SlideShare a Scribd company logo
1 of 33
1. Pengenalan kepada kaedah penyelidikan dalam
pendidikan
1.1 Tujuan penyelidikan dalam pendidikan
Menurut Gorg & Gall (1989), penyelidikan mempunyai rasional yang tertentu ke
arah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Menurut Weber
(1993), penyelidikan dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapi
dalam kehidupan. Secara kesimpulan, rasional membuat penyelidikan adalah
berasaskan sebab-sebab berikut.
· Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku
(prediction).
Penyelidikan dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan
fenomena yang dijangkakan, coontohnya, jangkaan terhadap pencapaian
pelajar dalam sesuatu peperiksaan.
· Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program
(Improvement)
Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk
memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk
memperbaiki kelemahan yang ada.
· Memberi penjelasan (explanation)
Penyelidikan dapat menjelaskan fenomena yang dikaji.
· Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena. (Description)
Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang dikaji dalam
membantu untuk memahami fenomena yang dikaji.
Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak
tertentunya. Contohnya, Policy Makers.
· Membantu menyelesaikan masalah (Problem Solving)
Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah
yang timbul
1.2 Ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan
Penyelidikan sebagai pendekatan yang saintifik dalam menghasilkan ilmu
mempunyai dua ciri utama, iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkah yang
logikal dan mematuhi kaedah saintifik.
(a) Langkah-langkah logikal
· Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan
berkaitan.
· Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain
telah menghadapi/ menyelesaikan masalah/isu.
· Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh
keputusan yang sah.
· Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu.
· Membuat kesimpulan dan generalisasi.
(b) Penyelidikan perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia dapat
mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif.
· Ket erangan Indukt if : daripada kenyat aan-kenyat an khusus kepada
kenyat aan umum.Seseorang penyelidik membuat pemerhatian terhadap
peristiswa-peristiswa tetentu (fakta-fakta konkrit). Setelah penyiasatan, beliau
akan membina jangkaan tertentu.
 Ket erangan Dedukt if : daripada kenyat aan umum kepada kenyat aan-
kenyat aan khusus “Kalau Encik A guru tidak terlatih, beliau tidak akan
menggunakan ABM/ABPP semasa dia mengajar”
1.3 Pendekatan inkuiri dalam penyelidikan pendidikan
a. Pendekatan ‘positivist’
· Proses penyelidikan dilakukan secara objektif
· Menggunakan instrumen untuk mengukur pembolehubah tertentu
· Data dianalisis secara numerik dan juga secara statistik
· Bersifat Kuantitatif
· Untuk mendapatkan penjelasan
· Membuat pembuktian atau mengesahkan
· Untuk membuat generalisasi
b. Pendekatan ‘interpretive’
· Proses penyelidikan yang dilakukan untuk membolehkan penyelidik
memahami fenomena yang dikaji melalui penelitian kepada subjek yang yang
ada dalam fenomena itu
· Makna dan kefahaman diperolehi melalui pentafsiran secara
subjektif melalui pemerhatian, dokumen atau temubual
c. Pendekatan ‘critical’
· Mengkaji nilai-nilai yang ada dalam sesuatu masyarakat bagi
menentukan perkara-perkara yang kurang sesuai diamalkan
· Tugas penyelidik mengutarakan pandangan dan cadangan untuk
perubahan
1.4 Pendekatan penyelidikan di sekolah
1. Pendekatan kuantitatif
Penyelidikan kuantitatif ialah penyelidikan yang sistematik berdasarkan
nilai numerikal atau statistik. Tujuannya ialah untuk :
· Menguji teori
· Melihat hubungkait angkubah
· Menerang fenomena dari segi “sebab penyebab”
· Membuat ramalan
· Membuat tinjauan
2. Pendekatan kualitatif
Satu usaha untuk memahami sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang
tersendiri. Bagaimana individu itu bertindak, berinteraksi, menjalani kehidupan
harian secara neutral, menunjukkan reaksi dalam menghadapi liku-liku
kehidupan yang ditempuhi, Input akhirnya ialah satu hasil kajian yang memberi
kefahaman yang mendalam mengenai kehidupan sebenar responden yang
dikaji (Patton, 1985). Tujuannya ialah:
· Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya
· Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji
· Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena
yang dipilih
· Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam
· Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina
berasaskan data kajian)
3. Perbezaan Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan
Kualitatif
PERKARA KUANTITATIF KUALITATIF
Istilah yang
berkaitan dengan
pendekatan
Eksperimental
‘Hard data’
Perspektif luaran
Empirikal
Positivist
Fakta sosial
Statistik
‘Etic’
Etnografi (Kajian tentang
sosio budaya)
Kerja lapangan
‘Soft data’
‘Symbolic Interaction’
Perspektif dalaman
‘Naturalistic’
Ethnomethodologi
Diskriptif
Pemerhatian turut serta
‘Phenomenological’
Dokumentari
Riwayat hidup
Kajian kes
Ekologikal
‘Emic’
Konsep utama Pemboleh ubah
Mengoperasi Definisi
Kebolehpercayaan
Hipotesis
Kesahan
Kesignifikanan statistik
Makna
Pemahaman sejagat
Definisi situasi
Kehidupan harian
Pemahaman
Proses
Replikasi
ramalan
Rundingan
bertujuan praktikal
pembinaan sosial
‘Grounded Theory’
Gabungan teori Structural functionalisim
Realism, Positivism
Behavioralisme
‘Logical Empiricm’
‘Systems Theory’
‘Symbolic Interaction’
‘Ethnomethodology’
‘Phenomenology’
Budaya
Idealisme
Gabungan
Akademik
Psikologi
Ekonomi
Sosiologi
Sains politik
Sosiologi
Sejarah
Anthropologi
Matlamat Menguji teori
Memperjelaskan fakta
Perihalan statistik
Hubungan antara
pemboleh ubah
Ramalan
Membina konsep
Memerihal realiti
pelbagai
‘Grounded Theory’
Meningkatkan
pemahaman
Reka bentuk Berstruktur
Ditentukan lebih awal
Formal
Spesifik
Prosedur kajian yang
terperinci
Terbuka kepada
perubahan
Fleksibel
Umum
Membuat tekaan
terhadap cara
penyelidikan
Penulisan
cadangan
penyelidikan
Panjang lebar
Terperinci dan jelas
fokusnya
Prosedur spesifik dan
terperinci
Tinjauan bahan kajian
yang mendalam
Ditulis sebelum data
dipungut
Menyatakan hipotesis
Ringkas
Spekulatif
Mencadangkan bidang
penyelidikan yang
hendak dikaji
Ditulis selepas mendapat
sebahagian daripada
data
Tinjauan bahan kajian
tidak mendalam
Pernyataan pendekatan
yang umum
Data Kuantitatif
Koding boleh dikira
Kiraan dan ukuran
Pembolehubah yang
boleh didefinisikan
Statistik
Diskriptif
Dokumen peribadi
Nota kerja lapangan
Gambar
Pendapat perseorangan
Dokumen rasmi
Bahan-bahan artifak
Persampelan Besar
Berstrata
Kumpulan kawalan
Tepat
Pemilihan secara rawak
Mengawal pengganggu
pembolehubah
Kecil
Tidak mewakili populasi
Persampelan teoritikal
Perposive (bertujuan)
Teknik / kaedah Eksperimen
Tinjauan
Temubual berstruktur
Kuasi eksperimental
Pemerhatian berstruktur
Set data
Permerhatian
Mengkaji pelbagai
dokumen dan artifak
Pemerhatian turut serta
Temubual tidak
berstruktur
Hubungan dengan
responden
Jangka pendek
Hubungan tidak akrab
Mengekalkan status
sebagai penyelidik dan
responden
Empati
Menekankan unsur
kepercayaan
Kesamarataan
Hubungan mesra
Responden sebagai
rakan
Mengutamakan
keobjektifan
Alat Kajian Inventori
Soal selidik
Indeks
Komputer
Skala
Ujian
Alat perakam suara
‘Transciber’
Penyelidik bertindak
sebagai alat kajian
Analisis data Deduktif
Dilaksanakan selepas
pungutan data
Berterusan
Model, tema dan konsep
Induktif
Statistikal Analisis bersifat induktif
‘Constant Comparative
method’
Permasalahan
dalam
menggunakan
pendekatan
Mengawal pemboleh
ubah yang lain
Terlalu rigid
Kesahan
Mengambil masa
panjang
Kesukaran menyaring
data
Kebolehpercayaan
Prosedur tidak rigid
Sukar mengkaji
responden yang besar
jumlahnya
1.5 Etika dalam penyelidikan pendidikan
a) Etika penyelidikan
Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-peraturan/ code atau satu set
prinsip/nilai moral yang berperanan sebagai panduan dalam menjalankan
penyelidikan. Para penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi
etika semasa menjalankan penyelidikan.
a) Kod etika penyelidikan
Dalam etika penyelidikan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian oleh
penyelidik seperti berikut:
1. Mendapat Kebenaran (informed consent)
Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks.
‘Informed Consent’ merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden
setelah memahami beberapa perkara berikut:
o Matlamat dan tujuan kajian
o Apa yang dikendaki oleh responden
o Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam
penyelidikan.
o Sekiranya fokus atau sampling berubah, perundingan semula perlu dibuat
o Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk
memberi kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak, cadangan
kajian mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk melindungi hak
responden.
2. Penglibatan (Participation)
o Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan
masalah yang mungkin timbul dalam kajian.
o Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam
penyelidikan tersebut.
o Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apa-
apa kesan negatif
o Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan
mengikut prosedur tertentu.
3. Kerahsiaan (Confidentiality)
o Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsian
maklumat dijamin berkesan.
o Perlindungan hak responden diutamakan.
o Prosedur tidak telalu rigit yang mengongkong respondent.
o Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan dalam
komuniti penyelidikan
4. Anomiti
o Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti
respondent.
5. Rundingan (Negotiation)
o Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:
§ Mendapat kebenaran dari institusi
§ Mendapat kebenaran untuk access data
§ Penggunaan data
§ Penulisan laporan
§ Melindungi peserta daripada masalah yang timbul
o Bagaimanakah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik?
§ Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk
menjalankan kajian.
§ Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua
sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah.
§ Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang
akan diiukti untuk ‘clearing’ data ‘field’ berkait dengan peserta seperti transkrip,
nota pemerhatian, bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam laporan
akhir atau teks umum.
§ Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian.
§ Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau
draf laporan atau transkrip temubual.
§ Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi.
§ Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta.
§ Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan.
§ Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan.
2. 1 Jenis-jenis penyelidikan
a) Penyelidikan asas
Penyelidikan yang dijalankan untuk menerbitkan dapatan baru, ilmu baru atau
teori baru. Penyelidikan asas:
· Menekankan penemuan pengetahuan semata-mata untuk
pengetahuan.
· Lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam bidang
pendidikan secara lebih mendalam.
· Memperoleh data empirikal yang boleh digunakan untuk
mengembangkan dan menilai teori.
· Kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian masalah praktis
b) Penyelidikan gunaan
· Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau
untuk menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam arena
pendidikan.
· Dapat memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori,
mengubah suai, atau mengembangkan sesuatu teori baru.
c) Penyelidikan tindakan
Kajian tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang dijalankan oleh guru untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran (Carl Glickman, 1992)
d) Penyelidikan penilaian
Penyelidikan penilaian ialah penyelidikan yang dilakukan untuk menilai sesuatu
program. Biasanya ia menilai kesesuaian, kecekapan, keberkesanan dan impak
sesuatu program yang telah dijalankan.
2.2 Pengenalan kepada pelbagai jenis reka bentuk
penyelidikan pendidikan
· Penyelidikan kuantitatif
a) Kajian eksperimental
Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment)kepada dua
kumpulan. Kumpulan pertama diberi rawatan kaedah pertama. Kumpulan
yang kedua diberi rawatan dengan kaedah kedua. Di akhir kajian min prestasi
kedua-dua kumpulan dibandingkan untuk mengkaji keberkesanan kedua-dua
rawatan yang telah diberikan. Andaian dibuat bahawa kumpulan-kumpulan ini
tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum rawatan. .
Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubah-
pembolehubah kawalan
b) Kuasi-eksperimental
Peserta-peserta tidak dibahagikan secara rawak. Kedua-dua kumpulan
diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia ada. Sebelum kajian
dijalankan kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra. Selepas itu kumpulan
pertama menjalani rawatan dengan kaedah pertama , sementara kumpulan
yang satu lagi diberi rawatan dengan kaedah kedua. Selepas tamat kajian
kedua-dua kumpulan mengambil ujian pasca. Prestasi kedua-dua kumpulan
sebelum dan selepas kajian dibandingkan untuk menentukan perbezaan
keberkesanan rawatan-rawatan yang telah diberi.
c) Kajian tinjauan
Kajian tinjauan melibatkan penggunaan soal selidik atau penggunaan
maklumat statistik untuk mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi,
pemikiran atau tingkahlaku mereka.
Statistik deskriptif: min, mod, median, peratus, kekerapan
d) Kajian korelasi
Menentukan perhubungan di antara dua pembolehubah yang dapat
diberikan nilai numerikal
· Penyelidikan kualitatif
a) Kajian etnografi
Satu kajian yang melibatkan sekumpulan manusia untuk mengkaji sosio budaya
mereka.
b) Kajian kes
Menurut Merriem (1998), kajian kes digunakan untuk memahami mendalam
tentang subjek yang dikaji, memokus tentang proses berbanding output,
mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau dapatan.
Melibatkan seorang individu, sekumpulan manusia, satu masyarakat, satu bilik
darjah.
c) Kajian sejarah
Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau kecenderungan dari
