SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
RUKUN NEGARA


AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA1


BAHAWASANYA, NEGARA KITA MALAYSIA


Mendukung cita-cita hendak:


          Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;

          Memelihara satu cara hidup demokratik;

          Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati

          bersama secara adil dan saksama;

          Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya

          dan berbagai corak;

          Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden


MAKA KAMI , rakyat Malaysia ,berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:-


          Kepercayaan Kepada Tuhan

          Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

          Keluhuran Perlembagaan

          Kedaulatan Undang-Undang

          Kesopanan dan Kesusilaan




1
    http://www.al-azim.com/jmm/popup.htm

                                                                                              1
PENGENALAN


Malaysia adalah sebuah Negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan

serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Perpaduan Negara adalah matlamat penting dalam

setiap dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan

politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan.

Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan Negara terjejas dan berlaku huru-

hara, rusuhan pergaduhan kaum dan sebagainya .


       Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi

pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya

sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Melalui perpaduan yang kukuh, tahap

pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah

maju di samping mewujudkan suasana politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang

pendidikan, keharmonian masyarakat serta pembinaan sebuah masyarakat Malaysia yang

sejahtera , bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan

masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang cemerlang , gemilang dan terbilang .




                                                                                           2
KONSEP RUKUN NEGARA2


          Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan

bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan,

kebudayaan,ekonomi ,politik dan perundangan. Rukun Negara terbentuk ekoran daripada

peristiwa 13 Mei 1969 di mana berlaku rusuhan kaum yang mengggugat keamanan dan keutuhan

negara ketika kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

telah ditubuhkan yang bertujuan untuk mengembalikan keamanan,menegakkan semula undang-

undang negara dan memupuk suasana harmoni serta mempercayai dalam kalangan rakyat secara

berkekalan.




SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA3


Kedatangan Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah menukar bentuk

masyarakat negara ini. Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari

China dan India untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga di bandar .


          Di bawah dasar pecah dan perintah Kerajaan Kolonial Inggeris, ketiga-tiga kumpulan

etnik ini telah dipisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu

tinggal di desa dan bekerja disektor pertanian, sementara orang Cina tinggal di bandar dan

melibatkan diri dalam perniagaan . Orang India pula tinggal dan bekerja di estet-estet, hanya

sebilangan kecil sahaja yang tinggal di bandar. Ketiga-tiga kumpulan etnik ini pula dipisahkan

dari segi aliran pendidikan dengan mempunyai sekolah aliran masing-masing tanpa sukatan
2
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara
3
    http://yds2u.com/?page_id=1279

                                                                                            3
pelajaran atau kurikulum yang sama. Keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai

kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


       Pada tahun 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di Pulau

Pinang semasa perayaan pemberian taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama

turut berlaku di Pulau Pangkor (1960) , di Bukit Mertajam (1966) dan Pulau Pinang sekali lagi

(1967) . Peristiwa kekacauan ini hanya berlaku secara kecil –kecilan sahaja. Langkah dan usaha

yang serius iaitu peristiwa ini, Kerajaan telah mengambil langkah tegas untuk mencari satu

formula bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang lagi.


Berikutan itu Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah

Undang-Undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.


       Anggota –anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang Pengerusi

(Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein merangkap Pengarah MAGERAN), tiga

orang menteri (Allahyarham Tun Dr Ismail Bin Dato’ Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew

Cin dan mendiang Tun V.T. Sambanthan), wakil-wakil Kerajaan Negeri dan wakil-wakil

daripada tokoh-tokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja,

wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.


       Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang dipengerusikan oleh

Pengarah MAGERAN, Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein .Setelah berbincang

serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah

merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu

diwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut , maka lahirlah Rukun Negara yang



                                                                                            4
telah diisytiharkan oleh yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang

tahun ke-13 kemerdekaan negara.


       Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan

landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-

nilai murni seperti nilai keagamaan ,kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada

Perlembagaan , Kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan

nilai Kesopanan dna Kesusilaan.


       Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang

kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat ,

seterusnya melahirkan sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu , demokratik ,adil,

liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.   Prinsip-prinsip Rukun Negara

adalah kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan

keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.




OBJEKTIF


Rukun Negara bercita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik saintifik, progresif

dan bersatu-padu serta bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai keturunan.

