SlideShare a Scribd company logo
1 of 67
DEFINISI FONOLOGI
  -Fonetik dan fonemik
     -Bunyi bahasa
  -Bunyi bukan bahasa.
       PENSYARAH :
   HAJI YUSSOFF BIN SAID
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
DEFINISI FONOLOGI

 Fonologi ialah bidang yang menyelidiki
 bunyi bahasa hanya menurut segi
 fungsionalnya sahaja.




Sumber : Pengantar Linguistik , Prof. Dr J.W.M.
   Verhaar, Gadjah Mada Universiti Press,
             Yogyakarta, 1988.
DEFINISI FONOLOGI
Fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang
mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa
dan fungsinya dalam sistem bahasa
tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem
dan bidang fonologi bertujuan untuk
menganalisis sistem ini.
Sumber : Teks Bahasa Melayu STPM, Nik Safiah
 Karim & Wan Malini Ahmad, Penerbit Fajar
     Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam ,2006.
DEFINISI FONOLOGI

Fonologi ( filoloji @ ilmu bunyi ) ialah studi
tentang bahasa dalam hubungannya dengan
kegiatan – kegiatan kebudayaan yang lain di
luar kegiatan berbahasa itu sendiri, yaitu
finomena bahasa yang “extra linguistic”.


  Sumber : Bahasa dan Ilmubahasa dan
     Finoloji, Samsuri, DBP, KL, 1972.
DEFINISI FONETIK

    Fonetik ialah bidang bidang yang
  mengkaji bunyi – bunyi yang dihasilkan
   oleh manusia dan memberi lambang
         kepada bunyi tersebut.

  Sumber : Teks Bahasa Melayu
 STPM, Nik Safiah Karim & Wan
 Malini Ahmad, Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam ,2006.
DEFINISI FONETIK

   Fonetik ialah kajian mengenai bunyi –
     bunyi bahasa yang dihasilkan oleh
    manusia. Bunyi bahasa adalah bunyi –
    bunyi yang digunakan dalam bahasa
            untuk berkomunikasi.

Sumber : Fonetik Dan Fonologi : Siri P
& P Bahasa Melayu , Prof. Emeritus Dr.
          Abdullah Hassan.
DEFINISI FONETIK
 Fonetik atau ilmu bunyi menyelidiki bunyi
 sebagaimana terdapat dalam parole atau
 sebagaimana terdapat di dalamnya tanpa
 memperhatikan segi fungsionalnya.


Sumber : Pengantar Linguistik , Prof.
   Dr J.W.M. Verhaar, Gadjah Mada
  Universiti Press, Yogyakarta, 1988.
DEFINISI FONETIK

Fonetik adalah satu ilmu bersifat historis;
       ia menganalisis peristiwa dan
    perubahan, serta bergerak melalui
   masa. Fonetik seharusnya merujuk,
  dan seharusnya terus merujuk kepada
           kajian evolusi bunyi.

 Sumber : Pengantar Linguistik
Umum, Ferdinand de Sausure, DBP.
DEFINISI FONETIK
Fonetik mengkaji bunyi bahasa : Dari segi
cara pengeluarannya, daerah
pengeluarannya dan sifat fizikalnya.




 Sumber : Dr. Awang Had Salleh
    ( Nov 1958 : 536 – 540 )
DEFINISI FONEMIK
Fonemik ialah cabang fonologi yang
menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu
bahasa secara sinkronik, khususnya untuk
mengenal pasti fonem – fonem dalam bahasa
tersebut dan menghasilkan sistem tulisan.



  Sumber : Pengantar Linguistik Umum,
   Ferdinand de Sausure, DBP, KL, 1993.
DEFINISI FONEMIK

 Fonemik mengkaji bunyi – bunyi yang
penting dalam sesuatu bahasa. Bunyi itu
  penting kerana ia mempunyai fungsi
           atau ciri pembeza.


    Sumber : Dr. Awang Had Salleh
       ( Nov 1958 : 536 – 540 )
FONEM / FONEMIK
Fonem adalah unit penggalan bahasa yang terkecil yang
dapat membezakan makna. Banyak bunyi boleh
diujarkan oleh alat artikulasi dan digolongkan kepada
beberapa bunyi yang penting sahaja.

Bunyi – bunyi yang tergolong ke dalam keluarga yang
sama dikenali sebagai fonem. Setiap fonem itu
mempunyai anggota – anggota yang terdiri daripada fon
– fon yang mempunyai ciri – ciri fonetik yang sama.

Setiap fon yang menjadi anggota fonem itu dipakai
dalam lingkungannya sendiri.
• Fonem Segmental Bahasa Melayu

Sebanyak 36 fonem dalam bahasa Melayu, iaitu 27 fonem
asli dan 9 fonem pinjaman (kesemuanya geseran). Daripada
jumlah fonem asli ini, terdapat 6 fonem vokal, 18 fonem
konsonan dan 3 fonem diftong.

• Fonem Vokal

Bunyi vokal bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu
vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.

Contoh vokal:
      i) Vokal [i]

       Awal          Tengah        Akhir

       [ibu]         [pita]       [kiri]
       [ipar]        [tidur]      [jari]
ii) Vokal [e]

       Awal        Tengah    Akhir

       [ekor]      [merah]   [tauge]
       [ekar]      [keko ]   [tauke]

iii) Vokal [a]

       Awal        Tengah    Akhir

       [alur]      [mata]    [sama]
       [aku]       [baju]    [siapa]

iv) Vokal [ ]

       Awal        Tengah    Akhir

       [   mpat]   [t pat]    -
       [   ma ]    [g ra ]    -
v)Vokal [u]

       Awal     Tengah    Akhir

       [ubat]   [sudu]    [buku]
       [ulat]   [pukat]   [biru]


vi) Vokal [o]

       Awal     Tengah    Akhir

       [otot]   [tokoh]   [koko]
       [obor]   [kota]    [pidato]
• Fonem Konsonan

Bunyi – bunyi konsonan dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu:

      i) konsonan asli yang berasal daripada bahasa Melayu.
      ii)konsonan pinjaman yang dipinjam daripada bahasa -
         bahasa asing.

i)Konsonan Asli bahasa Melayu

Konsonan asli bahasa Melayu terdiri daripada 18 konsonan yang
memang sedia ada dalam sistem bunyi bahasa Melayu.

