SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING 3 0N 3 
SUKAN PEDALAMAN RANAU 
TAHUN 2014 
1. NAMA PROGRAM 
Kejohanan Bola Jaring 3 On 3 Sukan Pedalaman Ranau 2014. 
2. PENGANJUR 
Pejabat Pendidikan Daerah, Ranau. 
3. PENGELOLA 
Sk. Longut, Ranau. 
4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 
Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan 
Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Peraturan-Peraturan Am 
MSSM 
5. JENIS PERTANDINGAN 
Pertandingan berpasukan antara sekolah-sekolah dalam Malaysia. 
6. PENDAFTARAN PEMAIN 
6.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksima 5 orang pemain (3 pemain dan 
2 pemain simpanan), seorang pengurus pasukan dan seorang jurulatih. 
6.2 Pendaftaran menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan M02 dan Borang 
Pendaftaran Individu M01. 
6.3 Seorang pemain hanya berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja. 
6.4 Setiap pasukan hanya terdiri daripada 3 orang pemain semasa bermain bagi 
posisi-posisi berikut: 
Centre - C 
Wing Attack - WA 
Goal Attack - GA 
GA juga akan bertindak sebagai ‘Goal Defence’ - GD 
7. JANGKA MASA PERMAINAN 
7.1 Masa bermain adalah selama 10 minit. 
7.2 Masa bagi separuh masa pertama ialah 5 minit dengan masa rehat tidak lebih 
daripada 2 minit selepasnya. 
7.3 Masa bagi separuh masa kedua ialah 5 minit 
8. PERLAKSANAAN PERMAINAN 
8.1 Hantaran Tengah 
8.1.1 Hantaran tengah akan diambil bergilir-gilir. 
8.1.2 Lambungan duit syiling akan dilakukan oleh ketua pasukan untuk 
menentukan hantaran tengah. 
8.1.3 Bola hantaran tengah tidak boleh dihantar terus ke dalam kawasan 
gol. 
8.2 Bola Keluar 
8.2.1 Bola yang keluar dari garisan tepi hendaklah diambil dari tempat bola 
keluar. 
8.2.2 Bola yang keluar dari garisan tepi dan garisan gol tidak boleh dihantar 
ke dalam kawasan gol. 
8.3 Memainkan Bola 
8.3.1 Kedua-dua pemain lawan (GA) yang berada di dalam Bulatan Goal 
mestilah mendapatkan bola dari hantaran pasukanya sendiri sahaja. 
8.3.2 Jika hantaran berjaya diterima dari pasukan lawanya, maka bola itu 
hendaklah terlebih dahulu dihantar ke luar bulatan goal kepada 
pemain dari pasukanya sendiri yang kemudian akan menghantar 
semula kepadanya untuk membuat jaringan. 
8.3.3 Bola yang terkena tiang gol atau melantun hasil dari percubaan 
jaringan yang tidak Berjaya (rebounce) mestilah terlebih dahulu 
dihantar semula ke luar Bulatan Gol kepada pemain pasukanya 
sebelum dihantar semula kepada GA untuk menjaringkan gol. 
9. PERTUKARAN / PENGGANTIAN 
9.1 Sebarang pertukaran / penggantian pemain semasa bermain hendaklah 
terlebih dahulu dimaklumkan kepada pengadil. 
9.2 Tiada had pertukaran / penggantian pemain tetapi mestilah dalam masa 
kecederaan atau dalam masa rehat. 
9.3 Borang pertukaran / penggantian hendaklah dilengkapkan oleh pengurus 
pasukan dan Menyerahkan kepada pencatat. 
10. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN 
10.1 Cara memberi mata :
Menang - 3 mata 
Seri - 1 mata 
Kalah - 0 mata 
10.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang 
akan ditentukan seperti berikut: 
10.2.1 Secara PURATA GOL iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang 
dijaringkan dengan jumlah gol yang kena. 
10.2.2 Jika Purata Gol masih seri maka keputusan akan ditentukan secara 
perbezaan gol iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang 
kena. 
11. SISTEM PERTANDINGAN 
11.1 Sistem pertandingan dijalankan seperti berikut: 
11.1.1 Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D) 
11.1.2 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka 
hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D. 
Pertandingan akan dijalankan secara liga. 
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan 
tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan 
berkenaan. 
11.1.3 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan 
memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, 
sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk 
menentukan tempat ketiga dan keempat. 
11.1.4 Pasukan yang kalah diperingkat suku akhir akan bertanding untuk 
menentukan tempat kelima hingga kelapan. 
11.1.5 Pasukan yang mendapat tempat ketiga diperingkat kumpulan akan 
bertanding untuk menentukan tempat kesembilan hingga kedua belas. 
11.1.6 Pasukan yang mendapat tempat keempat diperingkat kumpulan akan 
bertanding untuk menentukan tempat ketiga belas hingga kelima 
belas. 
11.2 Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut: 
11.2.1 Pemberian mata – Menang 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata. 
11.2.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain setelah diberikan 
tempoh menunggu 10 minit dari masa bermain sebenar maka pasukan 
yang hadir akan diberikan kemenangan percuma dengan memperolehi 
3 mata dan 2 jaringan. 
11.2.3 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang 
sama, maka akan diambil kira ketetapan seperti berikut: 
a. Perbezaan jaringan, atau 
b. Jumlah jaringan yang paling banyak, atau 
c. Pemenang Perlawanan terdahuu, atau 
d. Ditentukan oleh Pengurus Pertandingan 
12. HADIAH 
12.1 Medal 
12.2 Sijil 
13. GELANGGANG DAN PERALATAN 
13.1 Bola 
Pertandingan bola jaring 3 lawan 3 menggunakan bola getah atau 
sintetik saiz 5. 
13.2 Tiang Gol 
Tiang gol 10 kaki bagi pertandingan sekolah menengah, 8 kaki bagi 
pertandingan sekolah rendah bawah umur 12 tahun, dan 7 kaki bagi 
pertandingan bawah 10 tahun. 
13.3 Gelanggang 
Luas kawasan bermain ialah 15.25m x 15.25 (separuh daripada 
gelanggang sebenar)
13.4 Kawasan Bermain setiap pemain 
POSISI PEMAIN KAWASAN BERMAIN 
C 1, 2 
WA 1, 2 
GA 1, 2, 3 
14. JADUAL PERLAWANAN 
14.1 Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan jadual pertandingan 
dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan 
penganjur. 
15. PEGAWAI PERLAWANAN 
Jawatankuasa Pengelola akan melantik pegawai-pegawai pertandingan bagi 
menguruskan perkara-perkara teknikal setiap perlawanan. Setiap pegawai 
perlawanan hendaklah menyiapkan laporan untuk dikemukakan kepada urusetia 
setelah tamat kejohanan. 
16. BANTAHAN 
16.1 Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat 
secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya hendaklah diterima 
dalam tempoh masa (30) tiga puluh minit selepas berakhirnya perlawanan 
tersebut beserta bayaran RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). 
Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya. 
16.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan perkara-perkara dan 
fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan. 
17. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN 
17.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi 
memastikan setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi 
kepada etika dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan kepada semangat 
sukan yang tulin. 
17.2 Tertakluk kepada pengesahan penganjur, Jawatankuasa Pengelola 
boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana 
pegawai, pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan 
atau objektif pertandingan keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi 
hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pegawai atau pemain 
dari penglibatan bagi sebarang jangkamasa yang sesuai. 
17.3 Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada 
sengaja atau tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika permainan. 
Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar padang permainan 
adalah perbuatan biadab yang harus dielakkan dan tidak sepatutnya 
diamalkan. 
18. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 
18.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan 
Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatakuasa Pengelola 
Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

