SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
BOLA JARING
Posted by Kemahiran PJK Tingkatan 4 at 3:24:00 PM
1. PERATURAN DAN PERALATAN
Sebelum anda meneruskan dengan topik ini anda diperlukan untuk mengetahui
peralatan-peralatan permainan ini. Tahukah anda bahawa sukan ini tidak memerlukan
peralatan yang banyak; cukup sekadar hanya sebiji bola bersaiz sedikit kecil
berbanding dengan saiz bola keranjang, gelanggang (tertutup atau terbuka), tiang gol
dan 14 orang pemain (7 orang satu pasukan).Hanya dua orang pengadil diperlukan
untuk mengawal dan mengadili permainan ini.
Bola
Bola yang digunakan untuk pertandingan atau kejohanan biasanya berukuran standard
dan disediakan sendiri oleh pihak penganjur kejohanan.Biasanya, bola saiz 5 yang juga
seperti saiz bola keranjang digunakan.Ukur lilit bola adalah lebih kurang 99sm-102sm
dan beratnya dianggarkan seberat 6.35 - 7.26 kg (perlu disemak).Bola ini diperbuat
daripada kulit atau getah. Untuk menjaga kesempurnaan dan jangka hayat bola, ia
hendaklah disimpan di tempat yang kering dan selamat setelah digunakan.
Rajah 1.1 Bentuk fizikal bola jaring
Tiang Gol
Kedua-dua belah gelanggang akan dipasang dengan tiang gol setinggi 3.05m (10 kaki).
Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi.Ukur lilit bulatan besi berjaring yang
diletakkan di bahagian atas tiang ialah 38sm. Tiang gol ini hendaklah dicacakkan
dengan teguh di kawasan jaringan (kawasan D) supaya tidak condong.
Rajah 1.2 Tiang Gol
Gelanggang
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata.Namun begitu, bola jaring juga boleh
dimainkan di gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan
menggunakan gelanggang simen atau parket sekiranya dimainkan di dalam dewan
yang tertutup.
Rajah 1.3 Gelanggang Bola Jaring
Garisan sepanjang 30.50m dinamakan garisan tepi manakala garisan 15.25m
dinamakan garisan gol. Gelanggang terbahagi kepada 3 sempadan utama, 1 bulatan
tengah dengan jejari 45.7sm dan dua separa bulatan yang dipanggil kawasan
menjaring ataupun kawasan D di mana tiang gol didirikan pada pusat
bulatan.
Pemain
Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 pemain
simpanan.Setiap seorang pemain mempunyai fungsi atau tugas yang tersendiri.
Senarai dan kedudukan pemain adalah seperti berikut:
(a) Penjaga gol (GK)
Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di
dlamkawasan mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk
kawasangol.Di antara tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang
penyerang didalam kawasan jaringan.GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol
(GD).
(b) Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD)
Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol
(GA)pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di
dalamkawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana- mana
pemaindalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah
menghalangpenyerang gol daripada membuat jaringan.GD juga boleh menerima bola
dari hantarantengah.
(c) Pertahanan sayap / pertahanan luar (WD)
Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya
ialahmenghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap
(WA) pasukanlawan dalam bulatan jaringan.
WD juga boleh bertindak sebagai penyerang .Ini berlaksemasa bole di hantar ke tengah
atauke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan
mengawal WA. Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang.Ini boleh berlaku
semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan.
(d) Pemain tengah (C)
Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia
ditugaskansebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah
di awalpermainan. Kasawan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C
bolehbergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D.
(e) Penyerang sayap (WA)
Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga penyerang, dan tugas utamanya
menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan
menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain
tengah.
(f) Penyerang gol (GA)
Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan
bekerjasamadengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga
selalu menerimahantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang.
(g) Penjaring gol (GS)
Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir
membuat jaringan. Setiap pemain akan menjaga dan bermain di kawasan masing-
masing. Pemain tidak bebas bergerak ke segenap sudut gelanggang dan mereka
hanya bermain mengikut tugas yang telah ditetapkan.
2. PENGADIL
Dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan, pengadil bertanggungjawab
memastikan pertandingan itu berjalan lancar dan semua pemain bermain dengan
‘bersih’ dan mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan.Pengadil adalah
orang yang paling berkuasa dalam gelanggang.Sebarang keputusan yangdibuat
olehnya adalah muktamad.
Terdapat 2 orang pengadil dan 2 pegawai lain yang terdiri daripada seorang
penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa dalam satu pertandingan. Umumnya, 2
