Dokumen tersebut memberikan panduan langkah keselamatan di jalan raya yang meliputi menggunakan laluan zebra untuk menyeberang jalan, memandang ke kiri dan kanan sebelum menyeberang, memakai topi keledar ketika menunggang motosikal, dan menggunakan jejantas. Dokumen itu juga menyarankan anak-anak memegang tangan orang dewasa saat menyeberang jalan dan mengikuti peraturan lalu lintas untuk menjamin ke
13. Langkah
keselamatan
di jalan raya
Menggunakan
laluan Zebra
untuk melintas
jalan
Memandang
ke kiri dan ke
kanan
sebelum
melintas jalan
Beratur dan
berhati-hati
ketika menaiki
bas
Memakai
topi keledar
sebelum
menaiki bas
Menggunakan
jejantas yang
telah
disediakan
Pimpin tangan
orang dewasa
semasa
melintas
14. Tajuk : Langkah keselamatan
Tiada sesiapa pun yang mahu terlibat
dalam kemalangan jalan raya. Namun kecuaian
manusia menjadi punca utama kemalangan
berlaku. Kita mestilah sentiasa mematuhi
peraturan semasa berada di jalan raya.
Gunakan topi keledar ketika
menunggang motorsikal di jalan raya. Ikat tali
topi keledar dengan cara yang betul supaya
kepala kita akan terselamat jika berlakunya
kemalangan. Kita hendaklah berwaspada
semasa menunggang motorsikal. Pastikan brek
berada dalam keadaan baik.
Baca petikan di bawah.
15. Selain itu, kanak-kanak yang mahu melintas jalan sepatutnya
memegang tangan ibu bapa mereka sebelum melintas. Hal ini kerana,
ibu bapa lebih mengetahui cara-cara melintas jalan dengan betul. Jika
ingin melintas jalan, kita hendaklah memandang ke kiri dan ke kanan.
Pengguna jejantas dapat mencegah kemalangan jalan raya.
Oleh itu, pejalan kaki hendaklah menggunakan jejantas semasa
melintas jalan. Pejalan kaki yang menggunakan jejantas akan lebih
selamat dan dapat mengelakkan diri daripada dilanggar kenderaan.
Kesimpulannya, panduan melintas jalan raya akan memberi
kemudahan kepada semua pengguna jalan raya. Pengguna jalan raya
hendaklah akur dengan peraturan yang telah ditetapkan.
16. Arahan : Jawab soalan di bawah berdasarkan petikan yang telah dibaca.
1. Apakah punca utama yang menyebabkan kemalangan jalan raya?
2. Mengapakah kita mesti memakai topi keledar?
3. Apakah yang akan kita lakukan apabila hendak melintas jalan?
4. Mengapakah pejalan kaki harus menggunakan jejantas untuk melintas jalan?
5. Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti mengikut panduan keselamatan
semasa berada di jalan raya?