Berdasarkan cara pengeluaran dan daerah – daerah artikulasi,
konsonan – konsonan asli bahasa dapat dibahagikan kepada
tujuh jenis, iaitu:

      *Letupan atau plosif
      *Letusan atau afrikat
*Geseran atau frikatif
      *Getaran atau tril
      *Sisian atau lateral
      *Sengau atau nasal
      *Separuh vokal

Konsonan Letupan
Bunyi – bunyi konsonan letupan dapat dibahagikan kepada empat
jenis, iaitu

      a)Konsonan letupan dua bibir :

      i)Letupan dua bibir tak bersuara [p]

      Awal          Tengah          Akhir
      [papan]       [bapa]        [gelap]
      [paku]        [jumpa]       [redup]
ii) Letupan dua bibir tak bersuara [b]:

  Awal               Tengah               Akhir

  [bawa]             [tabah]              [azab]
  [bakul]            [ubat]               [darab]

b) Konsonan Letupan Gusi:

i) Letupan gusi tak bersuara [t]:

  Awal               Tengah               Akhir

  [tali]             [hitam]              [sakit]
  [takut]            [k tat]              [tamat]
ii) Letupan gusi bersuara [d]

  Awal               Tengah               Akhir

  [duga]             [cadar]              [tekad]
  [data]             [buda ]              [jasad]

c) Konsonan Letupan Lelangit Lembut

x) Letupan lelangit lembut tak bersuara [k]

  Awal               Tengah               Akhir

  [kurus]            [pakat]              [kritik]
  [kami]             [bakar]              [politik]
ii) Letupan lelangit lembut bersuara [g]

       Awal          Tengah                Akhir

       [gatal]       [segak]               [dialog]
       [gulai]       [tagih]               [beg]


d) Konsonan Letupan Glotis

       Awal          Tengah                Akhir

       [kaka ]       [gaga ]               [adi ]
       [sa at]       [p ti ]               [r ta ]
Konsonan Geseran

c) Konsonan Geseran Gusi [s]

  Awal              Tengah       Akhir

  [suka]            [rasa]       [bebas]
  [satu]            [jasa]       [atas]


b) Konsonan Geseran Glotis [h]

  Awal              Tengah       Akhir

  [hakis]           [mahal]      [titah]
  [halia]           [jahat]      [tanah]
Konsonan Getaran Gusi Bersuara [r]

      Awal        Tengah             Akhir

      [rumah]     [marah]            [lapar]
      [rambut]    [kurau]            [pagar]


Konsonan Sisian Gusi Bersuara [l]

      Awal        Tengah             Akhir

      [lancar]    [hala]             [kapal]
      [lali]      [kulat]            [pukal]
Konsonan Sengau

c) Sengau dua bibir bersuara [m]

  Awal              Tengah         Akhir

  [makan]           [lama]         [siram]
  [mula]            [semut]        [talam]


b) Sengau Gusi Bersuara [n]

  Awal              Tengah         Akhir

  [nasi]            [benih]        [depan]
  [nanas]           [kena]         [tahan]
Konsonan Separuh Vokal

c) Konsonan separuh vokal dua bibir [w]

  Awal              Tengah                Akhir

  [wujud]           [kawal]               [takraw]
  [wajib]           [mawar]


b) Konsonan separuh vokal lelangit keras [y]

  Awal              Tengah                Akhir

  [yuran]           [bayar]                -
  [yakin]           [bayam]                -
ii) Konsonan Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa konsonan yang
  dipinjam daripada bahasa asing seperti bahasa Arab,
  Sanskrit dan Inggeris.

Contoh :

g) Konsonan Geseran Bibir Gigi Tak bersuara [f]

  [fajar]           [lafaz]              [arif]
  [fasih]           [hafaz]              [saf]

b) Konsonan Geseran Bibir Gigi Bersuara [v]

  [variasi]         [novel]
  [van]             [aktiviti]
c) Konsonan Geseran Gusi lelangit Keras Tak Bersuara [ ]

Contoh perkataan:

      [ arikat]                      [ma arakat]
      [ arat]                        [mu kil]


d) Konsonan Geseran Lelangit Lembut Tak Bersuara [x]

Contoh perkataan:

      [xatam]              [baxil]
      [xianat]             [tarix]
Fonem Diftong

Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu:

i) Contoh [ai]:
                    [hairan]          [badai]
                    [pandai]          [syaitan]

ii) Contoh [au]:

                    [aurat]           [pulau]
                    [daulat]          [lampau]

iii) Contoh [oi]:

                    [sepoi]           [sekoi]
                    [amboi]           [boikot]
RUMUSAN

 Fonem adalah unit penggalan bahasa yang
terkecil yang dapat membezakan makna.

Fonem segmental bahasa Melayu terdiri
daripada vokal, konsonan dan diftong.

Vokal bahasa Melayu terbahagi kepada
vokal hadapan, vokal tengah, dan vokal
belakang.
• Konsonan bahasa Melayu terdiri daripada
konsonan asli dan konsonan pinjaman.
Konsonan bahasa Melayu terbahagi kepada
jenis – jenis letupan, letusan, geseran,
getaran, sisian, sengau, dan separuh vokal.

• Diftong adalah rentetan dua vokal yang
dihasilkan dengan satu hembusan nafas
sahaja dan mempunyai satu puncak
kelantangan.

• Fonem supra-segmental bersifat fonemik
dan terdiri daripada unsur – unsur
tekanan, panjang-pendek, tona, dan
persendian.
JENIS-JENIS
 FONETIK
 FONETIK ARTIKULASI
     ( SEBUTAN )

     FONETIK AUDITORI
      ( PENDENGARAN )



      FONETIK AKUSTIK
       ( SIFAT BUNYI )
FONETIK
ARTIKULASI /
artikulatori

   Kajian dari segi gerakan alat-alat yang menghasilkan
 bunyi ( Rencana Linguistik – Abdullah Hassan )

   Mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan
 atu dikeluarkan oleh alat artikulasi ( alat-alat yang
 berfungsi ketika mengeluarkan bunyi bahasa) .
  Fonetik jenis ini sangat penting bagi ahli bahasa,
 peneliti bahasa atau pelajar kerana ianya memberikan
 kepandaian berucap kepada seseorang.
Sambungan
    Fonetik jenis ini menerangkan kedudukan alat
  artikulasi dan cara ianya berfungsi sewaktu
  menghasilkan bunyi bahasa.

• Mengikutkajian fonetik ini, bunyi-bunyi suara terhasil
daripada proses berikut:

 ( Udara yang keluar daripada paru-paru akan lalu pada pita
suara yang mana ianya boleh menentukan samada bunyi itu
nyaring, kuat, perlahan dan sebagainya. Udara keluar melaui
rongga iaitu rongga tekak, rongga mulut atau rongga hidung
yang akan mewujudkan gema. Gema itu akan melalui jenis-
jenis gangguan oleh alat artikulasi di rongga mulut .Hasil dari
gangguan inilah wujudnya bunyi bahasa yang berlainan.
SAMBUNGAN
  Bunyi bahasa yang timbul adalah seperti jenis
letupan, letusan, geseran, sengauan dan lain-lain lagi.



Juga dikenali sebagai fonetik pertuturan atau sebutan
FONETIK
         AUDITORI
  Kajian dari segi pendengaran bunyi yang keluar
dari mulut ( Rencana Linguistik- Abdullah Hassan )

  Kajian yang berkaitan dengan pendengaran
terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan.