orang pengadil inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan sesuatu
pertandingan dan lazimnya pengadil ini terdiri daripada wanita tetapi terdapat juga
pengadil lelaki.
Kawasan Pengadil
Oleh kerana dalam sukan bola jaring dimestikan ada dua orang pengadil, maka
pembahagian kawasan antara mereka berdua amat perlu supaya keputusan yang
dibuat tidak bercanggah.Untuk lebih jelas lagi, rujuk Rajah 1.5.Pengadil X mengadili
dan membuat keputusan di dalam kawasannya sepanjang waktu permainan. Dia juga
akan membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola keluar ke kawasan AB dan
AD. Pengadil X juga akan memulakan permainan (hantaran tengah) setiap kali gol
dijaringkan dalam kawasannya. Sementara pengadil Y pula akan mengadili dan
membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola terkeluar dari kawasan DC dan
CB.
Rajah 1.5 Kawasan Pengadil
Gerakan Pengadil
Berbanding dengan sukan-sukan lain, permainan ini memerlukan pengadil
bergerak di dalam kawasannya seperti yang telah ditetapkan, iaitu dari tengah
gelanggang hingga ke sudut yang tertentu. Dia juga perlu berada di belakang kawasan
gol untuk melihat jaringan yang dibuat.
Semasa dalam permainan, pengadil sepatutnya berada di luar gelanggang,
kecuali dalam keadaan atau tugas berikut:
1. Membuat lambungan
2. Menunjukkan tempat di mana penalti akan diambil
3. Melihat permainan dengan lebih jelas
4. Melihat pemain yang tercedera (jika ada)
Wisel adalah perlu bagi seorang pengadil dalam sepanjang masa permainan.
3PAKAIAN
Pemain dikehendaki berpakaian seragam yang sesuai yang terdiri daripada baju T-shirt,
skirt, seluar pendek atau panjang, stoking dan kasut kanvas.Pemain juga dikehendaki
memakai pakaian seragam berhuruf yang dipanggil ‘Bibs’.Huruf pada ‘bibs’ mestilah
ditulis dengan terang di bahagian depan dan belakang yang menunjukkan posisi dan
tugas mereka.Pemain bersama ‘bibs’ yang dipakai juga mestilah didaftarkan serta
dipakai sepanjang waktu pertandingan.Sebarang barang kemas dan aksesori badan
tidak boleh dipakai semasa pertandingan dan kuku mestilah dipotong pendek. Kasut-
kasut yang diperbuat daripada bahan
ringan boleh dipakai tetapi kasut berpaku (spike) tidak dibenarkan.
Rajah 3.1 Pakaian yang sesuai untuk bermain bola jaring.
4. CARA BERMAIN
Jumlah pemain dalam gelanggang ialah 7 orang untuk setiap pasukan.Ini bererti
terdapat 14 orang pemain dalam gelanggang dalam satu-satu perlawanan. Dua orang
pengadil akan berada di luar gelanggang untuk mengadili permainan mengikut
pembahagian kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan.
Tempoh permainan mestilah diketahui oleh pemain.Peraturan dan undang-undang
permainan seperti membuat jaringan, melakukan kesalahan membuat hantaran,
membuat lontaran penalti, membuat hantaran percuma, mengawal gol dan
menggantikan pemain juga hendaklah diketahui oleh setiap pemain.
Rajah 3.2 Permainan bola jaring
5. MULA BERMAIN
Pemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. C akan melontar bola ke salah
seorang rakan pasukannya, sama ada WA atau GA. Dalam situasi tertentu, WD dan
GD juga boleh menerima hantaran tengah tersebut. Semasa melontar, C hendaklah
memastikan bahawa kakinya berada di dalam bulatan di tengah-tengah gelanggang.
Pemain tengah pasukan lawan mesti berada kira-kira 0.91m (3 kaki) dari pusat bulatan
sementara pemain-pemain yang lain berada di tempat masing-masing. Apabila wisel
ditiupkan, pemain tengah yang membuat lontaran mula akan melepaskan bola kepada
pemain lain menandakan bermulanya permainan.
6. TEMPOH BERMAIN
Bola jaring dimainkan dalam tempoh empat sukuan waktu (quarter). Setiap suku
waktu ialah 15 minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit kecuali
waktu rehat untuk separuh masa, iaitu 5 atau 10 minit. Waktu kecederaan dan
gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang
gangguan atau sekiranya berlaku kecederaan. Selain itu, tempoh permainan 20 minit
untuk satu separuh masa juga turut digunakan. Permainan akan diteruskan selepas
sahaja gol dijaringkan.
Peraturan dan undang-undang permainan hendaklah sentiasa dipatuhi oleh setiap
pemain semasa di dalam gelanggang. Setiap kesalahan yang dilakukan akan didenda.
Pemain hanya boleh bergerak di dalam kawasan masing-masing dan jika ingin menukar
kawasan, ia hanya dibenarkan selepas permainan dihentikan dan pemain itu mestilah
juga memaklumkannya kepada pengadil.
Pemain boleh menangkap bola dengan satu ataupun kedua belah tangan. Dia juga
boleh menepis atau menampar bola ke arah pemain lain dalam pasukannya ketika bola
sedang dilambung. Setelah bola ditangkap, pemain hendaklah melontarkan atau
melantunkannya kepada pemain pasukannya dalam masa tiga saat.Pemain tidak
dibenarkan menggulingkan bola atau memegang sambil berlari, atau melontar ke udara
dan menangkapnya semula, atau menjatuhkannya dan mangambilnya semula (drop
ball).
Pemain juga tidak boleh dengan sengaja menendang, merampas daripada pemain
lawan, menumbuk atau memainkan bola apabila ia berada di atas lantai gelanggang.
Selain daripada itu, pemain tidak dibenarkan menggunakan atau mendapatkan
sokongan tiang gol apabila sedang membuat jaringan, ataupun menggoyangkan tiang
