SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
VET 3013    [LAPORAN AMALI 5]


                              SISTEM PELINCIRAN


1.0   PENGENALAN

      Minyak pelincir mestilah mampu bertahan terhadap suhu lampau dan kejutan beban. Ia
      juga mestilah membentuk kedapan gelangsar di antara gelang omboh dan dinding silinder
      dengan lapisan minyak yang cukup tebal bagi meminimumkan geseran bendalir. Minyak
      pelincir juga berfungsi sebagai separuh penulen bagi memegang butiran padu yang
      terampai sehingga disingkirkan oleh penuras. Sesetengah butir yang sangat halus akan
      kekal terampai dalam minyak sehingga minyak diganti. Hayat enjin bergantung
      sepenuhnya kepada sistem pelinciran dan pendinginan. Jika enjin tidak mempunyai
      bekalan minyak atau tidak dapat didinginkan secukupnya, enjin akan cepat musnah. Bagi
      mencapai keberkesanan maksimum, minyak enjin dipengaruhi oleh kualiti tertentu iaitu
      kebolehan membasah yang baik, kelikatan yang betul, pemeluwap ketika kendalian
      minimum, tidak bertoksik, tiada endapan yang merosakkan, dan tiada kecederungan
      longgokan varnish, gam serta endapan cemar. Sistem pengambilan udara, sistem
      pendinginan dan sistem bahan api mestilah diselenggara dengan betul. Penuras minyak
      mestilah ditukar secara berkala dan suhu pendingin mesti diselenggara di antara 85°C
      hingga 96°C bagi membolehkan minyak pelincir berfungsi dengan sempurna.




2.0   PELINCIRAN

      Sistem pelinciran membekalkan minyak ke semua bahagian yang bergerak dalam enjin.
      Pam minyak menyedut minyak daripada takungan minyak dan kemudian menghantar
      minyak melalui saluran galas utama melalui lubang minyak yang digerudi dalam aci
      engkol ke galas rod penyambung. Sesetengah minyak mengalir daripada kelegaan
      minyak galas kemudian disimbah ke bahagian yang bergerak. Pada masa yang sama,
      minyak mengalir melalui saluran minyak ke kepala silinder. Di sini minyak melalui
      kolong minyak untuk melicirkan galas aci sesondol dan bahagian rangkaian injap.




                                                                                              1
VET 3013   [LAPORAN AMALI 5]

      Selepas minyak mengelilingi semua bahagian enjin, ia jatuh semula ke dalam takungan
      minyak.

      Minyak mengalir ke atas melalui geronggang rod tunjal untuk melicinkan lengan
      jumpelang dan batang injap. Sesetengah minyak disimbah melalui rod penyambung ke
      dinding silinder. Dalam enjin jenis V, minyak disimbah ke dinding silinder yang
      bertentangan dalam baris silinder lain. Ia melincirkan omboh, gelang omboh dan cemat
      omboh. Kebanyakkan enjin mempunyai alur temu kecil atau liang sembur dalam setiap
      rod peyambung. Bukaan menyediakan pelinciran tambahan omboh dan dinding silinder.
      Liang sembur akan menyembur minyak apabila liang dalam rod sejajar dengan liang
      minyak jurnal aci engkol sekali setiap pusingan. Sistem pelinciran menjalankan beberapa
      tugasan penting dalam enjin. Justeru, ia mestilah mempunyai bekalan minyak pelincir
      yang cukup untuk mendingin atau menyejuk, membersih, melincir dan mengedap enjin.
      Ia juga menyingkirkan pencemaran daripada minyak dan menghantar minyak ke semua
      kawasan yang diperlukan dalam enjin.




3.0   KADAR SERVIS MINYAK

      Minyak dikadarkan oleh angka kelikatan dan kadar servis. Amerika Petroleum Institut
      (API) telah mengorak kadar servis minyak pelincir yang memudahkan pemilihan minyak.
      API mengkelaskan minyak pelincir sebagai piawai atau kelas S untuk kereta penumpang
      dan trak perdagangan tugas ringan atau kelas C untuk kegunaan trak perdagangan tugas
      berat. Sebagai tambahan, pelbagai gred minyak dalam setiap kelas dikelaskan secara
      abjad bergantung kepada kebolehan memenuhi spesifikasi jaminan pengilang enjin.

      Kini kadaran untuk enjin petrol terdiri daripada SA,SB,SC,SD,SE,SF, SG, SH hingga SL.
      Minyak SA ialah minyak mentah tulen tanpa bahan tambahan dan direka bentuk untuk
      kegunaan tugas yang sangat ringan. Minyak SB hingga SJ pula diubahsuai bagi
      memenuhi keperluan enjin semasa. Minyak SJ disyorkan untuk kebanyakkan kenderaan
      masa kini.




                                                                                                2
VET 3013     [LAPORAN AMALI 5]

      Kadaran untuk enjin diesel pula terdiri daripada CA,CB,CC,CD,CE,CF,CG,CH hingga
      CL. Minyak CA ialah minyak mentah tulen tanpa bahan tambahan dan direka bentuk
      untuk kegunaan tugas yang sangat ringan. Minyak CB hingga CJ pula telah diubahsuai
      bagi memnuhi keperluan enjin semasa. Minyak CJ disyorkan untuk kebanyakkan
      kenderaan masa kini.

