SlideShare a Scribd company logo
1 of 64
 PENGENALAN
 Peti sejuk atau peti ais adalah satu
peralatan elektrik yang kebanyakan setiap
rumah memilikinya. Ia diambil daripada
perkataan ‘sejuk’ yang bermaksud memberi
kesejukan atau menyegarkan makanan dan
minuman yang disimpan di dalamnya.
 Sistem kerjanya adalah dengan menyedut
haba panas dari dalam kabinet, ke luar dan
memberi kedinginan kepada makanan dan
minuman yang tersimpan di dalamnya.
Klik untuk menonton video
 Ia didatangkan di dalam pelbagai bentuk
dan saiz mengikut gaya hidup atau
keperluan pengguna masa kini.
 Ia dikategorikan mengikut jumlah isipadu
muatan yang mampu dimuatkan di dalam
unit liter.
 Antara kegunaan utamanya adalah
menyimpan barangan yang mudah rosak
seperti daging, ikan, sayuran, hasil tenusu
dan lain-lain di dalam tempoh yang
panjang. Suhu yang sesuai untuk
penyimpanan susu adalah 6°C.
liter
 Biasanya terdapat dua jenis peti sejuk
yang utama dan mudah didapati iaitu dari
jenis Pembeku (Freezer) dan jenis bukan
pembeku (non Freezer).
 Peti sejuk jenis pembeku (freezer) akan
membekukan barangan yang disimpan di
dalam kabinetnya, sebagai contoh peti
pembeku ais krim atau ais batu.
Kebiasaannya terdapat di kedai-kedai.
 Manakala peti sejuk bukan pembeku (non
freezer) pula adalah seperti peti sejuk
biasa yang terdapat di rumah kita.
Peti sejuk pembeku
(Freezer)
Peti sejuk bukan pembeku
(Non Freezer)
 Satu lagi contoh peti
sejuk bukan pembeku
iaitu peti sejuk kaca
yang digunakan khusus
untuk menyimpan
aneka minuman dalam
tin, kotak dan juga
minuman dalam botol.
Pintu peti sejuk ini
diperbuat daripada
kaca yang
membolehkan ianya
kelihatan dari luar.
Bagi peti sejuk bukan pembeku (non
freezer) ataupun lebih dikenali peti
sejuk rumah, ianya terbahagi kepada
tiga bahagian iaitu ruang pembeku
(freezer), ruang penyejuk (chiller)
dan ruang penyegar (freshner).
Manakala untuk peti sejuk 4 pintu,
satu lagi ruangan ialah ruang
penyejuk kedua (second chiller).
Suhu dalam kabinet di setiap ruangan peti sejuk
rumah khasnya 3 pintu.
i) Ruang Pembeku = 0°C ~ -15°C
ii) Ruang Penyejuk = 3°C ~ 5°C
iii) Ruang Penyegar = 5°C ~ 7°C
Antara jenis-jenis peti sejuk bukan pembeku.
a. Mini Bar b. Jenis 1 pintu
c. Jenis 2 pintu d. Jenis 3 pintu
Bahagian-bahagian peti sejuk.
Litar pendawaian peti sejuk.
i.Litar pendawaian peti sejuk satu pintu.
ii.Litar pendawaian peti sejuk dua pintu.
Page 31
iii.Litar pendawaian peti sejuk tiga pintu.
KOMPONEN-KOMPONEN PETI SEJUK.
A. Pemampat (Compressor).
Pemampat memainkan peranan
yang amat penting dalam sistem peti
sejuk. Ianya mengepam gas bahan
pendingin ke seluruhan sistem.
Kebiasaannya peti sejuk
menggunakan pemampat dari jenis
salingan tertutup (sealed hermetic).
Gambar pemampat peti sejuk.
Pemampat jenis salingan tertutup.
Rotor
Crankshaft
Stator
Crankcase
Conrod
Piston
Kedudukan ‘Conrod’ dan ‘Piston’
PERGERAKAN PISTON.
B. Pemeluwap (Condenser).
 Pemeluwap berfungsi untuk menyingkirkan haba
yang diserap oleh penyejat dan pemampat.
 Jenis pemeluwap yang banyak digunakan pada
peti sejuk ialah dari jenis penyejuk udara.
 Ketika peti sejuk dihidupkan, pemeluwap akan
terasa panas apabila disentuh.
 Pada peringkat awalnya, pemeluwap ini
diletakkan di belakang peti sejuk, tetapi pada
masa kini, ianya diletakkan di dalam badan peti
sejuk.
 Ini dapat mengurangkan berlakunya karat pada
badan peti sejuk di samping ia menjadikan peti
sejuk lebih menarik.
Jenis pemeluwap di dalam badan peti sejuk.
C. Penyaring (Strainer).