peristiwa lepas yang mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara-
perkara pada masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka masa akan
datang.
d) Kajian naratif
Satu jenis kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana
manusia membina makna dalam kehidupan mereka. Ia memberi tumpuan
kepada makna yang ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa-
peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka.
3. Prosedur penyelidikan pendidikan
3.1 Menyatakan masalah kajian
Masalah kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu atau
persoalan pokok yang kita akan kaji.
3.2 Menetapkan objektif kajian
Objektif kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin diselidiki
dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Ia juga menggambarkan
pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu penyelidikan.
3.3 Membentuk soalan kajian
Soalan kajian dibina berdasarkan objektif kajian. Soalan kajian mestilah jelas,
tepat dan berfokus. Soalan kajian membantu penyelidik memberi halatuju yang
jelas kepada proses penyelidikan dan meudahkannya menulis laporan
penyelidikan
3.4 Menghasilkan hipotesis kajian
Bagi kajian kuantitatif hipotesis digunakan untuk menentukan samada sesuatu
yang dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak dsbnya. (Kajian
Experimental, kuasi-experimental, korelasi)
3.5 Melakukan tinjauan literatur
Tinjauan literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui
senario, perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang
akan dijalankan. Ia membantu penyelidik menyatakan masalah kajian, objektif
dan persoalan kajian. Seterusnya teori-teori yang berkaitan dengan isu yang
dikaji dan dapatan-dapatan kajian yang lepas boleh membantu penyelidik
membincangkan dapatan kajiannya.
3.6 Merancang kaedah kajian
Menentukan instrumen, prosedur pelaksanaan kajian
3.7 Mereka bentuk kajian
Penyelidik perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekan kuantatitaif
yang akan digunakan. Apakah jenis penyelidikan yang akan digunakan.
Penyelidik juga perlu menentukan apakah teknik pengumpulan data.
3.8 Menentukan prosedur persampelan
Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan. Sampel yang
betul perlu dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh
menggambarkan ciri populasi atau menggambarkan sesuatu kes atau sesuatu
fenomena yang dikaji
3.9 Membina instrumen kajian
Instrumen ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat pengukuran atau
membuat pengumpulan data. Instrumen yang sedia ada boleh digunakan. Jika
instrumen belum ada penyelidik perlu membina instrumen yang diperlukan
3.10 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian
Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan kesahannya. Terdapat
beberapa kesahan yang perlu ditentukan, iaitu kesahan kandungan, kesahan
konstruk dan kesahan muka. Seterusnya kebolehpercayaan instrumen juga
perlu ditentukan. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan (konsistensi)
alat pengukuran
3.11 Menentukan prosedur pengumpulan data
Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data yang
dikumpul adalah mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan dengan
benar persoalan, isu, fenomena atau kes yang dikaji.
3.12 Mengumpul data
Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu
dikutip. Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Terdapat
berbagai strategi dan teknik yang kita gunakan untuk mengumpul data-data
atau maklumat dalam penyelidikan. Apa yang penting ialah strategi dan teknik
yang dipilih mempunyai ciri-ciri kredibiliti, keobjektifan, kebolehanpercayaan,
keesahan dan kebolehan untuk generalisasi.
3.13 Menganalisis data
Dalam langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu
dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan
persoalan kajian atau hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan
dibuktikan kebenarannya. Analisis secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat
dijalankan untuk menentukan sama ada objektif kajian dicapai atau tidak.
3.14 Membincang hasil kajian
Dapatan kajian haruslah dibincangkan, berdasarkan perbandingan dengan
teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil perbincangan akan
menghasilkan rumusan, penambahbaikan,cadangan dan Implikasi
penyelidikan.
3.15 Melaporkan kajian
Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis
laporan tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya.
Dalam laporan penyelidik perlu menulis tujuan kajian, menerangkan tentang
latarbelakang kajian, objektif kajian, persoalan kajian atau hipotesis kajian,
terangkan rekabentuk kajian, cara data di analisis, penerangan tentang
dapatan kajian dan juga cadangan-cadangan yang perlu bagi menjawab
masalah yang telah dikenal pasti.
4 Penyelidikan Tindakan
a. Definisi dan konsep
• Kajian yang dilakukan secara terus untuk menyelesaikan sesuatu masalah
sosial (Lewin,1946)
• Satu pendekatan penyelidikan untuk mempertingkatkan kualiti P&P(Elliot,
1981)
• Kajian yang sistematik ke arah usaha-usaha untuk meningkatkan amalan
pendidikan oleh golongan yang terlibat dalam pendidikan (Ebbutt, 1995)
b. Ciri-ciri penyelidikan tindakan
• Matlamatnya perubahan yang positif akan berlaku pada akhir penyelidikan
• Kajian yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah sosial, masyarakat,
pendidikan
• Kajian untuk memperbaiki keadaan semasa
• Berkaitan dengan tugasan harian
• Kajian tindakan ialah suatu proses reflektif inkuiri refleksi kendiri
• Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian
• Kajian tindakan ditentukan oleh pengamal sendiri(practitioners)
• Kajian tindakan dilaksanakan secara sistematik
• Ada tindakan praktikal & intervensi (treatment)
• Data lebih cenderung berbentuk gabungan antara kuantitatif dan
kualitatif
• Satu proses yang berulang atau berterusan (cyclical basis)
• Lebih berfokus kepada proses berbanding output
• Tidak digunakan untuk menguji hipotesis
c. Kepentingan penyelidikan tindakan
· Untuk menambahbaik pengajaran &pembelajaran
· Meningkatkan kualiti diri sebagai pendidik
· Memperbaiki keadaan tempat kerja
· Meningkatkan kepuasan bekerja
· Peluang untuk membuat perubahan ke arah peningkatan
profesionalisme (hasil pengupayaan)
· Pembangunan profesionalisme
5.0 Kajian tindakan
a. Jenis kajian tindakan
(i) Kajian tindakan kritikal
Kajian tindakan yang dijalankan untuk mengubah nilai atau amalan dalam
sesuatu masyarakat atau diri sendiri.
(ii) Kajian tindakan praktikal
Kajian tindakan yang dilakukan secara langsung oleh untuk membaiki amalan
praktikal seperti menambahbaik amalan sendiri dalam pelaksanaan kerja,
menambahbaik amalan murid, menyelesaikan masalah, meningkatkan kualiti
P&P dan sebagainya.
b. Isu pendidikan berkaitan kajian tindakan
i. Bagaimana kajian tindakan dapat meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran?
ii. Meningkatkan kefahaman dan penglibatan gutugutu dalam
penyelidikan tindakan
c. Proses kajian tindakan:
i. Mengenal pasti masalah berkaitan amalan
ii. Merancang tindakan
iii. Melaksana tindakan
iv. Mengumpul data dan menganalisis
v. Membuat refleksi terhadap tindakan
vi. Mengambil tindakan susulan
vii. Merancang kitaran kedua
Proses kajian tindakan:
i. Mengenal pasti masalah berkaitan amalan
Masalah yang dipilih daripada pengalaman dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Masalah yang dipilih dalam kawalan penyelidik dan boleh
diselesaikan oleh penyelidik. Masalah boleh diselesaikan dalam jangkamasa
yang ditetapkan.
ii. Merancang tindakan
Memilih apakah tindakan yang sesuai dengan masalah yang dihadapi.
Menyediakan jadual pelaksanaan penyelidikan, instrumen pengumpulan data,
kaedah analisis data serta menyediakan peralatan yang diperlukan.
Menyediakan carta Gantt pelaksanaan proses penyelidikan.
iii. Melaksana tindakan
Menjalankan penyelidikan seperti yang yang telah ditetapkan. Penyelidik sendiri
yang menjalankan penyelidikan kerana penyelidik adalah juga instrumen
kajian. Bantuan juga boleh diperolehi daripada rakan sejawat sebagai contoh
membuat rakaman video proses pengajaran dan pembelajaran, atau
membuat pemerhatian menggunakan senarai semak. Namun urusan
temubual, mengumpul maklumat seperti dokumen sokongan lain dibuat sendiri
oleh penyelidik
iv. Mengumpul data dan menganalisis
Dalam kajian tindakan mengumpul data dan menganalisis berjalan serentak.
Data atau maklumat yang dikumpul dianalisis berterusan untuk melihat
kemajuan yang dicapai oleh subjek. Di samping itu analisis berterusan
membolehkan penyelidik menentukan kesesuaian tindakan untuk
membolehkan modifikasi tindakan dibuat atau memlaksanakan tindakan baru
yang difikirkan sesuai.
v. Membuat refleksi terhadap tindakan
Refleksi di peringkat akhir sesuatu kitaran membolehkan penyelidik menilai
kesan tindakan atau rawatan yang telah dijalankan. Penyelidik boleh membuat
tafsiran kejayaan atas rawatan yang diberikan. Dia boleh meneruskan rawatan
ke dalam kitaran yang seterusnya sekiranya rawatan kurang berkesan dengan
membuat pengubahsuaian rawatan atau mengenalkan rawatan yang
baru. Dia juga boleh menamatkan kajiannya sekiaranya dia berpuas hati
dengan pencapaian murid-muridnya.
Refleksi bukan sahaja boleh dilakukan di peringkat akhir kitaran, refleksi boleh
dilakukan juga pada mana-mana peringkat dalam satu kitaran. Refleksi seperti
ini membolehkan penyelidik mempelajari perkara-perkara yang baru atau terus
membuat penambahbaikan tanpa perlu menunggu pada kitaran yang
seterusnya.
vi. Mengambil tindakan susulan
Tindakan susulan dibuat selepas tamat sesuatu kajian tindakan. Ia
membolehkan penyelidik memperbaiki amalannya dan mengambil langkah
perlu dalam meningkatkan kualiti P&Pnya
vii. Merancang kitaran kedua
Memikirkan langkah-langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam
kitaran kedua atau kitaran seterusnya
6. Cadangan kajian tindakan
· Fokus kajian / masalah kajian
· Soalan kajian
· Sumber literatur
· Reka bentuk kajian
· Subjek kajian
· Pelan tindakan
· Strategi pengumpulan data
· Analisis data
· Jadual kerja
· Perbelanjaan
· Sumber rujukan
Cadangan kajian tindakan
i. Fokus kajian / masalah kajian
Menetukan isu/masalah yang ingin dikaji berdasarkan refleksi pengalaman
pengajaran dan pembelajaran yang lepas, atau masalah yang sedang
dihadapi. Isu atau masalah itu samada masalah guru, masalah murid,
menambahbaik amalan guru atau amalan murid. Isu yang ingin dikaji itu
haruslah dalam kawalan guru dan mampu diselesaikan oleh guru sendiri.
ii. Soalan kajian
Menentukan soalan kajian yang jelas dan berfokus. Kedua-dua ciri ini
membantu penyelidik merancang tindakan yang sesuai, merekabentuk
kajiannya, mencari literatur yang sesuai dan memilih subjek kajian.
iii. Sumber literatur
Sumber literatur haruslah membolehkan penyelidik menulis latarbelakang kajian,
merekabentuk kajiannya dan membincangkan dapatan kajiannya. Sumber
literatur boleh diambil daripada jurnal, buku, prosiding seminar, thesis, laporan
dan sebagainya.
iv. Reka bentuk kajian
Penyelidik harus menentukan pendekatan yang akan digunakan samada
pendekatan kualitatif, pendekatan kualitatif atau kombinasi kedua-dua
pendekatan. Seterusnya tentukan jenis data yang diperlukan dan teknik
pengumpulan data yang akan digunakan.
v. Subjek kajian
Subjek kajian boleh melibatkan satu bilikdarjah, sekumpulan murid atau seorang
murid atau guru sendiri sebagai subjek. Subjek yang dipilih adalah berdasarkan
kaedah persampelan bertujuan (purposeful sampling)yang mempunyai ciri
yang menepati objektif kajian.
vi. Pelan tindakan
Perancangan yang teliti membantu penyelidik melaksanakan kajiannya secara
sistematik dan dapat menyiapkan kajian dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Aktiviti yang akan dijalankan, pihak yang terlibat, keperluan
peralatan dan prosedur pelaksanaan kajian disenaraikan dan dinyatakan
dengan jelas
vii. Strategi pengumpulan data
Strategi pengumpulan data melibatkan penentuan jenis data, instrumen yang
digunakan dan teknik pengumpulan data dinyatakan dengan jelas
viii. Analisis data
Kaedah analisis data dinyatakan dengan jelas. Nyatakan samada
menggunakan markah mentah, gred, statistik deskriptif (data kuantitatif)atau
menggunakan analisis kandungan (data kualitatif)
ix. Jadual kerja
Menyediakan carta Gantt pelaksanaan kajian mengandungi aktiviti yang akan
dijalankan dan jangkaan tarikhnya
x. Perbelanjaan
Senaraikan perincian keperluan bagi menjalankan kajian beserta kos yang
diperlukan
xi. Sumber rujukan
Sumber literatur boleh diambil daripada jurnal, buku, prosiding seminar, thesis,
laporan dan sebagainya. Penulisan rujukan haruslah menggunakan format APA
7. Kajian Tindakan: Kaedah pengumpulan data kajian
tindakan
i. Temu bual: Temu bual berstruktur, semi-struktur, tidak
berstruktur
· Berstruktur - mempunyai jadual khusus, soalan disediakan dalam urutan;
digunakan dengan meluas dalam tinjauan dan kajian pasaran. Bertujuan untuk
mendapatkan maklumat asas atau untuk membuat pengesahan
· Separa-berstruktur - soalan spesifik disediakan dan ditanyakan tetapi
pencungkilan dilakukan dengan bebas ke atas jawapan yang diberikan; sesuai
untuk individu dan kumpulan
· Tidak berstruktur – penyelidik boleh meneroka dan melakukan
pencungkilan dengan bebas; perlu ada kerangka atau senarai tema atau topik
yang dikehendaki; sesuai untuk individu atau kumpulan (kumpulan fokus);
penyelidik perlu mahir
· Kumpulan fokus
§ Apakah temu bual kumpulan fokus?
§ Temu bual diinisiasi oleh penyelidik; selalu digunakan untuk kajian pasaran
dan parti politik
§ Terletak antara temu bual individu dengan pemerhatian kumpulan secara
naturalistik
§ Selalunya berfokuskan tema tertentu atau suatu set isu khusus
§ Perbincangan dikawal moderator
§ Data diperoleh daripada interaksi antara ahli kumpulan, bukan antara
penyelidik dan ahli kumpulan
ii. Pemerhatian: Pemerhati penuh, peserta sebagai pemerhati, pemerhatian
penuh
Pemerhati penuh – Seorang penyelidik merupakan salah seorang peserta yang
dikaji. Peranannya sebagai penyelidik tidak diketahui oleh peserta. Segala
tingkahlaku peserta diperhatikan oleh penyelidik untuk membuat kajian
mengenai isu yang dikaji. Penyelidik boleh membuat catatan apa yang telah
