AKIL MOCHTAR_Kelompok 3.pptx
 
20230812 - DSLA - Perbandingan KUHP Lama dan Baru.pptx
20230812 - DSLA - Perbandingan KUHP Lama dan Baru.pptx20230812 - DSLA - Perbandingan KUHP Lama dan Baru.pptx
20230812 - DSLA - Perbandingan KUHP Lama dan Baru.pptx
 
PENGUMUMAN SAYEMBARA MASKOT DAN JINGLE PILKADA DKI JAKARTA.pdf
PENGUMUMAN SAYEMBARA MASKOT DAN JINGLE PILKADA DKI JAKARTA.pdfPENGUMUMAN SAYEMBARA MASKOT DAN JINGLE PILKADA DKI JAKARTA.pdf
PENGUMUMAN SAYEMBARA MASKOT DAN JINGLE PILKADA DKI JAKARTA.pdf
 
Pemahaman Mahasiswa Gen Z di Tentang Hubungan Timbal Balik Pemerintah dan Rakyat
Pemahaman Mahasiswa Gen Z di Tentang Hubungan Timbal Balik Pemerintah dan RakyatPemahaman Mahasiswa Gen Z di Tentang Hubungan Timbal Balik Pemerintah dan Rakyat
Pemahaman Mahasiswa Gen Z di Tentang Hubungan Timbal Balik Pemerintah dan Rakyat
 

TINJAUAN

  • 1. 1 RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TAJUK DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK PROGRAM HASLINA BINTI AHMAD D20102046009 AT34J PENSYARAH/PENYELIA: PROF. MADYA DR. ANI BINTI HAJI OMAR Tarikh : I MEI 2014 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAM BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN C. TAHUN 4 MENGGUNAKAN MODEL A.S.S.O.A (BAB 2 TINJAUAN LITERATURE) (bab PEMARKAHAN
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat 1. Bab 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan 3 2.2 Teori Dan Konsep Berkaitan 3 - 8 2.3 Kajian-Kajian Lepas 8 – 9 2.4 Rumusan 10 2.5 Rujukan 11 - 12
  • 3. 3 BAB 2.0 : TINJAUAN LITERATURE 2.1 PENDAHULUAN Tujuan kajian ini dijalankan antara lain adalah untuk menggunakan satu kaedah yang sesuai serta boleh membantu murid meningkatkan tahap penguasaan ke atas kemahiran membina ulasan yang mudah, betul,dan sesuai di dalam penulisan bahagian C. Pengkaji menggunakan Model A.S.S.O.A untuk mengajarkan ulasan bahagian C penulisan. Dalam bab ini juga pengkaji mengutarakan teori-teori dan konsep –konsep yang berkaitan serta beberapa kajian berkaitan yang telah dijalankan mengenai model ulasan A.S.S.O.A yang dijalankan. 2.2 TEORI DAN KONSEP BERKAITAN Walshe, R.D. (1981) menyebut bahawa menulis ialah proses memilih, menggabung, menyusun dan mengembangkan gagasan di dalam ayat, perenggan atau untuk persembahan lisan seperti kuliah dan syarahan secara berkesan. Menulis memerlukan koordinasi tubuh sekata seperti minda, mata dan tangan untuk memilih ujaran dan kalimat yang sesuai untuk disepakati menjadi seperangkat ayat atau perenggan yang lengkap yang kemudiannya memberi makna dan kesan untuk melahirkan ilham atau idea untuk difahami dan diaplikasi oleh masyarakat umum, jika perlu. Menulis adalah proses merekod bahan-bahan ujaran ke dalam bentuk tulisan berdasarkan pendapat, idea, pengalaman. Ia boleh jadi hanya sekadar simbol-simbol grafik yang disusun menjadi lambang dan membentuk perkataan, ayat dan seterusnya menzahirkan bahasa dan gagasan tersusun yang memberi makna dan memberi manfaat kepada khalayak pembaca dan pendengarnya. Daripada A.C. Krizan dan Joyce. P Logan (2000) mentakrifkan menulis adalah proses menyampaikan maklumat dan maksud. Proses penyampaian itu boleh jadi juga melalui grafik yang digabungkan dan berkait rapat dengan lambang bunyi yang diucapkan semasa kita bercakap sehingga dapat melahirkan gagasan yang difahami dan diikuti. Maklumat bertulis mempunyai keupayaan untuk disimpan dan dimanfaatkan dengan pelbagai cara seperti wahyu-wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang dikumpul dan direkodkan pada zaman Saidina Othman sehingga memberi kebaikan kepada umat Muslim meskipun ratusan tahun sudah berlalu.
