SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MEDIA

      MEDIA

      Media dalam bidang pendidikan telah dihubungkan terus dengan benda-benda, alat-
      alat, perkakas dan bahan-bahan pendidikan dan pengajaran.

      Menurut R.M.W Travers (1970), "istilah media biasanya digunakan untuk mewakili
      satu edaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut
      tentang media televisyen atau media filem bergerak. Mungkin media pendidikan
      mewakili sesuatu yang lebih sedikit dari golongan bahan-bahan mendidik."

      Menurut B.J Enright (1972) pula, "media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi,
      memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan
      maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elekronik ataupun
      cara mekanik".

      Jadi fungsi media ialah untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali
      maklumat pandang dan dengar ataupun gabungan dua jenis maklumat ini. Yusuf
      Hashim (1997) menyatakan bahawa "media pengajaran yang biasa digunakan dalam
      pengajaran dan latihan terbahagi kepada lapan iaitu:


                 Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem dll)
                 Media tayang gerak (video, filem, cakera dll)
                 Grafik (lukisan, poster, kartun dll)
                 Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad dll)
                 Media pameran (model, boneka, diorama dll)
                 Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita dll)
                 Media audio (tutur, pita audio, cakera padat dll)
                 Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah dll)

FUNGSI MEDIA

Membuat Pengajaran Lebih Tersusun

               Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam
               pembentukan pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran,
               pengajaran guru perlu dirancangkan dengan sistematik terlebih dahulu supaya
               pengajaran lebih tersusun. Berdasarkan pendekatan sistem juga peranan
               media dikaji, dilaksanakan, dinilai dan kemudian dibaiki mengikut keperluan
               penuntut dan objektif pembelajaran.


               Memberi maklumat
Berbagai media yang didapati,dari segi pembelajaran memang memberi
       maklumat seperti TV pendidikan dan radio, filem, slaid dan sebagainya.


       Pembelajaran Menjadi Lebih Dekat

       Sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi berlaku di luar bilik darjah boleh
       dirakamkan melalui gambar foto, video atau ditulis ceritanya di dalam buku
       dan kemudian dibawa ke bilik darjah. Perkara-perkara di luar bilik darjah
       menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara-perkara tersebut boleh
       dipindahkan di dalam media dan dibawa masuk ke kelas.


       Memperkayakan pengalaman

       Media seperti filem boleh memperkayakan pengalaman murid. Jika murid di
       negara ini tidak pernah melihat salji, satu filem yang ditayangkan
       menunjukkan salji serta persekitarannya akan menambah pengalaman murid,
       seolah-olah murid sendiri mengalami persekitaran seperti itu.


       Pembelajaran Lebih Seronok

       Pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku. Dengan
       melihat filem, televisyen dan media lain pelajar akan terangsang untuk
       belajar. Ini akan menerbitkan rasa seronak kepada pelajar kerana persekitaran
       bilik darjah adalah steril. Oleh kerana seronok melihat atau mendengar media
       pengajaran tersebut, perubahan tingkahlaku murid akan lebih mudah terhasil
       dan seterusnya pembelajaran berlaku.


       Pengajaran Lebih Bersifat Individu

       Jika pengajaran guru dirancang dengan teratur dan rapi, guru tidak perlu
       berhadapan dengan semua murid pada setiap masa. Guru boleh
       menggunakan berbagai media untuk menyusun pengajaran dan semua murid
       tidak perlu menguasai pembelajaran mengikut satu cara sahaja. Pengajaran
       boleh dijalankan secara individu mengikut kebolehan dan kecepatan pelajar
       sendiri untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Murid tidak perlu
       menanti guru untuk belajar kerana isi pelajaran telah disusun oleh guru
       mengikut tahap kebolehan murid.

MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Terdapat berbagai-bagai model bagi pengajaran dan pembelajaran menggunakan
media. Di antara model yang diperkenakan ialah Model Komunikasi. Bagi proses
komunikasi, berbagai model telah dikemukakan seperti oleh Schramm dan yang lebih
kompleks seperti yang digunakan di dalam kejuruteraan telekomunikasi.


