SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
SMP KOHOT 5/SEP 08
                                                                       Siti Zalena bt Hj Abdullah
                                                                         Noraidawati bt Hj Rahim



1.0 Pengenalan


       Tujuan etika dibentuk pada amnya adalah digunakan untuk diri sendiri dan
masyarakat di sekelilingnya. Kod etika profesional adalah salah satu ‘alat kawalan’
sosial yang digunakan sebagai satu panduan dalaam mendisiplinkan diri ke arah yang
lebih beretika.     Ianya berfungsi sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja
dengan lebih baik dan lebih teratur. Dalam pendidikan seringkali diterapkan perlakuan
dan amalan yang baik kepada pelajar agar mereka dapat mengamalkannya sepanjang
hayatnya.
       Namun terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang itu
melanggar etika seperti faktor pengaruh keluarga (family influence), pengaruh rakan
(Peer Influence), pengalaman hidup (life experience), nilai peribadi dan prinsip moral
(personal value and morals) dan faktor keadaan (situation factors). Seringkali apabila
sesebuah organisasi berdepan dengan masalah etika, maka jalan terakhir untuk
menyelesaikannya ialah dengan merujuk kepada undang-undang untuk mengawal
keadaan tersebut.


2.0 Definisi Etika


         Terlalu banyak definisi etika diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke
semasa. Istilah etika berasal daripada perkataan Greek ‘ethos’ yang bermaksud khusus
kepada ‘character’, atau perwatakan dan keperibadian
       Gluck (1986:176) telah mendefinisikan etika sebagai,’kajian filosofikal terhadap
moraliti’.        Shea   (1988:   17)   mendefinisikan   etika   sebagai   “prinsip-prinsip
bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesion “ dan sebagai “ satu standard
tingkah laku”
       Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita dalam
apa juga tindak tanduk perlakuan. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu
sendiri tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat
mencapai tahap etika yang dikehendaki.



                                              1
SMP KOHOT 5/SEP 08
                                                                     Siti Zalena bt Hj Abdullah
                                                                       Noraidawati bt Hj Rahim




2.1 Definisi Etika dalam Islam


       Moral dan etika dalam Islam, meskipun berbeza dikenali sebagai akhlak. Akhlaq
adalah perkataan Arab, kata jamak kepada perkataan Khuluq. Akhlak termasuklah
tabiat, adab, maruah dan lain-lain perbuatan mulia atau positif yang dilakukan oleh
seseorang individu.    Dari segi istilah, akhlak boleh diringkaskan sebagai keadaan
kejiwaan yang akan membentuk tingkah laku manusia.
       Menurut perspektif Islam, akhlak adalah suatu sains atau kajian terhadap sistem-
sistem keimanan (I’tiqadat) iaitu kajian terhadap baik buruk sesuatu tingkah laku dengan
objektif untuk memperaktikkan bukan untuk kepentingan ilmu tetapi mengkaji tentang
tingkah laku manusia berhubung dengan Allah sesama manusia dan alam semesta.


2.2 Definisi Etika menurut kamus Dewan


       Menurut kamus Dewan edisi ketiga, etika bermaksud prinsip moral (atau akhlak)
atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain)


2.3 Defisini nilai dan etika dari segi Bahasa


       Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau
sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama
dalam masyarakat. Penerimaan dan penghayatan nilai-nilai utama oleh masyarakat akan
menjamin rakyat yang berpendidikan lengkap dalam hubungan masyarakat iaitu perilaku
etika, sosial dan budaya ilmu.
       Etika pula bermaksud tanggungjawb dan akibat bagi tingkah laku seseorang
terhadap masyarakat.      Setiap anggota masyarakat atau organisasi berkewajipan
memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang individu tersebut.




                                           2
SMP KOHOT 5/SEP 08
                                                                   Siti Zalena bt Hj Abdullah
                                                                     Noraidawati bt Hj Rahim




3.0 Pembentukan teori etika


       Etika bermula di zaman purba Greek           apabila ahli-ahli falsafah hanya
memberikan tumpuan kepada kebaikan moral. Socrates menggunakan pendekatan yang
mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan dan
kesihatan roh. Idea utama Soccrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan
orang agar berakhlak mulia. Socrates menyatakan bahawa kebahagian adalah mustahil
diperolehi tanpa memiliki kebaikan moral dan tindakan yang tidak beretika akan
mengganggu orang lain malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai
orang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat.
       Plato mengkaji hubungan etika dengan personaliti manusia. Kebaikan moral
adalah suatu imbangan dan harmoni dikalangan perbezaan yang wujud dalam roh.
Kebaikan moral adalah suatu keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan sejati
adalah sukar dicapai. Mengikut Ploto kebaikan moral adalah berada di bahagian
intelektual. Aristotle pula, beliau melihat kebaikan moral agak berbeza daripada ploto
dan Soccrates di mana beliau menyatakan bahawa kebaikan moral mempunyai hubungan
yang sedikit dengan intelektual tetapi lebih kepada sifat (character) atau personaliti.
Ploto dan Socrates pula menyatakan beretika itu mempunyai hubungan yang rapat antara
kebaikan moral dan personaliti ang sihat. Bagaimanapun ketiga-tiga ahli falsafah ini
berpendapat bahawa kebajikan seseorang itu bergantung sepenuhnya dan berada dalam
tangan seseorang itu.
       Sekiranya beretika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya, etika
moden banyak memfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan.
Etika moden telah membentuk dua persaingan iaitu tindakan yang mempunyai sifat etika
dalaman dan memerlukan status moral daripada akibat (consequences) yang dibuat.Atau
tindakan itu sama ada betul atau salah.


3.1 Penyataan dalam teori etika




                                          3
SMP KOHOT 5/SEP 08
                                                                      Siti Zalena bt Hj Abdullah
                                                                        Noraidawati bt Hj Rahim

          Etika deskriptif merupakan suatu disiplin yang membicarakan tentang sejarah
sistem moral. Etika deskriptif memberitahu bagaimana ahli masyarakat harus
bertingkahlaku, apakah peraturan yang digunakan dan dianuti dalam sesebuah
masyarakat dan sebagainya. Etika deskriptif menyedarkan manusia bahawa terdapat
berbagai system moral yang bersifat relatif di muka bumi ini iaitu etika Islam,Kristian,
Buddha, Hindu dan sebagainya. Etika ini menyatukan bentuk atau karektor sesuatu
sistem moral yang ada tanpa membuat penilaian, pengadilan dan keputusan terhadap
system tersebut.
          Etika nomatif merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan
tingkahlaku yang baik dan jahat. Ianya menjurus kepada kenyataan yang memberitahu
apa yang mesti dilakukan dan apa yang betul. Ia menilai, mengkritik dan membuat
keputusan terhadap sistem yang ada disamping menerangkan sesuatu undang-undang
moral yang dianggap terbaik, bukan undang-undang moral yang sedia ada dan sedia di
terima.
          Etika normatif mengemukakan sistem moral yang piawai berpandukan sistem
sedia ada. Etika Normatif menyedarkan kita bahawa tidak semua nilai moral berubah
mengikut perubahan masa tetapi ada yang terus kekal dipelihara meskipun budaya
mengalami perubahan. Inilah yang dikatakan sebagai nilai mutlak dan biasanya
berkaitrapat dengan agama. Golden Rule merupakan contoh prinsip etika normatif
klasik. Jika mahu orang melakukan perkara yang baik kepada kita, kita perlu melakukan
perkara yang baik juga kepada orang lain.


