SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016
MENGAPA SURAH MAKKIYAH USTAZ ?
"Ustaz, susah nak membawa perubahan dalam negara ini kalau orang atas
tidak berubah. Setiap kali berubah orang atas, berubahlah polisi. Manusia
dah macam robot, bahan eksperimen penggubal polisi.", luah seorang ahli
usrah.
"Di sini duduknya tujuan surah-surah Makkiyah sahabatku. Bukanlah tidak
disengajakan surah-surah Makkiyah ini mendominasi Kitabullah. Sering kali
kita baca ada kisah Nabi yang dirakamkan dengan terperinci usaha
gigihnya melakukan perubahan, namun tidak pula dirakamkan berapa yang
berjaya masuk Islam di tangan mereka. Bahkan ada yang dirakamkan tiada
seorang pun beriman melainkan seorang. Sering kali kita baca kisah Nabi
pula, ucapan Nabi itu yang dirakamkan Allah dan bukannya respon
kaumnya.", ujarku memimpin usrah pada malam itu.
"Ada contoh tak ustaz dari surah mana?", soal seorang lagi ahli usrah.
"Lihat surah Al-Mulk sendiri, surah ini sangat pelik kerana berakhir pun
dengan soalan yang tiada jawapan. Bukan mudah nak bertemu surah yang
berbentuk banyak soalan, dan berakhir pun dengan nada soalan. Tidak
dirakamkan lagi selepas ayat itu sikap Quraisy selanjutnya selepas 29 ayat
sebelumnya merakamkan hampir 5 ucapan biadap mereka kepada
Rasulullah. Mengapa agaknya ? Cuba kalian fikirkan.", ujarku.
"Soalan tanpa jawapan mungkin hikmahnya agar pembaca Al-Quran
memfokuskan pada kaedah dakwah Rasulullah itu sendiri dan bukan pada
jawapan Quraisy yang kita sudah sedia maklum.", jawap seorang ahli
usrah.
"Itulah definisi dakwah ya akhi. Allah memandang usaha kamu membawa
perubahan, bukannya natijah dari usaha perubahan kamu. Musibah yang
menimpa negara kita kini adalah hikmah untuk Allah beri kita pahala berfikir
dan bekerja, bukan dosa mengeluh, merusuh dan meruntuh. Perubahan
bermula dari diri kita sendiri dahulu sebelum kita bermimpi untuk
mengubah negara.", ujarku menutup sidang usrah.
www.akademisinergi.com Page 1 www.ibrahparadigm.com.my
Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016
KENALI IDENTITI SURAH AL-MULK
Surah ke : 67
Juzuk : 29 (surah pertama dalam juzuk 29)
Surah sebelum dalam mushaf : Al-Tahrim (Madaniah)
Surah selepas dalam mushaf : Al-Qalam (Makkiyah)
Turun selepas : Surah Al-Thur
Jumlah ayat : 30
Status : Makkiyah (awal Makkiyah ketika dakwah baru bermula)
Nama lain : Tabaraka, Al-Waqiah, Al-Munjiyah, Al-Mujadilah (tafsir al-Alusi)
Hubungan dengan surah sebelum (Al-Tahrim) :
Abi : "Fatihah dah baca Al-Mulk ?”
Fatihah : "Dah Abi. Tapi Fatihah ada soalan?"
Abi : "Silakan sayang."
Fatihah : "Abi, kenapa ada surah Al-Tahrim sebelum surah Al-Mulk ini ? Bukankah surah
Al-Tahrim surah Madaniah ? Kenapa sekejap di Madinah, sekejap di Makkah ?"
Abi : "Fatihah. Makkiah atau Madaniah sesuatu surah, itu tidak penting sayang. Yang
penting kaitan antara surah berkenaan. Fatihah ada perasan tak persamaan intipati
antara surah Al-Mulk dan surah sebelumnya, Al-Tahrim ?"
Fatihah : "Tak tahulah Abi."
Abi : "Begini sayang. Kamu perasan tak ada babak rahsia merahsiakan dalam surah Al-
Tahrim ?"
Fatihah : "Sebentar Abi...Ya betul Abi, ayat ketiga. Nabi mahu agar kata-katanya pada
isteri baginda dirahsiakan, namun rahsia itu bocor, lalu Allah bongkarkan perbuatan
rahsia isteri-isteri baginda itu pada Nabi."
Abi : "Bagus anak Abi. Sekarang kamu tengok surah al-Mulk yang kamu baca tadi.
Cuba tengok dekat mana ada juga babak rahsia merahsiakan ?”
Fatihah : "Ayat 13 Abi. Perkataan sama berulang. Sirr. Subhanallah."
Abi : "Fatihah nak lagi ke Abi beritahu sayang?"
www.akademisinergi.com Page 2 www.ibrahparadigm.com.my
Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016
Fatihah : "Nak Abi. Please..."
Abi : "Fatihah perasan tak ayat-ayat pasal neraka dalam surah Al-Tahrim ? Banyak tak
ayat-ayatnya Fatihah ?
Fatihah : "Sekejap Abi...Betul Abi. Dalam surah Al-Tahrim, perintah Allah agar jaga
keluarga dari api neraka. Malaikat Zabaniah yang jaga Neraka sangat menggerunkan
pula. Selepas itu Allah juga beritahu isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth akan masuk ke
Neraka berkenaan."
Abi : "Cukup sayang. Sekarang kamu tahu siapa yang menjaga Neraka, apa bahan
bakar api Neraka, siapa yang menghuni Neraka bukan ? Tapi kamu sudah tahu
bagaimana mereka akan masuk ke dalamnya, apa yang mereka dengar ketika mahu
dibaling, apa yang penjaga Neraka akan buat pada mereka sebelum dibaling ?"
Fatihah : "Rasa macam tahu je Abi bila baca surah Al-Mulk tadi. Alhamdulillah."
Abi : "Seperkara lagi sayang. Surah Al-Tahrim mengenai taubat nasuha di dunia
manakala surah Al-Mulk mengenai taubat yang tidak diterima iaitu di hadapan azab.
Satu lagi, surah Al-Tahrim berakhir dengan sebaik-baik makhluk wanita di atas muka
bumi iaitu Maryam, maka surah ini bermula dengan sebaik-baik penciptaan Allah yang
ada di langit. Sempurna tanpa sedikitpun kecacatan. Kesempurnaan pertama sudah
berlalu dalam lipatan sejarah. Kesempurnaan kedua Fatihah masih boleh melihatnya
sekarang."
Fatihah : "Subhanallah. Terima kasih Abi.”
Hubungan dengan surah selepas (Al-Qalam) :
1. Surah ini berakhir dengan perintah Allah agar Nabi teruskan bersabar dan
menyantuni Quraisy dengan persoalan-persoalan yang logik meskipun Quraisy
semua lari daripadanya, maka surah selepas bermula dengan penegasan Nabi
mempunyai sebaik-baik akhlak dan sikap yang tidak boleh dinafikan oleh Quraisy.
2. Surah ini berakhir dengan soalan mengenai siapa yang mendatangkan air dan
memberikan kehidupan, maka surah selepasnya membawa kisah para pemilik
kebun yang lupakan Tuhan dan zalim kepada miskin telah dimusnahkan kebunnya
oleh Allah.
www.akademisinergi.com Page 3 www.ibrahparadigm.com.my
Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016
KELEBIHAN SURAH AL-MULK
BERDASARKAN HADIS-HADIS YANG SAHIH
- ‫اهلل‬ ‫رسول‬ ‫أن‬ : ‫جابر‬ ‫عن‬ ، ‫الزبير‬ ‫أبي‬ ‫عن‬ ، ‫سليم‬ ‫أبي‬ ‫بن‬ ‫ليث‬ ‫طريق‬ ‫من‬ ‫أيضا‬ ‫الترمذي‬ ‫روى‬
‫سورة‬ " ‫تنزيل‬ ‫الم‬ " ‫يقرأ‬ ‫حتى‬ ‫ينام‬ ‫ال‬ ‫كان‬ - ‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫اهلل‬ ‫صلى‬
" ‫امللك‬ ‫بيده‬ ‫الذي‬ ‫تبارك‬ " ‫و‬ ، ‫السجدة‬
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan tidur
melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
(hadis disahihkan Al-Albani berdasarkan al-Silsilah Al-Sahihah 585)
‫القرآن‬ ‫في‬ ‫سورة‬ ‫إن‬ " : ‫قال‬ - ‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫اهلل‬ ‫صلى‬ - ‫اهلل‬ ‫رسول‬ ‫عن‬ ، ‫هريرة‬ ‫أبي‬ ‫عن‬
" ‫امللك‬ ‫بيده‬ ‫الذي‬ ‫تبارك‬ " : ‫له‬ ‫غفر‬ ‫حتى‬ ‫لصاحبها‬ ‫شفعت‬ ‫آية‬ ‫ثالثني‬
‫وقال‬ ، ‫به‬ ‫شعبة‬ ‫حديث‬ ‫من‬ ، ‫األربعة‬ ‫السنن‬ ‫أهل‬ ‫.ورواه‬
. ‫حسن‬ ‫حديث‬ ‫هذا‬ : ‫الترمذي‬
“Sesungguhnya di dalam al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada
pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-
Mulk.” (hadis direkodkan sebagai hasan “lighairihi” oleh Al-Tirmidzi (2891), Abu Daud (1400) dan Ibnu
Majah (3786), disahihkan oleh Al-Albani dalam “Sahih Ibnu Majah”)
: ‫قال‬ ‫أنس‬ ‫عن‬ ، ‫ثابت‬ ‫عن‬ ، ‫مسكني‬ ‫بن‬ ‫سالم‬ ‫طريق‬ ‫من‬ ، ‫املقدسي‬ ‫الضياء‬ ‫والحافظ‬ ، ‫الطبراني‬ ‫روى‬
‫صاحبها‬ ‫عن‬ ‫خاصمت‬ ‫القرآن‬ ‫في‬ ‫سورة‬ " : - ‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫اهلل‬ ‫صلى‬ - ‫اهلل‬ ‫رسول‬ ‫قال‬
. " ‫امللك‬ ‫بيده‬ ‫الذي‬ ‫تبارك‬ " : ‫الجنة‬ ‫أدخلته‬ ‫حتى‬
“Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah
yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat
kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka
dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 
(hadis dihasankan Al-Albani dalam Sahih Al-Jame’ 3644)
Abdullah bin Mas’ud : Surah ini mencegah dari azab kubur dan dikenali
sebagai Al-Mani’ah pada zaman Rasulullah
(Al-Nasaie 179 / 6 dan disahihkan al-Albani dalam Sahih Al-Targib wal Tarhib 1475)