   Ianya mengkaji bunyi bahasa sebagai sesuatu yang
diterima oleh pendengar.


• Pendengaran bunyi itu adalah penting kerana ianya dapat
menentukan jenis-jenis dan perbezaan di antara bunyi.
Sambungan
•   Proses pendengaran mengikut kajian ini adalah :

• Gelombang udara masuk ke bahagian tengah telinga
• Gegendang telinga pendengar akan bergetar bersama
tulang osikel
• Tulang osikel yang bergetar berfungsi menyampaikan
getaran-getaran kepada cairan yang ada pada bahagian
dalam telinga.
• Kemudian saraf-saraf auditori menghantar maklumat
ke otak dan otak akan mentafsirkan maklumat itu
sebagai bunyi .

•Pendengaran yang tepat adalah penting untuk
menentukan jenis dan perbezaan antara bunyi-bunyi
supaya bunyi dapat ditranskripsikan dengan tepat
FONETIK
             AKUSTIK
• Kajianyang mengkaji tentang sifat-sifat atau hakikat
bunyi itu sendiri.

• Kajian
       dari segi sifat bunyi ( Rencana Linguistik-
Abdullah Hassan )

• Mengikut  fonetik akustik, bunyi adalah gelombang-
gelombang udara yang asalnya keluar dari paru-paru
dan kemudiannya mengalami perubahan dimana
perubahan itu disebabkan oleh gangguan yang dilakukan
oleh alat-alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan
sebagainya.
SAMBUNGAN
• Melalui kajian fonetik inilah kita dapat membezakan
sifat-sifat bunyi yang dihasilkan seperti halus, kasar,
nyaring, lantang , lunak dan sebagainya.

•Sifat-sifat bunyi seperti yang disebut itu dapat
ditentukan dengan menggunakan alat-alat penting
dalam kajian fonetik seperti palatogram, laringoskopi
dan letromiografi.
ALAT ARTIKULASI ATAU
              ALAT PERTUTURAN

 Proses pengeluaran bunyi bahasa, banyak alat yang terlibat:




                                    Alat yang terlibat secara
Alat yang terlibat dengan
                                    langsung dengan proses
 sistem pernafasan, iaitu
                                   pengeluaran bunyi bahasa
 yang berkaitan dengan
                                           misalnya
sistem udara yang keluar
                                    bahagian-bahagian lidah.
   masuk ke paru-paru.
ALAT-ALAT PERNAFASAN
   Badan manusia mempunyai sistem
    pernafasan yang bertujuan menyedut
    oksigen bagi pembersihan darah

   Selain daripada itu, ia juga berfungsi
    sebagai alat bagi mengeluarkan bunyi
    bahasa.
Rongga    Rongga mulut
                 hidung
                                  Lelangit
Mulut
                 lidah             lembut

                          Rongga tekak
Peti suara
                           Rongga rengkung
Saluran udara




  Paru-paru




Rajah 1 : Alat pernafasan
Paru-paru
   Dalam pengeluaran ujaran manusia, udara
  memainkan penting dan ia adalah unsur yang
  terpenting dalam menghasilkan bunyi bahasa.
    Paru-paru akan menyedut udara masuk ke
   dalam paru-paru apabila dada dikembangkan
 dan apabila dikempiskan maka udara terdesak
 keluar. Udara itu keluar melalui pipa rengkung
 yang lebih kurang 11 cm panjang dan 2 ½ cm
lebarnya dan terus ke rongga hidung atau mulut
Rongga Rengkung
Ronga rengkung terdiri daripada sembilan keping
tulang rawan yang mempunyai bentuk seakan-akan
kotak dan diberi nama kotak suara atau peti suara.
Di sini letaknya halkum yang boleh bergerak ke atas
  atau ke bawah berdasarkan nada tinggi ataupun
                       rendah.

    Peti suara ini sangat penting semasa penghasilan
    bunyi. Didalamnya terdapat pita suara atau glotis..
     Ketiadaan peti suara menyebabkan seseorang itu
                            bisu.
Rongga Tekak
 Bermula dari rongga rengkung hingga ke rongga
 hidung, Panjangnya lebih kurang 15 cm. Rongga ini
  lebar diatas dan meruncing ke bawah. Rongga ini
  boleh diluaskan dan disempitkan. Lelangit lembut
   yang terletak di dalam rongga ini boleh diangkat
untuk menutup rongga hidung atau diturunkan untuk
   membuka dan meluaskan ruang rongga supaya
    udara dapat melaluinya. Pergerakan seperti ini
 semuanya penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi
                        bahasa.
Rongga Hidung

Rongga hidung ialah ruang yang terdapat di
atas rongga mulut dan dipisahkan dari rongga
mulut oleh lelangit lembut. Rongga ini bermula
 dari rongga tekak hingga ke lubang hidung.
Rongga Mulut


   Rongga mulut ialah ruang yang terletak di
       antara rongga tekak dengan bibir.
Alat sebutan
   Alat-alat yang terlibat secara langsung dalam
    proses pengeluaran bunyi. Terdiri daripada :
    Lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit keras, lelangit
                lembut, dan pita suara.
Penghasilan bunyi-bunyi bahasa.
    Tiga kategori penting yang terlibat :
           1. Artikulator atau alat artikulasi




            2. Titik atau daerah artikulasi



                          3. Udara
ALAT-ALAT ARTIKULASI
  Alat artikulasi adalah alat ujaran yang
 boleh membuat penyempitan dan boleh
    bergerak semasa meghasilkan bunyi
  bahasa. Alat-alat itu ialah : Kedua-dua
bibir, tulang rahang, lidah, lelangit lembut,
                dan pita suara.
Rongga mulut              Lelangit lembut
                            Rongga hidung   & Lelangit keras

                                               Anak tekak

 Gusi


Gigi


Bibir                                            Epiglotis
                                                  Rongga tekak
        Lidah



                                            Pita suara
                Tenggorok

Rahang
Bibir Atas dan Bibir Bawah

   Bibir ialah organ yang menjadi sempadan paling
     luar dari rongga mulut. Merupakan kumpulan
       otot yang kenyal yang boleh diubah-ubah
     bentuk dengan menguasai otot-otot tersebut.
       Bibir tersebut boleh menjadi bundar, leper
          untuk mengeluarkan bunyi-bunyi yang
                        berlainan.
Epiglotis
 Anak tekak yang terdiri dari sekelompok
otot yang berbentuk bujur daun yang boleh
bergerak ke depan atau ke belakang untuk
  menutup rongga rengkung. Ianya juga
boleh digerakkan untuk menyempitkan atau
       meluaskan rongga rengkung.
Tulang Rahang
    Tulang rahang terlibat dalam penghasilan bunyi-
    bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan bibir
      dan gigi. Mulut akan terbuka luas jika rahang
         dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.
Lidah
   Merupakan alat artikulasi yang terpenting. Gerakan lidah
        ke daerah-daerah tertentu dalam rongga mulut
       menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berbeza.
                             