3.2 Teori dan aliran pemikiran


          Aliran pemikiran terhadap sesuatu teori itu adalah berbeza. Teleologi merupakan
teori yang melihat kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Sesuatu perbuatan itu
diketahui sama ada baik atau buruk sehinggalah melihat kepada kesannya. Deontologi
pula teori yang berasakan kepada prinsip asas iaittu kewajipan manusia. Teori ini berasal
daripada perkataan Greek, deon iaitu tugas (duty) yang merujuk kepada kewajipan
individu.




                                             4
SMP KOHOT 5/SEP 08
                                                                      Siti Zalena bt Hj Abdullah
                                                                        Noraidawati bt Hj Rahim

        Subjektif ialah penilaian terhadap sesuatu etika berdasarkan kepada penilaian diri
sendiri. Individu berhak meletakkan nilai sama ada baik atau sebaliknya. Perasaan
peribadi terlibat dalam menilai dan menentukan baik buruk sesuatu tindakan. Objektif
pula kod moral adalah bebas dari kepentingan individu. Baik dan buruk tidak
bersandarkan kepada sikap individu tetapi wujud dengan sendirinya.
        Naturalisme berpendapat sesuatu perbuatan itu baik atau buruk bergantung
kepada pengalaman keseronokan. ‘Baik ‘ perlu dijelaskan dengan dalam bentuk kualiti
fakta alam seperti memenuhi keperluan manusia, mendatangkan kebahagian, kenikmatan
dan sebagainya kepada manusia. Manakala Non Naturalisme pula moral adalah sesuatu
yang unik dan tidak boleh dikelaskan Sesuatu perlakuan itu baik kerana ianya memang
baik.
        Relativisme berpendapat seuatu yang baik oleh satu masyarakat tidak mungkin
dianggap sedemikian oleh masyarakat yang lain. Contoh masyarakat Barat dan
masyarakat Timur memberikan nilai moral yang berbeza bagi tingkahlaku yang serupa.
Manakala Absolutisme pula berpendapat prinsip moral berbeza dari satu budaya dengan
budaya yang lain. Bagaimanapun prinsip asa sejagat adalah sama. Misalnya semua
masyarakat meletakkan nilai yang tinggi kepada kebaikan.


4.0 Kepentingan pendidikan beretika


        Pendidikan beretika sewajarnya bermula dari rumah        hinggalah ke peringkat
pendidikan yang lebih tinggi ibarat kata pepatah ‘ melentur buluh biarlah dari
rebungnya’. Hal yang demikian, pihak berwajib seperti Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Pusat Perkembangan Kurikulum yang berkait rapat dengan pendidikan perlu
memberi perhatian sewajarnya bagaimana pendidikan beretika ini boleh dilaksanakan.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan           “untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara”.



                                            5
SMP KOHOT 5/SEP 08
                                                                     Siti Zalena bt Hj Abdullah
                                                                       Noraidawati bt Hj Rahim

       Di peringkat rendah seperti mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK),
pendidikan Moral, Pendidikan Islam perlu dikemaskini dengan menekankan kepentingan
etika dan akhlak. Guru sebagai pemangkin ilmu yang menyalurkan ilmu dan didikan
terhadap semua pelajar. Penerapan nilai-nilai murni dan moral dalam pengajaran dan
pembelajaran sudah pasti dapat membentuk etika yang diingini untuk masa akan datang.
       Begitu juga ketika berada di pusat pengajian tinggi, pendidikan beretika ini perlu
diterapkan lebih awal dan diwajibkan kepada setiap graduan. Dengan adanya pendidikan
beretika ini dapat membimbing graduan untuk keluar berhadapan dengan realiti
kehidupan yang kompleks. Pendidikan beretika ini juga dapat mendidik seseorang itu
berfikir dengan waras dan menentukan sesuaatu perbuatan yang dilakukan sama ada baik
atau buruk.
       Sebagai sebuah negara yang merdeka, Malaysia menekankan prinsip rukun negara
yang menitikberatkan etika kepada setiap warganegara selaras dengan prinsip Rukun
Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Dengan adanya pendidikan
beretika ini sudah pasti dapat membentuk masyarakat Malaysia yang dikehendaki
mengikut fahaman agama masing-masing yang menekankan lebih kepada kebaikan.
Sebagai contoh, orang Islam perlu menjalani kehidupan berlandaskan Al-Quran dan
Sunnah Rasulullah agar tidak terpesong akidah dan akhlaknya. Justeru dapat membentuk
sebuah masyarakat Madani (moden berteraskan Al-Quran).


4.1 Langkah-langkah ke arah pendidikan beretika


       Bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), Moral dan Pendidikan
Islam, masa pengajaran perlu ditambah dan pengisian isi pelajaran lebih berfokus kepada
pendidikan beretika. Ini boleh diterapkan dalam aktiviti berkumpulan, pembelajaran
kolaboratif dan sebagainya. Bukan itu sahaja, matapelajaran lain juga boleh diserapkan
unsur etika dalam proses pengajaran dan pembelajaran
       Pihak Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu memperluaskan kempen
dan poster bagi mempromosikan etika dalam organisasi seperti pemakaian lencana “saya
anti rasuah” yang dipakai oleh setiap anggota Polis Di Raja Malaysia. Ini bertujuan




                                           6
SMP KOHOT 5/SEP 08
                                                                    Siti Zalena bt Hj Abdullah
                                                                      Noraidawati bt Hj Rahim

untuk menyedarkan kedua-dua pihak bahawa rasuah adalah amalan yang terkutuk dan
perlu dibenteras.
       Aktiviti kemasyarakatan mahupun organisasi seperti ceramah, forum, seminar,
pameran dan sebagainya perlu sentiasa menyelitkan unsur-unsur positif dan beretika
dalam program yang dilaksanakannya seperti ceramah agama. Selain itu media massa
dan media elektronik perlu beretika dalam menyalurkan maklumat kepada umum kerana
kedua-dua media ini mempunyai pengaruh yang besar dalam penyebaran maklumat
kepada masyarakat.
       Selain itu badan kerajaan seperti Kementerian Penerangan Malaysia perlu
memainkan peranan yang penting mempertingkatkan penyaluran bahan media dan
maklumat kepada segenap lapisan masyarakat dan bukan hanya tertumpu kepada
sesebuah organisasi sahaja. Contohnya penerangan kempen Bersih, Cekap dan Amanah
perlulah diwar-warkan secara langsung dan berterusan agar sentiasa menjadi pedoman
kepada setiap anggota masyarakat.
       Badan Perundangan perlu mewartakan setiap Akta agar diketahui umum. Sebagai
contoh, penguatkuasaan undang-undang mampu membenteras kegiatan rasuah. Tindakan
memecat pesalah jenayah ini terutamanya jika mereka yang terbabit merupakan kaki
tangan kerajaan menjadi langkah yang bijak. Hukuman seperti sebat atau penjara yang
lama turut memberi kesan jika hukuman dijatuhkan tanpa mengira status dan kedudukan
seeorang pesalah.
       Aspirasi kerajaan untuk modal insan yang cemerlang pada masa hadapan dengan
melibatkan remaja dalam program Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana telah
terbukti pengisiannya lebih kepada penerapan nilai-nilai moral dan membentuk individu
yang lebih beretika menerusi prgramnya iaitu khidmat Masyarakat. Tambahan program-
program seperti ini membentuk seseorang individu itu mempunyai jati diri yang kuat.


