SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
1.0 PENGENALAN


  Masalah disleksia dalam pembelajaran sudah lama wujud di kalangan pelajar-pelajar
  sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, disleksia hanya diperkenalkan kepada
  khalayak ramai buat pertama kalinya pada tahun 1993 melalui Seminar Kebangsaan
  Pengenalan kepada Disleksia yang dianjurkan oleh Rotary Club Gombak. Disleksia
  adalah masalah pembelajaran yang semakin dikenali oleh masyarakat Malaysia melalui
  Dasar Langit Terbuka dan capaian maklumat melalui rangkaian elektronik yang semakin
  canggih hingga ke pelusuk negara. Media cetak dan elektronik semakin kerap menguar-
  uarkan simptom ini dan dapat diikuti oleh semua lapisan masyarakat di mana sahaja
  berada. Peranan sekolah semakin berat dalam memastikan arahan „Pendidikan Rendah
  Wajib‟ oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula Disember 2002. Kehadiran
  kanak-kanak ke sekolah seawal prasekolah melalui agenda besar Kementerian Pendidikan
  Malaysia memastikan program perluasan Prasekolah ke seluruh Negara menjelang 2005
  memperlihatkan keperluan pengisian pendidikan yang lebih berkualiti dan berkesan.


      Kajian   mengenalpasti    kanak-kanak    bersimpton   disleksia   diharap   menjadi
  penyumbang ke arah kualiti perancangan pendidikan yang dimaksudkan. Dalam era
  masyarakat dapat menilai dan mampu membayar harga sesebuah pendidikan melalui
  pemilihan terbuka institusi bagi anak-anak mereka mengikuti pendidikan, maruah institusi
  pendidikan di bawah kendalian kerajaan akan dipertahankan dan mampu terus bersaing,
  menjadi kebanggaan dengan kualiti pendidikan yang mengambil kira keunikan potensi
  kanak-kanak yang bernaung di bawahnya. Adalah menjadi harapan agar peluang
  “Pendidikan Untuk Semua” yang sekian lama dimeteri melalui Pernyataan Salamanca
  (UNESCO 1994) akan menjadi lebih bermakna dengan perhatian dan penglibatan semua
  pihak bangun untuk membantu kanak-kanak disleksia mencapai aspirasi masa depannya
  melalui pendidikan berkualiti. Ramai kalangan selebriti terkenal dunia mencipta nama
  dalam bidang masing-masing yang pada asalnya adalah penghidap disleksia seperti Albert
  Einstein, Richard Branson, Walt Disney, Tom Cruise dan ramai lagi.




                                                                                        1
2.0 DEFINISI DAN KONSEP


       2.1 Masalah Pembelajaran

Masalah pembelajaran merupakan suatu kecelaruan dalam satu atau lebih daripada proses
psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa samada berbentuk lisan atau
bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, menulis,
mengeja mahupun megira. Samuel Klirk (1963) mendefinisikan masalah pembelajaran
sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan,
pembacaan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya bukanlah kesan daripada
kerencatan mental, halangan sensori (buta atau pekak), faktor budaya mahupun persekitaran.
Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira individu bermasalah pembelajaran
adalah tahap di bawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang nyata antara kanak-kanak
yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran. Masalah pembelajaran turut
diandaikan sebagai masalah neurologi. Ia berkaiatan dengan cara otak menerima, memproses,
menganalisa dan menyimpan maklumat.




       2.2 Disleksia

Seorang pakar perubatan dan „ophalomotologist‟ memperkenalkan disleksia sebagai satu
„disorder‟ dalam kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa, tetapi tidak
memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek. Masalah ini
boleh berlanjutan sehinggalah kanak-kanak itu dewasa dan biasanya ia dialami oleh kanak-
kanak. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu kecacatan atau penyakit dan ia tidak
memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai
masalah ini dapat dikurangkan. Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan
Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah keturunan atau genetik,
faktor biologi seperti kelahiran yang tidak cukup bulan dan juga faktor kelewatan
kematangan (Anida Abu Bakar, 2008)




                                                                                          2
3.0 MODEL MENGATASI MASALAH DISLEKSIA


       3.1 Model inklusif

Model ini dilaksanakan bagi murid yang mengalami masalah disleksia yang ringan. Bagi
pelajar-pelajar berkeperluan khas seperti ini, mata pelajaran Bahasa Melayu akan
dilaksanakan di kelas khas manakala mata pelajaran lain diinklusifkan di kelas normal. Di
sini, guru khas disleksia akan membantu guru kelas dari segi melaksanakan kerja bertulis.
Kurikulum Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Agama Islam atau
Pendidikan Moral yang sedia ada akan digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran.
Huraian sukatan pelajaran semua mata pelajaran tersebut jika perlu, akan diubahsuai
pendekatannya bagi keperluan murid-murid disleksia

       3.2 Model kelas khas

Model kelas khas dilaksanakan bagi pelajar bermasalah disleksia yang teruk.      Huraian
sukatan pelajaran bagi model kelas khas ini diubahsuai pendekatannnya. Guru-guru perlu
menggunakan strategi yang khusus dan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, seseorang perlu mengenalpasti kekuatan
dan kelemahan kanak-kanak itu melalui beberapa ujian yang dijalankan. Melalui pengujian
tersebut, secara automatiknya kita dapat mengenalpasti bakat, kebolehan atau kemahiran
khusus yang dimiliki oleh mereka.

       Kita juga boleh mengenalpasti pola kesilapan atau masalah secara spesifik dalam
bacaan, tulisan atau cara membuat jawapan bagi subjek matematik. Oleh itu, kita dapat
mencari strategi penyelesaian bagi membantu mereka mengatasi kekurangan pada diri
mereka. Hubungan antara guru dan murid adalah sangat penting. Justeru, kita boleh
mengenalpasti samada terdapat sebab-sebab yang menjejaskan kemajuan. Sebagai contoh,
mungkin berlakunya masalah emosi semasa di rumah ataupun dari sikap diri yang negatif.
Seseorang guru perlu lebih kreatif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan terhadap murid mereka. Pelbagai cara untuk menarik minat dan menambah motivasi
mereka terhadap pelajaran perlu dilaksanakan.




                                                                                       3
Gambar 1: Penggunaan animasi interaktif menerusi komputer untuk merangsang minat
                                       pelajar disleksia

             Sumber: Alif Abu Bakar, Pendekatan berbeza didik anak disleksia

Selain alat bantuan belajar seperti komputer, barangan permainan seperti permainan blok dan
tanah liat juga penting bagi golongan disleksia menjana kreativiti mereka. Guru-guru perlu
memberikan masa selama 30 minit kepada pelajar-pelajar ini untuk bermain kedua-dua
permainan tersebut sebelum kelas bermula. Kebiasaannya, pelajar bermasalah disleksia serius
mengalami masalah menggerakkan tangan ketika menulis (Alif Abu Bakar, 2011).
Penggunaan tangan dengan cara menekan dan membentuk ketika bermain permainan tersebut
dikatakan dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus yang dialami mereka.

       3.3 Pendekatan Multi-Sensory

Proses pembelajaran golongan disleksia perlu melengkapi penggunaan deria-deria utama
seperti sentuhan, bunyi serta penglihatan kerana ia akan menjawab semua persoalan yang
bersarang dalam fikiran mereka. Kajian menunjukkan pendekatan Multi-Sensory merupakan
kaedah yang paling sesuai bagi mengajar pelajar-pelajar disleksia. Pendekatan ini
menggabungkan beberapa deria iaitu auditori, visual, orali dan kinestetik.

       Bagi mengatasi kekeliruan tersebut, blok-blok huruf tersebut akan diletakkan di
hadapan mereka dan mereka akan diberi penjelasan tentang perbezaan huruf tersebut. Sebagai
contoh, huruf d akan dikenali mereka sebagai huruf a yang mempunyai tangkai di atas
sementara huruf g pula mempunyai ekor di bawah. Walau bagaimanapun, penjelasan tersebut
perlu didatangkan secara visual dan sentuhan agar mereka benar-benar memahami perbezaan
                                                                                         4
huruf-huruf tersebut. Proses pengajaran kanak-kanak disleksia perlu dilakukan secara
berperingkat dan tidak terlalu mendadak. Sepertinya, perkataan-perkataan yang diajar perlu
dieja mengikut bunyi perkataan itu disebut dan susunan perkataan dalam ayat juga perlu
senada agar mereka tidak mengalami kekeliruan.