diperhatikannya di masa lain apabila tidak bersama-sama dengan peserta.
Peserta sebagai pemerhati – Dalam situasi ini fungsi penyelidik diketahui oleh
peserta. Penyelidik turut serta menjalani aktiviti bersama-sama peserta yang
dikajinya. Dalam masa yang sama penyelidik membuat catatan apa yang
diperhatikannya.
Pemerhatian penuh – Penyelidik tidak langsung mempunyai interaksi dengan
peserta. Dia hanya membuat pemerhatian penuh dan membuat catatan
tingkahlaku peserta
iii. Data berbentuk dokumentasi
Berbagai maklumat seperti minit mesyuarat, laporan, , prosiding seminar, thesis,
laporan kertas projek penulisan ilmiah, majalah, surat khabar dan sebagainya
boleh digunakan sebagai maklumat penyelidikan.
iv. Triangulasi data kajian
Triangulasi, iaitu membanding pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah,
pada masa berbeza dan, daripada sumber yang berlainan. Triangulasi data
dapat meningkatkan kesahan dan keboleh percayaan penyelidikan tindakan.
8. Kajian Tindkan: Kaedah pengumpulan data kajian
tindakan
I. Senarai semak pemerhatian
Senarai semak mengandungi senarai item-item atau aktiviti-aktiviti yang telah
ditentukan untuk diperhatikan dalam sesuatu pemerhatian. Menggunakan
senarai semak, seseorang pemerhati boleh memberi tumpuan kepada aktiviti
yang difokuskan dan membantunya menetukan kekerapan sesuatu aktiviti
berlaku.
II. Rakaman video dan kaset
Rakaman video boleh digunakan untuk merakamkan sesuatu fenomena atau
peristiwa yang dikaji. Sebagai contoh seorang penyelidik membuat rakaman
satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Rakaman tersebut kemudiannya
dianalisis untuk membolehkan penyelidik membuat analisis isu yang dikajinya.
Rakaman video membolehkan seseorang penyelidik merakam semua peristiwa
yang berlaku dan tiada maklumat yang terlepas berbanding melalui bentuk
pemerhatian yang lain.
III. Log
Catatan log seperti buku log juga boleh digunakan sebagai maklumat. Perkara
yang dicatatkan dalam buku log boleh digunakan sebagai bukti penglibatan
atau aktiviti yang dilakukan oleh seseoran
IV. Nota lapangan
Nota lapangan merupakan penulisan yang dibuat oleh penyelidik berdasarkan
apa yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui dan pemikiran yang
timbul semasa mengumpul dan membuat refleksi terhadap
data. Mengandung deskripsi dan dialog yang releven tentang latar konteks
dan peserta yang dikaji. Sebagai bukti yang membantu proses membuat
analisis kajian
V. Fotograf
Gambarfoto boleh digunakan sebagai sumber maklumat.Sesuatu peristiwa
atau fenomena yang dirakam melalui gambarfoto boleh digunakan untuk
menganalisis aktiviti yang dilakukan, memberi gambaran peristiwa yang
berlaku, siapa yang terlibat atau menjadi bukti penglibatan seseorang.
VI. Portfolio
Portfolio mengandungi maklumat peribadi, bidang tugas, penglibatan dan hasil
kerja seseorang. Portfolio sering digunakan sebagai salah satu sumber
maklumat dalam menilai kualiti diri dan kompetensi diri seseorang dan kualiti
kerja yang dihasilkannya
VII. Borang catatan temu bual
Borang catatan temubual digunakan sebagai ganti temubual yang tidak
direkodkan. Catatan temubual mengandungi perkara-perkara penting yang
ditekodkan semasa temubual dijalankan
VIII. Slid
Slid boleh digunakan untuk menggambarkan turutan sesuatu proses atau
sesuatu peristiwa.
IX. Laporan jurnal
Laporan yang ditulis tentang sesuatu pengalaman atau peristiwa yang dilalui
oleh seseorang untuk melakukan refleksi supaya seseorang mendapat
pembelajaran daripada pengalaman yang dilalui.
X. Diari
Catatan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang
ditulis setiap hari. Diari boleh digunakan sebagai data aktiviti atau peristiwa
yang berlaku pada seseorang individu.
9. Pertimbangan semasa mengumpul data kajian tindakan
9.1 Kesahan dan kebolehpercayaan data
9.1.1 Keesahan:
Keesahan bermaksud kebenaran yang dapat menggambarkan fenomena
sosial sebenar seperti yang dimaksudkan (Hammerslay1990:57)
Kesahan kajian tindakan dapat ditingkatkan melalui:
(a) Kritikan luaran (keaslian data)
Pendapar pakar diperlukan untuk memberi pandangan kepada dapatan.
Pengesahan dan pandangan yang diberikan oleh pakar akan meningkatkan
kesahan dapatan..
(b) Kritikan dalaman (ketepatan data)
Dapatan atau hasil kajian dientangkan kepada rakan sejawat atau orang yang
pernah menjalankan kajian yang sama. Pandangan atau pengesahan yang
diberikan akan meningkatkan kesahan dapatan.
(c) Triangulasi data
Membanding pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah, pada masa
berbeza dan, daripada sumber yang berlainan
9.1.2 Kebolehpercayaan:
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan data yang disepakati oleh
beberapa penyelidik yang sama atau penyelidik lain, sama ada dalam situasi
yang sama atau yang berbeza (Hammerslay1992a:67)
Kebolehpercayaan data kajian tindakan dapat ditingkatkan antaranya
melalui:
· Penulisan nota lapangan yang sistematik
· Ujian rintis temu bual
· Pembentangan hasil laporan untuk interpretasi semula
· Penglibatan yang lama dengan tempat kajian
· Pemerhatian yang berterusan dalam satu tempoh masa tertentu.
9.2 Etika kajian tindakan
Dalam etika penyelidikan tindakan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian
oleh penyelidik seperti berikut:
I. Mendapat Kebenaran (informed consent)
II. Penglibatan (Participation)
III. Kerahsiaan (Confidentiality)
IV. Anomiti (keselamatan)
- Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti
respondent.
V. Rundingan (Negotiation). Rundingan melibatkan perkara-
perkara berikut:
§ Mendapat kebenaran dari institusi
§ Mendapat kebenaran untuk access data
§ Penggunaan data
§ Penulisan laporan
§ Melindungi peserta daripada masalah yang timbul
9.3 Keupayaan data kajian digeneralisasi
Dapatan kajian tindakan tidak boleh dibuat generalisasi. Ini adalah kerana
sesuat kajian tindakan adalah unik untuk sesutu kelompok manusia, seseorang
individu atau sebuah bilik darjah. Walaubagaimana pun untuk membuat
generalisasi perkara-perkara berikut harus dilakukan:
· Kajian diulang semula d tempat lain. Di samping itu, data yang
dikumpul mestilah tepat dan penerangan yang dibuat adalah terperinci. Jika
dapatan adalah tekal maka generalisasi boleh dibuat
Analisis data kajian tindakan
10. Data kualitatif
Data kualitatif dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Analisis
kandungan melibatkan proses mengkod data, mengkategori data, menyusun
data dalam grid analisis dan mengenalpasti tema/pola dan makna.
Analisis kandungan melibatkan tiga peringkat utama, iaitu aksial
coding, select ive coding danpembent ukaaan tema. Pada peringkat aksial
coding maklumat yang mewakili ciri tertentu dikodkan kepada kod-kod
tertentu. Kod-kod kemudiannya dikelompokkan ke dalam kategori-kategori
tertentu. Kategori-kategori kemudiannya dikelompokkan ke dalam tema-tema
tertentu
11. Data kuantitatif
Data kajian tindakan dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi,
peratusan, min, mod, median dan sisihan piawai.
Latihan
(i) Carikan min bagi set markah berikut
43, 34, 86, 71, 76 dan 94
43 + 34 + 86 + 71 + 76 + 94
Min = ------------------------------------ = 67.3
6
(ii) Carikan mod bagi set markah berikut
34, 43, 92, 76, 88, 76, 86, 94
Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan tertinggi iaitu 76
(iii) Carikan median bagi set data berikut:
Median ialah penengah taburan markah
(a) 3.1, 2.7, 4.7, 2.9, 3.4, 4.1, 3.7, 4.3, 4.7
2.7, 2.9, 3.1, 3.4, 3.7, 4.1, 4.3, 4.7, 4.7
Median ialah 3.7
(b) 3.1, 2.7, 4.7, 2.9, 3.4, 4.1, 3.7, 4.3, 4.7, 4.8
2.7, 2.9, 3.1, 3.4, 3.7, 4.1, 4.3, 4.7, 4.7, 4.8
3.7 + 4.1
Median = ------------ = 3.9
2
(iv) Carikan sisihan piawai bagi set markah berikut
44, 50, 38, 96, 42, 47, 40, 39, 46, 50
44 + 50 + 38 + 96 + 42 + 47 + 40 + 39 + 46 + 50
Min = x ---------------------------------------------------------------- = 49.2
10
x x – x (x – x)²
44 44-49.2 = -5.2 27.04
50 50-49.2 = 0.8 0.64
38 38-49.2 = -11.2 125.44
96 96-49.2 = 46.8 2190.24
42 42-49.2 = -7.2 51.84
47 47-49.2 = -.2.2 4.84
40 40-49.2 =-9.2 17.64
39 39-49.2 = -10.2 104.04
46 46-49.2 =-3.2 0.64
50 50-49.2 =0.8 27.04
∑ 2522.36
SP = ∑( x – x)2
n-1
SP = 2522.36
10-1
SP = 2522.36
9
= 16.74
12. Menghuraikan data kajian tindakan
· Mengintegrasikan data dengan pengalaman personal
· Menghubungkaitkan data dengan literature
· Merumus dan membincang hasil kajian
Ketika membahaskan dapatan kajian seseorang penyelidik haruslah
mengaitkan dapatan kajian dengan pengalamannya. Dia perlu membuat
perbandingan dapatan dengan amalannya untuk membuat
penambahbaikan kepada amalannya, amalan muridnya untuk meningkatkan
lagi keberkesanan P&P. Seseorang penyelidik juga perlu membandingkan
dengan teori dan dapatan kajian-kajian lepas untuk menyemak samada
dapatan kajian selari dengan teori dan kajian lepas atau bertentangan untuk
membolehkannya membuat perbincangan dan merumuskan dapatan
kajiannya. Seseorang penyelidik harus mampu menyatakan implikasi kajiannya
kepada dunia pedidikan dan boleh memberi cadangan untuk kajian yang
seterusnya dan mencadangkan penambahbaikan kepada pendidik lain.
13. Format Penulisan Laporan Kajian Tindakan
· Latar belakang kajian
· Fokus kajian / mengenal pasti masalah kajian
· Sumber literatur
· Pelan tindakan
· Strategi pengumpulan data
· Analisis data
· Refleksi
· Langkah seterusnya
· Sumber rujukan
I. Latar belakang kajian
Memberi penerangan tentang scenario, isu-isu dan perkembangan yang
berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan. Di bahagian ini juga
penyelidik perlu menyatakan justifikasi dan rasional mengapa kajian perlu
dijalankan. Di samping itu penyelidik juga harus menerangkan kepentingan
kajian yang akan dijalankan.
II. Fokus kajian / mengenal pasti masalah kajian
Memberi penerangan tentang isu atau masalah yang dikaji, bagaimana isu itu
ditemui. Dalam bahagian ini penyelidik juga perlu menerangkan dengan jelas
masalah yang dikaji, menganalisis masalah dengan mendalam sehingga boleh
mencadangkan tindakan yang paling sesuai untuk menangani masalah
tersebut. Salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan tindakan yang
diambil ialah apabila penyelidik dapat mentafsir masalah dengan tepat,
mengenali punca dan mengaitkannya dengan pengalaman yang lepas.
Kesemua perkara ini haruslah dilaporkan dalam bahagian ini.
III. Sumber literatur
Dalam bahagian ini penyelidik harus menulis dan merumuskan bahan-bahan
literatur yang berkaitan dengan teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas.
Bahan-bahan sumber literatur harus ditulis semula dalam ayat sendiri dalam
subtopik yang selari dengan objektif kajian. Melalui pendekatan ini penyelidik
akan dapat menulis sumber literatur dengan baik dan releven dengan dapatan
kajian yang akan dibahaskan.
IV. Pelan tindakan
Dalam bahagian ini penyelidik haruslah membincangkan dengan terperinci
langkah-langkah yang dirancang ketika melaksanakan tindakan. Antara
pekara yang perlu diterangkan ialah perincian tindakan yang diambil, prosedur
menjalankan tindakan, data yang perlu dikumpul dan instrumen yang
digunakan dalam pengumpulan data.
V. Strategi pengumpulan data
Dalam bahagian ini penyelidik haruslah menerangkan dengan jelas kaedah,
teknik dan strategi yang telah digunakan dalam pengumpulan data.
VI. Analisis data
Dalam bahagian ini penyelidik harus memaparkan data yang dikumpul dalam
dalam bentuk jadual, carta, graf dan sebaginya. Penyelidik perlu menerangkan
jenis analisis data yang telah digunakan samada penggunaan statistic deskriptif
atau pendekatan analisis kandungan. Seterusnya keputusan analisis data
diterangkan dengan jelas dan dirumuskan. Kesimpulan dibuat terhadap objektif
penyelidikan samada ianya tercapai atau tidak.
VII. Refleksi
Dalam bahagian ini penyelidik membuat refleksi kepada keputusan
penyelidikannya dan apa yang dipelajari daripada pengalaman menjalankan
penyelidikan. Di bahagian ini penyelidik harus mengaitkan dapatan kajian
dengan tindakan yang telah diambil dalam aspek kekuatan dan kelemahan
tindakan. Di samping itu penyelidik juga harus membincangkan usaha-usaha
penambahbaikan terhadap amalannya dalam pengajaran dan
pembelajaran.
VIII. Langkah seterusnya
Dalam bahagian ini penyelidik perlu menerangkan apakah usaha yang akan
dilakukan seterusnya berdasarkan dapatan kajiannya. Apakah tindakan akan
diteruskan dalam kitaran seterusnya dengan penambahbaikan atau dia perlu
mengenalkan tindakan baru atau menamatkan tindakan sekiranya masalah
telah dapat diatasi. Seterusnya penyelidik perlu menerangkan implikasi
dapatan kajiannya dan memberi cadangan penyelidikan yang seterusnya
yang perlu dijalankan.
IX. Sumber rujukan
Dalam bahagian ini penyelidik menyenaraikan senarai rujukan yang telah
digunakan dalam penyelidikannya. Format rujukan APA digunakan sebagai
tatacara penulisan rujukan yang standard.
14. Format Penulisan artikel/makalah kajian tindakan
I. Abstrak
Abstrak ialah intipati yang menyatakan dengan ringkas keseluruhan kajian. Ia
meliputi tujuan kajian dijalankan, subjek yang terlibat, tindakan yang diambil,
instrumen yang digunakan, pelilihan subjek, analisis data yang digunakan,
dapatan penyelidikan, implikasi kajian dan cadangan untuk penyelidikan yang
seterusnya. Abstrak mestilah ditulis dengan ringkas dan padat. Abstrak harus
ditulis dalam satu perenggan sahaja. Abstrak yang baik dapat memberi
maklumat kepada pembaca untuk memahami kajian yang telah dijalankan,
proses-proses penyelidikan dan dapatan kajian serta implikasi kajian.
II. Konteks
Dalam bahagian ini penulis menerangkan konteks bagi penyelidikannya. Dia
harus menerangkan latarbelakang sekolah dan latarbelakang subjek.
Penerangan yang jelas kepada aspek-aspek tersebut akan memberi
kefahaman kepada pembaca tentang persekitaran kehidupan subjek. Melalui
cara ini pembaca akan dapat lebih menghayati pelaporan kajian tindakan
yang dilaporkan dalam bentuk penulisan ilmiah yang dibacanya.
III. Fokus kajian
IV. Pelan tindakan
V. Pelaksanaan pelan tindakan
VI. Strategi pengumpulan data
VII. Analisis dan penemuan
VIII. Refleksi dan implikasi
IX. Tindakan susulan
15. Penyebaran hasil kajian tindakan
 Seminar
 Penerbitan
 Rangkaian kajian tindakan (on-line networks)

