SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
Download to read offline
UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI
POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
2013
PANDUAN PENULISAN
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2
PANDUAN PENULISAN
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
Edisi Kedua
Editor
Engr. Mohamad Halim Bin Ibrahim AAE
Sr. Nazirah binti Mohamad Abdullah
Ishak bin Mohamed Basir
Mohd Azman bin Mohd Noor
Siti Rabiatuladawiah binti Ahmad Mashod
3
1.0 PENDAHULUAN
Laporan Akhir Latihan Industri (LALI) adalah merupakan salah satu komponen
yang dinilai selepas pelajar tamat menjalani kursus Latihan Industri AT401 di
organisasi. Ianya perlu dijilid dan dikemukakan semasa pendaftaran tamat
latihan industri dan membawa 20% daripada keseluruhan markah penilaian
(rujuk Appendix 4 – Final Report untuk kriteria penilaian).
Secara umumnya panduan penulisan LALI ini dirujuk dan ditulis dengan
menggunakan sistem atau format American Psychological Association (APA),
namun ianya telah disusun dan diolah bersesuaian dengan keperluan penilaian.
Semua maklumat yang dinyatakan adalah bertujuan untuk memberi panduan
kepada pelajar untuk menyediakan LALI secara bersistematik dan berkualiti.
2.0 PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
2.1 Panduan Umum
2.1.1 LALI hendaklah bertaip pada kertas putih dan disusun mengikut turutan
yang betul.
2.1.2 Saiz kertas yang ditetapkan ialah kertas bersaiz A4 (termasuk untuk
Lampiran) dan berat minimum kertas ialah 70gram.
2.1.3 Laporan boleh ditulis samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris sepenuhnya. (Bergantung kepada kehendak Ketua Jabatan)
2.1.4 Bilangan muka surat yang ditulis adalah di antara 50 hingga 80 muka
surat dan tidak termasuk lampiran.
2.2 Ruang Penulisan dan Nombor Muka Surat
2.2.1 Margin setting bagi setiap muka surat penulisan perlulah mengikut
format sepertimana yang ditetapkan seperti berikut (Rujuk Lampiran
B): 3.5sm (1.38inci) dari tepi kiri kertas 2.5sm (0.98inci) dari tepi kanan
4
kertas 2.5sm (0.98inci) dari tepi atas kertas 2.5sm (0.98inci) dari tepi
bawah kertas.
2.2.2 Pada muka surat permulaan setiap bab, kawasan penulisan bagi sub
topik yang pertama hendaklah bermula pada enter yang ketiga. (Rujuk
Lampiran C).
2.2.3 Nombor muka surat diletakkan di sebelah kanan atas. Muka surat
permulaan bab tidak perlu letakkan muka surat.
2.2.4 Nombor muka surat di BAHAGIAN PERMULAAN seperti Judul,
Pengesahan pelajar, Penghargaan, Isi Kandungan, Senarai Jadual,
Senarai Rajah dan Senarai Lampiran hendaklah menggunakan
penomboran roman seperti I, ii, iii, iv,v dan lain-lain. Manakala nombor
muka surat bagi BAHAGIAN BAB adalah seperti biasa. (Rujuk
Lampiran F)
2.3 Jenis Tulisan & Sela
2.3.1 Tulisan (font) yang digunakan adalah dari jenis Times New Roman
bersaiz 12.
2.3.2 Jarak diantara garisan (line spacing) atau langkau diantara ayat yang
digunakan adalah 1.5 (1.5 lines) dan perlu ditinggalkan ruangan kosong
(perlu di enter) bagi setiap permulaan perenggan atau sub topik.
2.3.3 TAJUK BAB hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf besar,
ditebalkan dan diletakkan dibahagian tengah muka surat (center text).
2.3.4 Tajuk Kecil pula hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf kecil
dan ditebalkan dan diletakkan di sebelah kiri muka surat.
2.3.5 Jarak di antara perkataan dalam barisan hendaklah sama dan format
yang digunakan adalah Justified.
2.3.6 Penulisan dalam Bahasa Melayu hendaklah merujuk kepada Daftar
Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini keluaran Dewan Bahasa dan
Pustaka.
2.3.7 Penggunaan Bahasa Inggeris bagi sesuatu istilah hendaklah
dicondongkan (Italic) atau ditandakan dengan ‘ ’ atau diletakkan
dalam kurungan ( ) bagi membantu pemahaman istilah Bahasa
5
Melayu.
2.3.8 Huruf besar hendaklah digunakan di setiap permulaan ayat, nama tempat
dan nama khas.
2.3.9 Penggunaan Bullet tidak dibenarkan.
2.4 Penjilidan Laporan Akhir Latihan Industri
Laporan akhir hendaklah dijilid dengan sempurna. Namun LALI boleh dijilid
sementara (spriral binding) bagi tujuan penyeliaan atau semasa proses
persembahan. LALI hanya boleh dijilid kekal berkualiti keras selepas
mendapatkan pengesahan oleh KUPLI/PLI/PHI dan PLIJ sahaja. Tulisan yang
digunakan adalah dari jenis ARIAL bersaiz 18. Dicetak dengan HURUF
BESAR berwarna emas.
2.4.1 Warna kulit: Maroon (Kod Hex: 80 00 00/ Kod Desimal: 128 0 0)
2.4.2 Kulit LALI
Saiz kulit LALI yang siap dijilid hendaklah berukuran A4(210 x 297 mm). Pada
kulit depan hendaklah ditulis;
Laporan Akhir Latihan Industri
Nama Penuh Pelajar
Nama Syarikat
Sesi Latihan Industri
Contoh muka depan laporan yang bercetak adalah seperti di Lampiran A (i).
2.4.3 Tulang Belakang
Pada tulang belakang LALI hendaklah ditulis:
Singkatan nama Politeknik Merlimau, Melaka: PMM
Nama Pelajar
Singkatan Nama Jabatan/Program
Sesi Latihan Industri
Contoh tulang belakang LALI yang bercetak adalah seperti di Lampiran A (ii).
6
3.0 FORMAT PENULISAN BUKU LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
3.1 Format Isi Kandungan
Format isi kandungan LALI adalah seperti yang ditunjukkan di Lampiran F.
Bilangan bab adalah sepertimana yang dinyatakan pada 3.2. Contoh pengisian
Kandungan di Bahagian Permulaan isi kandungan adalah seperti di Lampiran
D, E, F, G, H, I, dan J.
3.2 Ringkasan Kandungan Bab
3.2.1 Bab I: Pengenalan
Bab ini merangkumi pengenalan kepada Latihan Industri. Ianya merangkumi
pendahuluan, objektif latihan industri, objektif laporan dan kepentingan latihan
industri kepada pelajar.
3.2.2 Bab II: Latar Belakang Organisasi
Bagi maklumat kepada latarbelakang organisasi ia meliputi pengenalan terhadap
organisasi, carta organisasi, sejarah penubuhan serta aktiviti organisasi, misi,
visi dan halatuju organisasi.
(pelajar dinasihatkan supaya berbincang dengan pengurusan organisasi
sebelum menulis maklumat organisasi supaya ia tidak bertentangan dengan
dasar organisasi berkenaan).
3.2.3 Bab III: Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Ringkasan aktiviti latihan adalah berdasarkan kepada latihan atau tugas yang
dilaksanakan sama ada mengikut minggu, bulan atau bidang tugas. Ianya boleh
dinyatakan dalam bentuk jadual.
3.2.4 Bab IV: Laporan Teknikal
Bab ini menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah dipertanggungjawab
atau dilaksanakan semasa latihan. Bilangan bab yang diperuntukkan adalah satu
(1) sahaja dan sekiranya terdapat banyak tugasan atau bahagian yang perlu
7
dilapor dan dinyatakan, ianya boleh dipecahkan kepada sub-sub yang berkaitan.
