SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
.


KOLEKSI PANTUN MELAYU....

Menuntut Ilmu
Redup ini amatlah nikmat,
  Berkat rimbunnya si pokok jati;
Hidup ini amatlah singkat,
  Sekali hidup biarlah bererti.

Berkat rimbunnya si pokok jati,
  Tempat burung selalu bertemu;
Sekali hidup biarlah bererti,
  Isikan akal dengan ilmu.

Tempat burung selalu bertemu,
   Menghabiskan masa siangnya;
Isikan akal dengan ilmu,
   Ilmu itu tiada habisnya.

Menghabiskan masa siangnya,
  Sebelum bermalam di dalam hutan;
Ilmu itu tiada habisnya,
  Ibarat saujana air lautan.

Sebelum bermalam di dalam hutan,
  Diam berjejeran di atas ranting;
Ibarat saujana air lautan,
  Ditimba, manakan kering!

Pantun Budi
Tanam lenggun tumbuh kelapa,
 Terbit bunga pucuk mati;
Budi tuan saya tak lupa,
 Sudah terpaku di dalam hati.

Jentayu burung jentayu,
 Hinggap di balik pokok mayang;
Bunga kembang akan layu,
 Budi baik bilakan hilang.

Tenang-tenang air laut,
 Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
 Budi baik rasa nak junjung.

Bunga melati bunga di darat,
 Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
 Hina manusia tidak berbudi.

 Pantun Nasihat
Pergi hulu membuat pagar,
  Jangan terpotong batang durian;
Cari guru tempat belajar,
  Supaya jangan sesal kemudian.

Padi muda jangan dilurut,
 Kalau dilurut pecah batang;
Hati muda jangan diturut,
 Kalau diturut salah datang.

Orang Daik memacu kuda,
 Kuda dipacu deras sekali;
Buat baik berpada-pada,
 Buat jahat jangan sekali.

Dayung perahu tuju haluan,
 Membawa rokok bersama rempah;
Kalau ilmu tidak diamalkan.,
 Ibarat pokok tidak berbuah.

Pantun Perpisahan
Hari ini menugal jagung,
  Hari esok menugal jelai;
Hari ini kita berkampung,
  Hari esok kita bercerai.

Kelip-kelip kusangka api,
  Kalau api mana puntungnya;
Kalau ghaib kusangka mati,
  Kalau mati mana kuburnya.

Batang selasih permainan budak,
  Berdaun sehelai dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak,
  Seribu tahun kembali juga.

Orang Aceh sedang sembahyang,
  Hari Jumaat tengah hari;
Pergilah kasih pergilah sayang,
  Pandai-pandailah menjaga diri.

Mana Manggung, mana Periaman,
  Mana batu kiliran taji;
Tinggal kampung tinggal halaman,
  Tinggal tepian tempat mandi.
Bintang Barat terbit petang,
  Bintang Timur terbit pagi;
Jika tidak melarat panjang,
  Ada umur ketemu lagi.




Pembuka bicara
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
**********
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat
**********
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
**********
Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah
**********
Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Kalau kering laut Melaka
Barulah saya lupakan tuan
**********
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
**********
Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu
**********
Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh
**********


Laksamana berempat di atas pentas,
Cukup berlima dengan gurunya;
Bagaikan dakwat dengan kertas,
Sudah berjumpa dengan jodohnya
**********
Membeli papan di tengah pekan
Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan
Adakah kail panjang sejengkal
**********
Rumah limas anjung Selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba patahkan
**********
Tumbuh betik di tepi laman
Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman
Bolehkah gerangan petik sekuntum
**********
Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang
**********
Baik-baik menanam selasih
Jangan menimpa sipohon sena
Baik-baik memilih kekasih
Jangan sampai badan merana
**********
Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena siikan parang
Baik-baik merendah diri
Jangan menjadi hamba orang
**********
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa
**********
Buah mangga melendur tinggi
Buah kuini berangkai tiga
Hidup kita tidur dan mati
Sudah mati baru terjaga
**********
Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
**********
Budak-budak bermain tombak
Tombak diikat dengan rantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
**********
Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya
**********


Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang
Jangan disangka tiada buaya
**********
Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit
Tidak ku mulai dari semula
**********
Kalau tuan pergi ke Kelang
Belikan saya semangkuk rojak
Jangan diturut resmi kiambang
Sungguhpun hijau akar tak jejak
**********
Pisang kelat digonggong helang
Jatuh ke lubuk di Indragiri
Jika berdagang di rantau orang
Baik-baik menjaga diri
**********
Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu
**********
Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh
**********
Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang
**********
Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya
**********
Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak ku lupa pada yang kasih
**********
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu
**********
Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
manis lagi senyuman tuan
**********
Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai
**********


Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan
**********
Burung Merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang
**********
Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas
**********
Dalam perlak ada kebun
Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada mainan
**********
Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri
**********
Dari teluk pergi pangkalan
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang
**********
Daun selalsih di Teluk Dalam
Batang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
Mata terlepas badan terkurung
**********
Orang Melayu naik perahu
Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku abang tak tahu
Mulut tertawa hati menangis
**********
Orang tani mengambil nipah
Hendak dibawa ke Indragiri
Seluruh alam ku cari sudah
Belum bersua pilihan hati
**********
Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga
**********
Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata mu jangan dibuang
**********
Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan
**********


Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa ubatnya
**********
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
**********
Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
**********
Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau
**********
lembing atas tangga
perisai atas busut
kening atas mata
misai atas mulut
**********
anak ikan dipanggang sahaja
hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja
hendak dipinang tiada berduit
**********
saya tak hendak berlesung pauh
lesung pauh membuang padi
saya tak hendak bersahabat jauh
sahabat jauh merisau hati
**********
burung serindit terbang melayang
singgah dihinggap di ranting mati
duit ringgit dipandang orang
jarang dipandang bahasa budi
**********
batu sangkar batu berpahat
terpahat nama raja bestari
makanan arif, kias ibarat
pantun seloka, ulam jauhari
**********
daun durian jatuh tercampak
lopak-lopak isi selasih
tujuh tahun dilambung ombak
tiada kulupa hati yang kasih
**********
Anak Cik Siti mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa
Bagai rambut tersimpul mati
**********
Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Hujan ribut padang terbakar
Embun setitik padam apinya
**********


Puas saya bertanam ubi
Nanas jugak dipandang orang
Puas saya menabur budi
Emas juga dipandang orang
**********
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
rindu kini tiada penghujung
***********
Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain simanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang
**********
Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam
Kerana Tuan saya kemari
**********
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
**********
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
**********
Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Macam mana hati tak hiba
Entah bertemu entah tidak
**********
Permata jatuh ke rumput
Jatuh ke rumput berbilang-bilang
Dari mata tidakkan luput
Dalam hati tidakkan hilang
**********
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi
**********
  Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu
**********


Mendung si mega mendung
Mendung datang dari utara
Jangan selalu duduk termenung
Kalau termenung badan merana
**********
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari
**********
Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu
**********
Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Ikhtiar tidak datang menggolek
Akal tidak datang melayang
**********
Siti Wan Kembang perintah Kelantan
Nama termasyhur zaman dahulu
Baik-baik memilih intan
Takut terkena kaca dan batu
**********
Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
**********
Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan
**********
Gesek rebab petik kecapi
Burung tempua membuat sarang
Apa sebab jadi begini
Karam berdua basah seorang ?
**********
Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa putik pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan mengenang si dia yang jauh
**********
Kain batik negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Apa ertinya kasih dan sayang
Kalaulah abang berjanji palsu
**********
Pantai Cendering pasirnya putih
Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih
Sudah suratan diri sendiri
**********
Disana pauh di sini pun pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan
**********




Pulau Tinggi terendak Cina
Nampak dari Pulau Sibu
Abang pergi janganlah lama
Tidak kuasa menanggung rindu
**********
Putik pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Tuan jauh di negri satu
Hilang di mata di hati jangan
**********
Pantun Adat
Lebat daun bunga tanjung
  Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
  Baru terpelihara adat pesaka

Gadis Acheh berhati gundah
 Menanti teruna menghulur tepak
Gula manis sirih menyembah
 Adat dijunjung dipinggir tidak

Manis sungguh gula Melaka
 Jangan dibancuh dibuat serbat
Sungguh teguh adat pusaka
 Biar mati anak jangan mati adat
Anak teruna tiba di darat
Dari Makasar langsung ke Deli
Hidup di dunia biar beradat
Bahasa tidak dijual beli
Menanam kelapa di Pulau Bukum
Tinggi sedepa sudah berbuah
Adat bermula dengan hukum
Hukum bersandar di Kitab Allah

Buah berangan di rumpun pinang
  Limau kasturi berdaun muda
Kalau berkenan masuklah meminang
 Tanda diri beradat budaya

Laksamana berbaju besi
 Masuk ke hutan melanda-landa
Hidup berdiri dengan saksi
 Adat berdiri dengan tanda

Berbuah lebat pohon mempelam
 Rasanya manis dimakan sedap
Bersebarlah adat seluruh alam
 Adat pusaka berpedoman kitab

Ikan berenang di dalam lubuk
   Ikan belida dadanya panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
   Adat sirih pulang ke gagang
Pokok pinang ditanam rapat
  Puyuh kini berlari-lari
Samalah kita menjunjung adat
 Tunggak budaya semai dihati
Bukan kacang sebarang kacang
   Kacang melilit si kayu jati
Bukan datang sebarang datang
   Datang membawa hajat di hati