Rujukan : Tafsir Ibnu Kathir
www.akademisinergi.com Page 4 www.ibrahparadigm.com.my
Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016
“STORYBOARD” SURAH AL-MULK
• Surah ini turun di awal perjuangan dakwah Nabi di Makkah iaitu sekitar tahun ke-3
atau 4 kenabian. Surah ini benar-benar menggambarkan sifat Makkiyah iaitu seruan
kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah dan tiada sebarang sekutu perantara
dengan-Nya, percaya pada hari Akhirat sebagai hari pembalasan kepada segala
sikap di dunia dan bermulanya hari itu dengan hari kehancuran alam yang sedia ada,
jangan sekali kali mengambil sikap kaum terdahulu ketika kamu diberi lebih belas
kasihan dari Allah (tidak diazab secara pantas sebagai orang terdahulu)
• Ayat 1 dan 2 : Ayat kunci kepada surah ini iaitu kebesaran kerajaan Allah ketika
Quraisy mula memberi tentangan sengit kepada Rasulullah dan pernyataan tujuan
penciptaan manusia sebagai sebaik-baik kejadian untuk melakukan sebaik-baik amal
(ahsanu ‘amalan) dengan prinsip beriman pada pada wujudnya kematian (kehidupan
pertama yang berkesudahan dengan kematian) dan kehidupan (kehidupan kedua
yang tiada lagi kematian). Kekuasaan meniadakan apa yang ada dan mengadakan
apa yang telah tiada adalah asas terpenting memahami maksud kerajaan dan
kekuasaan Allah.
• Ayat 3 hingga 5 : Mengukuhkan mesej kewujudan alam Akhirat dengan penerangan
wujudnya 6 petala langit (unseen world) yang dibina di atas langit dunia (seen world).
Pada masa yang sama, ayat 3-5 menjelmakan model “ahsanu amalan” dari Allah
Azza Wa Jalla itu sendiri melalui kesempurnaan penciptaan langit tanpa kecacatan.
• Ayat 6 hingga 12 : Huraian lebih lanjut pada konsep kehidupan kedua selepas
kehidupan pertama dengan mengambil kisah penghuni Neraka yang sangat
mengerikan. Pada masa yang sama, segmen ayat 6 hingga 12 menjawap kebiadapan
pertama Quraisy yang menuduh Rasulullah sesat dan tidak diturunkan apa-apa
wahyu (yang membatalkan amalan syirik mereka selama ini).
• Ayat 13 hingga 18 : Menjawap kebiadapan kedua Quraisy tidak pun mempedulikan
ayat-ayat Neraka dari Rasulullah, bahkan mula berbisik-bisik secara rahsia untuk
melakukan sabotaj pada rencana dakwah Rasulullah. Bagaimana mereka boleh
berani merencana kejahatan kepada Rasulullah sedangkan Allah boleh dengan
mudahnya merencana kemusnahan mereka di bumi dan membalas secara langsung
perbuatan jahat mereka tanpa mereka sedari. Pendekatan “lihat di depan” (langit,
www.akademisinergi.com Page 5 www.ibrahparadigm.com.my
Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016
bumi, angin) dan “lihat di belakang” (sejarah kaum terdahulu) selepas “lihat di
atas” (wahyu mengenai Neraka) sebagai uslub dakwah seterusnya surah ini yang
tidak menatijahkan apa-apa perubahan pada Quraisy.
• Ayat 19 hingga 24 : Menjawap kebiadapan ketiga Quraisy yang mengatakan
Rasulullah akan dimusnahkan sendiri oleh berhala-berhala mereka dan sebaliknya
berhala-berhala ini akan terus menerus memberikan rezeqi kepada mereka. Sungguh
mereka lupa bahawa nikmat keamanan dan kemajuan rezeqi yang mereka perolehi
sekarang di Makkah sekalipun sebenarnya berpunca dari burung-burung yang
diutuskan Allah sebagai tentera menyelamatkan Makkah dari Abrahah. Sungguh
Quraisy sengaja memilih untuk berjalan seperti binatang, mematikan fungsi akal
mereka dan memperbodohkan diri untuk terus menyembah berhala.
• Ayat 25 hingga 27 : Menjawap kebiadapan keempat Quraisy yang terus menerus
mencabar Rasulullah mendatangkan segera kematian (Kiamat) kepada mereka bagi
menjustifikasi kemahuan mereka untuk menuduh Rasulullah pendusta dan pengada-
adakan cerita.
• Ayat 28 hingga 30 : Selepas episod jawap menjawap segala kebiadapan Quraisy
dengan “kesabaran” Allah dan Rasul-Nya, maka Quraisy memilih untuk mengatakan
kepada Rasulullah dan para Sahabah “pergi mati kalian semua”. Inilah kemuncak
penolakan mereka kepada mesej kebenaran yang logik dan selari dengan fitrah dari
Rasulullah. Ayat 29 menyatakan jika itulah pilihan nekad dilakukan Quraisy, maka
urusan masa depan Quraisy akan diserahkan Rasulullah kepada Allah sendiri. Ayat
30 menutup surah al-Mulk dengan persoalan yang membabitkan Quraisy disentak
sekali lagi dari mana-manakah asal usul tanah Makkah yang dahulunya lembah
kematian yang kering kontang.
www.akademisinergi.com Page 6 www.ibrahparadigm.com.my
Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016
MUKMIN PROFESIONAL DARI SURAH AL-MULK
Apakah itu ‫مال‬bbbbbbbbbb‫ع‬ ‫سن‬bbbbbbbbbb‫ح‬‫أ‬ ? Selain merujuk hadis-hadis yang sahih mentafsirkan dua
kalimah ini, kita sendiri boleh belajar dari "cara kerja" Allah Azza wa Jallah.
1. Bermula dengan menjemput keberkatan. Bacalah bismillah agar meraih ‫بارك‬bbbbbbbbbbb‫ت‬
yang berganda-ganda.
2. Bekerjalah seperti mati akan datang pada malam ini atau tidak lama lagi. ‫لق‬bbbbbbbbb‫خ‬
‫والحياة‬ ‫املوت‬
3. Lakukan kerja yang sama berkali-kali sehingga kita menjadi pakar yang
kompeten dalam sesuatu bidang. ‫سماوات‬ ‫سبع‬
4. Selepas siap sesuatu kerja, ulang pandang hasil kerja supaya tiada
sedikitpun kesilapan berlaku. Jangan bekerja seperti melepaskan batok di
tangga. ‫البصر‬ ‫فارجع‬ !
5. Berikan nilai tambah berbentuk keindahan yang menarik minat orang untuk
melihat hasil kerja kita dengan lebih dekat. ‫زينا‬ ‫ولقد‬
6. Jaga-jaga dari sebarang elemen kerosakan dan kecacatan. Selalu lakukan
"maintainence" agar hasil kerja menjadi legasi jangka panjang. ‫للشياطني‬ ‫رجوما‬
7. Jaga hati dari penyakit hati berbahaya selepas hasil kerja menjadi
kebanggaan ramai. ‫كفروا‬ ‫وللذين‬
APA SELEPAS SEMINAR INI ?
1. Baca dengan tartil / perlahan-lahan agar mendapat pahala dan
keberkatan
2. Ambil tahu terjemahan sebenar (tingkatkan perbendaharaan perkataan,
jangan hanya bergantung dengan “typical translation”)
3. Fahami tafsiran setiap ayat (aspek ruh dan “batin”) dan yakini setiap ayat
dihadapkan kepada kita
4. Baca sekali lagi (sedaya upaya menghafaz mana yang mampu dan
membacanya dalam solat)
5. Sebarkan keindahan kalam Allah kepada manusia yang lain
www.akademisinergi.com Page 7 www.ibrahparadigm.com.my
Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016
RUJUKAN IBRAH SURAH AL-MULK
Bahan Bacaan
1. ’Abdul Malik Abdul Karim Amrullah. 1984. Tafsir Al-Azhar Juzuk 29-30. Surabaya:
Yayasan Latimojong
2. Ibnu Katsir. 2015. Tafsir Ibnu Katsir. Cetakan Pertama. Jilid 10. Jawa Tengah :
Penerbit Insan Kamil
3. Hudzaifah Ismail. 2012. Kerajaan Al-Quran. Cetakan Pertama. Jakarta : Almahira
4. Musthafa Al-‘Adawi. 2012. Al-Bayan ; Kamus Kosakata Al-Quran. Indonesia :
Penerbit Zam Zam
5. Muhammad Al-Tayyib Al-Ibrahim. I’rab Al-Quran Al-Karim Al-Muyassar. Lubnan :
Darul Al-Nafaes
6. Syed Qutb. 1992. Tafsir Fi Dzhilalil Quran. Cetakan Pertama. Jilid 11. Jakarta :
Gema Insani.
Bahan Online
1. Tafsir Al-Maraghi https://ar.wikisource.org/wiki/‫تفسير_املراغي/سورة_امللك‬
2. Syekhul Azhar Tantawi, Tafseer al-Waseeth, http://quran.ksu.edu.sa/tafseer/waseet/
sura14-aya1.html
3. Fakhruddin Al-Razi, Tafsir Mafatihul Ghaib, http://www.al-eman.com//‫تفسير%02الرازي‬
‫/امللك‬s67&t14&p22
4. Tafsir Al-Biqaie http://www.al-eman.com/‫/تفسير%02البقاعي/امللك‬s67&t26&p22
5. Tafsir Al-Tahrir wal Tanwir, Ibnu Asyur http://quran.ksu.edu.sa/tafseer/tanweer/sura1-
aya1.html
6. Maududi, Tafheemul Quran, http://www.englishtafsir.com/Quran/14/index.html
7. Nouman Ali Khan, Tafsir Surah Al-Mulk, Bayyinah TV.Com
8. M. Quraisy Syihab, Tafsir Al-Mishbah, Quraisy Syihab, Youtube Metro TV
www.akademisinergi.com Page 8 www.ibrahparadigm.com.my