    Lidah di bahagikan kepada 5 bahagian penting iaitu :
    

Hujung lidah, tengah lidah, depan lidah,belakang lidah dan
                         akar lidah.

Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama
 ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk membuat
  penyekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga
                          mulut.
Lelangit
                            2 bahagian

   Lelangit keras : Terletak diantara gusi dan lelangit lembut.
     Lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam
                     pengeluaran bunyi-bunyi.

     Lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras
     hingga ke akhir rongga mulut dan merupakan bahagian
        lelangit yang paling belakang dalam rongga mulut.
    Lelangit lembut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau
       membuka rongga tekak dan saluran rongga hidung.
Pita Suara
  Pita suara terletak dalam rongga rengkung.
Dalam peti suara terdapat otot-otot selaput nipis
yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara dapat
  dirapatkan dan direnggangkan. Ruang antara
    pita suara itu dipanggil glotis. Glotis boleh
 disempitkan, dikecilkan atau dirapatkan hingga
               tertutup sama sekali.
Gusi
Terletak di antara gigi dan lelangit keras.
Keadaanya cembung dan berfungsi sebagai
 daerah artikulasi. Gusi berperanan dalam
pengeluaran bunyi-bunyi seperti bunyi t, d, l
       dengan bantuan hujung lidah.
Daerah Artikulasi
   Daerah artikulasi ialah bahagian dalam
    rongga mulut yang tidak dapat bergerak
    atau digerakkan dalam penghasilan bunyi
    . Walau bagaimanapun daerah-daerah ini
    dapat disentuh oleh alat-alat artikulasi
    tertentu. Daerah-daerah ini ialah gigi
    bawah, gigi atas, gusi, lelangit keras, dan
     velum.
Peranan Udara
   Setiap bunyi bahasa dihasilkan oleh alat
    ujaran yang berfungsi serentak dengan
      udara yang keluar dari paru-paru.

   Lazimnya bunyi-bunyi bahasa dihasilkan
     sewaktu udara keluar dari paru-paru,
    melalui rongga-rongga rengkung, tekak,
               mulut, dan hidung.
Apa Itu BUNYI ?


    Bunyi adalah gelombang udara yang keluar
    daripada kedua belah paru-paru, seterusnya

 melalui pita suara, ke rongga tekak dan akhirnya
 keluar terus melalui rongga mulut atau rongga
 hidung.
 Semasa udara keluar melalui rongga tekak dan

 rongga mulut, udara itu mungkin mengalami
 gangguan atau sekatan atau mungkin tidak.
 Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian

 gegendang telinga dan akhirnya kita
 mendengarnya sebagai bunyi.
Bunyi Bahasa
   Bunyi-bunyi yang terdapat di dalam segala
    bahasa di dunia ini.
   Bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi
    di dalam pertuturan.
   Ia merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi di
    dalam komunikasi
   Untuk tujuan kajian, bunyi-bunyi tersebut
    dianggap terpisah atau dipenggalkan menjadi
    unit-unit kecil yang dikenali sebagai bunyi
    penggalan atau fon. Contohnya : [p], [w] dan
    [a].
….sambungan

   Terdapat juga bunyi lain yang tidak bersifat
    penggalan, bunyi-bunyi ini disebut bunyi-bunyi
    ini disebut bunyi-bunyi suprapenggalan.

   Contohnya ialah unsur kepanjangan,
    membezakan perkataan Inggeris [sit ] (vokal i
    yang pendek) daripada perkataan [si:t ] (vokal i
    yang panjang yang ditandai dengan lambang
    dua titik [:] selepas vokal i ).
Bukan Bunyi Bahasa
    Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat
    artikulasi manusia.

    Sehingga sekarang masih belum dapat dianggap
    sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia ini.

   Contoh : Bunyi batuk, bunyi berdehem, bunyi
    siulan, tiruan kepada bunyi binatang, sendawa,
    mendengkur, bunyi orang menggigil dan
    sebagainya.
Bunyi Bersuara dan Bunyi Tidak
             Bersuara
Keduanya berkaitan dengan keadaan pita suara.

Sekiranya semasa udara keluar melalui pita
suara, keadaan pita suara (glotis) itu agak rapat
maka berlakulah getaran dan bunyi yang
menghasilkan bunyi bersuara.

Sekiranya keadaan glotis renggang atau terbuka,
sewaktu udara keluar melaluinya, tidak berlaku
getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi
tidak bersuara.
Bagaimana Bunyi Dihasikan
Udara dikeluarkan dari kedua belah paru-paru melalui
ruang tenggorok dan pita suara, masuk ke rongga tekak,
seterusnya ke rongga mulut atau rongga hidung.

Sekiranya semasa udara itu lalu pada pita suara, pita
suara itu tertutup rapat dan udara terpaksa keluar
secara terdesak maka bunyi batuk akan timbul.

Manakala jika pita suara renggang dan udara dapat
keluar melaluinya, pita suara itu akan bergetar maka
bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.
……Sambungan

 Apabila pita suara lebih renggang lagi, udara boleh
 keluar dengan mudah, pita suara tidak bergetar, oleh itu
 bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara.

 Udara yang keluar dari pita suara akan masuk ke rongga
 tekak lalu mungkin ia terus ke rongga hidung atau
 rongga mulut.

 Lelangit lembut atau anak tekak akan mengatur jalan
 udara sama ada ke rongga mulut atau rongga hidung.

 Sekiranya lelangit lembut dan anak tekak tidak menutup
 ruang ke rongga hidung maka udara akan keluar melalui
 hidung yang akan menghasilkan bunyi sengau.
……Sambungan



 Manakala jika ruang ke rongga hidung tertutup, udara
 akan keluar melalui rongga mulut dan bunyi yang
 terhasil bukan bunyi sengau.
BINTANG TUJUH SINAR BERSERI,
BULAN PURNAMA DATANG MENERPA,
AJARAN GURU HENDAKLAH DICARI,
MANA YANG DAPAT JANGAN DILUPA.