5.0 Keperluan beretika dalam organisasi


       Bagi seseorang individu yang bakal menyertai alam pekerjaan, mereka perlu
bersedia dan menerapkan latihan etika yang mencukupi dalam dirinya. Sebagai contoh,




                                           7
SMP KOHOT 5/SEP 08
                                                                     Siti Zalena bt Hj Abdullah
                                                                       Noraidawati bt Hj Rahim

untuk memaski bidang perguruan, setiap calon perlu menjalani ujian UKELP untuk
menilai sejauh mana nilai dan sahsiah yang ada dalam diri seseorang individu tersebut.
       Selain itu sebagai orang Islam perlu mendalami ilmu agama yang mendalam
sebagai benteng dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam era globalisasi masa kini.
Ini adalah kerana pengaruh dan desakan hidup sering mempengaruhi pegangan dan etika
yang ada dalam diri mereka. Contohnya jenayah kolar putih dan jenayah ekonomi
berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk rasuah, jenayah siber, penyelewengan aset,
penipuan cek dan kad kredit, pengubahan wang haram dan sebagainya. Ini termasuk
dalam salah satu 5 faktor yang membentuk etika individu iaitu faktor keadaan ( situation
factors)


6. Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan etika


6.1 Definisi rasuah


       Rasuah boleh ditafsirkan sebagai “ganjaran atau imbuhan yang diperoleh hasil
daripada melakukan sesuatu kerja yang tidak sepatutnya dilakukan”.         Rasuah bukan
sahaja boleh diberi atau diterima dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dalam bentuk
material.   Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya
disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap “pilih kasih”
dalam tindakannya
       Daripada Abu Hurairah RA. Ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk
orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rauah dalam soal
hukum menghukum”. Rasulullah SAW. yang bermaksud: “Pemberi dan penerim rasuah
kedua-duanya akan masuk neraka”.
       Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang
dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Biasanya
rasuah dijadikan sebagai satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah
atau dengan erti kata lain untuk mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya
orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi,
sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka.



                                           8
SMP KOHOT 5/SEP 08
                                                                       Siti Zalena bt Hj Abdullah
                                                                         Noraidawati bt Hj Rahim




6.2 Punca berlakunya rasuah secara umum


          Antara punca penyebab berlakunya salah laku rasuah, ialah faktor keadaan
(situation factor).    Bagi penjawat awam misalnya seperti bahagian penguatkuasaan,
mereka sangat terdedah dengan rasuah bilamana kecerdikan perasuah dengan
menawarkan sogokkan atau hadiah yang lumayan, ketiadaan saksi ketika itu dan
keinginan mendapatkan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri, maka tanpa berfikir
panjang, lantas mereka pun menerima rasuah. Apabila sekali mereka terjebak dan
terselamat dari hukuman, berkemungkinan ianya akan menjadi sesuatu yang tidak
ditakuti, bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’. Besar kemungkinan perbuatan sebegitu
akan berulang lagi di lain masa.
          Jika diteliti laporan akhbar sejak akhir-akhir ini, ramai pegawai tinggi kerajaan
yang berpangkat telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan kes mereka
masih dalam siasatan dan perbicaraan. Hal ini telah mencemarkan imej organisasi
kerajaan yang pada dasarnya pendokong amanah dalam pelbagai bidang. Ibarat kata
pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.         Mereka yang didapati bersalah bakal
berdepan dengan masa depan yang gelap kerana hukuman yang dikenakan bukan sahaja
menghancurkan kerjaya mereka, malah mereka terpaksa menjelaskan lebih daripada
sekali ganda dengan nilai suapan yang mereka terima.           Berbaloikah     kita menjadi
penerima rasuah? Tepuk dada tanya selera.
          Faktor yang kedua punca berlakunya rasuah ialah nilai peribadi dan prinsip moral
(personal values and morals). Kelemahan ini juga disebabkan kurang iman dan taqwa
seseorang. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang, tetapi
dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi.           Sikap sesorang yang terlalu
mementingkan kejayaan, pangkat dan kewangan seringkali bertindak berdasarkn
keuntungan peribadi tanpa mengira kesannya terhadap orang lain.
          Faktor seterusnya adalah disebabkan kelemahan dan pengurusan organisasi.
Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan , lembap
menjalankan tugas, lebih cenderung ke arah berlakunya penyelewengan khususnya
rasuah.



                                              9
SMP KOHOT 5/SEP 08
                                                                     Siti Zalena bt Hj Abdullah
                                                                       Noraidawati bt Hj Rahim




7.0 Masalah yang berkaitan rasuah di sekolah.


       Tanpa disedari banyak masalah rasuah telah berlaku di sekolah walaupun tidak
dinyatakan.   Kesalahan rasuah boleh berlaku didalam organisasi, pentadbiran, dan
dikalangan guru. Misalnya seorang guru Matematik yang mengajar di kelas 5A, anak
perempuannya juga belajar di kelas berkenaan. Semasa peperiksaan pertengahan tahun,
anaknya tidak mengapat Gred A dalam mata pelajaran berkenaan. Sebagai seorang ibu
beliau merasa kasihan terhadap anaknya.           Beliau telah mengambil tindakan untuk
menaikkan markah anaknya kerana berasa malu dengan rakan guru yang lain. Adakah
tindakan guru ini beretika?
       Menurut pandangan etika Utilitarianism, tindakan yang dilakukan oleh guru
dalam masalah ini adalah gagal dan tidak beretika dan tidak bermoral kerana tindakannya
tidak memberi menafaat kepada orang lain malah merugikan murid lain yang telah
berusaha keras untuk peperiksaan tersebut.
       Dalam pandangan etika Universalism, tindakan guru tersebut adalah baik kerana
mempunyai niat yang baik untuk meningkatkan markah anaknya sendiri                     selain
meningkatkan bilangan A Matematik di dalam kelas berkenaan.              Niat yang baik
seringkali membawa kepada kebaikan           kerana mendahului kepentingan orang lain
daripada kepentingan diri sendiri.
       Sebagai seorang guru saya berpendapat tindakan guru berkenaan tidak beretika
dan tidak bermoral. Guru tersebut secara jelas lebih mementingkan diri sendiri tanpa
memikirkan akibat terhadap orang lain atas tindakan yang dilakukannya. Kesan yang
pasti timbul adalah pandangan negatif daripada murid dan guru lain seandainya rahsia
guru ini diketahui umum. Dari segi pandangan agama pula, guru ini tidak amanah dan
tidak beriman kerana melakukan tindakan tersebut tanpa memikirkan dosa dan pahala.
       Masalah rasuah lain yang berlaku di sekolah seperti pihak pentadbir yang
mempunyai sikap ‘pilih kasih’ terhadap kakitangan bawahannya. Situasi yang jelas
dilihat, pemilihan guru penerima pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang
tidak bertepatan. Kadang kala disebabkan pihak pentadbir yang mempunyai pertalian
yang akrab dengan guru seringkali ‘dipandang’ berbanding guru yang memberi



                                             10
SMP KOHOT 5/SEP 08
                                                                     Siti Zalena bt Hj Abdullah
                                                                       Noraidawati bt Hj Rahim

perkhidmatan sepenuh hati tetapi tidak dinilai setanding dengan perkhidmatannya atas
alasan guru berkenaan tidak popular dikalangan pentadbir.
       Menurut pandangan Golden Rules, berdasarkan agama Kristian, menyatakan ‘do
to others as you would have them do to you’. Dalam hal ini, tindakan yang diambil oleh
pentadbir adalah baik kerana sesuatu kebaikan yang diterima perlu di balas dengan
kebaikan.   Berbeza dengan pandangan Utilitariansm ianya tidak memberi manafaat
kepada organisasi kerana kepentingan tugas tidak menjadi keutamaan sebaliknya
perhubungan menjadi kayu ukur untuk penerimaan anugerah berkenaan. Kesan kepada
majoriti, atau anggota organisasi sekolah berkenaan, menyebabkan suasana bekerja tidak
menjadi kondusif . Secara tidak langsung, misi dan visi sekolah sukar untuk dicapai.
       Secara peribadi tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbir ini jelas amat
mendukacitakan semua pihak. Secara terang-terangan pihak pentadbir mempunyai sikap
‘pilih kasih’ atau ‘pilih bulu’.   Tindakan yang baik perlu diambil terhadap pihak
pentadbir atau individu yang terlibat dengan memindahkannya ke sekolah lain atau
dikaunseling oleh pihak atasan. Kesedaran tentang etika dan moral serta nilai dalam
pendidikan perlu diberikan semula agar masalah ini dapat dibenteras dari akar umbi.
       Dalam hal ini peranan ‘Ombusman’ iaitu seseorang yang biasanya agak beumur
dan biasanya diberi tanggungjawab oleh pentadbir sebagai kaunselor. Orang seperti ini
sangat berguna apabila mereka memberi maklumat kepada pentadbir.                 Sekurang-
kurangnya pentadbir boleh mendapat pelbagai maklumat dan bukannya menilai
seseorang itu daripada mata kasar sahaja.
       Tidak dapat dinafikan juga kewujudan Internal Whistel Blowing (kaki adu
dalaman) yang berperanan menyebarkan maklumat kepada pentadbir. Berkemungkinan
apa yang diadu tidak semestinya benar dan berkemungkinan untuk menjatuhkan
seseorang demi kepentingan dirinya sendiri, ibarat menikam musuh dari belakang.