Budak-budak berlari ke padang
   Luka kaki terpijak duri
Berapa tinggi Gunung Ledang
   Tinggi lagi harapan kami
Helang berbega Si Rajawali
  Turun menyambar anak merbah
Dari jauh menjunjung duli
  Sudah dekat lalu menyembah

Angin kencang turunlah badai
   Seumur hidup cuma sekali
Tunduk kepala jatuh ke lantai
  Jari sepuluh menjunjung duli

Gobek cantik gobek cik puan
 Sirih dikunyah menjadi sepah
Tabik encik tabiklah tuan
 Kami datang membawa sembah

Doa mustajab selalu terkabul
  Kepada Allah kita panjatkan
Sebelum berlangsung ijab dan kabul
  Majlis berinai kita dulukan

PANTUN PEMBUKA ACARA

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara;
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

PANTUN BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

PANTUN JEMPUT MAKAN

Lebat rumbia di Sungai Kedah,
Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,
Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Kalau tuan pikat cemara,
Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Sungguh indah bunga kemboja,
Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman.

PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN

Bukan rumput sebarang rumpun,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Sudilah tuan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.


PANTUN JEMPUTAN UCAPAN

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

PANTUN UCAPAN PERASMIAN

Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.


PANTUN DI AKHIR MAJLIS

Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

PANTUN BUAT WARGA EMAS

Bulan purnama ke pekan Kuah,
Di tengah hari membeli ragi;
Dirimu umpama nyiur bertuah,
Padat sari harum mewangi.

Curah serbat di atas lantai,
Basah tikar lupa disidai;
Dikau ibarat karang di pantai,
Tak pernah gentar dipukul badai.

Pohon sena tepi perigi,
Tepi paya si pohon jambu;
Hadirmu laksana suria pagi,
Menyinar maya tak pernah jemu.

Anak dara ke Tanjung Batu,
Janji bertemu di Teluk Bayu;
Walau usia dimamah waktu,
Cekal hatimu tak pernah layu.
Bukan gua sebarang gua,
Gua penuh pusaka bonda;
Bukan tua sebarang tua,
Tua penuh ilmu di dada.

Pergi ke Nilai membeli jamu,
Jamu rasa dari tenggara;
Tidak ternilai jasa baktimu,
Kepada bangsa juga negara.

Tidak goyah pancang seribu,
Tika masih badai menderu;
Engkau ayah engkaulah ibu,
Menumpang kasih mengubat rindu.

Pohon beringin tepi keramat,
Dengar siulan diufuk barat;
Kalau ingin hidup selamat,
Buat bekalan untuk akhirat.

Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasa dikenang orang.

Pintal kapas menjadi benang,
Tenun benang menjadi sari;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Kalau dikenang meracun diri.

Pohon senduduk baru di tanam,
Sayang mati di pijak pak tani;
Dari duduk baik bersenam,
Senang hati sihat jasmani.

Apa guna siparang panjang,
Kalau tidak dengan tujuan;
Apa guna berumur panjang,
Kalau tidak dengan amalan.

Timba suasa ditepi kali,
Buat menyimbah si tuan puteri;
Berputus asa jangan sekali,
Jadikan tabah pakaian diri.

Betik muda buat halwa,
Kelapa muda santan dirasa;
Biar muda di dalam jiwa,
Dari tua sebelum masa.
Koleksi pantun melayu suraya 2012

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

Unsur gaya bahasa
Unsur gaya bahasaUnsur gaya bahasa
Unsur gaya bahasa
 
Pantun Perpisahan
Pantun PerpisahanPantun Perpisahan
Pantun Perpisahan
 
Koleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasikKoleksi pantun melayu klasik
Koleksi pantun melayu klasik
 
Contoh pembayang pantun
Contoh pembayang pantun Contoh pembayang pantun
Contoh pembayang pantun
 
Sajak guru oh guru
Sajak guru oh guruSajak guru oh guru
Sajak guru oh guru
 
Pantun Nasihat
Pantun NasihatPantun Nasihat
Pantun Nasihat
 
BANDINGAN SEMACAM
BANDINGAN SEMACAMBANDINGAN SEMACAM
BANDINGAN SEMACAM
 
Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2
 
Perumpamaan
PerumpamaanPerumpamaan
Perumpamaan
 
Lirik lagu nyalakan tekad
Lirik lagu nyalakan tekadLirik lagu nyalakan tekad
Lirik lagu nyalakan tekad
 
