2. ABSTRAK
Tujuan projek ini adalah untuk mereka koleksi lengkap muka taip huruf-huruf besar (A-Z) dan
kecil (a-z) yang terdapat di dalam huruf Rumi untuk menggambarkan sesuatu yang lusuh, lapuk
dan uzur. Selepas projek ini disiapkan kami dapati muka taip ini berjaya dari segi astetik
menggambarkan kata-kata kunci tersebut. Muka taip ini juga telah dimuat turun lebih daripada
37 000 kali dan berterusan oleh pengguna dari seluruh pelusuk dunia. Muka taip ini juga telah
didokumentasikan oleh Luc Devroye seorang Profesor Sains Komputer dari Universiti McGill.
Montreal, Kanada dan mendapat pujian dan tempat didalam beberapa laman sesawang yang
berkaitan dengan tipografi dan desain.
Jenis Produk: Perisian Komputer (Font)
3. Inspirasi
Inspirasi untuk mereka muka taip ini didapati daripada perkataan “usang” itu sendiri. Perkataan
“usang” berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka membawa maksud kering dan tidak terurus.
Perkataan ini bersinomin dengan kering, lapuk dan sebagainya.
4. Objektif
Untuk mewujudkan pelbagai pilihan tipografi kepada para pereka (graphic designer)
- setiap rekaan tipografi menbawa maksud tertentu untuk menggambarkan maksud yang hendak disampaikan sebagai
contoh untuk menggambarkan keseraman, tipografi dalam kategori “trash” dan “horror” akan digunakan.
- Dengan menambah koleksi tipografi, para pereka akan mempunyai pilihan yang lebih luas.
Berpotensi untuk memperkenalkan satu perkataan bahasa melayu kepada dunia memandangkan
tipografi ini telah dimuat turun lebih daripada 37 000.
- Seperti yang berlaku kepada perkataan “amuk”, “mamak” dan sebagainya
Tipografi daripada kategori horror digunakan
untuk menggambarkan keseraman
5. Faedah
Memberi lebih banyak pilihan kepada pereka.
Dapat memperkenalkan perkataan di dalam bahasa melayu kepada seluruh dunia dalam isu
untuk memartabatkan bahasa melayu.
6. POTENSI UNTUK DIKOMERSIALKAN
Oleh kerana tipografi digunakan dengan sangat meluas, potensi untuk dikomersialkan sangat
besar antaranya :
10. Penghargaan
Muka taip ini didokumentasikan oleh Luc Devroye seorang Profesor Sains Komputer dari
Universiti McGill. Montreal, Kanada
- http://luc.devroye.org/fonts-63019.html
Mendapat “pinned” daripada page Go Media di pinterest yang mempunyai 406 000 viewers
sebulan.
- https://www.pinterest.co.uk/pin/132926626472481914/
Mendapat pujian dan promosi daripada sebuah blog
- https://blog.laurenashpole.com/post/26814537070
12. Kesimpulan & Cadangan
Selepas projek ini disiapkan kami dapati muka taip ini berjaya dari segi astetik menggambarkan
perkataan “”Usang”. Muka taip ini juga telah dimuat turun lebih daripada 37 000 kali dan
mendapat pujian dan promosi daripada lama web yang berkaitan.
Oleh kerana tipografi ini hanya mempunyai huruf-huruf rumi sahaja (A-Z), dimasa hadapan
mungkin boleh meletakkan konsep rekaan yang sama pada nombor (1-9) dan symbol-symbol
yang terdapat dalam tipografi.