Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
SEJARAH 
KUMPULAN 2:- 
MUHAMMAD SOLLEHIN BIN MOHD 
SHAH 
IAN NABIHA ATHIERA BT MOHD YAHYA 
NUR HIDAYATI HUSNA BY ROYAMAN 
...
2.2) NEGARA 
BANGSA 
2.2.1) RAJA MUTLAK DAN 
RAJA 
BERPERLEMBAGAAN
PEMERINTAHAN RAJA MUTLAK DI 
ENGLAND DAN PERANCIS PADA ABAD 
KE-16 HINGGA ABAD KE-18.
 PENUBUHAN NEGARA BANGSA DI 
ENGLAND DAN PERANCIS PADA ABAD KE- 
15 TELAH MERINTIS JALAN KEPADA 
KEMUNCULAN PEMERINTAHAN ...
 BERIKUTAN DENGAN PERKEMBANGAN 
EKONOMI YANG PESAT, RAJA-RAJA 
MENGUMPUL KEKAYAAN HASIL DARIPADA 
AKTIVITI PERDAGANGAN. 
...
SISTEM PEMERINTAHAN 
BERAJA MUTLAK DI 
PERANCIS.
LATAR BELAKANG 
PERANCIS ABAD KE-17 
 MENJELANG ABAD KE-17, PERANCIS MUNCUL 
SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG TERKUAT DI 
EROPA...
DASAR PEMERINTAHAN RAJA 
LOUIS XIV
Pemerintahan raja mutlak di Perancis 
muncul di dorong dengan lahirnya idea-idea 
oleh pemikir-pemikir politik seperti 
J...
Jean Bodin mengesyorkan supaya 
Perancis diperintah oleh kerajaan pusat 
yang kuat supaya boleh mengawal 
wilayah dengan ...
Pemerintahan raja mutlak di Perancis 
dijalankan oleh Raja Louis XIV (1643-1715) 
yang dikenali sebagai ‘Grand Monarch’ y...
Baginda mengukuhkan kedudukannya 
melalui pentadbiran pusat yang kukuh 
dan teratur. 
Bagi memastikan dasar pemerintahan...
Perkembangan ini mengukuhkan kedudukan 
Raja Louis XIV sebagai pemerintah monarki 
mutlak di Perancis. 
Untuk memperkuku...
jeans baptiste 
colbert( 
Menteri 
kewangan) 
Louvois( menteri 
peperangan)  
vauban(menteri 
ketenteraan) 
Le Tellier ...
Sambungan… 
 Louis juga menggunakan menteri yang 
bertanggungjawab bagi malaksanakan dasar-dasar 
diraja di pelbagai prov...
 Golongan bangsawan bergantung hidup 
kepada pencen daripada raja dan 
dikehendaki tinggal dalam tempoh yang 
lama untuk ...
Tokoh seni 
racine 
moliere
b)Dasar Ekonomi 
 Baginda melaksanakan dasar ekonomi 
merkantilisme untuk memastikan negaranya 
muncul sebagai negara yan...
EKONOMI MERKANTILISME 
 Merkantilisme adalah satu teori ekonomi yang 
sudah lupus yang mempercayai bahawa 
kesejahteraan ...
c) Dasar Ketenteraan 
 Melalui Louvis (Menteri Perang), Perancis 
telah mengadakan reformasi dalam 
ketenteraan apabila r...
d)Dasar Agama 
 Dalam aspek agama raja bertindak untuk 
memaksa golongan bukan Katolik iaitu 
Huguenot (Calvinis) untuk m...
e)Dasar perluasan wilayah 
 Semasa pemerintahan Raja Louis, 
wilayah kekuasaan Perancis 
merangkumi Sungai Rhine dengan 
...
Pada tahun 1787, Raja Louis XIV telah 
memutuskan untuk mengadakan 
Perhimpunan Orang-Orang Kenamaan untuk 
mengatasi mas...
Segala usul yang dibincangkan akan 
diundi yang akan menyebelahi Estet 
Pertama dan Kedua. 
 Estet Ketiga menuntut supay...
 Apabila pintu dewan ditutup untuk anggota 
Perhimpunan Kebangsaan, mereka telah 
berkumpul di gelanggang tenis dan 
meng...
Perjuangan mereka turut mendapat 
sokongan golongan miskin dan sebahagian 
tentera yang dipimpin oleh Marshall de 
Brogli...
oleh Marshall de Broglie
Perhimpunan Kebangsaan juga telah berjaya 
menghapuskan sistem feudal, perhambaan, 
golongan istimewa, monopoli golongan ...