More Related Content

What's hot

BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanPihin Hassanal
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologifitri norlida
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)murni mohamat
 
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuKonsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuIPG Kampus Kota Bharu
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)FaFai S.
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuIzzat Hakim
 
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSANFONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSANNURUL AZREEN
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologinurul amyeza
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasamarzieta
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namafitri norlida
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kataAsri Mohad
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU@f!Q@H @F!N@
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Ranjene Ramaya
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullprincess Sakura
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasimidiewahab
 

What's hot (20)

BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuKonsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
 
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSANFONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
FONEM SEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU: LETUPAN DAN LETUSAN
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa nama
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata1.7 bentuk kata
1.7 bentuk kata
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 

Similar to Fonetik dan fonologi

Similar to Fonetik dan fonologi (20)

Fonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugisFonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugis
 
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonanFonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
 
Vokal
Vokal Vokal
Vokal
 
Beza fonetik
Beza fonetikBeza fonetik
Beza fonetik
 
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
 
Fonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjjFonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjj
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
 
Bahasa Melayu STPM Penggal 1
Bahasa Melayu STPM Penggal 1Bahasa Melayu STPM Penggal 1
Bahasa Melayu STPM Penggal 1
 
BAB 4 - FONOLOGI
BAB 4 - FONOLOGIBAB 4 - FONOLOGI
BAB 4 - FONOLOGI
 
fonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasminfonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasmin
 
Fonetik en. mohamad fonetik
Fonetik en. mohamad fonetikFonetik en. mohamad fonetik
Fonetik en. mohamad fonetik
 
Contoh soalan fonetik pgsr
Contoh soalan fonetik pgsrContoh soalan fonetik pgsr
Contoh soalan fonetik pgsr
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Soalan pn bainah rashadah
Soalan pn bainah rashadahSoalan pn bainah rashadah
Soalan pn bainah rashadah
 
Diftong
DiftongDiftong
Diftong
 
Bml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpointBml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpoint
 
Fonetik
FonetikFonetik
Fonetik
 

More from Jalalludin Ibrahim (20)

pemikiran aras tinggi (KBAT)
pemikiran aras tinggi (KBAT)pemikiran aras tinggi (KBAT)
pemikiran aras tinggi (KBAT)
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesan
 
Kssr 130507213236-phpapp01
Kssr 130507213236-phpapp01Kssr 130507213236-phpapp01
Kssr 130507213236-phpapp01
 
Erajawi
ErajawiErajawi
Erajawi
 
Bahan slaid int 1- 3 Sistem Ejaan Jawi
Bahan slaid int 1- 3 Sistem Ejaan JawiBahan slaid int 1- 3 Sistem Ejaan Jawi
Bahan slaid int 1- 3 Sistem Ejaan Jawi
 
SISTEM TULISAN JAWI
SISTEM TULISAN JAWI SISTEM TULISAN JAWI
SISTEM TULISAN JAWI
 
Waj 3104 definisi bahasa
Waj 3104   definisi bahasaWaj 3104   definisi bahasa
Waj 3104 definisi bahasa
 
Program linus
Program linusProgram linus
Program linus
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
Waj 3104 Definisi Bahasa
Waj 3104   Definisi BahasaWaj 3104   Definisi Bahasa
Waj 3104 Definisi Bahasa
 
Waj 3104 Definisi Bahasa
Waj 3104   Definisi BahasaWaj 3104   Definisi Bahasa
Waj 3104 Definisi Bahasa
 
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
 
LITERASI BAHASA KIA2M
LITERASI BAHASA  KIA2MLITERASI BAHASA  KIA2M
LITERASI BAHASA KIA2M
 
Animasi
AnimasiAnimasi
Animasi
 
Tutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranTutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaran
 
Tutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaranTutorial pembelajaran
Tutorial pembelajaran
 
Jangan lupa lirik
Jangan lupa lirik Jangan lupa lirik
Jangan lupa lirik
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
 
DOKUMEN STANDARD KSSR BM THN 2 SJK
DOKUMEN STANDARD KSSR BM THN 2 SJKDOKUMEN STANDARD KSSR BM THN 2 SJK
DOKUMEN STANDARD KSSR BM THN 2 SJK
 
Ds bhs malaysia thn 2 sjk
Ds bhs malaysia thn 2 sjkDs bhs malaysia thn 2 sjk
Ds bhs malaysia thn 2 sjk
 