 Penyaring bekerja dengan menapis kotoran
yang terhasil daripada hakisan bahan
pendingin di dalam sistem peti sejuk.
 Serpihan dan kotoran paip seboleh mungkin
tidak masuk ke dalam pemampat dan ianya
disaring oleh penyaring ini.
 Penyaring mesti mampu menyaring kekotoran
yang mungkin akan memasuki sistem seperti
karat, serpihan logam atau tembaga ketika
kerja-kerja mengimpal dilakukan.
Gambarajah penyaring peti sejuk.
Gambar 2.Gambar 1.
D. Tiub Kapilari.
 Peti sejuk tidak menggunakan alat mekanikal sebagai
kawalan aliran bahan pendingin. Ia menggunakan tiub
kapilari atau tiub rerambut.
 Pada dasarnya tiub rerambut adalah satu tiub yang kecil.
Kadar aliran bahan pendinginnya ditentukan oleh
panjang tiub dan garis pusat dalaman lubang.
 Bahan pendingin akan terus mengalir melalui kapilari
apabila pemampat berhenti sehingga tekanan dalam
sistem (sebelah tinggi dan sampingan rendah) berada
pada tekanan yang sama.
 Tiub rerambut biasanya terletak selepas penapis
penyaring, ia kadang-kadang dibentuk ke dalam gegelung
yang ketat di sekitar talian sedutan.
 Dapat diperhatikan bahawa tiub rerambut sebenarnya
melalui dalam talian sedutan penyejat dan dengan itu
menyediakan ciri-ciri pertukaran haba yang
meningkatkan prestasi pemampat.
Tiub Kapilari /
Rerambut
Tiub
rerambut
Penyaring
E. Penyejat (Evaporator).
 Penyejat berfungsi menyerap haba panas daripada
makanan dan minuman yang disimpan di dalam peti
sejuk.
 Penyejat diperbuat daripada bahan logam anti karat
seperti tembaga dan aluminium agar penyerapan habanya
lebih efektif.
 Peti sejuk satu pintu jenis pembeku (freezer) mempunyai
penyejat yang memenuhi seluruh bahagian peti agar
setiap bahagian memiliki suhu yang sama iaitu 0°C.
 Bagi peti sejuk satu pintu non freezer, penyejat
diletakkan di bahagian atas, manakala bahagian lain
akan menerima hembusan sejuk daripada bahagian
penyejat.
 Antara jenis-jenis
penyejat ialah :-
1. Gelung bersirip;
2. “Serpentine
Plate”;
3. Kelompang.
Gambar Penyejat.
1.
2.
3.
Klik pada gambar penyejat.
Penyejat jenis gelung bersirip.
back
Penyejat jenis “Serpentine Plate” /
Lingkaran Plat. back
Penyejat jenis kelompang.
- Penyejat jenis kelompang ini akan
berlubang jika terkena benda tajam ketika
mencungkil bongkah ais yang terbentuk
pada permukaannya.
F. Pelaras suhu (Termostat).
 Termostat juga dikenali sebagai pengawal
suhu. Ia berfungsi untuk mengawal suhu
secara automatik berdasarkan bacaan suhu
pada setiap bahagian peti sejuk.
 Ia adalah umpama suis automatik yang
bekerja berdasarkan pengawalan suhu.
 Jika suhu penyejat sudah mencapai pada suhu
yang dilaraskan pada termostat, ia akan
memutuskan bekalan elektrik ke pemampat.
Gambar termostat.
G. Pengawal masa (Timer).
 Timer dipasang pada peti sejuk tanpa fros yang
berfungsi untuk mengawal arus masuk dari
termostat ke kipas, pemampat dan pemanas.
 Lihat litar pendawaian pada muka surat 12.
 Timer yang biasa digunakan dinamakan ‘defrost
timer’ yang mempunyai 4 terminal.
 Arus timer diperolehi dari termostat yang
berhubung dengan terminal 1 dan 3. Terminal 2
menghubungkan timer dengan fius dan pemanas.
Terminal 4 menghubungkan timer dengan
pemampat dan motor kipas.
 Apabila timer tidak berfungsi, komponen yang
berhubung dengannya akan bermasalah.
Page 12
Bahagian hadapan Bahagian belakang
H. Pemanas (heater).
 Pemanas atau ‘heater’ biasanya dipasang pada peti
sejuk non freezer, 2 pintu dan ke atas.
 Ia berfungsi untuk mencairkan frost yang terbentuk di