More Related Content

What's hot

Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Noor Aziah Mamat
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiathirahsb
 
Bab 8 Kontrak Musawwamah
Bab 8   Kontrak MusawwamahBab 8   Kontrak Musawwamah
Bab 8 Kontrak MusawwamahWanBK Leo
 
Slide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'iSlide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'izikra husna
 
solat aidil fitri dan aidil adha
solat aidil fitri dan aidil adhasolat aidil fitri dan aidil adha
solat aidil fitri dan aidil adhaNORANEEZ ISMAIL
 
Rukun – rukun sembahyang
Rukun – rukun sembahyangRukun – rukun sembahyang
Rukun – rukun sembahyangzero1172
 
TAJWID IDTQ1072 - (HUKUM MAD DAN PEMBAHAGIANNYA)
TAJWID IDTQ1072 - (HUKUM MAD DAN PEMBAHAGIANNYA)TAJWID IDTQ1072 - (HUKUM MAD DAN PEMBAHAGIANNYA)
TAJWID IDTQ1072 - (HUKUM MAD DAN PEMBAHAGIANNYA)FARIS ISMA
 
Apa itu mukjizat
Apa itu mukjizatApa itu mukjizat
Apa itu mukjizatsue2217
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaAtiekah Pauzi
 
7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj
7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj
7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikrajmohamadamirmohdisa1
 
Kisah Nabi Ibrahim dan 4 Malaikat : Perbandingan 4 Surah
Kisah Nabi Ibrahim dan 4 Malaikat : Perbandingan 4 SurahKisah Nabi Ibrahim dan 4 Malaikat : Perbandingan 4 Surah
Kisah Nabi Ibrahim dan 4 Malaikat : Perbandingan 4 SurahParadigma Ibrah Sdn. Bhd.
 

