SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )




                            LAMPIRAN 2

                                                        PEMARKAHAN
                                                     1. BAHAN PP
                                                     2. ESEI
                                                     3. FORUM
                                                        JUMLAH

                                    RIS
                        SEMESTER 1 SESI 2010/2011


                            KOD & NAMA KURSUS




      EDU 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1


                                   TAJUK


                       PORTFOLIO

                                KUMPULAN
                                 TAWAU02


                             DISEDIAKAN OLEH
              NAMA                          NO. ID        NO. TELEFON
       RUSINAH BINTI ANAS                D20112054279      0138675172




NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. MOHD NIZAM BIN NASRIFAN
TARIKH SERAH: 12 MEI 2012


                                                                        1
Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )




Kandungan                                   Halaman




Pengenalan                                    3&4




Model ASSURE                                   4-7




Contoh pelaksanaan Model ASSURE dalam P&P      7 - 11




Rumusan                                        11 - 12




Rujukan                                        12




                                                         2
Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )

Pengenalan


       Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak dapat
mencapai kompetensi dalam pengajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka
dengan jujur dan dengan penuh minat sentiasa merasakan perlunya mengetahui APA yang
hendak dibuat dan BAGAIMANA mereka merancang untuk melaksanakannya. Daya penarik,
pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan pengalaman bukan merupakan
pengganti kepada perancangan yang berterusan dan berkesan.(Prenh, 1980)
       Menurut Hunter (1987), mengajar perkarapperkara yang tidak berguna secara baik atau
mengajar perkara-perkara yang buruk, merupakan kesilapan dalam pendidikan. Dengan itu,
pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran adalah penting kepada seorang guru bagi
memastikan keberkesanan pengajaran yang dirancang dan disampaikan. Terdapat beberapa
reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan oleh para guru. Apakah reka bentuk
pengajaran? Menurut Dick dan Reiser (1989), reka bentuk pengajaran ialah suatu proses
sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Richey
(1986), pula mendifinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta spesifikasi
pengajaran dengan terperinci untuk pengembagan, penilaian dan penyelenggaraan suatu
keadaan yang memudahkan pembelajaran.
       Justeru itu, walaupun terdapat banyak model reka bentuk pengajaran, tetapi
keseluruhannya, harus mengambil enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses
pengajaran, iaitu, menentukan keperluan pelajar, menentukan matlamat dan objektif, membina
prosedur penilaian, mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian, mencuba sistem
pengajaran dan menilai keseluruhan sistem.
Gustafon (1991), telah membahagikan model-model tersebut kepada 3 tumpuan iaitu; Model
Berorentasikan Bilik Darjah, Model Berorentasikan Prodak dan Model Berorentasikan Sistem.
Model ASSURE merupakan satu contoh reka bentuk pengajaran yang berorentasikan bilik
darjah kerana ia merupakan model reka bentuk yang berskala kecil yang tertumpu kepada
perancangan bagi satu masa pengajaran.Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk
menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Dick dan Reiser (1989),pengajaran yang
berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang
diharapkan. Pelajaran berkesan juga digemari oleh para pelajar. Oleh yang demikian, dapatlah
disimpulkan bahawa, pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap akan membantu
mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar,
sekaligus membantu membina disiplin yang positif di kalangan murid atau pelajar juga pengajar.

                                                                                            3
Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )

Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajarannya dengan lancer, menarik serta tidak
membazir masa juga teratur sepanjang proses P&P berlangsung.


Model ASSURE


       Model ASSURE digubal pada tahun 1982 oleh Heinich dan rakan-rakannya. Model ini
merupakan model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang
penggunaan media dalam proses pengajaran secara sistematik. Model ini lebih berfokus
kepada perancangan pengajaran dalam bilik darjah. Perancangan pengajaran yang dirancang
dengan teliti dan lengkap dan      tersusun akan menghasilkan pengajaran yang       berkesan.
Terdapat enam langkah utama dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE iaitu;


A – analyse learner (Analisis murid)
S – State objective ( Nyatakan objektif )
S – Select method, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan )
U – Utilise media and materials ( Guna media dan bahan )
R – Require learner participation ( Penglibatan murid )
E – Evaluate and revise ( Nilai dan semak )


Analyse learner ( Analisis murid )
       Menganalisis murid atau pelajar atau pelanggan dalam di dalam bilik darjah merupakan
langkah pertama dalam model ASSURE. Di dalam langkah ini, terdapat tiga ciri utama yang
dianggap kritikal dan perlu diambil perhatian iaitu, ciri-ciri umum perwatakan murid,
pengetahuan sedia ada murid serta gaya pembelajaran mereka.
       Dalam proses menganalisis pelajar, seseorang guru perlu mengetahui latar belakang,
tahap sosio-ekonomi, umur, jantina, bakat, budaya dan gaya pembelajaran pelajar. Ini bertujuan
untuk memudahkan seseorang guru menyesuaikan isi kandungan pelajaran dan media dengan
tahap kebolehan dan keyakinan pelajar. Pemerhatian sedemikian rupa boleh diperolehi semasa
suai kenal, sesi pengajaran dan pembelajaran juga melalui borang data.
       Bagi membantu keberkesanan pengajaran, pengetahuan sedia ada murid juga penting
untuk diambil kira. Dalam sesebuah bilik darjah, pengalaman dan pengetahuan murid adalah
berbeza. Oleh yang demikian, seseorang guru perlu mengetahui tahap pengetahuan sedia ada
murid terlebih dahulu sebelum memulakan topic pengajaran yang dirancang. Bagaimanapun,
sekiranya analisis mendapati murid-murid telah menguasai kemahiran dan pengetahuan

                                                                                            4
Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )

berkenaan, maka guru boleh menukar method kepada pembelajaran yang member penekanan
individu serta menyediakan instruksional kendiri yang membolehkan murid memenuhi
kemampuan masing-masing.
       Manakala gaya pembelajaran merupakan kluster trait psikologi yang menerangkan
bagaimana seseorang itu menanggapi sesuatu, berinteraksi serta memeberi respon kepada
persekitaran pembelajaran yang disediakan oleh guru. Ia merujuk kepada cara yang paling
sesuai dan berkesan untuk seseorang menguasai pelajaran. Gaya pembelajaran individu dapat
mempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk persepsi.
Sesuatu perancangan pengajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan
sesuatu pembelajaran lebih berkesan dan berkualiti.


