SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
DEDIKASI DALAM DIRI SETIAP INDIVIDU
Angkasaraya sudah terbentuk sejak berbillion-billion tahun yang lepas, dan kita hanyalah
diantara penghuninya yang tinggal buat sementara waktu dalam jangka yang amat singkat jika
dibanding dengan usia angkasaraya itu sendiri. Begitulah jika kita mengambil masa usia
cakerawala ini yang dikaji oleh ahli-ahli fizik kuantum yang mana dari letupan "Big Bang",
diikuti dengan proses-proses pemecahan daya-daya graviti dan elektromagnet dan pembentukan
atom-atom, unsur-unsur dan akhirnya berkembang sehingga membentuk planet-planet, bintang-
bintang dan bulan-bulan lalu membentuk rangkaian galaksi-galaksi yang menjadi entiti alam ini.
Bagaimanakah manusia dapat mempelajari suatu-suatu perkara tersebut? Bukankah perkara
tersebut telah berlaku beribu-ribu atau berjuta-juta tahun yang lepas dan di masa itu manusia
belum lagi wujud di muka bumi ini. Tetapi, bagaimanakah ahli-ahli sains dapat membina teori-
teori yang berkaitan dengan kejadian alam ini? Bagi ahli sains, ianya tidaklah merupakan suatu
masalah besar, bahkan mereka memandangnya sebagai suatu cabaran untuk menyelidiki perkara
tersebut. Ini kerana mereka mempunyai minat yang mendalam terhadap perkara tersebut dan
mereka mempunyai kesungguhan untuk terus menyelidiki dan memahami subjek-subjek yang
akan mengembangkan penyelidikan serta pemikiran mereka. Apabila kita memikirkan dengan
penuh minat dan keazaman seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini,, ianya seringkali
tampak menjadi lebih mudah untuk dituntasi. Walau pun kadangkala mungkin kita terasa jemu
dan sebagainya, tetapi jika kita terus mengembalikan minat dan memperbaharui keazaman kita,
kita mampu terus melakukannya.
Untuk menjadikan minat dan keazaman sebagai sesuatu yang dapat terus mendorong kita untuk
berusaha, kita mestilah menggabungkan beberapa elemen seperti usaha, minat dan keazaman,
yang mana ini dapat mengahasilkan suatu daya penggerak yang menakjubkan dan memberikan
keseronokan didalam hidup kita. Dan seperti yang kita tahu, kecekalan, ketabahan dan kesabaran
juga merupakan aspek yang penting untuk mendorong kita untuk terus berusaha. Apakata
didalam perbincangan selanjutnya, kita lihat bagaimanakah bentuk atau ciri-ciri usaha kita itu.
Apabila kita ingin berusaha, bagaimanakah kita akan berusaha? Ada juga manusia yang berusaha
siang dan malam dengan tekun tetapi masih kurang berjaya. Oleh itu dapatkah kita berusaha
untuk memperolehi matlamat kita?
Seelok-eloknya kita kaji dahulu usaha kita dahulu sebelum terus menggapkan ianya sudah
berakhir dan itulah yang membezakan antara manusia yang berjaya dan yang gagal mencapai
matlamat. Seorang pelajar yang sering ke perpustakaan mungkin kita lihat sebagai orang yang
rajin berusaha. Seorang pegawai banik yang bekerja sehingga malam mungkin juga seorang yang
kuat berusaha. Tetapi benarkah mereka semuanya benar-benar berusaha dengan kesungguhan
yang tinggi? Bagaimana jika dia hanya menunjukkan sikap yang nampaknya positif tetapi
didalam hatinya debenarnya dia memikirkan perkara-perkara yang tak bersangkutan.Sebenarnya
apabila kita membuat satu kerja, kesungguhan merupakan sesuatu yang dapat memberikan
kelainan yang ketara. Dan untuk itu adalah penting kita melakukan setiap kerja kita dengan
penuh dedikasi. Mungkin perkataan dedikasi ini memberi makna yang berlainan antara individu
dan individu yang lain. Tetapi dalam perbincangan kita akan mentakrifkannaya sebagai:-
Suatu penzahiran fizikal dan rohani manusia keatas suatu usaha yang penuh minat dan
keazaman, rela mengorbankan masa, tenaga, harta dan sebagainya untu tujuan murni yang
mampu memberi pengaruh kepada persekitarannya.
Iaitu kita meletakkan sesuatu usaha itu dengan penuh minat dan keazaman. Apabila kita menjadi
seseorang yang mempunyai dedikasi tinggi bermakna kita mampu untuk melakukan sesuatu
kerja dengan penuh minat dan seterusnya memperlihatkan kesungguhan tersebut sehingga ianya
menarik minat mereka yang berada di sekeliling kita. Inilah apa yang kita akan bincangkan
sebagai dedikasi. Kepentingan dedikasi ini akan kita sama-sama lihat dalam perbincangan
selanjutnya. Tetapi sebelum itu kita perlu mengetahui bagaimana kita hendak melakukan sesuatu
kerja tersebut dengan penuh dedikasi.Apabila kita berusaha untuk sesuatu, mungkin kita akan
mengusahakannya hanya untuk diiri kita sendiri. Kita tidak melibatkan orang lain. Kita
tumpukan usaha tersebut dalam skop kehidupan diri kita. Kita tidak berminat untuk
mengembangkan apa yang kita usahakan kepada individu disekitar kita. Kita katakan bahawa
usaha ini hanya untuk diri kita dan kita melakukannya. Katakanlah kita sedang mentelaah
matapelajaran metamatik, kita mungkin mentelaah di dalam bilik kita. Kita akan membuat
soalan-soalan tahun lepas dan soalan-soalan yang telah diberikan oleh guru kita. Lepas itu
apabila kita telah habis mentelaah, kita pun berehat sebentar sewaktu masa makan tengahari
bersama keluarga kita dan kemudiannya menyambung kembali kerja mentelaah tadi di bilk kita..
Atau pun kita lebih menjadi seorang yang lebih berdedikasi dalam pelajaran kita dan sewaktu
makan tengahari kita berbincang dengan ayah dan ibu kita bagaimana kita telah membuat soalan
matematik tersebut dan berjaya menghabiskan beberapa bab matematik hari itu. Bukankah ianya
menjadi lebih menarik dapat berkongsi apa yang kita ada dengan ayah dan ibu kita. Contoh lain
pula, kita merupakan seorang jurutera syarikat pemasangan alat-alat penghawa dingin. Dan kita
bertanggung jawab memastikan bahawa alat-alat hawa dingin yang dihantar kepada semua
pelanggan kita dalam keadaan baik. Mungkin apa yang kita ialah, setiap kali menghantarkan
alat-alat penghawa dingin, kita akan memeriksanya di kilang dan menghantarkan alat tersebut
dan menjalankan prosedur pemasangan dan setelah itu kita pulang ke pejabat. Atau kita boleh
meletakkan sedikit dedikasi didalam diri kita dengan memberitahu sedikit sebanyak tentang
katakan tugas kita kepada pelanggan kita dan kita berikan sedikit pandangan mengenai kaedah
penjagaan alat hawa dingin tersebut kepada pelanggan kita. Bukankah kita telah melakukan
sesuatu dengan lebih baik? Apabila kita melakukan sesuatu yang penuh dedikasi secara tidak
langsung kita telah berusaha dengan lebih gigih walaupun ianya cuma suatu perbezaan yang
nampaknya amat kecil. Jadi apa kata mulai hari ini kita jadikan hidup kita lebih ceria dengan
meletakkan apa yang kita katakan sebagai dedikasi ini dalam hidup kita. Kita tunjukkan tahap
keazaman dan minat yang lebih besar dan secara sukarela kita berusaha dengan lebih
gigih.Mungkin kita akan bertanya, mengapakah kita perlu lebih dedikasi dalam kehidupan ini.
Apakah yang kita akan dapat perolehi? Apakah yang dapat kita manfaatkan dengan dedikasi
yang tinggi itu? Bagaimanakah dengan mempunyai dedikasi tinggi boleh menjadikan kita
seorang individu yang lebih unggul. Bagaimanakah kesannya terhadap kehidupan kita? Dalam
bab selanjutnya kita akan membincangkan kepentingan dedikasi itu sendiri dalam kehidupan
kita. Khususnya bagaimana ianya mampu menjadikan seseorang itu merasa lebih berpuashati
dengan pencapaian diri, lebih yakin dalam kehidupannya. Menjadikan kehidupan ini penuh
makna dan warna-warni serta dapat memberikan sedikit kebaikan yang ada dalam diri kita
kepada semua orang. Bagaimana kita cuba mengikhlaskan diri kita dan sentiasa cuba
mengikhlaskan diri kita. Kita juga akan melihat tentang pengaruh dedikasi kepada mereka yang
berada di sekitar kita. Mungkin setelah kita tahu kepentingan dedikasi ini dalam diri kita, kita
akan menjadi lebih cenderung untuk membuat sesuatu perkara tersebut dengan tabah, tekun,
cekal dan sabar dan disertakan dengan sifat dedikasi yang tinggi. Bukankah ianya menjadi lebih
menarik? Tidakkah ini akan mengubah kita menjadi seorang yang lebih berketrampilan. Oleh itu
untuk tujuan perbincangan selanjutnya, elok sekiranya kita berbincang
mengenai..........................
AKU INDIVIDU BERDEDIKASI
Pengaruh dedikasi merupakan suatu yang mempunyai nilai yang unggul yang mampu merubah
situasi kehidupan. Apabila kita ingin berdedikasi, sebaiknya kita harus mempunyai sedikit
maklumat tentang persekitaran kita. Kita tidak mungkin suka dengan idea yang apabila kita