More Related Content

What's hot

TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
Nahzatul Akma
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
Noradilah Hj Nain
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
JOLIN TAIMIN
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
Izzat Najmi
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
ikhwankmk92
 

What's hot (20)

Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaranTajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
 
TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Teori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatTeori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan Maklumat
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
Pendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuanPendekatan inkuiri penemuan
Pendekatan inkuiri penemuan
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 

Viewers also liked

Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
nym_namrod
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Nik Zawawi
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Amira Farhanah
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
ANIS IBRAHIM
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
Fawwaz Fathanah
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
mohdkhamdani
 
Panduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianPanduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajian
Chon Seong Hoo
 
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
share with me
 
65173562 Kpd 3026 Teknologi Pengajaran Dan Penaksiran
65173562  Kpd 3026  Teknologi  Pengajaran  Dan  Penaksiran65173562  Kpd 3026  Teknologi  Pengajaran  Dan  Penaksiran
65173562 Kpd 3026 Teknologi Pengajaran Dan Penaksiran
Tan C.EAN
 
Catatan nota lapangan 2
Catatan nota lapangan 2Catatan nota lapangan 2
Catatan nota lapangan 2
Babaxk Mat
 
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan TindakanDefinisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
mandalina landy
 
Unit 7 kajian
Unit 7 kajianUnit 7 kajian
Unit 7 kajian
rohacn
 
Refleksi kerja kursus moral keseluruhan
Refleksi kerja kursus moral keseluruhanRefleksi kerja kursus moral keseluruhan
Refleksi kerja kursus moral keseluruhan
Chika Tobby
 

Viewers also liked (20)

Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakanKajian tindakan  kaedah pengumpulan data kajian tindakan
Kajian tindakan kaedah pengumpulan data kajian tindakan
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan Kajian
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
 
Proposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakanProposal kajian tindakan
Proposal kajian tindakan
 
Nota lapangan
Nota lapanganNota lapangan
Nota lapangan
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 
Triangulasi
TriangulasiTriangulasi
Triangulasi
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatif
 
Panduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajianPanduan menulis laporan kajian
Panduan menulis laporan kajian
 
Konsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah PenyelidikanKonsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah Penyelidikan
 
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
 
65173562 Kpd 3026 Teknologi Pengajaran Dan Penaksiran
65173562  Kpd 3026  Teknologi  Pengajaran  Dan  Penaksiran65173562  Kpd 3026  Teknologi  Pengajaran  Dan  Penaksiran
65173562 Kpd 3026 Teknologi Pengajaran Dan Penaksiran
 
Catatan nota lapangan 2
Catatan nota lapangan 2Catatan nota lapangan 2
Catatan nota lapangan 2
 
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan TindakanDefinisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
 
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKANASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
 
Unit 7 kajian
Unit 7 kajianUnit 7 kajian
Unit 7 kajian
 
Refleksi kerja kursus moral keseluruhan
Refleksi kerja kursus moral keseluruhanRefleksi kerja kursus moral keseluruhan
Refleksi kerja kursus moral keseluruhan
 

Similar to Nota ringkas kajian tindakan

Ulangkaji pra3113
Ulangkaji pra3113Ulangkaji pra3113
Ulangkaji pra3113
Ina Syarina
 
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikan
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikanHbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikan
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikan
Akmal Supian
 
18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes
Chales Etin
 
1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik
Ilyanie Hasan
 
1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik
mas5344
 
Penyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifPenyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatif
share with me
 

Similar to Nota ringkas kajian tindakan (20)

Ulangkaji pra3113
Ulangkaji pra3113Ulangkaji pra3113
Ulangkaji pra3113
 
K tokt18
K tokt18K tokt18
K tokt18
 
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikan
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikanHbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikan
Hbef2503+kaedah+penyelidikan+dalam+pendidikan
 
CIRI-CIRI PENYELIDIKAN-MINGGU 2.pptx
CIRI-CIRI PENYELIDIKAN-MINGGU 2.pptxCIRI-CIRI PENYELIDIKAN-MINGGU 2.pptx
CIRI-CIRI PENYELIDIKAN-MINGGU 2.pptx
 
18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes
 
1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik
 
1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik
 
4013 t 2
4013 t 24013 t 2
4013 t 2
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
4013 t 1
4013  t 14013  t 1
4013 t 1
 
Dimensi penyelidikan
Dimensi penyelidikanDimensi penyelidikan
Dimensi penyelidikan
 
Kaedah penyelidikan komunikasi
Kaedah penyelidikan komunikasiKaedah penyelidikan komunikasi
Kaedah penyelidikan komunikasi
 
Prinsip (2)
Prinsip (2)Prinsip (2)
Prinsip (2)
 
Bab 1 (Pengenalan kepada Penyelidikan Pend).ppt
Bab 1 (Pengenalan kepada Penyelidikan Pend).pptBab 1 (Pengenalan kepada Penyelidikan Pend).ppt
Bab 1 (Pengenalan kepada Penyelidikan Pend).ppt
 
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIFPERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
 
Pendekatan Penyelidikan Kuantitatif
Pendekatan Penyelidikan KuantitatifPendekatan Penyelidikan Kuantitatif
Pendekatan Penyelidikan Kuantitatif
 
Topik 1 pengenalan
Topik 1 pengenalanTopik 1 pengenalan
Topik 1 pengenalan
 
Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1
 
Penyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifPenyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatif
 
M2(1)
M2(1)M2(1)
M2(1)
 

Recently uploaded (7)

KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 

Nota ringkas kajian tindakan

  • 1. 1. Pengenalan kepada kaedah penyelidikan dalam pendidikan 1.1 Tujuan penyelidikan dalam pendidikan Menurut Gorg & Gall (1989), penyelidikan mempunyai rasional yang tertentu ke arah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Menurut Weber (1993), penyelidikan dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Secara kesimpulan, rasional membuat penyelidikan adalah berasaskan sebab-sebab berikut. · Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction). Penyelidikan dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena yang dijangkakan, coontohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan. · Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program (Improvement) Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk memperbaiki kelemahan yang ada. · Memberi penjelasan (explanation) Penyelidikan dapat menjelaskan fenomena yang dikaji. · Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena. (Description) Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena yang dikaji. Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak tertentunya. Contohnya, Policy Makers. · Membantu menyelesaikan masalah (Problem Solving)
  • 2. Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang timbul 1.2 Ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan Penyelidikan sebagai pendekatan yang saintifik dalam menghasilkan ilmu mempunyai dua ciri utama, iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkah yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik. (a) Langkah-langkah logikal · Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan. · Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/ menyelesaikan masalah/isu. · Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh keputusan yang sah. · Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu. · Membuat kesimpulan dan generalisasi. (b) Penyelidikan perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia dapat mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif. · Ket erangan Indukt if : daripada kenyat aan-kenyat an khusus kepada kenyat aan umum.Seseorang penyelidik membuat pemerhatian terhadap peristiswa-peristiswa tetentu (fakta-fakta konkrit). Setelah penyiasatan, beliau akan membina jangkaan tertentu.  Ket erangan Dedukt if : daripada kenyat aan umum kepada kenyat aan- kenyat aan khusus “Kalau Encik A guru tidak terlatih, beliau tidak akan menggunakan ABM/ABPP semasa dia mengajar” 1.3 Pendekatan inkuiri dalam penyelidikan pendidikan a. Pendekatan ‘positivist’ · Proses penyelidikan dilakukan secara objektif · Menggunakan instrumen untuk mengukur pembolehubah tertentu
  • 3. · Data dianalisis secara numerik dan juga secara statistik · Bersifat Kuantitatif · Untuk mendapatkan penjelasan · Membuat pembuktian atau mengesahkan · Untuk membuat generalisasi b. Pendekatan ‘interpretive’ · Proses penyelidikan yang dilakukan untuk membolehkan penyelidik memahami fenomena yang dikaji melalui penelitian kepada subjek yang yang ada dalam fenomena itu · Makna dan kefahaman diperolehi melalui pentafsiran secara subjektif melalui pemerhatian, dokumen atau temubual c. Pendekatan ‘critical’ · Mengkaji nilai-nilai yang ada dalam sesuatu masyarakat bagi menentukan perkara-perkara yang kurang sesuai diamalkan · Tugas penyelidik mengutarakan pandangan dan cadangan untuk perubahan 1.4 Pendekatan penyelidikan di sekolah 1. Pendekatan kuantitatif Penyelidikan kuantitatif ialah penyelidikan yang sistematik berdasarkan nilai numerikal atau statistik. Tujuannya ialah untuk : · Menguji teori · Melihat hubungkait angkubah · Menerang fenomena dari segi “sebab penyebab” · Membuat ramalan · Membuat tinjauan 2. Pendekatan kualitatif Satu usaha untuk memahami sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang tersendiri. Bagaimana individu itu bertindak, berinteraksi, menjalani kehidupan harian secara neutral, menunjukkan reaksi dalam menghadapi liku-liku
  • 4. kehidupan yang ditempuhi, Input akhirnya ialah satu hasil kajian yang memberi kefahaman yang mendalam mengenai kehidupan sebenar responden yang dikaji (Patton, 1985). Tujuannya ialah: · Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya · Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji · Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipilih · Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam · Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data kajian) 3. Perbezaan Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif PERKARA KUANTITATIF KUALITATIF Istilah yang berkaitan dengan pendekatan Eksperimental ‘Hard data’ Perspektif luaran Empirikal Positivist Fakta sosial Statistik ‘Etic’ Etnografi (Kajian tentang sosio budaya) Kerja lapangan ‘Soft data’ ‘Symbolic Interaction’ Perspektif dalaman ‘Naturalistic’ Ethnomethodologi Diskriptif Pemerhatian turut serta ‘Phenomenological’ Dokumentari Riwayat hidup Kajian kes Ekologikal ‘Emic’ Konsep utama Pemboleh ubah Mengoperasi Definisi Kebolehpercayaan Hipotesis Kesahan Kesignifikanan statistik Makna Pemahaman sejagat Definisi situasi Kehidupan harian Pemahaman Proses
  • 5. Replikasi ramalan Rundingan bertujuan praktikal pembinaan sosial ‘Grounded Theory’ Gabungan teori Structural functionalisim Realism, Positivism Behavioralisme ‘Logical Empiricm’ ‘Systems Theory’ ‘Symbolic Interaction’ ‘Ethnomethodology’ ‘Phenomenology’ Budaya Idealisme Gabungan Akademik Psikologi Ekonomi Sosiologi Sains politik Sosiologi Sejarah Anthropologi Matlamat Menguji teori Memperjelaskan fakta Perihalan statistik Hubungan antara pemboleh ubah Ramalan Membina konsep Memerihal realiti pelbagai ‘Grounded Theory’ Meningkatkan pemahaman Reka bentuk Berstruktur Ditentukan lebih awal Formal Spesifik Prosedur kajian yang terperinci Terbuka kepada perubahan Fleksibel Umum Membuat tekaan terhadap cara penyelidikan Penulisan cadangan penyelidikan Panjang lebar Terperinci dan jelas fokusnya Prosedur spesifik dan terperinci Tinjauan bahan kajian yang mendalam Ditulis sebelum data dipungut Menyatakan hipotesis Ringkas Spekulatif Mencadangkan bidang penyelidikan yang hendak dikaji Ditulis selepas mendapat sebahagian daripada data Tinjauan bahan kajian tidak mendalam Pernyataan pendekatan yang umum
  • 6. Data Kuantitatif Koding boleh dikira Kiraan dan ukuran Pembolehubah yang boleh didefinisikan Statistik Diskriptif Dokumen peribadi Nota kerja lapangan Gambar Pendapat perseorangan Dokumen rasmi Bahan-bahan artifak Persampelan Besar Berstrata Kumpulan kawalan Tepat Pemilihan secara rawak Mengawal pengganggu pembolehubah Kecil Tidak mewakili populasi Persampelan teoritikal Perposive (bertujuan) Teknik / kaedah Eksperimen Tinjauan Temubual berstruktur Kuasi eksperimental Pemerhatian berstruktur Set data Permerhatian Mengkaji pelbagai dokumen dan artifak Pemerhatian turut serta Temubual tidak berstruktur Hubungan dengan responden Jangka pendek Hubungan tidak akrab Mengekalkan status sebagai penyelidik dan responden Empati Menekankan unsur kepercayaan Kesamarataan Hubungan mesra Responden sebagai rakan Mengutamakan keobjektifan Alat Kajian Inventori Soal selidik Indeks Komputer Skala Ujian Alat perakam suara ‘Transciber’ Penyelidik bertindak sebagai alat kajian Analisis data Deduktif Dilaksanakan selepas pungutan data Berterusan Model, tema dan konsep Induktif
  • 7. Statistikal Analisis bersifat induktif ‘Constant Comparative method’ Permasalahan dalam menggunakan pendekatan Mengawal pemboleh ubah yang lain Terlalu rigid Kesahan Mengambil masa panjang Kesukaran menyaring data Kebolehpercayaan Prosedur tidak rigid Sukar mengkaji responden yang besar jumlahnya 1.5 Etika dalam penyelidikan pendidikan a) Etika penyelidikan Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-peraturan/ code atau satu set prinsip/nilai moral yang berperanan sebagai panduan dalam menjalankan penyelidikan. Para penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi etika semasa menjalankan penyelidikan. a) Kod etika penyelidikan Dalam etika penyelidikan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian oleh penyelidik seperti berikut: 1. Mendapat Kebenaran (informed consent) Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks. ‘Informed Consent’ merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah memahami beberapa perkara berikut: o Matlamat dan tujuan kajian
  • 8. o Apa yang dikendaki oleh responden o Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam penyelidikan. o Sekiranya fokus atau sampling berubah, perundingan semula perlu dibuat o Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk memberi kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak, cadangan kajian mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk melindungi hak responden. 2. Penglibatan (Participation) o Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan masalah yang mungkin timbul dalam kajian. o Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam penyelidikan tersebut. o Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apa- apa kesan negatif o Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan mengikut prosedur tertentu. 3. Kerahsiaan (Confidentiality) o Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsian maklumat dijamin berkesan. o Perlindungan hak responden diutamakan. o Prosedur tidak telalu rigit yang mengongkong respondent. o Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan dalam komuniti penyelidikan 4. Anomiti o Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti respondent. 5. Rundingan (Negotiation) o Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:
  • 9. § Mendapat kebenaran dari institusi § Mendapat kebenaran untuk access data § Penggunaan data § Penulisan laporan § Melindungi peserta daripada masalah yang timbul o Bagaimanakah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh Penyelidik? § Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk menjalankan kajian. § Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah. § Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang akan diiukti untuk ‘clearing’ data ‘field’ berkait dengan peserta seperti transkrip, nota pemerhatian, bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam laporan akhir atau teks umum. § Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian. § Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau draf laporan atau transkrip temubual. § Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi. § Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta. § Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan. § Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan. 2. 1 Jenis-jenis penyelidikan a) Penyelidikan asas Penyelidikan yang dijalankan untuk menerbitkan dapatan baru, ilmu baru atau teori baru. Penyelidikan asas: · Menekankan penemuan pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan. · Lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam bidang pendidikan secara lebih mendalam. · Memperoleh data empirikal yang boleh digunakan untuk mengembangkan dan menilai teori. · Kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian masalah praktis
  • 10. b) Penyelidikan gunaan · Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau untuk menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam arena pendidikan. · Dapat memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori, mengubah suai, atau mengembangkan sesuatu teori baru. c) Penyelidikan tindakan Kajian tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang dijalankan oleh guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran (Carl Glickman, 1992) d) Penyelidikan penilaian Penyelidikan penilaian ialah penyelidikan yang dilakukan untuk menilai sesuatu program. Biasanya ia menilai kesesuaian, kecekapan, keberkesanan dan impak sesuatu program yang telah dijalankan. 2.2 Pengenalan kepada pelbagai jenis reka bentuk penyelidikan pendidikan · Penyelidikan kuantitatif a) Kajian eksperimental
  • 11. Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment)kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diberi rawatan kaedah pertama. Kumpulan yang kedua diberi rawatan dengan kaedah kedua. Di akhir kajian min prestasi kedua-dua kumpulan dibandingkan untuk mengkaji keberkesanan kedua-dua rawatan yang telah diberikan. Andaian dibuat bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum rawatan. . Syarat tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubah- pembolehubah kawalan b) Kuasi-eksperimental Peserta-peserta tidak dibahagikan secara rawak. Kedua-dua kumpulan diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia ada. Sebelum kajian dijalankan kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra. Selepas itu kumpulan pertama menjalani rawatan dengan kaedah pertama , sementara kumpulan yang satu lagi diberi rawatan dengan kaedah kedua. Selepas tamat kajian kedua-dua kumpulan mengambil ujian pasca. Prestasi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas kajian dibandingkan untuk menentukan perbezaan keberkesanan rawatan-rawatan yang telah diberi. c) Kajian tinjauan Kajian tinjauan melibatkan penggunaan soal selidik atau penggunaan maklumat statistik untuk mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi, pemikiran atau tingkahlaku mereka. Statistik deskriptif: min, mod, median, peratus, kekerapan d) Kajian korelasi Menentukan perhubungan di antara dua pembolehubah yang dapat diberikan nilai numerikal
  • 12. · Penyelidikan kualitatif a) Kajian etnografi Satu kajian yang melibatkan sekumpulan manusia untuk mengkaji sosio budaya mereka. b) Kajian kes Menurut Merriem (1998), kajian kes digunakan untuk memahami mendalam tentang subjek yang dikaji, memokus tentang proses berbanding output, mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau dapatan. Melibatkan seorang individu, sekumpulan manusia, satu masyarakat, satu bilik darjah. c) Kajian sejarah Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau kecenderungan dari peristiwa lepas yang mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara- perkara pada masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka masa akan datang. d) Kajian naratif Satu jenis kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana manusia membina makna dalam kehidupan mereka. Ia memberi tumpuan kepada makna yang ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka.