8.0 Kesimpulan


       Pendidikan etika perlu dipupuk di peringkat sekolah,di institut pengajian tinggi
dan seterusnya di tempat kerja. Pendidikan etika akan memberi garis panduan kod etika
kerja professional. Etika ini diwujudkan untuk mengawal tingkahlaku para professional



                                            11
SMP KOHOT 5/SEP 08
                                                                      Siti Zalena bt Hj Abdullah
                                                                        Noraidawati bt Hj Rahim

supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang
ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini etika kerja professional
memainkan peranan penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.
Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu melangkaui
etika professional. Ini kerana terdapat banyak fakor yang mempengaruhi dan menentukan
tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya.
           Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup,
penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu di
ambil kira supaya mewujukan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong
seseorang individu melakukan sesuatu yang hanya mendatang faedah dan kebaikan
semua pihak.
           Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan harian dan dalam apa
jua tindak tanduk kita. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri.
Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai
etika yang dikehendaki.       Apabila masalah etika ini tidak dapat ditangani, maka jalan
terakhir ialah penguatkuasaan undang-undang. Apabila ini berlaku sudah tentu keadaan
sudah terlambat untuk diperbetulkan kerana sudah tentu ada hukuman yang menanti
mereka yang bersalah. Secara kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu
wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu
sendiri.




                                             12
SMP KOHOT 5/SEP 08
                                                                 Siti Zalena bt Hj Abdullah
                                                                   Noraidawati bt Hj Rahim




9. Rujukan


      1. Charles Bernheimer (1994), Comperative Literature in the Age of
        Multiculturalism, The Johns Hopkins University Press.
      2. Joseph W.Weiss (2006), Business Ethics, Thomson, United States.
      3. Steven Luper (2002), A Guide to Ethics, Mc Graw Hill, Yew York.
      4. Malaysia Kita, Institut Tadbir Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.
      5. Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Institut Tadbir Awam Negara,
         Kuala Lumpur, 1991.
      6. Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut
         Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.
      7. Laporan Seminar Kebangsaan Etika professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel
         Hilton, Kuala Lumpur.
      8. Nota kuliah
      9. Capaian-capaian Internet




.




                                        13
SMP KOHOT 5/SEP 08
     Siti Zalena bt Hj Abdullah
       Noraidawati bt Hj Rahim




14

More Related Content

What's hot

Tajweed 7 hukum wakaf
Tajweed 7 hukum wakafTajweed 7 hukum wakaf
Tajweed 7 hukum wakafNina Nazlan
 
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATPENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATNURLIDYAWATI JASMIN
 
pemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
pemikiran asing, islam liberal dan sekularismepemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
pemikiran asing, islam liberal dan sekularismeSalam Salleh
 
Falsafah akhlak socrates dan miskawaih
Falsafah akhlak socrates dan miskawaihFalsafah akhlak socrates dan miskawaih
Falsafah akhlak socrates dan miskawaihBulan Hijau
 
Inventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna SidekInventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna Sidekakmalmustafakamal
 
Isu keluarga
Isu keluargaIsu keluarga
Isu keluargaiezaku
 
Akta 30 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
Akta 30 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971Akta 30 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
Akta 30 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971Profil Modal Uniti
 
Ibadat Haji & Umrah Jenis Haji & Umrah
Ibadat Haji & Umrah Jenis Haji & UmrahIbadat Haji & Umrah Jenis Haji & Umrah
Ibadat Haji & Umrah Jenis Haji & UmrahRedzwan Mutalib
 
Pengenalan awalan kepada kajian hadis pt 2
Pengenalan awalan kepada kajian hadis  pt 2Pengenalan awalan kepada kajian hadis  pt 2
Pengenalan awalan kepada kajian hadis pt 2Amiruddin Ahmad
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHFarra Shahirra
 
Kepimpinan dan kerja berpasukan 2
Kepimpinan dan kerja berpasukan 2Kepimpinan dan kerja berpasukan 2
Kepimpinan dan kerja berpasukan 2farrahien
 
Slide Adab Berguru
Slide Adab BerguruSlide Adab Berguru
Slide Adab Berguruzalihan
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamshah din
 
IKATAN MAHASISWA ( IMM)
IKATAN MAHASISWA ( IMM) IKATAN MAHASISWA ( IMM)
IKATAN MAHASISWA ( IMM) mohfurqon
 
Laporan kertas kerja azim
Laporan kertas kerja azimLaporan kertas kerja azim
Laporan kertas kerja azimHanafi Samion
 

What's hot (20)

Adab bermusafir
Adab bermusafirAdab bermusafir
Adab bermusafir
 
Tajweed 7 hukum wakaf
Tajweed 7 hukum wakafTajweed 7 hukum wakaf
Tajweed 7 hukum wakaf
 
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHATPENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : MUNAKAHAT
 
pemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
pemikiran asing, islam liberal dan sekularismepemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
pemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
 
Falsafah akhlak socrates dan miskawaih
Falsafah akhlak socrates dan miskawaihFalsafah akhlak socrates dan miskawaih
Falsafah akhlak socrates dan miskawaih
 
Inventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna SidekInventori Personaliti Warna Sidek
Inventori Personaliti Warna Sidek
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Isu keluarga
Isu keluargaIsu keluarga
Isu keluarga
 
2) mahar dan walimatulurus
2)  mahar dan walimatulurus2)  mahar dan walimatulurus
2) mahar dan walimatulurus
 
Akta 30 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
Akta 30 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971Akta 30 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
Akta 30 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
 
Ibadat Haji & Umrah Jenis Haji & Umrah
Ibadat Haji & Umrah Jenis Haji & UmrahIbadat Haji & Umrah Jenis Haji & Umrah
Ibadat Haji & Umrah Jenis Haji & Umrah
 
Pengenalan awalan kepada kajian hadis pt 2
Pengenalan awalan kepada kajian hadis  pt 2Pengenalan awalan kepada kajian hadis  pt 2
Pengenalan awalan kepada kajian hadis pt 2
 
Team building
Team buildingTeam building
Team building
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
Kepimpinan dan kerja berpasukan 2
Kepimpinan dan kerja berpasukan 2Kepimpinan dan kerja berpasukan 2
Kepimpinan dan kerja berpasukan 2
 
Slide Adab Berguru
Slide Adab BerguruSlide Adab Berguru
Slide Adab Berguru
 
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islamKonsep akhlak-menurut-perspektif-islam
Konsep akhlak-menurut-perspektif-islam
 
Kertas kerja u2 individu
Kertas kerja u2 individuKertas kerja u2 individu
Kertas kerja u2 individu
 