terlalu menjadi manusia yang berdedikasi terhadap suatu perkara, mungkin masa yang kita
luangkan untuk perkara lain sudah menjadi terhad. Kita sudah tidak lagi menjadi suami yang
mempunyai masa untuk keluarganya, atau kita sukar untuk meluangkan masa kita berjumpa
dengan kawan-kawan kita dan sebagainya. Oleh itu kita perlu memahami keadaan diri kita
terlebih dahulu serta memahami persekitaran kita. Kita perlu terlebih dahulu memberikan
maklumat yang dapat membantu mereka yang berada disekitar kita memahami apa yang kita
perlu lakukan. Kita berikan maklumat yang menyebabkan mereka faham dan turut menanam
minat atas usaha kita. Apabila kita menjadikan sesuatu usaha tersebut sebagai suatu yang
memerlukan kita membuat pengorbanan, kita perlu terlebih dahulu memastikan kesannya keatas
diri kita. Kita perlu memerhati dan merancang setiap perkara tersebut. Dengan itu barulah kita
dapat mengimbangi kehidupan kita. Kita dapat menikmati kehidupan dengan lebih ceria dan
lebih teratur. Mungkin kita tidak sedar bahawa fitrah diri kita sememangnya suka kepada
kebaikan. Dengan melakukan kebaikan kita akan menjadi lebih yakin dan lebih percaya kepada
kemampuan diri kita sendiri. Oleh itu adalah penting kita sentiasa mempunyai niat dan tujuan
yang baik dalam diri kita. Apabila kita mempunyai dedikaasi tinggi terhadap sesuatu, sebenarnya
kita telah pun memulakan langkah penting dalam proses mencapai matlamat kita. Ini kerana
dedikasi itu secara tidak langsung akan mempengaruhi diri kita untuk terus berfikir bagaimana
kita perlu berusaha untuk mencapai kesempurnaan dan mengembangkan lagi idea kita untuk
didengari oleh semua. Kita mula berfikir bagaimana kita hendak menanam minat yang dapat
dimanfaatkan oleh setiap individu. Kita mula memikirkan tentang kebaikan-kebaikan yang dapat
diperolehi hasil daripada kerja kita. Kita secara tidak langsung dapat mengembangkan ilmu.
Bukankah itu suatu kebaikan?Apabila masyarakat persekitaran kita faham apa yang kita lakukan,
dan mengetahui apakah kebaikan dan manfaat yang dapat mereka kecapi bersama bukankah
ianya secara tidak langsung akan dapat meningkatkan tahap usaha kita unuk berjaya.
Bayangkanlah apabila anda ingin melakukan sebarang pekerjaan, semuanya di sekitar kita
memberi sokongan terhadap kita dan menunjukkan minat untuk membantu kita mencapai
matlamat kita. Kejayaan sudah pasti akan menjadi lebih jelas. Bukankah baik jika kita
mempunyai pengaruh persekitaran positif yang mampu membina keazaman serta minat
kecenderungan terhadap apa yang kita lakukan. Kita sentiasa mempunyai kawan-kawan yang
akan merangsang kita untuk berjaya. Keadaan seperti ini akan tentunya memberi inspirasi
kepada kita untuk terus berjaya. Adakah kita yakin? Adakah kita pasti? Adakah kita masih lagi
mempunyai keraguan tentang kepentingan dedikasi? Jika anda merasakan masih ada keraguan
atau kesangsian mungkin anda perlu lihat bagaimana mereka yang berjaya dalam dunia kerjaya
mereka, dengan penuh dedikasi kini mempunyai peluang yang lebih luas untuk terus berjaya.
Kita semua sudah tentu mengenali Pele, raja bolasepak dari negara Brazil. Bagaimanakah
dedikasinya terhadap bolasepak? Pele asalnya hanyalah budak jalanan yang menyepak tin-tin
kosong yang ditemuinya sehinggalah dia menceburi arena bolasepak dan seterusnya mewakili
negaranya untuk memenangi 3 kejohanan piala dunia. Suatu pencapaian yang unggul yang
pernah dikecapi oleh seorang pemain bolasepak didunia. Setelah itu beliau berhijrah ke Amerika
Syarikat untuk mempopularkan sukan tersebut di sana. Dalam penglibatan beliau dalam dunia
bolasepak, beliau telah membantu menghasilkan pelbagai program bolasepak seperti klinik
bolasepak, pita-pita video bagaimana bermain bola dan juga buku-buku panduan permainan
bolasepak. Dengan sikap dedikasi yang tinggi, kerajaan Brazil telah mewujudkan suatu jawatan
khas untuknya sebagai menteri kesukanan yang bertanggung jawab memajukan sukan di Brazil.
Tidakkah ianya suatu pengorbanan yang menghasilkan pencapaian yang cemerlang? Apabila kita
mempunyai sifat dedikasi yang unggul, pastinya kita akan dapat mencapai tahap kecemerlangan.
Mungkin tahap kecemerlangan tersebut akan menjadi lebih dari apa yang kita pernah impikan.
Asalkan kita berminat untuk melakukan kerja melebihi dari apa yang kita sepatutnya buat.Jadi
apakah kita akan menjadi seorang yang berdedikasi? Terpulanglah kepada kita untuk
memilihnya. Tetapi apa yang pasti, sebagai individu yang sentiasa mengiginkan perubahan hidup
yang lebih baik, tentulah kita memilih untuk menjadi manusia yang berdedikasi tinggi yang
mempunyai wawasan dan matlamat yang jelas yang akan membawa kebaikan kepada seluruh
lapisan masyarakat di sekeliling kita. Secara tidak langsung kita akan merangsang kebaikan
didalam diri kita dan diri individu lain di sekeliling kita. Oleh itu apakah yang perlu kita ketahui
lagi mengenai dedikasi ini? Apakata jika kita teruskan perbincangan kita kepada perkara yang
lebih terperinci yang mempunyai kesan yang besar dalam usaha kita mencapai matlamat kita?
Adalah penting bagi kita mempunyai suatu tumpuan yang jitu terhadap perkara-perkara yang
ingin kita capai dalam menggariskan matlamat kita. Kebanyakkan individu yang bermotivasi
mempunyai tahap penumpuan yang tinggi. Oleh itu apakah kaitan antara dedikasi dan
penumpuan matlamat ini? Secara amnya kita mungkin sukar untuk mengaitkan bagaimana dan
apakah hubungan diantara keduanya. Jadi apakata dalam perbincangan selanjutnya kita cuba
mencari persamaan yang terdapat didalam keduanya yang saling kait-mengait antara satu dengan
yang lain? Apakata dalam bab selanjutnya kita melihat bagaimana dengan mempunyai sifat
dedikasi yang unggul dalam diri kita, kita mampu untuk mempunyai tumpuan yang lebih tinggi
terhadap matlamat kita. Saya yakin kita kini sudah mula nampak apa yang hendak kita capai
dalam perbincangan kita. Walau pun mungkin pandangan kita belum cukup menyeluruh, tetapi
secara dasarnya, untuk kita membina inspirasi tersebut, kita perlulah mempunyai pengetahuan-
pengetahuan yang cukup jelas mengenai setiap perkara yang dapat membantu kita mencapai
tujuan dan matlamat kita. Kita perlu fahami bagaimana kita mampu menjadikan sesuatu perkara
tersebut bersifat lebih positif dan kita mampu untuk menjadi lebih optimistik dalam segala
tindakan kita. Cuba kita renung kembali perkara-perkara yang telah kita kupas dan kita fikirkan
kembali apakah perkara-perkara yang telah kita pelajari. Setelah itu kita putuskan dalam diri kita
bahawa kita mesti berubah dan meningkatkan diri kita menjadi individu yang mempunyai
personaliti yang lebih unggul. Kita tanamkan minat dan keazaman kita, kita terus kembangkan
nilai-nilai kepercayaan dan keyakinan yang baik, kita kembalikan motivasi dalam diri kita untuk
suatu tujuan yang penuh erti lagi murni serta kita fahami dengan sebenar-benarnya segala apa
yang telah kita bincangkan bersama. Bagaimana?"Sambung lagi kut""Okay. Sekarang kita akan
bersama-sama membincangkan topik selanjutnya"Namapknya perbincangan kita sudah pun
sampai kepertengahan. Mungkin ada banyak lagi perkara yang akan terus kita bincangkan. Oleh
itu tanpa membuang masa lagi, dalam topik yang selanjutnya kita akan melihat kaitan antara apa
yang kita katakan sebagai dedikasi dan penumpuan matlamat...................
DEDIKASI-KESANNYA TERHADAP PENUMPUAN MATLAMAT
Apabila kita ingin mengkaji kesan suatu benda keatas suatu perkara yang lain kita perlu
mempunyai beberapa sumber maklumat yang mampu memberikan kita idea yang benar-benar
bernas mengenai hal tersebut. Apakah kebaikannya dan apakah keburukannya. Bagaimana kita
memanfaatkan perkara-perkara ini. Dalam keadaan yang bagaimana kita dapat mengapplikasikan
perkara tersebut dalam kehidupan kita. Untuk berjaya mencapai kejayaan cemerlang kita perlu
mempunyai penumpuan matlamat yang kukuh. Kita perlu mempunyai pendirian yang kuat
terhadap kemampuan kita untuk menghasilkan sesuatu keputusan yang hebat dan cemerlang.
Apabila kita menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara, kita akan menghasilkan sesuatu
yang lebih baik. Penumpuan bermakna memberikan segala perhataian terhadap sesuatu perkara.
Oleh itu, dengan mempunyai penumpuan yang menyeluruh, kita mampu menganalisa sesuatu