penyejat sekali gus mencegah daripada terjadinya
penimbunan frost.
 Pemanas diperbuat daripada kawat pemanas dan
dibungkus dengan vinyl (sejenis plastik).
 Saiz elemen pemanas disesuaikan dengan saiz
penyejat.
 Terdapat 3 jenis pemanas tanpa frost iaitu pemanas
lilit, kaca dan aluminium.
 Pemanas lilit dipasang di sekitar paip penyejuk di
bahagian penyejat manakala pemanas kaca dan
lembaran aluminium dipasang di bahagian bawah
penyejat.
Gambar pemanas / heater.
 Kadaran pemanas :
 220 Volt / 120 Watt.
 Pemanas jenis kaca
Pemanas lilit Pemanas kaca
I. Kipas (Fan).
 Kipas penyejat (evap fan) hanya terdapat pada
peti sejuk 2 pintu dan ke atas.
 Ia berfungsi untuk menghembuskan udara
dingin dari penyejat ke seluruh bahagian peti
sejuk.
 Daun kipas diperbuat daripada bahan plastik
atau aluminium.
 Terdapat dua jenis daun kipas iaitu ‘propeller’
dan ‘blower wheel’.
 Jika pintu peti sejuk dibuka, kipas akan ‘off’.
Begitu juga jika pemanas sedang bekerja, kipas
akan ‘off’.
Gambar kipas.
J. Kapasitor.
 Kapasitor berfungsi untuk
membangkitkan atau memutar motor
elektrik (pemampat / kipas) sehingga
mencapai putaran penuh.
 Kapasitor bekerja sangat singkat sewaktu
menggerakkan pemampat / kipas dan
segera terputus ketika putaran
pemampat / kipas mencapai tahap
maksimum.
Gambar kapasitor.
K. Pelindung Beban Lampau
(Overload Protector).
 Overload Protector atau Pelindung Beban
Lampau merupakan komponen keselamatan
untuk pemampat.
 Alat ini dapat melindungi komponen elektrik
peti sejuk daripada kerosakan akibat arus
yang dihasilkan pemampat melebihi had
normal.
 Jika arus pada pemampat melebihi dari arus
yang sepatutnya, overload akan memutuskan
bekalan yang masuk ke pemampat.
Gambarajah overload.
L. Geganti (Relay).
 Geganti @ relay merupakan suis
automatik untuk menggerakkan motor
pemampat.
 Ia bekerja dengan menyesuaikan
putaran magnet yang dibangkitkan
sehingga dapat menghubungkan atau
memutuskan semula arus elektrik
secara automatik.
Gambar geganti @ relay.
Current RelayPTC Relay
M. Defrost Thermostat
 Termostat defrost jenis suis bi-metalik,
mengawal kenaikan suhu dalam ruang beku
semasa kitaran defrost. Apabila suhu
mencapai tahap yang tertentu, termostat
defrost akan membuka, lalu mematikan arus
elektrik ke elemen pemanasan “heater’’.
 Termostat defrost yang tidak berfungsi akan
menyebabkan ‘’defrost heater’’ terus on
sehingga menyebabkan kerosakan pada
elemen pemanas dan kerosakan yang
lainnya.
Defrost thermostat.
N. Printed Circuit Board PCB
Code: DA41-00010J Samsung PCB
Refrigerator SR-45NM/SR-40NM
Electronic PCB.
 Papan kawalan elektronik adalah "otak" peti sejuk
yang mengawal komponen utama seperti pemampat
dan kipas. Jika papan kawalan elektronik gagal
berfungsi dengan baik, peti sejuk tidak boleh
menyejuk dengan betul.
 Jika komponen atau bahagian lain yang rosak juga
akan menghalang papan kawalan daripada berfungsi,
seperti relay atau overload.
 Satu lagi gejala papan kawalan yang ‘rosak’ ialah
kipas, lampu atau komponen lain tidak akan
berfungsi juga.
Electronic PCB.
Gambar lampiran…
Refrigerated case with bottom and back panels
removed
Open Front Refrigerated Dairy Case
Display /Showcase Refrigeration.
Rujukan…
 Menguasai Kemahiran Memperbaiki Peti Sejuk – Nuri
Hanafi, Synergy Media.
 Appliance Repair Inc., 1997-2011.
 Thomson Delmar Learning, – 2006.
 www.hvactutorial.wordpress.com (Asep Hermawan).
 ACC – Austria GmbH.
 Google – Internet.
 IKBN Bukit Mertajam.
 IKBN Kinarut.
 Peter Masawal.
SELAMAT MAJU JAYA...