    Gambar 2: Seorang guru mengajar pelajar yang bermasalah disleksia mengenal huruf

             Sumber: Alif Abu Bakar, Pendekatan berbeza didik anak disleksia




       3.4 Pendekatan mengeja dengan melakar

Antara salah satu cara belajar mereka yang mengalami gangguan disleksia dapat dilihat
melalui cara mereka belajar dengan mengeja perkataan-perkataan menggunakan lakaran atau
lukisan. Melalui kajian yang dijalankan di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendapati
bahawa murid-murid disleksia sering mencari kaedah belajar cara mereka sendiri. Malah,
kadangkala daya kreativiti mereka yang tinggi membolehkan mereka membuat pilihan cara
mana mereka harus gunakan untuk memudahkan mereka belajar.
       Pelajar seperti ini mengalami kesukaran untuk membina sukukata, apatah lagi
mengeja perkataan. Kekuatan dalam kebolehannya ialah mendengar bunyi huruf. Mereka
cekap memilih perkataan bagi huruf awal yang ditentukan. Perkataan-perkataan yang dipilih
selalunya terdiri daripada perkataan yang mudah untuk dilukis atau dilakar olehnya. Daripada
lakaran gambar-gambar, mereka bijak menafsirkan kepada huruf-huruf awal. Huruf-huruf


                                                                                          5
tersebut dicantumkan, maka terbinalah perkataan yang ingin dieja. Penjelasan di atas
mungkin dirasakan begitu rumit atau mengelirukan bagi kita, tapi hakikatnya, itulah cara
yang digunakan oleh murid ini di peringkat permulaan beliau belajar mengeja, setelah gagal
mengeja dengan cara biasa yang digunakan oleh murid-murid lain.
         Sebagai contoh, cara yang mereka gunakan untuk mengeja “matahari”. Murid ini akan
melukis gambar-gambar berdasarkan bunyi huruf-huruf dalam perkataan yang
perlu dieja;




  Mata         api        tangga      api        hujan       api      rambutan     ikan
   (m)         (a)          (t)        (a)        (h)       (a)       (r)        (i)


Dicantumkan huruf-huruf awal bagi gambar-gambar yang dilukis, maka terbinalah
perkataannya, m a t a h a r i.
         Murid yang mengalami disleksia menggunakan kaedah ini untuk mengeja selama
beberapa bulan. Setelah mahir, dengan sendirinya mereka tidak perlu lagi melukis, tetapi
telah mampu menulis huruf yang dibunyikan. Akhirnya, mereka menunjukkan prestasi yang
boleh dibanggakan. Kunci kejayaan di sini ialah memberi fokus kepada kemajuan jangka
pendek dalam sesi latihan dan ini mengekalkan motivasi dan membolehkan murid ini
membina cara pembelajarannya sendiri. Akhirnya, mereka boleh mengeja dan membaca
seperti mana murid-murid lain, dengan penuh rasa yakin pada diri sendiri.



         3.5 Pendekatan objek pembelajaran (learning object, LO)

Konsep Objek Pembelajaran atau learning object (LO) dipopularkan oleh Wayne Hodgins
pada tahun 1994 (Abtar, 2005). LO merupakan cara terkini serta teknologi masa akan datang
dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran (Hodgins, 2000). Menurut Shepherd
(2001), LO adalah pemikiran berorientasikan objek yang diaplikasikan kepada dunia
pendidikan. LO adalah interaktif serta membenarkan pelajar mempelajari kandungan
sehingga peringkat masteri dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam aktiviti kemahiran

                                                                                          6
berfikir. Dengan menggunakan internet, LO boleh diaksess pada bila-bila masa sahaja.
Repositori objek pembelajaran direkabentuk untuk pelbagai mode aksesibiliti (dimuat-turun,
dipindah ke media elektronik yg lain untuk capaian yg lebih mudah, pengguna boleh mencari
objek pembelajaran dengan mudah) boleh menyediakan ke arah pembelajaran era baru (Ally,
2006)


        3.5.1 Model DIMLOM
Disleksia Interaktif Multimedia Learning Object Model (Fadilahwati et al, 2011) ini direka
mengikut tiga fasa utama, iaitu sebelum pembangunan, semasa pembangunan, dan selepas
pembangunan. Menurut Taylor et al (2007), animasi mampu menyokong kefahaman pelajar
jika ia digunakan dengan cara yang konsisten mengikut teori pembelajaran multimedia.
Parette (2011) ada menyatakan bahawa animasi mempunyai keupayaan untuk menarik
perhatian kepada dimensi kritikal pelajar cacat secara berkesan dan boleh memberikan respon
yang benar ke atas sesuatu visual dengan cepat.


        1. Sebelum pembangunan

Melalui kajian peringkat awal, pengkaji telah membuat kajian gaya pembelajaran kepada
lima orang pelajar dan mendapati bahawa kecenderungan untuk gaya pembelajaran visual
cukup nyata. Majoriti pelajar didapati mempunyai kecenderungan untuk merujuk kepada
gambar (visual) jika diberi sesuatu arahan. Antara pendekatan lain yang boleh diambil kira
ialah saranan Dean (1996) yang menyatakan bahawa pendekatan kepada pelajar disleksia
boleh dibuat melalui:
- Pemecahan kepada topik-topik kecil.
- Aktiviti yang membolehkan pelajar tersebut membuat latihan setelah mengulangkaji.
- Kerja yang melibatkan rangsangan secara terus



        2.   Semasa pembangunan

Papan cerita dihasilkan dengan mengambil kira ciri-ciri pelajar, gaya pembalajaran dan isi
kandungan yang diambil dari silibus pembelajaran. Pandangan pakar seperti Bradford (n.d)
juga diambil kira, yang mana teks menggunakan warna cerah dan berlatarbelakangkan warna
gelap bagi mengelakkan sensitiviti penglihatan pelajar disleksia. Teknik sebegini juga
mampu mengelakkan masalah yang teks yang kelihatan bergerak. Jenis huruf seperti “arial”

                                                                                         7
juga sesuai digunakan bagi mengelakkan masalah yang sama. Huruf sebegini mempunyai
bentuk yang sederhana dan jelas. Selain daripada teks, penggunaan visual juga diberi
penekanan yang amat penting. Visual direka khas untuk memudahkan pemahaman teks, isi
kandungan, dan juga konsep pembelajaran.
       Konsep penceritaan dibuat bagi mendapatkan rangsangan secara terus kepada pelajar
disleksia dengan menggunakan karakter murid pandai yang boleh bercakap, suara latar
belakang, ikon-ikon gambar yang memberi kefahaman secara terus dan animasi yang
menunjukkan proses pendaraban tersebut. Di dalam cerita ini, pelajar digalakkan untuk turut
serta membuat persiapan majlis hari jadi, di mana mereka perlu memasukkan dua buah gula-
gula ke dalam beg plastik. Kemudian jumlah gula-gula tersebut dikira dan konsep tambah
berulang boleh diperkenalkan (Gambar 3).
                                                 Aktiviti     berkonsep     penceritaan dimana
                                                 Amir/karakter utama (menggunakan suara latar)
                                                 mengajak pengguna untuk membantu menyiapkan
                                                 beg plastik bagi meraikan harijadinya.


                                                 Imej yang direka khas sebagai ikon dua biji gula-
                                                 gula untuk mewakili darab dua.

                                                 Imej khas lain; Tiga ikon beg platik dalam tiga
                                                 warna asas (merah, kuning dan biru) untuk
                                                 mewakili jumlah yang akan di darab.


                                                  Jumlah gula-gula ditulis dalam bentuk angka
                                                  berwarna cerah dan berlatarbelakangkan
                                                  warna gelap bagi memudahkan pelajar disleksia
                                                  untuk mengenalpasti angka.



                                                  Animasi yang menunjukkan dua biji gula-gula
                                                  dimasukkan kedalam setiap beg plastik.



                                                  Jumlah keseluruhan gula-gula juga dibacakan
                                                  menggunakan suara latar belakang.


                                                  Huruf “x” berkelip bagi tujuan memperkenalkan
                                                  tanda darab.


                                                  Secara keseluruhan animasi dimainkan untuk muka
                                                  surat satu dalam jangka masa yang singkat bagi
                                                  memudahkan proses mengingat.




