SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI / TAHUN 2013
KOD KURSUS : HBEF 3503
TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF
NAMA : NORULHUDA BTE HAJI BANDI
NO. MATRIKULASI : 730121016506001
NO. KAD PENGNEALAN : 730121016506
NO. TELEFON : 017133949
E-MEL : norulhudabandi@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
BATU PAHAT
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 1
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
Isi kandungan:
• PENDAHULUAN
• SOALAN TUGASAN
1. PENGENALAN TAJUK
2. DIFINISI TENTANG TAJUK
3. JENIS-JENIS PENDIDIKAN INKLUSIF
4. PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH KERAJAAN
5. PERANANYANG DIMAINKAN OLEH BUKAN KERAJAAN
6. POLISI KERAJAAN MASA KINI
7. MAKLUMAT TERPERINCI MURID INKLUSIF
8. KUPERLUAN LOGISTIK
9. SOKONGAN YANG PERLUKAN
• RUMUSAN
• PENUTUP
• BIBLIOGRAFI
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 2
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
• PENDAHULUAN
Salam sejahtera, salam perpaduan. dan Salam 1 Malaysia. Dengan nama Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha mengasihi hambanya.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana dengan berkat dan rahmatNya, tugasan HBEF
3503 PENDIDIKAN INKLUSIF yang dipertanggungjawabkan ini dapat dilaksanakan
sebaiknya demi memantapkan perkembangan ilmu pengetahuan. Di kesempatan yang terbatas
ini, ingin saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah Puan Rafiah binti Abdul
Rahman telah banyak memberi bimbingan, bantuan dan pandangan, panduan dan pendedahan
sehinggalah dapat menyiapkan tugasan ini mengikut keperluan dalam jangka waktu yang telah
ditetapkan.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan di atas segala bantuan,
bahan-bahan dan tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kerjasama daripada
kalian semua amat saya hargai. Mudah-mudahan ikatan persahabatan tetap utuh dan abadi untuk
selama-lamanya.
Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
menyiapkan tugasan ini.
Sekian…….
Norul Huda bte Haji Bandi,
730121016505,
0177133949
norulhuda6506@yahoo.com
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 3
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
• SOALAN TUGASAN
Aktiviti 1 : Anda ingin mencadangkan kepada pihak pentadbiran sekolah supaya pendidikan
inklusif dilaksanakan dengan lebih meluas. Sediakan inklusif dilaksanakan dengan lebih meluas.
Sediakan satu kertas kerja lengkap yang perlu dimuatnaik ke portal ePIC dalam bentuk e-
portfolio.
E-portfolio anda perlulah didokumentasikan dengan lengkap yang berfokus kepada aspek-aspek
berikut :
 Senario terkini berkaitan dengan pendidikan bagi murid berkeperluan khas di Negara ini
yang dilaksanakan oleh organisasi kerajaan dan bukan kerajaan.
 Polisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyokong perlaksanaan program
pendidikan inklusif di sekolah arus perdana dengan berpandukan kepada Pelan
Pendidikan Malaysia 2013-2025
 Maklumat terperinci murid berkeperluan khas yang perlu mengikut program pendidikan
inklusif di sekolah anda.
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 4
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
1. PENGENALAN TAJUK
Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan
yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan
pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. (Kamariah Jarji, 1994). Abraham, Morris and
Wald (1993): “one in which children with and without disabilities learn and play together”.Bowe
(1995):“ an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities)
are placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no
disabilities”.
INKLUSIF dalam bahasa yang mudah untuk difahami ialah menempatkan murid-murid
bekeperluan khas di aliran perdana semasa pembelajaran samada di luar atau dalam bilik darjah.
Kurikulum yang digunakan ialah kurikulum perdana dengan tenaga pengajarnya juga adalah
terdiri daripada guru-guru di aliran perdana. Inklusif terdiri daripada dua jenis iaitu
inklusif penuh dan inklusif separa.
Inklusif penuh membawa erti murid bekeperluan khas berada sepenuh masa di aliran perdana
mengikuti semua kurikulum di sana. Inklisif separa pula ialah murid ini berada di aliran
perdana pada waktu mata pelajaran tertentu berdasarkan kemampuan pencapaian mereka.
Inklusif bukan sahaja difokuskan kepada mata pelajaran teras malahan boleh dilaksanakan
pada mata pelajaran bukan teras.
Pendidikan insklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf
hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program
insklusif akan dapat memastikan:
* perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.
* peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan
kanak-kanak lain.
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 5
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
* pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.
* pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.
* peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.
* menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa
dengan kanak-kanak lain.
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 6
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
2. DIFINISI TENTANG TAJUK
Falsafah Pendidikan Khas “Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan
untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu
merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan
negara.”
Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan
inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini
diambil daripada perkataan inggeris “Inclusive” yang memberikan maksud “merangumi”.
Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya
adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya
mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-
murid lain tanpa mengira status.
Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang
direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang
luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahan-
kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah
pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan
berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang
pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-
perkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib, 2006)
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 7
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
3. JENIS-JENIS PENDIDIKAN INKLUSIF
Pendidikan Khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk murid
berkeperluan khas. Bidang ini sedang berkembang pesat seiring dengan perkembangan sistem
pendidikan negara. Selain perkhidmatan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan
Khas Integrasi, Pendekatan Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh
negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa.
Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan
formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar
‘Pendidikan Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam
perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia.
Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting
dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Kertas ini membincangkan
komitmen dan peranan guru aliran perdana dalam menangani murid berkeperluan khas
berdasarkan dapatan kajian-kajian empirikal yang telah dilaksanakan di negara ini dan kajian
rintis yang sedang dijalankan di beberapa sekolah tertentu.
Pendidikan Khas melibatkan SEMUA murid-murid berkeperluan khas yang diajar oleh guru
terlatih khas. Pendidikan Khas juga melibatkan pelbagai khidmat sokongan untuk membantu
murid-murid khas belajar dengan lebih berkesan. Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran ialah murid-murid bermasalah pembelajaran merupakan golongan muridmurid
yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami
kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan
mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kemahiran-kemahiran berikut :
 kognitif
 tingkahlaku sosial/perkembangan sosial
 penguasaan bahasa lisan/pertuturan
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 8
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
 penguasaan membaca
 kemahiran perkembangan (development skills)
 kemahiran matematik
(sumber : Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 9
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
4. PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH KERAJAAN
Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi
memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai
sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan
khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar ‘Pendidikan Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk
Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di
Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara
penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat
keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia
kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan
keperluan sosial.
 Keperluan Kesamarataan hak asasi
Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran
bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap
kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan
1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah
penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara
umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan
pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini
kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama
dengan rakan sebaya yang lain.
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 10
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi
kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu
diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan
kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan
negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik
selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya
diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek
pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih
sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk
kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek
lain.
 Keperluan Pendidikan Berkualiti
Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk
mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan
kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,
demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah
Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk
meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana pendidikan
seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan khas.
Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana
pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan
bekeperluan khas .
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 11
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
 Keperluan Sosial
Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada
golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli
masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak-kanak tidak didedahkan dengan
golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli
terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan
arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih
semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina
persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap OKU. Ini kerana semua individu
memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan
untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangka masa panjang pendidikan inklusif
membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan
diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 12
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
5. PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH BADAN BUKAN KERAJAAN
Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi
kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu
diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan
kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan
negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik
selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya
diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek
pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih
sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk
kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek
lain.
Jawatankuasa Bersama Kebangsaan Bermasalah Pembelajaran (The National Joint Commitee
on Learning Disabilities, 1988) yang terdiri daripada organisasi profesional mentakrifkan
masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang
mengakibatkan kesukaran yang nyata seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat
keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah-masalah ini berpunca daripada
ketidakfungsian sistemsaraf pusat, dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah
mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah
pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah
pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti
masalah sensori (kurang upaya pendengaran atau penglihatan), kerencatan mental atau gangguan
emosi yang serius.
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 13
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
6. POLISI KERAJAAN MASA KINI
Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif Berdasarkan
Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994),
kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan inklusif
untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu mendapat
akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan pendidikan
inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan
komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta
Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu
diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan.
Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian komited
untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan inklusif, dan
meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Kementerian akan melaksanakan
beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini,
Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai
masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang
upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention
Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai individu
yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah
dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas.
Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan
khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana-mana agensi.
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 14
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses kepada
pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut:
 Sekolah pendidikan khas:
Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah untuk
masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain);
 Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP):
Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan
 Program pendidikan inklusif:
Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas
arus perdana.
Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam program
inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di sekolah
pendidikan khas. Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti
pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan guru yang
berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Kedua,
walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk (misalnya,
Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah penglihatan, Bahasa
Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan
untuk murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi
perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi
menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus perdana.
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 15
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan mesra orang kurang
upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan mesin taip Braille.
7. MAKLUMAT TERPERINCI MURID INKLUSIF
Majoriti guru di sekolah ini yang mengajar Program Pendidikan Khas ini adalah terdiri
daripada guru-guru perempuan iaitu 82.5 % dan guru lelaki 17.5% Responden guru biasa
yang mengajar kelas Pendidikan Biasa, guru lelaki 62.7% sementara guru perempuan
37.5%. Jumlah responden yang ramai datangnya daripada guru-guru perempuan yang
ramai mengajar kelas Pendidikan Khas ini mungkin kerana guru-guru perempuan
mempunyai tahap kesabaran , prihatin, lemah lembut dalam mengajar dan melayani
karenah kanakkanak istimewa ini. Dalam kajian ini pengkaji mendapati bahawa,
kebanyakan guru-guru yang mengajar kanak-kanak ini mempunyai anak-anak istimewa .
Guru ini berpendapat dengan mengajar sendiri anak-anak mereka yang istimewa ini
mereka lebih memahami dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 16
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
PROSEDUR KEMASUKAN MURID-MURID PENDIDIKAN
KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN TAHUN PERTAMA
Mula
Ambil Borang Pendaftaran Kanak-Kanak
Berkeperluan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri
Isi Borang dan Buat Pemeriksaan
Kembalikan Borang Yang Lengkap
ke Jabatan Pelajaran Negeri
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 17
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
Proses Penilaian
Temuduga Ibu bapa
Tawaran Penempatan
Tempoh Percubaan
Pengesahan Penempatan
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 18
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
8. KEPERLUAN LOGISTIK PENDIDIKAN INKLUSIF
Bagi memastikan kemahiran serta pengetahuan setiap guru pendidikan khas bermasalah
pembelajaran adalah bersifat ‘up to date’ tehadap bidang mereka. Selain daripada inisiatif guru
itu sendiri perlu mencari maklumat dan kemahiran diri, pihak Jabatan Pendidikan Khas juga
perlu peka terhadap keperluan guru – guru tersebut. Selain menambah dana penganjuran kurusus
sumber manusia dalam negeri, pihak JPK juga perlu membawa guru – guru untuk ke luar
Negara yang sudah lama dan mahir dalam bidang pendidikan khas ini. Lawatan keluar Negara
adalah lebih bermakna sekiranya melibatkan guru pendidikan khas kerana merekala yang terlibat
secara lansung terhadap pengurusan murid ini. Tambahan pengalaman lansung adalah lebih
praktikal berbanding hanya mendapat banyangan daripada pihak lain. Jabatan Pendidikan Khas
juga perlu berperanan dalam menambah - baikkan Dasar Pendidikan Khas atau pekililing yang