      Disamping bahan tambahan minyak, faktor kelikatan minyak sangat penting dalam
      memilih minyak pelincir. Kelikatan ialah kebolehan minyak mengalir dan kelikatan
      dipengaruhi oleh suhu. Sebagai contoh, minyak panas akan mengalir lebih pantas
      berbanding minyak sejuk. Kadar aliran minyak ini amat penting bagi menentukan hayat
      enjin. Oleh sebab enjin dikendali di bawah kadar suhu yang besar, memilih kelikatan
      yang betul menjadi satu perkara yang sangat penting. Pengkelasan SAE dan kadaran API
      lazimnya tertera di luar bekas minyak pelincir. Memilih minyak secara khusu yang
      memenuhi atau melebihi syor pengilang dan dengan menukar minyak secara teratur
      membolehkan pemilik memperolehi hayat servis enjin yang maksimum.




4.0   PENGGUNAAN MINYAK

      Penggunaan minyak yang berlebihan boleh berpunca daripada kebocoran dalaman dan
      luaran, kerosakan peralatan tambahan, atau kerosakan gelang omboh dan pandu injap.
      Kebocoran dalaman akan menyebabkan minyak terbakar dan sukar didiagnosis. Untuk
      mendiagnosis enjin yang menggunakan terlalu banyak minyak mulakan dengan
      menyemak kebocoran luaran enjin. Kebocoran boleh berlaku pada gasket, penutup injap,
      palam pengembang aci sesondol, penuras minyak, kedap minyak hadapan dan belakang,
      gasket tekungan minyak, gasket pam bahan api, dan penutup gear pemasaan. Walaupun
      hanya berlaku kebocoran minyak kecil, namun ia masih menyebabkan penggunaan
      minyak berlebihan. Kehilangan tiga titik minyak bagi setiap pergerakan 100 meter boleh
      menyebabkan kehilangan minyak sebanyak 8 liter bagi setiap 1600 km. kebocoran luaran
      boleh berlaku di bawah aci engkol normal dan tidak normal.




                                                                                               3
VET 3013    [LAPORAN AMALI 5]

5.0    OBJEKTIF

1. Memahami sistem pelinciran dalam enjin.

2.    Mempelajari dan mengetahui fungsi komponen-komponen yang terdapat dalam sistem
pelinciran.

3. Merombak dan merawat sistem pelinciran.




6.0    KOMPONEN UTAMA SISTEM PELINCIRAN

       Komponen utama dalam sistem pelinciran adalah seperti berikut:

PAM MINYAK

Pam minyak ialah jantung kepada sistem pelinciran. Seperti jantung manusia di mana darah
mengalir mengelilingi bafan manusia melalui pembuluh darah, pam minyak pula mengedarkan
minyak pelincir ke sistem saluran dalam enjin. Pam minyak biasanya ditempatkan dalam
takungan minyak enjin. Ia bertujuan untuk membekalkan minyak pelincir ke bahagian yang
bergerak dalam enjin. Isi padu minyak yang dialairkan adalah bergantung pada isi padu minyak
pelincir yang berada dalam takung.




PIKAP PAM MINYAK

Pikap pam minyak ialah satu saluran daripada pam minyak ke bekalan minyak dalam takungan
minyak pelincir. Ia biasanya mengandungi satu saringan penuras yang direndamkan ke dalam
minyak sepanjang masa. Penyaring berfungsi sebagai mengelakkan butiran kasar daripada
masuk ke dalam pam minyak. Penyaring perlu dibersihkan setiap kali takungan minyak diservis.




                                                                                               4
VET 3013    [LAPORAN AMALI 5]




                                 Rajah: Penyaring Pam Minyak




TAKUNGAN MINYAK

Takungan minyak dikepilkan ke kotak engkol atau bongkah. Ia bertindak sebagai takungan
untuk minyak pelincir. Ia direka bentuk untuk menakung jumlah minyak yang diperlukan bagi
melincirkan enjin apabila enjin berkendali. Takungan minyak membantu mendinginkan minyak
pelincir melalui sentuhan udara luar.




                                Rajah : Tangki Minyak Pelincir




PENURAS MINYAK

Minyak pelincir mengalir daripada pam minyak di bawah tekanan lolos melalui satu penuras.
Sebarang benda asing yang terapung dalam minyak akan dituras sebelum dihantar ke sistem.
Hal ini mengelakkan benda asing daripada mengalir mengelilingi enjin dan boleh menyebabkan


                                                                                             5
VET 3013    [LAPORAN AMALI 5]

haus pramatang. Penuras juga dapat memanjangkan hayat penggunaan minyak pelincir. Penuras
minyak pelincir dilengkapi dengan injap pirau untuk memiraukan minyak apabila penuras
tersumbat. Penuras minyak pelincir mempunyai injap pelega yang bertujuan untuk mengelakkan
pengaliran minyak daripada penuras apabila enjin tidak berkendali. Hal ini membolehkan enjin
yang dihidupkan mempunyai tekanan minyak pelincir.