              Gambar 3: Skrin animasi untuk pengenalan konsep pendaraban

                                                                                                     8
Bagi memperkenalkan konsep kiraan melangkau (skip counting), pelajar seterusnya
dikehendaki untuk mengira jumlah sepasang kek cawan untuk sembilan orang kawan.
Dengan cara bertahap, pelajar dikehendaki menghitung jumlah kawan dahulu, kemudian
menghitung dua buah kek cawan tersebut sebanyak sembilan kali, dan membahagikannya
kepada kesemua sembilan kawannya (Gambar 4).


                                                 Animasi angka yang keluar disetiap orang untuk
                                                 menghitung jumlah kawan.


                                                 Aktiviti dimana animasi karakter Amir mengajak
                                                 pengguna untuk membantunya menghitung jumlah
                                                 kawannya. Mata, mulut dan tangan Amir bergerak
                                                 mengikut suara latar bagi memperjelas situasi.



                                                 Animasi karakter Amir yang sentiasa memberi
                                                 perhatian kerana kemunculannya yang tak
                                                 disangka-sangka. Teknik ini membantu
                                                 mengekalkan fokus pelajar.


                                                 Animasi anak panah yang keluar serentak dengan
                                                 tulisan “+ 2+ dan angka bagi mempercepat
                                                 pemahaman konsep kiraan melangkau.




                                                 Watak kawan-kawan Amir dihidupkan dengan riak
                                                 wajah yang gembira dan mata yang berkedip.
                                                 Animasi yang konsisten sebegini mampu
                                                 mengekalkan fokus pelajar.


                                                 Animasi angka yang menunjukkan jumlah kek
                                                 cawan keluar satu persatu mengikut suara latar.
                                                 Tulisan angka tersebut berlatarbelakangkan warna
                                                 gelap bagi memudahkan pembacaan.


                             Gambar 4: LO untuk pendaraban

Bagi melengkapkan penceritaan secara keseluruhan, kisah majlis hari jadi ini diakhiri dengan
aktiviti soalan yang meminta pelajar disleksia untuk menyelesaikan masalah konsep
pendaraban dua dengan menggunakan pendekatan yang sama (tambah berulang dan kiraan
melangkau).




                                                                                                    9
3. Selepas pembangunan
Pengkaji menggunakan borang penilaian yang dihasilkan oleh Leeder (2003) dari the
Universities’ Collaboration in eLearning. Ia mengandungi 7 item soalan yang dipilih
daripada 23 soalan mengikut kesesuaian proses pembangunan animasi. Item dalam tinjauan
terdiri daripada dua bahagian iaitu Penggunaan LO dan Nilai Pembelajaran.
1. Penggunaan LO – Fokus kepada persepsi pelajar terhadap betapa mudah dan jelasnya
mereka dapat mengikut pengajaran dan aktiviti dalam LO (yang mana disampaikan dengan
menggunakan teknik animasi yang telah direka khas)
2. Nilai pembelajaran LO – Merangkumi item yang menunjukkan persepsi pelajar terhadap
betapa berkesannya LO (khususnya animasi yang telah direka khas) di dalam membantu
mereka belajar dan memahami kandungan yang relevan. Bagi memastikan kesahihan
jawapan, pengkaji cuba menanyakan setiap soalan tersebut melalui proses temuduga yang
direkodkan ke dalam video dan ditayang semula untuk tujuan pengamatan dan pengesahan
jawapan pelajar. Untuk melengkapkan proses analisis, pengkaji mendapatkan pandangan
guru untuk mengesahkan sekali lagi ke atas setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar.


Keputusan dan Perbincangan


Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan di beberapa buah sekolah menunjukkan
bahawa pelajar disleksia mempunyai persepsi betapa mudah dan jelasnya mereka dapat
mengikuti pengajaran dan aktiviti yang disampaikan menggunakan teknik animasi yang telah
direka khas. Mereka memahami imej ikon gula-gula, plastik dan kek cawan sebagai simbol
kepada angka yang akan dikira. Dengan memecahkan isi topik kepada pecahan tajuk-tajuk
kecil, pelajar-pelajar disleksia boleh membuat kawalan diri untuk memahami konsep samada
secara perlahan, berulang kali, dan berinteraksi mengikut cara kawalan masing-masing.
Pelajar-pelajar disleksia sememangnya boleh memahami dan membuat aktiviti yang disuruh
pada setiap pecahan tajuk kecil tersebut dalam jangka masa yang singkat.
   Dari segi nilai pembelajaran, adalah penting untuk memahami bahawa pelajar disleksia
amat tertarik dengan konsep aktiviti penceritaan yang dianimasikan. Didapati bahawa pelajar
turut tertarik kepada pembelajaran yang dikaitkan dengan masalah dunia sebenar. Kajian ini
juga membuktikan bahawa majoriti pelajar juga berpendapat bahawa grafik dan animasi
adalah menarik dan memudahkan mereka memahami kandungan. Sememangnya pelajar
disleksia perlu mendapatkan daya tarikan dan motivasi untuk mengekalkan fokus mereka
terhadap bahan pembelajaran.
                                                                                         10
4.0 KESIMPULAN



Jelaslah bahawa, pengesanan dan intervensi awal amat penting bagi tujuan membantu kanak-
kanak kini berjaya dalam kehidupan mereka.kerjasama dalam memberi fahaman, galakan dan
sokongan dari ibubapa dan guru-guru amat perlu bagi membangkitkan motivasi diri dan
semangat dalam menempuh pengajaran dan pembelajaran. Akhir kata, sebagai guru, kita
perlulah mengakui bahawa kaedah mengajar pelbagai deria dan pelbagai kecerdasan memang
berkesan untuk kanak-kanak disleksia ini.

       Adalah penting untuk merujuk kepada ciri-ciri pelajar disleksia, pemahaman masalah
topik pembelajaran secara teliti, dan mengenalpasti kaedah strategi pengajaran seperti yang
telah dicadangkan. Pada masa yang akan datang, pengkaji juga harus melihat banyak lagi
kemungkinan untuk mengenalpasti lebih banyak unsur-unsur yang memotivasikan
pembelajaran mereka.

       Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia (PDM), Sariah Amin menyatakan bahawa
kurangnya pendedahan dan kesedaran dalam kalangan guru serta ibu bapa terhadap disleksia
menyebabkan kekeliruan terhadap masalah yang dihadapi golongan disleksia. Secara kasar ia
mungkin dilihat sebagai individu buta huruf yang perlu dimasukkan ke dalam kelas
pemulihan khas tetapi, sebenarnya mereka memerlukan pendekatan pembelajaran berbeza.
(Kosmo Online, 2011)




                                                                                        11
5.0 RUJUKAN

Ally, M., Cleveland-Innes, M., Boskic, N., & Larwill, S. (2006) Learner‟s Use of Learning
       Objects. Journal of Distance Education Revue De L’Education A Distance
       Fall/Automne 2006, 21(2), 44-5.
Amir Awang, 1991. Modifikasi Tingkah Laku dan Terapi. Universiti Sains Malaysia: Pulau
       Pinang

Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim & Yusof Boon, 2006. Psikologi Sosial
       Alam Remaja, PTS Profesional: Selangor

Dean, J (1996). Managing Special Needs in the Primary School. London: Routledge

Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Ronaldi Saleh Umar, (2010). Usability
       Testing on Interactive Multimedia Learning Object for Dyslexic Children: Proceeding
       of 5th International Conference on e-Learning, 12-13 July 2010. Universiti Sains
       Malaysia, Penang, Malaysia


Hammond, L & Hughes, P. 1990. When bright kids fail: how to help children overcome
       specific learning difficulties. Australia: Simon and Schuster.


Mohd.Daud Hamzah, 1990. Emosi dalam Pembelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
       Lumpur

Parette, H., Hourcade, J. & Blum, C.. (2011). Using Animation in Microsoft PowerPoint to
Enhance Engagement and Learning in Young Learners With Developmental Delay. Teaching
Exceptional Children, 43(4), 58-67.


