Soalan objektif bertujuan menguji pemahaman konsep-konsep utama teori pemusatan insan Carl Rogers. Soalan subjektif pula memerlukan penjelasan ringkas tiga konsep utama teori tersebut serta maksud perkembangan kendiri pada zaman kanak-kanak.
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Soalan mengenai teori carls rogers
1. Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir D20121058364
Soalan objektif
1. Berikut merupakan konsep-konsep utama teori pemusatan insane. Yang manakah
merupakan gabungan konsep yang betul?
I. Fenomenologi, kendiri dan organisma
II. Fenomena, kendiri dan organism
III. Fenomenologi, organism dan kongruen
IV. Kendiri, organism, dan konguruen
A. I
B. II
C. III
D. IV
2.
Dua beradik sedang berjalan kaki pulang ke rumah selepas pulang dari sekolah.
Tiba-tiba melintas seekor ular di hadapan mereka. Si abang menjadi panic serta
ingin mencabut lari kerana menganggap ular itu binatang berbahaya. Sementara itu,
si adiknya pula mengambil sebatang kayu bukan untuk memukul ular tersebut tetapi
ingin bermain-main dengannya.
Berdasarkan contoh yang telah diberikan, apakah ciri yang cuba diterangkan?
A. Pengalaman
B. Tingkahlaku
C. Fenomenologi
D. Organisma
2. Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir D20121058364
3. Diantara yang berikut yang manakah benar mengenai hubungan antara konsep utama
dalam teori Carls Rogers.
I. Fenomenologi + Kendiri = Organisma
II. Organisma + Kendiri = Fenomena
III. Organisma + Fenomena = Kendiri
IV. Pengalaman + Kongruen = Kendiri
A. I
B. II
C. III
D IV
4. Terdapat 3 faktor yang menyumbang kepada perkembangan kendiri di zaman kanak-
kanak. Padanan manakah yang menerangkan secara tepat mengenai faktor tersebut.
I. Perhatian positif, konsep kongruen dan situasi penambahan nilai
II. Perhatian kasih saying, konsep kongruen dan situasi penambahan nilai
III. Perhatian positif, konsep tidak kongruen dan situasi penggalakan nilai
IV. Perhatian positif, konsep tidak kongruen dan situasi penambahan nilai
A. I
B. II
C. III
D. IV
3. Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir D20121058364
Soalan subjektif
1. Huraikan secara ringkas 3 konsep utama pemusatan insan berdasarkan pendekatan teori
Carls Rogers.
2. Terangkan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan perkembangan kendiri dalam
zaman kanak-kanak.
4. Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir D20121058364
Jawapan
Soalan objektif
1. A
2. C
3. C
4. D
Soalan subjektif
1. 3 konsep utama teori Carls Rogers
I. Fenomenologi
- Keseluruhan pengalaman yang dirasakandan dipersepsikan oleh seseorang,
dimana pengalaman tersebut meliputi segala yang berpotensi dalam kesedaran
organism. Tingkah laku juga bergantung pada konsep ini dimana ia
merupakan lambing pengalaman batinnya.
II. Organisma
- Merujuk kepada seseorang individu secara keseluruhan yang bertindak
sebagai satu entity yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan-keperluan
tertentu. Ia juga bertujuan untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan
membaiki dirinya.
III. Kendiri
- Merupakan sebahagian daripada latar fenomena yang perlahan-lahan menjadi
terpisah namun tersusun dan konsisten dan seterusnya mewakili ciri-ciri aku
dan persepsi terhadap perhubungan di antara aku dengan orang lain dan
pelbagai aspek kehidupan bersama nilai-nilai yang tersemat dengan persepsi.
5. Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir D20121058364
2. Maksud perkembangan kendiri pada zaman kanak-kanak
- Konsep kendiri adalah apabila seseorang kanak-kanak mula membesar, mereka akan
mula bertanya pada dirinya “ Siapakah saya ? Sukakah saya pada diri saya ? semuanya
persoalan yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan diri sendiri. Konsep diri adalah
sesuatu yang kompleks. Antara fungsi konsep kendiri ialah untuk penilaian kendiri
contohnya ialah “Adakah saya lakukan dengan betul ? Selain itu ia juga berperanan
sebagai pengukuhan kendiri dan juga berfungsi untuk penentuan dalaman dan luaran.
Menurut David Shaffer, konsep kendiri merupakan kombinasi antara fizikal dan
psikologikal yang dianggap sebagai sesuatu yang unik pada setiap individu. Beliau
menggunakan istilah “ looking glass self ” untuk menegaskan bahawa seseorang itu
memahami dirinya seperti pantulan bagaimana orang lain bergerak balas terhadap diri
mereka.
Sistem kendiri terbahagi kepada 3 iaitu :-
1. Pengetahuan kendiri : Apakah yang kanak-kanak tahu tentang dirinya
2. Penilaian kendiri : Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pandangan kanak-kanak
terhadap dirinya
3. Pengaturan kendiri : Bagaimana dan bila kanak-kanak memperoleh kawalan kendiri.