State objectives ( Nyatakan objektif )
       Langkah kedua model ini , merupakan satu tahap penekanan kepada ilmu pengetahuan
atau kemahiran atau sikap baru yang akan atau perlu dikuasai oleh murid pada akhir
pembelajaran. Pernyataan objektif haruslah berfokus, jelas dan spesifik. Misalnya, ‘pada akhir
pelajaran, murid dapat membina 5 ayat penyata dengan menggunakan perkataan yang diberi.
Objektif-objektif yang jelas dapat memastikan adakah pencapaian murid mencapai kehendak
atau menepati ilmu pengetahuan atau kemahiran yang telah dipelajari.


Select method, media dan materials ( Pilih kedah, media dan bahan )
       Terdapat tiga langkah penting dalam pemilihan bahan yang perlu dijalankan. Pertama,
pilih kaedah yang bersesuaian dengan ciri-ciri murid, pengetahuan sedia ada murid, gaya
pembelajaran serta objektif pembelajaran. Kedua ialah format media. Pemilihan format media
instruksional bergantung kepada objektif dan cara yang difikir paling berkesan dapat
menyampaikan isi kandungan pelajaran. Format media instruksional ini adalah merujuk kepada
alat yang digandingkan untuk menampilkan imej atau mesej. Misalnya, set computer multimedia
yang boleh menampilkan imej, grafik, teks, audio, dan video, televisyen, papan tulis, alat audio
seperti radio. Ketiga, memilih bahan sedia ada atau mengubah suai bahan yang sedia ada atau
mereka bentuk bahan yang baru. Ketiga-tiga tindakan ini haruslah merujuk kepada kesesuaian
objektif dan kesesuaian perancangan pembelajaran yang dirancang serta memenuhi semua
kehendak kurikulum dan tidak membebankan mana-mana pihak.




                                                                                              5
Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )

Utilise media and materials ( Guna media dan bahan )
       Pada peringkat ini, merupakan aras yang memerlukan penyediaan bahan yang
sempurna dan harus berakhir dengan penggunaan yang sempurna dan berkesan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Penggunaan sesuatu media dan bahan haruslah
member manfaat kepada guru dan murid. Heinich (2005) mencadangkan lima langkah
penggunaan media instruksional yang berkesan iaitu;


   1. Pratonton bahan : guru perlu melihat dan menilai terlebih dahulu media atau bahan yang
       hendak digunakan sebelum dipertontonkan kepada murid bagi memastikan bahan
       tersebut benar-benar sesuai dengan isi kandungan pembelajaran, bersesuaian dengan
       budaya, kepercayaan, serta mempunyai nilai-nilai yang positif.
   2. Sediakan bahan : sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
       memastikan bahan yang berkaitan berada dalam keadaan yang sedia untuk digunakan,
       serta tersusun penggunaannya.
   3. Sediakan persekitaran pembelajaran : penyediaan bahan yang dipilih perlu disesuaikan
       dengan persekitaran ruang pembelajaran yang dirancang, boleh dilihat, guru dan murid
       dan murid boleh melihat antara satu sama lain.
   4. Sediakan murid : ada murid atau penonton yang menonton kerana berminat atau
       sediakan set induksi yang boleh menarik perhatian semua lapisan murid agar p&p dapat
       dijalankan tanpa gangguan atau mengikut apa yang telah dirancang.
   5. Sediakan pengalaman pembelajaran : sekiranya guru perlu sebagai pemuda cara dan
       murid adalah pengguna bahan yang dirancang, maka guru perlu bertindak professional
       dengan menguasai pengetahuan, kemahiran dan isi kandungan bagi membantu murid
       menimba pengalaman pembelajaran.


Require learner participation ( Penglibatan Murid)
      Penglibatan murid merupakah suatu suasana pembelajaran yang memerlukan
penglibatan murid atau pelajaran secara aktif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku yang
diharapkan. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai contohnya penggunaan gambar,
gambar bersiri, video dan animasi akan dapat mencetuskan perbincangan kumpulan,
penjanaan idea dan penglibatan aktif murid. Selain daripada itu, teknik membuat latihan, latih
tubi, kuiz juga simulasi adalah salah satu teknik menarik yang boleh meanarik minat semua
murid untuk turuf bergiat aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.



                                                                                            6
Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )



Evaluate and revise ( Melakukan penilaian dan pengubahsuaian )
        Langkah terakhir dalam model ASSURE ialah menilai dan menyemak semula. Proses ini
berlaku berterusan semenjak awal perancangan, semasa pelaksanaan dan akhir proses
instruksional. Penilaian dan pengubahsuaian sangatlah penting agar proses pengajaran
tersebut berkesan. Refleksi akhir pengajaran sangat perlu bagi mendapatkan respon hasil
pembelajaran tercapai atau tidak. Ia adalah bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang berkesan atau tidak
agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang.


Contoh pelaksanaan model ASSURE dalam pengajaran


Tajuk : Ke Puncak Jaya 1(a)
Kelas : Tahun 5
Masa : 60 minit
Objektif : Di akhir pelajaran ini, murid dapat;
              1. Membina ayat ayat berdasarkan gambar dengan menggunakan diksi yang
sesuai.