More Related Content

What's hot

Teori asas penyaman udara by Muhrif IKBN DT Selangor. Malaysia
Teori asas penyaman udara by Muhrif IKBN DT Selangor. MalaysiaTeori asas penyaman udara by Muhrif IKBN DT Selangor. Malaysia
Teori asas penyaman udara by Muhrif IKBN DT Selangor. MalaysiaMuhrif Maharoff
 
Alat-alat pengujian asas elektrik
Alat-alat pengujian asas elektrikAlat-alat pengujian asas elektrik
Alat-alat pengujian asas elektrikYuseri Bujang
 
Komponen dalam kitar penyejukan asas
Komponen dalam kitar penyejukan asasKomponen dalam kitar penyejukan asas
Komponen dalam kitar penyejukan asasPudin Mahari
 
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udara
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udaraMengesan & mengatasi kerosakan penyaman udara
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udaraSyed Nazmi Syed Omar
 
Pengukuran penyaman udara
Pengukuran penyaman udaraPengukuran penyaman udara
Pengukuran penyaman udaraPudin Mahari
 
Mengecas & Pump Down Penyamanan Udara Domestik
Mengecas & Pump Down Penyamanan Udara DomestikMengecas & Pump Down Penyamanan Udara Domestik
Mengecas & Pump Down Penyamanan Udara DomestikMohd Norazizi
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanYong Shahriah
 
S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note
S3 Lec 2 (Pemeluwap) NoteS3 Lec 2 (Pemeluwap) Note
S3 Lec 2 (Pemeluwap) Noteno suhaila
 
PEMASANGAN PEMANAS AIR
PEMASANGAN PEMANAS AIRPEMASANGAN PEMANAS AIR
PEMASANGAN PEMANAS AIRMohd Norazizi
 
penyelenggaraan
penyelenggaraan penyelenggaraan
penyelenggaraan Jius Musz
 
Pemasangan(penghawa dingin)
Pemasangan(penghawa dingin)Pemasangan(penghawa dingin)
Pemasangan(penghawa dingin)Amit Preve
 
gas bahan pendingin
gas bahan pendingingas bahan pendingin
gas bahan pendinginlekolekobp
 
Pengenalan ppu asas
Pengenalan ppu asasPengenalan ppu asas
Pengenalan ppu asaslaskarsalju
 
Mengatasi masalah peti sejuk rumah..
Mengatasi masalah peti sejuk rumah..Mengatasi masalah peti sejuk rumah..
Mengatasi masalah peti sejuk rumah..Yuseri Bujang
 

What's hot (20)

Teori asas penyaman udara by Muhrif IKBN DT Selangor. Malaysia
Teori asas penyaman udara by Muhrif IKBN DT Selangor. MalaysiaTeori asas penyaman udara by Muhrif IKBN DT Selangor. Malaysia
Teori asas penyaman udara by Muhrif IKBN DT Selangor. Malaysia
 
Sistem Chiller
Sistem ChillerSistem Chiller
Sistem Chiller
 
Alat-alat pengujian asas elektrik
Alat-alat pengujian asas elektrikAlat-alat pengujian asas elektrik
Alat-alat pengujian asas elektrik
 
Komponen dalam kitar penyejukan asas
Komponen dalam kitar penyejukan asasKomponen dalam kitar penyejukan asas
Komponen dalam kitar penyejukan asas
 
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udara
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udaraMengesan & mengatasi kerosakan penyaman udara
Mengesan & mengatasi kerosakan penyaman udara
 
Pengukuran penyaman udara
Pengukuran penyaman udaraPengukuran penyaman udara
Pengukuran penyaman udara
 
Mengecas & Pump Down Penyamanan Udara Domestik
Mengecas & Pump Down Penyamanan Udara DomestikMengecas & Pump Down Penyamanan Udara Domestik
Mengecas & Pump Down Penyamanan Udara Domestik
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
 
S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note
S3 Lec 2 (Pemeluwap) NoteS3 Lec 2 (Pemeluwap) Note
S3 Lec 2 (Pemeluwap) Note
 
PEMASANGAN PEMANAS AIR
PEMASANGAN PEMANAS AIRPEMASANGAN PEMANAS AIR
PEMASANGAN PEMANAS AIR
 
penyelenggaraan
penyelenggaraan penyelenggaraan
penyelenggaraan
 
KOMPONEN KAWALAN MOTOR
KOMPONEN KAWALAN MOTORKOMPONEN KAWALAN MOTOR
KOMPONEN KAWALAN MOTOR
 
Penyentuh dan geganti
Penyentuh dan gegantiPenyentuh dan geganti
Penyentuh dan geganti
 
Pemasangan(penghawa dingin)
Pemasangan(penghawa dingin)Pemasangan(penghawa dingin)
Pemasangan(penghawa dingin)
 
gas bahan pendingin
gas bahan pendingingas bahan pendingin
gas bahan pendingin
 
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrikPemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
Pemeriksaan Dan Pengujian Dalam Pendawaian elektrik
 
Modul 1 pengenalan kepada penyaman udara
Modul 1 pengenalan kepada penyaman udaraModul 1 pengenalan kepada penyaman udara
Modul 1 pengenalan kepada penyaman udara
 
Pengenalan ppu asas
Pengenalan ppu asasPengenalan ppu asas
Pengenalan ppu asas
 
Mengatasi masalah peti sejuk rumah..
Mengatasi masalah peti sejuk rumah..Mengatasi masalah peti sejuk rumah..
Mengatasi masalah peti sejuk rumah..
 