Taylor,M., Duffy, S., Hughes,G. (2007). The use of animation in higher education
       teaching to support students with dyslexia. Education and Training, 49(1), pp. 25-35




                                                                                            12
Sumber internet

Alif    Abu Bakar, 2011. Pendekatan berbeza didik anak disleksia, diperoleh pada 12
November                                                                               2011
(http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Renca
na_Utama&pg=ru_01.htm)

Anida bt Abu Bakar, 2008. Mengenali kanak-kanak disleksia, diperoleh pada 12 November
2011 (http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1179)

Bradford, J. (n.d.). Designing web pages for dyslexic readers, diperoleh pada 10 November
2011,
( http://www.dyslexia-parent.com/mag35.html)

Fatin Hafizah Mohd Shahar, 2011. Dunia disleksia, diperoleh pada 14 November 2011.
(http://www.bharian.com.my/articles/Duniadisleksia/Article/)

Saadiah    Ismail,   2011.   Bukan    penyakit,   diperoleh    pada   12    November   2011
(http://www.bharian.com.my/articles/Bukanpenyakit/Article/print_html)

Shepherd, Clive,(2001). Objects of Interest, diperoleh pada 11 November 2011
(http://www.fastrak-consulting.co.uk/tactix/features/objects/objects.htm)




                                                                                         13

More Related Content

What's hot

Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranGabanSiam
 
Masalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & DisleksiaMasalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & Disleksiaspear_cml
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiPuworkUtara OnSlideshare
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)hudhud321
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasWan Izimasha
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatansyazwanie suhaimi
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah lakuDisleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah lakucikgusuepkhas
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 

What's hot (20)

Definisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaranDefinisi mbk-masalah-pembelajaran
Definisi mbk-masalah-pembelajaran
 
Masalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & DisleksiaMasalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & Disleksia
 
Masalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturanMasalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturan
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
 
47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Slide kanak-kanak disleksia
Slide kanak-kanak disleksiaSlide kanak-kanak disleksia
Slide kanak-kanak disleksia
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
 
Masalah Penglihatan
Masalah PenglihatanMasalah Penglihatan
Masalah Penglihatan
 
masalah penglihatan
masalah penglihatanmasalah penglihatan
masalah penglihatan
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah lakuDisleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
Disleksia dari aspek emosi dan tingkah laku
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Disleksia faktor
Disleksia  faktorDisleksia  faktor
Disleksia faktor
 

Viewers also liked

Pengenalan disleksia
Pengenalan disleksiaPengenalan disleksia
Pengenalan disleksiapeggylau9318
 
Tugasan disleksia
Tugasan disleksiaTugasan disleksia
Tugasan disleksiaNur Kareena
 
Disleksia powerpoint
Disleksia powerpointDisleksia powerpoint
Disleksia powerpointEni Ghazali
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Zack Chepa
 
Strategi & Pendekatan P&P
Strategi & Pendekatan P&PStrategi & Pendekatan P&P
Strategi & Pendekatan P&PDr22s
 
Seminar Masalah Pembelajaran
Seminar Masalah PembelajaranSeminar Masalah Pembelajaran
Seminar Masalah Pembelajaranspear_cml
 
Cara mengenalpasti Disleksia
Cara mengenalpasti DisleksiaCara mengenalpasti Disleksia
Cara mengenalpasti Disleksiaspear_cml
 
Kbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhdKbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhdLee Cyee
 
Masalah pembelajarn di Malaysia: Caknakah kita?
Masalah pembelajarn di Malaysia: Caknakah kita? Masalah pembelajarn di Malaysia: Caknakah kita?
Masalah pembelajarn di Malaysia: Caknakah kita? spear_cml
 
Menggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak kanak disleksia
Menggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak kanak disleksiaMenggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak kanak disleksia
Menggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak kanak disleksiaLaila Awang
 
Masalah disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...
Masalah  disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...Masalah  disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...
Masalah disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...Daisy Reddy
 
Instrumen pengesanan disleksia
Instrumen pengesanan disleksiaInstrumen pengesanan disleksia
Instrumen pengesanan disleksiaFarizam Mohd Noor
 
Guidelines on prevention and management of tuberculosis for hc ws in moh
Guidelines on prevention and management of tuberculosis for hc ws in mohGuidelines on prevention and management of tuberculosis for hc ws in moh
Guidelines on prevention and management of tuberculosis for hc ws in mohunittbjknphg
 
Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikHazwani Idrus
 

Viewers also liked (20)

Pengenalan disleksia
Pengenalan disleksiaPengenalan disleksia
Pengenalan disleksia
 
Tugasan disleksia
Tugasan disleksiaTugasan disleksia
Tugasan disleksia
 
Disleksia powerpoint
Disleksia powerpointDisleksia powerpoint
Disleksia powerpoint
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
 
Strategi & Pendekatan P&P
Strategi & Pendekatan P&PStrategi & Pendekatan P&P
Strategi & Pendekatan P&P
 
Seminar Masalah Pembelajaran
Seminar Masalah PembelajaranSeminar Masalah Pembelajaran
Seminar Masalah Pembelajaran
 
Pendekatan kaedah mnemonik
Pendekatan kaedah mnemonikPendekatan kaedah mnemonik
Pendekatan kaedah mnemonik
 
Cara mengenalpasti Disleksia
Cara mengenalpasti DisleksiaCara mengenalpasti Disleksia
Cara mengenalpasti Disleksia
 
Perkembagan fizikal
Perkembagan fizikalPerkembagan fizikal
Perkembagan fizikal
 
Kbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhdKbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhd
 
Masalah pembelajarn di Malaysia: Caknakah kita?
Masalah pembelajarn di Malaysia: Caknakah kita? Masalah pembelajarn di Malaysia: Caknakah kita?
Masalah pembelajarn di Malaysia: Caknakah kita?
 
Menggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak kanak disleksia
Menggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak kanak disleksiaMenggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak kanak disleksia
Menggunakan animasi di dalam instruksi khas untuk kanak kanak disleksia
 
Borang bppdp eprd
Borang bppdp eprdBorang bppdp eprd
Borang bppdp eprd
 
Verso y prosa
Verso y prosaVerso y prosa
Verso y prosa
 
Masalah disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...
Masalah  disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...Masalah  disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...
Masalah disleksia_dalam_kalangan_murid-murid_pemulihan_di_sekolah_rendah,_pu...
 
Tuberculosis
TuberculosisTuberculosis
Tuberculosis
 
Instrumen pengesanan disleksia
Instrumen pengesanan disleksiaInstrumen pengesanan disleksia
Instrumen pengesanan disleksia
 
Guidelines on prevention and management of tuberculosis for hc ws in moh
Guidelines on prevention and management of tuberculosis for hc ws in mohGuidelines on prevention and management of tuberculosis for hc ws in moh
Guidelines on prevention and management of tuberculosis for hc ws in moh
 
Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknik
 

Similar to MENGATASI DISLEKSIA

Presentasi Materi Ganguan Belajar.pptx
Presentasi Materi Ganguan Belajar.pptxPresentasi Materi Ganguan Belajar.pptx
Presentasi Materi Ganguan Belajar.pptxPremiumLagi1
 
Laporan lawatan ke sekolah kebangsaan lukut
Laporan lawatan ke sekolah kebangsaan lukutLaporan lawatan ke sekolah kebangsaan lukut
Laporan lawatan ke sekolah kebangsaan lukutSyahirah Mahiyud-Din
 
3. isi isi penting (repaired)
3. isi isi penting (repaired)3. isi isi penting (repaired)
3. isi isi penting (repaired)john law
 
Keberagaman Anak berkebutuhan khusus
Keberagaman Anak berkebutuhan khususKeberagaman Anak berkebutuhan khusus
Keberagaman Anak berkebutuhan khususSaLimah22
 
Disleksiadisgrafia kelompok irma1
Disleksiadisgrafia kelompok irma1Disleksiadisgrafia kelompok irma1
Disleksiadisgrafia kelompok irma1mumtazkia
 
Kesulitan belajar
Kesulitan belajarKesulitan belajar
Kesulitan belajarajengpujir
 
TT2 ABK_Ayu Imtyas Rusdiansyah_2b_858745338.pdf
TT2 ABK_Ayu Imtyas Rusdiansyah_2b_858745338.pdfTT2 ABK_Ayu Imtyas Rusdiansyah_2b_858745338.pdf
TT2 ABK_Ayu Imtyas Rusdiansyah_2b_858745338.pdfAyu Imtyas Rusdiansyah
 
TT2 ABK_Ayu Imtyas Rusdiansyah_2b_858745338.docx
TT2 ABK_Ayu Imtyas Rusdiansyah_2b_858745338.docxTT2 ABK_Ayu Imtyas Rusdiansyah_2b_858745338.docx
TT2 ABK_Ayu Imtyas Rusdiansyah_2b_858745338.docxAyu Imtyas Rusdiansyah
 
