SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
SULIT 1103/2
1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
September
2008
2 ½ jam
PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008
ANJURAN BERSAMA
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN) PERLIS
DAN JABATAN PELAJARAN PERLIS
______________________________________________________________
BAHASA MELAYU
Kertas 2
Dua jam tiga puluh minit
_____________________________________________________________
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak
[Lihat sebelah
1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT
2
Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
remaja bekerja sambilan dan keburukannya kepada remaja. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Berbagai-bagai pandangan telah dilontarkan berkaitan pelajar yang menjalankan
kerja sambilan di luar waktu belajar. Ada yang berpandangan positif dan tidak kurang
juga di sebaliknya. Yang pasti, perkara ini sudah menjadi lumrah dalam kalangan remaja
di kota, lebih-lebih lagi buat remaja daripada keluarga yang berpendapatan sederhana
atau rendah bagi membantu meringankan beban keluarga. Remaja yang bekerja sambilan
melakukan berbagai-bagai pekerjaan seperti menjadi pelayan di rangkaian restoran
makanan segera, membantu keluarga di gerai, bekerja di pasar raya dan sebagainya bagi
menimba pengalaman. Ada yang sekadar mahu mencari duit poket dengan bekerja
sambilan.
Pekerjaan sambilan ini tidak seharusnya menjejaskan pencapaian akademik
kerana kerja yang dilakukan adalah pada waktu lapang. Pelajar yang baik dapat
membahagikan masanya dengan bijak antara masa belajar dan masa bekerja. Bekerja
sambilan telah memahirkan pelajar dengan pengurusan masa yang terancang. Selain itu,
bekerja secara sambilan juga dapat mengelakkan masa lapang remaja terbuang begitu
sahaja. Pengalaman berinteraksi dengan orang ramai melalui pekerjaan sambilan mampu
mengembangkan kebolehan interpersonal bagi seseorang remaja. Remaja yang pernah
bekerja sambilan jauh lebih yakin apabila berhadapan dengan orang lain. Contohnya,
mereka akan dapat mempamerkan keterampilan diri ketika menghadapi temu duga.
Faktor keyakinan diri amat berharga dalam melayari alam pekerjaan dan kemajuan
kerjaya seseorang.
Bekerja sambilan juga mengajar remaja untuk lebih berdikari. Rata-rata golongan
remaja masih hidup dengan ihsan ibu bapa sepenuhnya. Dengan menggalakkan remaja
bekerja sambilan, akan terdoronglah mereka untuk memikul tanggungjawab kepada diri
sendiri. Hal ini bukan sahaja mematangkan mereka malah menerapkan sikap berdikari
yang dapat mengikis mentaliti subsidi sekali gus membentuk generasi muda yang maju,
berkeyakinan tinggi dan memiliki jati diri yang tinggi.
Kebebasan daripada budaya subsidi seperti menerima nota daripada guru atau
wang daripada ibu bapa amat perlu dalam membentuk jiwa keusahawanan. Selain itu,
sejajar dengan budaya timur, bekerja sambilan boleh membantu memupuk nilai murni
dalam diri remaja seperti sedia membantu, beradab sopan dengan orang lain dan jujur
serta amanah. Bekerja sambilan juga mampu meningkatkan tahap disiplin seseorang
remaja. Bayangkan jika anda bukan seorang yang berdisiplin, bagaimana cara yang betul
bagi memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan pekerja? Selain itu, perawakan
1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT
3
insan yang komited terhadap haluan hidup juga dapat dilahirkan melalui bekerja
sambilan. Tidak mungkin seorang yang tidak komited dapat menggalas tanggungjawab
sebagai pelajar dan pekerja.
Berdasarkan pengalaman remaja bekerja sambilan di serata dunia dan
dibandingkan dengan pengalaman remaja di negara ini, dapat disimpulkan bahawa
remaja yang bekerja sambilan lebih banyak menerima manfaat. Remaja yang bekerja
sambilan merupakan suatu fenomena yang positif dan salah satu cara paling berkesan
untuk membentuk modal insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada
‘Kerja Sambilan Mengikis Mentaliti Subsidi’
oleh Ron A.R,
Dewan Siswa, November 2007)
Soalan 2 : Pemahaman
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mengikis mentaliti subsidi.
[ 2 markah ]
(ii) Mengapakah remaja melakukan kerja sambilan?
[ 3 markah ]
(iii) Remaja yang bekerja sambilan terdedah kepada pelbagai gejala tidak sihat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah perkara ini dapat diatasi?
[ 4 markah ]
[Lihat sebelah
1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT
4
Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dalam setiap kenangan tentang Ripin, kini yang sering terkesan ialah sebelah
tangan temannya yang terjulur kaku. Tetapi kenangannya sekarang mula kusut sedikit
kerana dalam perut bot di bahagian enjinnya itu seorang anak sedang tidur nyenyak
dengan berbantalkan gulung tikar berpetak merah biru. Anak inilah yang ditemui berlari-
lari gementar dengan Rinda, kucingnya, di tepi jeti subuh tadi.
Deliah, cucu Ripin, memanggilnya sesungguh hati, meraung dan menjerit
memberitahu dirinya kini benar-benar piatu. Dan kucing Siam yang dikendongnya turut
mengiau-ngiau seolah-olah menyokongnya. Jumari Jipan terharu pilu. Dia memang kenal
hampir seluruh ahli keluarga anak itu, khususnya Ripin. Ibu, ayah dan seorang kakak
Deliah telah terkorban oleh tiga ledakan bom lapan hari lalu.
Ketika nahas itu berlaku, Jumari Jipan sedang menemani Deliah menyaksikan
segugus anak ikan berlenggang di bawah kipas kemudi botnya. Deliah memang gemar
dengan hidup-hidupan laut. Malah anak itu mudah leka melihat lumut yang berlenggang
lemah ataupun melihat anak ketam yang berjalan miring.
Subuh tadi anak itu ternyata benar terkejut dan gamam. Baru sehari, datuk Deliah,
penjaganya yang tunggal, terkorban oleh ledakan bom di tepi tebing teluk yang selama ini
diyakini tempat paling selamat. Semalam dia masih di tengah laut – hari ini baru dia
sempat menemui Deliah. Jumari Jipan memang lebih dekat dengan Ripin. Mereka
memang sama-sama sekolah, sama-sama seiring remaja, sama-sama sehari bersunat,
sama-sama beransur dewasa, sama-sama seketika mengikut rombongan sarkas Filipina
mengelilingi negeri, sebelum masing-masing mencari pekerjaan lain dan sama-sama juga
beransur tua.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen
‘Di Sisi Rinda’
oleh A. Samad Said dalam antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Mengapakah Jumari Jipan rasa terharu dan pilu? [ 3 markah ]