7. uji bateri
7. uji bateri7. uji bateri
7. uji bateri
 

Similar to Mengenali komponen2 peti sejuk domestik YB

MESIN PERALATAN INDUSTRI PANGAN - COOLING (UNIVERSITAS PASUNDAN)
MESIN PERALATAN INDUSTRI PANGAN - COOLING (UNIVERSITAS PASUNDAN)MESIN PERALATAN INDUSTRI PANGAN - COOLING (UNIVERSITAS PASUNDAN)
MESIN PERALATAN INDUSTRI PANGAN - COOLING (UNIVERSITAS PASUNDAN)Wulan Marayani
 
Sistem pendinginan air
Sistem pendinginan airSistem pendinginan air
Sistem pendinginan airAndre Ace
 
Pemahaman tentang sistem refrigerasi
Pemahaman tentang sistem refrigerasiPemahaman tentang sistem refrigerasi
Pemahaman tentang sistem refrigerasifanoja
 
penerapan-hukum-termodinamika-ii-dalam-bidang-farmasi-1
penerapan-hukum-termodinamika-ii-dalam-bidang-farmasi-1penerapan-hukum-termodinamika-ii-dalam-bidang-farmasi-1
penerapan-hukum-termodinamika-ii-dalam-bidang-farmasi-1Ahmad Fitra Ritonga
 
Balai pendidikan dan pelatihan perikanan tegal
Balai pendidikan dan pelatihan perikanan tegalBalai pendidikan dan pelatihan perikanan tegal
Balai pendidikan dan pelatihan perikanan tegalEdi Aswanto
 
Pengenalanhardware Hasnur.
Pengenalanhardware Hasnur.Pengenalanhardware Hasnur.
Pengenalanhardware Hasnur.firdayanti8
 
Pengenalan Hardware Ardi
Pengenalan Hardware ArdiPengenalan Hardware Ardi
Pengenalan Hardware Ardifirdayanti8
 
Pengenalan Hardware Firdayanti
Pengenalan Hardware FirdayantiPengenalan Hardware Firdayanti
Pengenalan Hardware Firdayantifirdayanti8
 
TUGAS THERMODINAMIKA.pptx
TUGAS THERMODINAMIKA.pptxTUGAS THERMODINAMIKA.pptx
TUGAS THERMODINAMIKA.pptxssuser514fc7
 
Sistem pendingin
Sistem pendinginSistem pendingin
Sistem pendinginIndra Indra
 
Sistem Pendingin Kendaraan Ringan.pptx
Sistem Pendingin Kendaraan Ringan.pptxSistem Pendingin Kendaraan Ringan.pptx
Sistem Pendingin Kendaraan Ringan.pptxMarlianaUswerto
 
MESIN PENDINGIN AIR CONDITIIONING (AC)
MESIN PENDINGIN  AIR CONDITIIONING (AC)MESIN PENDINGIN  AIR CONDITIIONING (AC)
MESIN PENDINGIN AIR CONDITIIONING (AC)suyono fis
 
Cara kerja lemari es
Cara kerja lemari esCara kerja lemari es
Cara kerja lemari esFau Fauziah
 
Air blast freezing (ABF)
Air blast freezing (ABF)Air blast freezing (ABF)
Air blast freezing (ABF)Adeyan Alfikri
 
Modul sistem pendinginan
Modul sistem  pendinginanModul sistem  pendinginan
Modul sistem pendinginanArvin Saptyan
 

Similar to Mengenali komponen2 peti sejuk domestik YB (20)

KULKAS
KULKASKULKAS
KULKAS
 
Komponen pendingin.pptx
Komponen pendingin.pptxKomponen pendingin.pptx
Komponen pendingin.pptx
 
MESIN PERALATAN INDUSTRI PANGAN - COOLING (UNIVERSITAS PASUNDAN)
MESIN PERALATAN INDUSTRI PANGAN - COOLING (UNIVERSITAS PASUNDAN)MESIN PERALATAN INDUSTRI PANGAN - COOLING (UNIVERSITAS PASUNDAN)
MESIN PERALATAN INDUSTRI PANGAN - COOLING (UNIVERSITAS PASUNDAN)
 
Sistem pendinginan air
Sistem pendinginan airSistem pendinginan air
Sistem pendinginan air
 
Pemahaman tentang sistem refrigerasi
Pemahaman tentang sistem refrigerasiPemahaman tentang sistem refrigerasi
Pemahaman tentang sistem refrigerasi
 
penerapan-hukum-termodinamika-ii-dalam-bidang-farmasi-1
penerapan-hukum-termodinamika-ii-dalam-bidang-farmasi-1penerapan-hukum-termodinamika-ii-dalam-bidang-farmasi-1
penerapan-hukum-termodinamika-ii-dalam-bidang-farmasi-1
 
Balai pendidikan dan pelatihan perikanan tegal
Balai pendidikan dan pelatihan perikanan tegalBalai pendidikan dan pelatihan perikanan tegal
Balai pendidikan dan pelatihan perikanan tegal
 
Pengenalanhardware Hasnur.
Pengenalanhardware Hasnur.Pengenalanhardware Hasnur.
Pengenalanhardware Hasnur.
 
