SlideShare a Scribd company logo
1 of 65
BSS 3022
KARYA AGUNG MELAYU
ANALISIS KARYA TRADISIONAL
(HIKAYAT RAJA PASAI)
MOHD AMIRUL ASRI BIN ZAHARUDDIN D20121061137
NOR AYUMI BINTI MD LAZIM D20131063272
JULIANA AZRENA BINTI BAHARUDDIN D20131063263
NURLIYANA BINTI AHAMAD DORMAD D20131063358
NURRUL WAHIDAH BINTI HAMID D20131063268
PENGENALAN
 Hikayat Raja Pasai seperti yang diketahui tergolong dalam genre
sejarah yang banyak menceritakan tentang kisah Raja Pasai yang telah
memeluk agama Islam.
 Ia meliputi kisah pembukaan negeri, corak pentadbiran, politik, sosial
sejak dari kewujudan, perkembangan, zaman keemasan, kekalahan
hinggalah zaman keruntuhannya.
 Sebagai sebuah hikayat teks lama, sudah pasti bahawa penulisannya
telah mendapat tokok tambah daripada generasi ke generasi.
 Ia bertujuan untuk memperindahkan lagi erta mampu menarik
perhatian para pembaca untuk membaca.
PEMIKIRAN DALAM
HIKAYAT RAJA PASAI
PEMIKIRAN
 Mohd Rashid Md. Idris et al. (2016: 69),
mendefinisikan pemikiran sebagai subjek
yang dibawakan oleh pengarang. Bermula
daripada idea dan pengalaman dimantapkan
bersama-sama dengan imaginasi dan
kreativiti untuk dijelmakan menjadi persoalan
dan tema karya. Tambahnya lagi, daripada
situlah ia dikembangkan untuk menyampaikan
mesej dan tujuan yang membentuk pemikiran
dan idealisme pengarang.
1. Kedatangan Islam
 Penceritaan di dalam Hikayat Raja Pasai dimulakan
dengan menceritakan bahawa negeri Pasai
merupakan negeri pertama yang rajanya memasuki
agama Islam. Berikut merupakan contoh petikan
yang menggambarkan kemunculan agama Islam di
Pasai:
 “Al kisah peri mengatakan ceritera raja yang
pertama masuk agama Islam ini Pasai; maka ada
diceritakan oleh orang yang empunya ceritera ini,
negeri yang dibawah angin ini, Pasailah yang
pertama membawa iman akan Allah dan akan
Rasulullah.”
2. Asal-usul atau Susur Galur Keturunan Raja Pasai
 Pengarang cuba mengembangkan jurai keturunan atau susur
galur Raja Pasai ini dengan memulakan cerita tentang dua
orang bersaudara iaitu Raja Muhammad dan Raja Ahmad
yang seterusnya menyatukan kedua anak mereka. Puteri Raja
Muhammad dinikahkan dengan putera Raja Ahmad dan dari
sinilah bermulanya perkembangan dalam jurai keturunan Raja
Pasai tersebut. Petikan dibawah menunjukkan cara jurai
keturunan raja Pasai ini bermula dan dikembangkan:
 “Maka ada raja dua bersaudara seorang namanya Raja
Ahmad dan seorang namanya Raja Muhammad. Adapun yang
tua Raja Ahmad. Maka baginda kedua bersaudara itu hendak
berbuat negeri di Samalanga.”
(1997: 1)
 “Maka didudukkannyalah Merah Gajah itu dengan Puteri
Betung. Maka berbesanlah ia kedua bersaudara sentiasa ia
dalam kesukaannya.”
(1997: 4)
3. Sejarah Pembukaan Negeri
Samudera
 Diceritakan bahawa sewaktu Merah Silau pergi berburu bersama
anjingnya Si Pasai di sebuah hutan dilihatnya seekor semut yang
besarnya seperti kucing. Lantaran itu, Merah Silau menangkapnya
dan memakannya. Kemudian, diarahkan orang untuk membersihkan
kawasan tersebut dan dibina istana. Merah Silau kemudian
menamakan tempat itu dengan nama Samudera yang bererti semut
yang amat besar.
(1997: 15)
Pasai
 Peristiwa bermula ketika Sultan Malikul Saleh pergi berburu di tepi
laut dengan membawa seekor anjingnya bernama Si Pasai. Sewaktu
sampai, Sultan Malikul Saleh melepaskan anjingnya tersebut lalu, ia
berlari masuk kedalam hutan berdekatan. Anjing tersebut
kemudiannya bertemu dengan seekor pelanduk yang gagah. Apabila
anjing tersebut menyalak, pelanduk tersebut membalasnya
menyebabkan anjing tersebut takut. Melihat kejadian tersebut,
Sultan Malikul Saleh cuba menangkap pelanduk tersebut tetapi
gagal. Seterusnya beliau mengarahkan orangnya membersihkan
kawasan tersebut dan dibina istana dengan menamakan tempat
tersebut sempena nama anjing perliharaannya itu iaitu Pasai setelah
kematian Si Pasai.
4. Kezaliman pemerintah
 Dalam karya Hikayat Raja Pasai, kezaliman pemerintah
dapat dilihat melalui watak Sultan Ahmad Perumudal
Perumal yang kejam sehingga sanggup membunuh anak
kandungnya sendiri iaitu Tun Beraim Bapa, Tun Abdul
Jalil, Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara disebabkan
hasad dengki dan juga ingin mengahwini anak
perempuannya.
(1997: 48)
5. Kesetiaan Dan Ketaatan Golongan Bawahan Terhadap
Pemerintah
 Mesej ini disampaikan oleh pengarang melalui watak Tun Beraim
Bapa dan juga Sayid Semayamuddin. Tun Beraim Bapa begitu
setia dan patuh terhadap bapanya iaitu Sultan Ahmad Perumudal
Perumal sehingga sanggup memakan makanan yang berisi racun
yang dikirim baginda meskipun mengetahui perihal tersebut kerana
takut digelar derhaka.
(1997: 48)
 Sayid Semayamuddin pula merupakan menteri atau orang bawahan
Sultan Malikul Mansur. Beliau dibunuh dengan dipenggal kepalanya
dan diceraikan daripada badan oleh Sultan Malikul Mahmud. Hal ini
demikian kerana, beliau lebih rela mati daripada berpisah dengan
Sultan Malikul Salih setelah diberi pilihan oleh Sultan Malikul
Mahmud untuk bersamanya atau tidak.
(1997:27)
ESTETIKA
 Estetika atau keindahan adalah suatu sifat dan ciri sastera yang terpenting.
 Dalam seni sastera, keindahan berkait rapat dengan struktur karya, olahan
yang memberi kesan kepada pengalaman, perasaan pemikiran, imaginasi dan
wawasan. Estetika juga merujuk kepada aspek kekuatan karya.
 Dapatlah dinyatakan bahawa estetika ialah rasa keindahan, keseronokan,
kegembiraan yang merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta
penikmatan yang mempersonakan atau penglihatan yang memukau, yang cepat
menawan perasaan yang terpahat dalam pemikiran.
GAYA BAHASA
Gaya bahasa bermaksud :
cara atau ragam bahasa itu di pakai,
khususnya dalam tulisan atau karangan.
Gaya bahasa juga dimaksudkan dan dirujukkan
kepada gaya seseorang penulis menggunakan
bahasa.
1.ANAFORA
Anafora adalah sejenis gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan
perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang
biasanya secara berturutan supaya memperoleh kesan tertentu waima
dalam puisi tradisional, puisi moden sama ada kreatif atau bukan
kreatif.
Contoh pengulangan perkataan pertama dalam karya ‘Hikayat Raja
Pasai’ ialah :
Maka apabila mereka itu kembali, maka diberinya mereka itu seorang
seekor kerbau, maka sukacitalah segala orang yang datang itu yang
bermain dengan Merah Silau itu.
2.EPISTROP
sejenis pengulangan kata-kata yang sama atau kumpulan
yang sama pada akhir klausa yang berturutan. Pengulangan ini
memberikan rima pada ayat dan memberikan penekanan yang
khusus pada elemen yang diulang. Contoh : Hikayat Raja Pasai
Maka duduk ia di balai panjang penuh dengan balai itu, dan
duduk ia di jambar panjang, sarat sejambar panjang, serta
menguraikan rambutnya dan berjuntai mengayun-ngayun
kakinya.
3.ALITERASI
Aliterasi ialah sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi konsonan yang
sama pada awal kata dan yang berturutan waima dalam puisi
tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa moden, waima kreatif
atau bukan kreatif.
Contoh :
...emas berpermata bersirat berambukan mutiara dan berkamar berkelit
bau...
4. ASONANSI
Asonansi ialah sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi vokal yang sama
pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan
supaya memperoleh kesan tertentu waima dalam puisi tradisional, puisi
moden, prosa tradisional, prosa moden sama ada kreatif atau bukan
kreatif . Contoh :
Setelah hari pun sianglah, maka Tun Beraim Bapa pun bersabda kepada
bendaharinya...
5.HIPERBOLA
Hiperbola atau superlatio bermaksud menyatakan sesuatu dengan cara
berlebih-lebihan. Anton Moeliono (1989) berpendapat hiperbola
sebagai ungkapan yang melebih-lebihkan sama ada dari segi
jumlahnya, ukurannya atau sifatnya.
Contoh :
‘’Bahawa ada sepeninggalanku wafat itu, ada sebuah negeri di bawah
angin, Samudera namanya...’’
6. PARADOKS
Paradoks ialah gaya bahasa yang mengandungi pertentangan yang
nyata dengan fakta-fakta yang ada tetapi kenyataanya mengandungi
kebenaran dengan pendapat umum atau realiti.
Contoh :
Suatu musuh pun tiada ada, melainkan Tun Beraim Bapa bermain-
main bersenda bergurau dengan hulubalangnya...
7.ANASTROP
Anastrop adalah susunan kata yang lazim. Fungsi utamanya ialah
untuk memberikan penekanan. Takrifan anastrop menurut Umar Junus
(1989) merujuk kepada pembalikkan susunan ayat dengan tujuan
supaya frasa yang diletakkan pada awal lebih penting daripada frasa
yang di belakang. Contoh :
... banyaklah mati dan luka sebab beramuk-amukan sama sendirinya
dan berbunuh-bunuhan mereka itu...
8.DISFENISME
Disfemisme ialah kebalikan daripada eufemisme. Disfemisme memilih
bentuk kata atau ragam bahasa daripada yang lembut kepada yang
kasar. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu lama kata-kata kasar
selalunya bertujuan untuk bergurau dan berjenaka.
Contoh :
‘’Wah, tuanku paduka anakanda Merah Gajah itu telah matilah dibunuh
oleh mertuanya.’’
9.POLISIDENTON
Penggunaan kata hubung yang melebihi daripada jumlah yang lazim
digunakan menurut rumus tatabahasa. Contoh :
... beberapa daripada emas dan perak dan rial dan senjata dan pelbagai
warna kain dan urung dan lilin dan sarang burung...
10. SIMILE
Simile ialah perumpamaan. Simile merupakan perbandingan terus iaitu
membandingkan dua hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi
dengan sengaja kita mengganggapnya sama.
Contoh :
‘’...Maka kerbau itu pun seperti singa mencari lawannya...’’
KEPENGARANGAN
 Secara umumnya, teknik kepengarangan meliputi satu kaedah atau cara seseorang
penulis atau pengarang menggarap jalan cerita sesebuah karya yang dihasilkan.
 Hal ini kerana, teknik yang digunakan untuk menggarap sesebuah cerita dalam
sesebuah karya dilihat penting kerana melalui teknik tersebut penulis dapat
menyampaikan sesuatu pemikiran secara berkesan dan tertib.
