Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Laporan Akhir Latihan Industri ( Sambungan )

14,305 views

Published on

" CONTOH " Laporan Akhir Latihan Industri bagi pelajar automotif

Published in: Education
  • Login to see the comments

Laporan Akhir Latihan Industri ( Sambungan )

  1. 1. 1 BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.1 Latihan Industri adalah pendedahan kepada pelajar untuk memberi kesedaran mengenai situasi sebenar di alam pekerjaan dan ia adalah wajib dijalani oleh semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta sebagai syarat wajib bagi melayakkan pelajar menerima Sijil Diploma atau Ijazah mengikut jurusan yang diduduki. Latihan industri banyak memberikan pengalaman yang berguna dan berharga diperolehi sebagai bekalan sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Selain itu, Latihan Industri juga dapat membina keyakinan diri dengan pengalaman dan pengetahuan yang pelajar dapat daripada latihan industry.
  2. 2. 2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI 1.2 Latihan industri mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar dan dapat menambah serta meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar, jika sebelum ini para pelajar memperolehi pengetahuan secara terhad, tetapi apabila pelajar mengikuti latihan ini, pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa melakukan pekerjaan. Selain itu, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau kemahiran baru semasa menjalani latihan industri. Selain daripada itu, latihan ini juga dapat meningkatkan kebolehan dan peribadi pelajar yang lebih baik seperti dapat menonjolkan kebolehan untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dan bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan sikap yang positif kepada majikan. Latihan ini juga penting kerana ia dapat menghilangkan rasa rendah diri seseorang pelajar dimana apabila pelajar menjalani latihan industri berkemungkinan pelajar akan bertemu dengan orang yang berpangkat tinggi atau lebih berusia. Nilai hormat-menghormati terhadap orang sekeliling akan timbul di dalam diri pelajar sekiranya pelajar menjalankan latihan industri dengan sepenuh hati dan ikhlas. Melalui latihan ini juga, pelajar dapat menangani sesuatu masalah dengan lebih bijaksana.
  3. 3. 3 Objektif Laporan Latihan Industri 1.3 Apabila tamat latihan industry yang dijalankan di sebuah firma tersebut itu, maka setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan latihan industry yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh tersebut. Laporan ini dibuat keranan ia merupakan satu dokumen penting dimana untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuga kelak. Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah- pensyarah yang berkenaan apabila pelajar kembali semula mendaftar semester yang berikutnya. Suatu kerja yang dilakukan secara baik tidak memberi makna jika ia tidak dicatat atau dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk dijadikan bahan rujukan kelak. Oleh itu, penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari pelajar. Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahan-arahan dan segala peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh pensyarah yang memeriksa dan juga firma serta pihak-pihak lain untuk penilaian serta rujukan terhadap laporan tersebut. Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan sebuah buku laporan dimana ia memuatkan segala teknik-teknik latihan dan maklumat bidang kejuruteraan mekanikal automotif khususnya. Saya berharap buku laporan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak secara langsung atau tidak langsung.
  4. 4. 4 Objektif yang dapat ditakrifkan dan diketahui dalam melakukan laporan latihan industri ini adalah seperti berikut:  Mencatatkan segala aktiviti semasa menalani latihan industri.  Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani latihan industri mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.  Menjadi bahan rujukan pada masa hadapan.  Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan menghayati sesuatu kerja yang dibuat semasa latihan industri.  Sebagai rujukan selepas menjalani latihan industri di firma terbabit selepas tamat menjalani pengajian di Politeknik.
  5. 5. 5 Kepentingan Latihan Industri 1.4 Kepada Pelajar Latihan Industri merupakan satu peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasi setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi di dalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif, contohnya secara tidak langsung ia dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu yang terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak. Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal apabila pelajar pelajar mengharungi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan menjadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak langsung ia dapat memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di dalam alam pekerjaan sebenarnya adalah tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika dalam sesi pembelajaran.
  6. 6. 6 Kesimpulan yang dapat ditakrifkan tentang kepentingan latihan industri adalah:  Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan.  Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau merasa kekok apabila mula bekerja kelak.  Mengamakan dan mematuhi peraturan keselamatan semasa latihan industri.  Memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan.  Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.
