SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
KONSEP DAN CARA MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN MASTERI

   1.   Mengapa Pembelajaran Masteri?
   2.   Apakah Dia Pembelajaran Masteri?
   3.   Bagaimanakah Pembelajaran Masteri Dilaksanakan?
   4.   Apakah Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri?
   5.   Apakah Peranan dan Tugas Pelajar Dalam Pembelajaran Masteri?
   6.   Rumusan

Pentingnya Pembelajaran Masteri

   1. Sekiranya anda mengkaji keputusan peperiksaan awam setiap tahun seperti UPSR, PMR, SPM
      dan STPM anda akan mendapati bahawa masih terdapat sebilangan pelajar yang belum
      mencapai tahap yang minimum dalam beberapa mata pelajaran.
   2. Salah satu daripada strategi yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah itu ialah
      melalui pembelajaran masteri.
   3. Jadi, anda harus melaksanakan pembelajaran masteri kerana:
          a. anda hendak meningkatkan prestasi pelajar khasnya pelajar yang pencapaiannya
              rendah

           b. sekolah-sekolah di negara maju yang melaksanakan pembelajaran masteri telah
             mendapati bahawa pencapaian pelajar telah banyak meningkat. Pencapaianyang tinggi
             itu telah berkekalan kerana pelajar itu sudah tahu bagaimana untuk menguasai sesuatu
             perkara yang diajar.
Konsep Pembelajaran Masteri

   1. Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar
        dapat menguasai apa yang diajar.
   2. Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60an dengan berasaskan kepada satu
      prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar
      sekiranya:
          a. ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; dan
          b. pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti
   3. Dalam proses pembelajaran masteri, anda harus memastikan semua pelajar dapat menguasai
      perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit
      pembelajaran atau tajuk yang lain.
   4. Rajah 1 meringkaskan proses pembelajaran masteri.
                                                  Rajah 1


   5. Masa untuk pelajar anda menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika anda:
         a. menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan;
         b. menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah;
         c. merangsang dan mendorong mereka untuk belajar, dan
         d. melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka
               menjadi pelajar berdikari.
6. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya
       anda:
           a. menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang
               berpusatkan kepada pelajar
           b. menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai
           c. mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan
               menghayati sesuatu perkara;
           d. menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai
               perkara yang telah diajar; dan

           e. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Cara Melaksanakan Pembelajaran Masteri

   1. Berapa tokoh dalam pembelajaran masteri telah mencadangkan pelbagai strategi untuk
       melaksanakannya.
   2. Pada asasnya anda perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut:
         a. Menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajran;
         b. Mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
              menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai;
          c. Menilai dengan ujian diagnostik, formatif, dan sumatif; dan
          d. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan
   3. Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus mendapat
      sekurang-kurangnya markah 80%

   4. Anda boleh memulakan dengan markah 50% sebagai saasaran pencapaian dan markah itu harus
       dinaikkan beransur-ansur kepada markah 80%.
Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri

   1. Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.
   2. Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran masteri
      kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM secara
      tersirat.
   3. Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
          a. Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
          b. Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
               pembelajaran masteri;
          c. Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat
               menjadi pelajar berdikari;
          d. Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian
               diagnostik;
          e. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan
          f. Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.
   4. Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai masalah dan
      tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu.
   5. Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan
      sejawat dalam panitia mata pelajaran.
6. Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu.

   7. Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar menguasai sesuatu
       perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman guru,
       masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan.
Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri

   1. Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk
      belajar dan menguasai apa yang diajar.
   2. Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara
      satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan
      sebaya dalam kumpulan.
   3. Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus:
          a. tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai
          b. belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi
          c. betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar
          d. memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai
          e. membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi

   4. Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka
      dapat menjadi pelajar berdikari.
Rumusan

   1. Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk
       memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar.
   2. Pembelajaran masteri bukanlah perkara yang baru dan konsepnya berasaskan kepada satu
      prinsip iaitu semua pelajar boeh menguasai apa yang diajar jika diberi masa yang cukup dan
      pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti.
   3. Kejayaan pembelajaran masteri bergantung kepada kebolehan dan kemahiran anda untuk:
          a. menentukan hasil pembelajarn yang perlu dikuasai;
          b. mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai;
          c. mengembangkan kemahiran belajar dan kemahiran befikir di kalangan pelajar;
          d. merangsang dan mendorong mereka untuk belajar;
          e. menilai secara formatif dan sumatif; dan
          f. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan
   4. Pembelajaran masteri menggalakkananda menyelesaikan masalah yang dihadapi dan juga
      menggalakkan anda mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
      memastikan pelajar anda dapat menguasai apa yang diajar.
   5. Walaupun ada beberapa kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran masteri, guru akan dapati
      bahawa bilangan pelajar yang dapat menguasai apa yang diajar akan bertambah dan ini akan
      memberi kepuasan kepada guru, pelajar dan pihak lain.