(ii) Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan untuk mengelakkan
peperangan? [ 3 markah ]
(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan dan dua nilai
kemanusiaan lain yang terdapat dalam cerpen. [ 3 markah ]
1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT
5
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hang Jebat pun menangis mendengar kata Laksamana demikian itu. Maka Laksamana
pun menangis kasihan hatinya pada Hang Jebat. Maka kata Hang Jebat, “Aku pun kerana
melihat engkau dibunuh oleh Bendahara tiada dengan dosanya; sebab itulah maka sakit
hatiku. Akan istimewa aku pula orang permainan tiada akan dibunuhnya, kerana raja itu
membunuh tiada dengan periksanya. Pada bicara hatiku, sedang engkau banyak
kebaktianmu dan jasamu lagi dibunuhnya oleh raja, istimewa aku pula. Sebab pun
kuperbuat demikian ini, sepala-pala nama jahat jangan kepalang, seperti pantun Melayu
rosak bawang ditimpa jambaknya; maka sempurnalah nama derhaka dan nama jahat.”
Maka kata Laksamana , “ Sungguh seperti katamu itu, tetapi akan kita diperhamba raja
ini hendaklah pada barang sesuatu pekerjaan itu bicarakan sangat-sangat, seperti kata
orang tua-tua; Baik mati dengan nama yang baik, jangan hidup dengan nama yang jahat,
supaya masuk syurga jemah.” Maka kata Hang Jebat, “Sebenarnyalah seperti kata orang
kaya itu. Apatah daya diperhamba? Sudahlah gerangan rupanya perjanjian diperhamba
akan mati dengan nama yang jahat; tetapi Si Jebat tiada memberi air muka sahabatnya
binasa, sehingga mati sudahlah. Tetapi Si Jebat tiada beranak. Adapun akan sekarang ada
seorang perempuan, dayang-dayang Datuk Bendahara, Dang Baru namanya, perempuan
itu bermukah dengan diperhamba. Sekarang ia bunting tujuh bulan. Adapun jika
perempuan itu beranak laki-laki, ambil oleh orang kaya jadikan pegawai anakanda Tun
Nadim. Jika ia perempuan, mana perintah ibunyalah. Inilah pesan diperhamba pada
orang kaya.”
(Dipetik daripada
‘Pertarungan Tuah dengan Jebat’
dalam antalogi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah maksud “ bicarakan sangat-sangat” dalam petikan di atas?
[ 2 markah ]
(ii) Nyatakan alasan yang diberikan oleh Hang Jebat terhadap tindakannya.
[ 3 markah ]
(iii) Pada pendapat anda, apakah cara yang dapat dilakukan untuk mengelakkan
Hang Jebat daripada dikenakan hukuman akibat tindakannya?
[ 3 markah ]
[ Lihat sebelah
1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT
6
Soalan 2 (d) Puisi
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
MANUSIA DAN KESEJAHTERAAN
Kelelahan kita semakin parah tenatnya
berserta kekejaman mengatasi kedamaian
titik pertemuan menjadi tentangan
tak siapa mahu beralah.
Saat ini siapa lagi sanggup bersemboyan
janjikan harapan semanis janji orang bercinta
setiap pembicaraan tanpa persatuan
kejujuran mati di hati.
Hari ini tak payah parau bertanya
ketuaan dunia akan tenggelam juga
dalam kebodohan manusia
yang kian bermuka dua.
Demi kelak dewasanya anakku
kau bikinlah perhitungan sendiri
untuk menjengah neraka kecintaan manusia
mencucuri bahan api neraka.
Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD!
tambah mengimbau sorotan kitab ESA!
hanya kesejahteraan membunga api.
SALMI MANJA
Antologi Anak Laut
Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Apakah yang dimaksudkan titik pertemuan menjadi tentangan?
[ 2 markah ]
(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya apabila manusia tidak
mementingkan kedamaian? [3 markah ]
(iii) Nyatakan tiga mesej yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah ]
1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT
7
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat daripada setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah
supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) tawar - tawar-menawar
(ii) senang - senang-lenang
(iii) lintang - lintang-pukang
[6 markah]
(b) Gabungkan ayat-ayat selapis di bawah ini supaya menjadi tiga ayat berlapis
tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
Pelbagai barang keperluan harian ada dijual di pasar sehari. Pasar itu diadakan
pada hari Ahad mulai pukul 7.00 pagi. Kebanyakan pelanggan datang dari daerah
berdekatan. Mereka tertarik dengan tawaran harga di pasar tersebut. Harganya
murah. Harganya berpatutan. Kawasan pasar itu sempit. Tempat letak kenderaan
juga agak terhad.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan
menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Badan amal itu telah menlancarkan Tabung Membantu Kanak-kanak
Leukimia bagi meringankan beban ibu bapa mereka.
(ii) Pengelibatan pelajar dalam Kem Motivasi Remaja anjuran Majlis Belia
Malaysia itu amat bermanafaat.
(iii) Projek mega yang menelan kos bebilion-bilion ringgit itu adalah hasil
usahasama antara Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi.
[6 markah]
[Lihat sebelah
1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT
8
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.
(i) Susunan fail-fail di atas meja Encik Ridzuan itu menghalang pandangan
Cik Emma yang sedang berborak dengannya.
(ii) “Bila kami sampai di tempat kejadian, mangsa kemalangan telah dibawa
ke hospital oleh orang biasa,” terang Inspektor Abu Mutalib kepada
pegawai atasannya.
(iii) Perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia menjadi punca
kemantapan ekonomi negara pada masa akan datang.
[6 markah]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan nyatakan satu peribahasa lain yang
mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa dalam ayat-ayat tersebut.
(i) Keputusannya untuk kembali menetap di kampung halamannya
setelah lebih dua puluh tahun berada di perantauan adalah seperti belut
pulang ke lumpur.
(ii) “Usahlah kau bimbang, nanti Si Buang tu akan balik ke pangkuan kau.
Dia kan adikkau? Kata orang, carik-carik bulu ayam lama-lama
bercantum juga,” nasihat Mak Sarah kepada Wahid.
(iii) Bakat Asmara dalam bidang seni itu diwarisi daripada kedua-dua ibu
bapanya, seperti kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya.
[6 markah]
1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT
9
Soalan 4 : Novel
[ 15 markah ]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang
menunjukkan pengorbanan watak.
[ 7 markah ]
(b) Antara nilai yang dipaparkan dalam sesebuah novel ialah kasih sayang.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai kasih
sayang.
[ 8 markah ]
KERTAS SOALAN TAMAT
1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT

More Related Content

What's hot

Modul pd p kssr (semakan 2017) sains tahun 2
Modul pd p kssr (semakan 2017) sains tahun 2Modul pd p kssr (semakan 2017) sains tahun 2
Modul pd p kssr (semakan 2017) sains tahun 2mhdaminomar
 
N o t a S e j a r a h T i n g k a t a n 5 K S S M BAB1.pdf
N o t a S e j a r a h T i n g k a t a n 5 K S S M BAB1.pdfN o t a S e j a r a h T i n g k a t a n 5 K S S M BAB1.pdf
N o t a S e j a r a h T i n g k a t a n 5 K S S M BAB1.pdfVictorKang12
 
Rph pola 5 terbeza edited 2 copy
Rph pola 5 terbeza  edited 2  copyRph pola 5 terbeza  edited 2  copy
Rph pola 5 terbeza edited 2 copyRaziah Abdul Rahim
 
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
INTEPRETASI tscs.pdf
INTEPRETASI tscs.pdfINTEPRETASI tscs.pdf
INTEPRETASI tscs.pdfsyarima1
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
Soalan kssr tahun 2 matematik
Soalan kssr tahun 2 matematikSoalan kssr tahun 2 matematik
Soalan kssr tahun 2 matematikHenry Lijunin
 
Lesson Study : Tool Kit 2 (Borang Pemerhatian)
Lesson Study : Tool Kit 2 (Borang Pemerhatian)Lesson Study : Tool Kit 2 (Borang Pemerhatian)
Lesson Study : Tool Kit 2 (Borang Pemerhatian)Mokhzani Fadir
 
Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4
Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4
Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4ar-rifke.com
 
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 3 2019
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 3 2019Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 3 2019
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 3 2019Putry Shikin
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA INGGERIS TAHUN 2 2018
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA INGGERIS TAHUN 2 2018PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA INGGERIS TAHUN 2 2018
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA INGGERIS TAHUN 2 2018Nor Elyana Zainal
 
Modul penyelesaian masalah matematik 4
Modul penyelesaian masalah matematik 4Modul penyelesaian masalah matematik 4
Modul penyelesaian masalah matematik 4soulmoon
 
MATEMATIK TAHUN 4 - SOALAN + JAWAPAN
MATEMATIK TAHUN 4 - SOALAN + JAWAPANMATEMATIK TAHUN 4 - SOALAN + JAWAPAN
MATEMATIK TAHUN 4 - SOALAN + JAWAPANSayshare
 
Modul penyelesaian masalah matematik 2
Modul penyelesaian masalah matematik 2Modul penyelesaian masalah matematik 2
Modul penyelesaian masalah matematik 2soulmoon
 
Soalan Sejarah Tahun 4 Ujian Bulanan 1
Soalan Sejarah Tahun 4 Ujian Bulanan 1Soalan Sejarah Tahun 4 Ujian Bulanan 1
Soalan Sejarah Tahun 4 Ujian Bulanan 1Kamal Baharom
 
5. sains tahun 2 tumbuh tumbuhan
5. sains tahun 2 tumbuh tumbuhan 5. sains tahun 2 tumbuh tumbuhan
5. sains tahun 2 tumbuh tumbuhan Nor Hafiz
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6Rosell Roseliana Rusli
 
Soalan latihan unit 9 : Asid dan Alkali
Soalan latihan unit 9 : Asid dan AlkaliSoalan latihan unit 9 : Asid dan Alkali
Soalan latihan unit 9 : Asid dan Alkalisaintahun5
 
soalan Rbt tahun 5
soalan Rbt tahun 5soalan Rbt tahun 5
soalan Rbt tahun 5Shika Nara
 

What's hot (20)

Modul pd p kssr (semakan 2017) sains tahun 2
Modul pd p kssr (semakan 2017) sains tahun 2Modul pd p kssr (semakan 2017) sains tahun 2
Modul pd p kssr (semakan 2017) sains tahun 2
 
N o t a S e j a r a h T i n g k a t a n 5 K S S M BAB1.pdf
N o t a S e j a r a h T i n g k a t a n 5 K S S M BAB1.pdfN o t a S e j a r a h T i n g k a t a n 5 K S S M BAB1.pdf
N o t a S e j a r a h T i n g k a t a n 5 K S S M BAB1.pdf
 
Rph pola 5 terbeza edited 2 copy
Rph pola 5 terbeza  edited 2  copyRph pola 5 terbeza  edited 2  copy
Rph pola 5 terbeza edited 2 copy
 
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
 
INTEPRETASI tscs.pdf
INTEPRETASI tscs.pdfINTEPRETASI tscs.pdf
INTEPRETASI tscs.pdf
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Soalan kssr tahun 2 matematik
Soalan kssr tahun 2 matematikSoalan kssr tahun 2 matematik
Soalan kssr tahun 2 matematik
 
Lesson Study : Tool Kit 2 (Borang Pemerhatian)
Lesson Study : Tool Kit 2 (Borang Pemerhatian)Lesson Study : Tool Kit 2 (Borang Pemerhatian)
Lesson Study : Tool Kit 2 (Borang Pemerhatian)
 
Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4
Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4
Kertas Ujian Pendidikan Moral KSSR Tahun 4
 
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 3 2019
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 3 2019Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 3 2019
Peperiksaan Pertengahan Tahun Sains Tahun 3 2019
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA INGGERIS TAHUN 2 2018
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA INGGERIS TAHUN 2 2018PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA INGGERIS TAHUN 2 2018
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA INGGERIS TAHUN 2 2018
 
Modul penyelesaian masalah matematik 4
Modul penyelesaian masalah matematik 4Modul penyelesaian masalah matematik 4
Modul penyelesaian masalah matematik 4
 
MATEMATIK TAHUN 4 - SOALAN + JAWAPAN
MATEMATIK TAHUN 4 - SOALAN + JAWAPANMATEMATIK TAHUN 4 - SOALAN + JAWAPAN
MATEMATIK TAHUN 4 - SOALAN + JAWAPAN
 
Modul penyelesaian masalah matematik 2
Modul penyelesaian masalah matematik 2Modul penyelesaian masalah matematik 2
Modul penyelesaian masalah matematik 2
 
Soalan Sejarah Tahun 4 Ujian Bulanan 1
Soalan Sejarah Tahun 4 Ujian Bulanan 1Soalan Sejarah Tahun 4 Ujian Bulanan 1
Soalan Sejarah Tahun 4 Ujian Bulanan 1
 