gol supaya jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan keluar daripada sasaran atau
gelanggang.
7. Ofsaid, Faul dan Penalti
Pemain akan dikenakan denda jika melakukan kesalahan. Jika pemain bergerak
melebihi atau keluar dari kawasan gelanggang yang dibenarkan untuknya bermain, dia
dikira sebagai ofsaid. Selain itu apabila bergerak menangkap bola, kaki pemain mesti
berada di dalam kawasan tertentu atau tidak ia dikira ofsaid.
Lambungan bola dilakukan untuk meneruskan permainan semula apabila dua orang
pemain kedua-dua pasukan melakukan kesalahan serentak, pemain daripada kedua-
dua pasukan menangkap bola pada waktu yang sama dan berlaku perebutan bola
ataupun apabila pengadil tidak pasti pasukan mana yang telah melakukan kesalahan.
UNDANG-UNDANG AM BOLA JARING
1. PENALTI
Berikut pula adalah undang-undang am bola jaring yang perlu anda teliti.
(a) Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempat
berlakunya kesalahan melainkan
(i) Apabila undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil hendaklah
menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan
demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan.
(ii) Mengikut ketetapan untuk undang-undang penalti (halangan dan sentuhan).
(b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat.
(c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu
pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke
kawasan penalti boleh mengambil penalti itu.
(d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di tangannya
dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul.
(e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti, jaringan
penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undangundang gerak kaki, seolah-
olah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah sama dengan kaki
mendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengan satu kaki
tetap di atas tanah.
(f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan
penalti melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran percuma diberikankepada
pasukan lawan.
(g)Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-undang
(c) hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan.
2. HANTARAN PERCUMA
Hantaran Percuma
Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di
dalam gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan-
kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol.
Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan
itu membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang
seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu.
Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti
Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati
melanggar undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda
kerana sentuhan satu halangan, dia mesti berdiri bersebelahan dan jauh
dari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan
sehingga bola itu terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika
pemain yang bersalah bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang
membuat hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu
berjaya melolosi jaring.
Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika
tindakan itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan
diambil di tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuhi atau diganggu).
Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti:
(a) Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh seorang
pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yang
melakukan kesalahan.
(b) Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran penalti
atau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat pemain kedua.
(c)Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri di
sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran.Mereka tidak dibolehkan
mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain
yang mengambil.
(d)Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau menghalang
seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari
pemain yang membuat hantaran.Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil
bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang
membuat hantaran.
(e)Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol boleh
membuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan
Hantaran ke Dalam
Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk
lontaran ke dalam sekiranya :
(a)Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau
(b)Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar
gelanggang.
Lambungan
Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila:
(a) Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan satu
atau kedua-dua belah tangan.
(b) Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang.
(c)Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola sebelum
bola itu keluar gelanggang.
(d)Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah
seorang memegang ataupun menyentuh bola.
(e)Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggu
permainan.
n