berkenaan. Adalah tidak mustahil Pendidikan Khas akan memiliki aktanya sendiri seperti mana
di Amerika, Individual of Disability Education Act, 2004.
Sepertimana JPK, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Pengurusan Daerah bukan sahaja perlu
lebih peka terhadap keperluan kursus dikalangan guru pendidikan khas. Malah bersifat selektif
terhadap pemilihan dan penempatan guru untuk guru pendidikan khas ini. Menjadi seorang guru
pendidikan khas bermasalah pembelajaran tidak semudah disangka. Selain daripada sabar
dengan karenah murid, guru terbut juga perlu berinisiatif dan lebih kreatif untuk menjadikan
satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran itu berkesan dan memberi makna kepada murid.
Sokongan bersepadu daripada sekolah itu sendiri juga memberi kesan kepada motivasi kerja
guru. Selain pihak pentadbir sekolah menganjurkan perkembangan staf, pihak sekolah juga perlu
membina dan menggalakkan jaringan dikalangan pentadbir, guru biasa dengan guru pendidikan
khas.
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 19
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
Kajian banyak menunjukkan bahawa murid-murid yang diletakkan dalam kelas biasa, belajar
dengan kanak-kanak normal, adalah menunjukkan pencapaian yang lebih baik dari mereka yang
diasingkan. Kelas Pendidikan Khas yang mana murid-murid diasingkan tidak menunjukkan
pencapaian yang diharapkan oleh semua pihak. Daripada pemerhatian juga didapati bahawa
murid lebih berjaya jikalau mereka berada dalam kelas biasa hampir sepanjang hari berbanding
dengan kelas Pendidikan Khas. Ia merupakan amalan yang paling berkesan dan bermakna untuk
anak-anak ini. Anak yang diasingkan daripada rakan sebayanya yang lain, akan dengan
sendirinya memberi kesan kepada diri mereka dan juga murid-murid yang lain bahawa mereka
adalah sememangnya berlainan
Pencapaian pelajar yang lebih baik dengan persekitaran dan suasana bilik darjah yang
sesuai dengan bilangan pelajar. Susun atur meja, kerusi dan peralatan adalah factor keselesaan
yang akan mempengaruhi pencapaian pelajar sama ada secara langsung atau sebaliknya.
Persekitaran bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta keceriaan susun atau
yang selesa akan menimbulkan minat kepada pelajar untuk belajar dan dapat membantu pelajar
mengaplikasikan setiap kemudahan yang disediakan dengan baik. Sharifah Alwiah (1985)
menyatakan suasana bilik darjah tidak kurang pentingnya untuk mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah yang cerah dan berwarna warni, selesa, riang dan
terdapat interaksi guru – murid dan murid-murid yang seronok sudah pasti akan menghasilkan
pembelajaran yang lebih mudah dan kekal jika dibandingkan dengan keadaan yang berlawanan.
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 20
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
9. SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan organisasi seperti Southeast Asian Ministers of
EducationOrganisation Regional Centre for Special Education (SEAMEO-SEN) Melalui :
 Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia ada
Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas yang
disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi
dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program pendidikan
inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP.
Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah
pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu
kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. Kementerian akan membangunkan satu set
instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi
murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga
akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak
kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan
khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah
pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas, menyediakan modul
asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan
dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum
dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian
menyasarkan pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011,
kepada 88,000 menjelang 2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti
program pendidikan inklusif.
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 21
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
Gelombang 2 (2016-2020): memperluas inisiatif
Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan mengarah
kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. Matlamatnya
supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikankhas bagi membolehkan
mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran
yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan
penyertaan mereka dengan lebih inklusif. Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka
kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan
agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas.
Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan
bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti
dalam bidang audiologi dan terapi.
Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif.
Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah dilaksanakan
dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan pada masa depan.
Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan
berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guru-guru dilengkapi
pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam
program inklusif menjelang 2025.
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 22
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
• RUMUSAN
Pendidikan Inklusif memerlukan satu penstrukturan semula sekolah secara asas, dengan
meletakkan kepentingan mengadakan persekitaran untuk pembelajaran inklusif dan menyediaan
peluang perkembangan profesional yang mampan melalui warga pendidik yang professional
(Stainback & Stainback, 1990). Mengambil kira mandat deklarasi UNESCO (The Salamanca
Statement, 1994) berkaitan penempatan pelajar pendidikan khas dalam suasana kurang
kekangan, ianya adalah wajar untuk pihak pengurusan menyediakan peluang pembelajaran MBP
di dalam kelas inklusif. Dapatlah dirumuskan bahawa program pendidikan inklusif di sekolah
harian adalah bertujuan membangunkan sumber manusia yang terdiri daripada pelajar
bermasalah pembelajaran untuk kesejahteraan negara. Kejayaan program ini amat bergantung
dengan corak pengurusan kepimpinan, amalan pengajaran, sokongan
pembelajaran, kolaborasi dan penilaian terhadap program dan murid inklusif. Termasuk juga soal
penglibatan keluarga, sosialisasi dan penglibatan pelajar inklusif memerlukan kajian lanjutan
yang mengukur amalan dan kualiti pelaksanaannya. Kepentingan kajian ini dari segi ilmu
diharap akan menjadi sumbangan pengetahuan mengenai ilmu yang boleh menyokong
perkembangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam kehidupan dan pendidikannya.
Kajian yang akan dilaksanakan ini dapat memberi informasi baru untuk menambah pengetahuan
dan rujukan kepada pelbagai organisasi dan individu. Penghasilan indikator amalan terbaik
pendidikan inklusif (IKATPI) bagi murid PKBP yang dihasilkan dalam kajian ini pula dijangka
dapat memberi implikasi dari segi konsep dan teori yang mendasarinya.
Profil yang dihasilkan dijangka dapat memperlihatkan aplikasi teoritikal dan praktikal amalan
pengajaran guru dalam konteks sebenar pendidikan inklusif bagi murid PKBP di Malaysia
khususnya dan di luar negara umumnya.
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 23
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
• PENUTUP
Pada Februari 2013 yang lalu, saya telah menerima tugasan dalam subjek PENDIDIKAN
INKLUSIF HBEF 3503 yang menghendaki saya melaksanakan kajian tentang program
pendidikan inklusif di sekolah Buat permulaan kerja-kerja mencari bahan, membuat kajinan dan
rujukan di sekolah . Saya membuat rujukan telah bermula secara individu dan
kumpulan.Walaupun pada peringkat awalnya, saya mengalami sedikit masalah dalam mengum ul
bahan , berkat tunjuk ajar daripada pensyarah dan rakan-rakan akhirnya kerja menyiapkan
tugasan dapat dijalankan dengan lancar mengikut masa yang ditetapkan. Juga kepada pensyarah,
rakan-rakan guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Benut , Pontian yang telah banyak
memberikan kerja sama dalam menyiapakan tugasan ini.
Sekian, terima kasih …………………….
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 24
Norul Huda Hj. Bandi 73012016506
• BIBLIOGRAFI/ RUJUKAN
Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah
Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif.
Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi.
Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan
Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan
Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi. Latihan
Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap
Pengintergrasian Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Jurnal Pendidikan, 21,33-50
Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif
di sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak
Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.Tesis Masters yang
tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 25

