Buku panduan ini memberi petunjuk kepada pelatih guru untuk merancang dan merekod persediaan mengajar secara sistematik. Ia membantu pelatih merancang pengajaran, menilai kemajuan pelajar, dan merefleksikan amalan pengajaran untuk penambahbaikan. Buku ini juga membantu penyelia menilai persediaan dan prestasi mengajar pelatih.
1. PANDUAN MENULIS BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR
Pengenalan
Matlamat buku ini ialah untuk memberi latihan dan membiasakan pelatih membuat
persediaan mengajar dengan cara yang sesuai dan bersistem. Pelatih dan penyelia
hendaklah menggunakan buku ini sepertimana yang digariskan dibawah ini.
1. Pelatih
1.1 Untuk mencatatkan segala perkara yang berkaitan dengan tugas
pengajaran harian supaya dapat menunjukkan setakat mana sukatan yang
telah dan akan disempurnakan.
1.2 Untuk merekod dan meneliti kemajuan pelajar dalam mata pelajaran yang
diajar.
1.3 Buku rekod mengajar adalah sebagai suatu bahan refleksi.
2. Penyelia
2.1 Untuk menyemak perancangan dan persediaan mengajar pelatih.
2.2 Untuk menilai kebolehan pelatih melaksanakan rancangan
pengajarannya.
2.3 Untuk digunakan sebagai asas perbinacangan.
2. Maklumat Yang Perlu Dilengkapkan
1. Takwin Institusi
Ruangan ini perlu diisi dengan segala aktiviti institusi yang telah dirancang
(seperti cuti, sukan, peperiksaan dan lain-lain).
2. Jadual Waktu
Isikan matapelajaran dan waktu yang telah diperuntukkan oleh pihak institusi.
3. Buku Teks dan Buku Rujukan
Tuliskan nama buku teks yang digunakan dan buku rujukan yang sesuai untuk
kegunaan pelajar.
4. Sukatan Pelajaran
Kepilkan sukatan pelajaran rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan.
5. Rancangan Kerja Bagi Tempoh Latihan Mengajar
Berpandukan sukatan pelajaran yang telah ditentukan, pelatih dikehendaki
menyusun satu rancangan kerja untuk tempoh latihan mengajar. Susunan tajuk
tidak semestinya mengikut seperti dalam sukatan pelajaran tetapi terserah
kepada kebijaksanaan pelatih mengaturnya dengan persetujuan pembimbing.
3. 6. Rancangan Kerja Mingguan
Pelatih dikehendaki membuat perancangan kerja mingguan dan ini perlu
disediakan pada minggu sebelum pelajaran sebenar. Aturkan rancangan ini
mengikut tingkatan yang rendah ke tingkatan yang tinggi. Tuliskan juga segala
ABBM yang diperlukan untuk pengajaran pada minggu berkenaan di ruangan
yang disediakan.
7. Persediaan Mengajar Harian
Persediaan ini mestilah disediakan sehari sebelum mengajar dan perlu
dituliskan mengikut format yang disediakan. Setiap matapelajaran yang akan
diajar pada hari berkenaan mestilah dibuat persediaan mengajarnya. Jika
pelatih merancang untuk mengadakan ujian pada waktu berkenaan, ruangan
ini juga perlu dituliskan persediaannya.
8. Soalan Ujian
Tuliskan atau kepilkan soalan ujian yang diberi kepada pelajar di dalam buku
ini di ruangan yang disediakan.
9. Skema Markah Soalan Ujian
Tuliskan atau kepilkan skema pemarkahan yang lengkap bagi setiap soalan
ujian yang diberi.
4. 10. Markah Pencapaian
Catatkan semua markah pencapaian bagi setiap penilai.
Tugasan
Setiap tugasan yang diberi hendaklah dicatatkan diruangan yang disediakan.
Refleksi Pelatih
Catatkan penilaian kendiri terhadap pengajaran yang baru disempurnakan.
Catatkan perkara penting yang berlaku sepanjang pengajaran itu.
Catatkan langkah-langkah pemurnian pengajaran.