More Related Content

What's hot

Slaid Ragbi sentuh.pptx
Slaid Ragbi sentuh.pptxSlaid Ragbi sentuh.pptx
Slaid Ragbi sentuh.pptxhafizzul96
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tamparAfzan Razali
 
Kepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar
Kepegawaian Dalam Sukan Bola TamparKepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar
Kepegawaian Dalam Sukan Bola TamparSANDRA CILLA ENDIRE
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tamparngu amei
 
4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling4. peraturan bola baling
4. peraturan bola balingAdrine Sapari
 
238609685-Kemahiran-kemahiran-Asas-Dalam-Permainan-Hoki.pptx
238609685-Kemahiran-kemahiran-Asas-Dalam-Permainan-Hoki.pptx238609685-Kemahiran-kemahiran-Asas-Dalam-Permainan-Hoki.pptx
238609685-Kemahiran-kemahiran-Asas-Dalam-Permainan-Hoki.pptxTESL10621AbdulRahimB
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppHairu Nizam
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Aida Fizleen
 
Sejarah bola jaring dan maklumat2
Sejarah bola jaring dan maklumat2Sejarah bola jaring dan maklumat2
Sejarah bola jaring dan maklumat2Noor Leeza
 
Contoh Membuat Rancangan Pengajaran Harian(RPH)-Softball-(Bunt)
Contoh Membuat Rancangan Pengajaran Harian(RPH)-Softball-(Bunt)Contoh Membuat Rancangan Pengajaran Harian(RPH)-Softball-(Bunt)
Contoh Membuat Rancangan Pengajaran Harian(RPH)-Softball-(Bunt)Hafiz Pk
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganfairyzan
 
Ciri-Ciri Jurulatih dan Pegawai
Ciri-Ciri Jurulatih dan PegawaiCiri-Ciri Jurulatih dan Pegawai
Ciri-Ciri Jurulatih dan PegawaiArifahAzlanShah2
 
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMmond niel
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 
Peraturan pertandingan futsal
Peraturan pertandingan futsalPeraturan pertandingan futsal
Peraturan pertandingan futsalIrsyad Syahmi
 
Topik 6 Pengelolaan Aktiviti & Sistem Pertandingan
Topik 6 Pengelolaan Aktiviti & Sistem Pertandingan Topik 6 Pengelolaan Aktiviti & Sistem Pertandingan
Topik 6 Pengelolaan Aktiviti & Sistem Pertandingan cikgutika
 
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdfKBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdfhada45
 

What's hot (20)

Slaid Ragbi sentuh.pptx
Slaid Ragbi sentuh.pptxSlaid Ragbi sentuh.pptx
Slaid Ragbi sentuh.pptx
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 
Kepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar
Kepegawaian Dalam Sukan Bola TamparKepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar
Kepegawaian Dalam Sukan Bola Tampar
 
Bola tampar
Bola tamparBola tampar
Bola tampar
 
4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling
 
238609685-Kemahiran-kemahiran-Asas-Dalam-Permainan-Hoki.pptx
238609685-Kemahiran-kemahiran-Asas-Dalam-Permainan-Hoki.pptx238609685-Kemahiran-kemahiran-Asas-Dalam-Permainan-Hoki.pptx
238609685-Kemahiran-kemahiran-Asas-Dalam-Permainan-Hoki.pptx
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1
 
Rph memadang sofbol
Rph memadang sofbolRph memadang sofbol
Rph memadang sofbol
 
Sejarah bola jaring dan maklumat2
Sejarah bola jaring dan maklumat2Sejarah bola jaring dan maklumat2
Sejarah bola jaring dan maklumat2
 
Gambarajah domain
Gambarajah domainGambarajah domain
Gambarajah domain
 
Contoh Membuat Rancangan Pengajaran Harian(RPH)-Softball-(Bunt)
Contoh Membuat Rancangan Pengajaran Harian(RPH)-Softball-(Bunt)Contoh Membuat Rancangan Pengajaran Harian(RPH)-Softball-(Bunt)
Contoh Membuat Rancangan Pengajaran Harian(RPH)-Softball-(Bunt)
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
 