Pelajar hendaklah menerangkan secara terperinci subtopik tersebut dan setiap
maklumat yang dilaporkan perlulah disokong dengan rajah, jadual serta gambar
yang bersesuaian.
3.2.5 Bab V: Kesimpulan
Kesimpulan merupakan rumusan kepada keseluruhan laporan.
3.2.6 Bab VI: Komen Dan Cadangan
Komen yang dibuat hendaklah berkaitan dengan latihan di mana pelajar
digalakkan membuat cadangan positif dan membina bagi tujuan proses
penambahbaikan pada masa akan datang.
3.3 Bibliografi / Rujukan (Lampiran K)
Ia adalah bahan rujukan yang digunakan untuk menguatkan lagi hujah yang
ditulis. Format yang digunakan perlulah mengikut paiwaian sepertimana
American Psychological Associati on (APA) atau Modern Language
Association (MLA). Bagi mendapatkan panduan dalam format penulisan bahan
rujukan, pelajar boleh melayari laman sesawang berikut:
a) http://www.apastyle.org
b) http://www.mla.org
3.4 Jadual / Rajah (Lampiran L / Lampiran M)
Semua ilustrasi hendaklah diterangkan secara terperinci. Sebarang ilustrasi
selain dari Jadual seperti carta, graf, gambar atau lukisan dinyatakan sebagai
Rajah. Penomboran bagi jadual/rajah mestilah mengikut turutan serta
berpandukan kepada bab yang ditulis. Contoh, sekiranya jadual atau rajah
tersebut adalah jadual atau rajah yang pertama pada BAB III, maka jadual atau
rajah hendalah ditulis Jadual 3.1 dan Rajah 3.1. Begitulah seterusnya jadual atau
rajah seterusnya hendaklah ditulis Jadual 3.2, Jadual 3.3 dan Rajah 3.2, Rajah
3.3.
8
3.5 Penerangan Merujuk Kepada Rajah Atau Jadual
Semasa penulisan, pastikan rujukan dibuat kepada setiap jadual/rajah yang
dimasukkan dengan menyebut atau industri penekanan kepada perkara-perkara
penting tentang jadual/rajah tersebut. Sebagai contoh ianya perlu ditulis seperti
“Sepertimana yang ditunjukan dalam Rajah 3, atau “Jadual 3 menunjukan
bilangan ……………………….. ”. Penulis perlu mengelak daripada menulis
seperti “Jadual di atas menunjukan………….” Atau “Jadual di bawah
menunjukan……… ”. Sebarang jadual yang di ambil dari sumber lain, satu nota
perlu dinyatakan dibahagian bawah jadual tersebut dengan menyatakan dari
mana jadual itu diambil atau disesuaikan.
3.6 Lampiran (Sekiranya Ada/Perlu Sahaja)
Semua Lampiran yang hendak disertakan mestilah bersaiz A4. Ia perlu
dilabelkan dan disusun mengikut turutan. Semua Lampiran tidak perlu
diletakkan nombor muka surat.
4.0 PENGUKUHAN DAN PEMBUKTIAN DENGAN MENYEDIAKAN
LAPORAN PROJEK
4.1 Penerangan
Setiap pelajar diwajibkan untuk membuat SATU (1) Laporan Projek sahaja
sebagai pembuktian atau hasil dapatan secara keseluruhan dari segi kemahiran
samada di tapak pembinaan, perindustrian, kulinari/ perhotelan ataupun di
pejabat bagi yang mengambil kursus perdagangan yang dilaksanakan sepanjang
Latihan Industri. Kemungkinan di tempat pelajar menjalani latihan industri, ada
banyak projek yang diberikan namun pelajar perlu memilih projek yang terbaik
untuk dijadikan bahan rujuk sebagai bukti.
9
4.2 Objektif
4.2.1 Memudahkan pelajar membuat penerangan semasa sesi persembahan
kepada pensyarah penilai.
4.2.2 Membantu pelajar untuk proses penyediaaan Projek Akhir Pelajar.
4.3 Format Laporan
Semua format penulisan adalah merujuk kepada FORMAT PENULISAN
BUKU LAPORAN LATIHAN INDUSTRI yang telah ditetapkan dalam garis
panduan, namun KANDUNGAN yang perlu adalah seperti berikut;
4.3.1 Tajuk Laporan
4.3.2 Objektif
4.3.3 Senarai Peralatan (Jika Berkaitan)
4.3.4 Prosedur Kerja
4.3.5 Data Atau Keputusan
4.3.6 Analisis Data Atau Keputusan
4.3.7 Perbincangan Dan Cadangan
4.3.8 Kesimpulan
4.3.9 Rujukan
4.3.10 Lampiran
10
5.0 PENUTUP
Pihak Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Merlimau, Melaka
berharap agar pelajar yang telah industri menjalani latihan industri akan dapat
memanfaatkan peluang ini dengan sebaik mungkin. Pendedahan latihan ini juga
diharap dapat membantu pelajar apabila kembali semula ke politeknik untuk
meneruskan pengajian mereka. Pelajar yang menunjukkan kesungguhan dan
disiplin diri yang tinggi semasa menjalani latihan akan sentiasa dihormati dan
seterusnya meningkatkan imej politeknik kepada masyarakat luar.
11
BIBLIOGRAFI / RUJUKAN
Bahagian Kecemerlangan Instruksional. 2011. Garis Panduan Latihan Industri
(Pelajar), Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian
Pengajian Tinggi.
Bahagian Kecemerlangan Instruksional. 2011. Garis Panduan Pengurusan Dan
Kaedah Penilaian Latihan Indsutri Politeknik, Edisi 2011. Jabatan
Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Kementerian Pengajian Tinggi. 2010. Dasar Latihan Industri Institusi
Pengajian Tinggi.
Pusat Pengurusan Siswazah. 2009. Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM. Edisi
Semak Kedua. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sciencebuddies. Writing A Bibliography: APA Format. Diambil pada 9 Februari
2012.
Http://Www.Sciencebuddies.Org/Science-Fair
Projects/Project_Apa_Format_Examples.Shtml
Sciencebuddies. Sample Bibliography: APA Reference List Format. Diambil
pada 9 Februari 2012.
Http://Www.sciencebuddies.org › Project Guide
Stargazerpub. Chapter 1 Setting Up Your Pages. Diambil pada 9 Februari 2012.
Http://Www.Stargazerpub.Com/Images/APA-3rded-Chapter1.Pdf
University Of California, Santa Barbara. An Introduction to APA Style, A
Student Guide for the 5th
edition of the APA Manual. Diambil pada 12
Februari 2012 dari
http://www.uweb.ucsb.edu/~msilva/How_Tos/APAGuidelines_with_Sample_P
aper.pdf.
12
Lampiran A (i): Format Kulit Laporan Akhir Latihan Industri
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
MUHAMMAD AKMAL BIN ZUKHAIRI
14DKM20F1001
ALYA SAFFIYAH ENG. SDN. BHD.
LOT1010, JALAN KELADI 2
TAMAN PERINDUSTRIAN PANDAN WANGI
75250 MELAKA
DIS 2011
2.5sm dari tepi
atas muka surat
Langkau 3
Langkau 2
Langkau X
2.5sm dari tepi
bawah muka surat
2.5sm dari tepi
kanan muka surat
3.5sm dari tepi kanan muka
surat
Sesi menjalani
latihan industri
2.5sm
2.5sm
13
Lampiran A (ii): Format Tulang Belakang Laporan Akhir Latihan Industri
5sm
5sm
14
Lampiran B
‘Margin setting’ bagi muka surat
Langkah-langkah Margin Setting:
1. Klik pada Microsoft Word atau New Blank Document
2. Klik Page Layout.
3. Pada Page Setup, klik Margin dan pergi ke Custom Margin.
4. Anda akan mendapati paparan seperti rajah di bawah.
5. Taipkan margin bagi Top, Bottom, Left dan Right (seperti gambar dibawah) dan tekan
ok.
15
Lampiran C
Kawasan penulisan bagi muka surat permulaan setiap bab
BAB II
JUDUL BAB
2.1 Penerangan Judul Bab
Langkau 1
Teks bab bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah ditaip
menggunakan jarak langkau 1.5 (1.5 spacing).
Langkau 1
2.2 Sub-Judul
Teks bermula di sini bersambung ke jidar kiri. Teks handaklah ditaip menggunakan
