SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 1
Pendekatan Rawatan Kecederaan Pertolongan Cemas - TOTAPS, DR. ABC dan RICE
1.0. Pengenalan
Pertolongan cemas ditakrif sebagai bantuan permulaan atau rawataan pertama
yang diberikan kepada seseorang yang tercedera daalam sebarang kemalangan
sebelum ketibaan bantuan perkhidmatan kecemasan atau doktor.
Pertolongan cemas –TOTAPS, DR. ABC dan RICE merupakan langkah rawatan
pertama yang diberikan kepada pesakit yang mengalami kecederaan. Keadaan ini juga
terjadi kepada seseorangan yang cedera / sakit secara tiba-tiba. Pertolongan cemas
bantu mula datang sebelum mendapatkan pertolongan pakar atau doktor. Dengan
demikian, Pertolongan cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE perlu diberikan secara
cepat walaupun rawatan tidak berapa sempurna. Dengan kata lain Pertolongan Cemas
TOTAPS, DR. ABC dan RICE harus tepat agar boleh membantu meringankan mangsan
kecederaan / kemalangan . Dalam hal ini, kita bukan menambah sakit mangsa.
Sebagai orang awam tindakan Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan
RICE, perlu mengenal prinsip-prinsip asas bagi Pertolongan Cemas Bantu Mula
(TOTAPS. Prinsip-prinsip antara lain ialah Lihat dahulu keadaan sekeliling, adakah
dalam keadaan selesa. Jangan sampai kita tidak menghiraukan keadaan sekeliling
sehingga kita mengalami kecederaan pula.
Gunakan cara pendekatan rawatan kecederaan Pertolongan Cemas TOTAPS,
DR. ABC dan RICE yang mudah dan efesien. Gunakan bahan yang ada di sekeliling
(manusia, alat, atau bantuan lain). Jangan jadi hero oleh kerana dorongan naluri atau
kemanusiaan ingin menolong dengan cara atau upaya sendiri sehingga tidak
memperdulikan hal lain.
Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE seperti
tajam perhatian, pantas Ikhtiar, tidak kasar berakal, berbudi bertimbang rasa, sentiasa
tersenyum, buat apa yang tahu dan akhir sekali paling penting tidak Panik
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 2
Tujuan Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE adalah memberi
pertolongan bantu mula untuk menyelamatkan orang yang cedera untuk menyembuhkan
segera dengan kata lain sekurang-kurangnya untuk mencegah bertambah parahnya
luka, kecederaan akibat sesuatu kemalangan.
Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE juga ingin mengurangkan rasa
ngeri dan cemas pesakit, menjaga ketenagan fizikal dan mentalnya sebelum pesakit
dibawa berjumpa pakar atau ke hospital untuk rawatan lanjut.
Selain itu juga, sebagai pembantu Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan
RICE jaga emosi dan kondisi kita sendiri. Pertolongan harus dilakukan dengan fokus dan
tenang, jika panik ini akan menambah penderitaan pesakit. Sebagai pembantu yakinkan
bahawa anda adalah penyelamat dan bukan menambahkan panik pesakit tersebut.
2.0. Objektif Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE
2.1. Menyelamatkan Nyawa
˗ Sekiranya pengsan berikan bantuan pernafasan.
˗ Setiap saat adalah penting
˗ Berhentikan pendarahan
˗ Pulihkan renjatan.
2.2. Mengelakkan keadaan dari menjadi lebih teruk
˗ Mengurangkan pergerakan. Buat apa yang anda tahu sahaja.
˗ Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semula jadi.
˗ Jangan memberi apa-apa makanan atau minuman melalui mulut. Basahkan
bibir sekiranya perlu.
2.3. Memberi kelegaan dan keselesaan
˗ Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang masih sedar.
˗ Jangan tinggalkan pesakit berseorangan.
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 3
˗ Pastikan keadaan pesakit – periksa nadi dan pernafasan
3.0. KECEDERAAN SUKAN
3.1. Kecederaan Pada Sistem Tubuh
 Sistem Rangka
 Sistem Otot
 Sistem Sendi
3.2. Sistem Rangka
 Fraktur ( retak dan parah
 Fraktur tertutup ( patah yang terjadi dalam badan tidak menyebabkan
kulit terkoyak ).
 Farktur terbuka ( patah yang menyebabkan tulang terkeluar pada pada
permukaan kulit )
3.3. Sistem Otot
 Kontusi (hentakan )
 Kekejangan otot
 Otot terkoyak
 Kecederaan tendon ( otot ke tulang )
 Kecederaan ligament ( tulang ke tulang )
3.4. Sistem Sendi
 Dislokasi ( tulang sendi terkeluar dari mangkuk sendi)
 Miniskus terkoyak.

