1. 1.0 PANDUAN MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1.1 PERSEDIAAN
Persediaan ialah segala usaha persiapan dan kelengkapan yang dibuat oleh pelatih untuk
mencapai objektif pengajarannya sebelum menghadapi pelajar di dalam kelas. Bahagian ini
mengandungi dua aspek penting iaitu Objektif dan Perancangan.
1.2 OBJEKTIF
Objektif ialah matlamat yang dinyatakan oleh pelatih supaya pelajar dapat menunjukkan bukti
bahawa mereka telah menguasai kemahiran, memiliki konsep atau memperolehi sikap yang
diharapkan sebagai hasil daripada penyertaan mereka dalam pembelajaran yang dilaksanakan
oleh guru.
(a) Menyatakan objektif eksplisit dengan tepat.
(b) Menulis objektif ekplisit dari perspektif perlakuan pelajar.
(c) Memilih perlakuan yang boleh dilihat dan mudah disukat.
(d) Memilih objektif yang mungkin boleh dicapai dalam satu waktu pengajaran.
2.0 PERANCANGAN
Perancangan ialah segala usaha pemikiran, penyusunan dan tindakan yang akan diambil oleh
guru untuk mencapai objektif pengajarannya.
(a) Mengkaji dengan teliti sukatan pelajaran, buku teks dan lain-lain sumber rujukan yang
berkenaan.
(b) Mempertimbangkan kebolehan atau pencapaian kelas yang akan diajar.
(c) Merancang untuk mendapatkan penyertaan pelajar secara maksimum.
(d) Menyusun segala kemahiran atau konsep mengikut urutan yang sesuai.
(e) Menggunakan segala kemudahan yang ada di dalam kelas.
(f) Memilih dan menggunakan ABBM yang sesuai dengan objektif.
(g) Menguji segala ABBM yang akan digunakan sebelum sesi pengajaran.
(h) Menentukan kaedah untuk mengurus masa dengan berkesan.
3.0 PENYAMPAIAN
Penyampaian meliputi segala langkah yang dilakukan oleh pelatih untuk mencapai objektif
pengajaran. Antara aspek bimbingan ialah kemahiran guru penyertaan pelajar dan interaksi guru
pelajar.
1
2. 3.1.1 Memulakan pengajaran dengan secepat mungkin.
3.1.2 Memulakan pengajaran dengan menggunakan set induksi yang menarik.
3.1.3 Mengembangkan pengajaran dengan lancar.
3.1.4 Bercakap dengan jelas, tidak terlalu cepat dan boleh diikuti oleh pelajar.
3.1.5 Menggunakan ayat dengan betul dan sesuai dengan tahap pencapai kelas.
3.1.6 Menggunakan ungkapan soalan yang mendorong pelajar berfikir.
3.1.7 Menggunakan teknik soal-jawab yang dapat menghasilkan tindakan balas maksimum
daripada pelajar.
3.1.8 Mengemukakan soalan yang berkait rapat dengan objektif pengajaran.
3.1.9 Membentuk konsep ansur maju misalnya dari yang mudah kepada yang susah.
3.1.10 Menyampaikan isi pelajaran dengan betul dan tepat.
3.1.11 Memahami dan membuat rujukan mengenai isi pelajaran yang belum dikuasai dengan
baik.
3.1.12 Mencuba terlebih dahulu soalan, contoh atau kerja amali yang akan dibincangkan dalam
kelas, makmal atau bengkel.
3.1.13 Melibatkan penyertaan pelajar secara aktif, di setiap peringkat pelajaran.
3.1.14 Menggunakan masa dengan baik dan tidak meleret-leret atau terlalu cepat.
3.1.15 Menggunakan ABBM dalam pengajaran dengan berkesan.
3.1.16 Mengelak gerak geri yang mengganggu pencapaian objektif seperti terlalu banyak berjalan,
melambung kapur dan membebel.
3.1.17 Menggunakan teknik peneguhan yang berkesan.
3.1.18 Membina disiplin yang baik di kalangan pelajar.
3.1.19 Menggunakan kuasa guru secara bijak dan berkesan.
3.1.20 Menutup pengajaran mengikut prinsip penyimpulan.
4.0 PENILAIAN
Penilaian ialah usaha untuk menentukan sama ada segala strategi yang digunakan dalam
penyampaian telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan.