What's hot (20)

Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
I'jaz tarbawi
I'jaz tarbawiI'jaz tarbawi
I'jaz tarbawi
 
2) israiliyat
2) israiliyat2) israiliyat
2) israiliyat
 
Hadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis QudsiHadis nabawi & hadis Qudsi
Hadis nabawi & hadis Qudsi
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
 
Bab 8 Kontrak Musawwamah
Bab 8   Kontrak MusawwamahBab 8   Kontrak Musawwamah
Bab 8 Kontrak Musawwamah
 
Slide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'iSlide sadd al dzar'i
Slide sadd al dzar'i
 
solat aidil fitri dan aidil adha
solat aidil fitri dan aidil adhasolat aidil fitri dan aidil adha
solat aidil fitri dan aidil adha
 
Rukun – rukun sembahyang
Rukun – rukun sembahyangRukun – rukun sembahyang
Rukun – rukun sembahyang
 
TAJWID IDTQ1072 - (HUKUM MAD DAN PEMBAHAGIANNYA)
TAJWID IDTQ1072 - (HUKUM MAD DAN PEMBAHAGIANNYA)TAJWID IDTQ1072 - (HUKUM MAD DAN PEMBAHAGIANNYA)
TAJWID IDTQ1072 - (HUKUM MAD DAN PEMBAHAGIANNYA)
 
Apa itu mukjizat
Apa itu mukjizatApa itu mukjizat
Apa itu mukjizat
 
Solat jumaat
Solat jumaatSolat jumaat
Solat jumaat
 
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
 
Konsep Nubuwwah
Konsep NubuwwahKonsep Nubuwwah
Konsep Nubuwwah
 
Pengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannyaPengertian hadis dan pembahagiannya
Pengertian hadis dan pembahagiannya
 
7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj
7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj
7 hikmah di sebalik peristiwa israk mikraj
 
Kisah Nabi Ibrahim dan 4 Malaikat : Perbandingan 4 Surah
Kisah Nabi Ibrahim dan 4 Malaikat : Perbandingan 4 SurahKisah Nabi Ibrahim dan 4 Malaikat : Perbandingan 4 Surah
Kisah Nabi Ibrahim dan 4 Malaikat : Perbandingan 4 Surah
 
6. Al Quran
6. Al Quran6. Al Quran
6. Al Quran
 
5 Qawaid Fiqhiyyah
5 Qawaid Fiqhiyyah5 Qawaid Fiqhiyyah
5 Qawaid Fiqhiyyah
 

Viewers also liked

Tafsir ibnu-katsir-surat-al-mulk
Tafsir ibnu-katsir-surat-al-mulkTafsir ibnu-katsir-surat-al-mulk
Tafsir ibnu-katsir-surat-al-mulkMustakim Mustakim
 
Tadabbur Al mulk ayat 1-6
Tadabbur Al mulk ayat 1-6Tadabbur Al mulk ayat 1-6
Tadabbur Al mulk ayat 1-6wisnoe19
 
Isi makalah kelompok 3 konsep dasar pemanfaatan teknologi pada bidang pendid...
Isi makalah kelompok 3 konsep dasar pemanfaatan teknologi pada bidang  pendid...Isi makalah kelompok 3 konsep dasar pemanfaatan teknologi pada bidang  pendid...
Isi makalah kelompok 3 konsep dasar pemanfaatan teknologi pada bidang pendid...Abul Khaer
 
Hakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
Hakekat Syiah - Gerakan Dan PemikirannyaHakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
Hakekat Syiah - Gerakan Dan PemikirannyaRidlo Abelian
 
67 surah al mulk (dominion)
67 surah al mulk (dominion)67 surah al mulk (dominion)
67 surah al mulk (dominion)Xenia Y
 
Powerpoint Peribahasa
Powerpoint PeribahasaPowerpoint Peribahasa
Powerpoint PeribahasaAkaryu
 

Viewers also liked (14)

IBRAH SURAH AL-MULK
IBRAH SURAH AL-MULK IBRAH SURAH AL-MULK
IBRAH SURAH AL-MULK
 
Tafsir ibnu-katsir-surat-al-mulk
Tafsir ibnu-katsir-surat-al-mulkTafsir ibnu-katsir-surat-al-mulk
Tafsir ibnu-katsir-surat-al-mulk
 
Tadabbur Al mulk ayat 1-6
Tadabbur Al mulk ayat 1-6Tadabbur Al mulk ayat 1-6
Tadabbur Al mulk ayat 1-6
 
Sinopsis Surah 79-114
Sinopsis Surah 79-114Sinopsis Surah 79-114
Sinopsis Surah 79-114
 
Keajaiban al qur’an. bahasa melayu
Keajaiban al qur’an. bahasa melayuKeajaiban al qur’an. bahasa melayu
Keajaiban al qur’an. bahasa melayu
 
Isi makalah kelompok 3 konsep dasar pemanfaatan teknologi pada bidang pendid...
Isi makalah kelompok 3 konsep dasar pemanfaatan teknologi pada bidang  pendid...Isi makalah kelompok 3 konsep dasar pemanfaatan teknologi pada bidang  pendid...
Isi makalah kelompok 3 konsep dasar pemanfaatan teknologi pada bidang pendid...
 
Ruqyah
RuqyahRuqyah
Ruqyah
 
Hakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
Hakekat Syiah - Gerakan Dan PemikirannyaHakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
Hakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
 
Sura Mulk
Sura MulkSura Mulk
Sura Mulk
 
Surah al mulk
Surah al mulkSurah al mulk
Surah al mulk
 
67 surah al mulk (dominion)
67 surah al mulk (dominion)67 surah al mulk (dominion)
67 surah al mulk (dominion)
 
SINOPSIS Tematik Surah 33-49
SINOPSIS Tematik Surah 33-49SINOPSIS Tematik Surah 33-49
SINOPSIS Tematik Surah 33-49
 
Sura mulk
Sura mulkSura mulk
Sura mulk
 
Powerpoint Peribahasa
Powerpoint PeribahasaPowerpoint Peribahasa
Powerpoint Peribahasa
 

Similar to SEMINAR AL-MULK

33 macam jenis shalat sunnah
33 macam jenis shalat sunnah33 macam jenis shalat sunnah
33 macam jenis shalat sunnahnandarramdani1
 
Qur’an hadist di mi kelas 1 semester gasal ppt
Qur’an hadist di mi kelas 1 semester gasal pptQur’an hadist di mi kelas 1 semester gasal ppt
Qur’an hadist di mi kelas 1 semester gasal pptUlfah Nur Azizah
 
(4) Ulumul quran
(4) Ulumul quran(4) Ulumul quran
(4) Ulumul quranIbnu Ahmad
 
Makalah Asbabun Nuzul
Makalah Asbabun NuzulMakalah Asbabun Nuzul
Makalah Asbabun NuzulRisma Amalia
 
Doa doa islami-2.txt
Doa doa islami-2.txtDoa doa islami-2.txt
Doa doa islami-2.txtAjus Styo
 
perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah
 perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah
perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiahR&R Darulkautsar
 
Tahlilan
TahlilanTahlilan
TahlilanWisnu W
 
Biarkan syiah bercerita ttg agamanya
Biarkan syiah bercerita ttg agamanyaBiarkan syiah bercerita ttg agamanya
Biarkan syiah bercerita ttg agamanyaArdian DP
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Tazkirah PTAR
 
Sampainya hadiah bacaan al
Sampainya hadiah bacaan alSampainya hadiah bacaan al
Sampainya hadiah bacaan alskjbpai
 
Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1
Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1
Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1yadilia
 
rukun sahnya Shalat Jenazah.pptx
rukun sahnya Shalat Jenazah.pptxrukun sahnya Shalat Jenazah.pptx
rukun sahnya Shalat Jenazah.pptxMahfudinAgs
 
