Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Upcoming SlideShare
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Next
Download to read offline and view in fullscreen.

2

Share

Download to read offline

Hikayat raja

Download to read offline

q

Related Books

Free with a 30 day trial from Scribd

See all

Related Audiobooks

Free with a 30 day trial from Scribd

See all

Hikayat raja

  1. 1. HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI PENGENALAN Kesusasteraan dalam bahasa Inggeris disebut sebagai literature yang bermaksud segala sesuatu yang bertulis.perkataan literature ini berasal dari perkataan Latin littera (letter) yang bermaksud kata-kata yang tertulis dan tercetak. Menurut Bressler C.E., 2000:9 mengatakan kesusasteraan adalah seni tulisan atau lisan hasil daripada imaginasi dan penulisan kreatif. Menurutnya lagi bagi menjelaskan nilai imaginasi kesusasteraan, sesetengah pengkritik memilih menbggunakan perkataan kesusasteraan dalam bahasa Jerman iaitu wortkunst yang secara tidak langsung menjelaskan imaginasi dan aspek kreatif merupakan unsure tepenting kesusasteraan. Menurut A.Teeuw,1995:3 mengatakan dalam alam Melayu, istilah sastera berasal daripada perkataan Snskrit dari akar kata sas yang bermaksud mengajar dan tra merujuk kepada alat/sarana atau juga membawa maksud menyampaikan pengajaran. Hashim Awang (1998) memberi maksud kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa sama ada ditutur atau ditulis. Definisi yang diberikan oleh Hasihim Awang ini mendekati definisi yang dikemukakan oleh Bressler di mana kedua- duanya menitikberatkan aspek seni. Menurut Mana Sikana, 1997, sejarah sastera merangkumi perbincangan tentang aspek pertumbuhan, perkembangan, pembinaan, perubahan, aliran dan sebagainya. Dari sudut makna, sejarah membawa maksud tidak lebih daripada dokumentasi tentang perkembangan, asal usul, pertumbuhan, penokohan dan kepentingan dokumen itu dalam sejarah. Manakala dalam konteks sastera pula, sejarah sastera turut mementingkan kerja-kerja melakukan perincian,pengkelasan, susur galur dan periodisasi.Jadi,secara umumnya,sejarahsastera ini dapatdibezakankepada tiga jenis iaitu sejarah genre, sejarah sastera secara kronologi dan sejarah sastera perbandingan. Sastera hikayat ialah cerita-cerita dalam bentuk bertulis yang menggunakan bahasa Melayulama denganlanggambahasa danstuktur yang tertentu, membawa cerita ajaib yang berunsur hiburan, hasil daripada imaginasi dan fantasi pengarangnya. Sastera hikayat tergolong dalam 3 golongan antaranya Sastera Hikyat Berunsurkan Hindu, Sastera Haikayat Berunsurkan Hindu-Islam dan Sastera Hikayat Berunsurkan Islam. Sebagai contoh Hikayat Raja-raja Pasai yang diushakan oleh Russell Jones.
  2. 2. 1.0 SEJARAH JURAI KETURUNAN Pasai merupakan negeri yang pertama dimasuki agama Islam. Terdapat dua orang bersaudara yang menjadi raja di dalam negeri itu. Mereka ialah Raja Ahmad dan Raja Muhammad. Mereka ingin membuka sebuah negeri yang diberi nama Samarlanga. Ketika mereka pergi membuat negeri, Raja Muhammad menemui seorang anak perempuan yang keluar dari pohon bambu lalu baginda membawa pulang anak perempuanitu dan mengangkatanak perempuanyangbaik parasrupanya itu menjadi anak baginda. Baginda menamakannya Puteri Betung. Manakala Raja Ahmad bernegeri di Balik Rimba telah keluar memburu di dalam hutan tetapi baginda telah berjumpa seorang tua di dalam sebuah surau yang terletak di tengah-tengah hutan. Daripada nasihat orang tua itu, Raja Ahmad telah menjumpai seorang anak lelaki yang dibela oleh seekor gajah yang besar. Oleh itu, baginda telah