More Related Content

What's hot

Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusifTajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusifcikgusuepkhas
 
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah PembelajaranPresentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah PembelajaranSuziana Kamaruddin
 
pengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayapengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayaDaniel Hilmi
 
Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Nik Najihah
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)FaFai S.
 
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]cikgusuepkhas
 
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)ct sofiey
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANFazHani Faz
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Pendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysiaPendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysiaMaszenah Alan
 
Slide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Slide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai UpayaSlide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Slide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai Upayawidialiong
 
Maksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasMaksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasUmmi Maim
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Mialen Eja
 
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khasZahrah Abdul Rahman
 
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiBuku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiKUMOHDHANIFAS
 

What's hot (20)

Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusifTajuk 3  peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
Tajuk 3 peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif
 
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah PembelajaranPresentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Presentation Pendidikan Inklusif di Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
 
pengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upayapengurusan murid pelbagai upaya
pengurusan murid pelbagai upaya
 
Program inklusif
Program inklusifProgram inklusif
Program inklusif
 
Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11Pengurusan murid kump. 11
Pengurusan murid kump. 11
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
Powerpoint presentation peraturan pelaksanaan pendidikan inklusif[1]
 
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
Penerapan pend. islam dalam program inklusif (1) (1)
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
 
pengenalan kepada program pendidikan inklusif
pengenalan kepada program pendidikan inklusifpengenalan kepada program pendidikan inklusif
pengenalan kepada program pendidikan inklusif
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Pendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysiaPendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysia
 
Slide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Slide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai UpayaSlide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Slide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
 