                               Rajah : Penuras Minyak Pelincir




GASKET DAN KEDAP MINYAK

Gasket dan kedap minyak digunakan pada kebanyakkan bahagian enjin bagi mengelakkan
kebocoran dalaman dan luaran. Bahan yang biasa digunakan untuk mengedap ialah getah tiruan,
plastik lembut, gentian dan gabus. Pada kawasan kritikal bahan tersebut diikat terus pada logam.




                                        Rajah: Gasket




                                                                                                   6
VET 3013     [LAPORAN AMALI 5]

TOLOK CELUP

Tolok celup digunakan untuk mengukur aras minyak pelincir dalam takungan minyak. Hujung
tolok celup ditandakan untuk menunjukkan apabila aras minyak pelincir pada kedudukan yang
betul. Ia juga mempunyai tanda untuk menunjukkan minyak perlu ditambah atau tidak.




                                     Rajah: Tolok Celup




PENDINGIN MINYAK

Sesetengah enjin seperti enjin diesel atau enjin bercas turbo menggunakan pendingin minyak
luaran. Lazimnya ia menyerupai penyinar kecil dan dicagak di hadapan enjin. Haba
disingkirkan daripada minyak sebaik sahaja udara mengalir melalui pendingin. Suhu minyak
enjin maksimum normal ialah 121°C (250°F). Minyak panas yang bercampur dengan oksigen
akan dioksida dan membentuk karbon serta varnish. Suhu tinggi akan menyebabkan lebih
pantas longgokan terbina. Pendingin minyak membentuk minyak pelincir agar sentiasa berada
pada kendalian suhu normal.




                                                                                             7
VET 3013    [LAPORAN AMALI 5]

SALURAN MINYAK

Minyak mengalir daripada penuras ke dalam saluran minyak pelincir. Saluran minyak pelincir
ini mengandungi liang bergerudi bersambung lengkap dalam bongkah silinder. Hujung luar
saluran disumbat supaya minyak pelincir boleh beredar melalui saluran ini ke bahagian-
bahagian enjin. Aci engkol juga mempunyai saluran yang mengalirkan minyak pelincir daripada
galas utama ke permukaan galas rod penyambung.




7.0   PERALATAN




       Nama: Spanar Gabung                                 Nama: Spanar Soket
    Kegunaan: membuka nat pada                        Kegunaan: Untuk membuka dan
 bahagian tangki minyak pelincir dan                   mencengkam kepala bolt pada
       penyaring pam minyak                           bahgian tangki minyak pelincir.




    Nama: Spanar Gelang dan T                             Nama: Spana Swalaras
      Kegunaan: Mengetat dan                             Kegunaan: Mengetat dan
  melonggarkan skru penutup tangki                     melonggarkan penapis minyak
         minyak pelincir.                                       pelincir.


                                                                                              8
VET 3013   [LAPORAN AMALI 5]




8.0   LANGKAH KERJA MENSERVIS




             Tutup suis enjin bagi mematikan pergerakan dan pengoperasian enjin.




               Buka tudung kepala silinder bagi membenarkan pengaliran udara
                  berlaku apabila membuka penutup tangki minyak pelincir.




                                                                                   9
VET 3013     [LAPORAN AMALI 5]




Buka penutup tangki minyak pelincir dan tadahkan penangkung bagi
menangkung minyak pelincir yang keluar dari tangki minyak pelincir.




           Selepas semua minyak pelincir yang berada dalam tangki
        minyak pelincir dibuang, lakukan kerja-kerja membuka skru
           untuk membuka tangki minyak pelincir bagi kerja-kerja
                    pembersihan tangki minyak pelincir.




                                                                      10
VET 3013    [LAPORAN AMALI 5]




    Bahagian dalam tangki minyak pelincir setelah diasingkan
    dari enjin. Lakukan pembersihan dengan menggunakan
    minyak petrol untuk membunag kotoran dan jika berlakunya
    kerosakan pada gasket. Gantikan gasket yang baru.




Gantikan penapis minyak pelincir jika didapati rosak atau tidak boleh
                          digunakan lagi.




                                                                        11
VET 3013   [LAPORAN AMALI 5]




Lakukan kerja-kerja memasang semula iaitu tangki minyak pelincir
   penyedut minyak pelincir dan penapis minyak pelincir pada
                        kedudukan asal.




   Lakukan kerja-kerja memasukan minyak pelincir yang baru
   melalui lubang saluran minyak pelincir yang berada pada
   kepala selinder.




                                                                   12
VET 3013    [LAPORAN AMALI 5]




Setelah selesai memasukan minyak pelincir yang baru. Pastikan minyak
 pelincir yang diisi mengikut sukatan yang betul dengan melihat pada
     tolok celup. Pastikan tolok celup dikeringkan dahulu sebelum
                memeriksa tahap penuh minyak pelincir.




       Setelah minyak pelincir sudah mencapai tahap penuh yang
    diperlukan iaitu tahap maximum. Tutup kembali penutup saluran
      minyal pelincir yang berada pada kepala silinder. Selepas itu,
     hidupkan enjin bagi memberikan pengaliran minyak pelincir ke
                         seluruh bahagian enjin.