  • 13. 3. Prosedur penyelidikan pendidikan 3.1 Menyatakan masalah kajian Masalah kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu atau persoalan pokok yang kita akan kaji. 3.2 Menetapkan objektif kajian Objektif kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin diselidiki dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Ia juga menggambarkan pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu penyelidikan. 3.3 Membentuk soalan kajian Soalan kajian dibina berdasarkan objektif kajian. Soalan kajian mestilah jelas, tepat dan berfokus. Soalan kajian membantu penyelidik memberi halatuju yang jelas kepada proses penyelidikan dan meudahkannya menulis laporan penyelidikan 3.4 Menghasilkan hipotesis kajian Bagi kajian kuantitatif hipotesis digunakan untuk menentukan samada sesuatu yang dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak dsbnya. (Kajian Experimental, kuasi-experimental, korelasi) 3.5 Melakukan tinjauan literatur
  • 14. Tinjauan literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui senario, perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan. Ia membantu penyelidik menyatakan masalah kajian, objektif dan persoalan kajian. Seterusnya teori-teori yang berkaitan dengan isu yang dikaji dan dapatan-dapatan kajian yang lepas boleh membantu penyelidik membincangkan dapatan kajiannya. 3.6 Merancang kaedah kajian Menentukan instrumen, prosedur pelaksanaan kajian 3.7 Mereka bentuk kajian Penyelidik perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekan kuantatitaif yang akan digunakan. Apakah jenis penyelidikan yang akan digunakan. Penyelidik juga perlu menentukan apakah teknik pengumpulan data. 3.8 Menentukan prosedur persampelan Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan. Sampel yang betul perlu dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh menggambarkan ciri populasi atau menggambarkan sesuatu kes atau sesuatu fenomena yang dikaji 3.9 Membina instrumen kajian Instrumen ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat pengukuran atau membuat pengumpulan data. Instrumen yang sedia ada boleh digunakan. Jika instrumen belum ada penyelidik perlu membina instrumen yang diperlukan 3.10 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan kesahannya. Terdapat beberapa kesahan yang perlu ditentukan, iaitu kesahan kandungan, kesahan konstruk dan kesahan muka. Seterusnya kebolehpercayaan instrumen juga perlu ditentukan. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan (konsistensi) alat pengukuran
  • 15. 3.11 Menentukan prosedur pengumpulan data Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data yang dikumpul adalah mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan dengan benar persoalan, isu, fenomena atau kes yang dikaji. 3.12 Mengumpul data Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu dikutip. Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Terdapat berbagai strategi dan teknik yang kita gunakan untuk mengumpul data-data atau maklumat dalam penyelidikan. Apa yang penting ialah strategi dan teknik yang dipilih mempunyai ciri-ciri kredibiliti, keobjektifan, kebolehanpercayaan, keesahan dan kebolehan untuk generalisasi. 3.13 Menganalisis data Dalam langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan persoalan kajian atau hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan dibuktikan kebenarannya. Analisis secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat dijalankan untuk menentukan sama ada objektif kajian dicapai atau tidak. 3.14 Membincang hasil kajian Dapatan kajian haruslah dibincangkan, berdasarkan perbandingan dengan teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil perbincangan akan menghasilkan rumusan, penambahbaikan,cadangan dan Implikasi penyelidikan. 3.15 Melaporkan kajian Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis laporan tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya.
  • 16. Dalam laporan penyelidik perlu menulis tujuan kajian, menerangkan tentang latarbelakang kajian, objektif kajian, persoalan kajian atau hipotesis kajian, terangkan rekabentuk kajian, cara data di analisis, penerangan tentang dapatan kajian dan juga cadangan-cadangan yang perlu bagi menjawab masalah yang telah dikenal pasti. 4 Penyelidikan Tindakan a. Definisi dan konsep • Kajian yang dilakukan secara terus untuk menyelesaikan sesuatu masalah sosial (Lewin,1946) • Satu pendekatan penyelidikan untuk mempertingkatkan kualiti P&P(Elliot, 1981) • Kajian yang sistematik ke arah usaha-usaha untuk meningkatkan amalan pendidikan oleh golongan yang terlibat dalam pendidikan (Ebbutt, 1995) b. Ciri-ciri penyelidikan tindakan • Matlamatnya perubahan yang positif akan berlaku pada akhir penyelidikan • Kajian yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah sosial, masyarakat, pendidikan • Kajian untuk memperbaiki keadaan semasa • Berkaitan dengan tugasan harian • Kajian tindakan ialah suatu proses reflektif inkuiri refleksi kendiri • Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian • Kajian tindakan ditentukan oleh pengamal sendiri(practitioners) • Kajian tindakan dilaksanakan secara sistematik • Ada tindakan praktikal & intervensi (treatment) • Data lebih cenderung berbentuk gabungan antara kuantitatif dan kualitatif • Satu proses yang berulang atau berterusan (cyclical basis) • Lebih berfokus kepada proses berbanding output • Tidak digunakan untuk menguji hipotesis
  • 17. c. Kepentingan penyelidikan tindakan · Untuk menambahbaik pengajaran &pembelajaran · Meningkatkan kualiti diri sebagai pendidik · Memperbaiki keadaan tempat kerja · Meningkatkan kepuasan bekerja · Peluang untuk membuat perubahan ke arah peningkatan profesionalisme (hasil pengupayaan) · Pembangunan profesionalisme 5.0 Kajian tindakan a. Jenis kajian tindakan (i) Kajian tindakan kritikal Kajian tindakan yang dijalankan untuk mengubah nilai atau amalan dalam sesuatu masyarakat atau diri sendiri. (ii) Kajian tindakan praktikal Kajian tindakan yang dilakukan secara langsung oleh untuk membaiki amalan praktikal seperti menambahbaik amalan sendiri dalam pelaksanaan kerja, menambahbaik amalan murid, menyelesaikan masalah, meningkatkan kualiti P&P dan sebagainya. b. Isu pendidikan berkaitan kajian tindakan i. Bagaimana kajian tindakan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran? ii. Meningkatkan kefahaman dan penglibatan gutugutu dalam penyelidikan tindakan c. Proses kajian tindakan: i. Mengenal pasti masalah berkaitan amalan ii. Merancang tindakan
  • 18. iii. Melaksana tindakan iv. Mengumpul data dan menganalisis v. Membuat refleksi terhadap tindakan vi. Mengambil tindakan susulan vii. Merancang kitaran kedua Proses kajian tindakan: i. Mengenal pasti masalah berkaitan amalan Masalah yang dipilih daripada pengalaman dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang dipilih dalam kawalan penyelidik dan boleh diselesaikan oleh penyelidik. Masalah boleh diselesaikan dalam jangkamasa yang ditetapkan. ii. Merancang tindakan Memilih apakah tindakan yang sesuai dengan masalah yang dihadapi. Menyediakan jadual pelaksanaan penyelidikan, instrumen pengumpulan data, kaedah analisis data serta menyediakan peralatan yang diperlukan. Menyediakan carta Gantt pelaksanaan proses penyelidikan. iii. Melaksana tindakan Menjalankan penyelidikan seperti yang yang telah ditetapkan. Penyelidik sendiri yang menjalankan penyelidikan kerana penyelidik adalah juga instrumen kajian. Bantuan juga boleh diperolehi daripada rakan sejawat sebagai contoh membuat rakaman video proses pengajaran dan pembelajaran, atau membuat pemerhatian menggunakan senarai semak. Namun urusan temubual, mengumpul maklumat seperti dokumen sokongan lain dibuat sendiri oleh penyelidik iv. Mengumpul data dan menganalisis Dalam kajian tindakan mengumpul data dan menganalisis berjalan serentak. Data atau maklumat yang dikumpul dianalisis berterusan untuk melihat
  • 19. kemajuan yang dicapai oleh subjek. Di samping itu analisis berterusan membolehkan penyelidik menentukan kesesuaian tindakan untuk membolehkan modifikasi tindakan dibuat atau memlaksanakan tindakan baru yang difikirkan sesuai. v. Membuat refleksi terhadap tindakan Refleksi di peringkat akhir sesuatu kitaran membolehkan penyelidik menilai kesan tindakan atau rawatan yang telah dijalankan. Penyelidik boleh membuat tafsiran kejayaan atas rawatan yang diberikan. Dia boleh meneruskan rawatan ke dalam kitaran yang seterusnya sekiranya rawatan kurang berkesan dengan membuat pengubahsuaian rawatan atau mengenalkan rawatan yang baru. Dia juga boleh menamatkan kajiannya sekiaranya dia berpuas hati dengan pencapaian murid-muridnya. Refleksi bukan sahaja boleh dilakukan di peringkat akhir kitaran, refleksi boleh dilakukan juga pada mana-mana peringkat dalam satu kitaran. Refleksi seperti ini membolehkan penyelidik mempelajari perkara-perkara yang baru atau terus membuat penambahbaikan tanpa perlu menunggu pada kitaran yang seterusnya. vi. Mengambil tindakan susulan Tindakan susulan dibuat selepas tamat sesuatu kajian tindakan. Ia membolehkan penyelidik memperbaiki amalannya dan mengambil langkah perlu dalam meningkatkan kualiti P&Pnya vii. Merancang kitaran kedua Memikirkan langkah-langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam kitaran kedua atau kitaran seterusnya 6. Cadangan kajian tindakan · Fokus kajian / masalah kajian · Soalan kajian · Sumber literatur · Reka bentuk kajian
  • 20. · Subjek kajian · Pelan tindakan · Strategi pengumpulan data · Analisis data · Jadual kerja · Perbelanjaan · Sumber rujukan Cadangan kajian tindakan i. Fokus kajian / masalah kajian Menetukan isu/masalah yang ingin dikaji berdasarkan refleksi pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lepas, atau masalah yang sedang dihadapi. Isu atau masalah itu samada masalah guru, masalah murid, menambahbaik amalan guru atau amalan murid. Isu yang ingin dikaji itu haruslah dalam kawalan guru dan mampu diselesaikan oleh guru sendiri. ii. Soalan kajian Menentukan soalan kajian yang jelas dan berfokus. Kedua-dua ciri ini membantu penyelidik merancang tindakan yang sesuai, merekabentuk kajiannya, mencari literatur yang sesuai dan memilih subjek kajian. iii. Sumber literatur Sumber literatur haruslah membolehkan penyelidik menulis latarbelakang kajian, merekabentuk kajiannya dan membincangkan dapatan kajiannya. Sumber literatur boleh diambil daripada jurnal, buku, prosiding seminar, thesis, laporan dan sebagainya. iv. Reka bentuk kajian Penyelidik harus menentukan pendekatan yang akan digunakan samada pendekatan kualitatif, pendekatan kualitatif atau kombinasi kedua-dua pendekatan. Seterusnya tentukan jenis data yang diperlukan dan teknik pengumpulan data yang akan digunakan. v. Subjek kajian Subjek kajian boleh melibatkan satu bilikdarjah, sekumpulan murid atau seorang murid atau guru sendiri sebagai subjek. Subjek yang dipilih adalah berdasarkan
  • 21. kaedah persampelan bertujuan (purposeful sampling)yang mempunyai ciri yang menepati objektif kajian. vi. Pelan tindakan Perancangan yang teliti membantu penyelidik melaksanakan kajiannya secara sistematik dan dapat menyiapkan kajian dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti yang akan dijalankan, pihak yang terlibat, keperluan peralatan dan prosedur pelaksanaan kajian disenaraikan dan dinyatakan dengan jelas vii. Strategi pengumpulan data Strategi pengumpulan data melibatkan penentuan jenis data, instrumen yang digunakan dan teknik pengumpulan data dinyatakan dengan jelas viii. Analisis data Kaedah analisis data dinyatakan dengan jelas. Nyatakan samada menggunakan markah mentah, gred, statistik deskriptif (data kuantitatif)atau menggunakan analisis kandungan (data kualitatif) ix. Jadual kerja Menyediakan carta Gantt pelaksanaan kajian mengandungi aktiviti yang akan dijalankan dan jangkaan tarikhnya x. Perbelanjaan Senaraikan perincian keperluan bagi menjalankan kajian beserta kos yang diperlukan xi. Sumber rujukan Sumber literatur boleh diambil daripada jurnal, buku, prosiding seminar, thesis, laporan dan sebagainya. Penulisan rujukan haruslah menggunakan format APA 7. Kajian Tindakan: Kaedah pengumpulan data kajian tindakan i. Temu bual: Temu bual berstruktur, semi-struktur, tidak berstruktur
  • 22. · Berstruktur - mempunyai jadual khusus, soalan disediakan dalam urutan; digunakan dengan meluas dalam tinjauan dan kajian pasaran. Bertujuan untuk mendapatkan maklumat asas atau untuk membuat pengesahan · Separa-berstruktur - soalan spesifik disediakan dan ditanyakan tetapi pencungkilan dilakukan dengan bebas ke atas jawapan yang diberikan; sesuai untuk individu dan kumpulan · Tidak berstruktur – penyelidik boleh meneroka dan melakukan pencungkilan dengan bebas; perlu ada kerangka atau senarai tema atau topik yang dikehendaki; sesuai untuk individu atau kumpulan (kumpulan fokus); penyelidik perlu mahir · Kumpulan fokus § Apakah temu bual kumpulan fokus? § Temu bual diinisiasi oleh penyelidik; selalu digunakan untuk kajian pasaran dan parti politik § Terletak antara temu bual individu dengan pemerhatian kumpulan secara naturalistik § Selalunya berfokuskan tema tertentu atau suatu set isu khusus § Perbincangan dikawal moderator § Data diperoleh daripada interaksi antara ahli kumpulan, bukan antara penyelidik dan ahli kumpulan ii. Pemerhatian: Pemerhati penuh, peserta sebagai pemerhati, pemerhatian penuh Pemerhati penuh – Seorang penyelidik merupakan salah seorang peserta yang dikaji. Peranannya sebagai penyelidik tidak diketahui oleh peserta. Segala tingkahlaku peserta diperhatikan oleh penyelidik untuk membuat kajian mengenai isu yang dikaji. Penyelidik boleh membuat catatan apa yang telah diperhatikannya di masa lain apabila tidak bersama-sama dengan peserta. Peserta sebagai pemerhati – Dalam situasi ini fungsi penyelidik diketahui oleh peserta. Penyelidik turut serta menjalani aktiviti bersama-sama peserta yang