                     Isi pelajaran       Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran            Catatan
                                      1. Tunjuk gambar (rujuk buku teks Bahasa      Media :
Set Induksi      Mentafsir gambar        Melayu Tahun 5 m/s 86)                     Buku teks
(5 minit )
                 . berdasarkan        2. Teliti dan fahami aktiviti dalam gambar    Pengtahuan
                   gambar               dan buat soal jawab seketika; minta dua     sedia ada
                  aktiviti mendaki      orang murid menceritakan pengalaman         murid;
                  gunung                masing- masing semasa mendaki               Pernah
                                        gunung atau bukit bersama rombongan         mengikuti
                                        atau bersama rakan- rakan atau semasa       aktiviti
                                        jungle tracking yang dianjurkan oleh unit   perkhemahan
                                        beruniform sekolah.                         unitberuniform
                                                                                    (ada aktiviti




                                                                                               7
Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )




                  Isi pelajaran       Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran      Alat Bantu
                                                                                 Mengajar
                                                                             pengembaraan
                                                                             dan mendaki
                                                                             bukit)
              Berbincang dan        1. Bentuk dua kumpulan murid. Edarkan    Media :
Langkah 1     menyenaraikan diksi     kad manila dan pen marker. Beri        Buku teks
(10 minit )   yang bersesuaian        tugasan kepada setiap kumpulan;
              dengan gambar                                                  Bahan :
                                      Gambar A untuk kumpulan 1              Kad manila
              . Berdasarkan           aktiviti mendaki                       Pen marker
              gambar
               aktiviti mendaki      Gambar B untuk kumpulan 2
               gunung/bukit dan       mengembara                             Objektif :
               mengembara                                                    Murid dapat
               murid                2. Berdasarkan gambar dan cerita         menyenaraikan
                                      pengalaman rakan, minta murid          sekurang-
                                      menyenaraikan seberapa banyak diksi    kurangnya 5
                                     yang bersesuaian dengan aktiviti yang   diksi yang
                                     dipaparkan.                             berkaitan
                                                                             dengan aktiviti
                                    Contoh : Gambar 1                        mendaki atau
                                                mendaki, berani, letih,      mengembara


                                                Gambar 2
                                                Mengharung, meredah


                                                                             Media :
Langkah 2     Pembentangan          1. Ahli kumpulan membentang hasil        Hasil kerja
(10 minit )   kumpulan                dapatan kumpulan                       kumpulan




                                                                                          8
Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )

              Membina 5 ayat          1. Berdasarkan hasil perbincangan,        Bahan :
Langkah 3     contoh                    kumpulan diminta membina ayat           hasil kerja
(20 minit )   menggunakan 3 atau        dengan menggunakan diksi yang           kumpulan
              lebih diksi yang          diperoleh bagi mengungkap cerita
              dipilih oleh kumpulan     disebalik gambar kumpulan masing-       Kad manila
              masing-masing             masing.
                                                                                Pen marker
                                      2. Pembentangan kumpulan
                                                                                Objektif:
                                                                                Murid dapat
                                                                                membina
                                                                                sekurang-
                                                                                kurangnya 5
                                                                                ayat dengan
                                                                                menggunakan
                                                                                diksi yang
                                                                                sesuai bagi
                                                                                mengungkapkan
                                                                                cerita di sebalik
                                                                                gambar.


                                                                                Bahan :
Penutup       Membina ayat sendiri    1. Murid diminta membina lima ayat bagi   Buku kerja
(15 minit )   berdasarkan gambar        setiap gambar dengan menggunakan        murid
              dengan                    diksi yang dipilih
              menggunakan diksi                                                 Objektif:
              yang dipilih              Gambar A lima ayat                      Murid dapat
                                                                                membina 10
                                        Gambar B lima ayat                      ayat dengan
                                                                                menggunakan
                                                                                diksi yang
                                                                                sesuai bagi
                                                                                mengungkapkan
                                                                                cerita di sebalik

                                                                                             9
Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )

                                                                                 gambar.


                                                                                 Refleksi :
                                                                                 …..murid boleh
                                                                                 membina
                                                                                 ayat….


                                                                                 …..murid tidak
                                                                                 dapat membina
                                                                                 ayat…


                                                                                 Tindakan
                                                                                 susulan:
                                                                                 Jika perlu
                                                                                 berdasarkan
                                                                                 refleksi




       Pada peringkat analisis pelajar, terlebih dahulu guru telah mengetahui dan mengenal
pasti semua murid yang hendak diajar sama ada lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, rajin
atau malas, pandai atau tidak telah merasai sendiri situasi pengembaraan dan pendakian
semasa aktiviti perkhemahan unit beruniform sekolah dijalankan. Oleh itu, adalah mudah bagi
guru merancang kesesuaian objektif, media dan bahan yang hendak atau boleh digunakan,
cara penggunaan bahan (TV/video/komputer) oleh murid. Keberangkalian penglibatan aktif
murid dan nilai yang akan diperolehi sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung adalah sangat memuaskan.


       Berdasarkan rancangan pengajaran di atas, langkah-langkah pelaksanaan model
ASSURE sepenuhnya berfungsi pada semua peringkat seperti;


   1. Dalam set induksi (pemilihan bahan, pengetahuan sedia ada murid)
       Media yang digunakan ialah gambar yang telah disediakan pada muka surat buku
       berkenaan. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan tayangan video berkaitan