  7. 7. 7 BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN 2.1 Info Organisasi Rajah 2.1.1 Nama syarikat : Pusat Servis Kenderaan Paya Putat Auto Pengurus : Encik Ahmad Tamezi Bin Din Alamat : No.2, Bengkel MDPT,32610 Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan Jam Operasi : 9.00 am – 6.00pm No. Tel : 019 – 4110831
  8. 8. 8 2.2 Sejarah Penubuhan Disebalik nama perniagaan yang unik, Pusat Servis Kenderaan Paya Putat Auto diberi nama oleh pemilik bengkel servis kenderaan, Encik Ahmad Tamezi Bin Din dimana nama tersebut diberi kerana ia adalah nama suatu tempat di yang berhampiran dengan kampung halaman En, Ahmad Tamezi di dalam kawasan Bota, Perak. Perniagaan bengkel servis kenderaan bermula bertapak dan beroperasi di bengkel MDPT, Seri Iskandar atas usaha En, Ahmad Tamezi sebelum ini berkhidmat sebagai Tentera Unit Tempur Para selama 22 tahun sebelum ini, mendapat latihan servis kenderaan ringan semasa menjalani kursus anjuran PERHEBAT, di Kompleks Perhebat, Kem Sungai Buluh, Selangor. Bengkel servis kenderaan ringan Paya Putat Auto menyediakan perkhidmatan inspection kerosakan, memservis dan membaiki kenderaan, troubleshooting kenderaan sama ada kereta, lori , dan sebagainya.
  9. 9. 9 Pusat Servis Paye Putat Auto Rajah 2.2.1 Rajah 2.2.2
  10. 10. 10 2.3 Aktiviti Organisasi Membaik pulih berbagai kenderaan ringan daripada model saloon, mpv dan lori. Menyediakan perkhidmatan servis daripada melaksana minor servis kenderaan, troubleshoot wiring kenderaan hingga melaksana kerja overhaul kenderaan.
  11. 11. 11 2.4 Halatuju Organisasi  Membaiki dan melaksanakan kerja servis kenderaan penyelenggaraan dan perkhidmatan pembaikan yang agak berpatutan dan mudah bagi para pelanggan.  Memberikan perkhidmatan terbaik bagi keselesaan dan keselamatan pelanggan.
  12. 12. 12 Lokasi Tempat Latihan Rajah 2.4.1 Pusat Servis Paya Putat Auto
  13. 13. 13 BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI PENGENALAN 3.1 Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang dilakukan sepanjang menjalani latihan industri. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan yang ditulis di dalam buku jurnal refleksi secara ringkas akan di terangkan dalam bab yang meliputi tugas yang diberikan oleh penyelia.Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan akan dicatat dalam buku laporan harian. Oleh itu, bahagian ini akan menjelaskan secara ringkas aktiviti-aktiviti tugas saya yang telah dijalankan semasa menjalani latihan industri pada satu semester iaitu dua puluh minggu. Segala aktiviti yang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke minggu supaya dapat menyimpulkan kerja-kerja yang telah dilakukan dalam seminggu di sampingkan memudahkan proses penyemakan. Hari kerja dalam seminggu tidak semestinya sama setiap minggu kerana terdapat cuti umum dan cuti yang diumum oleh pihak syarikat. Dalam menjalani latihan industri, saya telah didedahkan dengan banyak perkara yang baru. Selain mempraktikkan apa yang telah dipelajari di Politeknik, saya juga telah didedahkan dengan peraturan-peraturan dan etika syarikat dan ianya perlu dipraktikkan setiap kali saya berada di syarikat di mana saya menjalani latihan industri.