Sajak
Sajak Sajak
Sajak
 
Gaya bahasa
Gaya bahasaGaya bahasa
Gaya bahasa
 
Bandingan semacam
Bandingan semacamBandingan semacam
Bandingan semacam
 
teknik mengajar komsas
teknik mengajar komsasteknik mengajar komsas
teknik mengajar komsas
 
Sajak merdeka
Sajak merdekaSajak merdeka
Sajak merdeka
 
Pantun budi (1)
Pantun budi (1)Pantun budi (1)
Pantun budi (1)
 
Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)
Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)
Pantun Empat Kerat (MUAFAKAT)
 
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
 
Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014Contoh karangan spm 2014
Contoh karangan spm 2014
 
Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanak
 

Viewers also liked

Koleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlisKoleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlisHaliza Hashim
 
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besarbagero
 
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6sklunyingsebuyau
 
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG Yusrina Mustama
 

Viewers also liked (8)

Koleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlisKoleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlis
 
Sajak dadah
Sajak dadahSajak dadah
Sajak dadah
 
PUISI R.A KARTINI
PUISI R.A KARTINIPUISI R.A KARTINI
PUISI R.A KARTINI
 
Kumpulan puisi
Kumpulan puisiKumpulan puisi
Kumpulan puisi
 
Puisi guru
Puisi guruPuisi guru
Puisi guru
 
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
41499971 teks-ucapan-majlis-persaraan-guru-besar
 
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
 
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
 

Similar to Koleksi pantun melayu suraya 2012

Similar to Koleksi pantun melayu suraya 2012 (6)

KUMPULAN PANTUN
KUMPULAN PANTUNKUMPULAN PANTUN
KUMPULAN PANTUN
 
Pantun dalam Berbagai Topik
Pantun dalam Berbagai Topik Pantun dalam Berbagai Topik
Pantun dalam Berbagai Topik
 
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
Kumpulan Pantun Full Terbaru 2015
 
Kumpulan pantun
Kumpulan pantunKumpulan pantun
Kumpulan pantun
 
Fdfsdf
FdfsdfFdfsdf
Fdfsdf
 
Pantun Berdasarkan Isi
Pantun Berdasarkan IsiPantun Berdasarkan Isi
Pantun Berdasarkan Isi
 