IKATAN MAHASISWA ( IMM)
IKATAN MAHASISWA ( IMM) IKATAN MAHASISWA ( IMM)
IKATAN MAHASISWA ( IMM)
 
Laporan kertas kerja azim
Laporan kertas kerja azimLaporan kertas kerja azim
Laporan kertas kerja azim
 

Similar to Assigment etika wati

Ascabaran gueu01
Ascabaran gueu01Ascabaran gueu01
Ascabaran gueu01Zai Muhd
 
Makalah Etika dan Moral Mahasiswa
Makalah Etika dan Moral MahasiswaMakalah Etika dan Moral Mahasiswa
Makalah Etika dan Moral MahasiswaAbror Alatqo
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moralSucram Suna
 
Tugas 1 etika sebagai profesi
Tugas 1 etika sebagai profesiTugas 1 etika sebagai profesi
Tugas 1 etika sebagai profesisitimariyah10
 
Begg,fariz adlan,prof,dr.ir.hapzi ali, mm,cma,ethical decision making technol...
Begg,fariz adlan,prof,dr.ir.hapzi ali, mm,cma,ethical decision making technol...Begg,fariz adlan,prof,dr.ir.hapzi ali, mm,cma,ethical decision making technol...
Begg,fariz adlan,prof,dr.ir.hapzi ali, mm,cma,ethical decision making technol...Fariz adlan
 
Soft skill etika bisnis (tuga ke 1)
Soft skill etika bisnis (tuga ke 1)Soft skill etika bisnis (tuga ke 1)
Soft skill etika bisnis (tuga ke 1)Melly Gunawan
 
Resume Etika Profesi 'ETIKA PEMANFAATAN TEKNOLOGI INFORMASI'
Resume Etika Profesi 'ETIKA PEMANFAATAN TEKNOLOGI INFORMASI'Resume Etika Profesi 'ETIKA PEMANFAATAN TEKNOLOGI INFORMASI'
Resume Etika Profesi 'ETIKA PEMANFAATAN TEKNOLOGI INFORMASI'Rachardy Andriyanto
 
Makalah pai-akhlak
Makalah pai-akhlakMakalah pai-akhlak
Makalah pai-akhlakSaepul Thea
 
Business Ethic Csr Risk management. Universitas Mercu Buana. 2019
Business Ethic Csr Risk management. Universitas Mercu Buana. 2019Business Ethic Csr Risk management. Universitas Mercu Buana. 2019
Business Ethic Csr Risk management. Universitas Mercu Buana. 2019Donna Wibiananda Suryaman
 
Business ethic csr risk management. UMB. 2019
Business ethic csr risk management. UMB. 2019Business ethic csr risk management. UMB. 2019
Business ethic csr risk management. UMB. 2019Donna Wibiananda Suryaman
 
9, BE & GG, Riana Fitri, Prof. Dr. Ir Hapzi Ali, MM, CMA, Corporate Ethics Ri...
9, BE & GG, Riana Fitri, Prof. Dr. Ir Hapzi Ali, MM, CMA, Corporate Ethics Ri...9, BE & GG, Riana Fitri, Prof. Dr. Ir Hapzi Ali, MM, CMA, Corporate Ethics Ri...
9, BE & GG, Riana Fitri, Prof. Dr. Ir Hapzi Ali, MM, CMA, Corporate Ethics Ri...rianafitri1
 
ETIKA-PROFESI-etika dan moralitas.ppt
ETIKA-PROFESI-etika dan moralitas.pptETIKA-PROFESI-etika dan moralitas.ppt
ETIKA-PROFESI-etika dan moralitas.pptNunaAnisa
 
ETIKA-PROFESI-etika dan moralitas.ppt
ETIKA-PROFESI-etika dan moralitas.pptETIKA-PROFESI-etika dan moralitas.ppt
ETIKA-PROFESI-etika dan moralitas.pptekoari78
 
SEJARAH PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM
SEJARAH PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAMSEJARAH PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM
SEJARAH PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAMSUPRIYO S.Pd.I, M.Pd
 

Similar to Assigment etika wati (20)

Ascabaran gueu01
Ascabaran gueu01Ascabaran gueu01
Ascabaran gueu01
 
Makalah Etika dan Moral Mahasiswa
Makalah Etika dan Moral MahasiswaMakalah Etika dan Moral Mahasiswa
Makalah Etika dan Moral Mahasiswa
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moral
 
Tugas 1 etika sebagai profesi
Tugas 1 etika sebagai profesiTugas 1 etika sebagai profesi
Tugas 1 etika sebagai profesi
 
Begg,fariz adlan,prof,dr.ir.hapzi ali, mm,cma,ethical decision making technol...
Begg,fariz adlan,prof,dr.ir.hapzi ali, mm,cma,ethical decision making technol...Begg,fariz adlan,prof,dr.ir.hapzi ali, mm,cma,ethical decision making technol...
Begg,fariz adlan,prof,dr.ir.hapzi ali, mm,cma,ethical decision making technol...
 
Spe Bab4
Spe Bab4Spe Bab4
Spe Bab4
 
Soft skill etika bisnis (tuga ke 1)
Soft skill etika bisnis (tuga ke 1)Soft skill etika bisnis (tuga ke 1)
Soft skill etika bisnis (tuga ke 1)
 
ULASAN ARTIKEL 2
ULASAN ARTIKEL 2ULASAN ARTIKEL 2
ULASAN ARTIKEL 2
 
Teori teori etika bisnis
Teori teori etika bisnis Teori teori etika bisnis
Teori teori etika bisnis
 
Resume Etika Profesi 'ETIKA PEMANFAATAN TEKNOLOGI INFORMASI'
Resume Etika Profesi 'ETIKA PEMANFAATAN TEKNOLOGI INFORMASI'Resume Etika Profesi 'ETIKA PEMANFAATAN TEKNOLOGI INFORMASI'
Resume Etika Profesi 'ETIKA PEMANFAATAN TEKNOLOGI INFORMASI'
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Makalah pai-akhlak
Makalah pai-akhlakMakalah pai-akhlak
Makalah pai-akhlak
 
Business Ethic Csr Risk management. Universitas Mercu Buana. 2019
Business Ethic Csr Risk management. Universitas Mercu Buana. 2019Business Ethic Csr Risk management. Universitas Mercu Buana. 2019
Business Ethic Csr Risk management. Universitas Mercu Buana. 2019
 
Business ethic csr risk management. UMB. 2019
Business ethic csr risk management. UMB. 2019Business ethic csr risk management. UMB. 2019
Business ethic csr risk management. UMB. 2019
 
9, BE & GG, Riana Fitri, Prof. Dr. Ir Hapzi Ali, MM, CMA, Corporate Ethics Ri...
9, BE & GG, Riana Fitri, Prof. Dr. Ir Hapzi Ali, MM, CMA, Corporate Ethics Ri...9, BE & GG, Riana Fitri, Prof. Dr. Ir Hapzi Ali, MM, CMA, Corporate Ethics Ri...
9, BE & GG, Riana Fitri, Prof. Dr. Ir Hapzi Ali, MM, CMA, Corporate Ethics Ri...
 