keadaan itu dengan lebih tepat dan cekap menghasilkan keputusan yang dikehendaki. Apakah
kita lupa bagaimana kita hendak menjalani ujian memandu? Hampir setiap hari kita akan berfikir
tentang ujian tersebut. Kiat berfikir tentang apa yang telah diajarkan oleh 'instruktor' kita semasa
belajar dahulu. Itu merupakan suatu bentuk penumpuan juga yang dapat kita alami. Terdapat
pelbagai perkara-perkara yang lain yang memerlukan kita mempunyai penumpuan yang lebih
menyeluruh untuk kita berjaya mencapainya. Bukankah itu merupakan cabaran kepada diri kita
untuk terus memajukan diri kita. Cabaran yang akan menguji daya penumpuan kita terhadap
sesuatu perkara tersebut. Jadi apakah kaitannya antara dedikasi dan penumpuan?Dengan
mempunyai dedikasi yang tinggi dalam sesuatu bidang, penumpuan kita akan menjadi lebih
kukuh dan terarah. Perhatian kita akan menjadi lebih peka terhadap segala apa yang berlaku di
sekeliling kita. Dengan itu juga kita akan menjadi lebih individu yang mempunyai wawasan dan
matlamat yang lebih jelas. Mungkin bentuk dedikasi yang kita tunjukkan ialah dari suatu segi
yang tak begitu besar nilainya. Tetapi apa yang pasti ialah, perkara-perkara kecil inilah yang
akan menentukan pencapaian kita. Antara Watson Nyambek dan Azmi Ibrahim, kemenangan
atau kekalahan antara keduanya dalam acara pecut 100m hanyalah beberapa milisaat sahaja.
Kemenangan pasukan Liverpool keatas Manchester United, hanyalah kerana tindakan Robbie
Fowler dalam masa sepuluh saat untuk melepaskan diri dari kawalan ketat bek Manchester dan
melepaskan satu tendangan deras melepasi jangkauan Peter Schemichel untuk bola menerjah
masuk kedalam gawang Manchester. Siswazah Kelas Pertama hanya mempunyai gred GPA 0.5
markah lebih tinggi dari rakan mereka yang mendapat ijazah Kelas Kedua. Mungkin kita juga
pernah melalui perkara-perkara ini yang dengan hanya meningkat tahap dedikasi kita untuk terus
berusaha, sesuatu yang lebih bermakna dapat kita kecapi. Apa yang pastinya terjadi ialah, dalam
banyak perkara kita haruslah mempunyai suatu tenaga yang dapat menjadikan kita seorang yang
terus berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi. Seperti yang telah
kita bincangkan, sifat dedikasi dalam diri kita mampu untuk mempengaruhi individu disekeliling
kita untuk sama-sama meminati dan memahami apa yang kita lakukan secara tidak langsung
mendorong kita untuk terus maju. Dengan itu juga penumpuan kita untuk terus memberikan
sepenuh perhatian kita terhadap apa yang sedang kita lakukan menjadi lebih terarah. Malah, jika
kita kurang menumpukan perhatian, mungkin rakan-rakan kita dapat mengingatkan kita kepada
apa yang sedang kita usahakan. Dengan mempunyai persekitaran yang lebih positif, yang
optimistik dengan matlamat kita, kecenderungan kita akan dapat dikekalkan dan seterusnya
menghasilkan suatu keputusan yang hebat dalam diri kita. Oleh itu, apakah yang harus kita
lepaskan dan apakah yang menghalang kita untuk memupuk dedikasi didalam diri kita? Apakata
kita tanamkan semangat dan keazaman untuk menjadi individu yang lebih berdedikasi. Kita
lupakan segala perkara yang menghalang kita untuk maju dan kita tumpukan kepada perkara-
perkara positif yang akan membantu pencapaian matlamat kita.
Dalam bab mengenai dedikasi ini, apa yang saya perbincangan merupakan suatu pengenalan
sahaja kepada elemen tersebut. Terdapat pelbagai aspek lain lagi yang perlu kita kaji dan selidiki.
Sumber-sumber maklumat lain bolehlah diperolehi dari buku-buku kepimpinan, atau buku-buku
pengurusan yang terdapat di perpustakaan atau pun boleh membelinya di kedai-kedai buku. Bagi
anda yang berminat untuk membaca mengenai individu-individu berdedikasi, maklumat-
maklumat ini boleh didapati melalui buku-buku seperti '100 most influenced Men in the World',
'Who's Who', dan sebagainya. Dedikasi ini sebenarnya merupakan sifat yang unik yang
mempunyai daya pendorong yang tinggi yang menyebabkan manusia terus berusaha tanpa jemu.
Untuk meneruskan lagi perbincangan ini, mungkin kita dapat melihat bagaimana kita
sememangnya mempunyai pelbagai idea yang sering tergambar di fikiran kita. Kita mempunyai
idea untuk A, untuk B, untuk C, dan sebagainya. Walau bagaimana pun, selagi kita tidak
melakukannya, idea akan terus tinggal sebagai idea, tanpa hasil yang mampu kita banggakan.
Katakanlah saya mempunyai idea untuk mengecat rumah saya dan mencantikkan lagi kawasan
rumah saya. Selagi kita tak mula mengecat atau mencantikkan rumah tersebut, selagi itulah idea
tersebut terperap dan tidak digunakan dan idea yang kita ada hanya tinggal idea dan tidak
berkembang. Begitulah juga dalam hal-hal kehidupan yang lain. Sesuatu idea itu akan dapat kita
kembangkan dengan kita melakukan kerja-kerja dan bukan kita hanya duduk dan berfikir sahaja.
Oleh itu dalam bab yang selanjutnya kita akan berbincang mengenai bagaimana kita mampu
untuk menjadikan diri kita lebih yakin dan lebih berkemampuan untuk melaksanakan sebahagian
kerja yang ingin kita lakukan tapi tak juga kita laksanakan.Keadaan-keadaan semasa kadangkala
menjadi punca kenapa kita tak membuat sesuatu perkara tersebut. Kita salahkan orang lain
kerana kita tidak berjaya. Atau pun kita katakan yang tidak kita fokuskan pada diri kita sendiri.
Sebagai seorang individu yang berdedikasi, kita seharusnya mampu untuk memikul tanggung
jawab-tanggung jawab yang besar serta mampu untuk menghadapi risiko yang tertentu. Apakah
kita akan terus menyalahkan motor kita apabila kita lewat ke pejabat untuk kali yang ke-20.
Apakah kita akan menyalahkan pensyarah kita jika kita tidak lagi berjaya untuk lulus dalam
peperiksaan. Apakah kita akan menyepak tunggul yang akan menyebabkan kita terjatuh pula
selepas itu? Kadangkala apabila kita ingin menempuh sesuatu risiko, kita terlebih dahulu
mencongak bahayanya serta apa yang perlu kita buat untuk menempuh keadaan tersebut. Kita
harus mempunyai kemahairan atau pengetahuan yang tertentu. Jika kita ingin menyelekohkan
motor kita pada selekoh yang tajam pada kelajuan 150km/j di litar lumba motor Shah Alam
misalnya, kita sekurang-kurangnya mestilah mahir menunggang motor dan mempunyai
persiapan untuk risiko paling buruk yang akan berlaku dan ianya akan menjadi lebih membantu
jika kita pernah mengambil kursus menunggang motorsikal serta mempunyai persiapan yang
lengkap mengenai risiko paling buruk yang mungkin kita hadapi. Mengambil risiko bukanlah
bermaksud merosakkan diri, malah kita mempunyai semua alternatif untuk mengelakkan
sebarang keadaan yang tak diingini. Oleh it berbalik kepada individu yang berdedikasi, kita
haruslah mampu memberi teladan kepada orang lain dan sentiasa memberikan yang terbaik
dalam usaha kita Sememangnya kita kadangkala berdepan dengan perkara-perkara diluar
jangkaan kita Walau bagaimana pun kita harus cuba melakukan sesuatu perkara itu sebaik
mungkin dan cuba melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Bukankah kita sekarang ini telah
menjadi seorang yang kuat menerima cabaran dan sanggup bekerja melebihi apa yang kita
selama ini lakukan. Bukankah kita kini menjadi seorang individu yang lebih berfikiran positif
dan menumpukan pemikiran kita kepada perkara-perkara kebaikan yang mampu menjadikan kita
seorang individu yang lebih maju dan lebih dinamis yang selalu optimistik dalam setiap
perbuatan kita? Apa kata dalam bab selanjutnya kitampukan perbincangan kita kepada suatu
subjek yang berada jauh didalam hati kita. Suatu subjek yang akan membuat kita sering tertanya-
tanya apakah sebenarnya yang kita fikirkan dan mengapakah kita berfikiran begitu dan
mengapakah kadangkala kita sendiri tidak pasti apa yang kita lakukan dan mengapa kita
lakukannya. Tanpa membuat analisa dan pemikiran kita mungkin tidak akan faham tetapi jika
kita mendalami dan mendalami serta meletakkan sesuatu yang positif di hadapan kita, pastinya
perkara-perkara tersebut menjadi lebih jelas. Pastinya kita akan dapat menjawab pertanyaan-
pertanyaan yang sering berlegar-legar dikepala kita. Dan pastinya kita akan menjadi manusia
yang lebih kritikal dalam cara pemikiran kita. Oleh itu kita akan melihat dan mempelajari serta
berbincang bersama dalam bab selanjutnya mengenai suatu aspek dalam kehidupan kita yang
amat penting yang mampu menentukan sejauh mana pencapaian kita iaitu.................................