Pengisytiharan ini telah mengiktiraf semua 
manusia dilahirkan dan kekal bebas serta 
mempunyai hak yang sama. Ini rakyat...
Selepas itu, negara Perancis mengalami 
huru hara dan berlaku perpecahan dalam 
kalangan pendukung revolusi iaitu golonga...
diktator Maximilien Robespierre
Raja Louis XIV dan isterinya Marie 
Antoinnette telah dihukum pancung dengan 
alat gilotin. 
 Robespierre sendiri dihuku...
Napoleon Bonaparte
Raja Mutlak dan Raja 
Berperlembagaan Di 
England
Raja Henry VII - 
Pengasas Dinasti 
Tudor Di England 
Ratu Elizabeth I
 Selepas Zaman Pertengahan, telah 
berlaku kemerosotan sistem feudalisme 
di Eropah. 
 Keadaan ini telah membolehkan raj...
 Negara bangsa di Eropah terbentuk 
melalui dinasti, keluarga baharu, 
perkahwinan diraja dan konsep empayar. 
Perkemban...
Mengikut sistem raja berkuasa mutlak, 
seseorang pemerintah (raja) berkuasa 
sepenuhnya untuk menggubal dan 
melaksanakan...
Dasar-dasar pemerintahan raja 
berkuasa mutlak di England seperti 
keagamaan, luar negeri dan 
perdagangan yang dijalanka...
RAJA JAMES I RAJA 
CHARLES I
Perkembangan Sistem 
Pemerintahan Raja 
Berkuasa Mutlak
 Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, 
sistem pemerintahan beraja mutlak telah 
diterima oleh rakyat kerana ingin 
menamatk...
 Raja-raja Tudor dapat bekerjasama baik 
dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen 
England yang terdiri daripada House of...
 Pada abad ke-17 juga, wujud perbalahan 
antara mazhab Kristian di England iaitu 
antara penganut Protestan (golongan 
pu...
 Golongan puritan menjadi semakin 
berpengaruh dan menarik minat pelbagai 
golongan masyarakat kerana dalam ajaran 
merek...
 Selepas berakhir Dinasti Tudor pada 
tahun 1603, maka bermula pula era 
pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1702) 
di Engl...
 Raja James I merupakan raja yang 
berpegang kuat kepada doktrin kuasa 
suci raja. 
 Baginda menegaskan bahawa 
keduduka...
 Pemerintahan Raja James 1 mendapat 
tentangan daripada golongan puritan dan 
ahli-ahli parlimen kerana baginda 
mengamal...
 Ketegangan hubungan ini telah 
mendorong Raja James I membubarkan 
parlimen pada tahun 1611. 
 Tindakan baginda telah m...
 Akibat tidak berpuas hati dengan 
pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat 
telah bersatu untuk menafikan kuasa 
mutlak ...
 Raja Charles I telah mengenakan 
pelbagai jenis cukai dengan bebas dan 
menaikkan cukai dengan sewenang-wenangnya 
telah...
 Pada tahun 1639, Raja Charles I telah 
menubuhkan semula parlimen untuk tujuan 
mendapatkan peruntukkan yang 
diperlukan...
 Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku 
di Ireland yang telah menyebabkan 
beberapa orang British bermazhab 
Protestan d...
 Raja Charles I telah dihukum bunuh dan 
parlimen telah mengisytiharkan England 
sebuah negara republik dengan Oliver 
se...
 
OLIVER CROMWELL RICHARD CROMWELL
Perkembangan Raja 
Berperlembagaan di 
England
MAKSUD RAJA BERPERLEMBAGAAN 
Sistem kerajaan dimana raja 
menjalankan pemerintahan mengikut 
perlembagaan dan undang-undan...
Sistem pemerintahan raja berkuasa 
mutlak telah digantikan dengan raja 
berperlembagaan selepas berakhirnya 
Revolusi Cem...
RAJA CHARLES II
Sistem pemerintahan raja berperlembagaan 
juga membawa kepada perkembangan 
politik kepartian apabila wujud dua buah 
par...
Selepas Raja Charles II meninggal dunia 
pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja 
James II yang lebih cenderung untuk 
me...
RAJA JAMES II
MARRY II & RAJA WILLIAM OF 
ORANGE
 Parlimen meluluskan Toleration Act dan 
Bill of Right pada 1699. 