       Model Komunikasi

       Model ini telah diperkenalkan oleh R.M. Brown (1963). Proses komunikasi
       yang berlaku ini terdapat di dalam lima peringkat iaitu:

              Punca (penghantar)
              Enkod (bentuk)
              Saluran (deria atau media)
              Dekod (kesan)
              Penerima

               Punca (pengantar)

               Pengantar ialah manusia dan di sini ialah guru. Pengantar akan
               menghantar atau menyampaikan sesuatu mesej kepada pelajar.

               Enkod (bentuk)

               Mesej yang disampaikan oleh guru akan dienkod iaitu akan disusun
               serta dipilih simbol supaya dapat difahami oleh kedua-duanya,
               pengantar dan penerimanya.

               Saluran (deria atau media)

               Mesej yang telah dienkod tadi hendaklah dihantar melalui sesuatu.
               Jika melalui gelombang udara, melalui telefon dan jika melalui
               gambar, melalui video, TV atau foto.

               Dekod (kesan)

               Mesej yang telah dibentuk dan dihantar melalui sesuatu saluran tadi
               perlu dikesan oleh penerima. Jika melalui video, mesej itu hendaklah
               dekodkan dengan menggunakan otak penerima terlebih dahulu.
               Kemudian barulah proses penyusunan dan memahami simbol
               diterima.

               Penerima

               Mesej yang diterima iaitu dienkod melalui saluran video tadi telah
               didekod akhirnya akan diterima oleh penerima. Penerima di sini ialah
               murid. Jika sekiranya ada penghalang semasa proses itu seperti kod
               bahasa tidak difahami, murid akan menyoal untuk mendapatkan
               kefahaman.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sering berlaku salah anggap di
       antara guru dan murid. Guru menganggap dia telah menyampaikan pelajaran
       kepada muridnya sedangkan murid tidak memahami apa yang telah diajarkan
       oleh gurunya. Ini menyebabkan lain mesej yang hendak disampaikan lain pula
       mesej yang diterima.

       Penyampaian mesej kepada murid dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu
       pengaruh gangguan, pengaruh media dan pengaruh-pengaruh lain. Pengaruh
       gangguan ialah seperti bentuk tulisan yang tidak sesuai atau tidak jelas atau
       suasana bising di dalam atau di luar kelas atau sistem pengudaraan yang
       kurang selasa. Sementara pengaruh media pula ialah seperti pemilihan media
       yang kurang tepat seperti penggunaan pembaris yang dihentakkan di meja. Ini
       menyebabkan murid tidak seronok untuk belajar. Pengaruh-pengaruh lain
       ialah seperti sikap guru sendiri kurang disenangi oleh pelajar. Kesemua faktor-
       faktor ini mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru
       perlu memberi perhatian akan keadaan sekeliling di samping penggunaan
       media untuk mendapatkat proses pengajaran yang berkesan.



Model ASSURE

Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989).
Assure bermaksud " memastikan sesuatu berlaku." Singkatan akronim ASSURE
bermaksud,

       A - Analyse learner (Analisis pelajar)

       S - State objective (nyatakan objektif)

       S - Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media)

       U - Use media (gunakan media)

       R - Require learner response (keperluan tindakan)

       E - Evaluate materials (menilai)


       Analyse learner (analisis pelajar)

       Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan
       dengan tajuk yang hendak diajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi
       pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
State objective (nyatakan objektif)

              Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang dirancangkan.



              Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)

              Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif
              pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki
              terlebih dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan
              objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru bersesuai
              dengan tajuk dan objektif pengajaran.


              Use media (gunakan media)

              Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat
              kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik
              minat murid serta yang memberi motivasi kepada murid supaya murid merasa
              seronok. Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.


              Require learner response (keperluan tindakbalas)

              Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang
              berlaku. Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi.