More Related Content

What's hot

2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaianmadiah jaafar
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apaNorlasbtintah
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 
Kepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
Kepemimpinan Berkualiti Dalam PendidikanKepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
Kepemimpinan Berkualiti Dalam PendidikanKPM
 
kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatifkepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatifnorhafizahabdrahim
 
Rph kssm psv t2
Rph kssm psv t2Rph kssm psv t2
Rph kssm psv t2zehas4ever
 
Model penilaian cipp
Model penilaian cippModel penilaian cipp
Model penilaian cippSumitra Kan
 
Bab 2 teori kecerdasan emosi dan kejayaan
Bab 2 teori kecerdasan emosi dan kejayaanBab 2 teori kecerdasan emosi dan kejayaan
Bab 2 teori kecerdasan emosi dan kejayaanMazmon Mahmud
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&pModel hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&pnazrysaiden
 
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan TindakanDefinisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakanmandalina landy
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanIzzat Najmi
 
Penulisan proposal tesis
Penulisan proposal tesisPenulisan proposal tesis
Penulisan proposal tesiszack2dee
 
Pelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanPelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanembun Pagi
 
Permainan tradisional teng teng
Permainan tradisional teng tengPermainan tradisional teng teng
Permainan tradisional teng tengAtikah Amran
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANIeta Sa'ad
 

What's hot (20)

2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apa
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Kepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
Kepemimpinan Berkualiti Dalam PendidikanKepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
Kepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
 
Efikasi kendiri
Efikasi kendiriEfikasi kendiri
Efikasi kendiri
 
kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatifkepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
kepentingan dan impak pelaksanaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
 
Rph kssm psv t2
Rph kssm psv t2Rph kssm psv t2
Rph kssm psv t2
 
Model penilaian cipp
Model penilaian cippModel penilaian cipp
Model penilaian cipp
 
Bab 2 teori kecerdasan emosi dan kejayaan
Bab 2 teori kecerdasan emosi dan kejayaanBab 2 teori kecerdasan emosi dan kejayaan
Bab 2 teori kecerdasan emosi dan kejayaan
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
 
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&pModel hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
Model hubungan sekolah dan komuniti bagi peningkatan p&p
 
Statistik ppg bab2 -hantar
Statistik ppg bab2 -hantarStatistik ppg bab2 -hantar
Statistik ppg bab2 -hantar
 
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan TindakanDefinisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
Definisi Kaedah Penyelidikan Tindakan
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
 
Penulisan proposal tesis
Penulisan proposal tesisPenulisan proposal tesis
Penulisan proposal tesis
 
Pelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operanPelaziman klasik dan operan
Pelaziman klasik dan operan
 
Permainan tradisional teng teng
Permainan tradisional teng tengPermainan tradisional teng teng
Permainan tradisional teng teng
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 

Viewers also liked

Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...Rosdi Ramli
 
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...Mohd Suwardi
 
Bersikap kritis terhadap ideologi, aliran atau paham dan tren – tren yang sed...
Bersikap kritis terhadap ideologi, aliran atau paham dan tren – tren yang sed...Bersikap kritis terhadap ideologi, aliran atau paham dan tren – tren yang sed...
Bersikap kritis terhadap ideologi, aliran atau paham dan tren – tren yang sed...GraceHelenaSanada
 
Dedikasi dan pengabdian
Dedikasi dan pengabdianDedikasi dan pengabdian
Dedikasi dan pengabdianAbdul Fatah
 
Johnson's safety slogans version 1.0
Johnson's safety slogans version 1.0 Johnson's safety slogans version 1.0
Johnson's safety slogans version 1.0 Road Safety
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengmuhammad
 
Safety Quotes
Safety QuotesSafety Quotes
Safety QuotesS P Singh
 
Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literaturDwi Karyani
 
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Rizalshah Zulkifli
 
7 powerful electrical safety slogans
7 powerful electrical safety slogans7 powerful electrical safety slogans
7 powerful electrical safety slogansLukman Nulhakiem
 
Top 10 safety slogans near miss
Top 10 safety slogans near missTop 10 safety slogans near miss
Top 10 safety slogans near missLukman Nulhakiem
 

Viewers also liked (17)

Dedikasi
DedikasiDedikasi
Dedikasi
 
Dedikasi
DedikasiDedikasi
Dedikasi
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
 
Dedikasi
DedikasiDedikasi
Dedikasi
 
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
Meningkatkan kemahiran menuliskan huruf besar pada pangkal ayat dan tanda tit...
 
Bersikap kritis terhadap ideologi, aliran atau paham dan tren – tren yang sed...
Bersikap kritis terhadap ideologi, aliran atau paham dan tren – tren yang sed...Bersikap kritis terhadap ideologi, aliran atau paham dan tren – tren yang sed...
Bersikap kritis terhadap ideologi, aliran atau paham dan tren – tren yang sed...
 