Raja berperlembagaan adalah sejenis 
kerajaan yang di...
 Raja berperlembagaan di England 
memerintah berdasarkan peruntukan yang 
diluluskan oleh parlimen dan tidak lagi 
mempun...
Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat 
apabila Act of Settlement diluluskan pada 
1701 yang menetapkan hanya raja yang ...
 Raja boleh menghadapi Petition of Right 
yang dikemukakan oleh rakyat dan 
mempertahankan kedudukannya 
berdasarkan unda...
SEKIAN
pemerintahan raja mutlak di england
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

pemerintahan raja mutlak di england

sejarah p1

  • Be the first to comment

pemerintahan raja mutlak di england

  1. 1. SEJARAH KUMPULAN 2:- MUHAMMAD SOLLEHIN BIN MOHD SHAH IAN NABIHA ATHIERA BT MOHD YAHYA NUR HIDAYATI HUSNA BY ROYAMAN NUR AIN BT NOR ARZUL NURUL AZIERA SYAKILLA BT ZAKARIA
  2. 2. 2.2) NEGARA BANGSA 2.2.1) RAJA MUTLAK DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN
  3. 3. PEMERINTAHAN RAJA MUTLAK DI ENGLAND DAN PERANCIS PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-18.
  4. 4.  PENUBUHAN NEGARA BANGSA DI ENGLAND DAN PERANCIS PADA ABAD KE- 15 TELAH MERINTIS JALAN KEPADA KEMUNCULAN PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK DI KEDUA-DUA NEGARA TERSEBUT PADA ABAD KE-16 DAN 17.  SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK BERMAKSUD SISTEM KERAJAAN DIMANA CARA PEMERINTAHAN RAJA TIDAK DIKAWAL OLEH PARLIMEN.  MELALUI SISTEM INI, KEHENDAK PEMERINTAH IALAH UNDANG-UNDANG.
  5. 5.  BERIKUTAN DENGAN PERKEMBANGAN EKONOMI YANG PESAT, RAJA-RAJA MENGUMPUL KEKAYAAN HASIL DARIPADA AKTIVITI PERDAGANGAN.  PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK AMAT KETARA DI ENGLAND DAN PERANCIS DIMANA RAKYAT DI KEDUA-DUA NEGARA PERCAYA RAJA MEREKA DILANTIK OLEH TUHAN UNTUK MEMERINTAH MEREKA.  RAKYAT PULA MESTILAH MEMBANTU DAN PATUH KEPADA PEMERINTAH TANPA SOAL.  JIKA SESEORANG RAJA MEMERINTAH SECARA ZALIM, RAKYAT MESTI MENERIMANYA KERANA ITU ADALAH PEMBALASAN TERHADAP DOSA-DOSA YANG TELAH MEREKA LAKUKAN.
  6. 6. SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA MUTLAK DI PERANCIS.
  7. 7. LATAR BELAKANG PERANCIS ABAD KE-17  MENJELANG ABAD KE-17, PERANCIS MUNCUL SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG TERKUAT DI EROPAH MENGGANTIKAN SEPANYOL.  PERANCIS JUGA MUNCUL SEBAGAI PEMIMPIN DALAM SENI HALUS, SENI BINA, DRAMA, PAKAIAN,PERTUTURAN DAN BAHASA, DI BENUA EROPAH.  PERANCIS MEMAJUKAN TEKNIK BARU DALAM ORGANISASI KETENTERAAN, KERAJAAN DAN KAEDAH DIPLOMATIK.
  8. 8. DASAR PEMERINTAHAN RAJA LOUIS XIV
  9. 9. Pemerintahan raja mutlak di Perancis muncul di dorong dengan lahirnya idea-idea oleh pemikir-pemikir politik seperti Jean Bodin, Hugo Grotius dan Cardinal Duc de Richelien.
  10. 10. Jean Bodin mengesyorkan supaya Perancis diperintah oleh kerajaan pusat yang kuat supaya boleh mengawal wilayah dengan lebih baik dan berkesan.  Hugo Crotius pula mengatakan sesebuah negara berhak mempertahankan negara dengan membela hukum antarabangsa dan sesiapa yang mencabuli hukum antarabangsa akan dianggap penceroboh. Cardinal pula, berpendapat kerajaan pusat yang kuat perlu untuk menghadapi ancaman sekiranya pentadbiran dijalankan oleh ramai pihak.