Kertas kerja epic
Kertas    kerja epicKertas    kerja epic
Kertas kerja epic
 
Maksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khasMaksud pendidikan khas
Maksud pendidikan khas
 
Pengenalan inklusif
Pengenalan inklusifPengenalan inklusif
Pengenalan inklusif
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas
4. carta-alir-prosedur-pengesahan-murid-berkeperluan-khas
 
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppkiBuku panduan pengoperasian kelas ppki
Buku panduan pengoperasian kelas ppki
 

Viewers also liked

Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaUlasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaSuziana Kamaruddin
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Laporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetLaporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetDenne Freddy
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copyMohd Zaidi
 
Pengurusan Kanak-Kanak Khas (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti )
Pengurusan Kanak-Kanak Khas (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti )Pengurusan Kanak-Kanak Khas (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti )
Pengurusan Kanak-Kanak Khas (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti )Nur Farhanie
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1Noraini Che Embong
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1Noraini Che Embong
 
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANHBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANTeacher Nasrah
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1Noraini Che Embong
 

Viewers also liked (17)

47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan
 
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suzianaUlasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
Ulasan jurnal komitmen guru terhadap pendidikan inklusif suziana
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
Pendidikan Khas
Pendidikan Khas Pendidikan Khas
Pendidikan Khas
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Pendidikan khas 'star rating'
Pendidikan khas 'star rating'Pendidikan khas 'star rating'
Pendidikan khas 'star rating'
 
Laporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetLaporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa Kabinet
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
 
Pengurusan Kanak-Kanak Khas (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti )
Pengurusan Kanak-Kanak Khas (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti )Pengurusan Kanak-Kanak Khas (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti )
Pengurusan Kanak-Kanak Khas (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti )
 
7 9
7 97 9
7 9
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
 
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANHBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
 
Lipi daya saing inklusif (yuti)
Lipi   daya saing inklusif (yuti)Lipi   daya saing inklusif (yuti)
Lipi daya saing inklusif (yuti)
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
 

Similar to 201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1

PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptxPENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptxdavendran1
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusifPendidikan inklusif
Pendidikan inklusifSalleh Loki
 
PPPM.pdf
PPPM.pdfPPPM.pdf
PPPM.pdfasa uj
 
nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4Rainne Lee
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)gpbsmkjk
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziZauhari Hussein
 
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khasDasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khasNur Kareena
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)Aliaa Ismail
 
PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFsitirubiyani
 
Common Learning Environment.docx
Common Learning Environment.docxCommon Learning Environment.docx
Common Learning Environment.docxclorina1
 
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.pptSPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.pptwaniesegar
 
08 isi pelajaran
08 isi pelajaran08 isi pelajaran
08 isi pelajaranNajwa Aqua
 
Falsafah Pendidikan di Malaysia.pdf
Falsafah Pendidikan di Malaysia.pdfFalsafah Pendidikan di Malaysia.pdf
Falsafah Pendidikan di Malaysia.pdfssuser737deb
 

Similar to 201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1 (20)

PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptxPENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
PENGENALAN PENDIDIKAN INKLUSIF BAB 1 (1).pptx
 
Inklusif 1
Inklusif 1Inklusif 1
Inklusif 1
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusifPendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
Latar belakang
Latar belakangLatar belakang
Latar belakang
 
PPPM.pdf
PPPM.pdfPPPM.pdf
PPPM.pdf
 
nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
 
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khasDasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
Dasar dan pengurusan dalam pendidikan khas
 
D20102043020
D20102043020D20102043020
D20102043020
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)
 
Mainstreaming
MainstreamingMainstreaming
Mainstreaming
 
KONSEP PPI.pdf
KONSEP PPI.pdfKONSEP PPI.pdf
KONSEP PPI.pdf
 
Faktor fizikal
Faktor fizikalFaktor fizikal
Faktor fizikal
 
PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Common Learning Environment.docx
Common Learning Environment.docxCommon Learning Environment.docx
Common Learning Environment.docx
 
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.pptSPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
SPG Pendidikan Inklusif bab 5.ppt
 
Artikel review 1
Artikel review 1Artikel review 1
Artikel review 1
 
08 isi pelajaran
08 isi pelajaran08 isi pelajaran
08 isi pelajaran
 
Falsafah Pendidikan di Malaysia.pdf
Falsafah Pendidikan di Malaysia.pdfFalsafah Pendidikan di Malaysia.pdf
Falsafah Pendidikan di Malaysia.pdf
 