                                                                                            10
Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )

     dengan mendaki gunung ataupun pengembaran atau mungkin melalui tayangan
     discovery chanel.
  2. Langkah 1 (objektif, pemilihan bahan, dan penglibatan murid )
     Dalam langkah 1, selaian mentafsir gambar, murid-murid juga boleh menyenaraikan
     diksi (berdasarkan objektif P&P) melalui tayangan yang ditonton tadi. Dalam langkah ini
     juga, murid tidak akan teragak-agak mengemukakan pendapat kerana pengalaman
     mereka dan tayangan yang ditonton saling berkaitan. Oleh itu, penglibatan aktif murid
     dapat dilihat dan dinilai pada peringkat ini.
  3. Langkah 2 (objektif, penglibatan murid, penilaian)
     Berdasarkan hasil dapatan kumpulan, guru dapat melihat dan menilai sejauh mana
     keberkesanan media dan bahan yang digunakan. Sekiranya murid menguasai
     sepenuhnya objektif yang hendak dicapai, maka penambahan baikan mungkin tidak
     diperlukan diperingkat ini (bergantung kepada tahap sosio-pembelajaran murid yang
     berikutnya) atau sebelumnya. Jika sebaliknya, maka tindakan susulan perlu diambil
     sebagai langkah kepada keberkesanan sesi pengajaran pada hari berikutnya.
  4. Langkah 3 (objektif, pemilihan bahan, penglibatan murid, penggunaan bahan)
     Pada peringkat ini, murid digalakkan bercerita dengan menggunakan ayat sendiri
     berdasarkan diksi yang disediakan oleh kumpulan masing-masing. Ahli kumpulan juga
     digalakan menghidupkan sendiri media yang digunakan dengan mod mute dan
     menceritakan tayangan yang sedang ditonton dengan menggunakan diksi yang sesuai
     dan bahasa sendiri. Objektif yang hendak dicapai dalam langkah ini ialah boleh
     mengungkapkan isi bahan dengan menggunakan bahasa sendiri dan pemilihan diksi
     yang sesuai.


  5. Langkah 4 atau penutup (objektif, penglibatan murid, keberkesanan pemilihan bahan
     penggunaan media atau bahan dan nilai)
     Bagi mengetahui objektif pembelajaran tercapai dan penggunaan bahan berkesan,murid
     akan diberikan tugasan peneguhan seperti, mengarang cerita pendek berkaitan aktiviti
     mendaki, atau aktiviti pengembaraan, atau membina ayat berkaitan aktiviti yang
     ditayangkan atau dibincangkan dengan menggunakan diksi yang sesuai. Selain itu,
     aktiviti menjawap soalan juga boleh dilakukan oleh murid melalui word yang telah sedia
     diset oleh guru jika sekolah yang berkenaan menyokong media dan bahan yang
     diperlukan serta murid-murid sudah mempunyai kemahiran menggunakan computer.



                                                                                         11
Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE )




Rumusan


       Model reka bentuk ASSURE merupakan satu model pengajaran yang mempunyai
banyak kebaikan kepada guru dalam perancang pengajaran dan pembelajaran. Sebelum
memulakan sesi pengajaran, terlebih dahulu guru telah bersedia dengan keberadaan murid-
murid yang dihadapinya. Langkah-langkah yang diperkenalkan dalam model ASSURE secara
lansung membantu guru merancang strategi pengajaran berdasarkan tahap keupayaan dan
kesediaan murid. Penggunaan sumber yang menarik, terancang dan berkualiti pasti tidak akan
membosankan murid. Hasil daripada itu, kesan positif yang diperoleh daripada aktiviti
pembelajaran akan dapat diaplikasikan oleh murid dalam proses P&P yang mendatang.




Rujukan


Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr. Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2011). HBEF
       Prinsip Teknologi Pengajaran. Hak cipta Open Universiti Malaysia (OUM)


Modul Pengajaran KPD3016 & KPD3026 (2011). Pengajaran, Teknologi & Pentaksiran (Jilid 2), PPL
       Universiti Pendidikan Sultan Idris . Tanjong Malim Perak


http://blogs.iium.edu.my/marzuki/files/2009/05/model-assure-pdf


http://www.moe.gov.my/bbt/pengurusanhakcipta.php


http://www.itc.utk.edu/”bobannon/writing_objektives.html




                                                                                                12

More Related Content

What's hot

Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubiTajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubiArachnis Flosaeris
 
Pemilihan media pengajaran mengikut model assure 2nd
Pemilihan media pengajaran mengikut model assure 2ndPemilihan media pengajaran mengikut model assure 2nd
Pemilihan media pengajaran mengikut model assure 2ndWany Hardy
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rphRyabbi Imp
 
Pengajaran langsung edited
Pengajaran langsung editedPengajaran langsung edited
Pengajaran langsung editedRadziah Mokhtar
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranNgan Jiaing
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikAfiqah Nooh
 
PKES3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
PKES3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATANPKES3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
PKES3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATANMary Lemok
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranhaslinda041770
 
Tugasan model & strategi pedagogi epm233 (cikgu azman)
Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)
Tugasan model & strategi pedagogi epm233 (cikgu azman)Norafsah Awang Kati
 
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSRStrategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSRSyafiq Mansor
 
Model pembelajaran integratif
Model pembelajaran integratifModel pembelajaran integratif
Model pembelajaran integratifHidayah Setiyanti
 
Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikHazwani Idrus
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 

What's hot (20)

Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubiTajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
Tajuk 4; konstruktivisme vs latih tubi
 
Teknik teknik pengajaran
Teknik teknik pengajaranTeknik teknik pengajaran
Teknik teknik pengajaran
 
Karya ilmiah nur sabaniah
Karya ilmiah nur sabaniahKarya ilmiah nur sabaniah
Karya ilmiah nur sabaniah
 
Pemilihan media pengajaran mengikut model assure 2nd
Pemilihan media pengajaran mengikut model assure 2ndPemilihan media pengajaran mengikut model assure 2nd
Pemilihan media pengajaran mengikut model assure 2nd
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
 
Pengajaran langsung edited
Pengajaran langsung editedPengajaran langsung edited
Pengajaran langsung edited
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
kaedah mengajar.
kaedah mengajar.kaedah mengajar.
kaedah mengajar.
 
MODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARANMODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARAN
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Kaedah
KaedahKaedah
Kaedah
 
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
 
PKES3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
PKES3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATANPKES3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
PKES3063 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN
 
Esei 2
Esei 2Esei 2
Esei 2
 
Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
Tugasan model & strategi pedagogi epm233 (cikgu azman)
Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)
Tugasan model & strategi pedagogi epm233 (cikgu azman)
 
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSRStrategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran KHSR
 
Model pembelajaran integratif
Model pembelajaran integratifModel pembelajaran integratif
Model pembelajaran integratif
 
Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknik
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 

Viewers also liked

Pembelajaran tv dan media
Pembelajaran tv dan mediaPembelajaran tv dan media
Pembelajaran tv dan mediaambarlestari
 
Teknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaranTeknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajarannurasiyahnabil
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Wawa Comel
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1imtiaz78
 
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assureContoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assureSuraliza Shukor
 

Viewers also liked (9)

Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Pembelajaran tv dan media
Pembelajaran tv dan mediaPembelajaran tv dan media
Pembelajaran tv dan media
 
Teknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaranTeknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaran
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
Assignment benar
Assignment benarAssignment benar
Assignment benar
 
Media dan teknologi pembelajaran
Media dan teknologi pembelajaranMedia dan teknologi pembelajaran
Media dan teknologi pembelajaran
 
Objektif pengajaran
Objektif pengajaranObjektif pengajaran
Objektif pengajaran
 
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assureContoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
Contoh rancangan pengajaran berdasarkan model assure
 

Similar to Model assure

Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assurelimteongyam
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assurelimteongyam
 
Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 thong
 
Task 2 fungsi addie & assure
Task 2 fungsi addie & assureTask 2 fungsi addie & assure
Task 2 fungsi addie & assureDyana ShaifulHaq
 
Kpt 6043 taskn 2
Kpt 6043 taskn 2Kpt 6043 taskn 2
Kpt 6043 taskn 2university
 
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatifModul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatifAldiRahadi
 
Dian
DianDian
DianFaizF
 
Laporan final tugas akhir smt
Laporan final tugas akhir smtLaporan final tugas akhir smt
Laporan final tugas akhir smtanihdx
 
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Siti Jaharah Muhamad
 
68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rphWei Fen Chua
 
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. Taufan
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. TaufanMakalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. Taufan
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. TaufanUIN Sunan Gunung Djati Bandung
 
Upaya Meningkatkan Kualitas Pembelajaran dengan Model Pembelajaran “ANTUSIAS”
Upaya Meningkatkan Kualitas Pembelajaran dengan Model Pembelajaran “ANTUSIAS”Upaya Meningkatkan Kualitas Pembelajaran dengan Model Pembelajaran “ANTUSIAS”
Upaya Meningkatkan Kualitas Pembelajaran dengan Model Pembelajaran “ANTUSIAS”Dwi Budiwiwaramulja
 

Similar to Model assure (20)

Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model AssureKpt6043 Tugasan 2 Model Assure
Kpt6043 Tugasan 2 Model Assure
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
Ulangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeerUlangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeer
 
Ulangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeerUlangkaju edu nazmeer
Ulangkaju edu nazmeer
 
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
3.konsep dasar desain_pembelajarandffs
 
Utama 1
Utama 1Utama 1
Utama 1
 
3.konsep dasar desain_pembelajaranfff
3.konsep dasar desain_pembelajaranfff3.konsep dasar desain_pembelajaranfff
3.konsep dasar desain_pembelajaranfff
 
Proposal tesis model assure
Proposal tesis model assureProposal tesis model assure
Proposal tesis model assure
 
Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2 Kpt6043 Tugasan 2
Kpt6043 Tugasan 2
 
Task 2 fungsi addie & assure
Task 2 fungsi addie & assureTask 2 fungsi addie & assure
Task 2 fungsi addie & assure
 
Kpt 6043 taskn 2
Kpt 6043 taskn 2Kpt 6043 taskn 2
Kpt 6043 taskn 2
 
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatifModul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
Modul media pembelajaran matematika pada siswa sd berbasis kooperatif
 
Dian
DianDian
Dian
 
Laporan final tugas akhir smt
Laporan final tugas akhir smtLaporan final tugas akhir smt
Laporan final tugas akhir smt
 
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph
 
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. Taufan
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. TaufanMakalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. Taufan
Makalah Media Pembelajaran Berbasis Komputer - M. Taufan
 
Upaya Meningkatkan Kualitas Pembelajaran dengan Model Pembelajaran “ANTUSIAS”
Upaya Meningkatkan Kualitas Pembelajaran dengan Model Pembelajaran “ANTUSIAS”Upaya Meningkatkan Kualitas Pembelajaran dengan Model Pembelajaran “ANTUSIAS”
Upaya Meningkatkan Kualitas Pembelajaran dengan Model Pembelajaran “ANTUSIAS”
 