  11. 11. Pemerintahan raja mutlak di Perancis dijalankan oleh Raja Louis XIV (1643-1715) yang dikenali sebagai ‘Grand Monarch’ yang memerintah selama 72 tahun.  Semasa pemerintahannya berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran di Perancis.
  12. 12. Baginda mengukuhkan kedudukannya melalui pentadbiran pusat yang kukuh dan teratur. Bagi memastikan dasar pemerintahannya dapat dilaksanakan dengan baik, baginda terlibat dalam urusan pelantikan pegawai-pegawai kerajaan dan berjaya mengawal mereka dengan dibantu oleh menteri-menteri yang berwibawa. Raja Louis XIV mendapat sokongan padu daripada golongan bangsawan, Huguenot(CALVINIS PERANCIS) dan institusi-institusi kerajaan.
  13. 13. Perkembangan ini mengukuhkan kedudukan Raja Louis XIV sebagai pemerintah monarki mutlak di Perancis. Untuk memperkukuhkan lagi pemerintahnnya, Raja Louis XIV telah memperkenalkan beberapa dasar seperti: a) Dasar Dalam Negara  Louis XIV menyusun semula pentadbiran pusat negara kepada empat majlis utama dan juga telah melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk membantunya mentadbir seperti Colbert (Menteri Kewangan), Le Tellier (Menteri Hal Ehwal Luar), Louvois (Menteri Peperangan) dan Vauban (Menteri Ketenteraan).
  14. 14. jeans baptiste colbert( Menteri kewangan) Louvois( menteri peperangan)  vauban(menteri ketenteraan) Le Tellier (Menteri Hal Ehwal Luar) 
  15. 15. Sambungan…  Louis juga menggunakan menteri yang bertanggungjawab bagi malaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai provinsi Perancis. Penyelia ditugaskan untuk menyelia pentadbiran, keadilan, pentadbiran dan pentadbiran ketenteraan di peringkat daerah.  Louis XIV percaya sebagai pemerintah mutlak bagi seluruh Eropah, beliau harus hidup bergaya dengan itu beliau mendirikan istana besar di Versailles dan di beberapa buah tempat lain.  Arkitek-arkitek terkemuka digaji untuk mereka bangunan dan pelukis-pelukis terkemuka mengindahkannya. Raja menetap di Versailles yang dikelilingi oleh istana yang besar.
  16. 16.  Golongan bangsawan bergantung hidup kepada pencen daripada raja dan dikehendaki tinggal dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan sokongan raja.  Perkhidmatan awam terdiri daripada menteri-menteri yang berkebolehan antaranya Jeans Baptiste Colbert sebagai menteri kewangan. Zaman Louis XIV juga zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis. Antara tokoh seni yang terkenal ialah Racine dan Moliere.
  17. 17. Tokoh seni racine moliere
  18. 18. b)Dasar Ekonomi  Baginda melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme untuk memastikan negaranya muncul sebagai negara yang makmur . Melalui dasar Colbert, wujud perkembangan industri baru, memansuhkan tarif tempatan, mengurangkan kadar bunga ke atas hutang kerajaan, mengawal upah dan harga kebanyakan barangan.  Dasar ekonomi Colbert telah meningkatkan pendapatan kerajaan namun perbelanjaan untuk peperangan tempatan semakin bertambah.
  19. 19. EKONOMI MERKANTILISME  Merkantilisme adalah satu teori ekonomi yang sudah lupus yang mempercayai bahawa kesejahteraan sesuatu negara hanya ditentukan oleh jumlah modal yang tersimpan di mana jumlah perdagangan sedunia sebagai tidak berubah. Modal negara dapat digambarkan secara nyata dengan jumlah kapital seperti mineral berharga, emas mahupun komoditi-komoditi lain yang dimiliki oleh negara. Modal ini boleh diperbesarkan jumlahnya dengan meningkatkan eksport dan mengurangkan import supaya nilai bersih perdagangan luar sentiasa positif. Pemerintahan suatu negara harus mencapai tujuan ini dengan melakukan perlindungan terhadap ekonomi dengan mendorong eksport dan mencegah import.