  • 4. 4 Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru.Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama, iaitu, behavioris, kognitif, sosial dan humanis. 2.2.1 Teori Pengajaran Penulisan Terdapat beberapa teori pembelajaran yang dikaitkan secara langsung dengan pengajaran penulisan . Ia bersangkutan dengan teori pemerolehan bahasa iaitu rentetan peringkat perkembangan manusia daripada lahir sehingga ia membesar. Antara teori yang dikemukakan ialah Teori behaviorisme, kognitif, mentalis dan interaksionalis. Kesemua teori ini dikaji sehingga melahirkan teori pembelajaran bahasa yang dipraktiskan oleh guru-guru semasa proses pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah berlangsung. 2.2.2 Teori Behaviorisme Ia adalah teori yang merujuk kepada gerak balas yang berlaku apabila ada rangsangan daripada guru dan menghasilkan pembelajaran. Ia dipelopori oleh Bloomfield, Edward Spir, Boss dan Brooks yang merupakan ahli bahasa dan dikaji oleh ahli psikologi seperti Ivan Pavlov. Ia merangkumi ciri-ciri seperti; a. Proses timbal balik rangsangan dan gerak balas, b.Gerak balas yang berulang-ulang akan dilakukan untuk memperolehi ganjaran c. Gerak balas yang dipantau dengan peneguhan positif akan lebih kerap diulangi. d. Gerak balas yang kerap akan menghasilkan kebiasaan e. Proses pembelajaran bahasa adalah proses penekanan terhadap latihan dan pengulangan yang mencorak kebiasaan. Ia adalah proses mekanis yang memerlukan koordinasi daya mental f Proses pembelajaran memerlukan pengukuhan berbentuk ganjaran , pemantauan dan pembetulan serta merta. g. Latih tubi adalah keperluan sepanjang proses pembelajaran berlangsung. h. Pembelajaran bahasa menitik beratkan persekitaran bilik darjah yang kondusif kepada seluruh ahli yang terlibat seperti guru dan murid-murid. Teori ini boleh diadaptasi oleh guru-guru untuk sesi latih tubi dan penyediaan isi dan data-data untuk membentuk sebuah karangan. Ahli behaviorisme menegaskan bahasa
  • 5. 5 pengajaran bahasa mestilah dimulakan dengan kemahiran lisan. Maka, teknik sumbang saran dalam pengumpulan isi , fakta dan data di dalam kelas amat menepati teori ini. 2.2.3 Teori Kognitif Teori lain yang ialah Teori Kognitif yang dipopularkan oleh Jean Piaget yang menitikberatkan perkembangan kognitif murid-murid melalui latihan mengingat, mengekod dan menyimpan maklumat bersesuaian dengan kebolehan mental mereka. Pendapat yang dipersetujui oleh ahli pemikiran kognitif lain seperti Robin Lakoff, D. Slobin dan Mangantar Simantunjak ini menegaskan bahawa proses ini (pembelajaran bahasa) adalah proses internal yang abstrak. Ia berlaku di dalam minda dan tidak dapat diukur melalui tingkah laku. Mazhab kognitif ini menggariskan ciri-ciri berikut sebagai tunjang utama teori yang dibawa mereka iaitu 1.Pengetahuan terhasil daripada pemikiran manusia secara semulajadi 2. Teori ini merangkumi elemen kesejagatan yang ada hubungan dengan kognitif 3. Bahasa bersifat kreatif, tidak berlegar di dalam seputar persoalan objek, peristiwa, pengalaman perilaku atau pengalaman naluriah seperti yang didakwa oleh pemikir teori behaviourisme 4. Otak/kognitif menjadi sarana penting dalam pemprosesan Bahasa 5. Fikiran harus berada di dalam pemikiran sebagai satu komponen yang tidak boleh terpisah 2.2.4Teori Mentalis Ahli pemikir kognitif juga terlibat melahirkan teori mentalis yang juga dikenali sebagai Koda Kognitif atau Innatis ini. Teori ini menegaskan bahawa bahasa adalah aktiviti mental, milik istimewa manusia yang dikurnia bersama-sama kelahirannya. Teori ini menekankan bahawa pengetahuan bahasa, penafsiran makna seseorang dilahirkan oleh proses di dalam otak dan saraf. Oleh itu, George A. Miller direkodkan sebagai mencatatkan bahawa proses mental dilakukan oleh seorang pendengar apabila menghadapi pertuturan yang meliputi proses memadan, menerima, mentafsir, memahami dan mempercayai. Di antara ciri-ciri teori mentalis yang berkait rapat dengan pengajaran penulisan ialah 1.Semenjak dilahirkan, manusia sudah dibekalkan dengna jentera penguasaan bahasa. Manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk merumus dan membentuk ayat- ayat mengikut sistem bahasa yang mereka ada.