  14. 14. 14 3.2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI MINGGU TARIKH AKTIVITI 1 2 3 27/11/2017 - 21/12/2017 4/12/2017 - 9/12/2017 11/12/2017 – 16/12/2017  Servis dan pemeriksaan kenderaan  Servis radiator dan hos  Servis water pump  Servis brake drum  Servis stator motor  Membetulkan steering wheel  Menanggalkan tie rod  Menanggalkan lower arm  Melaras camber bolt  Menukar bearing kenderaan  Menservis dan menukar clutch plate  Servis bearing roda hadapan  Menanggal gear box  Menservis brake pad  Menukar fius dan relay  Memeriksa dan servis contact point
  15. 15. 15 4 5 6 18/12/2017 – 23/12/2017 25/12/2017 – 30/12/2017 2/1/2018 – 6/1/2018  Memeriksa kerosakan stater motor  Memeriksa water pump  Mnservis injector  Menservis master pump  Memeriksa aci gandar pada differential  Menguji dan melaras free play steering  Menservis bearing  Bleeding pam diesel  Servis stater motor electrical wiring  Process spill timing  Servis bearing  Servis drie shaft  Memeriksa ignition system  Menguji litar solenoid  Bleeding brek  Menukar pam air  Menservis transfer pam
  16. 16. 16 7 8 9 8/1/2018 – 13/1/2018 15/1/2018 – 20/1/2018 22/1/2018 – 27/1/2018  Menservis cylinder wheel  Static dan dynamic test  Menukar spark plug  Menukar rubber boot Mcpherson strut  Menukar fuel pump  Melaras clearance rocker arm  Melaras cable hand brake  Menukar lubricant oil dan oil filter  Menanggal dan menguji glow plug  Melaksana timing injector pump  Menanggal brek drum  Bleeding sistem brek  Menservis clutch  Menservis steering rack dan pinion  Mengeluarkan spring coil daripada Mcpherson strut  Menukar bearing alternator
  17. 17. 17 10 11 29/1/2018 – 3/2/2018 5/2/2018 – 10/2/2018  Menukar fius  Menukar stabilizer bar  Menukar distributer electronic  Menganti oil seal power steering  Menanggal timing belt  Menservis brek disk belakang  Menanggal absorber  Memeriksa sambungan pendawaian electrical kenderaan  Menukar radiator  Menanggal oil sump  Menservis brek drum  Menservis propeller shaft  Menanggal driver shaft  Menservis brek disk
  18. 18. 18 12 13 14 12/2/2018 - 17/2/2018 19/2/2018 – 24/2/2018 26/2/2018 – 3/3/2018  Merombak distributer  Menukar minyak pelincir dan oil filter  Menservis brek disk  Servis bearing  Menukar spark plug  Memasang relay  Menservis ignition system  Memasang clutch plate  Menanggal cylinder head  Bleeding sistem brek  Menservis bearing  Servis drive shaft  Grinde valve  Menservis komponen enjin  Menukar minyak pelincir  Menukar piston ring  Menukar bearing cap Mcpherson strut  Membetulkan steering wheel
  19. 19. 19 15 16 17 5/3/2018 – 10/3/2018 12/3/2018 – 17/3/2018 19/3/2018 – 24/3/2018  Static dan dynamic test  Aturan firing order  Ujian mampatan  Menukar minyak pelincir  Memasang relay  Menanggal lower arm  Menservis master pump  Menservis bearing  Menservis cylinder wheel  Menservis drive shaft  Menservis minyak pelincir dan oil filter  Memasang relay  Menangggal lower arm  Menservis brek disk  Menukar water pump  Menservis menservis brek drum  Menservis minyak pelincir  Membetulkan steering wheel
  20. 20. 20 18 19 20 26/3/2018 – 31/3/2018 2/4/2018 – 7/4/2018 9/4/2018 – 13/4/2018  Menukar stabilizer bar  Menukar minyak pelincir  Menukar spark plug  Menanggal drive shaft  Melaras hand brek  Menservis bearing  Menukar fuel pump  Menanggal absorber  Menservis brek pad  Menukar minyak pelincir  Memasang relay  Menservis sistem penyejukan  Memasang relay pada wiring kenderaan
  21. 21. 21 BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL 4.1 Laporan teknikal menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah dilaksanakan semasa latihan industri. Setiap tugas yang diberikan perlu mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan ianya dijalankan secara berperingkat- peringkat. Di dalam bab ini, pelajar diminta untuk melaporkan segala aktiviti dilakukan yang melibatkan proses kerja yang telah dilakukan selama di syarikat tersebut. Segala kerja yang melibatkan aktiviti dan proses ini hendaklah dilakukan supaya pelajar dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk mengendalikan kerja tersebut dengan baik.