  20. 20. c) Dasar Ketenteraan  Melalui Louvis (Menteri Perang), Perancis telah mengadakan reformasi dalam ketenteraan apabila raja mempunyai kawalan penuh ke atas ketenteraan.  Baginda juga menghapuskan dominasi golongan bangsawan ke atas bidang ketenteraan dan memulakan kawalan langsung ke atas ketenteraan.  Kerajaan juga bertanggungjawab merekrut tentera, menyediakan perumahan dan bekalan makanan kepada golongan tersebut. Pelantikan pegawai-pegawai tentera dilakukan berasaskan merit. Kesannya tentera Perancis muncul sebagai tentera yang terkuat di Eropah ketika itu.
  21. 21. d)Dasar Agama  Dalam aspek agama raja bertindak untuk memaksa golongan bukan Katolik iaitu Huguenot (Calvinis) untuk menerima agama Katolik. Edict of Nantes yang ditandatangani pada tahun 1598 yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk menganut agama pilihan mereka telah dibatalkan oleh raja pada 1685.  Tindakan Louis menyebabkan seramai 200 ribu penganut bukan Katolik meninggalkan Perancis dan berhijrah ke England dan Amerika.
  22. 22. e)Dasar perluasan wilayah  Semasa pemerintahan Raja Louis, wilayah kekuasaan Perancis merangkumi Sungai Rhine dengan Perancis menguasai wilayah-wilayah seperti Spanish Netherlands dan United Province.
  23. 23. Pada tahun 1787, Raja Louis XIV telah memutuskan untuk mengadakan Perhimpunan Orang-Orang Kenamaan untuk mengatasi masalah kewangan Perancis dengan mengenakan cukai ke atas golongan bangsawan, gereja dan hakim.  Raja Louis XIV telah mengadakan persidangan parlimen buat kali pertama pada 5 Mei 1789 dengan mengikut cara lama yang memberi kelebihan kepada Estet (Parlimen) Pertama dan Kedua, manakala Estet Ketiga diminta tunggu diluar dewan.
  24. 24. Segala usul yang dibincangkan akan diundi yang akan menyebelahi Estet Pertama dan Kedua.  Estet Ketiga menuntut supaya ketiga-tiga Estet disatukan dan pengiraan undi berdasarkan undi individu, tetapi tidak mendapat persetujuan oleh Raja Louis XIV. Pada 12 Jun 1789, Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen Negara) telah diisytiharkan oleh Estet Ketiga dan ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis.
  25. 25.  Apabila pintu dewan ditutup untuk anggota Perhimpunan Kebangsaan, mereka telah berkumpul di gelanggang tenis dan mengangkat sumpah bahawa mereka tidak akan bersurai sehingga mereka mengubal perlembagaan Perancis.  Peristiwa ini dikenali sebagai “Sumpah Padang Tenis”.  Perhimpunan Kebangsaan (Estet Ketiga) menuntut konsep persamaan dan keadilan dilaksanakan dan bukannya keistimewaan diberikan kepada rakyat berdasarkan hak atau warisan turun temurun.
  26. 26. Perjuangan mereka turut mendapat sokongan golongan miskin dan sebahagian tentera yang dipimpin oleh Marshall de Broglie yang dihantar oleh Raja Louis XIV.  Pada 14 Julai 1789, bangunan Bastille telah jatuh ke tangan golongan Perhimpunan Kebangsaan (pemberontak) yang memberi semangat kepada golongan revolusi di kawasan bandar dan desa.  Peristiwa ini diperingati oleh rakyat Perancis sehingga kini dan tarikh ini disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan Perancis.
  27. 27. oleh Marshall de Broglie
  28. 28. Perhimpunan Kebangsaan juga telah berjaya menghapuskan sistem feudal, perhambaan, golongan istimewa, monopoli golongan bangsawan dihapuskan, cukai yang sama untuk semua, menghapuskan buruh paksa, menghapuskan cukai dan semua jenis hak istimewa gereja ditarik balik.  Penghapusan masyarakat feudal dan sistem feudal di Perancis dikenali sebagai “Hari Ogos”. Pada 26 Ogos 1789, parlimen telah meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan Warganegara.
  29. 29. Pengisytiharan ini telah mengiktiraf semua manusia dilahirkan dan kekal bebas serta mempunyai hak yang sama. Ini rakyat bebas untuk bertukar-tukar fikiran selagi tidak melanggar batas undang-undang. Menjelang tahun 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan telah menyiapkan satu perlembagaan ini kerajaan dibahagikan kepada 3 iaitu badan legislatif, badan eksekutif dan badan judisiari. Wujudnya perlembagaan ini maka bermulanya pemerintahan raja berperlembagaan selama setahun kemudian sistem pemerintahan Perancis bertukar menjadi republik.