Koleksi pantun melayu suraya 2012

  • 1. . KOLEKSI PANTUN MELAYU.... Menuntut Ilmu Redup ini amatlah nikmat, Berkat rimbunnya si pokok jati; Hidup ini amatlah singkat, Sekali hidup biarlah bererti. Berkat rimbunnya si pokok jati, Tempat burung selalu bertemu; Sekali hidup biarlah bererti, Isikan akal dengan ilmu. Tempat burung selalu bertemu, Menghabiskan masa siangnya; Isikan akal dengan ilmu, Ilmu itu tiada habisnya. Menghabiskan masa siangnya, Sebelum bermalam di dalam hutan; Ilmu itu tiada habisnya, Ibarat saujana air lautan. Sebelum bermalam di dalam hutan, Diam berjejeran di atas ranting; Ibarat saujana air lautan, Ditimba, manakan kering! Pantun Budi Tanam lenggun tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati; Budi tuan saya tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati. Jentayu burung jentayu, Hinggap di balik pokok mayang; Bunga kembang akan layu, Budi baik bilakan hilang. Tenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi baik rasa nak junjung. Bunga melati bunga di darat, Bunga seroja di tepi kali;
  • 2. Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi. Pantun Nasihat Pergi hulu membuat pagar, Jangan terpotong batang durian; Cari guru tempat belajar, Supaya jangan sesal kemudian. Padi muda jangan dilurut, Kalau dilurut pecah batang; Hati muda jangan diturut, Kalau diturut salah datang. Orang Daik memacu kuda, Kuda dipacu deras sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali. Dayung perahu tuju haluan, Membawa rokok bersama rempah; Kalau ilmu tidak diamalkan., Ibarat pokok tidak berbuah. Pantun Perpisahan Hari ini menugal jagung, Hari esok menugal jelai; Hari ini kita berkampung, Hari esok kita bercerai. Kelip-kelip kusangka api, Kalau api mana puntungnya; Kalau ghaib kusangka mati, Kalau mati mana kuburnya. Batang selasih permainan budak, Berdaun sehelai dimakan kuda; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun kembali juga. Orang Aceh sedang sembahyang, Hari Jumaat tengah hari; Pergilah kasih pergilah sayang, Pandai-pandailah menjaga diri. Mana Manggung, mana Periaman, Mana batu kiliran taji; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal tepian tempat mandi.
  • 3. Bintang Barat terbit petang, Bintang Timur terbit pagi; Jika tidak melarat panjang, Ada umur ketemu lagi. Pembuka bicara Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara ********** Tetak buluh panjang suluh Mari jolok sarang penyengat Angkat doa jari sepuluh Doa minta biar selamat ********** Tuailah padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intailah kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan ********** Hendak dulang diberi dulang Dulang berisi sagu mentah Hendak pulang ku beri pulang Tinggalkan pantun barang sepatah ********** Lancang kuning lancang pusaka Nampak dari Tanjung Puan Kalau kering laut Melaka Barulah saya lupakan tuan ********** Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya ********** Ayam hutan terbang ke hutan Tali tersangkut pagar berduri Adik bukan saudara bukan Hati tersangkut kerana budi ********** Ayam rintik di pinggir hutan Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi ingatan Seribu tahun terkenang juga **********
  • 4. Bila memandang ke muka laut Nampak sampan mudik ke hulu Bila terkenang mulut menyebut Budi yang baik ingat selalu ********** Burung Serindit terbang melayang Mari hinggap di ranting mati Bukan ringgit dipandang orang Budi bahasa rangkaian hati ********** Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di pohon kayu Bukan sembah sebarang sembah Sembah adat pusaka Melayu ********** Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di rumpun buluh Bukan sembah sebarang sembah Sembah menyusun jari sepuluh ********** Laksamana berempat di atas pentas, Cukup berlima dengan gurunya; Bagaikan dakwat dengan kertas, Sudah berjumpa dengan jodohnya ********** Membeli papan di tengah pekan Papan kecil dibuat tangkal Mengapa umpan ikan tak makan Adakah kail panjang sejengkal ********** Rumah limas anjung Selatan Bunga kemuning tumbuh di laman Tangkainya emas bunganya intan Bolehkah ranting hamba patahkan ********** Tumbuh betik di tepi laman Pokok berangan pokok teruntum Sungguh cantik bunga di taman Bolehkah gerangan petik sekuntum ********** Asam kandis asam gelugur Ketiga asam si riang-riang Menangis mayat di pintu kubur Teringat badan tidak sembahyang ********** Baik-baik menanam selasih Jangan menimpa sipohon sena Baik-baik memilih kekasih