Keistimewaan dan rahasia shalat
Keistimewaan dan rahasia shalatKeistimewaan dan rahasia shalat
Keistimewaan dan rahasia shalatSyahlul D'hasrap
 
Bila amman enggan menutupkan topengnya
Bila amman enggan menutupkan topengnyaBila amman enggan menutupkan topengnya
Bila amman enggan menutupkan topengnyaArdian DP
 

Similar to SEMINAR AL-MULK (20)

33 macam jenis shalat sunnah
33 macam jenis shalat sunnah33 macam jenis shalat sunnah
33 macam jenis shalat sunnah
 
Kesesatan syi'ah
Kesesatan syi'ahKesesatan syi'ah
Kesesatan syi'ah
 
Qur’an hadist di mi kelas 1 semester gasal ppt
Qur’an hadist di mi kelas 1 semester gasal pptQur’an hadist di mi kelas 1 semester gasal ppt
Qur’an hadist di mi kelas 1 semester gasal ppt
 
Tafsir surat al ma'un
Tafsir surat al ma'unTafsir surat al ma'un
Tafsir surat al ma'un
 
(4) Ulumul quran
(4) Ulumul quran(4) Ulumul quran
(4) Ulumul quran
 
Pmbahagian ayat & surah
Pmbahagian ayat & surahPmbahagian ayat & surah
Pmbahagian ayat & surah
 
Makalah Asbabun Nuzul
Makalah Asbabun NuzulMakalah Asbabun Nuzul
Makalah Asbabun Nuzul
 
Doa doa islami-2.txt
Doa doa islami-2.txtDoa doa islami-2.txt
Doa doa islami-2.txt
 
Teknik menghafaz al quran
Teknik menghafaz al quranTeknik menghafaz al quran
Teknik menghafaz al quran
 
Asbab al nuzul
Asbab al nuzulAsbab al nuzul
Asbab al nuzul
 
Surah al mulk
Surah al mulkSurah al mulk
Surah al mulk
 
perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah
 perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah
perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah
 
Tahlilan
TahlilanTahlilan
Tahlilan
 
Biarkan syiah bercerita ttg agamanya
Biarkan syiah bercerita ttg agamanyaBiarkan syiah bercerita ttg agamanya
Biarkan syiah bercerita ttg agamanya
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
 
Sampainya hadiah bacaan al
Sampainya hadiah bacaan alSampainya hadiah bacaan al
Sampainya hadiah bacaan al
 
Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1
Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1
Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1
 
rukun sahnya Shalat Jenazah.pptx
rukun sahnya Shalat Jenazah.pptxrukun sahnya Shalat Jenazah.pptx
rukun sahnya Shalat Jenazah.pptx
 
Keistimewaan dan rahasia shalat
Keistimewaan dan rahasia shalatKeistimewaan dan rahasia shalat
Keistimewaan dan rahasia shalat
 
Bila amman enggan menutupkan topengnya
Bila amman enggan menutupkan topengnyaBila amman enggan menutupkan topengnya
Bila amman enggan menutupkan topengnya
 

More from Paradigma Ibrah Sdn. Bhd.

Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptx
Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptxIntegriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptx
Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptxParadigma Ibrah Sdn. Bhd.
 
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...Paradigma Ibrah Sdn. Bhd.
 
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH KISAH AL-QURAN
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH  KISAH AL-QURANDAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH  KISAH AL-QURAN
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH KISAH AL-QURANParadigma Ibrah Sdn. Bhd.
 
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH WAJIB TAHU DARI PERISTIWA ISRA DAN MIKRAJ NABIMU
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH  WAJIB TAHU DARI  PERISTIWA ISRA DAN  MIKRAJ NABIMUTUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH  WAJIB TAHU DARI  PERISTIWA ISRA DAN  MIKRAJ NABIMU
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH WAJIB TAHU DARI PERISTIWA ISRA DAN MIKRAJ NABIMUParadigma Ibrah Sdn. Bhd.
 
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)Paradigma Ibrah Sdn. Bhd.
 

More from Paradigma Ibrah Sdn. Bhd. (20)

Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptx
Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptxIntegriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptx
Integriti Keberagamaan Pemuda Al-Kahfi - Bank Islam.pptx
 
Sifat Hati dari Surah Yusuf
Sifat Hati dari Surah YusufSifat Hati dari Surah Yusuf
Sifat Hati dari Surah Yusuf
 
ISHAK SURAH AL-JATHIYAH
ISHAK SURAH AL-JATHIYAHISHAK SURAH AL-JATHIYAH
ISHAK SURAH AL-JATHIYAH
 
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...
KOBAR HALUAN : Kesukarelawanan Anak Muda dalam Norma Baharu : Ibrah Kisah Mus...
 
Seminar Dr Abdullah Diraz
Seminar Dr Abdullah DirazSeminar Dr Abdullah Diraz
Seminar Dr Abdullah Diraz
 
Mufassir Moden-Ulum Quran
Mufassir Moden-Ulum Quran Mufassir Moden-Ulum Quran
Mufassir Moden-Ulum Quran
 
Sekolah Penulisan Ramadhan 2022.pdf
Sekolah Penulisan Ramadhan 2022.pdfSekolah Penulisan Ramadhan 2022.pdf
Sekolah Penulisan Ramadhan 2022.pdf
 
Alam Tara- Slide Al-Hijr.pdf
Alam Tara- Slide Al-Hijr.pdfAlam Tara- Slide Al-Hijr.pdf
Alam Tara- Slide Al-Hijr.pdf
 
IKKAQ 4.0 Hikmah Musa AS di Madyan.pdf
IKKAQ 4.0 Hikmah Musa AS di Madyan.pdfIKKAQ 4.0 Hikmah Musa AS di Madyan.pdf
IKKAQ 4.0 Hikmah Musa AS di Madyan.pdf
 
Infaq Para Sahabat dalam Al-Quran (1).pdf
Infaq Para Sahabat dalam Al-Quran (1).pdfInfaq Para Sahabat dalam Al-Quran (1).pdf
Infaq Para Sahabat dalam Al-Quran (1).pdf
 
Surah Al-Kahfi by Tema.pdf
Surah Al-Kahfi by Tema.pdfSurah Al-Kahfi by Tema.pdf
Surah Al-Kahfi by Tema.pdf
 
Integriti- Surah Yusuf (1).pdf
Integriti- Surah Yusuf (1).pdfIntegriti- Surah Yusuf (1).pdf
Integriti- Surah Yusuf (1).pdf
 
Ibrah Kemenangan Thalut Ke Atas Jalut
Ibrah  Kemenangan  Thalut Ke Atas  Jalut Ibrah  Kemenangan  Thalut Ke Atas  Jalut
Ibrah Kemenangan Thalut Ke Atas Jalut
 
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH KISAH AL-QURAN
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH  KISAH AL-QURANDAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH  KISAH AL-QURAN
DAURAH ULUM AL QURAN : MUKJIZAT KISAH KISAH AL-QURAN
 
Wanita Di Sebalik Musa (TAZU)
Wanita  Di Sebalik Musa (TAZU)Wanita  Di Sebalik Musa (TAZU)
Wanita Di Sebalik Musa (TAZU)
 
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH WAJIB TAHU DARI PERISTIWA ISRA DAN MIKRAJ NABIMU
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH  WAJIB TAHU DARI  PERISTIWA ISRA DAN  MIKRAJ NABIMUTUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH  WAJIB TAHU DARI  PERISTIWA ISRA DAN  MIKRAJ NABIMU
TUJUH FAKTA, TUJUH IBRAH WAJIB TAHU DARI PERISTIWA ISRA DAN MIKRAJ NABIMU
 