  • 6. 6 2. Kecekapan yang merupakan rumus-rumus atau tatacara bahasa sudah berada di dalam mental manusia. Manakala prestasi yang merupakan penggunaan atau penghasilan daripada apa yang berada di dalam stor mental manusia. Kedua-dua elemen ini saling kait mengait menurut teori mentalis. 3.Murid-murid mesti diajar dengan ayat yang gramatis, iaitu yang sempurna menurut hukum hakam tatabahasa kerana ia memainkan peranan penting dalam proses pembentukan ayat. 4.Kemahiran membaca dan menulis adalah keutamaan dan kemahiran tatabahasa pula hendaknya diajar secara formal. 2.2.5 Teori Interaksionalisme Teori lain yang turut terlibat di dalam proses pengajaran ialah teori interaksionalisme. Teori ini meletakkan pembelajaran bahasa sebagai komponen wacana dan melibatkan mental dan linguistik. Mark Halliday menegaskan bahawa kebolehan pembelajaran bahasa tidak boleh bergantung sekadar kepada kebolehan kognitif semata- mata. Ini kerana, menurut beliau, kemahiran kognitif hanya membolehkan murid-murid mentafsir makna tetapi belum tentu pentafsiran itu boleh dilahirkan di dalam bentuk bahasa yang sewajarnya tanpa bantuan linguistic. Teori ini menitikberatkan aktiviti komunikasi di mana penyampaian makna adalah subjek utama di dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa. Ia menekankan bahawa latihan berterusan harus diberikan kepada murid-murid agar mereka memperolehi kekuatan mempelajari struktur bahasa dan interaksi agar dapat menggunakan bahasa dengan fasih dan lancar. 2.2.6 Teori Konstruktivitisme Teori terakhir yang dibincangkan ialah teori konstruktivisme. Teori ini juga berputik daripada pandangan kognivitisme iaitu pengetahuan manusia dibina secara aktif oleh manusia itu sendiri melalui daya pemikirannya. Segala maklumat yang diterima oleh murid-murid akan diserap dan disesuaikan dengan maklumat sedia ada untuk membentuk storan baru di dalam fikirannya. Teori pemikiran yang dibawa oleh Mc Brien & Brandt (1997) ini antaranya menegaskan bahawa manusia tidak sekadar menerima pengetahuan tetapi membina pengetahuan melalui informasi yang diterima otaknya. Melalui pengalaman sedia ada, murid-murid membina pengetahuan dengan cara menguji idea dan pendekatan, mengadaptasinya dan meletakkannya
  • 7. 7 bersama-sama pengetahuan sedia ada di storan baru. Teori ini lebih dikenali juga dengan teori pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Guru bertindak sebagai penyumbang gagasan dan pereka bentuk bahan pengajaran dan terpulang kepada murid-murid untuk menganalisis idea, mengolah semula atau mengadaptasinya bersesuaian dengan pengetahuan yang sedia ada di dalam mindanya. Berdasarkan teori-teori di atas, dapatlah disimpulkan bahawa, teori pengajaran penulisan adalah sebahagian daripada proses pemerolehan bahasa melalui prinsip yang empat yang saling berkaitan itu iaitu kemahiran membaca, mengira, menulis, dan menaakul. Kesemua proses tersebut melibatkan koordinasi minda dan anggota lainnya sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Menurut Mahzan Arshad (2003), terdapat tiga kaedah menulis dalam Bahasa Malaysia iaitu menulis bebas, menulis berkolabratif dan menulis berkoperatif. Menulis bebas hanya memerlukan bantuan yang minima daripada guru dan sumber lain. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid bebas menggunakan kreativiti untuk menghasilkan karya yang diingini. Menulis berkolabratif dilakukan secara berpasangan secara bergilir-gilir untuk berkongsi idea seperti bergilir-gilir menghasilkan perenggan dalam karangan untuk membantu murid yang kurang bermotivasi dalam menulis. Menulis berkoperatif ialah satu kaedah pengajaran menulis yang memerlukan guru memberi bantuan kepada murid. Guru dan murid akan sama- sama menulis di papan tulis. Cara lain ialah setiap ahli dalam kumpulan sama-sam mencari isi penting, membuat huraian dan mencari contoh yang sesuai bagi huraian. Kesimpulannya, bahasa memainkan peranan untuk menghubungkan orang yang lebih berkebolehan, iaitu guru, dan murid-murid yang lebih pintar dengan pelajar yang sedang menjalani pembelajaran (Mercer N, 1994 dalam Roselan Baki 2003). Interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid yang pelbagai kebolehan membawa memberi idea atau pendapat dalam penulisan karangan .
  • 8. 8 2.2.7 Model A.S.S.O.A Berdasarkan model di atas,pengkaji telah memilih model A.S.S.O.A bagi meningkatkan kemahiran membina ulasan dalam kalangan murid tahun 4 Kreatif. Model ini hanya memerlukan murid mengingat penanda wacana yang digunakan semasa membina ulasan. Penanda wacana tersebut ialah Antaranya mewakili (A), Selain itu mewakili(S),Seterusnya mewakili (S), Oleh itu mewakili (O), dan Akhir sekali mewakili (A). Murid perlu mengingat singkatan bagi huruf-huruf tersebut. Juga Murid juga harus mencari nilai murni terlebih dahulu berdasarkan petikan. Kata bantu yang bertanda huruf (m,s,h,d,s) juga harus diingat oleh murid. Kata bantu tersebut mewakili (mestilah,sepatutnya,haruslah,dikehendaki, dan sewajarnya). Kombinasi proses meningat murid boleh disimpulkan kepada singkatan (A.S.S.O.A + m+s+h+d+s (makin sakit hati dolah sirih) 2.3 KAJIAN_KAJIAN LEPAS Menurut Haris (1993), kefahaman guru mengenai sesuatu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi melihat kejayaan pelaksanaannya. Kegagalan pelaksanaan dalam menjalankan misi ini pasti menimbulkan kesan yang tidak baik kepada bakal penerimanya iaitu pelajar sekolah. Menurut Hamdan et al. (2004), memandangkan pengajaran dan pembelajaran kini telah mengalami perubahan, iaitu yang mengkehendaki guru tidak lagi menggunakan kaedah
  • 9. 9 chalk and talk tetapi telah berubah kepada penggunaan alat bantu mengajar yang canggih seperti LCD projektor, OHP, media dan sebagainya. Oleh itu guru perlu menguasai kemahiran komputer dengan baik dengan perisisan-perisian multimedia seperti power point, flash, movie maker dan lain-lain lagi. Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini, guru adalah bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkahlaku ke atas diri seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan sempurna, secukupnya dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi yang sentiasa berubah disamping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu mengamalkan budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis. Menurut Sharil et al. (1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu ini, guru dapat menjadi teladan kepada para pelajar. Tanpa pembinaan ilmu ini dalam inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, malamat yang disasarkan agak sukar dicapai. Peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi sewajarnya dilakukan oleh guru kerana keupayaan guru menyelesaikan masalah bergantung kepada keupayaan guru sebagai fasilitator, penyelesai masalah, pemangkin dan pendorong pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang tejadi adalah proses pembelajaran berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan pemahaman pelajar sama ada benar-benar menguasai kemahiran ataupun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar kontek sebanar. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada peringkat lebih tinggi. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir secara kritikal, menganalisis maklumat serta mengsintesiskan maklumat bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks.