Sistem Pendingin
Sistem PendinginSistem Pendingin
Sistem Pendingin
 
Pengenalan Hardware Ardi
Pengenalan Hardware ArdiPengenalan Hardware Ardi
Pengenalan Hardware Ardi
 
Pengenalan Hardware Firdayanti
Pengenalan Hardware FirdayantiPengenalan Hardware Firdayanti
Pengenalan Hardware Firdayanti
 
TUGAS THERMODINAMIKA.pptx
TUGAS THERMODINAMIKA.pptxTUGAS THERMODINAMIKA.pptx
TUGAS THERMODINAMIKA.pptx
 
Sistem pendingin
Sistem pendinginSistem pendingin
Sistem pendingin
 
Sistem Pendingin Kendaraan Ringan.pptx
Sistem Pendingin Kendaraan Ringan.pptxSistem Pendingin Kendaraan Ringan.pptx
Sistem Pendingin Kendaraan Ringan.pptx
 
MESIN PENDINGIN AIR CONDITIIONING (AC)
MESIN PENDINGIN  AIR CONDITIIONING (AC)MESIN PENDINGIN  AIR CONDITIIONING (AC)
MESIN PENDINGIN AIR CONDITIIONING (AC)
 
Cara kerja lemari es
Cara kerja lemari esCara kerja lemari es
Cara kerja lemari es
 
Air blast freezing (ABF)
Air blast freezing (ABF)Air blast freezing (ABF)
Air blast freezing (ABF)
 
Heat exchanger
Heat exchangerHeat exchanger
Heat exchanger
 
Modul sistem pendinginan
Modul sistem  pendinginanModul sistem  pendinginan
Modul sistem pendinginan
 
SISTEM_PENDINGIN_FULL.pptx
SISTEM_PENDINGIN_FULL.pptxSISTEM_PENDINGIN_FULL.pptx
SISTEM_PENDINGIN_FULL.pptx
 

Recently uploaded

POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)PUNGKYBUDIPANGESTU1
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...Kanaidi ken
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptxSirlyPutri1
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 

Recently uploaded (20)

POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 

Mengenali komponen2 peti sejuk domestik YB

  • 1.
  • 2.  PENGENALAN  Peti sejuk atau peti ais adalah satu peralatan elektrik yang kebanyakan setiap rumah memilikinya. Ia diambil daripada perkataan ‘sejuk’ yang bermaksud memberi kesejukan atau menyegarkan makanan dan minuman yang disimpan di dalamnya.  Sistem kerjanya adalah dengan menyedut haba panas dari dalam kabinet, ke luar dan memberi kedinginan kepada makanan dan minuman yang tersimpan di dalamnya. Klik untuk menonton video
  • 3.  Ia didatangkan di dalam pelbagai bentuk dan saiz mengikut gaya hidup atau keperluan pengguna masa kini.  Ia dikategorikan mengikut jumlah isipadu muatan yang mampu dimuatkan di dalam unit liter.  Antara kegunaan utamanya adalah menyimpan barangan yang mudah rosak seperti daging, ikan, sayuran, hasil tenusu dan lain-lain di dalam tempoh yang panjang. Suhu yang sesuai untuk penyimpanan susu adalah 6°C. liter
  • 4.  Biasanya terdapat dua jenis peti sejuk yang utama dan mudah didapati iaitu dari jenis Pembeku (Freezer) dan jenis bukan pembeku (non Freezer).  Peti sejuk jenis pembeku (freezer) akan membekukan barangan yang disimpan di dalam kabinetnya, sebagai contoh peti pembeku ais krim atau ais batu. Kebiasaannya terdapat di kedai-kedai.  Manakala peti sejuk bukan pembeku (non freezer) pula adalah seperti peti sejuk biasa yang terdapat di rumah kita.
  • 5. Peti sejuk pembeku (Freezer) Peti sejuk bukan pembeku (Non Freezer)
  • 6.  Satu lagi contoh peti sejuk bukan pembeku iaitu peti sejuk kaca yang digunakan khusus untuk menyimpan aneka minuman dalam tin, kotak dan juga minuman dalam botol. Pintu peti sejuk ini diperbuat daripada kaca yang membolehkan ianya kelihatan dari luar.
  • 7. Bagi peti sejuk bukan pembeku (non freezer) ataupun lebih dikenali peti sejuk rumah, ianya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ruang pembeku (freezer), ruang penyejuk (chiller) dan ruang penyegar (freshner). Manakala untuk peti sejuk 4 pintu, satu lagi ruangan ialah ruang penyejuk kedua (second chiller).
  • 8. Suhu dalam kabinet di setiap ruangan peti sejuk rumah khasnya 3 pintu. i) Ruang Pembeku = 0°C ~ -15°C ii) Ruang Penyejuk = 3°C ~ 5°C iii) Ruang Penyegar = 5°C ~ 7°C
  • 9. Antara jenis-jenis peti sejuk bukan pembeku. a. Mini Bar b. Jenis 1 pintu c. Jenis 2 pintu d. Jenis 3 pintu
  • 11. Litar pendawaian peti sejuk. i.Litar pendawaian peti sejuk satu pintu.
  • 12. ii.Litar pendawaian peti sejuk dua pintu. Page 31
  • 13. iii.Litar pendawaian peti sejuk tiga pintu.
  • 15. A. Pemampat (Compressor). Pemampat memainkan peranan yang amat penting dalam sistem peti sejuk. Ianya mengepam gas bahan pendingin ke seluruhan sistem. Kebiasaannya peti sejuk menggunakan pemampat dari jenis salingan tertutup (sealed hermetic).
  • 16. Gambar pemampat peti sejuk. Pemampat jenis salingan tertutup.
  • 17.
  • 18.
  • 23.  Pemeluwap berfungsi untuk menyingkirkan haba yang diserap oleh penyejat dan pemampat.  Jenis pemeluwap yang banyak digunakan pada peti sejuk ialah dari jenis penyejuk udara.  Ketika peti sejuk dihidupkan, pemeluwap akan terasa panas apabila disentuh.  Pada peringkat awalnya, pemeluwap ini diletakkan di belakang peti sejuk, tetapi pada masa kini, ianya diletakkan di dalam badan peti sejuk.  Ini dapat mengurangkan berlakunya karat pada badan peti sejuk di samping ia menjadikan peti sejuk lebih menarik.
  • 24. Jenis pemeluwap di dalam badan peti sejuk.
  • 25. C. Penyaring (Strainer).  Penyaring bekerja dengan menapis kotoran yang terhasil daripada hakisan bahan pendingin di dalam sistem peti sejuk.  Serpihan dan kotoran paip seboleh mungkin tidak masuk ke dalam pemampat dan ianya disaring oleh penyaring ini.  Penyaring mesti mampu menyaring kekotoran yang mungkin akan memasuki sistem seperti karat, serpihan logam atau tembaga ketika kerja-kerja mengimpal dilakukan.
  • 26. Gambarajah penyaring peti sejuk. Gambar 2.Gambar 1.
  • 27. D. Tiub Kapilari.  Peti sejuk tidak menggunakan alat mekanikal sebagai kawalan aliran bahan pendingin. Ia menggunakan tiub kapilari atau tiub rerambut.  Pada dasarnya tiub rerambut adalah satu tiub yang kecil. Kadar aliran bahan pendinginnya ditentukan oleh panjang tiub dan garis pusat dalaman lubang.  Bahan pendingin akan terus mengalir melalui kapilari apabila pemampat berhenti sehingga tekanan dalam sistem (sebelah tinggi dan sampingan rendah) berada pada tekanan yang sama.  Tiub rerambut biasanya terletak selepas penapis penyaring, ia kadang-kadang dibentuk ke dalam gegelung yang ketat di sekitar talian sedutan.  Dapat diperhatikan bahawa tiub rerambut sebenarnya melalui dalam talian sedutan penyejat dan dengan itu menyediakan ciri-ciri pertukaran haba yang meningkatkan prestasi pemampat.
  • 30. E. Penyejat (Evaporator).  Penyejat berfungsi menyerap haba panas daripada makanan dan minuman yang disimpan di dalam peti sejuk.  Penyejat diperbuat daripada bahan logam anti karat seperti tembaga dan aluminium agar penyerapan habanya lebih efektif.  Peti sejuk satu pintu jenis pembeku (freezer) mempunyai penyejat yang memenuhi seluruh bahagian peti agar setiap bahagian memiliki suhu yang sama iaitu 0°C.  Bagi peti sejuk satu pintu non freezer, penyejat diletakkan di bahagian atas, manakala bahagian lain akan menerima hembusan sejuk daripada bahagian penyejat.