menamakan kanak-kanak lelaki itu dengan nama Merah Gajah dan membawanya pulang ke istana. Akhirnya setelah kedua kanak-kanak ini membesar, Puteri Betung dan Merah Gajah telahdinikahkan. Hasil perkahwinankedua-dua mereka lahirlahMerahSilaudanMerah Hasum. Disebabkan oleh satu peristiwa ketika itu Puteri Betung sedang tidur, Merah Gajahtelahmencabutsehelai rambut emasPuteri Betung danmenyebabkankeluarnya darah putih yang banyak dan menyebabkan Puteri Betung hilang, maka berlakulah penceraian antara Merah Gajah dan Puteri Betung. Raja Muhammad yang marah terhadap tindakan Merah Gajah lalu membunuhnya. Peristiwa pembunuhan Merah Gajahsampai ke pengetahuanRaja Ahmadlalubaginda melakukanseranganterhadap Raja Muhammad. Dalam pertempuran itu, raja Ahmad dan Raja Muhammad telah mangkat. Merah Silau dan adiknya Merah Hasum telah berhijrah ke arah barat lalu sampai di negeri Biruan dan menetap disana. Merah Silau membuat bubu untuk menangkap ikan tetapi apabila Merah Silau mengangkat bubunya keesokan hari hanya terdapat gelang-gelang yang banyak. Gelang-gelang itu telah dibawa pulang oleh Merah Silau untuk di masak. Setelah itu gelang yang dimasaknya itu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Ini membuatkan merah Silau menjadi kaya-raya. Selain itu, Merah Silau juga telah berjaya menjinakkan seekor kerbau yang liar. Disebabkan peristiwa ini timbullah salah faham antara abang dan adik kerana Merah Hasum menyangka bahawa abangnya itu telah msksn cacing gelang-gelang yang dimasaknya itu dan bermain dengan kerbau iaitu binatang yang tidak berguna. Merah Hasum menganggap perbuatan abangnya itu telah mencalarkan maruahnya dan mengusir Merah Silau keluar dari negeri itu.
  3. 3. Merah Silau pergi mencari tempat yang baru dan sampai ke Hulu sungai Pasangan. Di sana ada negeri yang bernama Buluh Telang yang diperintah oleh Megat Sekandar. Megat Sekandar dan Megat Kedah merupakan kekanda kepada Sultan Malikul Nasir di Rimba Jerana. Merah Silau sangat disukai orang disana sehingga Megat Sekandar bersetuju untuk menjadikanbaginda sebagai raja di negeri itutetapi Tun HaridBenung membantah. Ini menyebabkan berlaku peperangan dengan Sultan Malikul Nasir iaitu adik Megat Sekandar. Sultan Malikul Nasir dikalahkan berturut-turut oleh Merah Silau sehingga baginda terpaksa melarikan diri ke dalam rimba yang bernama Rimba Pertama Terjun, kemudiannya baginda melarikandiri keGunung Telawasdandisana baginda dikepung oleh Merah Silu. Tempat kepungan itu kemudiannya dinamakan Kubu. Kemudiannya baginda terus melarikan diri ke Pekersang dan kemudian melarikan diri ke Kumat. Di situ ia telah diserang pula oleh Megat Sekandar, Sultan Malikul Nasir telah tewas. Hulubalangnya yang bernama Tun Harid Benung telah lari ke Barus tetapi Raja Barus telah berjaya menangkapnya. Merah Silau telah menjadi raja di Rimba Jerana. Merah Silau telah memeluk agama Islam dan menukar nama menjadi Sultan Malikul Saleh. Baginda telah berkahwin dengan Puteri Ganggang anak kepada gundik raja Perlak. Sultan Malikul Saleh telah mendapat seorang putera dinamai Sultan Malikul Tahir yang menjadi raja Pasai setelah negeri Pasai dibuka. Sultan Malikul Tahir pula dikurniakan dua orang putera iaitu SultanMalikul Mahmuddan Sultan Malikul Mansur. SetelahSultanMalikul Tahirmangkat,Sultan Malikul Salehtelahmenyerahkan cucunya Sultan Malikul Mahmud untuk dijaga oleh Sayid Ali Ghiatuddin dan Sultan Malikul Mansur dijaga oleh Sayid Semayamuddin. Sultan Malikul Saleh telah merajakan Sultan Malikul Mahmud di Pasai dan Sultan Malikul Mansur di Samudera Darulsalam. Raja Siamtelah meminta ufti