Ciri-Ciri Jurulatih dan Pegawai
Ciri-Ciri Jurulatih dan PegawaiCiri-Ciri Jurulatih dan Pegawai
Ciri-Ciri Jurulatih dan Pegawai
 
rph-pendidikan-jasmani-bola-jaring (salini.k)
 rph-pendidikan-jasmani-bola-jaring (salini.k) rph-pendidikan-jasmani-bola-jaring (salini.k)
rph-pendidikan-jasmani-bola-jaring (salini.k)
 
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAM
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
Peraturan pertandingan futsal
Peraturan pertandingan futsalPeraturan pertandingan futsal
Peraturan pertandingan futsal
 
Topik 6 Pengelolaan Aktiviti & Sistem Pertandingan
Topik 6 Pengelolaan Aktiviti & Sistem Pertandingan Topik 6 Pengelolaan Aktiviti & Sistem Pertandingan
Topik 6 Pengelolaan Aktiviti & Sistem Pertandingan
 
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdfKBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf
 

Similar to Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3

Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015henry nicholas
 
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 20121424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012Shapariza Puteh
 
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013Amir Syazwan
 
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)Syahmi Zakaria
 
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdfPERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdfShahri77
 
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)Khairul Nizam
 
Peraturan pertandingan bola jaring
Peraturan pertandingan bola jaringPeraturan pertandingan bola jaring
Peraturan pertandingan bola jaringVvaNa AnaDie
 
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017zaifazara
 
Peraturan Pertandingan Hoki
Peraturan Pertandingan HokiPeraturan Pertandingan Hoki
Peraturan Pertandingan HokiRibut Taufan
 
Peraturan bolatampar2018
Peraturan bolatampar2018Peraturan bolatampar2018
Peraturan bolatampar2018Wan Wan Noh
 
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgsKertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgsSharul Anuar Abd Aziz
 
kemahiran bola jaring
kemahiran bola jaringkemahiran bola jaring
kemahiran bola jaringguest8ccaccd
 
kertas kerja nota
kertas kerja notakertas kerja nota
kertas kerja notajulianah1
 
Kertas kerja bola sepak peringkat daerah
Kertas kerja bola sepak peringkat daerahKertas kerja bola sepak peringkat daerah
Kertas kerja bola sepak peringkat daerahjed jeki
 
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015shinekirana
 
Permainan kecil bola jaring
Permainan kecil bola jaringPermainan kecil bola jaring
Permainan kecil bola jaringnsssuhada
 
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asliAina Diena
 
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)Aina Diena
 

Similar to Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3 (20)

Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
Undang undang pertandingan bola sepak piala emas 2015
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 20121424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
1424 kertas kerja mini sukan prasekolah 2012
 
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
Syarat dan-peraturan-bola-sepak-9-sebelah-jpm-2013
 
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
Peraturan bola sepak piala ydp sk taman rinting 1 (autosaved)
 
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdfPERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
PERATURAN SUKAN RAKYAT HARI MARA 2022.pdf
 
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
Peraturan pertandingan kejohanan sepak takraw (1)
 
Peraturan pertandingan bola jaring
Peraturan pertandingan bola jaringPeraturan pertandingan bola jaring
Peraturan pertandingan bola jaring
 
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
Peraturan pertandingan sepak takraw mssd 2017
 
Undang2
Undang2Undang2
Undang2
 
Peraturan Pertandingan Hoki
Peraturan Pertandingan HokiPeraturan Pertandingan Hoki
Peraturan Pertandingan Hoki
 
Peraturan bolatampar2018
Peraturan bolatampar2018Peraturan bolatampar2018
Peraturan bolatampar2018
 