Jiwai Solatmu Dengan Mentadabbur Kalam Ilahi
Jiwai Solatmu  Dengan  Mentadabbur  Kalam IlahiJiwai Solatmu  Dengan  Mentadabbur  Kalam Ilahi
Jiwai Solatmu Dengan Mentadabbur Kalam Ilahi
 
Tadabbur Ayat Ayat Solat Dalam al-Quran
Tadabbur Ayat Ayat Solat Dalam al-QuranTadabbur Ayat Ayat Solat Dalam al-Quran
Tadabbur Ayat Ayat Solat Dalam al-Quran
 
DIALOG SENJA : Musa Mahu Melihat Allah
DIALOG  SENJA :  Musa Mahu  Melihat AllahDIALOG  SENJA :  Musa Mahu  Melihat Allah
DIALOG SENJA : Musa Mahu Melihat Allah
 
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)
Tujuan Kehidupanmu (Tadabbur Ayat 20 Surah al Hadid)
 

Recently uploaded

Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfHendroGunawan8
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxSyifaDzikron
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdfEstetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdfHendroGunawan8
 
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfPerbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfAgungNugroho932694
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfEmeldaSpd
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaAbdiera
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............SenLord
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxjohan effendi
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiOviLarassaty1
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docNurulAiniFirdasari1
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptTaufikFadhilah
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfSBMNessyaPutriPaulan
 

Recently uploaded (20)

Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docxRPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
RPP PERBAIKAN UNTUK SIMULASI (Recovered).docx
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdfEstetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
Estetika Humanisme Diskusi Video Sesi Ke-1.pdf
 
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdfPerbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
Perbaikan ekonomi zaman Habibie (Offering A - 4-6) Pertemuan - 10.pdf
 
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdfPelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN  MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
Pelatihan Asesor 2024_KEBIJAKAN DAN MEKANISME AKREDITASI PAUD TAHUN 2024 .pdf
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
 
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran BerdifferensiasiDiagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
Diagram Fryer Pembelajaran Berdifferensiasi
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
 
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdfPPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
PPT Hukum Adat Keberadaan Hukum Adat Di Kehidupan Masyarakat.pdf
 