daripada Pasai tetapi Pasai engganmembayarufti tersebutmenyebabkanPanglima SiamTalakSejang menyerang Pasai. Telah berlaku peperangan di antara Siam dengan Pasai. Walau bagaimanapun, Siam telah tewas dan Talak Sejang telah terbunuh. Sultan Malikul Mahmud telah dikurniakan seorang putera dan dua orang puteri. Putera baginda bernama Sultan Ahmad Perumudal Perumal. Sultan Ahmad Perumudal Perumal mempunyai 30 orang anak. Tetapi anak-anaknya yang seibu sebapa ada 5 orang iaitu TRun Beraim Bapa, Tun Abdul Jalil,Tun Abul Fadil, Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara.
  4. 4. 2.0 SEJARAH PEMBUKAAN NEGERI 2.1 Sejarah Pembukaan Negeri Pasai Pembukaan negeri Pasai berlaku apabila pada suatu hari sedang Sultan Malikul Saleh sedang pergi berburu dengan pengikutnya di tepi laut. Sultan Malikul Saleh telah membawa anjingnya yang bernama si Pasai. Setelah tiba di tepi laut si Pasai pun dilepaskan lalu masuk ke dalam hutan. Kemudian si Pasai bertemu dengan seekor pelanduk yang sedang duduk berehat di atas satu kawasan tanah tinggi tersebut. Si Pasai itu pun menyalak akan pelanduk tersebut dan ingin menangkapnya. Namun sesuatu yang ganjil telah berlaku apabila pelanduk itu membalas salakan si Pasai. Apabila si Pasai mendengarsalakanpelandukitutadi , maka ia pun kembali kebalakang iaitu tempat asalnya. Setelah dilihat oleh Sultan Malikul Saleh keadaan yang berlaku itu, baginda pun cuba untuk menangkap pelanduk itu tadi. Namun pelanduk itu dapat melarikan diri dari di tangkap oleh Sultan Malikul Saleh dan anjingnya si Pasai. Lalu baginda Sultan pun bertanyakan kepada semua hulubalang sama ada pernah melihat seekor pelanduk yang gagahsekali.Maka terlintasdi fikiranSultan Malikul Salehuntuk membuka negeri baru khas untuk anakndanya iaitu Sultan Malikul Tahir. Setelah kembali ke negeri Samudera baginda menitahkan agar kawasan tersebut di bersihkan dan di dirikan oleh baginda sebuah istana. Tidak berapa lama setelah selesai semua pembinaan di kawasan tanah tinggi itu, anjing baginda pun mati. Kemudiannya baginda mengarahkanagarsi Pasai di tanamdinegeri yangbaru di buka itu. Sempena kematian si Pasai Sultan Malikul Saleh menamakan negeri baru itu sebagai negeri Pasai. Di sini dapat kita lihat sejarah awal pasai bermula dari Sultan Malikul Saleh menjumpai kawasan tanah tinggi yang berhampiran dengan laut. Nama Pasai itu sendiri di ambil sempena nama anjing Baginda Sultan iaitu si Pasai. Nama tersebut diambil kerana selepasterbinanya sebuahnegeri di kawasanitu anjingBaginda Sultanpun mati.Selain itu nama anjing ini di gunakan kerana si Pasai inilah yang menjumpai kawasan tanah tinggi tersebut. 2.2 Sejarah Pembukaan Negeri Samudera
  5. 5. Asal usul wujudnya Samudera berkait rapat dengan penemuan seekor semut sebesar seekor kucing.Pada suatu hari Merah Silu keluar berburu bersama-sama pengiringnya beserta seekor anjing bernama Si Pasai.Ketika Si Pasai menyalak di atas sebuah tanah tunggi,terdapat seekor semut sebesar kucing.Merah Silu menangkapnya dan memakan semut itu.Daripada peristiwa itu,tempat itu dijadikan negeri yang bernama Samudera yang bermaksud semut yang amat besar. 