  22. 22. 22 4.2 Menanggal Lower Arm Peralatan  Spannar 17, 19  Floor Jack  Safety stand  Iron bar
  23. 23. 23 Procedure 1. Longgarkan nut roda 2. Jack dan safety stand kenderaan 3. Tanggalkan roda 4. Longgarkan bahagian bolt dan nut yang mengikat kesemua bahagian lower arm Rajah 4.2.1 Rajah 4.2.3
  24. 24. 24 Rajah 4.2.4 Rajah 4.2.5 5. Mula tanggalkan lower arm bermula daripada knukle, joint lower arm dan bush lower arm 6. Periksa keadaan lower arm joint dan bush bagi menilai kerosakan pada lower arm
  25. 25. 25 Rajah 4.2.6 7. Pasang lower arm yang baharu mengikut aturan pemasangan
  26. 26. 26 4.3 Menservis Brake Pad Peralatan  Floor jack  Safety stand  Skru driver flat  Spanner set  Piston brake compressor
  27. 27. 27 Procedure 1. Longgarkan nut roda. 2. Jack kenderaan dan stand. 3. Tanggalkan roda. 4. Gunakan spanar 17, longgar dan tanggalkan bolt pada bahagian bawah brake caliper. Rajah 4.3.1
  28. 28. 28 5. Angkat brake caliper ke atas dan keluarkan brek pad. Rajah 4.3.2 6. Periksa kehausan dan keadaan brek pad dan keadaan brake wheel.
  29. 29. 29 Rajah 4.3.3 7. Gunakan piston brake compressor bagi memasukkan brake piston ke brake housing. 8. Ganti brake pad baharu dan pasang semula pepasangan mengikut aturan pemasangan.
  30. 30. 30 4.4 Menservis Brake Drum Peralatan  Floor jack  Safety stand  Impack driver  Long nose Playar
  31. 31. 31 Procedure 1. Longgarkan nut roda. 2. Jack kenderaan dan stand. 3. Tanggalkan roda. 4. Guna impack driver bagi menanggal skru lock pada brake drum 5. Tanggalkan brake drum Rajah 4.4.1
  32. 32. 32 6. Tanggalkan brake shoes lock pin Rajah 4.4.2 7. Tanggalkan brake shoes 8. Tanggalkan return dan hand brake adjuster 9. Ganti brake shoes yang baharu 10.Pasang semula pepasangan mengikut aturan pemasangan
  33. 33. 33 4.5 Grinde Valve Peralatan  Valve sucker stick  Valve grinde paste
  34. 34. 34 Procedure 1. Aturkan setiap valve mengikut kedudukan asal piston Rajah 4.5.1 Rajah 4.5.2 2. Sapukan coarse grinde paste pada beam valve 3. Gunakan valve sucker bagi melaksana kerja grinde valve
  35. 35. 35 Rajah 4.5.3 4. Pastikan permukaan beam valve dan seat pada cylinder head di grinde valve sehingga permukaan licin dan rata 5. Bersihkan permukaan beam valve dan seat pada cylinder head 6. Lakukan grinde valve mengunakan fine grinde paste bagi melicinkan permukaan seat dan beam valve
  36. 36. 36 BAB 5 DAPATAN DAN CADANGAN 5.1 DAPATAN DAN CADANGAN Latihan Industri yang diadakan oleh pihak Politeknik merupakan satu langkah yang bijak bagi memupuk semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang diceburi. Saya sebagai pelajar latihan industri yang telah tamat latihan industri ingin memberi dapatan dan cadangan mengenai syarikat Pusat Servis Kenderaan Paye Putat Auto. Pendapat ini bukanlah bertujuan untuk mengguris hati atau merendah pihak syarikat. Hal ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama hampir 5 bulan menjalani latihan industri dan saya ingin memberikan komen yang membina supaya syarikat ini dapat membangun dengan lebih maju dari semua aspek.
  37. 37. 37 5.2 DAPATAN Hasil laporan ini secara keseluruhannya dapat memberi pengetahuan dan kemahiran yang berguna khususnya mengenai menservis kenderaan dan pengurusan pejabat. Sepanjang menjalani latihan industri di Pusat Servis Kenderaan Paye Putat Auto, saya memperolehi banyak manfaat dan pemahaman lebih mendalam dalam aspek aplikasi teori dan teknikal Automotif yang amat berguna kepada seorang pelajar yang akan melangkah ke alam pekerjaan kelak. Ini juga adalah satu lagi kelebihan berbanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain. Dalam tempoh latihan industri ini, saya berpuas hati dengan kerjasama, perhatian serta tunjuk ajar yang diberikan oleh pengurusan melibatkan aspek teknikal dan amali. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari minggu pertama hingga minggu terakhir, telah banyak membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi, kemampuan dan mengenalpasti kekurangan yang ada disamping menambah nilai aspek sains dan aplikasi teknikal yang dipelajari di Politeknik. 5.3 CADANGAN Latihan Industri yang telah dijalankan di sini amatlah saya hargai. Dengan ini, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dan idea yang mungkin boleh digunakan oleh pihak pengurusan pada masa akan datang.