Risa Zakiatul H. Teknik, hambatan dan solusi dalam Pendidikan Inklusif
Risa Zakiatul H. Teknik, hambatan dan solusi dalam Pendidikan InklusifRisa Zakiatul H. Teknik, hambatan dan solusi dalam Pendidikan Inklusif
Risa Zakiatul H. Teknik, hambatan dan solusi dalam Pendidikan Inklusifrisa zakiatul
 
KEBERAGAMAN PDBK.pdf
KEBERAGAMAN PDBK.pdfKEBERAGAMAN PDBK.pdf
KEBERAGAMAN PDBK.pdfBayuSetiyo1
 
diagnosis kesulitan belajar.docx
diagnosis kesulitan belajar.docxdiagnosis kesulitan belajar.docx
diagnosis kesulitan belajar.docxluthfiahkhairani
 
Nota pemulihan nie
Nota pemulihan nieNota pemulihan nie
Nota pemulihan nieniekay
 
Assignment bmm3106
Assignment bmm3106Assignment bmm3106
Assignment bmm3106Rasimah Imah
 
54403496 jurnal
54403496 jurnal54403496 jurnal
54403496 jurnalsuthasha
 
Makalah Perbedaan individu dalam belajar 2
Makalah Perbedaan individu dalam  belajar 2Makalah Perbedaan individu dalam  belajar 2
Makalah Perbedaan individu dalam belajar 2Muhammad Hamdani
 
Masalah masalah belajar
Masalah masalah belajarMasalah masalah belajar
Masalah masalah belajarDedi Yulianto
 
Makalah Psikologi Pendidikan ABK Kesulitan Belajar
Makalah Psikologi Pendidikan ABK Kesulitan BelajarMakalah Psikologi Pendidikan ABK Kesulitan Belajar
Makalah Psikologi Pendidikan ABK Kesulitan BelajarFian DeBoris
 

Similar to MENGATASI DISLEKSIA (20)

Presentasi Materi Ganguan Belajar.pptx
Presentasi Materi Ganguan Belajar.pptxPresentasi Materi Ganguan Belajar.pptx
Presentasi Materi Ganguan Belajar.pptx
 
Laporan lawatan ke sekolah kebangsaan lukut
Laporan lawatan ke sekolah kebangsaan lukutLaporan lawatan ke sekolah kebangsaan lukut
Laporan lawatan ke sekolah kebangsaan lukut
 
3. isi isi penting (repaired)
3. isi isi penting (repaired)3. isi isi penting (repaired)
3. isi isi penting (repaired)
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 
Keberagaman Anak berkebutuhan khusus
Keberagaman Anak berkebutuhan khususKeberagaman Anak berkebutuhan khusus
Keberagaman Anak berkebutuhan khusus
 
Disleksiadisgrafia kelompok irma1
Disleksiadisgrafia kelompok irma1Disleksiadisgrafia kelompok irma1
Disleksiadisgrafia kelompok irma1
 
Kesulitan belajar
Kesulitan belajarKesulitan belajar
Kesulitan belajar
 
Proposal bab 2
Proposal bab 2Proposal bab 2
Proposal bab 2
 
TT2 ABK_Ayu Imtyas Rusdiansyah_2b_858745338.pdf
TT2 ABK_Ayu Imtyas Rusdiansyah_2b_858745338.pdfTT2 ABK_Ayu Imtyas Rusdiansyah_2b_858745338.pdf
TT2 ABK_Ayu Imtyas Rusdiansyah_2b_858745338.pdf
 
TT2 ABK_Ayu Imtyas Rusdiansyah_2b_858745338.docx
TT2 ABK_Ayu Imtyas Rusdiansyah_2b_858745338.docxTT2 ABK_Ayu Imtyas Rusdiansyah_2b_858745338.docx
TT2 ABK_Ayu Imtyas Rusdiansyah_2b_858745338.docx
 
Risa Zakiatul H. Teknik, hambatan dan solusi dalam Pendidikan Inklusif
Risa Zakiatul H. Teknik, hambatan dan solusi dalam Pendidikan InklusifRisa Zakiatul H. Teknik, hambatan dan solusi dalam Pendidikan Inklusif
Risa Zakiatul H. Teknik, hambatan dan solusi dalam Pendidikan Inklusif
 
KEBERAGAMAN PDBK.pdf
KEBERAGAMAN PDBK.pdfKEBERAGAMAN PDBK.pdf
KEBERAGAMAN PDBK.pdf
 
diagnosis kesulitan belajar.docx
diagnosis kesulitan belajar.docxdiagnosis kesulitan belajar.docx
diagnosis kesulitan belajar.docx
 
Nota pemulihan nie
Nota pemulihan nieNota pemulihan nie
Nota pemulihan nie
 
Assignment bmm3106
Assignment bmm3106Assignment bmm3106
Assignment bmm3106
 
54403496 jurnal
54403496 jurnal54403496 jurnal
54403496 jurnal
 
Makalah Perbedaan individu dalam belajar 2
Makalah Perbedaan individu dalam  belajar 2Makalah Perbedaan individu dalam  belajar 2
Makalah Perbedaan individu dalam belajar 2
 
Masalah masalah belajar
Masalah masalah belajarMasalah masalah belajar
Masalah masalah belajar
 
Makalah Psikologi Pendidikan ABK Kesulitan Belajar
Makalah Psikologi Pendidikan ABK Kesulitan BelajarMakalah Psikologi Pendidikan ABK Kesulitan Belajar
Makalah Psikologi Pendidikan ABK Kesulitan Belajar
 
Soal baru
Soal baruSoal baru
Soal baru
 

More from Awatif Atif

Leadership and Organisation
Leadership and OrganisationLeadership and Organisation
Leadership and OrganisationAwatif Atif
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaAwatif Atif
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifAwatif Atif
 
Snman utk warga tua
Snman utk warga tuaSnman utk warga tua
Snman utk warga tuaAwatif Atif
 
Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbangPemakanan seimbang
Pemakanan seimbangAwatif Atif
 
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananLatihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananAwatif Atif
 
Senaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungSenaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungAwatif Atif
 
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototLatihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototAwatif Atif
 
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularKepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularAwatif Atif
 
Etika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorEtika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorAwatif Atif
 
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusBudaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusAwatif Atif
 
Warm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionWarm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionAwatif Atif
 
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Awatif Atif
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remajaAwatif Atif
 
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIKomunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIAwatif Atif
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruAwatif Atif
 
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Awatif Atif
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiAwatif Atif
 
Falsafah dan dasar
Falsafah dan dasarFalsafah dan dasar
Falsafah dan dasarAwatif Atif
 

More from Awatif Atif (20)

Leadership and Organisation
Leadership and OrganisationLeadership and Organisation
Leadership and Organisation
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di Malaysia
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
 
Snman utk warga tua
Snman utk warga tuaSnman utk warga tua
Snman utk warga tua
 
Pemakanan seimbang
Pemakanan seimbangPemakanan seimbang
Pemakanan seimbang
 
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebananLatihan kondisi otot tanpa bebanan
Latihan kondisi otot tanpa bebanan
 
Senaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandungSenaman untuk orang mengandung
Senaman untuk orang mengandung
 
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan ototLatihan bebanan untuk peningkatan otot
Latihan bebanan untuk peningkatan otot
 
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskularKepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
Kepentingan senamrobik terhadap sistem kardiovaskular
 
Etika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktorEtika dan peranan instruktor
Etika dan peranan instruktor
 
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurusBudaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
Budaya diet ekstrem & supplement untuk kurus
 
Warm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury preventionWarm up, stretching & injury prevention
Warm up, stretching & injury prevention
 
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
Urus Tadbir Bandar ( MDTM & MBI )
 
Sosioemosi remaja
Sosioemosi remajaSosioemosi remaja
Sosioemosi remaja
 
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULIKomunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI
 
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor BahruMasalah Setinggan bandar Johor Bahru
Masalah Setinggan bandar Johor Bahru
 
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
Model komunikasi (ahli politik dgn pengundi)
 
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran KomunikasiTeori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
Teori dan Jenis Pemikiran- Kemahiran Komunikasi
 