Model assure

  • 1. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) LAMPIRAN 2 PEMARKAHAN 1. BAHAN PP 2. ESEI 3. FORUM JUMLAH RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS EDU 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1 TAJUK PORTFOLIO KUMPULAN TAWAU02 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON RUSINAH BINTI ANAS D20112054279 0138675172 NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. MOHD NIZAM BIN NASRIFAN TARIKH SERAH: 12 MEI 2012 1
  • 2. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) Kandungan Halaman Pengenalan 3&4 Model ASSURE 4-7 Contoh pelaksanaan Model ASSURE dalam P&P 7 - 11 Rumusan 11 - 12 Rujukan 12 2
  • 3. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) Pengenalan Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak dapat mencapai kompetensi dalam pengajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan dengan penuh minat sentiasa merasakan perlunya mengetahui APA yang hendak dibuat dan BAGAIMANA mereka merancang untuk melaksanakannya. Daya penarik, pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan pengalaman bukan merupakan pengganti kepada perancangan yang berterusan dan berkesan.(Prenh, 1980) Menurut Hunter (1987), mengajar perkarapperkara yang tidak berguna secara baik atau mengajar perkara-perkara yang buruk, merupakan kesilapan dalam pendidikan. Dengan itu, pengetahuan tentang reka bentuk pengajaran adalah penting kepada seorang guru bagi memastikan keberkesanan pengajaran yang dirancang dan disampaikan. Terdapat beberapa reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan oleh para guru. Apakah reka bentuk pengajaran? Menurut Dick dan Reiser (1989), reka bentuk pengajaran ialah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Richey (1986), pula mendifinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembagan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang memudahkan pembelajaran. Justeru itu, walaupun terdapat banyak model reka bentuk pengajaran, tetapi keseluruhannya, harus mengambil enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran, iaitu, menentukan keperluan pelajar, menentukan matlamat dan objektif, membina prosedur penilaian, mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian, mencuba sistem pengajaran dan menilai keseluruhan sistem. Gustafon (1991), telah membahagikan model-model tersebut kepada 3 tumpuan iaitu; Model Berorentasikan Bilik Darjah, Model Berorentasikan Prodak dan Model Berorentasikan Sistem. Model ASSURE merupakan satu contoh reka bentuk pengajaran yang berorentasikan bilik darjah kerana ia merupakan model reka bentuk yang berskala kecil yang tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran.Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Menurut Dick dan Reiser (1989),pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pelajaran berkesan juga digemari oleh para pelajar. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa, pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap akan membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membantu membina disiplin yang positif di kalangan murid atau pelajar juga pengajar. 3
  • 4. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajarannya dengan lancer, menarik serta tidak membazir masa juga teratur sepanjang proses P&P berlangsung. Model ASSURE Model ASSURE digubal pada tahun 1982 oleh Heinich dan rakan-rakannya. Model ini merupakan model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media dalam proses pengajaran secara sistematik. Model ini lebih berfokus kepada perancangan pengajaran dalam bilik darjah. Perancangan pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap dan tersusun akan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Terdapat enam langkah utama dalam model reka bentuk pengajaran ASSURE iaitu; A – analyse learner (Analisis murid) S – State objective ( Nyatakan objektif ) S – Select method, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan ) U – Utilise media and materials ( Guna media dan bahan ) R – Require learner participation ( Penglibatan murid ) E – Evaluate and revise ( Nilai dan semak ) Analyse learner ( Analisis murid ) Menganalisis murid atau pelajar atau pelanggan dalam di dalam bilik darjah merupakan langkah pertama dalam model ASSURE. Di dalam langkah ini, terdapat tiga ciri utama yang dianggap kritikal dan perlu diambil perhatian iaitu, ciri-ciri umum perwatakan murid, pengetahuan sedia ada murid serta gaya pembelajaran mereka. Dalam proses menganalisis pelajar, seseorang guru perlu mengetahui latar belakang, tahap sosio-ekonomi, umur, jantina, bakat, budaya dan gaya pembelajaran pelajar. Ini bertujuan untuk memudahkan seseorang guru menyesuaikan isi kandungan pelajaran dan media dengan tahap kebolehan dan keyakinan pelajar. Pemerhatian sedemikian rupa boleh diperolehi semasa suai kenal, sesi pengajaran dan pembelajaran juga melalui borang data. Bagi membantu keberkesanan pengajaran, pengetahuan sedia ada murid juga penting untuk diambil kira. Dalam sesebuah bilik darjah, pengalaman dan pengetahuan murid adalah berbeza. Oleh yang demikian, seseorang guru perlu mengetahui tahap pengetahuan sedia ada murid terlebih dahulu sebelum memulakan topic pengajaran yang dirancang. Bagaimanapun, sekiranya analisis mendapati murid-murid telah menguasai kemahiran dan pengetahuan 4