              Evaluate materials (menilai)

              Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan.

                     Adakah objektif tercapai?
                     Bahan yang digunakan membantu P&P?
                     Adakah semua pelajar gunakan cara yang betul?
                     Adakah suasana P&P selesa?
                     Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi?
                     Soalan yang dikemukakan dapat dijawab?

PENUTUP

Media pendidikan dan media pengajaran merupakan satu komponen bidang teknologi
pendidikan sahaja. Komponen tersebut berfungsi memperolehi, memproses dan menyusun
kembali maklumat pandang- dengar. Media boleh berupa alat, perkakas atau bahan grafik,
fotografik, elektronik atau mekanik. Komponen lain terdiri daripada isi kandungan
matapelajaran, matlamat dan objektif matapelajaran, penyusunan semua perkara tersebut
mengikut kebolehan murid dan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Semua komponen itu
kemudiannya hendaklah dinilai dan dibaiki oleh guru.



       Bibliografi

                 Sharifah Alwiah Alsagoff . Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan
               Bahasa dan Pustaka. 1994.
                 Schramm. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
               Pustaka. 1994.
                 R.M. Brown. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
               Pustaka. 1994.
                 R.M.W. Travers. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
               Pustaka. 1994.
                 Othman Jantan. Peranan dan Cabaran Pusat Sumber Sekolah di Alaf Baru.
               Johor : PSPN. 1999.
                 Rokiah Ismail. Bahan Pelbagai Media. Johor : PSPN. 1999.
                 Yusuf Hashim. Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah
               Alam : Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1997.

More Related Content

What's hot

What's hot (11)

Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Isl rbt 2014
Isl rbt 2014Isl rbt 2014
Isl rbt 2014
 
Nota teknologi
Nota teknologiNota teknologi
Nota teknologi
 
Teknologi untuk pdp - EDUP3053
Teknologi untuk pdp - EDUP3053Teknologi untuk pdp - EDUP3053
Teknologi untuk pdp - EDUP3053
 
Prinsip teknologi pengajaran
Prinsip teknologi pengajaranPrinsip teknologi pengajaran
Prinsip teknologi pengajaran
 
Pengajaran dan pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaranPengajaran dan pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran
 
Plbd
PlbdPlbd
Plbd
 
Kaedah teknik-pengajaran
Kaedah teknik-pengajaranKaedah teknik-pengajaran
Kaedah teknik-pengajaran
 
nurul89 (Faktor-faktor SPB)
nurul89 (Faktor-faktor SPB)nurul89 (Faktor-faktor SPB)
nurul89 (Faktor-faktor SPB)
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 
Contoh persediaan mengajar prasekolah
Contoh persediaan mengajar prasekolahContoh persediaan mengajar prasekolah
Contoh persediaan mengajar prasekolah
 

Viewers also liked

Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranJenry Saiparudin
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakannym_namrod
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianANIS IBRAHIM
 

Viewers also liked (6)

Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaranPeranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
Peranan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
 

Similar to Model+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+media

Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1imtiaz78
 
98801528 tp-model-assure
98801528 tp-model-assure98801528 tp-model-assure
98801528 tp-model-assureAkhmal Ridzwan
 
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasiRamlah Lanlah
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifAwatif Atif
 
Tugasan 2 model dick 2
Tugasan 2 model dick 2Tugasan 2 model dick 2
Tugasan 2 model dick 2julaizah
 
Pembentangan
PembentanganPembentangan
Pembentanganyishiannn
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALWan Nor Faezah
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekmfadzil1969
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekmfadzil1969
 

Similar to Model+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+media (20)

Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
Abm teori vygotsky
Abm teori vygotskyAbm teori vygotsky
Abm teori vygotsky
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Jawapan minggu 7
Jawapan minggu 7Jawapan minggu 7
Jawapan minggu 7
 
98801528 tp-model-assure
98801528 tp-model-assure98801528 tp-model-assure
98801528 tp-model-assure
 