Latihan Kata Nama Khas Tahun 1
Latihan Kata Nama Khas Tahun 1Latihan Kata Nama Khas Tahun 1
Latihan Kata Nama Khas Tahun 1
 
5. sains tahun 2 tumbuh tumbuhan
5. sains tahun 2 tumbuh tumbuhan 5. sains tahun 2 tumbuh tumbuhan
5. sains tahun 2 tumbuh tumbuhan
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 6
 
Soalan latihan unit 9 : Asid dan Alkali
Soalan latihan unit 9 : Asid dan AlkaliSoalan latihan unit 9 : Asid dan Alkali
Soalan latihan unit 9 : Asid dan Alkali
 
soalan Rbt tahun 5
soalan Rbt tahun 5soalan Rbt tahun 5
soalan Rbt tahun 5
 

Viewers also liked (20)

KERTAS SOALAN BM F2
KERTAS SOALAN BM F2 KERTAS SOALAN BM F2
KERTAS SOALAN BM F2
 
2014 pt3 02_bahasa melayu
2014 pt3 02_bahasa melayu2014 pt3 02_bahasa melayu
2014 pt3 02_bahasa melayu
 
Komsas soalan 2 (d)
Komsas soalan 2 (d)Komsas soalan 2 (d)
Komsas soalan 2 (d)
 
Peperiksaan akhir tahun bm
Peperiksaan akhir tahun bmPeperiksaan akhir tahun bm
Peperiksaan akhir tahun bm
 
Latihan ulasan PT3
Latihan ulasan PT3Latihan ulasan PT3
Latihan ulasan PT3
 
Komsas soalan 2 (b)
Komsas soalan 2 (b)Komsas soalan 2 (b)
Komsas soalan 2 (b)
 
Komsas soalan 2 (c)
Komsas soalan 2 (c)Komsas soalan 2 (c)
Komsas soalan 2 (c)
 
Soalan percubaan bahasa melayu pt3
Soalan percubaan bahasa melayu   pt3Soalan percubaan bahasa melayu   pt3
Soalan percubaan bahasa melayu pt3
 
Pentaksiran Bahasa Inggeris Tingkatan 2
Pentaksiran Bahasa Inggeris Tingkatan 2Pentaksiran Bahasa Inggeris Tingkatan 2
Pentaksiran Bahasa Inggeris Tingkatan 2
 
Latihan peribahasa bergambar PT3
Latihan peribahasa bergambar PT3Latihan peribahasa bergambar PT3
Latihan peribahasa bergambar PT3
 
Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2Latihan kesalahan ejaan 2
Latihan kesalahan ejaan 2
 
Tingkatan 1bm
Tingkatan 1bmTingkatan 1bm
Tingkatan 1bm
 
Notabm
NotabmNotabm
Notabm
 
Cerpen hadiah
Cerpen hadiahCerpen hadiah
Cerpen hadiah
 
Komsas nota 2016
Komsas   nota 2016Komsas   nota 2016
Komsas nota 2016
 
Majlis Telancaran Tahun Membaca 2013
Majlis Telancaran Tahun Membaca 2013Majlis Telancaran Tahun Membaca 2013
Majlis Telancaran Tahun Membaca 2013
 
Memahami dan menggunakan i think
Memahami dan menggunakan i thinkMemahami dan menggunakan i think
Memahami dan menggunakan i think
 
Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.
 
Mesyuarat bm 1 2014
Mesyuarat bm 1 2014Mesyuarat bm 1 2014
Mesyuarat bm 1 2014
 
Teks pengacara (moderator) pmb
Teks pengacara (moderator) pmbTeks pengacara (moderator) pmb
Teks pengacara (moderator) pmb
 

Similar to soalan

Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Smk Gelam
 
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2Siti Nur Aidah Ayob
 
MRSM BM Kertas 2
MRSM BM Kertas 2MRSM BM Kertas 2
MRSM BM Kertas 2Azizi Net
 
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka firuzi
 
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5][Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]Nur faizah Baharin
 
Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Kay Aniza
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...Normarjana Ibrahim
 
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 1
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 1SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 1
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 1Phaphy Wahyudhi
 
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 b.melayu
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 b.melayu[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 b.melayu
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 b.melayusabarmohd66s
 
Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4Faizul Hafiz
 
Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Kay Aniza
 
Contoh kalimat deduktif dan induktif
Contoh kalimat deduktif dan induktifContoh kalimat deduktif dan induktif
Contoh kalimat deduktif dan induktifIbal Fisika
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011Normarjana Ibrahim
 

Similar to soalan (20)

Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013Bm k 2 spm trial 2013
Bm k 2 spm trial 2013
 
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
BAHASA MALAYSIA TINGKATAN 4 KERTAS 2
 
+Sbp BM spm 2017
+Sbp BM spm 2017+Sbp BM spm 2017
+Sbp BM spm 2017
 
Sample trial exam bm 2020 (pp)
Sample trial exam bm 2020 (pp)Sample trial exam bm 2020 (pp)
Sample trial exam bm 2020 (pp)
 