4.0. KLASIFIKASI KECEDERAAN DALAM SUKAN.
Punca-punca kecederaan dalam sukan
i. Kecederaan langsung-
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 4
kecederaan yang disebabkan oleh sentuhan / hentakan /pukulan pada otot
atau tulang
ii. Kecederan tidak langsung
kecederaan yang disebabkan oleh diri sendiri contoh: tidak memanaskan
badan sebelum aktiviti , pemakaian pakaian atau alatan yang tidak sesuai.
iii. Kecederaan di tempat yang digunakan terlalu kerap
sesuatubahagian/ anggota badan digunakan tanpa rehat yang mencukupi
5.0. JENIS-JENIS KECEDERAAN DALAMAN
Boleh dibahagikan kepada dua iaitu :
i. Kecederaan Luar
ii. Kecederaan Dalaman
5.1. KECEDERAAN LUAR
Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit.
Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut :
a) LUKA:
kulit terkoyak disebabkan terkena benda tajam atau keras. Koyakan yang
berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh
menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih
serius.
b) MELEPUH:
Berlaku disebabkan geseran di antara bahagian badan dengan permukaan
yang lain . Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan mengelembung.
c) MELECET:
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 5
Berlaku apabila bahagian badan bergeser dengan permukaan lain. Lapisan
epidermis terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit tidak cedera.
5.2. KECEDERAAN DALAMAN
a) TERSELIUH:
Berlaku apabila ligamen atau tisu-tisu terkoyak, teregang atau terpulas
disebabkan bebanan yang kuat atau secara tiba-tiba.
b) OTOT TERKOYAK:
Berlaku koyakan dibahagian otot atau tendon disebabkan pengecutan otot-
otot secara drastik, ketidakupayaan otot atau tendon menengang beban ang
dikenakan atau dihentakkan terus ke otot.
c) OTOT KEJANG:
Berlaku kekejangan pada otot, apabila otot Kehilangan sifat kontraksi otot
buat sementara. Kekejangan berlaku disebabkan ketidak seimbangan atau
kekurangan air dan elektrolit ( natrium dan klorida ) dalam otot kesan akibat
perpeluhan dan kurang daya tahan.
d) DISLOKASI:
Berlaku apabila tulang sendi terkeluar dari kedudukan asalnya. Dislokasi
disebabkan pergerakan anggota badan luar daripada julat pergerakan yang
biasa. Hal ini mengakibatkan ligamen dan tisu bahagian sendi terengang dan
koyak.
e) FRUKTUR:
Berlaku apabila tulang patah atau retak disebabkan daya hentakan tepat ,
sipi atau daya putaran. Terdapat dua jenis fraktur ia itu fraktur tertutup dan
fraktur terbukan.
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 6
f) KONTUSI:
Berlaku kecederaan pada salur darah atau saluran darah halus terputus
disebabkan daya hentakan. Akibatnya kesan lebam pada permukaan kulit
atau pendarahan dalaman
g) KONKUSI:
Berlaku dibahagian kepala disebabkan daya hentakan atau pukulan yang
mengakibatkan mangsa tidak sedar diri atau pengsan. Konkusi boleh
menyebabkan kecederaan otak yang serius.
6.0. TANDA -TANDA SIMPTOM KECEDERAAN
Tanda dan simptom kecederaan penting untuk :
 Mengenalpasti jenis kecederaan
 Membantu memberi pertolongan cemas
6.1. Amaran tubuh badan:
Tubuh badan memberi amaran apabila masalah berlaku pada otot atau sendi.
a) KESAKITAN (pain )
 Penbentukan asid laktik
 Otot terkoyak
 Keradangan pada sendi
b) BENGKAK (swelling)
 Pengumpulan cecair di sekeliling sendi atau otot
 Cara tubuh mengawal kecederaan
c) KAKU (stiffness)
 Berlaku dari dalam: sendi bengkak, cartilage koyak.
 Faktor luran sendi: ketegangan otot atau tendon.
d) BUNYI (noise)
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 7
 Bunyi dan sakit tanda ada masaalah
 Chondromalacia : kekasaran pada permukaan sendi
 Osteoarthritis : keradangan sendi.
 Maniskus koya
 Ketidakstabilan (Instability)
 Otot dan ligamen mengawal sendi
 Sendi dalam lutut/ligamen : anterior cruciate ligament
 Otot sekeliling sendi : otot quardriceps lemah
6.2. MENGENALPASTI TANDA DAN SIMPTOM KECEDERAAN
 Pemerhatian dan sentuhan
 Maklumat mangsa
6.2.1. Pemerhatian dan sentuhan
 Kecacatan kepada anggota yang cedera
 Lebam
 Pendarahan
 Pucat
 Berpeluh
 Bengkak
 Radang
 Takstur kulit berubah
 Cara bernafas tidak normal
 Suhu badan tidak normal
 Kadar denyutan jantung tinggi/rendah.
6.2.2. Maklumat Mangsa
 Sakit
 loya
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 8
 haus/dahaga
 anggota lemah
 pening
 bahagian yang cedera tidak boleh bergerak
6.3. Tanda dan Simptom Kecederaan
Jenis Kecederaan Tanda Simptom
LUKA Berdarah, lebam, bengkak Sakit tempat yang
cedera
MELEPUH Gelembung berair
Perit pada tempat yang
cedera
MELECET Kulit tergeser, berdarah, lebam,
bengkak, berubah bentuk
Sengal
DISLOKASI Hilang daya pergerakan,
bengkak sekeliling sendi
Sakit tempat cedera
FRAKTUR
( patah / retak )
Hilang daya pergerakan,
Bengkak, perubahan bentuk.
Sakit tempat cedera
KONTUKSI
Bengkak, lebam, pergerakan
terhad.
Sakit tempat cedera
KONKUSI Tidak sedarkan diri, denyutan
nadi lemah, pergerakan terhad.
Loya, pening, hilang
ingatan buat sementara
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 9
7.0. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Langkah- langkah keselamatan yang diambil dapat mengelakkan berlakunya
kemalangan atau kecederaan. Perhatian dan tindakan yang sewajarnya perlu di ambil
oleh guru atau jurulatih bagi memastikan murid atau atlet mereka selamat ketika
menjalankan aktiviti sukan atau fizikal. Berikut adalah langkah-langkah keselamatan
yang perlu diambil:
i. Latihan yang sistematik
ii. Mengenalpasti tahap dan kecergasan murid
iii. Undang-undang dan peraturan permainan atau sukan
iv. Kemudahan alatan
v. Faktor persekitaran
vi. Penyeliaan , arahan dan bimbingan.
8.0. PRINSIP & PROSEDUR BANTU MULA
Berikut adalah tiga (3) prinsip dan prosedur bantu mula yang boleh diguna dalam
menghadapi situasi kemalangan atau kecederaan.
 D.R. A.B.C
 R.I.C.E
 T.O.T.A.P.S
8.1. D.R. A.B.C
D - Danger ( bahaya )
R - Response ( tindakbalas)
A - Airways ( saluran udara )
B - Breathing ( pernafasan )
C - Curculation ( peredaran darah )
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 10
8.2. Langkah-langkah D.R. A.B.C
D : Danger ( bahaya )
 Pastikan kawasan sekitar mangsa selamat
 Sekiranya mangsa boleh berjalan bawa mangsa ketempat redup.
 Sekiranya mangsa pengsan akibat kecederan pada kepala atau
leher, JANGAN alihkan mangsa. Minta bantuan dan bawa mangsa
ke hospital.
R : Response ( tindakbalas)
 Pastikan mangsa dalam keadaan sedar dengan menepuk bahu
mangsa dengan lembut
 Sekiranya mangsa sedar, cuba berinteraksi dengan mangsa. Tanya
nama atau keadaan dirinya.
 Sekiranya mangsa tidak sedar, mengiringkan mangsa untuk
membantu membuka ruang pernafasannya dan minta bantuan.
A : Airways ( saluran udara )
 Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka dan tiada objek yang
menghalang pernafasan seperi lidah stau gigi palsu.
 Sekiranya saluran pernafasan terhalang , keluarkan objek tersebut.
B : Breathing ( pernafasan )
 Pastikan mangsa bernafas dengan cara berikut:
- pergerakan turun naik dada
- bunyi semasa bernafas.
 Sekiranya mangsa bernafas dengan baik, pastikan kedudukannya
stabil .
 Sekiranya tidak bernafas berikan bantuan pernafasan mulut ke
mulut.
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 11
C : Curculation ( peredaran darah )
 Pastikan nadi mangsa berdenyut
 Sekira nadi berdenyut, teruskan bantuan pernafasan dengan kadar
1 hembusan setiap 5 saat EAR
 Sekiranya tak berdenyut, lakukan pemulihan pernafasan kaedah
CPR
8.3. R.I.C.E
Berikut adalah prinsip dan prosedur bantu mula yang boleh diguna dalam menghadapi
situasi kemalangan atau kecederaan.
R - Rest ( rehat )
I - Ice ( Ais )
C - Compression ( Pembalutan)
E - Elevation ( meninggikan )
8.4. Langkah –langkah R.I.C.E
R - Rest ( rehat )
 Letakkan atlet dalam posisi yang selesa ( berbaring)
 Elakkan menggerakan bahagian yang cedera
 Pergerakan akan menyebabkan pendarahan disebabkan
peningkatan pengaliran darah.
I - Ice ( ais )
Kaedah:
 Letakkan ais dalam tuala/beg plastik
 Rendamkan dalam air
 Elakkan meletakkan ais terus ke kawasan cedera tanpa lapik/alas.
 Ais mengurangkan bengkak/kesakitan/kekejangan otot.
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 12
C - Compression (pembalutan
 Balut bahagian yang cedera dengan bandage dengan selesa.
 Pembalutan boleh mengurangkan pendarahan/bengkak dan
membantu menyokong bahagian yang cedera.
E - Elevation ( meninggikan/elevasi)
 Tinggikan bahagian yang cedera melebihi aras jantung sepanjang
masa.
 Meninggikan bahagian yang cedera dapat mengurangkan
pendarahan/bengkak dan kesakitan.
8.5 T.O.T.A.P.S
T.O.T.A.P.S adalah satu kaedah membuat penilaian terhadap keadaan kecederaan
mangsa.
T = Talk (Bercakap)
Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan.Bolehkah mangsa itu bercakap?
Tanya mangsa ; Tujuannya mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan
keadaan mangsa seperti : Di mana bahagian yang sakit / tempat tercedera? .....
peringkat kesakitan ! Bagaimana dengan penglihatan (kabur atau Jelas)? ... boleh
dengar atau tidak !
O = Observe (Melihat Keadaan)
Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di
bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu badan
serta pernafasan dan denyutan nadi (nomal atau tidak). Perhatikan dan pastikankan
darjah kecederaan mangsa.
T = Touch (Sentuh)
Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang
bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat . Beritahu dulu mangsa
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 13
sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera, ini mengelakkan mangsa
terkejut dengan sentuhan tersebut.
A = Active Movement (Pergerakan Aktif)
Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yang cedera seperti
tangan, kaki dan kepala; tujuannya mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan
melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya
mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dengan segera
P = Passive Movement (Pergerakan Pasif)
Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggotanya
sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk
menggerakkan anggotanya. Bantu mengerakkan bahagian yang cedera secara
perlahan-lahan ; tujuan untuk memeriksa/menentukan tahap kecederaan/kesakitan yang
diialami. Regangkan otot dan benarkan bermain semula jika pasti kecederaan tidak
serius
S = Skill (Kemahiran)
Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan
melompat sambil melakukan kemahiran permainan yang mudah untuk memastikan
tahap kecederaan yang dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik
untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya
kecederaan yang khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.
8.6. Langkah-langkah T.O.T. A. P.S
T - Talking (bercakap )
Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera
 Apa yang berlaku?
 Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku?
 Apa yang kamu rasa?
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 14
 Bahagian mana yang cedera?
 Adakah bahagian lain yang cedera?
 Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?
O - Observe (memerhati)
Memerhati ketika bercakap dengan atlet
 Adakah atlet/mangsa tertekan ?
 Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara biasa?
 Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?
 Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain
 Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?
T - Touch ( sentuhan )
Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera dan secara
perlahan bergerak ke kawasan yang cedera.
 Adakah terdapat kelembutan?
 Adakah terdapat kecacatan?
 Adalah kawasan cedera panas?
Berhenti disini sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi fraktur dan dislokasi.
A - Active (aktif)
Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa sakit berhenti.
 Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang tidak cedera terlebih
dahulu.
 Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan
yang penuh atau terhad?
 Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut? Bilakah kesakitan tersebut
dirasai?
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 15
P - Passif (pasif)
Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakkan yang normal.
Berhenti jika kesakitan berlaku.
 Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan
yang penuh?
 Bilakah kesakitan berlaku?
 Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan yang tercedera.
Berhenti disini bila atlet / mangsa mengadu kesakitan atau hilang/bertambah julat
pergerakan
S - Skill (kemahiran)
Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat pergerakan yang normal tanpa
kesakitan, suruh atlet / mangsa berdiri dan lakukan pergerakan yang perlahan.
 Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit berhenti
 Sekiranya tiada kesakitan atau minima, atlet boleh teruskan latihan atau permainan
REMEMBER ! !
WITH SOFT TISU INJURIES, YOU SHOULD AVOID THE HARM FACTORS
H - HEAT INCREASES BLEADING
A - ALCOHOL INCREASES SWELLING
R - RUNNING OR EXERCISING TO SOON CAN MAKE THE INJURY
WORSE
M - MASSAGE INTHE FIRST 48-72 HOURS INCREASES SWELLING AND
BLEEDING
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 16
9.0. KESIMPULAN.
Pendekatan rawatan kecederaan bantu mula TOTAPS, DR. ABC dan RICE yang
diambil dapat mengelakkan berlakunya kemalangan atau kecederaan jika langkah-
langkah keselamatan dititikberatkan. Perhatian dan tindakan yang sewajarnya perlu di
ambil oleh guru atau jurulatih bagi memastikan murid atau atlet mereka selamat ketika
menjalankan aktiviti sukan atau fizikal. Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil
seperti latihan yang sisitematik, mengenalpasti tahap dan kecegasan murid dapat
mengelakan dari sebarang kecederaan. Di samping itu undang-undang dan peraturan
permainan atau sukan juga dapat mengelakan kecederaan berlaku terhadap murid atau
atlet. Kemudahan alatan sukan yang baik dan faktor persekitaran yang selamat dapat
mengelakkan kemalangan jika diselia dengan sempurna.
Sebagai seorang jurulatih kita perlu tahu bantuan awal yang sepatutnya
digunakan dalam membantu atlit kita yang mengalami kecederaan. Prosedur DR ABC
dan TOTAPS perlu diikuti dengan langkah-langkah yang betul agar keselamatan atlit
lebih terjamin. Kita kena cepat mengetahui keadaan pesakit terutama untuk memastikan
kaedah mana yang patut dimulakan. Jika pesakit tidak pengsan boleh kita memulakan
dengan bantu mula TOTAPS. Jika pesakit tiada respon atau pengsan, keadah
seterusnya ialah DR ABC di mana kita mula dengan AB jika pesakit tiada bernafas
boleh gunakan (EAR) dan akhir sekali gunakan C jika tiada denyutan nandi (CPR).
Walau bagaimanapun yang penting kita mesti tenang untuk menangani masalah ini.
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 17
10.0. RUJUKAN BUKU
Ab. Alim Abdul Rahim (1998). Buku Pertolongan Cemas. Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd. Shah Alam.
Aris Fazil bin Haji Ujang, Borhan bin Yusof, Abd. Halim bin Md. Salleh (2008),
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5, Penerbit Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Aris Fazil bin Haji Ujang, Mohd. Khairi bin Zawi , Salleh bin Mohammad Sheh,
Teh Loh Hoong (2008), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5,
Penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Shamsuddin bin Mohd. Sharif, Shahrizad bt. Yusof Zakaria, Mohd. Sofian bin
Omar Fauzee (2009), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 4,
Penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Teng Boon Tong (1989) , Panduan Pengajaran Olahraga: Siri Pendidikan
Longman
Unit Skim Persijilan Kejurulatihan Kebagsaan, Nota Sains Sukan Tahap 1 : Majlis
Sukan Negara Cawangan Kejurulatih
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 18
11.0. Rujukan dari internet (web)
SPORT-SCIENCE-STPM-NOTES-N-SYLIBUS
http://www.docstoc.com/docs/55107456/
Pengenalan-Pertolongan-Cemas
http://www.scribd.com/doc/27994363/Pengenalan-Pertolongan-Cemas
Bab-4-proses-penilaian-kecederaan-sukan
http://www.slideshare.net/KhairulTaib/bab-4-proses-penilaian-kecederaan-sukan
Pengenalan-first-aid
http://www.slideshare.net/drcd2009/pengenalan-first-aid
Kecederaan -otot
http://www.slideshare.net/cgnizam/kecederaan-otot
prinsip-dan-tujuan-pertolongan-pertama.html
http://www.aminudin.com/2013/02/prinsip-dan-tujuan-pertolongan-pertama.html
PERTOLONGAN PERTAMA PADA KECELAKAAN-Pro Squad Ppt ...
http://www.authorstream.com/Presentation/leisfatwa-1361343-pertolongan-
pertama-pada-kecela.
Panduan Pertolongan Cemas & CPR
http://www.pertolongancemas.com/
Ketahui kaedah pertolongan cemas dan teknik CPR yang terkini disini agar anda
mampu untuk ... Bab 2) Prinsip Dan
Pertolongan Cemas
http://www.cert.sarawak.gov.my/modules/web/download_show.php?id=4
SKOP DAN PRINSIP. PERTOLONGAN CEMAS. 1.Difinisi. 1.1. Pertolongan
cemas ditakrif sebagai bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 19
12.0. REFLEKSI
Bersyukur saya kepada Allah kerana dengan bantuan-Nya saya dapat
menyiapkan Kerja Kursus Pendek PJM 3182 Kecederaan Dalam Sukan bertajuk
Pendekatan Rawatan Kecederaan - TOTAPS, DR. ABC dan RICE dengan jayanya.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah En. Ahmad Latfi bin Ahmad Latifi, kerana memberikan tunjuk ajar yang amat
berguna kepada saya untuk membuat persediaan dan menyiapkan Kerja Kursus
tersebut.
PJM 3182 - Kecederaan Dalam Sukan bertajuk Pendekatan Rawatan Kecederaan
- TOTAPS, DR. ABC dan RICE banyak membantu saya dalam menjalankan tugas
sebagai jurulatih di sekolah. Pengetahuan serba sedikit dalam pertolongan cemas dapat
juga membantu saya menyiapkan kerja kursus ini kerana sebahagianya adalah melalui
pengalaman yang saya dapati sepanjang bertugas sebagai jurulatih Kriket MSS
Selangor.
Pengalaman di sepanjang tempoh saya menyiapkan KKP ini, pelbagai masalah
telah saya kenal pasti. Antaranya ialah semasa mencari dan menyediakan bahan-bahan
yang sesuai untuk KKP ini timbul masalah kerana tidak banyak mengenai pendekatan
rawatan kecederaan TOTAPS, DR. ABC dan RICE dalam Bahasa Melayu. Berbekalkan
bahan bacaan dan bahan dari internet saya akhirnya berjaya membuat satu nota yang
agak sesuai untuk dijadikan bahan Kerja Kursus Pendek ini. Nota-nota pendekatan
rawatan kecederaan pertolongan cemas / bantu mula TOTAPS, DR. ABC dan RICE
telah saya pindahkan ke dalam solfware microsoft powerpoint untuk sesi pembentangan
yang telah di buat pada interaksi ke 2.
Dalam penyediaan bahan pembentangan, saya tidak mengalami masalah kerana
bahan yang telah diperolehi dari buku dan internet banyak membantu menyelesaikan
bahan pembentangan saya . Saya menggunakan bahan media pengajaran microsoft
office powerpoint. Draf terlebih dahulu telah dibuat untuk melancarkan pembinaan bahan
slaid pembentangan ini. Slaid pembentangan dimulakan dengan pengenalan
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 20
pertolongan cemas, objektif dan tujuan pertolongan cemas TOTAPS, DR. ABC dan
RICE sebelum saya menerangkan tentang jenis-jenis kecederaan yang berlaku dalam
sukan seperti kecederaan pada sistem rangka, sistem otot dan sistem sendi.
Aspek yang ditekan dalam pembentangan ini ialah pendekatan rawatan
kecederaan sukan bantu mula TOTAPS, DR. ABC dan RICE yang digunakan kepada
mangsa cedera sebelum menanti kedatangan pakar. TOTAPS membawa maksud
T -Talking ( Bercakap ), O - Observe ( Memerhati), T - Touch ( Sentuhan), Active
(Aktif), Passive ( Pasif), dan Skill ( Kemahiran ), DR. ABC . D-Danger ( bahaya ),
R-Response (tindakbalas), A- Airways ( saluran udara ), B- Breathing ( pernafasan ) dan
C-Curculation ( peredaran darah ) dan RICE R- Res ( rehat ), I - Ice ( Ais ),
- Compression ( Pembalutan) dan E - Elevation ( meninggikan ) Langkah-langkah atau
prosedur untuk menjalankan kaedah TOTAPS, DR. ABC dan RICE juga telah
diterangkan di dalam slaid microsoft office powerpoint.
Pada akhir slaid pembentangan ini saya selitkan 2 tayangan video yang telah di
muat turun dari perisian software YOUTUBE. Tayangan Video berjudul Stem 3 TOTAPS
dan TOTAPS yang masing-masing mempunyai durasi 3:30 minit dan 3:00 minit ini. Saya
berharap video-video tersebut dapat menambah kefahaman saya dan rakan-rakan
dalam pertolongan cemas bantu mula TOTAPS, DR. ABC dan RICE. Saya telah
mengunakan kaedah dari mudah kepada yang susah, sebagai contoh saya telah
memberi pelbagai jenis-jenis kecederaan dalaman dan luaran yang di alami oleh murid
atau atlet sebelum menerangkan tentang pertolongan bantu mula TOTAPS, DR. ABC
dan RICE dan di sokong dengan tayangan video untuk mengukuhkan lagi kefahaman
tentang TOTAPS, DR. ABC dan RICE.
Semasa saya menyediakan nota dan slaid ini, terdapat masalah bahan-bahan
bacaan yang terdiri dalam bahasa Inggeris. Kalau ada pun hanya bahan yang didapati
dari nota sains sukan tahap 2 dan buku teks tingkatan 3, 4 dan 5. Masalah ini saya atasi
dengan menggunakan perisian google translate. Walaupun terjemahannya tak berapa
sempurna namun dapat juga saya memahami serba sedikit tentang bahan bacaan
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 21
tambahan yang dibaca yang selebihnya saya rujuk guru bahasa Inggeris sekolah iaitu
Tn. Hj. Alias bin Jasmin. Walau pun beliau sibuk namun dapat juga membantu saya
memahami maksudnya.
Bahan-bahan bacaan dan bahan dari internet hanya banyak menyentuh tentang
kecederaan dan jenis-jenis kecederaan sahaja. Amat kurang buku-buku yang
menyentuh secara langsung tentang pendekatan rawatan bantu mula TOTAPS, DR.
ABC dan RICE. Saya terpaksa mengaitkan TOTAPS, DR. ABC dan RICE dengan jenis-
jenis kecederaan yang berlaku samada kecederaan dalaman atau pun kecederaan
luaran yang berlaku kepada murid atau atlet.
Video-video yang berkaitan dengan pertolongan cemas TOTAPS, DR. ABC dan
RICE agak sukar didapati secara percuma melainkan perisian YOUTUBE, selainya
perisian bagi bahan tugasan ini terpaksa dibeli melalui on-line jika ingin memuat turun
bahan yang dihendaki. Rakaman video yang berkaitan dengan pendekatan rawatan
kecederaan bantu mula TOTAPS, DR ABC dan RICE hanya terdapat dalam bahasa
Inggeris sahaja.
Bahan-bahan bacaan yang amat kurang dan terhad telah menghadkan
pembinaan slaid pembentangan dengan lebih baik. Saya cadangkan agar lebih banyak
bahan-bahan bacaan berupa kecederaan dan kaedah-kaedah rawatan pertolongan
cemas bantu mula di perpustakaan dan dipasaran untuk memudahkan orang ramai
mencari bahan dan membaca serata mengaplikasikan dalam kehidupan seharian
mereka. Selain nota Sains Sukan Tahap 2 dan buku teks Tingkatan 3, 4 dan 5, agak
sukar untuk memperolehi bahan bacaan tersebut dipasaran.
Akhir sekali PJM 312 – Kecederaan Dalam Sukan bertajuk Pendekatan Rawatan
Kecederaan - TOTAPS, DR. ABC dan RICE banyak membantu saya dalam ilmu
pertolongan cemas. Ilmu ini akan saya aplikasikan di dalam kehidupan seharian dan
sebagai jurulatih , ilmu pertolongan cemas ini amat berguna untuk memastikan murid
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 22
atau atlet mendapat rawatan awal sebelum.kedatangan pakar. Segala ilmu yang di
didapati dapat saya aplikasikan di sekolah sebagai jurulatih.
PJM 3182
KECEDERAAN DALAM SUKAN
ruzdisadiman/PJM 3182 23
12.0. Borang kolaborasi
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR RUZDI BIN SADIMAN NO. MATRIK 701006106079
KUMPULAN PJK 1 SEMESTER LAPAN
MATA
PELAJARAN
PJM – KECEDERAAN DALAM
SUKAN
KOD PJM 3182
PENSYARAH
PEMBIMBING
EN. AHMAD LATFI BIN LATIF
TARIKH PERKARA YANG
DIBINCANGKAN
CATATAN T/TANGAN
4 Ogos 2015  Penyerahan dan penerangan
tugasan yang akan
dilaksanakan pada semester 8.
8 Ogos 2015
 Membuat pembentangan tajuk
tugasan
29 Ogos 2015
 Kerja Kursus Pendek (KKP)
PJM 3182 – Kecederaan Dalam
Sukan.
19 Sept 2015  Membuat pembetulan atau
penambahan pada tugasan
27 Sept 2015  Pelajar menghantar tugasan
Catatan:
Sediakan dalam dua salinan. Satu salinan untuk perhatian pensyarah pembimbing yang
diketepikan bersama tugasan dan satu salinan untuk simpanan pelajar.