  • 5. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) berkenaan, maka guru boleh menukar method kepada pembelajaran yang member penekanan individu serta menyediakan instruksional kendiri yang membolehkan murid memenuhi kemampuan masing-masing. Manakala gaya pembelajaran merupakan kluster trait psikologi yang menerangkan bagaimana seseorang itu menanggapi sesuatu, berinteraksi serta memeberi respon kepada persekitaran pembelajaran yang disediakan oleh guru. Ia merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk seseorang menguasai pelajaran. Gaya pembelajaran individu dapat mempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk persepsi. Sesuatu perancangan pengajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan sesuatu pembelajaran lebih berkesan dan berkualiti. State objectives ( Nyatakan objektif ) Langkah kedua model ini , merupakan satu tahap penekanan kepada ilmu pengetahuan atau kemahiran atau sikap baru yang akan atau perlu dikuasai oleh murid pada akhir pembelajaran. Pernyataan objektif haruslah berfokus, jelas dan spesifik. Misalnya, ‘pada akhir pelajaran, murid dapat membina 5 ayat penyata dengan menggunakan perkataan yang diberi. Objektif-objektif yang jelas dapat memastikan adakah pencapaian murid mencapai kehendak atau menepati ilmu pengetahuan atau kemahiran yang telah dipelajari. Select method, media dan materials ( Pilih kedah, media dan bahan ) Terdapat tiga langkah penting dalam pemilihan bahan yang perlu dijalankan. Pertama, pilih kaedah yang bersesuaian dengan ciri-ciri murid, pengetahuan sedia ada murid, gaya pembelajaran serta objektif pembelajaran. Kedua ialah format media. Pemilihan format media instruksional bergantung kepada objektif dan cara yang difikir paling berkesan dapat menyampaikan isi kandungan pelajaran. Format media instruksional ini adalah merujuk kepada alat yang digandingkan untuk menampilkan imej atau mesej. Misalnya, set computer multimedia yang boleh menampilkan imej, grafik, teks, audio, dan video, televisyen, papan tulis, alat audio seperti radio. Ketiga, memilih bahan sedia ada atau mengubah suai bahan yang sedia ada atau mereka bentuk bahan yang baru. Ketiga-tiga tindakan ini haruslah merujuk kepada kesesuaian objektif dan kesesuaian perancangan pembelajaran yang dirancang serta memenuhi semua kehendak kurikulum dan tidak membebankan mana-mana pihak. 5
  • 6. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) Utilise media and materials ( Guna media dan bahan ) Pada peringkat ini, merupakan aras yang memerlukan penyediaan bahan yang sempurna dan harus berakhir dengan penggunaan yang sempurna dan berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Penggunaan sesuatu media dan bahan haruslah member manfaat kepada guru dan murid. Heinich (2005) mencadangkan lima langkah penggunaan media instruksional yang berkesan iaitu; 1. Pratonton bahan : guru perlu melihat dan menilai terlebih dahulu media atau bahan yang hendak digunakan sebelum dipertontonkan kepada murid bagi memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan isi kandungan pembelajaran, bersesuaian dengan budaya, kepercayaan, serta mempunyai nilai-nilai yang positif. 2. Sediakan bahan : sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan bahan yang berkaitan berada dalam keadaan yang sedia untuk digunakan, serta tersusun penggunaannya. 3. Sediakan persekitaran pembelajaran : penyediaan bahan yang dipilih perlu disesuaikan dengan persekitaran ruang pembelajaran yang dirancang, boleh dilihat, guru dan murid dan murid boleh melihat antara satu sama lain. 4. Sediakan murid : ada murid atau penonton yang menonton kerana berminat atau sediakan set induksi yang boleh menarik perhatian semua lapisan murid agar p&p dapat dijalankan tanpa gangguan atau mengikut apa yang telah dirancang. 5. Sediakan pengalaman pembelajaran : sekiranya guru perlu sebagai pemuda cara dan murid adalah pengguna bahan yang dirancang, maka guru perlu bertindak professional dengan menguasai pengetahuan, kemahiran dan isi kandungan bagi membantu murid menimba pengalaman pembelajaran. Require learner participation ( Penglibatan Murid) Penglibatan murid merupakah suatu suasana pembelajaran yang memerlukan penglibatan murid atau pelajaran secara aktif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai contohnya penggunaan gambar, gambar bersiri, video dan animasi akan dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan penglibatan aktif murid. Selain daripada itu, teknik membuat latihan, latih tubi, kuiz juga simulasi adalah salah satu teknik menarik yang boleh meanarik minat semua murid untuk turuf bergiat aktif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. 6
  • 7. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) Evaluate and revise ( Melakukan penilaian dan pengubahsuaian ) Langkah terakhir dalam model ASSURE ialah menilai dan menyemak semula. Proses ini berlaku berterusan semenjak awal perancangan, semasa pelaksanaan dan akhir proses instruksional. Penilaian dan pengubahsuaian sangatlah penting agar proses pengajaran tersebut berkesan. Refleksi akhir pengajaran sangat perlu bagi mendapatkan respon hasil pembelajaran tercapai atau tidak. Ia adalah bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang berkesan atau tidak agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang. Contoh pelaksanaan model ASSURE dalam pengajaran Tajuk : Ke Puncak Jaya 1(a) Kelas : Tahun 5 Masa : 60 minit Objektif : Di akhir pelajaran ini, murid dapat; 1. Membina ayat ayat berdasarkan gambar dengan menggunakan diksi yang sesuai. Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan 1. Tunjuk gambar (rujuk buku teks Bahasa Media : Set Induksi Mentafsir gambar Melayu Tahun 5 m/s 86) Buku teks (5 minit ) . berdasarkan 2. Teliti dan fahami aktiviti dalam gambar Pengtahuan gambar dan buat soal jawab seketika; minta dua sedia ada aktiviti mendaki orang murid menceritakan pengalaman murid; gunung masing- masing semasa mendaki Pernah gunung atau bukit bersama rombongan mengikuti atau bersama rakan- rakan atau semasa aktiviti jungle tracking yang dianjurkan oleh unit perkhemahan beruniform sekolah. unitberuniform (ada aktiviti 7
  • 8. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) Isi pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Alat Bantu Mengajar pengembaraan dan mendaki bukit) Berbincang dan 1. Bentuk dua kumpulan murid. Edarkan Media : Langkah 1 menyenaraikan diksi kad manila dan pen marker. Beri Buku teks (10 minit ) yang bersesuaian tugasan kepada setiap kumpulan; dengan gambar Bahan : Gambar A untuk kumpulan 1 Kad manila . Berdasarkan aktiviti mendaki Pen marker gambar aktiviti mendaki Gambar B untuk kumpulan 2 gunung/bukit dan mengembara Objektif : mengembara Murid dapat murid 2. Berdasarkan gambar dan cerita menyenaraikan pengalaman rakan, minta murid sekurang- menyenaraikan seberapa banyak diksi kurangnya 5 yang bersesuaian dengan aktiviti yang diksi yang dipaparkan. berkaitan dengan aktiviti Contoh : Gambar 1 mendaki atau mendaki, berani, letih, mengembara Gambar 2 Mengharung, meredah Media : Langkah 2 Pembentangan 1. Ahli kumpulan membentang hasil Hasil kerja (10 minit ) kumpulan dapatan kumpulan kumpulan 8