  • 10. 10 2.4 RUMUSAN Berdasarkan literatur berkaitan dan kajian-kajian yang berkaitan telah menunjukkan bahawa kaedah penggunaan Model A.S.S.O.A dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran penulisan akan memberikan kesan yang positif terhadap pencapaian murid-murid. Model A.S.S.O.A yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran juga seiring dan sesuai dengan pandangan dan teori-teori pembelajaran seperti Teori Gestalt / Kognitif, Teori Ausubel dan Teori Kecerdasan Gardner. .
  • 11. 11 RUJUKAN Rujukan Buku 1- Habsah bt Nan (2006). Teknik Four Wifes One Husband : Membina Ayat Penyata Berdasarkan Gambar Tunggal atau Bersiri. Jurnal Kajian Tindakan Guru IP Perlis : Jilid (1) / 2006‚ 35-56. 2- Hazina Zakariah (1989). Analisis Kesilapan Dalam Membuat Ayat di Kalangan Murid-Murid. Jurnal Pendidikan MP Seri Kota. Kuala Lumpur : Bil (2) / Oktober 1989‚ 3-19. 3- Iskandar Muda (2005). Penggunaan Latih Tubi Berdasarkan Gambar Bagi Meningkatkan Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun 5 Membina Ayat Bahasa Inggeris. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. 26-35 4- Nor Idayu (2005). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Bahasa Inggeris Melalui Latih Tubi Menggunakan Tafsiran Gambar Dan Kata Kunci Bagi Murid Tahun 2. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. 73-84 5- Raminah Hj Sabran (1987). Penilaian Pencapaian Murid-Murid Tahun 4 KBSR (Percubaan) dalam Penguasaan Bahasa Malaysia (Pembinaan Ayat). Jurnal Pendidikan Guru BPG‚ KPM : Bil (3)/ Julai 1987‚ 1- 24. 6- Rosmawati bt Sakdon (2003). Penggunaan 12 Langkah Strategik untuk Meningkatk Pengetahuan dan Kemahiran Murid Menulis Ayat “Simple Present Tense”. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan. Jilid (1) / 187-195. 7- Hazina Zakariah (1989). Analisis Kesilapan Dalam Membuat Ayat di Kalangan Murid-Murid. Jurnal Pendidikan MP Seri Kota. Kuala Lumpur : Bil (2) / Oktober 1989‚ 3-19. Rujukan Internet 1- Azizah Othman dan Samidon Abdullah ( 2006 ). Meningkatkan kemahiran pelajar membina ayat mudah dengan struktur yang betul dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan formula 2- P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2. Diperoleh pada 28 Febuari 2010 daripadahttp://www.arjpnj.com/ktindak/files/binaayat.pdf.
  • 12. 12 3- Harris Fadzilah Kassim ( 2002 ).Masalah menulis karangan di kalangan pelajar- pelajar tingkatan empat. Kertas Projek yang dikemukakan kepada Universiti Malaya sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan Ij azah Sarjana Pendidikan. Diperoleh pada 3 Mac 2010 dan dipetik daripada jurnal http://apps.emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/IPBAProsiding2005.pdf 4- Hartini Binti Hussin ( 2005 ). Meningkatkan kemahiran merumus karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun enam melalui permainan padanan kad. Prosiding Seminar PenyelidikanPendidikan IPBA 2005. Diperoleh pada13 Febuari 2010 dan dipetikdaripadahttp://www.arjpnj.com/ktindak/index.php?option=com_content&view =article&id=55:meningkatkan-kemahiran-membina-ayat-mudah,pdf 5- Zalinawati Othman ( 2006 ). Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah dalam penulisan bahasa Inggeris menggunakan Little Book. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah.Diperoleh pada 3 Febuari 2010 daripada http://www.arjpnj.com/ktindak/files/littlebook.pdf