4.1.1 Dapat melakukan penilaian di setiap peringkat perkembangan pengajaran.
4.1.2 Bersikap sensitif terhadap penilaian yang dilakukan, iaitu member perhatian dan
mengambil tindakan yang wajar jika penilaiannya itu menunjukkan pelajar belum
menguasai pelajaran.
4.1.3 Bersifat kreatif dalam usaha untuk memperbaiki pengajaran.
2
3. 5.0 PANDUAN UNTUK MENILAI PELATIH
PERSEDIAAN
OBJEKTIF 1. Pernyataan / Penulisan : Objektifnya mestilah dinyatakan
dengan jelas dan tepat mengikut
tingkah laku pelajar yang
diharapkan. Perlakuan itu
seharusnya boleh dilihat dan
diukur.
2. Kesesuaian : Tidak begitu sukar dan tidak
begitu mudah dan dapat diterima
oleh pelajar. Objektif boleh
dicapai dalam waktu pengajaran
yang diperuntukkan.
PERANCANGAN 1. Isi Pelajaran : Kandungan pelajaran sepatutnya
sesuai dengan objektif, kebolehan
pelajar dan kaedah pengajaran.
2. Susunan : Setiap bahagian mestilah disusun
mengikut ketertiban dan saling
berhubung.
3. Alat Bantu Bahan Pemilihannya bersesuaian
Mengajar (ABBM) dengan tajuk. Persediaan dan
pengurusannya baik serta
langkah-langkah keselematan
diawasi.
PENYAMPAIAN 1. Pengenalan : Pelatih sepatutnya berusaha
PELAKSANAAN memastikan pelajar bersedia
untuk mengikuti pelajaran dan
seterusnya mengarah pemikiran
mereka kepada pelajaran dengan
menggunakan set induksi yang
menarik dan sesuai.
3
4. 2. Persembahan dan Isi pelajaran perlu disampaikan
Penggunaan ABBM: dengan kaedah yang sesuai dan
mudah dipelajari oleh pelajar.
Pertuturan pelatih mestilah jelas,
teratur, tidak terlalu cepat,
menggunakan bahasa yang
sesuai dan tulisan yang kemas.
Pelatih seharusnya dapat
mengawal masa dengan baik,
tidak meleret-leret atau terlalu
cepat apabila menyampaikan isi
pelajaran. Pelatih juga mestilah
boleh menggunakan segala
ABBM dengan baik dan
berkesan.
3. Interaksi guru - pelajar : Pelatih mesti memberi perhatian
kepada tingkah laku pelajar dan
berusaha mendorong dan
memberi peluang kepada pelajar
untuk mengambil bahagian dalam
pelajaran secara aktif.
Mengadakan hubungan baik
guru-pelajar dan mengekalkan
disiplin.
4. Perkembangan dan Pelajaran dikembangkan tertakluk
Penilaian : pada pencapaian pelajar. Usaha
menilai dilakukan di setiap
peringkat dengan menggunakan
teknik soal-jawab yang sesuai.
Mendorong pelajar berfikir serta
menghasilkan tindak balas
maksimum daripada mereka.
4
5. 5. Pengurusan kelas / Pelatih sepatutnya menimbulkan
Makmal / bengkel suasana aktiviti yang sesuai
untuk pengajaran-pembelajaran.
Pelatih juga perlu memastikan
peraturan kerja amali dipatuhi,
kawalan pelajar semasa
menjalani amali baik dan
menyimpan peralatan selepas
kerja amali.
6. Penutup : Merumuskan pengajaran
bersesuaian dengan objektif.
Berusaha mengukuhkan
pelajaran dengan tugasan dan
menghubungkannya dengan
kerja
akan datang.
KEPERIBADIAN 1. Keperibadian : Pelatih perlu menunjukkan
DAN IKTISAS kematangan dan keyakinan diri.
Berusaha untuk memperbaiki
kelemahan yang ada.
2. Iktisas : Sebagai guru, ia sepatutnya
menggunakan bahasa yang
sopan, menunjukkan minat,
semangat, kemahuan dan sikap
positif terhadap etika perguruan.
5