Fonetik dan fonologi

  • 1. DEFINISI FONOLOGI -Fonetik dan fonemik -Bunyi bahasa -Bunyi bukan bahasa. PENSYARAH : HAJI YUSSOFF BIN SAID JABATAN PENGAJIAN MELAYU
  • 2. DEFINISI FONOLOGI Fonologi ialah bidang yang menyelidiki bunyi bahasa hanya menurut segi fungsionalnya sahaja. Sumber : Pengantar Linguistik , Prof. Dr J.W.M. Verhaar, Gadjah Mada Universiti Press, Yogyakarta, 1988.
  • 3. DEFINISI FONOLOGI Fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini. Sumber : Teks Bahasa Melayu STPM, Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam ,2006.
  • 4. DEFINISI FONOLOGI Fonologi ( filoloji @ ilmu bunyi ) ialah studi tentang bahasa dalam hubungannya dengan kegiatan – kegiatan kebudayaan yang lain di luar kegiatan berbahasa itu sendiri, yaitu finomena bahasa yang “extra linguistic”. Sumber : Bahasa dan Ilmubahasa dan Finoloji, Samsuri, DBP, KL, 1972.
  • 5. DEFINISI FONETIK Fonetik ialah bidang bidang yang mengkaji bunyi – bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi tersebut. Sumber : Teks Bahasa Melayu STPM, Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam ,2006.
  • 6. DEFINISI FONETIK Fonetik ialah kajian mengenai bunyi – bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Bunyi bahasa adalah bunyi – bunyi yang digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi. Sumber : Fonetik Dan Fonologi : Siri P & P Bahasa Melayu , Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan.
  • 7. DEFINISI FONETIK Fonetik atau ilmu bunyi menyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole atau sebagaimana terdapat di dalamnya tanpa memperhatikan segi fungsionalnya. Sumber : Pengantar Linguistik , Prof. Dr J.W.M. Verhaar, Gadjah Mada Universiti Press, Yogyakarta, 1988.
  • 8. DEFINISI FONETIK Fonetik adalah satu ilmu bersifat historis; ia menganalisis peristiwa dan perubahan, serta bergerak melalui masa. Fonetik seharusnya merujuk, dan seharusnya terus merujuk kepada kajian evolusi bunyi. Sumber : Pengantar Linguistik Umum, Ferdinand de Sausure, DBP.
  • 9. DEFINISI FONETIK Fonetik mengkaji bunyi bahasa : Dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Sumber : Dr. Awang Had Salleh ( Nov 1958 : 536 – 540 )
  • 10. DEFINISI FONEMIK Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa secara sinkronik, khususnya untuk mengenal pasti fonem – fonem dalam bahasa tersebut dan menghasilkan sistem tulisan. Sumber : Pengantar Linguistik Umum, Ferdinand de Sausure, DBP, KL, 1993.
  • 11. DEFINISI FONEMIK Fonemik mengkaji bunyi – bunyi yang penting dalam sesuatu bahasa. Bunyi itu penting kerana ia mempunyai fungsi atau ciri pembeza. Sumber : Dr. Awang Had Salleh ( Nov 1958 : 536 – 540 )
  • 12. FONEM / FONEMIK Fonem adalah unit penggalan bahasa yang terkecil yang dapat membezakan makna. Banyak bunyi boleh diujarkan oleh alat artikulasi dan digolongkan kepada beberapa bunyi yang penting sahaja. Bunyi – bunyi yang tergolong ke dalam keluarga yang sama dikenali sebagai fonem. Setiap fonem itu mempunyai anggota – anggota yang terdiri daripada fon – fon yang mempunyai ciri – ciri fonetik yang sama. Setiap fon yang menjadi anggota fonem itu dipakai dalam lingkungannya sendiri.
  • 13. • Fonem Segmental Bahasa Melayu Sebanyak 36 fonem dalam bahasa Melayu, iaitu 27 fonem asli dan 9 fonem pinjaman (kesemuanya geseran). Daripada jumlah fonem asli ini, terdapat 6 fonem vokal, 18 fonem konsonan dan 3 fonem diftong. • Fonem Vokal Bunyi vokal bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Contoh vokal: i) Vokal [i] Awal Tengah Akhir [ibu] [pita] [kiri] [ipar] [tidur] [jari]
  • 14. ii) Vokal [e] Awal Tengah Akhir [ekor] [merah] [tauge] [ekar] [keko ] [tauke] iii) Vokal [a] Awal Tengah Akhir [alur] [mata] [sama] [aku] [baju] [siapa] iv) Vokal [ ] Awal Tengah Akhir [ mpat] [t pat] - [ ma ] [g ra ] -
  • 15. v)Vokal [u] Awal Tengah Akhir [ubat] [sudu] [buku] [ulat] [pukat] [biru] vi) Vokal [o] Awal Tengah Akhir [otot] [tokoh] [koko] [obor] [kota] [pidato]
  • 16. • Fonem Konsonan Bunyi – bunyi konsonan dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: i) konsonan asli yang berasal daripada bahasa Melayu. ii)konsonan pinjaman yang dipinjam daripada bahasa - bahasa asing. i)Konsonan Asli bahasa Melayu Konsonan asli bahasa Melayu terdiri daripada 18 konsonan yang memang sedia ada dalam sistem bunyi bahasa Melayu. Berdasarkan cara pengeluaran dan daerah – daerah artikulasi, konsonan – konsonan asli bahasa dapat dibahagikan kepada tujuh jenis, iaitu: *Letupan atau plosif *Letusan atau afrikat
  • 17. *Geseran atau frikatif *Getaran atau tril *Sisian atau lateral *Sengau atau nasal *Separuh vokal Konsonan Letupan Bunyi – bunyi konsonan letupan dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu a)Konsonan letupan dua bibir : i)Letupan dua bibir tak bersuara [p] Awal Tengah Akhir [papan] [bapa] [gelap] [paku] [jumpa] [redup]
  • 18. ii) Letupan dua bibir tak bersuara [b]: Awal Tengah Akhir [bawa] [tabah] [azab] [bakul] [ubat] [darab] b) Konsonan Letupan Gusi: i) Letupan gusi tak bersuara [t]: Awal Tengah Akhir [tali] [hitam] [sakit] [takut] [k tat] [tamat]
  • 19. ii) Letupan gusi bersuara [d] Awal Tengah Akhir [duga] [cadar] [tekad] [data] [buda ] [jasad] c) Konsonan Letupan Lelangit Lembut x) Letupan lelangit lembut tak bersuara [k] Awal Tengah Akhir [kurus] [pakat] [kritik] [kami] [bakar] [politik]
  • 20. ii) Letupan lelangit lembut bersuara [g] Awal Tengah Akhir [gatal] [segak] [dialog] [gulai] [tagih] [beg] d) Konsonan Letupan Glotis Awal Tengah Akhir [kaka ] [gaga ] [adi ] [sa at] [p ti ] [r ta ]
  • 21. Konsonan Geseran c) Konsonan Geseran Gusi [s] Awal Tengah Akhir [suka] [rasa] [bebas] [satu] [jasa] [atas] b) Konsonan Geseran Glotis [h] Awal Tengah Akhir [hakis] [mahal] [titah] [halia] [jahat] [tanah]
  • 22. Konsonan Getaran Gusi Bersuara [r] Awal Tengah Akhir [rumah] [marah] [lapar] [rambut] [kurau] [pagar] Konsonan Sisian Gusi Bersuara [l] Awal Tengah Akhir [lancar] [hala] [kapal] [lali] [kulat] [pukal]
  • 23. Konsonan Sengau c) Sengau dua bibir bersuara [m] Awal Tengah Akhir [makan] [lama] [siram] [mula] [semut] [talam] b) Sengau Gusi Bersuara [n] Awal Tengah Akhir [nasi] [benih] [depan] [nanas] [kena] [tahan]
  • 24. Konsonan Separuh Vokal c) Konsonan separuh vokal dua bibir [w] Awal Tengah Akhir [wujud] [kawal] [takraw] [wajib] [mawar] b) Konsonan separuh vokal lelangit keras [y] Awal Tengah Akhir [yuran] [bayar] - [yakin] [bayam] -
  • 25. ii) Konsonan Pinjaman Dalam Bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa konsonan yang dipinjam daripada bahasa asing seperti bahasa Arab, Sanskrit dan Inggeris. Contoh : g) Konsonan Geseran Bibir Gigi Tak bersuara [f] [fajar] [lafaz] [arif] [fasih] [hafaz] [saf] b) Konsonan Geseran Bibir Gigi Bersuara [v] [variasi] [novel] [van] [aktiviti]