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
 
Lesson Plan
Lesson PlanLesson Plan
Lesson Plan
 
Model pembelajaran
Model pembelajaranModel pembelajaran
Model pembelajaran
 
6.2 P E R A N
6.2  P  E  R  A  N6.2  P  E  R  A  N
6.2 P E R A N
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
 
Tugasan 2 model dick 2
Tugasan 2 model dick 2Tugasan 2 model dick 2
Tugasan 2 model dick 2
 
Pembentangan
PembentanganPembentangan
Pembentangan
 
Kajian Tindakan Pend.Sivik
Kajian Tindakan Pend.SivikKajian Tindakan Pend.Sivik
Kajian Tindakan Pend.Sivik
 
Model pembelajaran tawaf
Model pembelajaran tawafModel pembelajaran tawaf
Model pembelajaran tawaf
 
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
 
Tmk isl aktiviti 2
Tmk isl aktiviti 2Tmk isl aktiviti 2
Tmk isl aktiviti 2
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projek
 
Pembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projekPembelajaran berasas projek
Pembelajaran berasas projek
 

More from Hishamuddin Jabar

Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranCara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranHishamuddin Jabar
 
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranCara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranHishamuddin Jabar
 
Tatasusila+profesion+perguruan+malaysia
Tatasusila+profesion+perguruan+malaysiaTatasusila+profesion+perguruan+malaysia
Tatasusila+profesion+perguruan+malaysiaHishamuddin Jabar
 
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5dStandard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5dHishamuddin Jabar
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranHishamuddin Jabar
 
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteriKonsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteriHishamuddin Jabar
 
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranCara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranHishamuddin Jabar
 
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1Hishamuddin Jabar
 

More from Hishamuddin Jabar (20)

Pro forma kursus
Pro forma kursusPro forma kursus
Pro forma kursus
 
Pro forma kursus
Pro forma kursusPro forma kursus
Pro forma kursus
 
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranCara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
 
Fpk+dan+misi+kpm
Fpk+dan+misi+kpmFpk+dan+misi+kpm
Fpk+dan+misi+kpm
 
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranCara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
 
Tatasusila+profesion+perguruan+malaysia
Tatasusila+profesion+perguruan+malaysiaTatasusila+profesion+perguruan+malaysia
Tatasusila+profesion+perguruan+malaysia
 
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5dStandard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
 
Rpp+perancangan+kuliah
Rpp+perancangan+kuliahRpp+perancangan+kuliah
Rpp+perancangan+kuliah
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
 
Panduan+menulis++buku
Panduan+menulis++bukuPanduan+menulis++buku
Panduan+menulis++buku
 
Panduan+melaksanakan+pn p
Panduan+melaksanakan+pn pPanduan+melaksanakan+pn p
Panduan+melaksanakan+pn p
 
Model+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatifModel+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatif
 
Model+assure
Model+assureModel+assure
Model+assure
 
Model+addie
Model+addieModel+addie
Model+addie
 
Kumpulan+tugasan+kh+seksy+2
Kumpulan+tugasan+kh+seksy+2Kumpulan+tugasan+kh+seksy+2
Kumpulan+tugasan+kh+seksy+2
 
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteriKonsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
 
Fpk+dan+misi+kpm
Fpk+dan+misi+kpmFpk+dan+misi+kpm
Fpk+dan+misi+kpm
 
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaranCara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
Cara+mengisi+dan+apa+yang+hendak+di+isi+di+rancangan+pengajaran
 
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
Teknik+pengajaran+dan+pembelajara1
 