More Related Content

What's hot

Bab 4 proses penilaian kecederaan sukan
Bab 4  proses penilaian kecederaan sukanBab 4  proses penilaian kecederaan sukan
Bab 4 proses penilaian kecederaan sukankhairul azlan taib
 
Definisi pendidikan jasmani suaian
Definisi pendidikan jasmani suaianDefinisi pendidikan jasmani suaian
Definisi pendidikan jasmani suaianMia Mia
 
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPP
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPPImbangan Dan Masa Reaksi - MPP
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPPShaiful Izham
 
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-41 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4Mohamad Ihtifazuddin
 
Patah dan terkehel
Patah dan terkehelPatah dan terkehel
Patah dan terkeheltokey_sport
 
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asasErwin Joseph
 
Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskularDaya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskularIris Ma
 
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3Sheeyrha
 
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihanMohamad Ihtifazuddin
 
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukanPengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukanErica Leenya
 
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanKebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanAdada Eric
 

What's hot (20)

Bab 4 proses penilaian kecederaan sukan
Bab 4  proses penilaian kecederaan sukanBab 4  proses penilaian kecederaan sukan
Bab 4 proses penilaian kecederaan sukan
 
Gimnastik irama
Gimnastik iramaGimnastik irama
Gimnastik irama
 
4 asas-biomekanik
4 asas-biomekanik4 asas-biomekanik
4 asas-biomekanik
 
kecergasan fizikal
kecergasan fizikalkecergasan fizikal
kecergasan fizikal
 
Definisi pendidikan jasmani suaian
Definisi pendidikan jasmani suaianDefinisi pendidikan jasmani suaian
Definisi pendidikan jasmani suaian
 
Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
 
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPP
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPPImbangan Dan Masa Reaksi - MPP
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPP
 
3 kaedah-latihan-fizikal
3 kaedah-latihan-fizikal3 kaedah-latihan-fizikal
3 kaedah-latihan-fizikal
 
Kaedah latihan suaian fizikal
Kaedah latihan suaian fizikalKaedah latihan suaian fizikal
Kaedah latihan suaian fizikal
 
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-41 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
1 pengenalan kecergasanl-tingkatan-4
 
Patah dan terkehel
Patah dan terkehelPatah dan terkehel
Patah dan terkehel
 
95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas95822952 pergerakan-asas
95822952 pergerakan-asas
 
Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskularDaya tahan kardiovaskular
Daya tahan kardiovaskular
 
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
 
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
1 periodisasi latihan dan fasa-fasa latihan
 
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukanPengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
 