  • 26. c) Konsonan Geseran Gusi lelangit Keras Tak Bersuara [ ] Contoh perkataan: [ arikat] [ma arakat] [ arat] [mu kil] d) Konsonan Geseran Lelangit Lembut Tak Bersuara [x] Contoh perkataan: [xatam] [baxil] [xianat] [tarix]
  • 27. Fonem Diftong Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu: i) Contoh [ai]: [hairan] [badai] [pandai] [syaitan] ii) Contoh [au]: [aurat] [pulau] [daulat] [lampau] iii) Contoh [oi]: [sepoi] [sekoi] [amboi] [boikot]
  • 28. RUMUSAN  Fonem adalah unit penggalan bahasa yang terkecil yang dapat membezakan makna. Fonem segmental bahasa Melayu terdiri daripada vokal, konsonan dan diftong. Vokal bahasa Melayu terbahagi kepada vokal hadapan, vokal tengah, dan vokal belakang.
  • 29. • Konsonan bahasa Melayu terdiri daripada konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan bahasa Melayu terbahagi kepada jenis – jenis letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengau, dan separuh vokal. • Diftong adalah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. • Fonem supra-segmental bersifat fonemik dan terdiri daripada unsur – unsur tekanan, panjang-pendek, tona, dan persendian.
  • 30. JENIS-JENIS FONETIK FONETIK ARTIKULASI ( SEBUTAN ) FONETIK AUDITORI ( PENDENGARAN ) FONETIK AKUSTIK ( SIFAT BUNYI )
  • 31. FONETIK ARTIKULASI / artikulatori Kajian dari segi gerakan alat-alat yang menghasilkan bunyi ( Rencana Linguistik – Abdullah Hassan ) Mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan atu dikeluarkan oleh alat artikulasi ( alat-alat yang berfungsi ketika mengeluarkan bunyi bahasa) . Fonetik jenis ini sangat penting bagi ahli bahasa, peneliti bahasa atau pelajar kerana ianya memberikan kepandaian berucap kepada seseorang.
  • 32. Sambungan Fonetik jenis ini menerangkan kedudukan alat artikulasi dan cara ianya berfungsi sewaktu menghasilkan bunyi bahasa. • Mengikutkajian fonetik ini, bunyi-bunyi suara terhasil daripada proses berikut: ( Udara yang keluar daripada paru-paru akan lalu pada pita suara yang mana ianya boleh menentukan samada bunyi itu nyaring, kuat, perlahan dan sebagainya. Udara keluar melaui rongga iaitu rongga tekak, rongga mulut atau rongga hidung yang akan mewujudkan gema. Gema itu akan melalui jenis- jenis gangguan oleh alat artikulasi di rongga mulut .Hasil dari gangguan inilah wujudnya bunyi bahasa yang berlainan.
  • 33. SAMBUNGAN Bunyi bahasa yang timbul adalah seperti jenis letupan, letusan, geseran, sengauan dan lain-lain lagi. Juga dikenali sebagai fonetik pertuturan atau sebutan
  • 34. FONETIK AUDITORI Kajian dari segi pendengaran bunyi yang keluar dari mulut ( Rencana Linguistik- Abdullah Hassan ) Kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan. Ianya mengkaji bunyi bahasa sebagai sesuatu yang diterima oleh pendengar. • Pendengaran bunyi itu adalah penting kerana ianya dapat menentukan jenis-jenis dan perbezaan di antara bunyi.
  • 35. Sambungan • Proses pendengaran mengikut kajian ini adalah : • Gelombang udara masuk ke bahagian tengah telinga • Gegendang telinga pendengar akan bergetar bersama tulang osikel • Tulang osikel yang bergetar berfungsi menyampaikan getaran-getaran kepada cairan yang ada pada bahagian dalam telinga. • Kemudian saraf-saraf auditori menghantar maklumat ke otak dan otak akan mentafsirkan maklumat itu sebagai bunyi . •Pendengaran yang tepat adalah penting untuk menentukan jenis dan perbezaan antara bunyi-bunyi supaya bunyi dapat ditranskripsikan dengan tepat
  • 36. FONETIK AKUSTIK • Kajianyang mengkaji tentang sifat-sifat atau hakikat bunyi itu sendiri. • Kajian dari segi sifat bunyi ( Rencana Linguistik- Abdullah Hassan ) • Mengikut fonetik akustik, bunyi adalah gelombang- gelombang udara yang asalnya keluar dari paru-paru dan kemudiannya mengalami perubahan dimana perubahan itu disebabkan oleh gangguan yang dilakukan oleh alat-alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya.
  • 37. SAMBUNGAN • Melalui kajian fonetik inilah kita dapat membezakan sifat-sifat bunyi yang dihasilkan seperti halus, kasar, nyaring, lantang , lunak dan sebagainya. •Sifat-sifat bunyi seperti yang disebut itu dapat ditentukan dengan menggunakan alat-alat penting dalam kajian fonetik seperti palatogram, laringoskopi dan letromiografi.
  • 38. ALAT ARTIKULASI ATAU ALAT PERTUTURAN Proses pengeluaran bunyi bahasa, banyak alat yang terlibat: Alat yang terlibat secara Alat yang terlibat dengan langsung dengan proses sistem pernafasan, iaitu pengeluaran bunyi bahasa yang berkaitan dengan misalnya sistem udara yang keluar bahagian-bahagian lidah. masuk ke paru-paru.
  • 39. ALAT-ALAT PERNAFASAN  Badan manusia mempunyai sistem pernafasan yang bertujuan menyedut oksigen bagi pembersihan darah  Selain daripada itu, ia juga berfungsi sebagai alat bagi mengeluarkan bunyi bahasa.
  • 40. Rongga Rongga mulut hidung Lelangit Mulut lidah lembut Rongga tekak Peti suara Rongga rengkung Saluran udara Paru-paru Rajah 1 : Alat pernafasan
  • 41. Paru-paru Dalam pengeluaran ujaran manusia, udara memainkan penting dan ia adalah unsur yang terpenting dalam menghasilkan bunyi bahasa. Paru-paru akan menyedut udara masuk ke dalam paru-paru apabila dada dikembangkan dan apabila dikempiskan maka udara terdesak keluar. Udara itu keluar melalui pipa rengkung yang lebih kurang 11 cm panjang dan 2 ½ cm lebarnya dan terus ke rongga hidung atau mulut
  • 42. Rongga Rengkung Ronga rengkung terdiri daripada sembilan keping tulang rawan yang mempunyai bentuk seakan-akan kotak dan diberi nama kotak suara atau peti suara. Di sini letaknya halkum yang boleh bergerak ke atas atau ke bawah berdasarkan nada tinggi ataupun rendah.  Peti suara ini sangat penting semasa penghasilan bunyi. Didalamnya terdapat pita suara atau glotis.. Ketiadaan peti suara menyebabkan seseorang itu bisu.
  • 43. Rongga Tekak Bermula dari rongga rengkung hingga ke rongga hidung, Panjangnya lebih kurang 15 cm. Rongga ini lebar diatas dan meruncing ke bawah. Rongga ini boleh diluaskan dan disempitkan. Lelangit lembut yang terletak di dalam rongga ini boleh diangkat untuk menutup rongga hidung atau diturunkan untuk membuka dan meluaskan ruang rongga supaya udara dapat melaluinya. Pergerakan seperti ini semuanya penting dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
  • 44. Rongga Hidung Rongga hidung ialah ruang yang terdapat di atas rongga mulut dan dipisahkan dari rongga mulut oleh lelangit lembut. Rongga ini bermula dari rongga tekak hingga ke lubang hidung.
  • 45. Rongga Mulut  Rongga mulut ialah ruang yang terletak di antara rongga tekak dengan bibir.