Falsafah dan dasar
Falsafah dan dasarFalsafah dan dasar
Falsafah dan dasar
 
Terapi warna
Terapi warnaTerapi warna
Terapi warna
 

Recently uploaded

MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...Riyan Hidayatullah
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptAfifFikri11
 
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptxTina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptxTINAFITRIYAH
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x BintanVenyHandayani2
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa ya
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa yaSoal accurate terbaru untuk mahasiswa ya
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa yaMonaAmelia
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxnataliadwiasty
 
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdfAPRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdfVenyHandayani2
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxHeriyantoHeriyanto44
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............SenLord
 

Recently uploaded (20)

MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
 
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptxTina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
Tina fitriyah - Uji Sampel statistik.pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa ya
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa yaSoal accurate terbaru untuk mahasiswa ya
Soal accurate terbaru untuk mahasiswa ya
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
 
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdfAPRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
 

MENGATASI DISLEKSIA

  • 1. 1.0 PENGENALAN Masalah disleksia dalam pembelajaran sudah lama wujud di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, disleksia hanya diperkenalkan kepada khalayak ramai buat pertama kalinya pada tahun 1993 melalui Seminar Kebangsaan Pengenalan kepada Disleksia yang dianjurkan oleh Rotary Club Gombak. Disleksia adalah masalah pembelajaran yang semakin dikenali oleh masyarakat Malaysia melalui Dasar Langit Terbuka dan capaian maklumat melalui rangkaian elektronik yang semakin canggih hingga ke pelusuk negara. Media cetak dan elektronik semakin kerap menguar- uarkan simptom ini dan dapat diikuti oleh semua lapisan masyarakat di mana sahaja berada. Peranan sekolah semakin berat dalam memastikan arahan „Pendidikan Rendah Wajib‟ oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula Disember 2002. Kehadiran kanak-kanak ke sekolah seawal prasekolah melalui agenda besar Kementerian Pendidikan Malaysia memastikan program perluasan Prasekolah ke seluruh Negara menjelang 2005 memperlihatkan keperluan pengisian pendidikan yang lebih berkualiti dan berkesan. Kajian mengenalpasti kanak-kanak bersimpton disleksia diharap menjadi penyumbang ke arah kualiti perancangan pendidikan yang dimaksudkan. Dalam era masyarakat dapat menilai dan mampu membayar harga sesebuah pendidikan melalui pemilihan terbuka institusi bagi anak-anak mereka mengikuti pendidikan, maruah institusi pendidikan di bawah kendalian kerajaan akan dipertahankan dan mampu terus bersaing, menjadi kebanggaan dengan kualiti pendidikan yang mengambil kira keunikan potensi kanak-kanak yang bernaung di bawahnya. Adalah menjadi harapan agar peluang “Pendidikan Untuk Semua” yang sekian lama dimeteri melalui Pernyataan Salamanca (UNESCO 1994) akan menjadi lebih bermakna dengan perhatian dan penglibatan semua pihak bangun untuk membantu kanak-kanak disleksia mencapai aspirasi masa depannya melalui pendidikan berkualiti. Ramai kalangan selebriti terkenal dunia mencipta nama dalam bidang masing-masing yang pada asalnya adalah penghidap disleksia seperti Albert Einstein, Richard Branson, Walt Disney, Tom Cruise dan ramai lagi. 1
  • 2. 2.0 DEFINISI DAN KONSEP 2.1 Masalah Pembelajaran Masalah pembelajaran merupakan suatu kecelaruan dalam satu atau lebih daripada proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa samada berbentuk lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, menulis, mengeja mahupun megira. Samuel Klirk (1963) mendefinisikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain. Ianya bukanlah kesan daripada kerencatan mental, halangan sensori (buta atau pekak), faktor budaya mahupun persekitaran. Pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira individu bermasalah pembelajaran adalah tahap di bawah purata kebangsaan. Terdapat perbezaan yang nyata antara kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai bermasalah pembelajaran. Masalah pembelajaran turut diandaikan sebagai masalah neurologi. Ia berkaiatan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisa dan menyimpan maklumat. 2.2 Disleksia Seorang pakar perubatan dan „ophalomotologist‟ memperkenalkan disleksia sebagai satu „disorder‟ dalam kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa, tetapi tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek. Masalah ini boleh berlanjutan sehinggalah kanak-kanak itu dewasa dan biasanya ia dialami oleh kanak- kanak. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu kecacatan atau penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah keturunan atau genetik, faktor biologi seperti kelahiran yang tidak cukup bulan dan juga faktor kelewatan kematangan (Anida Abu Bakar, 2008) 2
  • 3. 3.0 MODEL MENGATASI MASALAH DISLEKSIA 3.1 Model inklusif Model ini dilaksanakan bagi murid yang mengalami masalah disleksia yang ringan. Bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas seperti ini, mata pelajaran Bahasa Melayu akan dilaksanakan di kelas khas manakala mata pelajaran lain diinklusifkan di kelas normal. Di sini, guru khas disleksia akan membantu guru kelas dari segi melaksanakan kerja bertulis. Kurikulum Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Agama Islam atau Pendidikan Moral yang sedia ada akan digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran. Huraian sukatan pelajaran semua mata pelajaran tersebut jika perlu, akan diubahsuai pendekatannya bagi keperluan murid-murid disleksia 3.2 Model kelas khas Model kelas khas dilaksanakan bagi pelajar bermasalah disleksia yang teruk. Huraian sukatan pelajaran bagi model kelas khas ini diubahsuai pendekatannnya. Guru-guru perlu menggunakan strategi yang khusus dan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai guru, seseorang perlu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak itu melalui beberapa ujian yang dijalankan. Melalui pengujian tersebut, secara automatiknya kita dapat mengenalpasti bakat, kebolehan atau kemahiran khusus yang dimiliki oleh mereka. Kita juga boleh mengenalpasti pola kesilapan atau masalah secara spesifik dalam bacaan, tulisan atau cara membuat jawapan bagi subjek matematik. Oleh itu, kita dapat mencari strategi penyelesaian bagi membantu mereka mengatasi kekurangan pada diri mereka. Hubungan antara guru dan murid adalah sangat penting. Justeru, kita boleh mengenalpasti samada terdapat sebab-sebab yang menjejaskan kemajuan. Sebagai contoh, mungkin berlakunya masalah emosi semasa di rumah ataupun dari sikap diri yang negatif. Seseorang guru perlu lebih kreatif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan terhadap murid mereka. Pelbagai cara untuk menarik minat dan menambah motivasi mereka terhadap pelajaran perlu dilaksanakan. 3