MRSM BM Kertas 2
MRSM BM Kertas 2MRSM BM Kertas 2
MRSM BM Kertas 2
 
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
Bahasa melayu k2-percubaan-spm 2010-set2-melaka
 
Kertas 2-bm-t4
Kertas 2-bm-t4Kertas 2-bm-t4
Kertas 2-bm-t4
 
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5][Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
 
Bm johor 2012
Bm johor 2012Bm johor 2012
Bm johor 2012
 
Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1Bm Kertas2 Set1
Bm Kertas2 Set1
 
2012 bm 2 pulau pinang
2012 bm 2 pulau pinang2012 bm 2 pulau pinang
2012 bm 2 pulau pinang
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
 
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 1
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 1SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 1
SOAL PENGAYAAN UN BAHASA INDONESIA PAKET 1
 
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 b.melayu
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 b.melayu[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 b.melayu
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 b.melayu
 
Sajak Kecek
Sajak KecekSajak Kecek
Sajak Kecek
 
Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4
 
Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3Bm Kertas2 Set3
Bm Kertas2 Set3
 
Contoh kalimat deduktif dan induktif
Contoh kalimat deduktif dan induktifContoh kalimat deduktif dan induktif
Contoh kalimat deduktif dan induktif
 
2 diksi
2 diksi2 diksi
2 diksi
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 SETARA DAERAH JOHOR BAHRU 2011
 

Recently uploaded

AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024ssuser0bf64e
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".Kanaidi ken
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptxfurqanridha
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerakputus34
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru PenggerakSkenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
Skenario Lokakarya 2 Pendidikan Guru Penggerak
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