Dedikasi dan pengabdian
Dedikasi dan pengabdianDedikasi dan pengabdian
Dedikasi dan pengabdian
 
Johnson's safety slogans version 1.0
Johnson's safety slogans version 1.0 Johnson's safety slogans version 1.0
Johnson's safety slogans version 1.0
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala ponteng
 
Safety Quotes
Safety QuotesSafety Quotes
Safety Quotes
 
MIB Presentation
MIB PresentationMIB Presentation
MIB Presentation
 
Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literatur
 
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
7 powerful electrical safety slogans
7 powerful electrical safety slogans7 powerful electrical safety slogans
7 powerful electrical safety slogans
 
Top 10 safety slogans near miss
Top 10 safety slogans near missTop 10 safety slogans near miss
Top 10 safety slogans near miss
 
Report latihan industri
Report latihan industriReport latihan industri
Report latihan industri
 

Similar to AKU INDIVIDU BERDEDIKASI

Microsoft word 7 kebiasaan manusia yang sangat efektif
Microsoft word   7 kebiasaan manusia yang sangat efektifMicrosoft word   7 kebiasaan manusia yang sangat efektif
Microsoft word 7 kebiasaan manusia yang sangat efektifFitrah Plur
 
Pengembangan Diri dan Prestasi.pptx
Pengembangan Diri dan Prestasi.pptxPengembangan Diri dan Prestasi.pptx
Pengembangan Diri dan Prestasi.pptxSusiAgustini12
 
Proposal The Moment.pdf
Proposal The Moment.pdfProposal The Moment.pdf
Proposal The Moment.pdfssuserbd055c1
 
Karangan cara cara tahun 6
Karangan  cara cara tahun 6Karangan  cara cara tahun 6
Karangan cara cara tahun 6Tila Tila
 
Tugas bimbingan konseling
Tugas bimbingan konselingTugas bimbingan konseling
Tugas bimbingan konselingDiana Nova
 
Tips cara supaya dapat berkomunikasi di lingkungan baru
Tips cara supaya dapat berkomunikasi di lingkungan baruTips cara supaya dapat berkomunikasi di lingkungan baru
Tips cara supaya dapat berkomunikasi di lingkungan baruary Camba
 
Kumpulan artikel pengembangan diri dan motivasi
Kumpulan artikel pengembangan diri dan motivasiKumpulan artikel pengembangan diri dan motivasi
Kumpulan artikel pengembangan diri dan motivasiRoliSupiawan
 
Memahami potensi diri
Memahami potensi diriMemahami potensi diri
Memahami potensi diriLSP3I
 
Contoh makalah pengembangan diri
Contoh makalah pengembangan diriContoh makalah pengembangan diri
Contoh makalah pengembangan diriSiti Anisyah
 
Adila Apriliani_4520210067
Adila Apriliani_4520210067Adila Apriliani_4520210067
Adila Apriliani_4520210067AdilaApriliani1
 
Berbenah rumah yang menyenangkan oleh fera marentika
Berbenah rumah yang menyenangkan oleh fera marentikaBerbenah rumah yang menyenangkan oleh fera marentika
Berbenah rumah yang menyenangkan oleh fera marentikaFera Marentika
 
Train konstruk
Train konstrukTrain konstruk
Train konstrukPaul Young
 
RPL Cara atau Tips dalam Belajar Merencanakan dan Mempersiapkan Masa Depan ya...
RPL Cara atau Tips dalam Belajar Merencanakan dan Mempersiapkan Masa Depan ya...RPL Cara atau Tips dalam Belajar Merencanakan dan Mempersiapkan Masa Depan ya...
RPL Cara atau Tips dalam Belajar Merencanakan dan Mempersiapkan Masa Depan ya...Sun Ndary
 
Makalah etik UMB Perkembangan Diri
Makalah etik UMB Perkembangan DiriMakalah etik UMB Perkembangan Diri
Makalah etik UMB Perkembangan DiriMuchammad Fahmi Arif
 

Similar to AKU INDIVIDU BERDEDIKASI (20)

Microsoft word 7 kebiasaan manusia yang sangat efektif
Microsoft word   7 kebiasaan manusia yang sangat efektifMicrosoft word   7 kebiasaan manusia yang sangat efektif
Microsoft word 7 kebiasaan manusia yang sangat efektif
 
Pengembangan Diri dan Prestasi.pptx
Pengembangan Diri dan Prestasi.pptxPengembangan Diri dan Prestasi.pptx
Pengembangan Diri dan Prestasi.pptx
 
Proposal The Moment.pdf
Proposal The Moment.pdfProposal The Moment.pdf
Proposal The Moment.pdf
 
Karangan cara cara tahun 6
Karangan  cara cara tahun 6Karangan  cara cara tahun 6
Karangan cara cara tahun 6
 
Tugas bimbingan konseling
Tugas bimbingan konselingTugas bimbingan konseling
Tugas bimbingan konseling
 
Tips cara supaya dapat berkomunikasi di lingkungan baru
Tips cara supaya dapat berkomunikasi di lingkungan baruTips cara supaya dapat berkomunikasi di lingkungan baru
Tips cara supaya dapat berkomunikasi di lingkungan baru
 
Kumpulan artikel pengembangan diri dan motivasi
Kumpulan artikel pengembangan diri dan motivasiKumpulan artikel pengembangan diri dan motivasi
Kumpulan artikel pengembangan diri dan motivasi
 
Memahami potensi diri
Memahami potensi diriMemahami potensi diri
Memahami potensi diri
 
Bot sri martini ksa
Bot sri martini ksaBot sri martini ksa
Bot sri martini ksa
 
Meaning of life
Meaning of lifeMeaning of life
Meaning of life
 
Contoh makalah pengembangan diri
Contoh makalah pengembangan diriContoh makalah pengembangan diri
Contoh makalah pengembangan diri
 
A
AA
A
 
Adila Apriliani_4520210067
Adila Apriliani_4520210067Adila Apriliani_4520210067
Adila Apriliani_4520210067
 
Berbenah rumah yang menyenangkan oleh fera marentika
Berbenah rumah yang menyenangkan oleh fera marentikaBerbenah rumah yang menyenangkan oleh fera marentika
Berbenah rumah yang menyenangkan oleh fera marentika
 
Kelompok
KelompokKelompok
Kelompok
 
Train konstruk
Train konstrukTrain konstruk
Train konstruk
 
RPL Cara atau Tips dalam Belajar Merencanakan dan Mempersiapkan Masa Depan ya...
RPL Cara atau Tips dalam Belajar Merencanakan dan Mempersiapkan Masa Depan ya...RPL Cara atau Tips dalam Belajar Merencanakan dan Mempersiapkan Masa Depan ya...
RPL Cara atau Tips dalam Belajar Merencanakan dan Mempersiapkan Masa Depan ya...
 
Mindset sukses
Mindset suksesMindset sukses
Mindset sukses
 
Makalah etik UMB Perkembangan Diri
Makalah etik UMB Perkembangan DiriMakalah etik UMB Perkembangan Diri
Makalah etik UMB Perkembangan Diri
 
21 day DOA dan OUASA 2016
21 day DOA dan OUASA 201621 day DOA dan OUASA 2016
21 day DOA dan OUASA 2016
 