  • 4. Gambar 1: Penggunaan animasi interaktif menerusi komputer untuk merangsang minat pelajar disleksia Sumber: Alif Abu Bakar, Pendekatan berbeza didik anak disleksia Selain alat bantuan belajar seperti komputer, barangan permainan seperti permainan blok dan tanah liat juga penting bagi golongan disleksia menjana kreativiti mereka. Guru-guru perlu memberikan masa selama 30 minit kepada pelajar-pelajar ini untuk bermain kedua-dua permainan tersebut sebelum kelas bermula. Kebiasaannya, pelajar bermasalah disleksia serius mengalami masalah menggerakkan tangan ketika menulis (Alif Abu Bakar, 2011). Penggunaan tangan dengan cara menekan dan membentuk ketika bermain permainan tersebut dikatakan dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus yang dialami mereka. 3.3 Pendekatan Multi-Sensory Proses pembelajaran golongan disleksia perlu melengkapi penggunaan deria-deria utama seperti sentuhan, bunyi serta penglihatan kerana ia akan menjawab semua persoalan yang bersarang dalam fikiran mereka. Kajian menunjukkan pendekatan Multi-Sensory merupakan kaedah yang paling sesuai bagi mengajar pelajar-pelajar disleksia. Pendekatan ini menggabungkan beberapa deria iaitu auditori, visual, orali dan kinestetik. Bagi mengatasi kekeliruan tersebut, blok-blok huruf tersebut akan diletakkan di hadapan mereka dan mereka akan diberi penjelasan tentang perbezaan huruf tersebut. Sebagai contoh, huruf d akan dikenali mereka sebagai huruf a yang mempunyai tangkai di atas sementara huruf g pula mempunyai ekor di bawah. Walau bagaimanapun, penjelasan tersebut perlu didatangkan secara visual dan sentuhan agar mereka benar-benar memahami perbezaan 4
  • 5. huruf-huruf tersebut. Proses pengajaran kanak-kanak disleksia perlu dilakukan secara berperingkat dan tidak terlalu mendadak. Sepertinya, perkataan-perkataan yang diajar perlu dieja mengikut bunyi perkataan itu disebut dan susunan perkataan dalam ayat juga perlu senada agar mereka tidak mengalami kekeliruan. Gambar 2: Seorang guru mengajar pelajar yang bermasalah disleksia mengenal huruf Sumber: Alif Abu Bakar, Pendekatan berbeza didik anak disleksia 3.4 Pendekatan mengeja dengan melakar Antara salah satu cara belajar mereka yang mengalami gangguan disleksia dapat dilihat melalui cara mereka belajar dengan mengeja perkataan-perkataan menggunakan lakaran atau lukisan. Melalui kajian yang dijalankan di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendapati bahawa murid-murid disleksia sering mencari kaedah belajar cara mereka sendiri. Malah, kadangkala daya kreativiti mereka yang tinggi membolehkan mereka membuat pilihan cara mana mereka harus gunakan untuk memudahkan mereka belajar. Pelajar seperti ini mengalami kesukaran untuk membina sukukata, apatah lagi mengeja perkataan. Kekuatan dalam kebolehannya ialah mendengar bunyi huruf. Mereka cekap memilih perkataan bagi huruf awal yang ditentukan. Perkataan-perkataan yang dipilih selalunya terdiri daripada perkataan yang mudah untuk dilukis atau dilakar olehnya. Daripada lakaran gambar-gambar, mereka bijak menafsirkan kepada huruf-huruf awal. Huruf-huruf 5
  • 6. tersebut dicantumkan, maka terbinalah perkataan yang ingin dieja. Penjelasan di atas mungkin dirasakan begitu rumit atau mengelirukan bagi kita, tapi hakikatnya, itulah cara yang digunakan oleh murid ini di peringkat permulaan beliau belajar mengeja, setelah gagal mengeja dengan cara biasa yang digunakan oleh murid-murid lain. Sebagai contoh, cara yang mereka gunakan untuk mengeja “matahari”. Murid ini akan melukis gambar-gambar berdasarkan bunyi huruf-huruf dalam perkataan yang perlu dieja; Mata api tangga api hujan api rambutan ikan (m) (a) (t) (a) (h) (a) (r) (i) Dicantumkan huruf-huruf awal bagi gambar-gambar yang dilukis, maka terbinalah perkataannya, m a t a h a r i. Murid yang mengalami disleksia menggunakan kaedah ini untuk mengeja selama beberapa bulan. Setelah mahir, dengan sendirinya mereka tidak perlu lagi melukis, tetapi telah mampu menulis huruf yang dibunyikan. Akhirnya, mereka menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan. Kunci kejayaan di sini ialah memberi fokus kepada kemajuan jangka pendek dalam sesi latihan dan ini mengekalkan motivasi dan membolehkan murid ini membina cara pembelajarannya sendiri. Akhirnya, mereka boleh mengeja dan membaca seperti mana murid-murid lain, dengan penuh rasa yakin pada diri sendiri. 3.5 Pendekatan objek pembelajaran (learning object, LO) Konsep Objek Pembelajaran atau learning object (LO) dipopularkan oleh Wayne Hodgins pada tahun 1994 (Abtar, 2005). LO merupakan cara terkini serta teknologi masa akan datang dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran (Hodgins, 2000). Menurut Shepherd (2001), LO adalah pemikiran berorientasikan objek yang diaplikasikan kepada dunia pendidikan. LO adalah interaktif serta membenarkan pelajar mempelajari kandungan sehingga peringkat masteri dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam aktiviti kemahiran 6
  • 7. berfikir. Dengan menggunakan internet, LO boleh diaksess pada bila-bila masa sahaja. Repositori objek pembelajaran direkabentuk untuk pelbagai mode aksesibiliti (dimuat-turun, dipindah ke media elektronik yg lain untuk capaian yg lebih mudah, pengguna boleh mencari objek pembelajaran dengan mudah) boleh menyediakan ke arah pembelajaran era baru (Ally, 2006) 3.5.1 Model DIMLOM Disleksia Interaktif Multimedia Learning Object Model (Fadilahwati et al, 2011) ini direka mengikut tiga fasa utama, iaitu sebelum pembangunan, semasa pembangunan, dan selepas pembangunan. Menurut Taylor et al (2007), animasi mampu menyokong kefahaman pelajar jika ia digunakan dengan cara yang konsisten mengikut teori pembelajaran multimedia. Parette (2011) ada menyatakan bahawa animasi mempunyai keupayaan untuk menarik perhatian kepada dimensi kritikal pelajar cacat secara berkesan dan boleh memberikan respon yang benar ke atas sesuatu visual dengan cepat. 1. Sebelum pembangunan Melalui kajian peringkat awal, pengkaji telah membuat kajian gaya pembelajaran kepada lima orang pelajar dan mendapati bahawa kecenderungan untuk gaya pembelajaran visual cukup nyata. Majoriti pelajar didapati mempunyai kecenderungan untuk merujuk kepada gambar (visual) jika diberi sesuatu arahan. Antara pendekatan lain yang boleh diambil kira ialah saranan Dean (1996) yang menyatakan bahawa pendekatan kepada pelajar disleksia boleh dibuat melalui: - Pemecahan kepada topik-topik kecil. - Aktiviti yang membolehkan pelajar tersebut membuat latihan setelah mengulangkaji. - Kerja yang melibatkan rangsangan secara terus 2. Semasa pembangunan Papan cerita dihasilkan dengan mengambil kira ciri-ciri pelajar, gaya pembalajaran dan isi kandungan yang diambil dari silibus pembelajaran. Pandangan pakar seperti Bradford (n.d) juga diambil kira, yang mana teks menggunakan warna cerah dan berlatarbelakangkan warna gelap bagi mengelakkan sensitiviti penglihatan pelajar disleksia. Teknik sebegini juga mampu mengelakkan masalah yang teks yang kelihatan bergerak. Jenis huruf seperti “arial” 7
  • 8. juga sesuai digunakan bagi mengelakkan masalah yang sama. Huruf sebegini mempunyai bentuk yang sederhana dan jelas. Selain daripada teks, penggunaan visual juga diberi penekanan yang amat penting. Visual direka khas untuk memudahkan pemahaman teks, isi kandungan, dan juga konsep pembelajaran. Konsep penceritaan dibuat bagi mendapatkan rangsangan secara terus kepada pelajar disleksia dengan menggunakan karakter murid pandai yang boleh bercakap, suara latar belakang, ikon-ikon gambar yang memberi kefahaman secara terus dan animasi yang menunjukkan proses pendaraban tersebut. Di dalam cerita ini, pelajar digalakkan untuk turut serta membuat persiapan majlis hari jadi, di mana mereka perlu memasukkan dua buah gula- gula ke dalam beg plastik. Kemudian jumlah gula-gula tersebut dikira dan konsep tambah berulang boleh diperkenalkan (Gambar 3). Aktiviti berkonsep penceritaan dimana Amir/karakter utama (menggunakan suara latar) mengajak pengguna untuk membantu menyiapkan beg plastik bagi meraikan harijadinya. Imej yang direka khas sebagai ikon dua biji gula- gula untuk mewakili darab dua. Imej khas lain; Tiga ikon beg platik dalam tiga warna asas (merah, kuning dan biru) untuk mewakili jumlah yang akan di darab. Jumlah gula-gula ditulis dalam bentuk angka berwarna cerah dan berlatarbelakangkan warna gelap bagi memudahkan pelajar disleksia untuk mengenalpasti angka. Animasi yang menunjukkan dua biji gula-gula dimasukkan kedalam setiap beg plastik. Jumlah keseluruhan gula-gula juga dibacakan menggunakan suara latar belakang. Huruf “x” berkelip bagi tujuan memperkenalkan tanda darab. Secara keseluruhan animasi dimainkan untuk muka surat satu dalam jangka masa yang singkat bagi memudahkan proses mengingat. Gambar 3: Skrin animasi untuk pengenalan konsep pendaraban 8