jarak langkau 1.5. langkaukan satu baris sebelum memulakan penulisan pada perenggan
seterusnya.
Langkau 1
Perenggan kedua akan bermula pada 1 tab dari hujung sebelah kiri muka surat.
Begitu juga apabila mula menulis perenggan-perenggan seterusnya.
Langkau 1
2.1.1 Sub-sub Judul
Langkau 1
Teks bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah ditaip
menggunakan langkau 1.5.
3.5sm dari tepi
muka surat
2.5sm dari tepi
muka surat
2.5sm dari tepi
muka surat
2.5sm dari tepi
muka surat
Langkau 3
Langkau 2
Langkau 2
16
Lampiran D
Halaman Judul
LATIHAN AKHIR LAPORAN INDUSTRI
OLEH
MUHAMMAD AKMAL BIN ZUKHAIRI
I4DKM20F1001
DI
ALYA SAFFIYAH ENG. SDN. BHD.
LOT1010, JALAN KELADI 2
TAMAN PERINDUSTRIAN PANDAN WANGI
75250 MELAKA
Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada
Pensyarah Penilai Di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat
Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan
Diploma Kejuruteraan Mekanikal
POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
DIS 2011
Langkau 3
Langkau 2
Langkau 3
Langkau 3
Langkau 2
Langkau 2
Langkau 3
17
Lampiran E
Pengesahan pelajar
PENGESAHAN PELAJAR
“Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :.....................................................
Nama Pelajar : Muhammad Akmal bin Zukhairi
No. Pendaftaran : 14DKM20F1001
Tarikh : 11 Julai 2012
ii
Langkau 4
Langkau 4
18
Lampiran F
Isi kandungan
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
Judul i
Pengesahan Pelajar ii
Penghargaan iii
Isi Kandungan iv
Senarai Jadual v
Senarai Rajah vi
Senarai Lampiran vii
BAB I PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Objektif Latihan Industri 1
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri 2
1.4 Kepentingan Latihan Industri 3
BAB II LATAR BELAKANG ORGANISASI
2.1 Pengenalan Organisasi 5
2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi 8
2.3 Aktiviti Organisasi 9
2.4 Halatuju Organisasi 10
2.5 Carta Organisasi 11
BAB III RINGKASAN AKTVITI LATIHAN INDUSTRI
3.1 Pengenalan 13
3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri 14
BAB IV SISTEM PENAPISAN PETROLEUM MENTAH
4.1 Pengenalan 15
4.2 Konsep Penyulingan Petroleum 20
4.3 Peralatan dan Operasi 35
4.4 Prosedur Kerja Keselamatan 45
4.5 Kesimpulan 55
BAB V KESIMPULAN 56
BAB VI KOMEN DAN CADANGAN 60
BIBLIOGARFI / RUJUKAN
LAMPIRAN
iv
“Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Lanngkau 2
19
Lampiran G
Penghargaan
PENGHARGAAN
DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi
Muhammad S.A.W, seluruh keluarga baginda, para sahabat baginda dan waris keturunan
baginda.
Pada kesempatan ini saya mengambil peluang dan ruang untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pengurus Syarikat Alya Saffiyah Eng. Sdn. Bhd. yang
dihormati iaitu Ir. Amir Zukhairi bin Ishak di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, nasihat,
pandangan dan cadangan yang diberikan sepanjang saya menjalani latihan industri di
syarikat ini.
Penghargaan dan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah di Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal khususnya En. Mohd Suri bin Saringat di atas kerjasama,
bimbingan dan dorongan yang telah diberikan.
Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada keluarga tersayang yang memberi
sokongan, rakan-rakan seperjuangan dan sesiapa jua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung di dalam menyiapkan Laporan Akhir Latihan Industri ini. Semoga Allah
S.W.T memberkati segala usaha dan bakti yang telah kita lakukan bersama, Insya’Allah.
Sekian, terima kasih dan wassalam.
iii
Tandatangan :.....................................................
Nama Pelajar : Muhammad Akmal bin Zukhairi
No. Pendaftaran : 14DKM20F1001
Tarikh : 11 Julai 2012
Lanngkau 2
20
Lampiran H
Senarai jadual
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Jadual Perlaksanaan Latihan Industri 1
2.1 Jadual Aktiviti Syarikat 9
3.1 Jadual Aktiviti Sepanjang Latihan Industri 11
4.1 Jadual Ikatan Ionik Pertroleum Mentah 14
4.2 Jadual Proses Penyulingan Petroleum Mentah 17
NOTA: Format Senarai Jadual ini juga digunakan bagi Senarai Rajah dan
hendaklah dibuat pada muka surat yang berasingan.
v
Lanngkau 2
21
Lampiran I
Senarai Rajah
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Pelan Lokasi Syarikat 5
2.2 Komponen Keluaran Syarikat 6
3.1 Gambarajah Tapak Projek 12
4.1 Gambarajah Proses Alir Penyulingan 18
4.2 Gambarajah Hasil Penyulingan 22
NOTA: Format Senarai Rajah ini juga digunakan bagi Senarai Jadual dan
hendaklah dibuat pada muka surat yang berasingan.
vi
Lanngkau 2
22
Lampiran J
Senarai lampiran
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Lapor Diri Ke Syarikat
B Surat Tawaran Mengikuti Kusus Keselamatan NIOSH
vii
Lanngkau 2
23
Lampiran K
Bibliografi/rujukan
RUJUKAN
Bahagian Kecemerlangan Instruksional. 2011. Garis Panduan Latihan Industri (Pelajar),
Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Bahagian Kecemerlangan Instruksional. 2011. Garis Panduan Pengurusan Dan Kaedah
Penilaian Latihan Indsutri Politeknik, Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik,
Kementerian Pengajian Tinggi.
Kementerian Pengajian Tinggi. 2010. Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi.
Pusat Pengurusan Siswazah. 2009. Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM. Edisi Semak
Kedua. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sciencebuddies. Writing A Bibliography: APA Format. Diambil pada 9 Februari 2012.
Http://Www.Sciencebuddies.Org/Science-Fair
Projects/Project_Apa_Format_Examples.Shtml
Sciencebuddies. Sample Bibliography: APA Reference List Format. Diambil pada 9
Februari 2012.
Http://Www.sciencebuddies.org › Project Guide
Stargazerpub. Chapter 1 Setting Up Your Pages. Diambil pada 9 Februari 2012.
Http://Www.Stargazerpub.Com/Images/APA-3rded-Chapter1.Pdf
Lanngkau 1
24
Lampiran L
Format jadual
Jadual 4.1 : Jadual penentuan saiz sampel untuk sesebuah populasi
N S N S N S
10 10 45 40 80 66
15 14 50 44 85 70
20 19 55 48 90 73
25 24 60 52 95 76
30 28 65 56 100 80
35 32 70 59 110 86
40 36 75 63 120 92
N = Bilangan Populasi, S = Bilangan Sampel
Sumber : Krejcie & Morgan (1970)
NOTA: Nombor pada jadual berdasarkan turutan jadual pada bab yang ditulis.
Tajuk jadual diletakan di tengah-tengah bahagian atas dan sumbernya
ditulis di bahagian bawah jadual
25
Lampiran M
Format rajah
Sumber : McCormick and Sanders (2010)
Rajah 2.5 : Kaedah memegang beban atau peralatan
NOTA: Nombor pada rajah berdasarkan turutan rajah pada bab yang ditulis.
Tajuk rajah diletakan di tengah-tengah bahagian bawah dan sumbernya
ditulis di bahagian bawah rajah.