Cita-cita ini akan tercapai apabila objektif Rukun Negara diamalkan oleh setiap rakyat negara

ini. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-


   1. BAHAGIAN PERTAMA



                                                                                             5
Menggariskan Objektif Masyarakat Malaysia Yang Mahu Dibentuk:-


       Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya

       Memelihara satu cara hidup demokratik

       Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati

       bersama secara adil dan saksaman

       Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai –

       bagai corak; dan

       Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi

       moden




KEBERKESANAN PERLAKSANAAN RUKUN NEGARA


   1. Mencapai Perpaduan Yang Lebih Erat


Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana

ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira

keturunan dan kepercayaan masing-masing . Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum

dengan berbagai –bagai persoalan yang wujud.


   Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.

Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk

satu bangsa yang bersatu padu, di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat

kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.



                                                                                           6
2. Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik


Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik

rakyat asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Namun,hak-hak serta kebebasan yang

diberikan ini tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan

perkauman atau memusnahkan sistem demokrasi di negara ini.


       Apabiila berlaku sebarang masalah yang melanda negara , kepentingan bangsa dan

negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada

kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan dan keselamatan negara akan

terancam.




   3. Mencipta Satu Masyarakat Yang Adil


Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara.

Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil

dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka

mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lebih maju. Masyarakat

adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhdap yang lain ataupun

penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.




                                                                                             7
4. Membentuk Satu Sikap Yang Liberal


Masyarakat bebas mengamalkan agama,adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai

dengan matlamat perpaduan negara. Malaysia mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan

adat resam yang diamalkan oleh masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu

masyarakat berlainan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara .




   5. Membina Sebuah Masyarakat Progresif


Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan

dalam bidang sains dan teknologi . Ini selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia

tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini menyaksikan perubahan dan perkembangan pesat

dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.


       Malaysia progresif yang hendak diwujudkan adalah satu masyarakat yang bergerak maju

sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akan membawa Malaysia menjadi sebuah

negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020 . Namun , kemajuan tersebut tidak akan

menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas dan nilai-nilai keagamaan.




                                                                                              8
PRINSIP RUKUN NEGARA4


II.        BAHAGIAN KEDUA


Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara Yang Berikut:-


          Kepercayaan Kepada Tuhan

          Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

          Keluhuran Perlembagaan

          Kedaulatan Undang-Undang

          Kesopanan dan Kesusilaan




      1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui

kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara yang berdaulat.


          Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi

Persekutuan tetapi agama-agama dan kepercayaan lain oleh diamalkan bahagian di dalam

Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama

adalah dilarang sama sekali.


          Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan

kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan



4
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara

                                                                                        9
keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya

keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing ,prinsip ini telah

dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.




   2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di mana Seri

Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara . Selaras dengan kedudukan

Yang di Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan , sistem beraja juga diamalkan di

setiap negeri dan Yang di Pertuan Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka

Baginda , Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat.


       Kesetian kepada Raja dan Negara bermaksud setiap rakyat hendaklah menumpukan

sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Di

peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah

negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di Pertuan

Agong .


       Sikap kesetiaan seperti ini adalah suatu nilai yang baik dan boleh menjadi kebanggaan

kepada negara serta dapat dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kepada negara,

Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara juga adalah salah satu faktor yang

boleh menyatukan rakyat Malaysia.




                                                                                         10
Sebarang sikap atau pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara

lain atau rakyat mengaabaikan taat setia kepada Malaysia dan Rajanya adalah elemen yang

bertentangan sama sekali dengang prinsip Rukun Negara.




   3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN


Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran

atau kemuliaan Perlembagaan Malaysia yang menjadi sumber dan tunjang perundangan yang

tertinggi negara. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan

hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki

menghormati,menghargai,memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah

pembentukan Perlembagaan Malaysia.


       Perlembagaan in telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di

negara ini. Dengan demikian, ia adalah kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan

diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia

menentukan pola politik dan kedudukan sosio ekonomi rakyat negara ini. Ini adalah sumber

rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan perundangan, kedudukana

dan hak sosio ekonomi rakyat.


       Aspek-aspek utama Perlembagaan yang dirangkumi dalam prinsip ini ialah berkaitan

kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, kedudukan

agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa




                                                                                           11
kebangsaan dan bahasa rasmi, hak-hak istimewa orang Melayu di Semenanjung dan bumiputera

di Sabah dan Sarawak.


       Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan bumiputera juga diberikan,

seperti pemberian taraf warganegaraan Malaysia kepada mereka seperti mana yang termaktub di

dalam Perlembagaan, Walaupun Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi, perkembangan bahasa –

bahasa lain tidak dihalang. Orang bukan Islam bebas menganut dan mengamalkan agama mereka

mengikut kepercayaan masing-masing. Hak asasi rakyat juga dijamin oleh Perlembagaan

Malaysia.