Model+pengajaran+dan+pembelajaran+berasaskan+media

  • 1. MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MEDIA MEDIA Media dalam bidang pendidikan telah dihubungkan terus dengan benda-benda, alat- alat, perkakas dan bahan-bahan pendidikan dan pengajaran. Menurut R.M.W Travers (1970), "istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut tentang media televisyen atau media filem bergerak. Mungkin media pendidikan mewakili sesuatu yang lebih sedikit dari golongan bahan-bahan mendidik." Menurut B.J Enright (1972) pula, "media ialah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elekronik ataupun cara mekanik". Jadi fungsi media ialah untuk memperolehi, memproses atau menyusun kembali maklumat pandang dan dengar ataupun gabungan dua jenis maklumat ini. Yusuf Hashim (1997) menyatakan bahawa "media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran dan latihan terbahagi kepada lapan iaitu: Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikrofilem dll) Media tayang gerak (video, filem, cakera dll) Grafik (lukisan, poster, kartun dll) Gambar kaku (gambar foto, kad imbasan, poskad dll) Media pameran (model, boneka, diorama dll) Media paparan (papan kapur, papan flanel, papan berita dll) Media audio (tutur, pita audio, cakera padat dll) Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah dll) FUNGSI MEDIA Membuat Pengajaran Lebih Tersusun Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam pembentukan pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran, pengajaran guru perlu dirancangkan dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun. Berdasarkan pendekatan sistem juga peranan media dikaji, dilaksanakan, dinilai dan kemudian dibaiki mengikut keperluan penuntut dan objektif pembelajaran. Memberi maklumat
  • 2. Berbagai media yang didapati,dari segi pembelajaran memang memberi maklumat seperti TV pendidikan dan radio, filem, slaid dan sebagainya. Pembelajaran Menjadi Lebih Dekat Sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi berlaku di luar bilik darjah boleh dirakamkan melalui gambar foto, video atau ditulis ceritanya di dalam buku dan kemudian dibawa ke bilik darjah. Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara-perkara tersebut boleh dipindahkan di dalam media dan dibawa masuk ke kelas. Memperkayakan pengalaman Media seperti filem boleh memperkayakan pengalaman murid. Jika murid di negara ini tidak pernah melihat salji, satu filem yang ditayangkan menunjukkan salji serta persekitarannya akan menambah pengalaman murid, seolah-olah murid sendiri mengalami persekitaran seperti itu. Pembelajaran Lebih Seronok Pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku. Dengan melihat filem, televisyen dan media lain pelajar akan terangsang untuk belajar. Ini akan menerbitkan rasa seronak kepada pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah steril. Oleh kerana seronok melihat atau mendengar media pengajaran tersebut, perubahan tingkahlaku murid akan lebih mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran berlaku. Pengajaran Lebih Bersifat Individu Jika pengajaran guru dirancang dengan teratur dan rapi, guru tidak perlu berhadapan dengan semua murid pada setiap masa. Guru boleh menggunakan berbagai media untuk menyusun pengajaran dan semua murid tidak perlu menguasai pembelajaran mengikut satu cara sahaja. Pengajaran boleh dijalankan secara individu mengikut kebolehan dan kecepatan pelajar sendiri untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Murid tidak perlu menanti guru untuk belajar kerana isi pelajaran telah disusun oleh guru mengikut tahap kebolehan murid. MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Terdapat berbagai-bagai model bagi pengajaran dan pembelajaran menggunakan media. Di antara model yang diperkenakan ialah Model Komunikasi. Bagi proses komunikasi, berbagai model telah dikemukakan seperti oleh Schramm dan yang lebih