3.0 SEJARAH PENGISLAMAN SebelumIslamSultanMalikul Salehdikenali dengannama Merah Silu. Pada malamhari merah Silu bermimpi bahawa baginda disuruh mengucap dua kalimah Syahadat tetapi baginda tidak boleh mengucapkannya. Kemudian mulutnya diludahi oleh seorang yang berhadapan dengannya dalam mimpi dan memberitahu kepadanya bahawa baginda akan diangkat menjadi sultan dengan nama Malikul Saleh serta menjadi seorang muslim dan menyuruhnya makan binatang halal yang disembelih. Baginda sudah pandai mengucap kalimah syahadat dan telah diberikan pengajaran mengenai beberapa soal Fiqih.Dalammimpi tersebut,baginda diberitahuakantiba sebuah kapal dalam masa 40 hari ke negeri tersebut. Menurut mimpinya lagi,perintah anak kapal itu harus diturutinya akhirnya orang yang berhadapan dengannya dalam mimpi itu memperkenalkan dirinya adalah Nabi Muhammad s.a.w. Merah Silu terus terjaga dari tidurnya terus boleh mengaji 30 juzuk Al-Quran. Ia menimbulkan kehairanan kepada orang yang mendengarnya. Hal ini kerana perkataan yang diucapkan oleh Merah Silu tidak diketahui ertinya. Ia bermula dengan sebuah kapal dari Makkah yang tiba di Samudera dan berlabuh di Teluk Teli. Seorang Syeikh dari Makkah yang bernama Syeikh Ismail beserta seorang fakir menghadap Sultan Malikul Saleh. Beliau meminta Sultan Malikul Saleh mengucap kalimah Syahadat. Sultan Muhammad yang menyamar sebagai fakir memberi Al-Quran kepada Sultan Malikul Saleh untuk dibaca. Serentak dengan itu, Syeikh Ismail mengislamkan semua rakyat di negeri Samudera. Semua rakyat negeri Pasai memeluk Islam dengan sukarela dan negeri itu digelar negeri Darul Salam. Sultan Malikul Saleh ditabalkan oleh Syeikh Ismail sebagai Raja Samudera Darulsalam. Beberapa pembesar negeri yang memeluk islam ditukarkan namanya. Contohnya, Tun Seri Kaya digelar Sayid Ghiatuddin dan Baba Kaya digelar Sayin Semayamuddin. Sultan memberi fidyah ambar, kapur barus, gaharu, cendana, kemenyan, khelembak, cengkeh dan pala kira-kira seratus bahara kepada Syeikh Ismail yang ingin pulang ke Makkah.
  6. 6. Sultan Muhammad yang menyamar menjadi fakir terus tinggal di negeri Samudera bagi menyebarkan agama Islam. Namun, terdapat satu kaum dalam negeri Samudera yang enggan memeluk agama Islam dan mereka telah berhijrah ke hulu Pasangan. Sekarang kaum ini dikenali sebagai orang Gaya. 4.0 KEJATUHAN NEGERI PASAI Setelah Sultan Malikul Mahmud jatuh sakit dan mangkat, baginda telah meninggalkan wasiat kepada puteranya iaitu Sultan Ahmad Perumudal Perumal menjadi raja di Pasai. Sultan AhmadPerumudal Perumal mempunyai 30 oranganak tetapi hasil perkahwinan baginda dengan Dara Zulaikha Tingkap, dikurniakan 5 orang iaitu Tun Beraim Bapa, Tun Abdul Jalil, Tun Abul Fadil, Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara. Sultan Ahmad Perumudal Perumal berahi akan kedua anak daranya iaitu Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara. Perkara itu telah diketahui oleh Tun Beraim Bapa, ia telah membawa adik- adik itu lari ke Tukas tinggal bersamanya menyebabkan Sultan Ahmad Perumudal Perumal berang dengan tindakannya itu. Lalu Sultan Ahmad Perumudal Perumal menyatakan hasratnya ingin membunuh Tun Beraim Bapa kepada Dara Zulaikha Tingkap. Pelbagai cubaan telah dilakukan oleh baginda antaranya, baginda telah menyuruh Tun Beraim Bapa menyelam di dalam sungai dan apabila timbul, baginda menyuruh hulubalangnya menetaknya tetapi Tun Beraim Bapa menyelamdan telah timbul jauh dari itu. Selain itu, perahu Sultan Ahmad Perumudal Perumal telah terlekat pada batang. Baginda telah menyuruh Tun Beraim Bapa membuangnya namun Tun Beraim Bapa berjaya melepaskan perahu itu serta selamat daripada mati lemas. Cubaan bunuh yang ketiga dilakukan oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal dengan menyuruh orangSeri membuatcucur peniaramberacun.Baginda memberi kepada Tun Beraim Bapa supaya memakan peniaram beracun itu agar dapat memanaskan tubuh yang dingin selepas menyelam. Tun Beraim Bapa mengetahui helah yang di buat lalu memberi peniaram beracun itu kepada anjing dan ayam dan menyebabkan kedua binatang itu mati serta-merta. Manakala adik-adiknya Tun Medam Peria dan Tun TakiahDara juga telahmakan peniaramberacunitu menyebabkankedua-duanya mati. Mereka telah dikebumikan di Bukit Fudul Allah. Oleh sebab tidak mahu menderhaka kepada ayahandanya, Tun Beraim Bapa telah makan cucur peniaram beracun. Dalam keadaanyanglemahTun BeraimBapa menyelamdalamLubukTurai untuk menangkap ular lembu bagi mengurangkan sakitnya. Tetapi sakitnya juga tetaptidak sembuh. Tun