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgsKertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
 
kemahiran bola jaring
kemahiran bola jaringkemahiran bola jaring
kemahiran bola jaring
 
kertas kerja nota
kertas kerja notakertas kerja nota
kertas kerja nota
 
Kertas kerja bola sepak peringkat daerah
Kertas kerja bola sepak peringkat daerahKertas kerja bola sepak peringkat daerah
Kertas kerja bola sepak peringkat daerah
 
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015Peraturan ping pong  mssd johor bahru 2015
Peraturan ping pong mssd johor bahru 2015
 
Permainan kecil bola jaring
Permainan kecil bola jaringPermainan kecil bola jaring
Permainan kecil bola jaring
 
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
2. peraturan am kejohanan sukan sekolah murid orang asli
 
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)
Peraturan sepak takraw senior & veteran (1)
 

Peraturan pertandingan bola jaring 3 0 n 3

  • 1. PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING 3 0N 3 SUKAN PEDALAMAN RANAU TAHUN 2014 1. NAMA PROGRAM Kejohanan Bola Jaring 3 On 3 Sukan Pedalaman Ranau 2014. 2. PENGANJUR Pejabat Pendidikan Daerah, Ranau. 3. PENGELOLA Sk. Longut, Ranau. 4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM 5. JENIS PERTANDINGAN Pertandingan berpasukan antara sekolah-sekolah dalam Malaysia. 6. PENDAFTARAN PEMAIN 6.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksima 5 orang pemain (3 pemain dan 2 pemain simpanan), seorang pengurus pasukan dan seorang jurulatih. 6.2 Pendaftaran menggunakan Borang Pendaftaran Pasukan M02 dan Borang Pendaftaran Individu M01. 6.3 Seorang pemain hanya berdaftar dengan satu (1) pasukan sahaja. 6.4 Setiap pasukan hanya terdiri daripada 3 orang pemain semasa bermain bagi posisi-posisi berikut: Centre - C Wing Attack - WA Goal Attack - GA GA juga akan bertindak sebagai ‘Goal Defence’ - GD 7. JANGKA MASA PERMAINAN 7.1 Masa bermain adalah selama 10 minit. 7.2 Masa bagi separuh masa pertama ialah 5 minit dengan masa rehat tidak lebih daripada 2 minit selepasnya. 7.3 Masa bagi separuh masa kedua ialah 5 minit 8. PERLAKSANAAN PERMAINAN 8.1 Hantaran Tengah 8.1.1 Hantaran tengah akan diambil bergilir-gilir. 8.1.2 Lambungan duit syiling akan dilakukan oleh ketua pasukan untuk menentukan hantaran tengah. 8.1.3 Bola hantaran tengah tidak boleh dihantar terus ke dalam kawasan gol. 8.2 Bola Keluar 8.2.1 Bola yang keluar dari garisan tepi hendaklah diambil dari tempat bola keluar. 8.2.2 Bola yang keluar dari garisan tepi dan garisan gol tidak boleh dihantar ke dalam kawasan gol. 8.3 Memainkan Bola 8.3.1 Kedua-dua pemain lawan (GA) yang berada di dalam Bulatan Goal mestilah mendapatkan bola dari hantaran pasukanya sendiri sahaja. 8.3.2 Jika hantaran berjaya diterima dari pasukan lawanya, maka bola itu hendaklah terlebih dahulu dihantar ke luar bulatan goal kepada pemain dari pasukanya sendiri yang kemudian akan menghantar semula kepadanya untuk membuat jaringan. 8.3.3 Bola yang terkena tiang gol atau melantun hasil dari percubaan jaringan yang tidak Berjaya (rebounce) mestilah terlebih dahulu dihantar semula ke luar Bulatan Gol kepada pemain pasukanya sebelum dihantar semula kepada GA untuk menjaringkan gol. 9. PERTUKARAN / PENGGANTIAN 9.1 Sebarang pertukaran / penggantian pemain semasa bermain hendaklah terlebih dahulu dimaklumkan kepada pengadil. 9.2 Tiada had pertukaran / penggantian pemain tetapi mestilah dalam masa kecederaan atau dalam masa rehat. 9.3 Borang pertukaran / penggantian hendaklah dilengkapkan oleh pengurus pasukan dan Menyerahkan kepada pencatat. 10. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN 10.1 Cara memberi mata :