 Selain itu, teknik kepengarangan ini merupakan sinonim kepada teknik
penceritaan yang lazimnya berkait rapat dengan penggunaan dialog, gaya bahasa,
monolog, monolog dalaman, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya.
TEKNIK DIALOG
 Dialog ialah perbualan antara watak dalam sesebuah cerita, drama, atau novel
(Nik Hassan Basri,2007).
 Dialog antara Raja Ahmad dengan seorang tua di dalam surau akan diulang
oleh Raja Ahmad dengan isterinya sebaik saja Raja Ahmad kembali ke istana
seperti dalam petikan berikut:
 Maka hamba ceriterakan kepadanya akan hal saudara hamba mendapat puteri
dalam rebung betung itu
 (1). Maka ujar orang tuha itu, “Jikalau tuan hendak akan anak, baiklah beri
hamba tunjukkan dia akan tuan. Nantilah tuan hamba di sini barang sesaat (2)”
 Dalam Hikayat Raja Pasai, terdapat banyak watak-watak sultan atau raja.
Dalam masyarakat Melayu, kita mempercayai bahawa raja memiliki kesaktian dan
berdaulat. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa ;
 “Di tengah rimba itu terdapat serumpun buluh betung yang terlalu rimbun.
Sekalian rakyat menebas dan menebang pohon buluh itu. Akan tetapi, sebaik
ditebas, buluh itu akan kembali tumbuh semula. Kemudian Raja Muhammad
sendiri yang menebas buluh betung itu dan habis semua buluh betung itu ditebang
oleh baginda”
(Hikayat Raja Pasai,2004)
 Melalui petikan ini, pengarang seolah-olah cuba untuk menyerlahkan
kesaktian dan kedaulatan Raja Muhammad. Hal ini kerana Raja Muhammad
sahaja yang mampu menebas pohon buluh tersebut sehingga habis ditebang
sementara rakyatnya tidak mampu untuk menghabiskan pekerjaan tersebut
disebabkan pohon buluh yang berulang kembali tumbuh selepas ditebang
 Hal ini seterusnya menunjukkan kesaktian Raja Muhammad.
 “Sultan mendengar suara itu, maka baginda mengambil air sembahyang lalu
sembahyang dua rakaat serta salam. Belum pun selesai baginda memberi salam,
maka datanglah wa’du’llah atas baginda diambil malaikatul maut nyawa baginda
lalu ia kembalilah ke rahmatullah. Menurut suatu cerita, baginda mati semasa
sedang sujud. Segala manusia hairan melihat baginda.”
(Hikayat Raja Pasai, 2004)
 Dalam peristiwa ini, pengarang cuba menonjolkan keperibadian Sultan
Maliku’l-Mansur yang merupakan seorang raja yang istimewa dan insan terpilih
kerana baginda tahu ajalnya sudah dekat dan sempat sembahyang dua rakaat
terlebih dahulu.
 Keistimewaan sultan ini diperkukuhkan lagi apabila pengarang mengaitkan
satu cerita lain bahawa baginda telah mangkat semasa sedang sujud.
Karya kesusasteraan Melayu ‘Hikayat Raja Pasai’ ini merupakan sebuah
karya klasik yang kaya dengan pelbagai unsur sejarah yang boleh
dijadikan tauladan untuk kehidupan masyarakat masa kini. Walaupun,
jalan penceritaannya banyak berkisar kepada kehidupan golongan raja
atau sultan.
Namun, masih terdapat pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan
tauladan dalam kehidupan kita. Antara pengajaran positif yang terdapat
dalam hikayat ini ialah sikap gigih dan kebijaksanaan manusia dalam
membina sesebuah empayar atau negeri seperti yang dilakukan oleh
Sultan Malikul Saleh.
Selain itu, kesedaran sultan menerima agama suci Islam telah mengubah
bukan sahaja cara hidup baginda tetapi juga seluruh masyarakat di dalam
negerinya.
Di samping itu, terdapat juga pelbagai pengajaran negatif yang perlu kita
hindari. Antaranya ialah kita haruslah berfikir dahulu kesan yang bakal
diterima daripada sesuatu tindakan kita
NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN
HIDUP
KONSEP BUDAYA
 Budaya berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu buddayah yang
merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi yang bermaksud budi pekerti
atau akal.
 Budaya merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu
pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan,
penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah
masyarakat.
 Oleh itu, budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, adat resam,
tatasusila dan kebolehan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota
masyarakat.
NILAI BUDAYA DALAM HIKAYAT RAJA PASAI
 NILAI HORMAT MENGHORMATI
-Nilai hormat menghormati dalam Hikayat Raja Pasai dapat dilihat melalui
contoh petikan :
- …“Setelah baginda sampai lalu masuk ke dalam rumah adinda itu, maka
adinda
pun memberi hormat kepada kakanda itu berpesilakan duduk.Maka
baginda pun duduk duduklah dua laki isteri dan adinda pun duduklah
mengadap dua laki isteri.”…
(Hikayat Raja Pasai, 1997: 2)
-Melalui petikan di atas, pengarang menceritakan tentang rasa hormat yang
ditunjukkan oleh Raja Muhammad kepada kakandanya iaitu Raja Ahmad.
Daripada petikan itu jelas menunjukkan perlakuan Raja Muhammad iaitu
memberi tunduk hormat kepada kakandanya Raja Ahmad meskipun kedua-
duanya adalah raja kepada kerajaan masing-masing.
 BUDAYA TIDAK BERPUTUS ASA
-Budaya tidak berputus asa muncul pada satu bahagian dalam
Hikayat Raja Pasai yang menceritakan kegigihan dan kepayahan
Merah Silu membina kerjayanya sendiri.
-Merah Hasum telah menggunakan tipu helah untuk menghalau
Merah Silu dari tanah jajahan Merah Hasum, sebagai akibatnya,
Merah Silu terpaksa merantau ke tempat-tempat lain untuk mencari
kawasan baharu untuk didiaminya. Dalam perjalanan Merah Silu
inilah yang menunjukkan budaya tidak berputus asa ditonjolkan
iaitu Merah Silu terpaksa menghadapi pelbagai dugaan untuk
mencari kediaman baharu.
 BUDAYA MENTAATI RAJA
-Budaya taat setia ini dapat dilihat daripada janji yang dilontarkan
oleh kedua menteri iaitu Sayid Semayamudin dan Sayid Ali
Ghiatuddin untuk terus menghambakan diri bagi keturunan Sultan
Malikul Saleh iaitu Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul
Mansur sepertimana yang telah dipinta sendiri oleh Shah Alam.
Situasi pada ketika itu jelas menunjukkan bahawa masyarakat
yang diceritakan pada waktu itu merupakan masyarakat yang
sangat taat kepada rajanya.
 BUDAYA DALAM ADAT MEMINANG
-Perlakuan yang penuh adat ketika hendak melakukan adat
meminang dapat dilihat melalui perilaku yang ditunjukkan oleh
menteri yang diutus khas oleh Sultan Malikul Saleh untuk
meminang Tuan Puteri bagi negeri Perlak yang digambarkan penuh
dengan adat santun dan berbahasa dalam menyampaikan hajat yang
diutuskan oleh Sultan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa
budaya dalam adat meminang telah menjadi pegangan masyarakat
dalam hikayat.
KONSEP PANDANGAN HIDUP
 Pandangan hidup merupakan satu konsep yang dimiliki oleh masyarakat
atau komuniti tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan
segala permasalahan yang berkaitan Tuhan, manusia dan alam.
 Pandangan hidup masyarakat Melayu lazimnya melibatkan hubungan
manusia dengan Tuhan, alam dan sesama manusia.
 Menurut pandangan sarjana Islam, Syed Naquib al-Attas (1972),
pandangan hidup mestilah bersumberkan Islam yang merangkumi hal
dunia dan akhirat.
• HUBUNGAN MANUSIA SESAMA MANUSIA
-pandangan hidup berkaitan hubungan manusia sesama manusia
dapat dilihat melalui adab rakyat terhadap pemerintah yang
ditonjolkan dalam hikayat raja pasai. Hal ini dapat dilihat dalam
peristiwa semasa raja muhammad bersama segala rakyatnya
menebas rimba. Dalam masyarakat melayu, rakyat akan taat
setia dan akan melakukan segala perintah raja. Apabila perintah
itu tidak dapat dipenuhi atau mendapat halangan, rakyat akan
kembali semula kepada raja kerana dalam konteks masyarakat
melayu, raja memiliki kesaktian atau daulat.
 HUBUNGAN MANUSIA DENGAN TUHAN
-Hikayat Raja Pasai membawa satu pandangan hidup tentang kehidupan
manusia yang sangat mementingkan ajaran Islam.
-misalnya, Sultan Malikul Saleh boleh membaca tiga puluh juzuk al-Quran.
Situasi ini menjelaskan bahawa pegangan masyarakat pada zaman tersebut
adalah berpaksikan kepada al-Quran. Keadaan Sultan Malikul Saleh yang
mampu membaca tiga puluh juz al-Quran menunjukkan bahawa raja yang
memerintah sesuatu negara semestinya perlu menguasai ilmu agama yakni
percaya kepada Allah agar pemerintahannya dapat berjalan dengan aman
dan makmur.
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:
1081), perkataan nilai merujuk kepada kualiti,
mutu dan taraf.
 konsep ilmu menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2010), ilmu bermaksud pengetahuan
dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan
lain-lain.
 Menurut Kamus Dewan (2010), menyatakan
bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai
tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain)
untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang.
 Ilmu firasat yang terdapat dalam Hikayat Raja
Pasai ialah ilmu firasat terhadap binatang.
 Anjing diberikan penghormatan oleh Raja-raja
Melayu zaman terdahulu. Anjing memainkan
peranan penting sehingga tertubuhnya sebuah
negeri.
 Dalam Hikayat Raja Pasai, penemuan negeri
Pasai juga dikaitkan dengan anjing perburuan
Merah Silu. (Sultan Malkul Saleh).
 Anjing perburuan itu telah menyalak di sebuah
tanah tinggi tanpa henti. Sultan Malkul Saleh
kemudian berasakan bahawa tempat itu sesuai
dibuat negeri lalu dinamakan tempat itu Pasai,
sempena nama anjing perburuan tadi.
 “Maka tersebutlah perkataan Merah Silau di rimba Jerana itu. Sekali persetua
pada suatu hari Merah Silau pergi berburu. Maka ada sekor anjing dibawanya
akan perburuan Merah Silau itu bernama Si Pasai. Maka dilepaskannya anjing
itu, lalu ia menyalak di atas tanah tinggi itu. Maka dilihatnya ada seekor semut
besarnya seperti kucing. Maka ditangkapnya oleh Merah Silau maka lalu
dimakannya. Maka tanah tinggi itupun disuruh Merah Silau tebasi pada segala
orang yang sertanya itu. Maka setelah itu diperbuatnya akan istananya.”
(Hikayat Raja Pasai, 1997: 19)
 Ilmu tafsir ialah ilmu mengenai mimpi atau ilmu tafsir
mimpi.
 Merah Silau telah bermimpi bertemu dengan Nabi