  7. 7. Beraim Bapa telah melontar lembingnya lalu terhunjam di antara dua kubur adiknya. Akhirnya Tun Beraim Bapa mati. Ia telah dikebumikan di tempat lembing tercacak itu. Sultan Ahmad Perumudal Perumal amat gembira dengan kematian Tun Beraim Bapa. Semasa ketiadaanSultanAhmadPerumudal Perumal tiada,TunAbdul Jalil memerintah Pasai. Tun Abdul Jalil berusaha memperelokkan negeri Pasai. Disebabkan Tuan Puteri Gemerencang anak kepada ratu Majapahit amat mencintai Tun Abdul Jalil, Sultan Ahmad Perumudal Perumal cemburu dengan anaknya lalu membunuh Tun Abdul Jalil. Apabila Tuan Puteri Gemerencang mendapat tahu akan perkara ini, ia telah meminta kepada Allah supaya mengaramkan ghurabnya di Jambu Air supayya ia dapatbertemu dengan Tun Abdul Jalil. Doanya telah diperkenan oleh Allah, ia telah mati tenggelam di laut Jambu Air. Ratu Majapahit marah setelah mendapat khabar bahawa puteri kesayangannya telahmati di Pasai lalu memerintahkan askar-askarnya menyerang Pasai. Sultan Ahmad Perumudal Perumal telah tewas dan lari ke Menduga. KESIMPULAN Secara kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa Hikayat Raja-raja Pasai ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya, sejarah jurai keturunan, sejarah pembukaan Pasai, sejarah pengislaman Pasai da kejatuhan Pasai. Sejarah jurai keturunan ini dapat dilihat jelas melalui watak-watak yang ada dalam hikayat ini seperti Raja Ahmad dan Raja Muhamad, Merah Gajah dan Puteri Betung, Merah Silau atau Sultan Malikul Saleh dan Merah Hasum, Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul Mansur, SultanAhmadPerumudal Perumal,Tun BeraimBapa,TunAbdul Jalil, Tun Abul Fadil, Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara. SejarahpembukaanPasai pula bermula apabilaia berburudi dalamhutanbersama seekor anjing buruan yang bernama Si Pasai. Ketika sedang berburu, si Pasai menyalak kepada seekor pelanduk putih. Anjing Malikulsalleh itu dikejar oleh pelanduk yang disalakkannya. Anjingnya mati disitu lalu dikuburkan dan tempat itu dinamakan Pasai. Ia merupakan suatu kejadian yang pelik sehingga membuatkan para penasihat kagum
  8. 8. dan mencadangkan kepada Malikul Saleh untuk mendirikan karajaan baru di sana. Itulah Kerajaan Pasai didirikan berdekatan dengan Lho Seumawe sekarang (Indonesia). Pengislaman Pasai pula bermula daripada pengislaman Merah Silau yang bermimpi bertemu Nabi Muhammad s.a.w yang menyuruhnya mengucap dua kalimah Syahadat. Setelah memeluk agama Islam Merah Putih telah menukar namanya kepada Sultan Malikul Saleh. Kejatuhan Pasai berlaku disebabkan oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal sendiri mempunyai sikap buruk. Ia dengki terhadap anak kandungnya sendiri iaitu Tun Beraim Bapa dan Tun Abdul Jalil. Ia tergamak berahi terhadap dua orang puterinya iaitu Tun Medan Peria dan Tun Takiah Dara. Oleh sebab iri hati, Sultan Ahmad Perumudal Perumal sanggup membunuh anak-anaknya itu.
  • noorafiqahrazak

    Feb. 19, 2017
  • safeesafina

    May. 4, 2016

q

Views

Total views

413

On Slideshare

0

From embeds

0

Number of embeds

5

Actions

Downloads

4

Shares

0

Comments

0

Likes

2

×