  30. 30. Selepas itu, negara Perancis mengalami huru hara dan berlaku perpecahan dalam kalangan pendukung revolusi iaitu golongan jacobin dan girondin. Akhirnya Perancis telah diperintah oleh diktator Maximilien Robespierre dari golongan jacobin dan zaman ini dikenali sebagai Zaman Pemerintahan Ganas. Mereka telah mewujudkan Mahkamah Revolusi dan Undang-Undang Syak. Sesiapa disyaki musuh mereka dan menyokong raja akan dihukum tembak atau pancung.
  31. 31. diktator Maximilien Robespierre
  32. 32. Raja Louis XIV dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum pancung dengan alat gilotin.  Robespierre sendiri dihukum pancung dengan menggunakan gilotin oleh penyokong parlimen. Dengan ini berakhirlah zaman pemerintahan ganas di Perancis pada tahun 1794. Perancis menjadi aman selepas pemerintahannya diambil alih oleh Napoleon Bonaparte pada penghujung tahun 1799.
  33. 33. Napoleon Bonaparte
  34. 34. Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan Di England
  35. 35. Raja Henry VII - Pengasas Dinasti Tudor Di England Ratu Elizabeth I
  36. 36.  Selepas Zaman Pertengahan, telah berlaku kemerosotan sistem feudalisme di Eropah.  Keadaan ini telah membolehkan raja-raja mengumpul kekayaan dan mengukuhkan kedudukannya.  Ini telah membawa kepada penubuhan negara bangsa iaitu sebuah negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan di bawah kedaulatan raja berkuasa mutlak.
  37. 37.  Negara bangsa di Eropah terbentuk melalui dinasti, keluarga baharu, perkahwinan diraja dan konsep empayar. Perkembangan ini berlaku di negara England pada abad ke-15 dan England berada di bawah pemerintahan beraja mutlak hampir 2 abad iaitu bermula pada 1485 setelah berakhirnya Perang Bunga Ros.  Sistem pemerintahan ini diasaskan oleh Raja Henry VII dari Dinasti Tudor yang memerintah England dan berakhir pada tahun 1603 semasa pemerintahan Ratu Elizabeth I.
  38. 38. Mengikut sistem raja berkuasa mutlak, seseorang pemerintah (raja) berkuasa sepenuhnya untuk menggubal dan melaksanakan segala dasar dan kedudukannya adalah mengatasi undang-undang negara. Sepanjang pemerintahan Dinasti Tudor, England mempunyai kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan daripada rakyat. Kerajaan ini menghormati prinsip perbatasan kuasa pemerintah seperti mana yang terdapat dalam Magna Carta dan tidak membelakangkan parlimen.
  39. 39. Dasar-dasar pemerintahan raja berkuasa mutlak di England seperti keagamaan, luar negeri dan perdagangan yang dijalankan oleh Raja Henry VII, Raja Henry VIII dan Ratu Elizabeth I diterima oleh rakyat. Namun demikian semasa pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1688), sistem pemerintahan beraja mutlak semakin diperkasakan oleh Raja James I dan Raja Charles I sebelum bertukar kepada raja berpelembagaan.
  40. 40. RAJA JAMES I RAJA CHARLES I
  41. 41. Perkembangan Sistem Pemerintahan Raja Berkuasa Mutlak
  42. 42.  Selepas tamatnya Perang Bunga Ros, sistem pemerintahan beraja mutlak telah diterima oleh rakyat kerana ingin menamatkan keadaan huru-hara yang berlaku.  Sistem beraja mutlak yang diasaskan oleh Dinasti Tudor memperlihatkan sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat.  Pemerintahan Dinasti Tudor adalah berdasarkan kepada Magna Carta iaitu satu piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja.  Raja-raja Tudor tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerintahan mereka.
  43. 43.  Raja-raja Tudor dapat bekerjasama baik dan dapat mengawal 2 buah dewan parlimen England yang terdiri daripada House of Lords (tuan tanah, bishop dan kerabat diraja) dan House of Common (knight, orang kaya dan peguam).  Pada abad ke-17, muncul golongan gentry di luar bandar yang memiliki tanah dan menjadi kaya daripada golongan bangsawan.  Di bandar pula muncul golongan bourjois yang semakin kaya dan menguasai ekonomi melalui kegiatan perdagangan.  Kedua-dua kumpulan mula berani mempertikaikan pengaruh politik golongan aristokrat dalam House of Lords.