Muhammad s.a.w. Merah Silau telah diajar untuk
mengucap dua kalimat syahadah serta beliau telah
diberitahu oleh lelaki dalam mimpi tersebut bahawa
hanya binatang yang halal dan disembelih sahaja yang
boleh dimakan dan binatang yang tidak disembelih
diharamkan dari dimakan.
 Selain itu, Merah Silau juga telah diajar mengucap dua
kalimah syahadah dan membaca al-Quran sebanyak 30
juzuk tanpa diajar oleh sesiapa pun. Selain itu, Merah
Silau juga telah dikhatankan. Kemudian, Merah Silau
telah diberi nama Sultan Malikul Saleh.
 “Sebermula maka bermimpi Merah Silau dilihatnya dalam mimpinya itu ada
seorang orang menampung dagunya dengan segala jarinya dan matanya pun
ditutupnya dengan empat jarinya, demikian katanya, ‘hai Merah Silau, ucap
olehmu dua kalimah syahadat’. Maka sahut Merah Silau, ‘tiada hamba tahu
mengucap akan dia’. Maka ujarnya, ‘bukakan mulutmu’. Maka dibukakannya oleh
Merah Silau, maka diludahinya mulut Merah Silau itu, rasanya lemak
manis…..”
(Hikayat Raja Pasai, 1997: 12)
 Jampi menurut Kamus Dewan (2010),
membawa makna kata-kata tertentu yang
diucapkan untuk mendatangkan kesaktian.
Jampi juga dikenali sebagai mantera.
 Buktinya dimana ada seorang jogi yang datang
menghadap Sultan Ahmad. Jogi itu seorang
yang sangat kuat sehingga dia telah dibawa
untuk berjumpa dengan Sultan Ahmad. Jogi itu
telah pengsan kerana sultan tersebut
mempunyai tongkat sakti atau tongkat yang
telah dijampi.
 “Maka ada seorang jogi dibawanya dalam kapal keeling itu, terlalu amat sakti jogi itu;
maka naiklah segala orang kapal itu serta membawa jogi itu menghadap Sultan Ahmad
dan dibawanya oleh jogi itu suatu tongkat; maka dihunjamkannya tongkat itu dihadapan
penghadapan Sultan Ahmad, maka (disangkutkannya dagunya pada tongkat itu, maka
keempat kaki tongkat itu pun muallak. Setelah itu, maka dihunjamknnyapula sahutnya
pada suatu papan, maka ia pun muallak juga, berkisar-kisar dan berpusing-
pusing…maka jogi itu pun jatuh ke tanah lalu ia pengsan sebab daripada keramat
Sultan itu.”
(Hikayat Raja Pasai, 1997: 31)
 Ilmu Gaib adalah kemampuan melakukan sesuatu
yang melebihi kemampuan manusia biasa. Ilmu
ghaib ialah ilmu yang boleh menghilangkan diri
sendiri atau apa-apa sahaja dan tidak boleh dilihat
oleh mata kasar manusia.
 Tun Beraim Bapa mempunyai kesaktian.
 Contoh yang terdapat dalam hikayat ini ialah Tun
Beraim Bapa telah membelah pinang kepada dua.
Buah pinang tersebut telah dilontarkan lalu Tun
Beraim bapa membelah pinang tersebut, sebelah
pinang tersebut telah jatuh ke lantai manakala
sebelah lagi telah ghaib.
 ….Baginda berbahasa pula baginda dengan
gurunya pahlawan Kampung Langgar, maka
dilontar sebuah pinang kotai. Maka diparangnya
oleh Tun Beraim Bapa penggal dua, sebelah ghaib
tiada kelihatan dan sebelah terlantar di bumi...
(Hikayat Raja Pasai, 1997: 74)
FALSAFAH
DALAM
HIKAYAT RAJA PASAI
FALSAFAH
• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), falsafah
membawa maksud pengetahuan tentang pengertian yang
dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar
kepada ilmu-ilmu yang lain.
• Falsafah bermaksud cinta akan ilmu dan kebenaran.
• Falsafah mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang tinggi dan
bertujuan untuk mendapatkan kebenaran.
• Oleh itu, falsafah ialah membincangkan sesuatu secara real
terhadap sesuatu perkara.
FALSAFAH ETIKA
(ETIKA ISLAM)
• Falsafah Islam tidak dapat dipisahkan daripada dua sumber iaitu
al-Quran dan as-Sunnah.
• Dalam Hikayat Raja Pasai terdapat beberapa falsafah Islam yang
ditunjukkan contohnya dalam wasiat Malik al-Saleh kepada
menteri dan cucunya.
• Wasiat pertama mengandungi nasihat Sultan Malikul kepada
kedua-dua perdana menterinya supaya melaksanakan
pemerintahan berdasarkan hukum Islam, iaitu berdasarkan hukum
al-Quran dan al-Sunnah
• Wasiat kedua wasiat Malik al-Saleh kepada kepada kedua-dua
cucu baginda, iaitu Sultan al-Mansur dan Sultan Malik al-
Mahmud supaya melakukan kebaikan dan menyingkirkan
kemungkaran (al amr bi al-ma’ruf wa al-bahy ‘an al-munkar)
• Sebagai pemerintah negeri Islam, Malik al-Saleh memberikan
panduan secara Islam kepada menteri dan cucu baginda.
• Dalam wasiat tersebut dijelaskan maksud al-Quran iaitu
menunjukkan falsafah Islam yang diterapkan dalam Hikayat Raja
Pasai.
WASIAT MALIK AS-SALEK KEPADA MENTERINYA
• ‘Barang siapa yang tiada menghukumkan dengan hukum yang
diturunkan oleh Allah, maka bahawasnya mereka itu menjadi kafir”.
(Hikayat Raja Pasai, 2004:41)
WASIAT MALIK AS-SALEH KEPADA KEDUA
CUCUNYA
• “...ada pun sepeninggalan ini baik-baik laku cucunda berdua
memelihara pekerjaan al-amru bi’lma’rufi wa’l-nahyi ‘ani’l munkar.”
(Hikayat Raja Pasai, 2004:41)
FALSAFAH ESTETIKA
• Estetika adalah cabang falsafah yang membincangkan tentang keindahan
• Keindahan alam boleh dihubung kait antara manusia dan alam sekitarnya
iaitu cara manusia menggunakan kebijaksanaan untuk berinteraksi dengan
alam.
• Alam sekitar membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan.
• Dalam Hikayat Raja Pasai, terdapat pemilihan kosa kata yang berunsurkan
alam.
• Kosa kata alam yang diterapkan adalah seperti hutan belantara, buluh,
sungai, binatang, tanah dan lain-lain.
• “Raja Ahmad bercerita kepada orang tua itu yang mereka
sedang memburu binatang hutan, akan tetapi masih tidak
bertemu dengan sebarang binatang buruan. Setelah itu,
Raja Ahmad bercerita kepada orang tua itu bahawa
saudaranya mendapat seorang kanak-kanak perempuan di
dalam rebung buluh betung”
(Hikayat Raja Pasai,1997:3)
• Bukan itu saja, falsafah alam juga boleh ditunjukkan melalui
nama watak iaitu Puteri Betung.
• Raja Muhammad telah menjumpai seorang kanak-kanak
perempuan yang cantik di celahan rimbunan pohon buluh betung.
• Kanak-kanak itu dinamakan sebagai Puteri Betong.
• Raja Muhammad menamakan kanak-kanak tersebut berdasarkan
tempat ia ditemui.
“ Anak itu diberikan nama Puteri Betong”
(Hikayat Raja Pasai., 2004:2)
 Falsafah sejarah biasanya dikaitkan dengan persoalan sejarah itu sendiri.
 Dalam hikayat raja pasai, falsafah sejarah ini ditunjukkan dengan sejarah
pemberian nama negeri sempena nama binatang iaitu pasai.
 Hal ini berlaku apabila sultan malikul saleh melihat anjing buruannya iaitu
si pasai yang takut akan pelanduk yang sedang diburunya.
 Si pasai tidak berani menerkam pelanduk yang sepatutnya diterkam
olehnya, tetapi sebaliknya.
 Di sebabkan kejadian yang luar biasa tersebut, sultan malikul saleh telah
membuka negeri di situ dan dinamakan sebagai pasai apabila si pasai telah mati
dan ditanam di situ.
FALSAFAH SEJARAH
• ‘kata Sultan Malikul Saleh kepada orang yang ada bersama-
sama baginda, “Adakah pernah kamu lihat pelanduk yang gagah
seperti ini? Pada bicaraku sebab ia diam pada tempat ini, itulah
sebabnya pelanduk itu menjadi gagah.’... “Kata Sultan Malikul
Saleh sambil berfikir, baik tempat ini kuperbuat negeri. Anakku
Sultan Malikul Tahir akan dijadikan raja di negeri ini.
(Hikayat Raja Pasai, 2004:37)
Misalnya dalam petikan di bawah:
‘kata sultan malikul saleh kepada orang yang ada bersama-sama
baginda, “adakah pernah kamu lihat pelanduk yang gagah seperti
ini? Pada bicaraku sebab ia diam pada tempat ini, itulah sebabnya
pelanduk itu menjadi gagah.’... “Kata sultan malikul saleh sambil
berfikir, baik tempat ini kuperbuat negeri. Anakku sultan malikul tahir
akan dijadikan raja di negeri ini.”
(Hikayat raja pasai, 2004:37)
FALSAFAH POLITIK
• Falsafah politik adalah cabang ilmu dari falsafah yang memelajari tema-tema seperti
politik, kebebasan, keadilan, hak milik, hak, hukum, pemerintahan, dan penegakan
hukum oleh otorisal.
• Dalam Hikayat Raja Pasai, terdapat beberapa kisah mengenai pemerintahan atau
kekuasaan raja.
• Raja sangat berpengaruh dari pelbagai sudut.
• Raja sangat berkuasa menitahkan apa sahaja kepada rakyat dan rakyat perlu
menunaikannya jika tidak mahu dihukum.
• Hikayat Raja Pasai mempamerkan sikap raja yang kejam dan sanggup berbuat apa
sahaja demi mendapatkan sesuatu.
• Raja pada zaman dahulu sangat berkuasa sehingga sanggup bertindak zalim di luar
batas kemampuan manusia.
• Ahmad Perumadal Perumal yang menjadi penyebab kejatuhan
kerajaan Pasai.
• Baginda telah membunuh anakandanya sendiri iaitu Tun Beraim
Bapa, Tun Abdul Jalil, Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara
kerana hasad dengki semata-mata.
• Melalui urutan peristiwa kematian puteranya Tun Abdul Jalil yang
mendorong kejatuhan kerajaan Pasai akibat diserang Majapahit.
• Melalui peristiwa tersebut jelas menunjukkan bahawa kezaliman
seseorang raja boleh menyebabkan runtuhnya sesebuah negara.
• ‘Adapun ertinya, pasuka Sultan yang dalam negeri Pasai ini
membunuh anaknya dua orang, seorang bernama Tun Beraim
Bapa, dari karna Sultan itu berahi akan anaknya perempuan
seorang bernama Tun Medam Peria dan seorang bernama Tun
Takiah Dara, dan anaknya Tun Abdul jalil pun dibunuhnya
dibuangnya dalam laut Jambu Air ini...’
(Hikayat Raja Pasai,1997:55)
Ismail Ahmad. ( 2004 ). Hikayat Raja-raja Pasai. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Jones .R. (1987). Hikayat Raja Pasai. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.Kamus Dewan edisi
keempat (2013). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus dewan edisi keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur
Mohd Rashid Idris, Siti Khairiah, Abdullah Yusof. (2010). Nilai Estetik dan Intelek dalam
Pantun. Salam Sdn. Bhd.
Mohd Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah dan Seri Lanang Jaya. (2014). Karya Agung
Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris: Tanjong Malim
Nik Hassan Basri. (2007). Komsas Pengangan Teras Keterampilan. Kuala lumpur : Icon
Region Sdn. Bhd.
Russel jones(1997). Hikayat raja pasai. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
BIBLIOGRAFI