More Related Content

What's hot

Peraturan permainan pingpong
Peraturan permainan pingpongPeraturan permainan pingpong
Peraturan permainan pingpongdonnyaktuah
 
4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling4. peraturan bola baling
4. peraturan bola balingAdrine Sapari
 
03 bola jaring
03 bola jaring03 bola jaring
03 bola jaringRyan Gotil
 
Sejarah bola jaring dan maklumat2
Sejarah bola jaring dan maklumat2Sejarah bola jaring dan maklumat2
Sejarah bola jaring dan maklumat2Noor Leeza
 
Termonologi dalam Bola Jaring
Termonologi dalam Bola JaringTermonologi dalam Bola Jaring
Termonologi dalam Bola Jaringitaadam
 
sistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligasistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligamuhammad
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tamparAfzan Razali
 
21118156 permainan-hoki
21118156 permainan-hoki21118156 permainan-hoki
21118156 permainan-hokiShiqin Salim
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tamparngu amei
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganfairyzan
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola balingAhmad NazRi
 
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Nur Jalil
 
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan BadmintonPeraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan BadmintonAndi Rahman
 
Hantaran n jaringan futsal
Hantaran n jaringan futsal Hantaran n jaringan futsal
Hantaran n jaringan futsal Rubini Rubi
 
Permainan tradisional sepak raga
Permainan tradisional sepak ragaPermainan tradisional sepak raga
Permainan tradisional sepak ragaZara Echa
 

What's hot (20)

Peraturan permainan pingpong
Peraturan permainan pingpongPeraturan permainan pingpong
Peraturan permainan pingpong
 
4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling
 
03 bola jaring
03 bola jaring03 bola jaring
03 bola jaring
 
61749401 asas-perkhemahan
61749401 asas-perkhemahan61749401 asas-perkhemahan
61749401 asas-perkhemahan
 
BOLA BALING
BOLA BALINGBOLA BALING
BOLA BALING
 
Sejarah bola jaring dan maklumat2
Sejarah bola jaring dan maklumat2Sejarah bola jaring dan maklumat2
Sejarah bola jaring dan maklumat2
 
Termonologi dalam Bola Jaring
Termonologi dalam Bola JaringTermonologi dalam Bola Jaring
Termonologi dalam Bola Jaring
 
sistem pertandingan liga
sistem pertandingan ligasistem pertandingan liga
sistem pertandingan liga
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 
21118156 permainan-hoki
21118156 permainan-hoki21118156 permainan-hoki
21118156 permainan-hoki
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tampar
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
 
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3
 
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan BadmintonPeraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
Peraturan Dan Undang-Undang Dalam Permainan Badminton
 
Hantaran n jaringan futsal
Hantaran n jaringan futsal Hantaran n jaringan futsal
Hantaran n jaringan futsal
 
Modul Latihan Sukan Untuk Kelab Sukan Sekolah - Kriket
Modul Latihan Sukan Untuk Kelab Sukan Sekolah - KriketModul Latihan Sukan Untuk Kelab Sukan Sekolah - Kriket
Modul Latihan Sukan Untuk Kelab Sukan Sekolah - Kriket
 
Permainan Sofbol
Permainan Sofbol Permainan Sofbol
Permainan Sofbol
 
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanKertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahan
 
Permainan tradisional sepak raga
Permainan tradisional sepak ragaPermainan tradisional sepak raga
Permainan tradisional sepak raga
 

Similar to BOLAJARING

Similar to BOLAJARING (20)

Presestasi PJOK Kelompok 4.pptx
Presestasi PJOK Kelompok 4.pptxPresestasi PJOK Kelompok 4.pptx
Presestasi PJOK Kelompok 4.pptx
 
Bola baling
Bola baling Bola baling
Bola baling
 
Permainan bola jaring @ sk st mary
Permainan bola jaring @ sk st maryPermainan bola jaring @ sk st mary
Permainan bola jaring @ sk st mary
 
Teknik dasar permainan sepak bola
Teknik dasar permainan sepak bolaTeknik dasar permainan sepak bola
Teknik dasar permainan sepak bola
 
Bola basket = pola penyerangan+pertahanan perwasitan
Bola basket = pola penyerangan+pertahanan perwasitanBola basket = pola penyerangan+pertahanan perwasitan
Bola basket = pola penyerangan+pertahanan perwasitan
 
Peraturan bjrng
Peraturan bjrngPeraturan bjrng
Peraturan bjrng
 
A
AA
A
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Kelas2 semester1
Kelas2 semester1Kelas2 semester1
Kelas2 semester1
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
1 MURID 1 SUKAN
1 MURID 1 SUKAN1 MURID 1 SUKAN
1 MURID 1 SUKAN
 
Bola basket
Bola basketBola basket
Bola basket
 
Bola baling
Bola balingBola baling
Bola baling
 
Permainan bola basket
Permainan bola basketPermainan bola basket
Permainan bola basket
 
Aprianti
ApriantiAprianti
Aprianti
 
Penjaskes sma sepak bola,basket,voly,senam,silat,renang,atletik,kebugaran
Penjaskes sma sepak bola,basket,voly,senam,silat,renang,atletik,kebugaranPenjaskes sma sepak bola,basket,voly,senam,silat,renang,atletik,kebugaran
Penjaskes sma sepak bola,basket,voly,senam,silat,renang,atletik,kebugaran
 