More Related Content

What's hot

Contoh Report LI Jabatan perdagangan
Contoh Report LI Jabatan perdaganganContoh Report LI Jabatan perdagangan
Contoh Report LI Jabatan perdaganganAhmadShafiqJamian
 
Tatacara Kaedah Sebut Harga
Tatacara Kaedah Sebut HargaTatacara Kaedah Sebut Harga
Tatacara Kaedah Sebut HargaIszwan Shah
 
Contoh surat pengecualian kursus induksi
Contoh surat pengecualian  kursus induksiContoh surat pengecualian  kursus induksi
Contoh surat pengecualian kursus induksiNadzari Baharom
 
Panduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failPanduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failWan Adriana
 
Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt Update 1 ogos 2014
Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt   Update 1 ogos 2014Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt   Update 1 ogos 2014
Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt Update 1 ogos 2014Shahril Majid
 
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRPENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRFazHani Faz
 
Laporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriLaporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriKizizikachi Izzat
 
LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR diddy98
 
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Rizalshah Zulkifli
 
Peranan pegawai stor
Peranan pegawai storPeranan pegawai stor
Peranan pegawai storwel6557
 
Panduan penyediaan skt guru dan contoh penulisan
Panduan penyediaan skt guru dan contoh penulisanPanduan penyediaan skt guru dan contoh penulisan
Panduan penyediaan skt guru dan contoh penulisancik matahariku
 
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKNur Arissa
 
Senarai mata pelajaran sijil pelajaran malaysia (spm) 2013
Senarai mata pelajaran sijil pelajaran malaysia (spm) 2013Senarai mata pelajaran sijil pelajaran malaysia (spm) 2013
Senarai mata pelajaran sijil pelajaran malaysia (spm) 2013Dima Bakar
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysiaHalif Md Saleh
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahNorhayati Ismail
 

What's hot (20)

Contoh Report LI Jabatan perdagangan
Contoh Report LI Jabatan perdaganganContoh Report LI Jabatan perdagangan
Contoh Report LI Jabatan perdagangan
 
Tatacara Kaedah Sebut Harga
Tatacara Kaedah Sebut HargaTatacara Kaedah Sebut Harga
Tatacara Kaedah Sebut Harga
 
Contoh surat pengecualian kursus induksi
Contoh surat pengecualian  kursus induksiContoh surat pengecualian  kursus induksi
Contoh surat pengecualian kursus induksi
 
Example Presentation Latihan Industri
Example Presentation Latihan IndustriExample Presentation Latihan Industri
Example Presentation Latihan Industri
 
Panduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failPanduan pengendalian fail
Panduan pengendalian fail
 
Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt Update 1 ogos 2014
Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt   Update 1 ogos 2014Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt   Update 1 ogos 2014
Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt Update 1 ogos 2014
 
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRPENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
 
Contoh laporan
Contoh laporanContoh laporan
Contoh laporan
 
Laporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriLaporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan Industri
 
LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR LAPORAN PROJEK AKHIR
LAPORAN PROJEK AKHIR
 
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
 
Kew.ps 13 (terkini)
Kew.ps 13 (terkini)Kew.ps 13 (terkini)
Kew.ps 13 (terkini)
 
Peranan pegawai stor
Peranan pegawai storPeranan pegawai stor
Peranan pegawai stor
 
Panduan penyediaan skt guru dan contoh penulisan
Panduan penyediaan skt guru dan contoh penulisanPanduan penyediaan skt guru dan contoh penulisan
Panduan penyediaan skt guru dan contoh penulisan
 
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
 
Senarai mata pelajaran sijil pelajaran malaysia (spm) 2013
Senarai mata pelajaran sijil pelajaran malaysia (spm) 2013Senarai mata pelajaran sijil pelajaran malaysia (spm) 2013
Senarai mata pelajaran sijil pelajaran malaysia (spm) 2013
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
 
SKM-PPT
SKM-PPTSKM-PPT
SKM-PPT
 
aset alih
aset alihaset alih
aset alih
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 

Similar to PANDUAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2014 (PMM)

(252045584) panduan lali2003 (terkini)
(252045584) panduan lali2003 (terkini)(252045584) panduan lali2003 (terkini)
(252045584) panduan lali2003 (terkini)Catalyzer Zr
 
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRIPANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRICitizen Logen
 
'Documents.tips panduan penulisan-laporan-akhir-ptss.pdf'
'Documents.tips panduan penulisan-laporan-akhir-ptss.pdf''Documents.tips panduan penulisan-laporan-akhir-ptss.pdf'
'Documents.tips panduan penulisan-laporan-akhir-ptss.pdf'Afina Karim
 
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR SESI JUN 2015
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR SESI JUN 2015PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR SESI JUN 2015
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR SESI JUN 2015menaahmad
 
1 arahan penggunaan penulisan li
1 arahan penggunaan penulisan li1 arahan penggunaan penulisan li
1 arahan penggunaan penulisan liMohd Aqram
 
Format penulisan laporan_li_2012
Format  penulisan laporan_li_2012Format  penulisan laporan_li_2012
Format penulisan laporan_li_2012Radio Deejay
 
Format penulisan laporan_li_
Format  penulisan laporan_li_Format  penulisan laporan_li_
Format penulisan laporan_li_Nazlia Nadia
 
Format penulisan laporan_li_
Format  penulisan laporan_li_Format  penulisan laporan_li_
Format penulisan laporan_li_Nazlia Nadia
 
Pedoman penulisan laporan PKL - SMK IFSU
Pedoman penulisan laporan PKL - SMK IFSUPedoman penulisan laporan PKL - SMK IFSU
Pedoman penulisan laporan PKL - SMK IFSUDedi Irawan
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirpeningla
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirHuzaifah Zai
 
17 1344156746-pedoman penulisan laporan kerja praktek v1
17 1344156746-pedoman penulisan laporan kerja praktek v117 1344156746-pedoman penulisan laporan kerja praktek v1
17 1344156746-pedoman penulisan laporan kerja praktek v1Benny Padly
 
pedoman penulisan laporan kerja praktek v1
pedoman penulisan laporan kerja praktek v1pedoman penulisan laporan kerja praktek v1
pedoman penulisan laporan kerja praktek v1yzalq
 
Sistematika laporan pkl dan penjelasannya baru
Sistematika  laporan pkl dan penjelasannya baruSistematika  laporan pkl dan penjelasannya baru
Sistematika laporan pkl dan penjelasannya baruBasyari Basyari
 
Panduan pkm k 2015
Panduan pkm k 2015Panduan pkm k 2015
Panduan pkm k 2015Rozaq Fadlli
 
Buku panduan tugas akhir amik bsi 2014
Buku panduan tugas akhir amik bsi  2014Buku panduan tugas akhir amik bsi  2014
Buku panduan tugas akhir amik bsi 2014Khoriana Khoriana
 
Panduan proposal ta dan skripsi
Panduan proposal ta dan skripsiPanduan proposal ta dan skripsi
Panduan proposal ta dan skripsiYunia Nurcahyanie
 
Petunjuk pi 2013_mi
Petunjuk pi 2013_miPetunjuk pi 2013_mi
Petunjuk pi 2013_mitriono_
 
Buku pedoman penulisan laporan PKL
Buku pedoman penulisan laporan PKLBuku pedoman penulisan laporan PKL
Buku pedoman penulisan laporan PKLKetutWidiAstawan1
 

Similar to PANDUAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2014 (PMM) (20)