ETIKA-PROFESI-etika dan moralitas.ppt
ETIKA-PROFESI-etika dan moralitas.pptETIKA-PROFESI-etika dan moralitas.ppt
ETIKA-PROFESI-etika dan moralitas.ppt
 
ETIKA-PROFESI-etika dan moralitas.ppt
ETIKA-PROFESI-etika dan moralitas.pptETIKA-PROFESI-etika dan moralitas.ppt
ETIKA-PROFESI-etika dan moralitas.ppt
 
etika profesi d4 2019.pdf
etika profesi d4 2019.pdfetika profesi d4 2019.pdf
etika profesi d4 2019.pdf
 
SEJARAH PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM
SEJARAH PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAMSEJARAH PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM
SEJARAH PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Pengantar Etika BAB 1
Pengantar Etika BAB 1Pengantar Etika BAB 1
Pengantar Etika BAB 1
 

Assigment etika wati

  • 1. SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim 1.0 Pengenalan Tujuan etika dibentuk pada amnya adalah digunakan untuk diri sendiri dan masyarakat di sekelilingnya. Kod etika profesional adalah salah satu ‘alat kawalan’ sosial yang digunakan sebagai satu panduan dalaam mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika. Ianya berfungsi sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih baik dan lebih teratur. Dalam pendidikan seringkali diterapkan perlakuan dan amalan yang baik kepada pelajar agar mereka dapat mengamalkannya sepanjang hayatnya. Namun terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang itu melanggar etika seperti faktor pengaruh keluarga (family influence), pengaruh rakan (Peer Influence), pengalaman hidup (life experience), nilai peribadi dan prinsip moral (personal value and morals) dan faktor keadaan (situation factors). Seringkali apabila sesebuah organisasi berdepan dengan masalah etika, maka jalan terakhir untuk menyelesaikannya ialah dengan merujuk kepada undang-undang untuk mengawal keadaan tersebut. 2.0 Definisi Etika Terlalu banyak definisi etika diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Istilah etika berasal daripada perkataan Greek ‘ethos’ yang bermaksud khusus kepada ‘character’, atau perwatakan dan keperibadian Gluck (1986:176) telah mendefinisikan etika sebagai,’kajian filosofikal terhadap moraliti’. Shea (1988: 17) mendefinisikan etika sebagai “prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesion “ dan sebagai “ satu standard tingkah laku” Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita dalam apa juga tindak tanduk perlakuan. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki. 1
  • 2. SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim 2.1 Definisi Etika dalam Islam Moral dan etika dalam Islam, meskipun berbeza dikenali sebagai akhlak. Akhlaq adalah perkataan Arab, kata jamak kepada perkataan Khuluq. Akhlak termasuklah tabiat, adab, maruah dan lain-lain perbuatan mulia atau positif yang dilakukan oleh seseorang individu. Dari segi istilah, akhlak boleh diringkaskan sebagai keadaan kejiwaan yang akan membentuk tingkah laku manusia. Menurut perspektif Islam, akhlak adalah suatu sains atau kajian terhadap sistem- sistem keimanan (I’tiqadat) iaitu kajian terhadap baik buruk sesuatu tingkah laku dengan objektif untuk memperaktikkan bukan untuk kepentingan ilmu tetapi mengkaji tentang tingkah laku manusia berhubung dengan Allah sesama manusia dan alam semesta. 2.2 Definisi Etika menurut kamus Dewan Menurut kamus Dewan edisi ketiga, etika bermaksud prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain) 2.3 Defisini nilai dan etika dari segi Bahasa Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama dalam masyarakat. Penerimaan dan penghayatan nilai-nilai utama oleh masyarakat akan menjamin rakyat yang berpendidikan lengkap dalam hubungan masyarakat iaitu perilaku etika, sosial dan budaya ilmu. Etika pula bermaksud tanggungjawb dan akibat bagi tingkah laku seseorang terhadap masyarakat. Setiap anggota masyarakat atau organisasi berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang individu tersebut. 2
  • 3. SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim 3.0 Pembentukan teori etika Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan tumpuan kepada kebaikan moral. Socrates menggunakan pendekatan yang mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan dan kesihatan roh. Idea utama Soccrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan orang agar berakhlak mulia. Socrates menyatakan bahawa kebahagian adalah mustahil diperolehi tanpa memiliki kebaikan moral dan tindakan yang tidak beretika akan mengganggu orang lain malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai orang yang lemah dan mempunyai psikologi yang tidak sihat. Plato mengkaji hubungan etika dengan personaliti manusia. Kebaikan moral adalah suatu imbangan dan harmoni dikalangan perbezaan yang wujud dalam roh. Kebaikan moral adalah suatu keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan sejati adalah sukar dicapai. Mengikut Ploto kebaikan moral adalah berada di bahagian intelektual. Aristotle pula, beliau melihat kebaikan moral agak berbeza daripada ploto dan Soccrates di mana beliau menyatakan bahawa kebaikan moral mempunyai hubungan yang sedikit dengan intelektual tetapi lebih kepada sifat (character) atau personaliti. Ploto dan Socrates pula menyatakan beretika itu mempunyai hubungan yang rapat antara kebaikan moral dan personaliti ang sihat. Bagaimanapun ketiga-tiga ahli falsafah ini berpendapat bahawa kebajikan seseorang itu bergantung sepenuhnya dan berada dalam tangan seseorang itu. Sekiranya beretika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya, etika moden banyak memfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan. Etika moden telah membentuk dua persaingan iaitu tindakan yang mempunyai sifat etika dalaman dan memerlukan status moral daripada akibat (consequences) yang dibuat.Atau tindakan itu sama ada betul atau salah. 3.1 Penyataan dalam teori etika 3
  • 4. SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim Etika deskriptif merupakan suatu disiplin yang membicarakan tentang sejarah sistem moral. Etika deskriptif memberitahu bagaimana ahli masyarakat harus bertingkahlaku, apakah peraturan yang digunakan dan dianuti dalam sesebuah masyarakat dan sebagainya. Etika deskriptif menyedarkan manusia bahawa terdapat berbagai system moral yang bersifat relatif di muka bumi ini iaitu etika Islam,Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Etika ini menyatukan bentuk atau karektor sesuatu sistem moral yang ada tanpa membuat penilaian, pengadilan dan keputusan terhadap system tersebut. Etika nomatif merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku yang baik dan jahat. Ianya menjurus kepada kenyataan yang memberitahu apa yang mesti dilakukan dan apa yang betul. Ia menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem yang ada disamping menerangkan sesuatu undang-undang moral yang dianggap terbaik, bukan undang-undang moral yang sedia ada dan sedia di terima. Etika normatif mengemukakan sistem moral yang piawai berpandukan sistem sedia ada. Etika Normatif menyedarkan kita bahawa tidak semua nilai moral berubah mengikut perubahan masa tetapi ada yang terus kekal dipelihara meskipun budaya mengalami perubahan. Inilah yang dikatakan sebagai nilai mutlak dan biasanya berkaitrapat dengan agama. Golden Rule merupakan contoh prinsip etika normatif klasik. Jika mahu orang melakukan perkara yang baik kepada kita, kita perlu melakukan perkara yang baik juga kepada orang lain. 3.2 Teori dan aliran pemikiran Aliran pemikiran terhadap sesuatu teori itu adalah berbeza. Teleologi merupakan teori yang melihat kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Sesuatu perbuatan itu diketahui sama ada baik atau buruk sehinggalah melihat kepada kesannya. Deontologi pula teori yang berasakan kepada prinsip asas iaittu kewajipan manusia. Teori ini berasal daripada perkataan Greek, deon iaitu tugas (duty) yang merujuk kepada kewajipan individu. 4