More Related Content

What's hot

Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahFadhilah Atikah
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikfiro HAR
 
Budaya popular
Budaya popularBudaya popular
Budaya popularNik Shah
 
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN Santa Barbara
 
prinsip-prinsip Pembelajaran Ewell (1997).pptx
prinsip-prinsip Pembelajaran Ewell (1997).pptxprinsip-prinsip Pembelajaran Ewell (1997).pptx
prinsip-prinsip Pembelajaran Ewell (1997).pptxNURULIZZAHBINTIAZMIM
 
Teori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuTeori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah2
 
Fonetik bahasa melayu
Fonetik  bahasa melayuFonetik  bahasa melayu
Fonetik bahasa melayuladymama
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranNOR HIDAYAH
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Alif Akram
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptxIPG
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.HanaFitrah
 

What's hot (20)

Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullahPenggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
Penggunaan bahasa melayu dalam hikayat abdullah
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
Karya agung melayu
Karya agung melayuKarya agung melayu
Karya agung melayu
 
NOVEL SALINA
NOVEL SALINANOVEL SALINA
NOVEL SALINA
 
Budaya popular
Budaya popularBudaya popular
Budaya popular
 
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
 
prinsip-prinsip Pembelajaran Ewell (1997).pptx
prinsip-prinsip Pembelajaran Ewell (1997).pptxprinsip-prinsip Pembelajaran Ewell (1997).pptx
prinsip-prinsip Pembelajaran Ewell (1997).pptx
 
Teori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan MelayuTeori Kesusasteraan Melayu
Teori Kesusasteraan Melayu
 
Fonetik bahasa melayu
Fonetik  bahasa melayuFonetik  bahasa melayu
Fonetik bahasa melayu
 
Cerita pendek
Cerita pendekCerita pendek
Cerita pendek
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
Penglipur lara
Penglipur lara Penglipur lara
Penglipur lara
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
SISTEM TULISAN JAWI
SISTEM TULISAN JAWI SISTEM TULISAN JAWI
SISTEM TULISAN JAWI
 

Similar to Hikayat Raja pasai

Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5M-ma NurNa
 
Periodisasi sastra indonesia presentasi bi
Periodisasi sastra indonesia presentasi biPeriodisasi sastra indonesia presentasi bi
Periodisasi sastra indonesia presentasi biFelicia Cile
 
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehSlaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehAmie Gy
 
Power point-merong
Power point-merongPower point-merong
Power point-merongkelantan999
 
Power point-merong 1
Power point-merong 1Power point-merong 1
Power point-merong 1cikgurusdi
 
NILAI KEMASYARAKATAN DALAM SKRIP DRAMA LADIN NUAWI BERDASARKAN PENDEKATAN SOS...
NILAI KEMASYARAKATAN DALAM SKRIP DRAMA LADIN NUAWI BERDASARKAN PENDEKATAN SOS...NILAI KEMASYARAKATAN DALAM SKRIP DRAMA LADIN NUAWI BERDASARKAN PENDEKATAN SOS...
NILAI KEMASYARAKATAN DALAM SKRIP DRAMA LADIN NUAWI BERDASARKAN PENDEKATAN SOS...NurraihanAzit
 