AKU INDIVIDU BERDEDIKASI

  • 1. DEDIKASI DALAM DIRI SETIAP INDIVIDU Angkasaraya sudah terbentuk sejak berbillion-billion tahun yang lepas, dan kita hanyalah diantara penghuninya yang tinggal buat sementara waktu dalam jangka yang amat singkat jika dibanding dengan usia angkasaraya itu sendiri. Begitulah jika kita mengambil masa usia cakerawala ini yang dikaji oleh ahli-ahli fizik kuantum yang mana dari letupan "Big Bang", diikuti dengan proses-proses pemecahan daya-daya graviti dan elektromagnet dan pembentukan atom-atom, unsur-unsur dan akhirnya berkembang sehingga membentuk planet-planet, bintang- bintang dan bulan-bulan lalu membentuk rangkaian galaksi-galaksi yang menjadi entiti alam ini. Bagaimanakah manusia dapat mempelajari suatu-suatu perkara tersebut? Bukankah perkara tersebut telah berlaku beribu-ribu atau berjuta-juta tahun yang lepas dan di masa itu manusia belum lagi wujud di muka bumi ini. Tetapi, bagaimanakah ahli-ahli sains dapat membina teori- teori yang berkaitan dengan kejadian alam ini? Bagi ahli sains, ianya tidaklah merupakan suatu masalah besar, bahkan mereka memandangnya sebagai suatu cabaran untuk menyelidiki perkara tersebut. Ini kerana mereka mempunyai minat yang mendalam terhadap perkara tersebut dan mereka mempunyai kesungguhan untuk terus menyelidiki dan memahami subjek-subjek yang akan mengembangkan penyelidikan serta pemikiran mereka. Apabila kita memikirkan dengan penuh minat dan keazaman seperti yang telah kita bincangkan sebelum ini,, ianya seringkali tampak menjadi lebih mudah untuk dituntasi. Walau pun kadangkala mungkin kita terasa jemu dan sebagainya, tetapi jika kita terus mengembalikan minat dan memperbaharui keazaman kita, kita mampu terus melakukannya. Untuk menjadikan minat dan keazaman sebagai sesuatu yang dapat terus mendorong kita untuk berusaha, kita mestilah menggabungkan beberapa elemen seperti usaha, minat dan keazaman, yang mana ini dapat mengahasilkan suatu daya penggerak yang menakjubkan dan memberikan keseronokan didalam hidup kita. Dan seperti yang kita tahu, kecekalan, ketabahan dan kesabaran juga merupakan aspek yang penting untuk mendorong kita untuk terus berusaha. Apakata didalam perbincangan selanjutnya, kita lihat bagaimanakah bentuk atau ciri-ciri usaha kita itu. Apabila kita ingin berusaha, bagaimanakah kita akan berusaha? Ada juga manusia yang berusaha siang dan malam dengan tekun tetapi masih kurang berjaya. Oleh itu dapatkah kita berusaha untuk memperolehi matlamat kita?
  • 2. Seelok-eloknya kita kaji dahulu usaha kita dahulu sebelum terus menggapkan ianya sudah berakhir dan itulah yang membezakan antara manusia yang berjaya dan yang gagal mencapai matlamat. Seorang pelajar yang sering ke perpustakaan mungkin kita lihat sebagai orang yang rajin berusaha. Seorang pegawai banik yang bekerja sehingga malam mungkin juga seorang yang kuat berusaha. Tetapi benarkah mereka semuanya benar-benar berusaha dengan kesungguhan yang tinggi? Bagaimana jika dia hanya menunjukkan sikap yang nampaknya positif tetapi didalam hatinya debenarnya dia memikirkan perkara-perkara yang tak bersangkutan.Sebenarnya apabila kita membuat satu kerja, kesungguhan merupakan sesuatu yang dapat memberikan kelainan yang ketara. Dan untuk itu adalah penting kita melakukan setiap kerja kita dengan penuh dedikasi. Mungkin perkataan dedikasi ini memberi makna yang berlainan antara individu dan individu yang lain. Tetapi dalam perbincangan kita akan mentakrifkannaya sebagai:- Suatu penzahiran fizikal dan rohani manusia keatas suatu usaha yang penuh minat dan keazaman, rela mengorbankan masa, tenaga, harta dan sebagainya untu tujuan murni yang mampu memberi pengaruh kepada persekitarannya. Iaitu kita meletakkan sesuatu usaha itu dengan penuh minat dan keazaman. Apabila kita menjadi seseorang yang mempunyai dedikasi tinggi bermakna kita mampu untuk melakukan sesuatu kerja dengan penuh minat dan seterusnya memperlihatkan kesungguhan tersebut sehingga ianya menarik minat mereka yang berada di sekeliling kita. Inilah apa yang kita akan bincangkan sebagai dedikasi. Kepentingan dedikasi ini akan kita sama-sama lihat dalam perbincangan selanjutnya. Tetapi sebelum itu kita perlu mengetahui bagaimana kita hendak melakukan sesuatu kerja tersebut dengan penuh dedikasi.Apabila kita berusaha untuk sesuatu, mungkin kita akan mengusahakannya hanya untuk diiri kita sendiri. Kita tidak melibatkan orang lain. Kita tumpukan usaha tersebut dalam skop kehidupan diri kita. Kita tidak berminat untuk mengembangkan apa yang kita usahakan kepada individu disekitar kita. Kita katakan bahawa usaha ini hanya untuk diri kita dan kita melakukannya. Katakanlah kita sedang mentelaah matapelajaran metamatik, kita mungkin mentelaah di dalam bilik kita. Kita akan membuat soalan-soalan tahun lepas dan soalan-soalan yang telah diberikan oleh guru kita. Lepas itu apabila kita telah habis mentelaah, kita pun berehat sebentar sewaktu masa makan tengahari bersama keluarga kita dan kemudiannya menyambung kembali kerja mentelaah tadi di bilk kita.. Atau pun kita lebih menjadi seorang yang lebih berdedikasi dalam pelajaran kita dan sewaktu
  • 3. makan tengahari kita berbincang dengan ayah dan ibu kita bagaimana kita telah membuat soalan matematik tersebut dan berjaya menghabiskan beberapa bab matematik hari itu. Bukankah ianya menjadi lebih menarik dapat berkongsi apa yang kita ada dengan ayah dan ibu kita. Contoh lain pula, kita merupakan seorang jurutera syarikat pemasangan alat-alat penghawa dingin. Dan kita bertanggung jawab memastikan bahawa alat-alat hawa dingin yang dihantar kepada semua pelanggan kita dalam keadaan baik. Mungkin apa yang kita ialah, setiap kali menghantarkan alat-alat penghawa dingin, kita akan memeriksanya di kilang dan menghantarkan alat tersebut dan menjalankan prosedur pemasangan dan setelah itu kita pulang ke pejabat. Atau kita boleh meletakkan sedikit dedikasi didalam diri kita dengan memberitahu sedikit sebanyak tentang katakan tugas kita kepada pelanggan kita dan kita berikan sedikit pandangan mengenai kaedah penjagaan alat hawa dingin tersebut kepada pelanggan kita. Bukankah kita telah melakukan sesuatu dengan lebih baik? Apabila kita melakukan sesuatu yang penuh dedikasi secara tidak langsung kita telah berusaha dengan lebih gigih walaupun ianya cuma suatu perbezaan yang nampaknya amat kecil. Jadi apa kata mulai hari ini kita jadikan hidup kita lebih ceria dengan meletakkan apa yang kita katakan sebagai dedikasi ini dalam hidup kita. Kita tunjukkan tahap keazaman dan minat yang lebih besar dan secara sukarela kita berusaha dengan lebih gigih.Mungkin kita akan bertanya, mengapakah kita perlu lebih dedikasi dalam kehidupan ini. Apakah yang kita akan dapat perolehi? Apakah yang dapat kita manfaatkan dengan dedikasi yang tinggi itu? Bagaimanakah dengan mempunyai dedikasi tinggi boleh menjadikan kita seorang individu yang lebih unggul. Bagaimanakah kesannya terhadap kehidupan kita? Dalam bab selanjutnya kita akan membincangkan kepentingan dedikasi itu sendiri dalam kehidupan kita. Khususnya bagaimana ianya mampu menjadikan seseorang itu merasa lebih berpuashati dengan pencapaian diri, lebih yakin dalam kehidupannya. Menjadikan kehidupan ini penuh makna dan warna-warni serta dapat memberikan sedikit kebaikan yang ada dalam diri kita kepada semua orang. Bagaimana kita cuba mengikhlaskan diri kita dan sentiasa cuba mengikhlaskan diri kita. Kita juga akan melihat tentang pengaruh dedikasi kepada mereka yang berada di sekitar kita. Mungkin setelah kita tahu kepentingan dedikasi ini dalam diri kita, kita akan menjadi lebih cenderung untuk membuat sesuatu perkara tersebut dengan tabah, tekun, cekal dan sabar dan disertakan dengan sifat dedikasi yang tinggi. Bukankah ianya menjadi lebih menarik? Tidakkah ini akan mengubah kita menjadi seorang yang lebih berketrampilan. Oleh itu