  • 5. Jangan sampai badan merana ********** Baik-baik mengail tenggiri Takut terkena siikan parang Baik-baik merendah diri Jangan menjadi hamba orang ********** Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpa Ajaran guru hendak dicari Mana yang dapat janganlah lupa ********** Buah mangga melendur tinggi Buah kuini berangkai tiga Hidup kita tidur dan mati Sudah mati baru terjaga ********** Buat bangsal di Pulau Daik Menahan taut sambil mengilau Kalau asal benih yang baik Jatuh ke laut menjadi pulau ********** Budak-budak bermain tombak Tombak diikat dengan rantai Kalau takut dilambung ombak Jangan berumah di tepi pantai ********** Halia ini tanam-tanaman Ke barat juga akan condongnya Dunia ini pinjam-pinjaman Akhirat juga akan sungguhnya ********** Hari panas mencucuk benang Benang menjahit baju kebaya Air jernih lubuknya tenang Jangan disangka tiada buaya ********** Kalau tahu peria tu pahit Tidak ku gulai dengan petola Kalau tahu bercinta tu sakit Tidak ku mulai dari semula ********** Kalau tuan pergi ke Kelang Belikan saya semangkuk rojak Jangan diturut resmi kiambang Sungguhpun hijau akar tak jejak ********** Pisang kelat digonggong helang
  • 6. Jatuh ke lubuk di Indragiri Jika berdagang di rantau orang Baik-baik menjaga diri ********** Asap api embun berderai Patah galah haluan perahu Niat hati tak mahu bercerai Kehendak Allah siapa yang tahu ********** Air dalam bertambah dalam Hujan di hulu belumlah teduh Hati dendam bertambah dendam Dendam dahulu belumlah sembuh ********** Anak punai anak merbah Hinggap ditonggak mencari sarang Anak sungai lagikan berubah Inikan pula hati orang ********** Apa guna pasang pelita Jika tidak dengan sumbunya Apa guna bermain kata Kalau tidak dengan sungguhnya ********** Buah kuini jatuh tercampak Jatuh menimpa bunga selasih Biar bertahun dilambung ombak Tidak ku lupa pada yang kasih ********** Kajang tuan kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Dagang tuan dagang bertempat Dagang hamba terbuang lalu ********** Buah jambu disangka kandis Kandis ada di dalam cawan Gula madu disangka manis manis lagi senyuman tuan ********** Dari Arab turun ke Aceh Naik ke Jawa berkebun serai Apa diharap pada yang kasih Badan dan nyawa lagi bercerai ********** Bunga Melati terapung-apung Bunga rampai di dalam puan Rindu hati tidak tertanggung Bilakah dapat berjumpa tuan
  • 7. ********** Burung Merak terbang ke laut Sampai ke laut mengangkut sarang Sedangkan bah kapal tak hanyut Inikan pula kemarau panjang ********** Bunga Melur kembang sekaki Mari dibungkus dengan kertas Di dalam telur lagi dinanti Inikan pula sudah menetas ********** Dalam perlak ada kebun Dalam kebun ada tanaman Dalam gelak ada pantun Dalam pantun ada mainan ********** Dari Jawa ke Bengkahulu Membeli keris di Inderagiri Kawan ketawa ramai selalu Kawan menangis seorang diri ********** Dari teluk pergi pangkalan Bermain di bawah pohon kepayang Saya umpama habuk di papan Ditiup angin terbang melayang ********** Daun selalsih di Teluk Dalam Batang kapas Lubuk Tempurung Saya umpama si burung balam Mata terlepas badan terkurung ********** Orang Melayu naik perahu Sedang berdayung hujan gerimis Hancur hatiku abang tak tahu Mulut tertawa hati menangis ********** Orang tani mengambil nipah Hendak dibawa ke Indragiri Seluruh alam ku cari sudah Belum bersua pilihan hati ********** Pasir putih di pinggir kali Pekan menyabung ayam berlaga Kasih tak boleh dijual beli Bukannya benda buat berniaga ********** Ribu-ribu pokok mengkudu Cincin permata jatuh ke ruang Kalau rindu sebut namaku Airmata mu jangan dibuang
  • 8. ********** Kalau roboh kota Melaka Sayang selasih di dalam puan Kalau sungguh bagai dikata Rasa nak mati di pangkuan tuan ********** Limau purut lebat di pangkal Batang mengkudu condong uratnya Hujan ribut dapat ditangkal Hati yang rindu apa ubatnya ********** Kalau menyanyi perlahan-lahan Dibawa angin terdengar jauh Rindu di hati tidak tertahan Di dalam air badan berpeluh ********** Ku sangka nanas atas permatang Rupanya durian tajam berduri Ku sangka panas hingga ke petang Rupanya hujan di tengahari ********** Kayuh perahu sampai seberang Singgah bermalam di kampung hulu Bukan tak tahu dunia sekarang Gaharu dibakar kemenyan berbau ********** lembing atas tangga perisai atas busut kening atas mata misai atas mulut ********** anak ikan dipanggang sahaja hendak dipindang tidak berkunyit anak orang dipandang sahaja hendak dipinang tiada berduit ********** saya tak hendak berlesung pauh lesung pauh membuang padi saya tak hendak bersahabat jauh sahabat jauh merisau hati ********** burung serindit terbang melayang singgah dihinggap di ranting mati duit ringgit dipandang orang jarang dipandang bahasa budi ********** batu sangkar batu berpahat terpahat nama raja bestari