Kliping bola basket
Kliping bola basketKliping bola basket
Kliping bola basket
 
Futsalfg
FutsalfgFutsalfg
Futsalfg
 

BOLAJARING

  • 1. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA JARING Posted by Kemahiran PJK Tingkatan 4 at 3:24:00 PM 1. PERATURAN DAN PERALATAN Sebelum anda meneruskan dengan topik ini anda diperlukan untuk mengetahui peralatan-peralatan permainan ini. Tahukah anda bahawa sukan ini tidak memerlukan peralatan yang banyak; cukup sekadar hanya sebiji bola bersaiz sedikit kecil berbanding dengan saiz bola keranjang, gelanggang (tertutup atau terbuka), tiang gol dan 14 orang pemain (7 orang satu pasukan).Hanya dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal dan mengadili permainan ini. Bola Bola yang digunakan untuk pertandingan atau kejohanan biasanya berukuran standard dan disediakan sendiri oleh pihak penganjur kejohanan.Biasanya, bola saiz 5 yang juga seperti saiz bola keranjang digunakan.Ukur lilit bola adalah lebih kurang 99sm-102sm dan beratnya dianggarkan seberat 6.35 - 7.26 kg (perlu disemak).Bola ini diperbuat daripada kulit atau getah. Untuk menjaga kesempurnaan dan jangka hayat bola, ia hendaklah disimpan di tempat yang kering dan selamat setelah digunakan. Rajah 1.1 Bentuk fizikal bola jaring Tiang Gol
  • 2. Kedua-dua belah gelanggang akan dipasang dengan tiang gol setinggi 3.05m (10 kaki). Biasanya tiang gol diperbuat daripada besi.Ukur lilit bulatan besi berjaring yang diletakkan di bahagian atas tiang ialah 38sm. Tiang gol ini hendaklah dicacakkan dengan teguh di kawasan jaringan (kawasan D) supaya tidak condong. Rajah 1.2 Tiang Gol Gelanggang Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata.Namun begitu, bola jaring juga boleh dimainkan di gelanggang berumput di kawasan terbuka atau dibuat khas dengan menggunakan gelanggang simen atau parket sekiranya dimainkan di dalam dewan yang tertutup. Rajah 1.3 Gelanggang Bola Jaring Garisan sepanjang 30.50m dinamakan garisan tepi manakala garisan 15.25m dinamakan garisan gol. Gelanggang terbahagi kepada 3 sempadan utama, 1 bulatan
  • 3. tengah dengan jejari 45.7sm dan dua separa bulatan yang dipanggil kawasan menjaring ataupun kawasan D di mana tiang gol didirikan pada pusat bulatan. Pemain Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain utama dan 3 pemain simpanan.Setiap seorang pemain mempunyai fungsi atau tugas yang tersendiri. Senarai dan kedudukan pemain adalah seperti berikut: (a) Penjaga gol (GK) Penjaga gol (goal keeper = GK) menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan baik di dlamkawasan mahupun di luar kawasan jaringan. Penjaga gol boleh keluar masuk kawasangol.Di antara tugasnya ialah menjaga kawasan jaringan dan menghalang penyerang didalam kawasan jaringan.GK juga perlu bekerjasama dengan penahan gol (GD). (b) Pertahanan gol / pertahanan dalam (GD) Penahan gol (goal defence = GD), menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA)pasukan pihak lawan sama ada di dalam kawasan tengah, kawasan gol atau di dalamkawasan jaringan. GD boleh menghalang hantaran atau mengawal mana- mana pemaindalam kawasan tengah atau kawasan gol, tetapi tugas utamanya ialah menghalangpenyerang gol daripada membuat jaringan.GD juga boleh menerima bola dari hantarantengah. (c) Pertahanan sayap / pertahanan luar (WD) Penahan sayap (wing defence = WD) merupakan pemain pertahanan. Tugasnya ialahmenghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA) pasukanlawan dalam bulatan jaringan. WD juga boleh bertindak sebagai penyerang .Ini berlaksemasa bole di hantar ke tengah atauke dalam oleh pemain lawan. Apabila pemain lawan membuat jaringan, WD akan mengawal WA. Kadangkala, WD boleh bertindak sebagai penyerang.Ini boleh berlaku semasa bola dihantar ke tengah atau ke dalam oleh pemain lawan. (d) Pemain tengah (C) Pemain tengah (centre = C) pula memainkan peranan yang penting kerana ia ditugaskansebagai penyerang dan merupakan pemain yang membuat hantaran tengah