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan BadanKebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
Kebaikan Memanaskan Badan dan Menyejukkan Badan
 
Latihan rintangan
Latihan rintanganLatihan rintangan
Latihan rintangan
 
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khasBab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
Bab 7 pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid berkeperluan khas
 
Komposisi tubuh badan
Komposisi tubuh badanKomposisi tubuh badan
Komposisi tubuh badan
 

Similar to Semester 8 pjm 3182 Kecederaan Dalam Sukan

Similar to Semester 8 pjm 3182 Kecederaan Dalam Sukan (20)

P.cemas belia
P.cemas beliaP.cemas belia
P.cemas belia
 
P3K.pptx
P3K.pptxP3K.pptx
P3K.pptx
 
Pp dasar (peri heriyanto)
Pp dasar (peri heriyanto)Pp dasar (peri heriyanto)
Pp dasar (peri heriyanto)
 
11 Gizi dan Fisiologi Olahraga - 2019.pptx
11 Gizi dan Fisiologi Olahraga - 2019.pptx11 Gizi dan Fisiologi Olahraga - 2019.pptx
11 Gizi dan Fisiologi Olahraga - 2019.pptx
 
84116409 kecederaan-dalam-sukan
84116409 kecederaan-dalam-sukan84116409 kecederaan-dalam-sukan
84116409 kecederaan-dalam-sukan
 
Dasar dasar p3 k
Dasar dasar p3 kDasar dasar p3 k
Dasar dasar p3 k
 
Dasar dasar p3 k
Dasar dasar p3 kDasar dasar p3 k
Dasar dasar p3 k
 
Kb 1 asuhan keperawatan medikal bedah fraktur asma bronkial
Kb 1 asuhan keperawatan medikal bedah fraktur asma bronkialKb 1 asuhan keperawatan medikal bedah fraktur asma bronkial
Kb 1 asuhan keperawatan medikal bedah fraktur asma bronkial
 
Dasar-Dasar P3K.pptx
Dasar-Dasar P3K.pptxDasar-Dasar P3K.pptx
Dasar-Dasar P3K.pptx
 
Trauma 2
Trauma 2Trauma 2
Trauma 2
 
Satpel rematoid artritis
Satpel rematoid artritisSatpel rematoid artritis
Satpel rematoid artritis
 
KEL 3 MEDICAL FIRST RESPONDEN.docx
KEL 3 MEDICAL FIRST RESPONDEN.docxKEL 3 MEDICAL FIRST RESPONDEN.docx
KEL 3 MEDICAL FIRST RESPONDEN.docx
 
Trauma 1
Trauma 1Trauma 1
Trauma 1
 
Satpel rematoid artritis
Satpel rematoid artritisSatpel rematoid artritis
Satpel rematoid artritis
 
Sap rematik incie
Sap rematik incieSap rematik incie
Sap rematik incie
 
Notaringkasp 131026205220-phpapp02
Notaringkasp 131026205220-phpapp02Notaringkasp 131026205220-phpapp02
Notaringkasp 131026205220-phpapp02
 
Askep trauma muskuloskeleta1
Askep trauma muskuloskeleta1Askep trauma muskuloskeleta1
Askep trauma muskuloskeleta1
 
Assignment kecederaan kulit
Assignment kecederaan kulitAssignment kecederaan kulit
Assignment kecederaan kulit
 
MATERI KAK RINNA FIXXXXX.ppt
MATERI KAK RINNA FIXXXXX.pptMATERI KAK RINNA FIXXXXX.ppt
MATERI KAK RINNA FIXXXXX.ppt
 
Penanganan Cidera Muskuloskelatal
Penanganan Cidera MuskuloskelatalPenanganan Cidera Muskuloskelatal
Penanganan Cidera Muskuloskelatal
 

Recently uploaded

PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024RoseMia3
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...MuhammadSyamsuryadiS
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptAlfandoWibowo2
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptannanurkhasanah2
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfsaptari3
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 

Recently uploaded (20)

PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 

Semester 8 pjm 3182 Kecederaan Dalam Sukan

  • 1. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 1 Pendekatan Rawatan Kecederaan Pertolongan Cemas - TOTAPS, DR. ABC dan RICE 1.0. Pengenalan Pertolongan cemas ditakrif sebagai bantuan permulaan atau rawataan pertama yang diberikan kepada seseorang yang tercedera daalam sebarang kemalangan sebelum ketibaan bantuan perkhidmatan kecemasan atau doktor. Pertolongan cemas –TOTAPS, DR. ABC dan RICE merupakan langkah rawatan pertama yang diberikan kepada pesakit yang mengalami kecederaan. Keadaan ini juga terjadi kepada seseorangan yang cedera / sakit secara tiba-tiba. Pertolongan cemas bantu mula datang sebelum mendapatkan pertolongan pakar atau doktor. Dengan demikian, Pertolongan cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE perlu diberikan secara cepat walaupun rawatan tidak berapa sempurna. Dengan kata lain Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE harus tepat agar boleh membantu meringankan mangsan kecederaan / kemalangan . Dalam hal ini, kita bukan menambah sakit mangsa. Sebagai orang awam tindakan Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE, perlu mengenal prinsip-prinsip asas bagi Pertolongan Cemas Bantu Mula (TOTAPS. Prinsip-prinsip antara lain ialah Lihat dahulu keadaan sekeliling, adakah dalam keadaan selesa. Jangan sampai kita tidak menghiraukan keadaan sekeliling sehingga kita mengalami kecederaan pula. Gunakan cara pendekatan rawatan kecederaan Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE yang mudah dan efesien. Gunakan bahan yang ada di sekeliling (manusia, alat, atau bantuan lain). Jangan jadi hero oleh kerana dorongan naluri atau kemanusiaan ingin menolong dengan cara atau upaya sendiri sehingga tidak memperdulikan hal lain. Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE seperti tajam perhatian, pantas Ikhtiar, tidak kasar berakal, berbudi bertimbang rasa, sentiasa tersenyum, buat apa yang tahu dan akhir sekali paling penting tidak Panik
  • 2. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 2 Tujuan Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE adalah memberi pertolongan bantu mula untuk menyelamatkan orang yang cedera untuk menyembuhkan segera dengan kata lain sekurang-kurangnya untuk mencegah bertambah parahnya luka, kecederaan akibat sesuatu kemalangan. Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE juga ingin mengurangkan rasa ngeri dan cemas pesakit, menjaga ketenagan fizikal dan mentalnya sebelum pesakit dibawa berjumpa pakar atau ke hospital untuk rawatan lanjut. Selain itu juga, sebagai pembantu Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE jaga emosi dan kondisi kita sendiri. Pertolongan harus dilakukan dengan fokus dan tenang, jika panik ini akan menambah penderitaan pesakit. Sebagai pembantu yakinkan bahawa anda adalah penyelamat dan bukan menambahkan panik pesakit tersebut. 2.0. Objektif Pertolongan Cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE 2.1. Menyelamatkan Nyawa ˗ Sekiranya pengsan berikan bantuan pernafasan. ˗ Setiap saat adalah penting ˗ Berhentikan pendarahan ˗ Pulihkan renjatan. 2.2. Mengelakkan keadaan dari menjadi lebih teruk ˗ Mengurangkan pergerakan. Buat apa yang anda tahu sahaja. ˗ Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semula jadi. ˗ Jangan memberi apa-apa makanan atau minuman melalui mulut. Basahkan bibir sekiranya perlu. 2.3. Memberi kelegaan dan keselesaan ˗ Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang masih sedar. ˗ Jangan tinggalkan pesakit berseorangan.
  • 3. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 3 ˗ Pastikan keadaan pesakit – periksa nadi dan pernafasan 3.0. KECEDERAAN SUKAN 3.1. Kecederaan Pada Sistem Tubuh  Sistem Rangka  Sistem Otot  Sistem Sendi 3.2. Sistem Rangka  Fraktur ( retak dan parah  Fraktur tertutup ( patah yang terjadi dalam badan tidak menyebabkan kulit terkoyak ).  Farktur terbuka ( patah yang menyebabkan tulang terkeluar pada pada permukaan kulit ) 3.3. Sistem Otot  Kontusi (hentakan )  Kekejangan otot  Otot terkoyak  Kecederaan tendon ( otot ke tulang )  Kecederaan ligament ( tulang ke tulang ) 3.4. Sistem Sendi  Dislokasi ( tulang sendi terkeluar dari mangkuk sendi)  Miniskus terkoyak.  4.0. KLASIFIKASI KECEDERAAN DALAM SUKAN. Punca-punca kecederaan dalam sukan i. Kecederaan langsung-
  • 4. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 4 kecederaan yang disebabkan oleh sentuhan / hentakan /pukulan pada otot atau tulang ii. Kecederan tidak langsung kecederaan yang disebabkan oleh diri sendiri contoh: tidak memanaskan badan sebelum aktiviti , pemakaian pakaian atau alatan yang tidak sesuai. iii. Kecederaan di tempat yang digunakan terlalu kerap sesuatubahagian/ anggota badan digunakan tanpa rehat yang mencukupi 5.0. JENIS-JENIS KECEDERAAN DALAMAN Boleh dibahagikan kepada dua iaitu : i. Kecederaan Luar ii. Kecederaan Dalaman 5.1. KECEDERAAN LUAR Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut : a) LUKA: kulit terkoyak disebabkan terkena benda tajam atau keras. Koyakan yang berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius. b) MELEPUH: Berlaku disebabkan geseran di antara bahagian badan dengan permukaan yang lain . Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan mengelembung. c) MELECET:
  • 5. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 5 Berlaku apabila bahagian badan bergeser dengan permukaan lain. Lapisan epidermis terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit tidak cedera. 5.2. KECEDERAAN DALAMAN a) TERSELIUH: Berlaku apabila ligamen atau tisu-tisu terkoyak, teregang atau terpulas disebabkan bebanan yang kuat atau secara tiba-tiba. b) OTOT TERKOYAK: Berlaku koyakan dibahagian otot atau tendon disebabkan pengecutan otot- otot secara drastik, ketidakupayaan otot atau tendon menengang beban ang dikenakan atau dihentakkan terus ke otot. c) OTOT KEJANG: Berlaku kekejangan pada otot, apabila otot Kehilangan sifat kontraksi otot buat sementara. Kekejangan berlaku disebabkan ketidak seimbangan atau kekurangan air dan elektrolit ( natrium dan klorida ) dalam otot kesan akibat perpeluhan dan kurang daya tahan. d) DISLOKASI: Berlaku apabila tulang sendi terkeluar dari kedudukan asalnya. Dislokasi disebabkan pergerakan anggota badan luar daripada julat pergerakan yang biasa. Hal ini mengakibatkan ligamen dan tisu bahagian sendi terengang dan koyak. e) FRUKTUR: Berlaku apabila tulang patah atau retak disebabkan daya hentakan tepat , sipi atau daya putaran. Terdapat dua jenis fraktur ia itu fraktur tertutup dan fraktur terbukan.
  • 6. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 6 f) KONTUSI: Berlaku kecederaan pada salur darah atau saluran darah halus terputus disebabkan daya hentakan. Akibatnya kesan lebam pada permukaan kulit atau pendarahan dalaman g) KONKUSI: Berlaku dibahagian kepala disebabkan daya hentakan atau pukulan yang mengakibatkan mangsa tidak sedar diri atau pengsan. Konkusi boleh menyebabkan kecederaan otak yang serius. 6.0. TANDA -TANDA SIMPTOM KECEDERAAN Tanda dan simptom kecederaan penting untuk :  Mengenalpasti jenis kecederaan  Membantu memberi pertolongan cemas 6.1. Amaran tubuh badan: Tubuh badan memberi amaran apabila masalah berlaku pada otot atau sendi. a) KESAKITAN (pain )  Penbentukan asid laktik  Otot terkoyak  Keradangan pada sendi b) BENGKAK (swelling)  Pengumpulan cecair di sekeliling sendi atau otot  Cara tubuh mengawal kecederaan c) KAKU (stiffness)  Berlaku dari dalam: sendi bengkak, cartilage koyak.  Faktor luran sendi: ketegangan otot atau tendon. d) BUNYI (noise)
  • 7. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 7  Bunyi dan sakit tanda ada masaalah  Chondromalacia : kekasaran pada permukaan sendi  Osteoarthritis : keradangan sendi.  Maniskus koya  Ketidakstabilan (Instability)  Otot dan ligamen mengawal sendi  Sendi dalam lutut/ligamen : anterior cruciate ligament  Otot sekeliling sendi : otot quardriceps lemah 6.2. MENGENALPASTI TANDA DAN SIMPTOM KECEDERAAN  Pemerhatian dan sentuhan  Maklumat mangsa 6.2.1. Pemerhatian dan sentuhan  Kecacatan kepada anggota yang cedera  Lebam  Pendarahan  Pucat  Berpeluh  Bengkak  Radang  Takstur kulit berubah  Cara bernafas tidak normal  Suhu badan tidak normal  Kadar denyutan jantung tinggi/rendah. 6.2.2. Maklumat Mangsa  Sakit  loya
  • 8. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 8  haus/dahaga  anggota lemah  pening  bahagian yang cedera tidak boleh bergerak 6.3. Tanda dan Simptom Kecederaan Jenis Kecederaan Tanda Simptom LUKA Berdarah, lebam, bengkak Sakit tempat yang cedera MELEPUH Gelembung berair Perit pada tempat yang cedera MELECET Kulit tergeser, berdarah, lebam, bengkak, berubah bentuk Sengal DISLOKASI Hilang daya pergerakan, bengkak sekeliling sendi Sakit tempat cedera FRAKTUR ( patah / retak ) Hilang daya pergerakan, Bengkak, perubahan bentuk. Sakit tempat cedera KONTUKSI Bengkak, lebam, pergerakan terhad. Sakit tempat cedera KONKUSI Tidak sedarkan diri, denyutan nadi lemah, pergerakan terhad. Loya, pening, hilang ingatan buat sementara