                                                                       13
VET 3013   [LAPORAN AMALI 5]

9.0      PERBINCANGAN

       Pembelajaran secara kaedah pengajaran berasakan projek telah mencapai tahap pemahaman
       pengendalian sistem pelinciran. Rombak rawat sistem pelinciran merupakan pendekatan
       yang lebih baik berbanding dengan pembelajaran kaedah pengajaran langsung. Suasana
       bengkel juga kurang memuaskan kerana tidak mempunyai kelengkapan pembelajaran.
       Walaubagaimanapun kami telah memepelajari bagaimana mensrvis sistem pelinciran
       dengan baik.

       Kami berharap Fakulti Pendidikan Teknik Vokasional menyediakan bengkel yang
       mempunyai kemudahan belajar dan menyediakan lebih banyak kemudahan seperti minyak
       pelincir dan peralatan yang sesuai untuk digunakan bagi pengajaran dan penerangan yang
       disampaikan diterima oleh pelajar sepenuhnya.




10.0     KESIMPULAN

         Kesimpulan yang dapat dihasilkan oleh kumpulan kami adalah mengenai aktiviti
menservis sistem pelinciran enjin. Aktiviti ini dapat mengatasi masalah yang dialami oleh
pengguna. Sistem pelinciran enjin sangat penting kerana sistem ini juga menyejukkan enjin dan
melincirkan pergrakan omboh dalam lejang. Sesebuah enjin hendaklah sentiasa berada dalam
keadaan yang baik agar kenderaan dapat bertahan lebih lama dan pengguna hendaklah
memastikan sistem pelinciran dalam keadaan baik. Dengan kemudahan yang disediakan di
dalam bengkel, pelajar dapat belajar menservis sistem pelinciran enjin dan dapat
mengaplikasikan pada masa akan datang. Selain itu, dengan kemudahan yang disediakan dapat
mendidik pelajar di dalam situasi yang sebenar. Pengalaman dalam situasi yang sebenar dengan
hanya belajar secara teori sangat berbeza. Pelajar harus mempunyai pengalaman dalam
merombak dan merawat sistem pelinciran untuk memudahkan pelajar mengingati dan
memahirkan pelajar sebelum mengajar di sekolah.




                                                                                                14

More Related Content

What's hot

Electronic diesel fuel injection (EDFI) & commonrail engine
Electronic diesel fuel injection (EDFI) & commonrail engineElectronic diesel fuel injection (EDFI) & commonrail engine
Electronic diesel fuel injection (EDFI) & commonrail engineHafidzanZabidi1
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6Asraf Malik
 
Alat-alat pengujian asas elektrik
Alat-alat pengujian asas elektrikAlat-alat pengujian asas elektrik
Alat-alat pengujian asas elektrikYuseri Bujang
 
topik 5 pengikat berulir
 topik 5 pengikat berulir topik 5 pengikat berulir
topik 5 pengikat berulirAyubkhan Kks
 
Sistem elektronik kenderaan
Sistem elektronik kenderaanSistem elektronik kenderaan
Sistem elektronik kenderaanameramin
 
Merombak gandar belakang dan kerbeda
Merombak gandar belakang dan kerbeda Merombak gandar belakang dan kerbeda
Merombak gandar belakang dan kerbeda Kizizikachi Izzat
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanYong Shahriah
 
Blog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraanBlog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraanVerard Jose
 
SISTEM KLAC-TOPIK 3: MENSERVIS PAM KLAC HIDRAULIK
SISTEM KLAC-TOPIK 3: MENSERVIS PAM KLAC HIDRAULIKSISTEM KLAC-TOPIK 3: MENSERVIS PAM KLAC HIDRAULIK
SISTEM KLAC-TOPIK 3: MENSERVIS PAM KLAC HIDRAULIKMuhammad Amirul
 
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkelRbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkelIPG
 

What's hot (20)

SISTEM KAWALAN
SISTEM KAWALANSISTEM KAWALAN
SISTEM KAWALAN
 
Hidraulik
HidraulikHidraulik
Hidraulik
 
9. fuse
9. fuse9. fuse
9. fuse
 
Electronic diesel fuel injection (EDFI) & commonrail engine
Electronic diesel fuel injection (EDFI) & commonrail engineElectronic diesel fuel injection (EDFI) & commonrail engine
Electronic diesel fuel injection (EDFI) & commonrail engine
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
 
Alat-alat pengujian asas elektrik
Alat-alat pengujian asas elektrikAlat-alat pengujian asas elektrik
Alat-alat pengujian asas elektrik
 
Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)
 
topik 5 pengikat berulir
 topik 5 pengikat berulir topik 5 pengikat berulir
topik 5 pengikat berulir
 
Sistem elektronik kenderaan
Sistem elektronik kenderaanSistem elektronik kenderaan
Sistem elektronik kenderaan
 
Merombak gandar belakang dan kerbeda
Merombak gandar belakang dan kerbeda Merombak gandar belakang dan kerbeda
Merombak gandar belakang dan kerbeda
 
Laporan Pendawaian
Laporan PendawaianLaporan Pendawaian
Laporan Pendawaian
 
7. litar elektrik
7. litar elektrik7. litar elektrik
7. litar elektrik
 
Sistem pelinciran edit
Sistem pelinciran editSistem pelinciran edit
Sistem pelinciran edit
 
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis PenyelenggaraanJenis- Jenis Penyelenggaraan
Jenis- Jenis Penyelenggaraan
 