soalan

  • 1. SULIT 1103/2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 September 2008 2 ½ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008 ANJURAN BERSAMA PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN) PERLIS DAN JABATAN PELAJARAN PERLIS ______________________________________________________________ BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit _____________________________________________________________ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak [Lihat sebelah 1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT
  • 2. 2 Soalan 1 : Rumusan [ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah remaja bekerja sambilan dan keburukannya kepada remaja. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Berbagai-bagai pandangan telah dilontarkan berkaitan pelajar yang menjalankan kerja sambilan di luar waktu belajar. Ada yang berpandangan positif dan tidak kurang juga di sebaliknya. Yang pasti, perkara ini sudah menjadi lumrah dalam kalangan remaja di kota, lebih-lebih lagi buat remaja daripada keluarga yang berpendapatan sederhana atau rendah bagi membantu meringankan beban keluarga. Remaja yang bekerja sambilan melakukan berbagai-bagai pekerjaan seperti menjadi pelayan di rangkaian restoran makanan segera, membantu keluarga di gerai, bekerja di pasar raya dan sebagainya bagi menimba pengalaman. Ada yang sekadar mahu mencari duit poket dengan bekerja sambilan. Pekerjaan sambilan ini tidak seharusnya menjejaskan pencapaian akademik kerana kerja yang dilakukan adalah pada waktu lapang. Pelajar yang baik dapat membahagikan masanya dengan bijak antara masa belajar dan masa bekerja. Bekerja sambilan telah memahirkan pelajar dengan pengurusan masa yang terancang. Selain itu, bekerja secara sambilan juga dapat mengelakkan masa lapang remaja terbuang begitu sahaja. Pengalaman berinteraksi dengan orang ramai melalui pekerjaan sambilan mampu mengembangkan kebolehan interpersonal bagi seseorang remaja. Remaja yang pernah bekerja sambilan jauh lebih yakin apabila berhadapan dengan orang lain. Contohnya, mereka akan dapat mempamerkan keterampilan diri ketika menghadapi temu duga. Faktor keyakinan diri amat berharga dalam melayari alam pekerjaan dan kemajuan kerjaya seseorang. Bekerja sambilan juga mengajar remaja untuk lebih berdikari. Rata-rata golongan remaja masih hidup dengan ihsan ibu bapa sepenuhnya. Dengan menggalakkan remaja bekerja sambilan, akan terdoronglah mereka untuk memikul tanggungjawab kepada diri sendiri. Hal ini bukan sahaja mematangkan mereka malah menerapkan sikap berdikari yang dapat mengikis mentaliti subsidi sekali gus membentuk generasi muda yang maju, berkeyakinan tinggi dan memiliki jati diri yang tinggi. Kebebasan daripada budaya subsidi seperti menerima nota daripada guru atau wang daripada ibu bapa amat perlu dalam membentuk jiwa keusahawanan. Selain itu, sejajar dengan budaya timur, bekerja sambilan boleh membantu memupuk nilai murni dalam diri remaja seperti sedia membantu, beradab sopan dengan orang lain dan jujur serta amanah. Bekerja sambilan juga mampu meningkatkan tahap disiplin seseorang remaja. Bayangkan jika anda bukan seorang yang berdisiplin, bagaimana cara yang betul bagi memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan pekerja? Selain itu, perawakan 1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT
  • 3. 3 insan yang komited terhadap haluan hidup juga dapat dilahirkan melalui bekerja sambilan. Tidak mungkin seorang yang tidak komited dapat menggalas tanggungjawab sebagai pelajar dan pekerja. Berdasarkan pengalaman remaja bekerja sambilan di serata dunia dan dibandingkan dengan pengalaman remaja di negara ini, dapat disimpulkan bahawa remaja yang bekerja sambilan lebih banyak menerima manfaat. Remaja yang bekerja sambilan merupakan suatu fenomena yang positif dan salah satu cara paling berkesan untuk membentuk modal insan yang berjaya di dunia dan akhirat. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Kerja Sambilan Mengikis Mentaliti Subsidi’ oleh Ron A.R, Dewan Siswa, November 2007) Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2 (a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata mengikis mentaliti subsidi. [ 2 markah ] (ii) Mengapakah remaja melakukan kerja sambilan? [ 3 markah ] (iii) Remaja yang bekerja sambilan terdedah kepada pelbagai gejala tidak sihat. Pada pendapat anda, bagaimanakah perkara ini dapat diatasi? [ 4 markah ] [Lihat sebelah 1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT
  • 4. 4 Soalan 2 (b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dalam setiap kenangan tentang Ripin, kini yang sering terkesan ialah sebelah tangan temannya yang terjulur kaku. Tetapi kenangannya sekarang mula kusut sedikit kerana dalam perut bot di bahagian enjinnya itu seorang anak sedang tidur nyenyak dengan berbantalkan gulung tikar berpetak merah biru. Anak inilah yang ditemui berlari- lari gementar dengan Rinda, kucingnya, di tepi jeti subuh tadi. Deliah, cucu Ripin, memanggilnya sesungguh hati, meraung dan menjerit memberitahu dirinya kini benar-benar piatu. Dan kucing Siam yang dikendongnya turut mengiau-ngiau seolah-olah menyokongnya. Jumari Jipan terharu pilu. Dia memang kenal hampir seluruh ahli keluarga anak itu, khususnya Ripin. Ibu, ayah dan seorang kakak Deliah telah terkorban oleh tiga ledakan bom lapan hari lalu. Ketika nahas itu berlaku, Jumari Jipan sedang menemani Deliah menyaksikan segugus anak ikan berlenggang di bawah kipas kemudi botnya. Deliah memang gemar dengan hidup-hidupan laut. Malah anak itu mudah leka melihat lumut yang berlenggang lemah ataupun melihat anak ketam yang berjalan miring. Subuh tadi anak itu ternyata benar terkejut dan gamam. Baru sehari, datuk Deliah, penjaganya yang tunggal, terkorban oleh ledakan bom di tepi tebing teluk yang selama ini diyakini tempat paling selamat. Semalam dia masih di tengah laut – hari ini baru dia sempat menemui Deliah. Jumari Jipan memang lebih dekat dengan Ripin. Mereka memang sama-sama sekolah, sama-sama seiring remaja, sama-sama sehari bersunat, sama-sama beransur dewasa, sama-sama seketika mengikut rombongan sarkas Filipina mengelilingi negeri, sebelum masing-masing mencari pekerjaan lain dan sama-sama juga beransur tua. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen ‘Di Sisi Rinda’ oleh A. Samad Said dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapakah Jumari Jipan rasa terharu dan pilu? [ 3 markah ] (ii) Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan untuk mengelakkan peperangan? [ 3 markah ] (iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan dan dua nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam cerpen. [ 3 markah ] 1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT
  • 5. 5 Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Hang Jebat pun menangis mendengar kata Laksamana demikian itu. Maka Laksamana pun menangis kasihan hatinya pada Hang Jebat. Maka kata Hang Jebat, “Aku pun kerana melihat engkau dibunuh oleh Bendahara tiada dengan dosanya; sebab itulah maka sakit hatiku. Akan istimewa aku pula orang permainan tiada akan dibunuhnya, kerana raja itu membunuh tiada dengan periksanya. Pada bicara hatiku, sedang engkau banyak kebaktianmu dan jasamu lagi dibunuhnya oleh raja, istimewa aku pula. Sebab pun kuperbuat demikian ini, sepala-pala nama jahat jangan kepalang, seperti pantun Melayu rosak bawang ditimpa jambaknya; maka sempurnalah nama derhaka dan nama jahat.” Maka kata Laksamana , “ Sungguh seperti katamu itu, tetapi akan kita diperhamba raja ini hendaklah pada barang sesuatu pekerjaan itu bicarakan sangat-sangat, seperti kata orang tua-tua; Baik mati dengan nama yang baik, jangan hidup dengan nama yang jahat, supaya masuk syurga jemah.” Maka kata Hang Jebat, “Sebenarnyalah seperti kata orang kaya itu. Apatah daya diperhamba? Sudahlah gerangan rupanya perjanjian diperhamba akan mati dengan nama yang jahat; tetapi Si Jebat tiada memberi air muka sahabatnya binasa, sehingga mati sudahlah. Tetapi Si Jebat tiada beranak. Adapun akan sekarang ada seorang perempuan, dayang-dayang Datuk Bendahara, Dang Baru namanya, perempuan itu bermukah dengan diperhamba. Sekarang ia bunting tujuh bulan. Adapun jika perempuan itu beranak laki-laki, ambil oleh orang kaya jadikan pegawai anakanda Tun Nadim. Jika ia perempuan, mana perintah ibunyalah. Inilah pesan diperhamba pada orang kaya.” (Dipetik daripada ‘Pertarungan Tuah dengan Jebat’ dalam antalogi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah maksud “ bicarakan sangat-sangat” dalam petikan di atas? [ 2 markah ] (ii) Nyatakan alasan yang diberikan oleh Hang Jebat terhadap tindakannya. [ 3 markah ] (iii) Pada pendapat anda, apakah cara yang dapat dilakukan untuk mengelakkan Hang Jebat daripada dikenakan hukuman akibat tindakannya? [ 3 markah ] [ Lihat sebelah 1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT
  • 6. 6 Soalan 2 (d) Puisi Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. MANUSIA DAN KESEJAHTERAAN Kelelahan kita semakin parah tenatnya berserta kekejaman mengatasi kedamaian titik pertemuan menjadi tentangan tak siapa mahu beralah. Saat ini siapa lagi sanggup bersemboyan janjikan harapan semanis janji orang bercinta setiap pembicaraan tanpa persatuan kejujuran mati di hati. Hari ini tak payah parau bertanya ketuaan dunia akan tenggelam juga dalam kebodohan manusia yang kian bermuka dua. Demi kelak dewasanya anakku kau bikinlah perhitungan sendiri untuk menjengah neraka kecintaan manusia mencucuri bahan api neraka. Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD! tambah mengimbau sorotan kitab ESA! hanya kesejahteraan membunga api. SALMI MANJA Antologi Anak Laut Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Apakah yang dimaksudkan titik pertemuan menjadi tentangan? [ 2 markah ] (ii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya apabila manusia tidak mementingkan kedamaian? [3 markah ] (iii) Nyatakan tiga mesej yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah ] 1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT
  • 7. 7 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat daripada setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) tawar - tawar-menawar (ii) senang - senang-lenang (iii) lintang - lintang-pukang [6 markah] (b) Gabungkan ayat-ayat selapis di bawah ini supaya menjadi tiga ayat berlapis tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Pelbagai barang keperluan harian ada dijual di pasar sehari. Pasar itu diadakan pada hari Ahad mulai pukul 7.00 pagi. Kebanyakan pelanggan datang dari daerah berdekatan. Mereka tertarik dengan tawaran harga di pasar tersebut. Harganya murah. Harganya berpatutan. Kawasan pasar itu sempit. Tempat letak kenderaan juga agak terhad. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Badan amal itu telah menlancarkan Tabung Membantu Kanak-kanak Leukimia bagi meringankan beban ibu bapa mereka. (ii) Pengelibatan pelajar dalam Kem Motivasi Remaja anjuran Majlis Belia Malaysia itu amat bermanafaat. (iii) Projek mega yang menelan kos bebilion-bilion ringgit itu adalah hasil usahasama antara Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi. [6 markah] [Lihat sebelah 1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT
  • 8. 8 (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan- kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i) Susunan fail-fail di atas meja Encik Ridzuan itu menghalang pandangan Cik Emma yang sedang berborak dengannya. (ii) “Bila kami sampai di tempat kejadian, mangsa kemalangan telah dibawa ke hospital oleh orang biasa,” terang Inspektor Abu Mutalib kepada pegawai atasannya. (iii) Perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia menjadi punca kemantapan ekonomi negara pada masa akan datang. [6 markah] (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan nyatakan satu peribahasa lain yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa dalam ayat-ayat tersebut. (i) Keputusannya untuk kembali menetap di kampung halamannya setelah lebih dua puluh tahun berada di perantauan adalah seperti belut pulang ke lumpur. (ii) “Usahlah kau bimbang, nanti Si Buang tu akan balik ke pangkuan kau. Dia kan adikkau? Kata orang, carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga,” nasihat Mak Sarah kepada Wahid. (iii) Bakat Asmara dalam bidang seni itu diwarisi daripada kedua-dua ibu bapanya, seperti kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. [6 markah] 1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT
  • 9. 9 Soalan 4 : Novel [ 15 markah ] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Terminal Tiga karya Othman Puteh (ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof (iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said (iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah (vii) Julia karya Abu Hassan Morad (viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad (a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan pengorbanan watak. [ 7 markah ] (b) Antara nilai yang dipaparkan dalam sesebuah novel ialah kasih sayang. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu nilai kasih sayang. [ 8 markah ] KERTAS SOALAN TAMAT 1103/2 © Hak Cipta Panitia Bahasa Melayu JPNPs SULIT