(252045584) panduan lali2003 (terkini)
(252045584) panduan lali2003 (terkini)(252045584) panduan lali2003 (terkini)
(252045584) panduan lali2003 (terkini)
 
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRIPANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN MENULIS LATIHAN INDUSTRI
 
'Documents.tips panduan penulisan-laporan-akhir-ptss.pdf'
'Documents.tips panduan penulisan-laporan-akhir-ptss.pdf''Documents.tips panduan penulisan-laporan-akhir-ptss.pdf'
'Documents.tips panduan penulisan-laporan-akhir-ptss.pdf'
 
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR SESI JUN 2015
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR SESI JUN 2015PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR SESI JUN 2015
PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR SESI JUN 2015
 
1 arahan penggunaan penulisan li
1 arahan penggunaan penulisan li1 arahan penggunaan penulisan li
1 arahan penggunaan penulisan li
 
Format penulisan laporan_li_2012
Format  penulisan laporan_li_2012Format  penulisan laporan_li_2012
Format penulisan laporan_li_2012
 
Format penulisan laporan_li_
Format  penulisan laporan_li_Format  penulisan laporan_li_
Format penulisan laporan_li_
 
Format penulisan laporan_li_
Format  penulisan laporan_li_Format  penulisan laporan_li_
Format penulisan laporan_li_
 
Pedoman penulisan laporan PKL - SMK IFSU
Pedoman penulisan laporan PKL - SMK IFSUPedoman penulisan laporan PKL - SMK IFSU
Pedoman penulisan laporan PKL - SMK IFSU
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
 
17 1344156746-pedoman penulisan laporan kerja praktek v1
17 1344156746-pedoman penulisan laporan kerja praktek v117 1344156746-pedoman penulisan laporan kerja praktek v1
17 1344156746-pedoman penulisan laporan kerja praktek v1
 
pedoman penulisan laporan kerja praktek v1
pedoman penulisan laporan kerja praktek v1pedoman penulisan laporan kerja praktek v1
pedoman penulisan laporan kerja praktek v1
 
Buku panduan skripsi fix 2014
Buku panduan skripsi fix 2014Buku panduan skripsi fix 2014
Buku panduan skripsi fix 2014
 
Sistematika laporan pkl dan penjelasannya baru
Sistematika  laporan pkl dan penjelasannya baruSistematika  laporan pkl dan penjelasannya baru
Sistematika laporan pkl dan penjelasannya baru
 
Panduan pkm k 2015
Panduan pkm k 2015Panduan pkm k 2015
Panduan pkm k 2015
 
Buku panduan tugas akhir amik bsi 2014
Buku panduan tugas akhir amik bsi  2014Buku panduan tugas akhir amik bsi  2014
Buku panduan tugas akhir amik bsi 2014
 
Panduan proposal ta dan skripsi
Panduan proposal ta dan skripsiPanduan proposal ta dan skripsi
Panduan proposal ta dan skripsi
 
Petunjuk pi 2013_mi
Petunjuk pi 2013_miPetunjuk pi 2013_mi
Petunjuk pi 2013_mi
 
Buku pedoman penulisan laporan PKL
Buku pedoman penulisan laporan PKLBuku pedoman penulisan laporan PKL
Buku pedoman penulisan laporan PKL
 

More from Natalie Ulza

miraculous discovery
miraculous discoverymiraculous discovery
miraculous discoveryNatalie Ulza
 
amalan Bismillah 20,9,6,5
amalan Bismillah 20,9,6,5amalan Bismillah 20,9,6,5
amalan Bismillah 20,9,6,5Natalie Ulza
 
4.1 planning schedulling
4.1 planning schedulling4.1 planning schedulling
4.1 planning schedullingNatalie Ulza
 
3.6 understand of construction policies
3.6 understand of construction policies3.6 understand of construction policies
3.6 understand of construction policiesNatalie Ulza
 
3.3.1 planking strutting
3.3.1 planking strutting3.3.1 planking strutting
3.3.1 planking struttingNatalie Ulza
 
3.2.3 site diary dan lawatan tapak
3.2.3 site diary dan lawatan tapak3.2.3 site diary dan lawatan tapak
3.2.3 site diary dan lawatan tapakNatalie Ulza
 
3.1 the usage of bar chart
3.1 the usage of bar chart3.1 the usage of bar chart
3.1 the usage of bar chartNatalie Ulza
 
2.2 resources of project management
2.2 resources of project management2.2 resources of project management
2.2 resources of project managementNatalie Ulza
 
2.1 concept of leader ship
2.1 concept of leader ship2.1 concept of leader ship
2.1 concept of leader shipNatalie Ulza
 
1.1.4 interpret project manager
1.1.4 interpret  project manager1.1.4 interpret  project manager
1.1.4 interpret project managerNatalie Ulza
 
1.1 concepr of management
1.1 concepr of management1.1 concepr of management
1.1 concepr of managementNatalie Ulza
 
Microsoft project 1
Microsoft project 1Microsoft project 1
Microsoft project 1Natalie Ulza
 
REINFORCEMENT CONCRETE chapter 1
REINFORCEMENT CONCRETE chapter 1REINFORCEMENT CONCRETE chapter 1
REINFORCEMENT CONCRETE chapter 1Natalie Ulza
 
Center of pressure and hydrostatic force on a submerged body rev
Center of pressure and hydrostatic force on a submerged body revCenter of pressure and hydrostatic force on a submerged body rev
Center of pressure and hydrostatic force on a submerged body revNatalie Ulza
 

More from Natalie Ulza (20)

miraculous discovery
miraculous discoverymiraculous discovery
miraculous discovery
 
PENEMUAN AJAIB
PENEMUAN AJAIBPENEMUAN AJAIB
PENEMUAN AJAIB
 
amalan Bismillah 20,9,6,5
amalan Bismillah 20,9,6,5amalan Bismillah 20,9,6,5
amalan Bismillah 20,9,6,5
 
4.1 planning schedulling
4.1 planning schedulling4.1 planning schedulling
4.1 planning schedulling
 
3.6 understand of construction policies
3.6 understand of construction policies3.6 understand of construction policies
3.6 understand of construction policies
 
3.4 scaffolding
3.4 scaffolding3.4 scaffolding
3.4 scaffolding
 
3.3.1 planking strutting
3.3.1 planking strutting3.3.1 planking strutting
3.3.1 planking strutting
 
3.2.3 site diary dan lawatan tapak
3.2.3 site diary dan lawatan tapak3.2.3 site diary dan lawatan tapak
3.2.3 site diary dan lawatan tapak
 
3.1 the usage of bar chart
3.1 the usage of bar chart3.1 the usage of bar chart
3.1 the usage of bar chart
 
2.2 resources of project management
2.2 resources of project management2.2 resources of project management
2.2 resources of project management
 
2.1 concept of leader ship
2.1 concept of leader ship2.1 concept of leader ship
2.1 concept of leader ship
 
1.1.4 interpret project manager
1.1.4 interpret  project manager1.1.4 interpret  project manager
1.1.4 interpret project manager
 
1.1 concepr of management
1.1 concepr of management1.1 concepr of management
1.1 concepr of management
 
Microsoft project 1
Microsoft project 1Microsoft project 1
Microsoft project 1
 
Hydrostatic force
Hydrostatic forceHydrostatic force
Hydrostatic force
 
REINFORCEMENT CONCRETE chapter 1
REINFORCEMENT CONCRETE chapter 1REINFORCEMENT CONCRETE chapter 1
REINFORCEMENT CONCRETE chapter 1
 
Center of pressure and hydrostatic force on a submerged body rev
Center of pressure and hydrostatic force on a submerged body revCenter of pressure and hydrostatic force on a submerged body rev
Center of pressure and hydrostatic force on a submerged body rev
 