  • 9. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 9 7.0. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Langkah- langkah keselamatan yang diambil dapat mengelakkan berlakunya kemalangan atau kecederaan. Perhatian dan tindakan yang sewajarnya perlu di ambil oleh guru atau jurulatih bagi memastikan murid atau atlet mereka selamat ketika menjalankan aktiviti sukan atau fizikal. Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil: i. Latihan yang sistematik ii. Mengenalpasti tahap dan kecergasan murid iii. Undang-undang dan peraturan permainan atau sukan iv. Kemudahan alatan v. Faktor persekitaran vi. Penyeliaan , arahan dan bimbingan. 8.0. PRINSIP & PROSEDUR BANTU MULA Berikut adalah tiga (3) prinsip dan prosedur bantu mula yang boleh diguna dalam menghadapi situasi kemalangan atau kecederaan.  D.R. A.B.C  R.I.C.E  T.O.T.A.P.S 8.1. D.R. A.B.C D - Danger ( bahaya ) R - Response ( tindakbalas) A - Airways ( saluran udara ) B - Breathing ( pernafasan ) C - Curculation ( peredaran darah )
  • 10. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 10 8.2. Langkah-langkah D.R. A.B.C D : Danger ( bahaya )  Pastikan kawasan sekitar mangsa selamat  Sekiranya mangsa boleh berjalan bawa mangsa ketempat redup.  Sekiranya mangsa pengsan akibat kecederan pada kepala atau leher, JANGAN alihkan mangsa. Minta bantuan dan bawa mangsa ke hospital. R : Response ( tindakbalas)  Pastikan mangsa dalam keadaan sedar dengan menepuk bahu mangsa dengan lembut  Sekiranya mangsa sedar, cuba berinteraksi dengan mangsa. Tanya nama atau keadaan dirinya.  Sekiranya mangsa tidak sedar, mengiringkan mangsa untuk membantu membuka ruang pernafasannya dan minta bantuan. A : Airways ( saluran udara )  Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka dan tiada objek yang menghalang pernafasan seperi lidah stau gigi palsu.  Sekiranya saluran pernafasan terhalang , keluarkan objek tersebut. B : Breathing ( pernafasan )  Pastikan mangsa bernafas dengan cara berikut: - pergerakan turun naik dada - bunyi semasa bernafas.  Sekiranya mangsa bernafas dengan baik, pastikan kedudukannya stabil .  Sekiranya tidak bernafas berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut.
  • 11. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 11 C : Curculation ( peredaran darah )  Pastikan nadi mangsa berdenyut  Sekira nadi berdenyut, teruskan bantuan pernafasan dengan kadar 1 hembusan setiap 5 saat EAR  Sekiranya tak berdenyut, lakukan pemulihan pernafasan kaedah CPR 8.3. R.I.C.E Berikut adalah prinsip dan prosedur bantu mula yang boleh diguna dalam menghadapi situasi kemalangan atau kecederaan. R - Rest ( rehat ) I - Ice ( Ais ) C - Compression ( Pembalutan) E - Elevation ( meninggikan ) 8.4. Langkah –langkah R.I.C.E R - Rest ( rehat )  Letakkan atlet dalam posisi yang selesa ( berbaring)  Elakkan menggerakan bahagian yang cedera  Pergerakan akan menyebabkan pendarahan disebabkan peningkatan pengaliran darah. I - Ice ( ais ) Kaedah:  Letakkan ais dalam tuala/beg plastik  Rendamkan dalam air  Elakkan meletakkan ais terus ke kawasan cedera tanpa lapik/alas.  Ais mengurangkan bengkak/kesakitan/kekejangan otot.
  • 12. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 12 C - Compression (pembalutan  Balut bahagian yang cedera dengan bandage dengan selesa.  Pembalutan boleh mengurangkan pendarahan/bengkak dan membantu menyokong bahagian yang cedera. E - Elevation ( meninggikan/elevasi)  Tinggikan bahagian yang cedera melebihi aras jantung sepanjang masa.  Meninggikan bahagian yang cedera dapat mengurangkan pendarahan/bengkak dan kesakitan. 8.5 T.O.T.A.P.S T.O.T.A.P.S adalah satu kaedah membuat penilaian terhadap keadaan kecederaan mangsa. T = Talk (Bercakap) Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan.Bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya mangsa ; Tujuannya mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan mangsa seperti : Di mana bahagian yang sakit / tempat tercedera? ..... peringkat kesakitan ! Bagaimana dengan penglihatan (kabur atau Jelas)? ... boleh dengar atau tidak ! O = Observe (Melihat Keadaan) Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu badan serta pernafasan dan denyutan nadi (nomal atau tidak). Perhatikan dan pastikankan darjah kecederaan mangsa. T = Touch (Sentuh) Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat . Beritahu dulu mangsa
  • 13. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 13 sebelum memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera, ini mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut. A = Active Movement (Pergerakan Aktif) Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yang cedera seperti tangan, kaki dan kepala; tujuannya mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dengan segera P = Passive Movement (Pergerakan Pasif) Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya. Bantu mengerakkan bahagian yang cedera secara perlahan-lahan ; tujuan untuk memeriksa/menentukan tahap kecederaan/kesakitan yang diialami. Regangkan otot dan benarkan bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius S = Skill (Kemahiran) Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan melompat sambil melakukan kemahiran permainan yang mudah untuk memastikan tahap kecederaan yang dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yang khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti. 8.6. Langkah-langkah T.O.T. A. P.S T - Talking (bercakap ) Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera  Apa yang berlaku?  Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku?  Apa yang kamu rasa?
  • 14. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 14  Bahagian mana yang cedera?  Adakah bahagian lain yang cedera?  Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ? O - Observe (memerhati) Memerhati ketika bercakap dengan atlet  Adakah atlet/mangsa tertekan ?  Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara biasa?  Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?  Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain  Bagaimana bahagian tersebut dikawal ? T - Touch ( sentuhan ) Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera dan secara perlahan bergerak ke kawasan yang cedera.  Adakah terdapat kelembutan?  Adakah terdapat kecacatan?  Adalah kawasan cedera panas? Berhenti disini sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi fraktur dan dislokasi. A - Active (aktif) Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa sakit berhenti.  Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang tidak cedera terlebih dahulu.  Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang penuh atau terhad?  Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut? Bilakah kesakitan tersebut dirasai?
  • 15. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 15 P - Passif (pasif) Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakkan yang normal. Berhenti jika kesakitan berlaku.  Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang penuh?  Bilakah kesakitan berlaku?  Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan yang tercedera. Berhenti disini bila atlet / mangsa mengadu kesakitan atau hilang/bertambah julat pergerakan S - Skill (kemahiran) Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat pergerakan yang normal tanpa kesakitan, suruh atlet / mangsa berdiri dan lakukan pergerakan yang perlahan.  Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit berhenti  Sekiranya tiada kesakitan atau minima, atlet boleh teruskan latihan atau permainan REMEMBER ! ! WITH SOFT TISU INJURIES, YOU SHOULD AVOID THE HARM FACTORS H - HEAT INCREASES BLEADING A - ALCOHOL INCREASES SWELLING R - RUNNING OR EXERCISING TO SOON CAN MAKE THE INJURY WORSE M - MASSAGE INTHE FIRST 48-72 HOURS INCREASES SWELLING AND BLEEDING
  • 16. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 16 9.0. KESIMPULAN. Pendekatan rawatan kecederaan bantu mula TOTAPS, DR. ABC dan RICE yang diambil dapat mengelakkan berlakunya kemalangan atau kecederaan jika langkah- langkah keselamatan dititikberatkan. Perhatian dan tindakan yang sewajarnya perlu di ambil oleh guru atau jurulatih bagi memastikan murid atau atlet mereka selamat ketika menjalankan aktiviti sukan atau fizikal. Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil seperti latihan yang sisitematik, mengenalpasti tahap dan kecegasan murid dapat mengelakan dari sebarang kecederaan. Di samping itu undang-undang dan peraturan permainan atau sukan juga dapat mengelakan kecederaan berlaku terhadap murid atau atlet. Kemudahan alatan sukan yang baik dan faktor persekitaran yang selamat dapat mengelakkan kemalangan jika diselia dengan sempurna. Sebagai seorang jurulatih kita perlu tahu bantuan awal yang sepatutnya digunakan dalam membantu atlit kita yang mengalami kecederaan. Prosedur DR ABC dan TOTAPS perlu diikuti dengan langkah-langkah yang betul agar keselamatan atlit lebih terjamin. Kita kena cepat mengetahui keadaan pesakit terutama untuk memastikan kaedah mana yang patut dimulakan. Jika pesakit tidak pengsan boleh kita memulakan dengan bantu mula TOTAPS. Jika pesakit tiada respon atau pengsan, keadah seterusnya ialah DR ABC di mana kita mula dengan AB jika pesakit tiada bernafas boleh gunakan (EAR) dan akhir sekali gunakan C jika tiada denyutan nandi (CPR). Walau bagaimanapun yang penting kita mesti tenang untuk menangani masalah ini.