SEMINAR AL-MULK

  • 1. Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016 MENGAPA SURAH MAKKIYAH USTAZ ? "Ustaz, susah nak membawa perubahan dalam negara ini kalau orang atas tidak berubah. Setiap kali berubah orang atas, berubahlah polisi. Manusia dah macam robot, bahan eksperimen penggubal polisi.", luah seorang ahli usrah. "Di sini duduknya tujuan surah-surah Makkiyah sahabatku. Bukanlah tidak disengajakan surah-surah Makkiyah ini mendominasi Kitabullah. Sering kali kita baca ada kisah Nabi yang dirakamkan dengan terperinci usaha gigihnya melakukan perubahan, namun tidak pula dirakamkan berapa yang berjaya masuk Islam di tangan mereka. Bahkan ada yang dirakamkan tiada seorang pun beriman melainkan seorang. Sering kali kita baca kisah Nabi pula, ucapan Nabi itu yang dirakamkan Allah dan bukannya respon kaumnya.", ujarku memimpin usrah pada malam itu. "Ada contoh tak ustaz dari surah mana?", soal seorang lagi ahli usrah. "Lihat surah Al-Mulk sendiri, surah ini sangat pelik kerana berakhir pun dengan soalan yang tiada jawapan. Bukan mudah nak bertemu surah yang berbentuk banyak soalan, dan berakhir pun dengan nada soalan. Tidak dirakamkan lagi selepas ayat itu sikap Quraisy selanjutnya selepas 29 ayat sebelumnya merakamkan hampir 5 ucapan biadap mereka kepada Rasulullah. Mengapa agaknya ? Cuba kalian fikirkan.", ujarku. "Soalan tanpa jawapan mungkin hikmahnya agar pembaca Al-Quran memfokuskan pada kaedah dakwah Rasulullah itu sendiri dan bukan pada jawapan Quraisy yang kita sudah sedia maklum.", jawap seorang ahli usrah. "Itulah definisi dakwah ya akhi. Allah memandang usaha kamu membawa perubahan, bukannya natijah dari usaha perubahan kamu. Musibah yang menimpa negara kita kini adalah hikmah untuk Allah beri kita pahala berfikir dan bekerja, bukan dosa mengeluh, merusuh dan meruntuh. Perubahan bermula dari diri kita sendiri dahulu sebelum kita bermimpi untuk mengubah negara.", ujarku menutup sidang usrah. www.akademisinergi.com Page 1 www.ibrahparadigm.com.my
  • 2. Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016 KENALI IDENTITI SURAH AL-MULK Surah ke : 67 Juzuk : 29 (surah pertama dalam juzuk 29) Surah sebelum dalam mushaf : Al-Tahrim (Madaniah) Surah selepas dalam mushaf : Al-Qalam (Makkiyah) Turun selepas : Surah Al-Thur Jumlah ayat : 30 Status : Makkiyah (awal Makkiyah ketika dakwah baru bermula) Nama lain : Tabaraka, Al-Waqiah, Al-Munjiyah, Al-Mujadilah (tafsir al-Alusi) Hubungan dengan surah sebelum (Al-Tahrim) : Abi : "Fatihah dah baca Al-Mulk ?” Fatihah : "Dah Abi. Tapi Fatihah ada soalan?" Abi : "Silakan sayang." Fatihah : "Abi, kenapa ada surah Al-Tahrim sebelum surah Al-Mulk ini ? Bukankah surah Al-Tahrim surah Madaniah ? Kenapa sekejap di Madinah, sekejap di Makkah ?" Abi : "Fatihah. Makkiah atau Madaniah sesuatu surah, itu tidak penting sayang. Yang penting kaitan antara surah berkenaan. Fatihah ada perasan tak persamaan intipati antara surah Al-Mulk dan surah sebelumnya, Al-Tahrim ?" Fatihah : "Tak tahulah Abi." Abi : "Begini sayang. Kamu perasan tak ada babak rahsia merahsiakan dalam surah Al- Tahrim ?" Fatihah : "Sebentar Abi...Ya betul Abi, ayat ketiga. Nabi mahu agar kata-katanya pada isteri baginda dirahsiakan, namun rahsia itu bocor, lalu Allah bongkarkan perbuatan rahsia isteri-isteri baginda itu pada Nabi." Abi : "Bagus anak Abi. Sekarang kamu tengok surah al-Mulk yang kamu baca tadi. Cuba tengok dekat mana ada juga babak rahsia merahsiakan ?” Fatihah : "Ayat 13 Abi. Perkataan sama berulang. Sirr. Subhanallah." Abi : "Fatihah nak lagi ke Abi beritahu sayang?" www.akademisinergi.com Page 2 www.ibrahparadigm.com.my
  • 3. Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016 Fatihah : "Nak Abi. Please..." Abi : "Fatihah perasan tak ayat-ayat pasal neraka dalam surah Al-Tahrim ? Banyak tak ayat-ayatnya Fatihah ? Fatihah : "Sekejap Abi...Betul Abi. Dalam surah Al-Tahrim, perintah Allah agar jaga keluarga dari api neraka. Malaikat Zabaniah yang jaga Neraka sangat menggerunkan pula. Selepas itu Allah juga beritahu isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Luth akan masuk ke Neraka berkenaan." Abi : "Cukup sayang. Sekarang kamu tahu siapa yang menjaga Neraka, apa bahan bakar api Neraka, siapa yang menghuni Neraka bukan ? Tapi kamu sudah tahu bagaimana mereka akan masuk ke dalamnya, apa yang mereka dengar ketika mahu dibaling, apa yang penjaga Neraka akan buat pada mereka sebelum dibaling ?" Fatihah : "Rasa macam tahu je Abi bila baca surah Al-Mulk tadi. Alhamdulillah." Abi : "Seperkara lagi sayang. Surah Al-Tahrim mengenai taubat nasuha di dunia manakala surah Al-Mulk mengenai taubat yang tidak diterima iaitu di hadapan azab. Satu lagi, surah Al-Tahrim berakhir dengan sebaik-baik makhluk wanita di atas muka bumi iaitu Maryam, maka surah ini bermula dengan sebaik-baik penciptaan Allah yang ada di langit. Sempurna tanpa sedikitpun kecacatan. Kesempurnaan pertama sudah berlalu dalam lipatan sejarah. Kesempurnaan kedua Fatihah masih boleh melihatnya sekarang." Fatihah : "Subhanallah. Terima kasih Abi.” Hubungan dengan surah selepas (Al-Qalam) : 1. Surah ini berakhir dengan perintah Allah agar Nabi teruskan bersabar dan menyantuni Quraisy dengan persoalan-persoalan yang logik meskipun Quraisy semua lari daripadanya, maka surah selepas bermula dengan penegasan Nabi mempunyai sebaik-baik akhlak dan sikap yang tidak boleh dinafikan oleh Quraisy. 2. Surah ini berakhir dengan soalan mengenai siapa yang mendatangkan air dan memberikan kehidupan, maka surah selepasnya membawa kisah para pemilik kebun yang lupakan Tuhan dan zalim kepada miskin telah dimusnahkan kebunnya oleh Allah. www.akademisinergi.com Page 3 www.ibrahparadigm.com.my
  • 4. Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016 KELEBIHAN SURAH AL-MULK BERDASARKAN HADIS-HADIS YANG SAHIH - ‫اهلل‬ ‫رسول‬ ‫أن‬ : ‫جابر‬ ‫عن‬ ، ‫الزبير‬ ‫أبي‬ ‫عن‬ ، ‫سليم‬ ‫أبي‬ ‫بن‬ ‫ليث‬ ‫طريق‬ ‫من‬ ‫أيضا‬ ‫الترمذي‬ ‫روى‬ ‫سورة‬ " ‫تنزيل‬ ‫الم‬ " ‫يقرأ‬ ‫حتى‬ ‫ينام‬ ‫ال‬ ‫كان‬ - ‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫اهلل‬ ‫صلى‬ " ‫امللك‬ ‫بيده‬ ‫الذي‬ ‫تبارك‬ " ‫و‬ ، ‫السجدة‬ “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.” (hadis disahihkan Al-Albani berdasarkan al-Silsilah Al-Sahihah 585) ‫القرآن‬ ‫في‬ ‫سورة‬ ‫إن‬ " : ‫قال‬ - ‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫اهلل‬ ‫صلى‬ - ‫اهلل‬ ‫رسول‬ ‫عن‬ ، ‫هريرة‬ ‫أبي‬ ‫عن‬ " ‫امللك‬ ‫بيده‬ ‫الذي‬ ‫تبارك‬ " : ‫له‬ ‫غفر‬ ‫حتى‬ ‫لصاحبها‬ ‫شفعت‬ ‫آية‬ ‫ثالثني‬ ‫وقال‬ ، ‫به‬ ‫شعبة‬ ‫حديث‬ ‫من‬ ، ‫األربعة‬ ‫السنن‬ ‫أهل‬ ‫.ورواه‬ . ‫حسن‬ ‫حديث‬ ‫هذا‬ : ‫الترمذي‬ “Sesungguhnya di dalam al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al- Mulk.” (hadis direkodkan sebagai hasan “lighairihi” oleh Al-Tirmidzi (2891), Abu Daud (1400) dan Ibnu Majah (3786), disahihkan oleh Al-Albani dalam “Sahih Ibnu Majah”) : ‫قال‬ ‫أنس‬ ‫عن‬ ، ‫ثابت‬ ‫عن‬ ، ‫مسكني‬ ‫بن‬ ‫سالم‬ ‫طريق‬ ‫من‬ ، ‫املقدسي‬ ‫الضياء‬ ‫والحافظ‬ ، ‫الطبراني‬ ‫روى‬ ‫صاحبها‬ ‫عن‬ ‫خاصمت‬ ‫القرآن‬ ‫في‬ ‫سورة‬ " : - ‫وسلم‬ ‫عليه‬ ‫اهلل‬ ‫صلى‬ - ‫اهلل‬ ‫رسول‬ ‫قال‬ . " ‫امللك‬ ‫بيده‬ ‫الذي‬ ‫تبارك‬ " : ‫الجنة‬ ‫أدخلته‬ ‫حتى‬ “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”  (hadis dihasankan Al-Albani dalam Sahih Al-Jame’ 3644) Abdullah bin Mas’ud : Surah ini mencegah dari azab kubur dan dikenali sebagai Al-Mani’ah pada zaman Rasulullah (Al-Nasaie 179 / 6 dan disahihkan al-Albani dalam Sahih Al-Targib wal Tarhib 1475)