  • 9. makanan arif, kias ibarat pantun seloka, ulam jauhari ********** daun durian jatuh tercampak lopak-lopak isi selasih tujuh tahun dilambung ombak tiada kulupa hati yang kasih ********** Anak Cik Siti mencari tuba Tuba dicari di Tanjung Jati Di dalam hati tidakkan lupa Bagai rambut tersimpul mati ********** Limau purut di luar pagar Rimbun putik dengan bunganya Hujan ribut padang terbakar Embun setitik padam apinya ********** Puas saya bertanam ubi Nanas jugak dipandang orang Puas saya menabur budi Emas juga dipandang orang ********** Tenang-tenang air di laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut rindu kini tiada penghujung *********** Tinggi-tinggi pohon jati Tempat bermain simanja sayang Sungguh tinggi harga budi Budi dibalas kasih dan sayang ********** Bunga Tanjung kembang semalam Pohon tinggi tidak berduri Gelombang besar di laut dalam Kerana Tuan saya kemari ********** Burung merpati terbang seribu Hinggap seekor di tengah laman Hendak mati di hujung kuku Hendak berkubur di tapak tangan ********** Dari mana hendak ke mana Tinggi rumput dari padi Hari mana bulan mana Dapat kita berjumpa lagi **********
  • 10. Padi ini semumba-mumba Daun kurma daun cempedak Macam mana hati tak hiba Entah bertemu entah tidak ********** Permata jatuh ke rumput Jatuh ke rumput berbilang-bilang Dari mata tidakkan luput Dalam hati tidakkan hilang ********** Akar keladi melilit selasih Selasih tumbuh di hujung taman Kalungan budi jujungan kasih Mesra kenangan sepanjang zaman ********** Ayam rintik di pinggir hutan Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi ingatan Seribu tahun terkenang juga ********** Anak beruk di tepi pantai Pandai melompat pandai berlari Biar buruk kain dipakai Asal hidup pandai berbudi ********** Kiri jalan kanan pun jalan Tengah-tengah pohon mengkudu Kirim jangan pesan pun jangan Sama-sama menanggung rindu ********** Mendung si mega mendung Mendung datang dari utara Jangan selalu duduk termenung Kalau termenung badan merana ********** Pohon mengkudu tumbuhnya rapat Rapat lagi pohon jati Kawan beribu mudah didapat Sahabat setia payah dicari ********** Pokok terap tumbuh di bukit Belat berbanjar panjang ke hulu Jangan diharap guruh di langit Kilat memancar hujan tak lalu ********** Sampan kotak hilir mudik Dayung patah galah sebatang Ikhtiar tidak datang menggolek
  • 11. Akal tidak datang melayang ********** Siti Wan Kembang perintah Kelantan Nama termasyhur zaman dahulu Baik-baik memilih intan Takut terkena kaca dan batu ********** Buah langsat kuning mencelah Senduduk tidak berbunga lagi Sudah dapat gading bertuah Tanduk tidak berguna lagi ********** Dua paya satu perigi Seekor bujuk anak haruan Tuan di sana saya di sini Bagai pungguk rindukan bulan ********** Gesek rebab petik kecapi Burung tempua membuat sarang Apa sebab jadi begini Karam berdua basah seorang ? ********** Hendak gugur gugurlah nangka Jangan menimpa putik pauh Hendak tidur tidurlah mata Jangan mengenang si dia yang jauh ********** Kain batik negeri seberang Dipakai anak Tanah Melayu Apa ertinya kasih dan sayang Kalaulah abang berjanji palsu ********** Pantai Cendering pasirnya putih Anak dagang berulang mandi Apa disesal orang tak kasih Sudah suratan diri sendiri ********** Disana pauh di sini pun pauh Daun mengkudu ditandungkan Adinda jauh kekanda jauh Kalau rindu sama tanggungkan ********** Pulau Tinggi terendak Cina Nampak dari Pulau Sibu Abang pergi janganlah lama Tidak kuasa menanggung rindu
  • 12. ********** Putik pauh delima batu Anak sembilang di tapak tangan Tuan jauh di negri satu Hilang di mata di hati jangan ********** Pantun Adat Lebat daun bunga tanjung Berbau harum bunga cempaka Adat dijaga pusaka dijunjung Baru terpelihara adat pesaka Gadis Acheh berhati gundah Menanti teruna menghulur tepak Gula manis sirih menyembah Adat dijunjung dipinggir tidak Manis sungguh gula Melaka Jangan dibancuh dibuat serbat Sungguh teguh adat pusaka Biar mati anak jangan mati adat Anak teruna tiba di darat Dari Makasar langsung ke Deli Hidup di dunia biar beradat Bahasa tidak dijual beli Menanam kelapa di Pulau Bukum Tinggi sedepa sudah berbuah Adat bermula dengan hukum Hukum bersandar di Kitab Allah Buah berangan di rumpun pinang Limau kasturi berdaun muda Kalau berkenan masuklah meminang Tanda diri beradat budaya Laksamana berbaju besi Masuk ke hutan melanda-landa Hidup berdiri dengan saksi Adat berdiri dengan tanda Berbuah lebat pohon mempelam Rasanya manis dimakan sedap Bersebarlah adat seluruh alam Adat pusaka berpedoman kitab Ikan berenang di dalam lubuk Ikan belida dadanya panjang Adat pinang pulang ke tampuk Adat sirih pulang ke gagang
  • 13. Pokok pinang ditanam rapat Puyuh kini berlari-lari Samalah kita menjunjung adat Tunggak budaya semai dihati Bukan kacang sebarang kacang Kacang melilit si kayu jati Bukan datang sebarang datang Datang membawa hajat di hati Budak-budak berlari ke padang Luka kaki terpijak duri Berapa tinggi Gunung Ledang Tinggi lagi harapan kami Helang berbega Si Rajawali Turun menyambar anak merbah Dari jauh menjunjung duli Sudah dekat lalu menyembah Angin kencang turunlah badai Seumur hidup cuma sekali Tunduk kepala jatuh ke lantai Jari sepuluh menjunjung duli Gobek cantik gobek cik puan Sirih dikunyah menjadi sepah Tabik encik tabiklah tuan Kami datang membawa sembah Doa mustajab selalu terkabul Kepada Allah kita panjatkan Sebelum berlangsung ijab dan kabul Majlis berinai kita dulukan PANTUN PEMBUKA ACARA Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Bertemu tuan yang baik budi. Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua.