  • 3. kompleks seperti yang digunakan di dalam kejuruteraan telekomunikasi. Model Komunikasi Model ini telah diperkenalkan oleh R.M. Brown (1963). Proses komunikasi yang berlaku ini terdapat di dalam lima peringkat iaitu:  Punca (penghantar)  Enkod (bentuk)  Saluran (deria atau media)  Dekod (kesan)  Penerima Punca (pengantar) Pengantar ialah manusia dan di sini ialah guru. Pengantar akan menghantar atau menyampaikan sesuatu mesej kepada pelajar. Enkod (bentuk) Mesej yang disampaikan oleh guru akan dienkod iaitu akan disusun serta dipilih simbol supaya dapat difahami oleh kedua-duanya, pengantar dan penerimanya. Saluran (deria atau media) Mesej yang telah dienkod tadi hendaklah dihantar melalui sesuatu. Jika melalui gelombang udara, melalui telefon dan jika melalui gambar, melalui video, TV atau foto. Dekod (kesan) Mesej yang telah dibentuk dan dihantar melalui sesuatu saluran tadi perlu dikesan oleh penerima. Jika melalui video, mesej itu hendaklah dekodkan dengan menggunakan otak penerima terlebih dahulu. Kemudian barulah proses penyusunan dan memahami simbol diterima. Penerima Mesej yang diterima iaitu dienkod melalui saluran video tadi telah didekod akhirnya akan diterima oleh penerima. Penerima di sini ialah murid. Jika sekiranya ada penghalang semasa proses itu seperti kod bahasa tidak difahami, murid akan menyoal untuk mendapatkan kefahaman.
  • 4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sering berlaku salah anggap di antara guru dan murid. Guru menganggap dia telah menyampaikan pelajaran kepada muridnya sedangkan murid tidak memahami apa yang telah diajarkan oleh gurunya. Ini menyebabkan lain mesej yang hendak disampaikan lain pula mesej yang diterima. Penyampaian mesej kepada murid dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu pengaruh gangguan, pengaruh media dan pengaruh-pengaruh lain. Pengaruh gangguan ialah seperti bentuk tulisan yang tidak sesuai atau tidak jelas atau suasana bising di dalam atau di luar kelas atau sistem pengudaraan yang kurang selasa. Sementara pengaruh media pula ialah seperti pemilihan media yang kurang tepat seperti penggunaan pembaris yang dihentakkan di meja. Ini menyebabkan murid tidak seronok untuk belajar. Pengaruh-pengaruh lain ialah seperti sikap guru sendiri kurang disenangi oleh pelajar. Kesemua faktor- faktor ini mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru perlu memberi perhatian akan keadaan sekeliling di samping penggunaan media untuk mendapatkat proses pengajaran yang berkesan. Model ASSURE Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989). Assure bermaksud " memastikan sesuatu berlaku." Singkatan akronim ASSURE bermaksud, A - Analyse learner (Analisis pelajar) S - State objective (nyatakan objektif) S - Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media) U - Use media (gunakan media) R - Require learner response (keperluan tindakan) E - Evaluate materials (menilai) Analyse learner (analisis pelajar) Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
  • 5. State objective (nyatakan objektif) Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang dirancangkan. Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media) Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran. Use media (gunakan media) Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid serta yang memberi motivasi kepada murid supaya murid merasa seronok. Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan. Require learner response (keperluan tindakbalas) Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku. Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi. Evaluate materials (menilai) Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan.  Adakah objektif tercapai?  Bahan yang digunakan membantu P&P?  Adakah semua pelajar gunakan cara yang betul?  Adakah suasana P&P selesa?  Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi?  Soalan yang dikemukakan dapat dijawab? PENUTUP Media pendidikan dan media pengajaran merupakan satu komponen bidang teknologi pendidikan sahaja. Komponen tersebut berfungsi memperolehi, memproses dan menyusun kembali maklumat pandang- dengar. Media boleh berupa alat, perkakas atau bahan grafik, fotografik, elektronik atau mekanik. Komponen lain terdiri daripada isi kandungan matapelajaran, matlamat dan objektif matapelajaran, penyusunan semua perkara tersebut
  • 6. mengikut kebolehan murid dan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Semua komponen itu kemudiannya hendaklah dinilai dan dibaiki oleh guru. Bibliografi Sharifah Alwiah Alsagoff . Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. Schramm. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. R.M. Brown. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. R.M.W. Travers. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. Othman Jantan. Peranan dan Cabaran Pusat Sumber Sekolah di Alaf Baru. Johor : PSPN. 1999. Rokiah Ismail. Bahan Pelbagai Media. Johor : PSPN. 1999. Yusuf Hashim. Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam : Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1997.