  44. 44.  Pada abad ke-17 juga, wujud perbalahan antara mazhab Kristian di England iaitu antara penganut Protestan (golongan puritan) yang tidak berpuas hati dengan gereja Anglican (gereja kebangsaan di England) di atas pengamalan tradisional gereja Kristian (Katolik).  Golongan puritan ini ingin membersihkan amalan agama di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom dan mahu gereja di England bebas daripada kawalan politik.
  45. 45.  Golongan puritan menjadi semakin berpengaruh dan menarik minat pelbagai golongan masyarakat kerana dalam ajaran mereka mengutamakan kehidupan berdisiplin dan menolak upacara atau istiadat agama yang tradisional.  Pemerintah Dinasti Tudor berjaya menangani dengan baik tentangan golongan puritan yang tidak berpuas hati dengan golongan anglican dan ingin mewujudkan gereja yang bebas daripada kawalan politik.
  46. 46.  Selepas berakhir Dinasti Tudor pada tahun 1603, maka bermula pula era pemerintahan Dinasti Stuart (1603-1702) di England yang diasaskan oleh Raja James I dari Scotland.  Namun dasar pemerintahan Dinasti Stuart berbeza dengan Dinasti Tudor, dan ini telah membawa penentangan parlimen dan berlaku kebangkitan golongan puritan sehingga membawa tercetusnya perang saudara yang dikenali sebagai Revolusi Puritan (1642- 1648).
  47. 47.  Raja James I merupakan raja yang berpegang kuat kepada doktrin kuasa suci raja.  Baginda menegaskan bahawa kedudukan raja mengatasi kedudukan undang-undang.  Oleh itu semua pihak seperti parlimen, mahkamah, gereja, dan sebagainya mesti berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi kuasa.
  48. 48.  Pemerintahan Raja James 1 mendapat tentangan daripada golongan puritan dan ahli-ahli parlimen kerana baginda mengamalkan dasar agama yang lebih memihak kepada mazhab Katolik.  Golongan puritan juga telah menolak bishop yang dilantik oleh Raja James I dan kemarahan golongan ini memuncak apabila baginda mengahwinkan puteranya dengan puteri dari Perancis yang bermazhab Katolik.  Tindakan baginda yang membelakangkan parlimen dalam urusan pengenaan cukai telah memburukkan lagi hubungan Raja James I dengan golongan puritan.
  49. 49.  Ketegangan hubungan ini telah mendorong Raja James I membubarkan parlimen pada tahun 1611.  Tindakan baginda telah menyebabkan keadaan politik England kucar kacir dan lebih memburukkan keadaan apabila Raja Charles I yang memerintah England pada tahun 1625 juga tidak menyukai golongan puritan.  Baginda juga bertindak membelakangi parlimen dalam urusan pengutipan cukai.  Mana-mana ahli parlimen yang menentang baginda telah ditahan dan tentera akan mengawal mereka.
  50. 50.  Akibat tidak berpuas hati dengan pemerintahan kuku besi raja, maka rakyat telah bersatu untuk menafikan kuasa mutlak raja.  Akibatnya pada tahun 1628 parlimen telah mengemukakan Petition of Right yang mengutuk tindakan autokratik raja.  Akibat kecaman ini baginda telah menangkap 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda secara terbuka di parlimen.  Sehubungan itu, baginda membubarkan parlimen dan memerintah secara mutlak tanpa parlimen selama 11 tahun.
  51. 51.  Raja Charles I telah mengenakan pelbagai jenis cukai dengan bebas dan menaikkan cukai dengan sewenang-wenangnya telah mengancam ahli-ahli parlimen.  Dalam aspek agama pula, Raja Charles I memulihkan semula amalan roman khatolik sebagai amalan dalam gereja Anglican yang menyebabkan kebangkitan golongan puritan.
  52. 52.  Pada tahun 1639, Raja Charles I telah menubuhkan semula parlimen untuk tujuan mendapatkan peruntukkan yang diperlukan oleh baginda tetapi ahli parlimen enggan bekerjasama dengan baginda.  Ini telah mendorong baginda membubar semula parlimen yang baru ditubuhkan dalam masa 3 minggu dan menangkap beberapa ahli parlimen.