  • 46. Alat sebutan  Alat-alat yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran bunyi. Terdiri daripada : Lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, dan pita suara.
  • 47. Penghasilan bunyi-bunyi bahasa.  Tiga kategori penting yang terlibat : 1. Artikulator atau alat artikulasi 2. Titik atau daerah artikulasi 3. Udara
  • 48. ALAT-ALAT ARTIKULASI  Alat artikulasi adalah alat ujaran yang boleh membuat penyempitan dan boleh bergerak semasa meghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat itu ialah : Kedua-dua bibir, tulang rahang, lidah, lelangit lembut, dan pita suara.
  • 49. Rongga mulut Lelangit lembut Rongga hidung & Lelangit keras Anak tekak Gusi Gigi Bibir Epiglotis Rongga tekak Lidah Pita suara Tenggorok Rahang
  • 50. Bibir Atas dan Bibir Bawah  Bibir ialah organ yang menjadi sempadan paling luar dari rongga mulut. Merupakan kumpulan otot yang kenyal yang boleh diubah-ubah bentuk dengan menguasai otot-otot tersebut. Bibir tersebut boleh menjadi bundar, leper untuk mengeluarkan bunyi-bunyi yang berlainan.
  • 51. Epiglotis  Anak tekak yang terdiri dari sekelompok otot yang berbentuk bujur daun yang boleh bergerak ke depan atau ke belakang untuk menutup rongga rengkung. Ianya juga boleh digerakkan untuk menyempitkan atau meluaskan rongga rengkung.
  • 52. Tulang Rahang  Tulang rahang terlibat dalam penghasilan bunyi- bunyi bahasa dalam menentukan kedudukan bibir dan gigi. Mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.
  • 53. Lidah  Merupakan alat artikulasi yang terpenting. Gerakan lidah ke daerah-daerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berbeza.  Lidah di bahagikan kepada 5 bahagian penting iaitu :  Hujung lidah, tengah lidah, depan lidah,belakang lidah dan akar lidah. Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut.
  • 54. Lelangit  2 bahagian  Lelangit keras : Terletak diantara gusi dan lelangit lembut. Lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi-bunyi.  Lelangit lembut bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut dan merupakan bahagian lelangit yang paling belakang dalam rongga mulut. Lelangit lembut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka rongga tekak dan saluran rongga hidung.
  • 55. Pita Suara  Pita suara terletak dalam rongga rengkung. Dalam peti suara terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara dapat dirapatkan dan direnggangkan. Ruang antara pita suara itu dipanggil glotis. Glotis boleh disempitkan, dikecilkan atau dirapatkan hingga tertutup sama sekali.
  • 56. Gusi Terletak di antara gigi dan lelangit keras. Keadaanya cembung dan berfungsi sebagai daerah artikulasi. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti bunyi t, d, l dengan bantuan hujung lidah.
  • 57. Daerah Artikulasi  Daerah artikulasi ialah bahagian dalam rongga mulut yang tidak dapat bergerak atau digerakkan dalam penghasilan bunyi . Walau bagaimanapun daerah-daerah ini dapat disentuh oleh alat-alat artikulasi tertentu. Daerah-daerah ini ialah gigi bawah, gigi atas, gusi, lelangit keras, dan velum.
  • 58. Peranan Udara  Setiap bunyi bahasa dihasilkan oleh alat ujaran yang berfungsi serentak dengan udara yang keluar dari paru-paru.  Lazimnya bunyi-bunyi bahasa dihasilkan sewaktu udara keluar dari paru-paru, melalui rongga-rongga rengkung, tekak, mulut, dan hidung.
  • 59. Apa Itu BUNYI ?  Bunyi adalah gelombang udara yang keluar daripada kedua belah paru-paru, seterusnya melalui pita suara, ke rongga tekak dan akhirnya keluar terus melalui rongga mulut atau rongga hidung.  Semasa udara keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut, udara itu mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau mungkin tidak.  Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya kita mendengarnya sebagai bunyi.
  • 60. Bunyi Bahasa  Bunyi-bunyi yang terdapat di dalam segala bahasa di dunia ini.  Bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam pertuturan.  Ia merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam komunikasi  Untuk tujuan kajian, bunyi-bunyi tersebut dianggap terpisah atau dipenggalkan menjadi unit-unit kecil yang dikenali sebagai bunyi penggalan atau fon. Contohnya : [p], [w] dan [a].
  • 61. ….sambungan  Terdapat juga bunyi lain yang tidak bersifat penggalan, bunyi-bunyi ini disebut bunyi-bunyi ini disebut bunyi-bunyi suprapenggalan.  Contohnya ialah unsur kepanjangan, membezakan perkataan Inggeris [sit ] (vokal i yang pendek) daripada perkataan [si:t ] (vokal i yang panjang yang ditandai dengan lambang dua titik [:] selepas vokal i ).
  • 62. Bukan Bunyi Bahasa Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia. Sehingga sekarang masih belum dapat dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia ini.  Contoh : Bunyi batuk, bunyi berdehem, bunyi siulan, tiruan kepada bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang menggigil dan sebagainya.
  • 63. Bunyi Bersuara dan Bunyi Tidak Bersuara Keduanya berkaitan dengan keadaan pita suara. Sekiranya semasa udara keluar melalui pita suara, keadaan pita suara (glotis) itu agak rapat maka berlakulah getaran dan bunyi yang menghasilkan bunyi bersuara. Sekiranya keadaan glotis renggang atau terbuka, sewaktu udara keluar melaluinya, tidak berlaku getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara.
  • 64. Bagaimana Bunyi Dihasikan Udara dikeluarkan dari kedua belah paru-paru melalui ruang tenggorok dan pita suara, masuk ke rongga tekak, seterusnya ke rongga mulut atau rongga hidung. Sekiranya semasa udara itu lalu pada pita suara, pita suara itu tertutup rapat dan udara terpaksa keluar secara terdesak maka bunyi batuk akan timbul. Manakala jika pita suara renggang dan udara dapat keluar melaluinya, pita suara itu akan bergetar maka bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara.
  • 65. ……Sambungan Apabila pita suara lebih renggang lagi, udara boleh keluar dengan mudah, pita suara tidak bergetar, oleh itu bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara. Udara yang keluar dari pita suara akan masuk ke rongga tekak lalu mungkin ia terus ke rongga hidung atau rongga mulut. Lelangit lembut atau anak tekak akan mengatur jalan udara sama ada ke rongga mulut atau rongga hidung. Sekiranya lelangit lembut dan anak tekak tidak menutup ruang ke rongga hidung maka udara akan keluar melalui hidung yang akan menghasilkan bunyi sengau.
  • 66. ……Sambungan Manakala jika ruang ke rongga hidung tertutup, udara akan keluar melalui rongga mulut dan bunyi yang terhasil bukan bunyi sengau.
  • 67. BINTANG TUJUH SINAR BERSERI, BULAN PURNAMA DATANG MENERPA, AJARAN GURU HENDAKLAH DICARI, MANA YANG DAPAT JANGAN DILUPA.