  38. 38. 38 5.3.1 CADANGAN TERHADAP ORGANISASI LATIHAN  Menyediakan sistem pusat servis untuk menyediakan jobsheet bagi menyenaraikan kerja servis dan nilai bahan bagi tujuan bukti kerja dan mengelakkan daripada pelanggan tidak membayar kerja perkhidmatan yang sudah dilakukan.  Menyediakan aturan kerja bagi menambah kelancaran dan gerak kerja didalam bengkel.  Firma perlu menyediakan perancangan tugas dengan lebih teratur untuk pelajar yang akan menjalani latihan industri.
  39. 39. 39 5.3.2 CADANGAN TERHADAP POLITEKNIK  Menselaraskan aktikiti pembelajaran dan praktikal kerana pemahaman dalam sesuatu bidang lebih besar apabila pelajar lebih melakukan praktikal berbanding pembelajaran sewaktu didalam kelas.  Menyediakan aktiviti praktikal luar masa pembelajaran bagi pelajar yang mahu lebih pengetahuan dan pemahaman dalam bidang yang mereka ceburi.  Menyelaras pembelajaran teori dan praktikal bagi memberi nilai tambah pada pelajar untuk apabila pelajar tamat pengajian.
  40. 40. 40 BAB 6 KESIMPULAN Laporan Industri merupakan salah satu syarat untuk dianugerahkan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Program Latihan Industri bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-masing malah pelajar didedahkan dengan teknik penyediaan dan penulisan laporan. Melalui pengalaman ini, diharapkan dapat meningkatkan potensi diri untuk menonjolkan dalam pasaran kerja dalam bidang berkaitan setelah tamat pengajian. Selain itu, saya juga berpeluang mempraktikkan dan mengaplikasi sebahagian perkara yang dipelajari, sama ada teori ataupun praktikal sewaktu pengajian di politeknik sebelum ini. Namun demikian, di tempat kerja sebenar, kepantasan, kecekapan, kemahiran dan kebolehan melaksanakan sesuatu projek dengan efisien adalah aspek yang dinilai pada keberkesanannya iaitu adakah ia memenuhi fungsinya secara optimum. Sepanjang tempoh hampir 5 bulan saya bekerja bersama-sama pengurus Pusat Servis Kenderaan Paye Putat Auto, saya telah ditugaskan untuk mengendalikan pelbagai tugas dan kerja yang berlainan dalam menservis kereta sama ada secara berseorangan ataupun bersama-sama dengan pengurus Pusat Servis Kenderaan Paye Putat Auto. Walaupun latihan industri merupakan perkara yang diwajibkan untuk semua pelajar, namun ia merupakan satu peluang yang terbaik untuk pelajar. Mereka dapat menimba pengalaman dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan kerja seharian. Dengan itu, pelajar akan bergiat mempelajari sesuatu yang baru serta meningkatkan lagi kemahiran pada perkara tersebut.
  41. 41. 41 Kesimpulannya, bidang perindustrian di Malaysia semakin pesat membangun. Tenaga mahir amat diperlukan pihak pembangunan dan industri. Generasi muda yang merupakan bakal tenaga mahir pada masa akan datang. Perancangan dan kerjasama di antara Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dan syarikat- syarikat perindustrian adalah amat penting untuk melahirkan generasi yang berkemahiran pada masa hadapan. Akhir kata, saya ingin lahirkan rasa bersyukur dan ucapan ribuan terima kasih kerana dapat menamatkan latihan industry di Pusat Servis Kenderaan Paye Putat Auto dengan jayanya, dan sekaligus menjaga nama baik pihak Politeknik. Maka, adalah menjadi harapan saya, pihak Politeknik Malaysia dapat meneruskan program latihan industri ini, agar dapat membantu negara melahirkan lebih ramai tenaga pekerja separa professional dan professional yang berkemahiran dalam pelbagai bidang kerjaya.
  42. 42. 42 Rujukan  Kaedah penulisan industrial training final report (at401) Terbitan Penerbit Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang Stesen, Behrang Perak Darul Ridzuan  Buku refleksi journal  Buku panduan automotive workshop
  43. 43. 43 Lampiran Rajah 6.1.1

×