201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1

  • 1. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI / TAHUN 2013 KOD KURSUS : HBEF 3503 TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF NAMA : NORULHUDA BTE HAJI BANDI NO. MATRIKULASI : 730121016506001 NO. KAD PENGNEALAN : 730121016506 NO. TELEFON : 017133949 E-MEL : norulhudabandi@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA BATU PAHAT HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 1
  • 2. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 Isi kandungan: • PENDAHULUAN • SOALAN TUGASAN 1. PENGENALAN TAJUK 2. DIFINISI TENTANG TAJUK 3. JENIS-JENIS PENDIDIKAN INKLUSIF 4. PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH KERAJAAN 5. PERANANYANG DIMAINKAN OLEH BUKAN KERAJAAN 6. POLISI KERAJAAN MASA KINI 7. MAKLUMAT TERPERINCI MURID INKLUSIF 8. KUPERLUAN LOGISTIK 9. SOKONGAN YANG PERLUKAN • RUMUSAN • PENUTUP • BIBLIOGRAFI HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 2
  • 3. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 • PENDAHULUAN Salam sejahtera, salam perpaduan. dan Salam 1 Malaysia. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihi hambanya. Alhamdulillah, bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana dengan berkat dan rahmatNya, tugasan HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF yang dipertanggungjawabkan ini dapat dilaksanakan sebaiknya demi memantapkan perkembangan ilmu pengetahuan. Di kesempatan yang terbatas ini, ingin saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah Puan Rafiah binti Abdul Rahman telah banyak memberi bimbingan, bantuan dan pandangan, panduan dan pendedahan sehinggalah dapat menyiapkan tugasan ini mengikut keperluan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan di atas segala bantuan, bahan-bahan dan tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kerjasama daripada kalian semua amat saya hargai. Mudah-mudahan ikatan persahabatan tetap utuh dan abadi untuk selama-lamanya. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini. Sekian……. Norul Huda bte Haji Bandi, 730121016505, 0177133949 norulhuda6506@yahoo.com HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 3
  • 4. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 • SOALAN TUGASAN Aktiviti 1 : Anda ingin mencadangkan kepada pihak pentadbiran sekolah supaya pendidikan inklusif dilaksanakan dengan lebih meluas. Sediakan inklusif dilaksanakan dengan lebih meluas. Sediakan satu kertas kerja lengkap yang perlu dimuatnaik ke portal ePIC dalam bentuk e- portfolio. E-portfolio anda perlulah didokumentasikan dengan lengkap yang berfokus kepada aspek-aspek berikut :  Senario terkini berkaitan dengan pendidikan bagi murid berkeperluan khas di Negara ini yang dilaksanakan oleh organisasi kerajaan dan bukan kerajaan.  Polisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyokong perlaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana dengan berpandukan kepada Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025  Maklumat terperinci murid berkeperluan khas yang perlu mengikut program pendidikan inklusif di sekolah anda. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 4
  • 5. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 1. PENGENALAN TAJUK Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. (Kamariah Jarji, 1994). Abraham, Morris and Wald (1993): “one in which children with and without disabilities learn and play together”.Bowe (1995):“ an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities”. INKLUSIF dalam bahasa yang mudah untuk difahami ialah menempatkan murid-murid bekeperluan khas di aliran perdana semasa pembelajaran samada di luar atau dalam bilik darjah. Kurikulum yang digunakan ialah kurikulum perdana dengan tenaga pengajarnya juga adalah terdiri daripada guru-guru di aliran perdana. Inklusif terdiri daripada dua jenis iaitu inklusif penuh dan inklusif separa. Inklusif penuh membawa erti murid bekeperluan khas berada sepenuh masa di aliran perdana mengikuti semua kurikulum di sana. Inklisif separa pula ialah murid ini berada di aliran perdana pada waktu mata pelajaran tertentu berdasarkan kemampuan pencapaian mereka. Inklusif bukan sahaja difokuskan kepada mata pelajaran teras malahan boleh dilaksanakan pada mata pelajaran bukan teras. Pendidikan insklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program insklusif akan dapat memastikan: * perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. * peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 5
  • 6. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 * pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. * pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. * peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat. * menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 6
  • 7. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 2. DIFINISI TENTANG TAJUK Falsafah Pendidikan Khas “Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.” Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris “Inclusive” yang memberikan maksud “merangumi”. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid- murid lain tanpa mengira status. Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahan- kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan- perkhidmatan sekolah biasa (Mohd Najib, 2006) HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 7
  • 8. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 3. JENIS-JENIS PENDIDIKAN INKLUSIF Pendidikan Khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk murid berkeperluan khas. Bidang ini sedang berkembang pesat seiring dengan perkembangan sistem pendidikan negara. Selain perkhidmatan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi, Pendekatan Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar ‘Pendidikan Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Kertas ini membincangkan komitmen dan peranan guru aliran perdana dalam menangani murid berkeperluan khas berdasarkan dapatan kajian-kajian empirikal yang telah dilaksanakan di negara ini dan kajian rintis yang sedang dijalankan di beberapa sekolah tertentu. Pendidikan Khas melibatkan SEMUA murid-murid berkeperluan khas yang diajar oleh guru terlatih khas. Pendidikan Khas juga melibatkan pelbagai khidmat sokongan untuk membantu murid-murid khas belajar dengan lebih berkesan. Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ialah murid-murid bermasalah pembelajaran merupakan golongan muridmurid yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kemahiran-kemahiran berikut :  kognitif  tingkahlaku sosial/perkembangan sosial  penguasaan bahasa lisan/pertuturan HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 8