  • 31.  Antara jenis-jenis penyejat ialah :- 1. Gelung bersirip; 2. “Serpentine Plate”; 3. Kelompang. Gambar Penyejat. 1. 2. 3. Klik pada gambar penyejat.
  • 32. Penyejat jenis gelung bersirip. back
  • 33.
  • 34. Penyejat jenis “Serpentine Plate” / Lingkaran Plat. back
  • 35.
  • 37. - Penyejat jenis kelompang ini akan berlubang jika terkena benda tajam ketika mencungkil bongkah ais yang terbentuk pada permukaannya.
  • 38. F. Pelaras suhu (Termostat).  Termostat juga dikenali sebagai pengawal suhu. Ia berfungsi untuk mengawal suhu secara automatik berdasarkan bacaan suhu pada setiap bahagian peti sejuk.  Ia adalah umpama suis automatik yang bekerja berdasarkan pengawalan suhu.  Jika suhu penyejat sudah mencapai pada suhu yang dilaraskan pada termostat, ia akan memutuskan bekalan elektrik ke pemampat.
  • 40. G. Pengawal masa (Timer).  Timer dipasang pada peti sejuk tanpa fros yang berfungsi untuk mengawal arus masuk dari termostat ke kipas, pemampat dan pemanas.  Lihat litar pendawaian pada muka surat 12.  Timer yang biasa digunakan dinamakan ‘defrost timer’ yang mempunyai 4 terminal.  Arus timer diperolehi dari termostat yang berhubung dengan terminal 1 dan 3. Terminal 2 menghubungkan timer dengan fius dan pemanas. Terminal 4 menghubungkan timer dengan pemampat dan motor kipas.  Apabila timer tidak berfungsi, komponen yang berhubung dengannya akan bermasalah. Page 12
  • 41.
  • 43. H. Pemanas (heater).  Pemanas atau ‘heater’ biasanya dipasang pada peti sejuk non freezer, 2 pintu dan ke atas.  Ia berfungsi untuk mencairkan frost yang terbentuk di penyejat sekali gus mencegah daripada terjadinya penimbunan frost.  Pemanas diperbuat daripada kawat pemanas dan dibungkus dengan vinyl (sejenis plastik).  Saiz elemen pemanas disesuaikan dengan saiz penyejat.  Terdapat 3 jenis pemanas tanpa frost iaitu pemanas lilit, kaca dan aluminium.  Pemanas lilit dipasang di sekitar paip penyejuk di bahagian penyejat manakala pemanas kaca dan lembaran aluminium dipasang di bahagian bawah penyejat.
  • 44. Gambar pemanas / heater.  Kadaran pemanas :  220 Volt / 120 Watt.  Pemanas jenis kaca Pemanas lilit Pemanas kaca
  • 45. I. Kipas (Fan).  Kipas penyejat (evap fan) hanya terdapat pada peti sejuk 2 pintu dan ke atas.  Ia berfungsi untuk menghembuskan udara dingin dari penyejat ke seluruh bahagian peti sejuk.  Daun kipas diperbuat daripada bahan plastik atau aluminium.  Terdapat dua jenis daun kipas iaitu ‘propeller’ dan ‘blower wheel’.  Jika pintu peti sejuk dibuka, kipas akan ‘off’. Begitu juga jika pemanas sedang bekerja, kipas akan ‘off’.
  • 47. J. Kapasitor.  Kapasitor berfungsi untuk membangkitkan atau memutar motor elektrik (pemampat / kipas) sehingga mencapai putaran penuh.  Kapasitor bekerja sangat singkat sewaktu menggerakkan pemampat / kipas dan segera terputus ketika putaran pemampat / kipas mencapai tahap maksimum.
  • 49. K. Pelindung Beban Lampau (Overload Protector).  Overload Protector atau Pelindung Beban Lampau merupakan komponen keselamatan untuk pemampat.  Alat ini dapat melindungi komponen elektrik peti sejuk daripada kerosakan akibat arus yang dihasilkan pemampat melebihi had normal.  Jika arus pada pemampat melebihi dari arus yang sepatutnya, overload akan memutuskan bekalan yang masuk ke pemampat.
  • 51. L. Geganti (Relay).  Geganti @ relay merupakan suis automatik untuk menggerakkan motor pemampat.  Ia bekerja dengan menyesuaikan putaran magnet yang dibangkitkan sehingga dapat menghubungkan atau memutuskan semula arus elektrik secara automatik.
  • 52. Gambar geganti @ relay. Current RelayPTC Relay
  • 53. M. Defrost Thermostat  Termostat defrost jenis suis bi-metalik, mengawal kenaikan suhu dalam ruang beku semasa kitaran defrost. Apabila suhu mencapai tahap yang tertentu, termostat defrost akan membuka, lalu mematikan arus elektrik ke elemen pemanasan “heater’’.  Termostat defrost yang tidak berfungsi akan menyebabkan ‘’defrost heater’’ terus on sehingga menyebabkan kerosakan pada elemen pemanas dan kerosakan yang lainnya.
  • 55. N. Printed Circuit Board PCB Code: DA41-00010J Samsung PCB Refrigerator SR-45NM/SR-40NM
  • 56. Electronic PCB.  Papan kawalan elektronik adalah "otak" peti sejuk yang mengawal komponen utama seperti pemampat dan kipas. Jika papan kawalan elektronik gagal berfungsi dengan baik, peti sejuk tidak boleh menyejuk dengan betul.  Jika komponen atau bahagian lain yang rosak juga akan menghalang papan kawalan daripada berfungsi, seperti relay atau overload.  Satu lagi gejala papan kawalan yang ‘rosak’ ialah kipas, lampu atau komponen lain tidak akan berfungsi juga.
  • 58.
  • 59. Gambar lampiran… Refrigerated case with bottom and back panels removed
  • 62.
  • 63. Rujukan…  Menguasai Kemahiran Memperbaiki Peti Sejuk – Nuri Hanafi, Synergy Media.  Appliance Repair Inc., 1997-2011.  Thomson Delmar Learning, – 2006.  www.hvactutorial.wordpress.com (Asep Hermawan).  ACC – Austria GmbH.  Google – Internet.  IKBN Bukit Mertajam.  IKBN Kinarut.  Peter Masawal.