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasik
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasikPert. 2 pengantar sastra melayu klasik
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasikDeasyHidayati
 
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji geehamid
 
Periodisasi sastra indonesia presentasi bi
Periodisasi sastra indonesia presentasi biPeriodisasi sastra indonesia presentasi bi
Periodisasi sastra indonesia presentasi biFelicia Cile
 
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...mardhia2020
 
Periode sastra
Periode sastraPeriode sastra
Periode sastraTariganku
 
Drama melayu anwar ridhwan
Drama melayu   anwar ridhwanDrama melayu   anwar ridhwan
Drama melayu anwar ridhwanTENGKUFARHANA98
 
Perbedaan Setiap Angkatan Sastra
Perbedaan Setiap Angkatan SastraPerbedaan Setiap Angkatan Sastra
Perbedaan Setiap Angkatan SastraDermawan Jaqee
 
Periodisasi sastra indonesia dan karyanya by : rizal n putra
Periodisasi sastra indonesia dan karyanya by : rizal n putraPeriodisasi sastra indonesia dan karyanya by : rizal n putra
Periodisasi sastra indonesia dan karyanya by : rizal n putrarizalnugrahaputra
 

Similar to Hikayat Raja pasai (20)

Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5Hikayat Raja Pasai Kump. 5
Hikayat Raja Pasai Kump. 5
 
Periodisasi sastra indonesia presentasi bi
Periodisasi sastra indonesia presentasi biPeriodisasi sastra indonesia presentasi bi
Periodisasi sastra indonesia presentasi bi
 
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehSlaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
 
Hikayat raja
Hikayat rajaHikayat raja
Hikayat raja
 
Power point-merong
Power point-merongPower point-merong
Power point-merong
 
Power point-merong 1
Power point-merong 1Power point-merong 1
Power point-merong 1
 
NILAI KEMASYARAKATAN DALAM SKRIP DRAMA LADIN NUAWI BERDASARKAN PENDEKATAN SOS...
NILAI KEMASYARAKATAN DALAM SKRIP DRAMA LADIN NUAWI BERDASARKAN PENDEKATAN SOS...NILAI KEMASYARAKATAN DALAM SKRIP DRAMA LADIN NUAWI BERDASARKAN PENDEKATAN SOS...
NILAI KEMASYARAKATAN DALAM SKRIP DRAMA LADIN NUAWI BERDASARKAN PENDEKATAN SOS...
 
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasik
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasikPert. 2 pengantar sastra melayu klasik
Pert. 2 pengantar sastra melayu klasik
 
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
Tun Seri Lanang & Raja Ali Haji
 
Slide drama melayu
Slide drama melayuSlide drama melayu
Slide drama melayu
 
Aliran aliran-karya-sastra
Aliran aliran-karya-sastraAliran aliran-karya-sastra
Aliran aliran-karya-sastra
 
Modul pkp 3117
Modul pkp 3117Modul pkp 3117
Modul pkp 3117
 
Periodisasi sastra indonesia presentasi bi
Periodisasi sastra indonesia presentasi biPeriodisasi sastra indonesia presentasi bi
Periodisasi sastra indonesia presentasi bi
 
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...
GAYA BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA KARYA SITI JASMINA IBRAHIM MENGIKUT TEORI STILI...
 
Periode sastra
Periode sastraPeriode sastra
Periode sastra
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Drama melayu anwar ridhwan
Drama melayu   anwar ridhwanDrama melayu   anwar ridhwan
Drama melayu anwar ridhwan
 
Perbedaan Setiap Angkatan Sastra
Perbedaan Setiap Angkatan SastraPerbedaan Setiap Angkatan Sastra
Perbedaan Setiap Angkatan Sastra
 
Periodisasi sastra indonesia dan karyanya by : rizal n putra
Periodisasi sastra indonesia dan karyanya by : rizal n putraPeriodisasi sastra indonesia dan karyanya by : rizal n putra
Periodisasi sastra indonesia dan karyanya by : rizal n putra
 
171610790 modul-pkp-3117
171610790 modul-pkp-3117171610790 modul-pkp-3117
171610790 modul-pkp-3117
 

Recently uploaded

MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 

Recently uploaded (20)

MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 

Hikayat Raja pasai

  • 1. BSS 3022 KARYA AGUNG MELAYU ANALISIS KARYA TRADISIONAL (HIKAYAT RAJA PASAI) MOHD AMIRUL ASRI BIN ZAHARUDDIN D20121061137 NOR AYUMI BINTI MD LAZIM D20131063272 JULIANA AZRENA BINTI BAHARUDDIN D20131063263 NURLIYANA BINTI AHAMAD DORMAD D20131063358 NURRUL WAHIDAH BINTI HAMID D20131063268
  • 2. PENGENALAN  Hikayat Raja Pasai seperti yang diketahui tergolong dalam genre sejarah yang banyak menceritakan tentang kisah Raja Pasai yang telah memeluk agama Islam.  Ia meliputi kisah pembukaan negeri, corak pentadbiran, politik, sosial sejak dari kewujudan, perkembangan, zaman keemasan, kekalahan hinggalah zaman keruntuhannya.  Sebagai sebuah hikayat teks lama, sudah pasti bahawa penulisannya telah mendapat tokok tambah daripada generasi ke generasi.  Ia bertujuan untuk memperindahkan lagi erta mampu menarik perhatian para pembaca untuk membaca.
  • 4. PEMIKIRAN  Mohd Rashid Md. Idris et al. (2016: 69), mendefinisikan pemikiran sebagai subjek yang dibawakan oleh pengarang. Bermula daripada idea dan pengalaman dimantapkan bersama-sama dengan imaginasi dan kreativiti untuk dijelmakan menjadi persoalan dan tema karya. Tambahnya lagi, daripada situlah ia dikembangkan untuk menyampaikan mesej dan tujuan yang membentuk pemikiran dan idealisme pengarang.
  • 5. 1. Kedatangan Islam  Penceritaan di dalam Hikayat Raja Pasai dimulakan dengan menceritakan bahawa negeri Pasai merupakan negeri pertama yang rajanya memasuki agama Islam. Berikut merupakan contoh petikan yang menggambarkan kemunculan agama Islam di Pasai:  “Al kisah peri mengatakan ceritera raja yang pertama masuk agama Islam ini Pasai; maka ada diceritakan oleh orang yang empunya ceritera ini, negeri yang dibawah angin ini, Pasailah yang pertama membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah.”
  • 6. 2. Asal-usul atau Susur Galur Keturunan Raja Pasai  Pengarang cuba mengembangkan jurai keturunan atau susur galur Raja Pasai ini dengan memulakan cerita tentang dua orang bersaudara iaitu Raja Muhammad dan Raja Ahmad yang seterusnya menyatukan kedua anak mereka. Puteri Raja Muhammad dinikahkan dengan putera Raja Ahmad dan dari sinilah bermulanya perkembangan dalam jurai keturunan Raja Pasai tersebut. Petikan dibawah menunjukkan cara jurai keturunan raja Pasai ini bermula dan dikembangkan:  “Maka ada raja dua bersaudara seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya Raja Muhammad. Adapun yang tua Raja Ahmad. Maka baginda kedua bersaudara itu hendak berbuat negeri di Samalanga.” (1997: 1)  “Maka didudukkannyalah Merah Gajah itu dengan Puteri Betung. Maka berbesanlah ia kedua bersaudara sentiasa ia dalam kesukaannya.” (1997: 4)
  • 7. 3. Sejarah Pembukaan Negeri Samudera  Diceritakan bahawa sewaktu Merah Silau pergi berburu bersama anjingnya Si Pasai di sebuah hutan dilihatnya seekor semut yang besarnya seperti kucing. Lantaran itu, Merah Silau menangkapnya dan memakannya. Kemudian, diarahkan orang untuk membersihkan kawasan tersebut dan dibina istana. Merah Silau kemudian menamakan tempat itu dengan nama Samudera yang bererti semut yang amat besar. (1997: 15) Pasai  Peristiwa bermula ketika Sultan Malikul Saleh pergi berburu di tepi laut dengan membawa seekor anjingnya bernama Si Pasai. Sewaktu sampai, Sultan Malikul Saleh melepaskan anjingnya tersebut lalu, ia berlari masuk kedalam hutan berdekatan. Anjing tersebut kemudiannya bertemu dengan seekor pelanduk yang gagah. Apabila anjing tersebut menyalak, pelanduk tersebut membalasnya menyebabkan anjing tersebut takut. Melihat kejadian tersebut, Sultan Malikul Saleh cuba menangkap pelanduk tersebut tetapi gagal. Seterusnya beliau mengarahkan orangnya membersihkan kawasan tersebut dan dibina istana dengan menamakan tempat tersebut sempena nama anjing perliharaannya itu iaitu Pasai setelah kematian Si Pasai.
  • 8. 4. Kezaliman pemerintah  Dalam karya Hikayat Raja Pasai, kezaliman pemerintah dapat dilihat melalui watak Sultan Ahmad Perumudal Perumal yang kejam sehingga sanggup membunuh anak kandungnya sendiri iaitu Tun Beraim Bapa, Tun Abdul Jalil, Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara disebabkan hasad dengki dan juga ingin mengahwini anak perempuannya. (1997: 48)
  • 9. 5. Kesetiaan Dan Ketaatan Golongan Bawahan Terhadap Pemerintah  Mesej ini disampaikan oleh pengarang melalui watak Tun Beraim Bapa dan juga Sayid Semayamuddin. Tun Beraim Bapa begitu setia dan patuh terhadap bapanya iaitu Sultan Ahmad Perumudal Perumal sehingga sanggup memakan makanan yang berisi racun yang dikirim baginda meskipun mengetahui perihal tersebut kerana takut digelar derhaka. (1997: 48)  Sayid Semayamuddin pula merupakan menteri atau orang bawahan Sultan Malikul Mansur. Beliau dibunuh dengan dipenggal kepalanya dan diceraikan daripada badan oleh Sultan Malikul Mahmud. Hal ini demikian kerana, beliau lebih rela mati daripada berpisah dengan Sultan Malikul Salih setelah diberi pilihan oleh Sultan Malikul Mahmud untuk bersamanya atau tidak. (1997:27)
  • 10.
  • 11. ESTETIKA  Estetika atau keindahan adalah suatu sifat dan ciri sastera yang terpenting.  Dalam seni sastera, keindahan berkait rapat dengan struktur karya, olahan yang memberi kesan kepada pengalaman, perasaan pemikiran, imaginasi dan wawasan. Estetika juga merujuk kepada aspek kekuatan karya.  Dapatlah dinyatakan bahawa estetika ialah rasa keindahan, keseronokan, kegembiraan yang merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta penikmatan yang mempersonakan atau penglihatan yang memukau, yang cepat menawan perasaan yang terpahat dalam pemikiran.
  • 12. GAYA BAHASA Gaya bahasa bermaksud : cara atau ragam bahasa itu di pakai, khususnya dalam tulisan atau karangan. Gaya bahasa juga dimaksudkan dan dirujukkan kepada gaya seseorang penulis menggunakan bahasa.
  • 13. 1.ANAFORA Anafora adalah sejenis gaya bahasa pengulangan, iaitu pengulangan perkataan pertama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan supaya memperoleh kesan tertentu waima dalam puisi tradisional, puisi moden sama ada kreatif atau bukan kreatif. Contoh pengulangan perkataan pertama dalam karya ‘Hikayat Raja Pasai’ ialah : Maka apabila mereka itu kembali, maka diberinya mereka itu seorang seekor kerbau, maka sukacitalah segala orang yang datang itu yang bermain dengan Merah Silau itu.
  • 14. 2.EPISTROP sejenis pengulangan kata-kata yang sama atau kumpulan yang sama pada akhir klausa yang berturutan. Pengulangan ini memberikan rima pada ayat dan memberikan penekanan yang khusus pada elemen yang diulang. Contoh : Hikayat Raja Pasai Maka duduk ia di balai panjang penuh dengan balai itu, dan duduk ia di jambar panjang, sarat sejambar panjang, serta menguraikan rambutnya dan berjuntai mengayun-ngayun kakinya.
  • 15. 3.ALITERASI Aliterasi ialah sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan yang berturutan waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa moden, waima kreatif atau bukan kreatif. Contoh : ...emas berpermata bersirat berambukan mutiara dan berkamar berkelit bau...
  • 16. 4. ASONANSI Asonansi ialah sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi vokal yang sama pada setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan supaya memperoleh kesan tertentu waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa moden sama ada kreatif atau bukan kreatif . Contoh : Setelah hari pun sianglah, maka Tun Beraim Bapa pun bersabda kepada bendaharinya...
  • 17. 5.HIPERBOLA Hiperbola atau superlatio bermaksud menyatakan sesuatu dengan cara berlebih-lebihan. Anton Moeliono (1989) berpendapat hiperbola sebagai ungkapan yang melebih-lebihkan sama ada dari segi jumlahnya, ukurannya atau sifatnya. Contoh : ‘’Bahawa ada sepeninggalanku wafat itu, ada sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya...’’
  • 18. 6. PARADOKS Paradoks ialah gaya bahasa yang mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada tetapi kenyataanya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum atau realiti. Contoh : Suatu musuh pun tiada ada, melainkan Tun Beraim Bapa bermain- main bersenda bergurau dengan hulubalangnya...
  • 19. 7.ANASTROP Anastrop adalah susunan kata yang lazim. Fungsi utamanya ialah untuk memberikan penekanan. Takrifan anastrop menurut Umar Junus (1989) merujuk kepada pembalikkan susunan ayat dengan tujuan supaya frasa yang diletakkan pada awal lebih penting daripada frasa yang di belakang. Contoh : ... banyaklah mati dan luka sebab beramuk-amukan sama sendirinya dan berbunuh-bunuhan mereka itu...
  • 20. 8.DISFENISME Disfemisme ialah kebalikan daripada eufemisme. Disfemisme memilih bentuk kata atau ragam bahasa daripada yang lembut kepada yang kasar. Namun begitu, bagi masyarakat Melayu lama kata-kata kasar selalunya bertujuan untuk bergurau dan berjenaka. Contoh : ‘’Wah, tuanku paduka anakanda Merah Gajah itu telah matilah dibunuh oleh mertuanya.’’
  • 21. 9.POLISIDENTON Penggunaan kata hubung yang melebihi daripada jumlah yang lazim digunakan menurut rumus tatabahasa. Contoh : ... beberapa daripada emas dan perak dan rial dan senjata dan pelbagai warna kain dan urung dan lilin dan sarang burung...
  • 22. 10. SIMILE Simile ialah perumpamaan. Simile merupakan perbandingan terus iaitu membandingkan dua hal yang pada hakikatnya berlainan tetapi dengan sengaja kita mengganggapnya sama. Contoh : ‘’...Maka kerbau itu pun seperti singa mencari lawannya...’’