  • 2. Menang - 3 mata Seri - 1 mata Kalah - 0 mata 10.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang akan ditentukan seperti berikut: 10.2.1 Secara PURATA GOL iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena. 10.2.2 Jika Purata Gol masih seri maka keputusan akan ditentukan secara perbezaan gol iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena. 11. SISTEM PERTANDINGAN 11.1 Sistem pertandingan dijalankan seperti berikut: 11.1.1 Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D) 11.1.2 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan. 11.1.3 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat. 11.1.4 Pasukan yang kalah diperingkat suku akhir akan bertanding untuk menentukan tempat kelima hingga kelapan. 11.1.5 Pasukan yang mendapat tempat ketiga diperingkat kumpulan akan bertanding untuk menentukan tempat kesembilan hingga kedua belas. 11.1.6 Pasukan yang mendapat tempat keempat diperingkat kumpulan akan bertanding untuk menentukan tempat ketiga belas hingga kelima belas. 11.2 Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut: 11.2.1 Pemberian mata – Menang 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata. 11.2.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain setelah diberikan tempoh menunggu 10 minit dari masa bermain sebenar maka pasukan yang hadir akan diberikan kemenangan percuma dengan memperolehi 3 mata dan 2 jaringan. 11.2.3 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka akan diambil kira ketetapan seperti berikut: a. Perbezaan jaringan, atau b. Jumlah jaringan yang paling banyak, atau c. Pemenang Perlawanan terdahuu, atau d. Ditentukan oleh Pengurus Pertandingan 12. HADIAH 12.1 Medal 12.2 Sijil 13. GELANGGANG DAN PERALATAN 13.1 Bola Pertandingan bola jaring 3 lawan 3 menggunakan bola getah atau sintetik saiz 5. 13.2 Tiang Gol Tiang gol 10 kaki bagi pertandingan sekolah menengah, 8 kaki bagi pertandingan sekolah rendah bawah umur 12 tahun, dan 7 kaki bagi pertandingan bawah 10 tahun. 13.3 Gelanggang Luas kawasan bermain ialah 15.25m x 15.25 (separuh daripada gelanggang sebenar)
  • 3. 13.4 Kawasan Bermain setiap pemain POSISI PEMAIN KAWASAN BERMAIN C 1, 2 WA 1, 2 GA 1, 2, 3 14. JADUAL PERLAWANAN 14.1 Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan jadual pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan penganjur. 15. PEGAWAI PERLAWANAN Jawatankuasa Pengelola akan melantik pegawai-pegawai pertandingan bagi menguruskan perkara-perkara teknikal setiap perlawanan. Setiap pegawai perlawanan hendaklah menyiapkan laporan untuk dikemukakan kepada urusetia setelah tamat kejohanan. 16. BANTAHAN 16.1 Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya hendaklah diterima dalam tempoh masa (30) tiga puluh minit selepas berakhirnya perlawanan tersebut beserta bayaran RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan tersebut tidak berjaya. 16.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan perkara-perkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan. 17. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN 17.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi kepada etika dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan kepada semangat sukan yang tulin. 17.2 Tertakluk kepada pengesahan penganjur, Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pegawai, pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan atau objektif pertandingan keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pegawai atau pemain dari penglibatan bagi sebarang jangkamasa yang sesuai. 17.3 Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada sengaja atau tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika permainan. Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar padang permainan adalah perbuatan biadab yang harus dielakkan dan tidak sepatutnya diamalkan. 18. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN 18.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatakuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.