  • 5. SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim Subjektif ialah penilaian terhadap sesuatu etika berdasarkan kepada penilaian diri sendiri. Individu berhak meletakkan nilai sama ada baik atau sebaliknya. Perasaan peribadi terlibat dalam menilai dan menentukan baik buruk sesuatu tindakan. Objektif pula kod moral adalah bebas dari kepentingan individu. Baik dan buruk tidak bersandarkan kepada sikap individu tetapi wujud dengan sendirinya. Naturalisme berpendapat sesuatu perbuatan itu baik atau buruk bergantung kepada pengalaman keseronokan. ‘Baik ‘ perlu dijelaskan dengan dalam bentuk kualiti fakta alam seperti memenuhi keperluan manusia, mendatangkan kebahagian, kenikmatan dan sebagainya kepada manusia. Manakala Non Naturalisme pula moral adalah sesuatu yang unik dan tidak boleh dikelaskan Sesuatu perlakuan itu baik kerana ianya memang baik. Relativisme berpendapat seuatu yang baik oleh satu masyarakat tidak mungkin dianggap sedemikian oleh masyarakat yang lain. Contoh masyarakat Barat dan masyarakat Timur memberikan nilai moral yang berbeza bagi tingkahlaku yang serupa. Manakala Absolutisme pula berpendapat prinsip moral berbeza dari satu budaya dengan budaya yang lain. Bagaimanapun prinsip asa sejagat adalah sama. Misalnya semua masyarakat meletakkan nilai yang tinggi kepada kebaikan. 4.0 Kepentingan pendidikan beretika Pendidikan beretika sewajarnya bermula dari rumah hinggalah ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi ibarat kata pepatah ‘ melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Hal yang demikian, pihak berwajib seperti Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pusat Perkembangan Kurikulum yang berkait rapat dengan pendidikan perlu memberi perhatian sewajarnya bagaimana pendidikan beretika ini boleh dilaksanakan. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan “untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara”. 5
  • 6. SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim Di peringkat rendah seperti mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), pendidikan Moral, Pendidikan Islam perlu dikemaskini dengan menekankan kepentingan etika dan akhlak. Guru sebagai pemangkin ilmu yang menyalurkan ilmu dan didikan terhadap semua pelajar. Penerapan nilai-nilai murni dan moral dalam pengajaran dan pembelajaran sudah pasti dapat membentuk etika yang diingini untuk masa akan datang. Begitu juga ketika berada di pusat pengajian tinggi, pendidikan beretika ini perlu diterapkan lebih awal dan diwajibkan kepada setiap graduan. Dengan adanya pendidikan beretika ini dapat membimbing graduan untuk keluar berhadapan dengan realiti kehidupan yang kompleks. Pendidikan beretika ini juga dapat mendidik seseorang itu berfikir dengan waras dan menentukan sesuaatu perbuatan yang dilakukan sama ada baik atau buruk. Sebagai sebuah negara yang merdeka, Malaysia menekankan prinsip rukun negara yang menitikberatkan etika kepada setiap warganegara selaras dengan prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Dengan adanya pendidikan beretika ini sudah pasti dapat membentuk masyarakat Malaysia yang dikehendaki mengikut fahaman agama masing-masing yang menekankan lebih kepada kebaikan. Sebagai contoh, orang Islam perlu menjalani kehidupan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah agar tidak terpesong akidah dan akhlaknya. Justeru dapat membentuk sebuah masyarakat Madani (moden berteraskan Al-Quran). 4.1 Langkah-langkah ke arah pendidikan beretika Bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), Moral dan Pendidikan Islam, masa pengajaran perlu ditambah dan pengisian isi pelajaran lebih berfokus kepada pendidikan beretika. Ini boleh diterapkan dalam aktiviti berkumpulan, pembelajaran kolaboratif dan sebagainya. Bukan itu sahaja, matapelajaran lain juga boleh diserapkan unsur etika dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pihak Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu memperluaskan kempen dan poster bagi mempromosikan etika dalam organisasi seperti pemakaian lencana “saya anti rasuah” yang dipakai oleh setiap anggota Polis Di Raja Malaysia. Ini bertujuan 6
  • 7. SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim untuk menyedarkan kedua-dua pihak bahawa rasuah adalah amalan yang terkutuk dan perlu dibenteras. Aktiviti kemasyarakatan mahupun organisasi seperti ceramah, forum, seminar, pameran dan sebagainya perlu sentiasa menyelitkan unsur-unsur positif dan beretika dalam program yang dilaksanakannya seperti ceramah agama. Selain itu media massa dan media elektronik perlu beretika dalam menyalurkan maklumat kepada umum kerana kedua-dua media ini mempunyai pengaruh yang besar dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat. Selain itu badan kerajaan seperti Kementerian Penerangan Malaysia perlu memainkan peranan yang penting mempertingkatkan penyaluran bahan media dan maklumat kepada segenap lapisan masyarakat dan bukan hanya tertumpu kepada sesebuah organisasi sahaja. Contohnya penerangan kempen Bersih, Cekap dan Amanah perlulah diwar-warkan secara langsung dan berterusan agar sentiasa menjadi pedoman kepada setiap anggota masyarakat. Badan Perundangan perlu mewartakan setiap Akta agar diketahui umum. Sebagai contoh, penguatkuasaan undang-undang mampu membenteras kegiatan rasuah. Tindakan memecat pesalah jenayah ini terutamanya jika mereka yang terbabit merupakan kaki tangan kerajaan menjadi langkah yang bijak. Hukuman seperti sebat atau penjara yang lama turut memberi kesan jika hukuman dijatuhkan tanpa mengira status dan kedudukan seeorang pesalah. Aspirasi kerajaan untuk modal insan yang cemerlang pada masa hadapan dengan melibatkan remaja dalam program Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana telah terbukti pengisiannya lebih kepada penerapan nilai-nilai moral dan membentuk individu yang lebih beretika menerusi prgramnya iaitu khidmat Masyarakat. Tambahan program- program seperti ini membentuk seseorang individu itu mempunyai jati diri yang kuat. 5.0 Keperluan beretika dalam organisasi Bagi seseorang individu yang bakal menyertai alam pekerjaan, mereka perlu bersedia dan menerapkan latihan etika yang mencukupi dalam dirinya. Sebagai contoh, 7
  • 8. SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim untuk memaski bidang perguruan, setiap calon perlu menjalani ujian UKELP untuk menilai sejauh mana nilai dan sahsiah yang ada dalam diri seseorang individu tersebut. Selain itu sebagai orang Islam perlu mendalami ilmu agama yang mendalam sebagai benteng dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam era globalisasi masa kini. Ini adalah kerana pengaruh dan desakan hidup sering mempengaruhi pegangan dan etika yang ada dalam diri mereka. Contohnya jenayah kolar putih dan jenayah ekonomi berlaku dalam pelbagai bentuk, termasuk rasuah, jenayah siber, penyelewengan aset, penipuan cek dan kad kredit, pengubahan wang haram dan sebagainya. Ini termasuk dalam salah satu 5 faktor yang membentuk etika individu iaitu faktor keadaan ( situation factors) 6. Kesalahan-kesalahan berkaitan dengan etika 6.1 Definisi rasuah Rasuah boleh ditafsirkan sebagai “ganjaran atau imbuhan yang diperoleh hasil daripada melakukan sesuatu kerja yang tidak sepatutnya dilakukan”. Rasuah bukan sahaja boleh diberi atau diterima dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dalam bentuk material. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap “pilih kasih” dalam tindakannya Daripada Abu Hurairah RA. Ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rauah dalam soal hukum menghukum”. Rasulullah SAW. yang bermaksud: “Pemberi dan penerim rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”. Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Biasanya rasuah dijadikan sebagai satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain untuk mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. 8