  • 23. KEPENGARANGAN  Secara umumnya, teknik kepengarangan meliputi satu kaedah atau cara seseorang penulis atau pengarang menggarap jalan cerita sesebuah karya yang dihasilkan.  Hal ini kerana, teknik yang digunakan untuk menggarap sesebuah cerita dalam sesebuah karya dilihat penting kerana melalui teknik tersebut penulis dapat menyampaikan sesuatu pemikiran secara berkesan dan tertib.  Selain itu, teknik kepengarangan ini merupakan sinonim kepada teknik penceritaan yang lazimnya berkait rapat dengan penggunaan dialog, gaya bahasa, monolog, monolog dalaman, imbas kembali, imbas muka dan sebagainya.
  • 24. TEKNIK DIALOG  Dialog ialah perbualan antara watak dalam sesebuah cerita, drama, atau novel (Nik Hassan Basri,2007).  Dialog antara Raja Ahmad dengan seorang tua di dalam surau akan diulang oleh Raja Ahmad dengan isterinya sebaik saja Raja Ahmad kembali ke istana seperti dalam petikan berikut:  Maka hamba ceriterakan kepadanya akan hal saudara hamba mendapat puteri dalam rebung betung itu  (1). Maka ujar orang tuha itu, “Jikalau tuan hendak akan anak, baiklah beri hamba tunjukkan dia akan tuan. Nantilah tuan hamba di sini barang sesaat (2)”
  • 25.  Dalam Hikayat Raja Pasai, terdapat banyak watak-watak sultan atau raja. Dalam masyarakat Melayu, kita mempercayai bahawa raja memiliki kesaktian dan berdaulat. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa ;  “Di tengah rimba itu terdapat serumpun buluh betung yang terlalu rimbun. Sekalian rakyat menebas dan menebang pohon buluh itu. Akan tetapi, sebaik ditebas, buluh itu akan kembali tumbuh semula. Kemudian Raja Muhammad sendiri yang menebas buluh betung itu dan habis semua buluh betung itu ditebang oleh baginda” (Hikayat Raja Pasai,2004)  Melalui petikan ini, pengarang seolah-olah cuba untuk menyerlahkan kesaktian dan kedaulatan Raja Muhammad. Hal ini kerana Raja Muhammad sahaja yang mampu menebas pohon buluh tersebut sehingga habis ditebang sementara rakyatnya tidak mampu untuk menghabiskan pekerjaan tersebut disebabkan pohon buluh yang berulang kembali tumbuh selepas ditebang
  • 26.  Hal ini seterusnya menunjukkan kesaktian Raja Muhammad.  “Sultan mendengar suara itu, maka baginda mengambil air sembahyang lalu sembahyang dua rakaat serta salam. Belum pun selesai baginda memberi salam, maka datanglah wa’du’llah atas baginda diambil malaikatul maut nyawa baginda lalu ia kembalilah ke rahmatullah. Menurut suatu cerita, baginda mati semasa sedang sujud. Segala manusia hairan melihat baginda.” (Hikayat Raja Pasai, 2004)  Dalam peristiwa ini, pengarang cuba menonjolkan keperibadian Sultan Maliku’l-Mansur yang merupakan seorang raja yang istimewa dan insan terpilih kerana baginda tahu ajalnya sudah dekat dan sempat sembahyang dua rakaat terlebih dahulu.  Keistimewaan sultan ini diperkukuhkan lagi apabila pengarang mengaitkan satu cerita lain bahawa baginda telah mangkat semasa sedang sujud.
  • 27. Karya kesusasteraan Melayu ‘Hikayat Raja Pasai’ ini merupakan sebuah karya klasik yang kaya dengan pelbagai unsur sejarah yang boleh dijadikan tauladan untuk kehidupan masyarakat masa kini. Walaupun, jalan penceritaannya banyak berkisar kepada kehidupan golongan raja atau sultan. Namun, masih terdapat pengajaran yang boleh diambil dan dijadikan tauladan dalam kehidupan kita. Antara pengajaran positif yang terdapat dalam hikayat ini ialah sikap gigih dan kebijaksanaan manusia dalam membina sesebuah empayar atau negeri seperti yang dilakukan oleh Sultan Malikul Saleh.
  • 28. Selain itu, kesedaran sultan menerima agama suci Islam telah mengubah bukan sahaja cara hidup baginda tetapi juga seluruh masyarakat di dalam negerinya. Di samping itu, terdapat juga pelbagai pengajaran negatif yang perlu kita hindari. Antaranya ialah kita haruslah berfikir dahulu kesan yang bakal diterima daripada sesuatu tindakan kita
  • 29. NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP
  • 30. KONSEP BUDAYA  Budaya berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu buddayah yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi yang bermaksud budi pekerti atau akal.  Budaya merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.  Oleh itu, budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, adat resam, tatasusila dan kebolehan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
  • 31. NILAI BUDAYA DALAM HIKAYAT RAJA PASAI  NILAI HORMAT MENGHORMATI -Nilai hormat menghormati dalam Hikayat Raja Pasai dapat dilihat melalui contoh petikan : - …“Setelah baginda sampai lalu masuk ke dalam rumah adinda itu, maka adinda pun memberi hormat kepada kakanda itu berpesilakan duduk.Maka baginda pun duduk duduklah dua laki isteri dan adinda pun duduklah mengadap dua laki isteri.”… (Hikayat Raja Pasai, 1997: 2) -Melalui petikan di atas, pengarang menceritakan tentang rasa hormat yang ditunjukkan oleh Raja Muhammad kepada kakandanya iaitu Raja Ahmad. Daripada petikan itu jelas menunjukkan perlakuan Raja Muhammad iaitu memberi tunduk hormat kepada kakandanya Raja Ahmad meskipun kedua- duanya adalah raja kepada kerajaan masing-masing.
  • 32.  BUDAYA TIDAK BERPUTUS ASA -Budaya tidak berputus asa muncul pada satu bahagian dalam Hikayat Raja Pasai yang menceritakan kegigihan dan kepayahan Merah Silu membina kerjayanya sendiri. -Merah Hasum telah menggunakan tipu helah untuk menghalau Merah Silu dari tanah jajahan Merah Hasum, sebagai akibatnya, Merah Silu terpaksa merantau ke tempat-tempat lain untuk mencari kawasan baharu untuk didiaminya. Dalam perjalanan Merah Silu inilah yang menunjukkan budaya tidak berputus asa ditonjolkan iaitu Merah Silu terpaksa menghadapi pelbagai dugaan untuk mencari kediaman baharu.
  • 33.  BUDAYA MENTAATI RAJA -Budaya taat setia ini dapat dilihat daripada janji yang dilontarkan oleh kedua menteri iaitu Sayid Semayamudin dan Sayid Ali Ghiatuddin untuk terus menghambakan diri bagi keturunan Sultan Malikul Saleh iaitu Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul Mansur sepertimana yang telah dipinta sendiri oleh Shah Alam. Situasi pada ketika itu jelas menunjukkan bahawa masyarakat yang diceritakan pada waktu itu merupakan masyarakat yang sangat taat kepada rajanya.
  • 34.  BUDAYA DALAM ADAT MEMINANG -Perlakuan yang penuh adat ketika hendak melakukan adat meminang dapat dilihat melalui perilaku yang ditunjukkan oleh menteri yang diutus khas oleh Sultan Malikul Saleh untuk meminang Tuan Puteri bagi negeri Perlak yang digambarkan penuh dengan adat santun dan berbahasa dalam menyampaikan hajat yang diutuskan oleh Sultan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa budaya dalam adat meminang telah menjadi pegangan masyarakat dalam hikayat.
  • 35. KONSEP PANDANGAN HIDUP  Pandangan hidup merupakan satu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau komuniti tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan Tuhan, manusia dan alam.  Pandangan hidup masyarakat Melayu lazimnya melibatkan hubungan manusia dengan Tuhan, alam dan sesama manusia.  Menurut pandangan sarjana Islam, Syed Naquib al-Attas (1972), pandangan hidup mestilah bersumberkan Islam yang merangkumi hal dunia dan akhirat.
  • 36. • HUBUNGAN MANUSIA SESAMA MANUSIA -pandangan hidup berkaitan hubungan manusia sesama manusia dapat dilihat melalui adab rakyat terhadap pemerintah yang ditonjolkan dalam hikayat raja pasai. Hal ini dapat dilihat dalam peristiwa semasa raja muhammad bersama segala rakyatnya menebas rimba. Dalam masyarakat melayu, rakyat akan taat setia dan akan melakukan segala perintah raja. Apabila perintah itu tidak dapat dipenuhi atau mendapat halangan, rakyat akan kembali semula kepada raja kerana dalam konteks masyarakat melayu, raja memiliki kesaktian atau daulat.
  • 37.  HUBUNGAN MANUSIA DENGAN TUHAN -Hikayat Raja Pasai membawa satu pandangan hidup tentang kehidupan manusia yang sangat mementingkan ajaran Islam. -misalnya, Sultan Malikul Saleh boleh membaca tiga puluh juzuk al-Quran. Situasi ini menjelaskan bahawa pegangan masyarakat pada zaman tersebut adalah berpaksikan kepada al-Quran. Keadaan Sultan Malikul Saleh yang mampu membaca tiga puluh juz al-Quran menunjukkan bahawa raja yang memerintah sesuatu negara semestinya perlu menguasai ilmu agama yakni percaya kepada Allah agar pemerintahannya dapat berjalan dengan aman dan makmur.
  • 38.
  • 39.  Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1081), perkataan nilai merujuk kepada kualiti, mutu dan taraf.  konsep ilmu menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ilmu bermaksud pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain.
  • 40.  Menurut Kamus Dewan (2010), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang.  Ilmu firasat yang terdapat dalam Hikayat Raja Pasai ialah ilmu firasat terhadap binatang.  Anjing diberikan penghormatan oleh Raja-raja Melayu zaman terdahulu. Anjing memainkan peranan penting sehingga tertubuhnya sebuah negeri.
  • 41.  Dalam Hikayat Raja Pasai, penemuan negeri Pasai juga dikaitkan dengan anjing perburuan Merah Silu. (Sultan Malkul Saleh).  Anjing perburuan itu telah menyalak di sebuah tanah tinggi tanpa henti. Sultan Malkul Saleh kemudian berasakan bahawa tempat itu sesuai dibuat negeri lalu dinamakan tempat itu Pasai, sempena nama anjing perburuan tadi.
  • 42.  “Maka tersebutlah perkataan Merah Silau di rimba Jerana itu. Sekali persetua pada suatu hari Merah Silau pergi berburu. Maka ada sekor anjing dibawanya akan perburuan Merah Silau itu bernama Si Pasai. Maka dilepaskannya anjing itu, lalu ia menyalak di atas tanah tinggi itu. Maka dilihatnya ada seekor semut besarnya seperti kucing. Maka ditangkapnya oleh Merah Silau maka lalu dimakannya. Maka tanah tinggi itupun disuruh Merah Silau tebasi pada segala orang yang sertanya itu. Maka setelah itu diperbuatnya akan istananya.” (Hikayat Raja Pasai, 1997: 19)