Blog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraanBlog lukisan kejuruteraan
Blog lukisan kejuruteraan
 
6.1 color coding
6.1 color coding6.1 color coding
6.1 color coding
 
8.1 multimeter
8.1 multimeter8.1 multimeter
8.1 multimeter
 
SISTEM KLAC-TOPIK 3: MENSERVIS PAM KLAC HIDRAULIK
SISTEM KLAC-TOPIK 3: MENSERVIS PAM KLAC HIDRAULIKSISTEM KLAC-TOPIK 3: MENSERVIS PAM KLAC HIDRAULIK
SISTEM KLAC-TOPIK 3: MENSERVIS PAM KLAC HIDRAULIK
 
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkelRbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
Rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
 
3. switch
3. switch3. switch
3. switch
 

Viewers also liked (20)

Amali memasang enjin
Amali memasang enjinAmali memasang enjin
Amali memasang enjin
 
Sistem enjin
Sistem enjinSistem enjin
Sistem enjin
 
melepas_dan_memasang_cylinder_head_group
melepas_dan_memasang_cylinder_head_groupmelepas_dan_memasang_cylinder_head_group
melepas_dan_memasang_cylinder_head_group
 
Enjin 4 lejang
Enjin 4 lejangEnjin 4 lejang
Enjin 4 lejang
 
Enjin KHB tingkatan 3
Enjin KHB tingkatan 3Enjin KHB tingkatan 3
Enjin KHB tingkatan 3
 
Enjin
EnjinEnjin
Enjin
 
Binaan palam pencucuh ( spark plug )
Binaan palam pencucuh ( spark plug )Binaan palam pencucuh ( spark plug )
Binaan palam pencucuh ( spark plug )
 
Radiator
Radiator Radiator
Radiator
 
Radiator
Radiator Radiator
Radiator
 
Sistem bahan api
Sistem bahan api Sistem bahan api
Sistem bahan api
 
Injin pembakaran dalam
Injin pembakaran dalamInjin pembakaran dalam
Injin pembakaran dalam
 
Basic enjin
Basic enjinBasic enjin
Basic enjin
 
Ekzos
EkzosEkzos
Ekzos
 
Penapis udara / Air filter
Penapis udara / Air filterPenapis udara / Air filter
Penapis udara / Air filter
 
52562623 sistem-tuas
52562623 sistem-tuas52562623 sistem-tuas
52562623 sistem-tuas
 
Pengenalan ABS
Pengenalan ABSPengenalan ABS
Pengenalan ABS
 
Asas kendalian enjin
Asas kendalian enjinAsas kendalian enjin
Asas kendalian enjin
 
Bengkel elektrik
Bengkel elektrikBengkel elektrik
Bengkel elektrik
 
Tayar
TayarTayar
Tayar
 
Tire changer
 Tire changer Tire changer
Tire changer
 

More from Zulkifli Hamzah

More from Zulkifli Hamzah (15)

Bangunan bersejarah di Malaysia
Bangunan bersejarah di MalaysiaBangunan bersejarah di Malaysia
Bangunan bersejarah di Malaysia
 
Slide rancangan perniagaan
Slide rancangan perniagaanSlide rancangan perniagaan
Slide rancangan perniagaan
 
NOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTANOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTA
 
NOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTANOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTA
 
NOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTA NOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTA
 
NOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTA NOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTA
 
NOTA khb ELEKTRIK TG 1
NOTA khb ELEKTRIK TG 1NOTA khb ELEKTRIK TG 1
NOTA khb ELEKTRIK TG 1
 
nota rekacipta
nota rekacipta nota rekacipta
nota rekacipta
 
nota reka cipta
nota reka ciptanota reka cipta
nota reka cipta
 
NOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTA NOTA REKA CIPTA
NOTA REKA CIPTA
 
Report amali kimpalan
Report amali kimpalanReport amali kimpalan
Report amali kimpalan
 
Report jahit blaus kasual
Report jahit blaus kasualReport jahit blaus kasual
Report jahit blaus kasual
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
 
ROSELLE
ROSELLEROSELLE
ROSELLE
 
Kajian lapangan ladang ternakan ikan
Kajian lapangan ladang ternakan ikanKajian lapangan ladang ternakan ikan
Kajian lapangan ladang ternakan ikan
 