  53. 53.  Pada tahun 1642, rusuhan telah berlaku di Ireland yang telah menyebabkan beberapa orang British bermazhab Protestan dibunuh oleh penganut Katolik.  Sekali lagi berlaku pertikaian tentang penubuhan tentera sama ada dikendalikan oleh raja atau parlimen.  Akhirnya peperangan telah berlaku dan tentera gereja di bawah pimpinan Oliver Cromwell telah berjaya mengalahkan tentera raja pada tahun 1645 dan tahun 1648.
  54. 54.  Raja Charles I telah dihukum bunuh dan parlimen telah mengisytiharkan England sebuah negara republik dengan Oliver sebagai ketua negara yang baharu.  Pemerintahan Oliver berhadapan dengan kebangkitan 2 golongan iaitu levellers dan diggers yang dianggap mengancam pemerintahannya.  Pada tahun 1658, Oliver meninggal dunia dan diganti dengan anaknya iaitu Richard Cromwell.  Walau bagaimanapun dalam masa setahun memerintah beliau telah meletakkan jawatannya kerana tidak mendapat sokongan parlimen dan tentera.
  55. 55.  OLIVER CROMWELL RICHARD CROMWELL
  56. 56. Perkembangan Raja Berperlembagaan di England
  57. 57. MAKSUD RAJA BERPERLEMBAGAAN Sistem kerajaan dimana raja menjalankan pemerintahan mengikut perlembagaan dan undang-undang.
  58. 58. Sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan raja berperlembagaan selepas berakhirnya Revolusi Cemerlang yang berlaku secara aman dan memberi impak yang besar terhadap perubahan landskap politik England selepas 1688. Charles II telah ditabal sebagai raja England selepas Richard Cromwell meletak jawatannya dan mesti mengamalkan sistem beraja berperlembagaan.
  59. 59. RAJA CHARLES II
  60. 60. Sistem pemerintahan raja berperlembagaan juga membawa kepada perkembangan politik kepartian apabila wujud dua buah parti iaitu Parti Whig dan Parti Torries yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan aristokrat, gentry dan bourjuis.  Golongan rakyat atau kelas bawahan masih tidak diberikan ruang untuk terlibat secara langsung dalam politik di England ketika itu.
  61. 61. Selepas Raja Charles II meninggal dunia pada tahun 1685, diganti pula oleh Raja James II yang lebih cenderung untuk memulihkan kembali doktrin kuasa suci raja. Oleh itu Raja James II telah disingkirkan dan kemudiannya Marry II dan Raja William of Orange telah ditabal sebagai raja England yang baharu selepas berlakunya Revolusi Cemerlang (1698) tanpa berlaku pertumpahan darah.
  62. 62. RAJA JAMES II
  63. 63. MARRY II & RAJA WILLIAM OF ORANGE
  64. 64.  Parlimen meluluskan Toleration Act dan Bill of Right pada 1699. Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara. Toleration Act bertujuan mewujudkan kebebasan beragama bagi penganut Kristian yang bermazhab Protestan di England. Manakala Bill of Right pula mengemukakan beberapa peruntukan berhubung dengan bidang kuasa raja dalam soal undang-undang dan pencukaian serta keadilan dan hak untuk mengecapi kebebasan.
  65. 65.  Raja berperlembagaan di England memerintah berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh parlimen dan tidak lagi mempunyai kuasa autokratik.  Raja tidak boleh memansuhkan undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen.  Raja tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam urusan mahkamah dalam aspek penguatkuasaan undang-undang.
  66. 66. Kedudukan parlimen menjadi semakin kuat apabila Act of Settlement diluluskan pada 1701 yang menetapkan hanya raja yang bermazhab protestan sahaja yang layak menjadi raja. Raja juga bertanggungjawab kepada parlimen sebagai institusi yang mewakili rakyat dan mempunyai keutuhan dalam soal legislatif dan eksekutif.  Sistem pemerintahan raja berperlembagaan di England juga telah menghapuskan pergeseran antara raja dengan parlimen dalam soal-soal dasar pemerintahan dan keadaan ini secara langsung telah memperkukuhkan perpaduan dalam politik negara tersebut.
  67. 67.  Raja boleh menghadapi Petition of Right yang dikemukakan oleh rakyat dan mempertahankan kedudukannya berdasarkan undang-undang.  Dalam menjalankan pemerintahan, raja tertakluk kepada perlembagaan dan juga dibatasi oleh undang-undang bagi membenarkan sesuatu tindakan yang diambil oleh raja.  Oleh yang demikian pada 1689 bermula sistem pemerintahan raja berpelembagaan di England dan kekal sehingga hari.
  68. 68. SEKIAN

×