  • 43.  Ilmu tafsir ialah ilmu mengenai mimpi atau ilmu tafsir mimpi.  Merah Silau telah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. Merah Silau telah diajar untuk mengucap dua kalimat syahadah serta beliau telah diberitahu oleh lelaki dalam mimpi tersebut bahawa hanya binatang yang halal dan disembelih sahaja yang boleh dimakan dan binatang yang tidak disembelih diharamkan dari dimakan.  Selain itu, Merah Silau juga telah diajar mengucap dua kalimah syahadah dan membaca al-Quran sebanyak 30 juzuk tanpa diajar oleh sesiapa pun. Selain itu, Merah Silau juga telah dikhatankan. Kemudian, Merah Silau telah diberi nama Sultan Malikul Saleh.
  • 44.  “Sebermula maka bermimpi Merah Silau dilihatnya dalam mimpinya itu ada seorang orang menampung dagunya dengan segala jarinya dan matanya pun ditutupnya dengan empat jarinya, demikian katanya, ‘hai Merah Silau, ucap olehmu dua kalimah syahadat’. Maka sahut Merah Silau, ‘tiada hamba tahu mengucap akan dia’. Maka ujarnya, ‘bukakan mulutmu’. Maka dibukakannya oleh Merah Silau, maka diludahinya mulut Merah Silau itu, rasanya lemak manis…..” (Hikayat Raja Pasai, 1997: 12)
  • 45.  Jampi menurut Kamus Dewan (2010), membawa makna kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian. Jampi juga dikenali sebagai mantera.  Buktinya dimana ada seorang jogi yang datang menghadap Sultan Ahmad. Jogi itu seorang yang sangat kuat sehingga dia telah dibawa untuk berjumpa dengan Sultan Ahmad. Jogi itu telah pengsan kerana sultan tersebut mempunyai tongkat sakti atau tongkat yang telah dijampi.
  • 46.  “Maka ada seorang jogi dibawanya dalam kapal keeling itu, terlalu amat sakti jogi itu; maka naiklah segala orang kapal itu serta membawa jogi itu menghadap Sultan Ahmad dan dibawanya oleh jogi itu suatu tongkat; maka dihunjamkannya tongkat itu dihadapan penghadapan Sultan Ahmad, maka (disangkutkannya dagunya pada tongkat itu, maka keempat kaki tongkat itu pun muallak. Setelah itu, maka dihunjamknnyapula sahutnya pada suatu papan, maka ia pun muallak juga, berkisar-kisar dan berpusing- pusing…maka jogi itu pun jatuh ke tanah lalu ia pengsan sebab daripada keramat Sultan itu.” (Hikayat Raja Pasai, 1997: 31)
  • 47.  Ilmu Gaib adalah kemampuan melakukan sesuatu yang melebihi kemampuan manusia biasa. Ilmu ghaib ialah ilmu yang boleh menghilangkan diri sendiri atau apa-apa sahaja dan tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia.  Tun Beraim Bapa mempunyai kesaktian.  Contoh yang terdapat dalam hikayat ini ialah Tun Beraim Bapa telah membelah pinang kepada dua. Buah pinang tersebut telah dilontarkan lalu Tun Beraim bapa membelah pinang tersebut, sebelah pinang tersebut telah jatuh ke lantai manakala sebelah lagi telah ghaib.
  • 48.  ….Baginda berbahasa pula baginda dengan gurunya pahlawan Kampung Langgar, maka dilontar sebuah pinang kotai. Maka diparangnya oleh Tun Beraim Bapa penggal dua, sebelah ghaib tiada kelihatan dan sebelah terlantar di bumi... (Hikayat Raja Pasai, 1997: 74)
  • 50. FALSAFAH • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), falsafah membawa maksud pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar kepada ilmu-ilmu yang lain. • Falsafah bermaksud cinta akan ilmu dan kebenaran. • Falsafah mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang tinggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran. • Oleh itu, falsafah ialah membincangkan sesuatu secara real terhadap sesuatu perkara.
  • 51. FALSAFAH ETIKA (ETIKA ISLAM) • Falsafah Islam tidak dapat dipisahkan daripada dua sumber iaitu al-Quran dan as-Sunnah. • Dalam Hikayat Raja Pasai terdapat beberapa falsafah Islam yang ditunjukkan contohnya dalam wasiat Malik al-Saleh kepada menteri dan cucunya. • Wasiat pertama mengandungi nasihat Sultan Malikul kepada kedua-dua perdana menterinya supaya melaksanakan pemerintahan berdasarkan hukum Islam, iaitu berdasarkan hukum al-Quran dan al-Sunnah
  • 52. • Wasiat kedua wasiat Malik al-Saleh kepada kepada kedua-dua cucu baginda, iaitu Sultan al-Mansur dan Sultan Malik al- Mahmud supaya melakukan kebaikan dan menyingkirkan kemungkaran (al amr bi al-ma’ruf wa al-bahy ‘an al-munkar) • Sebagai pemerintah negeri Islam, Malik al-Saleh memberikan panduan secara Islam kepada menteri dan cucu baginda. • Dalam wasiat tersebut dijelaskan maksud al-Quran iaitu menunjukkan falsafah Islam yang diterapkan dalam Hikayat Raja Pasai.
  • 53. WASIAT MALIK AS-SALEK KEPADA MENTERINYA • ‘Barang siapa yang tiada menghukumkan dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka bahawasnya mereka itu menjadi kafir”. (Hikayat Raja Pasai, 2004:41)
  • 54. WASIAT MALIK AS-SALEH KEPADA KEDUA CUCUNYA • “...ada pun sepeninggalan ini baik-baik laku cucunda berdua memelihara pekerjaan al-amru bi’lma’rufi wa’l-nahyi ‘ani’l munkar.” (Hikayat Raja Pasai, 2004:41)
  • 55. FALSAFAH ESTETIKA • Estetika adalah cabang falsafah yang membincangkan tentang keindahan • Keindahan alam boleh dihubung kait antara manusia dan alam sekitarnya iaitu cara manusia menggunakan kebijaksanaan untuk berinteraksi dengan alam. • Alam sekitar membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. • Dalam Hikayat Raja Pasai, terdapat pemilihan kosa kata yang berunsurkan alam. • Kosa kata alam yang diterapkan adalah seperti hutan belantara, buluh, sungai, binatang, tanah dan lain-lain.
  • 56. • “Raja Ahmad bercerita kepada orang tua itu yang mereka sedang memburu binatang hutan, akan tetapi masih tidak bertemu dengan sebarang binatang buruan. Setelah itu, Raja Ahmad bercerita kepada orang tua itu bahawa saudaranya mendapat seorang kanak-kanak perempuan di dalam rebung buluh betung” (Hikayat Raja Pasai,1997:3)
  • 57. • Bukan itu saja, falsafah alam juga boleh ditunjukkan melalui nama watak iaitu Puteri Betung. • Raja Muhammad telah menjumpai seorang kanak-kanak perempuan yang cantik di celahan rimbunan pohon buluh betung. • Kanak-kanak itu dinamakan sebagai Puteri Betong. • Raja Muhammad menamakan kanak-kanak tersebut berdasarkan tempat ia ditemui.
  • 58. “ Anak itu diberikan nama Puteri Betong” (Hikayat Raja Pasai., 2004:2)
  • 59.  Falsafah sejarah biasanya dikaitkan dengan persoalan sejarah itu sendiri.  Dalam hikayat raja pasai, falsafah sejarah ini ditunjukkan dengan sejarah pemberian nama negeri sempena nama binatang iaitu pasai.  Hal ini berlaku apabila sultan malikul saleh melihat anjing buruannya iaitu si pasai yang takut akan pelanduk yang sedang diburunya.  Si pasai tidak berani menerkam pelanduk yang sepatutnya diterkam olehnya, tetapi sebaliknya.  Di sebabkan kejadian yang luar biasa tersebut, sultan malikul saleh telah membuka negeri di situ dan dinamakan sebagai pasai apabila si pasai telah mati dan ditanam di situ. FALSAFAH SEJARAH
  • 60. • ‘kata Sultan Malikul Saleh kepada orang yang ada bersama- sama baginda, “Adakah pernah kamu lihat pelanduk yang gagah seperti ini? Pada bicaraku sebab ia diam pada tempat ini, itulah sebabnya pelanduk itu menjadi gagah.’... “Kata Sultan Malikul Saleh sambil berfikir, baik tempat ini kuperbuat negeri. Anakku Sultan Malikul Tahir akan dijadikan raja di negeri ini. (Hikayat Raja Pasai, 2004:37)
  • 61. Misalnya dalam petikan di bawah: ‘kata sultan malikul saleh kepada orang yang ada bersama-sama baginda, “adakah pernah kamu lihat pelanduk yang gagah seperti ini? Pada bicaraku sebab ia diam pada tempat ini, itulah sebabnya pelanduk itu menjadi gagah.’... “Kata sultan malikul saleh sambil berfikir, baik tempat ini kuperbuat negeri. Anakku sultan malikul tahir akan dijadikan raja di negeri ini.” (Hikayat raja pasai, 2004:37)
  • 62. FALSAFAH POLITIK • Falsafah politik adalah cabang ilmu dari falsafah yang memelajari tema-tema seperti politik, kebebasan, keadilan, hak milik, hak, hukum, pemerintahan, dan penegakan hukum oleh otorisal. • Dalam Hikayat Raja Pasai, terdapat beberapa kisah mengenai pemerintahan atau kekuasaan raja. • Raja sangat berpengaruh dari pelbagai sudut. • Raja sangat berkuasa menitahkan apa sahaja kepada rakyat dan rakyat perlu menunaikannya jika tidak mahu dihukum. • Hikayat Raja Pasai mempamerkan sikap raja yang kejam dan sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan sesuatu. • Raja pada zaman dahulu sangat berkuasa sehingga sanggup bertindak zalim di luar batas kemampuan manusia.
  • 63. • Ahmad Perumadal Perumal yang menjadi penyebab kejatuhan kerajaan Pasai. • Baginda telah membunuh anakandanya sendiri iaitu Tun Beraim Bapa, Tun Abdul Jalil, Tun Medam Peria dan Tun Takiah Dara kerana hasad dengki semata-mata. • Melalui urutan peristiwa kematian puteranya Tun Abdul Jalil yang mendorong kejatuhan kerajaan Pasai akibat diserang Majapahit. • Melalui peristiwa tersebut jelas menunjukkan bahawa kezaliman seseorang raja boleh menyebabkan runtuhnya sesebuah negara.
  • 64. • ‘Adapun ertinya, pasuka Sultan yang dalam negeri Pasai ini membunuh anaknya dua orang, seorang bernama Tun Beraim Bapa, dari karna Sultan itu berahi akan anaknya perempuan seorang bernama Tun Medam Peria dan seorang bernama Tun Takiah Dara, dan anaknya Tun Abdul jalil pun dibunuhnya dibuangnya dalam laut Jambu Air ini...’ (Hikayat Raja Pasai,1997:55)
  • 65. Ismail Ahmad. ( 2004 ). Hikayat Raja-raja Pasai. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Jones .R. (1987). Hikayat Raja Pasai. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.Kamus Dewan edisi keempat (2013). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus dewan edisi keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur Mohd Rashid Idris, Siti Khairiah, Abdullah Yusof. (2010). Nilai Estetik dan Intelek dalam Pantun. Salam Sdn. Bhd. Mohd Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah dan Seri Lanang Jaya. (2014). Karya Agung Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris: Tanjong Malim Nik Hassan Basri. (2007). Komsas Pengangan Teras Keterampilan. Kuala lumpur : Icon Region Sdn. Bhd. Russel jones(1997). Hikayat raja pasai. Fajar Bakti Sdn. Bhd. BIBLIOGRAFI