BOD TEST
BOD TESTBOD TEST
BOD TEST
 
TURBIDITY TEST
TURBIDITY TESTTURBIDITY TEST
TURBIDITY TEST
 
Mangan test
Mangan testMangan test
Mangan test
 

PANDUAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2014 (PMM)

  • 1. UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA 2013 PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
  • 2. 2 PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI Edisi Kedua Editor Engr. Mohamad Halim Bin Ibrahim AAE Sr. Nazirah binti Mohamad Abdullah Ishak bin Mohamed Basir Mohd Azman bin Mohd Noor Siti Rabiatuladawiah binti Ahmad Mashod
  • 3. 3 1.0 PENDAHULUAN Laporan Akhir Latihan Industri (LALI) adalah merupakan salah satu komponen yang dinilai selepas pelajar tamat menjalani kursus Latihan Industri AT401 di organisasi. Ianya perlu dijilid dan dikemukakan semasa pendaftaran tamat latihan industri dan membawa 20% daripada keseluruhan markah penilaian (rujuk Appendix 4 – Final Report untuk kriteria penilaian). Secara umumnya panduan penulisan LALI ini dirujuk dan ditulis dengan menggunakan sistem atau format American Psychological Association (APA), namun ianya telah disusun dan diolah bersesuaian dengan keperluan penilaian. Semua maklumat yang dinyatakan adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada pelajar untuk menyediakan LALI secara bersistematik dan berkualiti. 2.0 PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI 2.1 Panduan Umum 2.1.1 LALI hendaklah bertaip pada kertas putih dan disusun mengikut turutan yang betul. 2.1.2 Saiz kertas yang ditetapkan ialah kertas bersaiz A4 (termasuk untuk Lampiran) dan berat minimum kertas ialah 70gram. 2.1.3 Laporan boleh ditulis samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sepenuhnya. (Bergantung kepada kehendak Ketua Jabatan) 2.1.4 Bilangan muka surat yang ditulis adalah di antara 50 hingga 80 muka surat dan tidak termasuk lampiran. 2.2 Ruang Penulisan dan Nombor Muka Surat 2.2.1 Margin setting bagi setiap muka surat penulisan perlulah mengikut format sepertimana yang ditetapkan seperti berikut (Rujuk Lampiran B): 3.5sm (1.38inci) dari tepi kiri kertas 2.5sm (0.98inci) dari tepi kanan
  • 4. 4 kertas 2.5sm (0.98inci) dari tepi atas kertas 2.5sm (0.98inci) dari tepi bawah kertas. 2.2.2 Pada muka surat permulaan setiap bab, kawasan penulisan bagi sub topik yang pertama hendaklah bermula pada enter yang ketiga. (Rujuk Lampiran C). 2.2.3 Nombor muka surat diletakkan di sebelah kanan atas. Muka surat permulaan bab tidak perlu letakkan muka surat. 2.2.4 Nombor muka surat di BAHAGIAN PERMULAAN seperti Judul, Pengesahan pelajar, Penghargaan, Isi Kandungan, Senarai Jadual, Senarai Rajah dan Senarai Lampiran hendaklah menggunakan penomboran roman seperti I, ii, iii, iv,v dan lain-lain. Manakala nombor muka surat bagi BAHAGIAN BAB adalah seperti biasa. (Rujuk Lampiran F) 2.3 Jenis Tulisan & Sela 2.3.1 Tulisan (font) yang digunakan adalah dari jenis Times New Roman bersaiz 12. 2.3.2 Jarak diantara garisan (line spacing) atau langkau diantara ayat yang digunakan adalah 1.5 (1.5 lines) dan perlu ditinggalkan ruangan kosong (perlu di enter) bagi setiap permulaan perenggan atau sub topik. 2.3.3 TAJUK BAB hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf besar, ditebalkan dan diletakkan dibahagian tengah muka surat (center text). 2.3.4 Tajuk Kecil pula hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf kecil dan ditebalkan dan diletakkan di sebelah kiri muka surat. 2.3.5 Jarak di antara perkataan dalam barisan hendaklah sama dan format yang digunakan adalah Justified. 2.3.6 Penulisan dalam Bahasa Melayu hendaklah merujuk kepada Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. 2.3.7 Penggunaan Bahasa Inggeris bagi sesuatu istilah hendaklah dicondongkan (Italic) atau ditandakan dengan ‘ ’ atau diletakkan dalam kurungan ( ) bagi membantu pemahaman istilah Bahasa
  • 5. 5 Melayu. 2.3.8 Huruf besar hendaklah digunakan di setiap permulaan ayat, nama tempat dan nama khas. 2.3.9 Penggunaan Bullet tidak dibenarkan. 2.4 Penjilidan Laporan Akhir Latihan Industri Laporan akhir hendaklah dijilid dengan sempurna. Namun LALI boleh dijilid sementara (spriral binding) bagi tujuan penyeliaan atau semasa proses persembahan. LALI hanya boleh dijilid kekal berkualiti keras selepas mendapatkan pengesahan oleh KUPLI/PLI/PHI dan PLIJ sahaja. Tulisan yang digunakan adalah dari jenis ARIAL bersaiz 18. Dicetak dengan HURUF BESAR berwarna emas. 2.4.1 Warna kulit: Maroon (Kod Hex: 80 00 00/ Kod Desimal: 128 0 0) 2.4.2 Kulit LALI Saiz kulit LALI yang siap dijilid hendaklah berukuran A4(210 x 297 mm). Pada kulit depan hendaklah ditulis; Laporan Akhir Latihan Industri Nama Penuh Pelajar Nama Syarikat Sesi Latihan Industri Contoh muka depan laporan yang bercetak adalah seperti di Lampiran A (i). 2.4.3 Tulang Belakang Pada tulang belakang LALI hendaklah ditulis: Singkatan nama Politeknik Merlimau, Melaka: PMM Nama Pelajar Singkatan Nama Jabatan/Program Sesi Latihan Industri Contoh tulang belakang LALI yang bercetak adalah seperti di Lampiran A (ii).
  • 6. 6 3.0 FORMAT PENULISAN BUKU LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 3.1 Format Isi Kandungan Format isi kandungan LALI adalah seperti yang ditunjukkan di Lampiran F. Bilangan bab adalah sepertimana yang dinyatakan pada 3.2. Contoh pengisian Kandungan di Bahagian Permulaan isi kandungan adalah seperti di Lampiran D, E, F, G, H, I, dan J. 3.2 Ringkasan Kandungan Bab 3.2.1 Bab I: Pengenalan Bab ini merangkumi pengenalan kepada Latihan Industri. Ianya merangkumi pendahuluan, objektif latihan industri, objektif laporan dan kepentingan latihan industri kepada pelajar. 3.2.2 Bab II: Latar Belakang Organisasi Bagi maklumat kepada latarbelakang organisasi ia meliputi pengenalan terhadap organisasi, carta organisasi, sejarah penubuhan serta aktiviti organisasi, misi, visi dan halatuju organisasi. (pelajar dinasihatkan supaya berbincang dengan pengurusan organisasi sebelum menulis maklumat organisasi supaya ia tidak bertentangan dengan dasar organisasi berkenaan). 3.2.3 Bab III: Ringkasan Aktiviti Latihan Industri Ringkasan aktiviti latihan adalah berdasarkan kepada latihan atau tugas yang dilaksanakan sama ada mengikut minggu, bulan atau bidang tugas. Ianya boleh dinyatakan dalam bentuk jadual. 3.2.4 Bab IV: Laporan Teknikal Bab ini menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah dipertanggungjawab atau dilaksanakan semasa latihan. Bilangan bab yang diperuntukkan adalah satu (1) sahaja dan sekiranya terdapat banyak tugasan atau bahagian yang perlu