  • 9. Bagi memperkenalkan konsep kiraan melangkau (skip counting), pelajar seterusnya dikehendaki untuk mengira jumlah sepasang kek cawan untuk sembilan orang kawan. Dengan cara bertahap, pelajar dikehendaki menghitung jumlah kawan dahulu, kemudian menghitung dua buah kek cawan tersebut sebanyak sembilan kali, dan membahagikannya kepada kesemua sembilan kawannya (Gambar 4). Animasi angka yang keluar disetiap orang untuk menghitung jumlah kawan. Aktiviti dimana animasi karakter Amir mengajak pengguna untuk membantunya menghitung jumlah kawannya. Mata, mulut dan tangan Amir bergerak mengikut suara latar bagi memperjelas situasi. Animasi karakter Amir yang sentiasa memberi perhatian kerana kemunculannya yang tak disangka-sangka. Teknik ini membantu mengekalkan fokus pelajar. Animasi anak panah yang keluar serentak dengan tulisan “+ 2+ dan angka bagi mempercepat pemahaman konsep kiraan melangkau. Watak kawan-kawan Amir dihidupkan dengan riak wajah yang gembira dan mata yang berkedip. Animasi yang konsisten sebegini mampu mengekalkan fokus pelajar. Animasi angka yang menunjukkan jumlah kek cawan keluar satu persatu mengikut suara latar. Tulisan angka tersebut berlatarbelakangkan warna gelap bagi memudahkan pembacaan. Gambar 4: LO untuk pendaraban Bagi melengkapkan penceritaan secara keseluruhan, kisah majlis hari jadi ini diakhiri dengan aktiviti soalan yang meminta pelajar disleksia untuk menyelesaikan masalah konsep pendaraban dua dengan menggunakan pendekatan yang sama (tambah berulang dan kiraan melangkau). 9
  • 10. 3. Selepas pembangunan Pengkaji menggunakan borang penilaian yang dihasilkan oleh Leeder (2003) dari the Universities’ Collaboration in eLearning. Ia mengandungi 7 item soalan yang dipilih daripada 23 soalan mengikut kesesuaian proses pembangunan animasi. Item dalam tinjauan terdiri daripada dua bahagian iaitu Penggunaan LO dan Nilai Pembelajaran. 1. Penggunaan LO – Fokus kepada persepsi pelajar terhadap betapa mudah dan jelasnya mereka dapat mengikut pengajaran dan aktiviti dalam LO (yang mana disampaikan dengan menggunakan teknik animasi yang telah direka khas) 2. Nilai pembelajaran LO – Merangkumi item yang menunjukkan persepsi pelajar terhadap betapa berkesannya LO (khususnya animasi yang telah direka khas) di dalam membantu mereka belajar dan memahami kandungan yang relevan. Bagi memastikan kesahihan jawapan, pengkaji cuba menanyakan setiap soalan tersebut melalui proses temuduga yang direkodkan ke dalam video dan ditayang semula untuk tujuan pengamatan dan pengesahan jawapan pelajar. Untuk melengkapkan proses analisis, pengkaji mendapatkan pandangan guru untuk mengesahkan sekali lagi ke atas setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar. Keputusan dan Perbincangan Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan di beberapa buah sekolah menunjukkan bahawa pelajar disleksia mempunyai persepsi betapa mudah dan jelasnya mereka dapat mengikuti pengajaran dan aktiviti yang disampaikan menggunakan teknik animasi yang telah direka khas. Mereka memahami imej ikon gula-gula, plastik dan kek cawan sebagai simbol kepada angka yang akan dikira. Dengan memecahkan isi topik kepada pecahan tajuk-tajuk kecil, pelajar-pelajar disleksia boleh membuat kawalan diri untuk memahami konsep samada secara perlahan, berulang kali, dan berinteraksi mengikut cara kawalan masing-masing. Pelajar-pelajar disleksia sememangnya boleh memahami dan membuat aktiviti yang disuruh pada setiap pecahan tajuk kecil tersebut dalam jangka masa yang singkat. Dari segi nilai pembelajaran, adalah penting untuk memahami bahawa pelajar disleksia amat tertarik dengan konsep aktiviti penceritaan yang dianimasikan. Didapati bahawa pelajar turut tertarik kepada pembelajaran yang dikaitkan dengan masalah dunia sebenar. Kajian ini juga membuktikan bahawa majoriti pelajar juga berpendapat bahawa grafik dan animasi adalah menarik dan memudahkan mereka memahami kandungan. Sememangnya pelajar disleksia perlu mendapatkan daya tarikan dan motivasi untuk mengekalkan fokus mereka terhadap bahan pembelajaran. 10
  • 11. 4.0 KESIMPULAN Jelaslah bahawa, pengesanan dan intervensi awal amat penting bagi tujuan membantu kanak- kanak kini berjaya dalam kehidupan mereka.kerjasama dalam memberi fahaman, galakan dan sokongan dari ibubapa dan guru-guru amat perlu bagi membangkitkan motivasi diri dan semangat dalam menempuh pengajaran dan pembelajaran. Akhir kata, sebagai guru, kita perlulah mengakui bahawa kaedah mengajar pelbagai deria dan pelbagai kecerdasan memang berkesan untuk kanak-kanak disleksia ini. Adalah penting untuk merujuk kepada ciri-ciri pelajar disleksia, pemahaman masalah topik pembelajaran secara teliti, dan mengenalpasti kaedah strategi pengajaran seperti yang telah dicadangkan. Pada masa yang akan datang, pengkaji juga harus melihat banyak lagi kemungkinan untuk mengenalpasti lebih banyak unsur-unsur yang memotivasikan pembelajaran mereka. Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia (PDM), Sariah Amin menyatakan bahawa kurangnya pendedahan dan kesedaran dalam kalangan guru serta ibu bapa terhadap disleksia menyebabkan kekeliruan terhadap masalah yang dihadapi golongan disleksia. Secara kasar ia mungkin dilihat sebagai individu buta huruf yang perlu dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas tetapi, sebenarnya mereka memerlukan pendekatan pembelajaran berbeza. (Kosmo Online, 2011) 11
  • 12. 5.0 RUJUKAN Ally, M., Cleveland-Innes, M., Boskic, N., & Larwill, S. (2006) Learner‟s Use of Learning Objects. Journal of Distance Education Revue De L’Education A Distance Fall/Automne 2006, 21(2), 44-5. Amir Awang, 1991. Modifikasi Tingkah Laku dan Terapi. Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim & Yusof Boon, 2006. Psikologi Sosial Alam Remaja, PTS Profesional: Selangor Dean, J (1996). Managing Special Needs in the Primary School. London: Routledge Fadilahwati Abdul Rahman, Fattawi Mokhtar & Ronaldi Saleh Umar, (2010). Usability Testing on Interactive Multimedia Learning Object for Dyslexic Children: Proceeding of 5th International Conference on e-Learning, 12-13 July 2010. Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia Hammond, L & Hughes, P. 1990. When bright kids fail: how to help children overcome specific learning difficulties. Australia: Simon and Schuster. Mohd.Daud Hamzah, 1990. Emosi dalam Pembelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur Parette, H., Hourcade, J. & Blum, C.. (2011). Using Animation in Microsoft PowerPoint to Enhance Engagement and Learning in Young Learners With Developmental Delay. Teaching Exceptional Children, 43(4), 58-67. Taylor,M., Duffy, S., Hughes,G. (2007). The use of animation in higher education teaching to support students with dyslexia. Education and Training, 49(1), pp. 25-35 12
  • 13. Sumber internet Alif Abu Bakar, 2011. Pendekatan berbeza didik anak disleksia, diperoleh pada 12 November 2011 (http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Renca na_Utama&pg=ru_01.htm) Anida bt Abu Bakar, 2008. Mengenali kanak-kanak disleksia, diperoleh pada 12 November 2011 (http://ppdlms.edu.my/pk/?p=1179) Bradford, J. (n.d.). Designing web pages for dyslexic readers, diperoleh pada 10 November 2011, ( http://www.dyslexia-parent.com/mag35.html) Fatin Hafizah Mohd Shahar, 2011. Dunia disleksia, diperoleh pada 14 November 2011. (http://www.bharian.com.my/articles/Duniadisleksia/Article/) Saadiah Ismail, 2011. Bukan penyakit, diperoleh pada 12 November 2011 (http://www.bharian.com.my/articles/Bukanpenyakit/Article/print_html) Shepherd, Clive,(2001). Objects of Interest, diperoleh pada 11 November 2011 (http://www.fastrak-consulting.co.uk/tactix/features/objects/objects.htm) 13