  • 17. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 17 10.0. RUJUKAN BUKU Ab. Alim Abdul Rahim (1998). Buku Pertolongan Cemas. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam. Aris Fazil bin Haji Ujang, Borhan bin Yusof, Abd. Halim bin Md. Salleh (2008), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5, Penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka. Aris Fazil bin Haji Ujang, Mohd. Khairi bin Zawi , Salleh bin Mohammad Sheh, Teh Loh Hoong (2008), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 5, Penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka. Shamsuddin bin Mohd. Sharif, Shahrizad bt. Yusof Zakaria, Mohd. Sofian bin Omar Fauzee (2009), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 4, Penerbit Dewan Bahasa Dan Pustaka. Teng Boon Tong (1989) , Panduan Pengajaran Olahraga: Siri Pendidikan Longman Unit Skim Persijilan Kejurulatihan Kebagsaan, Nota Sains Sukan Tahap 1 : Majlis Sukan Negara Cawangan Kejurulatih
  • 18. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 18 11.0. Rujukan dari internet (web) SPORT-SCIENCE-STPM-NOTES-N-SYLIBUS http://www.docstoc.com/docs/55107456/ Pengenalan-Pertolongan-Cemas http://www.scribd.com/doc/27994363/Pengenalan-Pertolongan-Cemas Bab-4-proses-penilaian-kecederaan-sukan http://www.slideshare.net/KhairulTaib/bab-4-proses-penilaian-kecederaan-sukan Pengenalan-first-aid http://www.slideshare.net/drcd2009/pengenalan-first-aid Kecederaan -otot http://www.slideshare.net/cgnizam/kecederaan-otot prinsip-dan-tujuan-pertolongan-pertama.html http://www.aminudin.com/2013/02/prinsip-dan-tujuan-pertolongan-pertama.html PERTOLONGAN PERTAMA PADA KECELAKAAN-Pro Squad Ppt ... http://www.authorstream.com/Presentation/leisfatwa-1361343-pertolongan- pertama-pada-kecela. Panduan Pertolongan Cemas & CPR http://www.pertolongancemas.com/ Ketahui kaedah pertolongan cemas dan teknik CPR yang terkini disini agar anda mampu untuk ... Bab 2) Prinsip Dan Pertolongan Cemas http://www.cert.sarawak.gov.my/modules/web/download_show.php?id=4 SKOP DAN PRINSIP. PERTOLONGAN CEMAS. 1.Difinisi. 1.1. Pertolongan cemas ditakrif sebagai bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan
  • 19. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 19 12.0. REFLEKSI Bersyukur saya kepada Allah kerana dengan bantuan-Nya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Pendek PJM 3182 Kecederaan Dalam Sukan bertajuk Pendekatan Rawatan Kecederaan - TOTAPS, DR. ABC dan RICE dengan jayanya. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah En. Ahmad Latfi bin Ahmad Latifi, kerana memberikan tunjuk ajar yang amat berguna kepada saya untuk membuat persediaan dan menyiapkan Kerja Kursus tersebut. PJM 3182 - Kecederaan Dalam Sukan bertajuk Pendekatan Rawatan Kecederaan - TOTAPS, DR. ABC dan RICE banyak membantu saya dalam menjalankan tugas sebagai jurulatih di sekolah. Pengetahuan serba sedikit dalam pertolongan cemas dapat juga membantu saya menyiapkan kerja kursus ini kerana sebahagianya adalah melalui pengalaman yang saya dapati sepanjang bertugas sebagai jurulatih Kriket MSS Selangor. Pengalaman di sepanjang tempoh saya menyiapkan KKP ini, pelbagai masalah telah saya kenal pasti. Antaranya ialah semasa mencari dan menyediakan bahan-bahan yang sesuai untuk KKP ini timbul masalah kerana tidak banyak mengenai pendekatan rawatan kecederaan TOTAPS, DR. ABC dan RICE dalam Bahasa Melayu. Berbekalkan bahan bacaan dan bahan dari internet saya akhirnya berjaya membuat satu nota yang agak sesuai untuk dijadikan bahan Kerja Kursus Pendek ini. Nota-nota pendekatan rawatan kecederaan pertolongan cemas / bantu mula TOTAPS, DR. ABC dan RICE telah saya pindahkan ke dalam solfware microsoft powerpoint untuk sesi pembentangan yang telah di buat pada interaksi ke 2. Dalam penyediaan bahan pembentangan, saya tidak mengalami masalah kerana bahan yang telah diperolehi dari buku dan internet banyak membantu menyelesaikan bahan pembentangan saya . Saya menggunakan bahan media pengajaran microsoft office powerpoint. Draf terlebih dahulu telah dibuat untuk melancarkan pembinaan bahan slaid pembentangan ini. Slaid pembentangan dimulakan dengan pengenalan
  • 20. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 20 pertolongan cemas, objektif dan tujuan pertolongan cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE sebelum saya menerangkan tentang jenis-jenis kecederaan yang berlaku dalam sukan seperti kecederaan pada sistem rangka, sistem otot dan sistem sendi. Aspek yang ditekan dalam pembentangan ini ialah pendekatan rawatan kecederaan sukan bantu mula TOTAPS, DR. ABC dan RICE yang digunakan kepada mangsa cedera sebelum menanti kedatangan pakar. TOTAPS membawa maksud T -Talking ( Bercakap ), O - Observe ( Memerhati), T - Touch ( Sentuhan), Active (Aktif), Passive ( Pasif), dan Skill ( Kemahiran ), DR. ABC . D-Danger ( bahaya ), R-Response (tindakbalas), A- Airways ( saluran udara ), B- Breathing ( pernafasan ) dan C-Curculation ( peredaran darah ) dan RICE R- Res ( rehat ), I - Ice ( Ais ), - Compression ( Pembalutan) dan E - Elevation ( meninggikan ) Langkah-langkah atau prosedur untuk menjalankan kaedah TOTAPS, DR. ABC dan RICE juga telah diterangkan di dalam slaid microsoft office powerpoint. Pada akhir slaid pembentangan ini saya selitkan 2 tayangan video yang telah di muat turun dari perisian software YOUTUBE. Tayangan Video berjudul Stem 3 TOTAPS dan TOTAPS yang masing-masing mempunyai durasi 3:30 minit dan 3:00 minit ini. Saya berharap video-video tersebut dapat menambah kefahaman saya dan rakan-rakan dalam pertolongan cemas bantu mula TOTAPS, DR. ABC dan RICE. Saya telah mengunakan kaedah dari mudah kepada yang susah, sebagai contoh saya telah memberi pelbagai jenis-jenis kecederaan dalaman dan luaran yang di alami oleh murid atau atlet sebelum menerangkan tentang pertolongan bantu mula TOTAPS, DR. ABC dan RICE dan di sokong dengan tayangan video untuk mengukuhkan lagi kefahaman tentang TOTAPS, DR. ABC dan RICE. Semasa saya menyediakan nota dan slaid ini, terdapat masalah bahan-bahan bacaan yang terdiri dalam bahasa Inggeris. Kalau ada pun hanya bahan yang didapati dari nota sains sukan tahap 2 dan buku teks tingkatan 3, 4 dan 5. Masalah ini saya atasi dengan menggunakan perisian google translate. Walaupun terjemahannya tak berapa sempurna namun dapat juga saya memahami serba sedikit tentang bahan bacaan
  • 21. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 21 tambahan yang dibaca yang selebihnya saya rujuk guru bahasa Inggeris sekolah iaitu Tn. Hj. Alias bin Jasmin. Walau pun beliau sibuk namun dapat juga membantu saya memahami maksudnya. Bahan-bahan bacaan dan bahan dari internet hanya banyak menyentuh tentang kecederaan dan jenis-jenis kecederaan sahaja. Amat kurang buku-buku yang menyentuh secara langsung tentang pendekatan rawatan bantu mula TOTAPS, DR. ABC dan RICE. Saya terpaksa mengaitkan TOTAPS, DR. ABC dan RICE dengan jenis- jenis kecederaan yang berlaku samada kecederaan dalaman atau pun kecederaan luaran yang berlaku kepada murid atau atlet. Video-video yang berkaitan dengan pertolongan cemas TOTAPS, DR. ABC dan RICE agak sukar didapati secara percuma melainkan perisian YOUTUBE, selainya perisian bagi bahan tugasan ini terpaksa dibeli melalui on-line jika ingin memuat turun bahan yang dihendaki. Rakaman video yang berkaitan dengan pendekatan rawatan kecederaan bantu mula TOTAPS, DR ABC dan RICE hanya terdapat dalam bahasa Inggeris sahaja. Bahan-bahan bacaan yang amat kurang dan terhad telah menghadkan pembinaan slaid pembentangan dengan lebih baik. Saya cadangkan agar lebih banyak bahan-bahan bacaan berupa kecederaan dan kaedah-kaedah rawatan pertolongan cemas bantu mula di perpustakaan dan dipasaran untuk memudahkan orang ramai mencari bahan dan membaca serata mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Selain nota Sains Sukan Tahap 2 dan buku teks Tingkatan 3, 4 dan 5, agak sukar untuk memperolehi bahan bacaan tersebut dipasaran. Akhir sekali PJM 312 – Kecederaan Dalam Sukan bertajuk Pendekatan Rawatan Kecederaan - TOTAPS, DR. ABC dan RICE banyak membantu saya dalam ilmu pertolongan cemas. Ilmu ini akan saya aplikasikan di dalam kehidupan seharian dan sebagai jurulatih , ilmu pertolongan cemas ini amat berguna untuk memastikan murid
  • 22. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 22 atau atlet mendapat rawatan awal sebelum.kedatangan pakar. Segala ilmu yang di didapati dapat saya aplikasikan di sekolah sebagai jurulatih.
  • 23. PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN ruzdisadiman/PJM 3182 23 12.0. Borang kolaborasi BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS NAMA PELAJAR RUZDI BIN SADIMAN NO. MATRIK 701006106079 KUMPULAN PJK 1 SEMESTER LAPAN MATA PELAJARAN PJM – KECEDERAAN DALAM SUKAN KOD PJM 3182 PENSYARAH PEMBIMBING EN. AHMAD LATFI BIN LATIF TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN CATATAN T/TANGAN 4 Ogos 2015  Penyerahan dan penerangan tugasan yang akan dilaksanakan pada semester 8. 8 Ogos 2015  Membuat pembentangan tajuk tugasan 29 Ogos 2015  Kerja Kursus Pendek (KKP) PJM 3182 – Kecederaan Dalam Sukan. 19 Sept 2015  Membuat pembetulan atau penambahan pada tugasan 27 Sept 2015  Pelajar menghantar tugasan Catatan: Sediakan dalam dua salinan. Satu salinan untuk perhatian pensyarah pembimbing yang diketepikan bersama tugasan dan satu salinan untuk simpanan pelajar.