  • 4. di awalpermainan. Kasawan C hampir meliputi keseluruhan padang bola jaring. C bolehbergerak ke semua kawasan kecuali di kawasan D. (e) Penyerang sayap (WA) Penyerang sayap (wing attack = WA) adalah juga penyerang, dan tugas utamanya menghantar bola dari kawasan tengah ke kawasan jaringan. WA selalunya akan menghantar bola kepada penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama pemain tengah. (f) Penyerang gol (GA) Penyerang gol (goal attact = GA) ditugaskan sebagai penjaring. GA akan bekerjasamadengan pemain tengah, penyerang sayap dan penjaring gol. GA juga selalu menerimahantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang. (g) Penjaring gol (GS) Penjaring gol (goal shooter = GS) bertugas sebagai penjaring gol. GS mestilah mahir membuat jaringan. Setiap pemain akan menjaga dan bermain di kawasan masing- masing. Pemain tidak bebas bergerak ke segenap sudut gelanggang dan mereka hanya bermain mengikut tugas yang telah ditetapkan. 2. PENGADIL Dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan, pengadil bertanggungjawab memastikan pertandingan itu berjalan lancar dan semua pemain bermain dengan ‘bersih’ dan mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan.Pengadil adalah orang yang paling berkuasa dalam gelanggang.Sebarang keputusan yangdibuat olehnya adalah muktamad. Terdapat 2 orang pengadil dan 2 pegawai lain yang terdiri daripada seorang penjaga masa dan seorang lagi pencatat masa dalam satu pertandingan. Umumnya, 2 orang pengadil inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan sesuatu pertandingan dan lazimnya pengadil ini terdiri daripada wanita tetapi terdapat juga pengadil lelaki. Kawasan Pengadil Oleh kerana dalam sukan bola jaring dimestikan ada dua orang pengadil, maka pembahagian kawasan antara mereka berdua amat perlu supaya keputusan yang dibuat tidak bercanggah.Untuk lebih jelas lagi, rujuk Rajah 1.5.Pengadil X mengadili dan membuat keputusan di dalam kawasannya sepanjang waktu permainan. Dia juga akan membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola keluar ke kawasan AB dan
  • 5. AD. Pengadil X juga akan memulakan permainan (hantaran tengah) setiap kali gol dijaringkan dalam kawasannya. Sementara pengadil Y pula akan mengadili dan membuat keputusan untuk hantaran ke dalam jika bola terkeluar dari kawasan DC dan CB. Rajah 1.5 Kawasan Pengadil Gerakan Pengadil Berbanding dengan sukan-sukan lain, permainan ini memerlukan pengadil bergerak di dalam kawasannya seperti yang telah ditetapkan, iaitu dari tengah gelanggang hingga ke sudut yang tertentu. Dia juga perlu berada di belakang kawasan gol untuk melihat jaringan yang dibuat. Semasa dalam permainan, pengadil sepatutnya berada di luar gelanggang, kecuali dalam keadaan atau tugas berikut: 1. Membuat lambungan 2. Menunjukkan tempat di mana penalti akan diambil 3. Melihat permainan dengan lebih jelas 4. Melihat pemain yang tercedera (jika ada) Wisel adalah perlu bagi seorang pengadil dalam sepanjang masa permainan. 3PAKAIAN Pemain dikehendaki berpakaian seragam yang sesuai yang terdiri daripada baju T-shirt, skirt, seluar pendek atau panjang, stoking dan kasut kanvas.Pemain juga dikehendaki memakai pakaian seragam berhuruf yang dipanggil ‘Bibs’.Huruf pada ‘bibs’ mestilah ditulis dengan terang di bahagian depan dan belakang yang menunjukkan posisi dan tugas mereka.Pemain bersama ‘bibs’ yang dipakai juga mestilah didaftarkan serta dipakai sepanjang waktu pertandingan.Sebarang barang kemas dan aksesori badan tidak boleh dipakai semasa pertandingan dan kuku mestilah dipotong pendek. Kasut- kasut yang diperbuat daripada bahan ringan boleh dipakai tetapi kasut berpaku (spike) tidak dibenarkan. Rajah 3.1 Pakaian yang sesuai untuk bermain bola jaring. 4. CARA BERMAIN Jumlah pemain dalam gelanggang ialah 7 orang untuk setiap pasukan.Ini bererti terdapat 14 orang pemain dalam gelanggang dalam satu-satu perlawanan. Dua orang pengadil akan berada di luar gelanggang untuk mengadili permainan mengikut pembahagian kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur pertandingan. Tempoh permainan mestilah diketahui oleh pemain.Peraturan dan undang-undang permainan seperti membuat jaringan, melakukan kesalahan membuat hantaran,