   6. Pencapai pelajar yang telah meningkat, walaupun sedikit, akan merangsang guru dan pelajar
      untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

More Related Content

More from Hishamuddin Jabar

Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5dStandard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Hishamuddin Jabar
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Hishamuddin Jabar
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Hishamuddin Jabar
 
Model+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+media
Model+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+mediaModel+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+media
Model+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+media
Hishamuddin Jabar
 
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteriKonsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Hishamuddin Jabar
 
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranCara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Hishamuddin Jabar
 
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Hishamuddin Jabar
 
Kumpulan 6 proses penghasilan kertas
Kumpulan 6   proses penghasilan kertasKumpulan 6   proses penghasilan kertas
Kumpulan 6 proses penghasilan kertas
Hishamuddin Jabar
 

More from Hishamuddin Jabar (20)

Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5dStandard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
 
Rpp+perancangan+kuliah
Rpp+perancangan+kuliahRpp+perancangan+kuliah
Rpp+perancangan+kuliah
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
 
Panduan+menulis++buku
Panduan+menulis++bukuPanduan+menulis++buku
Panduan+menulis++buku
 
Panduan+melaksanakan+pn p
Panduan+melaksanakan+pn pPanduan+melaksanakan+pn p
Panduan+melaksanakan+pn p
 
Model+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+media
Model+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+mediaModel+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+media
Model+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+media
 
Model+assure
Model+assureModel+assure
Model+assure
 
Model+addie
Model+addieModel+addie
Model+addie
 
Kumpulan+tugasan+kh+seksy+2
Kumpulan+tugasan+kh+seksy+2Kumpulan+tugasan+kh+seksy+2
Kumpulan+tugasan+kh+seksy+2
 
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteriKonsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
 
Fpk+dan+misi+kpm
Fpk+dan+misi+kpmFpk+dan+misi+kpm
Fpk+dan+misi+kpm
 
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranCara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
 
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
 
Kumpulan 1 karbon aloi
Kumpulan 1   karbon aloiKumpulan 1   karbon aloi
Kumpulan 1 karbon aloi
 
Kumpulan 3 kaca
Kumpulan 3   kacaKumpulan 3   kaca
Kumpulan 3 kaca
 
Kumpulan 4 komposit
Kumpulan 4   kompositKumpulan 4   komposit
Kumpulan 4 komposit
 
Kumpulan 6 proses penghasilan kertas
Kumpulan 6   proses penghasilan kertasKumpulan 6   proses penghasilan kertas
Kumpulan 6 proses penghasilan kertas
 
Kumpulan 1 karbon aloi
Kumpulan 1   karbon aloiKumpulan 1   karbon aloi
Kumpulan 1 karbon aloi
 
Kumpulan 2 plastik
Kumpulan 2   plastikKumpulan 2   plastik
Kumpulan 2 plastik
 

Recently uploaded

Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 

Recently uploaded (20)

Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 

Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri

  • 1. KONSEP DAN CARA MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN MASTERI 1. Mengapa Pembelajaran Masteri? 2. Apakah Dia Pembelajaran Masteri? 3. Bagaimanakah Pembelajaran Masteri Dilaksanakan? 4. Apakah Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri? 5. Apakah Peranan dan Tugas Pelajar Dalam Pembelajaran Masteri? 6. Rumusan Pentingnya Pembelajaran Masteri 1. Sekiranya anda mengkaji keputusan peperiksaan awam setiap tahun seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM anda akan mendapati bahawa masih terdapat sebilangan pelajar yang belum mencapai tahap yang minimum dalam beberapa mata pelajaran. 2. Salah satu daripada strategi yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah itu ialah melalui pembelajaran masteri. 3. Jadi, anda harus melaksanakan pembelajaran masteri kerana: a. anda hendak meningkatkan prestasi pelajar khasnya pelajar yang pencapaiannya rendah b. sekolah-sekolah di negara maju yang melaksanakan pembelajaran masteri telah mendapati bahawa pencapaian pelajar telah banyak meningkat. Pencapaianyang tinggi itu telah berkekalan kerana pelajar itu sudah tahu bagaimana untuk menguasai sesuatu perkara yang diajar. Konsep Pembelajaran Masteri 1. Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat menguasai apa yang diajar. 2. Konsep ini diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60an dengan berasaskan kepada satu prinsip atau falsafah iaitu semua pelajar boleh menguasai sesuatu perkara yang diajar sekiranya: a. ada masa yang cukup untuk pelajar menguasainya; dan b. pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti 3. Dalam proses pembelajaran masteri, anda harus memastikan semua pelajar dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain. 4. Rajah 1 meringkaskan proses pembelajaran masteri. Rajah 1 5. Masa untuk pelajar anda menguasai sesuatu perkara boleh dipendekkan jika anda: a. menggunakan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan; b. menggalakkan pelajar belajar dengan tekun dan tabah; c. merangsang dan mendorong mereka untuk belajar, dan d. melatih mereka dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka menjadi pelajar berdikari.
  • 2. 6. Kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya anda: a. menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar b. menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai c. mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara; d. menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai perkara yang telah diajar; dan e. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Cara Melaksanakan Pembelajaran Masteri 1. Berapa tokoh dalam pembelajaran masteri telah mencadangkan pelbagai strategi untuk melaksanakannya. 2. Pada asasnya anda perlu merancang dan melaksanakan empat langkah berikut: a. Menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajran; b. Mengajar dengan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai; c. Menilai dengan ujian diagnostik, formatif, dan sumatif; dan d. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan 3. Sasaran pencapaian dalam pembelajaran masteri ialah semua pelajar harus mendapat sekurang-kurangnya markah 80% 4. Anda boleh memulakan dengan markah 50% sebagai saasaran pencapaian dan markah itu harus dinaikkan beransur-ansur kepada markah 80%. Peranan dan Tugas Guru Dalam Pembelajaran Masteri 1. Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran. 2. Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat. 3. Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah: a. Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai; b. Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri; c. Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari; d. Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian diagnostik; e. Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan f. Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif. 4. Dalam melaksanakan pembelajaran masteri, guru mungkin menghadapi pelbagai masalah dan tiada penyelesaian yang tepat dapat diberi untuk mengatasi masalah itu. 5. Guru digalakkan mengatasi masalah itu melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sejawat dalam panitia mata pelajaran.
  • 3. 6. Pelajar akan bermanfaat daripada usaha guru untuk mengatasi masalah itu. 7. Pada mulanya guru mungkin mengambil masa yang panjang untuk pelajar menguasai sesuatu perkara akan tetapi, dalam masa jangka panjang dan dengan bertambahnya pengalaman guru, masa untuk mencapai pembelajaran masteri dapat dipendekkan. Peranan dan Tugas Pelajar dalam Pembelajaran Masteri 1. Peranan pelajar ialah sebagai seorang pelajar berdikari yang boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar. 2. Dalam pembelajaran masteri seseorang pelajar harus belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain dan ini dapat dilakukan melalui pembelajaran koperatif dengan rakan-rakan sebaya dalam kumpulan. 3. Tugas pelajar dalam pembelajaran masteri ialah dia harus: a. tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai b. belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi c. betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar d. memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai e. membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi 4. Pelajar harus diberi latihan dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari. Rumusan 1. Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar. 2. Pembelajaran masteri bukanlah perkara yang baru dan konsepnya berasaskan kepada satu prinsip iaitu semua pelajar boeh menguasai apa yang diajar jika diberi masa yang cukup dan pengajaran dan pembelajaran adalah berkualiti. 3. Kejayaan pembelajaran masteri bergantung kepada kebolehan dan kemahiran anda untuk: a. menentukan hasil pembelajarn yang perlu dikuasai; b. mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai; c. mengembangkan kemahiran belajar dan kemahiran befikir di kalangan pelajar; d. merangsang dan mendorong mereka untuk belajar; e. menilai secara formatif dan sumatif; dan f. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan 4. Pembelajaran masteri menggalakkananda menyelesaikan masalah yang dihadapi dan juga menggalakkan anda mengubahsuai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pelajar anda dapat menguasai apa yang diajar. 5. Walaupun ada beberapa kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran masteri, guru akan dapati bahawa bilangan pelajar yang dapat menguasai apa yang diajar akan bertambah dan ini akan memberi kepuasan kepada guru, pelajar dan pihak lain. 6. Pencapai pelajar yang telah meningkat, walaupun sedikit, akan merangsang guru dan pelajar untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.