Dokumen ini memberikan 15 tips tentang kesesuaian pakaian ketika bekerja di lapangan kemanusiaan, termasuk memakai pakaian organisasi, pakaian yang tahan air dan hujan, pakaian hangat untuk iklim sejuk, dan memastikan penampilan selalu terurus dan profesional.
2. Apabila anda bergerak dalam Misi Bantuan, suka
atau tidak, ada kod pakaian yang perlu diaplikasi.
Ianya bertujuan untuk menjaga maruah dan
nama baik organisasi disamping memberikan
anda keselesaan, keselamatan dan juga
perlindungan.
0
3. 1
Pakaian Rasmi Organisasi
Kami di MRA menggunakan kemeja ala uniform
kilang dan juga T-Shirt. Kami sudah jarang
memakai vest melainkan untuk para doktor
semasa membuka Klinik Lapangan kami .
4. 2
Kalau beroperasi di kawasan
banjir / taufan / bencana
Pertimbangkan untuk membawa kasut getah
(kasut Pua Chu Kang) di kawasan yang lecak dan
berair (lopak, paya, tepi sungai dan sewaktu
dengannya).
5. 3
Pakailah penutup kepala. Topi,
snow cap, ketayap, tudung, apa
saja.
Elakkan kepala anda dari terdedah kepada panas
dan bahang matahari, juga kepada air hujan dan
kedinginan salju. Tapi di seseparuh komuniti
memakai cap dilihat sebagai budaya Barat,
adjustlah...
6. 4
Berkaca mata hitam di Lapangan
Di kawasan snow, anda memang diminta untuk
berkaca mata hitam bagi mengelakkan snow blind.
Tetapi apabila bersama di dalam majlis atau
perbincangan bukan ditempat salji, adalah lebih
baik anda membuka cermin mata itu.
Eye contact sangat penting dalam komunikasi di
lapangan.
7. 5
Sediakan baju hujan
Di kawasan yang dikenal pasti beriklim lembap
dan bercuaca seperti di Malaysia, Menyediakan
sehelai baju hujan amat membantu pergerakan.
Memakai payung tidak begitu menjadi trend
ngol
8. 6
Bawa stokin lebih
Anda kena sentiasa pastikan anda memakai
stokin yang kering setiap kali memakai kasut
Stokin dan kasut basah hanya menambahkan
ketidakselesaan dan mungkin boleh
menyebabkan perut sakit.
9. 7
Bawalah mafla untuk melindungi
leher dan dari debu-debu kering.
Mafla ini boleh digunakan juga untuk menutup
kepala dan telinga, termasuk untuk jadi sejadah.
Tapi sekiranya anda berada di zon konflik atau
perang, janganlah pulak pakai Mafla tu ala-ala
Mujahidin, itu cari penyakit.
10. 8
Bilangan Pakaian
Bergantung kepada keadaan dan jangkamasa
Misi. Kebiasaannya saya bawa 3 pasang baju 2
pasang seluar, sehelai kain, tuala mandi dan
pakaian dalam secukup rasa.
Cari fabrik yang ringan dan cepat kering kalau
dicuci. Ianya juga bergantung kepada program
yang diatur.
11. 9
Untuk Operasi yang melibatkan
elemen search and rescue
Bawalah sarung tangan plastik atau getah yang
boleh dicuci atau boleh dibuang sahaja
13. 11
Elakan berkongsi tuala mandi
Walaupun kecil sahaja tuala mandi itu lebih baik
dari berkongsi. Makan boleh kongsi, tapi tidak
pada tuala mandi.
14. 12
Bawa baju sejuk yang bersesuaian
Baju sejuk selalunya tebal dan berat. Jadi
sebelum tiba di sesebuah lapangan itu, pastikan
suhu yang bakal anda hadapi, sekarang kan lebih
mudah untuk dapatkan maklumat.
15. 13
Tinggalkan VEST dalam misi
banjir dan sewaktu dengannya
Kalau hujan berterusan dan banjir, memakai vest
yang tidak kalis air adalah sangat tidak praktikal dan
akan berkesudahan dengan anda akan demam.
16. 14
Pastikan penampilan anda
sentiasa cool walaupun ditengah
bencana
Jangan nampak serabai, selekeh, tak terurus,
komot, kusut, busuk, masam… anda perlu
sentiasa kelihatan bertenaga dan positif
17. 15
Pakailah pakaian yang menutup
aurat, kemas dan sopan.
Ini lebih baik, di kawasan bencana kita perlu
bersedia untuk segala kemungkinan, kalau kena
solat di tepi jalan, bawah jambatan, atas meja
dan sebagainya.