  • 23. dikajinya. Dalam masa yang sama penyelidik membuat catatan apa yang diperhatikannya. Pemerhatian penuh – Penyelidik tidak langsung mempunyai interaksi dengan peserta. Dia hanya membuat pemerhatian penuh dan membuat catatan tingkahlaku peserta iii. Data berbentuk dokumentasi Berbagai maklumat seperti minit mesyuarat, laporan, , prosiding seminar, thesis, laporan kertas projek penulisan ilmiah, majalah, surat khabar dan sebagainya boleh digunakan sebagai maklumat penyelidikan. iv. Triangulasi data kajian Triangulasi, iaitu membanding pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah, pada masa berbeza dan, daripada sumber yang berlainan. Triangulasi data dapat meningkatkan kesahan dan keboleh percayaan penyelidikan tindakan. 8. Kajian Tindkan: Kaedah pengumpulan data kajian tindakan I. Senarai semak pemerhatian Senarai semak mengandungi senarai item-item atau aktiviti-aktiviti yang telah ditentukan untuk diperhatikan dalam sesuatu pemerhatian. Menggunakan senarai semak, seseorang pemerhati boleh memberi tumpuan kepada aktiviti yang difokuskan dan membantunya menetukan kekerapan sesuatu aktiviti berlaku. II. Rakaman video dan kaset Rakaman video boleh digunakan untuk merakamkan sesuatu fenomena atau peristiwa yang dikaji. Sebagai contoh seorang penyelidik membuat rakaman satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Rakaman tersebut kemudiannya dianalisis untuk membolehkan penyelidik membuat analisis isu yang dikajinya. Rakaman video membolehkan seseorang penyelidik merakam semua peristiwa
  • 24. yang berlaku dan tiada maklumat yang terlepas berbanding melalui bentuk pemerhatian yang lain. III. Log Catatan log seperti buku log juga boleh digunakan sebagai maklumat. Perkara yang dicatatkan dalam buku log boleh digunakan sebagai bukti penglibatan atau aktiviti yang dilakukan oleh seseoran IV. Nota lapangan Nota lapangan merupakan penulisan yang dibuat oleh penyelidik berdasarkan apa yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui dan pemikiran yang timbul semasa mengumpul dan membuat refleksi terhadap data. Mengandung deskripsi dan dialog yang releven tentang latar konteks dan peserta yang dikaji. Sebagai bukti yang membantu proses membuat analisis kajian V. Fotograf Gambarfoto boleh digunakan sebagai sumber maklumat.Sesuatu peristiwa atau fenomena yang dirakam melalui gambarfoto boleh digunakan untuk menganalisis aktiviti yang dilakukan, memberi gambaran peristiwa yang berlaku, siapa yang terlibat atau menjadi bukti penglibatan seseorang. VI. Portfolio Portfolio mengandungi maklumat peribadi, bidang tugas, penglibatan dan hasil kerja seseorang. Portfolio sering digunakan sebagai salah satu sumber maklumat dalam menilai kualiti diri dan kompetensi diri seseorang dan kualiti kerja yang dihasilkannya VII. Borang catatan temu bual Borang catatan temubual digunakan sebagai ganti temubual yang tidak direkodkan. Catatan temubual mengandungi perkara-perkara penting yang ditekodkan semasa temubual dijalankan VIII. Slid Slid boleh digunakan untuk menggambarkan turutan sesuatu proses atau sesuatu peristiwa. IX. Laporan jurnal Laporan yang ditulis tentang sesuatu pengalaman atau peristiwa yang dilalui oleh seseorang untuk melakukan refleksi supaya seseorang mendapat pembelajaran daripada pengalaman yang dilalui. X. Diari
  • 25. Catatan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang ditulis setiap hari. Diari boleh digunakan sebagai data aktiviti atau peristiwa yang berlaku pada seseorang individu. 9. Pertimbangan semasa mengumpul data kajian tindakan 9.1 Kesahan dan kebolehpercayaan data 9.1.1 Keesahan: Keesahan bermaksud kebenaran yang dapat menggambarkan fenomena sosial sebenar seperti yang dimaksudkan (Hammerslay1990:57) Kesahan kajian tindakan dapat ditingkatkan melalui: (a) Kritikan luaran (keaslian data) Pendapar pakar diperlukan untuk memberi pandangan kepada dapatan. Pengesahan dan pandangan yang diberikan oleh pakar akan meningkatkan kesahan dapatan.. (b) Kritikan dalaman (ketepatan data) Dapatan atau hasil kajian dientangkan kepada rakan sejawat atau orang yang pernah menjalankan kajian yang sama. Pandangan atau pengesahan yang diberikan akan meningkatkan kesahan dapatan. (c) Triangulasi data Membanding pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah, pada masa berbeza dan, daripada sumber yang berlainan 9.1.2 Kebolehpercayaan: Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan data yang disepakati oleh beberapa penyelidik yang sama atau penyelidik lain, sama ada dalam situasi yang sama atau yang berbeza (Hammerslay1992a:67)
  • 26. Kebolehpercayaan data kajian tindakan dapat ditingkatkan antaranya melalui: · Penulisan nota lapangan yang sistematik · Ujian rintis temu bual · Pembentangan hasil laporan untuk interpretasi semula · Penglibatan yang lama dengan tempat kajian · Pemerhatian yang berterusan dalam satu tempoh masa tertentu. 9.2 Etika kajian tindakan Dalam etika penyelidikan tindakan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian oleh penyelidik seperti berikut: I. Mendapat Kebenaran (informed consent) II. Penglibatan (Participation) III. Kerahsiaan (Confidentiality) IV. Anomiti (keselamatan) - Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti respondent. V. Rundingan (Negotiation). Rundingan melibatkan perkara- perkara berikut: § Mendapat kebenaran dari institusi § Mendapat kebenaran untuk access data § Penggunaan data § Penulisan laporan § Melindungi peserta daripada masalah yang timbul
  • 27. 9.3 Keupayaan data kajian digeneralisasi Dapatan kajian tindakan tidak boleh dibuat generalisasi. Ini adalah kerana sesuat kajian tindakan adalah unik untuk sesutu kelompok manusia, seseorang individu atau sebuah bilik darjah. Walaubagaimana pun untuk membuat generalisasi perkara-perkara berikut harus dilakukan: · Kajian diulang semula d tempat lain. Di samping itu, data yang dikumpul mestilah tepat dan penerangan yang dibuat adalah terperinci. Jika dapatan adalah tekal maka generalisasi boleh dibuat Analisis data kajian tindakan 10. Data kualitatif Data kualitatif dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan. Analisis kandungan melibatkan proses mengkod data, mengkategori data, menyusun data dalam grid analisis dan mengenalpasti tema/pola dan makna. Analisis kandungan melibatkan tiga peringkat utama, iaitu aksial coding, select ive coding danpembent ukaaan tema. Pada peringkat aksial coding maklumat yang mewakili ciri tertentu dikodkan kepada kod-kod tertentu. Kod-kod kemudiannya dikelompokkan ke dalam kategori-kategori tertentu. Kategori-kategori kemudiannya dikelompokkan ke dalam tema-tema tertentu 11. Data kuantitatif Data kajian tindakan dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi, peratusan, min, mod, median dan sisihan piawai. Latihan (i) Carikan min bagi set markah berikut
  • 28. 43, 34, 86, 71, 76 dan 94 43 + 34 + 86 + 71 + 76 + 94 Min = ------------------------------------ = 67.3 6 (ii) Carikan mod bagi set markah berikut 34, 43, 92, 76, 88, 76, 86, 94 Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan tertinggi iaitu 76 (iii) Carikan median bagi set data berikut: Median ialah penengah taburan markah (a) 3.1, 2.7, 4.7, 2.9, 3.4, 4.1, 3.7, 4.3, 4.7 2.7, 2.9, 3.1, 3.4, 3.7, 4.1, 4.3, 4.7, 4.7 Median ialah 3.7 (b) 3.1, 2.7, 4.7, 2.9, 3.4, 4.1, 3.7, 4.3, 4.7, 4.8 2.7, 2.9, 3.1, 3.4, 3.7, 4.1, 4.3, 4.7, 4.7, 4.8 3.7 + 4.1 Median = ------------ = 3.9 2 (iv) Carikan sisihan piawai bagi set markah berikut 44, 50, 38, 96, 42, 47, 40, 39, 46, 50 44 + 50 + 38 + 96 + 42 + 47 + 40 + 39 + 46 + 50 Min = x ---------------------------------------------------------------- = 49.2 10
  • 29. x x – x (x – x)² 44 44-49.2 = -5.2 27.04 50 50-49.2 = 0.8 0.64 38 38-49.2 = -11.2 125.44 96 96-49.2 = 46.8 2190.24 42 42-49.2 = -7.2 51.84 47 47-49.2 = -.2.2 4.84 40 40-49.2 =-9.2 17.64 39 39-49.2 = -10.2 104.04 46 46-49.2 =-3.2 0.64 50 50-49.2 =0.8 27.04 ∑ 2522.36 SP = ∑( x – x)2 n-1 SP = 2522.36 10-1 SP = 2522.36 9 = 16.74 12. Menghuraikan data kajian tindakan · Mengintegrasikan data dengan pengalaman personal · Menghubungkaitkan data dengan literature · Merumus dan membincang hasil kajian Ketika membahaskan dapatan kajian seseorang penyelidik haruslah mengaitkan dapatan kajian dengan pengalamannya. Dia perlu membuat perbandingan dapatan dengan amalannya untuk membuat
  • 30. penambahbaikan kepada amalannya, amalan muridnya untuk meningkatkan lagi keberkesanan P&P. Seseorang penyelidik juga perlu membandingkan dengan teori dan dapatan kajian-kajian lepas untuk menyemak samada dapatan kajian selari dengan teori dan kajian lepas atau bertentangan untuk membolehkannya membuat perbincangan dan merumuskan dapatan kajiannya. Seseorang penyelidik harus mampu menyatakan implikasi kajiannya kepada dunia pedidikan dan boleh memberi cadangan untuk kajian yang seterusnya dan mencadangkan penambahbaikan kepada pendidik lain. 13. Format Penulisan Laporan Kajian Tindakan · Latar belakang kajian · Fokus kajian / mengenal pasti masalah kajian · Sumber literatur · Pelan tindakan · Strategi pengumpulan data · Analisis data · Refleksi · Langkah seterusnya · Sumber rujukan I. Latar belakang kajian Memberi penerangan tentang scenario, isu-isu dan perkembangan yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan. Di bahagian ini juga penyelidik perlu menyatakan justifikasi dan rasional mengapa kajian perlu dijalankan. Di samping itu penyelidik juga harus menerangkan kepentingan kajian yang akan dijalankan. II. Fokus kajian / mengenal pasti masalah kajian Memberi penerangan tentang isu atau masalah yang dikaji, bagaimana isu itu ditemui. Dalam bahagian ini penyelidik juga perlu menerangkan dengan jelas masalah yang dikaji, menganalisis masalah dengan mendalam sehingga boleh mencadangkan tindakan yang paling sesuai untuk menangani masalah tersebut. Salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan tindakan yang diambil ialah apabila penyelidik dapat mentafsir masalah dengan tepat,
  • 31. mengenali punca dan mengaitkannya dengan pengalaman yang lepas. Kesemua perkara ini haruslah dilaporkan dalam bahagian ini. III. Sumber literatur Dalam bahagian ini penyelidik harus menulis dan merumuskan bahan-bahan literatur yang berkaitan dengan teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas. Bahan-bahan sumber literatur harus ditulis semula dalam ayat sendiri dalam subtopik yang selari dengan objektif kajian. Melalui pendekatan ini penyelidik akan dapat menulis sumber literatur dengan baik dan releven dengan dapatan kajian yang akan dibahaskan. IV. Pelan tindakan Dalam bahagian ini penyelidik haruslah membincangkan dengan terperinci langkah-langkah yang dirancang ketika melaksanakan tindakan. Antara pekara yang perlu diterangkan ialah perincian tindakan yang diambil, prosedur menjalankan tindakan, data yang perlu dikumpul dan instrumen yang digunakan dalam pengumpulan data. V. Strategi pengumpulan data Dalam bahagian ini penyelidik haruslah menerangkan dengan jelas kaedah, teknik dan strategi yang telah digunakan dalam pengumpulan data. VI. Analisis data Dalam bahagian ini penyelidik harus memaparkan data yang dikumpul dalam dalam bentuk jadual, carta, graf dan sebaginya. Penyelidik perlu menerangkan jenis analisis data yang telah digunakan samada penggunaan statistic deskriptif atau pendekatan analisis kandungan. Seterusnya keputusan analisis data diterangkan dengan jelas dan dirumuskan. Kesimpulan dibuat terhadap objektif penyelidikan samada ianya tercapai atau tidak. VII. Refleksi Dalam bahagian ini penyelidik membuat refleksi kepada keputusan penyelidikannya dan apa yang dipelajari daripada pengalaman menjalankan penyelidikan. Di bahagian ini penyelidik harus mengaitkan dapatan kajian dengan tindakan yang telah diambil dalam aspek kekuatan dan kelemahan
  • 32. tindakan. Di samping itu penyelidik juga harus membincangkan usaha-usaha penambahbaikan terhadap amalannya dalam pengajaran dan pembelajaran. VIII. Langkah seterusnya Dalam bahagian ini penyelidik perlu menerangkan apakah usaha yang akan dilakukan seterusnya berdasarkan dapatan kajiannya. Apakah tindakan akan diteruskan dalam kitaran seterusnya dengan penambahbaikan atau dia perlu mengenalkan tindakan baru atau menamatkan tindakan sekiranya masalah telah dapat diatasi. Seterusnya penyelidik perlu menerangkan implikasi dapatan kajiannya dan memberi cadangan penyelidikan yang seterusnya yang perlu dijalankan. IX. Sumber rujukan Dalam bahagian ini penyelidik menyenaraikan senarai rujukan yang telah digunakan dalam penyelidikannya. Format rujukan APA digunakan sebagai tatacara penulisan rujukan yang standard. 14. Format Penulisan artikel/makalah kajian tindakan I. Abstrak Abstrak ialah intipati yang menyatakan dengan ringkas keseluruhan kajian. Ia meliputi tujuan kajian dijalankan, subjek yang terlibat, tindakan yang diambil, instrumen yang digunakan, pelilihan subjek, analisis data yang digunakan, dapatan penyelidikan, implikasi kajian dan cadangan untuk penyelidikan yang seterusnya. Abstrak mestilah ditulis dengan ringkas dan padat. Abstrak harus ditulis dalam satu perenggan sahaja. Abstrak yang baik dapat memberi maklumat kepada pembaca untuk memahami kajian yang telah dijalankan, proses-proses penyelidikan dan dapatan kajian serta implikasi kajian. II. Konteks Dalam bahagian ini penulis menerangkan konteks bagi penyelidikannya. Dia harus menerangkan latarbelakang sekolah dan latarbelakang subjek. Penerangan yang jelas kepada aspek-aspek tersebut akan memberi kefahaman kepada pembaca tentang persekitaran kehidupan subjek. Melalui
  • 33. cara ini pembaca akan dapat lebih menghayati pelaporan kajian tindakan yang dilaporkan dalam bentuk penulisan ilmiah yang dibacanya. III. Fokus kajian IV. Pelan tindakan V. Pelaksanaan pelan tindakan VI. Strategi pengumpulan data VII. Analisis dan penemuan VIII. Refleksi dan implikasi IX. Tindakan susulan 15. Penyebaran hasil kajian tindakan  Seminar  Penerbitan  Rangkaian kajian tindakan (on-line networks)