   4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG


Keadilan berasaskan kedaulatan undang-undang memberi taraf yang sama kepada rakyatnya di

sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia di mana

undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu, kedaulatannya perlu diterima

dan pertahankan, Tanpa undang-undang, hidup masyarakat dan negara tidak akan aman dan

stabil. Sehubungan itu, undang-undang mesti dihormati dan dipatuhi, bukannya dipersendakan.

Kedaulatan undang-undang negara dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.


       Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu

masyarakat yang aman , stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin

kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak lancar dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di

mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan

dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang

                                                                                        12
dijamin oleh Perlembagaan. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu

tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-

cara yang tidak menurut Perlembagaan.


       Kedaulatan undang –undang perlu dipertahankan agar masyarakat dapat terus hidup

dalam keadaan aman dan harmoni. Kesedaran ini perlu diwujudkan dan kekalkan dalam

pemikiran rakyat.




   5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Prinsip kelima Rukun Negara ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap

rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga yang bersopan santun dan bersusila selaras

dengan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni. Individu yang bersopan santun dan bersusila

adalah amat penting dalam konteks perhubungan perlbagai kaum di negara ini.


       Setiap kaum di negara ini percaya bahawa bersopan santun dan bersusila adalah asas

didikan membentuk peribadi yang mulia dan disegani. Tatasusila ini membenci dan mengutuk

tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu

golongan. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan

berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.


       Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada lingkah laku dan tutur kata seseorang .

Bahasa yang lembut dan bersopan santun serta tingkah laku yang baik akan menjamin

perhubungan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Prinsip ini jika



                                                                                         13
dipraktikkan akan membentuk indivivu bersisiplin dan bermoral yang akan membantu

mewujudkan sebuah masayarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu .




KEPENTINGAN RUKUN NEGARA UNTUK MENGHASILKAN INDIVIDU DAN

MASYARAKAT YANG DIHASRATKAN OLEH OBJEKTIF DAN MATLAMAT

IDEOLOGI ITU DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA5


Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan

serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu perpaduan Negara adalah merupakan

matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang

ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, Negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman

dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas

dan berlaku huru-hara rusuhan, pergaduhan kaun dan sebagainya.


          Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi

pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya

sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap

pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah

maju di samping mewujudkan suasanan politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang

pendidikan, keharmonian masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah dan

berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat

yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.



5
    http://www.scribd.com/doc/17649509/rukun negara

                                                                                            14
Rukun Negara harus dihayati oleh semua lapisan masyarakat: warganegara Malaysia.

Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang perlu

dilakukan. Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui

oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Rukun Negara tidak

memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mempunyai semangat

patriotik kepada Malaysia. Rukun Negara juga tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa

seseorang jika seseorang itu tidak mengetahui asal usul dan sejarah Malaysia, iaitu negaranya

sendiri. Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu

tidak dapat berfikir dengan rasional dan secara ilmiah.


       Kita sebagai warganegara Malaysia harus menyokong dan melibatkan diri dalam setiap

program, dasar dan rancangan kerajaan yang bertujuan untuk membina sebuah negara yang

aman, makmur dan sejahtera. Negara yang aman haruslah dipelihara. Pemeliharaan keamanan

adalah tugas dan tanggungjawab semua warganegara. Kita harus hidup secara aman dan

harmoni. Kita jangan melakukan kegiatan yang boleh mencetus salah faham antara kaum. Kita

perlu patuhi undang-undang sepanjang masa.


       Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita kecapi sekarang adalah hasil

daripada komitmen, kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak termasuk

individu, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO). Keamanan, kemakmuran dan

kesejahteraan yang kita nikmati ini tidak mampu bertahan sekiranya rakyat tidak bersatu dan

tidak memberi kerjasama kepada kerajaan. Perpaduan kaum yang erat membolehkan negara kita

menghadapi dan menangani sebarang cabaran masa depan.



                                                                                          15
KESIMPULAN


Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah

Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar

untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu

sendiri.


           Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada

13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya

bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai satu

sama lain.


           Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah

tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan

yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan

pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang

demokratik.


           Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa dalaman

yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan

prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan

keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti

disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.