  • 4. untuk tujuan perbincangan selanjutnya, elok sekiranya kita berbincang mengenai.......................... AKU INDIVIDU BERDEDIKASI Pengaruh dedikasi merupakan suatu yang mempunyai nilai yang unggul yang mampu merubah situasi kehidupan. Apabila kita ingin berdedikasi, sebaiknya kita harus mempunyai sedikit maklumat tentang persekitaran kita. Kita tidak mungkin suka dengan idea yang apabila kita terlalu menjadi manusia yang berdedikasi terhadap suatu perkara, mungkin masa yang kita luangkan untuk perkara lain sudah menjadi terhad. Kita sudah tidak lagi menjadi suami yang mempunyai masa untuk keluarganya, atau kita sukar untuk meluangkan masa kita berjumpa dengan kawan-kawan kita dan sebagainya. Oleh itu kita perlu memahami keadaan diri kita terlebih dahulu serta memahami persekitaran kita. Kita perlu terlebih dahulu memberikan maklumat yang dapat membantu mereka yang berada disekitar kita memahami apa yang kita perlu lakukan. Kita berikan maklumat yang menyebabkan mereka faham dan turut menanam minat atas usaha kita. Apabila kita menjadikan sesuatu usaha tersebut sebagai suatu yang memerlukan kita membuat pengorbanan, kita perlu terlebih dahulu memastikan kesannya keatas diri kita. Kita perlu memerhati dan merancang setiap perkara tersebut. Dengan itu barulah kita dapat mengimbangi kehidupan kita. Kita dapat menikmati kehidupan dengan lebih ceria dan lebih teratur. Mungkin kita tidak sedar bahawa fitrah diri kita sememangnya suka kepada kebaikan. Dengan melakukan kebaikan kita akan menjadi lebih yakin dan lebih percaya kepada kemampuan diri kita sendiri. Oleh itu adalah penting kita sentiasa mempunyai niat dan tujuan yang baik dalam diri kita. Apabila kita mempunyai dedikaasi tinggi terhadap sesuatu, sebenarnya kita telah pun memulakan langkah penting dalam proses mencapai matlamat kita. Ini kerana dedikasi itu secara tidak langsung akan mempengaruhi diri kita untuk terus berfikir bagaimana kita perlu berusaha untuk mencapai kesempurnaan dan mengembangkan lagi idea kita untuk didengari oleh semua. Kita mula berfikir bagaimana kita hendak menanam minat yang dapat dimanfaatkan oleh setiap individu. Kita mula memikirkan tentang kebaikan-kebaikan yang dapat diperolehi hasil daripada kerja kita. Kita secara tidak langsung dapat mengembangkan ilmu. Bukankah itu suatu kebaikan?Apabila masyarakat persekitaran kita faham apa yang kita lakukan, dan mengetahui apakah kebaikan dan manfaat yang dapat mereka kecapi bersama bukankah ianya secara tidak langsung akan dapat meningkatkan tahap usaha kita unuk berjaya.
  • 5. Bayangkanlah apabila anda ingin melakukan sebarang pekerjaan, semuanya di sekitar kita memberi sokongan terhadap kita dan menunjukkan minat untuk membantu kita mencapai matlamat kita. Kejayaan sudah pasti akan menjadi lebih jelas. Bukankah baik jika kita mempunyai pengaruh persekitaran positif yang mampu membina keazaman serta minat kecenderungan terhadap apa yang kita lakukan. Kita sentiasa mempunyai kawan-kawan yang akan merangsang kita untuk berjaya. Keadaan seperti ini akan tentunya memberi inspirasi kepada kita untuk terus berjaya. Adakah kita yakin? Adakah kita pasti? Adakah kita masih lagi mempunyai keraguan tentang kepentingan dedikasi? Jika anda merasakan masih ada keraguan atau kesangsian mungkin anda perlu lihat bagaimana mereka yang berjaya dalam dunia kerjaya mereka, dengan penuh dedikasi kini mempunyai peluang yang lebih luas untuk terus berjaya. Kita semua sudah tentu mengenali Pele, raja bolasepak dari negara Brazil. Bagaimanakah dedikasinya terhadap bolasepak? Pele asalnya hanyalah budak jalanan yang menyepak tin-tin kosong yang ditemuinya sehinggalah dia menceburi arena bolasepak dan seterusnya mewakili negaranya untuk memenangi 3 kejohanan piala dunia. Suatu pencapaian yang unggul yang pernah dikecapi oleh seorang pemain bolasepak didunia. Setelah itu beliau berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mempopularkan sukan tersebut di sana. Dalam penglibatan beliau dalam dunia bolasepak, beliau telah membantu menghasilkan pelbagai program bolasepak seperti klinik bolasepak, pita-pita video bagaimana bermain bola dan juga buku-buku panduan permainan bolasepak. Dengan sikap dedikasi yang tinggi, kerajaan Brazil telah mewujudkan suatu jawatan khas untuknya sebagai menteri kesukanan yang bertanggung jawab memajukan sukan di Brazil. Tidakkah ianya suatu pengorbanan yang menghasilkan pencapaian yang cemerlang? Apabila kita mempunyai sifat dedikasi yang unggul, pastinya kita akan dapat mencapai tahap kecemerlangan. Mungkin tahap kecemerlangan tersebut akan menjadi lebih dari apa yang kita pernah impikan. Asalkan kita berminat untuk melakukan kerja melebihi dari apa yang kita sepatutnya buat.Jadi apakah kita akan menjadi seorang yang berdedikasi? Terpulanglah kepada kita untuk memilihnya. Tetapi apa yang pasti, sebagai individu yang sentiasa mengiginkan perubahan hidup yang lebih baik, tentulah kita memilih untuk menjadi manusia yang berdedikasi tinggi yang mempunyai wawasan dan matlamat yang jelas yang akan membawa kebaikan kepada seluruh lapisan masyarakat di sekeliling kita. Secara tidak langsung kita akan merangsang kebaikan didalam diri kita dan diri individu lain di sekeliling kita. Oleh itu apakah yang perlu kita ketahui lagi mengenai dedikasi ini? Apakata jika kita teruskan perbincangan kita kepada perkara yang
  • 6. lebih terperinci yang mempunyai kesan yang besar dalam usaha kita mencapai matlamat kita? Adalah penting bagi kita mempunyai suatu tumpuan yang jitu terhadap perkara-perkara yang ingin kita capai dalam menggariskan matlamat kita. Kebanyakkan individu yang bermotivasi mempunyai tahap penumpuan yang tinggi. Oleh itu apakah kaitan antara dedikasi dan penumpuan matlamat ini? Secara amnya kita mungkin sukar untuk mengaitkan bagaimana dan apakah hubungan diantara keduanya. Jadi apakata dalam perbincangan selanjutnya kita cuba mencari persamaan yang terdapat didalam keduanya yang saling kait-mengait antara satu dengan yang lain? Apakata dalam bab selanjutnya kita melihat bagaimana dengan mempunyai sifat dedikasi yang unggul dalam diri kita, kita mampu untuk mempunyai tumpuan yang lebih tinggi terhadap matlamat kita. Saya yakin kita kini sudah mula nampak apa yang hendak kita capai dalam perbincangan kita. Walau pun mungkin pandangan kita belum cukup menyeluruh, tetapi secara dasarnya, untuk kita membina inspirasi tersebut, kita perlulah mempunyai pengetahuan- pengetahuan yang cukup jelas mengenai setiap perkara yang dapat membantu kita mencapai tujuan dan matlamat kita. Kita perlu fahami bagaimana kita mampu menjadikan sesuatu perkara tersebut bersifat lebih positif dan kita mampu untuk menjadi lebih optimistik dalam segala tindakan kita. Cuba kita renung kembali perkara-perkara yang telah kita kupas dan kita fikirkan kembali apakah perkara-perkara yang telah kita pelajari. Setelah itu kita putuskan dalam diri kita bahawa kita mesti berubah dan meningkatkan diri kita menjadi individu yang mempunyai personaliti yang lebih unggul. Kita tanamkan minat dan keazaman kita, kita terus kembangkan nilai-nilai kepercayaan dan keyakinan yang baik, kita kembalikan motivasi dalam diri kita untuk suatu tujuan yang penuh erti lagi murni serta kita fahami dengan sebenar-benarnya segala apa yang telah kita bincangkan bersama. Bagaimana?"Sambung lagi kut""Okay. Sekarang kita akan bersama-sama membincangkan topik selanjutnya"Namapknya perbincangan kita sudah pun sampai kepertengahan. Mungkin ada banyak lagi perkara yang akan terus kita bincangkan. Oleh itu tanpa membuang masa lagi, dalam topik yang selanjutnya kita akan melihat kaitan antara apa yang kita katakan sebagai dedikasi dan penumpuan matlamat................... DEDIKASI-KESANNYA TERHADAP PENUMPUAN MATLAMAT Apabila kita ingin mengkaji kesan suatu benda keatas suatu perkara yang lain kita perlu mempunyai beberapa sumber maklumat yang mampu memberikan kita idea yang benar-benar bernas mengenai hal tersebut. Apakah kebaikannya dan apakah keburukannya. Bagaimana kita