Report amali 3

  • 1. VET 3013 [LAPORAN AMALI 5] SISTEM PELINCIRAN 1.0 PENGENALAN Minyak pelincir mestilah mampu bertahan terhadap suhu lampau dan kejutan beban. Ia juga mestilah membentuk kedapan gelangsar di antara gelang omboh dan dinding silinder dengan lapisan minyak yang cukup tebal bagi meminimumkan geseran bendalir. Minyak pelincir juga berfungsi sebagai separuh penulen bagi memegang butiran padu yang terampai sehingga disingkirkan oleh penuras. Sesetengah butir yang sangat halus akan kekal terampai dalam minyak sehingga minyak diganti. Hayat enjin bergantung sepenuhnya kepada sistem pelinciran dan pendinginan. Jika enjin tidak mempunyai bekalan minyak atau tidak dapat didinginkan secukupnya, enjin akan cepat musnah. Bagi mencapai keberkesanan maksimum, minyak enjin dipengaruhi oleh kualiti tertentu iaitu kebolehan membasah yang baik, kelikatan yang betul, pemeluwap ketika kendalian minimum, tidak bertoksik, tiada endapan yang merosakkan, dan tiada kecederungan longgokan varnish, gam serta endapan cemar. Sistem pengambilan udara, sistem pendinginan dan sistem bahan api mestilah diselenggara dengan betul. Penuras minyak mestilah ditukar secara berkala dan suhu pendingin mesti diselenggara di antara 85°C hingga 96°C bagi membolehkan minyak pelincir berfungsi dengan sempurna. 2.0 PELINCIRAN Sistem pelinciran membekalkan minyak ke semua bahagian yang bergerak dalam enjin. Pam minyak menyedut minyak daripada takungan minyak dan kemudian menghantar minyak melalui saluran galas utama melalui lubang minyak yang digerudi dalam aci engkol ke galas rod penyambung. Sesetengah minyak mengalir daripada kelegaan minyak galas kemudian disimbah ke bahagian yang bergerak. Pada masa yang sama, minyak mengalir melalui saluran minyak ke kepala silinder. Di sini minyak melalui kolong minyak untuk melicirkan galas aci sesondol dan bahagian rangkaian injap. 1
  • 2. VET 3013 [LAPORAN AMALI 5] Selepas minyak mengelilingi semua bahagian enjin, ia jatuh semula ke dalam takungan minyak. Minyak mengalir ke atas melalui geronggang rod tunjal untuk melicinkan lengan jumpelang dan batang injap. Sesetengah minyak disimbah melalui rod penyambung ke dinding silinder. Dalam enjin jenis V, minyak disimbah ke dinding silinder yang bertentangan dalam baris silinder lain. Ia melincirkan omboh, gelang omboh dan cemat omboh. Kebanyakkan enjin mempunyai alur temu kecil atau liang sembur dalam setiap rod peyambung. Bukaan menyediakan pelinciran tambahan omboh dan dinding silinder. Liang sembur akan menyembur minyak apabila liang dalam rod sejajar dengan liang minyak jurnal aci engkol sekali setiap pusingan. Sistem pelinciran menjalankan beberapa tugasan penting dalam enjin. Justeru, ia mestilah mempunyai bekalan minyak pelincir yang cukup untuk mendingin atau menyejuk, membersih, melincir dan mengedap enjin. Ia juga menyingkirkan pencemaran daripada minyak dan menghantar minyak ke semua kawasan yang diperlukan dalam enjin. 3.0 KADAR SERVIS MINYAK Minyak dikadarkan oleh angka kelikatan dan kadar servis. Amerika Petroleum Institut (API) telah mengorak kadar servis minyak pelincir yang memudahkan pemilihan minyak. API mengkelaskan minyak pelincir sebagai piawai atau kelas S untuk kereta penumpang dan trak perdagangan tugas ringan atau kelas C untuk kegunaan trak perdagangan tugas berat. Sebagai tambahan, pelbagai gred minyak dalam setiap kelas dikelaskan secara abjad bergantung kepada kebolehan memenuhi spesifikasi jaminan pengilang enjin. Kini kadaran untuk enjin petrol terdiri daripada SA,SB,SC,SD,SE,SF, SG, SH hingga SL. Minyak SA ialah minyak mentah tulen tanpa bahan tambahan dan direka bentuk untuk kegunaan tugas yang sangat ringan. Minyak SB hingga SJ pula diubahsuai bagi memenuhi keperluan enjin semasa. Minyak SJ disyorkan untuk kebanyakkan kenderaan masa kini. 2
  • 3. VET 3013 [LAPORAN AMALI 5] Kadaran untuk enjin diesel pula terdiri daripada CA,CB,CC,CD,CE,CF,CG,CH hingga CL. Minyak CA ialah minyak mentah tulen tanpa bahan tambahan dan direka bentuk untuk kegunaan tugas yang sangat ringan. Minyak CB hingga CJ pula telah diubahsuai bagi memnuhi keperluan enjin semasa. Minyak CJ disyorkan untuk kebanyakkan kenderaan masa kini. Disamping bahan tambahan minyak, faktor kelikatan minyak sangat penting dalam memilih minyak pelincir. Kelikatan ialah kebolehan minyak mengalir dan kelikatan dipengaruhi oleh suhu. Sebagai contoh, minyak panas akan mengalir lebih pantas berbanding minyak sejuk. Kadar aliran minyak ini amat penting bagi menentukan hayat enjin. Oleh sebab enjin dikendali di bawah kadar suhu yang besar, memilih kelikatan yang betul menjadi satu perkara yang sangat penting. Pengkelasan SAE dan kadaran API lazimnya tertera di luar bekas minyak pelincir. Memilih minyak secara khusu yang memenuhi atau melebihi syor pengilang dan dengan menukar minyak secara teratur membolehkan pemilik memperolehi hayat servis enjin yang maksimum. 