                                                                                             16

More Related Content

What's hot

Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)Ums
 
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)AzreeShariff
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negaramunnianwar
 
Pengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaPengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaShenara Nazrah
 
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)munnianwar
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING NurZahidah22
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatnasywah79
 
Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2fazrul
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Thanushah Soniyasee
 
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)azam_hazel
 
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaLangkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaNicholas Lidang Mud
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASISTPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASInasywah79
 
Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3hamali yusof
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMNurZahidah22
 
Wawasan 2020 { pengajian am penggal 2}
Wawasan 2020  { pengajian am penggal 2}Wawasan 2020  { pengajian am penggal 2}
Wawasan 2020 { pengajian am penggal 2}Nurul Atikah
 

What's hot (20)

Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
Agama dan Kepercayaan (PENGAJIAN AM PENGGAL 2)
 
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negara
 
Dasar luar malaysia
Dasar luar malaysiaDasar luar malaysia
Dasar luar malaysia
 
Pengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysiaPengajian Am dasar luar malaysia
Pengajian Am dasar luar malaysia
 
KOMUNITI ASEAN
KOMUNITI ASEAN KOMUNITI ASEAN
KOMUNITI ASEAN
 
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
Pergerakan negara negara berkecuali (NAM)
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING
 
Konsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulatKonsep dan ciri negara berdaulat
Konsep dan ciri negara berdaulat
 
Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
 
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
Kesan perang dingin fokus 18 (sej stpm sem 1)
 
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan ManusiaLangkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
Langkah Mengatasi Pemerdagangan Manusia
 
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negaraKesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
Kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASISTPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
 
Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5
 
Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3Nota pengajian perniagaan sem 3
Nota pengajian perniagaan sem 3
 
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAMESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
ESEI PENGAJIAN AM SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM
 
Wawasan 2020 { pengajian am penggal 2}
Wawasan 2020  { pengajian am penggal 2}Wawasan 2020  { pengajian am penggal 2}
Wawasan 2020 { pengajian am penggal 2}
 
Wawasan 2020
Wawasan 2020Wawasan 2020
Wawasan 2020
 

Similar to R u k u n negara

Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negaraMis Sem
 
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02khairil azhar
 
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONALPERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONALAmy Syahida
 
Pengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikPengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikMohammad Yaqin
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaDeeba Arumugam
 
Kehidupan yang demokratis dalam bermasyarakat, berbangsa dan bernegara
Kehidupan yang demokratis dalam bermasyarakat, berbangsa dan bernegaraKehidupan yang demokratis dalam bermasyarakat, berbangsa dan bernegara
Kehidupan yang demokratis dalam bermasyarakat, berbangsa dan bernegaraAyu Anjarwati
 
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaranHubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaranNurul Syahida Hassan
 
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaranHubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaranSiti Hawa
 
Dasar pakatan rakyat
Dasar pakatan rakyatDasar pakatan rakyat
Dasar pakatan rakyatpakatanrakyat
 
Dasar Pakatan Rakyat
Dasar  Pakatan RakyatDasar  Pakatan Rakyat
Dasar Pakatan Rakyatkamilsaidi
 

Similar to R u k u n negara (20)

Rukunegara
RukunegaraRukunegara
Rukunegara
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Rukun negara -
Rukun negara - Rukun negara -
Rukun negara -
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Rukun negara 1
Rukun negara 1Rukun negara 1
Rukun negara 1
 
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONALPERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
 
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
 
E-FOLIO ( Rukun Negara )
E-FOLIO ( Rukun Negara )E-FOLIO ( Rukun Negara )
E-FOLIO ( Rukun Negara )
 
Materi 12
Materi  12Materi  12
Materi 12
 
Pengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikPengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politik
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysia
 
Kehidupan yang demokratis dalam bermasyarakat, berbangsa dan bernegara
Kehidupan yang demokratis dalam bermasyarakat, berbangsa dan bernegaraKehidupan yang demokratis dalam bermasyarakat, berbangsa dan bernegara
Kehidupan yang demokratis dalam bermasyarakat, berbangsa dan bernegara
 
Pancasila
PancasilaPancasila
Pancasila
 
Pancasila
PancasilaPancasila
Pancasila
 
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaranHubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
 
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaranHubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
 
Dasar pakatan rakyat
Dasar pakatan rakyatDasar pakatan rakyat
Dasar pakatan rakyat
 
Dasar Pakatan Rakyat
Dasar  Pakatan RakyatDasar  Pakatan Rakyat
Dasar Pakatan Rakyat
 

Recently uploaded

Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdfAPRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdfVenyHandayani2
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiOviLarassaty1
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptxTina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptxTINAFITRIYAH
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024MALISAAININOORBINTIA
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlineMMario4
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...Riyan Hidayatullah
 

Recently uploaded (20)

Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdfAPRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptxTina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
 

R u k u n negara

  • 1. RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA1 BAHAWASANYA, NEGARA KITA MALAYSIA Mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden MAKA KAMI , rakyat Malaysia ,berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:- Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan 1 http://www.al-azim.com/jmm/popup.htm 1
  • 2. PENGENALAN Malaysia adalah sebuah Negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Perpaduan Negara adalah matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan Negara terjejas dan berlaku huru- hara, rusuhan pergaduhan kaum dan sebagainya . Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Melalui perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, keharmonian masyarakat serta pembinaan sebuah masyarakat Malaysia yang sejahtera , bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang cemerlang , gemilang dan terbilang . 2
  • 3. KONSEP RUKUN NEGARA2 Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan, kebudayaan,ekonomi ,politik dan perundangan. Rukun Negara terbentuk ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969 di mana berlaku rusuhan kaum yang mengggugat keamanan dan keutuhan negara ketika kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan yang bertujuan untuk mengembalikan keamanan,menegakkan semula undang- undang negara dan memupuk suasana harmoni serta mempercayai dalam kalangan rakyat secara berkekalan. SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA3 Kedatangan Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah menukar bentuk masyarakat negara ini. Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga di bandar . Di bawah dasar pecah dan perintah Kerajaan Kolonial Inggeris, ketiga-tiga kumpulan etnik ini telah dipisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja disektor pertanian, sementara orang Cina tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam perniagaan . Orang India pula tinggal dan bekerja di estet-estet, hanya sebilangan kecil sahaja yang tinggal di bandar. Ketiga-tiga kumpulan etnik ini pula dipisahkan dari segi aliran pendidikan dengan mempunyai sekolah aliran masing-masing tanpa sukatan 2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara 3 http://yds2u.com/?page_id=1279 3
  • 4. pelajaran atau kurikulum yang sama. Keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada tahun 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama turut berlaku di Pulau Pangkor (1960) , di Bukit Mertajam (1966) dan Pulau Pinang sekali lagi (1967) . Peristiwa kekacauan ini hanya berlaku secara kecil –kecilan sahaja. Langkah dan usaha yang serius iaitu peristiwa ini, Kerajaan telah mengambil langkah tegas untuk mencari satu formula bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang lagi. Berikutan itu Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah Undang-Undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970. Anggota –anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein merangkap Pengarah MAGERAN), tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr Ismail Bin Dato’ Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Cin dan mendiang Tun V.T. Sambanthan), wakil-wakil Kerajaan Negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil. Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein .Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini. Berasaskan keputusan tersebut , maka lahirlah Rukun Negara yang 4
  • 5. telah diisytiharkan oleh yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai- nilai murni seperti nilai keagamaan ,kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan , Kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai Kesopanan dna Kesusilaan. Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat , seterusnya melahirkan sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu , demokratik ,adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. OBJEKTIF Rukun Negara bercita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik saintifik, progresif dan bersatu-padu serta bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai keturunan. Cita-cita ini akan tercapai apabila objektif Rukun Negara diamalkan oleh setiap rakyat negara ini. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:- 1. BAHAGIAN PERTAMA 5
  • 6. Menggariskan Objektif Masyarakat Malaysia Yang Mahu Dibentuk:- Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara satu cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksaman Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai – bagai corak; dan Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden KEBERKESANAN PERLAKSANAAN RUKUN NEGARA 1. Mencapai Perpaduan Yang Lebih Erat Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing . Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai –bagai persoalan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu, di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara. 6
  • 7. 2. Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Namun,hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau memusnahkan sistem demokrasi di negara ini. Apabiila berlaku sebarang masalah yang melanda negara , kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam. 3. Mencipta Satu Masyarakat Yang Adil Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhdap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain. 7
  • 8. 4. Membentuk Satu Sikap Yang Liberal Masyarakat bebas mengamalkan agama,adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Malaysia mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat berlainan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara . 5. Membina Sebuah Masyarakat Progresif Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi . Ini selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini menyaksikan perubahan dan perkembangan pesat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Malaysia progresif yang hendak diwujudkan adalah satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020 . Namun , kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas dan nilai-nilai keagamaan. 8
  • 9. PRINSIP RUKUN NEGARA4 II. BAHAGIAN KEDUA Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara Yang Berikut:- Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan 1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama dan kepercayaan lain oleh diamalkan bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan 4 http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara 9