  • 7. 7 dilapor dan dinyatakan, ianya boleh dipecahkan kepada sub-sub yang berkaitan. Pelajar hendaklah menerangkan secara terperinci subtopik tersebut dan setiap maklumat yang dilaporkan perlulah disokong dengan rajah, jadual serta gambar yang bersesuaian. 3.2.5 Bab V: Kesimpulan Kesimpulan merupakan rumusan kepada keseluruhan laporan. 3.2.6 Bab VI: Komen Dan Cadangan Komen yang dibuat hendaklah berkaitan dengan latihan di mana pelajar digalakkan membuat cadangan positif dan membina bagi tujuan proses penambahbaikan pada masa akan datang. 3.3 Bibliografi / Rujukan (Lampiran K) Ia adalah bahan rujukan yang digunakan untuk menguatkan lagi hujah yang ditulis. Format yang digunakan perlulah mengikut paiwaian sepertimana American Psychological Associati on (APA) atau Modern Language Association (MLA). Bagi mendapatkan panduan dalam format penulisan bahan rujukan, pelajar boleh melayari laman sesawang berikut: a) http://www.apastyle.org b) http://www.mla.org 3.4 Jadual / Rajah (Lampiran L / Lampiran M) Semua ilustrasi hendaklah diterangkan secara terperinci. Sebarang ilustrasi selain dari Jadual seperti carta, graf, gambar atau lukisan dinyatakan sebagai Rajah. Penomboran bagi jadual/rajah mestilah mengikut turutan serta berpandukan kepada bab yang ditulis. Contoh, sekiranya jadual atau rajah tersebut adalah jadual atau rajah yang pertama pada BAB III, maka jadual atau rajah hendalah ditulis Jadual 3.1 dan Rajah 3.1. Begitulah seterusnya jadual atau rajah seterusnya hendaklah ditulis Jadual 3.2, Jadual 3.3 dan Rajah 3.2, Rajah 3.3.
  • 8. 8 3.5 Penerangan Merujuk Kepada Rajah Atau Jadual Semasa penulisan, pastikan rujukan dibuat kepada setiap jadual/rajah yang dimasukkan dengan menyebut atau industri penekanan kepada perkara-perkara penting tentang jadual/rajah tersebut. Sebagai contoh ianya perlu ditulis seperti “Sepertimana yang ditunjukan dalam Rajah 3, atau “Jadual 3 menunjukan bilangan ……………………….. ”. Penulis perlu mengelak daripada menulis seperti “Jadual di atas menunjukan………….” Atau “Jadual di bawah menunjukan……… ”. Sebarang jadual yang di ambil dari sumber lain, satu nota perlu dinyatakan dibahagian bawah jadual tersebut dengan menyatakan dari mana jadual itu diambil atau disesuaikan. 3.6 Lampiran (Sekiranya Ada/Perlu Sahaja) Semua Lampiran yang hendak disertakan mestilah bersaiz A4. Ia perlu dilabelkan dan disusun mengikut turutan. Semua Lampiran tidak perlu diletakkan nombor muka surat. 4.0 PENGUKUHAN DAN PEMBUKTIAN DENGAN MENYEDIAKAN LAPORAN PROJEK 4.1 Penerangan Setiap pelajar diwajibkan untuk membuat SATU (1) Laporan Projek sahaja sebagai pembuktian atau hasil dapatan secara keseluruhan dari segi kemahiran samada di tapak pembinaan, perindustrian, kulinari/ perhotelan ataupun di pejabat bagi yang mengambil kursus perdagangan yang dilaksanakan sepanjang Latihan Industri. Kemungkinan di tempat pelajar menjalani latihan industri, ada banyak projek yang diberikan namun pelajar perlu memilih projek yang terbaik untuk dijadikan bahan rujuk sebagai bukti.
  • 9. 9 4.2 Objektif 4.2.1 Memudahkan pelajar membuat penerangan semasa sesi persembahan kepada pensyarah penilai. 4.2.2 Membantu pelajar untuk proses penyediaaan Projek Akhir Pelajar. 4.3 Format Laporan Semua format penulisan adalah merujuk kepada FORMAT PENULISAN BUKU LAPORAN LATIHAN INDUSTRI yang telah ditetapkan dalam garis panduan, namun KANDUNGAN yang perlu adalah seperti berikut; 4.3.1 Tajuk Laporan 4.3.2 Objektif 4.3.3 Senarai Peralatan (Jika Berkaitan) 4.3.4 Prosedur Kerja 4.3.5 Data Atau Keputusan 4.3.6 Analisis Data Atau Keputusan 4.3.7 Perbincangan Dan Cadangan 4.3.8 Kesimpulan 4.3.9 Rujukan 4.3.10 Lampiran
  • 10. 10 5.0 PENUTUP Pihak Unit Perhubungan dan Latihan Industri, Politeknik Merlimau, Melaka berharap agar pelajar yang telah industri menjalani latihan industri akan dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaik mungkin. Pendedahan latihan ini juga diharap dapat membantu pelajar apabila kembali semula ke politeknik untuk meneruskan pengajian mereka. Pelajar yang menunjukkan kesungguhan dan disiplin diri yang tinggi semasa menjalani latihan akan sentiasa dihormati dan seterusnya meningkatkan imej politeknik kepada masyarakat luar.
  • 11. 11 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN Bahagian Kecemerlangan Instruksional. 2011. Garis Panduan Latihan Industri (Pelajar), Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Bahagian Kecemerlangan Instruksional. 2011. Garis Panduan Pengurusan Dan Kaedah Penilaian Latihan Indsutri Politeknik, Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi. 2010. Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi. Pusat Pengurusan Siswazah. 2009. Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM. Edisi Semak Kedua. Universiti Kebangsaan Malaysia. Sciencebuddies. Writing A Bibliography: APA Format. Diambil pada 9 Februari 2012. Http://Www.Sciencebuddies.Org/Science-Fair Projects/Project_Apa_Format_Examples.Shtml Sciencebuddies. Sample Bibliography: APA Reference List Format. Diambil pada 9 Februari 2012. Http://Www.sciencebuddies.org › Project Guide Stargazerpub. Chapter 1 Setting Up Your Pages. Diambil pada 9 Februari 2012. Http://Www.Stargazerpub.Com/Images/APA-3rded-Chapter1.Pdf University Of California, Santa Barbara. An Introduction to APA Style, A Student Guide for the 5th edition of the APA Manual. Diambil pada 12 Februari 2012 dari http://www.uweb.ucsb.edu/~msilva/How_Tos/APAGuidelines_with_Sample_P aper.pdf.
  • 12. 12 Lampiran A (i): Format Kulit Laporan Akhir Latihan Industri LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI MUHAMMAD AKMAL BIN ZUKHAIRI 14DKM20F1001 ALYA SAFFIYAH ENG. SDN. BHD. LOT1010, JALAN KELADI 2 TAMAN PERINDUSTRIAN PANDAN WANGI 75250 MELAKA DIS 2011 2.5sm dari tepi atas muka surat Langkau 3 Langkau 2 Langkau X 2.5sm dari tepi bawah muka surat 2.5sm dari tepi kanan muka surat 3.5sm dari tepi kanan muka surat Sesi menjalani latihan industri 2.5sm 2.5sm
  • 13. 13 Lampiran A (ii): Format Tulang Belakang Laporan Akhir Latihan Industri 5sm 5sm
  • 14. 14 Lampiran B ‘Margin setting’ bagi muka surat Langkah-langkah Margin Setting: 1. Klik pada Microsoft Word atau New Blank Document 2. Klik Page Layout. 3. Pada Page Setup, klik Margin dan pergi ke Custom Margin. 4. Anda akan mendapati paparan seperti rajah di bawah. 5. Taipkan margin bagi Top, Bottom, Left dan Right (seperti gambar dibawah) dan tekan ok.
