Model Konstruktivisme 5-Fasa menekankan proses pembelajaran konstruktif melalui 5 fasa: (1) pencetusan idea, (2) penstrukturan semula idea, (3) penggunaan idea, (4) renungan kembali, dan (5) orientasi. Murid diberi peluang untuk mengubah dan membina idea baru melalui interaksi dan pengalaman. Guru berperanan sebagai fasilitator untuk memudahkan proses pembelajaran konstruktif murid.
1. Model Konstruktivisme 5-Fasa
Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning in
Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran
melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea
asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang
sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk
mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru
yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea
ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea
baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan
idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid
membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid
membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses
pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat
memperkembangkan kemahiran meta kognitif.
Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:-
Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah
I Orientasi Menimbulkan minat dan Amali penyelesaikan masalah
menyediakan suasana sebenar, tunjukcara oleh guru,
tayangan filem, video dan
keratan akhbar
II Pencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar Amali, perbincangan dalam
tentang idea terdahulu kumpulan kecil, pemetaan konset
dan laporan
III Penstrukturan Mewujudkan kesedaran tentang
semula idea idea alternatif yang berbentuk
saintifik.
Menyedari bahawa idea-idea sedia
ada perlu diubahsuai,
diperkembangkan atau diganti
dengan idea yang lebih saintifik.
Mengenalpasti idea-idea alternatif
i. Pernjelasan dan
dan memeriksa secara kritis idea- Perbincangan dalam kumpulan
pertukaran kecil dan buat laporan
idea sedia ada sendiri
Menguji kesahan idea-idea sedia
ii. Pendedahan
ada
kepada situasi
konflik Perbincangan, pembacaan, input
2. Pengubahsuaian, pemgembangan guru.
iii. Pembinaan atau penukaran idea
idea baru Amali, kerja projek, eksperimen,
Menguji kesahan untuk idea-idea tunjukcara guru
iv. Penilaian baru yang dibina
IV Penggunaan idea Pengukuhan kepada idea yang telah Penulisan sendiri kerja projek
dibina dalam situasi baru dan biasa
V Renungan kembali Menyedari tentang perubahan idea Penulisan kendiri, perbincangan
murid. Murid dapat membuat kumpulan, catatan peribadi dan
refleksi sejauh manakah idea asal
mereka telah berubah.
Teori Konstruktivisme
1. Pengenalan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi
murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan
seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di
antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran
dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai
kebolehan dan minat.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara
bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman
pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu
diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan
pengabstrakan.
2. Pengertian Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan
disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak
begitu ketara dan tidak ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan
daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu
pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada
3. usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu
pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid
sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan
menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui
murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea
dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira
struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan
diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru
tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang
bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang
hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan
miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal
mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan
seperti yang dikehendaki oleh guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik
yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau
membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan
murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan
berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian,
penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan
tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menumpu kepada kejayaan murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada
pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan
model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata
murid.
3. Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme
Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme.
Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara
objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkan
tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi
sains ialah untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran
dalam paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid.
4. Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk
menghuraikan fenomena yang diperhatikan.
Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa
yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-galanya.
Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat
oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan
menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan
guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang
produktif dan berpengetahuan luas.
Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam
menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi
dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka
menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan
hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses
berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama
menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses
ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti
menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi
Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik
sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru
akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru
akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta
berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan
pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.
Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu
sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap
pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar
bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara
bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah
berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh
diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru
bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan
bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.
Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam
pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang
dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama
dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan,
soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi
5. hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal
soalan sahaja.
Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah
dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah
peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.
Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli
objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas
dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu
yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting
dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang
untuk membuat keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari.
Melalui proses ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam
aktiviti pembelajaran mereka.
Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal
disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru
untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa
yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru
dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya
tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan
Objektivisme Konstruktivisme
Tanggapan Utama Pengetahuan wujud bebas dari Pengetahuan bukan objektif, apa
persekitaran dalaman dan luaran yang kita benar-benar tahu dan
pelajar faham hanyalah persepsi kit. Ia
ditentukan oleh kita semua.
Pengetahuan tidak mempunyai
struktur mutlak
Kesan Guru menolong murid membina Guru menolong murid membina
pengetahuan dan rangka konteks di kefahaman baru dan menolong murid
mana ia wujud. Mereka mengguna merakamkannya ke dalam struktur
analogi, contoh dan pelbagai kaedah kognitif sedia ada. Mereka
mengingat. Mereka tanya soalan melakukannya dengan menolong murid
untuk membantu murid membentuk analogi, contoh dan
kaedah mengingat murid sendiri, dan
guru menolong murid membentuk
soalan yang perlu ditanya bagi
membimbing mereka ke arah
6. kefahaman yang lebih tinggi
Respons Guru "ada perkara yang anda hendak tahu "Ada perkara yang anda hendak tahu
dan saya akan ajar kepada anda apa dan saya akan tolong anda
yang saya tahu" mengetahui bagaimana anda boleh
"Saya ajari ini, mereka belajar ini" belajar mengenainya"
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka "Saya ajar ini, mereka belajar itu"
belajar apa saja yang saya ajarkan" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka
belajar perkara yang saya tidak
pernah rancang untuk ajar mereka"