  • 9. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) Membina 5 ayat 1. Berdasarkan hasil perbincangan, Bahan : Langkah 3 contoh kumpulan diminta membina ayat hasil kerja (20 minit ) menggunakan 3 atau dengan menggunakan diksi yang kumpulan lebih diksi yang diperoleh bagi mengungkap cerita dipilih oleh kumpulan disebalik gambar kumpulan masing- Kad manila masing-masing masing. Pen marker 2. Pembentangan kumpulan Objektif: Murid dapat membina sekurang- kurangnya 5 ayat dengan menggunakan diksi yang sesuai bagi mengungkapkan cerita di sebalik gambar. Bahan : Penutup Membina ayat sendiri 1. Murid diminta membina lima ayat bagi Buku kerja (15 minit ) berdasarkan gambar setiap gambar dengan menggunakan murid dengan diksi yang dipilih menggunakan diksi Objektif: yang dipilih Gambar A lima ayat Murid dapat membina 10 Gambar B lima ayat ayat dengan menggunakan diksi yang sesuai bagi mengungkapkan cerita di sebalik 9
  • 10. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) gambar. Refleksi : …..murid boleh membina ayat…. …..murid tidak dapat membina ayat… Tindakan susulan: Jika perlu berdasarkan refleksi Pada peringkat analisis pelajar, terlebih dahulu guru telah mengetahui dan mengenal pasti semua murid yang hendak diajar sama ada lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, rajin atau malas, pandai atau tidak telah merasai sendiri situasi pengembaraan dan pendakian semasa aktiviti perkhemahan unit beruniform sekolah dijalankan. Oleh itu, adalah mudah bagi guru merancang kesesuaian objektif, media dan bahan yang hendak atau boleh digunakan, cara penggunaan bahan (TV/video/komputer) oleh murid. Keberangkalian penglibatan aktif murid dan nilai yang akan diperolehi sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung adalah sangat memuaskan. Berdasarkan rancangan pengajaran di atas, langkah-langkah pelaksanaan model ASSURE sepenuhnya berfungsi pada semua peringkat seperti; 1. Dalam set induksi (pemilihan bahan, pengetahuan sedia ada murid) Media yang digunakan ialah gambar yang telah disediakan pada muka surat buku berkenaan. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan tayangan video berkaitan 10
  • 11. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) dengan mendaki gunung ataupun pengembaran atau mungkin melalui tayangan discovery chanel. 2. Langkah 1 (objektif, pemilihan bahan, dan penglibatan murid ) Dalam langkah 1, selaian mentafsir gambar, murid-murid juga boleh menyenaraikan diksi (berdasarkan objektif P&P) melalui tayangan yang ditonton tadi. Dalam langkah ini juga, murid tidak akan teragak-agak mengemukakan pendapat kerana pengalaman mereka dan tayangan yang ditonton saling berkaitan. Oleh itu, penglibatan aktif murid dapat dilihat dan dinilai pada peringkat ini. 3. Langkah 2 (objektif, penglibatan murid, penilaian) Berdasarkan hasil dapatan kumpulan, guru dapat melihat dan menilai sejauh mana keberkesanan media dan bahan yang digunakan. Sekiranya murid menguasai sepenuhnya objektif yang hendak dicapai, maka penambahan baikan mungkin tidak diperlukan diperingkat ini (bergantung kepada tahap sosio-pembelajaran murid yang berikutnya) atau sebelumnya. Jika sebaliknya, maka tindakan susulan perlu diambil sebagai langkah kepada keberkesanan sesi pengajaran pada hari berikutnya. 4. Langkah 3 (objektif, pemilihan bahan, penglibatan murid, penggunaan bahan) Pada peringkat ini, murid digalakkan bercerita dengan menggunakan ayat sendiri berdasarkan diksi yang disediakan oleh kumpulan masing-masing. Ahli kumpulan juga digalakan menghidupkan sendiri media yang digunakan dengan mod mute dan menceritakan tayangan yang sedang ditonton dengan menggunakan diksi yang sesuai dan bahasa sendiri. Objektif yang hendak dicapai dalam langkah ini ialah boleh mengungkapkan isi bahan dengan menggunakan bahasa sendiri dan pemilihan diksi yang sesuai. 5. Langkah 4 atau penutup (objektif, penglibatan murid, keberkesanan pemilihan bahan penggunaan media atau bahan dan nilai) Bagi mengetahui objektif pembelajaran tercapai dan penggunaan bahan berkesan,murid akan diberikan tugasan peneguhan seperti, mengarang cerita pendek berkaitan aktiviti mendaki, atau aktiviti pengembaraan, atau membina ayat berkaitan aktiviti yang ditayangkan atau dibincangkan dengan menggunakan diksi yang sesuai. Selain itu, aktiviti menjawap soalan juga boleh dilakukan oleh murid melalui word yang telah sedia diset oleh guru jika sekolah yang berkenaan menyokong media dan bahan yang diperlukan serta murid-murid sudah mempunyai kemahiran menggunakan computer. 11
  • 12. Tugasan A : PORTPOLIO ( MODEL ASSURE ) Rumusan Model reka bentuk ASSURE merupakan satu model pengajaran yang mempunyai banyak kebaikan kepada guru dalam perancang pengajaran dan pembelajaran. Sebelum memulakan sesi pengajaran, terlebih dahulu guru telah bersedia dengan keberadaan murid- murid yang dihadapinya. Langkah-langkah yang diperkenalkan dalam model ASSURE secara lansung membantu guru merancang strategi pengajaran berdasarkan tahap keupayaan dan kesediaan murid. Penggunaan sumber yang menarik, terancang dan berkualiti pasti tidak akan membosankan murid. Hasil daripada itu, kesan positif yang diperoleh daripada aktiviti pembelajaran akan dapat diaplikasikan oleh murid dalam proses P&P yang mendatang. Rujukan Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr. Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2011). HBEF Prinsip Teknologi Pengajaran. Hak cipta Open Universiti Malaysia (OUM) Modul Pengajaran KPD3016 & KPD3026 (2011). Pengajaran, Teknologi & Pentaksiran (Jilid 2), PPL Universiti Pendidikan Sultan Idris . Tanjong Malim Perak http://blogs.iium.edu.my/marzuki/files/2009/05/model-assure-pdf http://www.moe.gov.my/bbt/pengurusanhakcipta.php http://www.itc.utk.edu/”bobannon/writing_objektives.html 12