  • 14. Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiring restu Ilahi. Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Mega berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara; Pemanis kalam selamat malam, Awal bismillah pembuka bicara. PANTUN BACAAN DOA Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. Garam ada kicap pun ada, Sayang lada terlupa bagi; Pantun ada ucapan ada, Sayang tiada berdoa lagi. Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa; Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa. Tetak buluh kajang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat. PANTUN JEMPUT MAKAN Lebat rumbia di Sungai Kedah,
  • 15. Sayang senduduk di tepi muara; Penganan mulia terletak sudah, Samalah duduk menjamu selera. Terbang sekawan si burung merbuk, Batang selasih di Tanjung Dara; Padamu tuan kami persembah, Santapan kasih juadah mesra. Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih; Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih. Sungguh indah bunga kemboja, Di bawah atap tepi halaman; Juadah sudah letak di meja, Sudilah santap tuan budiman. PANTUN UCAPAN ALU-ALUAN Bukan rumput sebarang rumpun, Rumput penghias tepi halaman; Bukan jemput sebarang jemput, Jemput memohon kata aluan. Duduk sekawan gadis jelita, Buat santapan untuk pahlawan; Tampillah tuan kami meminta, Madah ucapan kata aluan. Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam; Sudilah tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam. Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah kata aluan. PANTUN JEMPUTAN UCAPAN Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang selisih; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan pengikat kasih. Besar langit di tepi busut,
  • 16. Besar tak muat di dalam peti; Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Duduk sekawan si burung unta, Tepi keramat di waktu malam; Pada mu tuan kami meminta, Kata azimat penutup kalam. Terbang di awan burung jentayu, Kerana penat gugur ke bumi; Tampillah tuan kami merayu, Bersama amanat bekalan kami. Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa. PANTUN UCAPAN PERASMIAN Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang jerami; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan kata perasmi. Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Jangan tertawan alpa duniawi, Hanya indah serupa mimpi; Duhai pahlawan ksatria pertiwi, Hulurkan madah kata perasmi. Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami. PANTUN DI AKHIR MAJLIS Banyak keluk ke penarik, Keluk tumbuh pohon kuini; Nan elok bawalah balik, Nan tak elok tinggallah di sini. Bunga dedap di atas para,
  • 17. Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara; Baliklah tuan membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan negara. Di atas dahan burung tempua, Melihat rusa tepi perigi; Salam perpisahan untuk semua, Dilain masa bersua lagi. Bunga seroja di atas para, Jatuh ditimpa buah berangan; Andai kata tersilap bicara, Kemaafan jua kami pohonkan. Dari Rokan ke Indragiri, Membawa tinta ke Kuala Linggi; Baliklah tuan rehatkan diri, Esok kita bersua lagi. Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. PANTUN BUAT WARGA EMAS Bulan purnama ke pekan Kuah, Di tengah hari membeli ragi; Dirimu umpama nyiur bertuah, Padat sari harum mewangi. Curah serbat di atas lantai, Basah tikar lupa disidai; Dikau ibarat karang di pantai, Tak pernah gentar dipukul badai. Pohon sena tepi perigi, Tepi paya si pohon jambu; Hadirmu laksana suria pagi, Menyinar maya tak pernah jemu. Anak dara ke Tanjung Batu, Janji bertemu di Teluk Bayu; Walau usia dimamah waktu, Cekal hatimu tak pernah layu.
  • 18. Bukan gua sebarang gua, Gua penuh pusaka bonda; Bukan tua sebarang tua, Tua penuh ilmu di dada. Pergi ke Nilai membeli jamu, Jamu rasa dari tenggara; Tidak ternilai jasa baktimu, Kepada bangsa juga negara. Tidak goyah pancang seribu, Tika masih badai menderu; Engkau ayah engkaulah ibu, Menumpang kasih mengubat rindu. Pohon beringin tepi keramat, Dengar siulan diufuk barat; Kalau ingin hidup selamat, Buat bekalan untuk akhirat. Beli keladi di Pekan Lidup, Sayang rasa lemaknya kurang; Taburlah budi ketika hidup, Kelak jasa dikenang orang. Pintal kapas menjadi benang, Tenun benang menjadi sari; Barang yang lepas jangan dikenang, Kalau dikenang meracun diri. Pohon senduduk baru di tanam, Sayang mati di pijak pak tani; Dari duduk baik bersenam, Senang hati sihat jasmani. Apa guna siparang panjang, Kalau tidak dengan tujuan; Apa guna berumur panjang, Kalau tidak dengan amalan. Timba suasa ditepi kali, Buat menyimbah si tuan puteri; Berputus asa jangan sekali, Jadikan tabah pakaian diri. Betik muda buat halwa, Kelapa muda santan dirasa; Biar muda di dalam jiwa, Dari tua sebelum masa.