  • 9. SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim 6.2 Punca berlakunya rasuah secara umum Antara punca penyebab berlakunya salah laku rasuah, ialah faktor keadaan (situation factor). Bagi penjawat awam misalnya seperti bahagian penguatkuasaan, mereka sangat terdedah dengan rasuah bilamana kecerdikan perasuah dengan menawarkan sogokkan atau hadiah yang lumayan, ketiadaan saksi ketika itu dan keinginan mendapatkan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri, maka tanpa berfikir panjang, lantas mereka pun menerima rasuah. Apabila sekali mereka terjebak dan terselamat dari hukuman, berkemungkinan ianya akan menjadi sesuatu yang tidak ditakuti, bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’. Besar kemungkinan perbuatan sebegitu akan berulang lagi di lain masa. Jika diteliti laporan akhbar sejak akhir-akhir ini, ramai pegawai tinggi kerajaan yang berpangkat telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan kes mereka masih dalam siasatan dan perbicaraan. Hal ini telah mencemarkan imej organisasi kerajaan yang pada dasarnya pendokong amanah dalam pelbagai bidang. Ibarat kata pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Mereka yang didapati bersalah bakal berdepan dengan masa depan yang gelap kerana hukuman yang dikenakan bukan sahaja menghancurkan kerjaya mereka, malah mereka terpaksa menjelaskan lebih daripada sekali ganda dengan nilai suapan yang mereka terima. Berbaloikah kita menjadi penerima rasuah? Tepuk dada tanya selera. Faktor yang kedua punca berlakunya rasuah ialah nilai peribadi dan prinsip moral (personal values and morals). Kelemahan ini juga disebabkan kurang iman dan taqwa seseorang. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Sikap sesorang yang terlalu mementingkan kejayaan, pangkat dan kewangan seringkali bertindak berdasarkn keuntungan peribadi tanpa mengira kesannya terhadap orang lain. Faktor seterusnya adalah disebabkan kelemahan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan , lembap menjalankan tugas, lebih cenderung ke arah berlakunya penyelewengan khususnya rasuah. 9
  • 10. SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim 7.0 Masalah yang berkaitan rasuah di sekolah. Tanpa disedari banyak masalah rasuah telah berlaku di sekolah walaupun tidak dinyatakan. Kesalahan rasuah boleh berlaku didalam organisasi, pentadbiran, dan dikalangan guru. Misalnya seorang guru Matematik yang mengajar di kelas 5A, anak perempuannya juga belajar di kelas berkenaan. Semasa peperiksaan pertengahan tahun, anaknya tidak mengapat Gred A dalam mata pelajaran berkenaan. Sebagai seorang ibu beliau merasa kasihan terhadap anaknya. Beliau telah mengambil tindakan untuk menaikkan markah anaknya kerana berasa malu dengan rakan guru yang lain. Adakah tindakan guru ini beretika? Menurut pandangan etika Utilitarianism, tindakan yang dilakukan oleh guru dalam masalah ini adalah gagal dan tidak beretika dan tidak bermoral kerana tindakannya tidak memberi menafaat kepada orang lain malah merugikan murid lain yang telah berusaha keras untuk peperiksaan tersebut. Dalam pandangan etika Universalism, tindakan guru tersebut adalah baik kerana mempunyai niat yang baik untuk meningkatkan markah anaknya sendiri selain meningkatkan bilangan A Matematik di dalam kelas berkenaan. Niat yang baik seringkali membawa kepada kebaikan kerana mendahului kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri. Sebagai seorang guru saya berpendapat tindakan guru berkenaan tidak beretika dan tidak bermoral. Guru tersebut secara jelas lebih mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibat terhadap orang lain atas tindakan yang dilakukannya. Kesan yang pasti timbul adalah pandangan negatif daripada murid dan guru lain seandainya rahsia guru ini diketahui umum. Dari segi pandangan agama pula, guru ini tidak amanah dan tidak beriman kerana melakukan tindakan tersebut tanpa memikirkan dosa dan pahala. Masalah rasuah lain yang berlaku di sekolah seperti pihak pentadbir yang mempunyai sikap ‘pilih kasih’ terhadap kakitangan bawahannya. Situasi yang jelas dilihat, pemilihan guru penerima pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang tidak bertepatan. Kadang kala disebabkan pihak pentadbir yang mempunyai pertalian yang akrab dengan guru seringkali ‘dipandang’ berbanding guru yang memberi 10
  • 11. SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim perkhidmatan sepenuh hati tetapi tidak dinilai setanding dengan perkhidmatannya atas alasan guru berkenaan tidak popular dikalangan pentadbir. Menurut pandangan Golden Rules, berdasarkan agama Kristian, menyatakan ‘do to others as you would have them do to you’. Dalam hal ini, tindakan yang diambil oleh pentadbir adalah baik kerana sesuatu kebaikan yang diterima perlu di balas dengan kebaikan. Berbeza dengan pandangan Utilitariansm ianya tidak memberi manafaat kepada organisasi kerana kepentingan tugas tidak menjadi keutamaan sebaliknya perhubungan menjadi kayu ukur untuk penerimaan anugerah berkenaan. Kesan kepada majoriti, atau anggota organisasi sekolah berkenaan, menyebabkan suasana bekerja tidak menjadi kondusif . Secara tidak langsung, misi dan visi sekolah sukar untuk dicapai. Secara peribadi tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbir ini jelas amat mendukacitakan semua pihak. Secara terang-terangan pihak pentadbir mempunyai sikap ‘pilih kasih’ atau ‘pilih bulu’. Tindakan yang baik perlu diambil terhadap pihak pentadbir atau individu yang terlibat dengan memindahkannya ke sekolah lain atau dikaunseling oleh pihak atasan. Kesedaran tentang etika dan moral serta nilai dalam pendidikan perlu diberikan semula agar masalah ini dapat dibenteras dari akar umbi. Dalam hal ini peranan ‘Ombusman’ iaitu seseorang yang biasanya agak beumur dan biasanya diberi tanggungjawab oleh pentadbir sebagai kaunselor. Orang seperti ini sangat berguna apabila mereka memberi maklumat kepada pentadbir. Sekurang- kurangnya pentadbir boleh mendapat pelbagai maklumat dan bukannya menilai seseorang itu daripada mata kasar sahaja. Tidak dapat dinafikan juga kewujudan Internal Whistel Blowing (kaki adu dalaman) yang berperanan menyebarkan maklumat kepada pentadbir. Berkemungkinan apa yang diadu tidak semestinya benar dan berkemungkinan untuk menjatuhkan seseorang demi kepentingan dirinya sendiri, ibarat menikam musuh dari belakang. 8.0 Kesimpulan Pendidikan etika perlu dipupuk di peringkat sekolah,di institut pengajian tinggi dan seterusnya di tempat kerja. Pendidikan etika akan memberi garis panduan kod etika kerja professional. Etika ini diwujudkan untuk mengawal tingkahlaku para professional 11
  • 12. SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini etika kerja professional memainkan peranan penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya. Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak fakor yang mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya. Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu di ambil kira supaya mewujukan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong seseorang individu melakukan sesuatu yang hanya mendatang faedah dan kebaikan semua pihak. Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan harian dan dalam apa jua tindak tanduk kita. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai etika yang dikehendaki. Apabila masalah etika ini tidak dapat ditangani, maka jalan terakhir ialah penguatkuasaan undang-undang. Apabila ini berlaku sudah tentu keadaan sudah terlambat untuk diperbetulkan kerana sudah tentu ada hukuman yang menanti mereka yang bersalah. Secara kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu sendiri. 12
  • 13. SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim 9. Rujukan 1. Charles Bernheimer (1994), Comperative Literature in the Age of Multiculturalism, The Johns Hopkins University Press. 2. Joseph W.Weiss (2006), Business Ethics, Thomson, United States. 3. Steven Luper (2002), A Guide to Ethics, Mc Graw Hill, Yew York. 4. Malaysia Kita, Institut Tadbir Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991. 5. Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Institut Tadbir Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991. 6. Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991. 7. Laporan Seminar Kebangsaan Etika professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel Hilton, Kuala Lumpur. 8. Nota kuliah 9. Capaian-capaian Internet . 13
  • 14. SMP KOHOT 5/SEP 08 Siti Zalena bt Hj Abdullah Noraidawati bt Hj Rahim 14