3. PERINGKAT PERTAMA
(sebelum abad 17)
Datang melalui pendakwah dan pelajar Melayu yg belajar di Timur
Tengah.
Kemunculan Ilmu Mantik di Tanah Melayu bermula pada zaman
kegemilangan empayar Islam di Melaka. Ianya seiring dengan
kedatangan Islam di Melaka. Pedagang Islam bukan saja berdagang
tapi berdakwah mengembangkan ilmu-ilmu Islam.
Antaranya ialah : Ilmu Fekah, Tauhid, Al-Quran & Ilmu Mantik secara
tidak langsung.
Penggunaan Mantik telah digunakan dalam kitab-kitab akidah
secara meluas oleh ulama-ulama besar Nusantara seperti Syeikh
Nuruddin Al-Raniri, Hamzah Fansuri, Syeikh Abu Daud Al-Fatani,
Syeikh Ahmad Al-Fatani, Syeikh Ahmad Al-Khatib Minangkabau,
Syeikh Umar Ismail Nuruddin Kelantan, Syeikh Tahir Jalaluddin
Minangkabau
4. PERINGKAT KEDUA
(abad 19)
Pada abad ke 19, sistem pengajian pondok di Tanah Melayu telah
muncul.
Pada masa itu, corak pendidikan masih tidak formal.
Ianya seiring dengan perkembangan Islam pada masa itu.
Ilmu Mantik diajar di pusat pengajian pondok sebagai salah satu
mata pelajaran.
Antara kitab mantik yg digunakan:
Kitab Idah Al-Mubham
Kitab Ma’qulat
Kitab Sulam Al-Munauroq karya Adul Rahman Al-Akhdori
(943/1536M)
Kitab Risalah Syamsiah karya Najmuddin Al-Qozwini Al-Katibi
(675/1276M)
5. PERINGKAT KETIGA
(pada abad 20)
Seterusnya, Ilmu Mantik diajar di sekolah-
sekolah apabila sistem pendidikan moden
mula diperkenalkan di Malaysia.
Antaranya ialah : Sekolah Agama Rakyat
(SAR), Sekolah Agama Negeri (SAN)
Antara kitab yg digunakan ialah Mi’yar al-
Ilmi al-Mantiq
6. PERINGKAT MASA KINI
Ilmu Mantik telah meluas. Ia menjadi mata pelajaran yg
diiktiraf dan diajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMKA) dan SABK. Ianya menjadi mata pelajaran yg diakui
serta diiktiraf untuk kemasukan ke IPT. STAM dan STPM.
Ia juga diajar diperingkat pengajian tinggi seperti di
Universiti Malaya dan UKM.
Antara kitab yg digunakan seperti Tabsit Al-Muktar Min
Syarhi Sulam (asl-Tasawurat) karangan Syeikh Muhammad
Ali Muhammad Alim.
Kitab al-Murshid al-Salim fi al-Mantiqal Qadim wa al-Hadis
oleh ‘Iwad Allah al-Hijaziyy
Manahij al-Bahth ‘Inda Mufakkiri al-Islam oleh Dr. Ali Samiyy
Nashar
Al-Qistas al-Mustaqim oleh Al-Ghazali