  • 9. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506  penguasaan membaca  kemahiran perkembangan (development skills)  kemahiran matematik (sumber : Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur) HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 9
  • 10. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 4. PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH KERAJAAN Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar ‘Pendidikan Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.  Keperluan Kesamarataan hak asasi Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 10
  • 11. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.  Keperluan Pendidikan Berkualiti Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas . HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 11
  • 12. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506  Keperluan Sosial Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak-kanak tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangka masa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 12
  • 13. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 5. PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH BADAN BUKAN KERAJAAN Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain. Jawatankuasa Bersama Kebangsaan Bermasalah Pembelajaran (The National Joint Commitee on Learning Disabilities, 1988) yang terdiri daripada organisasi profesional mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada satu kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesai masalah matematik. Masalah-masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistemsaraf pusat, dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti masalah sensori (kurang upaya pendengaran atau penglihatan), kerencatan mental atau gangguan emosi yang serius. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 13
  • 14. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 6. POLISI KERAJAAN MASA KINI Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada, Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan. Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini, Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana-mana agensi. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 14
  • 15. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut:  Sekolah pendidikan khas: Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain);  Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP): Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan  Program pendidikan inklusif: Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam program inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di sekolah pendidikan khas. Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan guru yang berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Kedua, walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus perdana. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 15
  • 16. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan mesin taip Braille. 7. MAKLUMAT TERPERINCI MURID INKLUSIF Majoriti guru di sekolah ini yang mengajar Program Pendidikan Khas ini adalah terdiri daripada guru-guru perempuan iaitu 82.5 % dan guru lelaki 17.5% Responden guru biasa yang mengajar kelas Pendidikan Biasa, guru lelaki 62.7% sementara guru perempuan 37.5%. Jumlah responden yang ramai datangnya daripada guru-guru perempuan yang ramai mengajar kelas Pendidikan Khas ini mungkin kerana guru-guru perempuan mempunyai tahap kesabaran , prihatin, lemah lembut dalam mengajar dan melayani karenah kanakkanak istimewa ini. Dalam kajian ini pengkaji mendapati bahawa, kebanyakan guru-guru yang mengajar kanak-kanak ini mempunyai anak-anak istimewa . Guru ini berpendapat dengan mengajar sendiri anak-anak mereka yang istimewa ini mereka lebih memahami dalam Pengajaran dan Pembelajaran. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 16
  • 17. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 PROSEDUR KEMASUKAN MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN TAHUN PERTAMA Mula Ambil Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri Isi Borang dan Buat Pemeriksaan Kembalikan Borang Yang Lengkap ke Jabatan Pelajaran Negeri HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 17
  • 18. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 Proses Penilaian Temuduga Ibu bapa Tawaran Penempatan Tempoh Percubaan Pengesahan Penempatan HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 18
  • 19. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 8. KEPERLUAN LOGISTIK PENDIDIKAN INKLUSIF Bagi memastikan kemahiran serta pengetahuan setiap guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah bersifat ‘up to date’ tehadap bidang mereka. Selain daripada inisiatif guru itu sendiri perlu mencari maklumat dan kemahiran diri, pihak Jabatan Pendidikan Khas juga perlu peka terhadap keperluan guru – guru tersebut. Selain menambah dana penganjuran kurusus sumber manusia dalam negeri, pihak JPK juga perlu membawa guru – guru untuk ke luar Negara yang sudah lama dan mahir dalam bidang pendidikan khas ini. Lawatan keluar Negara adalah lebih bermakna sekiranya melibatkan guru pendidikan khas kerana merekala yang terlibat secara lansung terhadap pengurusan murid ini. Tambahan pengalaman lansung adalah lebih praktikal berbanding hanya mendapat banyangan daripada pihak lain. Jabatan Pendidikan Khas juga perlu berperanan dalam menambah - baikkan Dasar Pendidikan Khas atau pekililing yang berkenaan. Adalah tidak mustahil Pendidikan Khas akan memiliki aktanya sendiri seperti mana di Amerika, Individual of Disability Education Act, 2004. Sepertimana JPK, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Pengurusan Daerah bukan sahaja perlu lebih peka terhadap keperluan kursus dikalangan guru pendidikan khas. Malah bersifat selektif terhadap pemilihan dan penempatan guru untuk guru pendidikan khas ini. Menjadi seorang guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran tidak semudah disangka. Selain daripada sabar dengan karenah murid, guru terbut juga perlu berinisiatif dan lebih kreatif untuk menjadikan satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran itu berkesan dan memberi makna kepada murid. Sokongan bersepadu daripada sekolah itu sendiri juga memberi kesan kepada motivasi kerja guru. Selain pihak pentadbir sekolah menganjurkan perkembangan staf, pihak sekolah juga perlu membina dan menggalakkan jaringan dikalangan pentadbir, guru biasa dengan guru pendidikan khas. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 19