  • 7. memanfaatkan perkara-perkara ini. Dalam keadaan yang bagaimana kita dapat mengapplikasikan perkara tersebut dalam kehidupan kita. Untuk berjaya mencapai kejayaan cemerlang kita perlu mempunyai penumpuan matlamat yang kukuh. Kita perlu mempunyai pendirian yang kuat terhadap kemampuan kita untuk menghasilkan sesuatu keputusan yang hebat dan cemerlang. Apabila kita menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara, kita akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Penumpuan bermakna memberikan segala perhataian terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, dengan mempunyai penumpuan yang menyeluruh, kita mampu menganalisa sesuatu keadaan itu dengan lebih tepat dan cekap menghasilkan keputusan yang dikehendaki. Apakah kita lupa bagaimana kita hendak menjalani ujian memandu? Hampir setiap hari kita akan berfikir tentang ujian tersebut. Kiat berfikir tentang apa yang telah diajarkan oleh 'instruktor' kita semasa belajar dahulu. Itu merupakan suatu bentuk penumpuan juga yang dapat kita alami. Terdapat pelbagai perkara-perkara yang lain yang memerlukan kita mempunyai penumpuan yang lebih menyeluruh untuk kita berjaya mencapainya. Bukankah itu merupakan cabaran kepada diri kita untuk terus memajukan diri kita. Cabaran yang akan menguji daya penumpuan kita terhadap sesuatu perkara tersebut. Jadi apakah kaitannya antara dedikasi dan penumpuan?Dengan mempunyai dedikasi yang tinggi dalam sesuatu bidang, penumpuan kita akan menjadi lebih kukuh dan terarah. Perhatian kita akan menjadi lebih peka terhadap segala apa yang berlaku di sekeliling kita. Dengan itu juga kita akan menjadi lebih individu yang mempunyai wawasan dan matlamat yang lebih jelas. Mungkin bentuk dedikasi yang kita tunjukkan ialah dari suatu segi yang tak begitu besar nilainya. Tetapi apa yang pasti ialah, perkara-perkara kecil inilah yang akan menentukan pencapaian kita. Antara Watson Nyambek dan Azmi Ibrahim, kemenangan atau kekalahan antara keduanya dalam acara pecut 100m hanyalah beberapa milisaat sahaja. Kemenangan pasukan Liverpool keatas Manchester United, hanyalah kerana tindakan Robbie Fowler dalam masa sepuluh saat untuk melepaskan diri dari kawalan ketat bek Manchester dan melepaskan satu tendangan deras melepasi jangkauan Peter Schemichel untuk bola menerjah masuk kedalam gawang Manchester. Siswazah Kelas Pertama hanya mempunyai gred GPA 0.5 markah lebih tinggi dari rakan mereka yang mendapat ijazah Kelas Kedua. Mungkin kita juga pernah melalui perkara-perkara ini yang dengan hanya meningkat tahap dedikasi kita untuk terus berusaha, sesuatu yang lebih bermakna dapat kita kecapi. Apa yang pastinya terjadi ialah, dalam banyak perkara kita haruslah mempunyai suatu tenaga yang dapat menjadikan kita seorang yang terus berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi. Seperti yang telah
  • 8. kita bincangkan, sifat dedikasi dalam diri kita mampu untuk mempengaruhi individu disekeliling kita untuk sama-sama meminati dan memahami apa yang kita lakukan secara tidak langsung mendorong kita untuk terus maju. Dengan itu juga penumpuan kita untuk terus memberikan sepenuh perhatian kita terhadap apa yang sedang kita lakukan menjadi lebih terarah. Malah, jika kita kurang menumpukan perhatian, mungkin rakan-rakan kita dapat mengingatkan kita kepada apa yang sedang kita usahakan. Dengan mempunyai persekitaran yang lebih positif, yang optimistik dengan matlamat kita, kecenderungan kita akan dapat dikekalkan dan seterusnya menghasilkan suatu keputusan yang hebat dalam diri kita. Oleh itu, apakah yang harus kita lepaskan dan apakah yang menghalang kita untuk memupuk dedikasi didalam diri kita? Apakata kita tanamkan semangat dan keazaman untuk menjadi individu yang lebih berdedikasi. Kita lupakan segala perkara yang menghalang kita untuk maju dan kita tumpukan kepada perkara- perkara positif yang akan membantu pencapaian matlamat kita. Dalam bab mengenai dedikasi ini, apa yang saya perbincangan merupakan suatu pengenalan sahaja kepada elemen tersebut. Terdapat pelbagai aspek lain lagi yang perlu kita kaji dan selidiki. Sumber-sumber maklumat lain bolehlah diperolehi dari buku-buku kepimpinan, atau buku-buku pengurusan yang terdapat di perpustakaan atau pun boleh membelinya di kedai-kedai buku. Bagi anda yang berminat untuk membaca mengenai individu-individu berdedikasi, maklumat- maklumat ini boleh didapati melalui buku-buku seperti '100 most influenced Men in the World', 'Who's Who', dan sebagainya. Dedikasi ini sebenarnya merupakan sifat yang unik yang mempunyai daya pendorong yang tinggi yang menyebabkan manusia terus berusaha tanpa jemu. Untuk meneruskan lagi perbincangan ini, mungkin kita dapat melihat bagaimana kita sememangnya mempunyai pelbagai idea yang sering tergambar di fikiran kita. Kita mempunyai idea untuk A, untuk B, untuk C, dan sebagainya. Walau bagaimana pun, selagi kita tidak melakukannya, idea akan terus tinggal sebagai idea, tanpa hasil yang mampu kita banggakan. Katakanlah saya mempunyai idea untuk mengecat rumah saya dan mencantikkan lagi kawasan rumah saya. Selagi kita tak mula mengecat atau mencantikkan rumah tersebut, selagi itulah idea tersebut terperap dan tidak digunakan dan idea yang kita ada hanya tinggal idea dan tidak berkembang. Begitulah juga dalam hal-hal kehidupan yang lain. Sesuatu idea itu akan dapat kita kembangkan dengan kita melakukan kerja-kerja dan bukan kita hanya duduk dan berfikir sahaja. Oleh itu dalam bab yang selanjutnya kita akan berbincang mengenai bagaimana kita mampu
  • 9. untuk menjadikan diri kita lebih yakin dan lebih berkemampuan untuk melaksanakan sebahagian kerja yang ingin kita lakukan tapi tak juga kita laksanakan.Keadaan-keadaan semasa kadangkala menjadi punca kenapa kita tak membuat sesuatu perkara tersebut. Kita salahkan orang lain kerana kita tidak berjaya. Atau pun kita katakan yang tidak kita fokuskan pada diri kita sendiri. Sebagai seorang individu yang berdedikasi, kita seharusnya mampu untuk memikul tanggung jawab-tanggung jawab yang besar serta mampu untuk menghadapi risiko yang tertentu. Apakah kita akan terus menyalahkan motor kita apabila kita lewat ke pejabat untuk kali yang ke-20. Apakah kita akan menyalahkan pensyarah kita jika kita tidak lagi berjaya untuk lulus dalam peperiksaan. Apakah kita akan menyepak tunggul yang akan menyebabkan kita terjatuh pula selepas itu? Kadangkala apabila kita ingin menempuh sesuatu risiko, kita terlebih dahulu mencongak bahayanya serta apa yang perlu kita buat untuk menempuh keadaan tersebut. Kita harus mempunyai kemahairan atau pengetahuan yang tertentu. Jika kita ingin menyelekohkan motor kita pada selekoh yang tajam pada kelajuan 150km/j di litar lumba motor Shah Alam misalnya, kita sekurang-kurangnya mestilah mahir menunggang motor dan mempunyai persiapan untuk risiko paling buruk yang akan berlaku dan ianya akan menjadi lebih membantu jika kita pernah mengambil kursus menunggang motorsikal serta mempunyai persiapan yang lengkap mengenai risiko paling buruk yang mungkin kita hadapi. Mengambil risiko bukanlah bermaksud merosakkan diri, malah kita mempunyai semua alternatif untuk mengelakkan sebarang keadaan yang tak diingini. Oleh it berbalik kepada individu yang berdedikasi, kita haruslah mampu memberi teladan kepada orang lain dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam usaha kita Sememangnya kita kadangkala berdepan dengan perkara-perkara diluar jangkaan kita Walau bagaimana pun kita harus cuba melakukan sesuatu perkara itu sebaik mungkin dan cuba melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Bukankah kita sekarang ini telah menjadi seorang yang kuat menerima cabaran dan sanggup bekerja melebihi apa yang kita selama ini lakukan. Bukankah kita kini menjadi seorang individu yang lebih berfikiran positif dan menumpukan pemikiran kita kepada perkara-perkara kebaikan yang mampu menjadikan kita seorang individu yang lebih maju dan lebih dinamis yang selalu optimistik dalam setiap perbuatan kita? Apa kata dalam bab selanjutnya kitampukan perbincangan kita kepada suatu subjek yang berada jauh didalam hati kita. Suatu subjek yang akan membuat kita sering tertanya- tanya apakah sebenarnya yang kita fikirkan dan mengapakah kita berfikiran begitu dan mengapakah kadangkala kita sendiri tidak pasti apa yang kita lakukan dan mengapa kita
  • 10. lakukannya. Tanpa membuat analisa dan pemikiran kita mungkin tidak akan faham tetapi jika kita mendalami dan mendalami serta meletakkan sesuatu yang positif di hadapan kita, pastinya perkara-perkara tersebut menjadi lebih jelas. Pastinya kita akan dapat menjawab pertanyaan- pertanyaan yang sering berlegar-legar dikepala kita. Dan pastinya kita akan menjadi manusia yang lebih kritikal dalam cara pemikiran kita. Oleh itu kita akan melihat dan mempelajari serta berbincang bersama dalam bab selanjutnya mengenai suatu aspek dalam kehidupan kita yang amat penting yang mampu menentukan sejauh mana pencapaian kita iaitu.................................