 Rujukan : Tafsir Ibnu Kathir www.akademisinergi.com Page 4 www.ibrahparadigm.com.my
  • 5. Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016 “STORYBOARD” SURAH AL-MULK • Surah ini turun di awal perjuangan dakwah Nabi di Makkah iaitu sekitar tahun ke-3 atau 4 kenabian. Surah ini benar-benar menggambarkan sifat Makkiyah iaitu seruan kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah dan tiada sebarang sekutu perantara dengan-Nya, percaya pada hari Akhirat sebagai hari pembalasan kepada segala sikap di dunia dan bermulanya hari itu dengan hari kehancuran alam yang sedia ada, jangan sekali kali mengambil sikap kaum terdahulu ketika kamu diberi lebih belas kasihan dari Allah (tidak diazab secara pantas sebagai orang terdahulu) • Ayat 1 dan 2 : Ayat kunci kepada surah ini iaitu kebesaran kerajaan Allah ketika Quraisy mula memberi tentangan sengit kepada Rasulullah dan pernyataan tujuan penciptaan manusia sebagai sebaik-baik kejadian untuk melakukan sebaik-baik amal (ahsanu ‘amalan) dengan prinsip beriman pada pada wujudnya kematian (kehidupan pertama yang berkesudahan dengan kematian) dan kehidupan (kehidupan kedua yang tiada lagi kematian). Kekuasaan meniadakan apa yang ada dan mengadakan apa yang telah tiada adalah asas terpenting memahami maksud kerajaan dan kekuasaan Allah. • Ayat 3 hingga 5 : Mengukuhkan mesej kewujudan alam Akhirat dengan penerangan wujudnya 6 petala langit (unseen world) yang dibina di atas langit dunia (seen world). Pada masa yang sama, ayat 3-5 menjelmakan model “ahsanu amalan” dari Allah Azza Wa Jalla itu sendiri melalui kesempurnaan penciptaan langit tanpa kecacatan. • Ayat 6 hingga 12 : Huraian lebih lanjut pada konsep kehidupan kedua selepas kehidupan pertama dengan mengambil kisah penghuni Neraka yang sangat mengerikan. Pada masa yang sama, segmen ayat 6 hingga 12 menjawap kebiadapan pertama Quraisy yang menuduh Rasulullah sesat dan tidak diturunkan apa-apa wahyu (yang membatalkan amalan syirik mereka selama ini). • Ayat 13 hingga 18 : Menjawap kebiadapan kedua Quraisy tidak pun mempedulikan ayat-ayat Neraka dari Rasulullah, bahkan mula berbisik-bisik secara rahsia untuk melakukan sabotaj pada rencana dakwah Rasulullah. Bagaimana mereka boleh berani merencana kejahatan kepada Rasulullah sedangkan Allah boleh dengan mudahnya merencana kemusnahan mereka di bumi dan membalas secara langsung perbuatan jahat mereka tanpa mereka sedari. Pendekatan “lihat di depan” (langit, www.akademisinergi.com Page 5 www.ibrahparadigm.com.my
  • 6. Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016 bumi, angin) dan “lihat di belakang” (sejarah kaum terdahulu) selepas “lihat di atas” (wahyu mengenai Neraka) sebagai uslub dakwah seterusnya surah ini yang tidak menatijahkan apa-apa perubahan pada Quraisy. • Ayat 19 hingga 24 : Menjawap kebiadapan ketiga Quraisy yang mengatakan Rasulullah akan dimusnahkan sendiri oleh berhala-berhala mereka dan sebaliknya berhala-berhala ini akan terus menerus memberikan rezeqi kepada mereka. Sungguh mereka lupa bahawa nikmat keamanan dan kemajuan rezeqi yang mereka perolehi sekarang di Makkah sekalipun sebenarnya berpunca dari burung-burung yang diutuskan Allah sebagai tentera menyelamatkan Makkah dari Abrahah. Sungguh Quraisy sengaja memilih untuk berjalan seperti binatang, mematikan fungsi akal mereka dan memperbodohkan diri untuk terus menyembah berhala. • Ayat 25 hingga 27 : Menjawap kebiadapan keempat Quraisy yang terus menerus mencabar Rasulullah mendatangkan segera kematian (Kiamat) kepada mereka bagi menjustifikasi kemahuan mereka untuk menuduh Rasulullah pendusta dan pengada- adakan cerita. • Ayat 28 hingga 30 : Selepas episod jawap menjawap segala kebiadapan Quraisy dengan “kesabaran” Allah dan Rasul-Nya, maka Quraisy memilih untuk mengatakan kepada Rasulullah dan para Sahabah “pergi mati kalian semua”. Inilah kemuncak penolakan mereka kepada mesej kebenaran yang logik dan selari dengan fitrah dari Rasulullah. Ayat 29 menyatakan jika itulah pilihan nekad dilakukan Quraisy, maka urusan masa depan Quraisy akan diserahkan Rasulullah kepada Allah sendiri. Ayat 30 menutup surah al-Mulk dengan persoalan yang membabitkan Quraisy disentak sekali lagi dari mana-manakah asal usul tanah Makkah yang dahulunya lembah kematian yang kering kontang. www.akademisinergi.com Page 6 www.ibrahparadigm.com.my
  • 7. Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016 MUKMIN PROFESIONAL DARI SURAH AL-MULK Apakah itu ‫مال‬bbbbbbbbbb‫ع‬ ‫سن‬bbbbbbbbbb‫ح‬‫أ‬ ? Selain merujuk hadis-hadis yang sahih mentafsirkan dua kalimah ini, kita sendiri boleh belajar dari "cara kerja" Allah Azza wa Jallah. 1. Bermula dengan menjemput keberkatan. Bacalah bismillah agar meraih ‫بارك‬bbbbbbbbbbb‫ت‬ yang berganda-ganda. 2. Bekerjalah seperti mati akan datang pada malam ini atau tidak lama lagi. ‫لق‬bbbbbbbbb‫خ‬ ‫والحياة‬ ‫املوت‬ 3. Lakukan kerja yang sama berkali-kali sehingga kita menjadi pakar yang kompeten dalam sesuatu bidang. ‫سماوات‬ ‫سبع‬ 4. Selepas siap sesuatu kerja, ulang pandang hasil kerja supaya tiada sedikitpun kesilapan berlaku. Jangan bekerja seperti melepaskan batok di tangga. ‫البصر‬ ‫فارجع‬ ! 5. Berikan nilai tambah berbentuk keindahan yang menarik minat orang untuk melihat hasil kerja kita dengan lebih dekat. ‫زينا‬ ‫ولقد‬ 6. Jaga-jaga dari sebarang elemen kerosakan dan kecacatan. Selalu lakukan "maintainence" agar hasil kerja menjadi legasi jangka panjang. ‫للشياطني‬ ‫رجوما‬ 7. Jaga hati dari penyakit hati berbahaya selepas hasil kerja menjadi kebanggaan ramai. ‫كفروا‬ ‫وللذين‬ APA SELEPAS SEMINAR INI ? 1. Baca dengan tartil / perlahan-lahan agar mendapat pahala dan keberkatan 2. Ambil tahu terjemahan sebenar (tingkatkan perbendaharaan perkataan, jangan hanya bergantung dengan “typical translation”) 3. Fahami tafsiran setiap ayat (aspek ruh dan “batin”) dan yakini setiap ayat dihadapkan kepada kita 4. Baca sekali lagi (sedaya upaya menghafaz mana yang mampu dan membacanya dalam solat) 5. Sebarkan keindahan kalam Allah kepada manusia yang lain www.akademisinergi.com Page 7 www.ibrahparadigm.com.my
  • 8. Seminar Ibrah Surah Al-Mulk 2016 RUJUKAN IBRAH SURAH AL-MULK Bahan Bacaan 1. ’Abdul Malik Abdul Karim Amrullah. 1984. Tafsir Al-Azhar Juzuk 29-30. Surabaya: Yayasan Latimojong 2. Ibnu Katsir. 2015. Tafsir Ibnu Katsir. Cetakan Pertama. Jilid 10. Jawa Tengah : Penerbit Insan Kamil 3. Hudzaifah Ismail. 2012. Kerajaan Al-Quran. Cetakan Pertama. Jakarta : Almahira 4. Musthafa Al-‘Adawi. 2012. Al-Bayan ; Kamus Kosakata Al-Quran. Indonesia : Penerbit Zam Zam 5. Muhammad Al-Tayyib Al-Ibrahim. I’rab Al-Quran Al-Karim Al-Muyassar. Lubnan : Darul Al-Nafaes 6. Syed Qutb. 1992. Tafsir Fi Dzhilalil Quran. Cetakan Pertama. Jilid 11. Jakarta : Gema Insani. Bahan Online 1. Tafsir Al-Maraghi https://ar.wikisource.org/wiki/‫تفسير_املراغي/سورة_امللك‬ 2. Syekhul Azhar Tantawi, Tafseer al-Waseeth, http://quran.ksu.edu.sa/tafseer/waseet/ sura14-aya1.html 3. Fakhruddin Al-Razi, Tafsir Mafatihul Ghaib, http://www.al-eman.com//‫تفسير%02الرازي‬ ‫/امللك‬s67&t14&p22 4. Tafsir Al-Biqaie http://www.al-eman.com/‫/تفسير%02البقاعي/امللك‬s67&t26&p22 5. Tafsir Al-Tahrir wal Tanwir, Ibnu Asyur http://quran.ksu.edu.sa/tafseer/tanweer/sura1- aya1.html 6. Maududi, Tafheemul Quran, http://www.englishtafsir.com/Quran/14/index.html 7. Nouman Ali Khan, Tafsir Surah Al-Mulk, Bayyinah TV.Com 8. M. Quraisy Syihab, Tafsir Al-Mishbah, Quraisy Syihab, Youtube Metro TV www.akademisinergi.com Page 8 www.ibrahparadigm.com.my