  • 10. keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing ,prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. 2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di mana Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara . Selaras dengan kedudukan Yang di Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan , sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang di Pertuan Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda , Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat. Kesetian kepada Raja dan Negara bermaksud setiap rakyat hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di Pertuan Agong . Sikap kesetiaan seperti ini adalah suatu nilai yang baik dan boleh menjadi kebanggaan kepada negara serta dapat dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kepada negara, Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara juga adalah salah satu faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia. 10
  • 11. Sebarang sikap atau pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara lain atau rakyat mengaabaikan taat setia kepada Malaysia dan Rajanya adalah elemen yang bertentangan sama sekali dengang prinsip Rukun Negara. 3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Malaysia yang menjadi sumber dan tunjang perundangan yang tertinggi negara. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati,menghargai,memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan in telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian, ia adalah kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio ekonomi rakyat negara ini. Ini adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan perundangan, kedudukana dan hak sosio ekonomi rakyat. Aspek-aspek utama Perlembagaan yang dirangkumi dalam prinsip ini ialah berkaitan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa 11
  • 12. kebangsaan dan bahasa rasmi, hak-hak istimewa orang Melayu di Semenanjung dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan bumiputera juga diberikan, seperti pemberian taraf warganegaraan Malaysia kepada mereka seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan, Walaupun Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi, perkembangan bahasa – bahasa lain tidak dihalang. Orang bukan Islam bebas menganut dan mengamalkan agama mereka mengikut kepercayaan masing-masing. Hak asasi rakyat juga dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. 4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG Keadilan berasaskan kedaulatan undang-undang memberi taraf yang sama kepada rakyatnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia di mana undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu, kedaulatannya perlu diterima dan pertahankan, Tanpa undang-undang, hidup masyarakat dan negara tidak akan aman dan stabil. Sehubungan itu, undang-undang mesti dihormati dan dipatuhi, bukannya dipersendakan. Kedaulatan undang-undang negara dijamin oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman , stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak lancar dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang 12
  • 13. dijamin oleh Perlembagaan. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara- cara yang tidak menurut Perlembagaan. Kedaulatan undang –undang perlu dipertahankan agar masyarakat dapat terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kesedaran ini perlu diwujudkan dan kekalkan dalam pemikiran rakyat. 5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN Prinsip kelima Rukun Negara ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku setiap rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni. Individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan perlbagai kaum di negara ini. Setiap kaum di negara ini percaya bahawa bersopan santun dan bersusila adalah asas didikan membentuk peribadi yang mulia dan disegani. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada lingkah laku dan tutur kata seseorang . Bahasa yang lembut dan bersopan santun serta tingkah laku yang baik akan menjamin perhubungan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Prinsip ini jika 13
  • 14. dipraktikkan akan membentuk indivivu bersisiplin dan bermoral yang akan membantu mewujudkan sebuah masayarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu . KEPENTINGAN RUKUN NEGARA UNTUK MENGHASILKAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT YANG DIHASRATKAN OLEH OBJEKTIF DAN MATLAMAT IDEOLOGI ITU DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA5 Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu perpaduan Negara adalah merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, Negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlaku huru-hara rusuhan, pergaduhan kaun dan sebagainya. Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasanan politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, keharmonian masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. 5 http://www.scribd.com/doc/17649509/rukun negara 14
  • 15. Rukun Negara harus dihayati oleh semua lapisan masyarakat: warganegara Malaysia. Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang perlu dilakukan. Rukun Negara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mempunyai semangat patriotik kepada Malaysia. Rukun Negara juga tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mengetahui asal usul dan sejarah Malaysia, iaitu negaranya sendiri. Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak dapat berfikir dengan rasional dan secara ilmiah. Kita sebagai warganegara Malaysia harus menyokong dan melibatkan diri dalam setiap program, dasar dan rancangan kerajaan yang bertujuan untuk membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Negara yang aman haruslah dipelihara. Pemeliharaan keamanan adalah tugas dan tanggungjawab semua warganegara. Kita harus hidup secara aman dan harmoni. Kita jangan melakukan kegiatan yang boleh mencetus salah faham antara kaum. Kita perlu patuhi undang-undang sepanjang masa. Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada komitmen, kerjasama dan perpaduan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak termasuk individu, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO). Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita nikmati ini tidak mampu bertahan sekiranya rakyat tidak bersatu dan tidak memberi kerjasama kepada kerajaan. Perpaduan kaum yang erat membolehkan negara kita menghadapi dan menangani sebarang cabaran masa depan. 15
  • 16. KESIMPULAN Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam negara itu sendiri. Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai satu sama lain. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik. Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan. 16