4.0 PENGGUNAAN MINYAK Penggunaan minyak yang berlebihan boleh berpunca daripada kebocoran dalaman dan luaran, kerosakan peralatan tambahan, atau kerosakan gelang omboh dan pandu injap. Kebocoran dalaman akan menyebabkan minyak terbakar dan sukar didiagnosis. Untuk mendiagnosis enjin yang menggunakan terlalu banyak minyak mulakan dengan menyemak kebocoran luaran enjin. Kebocoran boleh berlaku pada gasket, penutup injap, palam pengembang aci sesondol, penuras minyak, kedap minyak hadapan dan belakang, gasket tekungan minyak, gasket pam bahan api, dan penutup gear pemasaan. Walaupun hanya berlaku kebocoran minyak kecil, namun ia masih menyebabkan penggunaan minyak berlebihan. Kehilangan tiga titik minyak bagi setiap pergerakan 100 meter boleh menyebabkan kehilangan minyak sebanyak 8 liter bagi setiap 1600 km. kebocoran luaran boleh berlaku di bawah aci engkol normal dan tidak normal. 3
  • 4. VET 3013 [LAPORAN AMALI 5] 5.0 OBJEKTIF 1. Memahami sistem pelinciran dalam enjin. 2. Mempelajari dan mengetahui fungsi komponen-komponen yang terdapat dalam sistem pelinciran. 3. Merombak dan merawat sistem pelinciran. 6.0 KOMPONEN UTAMA SISTEM PELINCIRAN Komponen utama dalam sistem pelinciran adalah seperti berikut: PAM MINYAK Pam minyak ialah jantung kepada sistem pelinciran. Seperti jantung manusia di mana darah mengalir mengelilingi bafan manusia melalui pembuluh darah, pam minyak pula mengedarkan minyak pelincir ke sistem saluran dalam enjin. Pam minyak biasanya ditempatkan dalam takungan minyak enjin. Ia bertujuan untuk membekalkan minyak pelincir ke bahagian yang bergerak dalam enjin. Isi padu minyak yang dialairkan adalah bergantung pada isi padu minyak pelincir yang berada dalam takung. PIKAP PAM MINYAK Pikap pam minyak ialah satu saluran daripada pam minyak ke bekalan minyak dalam takungan minyak pelincir. Ia biasanya mengandungi satu saringan penuras yang direndamkan ke dalam minyak sepanjang masa. Penyaring berfungsi sebagai mengelakkan butiran kasar daripada masuk ke dalam pam minyak. Penyaring perlu dibersihkan setiap kali takungan minyak diservis. 4
  • 5. VET 3013 [LAPORAN AMALI 5] Rajah: Penyaring Pam Minyak TAKUNGAN MINYAK Takungan minyak dikepilkan ke kotak engkol atau bongkah. Ia bertindak sebagai takungan untuk minyak pelincir. Ia direka bentuk untuk menakung jumlah minyak yang diperlukan bagi melincirkan enjin apabila enjin berkendali. Takungan minyak membantu mendinginkan minyak pelincir melalui sentuhan udara luar. Rajah : Tangki Minyak Pelincir PENURAS MINYAK Minyak pelincir mengalir daripada pam minyak di bawah tekanan lolos melalui satu penuras. Sebarang benda asing yang terapung dalam minyak akan dituras sebelum dihantar ke sistem. Hal ini mengelakkan benda asing daripada mengalir mengelilingi enjin dan boleh menyebabkan 5
  • 6. VET 3013 [LAPORAN AMALI 5] haus pramatang. Penuras juga dapat memanjangkan hayat penggunaan minyak pelincir. Penuras minyak pelincir dilengkapi dengan injap pirau untuk memiraukan minyak apabila penuras tersumbat. Penuras minyak pelincir mempunyai injap pelega yang bertujuan untuk mengelakkan pengaliran minyak daripada penuras apabila enjin tidak berkendali. Hal ini membolehkan enjin yang dihidupkan mempunyai tekanan minyak pelincir. Rajah : Penuras Minyak Pelincir GASKET DAN KEDAP MINYAK Gasket dan kedap minyak digunakan pada kebanyakkan bahagian enjin bagi mengelakkan kebocoran dalaman dan luaran. Bahan yang biasa digunakan untuk mengedap ialah getah tiruan, plastik lembut, gentian dan gabus. Pada kawasan kritikal bahan tersebut diikat terus pada logam. Rajah: Gasket 6
  • 7. VET 3013 [LAPORAN AMALI 5] TOLOK CELUP Tolok celup digunakan untuk mengukur aras minyak pelincir dalam takungan minyak. Hujung tolok celup ditandakan untuk menunjukkan apabila aras minyak pelincir pada kedudukan yang betul. Ia juga mempunyai tanda untuk menunjukkan minyak perlu ditambah atau tidak. Rajah: Tolok Celup PENDINGIN MINYAK Sesetengah enjin seperti enjin diesel atau enjin bercas turbo menggunakan pendingin minyak luaran. Lazimnya ia menyerupai penyinar kecil dan dicagak di hadapan enjin. Haba disingkirkan daripada minyak sebaik sahaja udara mengalir melalui pendingin. Suhu minyak enjin maksimum normal ialah 121°C (250°F). Minyak panas yang bercampur dengan oksigen akan dioksida dan membentuk karbon serta varnish. Suhu tinggi akan menyebabkan lebih pantas longgokan terbina. Pendingin minyak membentuk minyak pelincir agar sentiasa berada pada kendalian suhu normal. 7