  • 6. membuat lontaran penalti, membuat hantaran percuma, mengawal gol dan menggantikan pemain juga hendaklah diketahui oleh setiap pemain. Rajah 3.2 Permainan bola jaring 5. MULA BERMAIN Pemain tengah (C) akan melakukan lontaran mula. C akan melontar bola ke salah seorang rakan pasukannya, sama ada WA atau GA. Dalam situasi tertentu, WD dan GD juga boleh menerima hantaran tengah tersebut. Semasa melontar, C hendaklah memastikan bahawa kakinya berada di dalam bulatan di tengah-tengah gelanggang. Pemain tengah pasukan lawan mesti berada kira-kira 0.91m (3 kaki) dari pusat bulatan sementara pemain-pemain yang lain berada di tempat masing-masing. Apabila wisel ditiupkan, pemain tengah yang membuat lontaran mula akan melepaskan bola kepada pemain lain menandakan bermulanya permainan. 6. TEMPOH BERMAIN Bola jaring dimainkan dalam tempoh empat sukuan waktu (quarter). Setiap suku waktu ialah 15 minit dan akan diselang dengan waktu rehat selama 3 minit kecuali waktu rehat untuk separuh masa, iaitu 5 atau 10 minit. Waktu kecederaan dan gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan atau sekiranya berlaku kecederaan. Selain itu, tempoh permainan 20 minit untuk satu separuh masa juga turut digunakan. Permainan akan diteruskan selepas sahaja gol dijaringkan. Peraturan dan undang-undang permainan hendaklah sentiasa dipatuhi oleh setiap pemain semasa di dalam gelanggang. Setiap kesalahan yang dilakukan akan didenda. Pemain hanya boleh bergerak di dalam kawasan masing-masing dan jika ingin menukar kawasan, ia hanya dibenarkan selepas permainan dihentikan dan pemain itu mestilah juga memaklumkannya kepada pengadil. Pemain boleh menangkap bola dengan satu ataupun kedua belah tangan. Dia juga boleh menepis atau menampar bola ke arah pemain lain dalam pasukannya ketika bola sedang dilambung. Setelah bola ditangkap, pemain hendaklah melontarkan atau melantunkannya kepada pemain pasukannya dalam masa tiga saat.Pemain tidak dibenarkan menggulingkan bola atau memegang sambil berlari, atau melontar ke udara dan menangkapnya semula, atau menjatuhkannya dan mangambilnya semula (drop ball). Pemain juga tidak boleh dengan sengaja menendang, merampas daripada pemain lawan, menumbuk atau memainkan bola apabila ia berada di atas lantai gelanggang. Selain daripada itu, pemain tidak dibenarkan menggunakan atau mendapatkan sokongan tiang gol apabila sedang membuat jaringan, ataupun menggoyangkan tiang gol supaya jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan keluar daripada sasaran atau gelanggang.
  • 7. 7. Ofsaid, Faul dan Penalti Pemain akan dikenakan denda jika melakukan kesalahan. Jika pemain bergerak melebihi atau keluar dari kawasan gelanggang yang dibenarkan untuknya bermain, dia dikira sebagai ofsaid. Selain itu apabila bergerak menangkap bola, kaki pemain mesti berada di dalam kawasan tertentu atau tidak ia dikira ofsaid. Lambungan bola dilakukan untuk meneruskan permainan semula apabila dua orang pemain kedua-dua pasukan melakukan kesalahan serentak, pemain daripada kedua- dua pasukan menangkap bola pada waktu yang sama dan berlaku perebutan bola ataupun apabila pengadil tidak pasti pasukan mana yang telah melakukan kesalahan. UNDANG-UNDANG AM BOLA JARING 1. PENALTI Berikut pula adalah undang-undang am bola jaring yang perlu anda teliti. (a) Penalti akan dikenakan bagi kesalahan di dalam gelanggang dan dikenakan di tempat berlakunya kesalahan melainkan (i) Apabila undang-undang advantage boleh digunakan. Ertinya, pengadil hendaklah menahan daripada membunyikan wisel untuk mengenakan denda sekiranya tindakan demikian akan mengakibatkan kerugian kepada pasukan yang dilakukan kesalahan. (ii) Mengikut ketetapan untuk undang-undang penalti (halangan dan sentuhan). (b) Pengadil hendaklah menunjukkan tempat yang betul dan tepat. (c) Apabila penalti dikenakan, kecuali lambungan yang diberikan kepada salah satu pasukan, salah seorang pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan masuk ke kawasan penalti boleh mengambil penalti itu. (d) Pemain yang mengambil penalti mestilah melontarkan bola yang ada di tangannya