1. PENGENALAN MODEL ASSURE
Selain daripada mewujudkan pengajar yang kompeten, tujuan utama reka bentuk
pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Dick
dan Reiser (1989), pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh
kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan.
Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap juga membantu mewujudkan
keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus
membantu pembinaan disiplin yang positif. Ini kerana pengajar dapat
melaksanakan pengajarannya dengan lancar dan menarik serta tidak membazir
masa dan tidak bertindak kelam-kabut.
Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) dan ia bertujuan
menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang
memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran
dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop reka bentuk pengajaran
yang luas. Oleh itu, ia ditujukan kepada setiap pengajar. Model ini telah mengalami
perubahan dan yang terbaru ialah pada tahun 2002.
Menekankan :
aspek pengajaran kepada pelajar dengan menggunakan cara pengajaran
yang berbeza.
pembelajaran konstruktivisme di mana pelajar perlu berinteraksi dengan
alam sekeliling.
PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN
( Select Method, Media and Materials )
Terdapat tiga langkah yang perlu dilaksanakan, iaitu:
Memilih kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran
Guru perlu menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana terdapat beberapa peringkat yang dilalui semasa guru
menyampaikan isi pelajaran. Pemilihan kaedah yang sesuai akan menjadikan
suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Sebagai contoh,
proses pengajaran dimulakan dengan set induksi dengan menggunakan
kaedah simulasi, diikuti dengan kaedah demostrasi, latihan dan latih tubi.
Kaedah yang dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajaran dan
kumpulan sasaran atau pelajar.
Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih
2. Pemilihan media dilihat dari dua aspek. Pertama, memilih media yang telah
tersedia dan kedua memilih format atau bentuk media yang belum ternyata
mesej di dalamnya. Pemilihan media pengajaran yang tersedia berasaskan
kriteria yang tertentu, iaitu:
sepadan dengan kurikulum;
maklumat tepat dan terkini;
bahasa yang jelas dan tepat;
menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar;
menggalakkan penglibatan pelajar;
mempunyai teknikal kualiti yang baik;
terdapat bukti keberkesanannya;
bebas daripada bias; dan
mempunyai buku panduan yang lengkap.
Media yang tersedia boleh diterokai melalui pelbagai sumber seperti agensi
pendidikan (Pusat Sumber Sekolah, Pusat Kegiatan Guru, Bahagian
Teknologi Pendidikan), agensi kerajaan, agensi swasta dan sebagainya.
Memilih, mengubahsuai, atau mereka bentuk media yang telah
ditentukan
Andainya kita gagal untuk memilih media yang sesuai, adalah penting untuk
kita mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakannya sendiri.
Terdapat 7 perkara yang perlu diambilkira:
objektif;
pelajar;
kos;
kepakaran teknikal;
peralatan;
fasiliti; dan
masa