  • 20. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 Kajian banyak menunjukkan bahawa murid-murid yang diletakkan dalam kelas biasa, belajar dengan kanak-kanak normal, adalah menunjukkan pencapaian yang lebih baik dari mereka yang diasingkan. Kelas Pendidikan Khas yang mana murid-murid diasingkan tidak menunjukkan pencapaian yang diharapkan oleh semua pihak. Daripada pemerhatian juga didapati bahawa murid lebih berjaya jikalau mereka berada dalam kelas biasa hampir sepanjang hari berbanding dengan kelas Pendidikan Khas. Ia merupakan amalan yang paling berkesan dan bermakna untuk anak-anak ini. Anak yang diasingkan daripada rakan sebayanya yang lain, akan dengan sendirinya memberi kesan kepada diri mereka dan juga murid-murid yang lain bahawa mereka adalah sememangnya berlainan Pencapaian pelajar yang lebih baik dengan persekitaran dan suasana bilik darjah yang sesuai dengan bilangan pelajar. Susun atur meja, kerusi dan peralatan adalah factor keselesaan yang akan mempengaruhi pencapaian pelajar sama ada secara langsung atau sebaliknya. Persekitaran bilik darjah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta keceriaan susun atau yang selesa akan menimbulkan minat kepada pelajar untuk belajar dan dapat membantu pelajar mengaplikasikan setiap kemudahan yang disediakan dengan baik. Sharifah Alwiah (1985) menyatakan suasana bilik darjah tidak kurang pentingnya untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah yang cerah dan berwarna warni, selesa, riang dan terdapat interaksi guru – murid dan murid-murid yang seronok sudah pasti akan menghasilkan pembelajaran yang lebih mudah dan kekal jika dibandingkan dengan keadaan yang berlawanan. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 20
  • 21. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 9. SOKONGAN YANG DIPERLUKAN Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan organisasi seperti Southeast Asian Ministers of EducationOrganisation Regional Centre for Special Education (SEAMEO-SEN) Melalui :  Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia ada Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan menyertai SEIP. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum pendidikan khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana dan sekolah pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan khas, menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA, menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus mengikut tahap kebolehan murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian menyasarkan pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011, kepada 88,000 menjelang 2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti program pendidikan inklusif. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 21
  • 22. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 Gelombang 2 (2016-2020): memperluas inisiatif Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan mengarah kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikankhas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan lebih inklusif. Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi. Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif. Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan pada masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guru-guru dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 22
  • 23. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 • RUMUSAN Pendidikan Inklusif memerlukan satu penstrukturan semula sekolah secara asas, dengan meletakkan kepentingan mengadakan persekitaran untuk pembelajaran inklusif dan menyediaan peluang perkembangan profesional yang mampan melalui warga pendidik yang professional (Stainback & Stainback, 1990). Mengambil kira mandat deklarasi UNESCO (The Salamanca Statement, 1994) berkaitan penempatan pelajar pendidikan khas dalam suasana kurang kekangan, ianya adalah wajar untuk pihak pengurusan menyediakan peluang pembelajaran MBP di dalam kelas inklusif. Dapatlah dirumuskan bahawa program pendidikan inklusif di sekolah harian adalah bertujuan membangunkan sumber manusia yang terdiri daripada pelajar bermasalah pembelajaran untuk kesejahteraan negara. Kejayaan program ini amat bergantung dengan corak pengurusan kepimpinan, amalan pengajaran, sokongan pembelajaran, kolaborasi dan penilaian terhadap program dan murid inklusif. Termasuk juga soal penglibatan keluarga, sosialisasi dan penglibatan pelajar inklusif memerlukan kajian lanjutan yang mengukur amalan dan kualiti pelaksanaannya. Kepentingan kajian ini dari segi ilmu diharap akan menjadi sumbangan pengetahuan mengenai ilmu yang boleh menyokong perkembangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam kehidupan dan pendidikannya. Kajian yang akan dilaksanakan ini dapat memberi informasi baru untuk menambah pengetahuan dan rujukan kepada pelbagai organisasi dan individu. Penghasilan indikator amalan terbaik pendidikan inklusif (IKATPI) bagi murid PKBP yang dihasilkan dalam kajian ini pula dijangka dapat memberi implikasi dari segi konsep dan teori yang mendasarinya. Profil yang dihasilkan dijangka dapat memperlihatkan aplikasi teoritikal dan praktikal amalan pengajaran guru dalam konteks sebenar pendidikan inklusif bagi murid PKBP di Malaysia khususnya dan di luar negara umumnya. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 23
  • 24. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 • PENUTUP Pada Februari 2013 yang lalu, saya telah menerima tugasan dalam subjek PENDIDIKAN INKLUSIF HBEF 3503 yang menghendaki saya melaksanakan kajian tentang program pendidikan inklusif di sekolah Buat permulaan kerja-kerja mencari bahan, membuat kajinan dan rujukan di sekolah . Saya membuat rujukan telah bermula secara individu dan kumpulan.Walaupun pada peringkat awalnya, saya mengalami sedikit masalah dalam mengum ul bahan , berkat tunjuk ajar daripada pensyarah dan rakan-rakan akhirnya kerja menyiapkan tugasan dapat dijalankan dengan lancar mengikut masa yang ditetapkan. Juga kepada pensyarah, rakan-rakan guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Benut , Pontian yang telah banyak memberikan kerja sama dalam menyiapakan tugasan ini. Sekian, terima kasih ……………………. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 24
  • 25. Norul Huda Hj. Bandi 73012016506 • BIBLIOGRAFI/ RUJUKAN Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Abdul Rahim Selamat. ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi. Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap Pengintergrasian Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Jurnal Pendidikan, 21,33-50 Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif di sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Page 25