  • 8. VET 3013 [LAPORAN AMALI 5] SALURAN MINYAK Minyak mengalir daripada penuras ke dalam saluran minyak pelincir. Saluran minyak pelincir ini mengandungi liang bergerudi bersambung lengkap dalam bongkah silinder. Hujung luar saluran disumbat supaya minyak pelincir boleh beredar melalui saluran ini ke bahagian- bahagian enjin. Aci engkol juga mempunyai saluran yang mengalirkan minyak pelincir daripada galas utama ke permukaan galas rod penyambung. 7.0 PERALATAN Nama: Spanar Gabung Nama: Spanar Soket Kegunaan: membuka nat pada Kegunaan: Untuk membuka dan bahagian tangki minyak pelincir dan mencengkam kepala bolt pada penyaring pam minyak bahgian tangki minyak pelincir. Nama: Spanar Gelang dan T Nama: Spana Swalaras Kegunaan: Mengetat dan Kegunaan: Mengetat dan melonggarkan skru penutup tangki melonggarkan penapis minyak minyak pelincir. pelincir. 8
  • 9. VET 3013 [LAPORAN AMALI 5] 8.0 LANGKAH KERJA MENSERVIS Tutup suis enjin bagi mematikan pergerakan dan pengoperasian enjin. Buka tudung kepala silinder bagi membenarkan pengaliran udara berlaku apabila membuka penutup tangki minyak pelincir. 9
  • 10. VET 3013 [LAPORAN AMALI 5] Buka penutup tangki minyak pelincir dan tadahkan penangkung bagi menangkung minyak pelincir yang keluar dari tangki minyak pelincir. Selepas semua minyak pelincir yang berada dalam tangki minyak pelincir dibuang, lakukan kerja-kerja membuka skru untuk membuka tangki minyak pelincir bagi kerja-kerja pembersihan tangki minyak pelincir. 10
  • 11. VET 3013 [LAPORAN AMALI 5] Bahagian dalam tangki minyak pelincir setelah diasingkan dari enjin. Lakukan pembersihan dengan menggunakan minyak petrol untuk membunag kotoran dan jika berlakunya kerosakan pada gasket. Gantikan gasket yang baru. Gantikan penapis minyak pelincir jika didapati rosak atau tidak boleh digunakan lagi. 11
  • 12. VET 3013 [LAPORAN AMALI 5] Lakukan kerja-kerja memasang semula iaitu tangki minyak pelincir penyedut minyak pelincir dan penapis minyak pelincir pada kedudukan asal. Lakukan kerja-kerja memasukan minyak pelincir yang baru melalui lubang saluran minyak pelincir yang berada pada kepala selinder. 12
  • 13. VET 3013 [LAPORAN AMALI 5] Setelah selesai memasukan minyak pelincir yang baru. Pastikan minyak pelincir yang diisi mengikut sukatan yang betul dengan melihat pada tolok celup. Pastikan tolok celup dikeringkan dahulu sebelum memeriksa tahap penuh minyak pelincir. Setelah minyak pelincir sudah mencapai tahap penuh yang diperlukan iaitu tahap maximum. Tutup kembali penutup saluran minyal pelincir yang berada pada kepala silinder. Selepas itu, hidupkan enjin bagi memberikan pengaliran minyak pelincir ke seluruh bahagian enjin. 13
  • 14. VET 3013 [LAPORAN AMALI 5] 9.0 PERBINCANGAN Pembelajaran secara kaedah pengajaran berasakan projek telah mencapai tahap pemahaman pengendalian sistem pelinciran. Rombak rawat sistem pelinciran merupakan pendekatan yang lebih baik berbanding dengan pembelajaran kaedah pengajaran langsung. Suasana bengkel juga kurang memuaskan kerana tidak mempunyai kelengkapan pembelajaran. Walaubagaimanapun kami telah memepelajari bagaimana mensrvis sistem pelinciran dengan baik. Kami berharap Fakulti Pendidikan Teknik Vokasional menyediakan bengkel yang mempunyai kemudahan belajar dan menyediakan lebih banyak kemudahan seperti minyak pelincir dan peralatan yang sesuai untuk digunakan bagi pengajaran dan penerangan yang disampaikan diterima oleh pelajar sepenuhnya. 10.0 KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat dihasilkan oleh kumpulan kami adalah mengenai aktiviti menservis sistem pelinciran enjin. Aktiviti ini dapat mengatasi masalah yang dialami oleh pengguna. Sistem pelinciran enjin sangat penting kerana sistem ini juga menyejukkan enjin dan melincirkan pergrakan omboh dalam lejang. Sesebuah enjin hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang baik agar kenderaan dapat bertahan lebih lama dan pengguna hendaklah memastikan sistem pelinciran dalam keadaan baik. Dengan kemudahan yang disediakan di dalam bengkel, pelajar dapat belajar menservis sistem pelinciran enjin dan dapat mengaplikasikan pada masa akan datang. Selain itu, dengan kemudahan yang disediakan dapat mendidik pelajar di dalam situasi yang sebenar. Pengalaman dalam situasi yang sebenar dengan hanya belajar secara teori sangat berbeza. Pelajar harus mempunyai pengalaman dalam merombak dan merawat sistem pelinciran untuk memudahkan pelajar mengingati dan memahirkan pelajar sebelum mengajar di sekolah. 14