  • 15. 15 Lampiran C Kawasan penulisan bagi muka surat permulaan setiap bab BAB II JUDUL BAB 2.1 Penerangan Judul Bab Langkau 1 Teks bab bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah ditaip menggunakan jarak langkau 1.5 (1.5 spacing). Langkau 1 2.2 Sub-Judul Teks bermula di sini bersambung ke jidar kiri. Teks handaklah ditaip menggunakan jarak langkau 1.5. langkaukan satu baris sebelum memulakan penulisan pada perenggan seterusnya. Langkau 1 Perenggan kedua akan bermula pada 1 tab dari hujung sebelah kiri muka surat. Begitu juga apabila mula menulis perenggan-perenggan seterusnya. Langkau 1 2.1.1 Sub-sub Judul Langkau 1 Teks bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah ditaip menggunakan langkau 1.5. 3.5sm dari tepi muka surat 2.5sm dari tepi muka surat 2.5sm dari tepi muka surat 2.5sm dari tepi muka surat Langkau 3 Langkau 2 Langkau 2
  • 16. 16 Lampiran D Halaman Judul LATIHAN AKHIR LAPORAN INDUSTRI OLEH MUHAMMAD AKMAL BIN ZUKHAIRI I4DKM20F1001 DI ALYA SAFFIYAH ENG. SDN. BHD. LOT1010, JALAN KELADI 2 TAMAN PERINDUSTRIAN PANDAN WANGI 75250 MELAKA Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada Pensyarah Penilai Di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan Diploma Kejuruteraan Mekanikal POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA DIS 2011 Langkau 3 Langkau 2 Langkau 3 Langkau 3 Langkau 2 Langkau 2 Langkau 3
  • 17. 17 Lampiran E Pengesahan pelajar PENGESAHAN PELAJAR “Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” Tandatangan :..................................................... Nama Pelajar : Muhammad Akmal bin Zukhairi No. Pendaftaran : 14DKM20F1001 Tarikh : 11 Julai 2012 ii Langkau 4 Langkau 4
  • 18. 18 Lampiran F Isi kandungan ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT Judul i Pengesahan Pelajar ii Penghargaan iii Isi Kandungan iv Senarai Jadual v Senarai Rajah vi Senarai Lampiran vii BAB I PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Objektif Latihan Industri 1 1.3 Objektif Laporan Latihan Industri 2 1.4 Kepentingan Latihan Industri 3 BAB II LATAR BELAKANG ORGANISASI 2.1 Pengenalan Organisasi 5 2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi 8 2.3 Aktiviti Organisasi 9 2.4 Halatuju Organisasi 10 2.5 Carta Organisasi 11 BAB III RINGKASAN AKTVITI LATIHAN INDUSTRI 3.1 Pengenalan 13 3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri 14 BAB IV SISTEM PENAPISAN PETROLEUM MENTAH 4.1 Pengenalan 15 4.2 Konsep Penyulingan Petroleum 20 4.3 Peralatan dan Operasi 35 4.4 Prosedur Kerja Keselamatan 45 4.5 Kesimpulan 55 BAB V KESIMPULAN 56 BAB VI KOMEN DAN CADANGAN 60 BIBLIOGARFI / RUJUKAN LAMPIRAN iv “Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” Lanngkau 2
  • 19. 19 Lampiran G Penghargaan PENGHARGAAN DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W, seluruh keluarga baginda, para sahabat baginda dan waris keturunan baginda. Pada kesempatan ini saya mengambil peluang dan ruang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurus Syarikat Alya Saffiyah Eng. Sdn. Bhd. yang dihormati iaitu Ir. Amir Zukhairi bin Ishak di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, nasihat, pandangan dan cadangan yang diberikan sepanjang saya menjalani latihan industri di syarikat ini. Penghargaan dan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal khususnya En. Mohd Suri bin Saringat di atas kerjasama, bimbingan dan dorongan yang telah diberikan. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada keluarga tersayang yang memberi sokongan, rakan-rakan seperjuangan dan sesiapa jua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menyiapkan Laporan Akhir Latihan Industri ini. Semoga Allah S.W.T memberkati segala usaha dan bakti yang telah kita lakukan bersama, Insya’Allah. Sekian, terima kasih dan wassalam. iii Tandatangan :..................................................... Nama Pelajar : Muhammad Akmal bin Zukhairi No. Pendaftaran : 14DKM20F1001 Tarikh : 11 Julai 2012 Lanngkau 2
  • 20. 20 Lampiran H Senarai jadual SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Jadual Perlaksanaan Latihan Industri 1 2.1 Jadual Aktiviti Syarikat 9 3.1 Jadual Aktiviti Sepanjang Latihan Industri 11 4.1 Jadual Ikatan Ionik Pertroleum Mentah 14 4.2 Jadual Proses Penyulingan Petroleum Mentah 17 NOTA: Format Senarai Jadual ini juga digunakan bagi Senarai Rajah dan hendaklah dibuat pada muka surat yang berasingan. v Lanngkau 2
  • 21. 21 Lampiran I Senarai Rajah SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Pelan Lokasi Syarikat 5 2.2 Komponen Keluaran Syarikat 6 3.1 Gambarajah Tapak Projek 12 4.1 Gambarajah Proses Alir Penyulingan 18 4.2 Gambarajah Hasil Penyulingan 22 NOTA: Format Senarai Rajah ini juga digunakan bagi Senarai Jadual dan hendaklah dibuat pada muka surat yang berasingan. vi Lanngkau 2
  • 22. 22 Lampiran J Senarai lampiran SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK A Surat Lapor Diri Ke Syarikat B Surat Tawaran Mengikuti Kusus Keselamatan NIOSH vii Lanngkau 2
  • 23. 23 Lampiran K Bibliografi/rujukan RUJUKAN Bahagian Kecemerlangan Instruksional. 2011. Garis Panduan Latihan Industri (Pelajar), Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Bahagian Kecemerlangan Instruksional. 2011. Garis Panduan Pengurusan Dan Kaedah Penilaian Latihan Indsutri Politeknik, Edisi 2011. Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi. 2010. Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi. Pusat Pengurusan Siswazah. 2009. Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM. Edisi Semak Kedua. Universiti Kebangsaan Malaysia. Sciencebuddies. Writing A Bibliography: APA Format. Diambil pada 9 Februari 2012. Http://Www.Sciencebuddies.Org/Science-Fair Projects/Project_Apa_Format_Examples.Shtml Sciencebuddies. Sample Bibliography: APA Reference List Format. Diambil pada 9 Februari 2012. Http://Www.sciencebuddies.org › Project Guide Stargazerpub. Chapter 1 Setting Up Your Pages. Diambil pada 9 Februari 2012. Http://Www.Stargazerpub.Com/Images/APA-3rded-Chapter1.Pdf Lanngkau 1
  • 24. 24 Lampiran L Format jadual Jadual 4.1 : Jadual penentuan saiz sampel untuk sesebuah populasi N S N S N S 10 10 45 40 80 66 15 14 50 44 85 70 20 19 55 48 90 73 25 24 60 52 95 76 30 28 65 56 100 80 35 32 70 59 110 86 40 36 75 63 120 92 N = Bilangan Populasi, S = Bilangan Sampel Sumber : Krejcie & Morgan (1970) NOTA: Nombor pada jadual berdasarkan turutan jadual pada bab yang ditulis. Tajuk jadual diletakan di tengah-tengah bahagian atas dan sumbernya ditulis di bahagian bawah jadual
  • 25. 25 Lampiran M Format rajah Sumber : McCormick and Sanders (2010) Rajah 2.5 : Kaedah memegang beban atau peralatan NOTA: Nombor pada rajah berdasarkan turutan rajah pada bab yang ditulis. Tajuk rajah diletakan di tengah-tengah bahagian bawah dan sumbernya ditulis di bahagian bawah rajah.