dalam masa tiga saat selepas dia mengambil tempatnya yang betul. (e) Apabila pemain mengambil sesuatu hantaran percuma, hantaran penalti, jaringan penalti, atau hantaran ke dalam, dia mesti mematuhi undangundang gerak kaki, seolah- olah kaki yang diletakkan di tempat yang ditunjukkan adalah sama dengan kaki mendarat semasa pendaratan atas satu kaki ataupun menerima bola dengan satu kaki tetap di atas tanah. (f) Jika pemain yang mengambil hantaran percuma, hantaran penalti atau jaringan penalti melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran percuma diberikankepada pasukan lawan. (g)Jika pemain yang mengambil hantaran ke dalam melanggar undang-undang (c) hingga (e), hantaran ke dalam akan diberikan kepada pihak lawan. 2. HANTARAN PERCUMA Hantaran Percuma Hantaran percuma pula diberikan untuk kesalahan-kesalahan yang berlaku di dalam gelanggang kecuali untuk undang-undang halangan, sentuhan, kesalahan- kesalahan yang dilakukan serentak oleh dua pemain lawan dengan bantuan tiang gol.
  • 8. Semasa pemain daripada pasukan lawan yang dibenarkan berada dalam kawasan itu membuat hantaran percuma, bola tidak boleh dibaling melebihi kawasan gelanggang seluruhnya tanpa disentuhi atau ditangkap oleh seorang pemain dalam kawasan itu. Hantaran Penalti atau Jaringan Penalti Satu hantaran penalti atau jaringan penalti diberikan jika pemain didapati melanggar undang-undang halangan dan sentuhan. Jika seseorang pemain didenda kerana sentuhan satu halangan, dia mesti berdiri bersebelahan dan jauh dari pemain yang mengambil penalti. Dia tidak boleh membuat sebarang gerakan sehingga bola itu terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. Jika pemain yang bersalah bergerak sebelum bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran, penalti akan diberikan semula kecuali hantaran atau jaringan itu berjaya melolosi jaring. Penalti akan diambil dari tempat pemain yang membuat kesalahan kecuali jika tindakan itu merugikan pasukan yang membuat penalti. Sekiranya berlaku, penalti akan diambil di tempat pemain yang tidak melakukan kesalahan (disentuhi atau diganggu). Berikut adalah beberapa perkara berkaitan pengambilan penalti: (a) Satu percubaan untuk menahan hantaran. Atau jaringan boleh dibuat oleh seorang pemain lawan yang dibenarkan ke dalam kawasan itu, selain daripada pemain yang melakukan kesalahan. (b) Jika pemain lawan tersentuh atau mengganggu pemain lain membuat hantaran penalti atau jaringan penalti, maka penalti itu akan dikenakan semula di tempat pemain kedua. (c)Pemain pertama dan pemain kedua yang melakukan kesalahan hendaklah berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran.Mereka tidak dibolehkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang mengambil. (d)Apabila dua pemain daripada satu pasukan serentak menyentuh atau menghalang seseorang pemain dari pasukan lawan, mereka mesti berdiri di sebelah dan jauh dari pemain yang membuat hantaran.Kedua-dua pemain tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam permainan sehingga bola terlepas daripada tangan pemain yang membuat hantaran. (e)Apabila penalti diberikan dalam bulatan gol, penjaring atau penyerang gol boleh membuat pilihan sama ada ingin membuat hantaran atau melakukan jaringan Hantaran ke Dalam Apabila bola keluar gelanggang, bola itu akan diberikan kepada pasukan lawan untuk lontaran ke dalam sekiranya : (a)Pemain terakhir menyentuh bola itu, atau (b)Pemain yang menerima hantaran, tetapi anggotanya menyentuh kawasan luar gelanggang.
  • 9. Lambungan Satu lambungan dibuat untuk memulakan permainan apabila: (a) Dua pemain berlainan pasukan mendapat bola serentak iaitu sama ada dengan satu atau kedua-dua belah tangan. (b) Dua pemain yang berlainan pasukan serentak menepis bola keluar gelanggang. (c)Pengadil tidak dapat menentukan pemain yang paling akhir menyentuh bola sebelum bola itu keluar gelanggang. (d)Dua pemain daripada berlainan pasukan keluar kawasan serentak dengan salah seorang memegang ataupun menyentuh bola. (e)Dua pemain yang berlainan pasukan membuat sentuhan tubuh yang mengganggu permainan. n