SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Panduan skima pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2


PEMARKAHAN MENGIKUT BAHAGIAN


A. Pemberian Markah


Bahagian A = 10 markah
Bahagian B = 30 markah
Bahagian C = 20 markah
Jumlah keseluruhan = 60 markah = ?/60 x100 markah =/100%



Bahagian A 10 markah
Membina ayat
1.Ayat yang ditulis mestilah ada kena mengena dengan bahan grafik yang diberi.
2.Pemilihan kata kerja yang tepat dan sesuai dengan aktiviti dalam gambar yang
diberi.
3.Ayat yang ditulis mestilah ayat majmuk dan gramatis.
4.Jika kesalahan yang dilakukan oleh murid lebih dariada 4 kesalahan dalam kelima-
lima ayat yang dibina markah yang patut diberi tidak lebih daripada 7 markah.
5.Jika ayat yang dibina terlalu banyak kesalahan dan tidak menepati tatabahasa
yang tepat dan sesuai markah yang harus diberi tidak lebih daripada 3 markah
keseluruhan ayat.


Bahagian B
(penulisan)


1. Penilaian aspek isi ( 15 markah )


Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting:
Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai.
Huraian isi perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian
dengan isi atau tema yang hendak ditulis.
2 markah x 4 isi yang lengkap = 8 markah
1 markah pendahuluan = 1 markah
1 markah penutup = 1 markah
   Jumlah markah isi = 10 markah



   2. Penilaian aspek Bahasa ( 15 markah )


   Aspek bahasa terbahagi
   a. Perbendaharaan kata = 3 markah
   b. Struktur ayat = 3 markah
   c. Imbuhan = 3 markah
   d. Tanda baca = 3 markah
   e. Ejaan = 3 markah



   Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 15 = 30 markah untuk satu soalan.
   Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu
   pengolahannya menarik dan sangat berkesan.
   1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik. Maksudnya
   tidak dapat markah penuh.
   ½ markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah.
   Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi
   markah.
   Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan tersebut. Adik-
   adik mesti menjawab kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik.


   * Peringatan:
   Karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah daripada
   30 markah. Ini bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong,
   markah tertinggi hanyalah 5 markah sahaja.
   Isi yang berunsur negatif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang
   berteraskan budaya Melayu / Islam )


   Tambahan markah
1. Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan
   isi dan jalinan idea yang baik.
2. Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman dan ucapan
   adalah dikira sebagai format.
3. Markah tambahan juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang bertulisan
   cantik.


   B. Potong Markah: Perkara yang perlu dielakkan semasa menulis karangan.


   1. Bilangan perkataan tidak mencukupi(Panjang karangan antara 80-120
      patah perkataan.
   kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 )
   41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah )
   51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah )
   61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah )



   2. Bagi setiap satu kesalahan:
   imbuhan tolak ½ markah
   tanda baca tolak ½ markah
   ejaan tolak ½ markah


   3. Karangan yang terpesong langsung:
   markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah


   4. Format:
   salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah (markah keseluruhan) yang
   diperolehi untuk soalan itu.


   Contoh pemotongan markah surat kiriman:
   tiada alamat = tolak 1
   tiada nama pengirim = tolak 1
   tiada tanda tangan = tolak 1
   tiada tarikh tolak = ½
   tiada kata panggilan hormat = tolak 1
   tiada ucapan terima kasih = tolak 1
   Salah letak format = tolak ½
   tiada tajuk bagi surat rasmi = tolak ½


   Perlu diketahui
Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat sebarang
markah, (0 markah) bagi setiap satu aspek tatabahasa.
Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang.
Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih daripada 3
markah.



TANDA MEMERIKSA


isi ü


salah guna perkataan _____________________


kesalahan struktur ayat        ////////////


kesalahan ejaan     /


kesalahan ejaan yang berulang //


tanda yang tertinggal /


kesalahan imbuhan


kesalahan tanda baca O


isi yang tidak berkaitan ( )
Tips : Cara membilang perkataan
Nama khas yang terdiri daripada beberapa patah perkataan dikira sebagai satu
perkataan saja contoh 'Bahasa Melayu Tahun Enam'


Bahagian C
Menulis ulasan (20 markah)


         1. Pastikan ada lima nilai murni/amalan-amalan baik/pengajaran yang
             boleh diperoleh daripada petikan.
         2. 1 nilai beserta huraian dan contoh markah penuh = 4 markah darab 5
             nilai = 20 markah.
         3. Nilai yang dipilih mestilah tepat dan sesuai dengan cerita yang diberi.
         4. Panjang ulasan tidak lebih daripada 50 patah perkataan tetapi jika
             lebih boleh diterima tetapi tidak melebihi 65 patah perkataan.
         5. Aspek tatabahasa harus diberi penekanan ketika menanda
             kertas.Pemotongan markah hendaklah bersesuaian dengan
             persembahan jawapan yang diberi.
BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM
PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU?


1. Baca semua soalan yang diberi:
Fahami arahan kehendak soalan.
Kenal pasti format yang perlu digunakan.
Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang
ditetapkan.


2. Guna isi yang berlainan:
susun isi secara berturutan
letak isi mengikut perenggan
memberi huraian yang tepat kepada isi.
sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni.


3. Penggunaan perkataan yang pelbagai:
ada menggunakan perkataan yang terkini
elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap
penggunaan perkataan teknikal dengan tepat
elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima.


4. Susun ayat dengan kemas:
elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek
guna ayat yang pendek tetapi lengkap
kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik


5. Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul:
gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan
gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya.


6. Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan:
dapat membezakan imbuhan an dan kan
guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurang-
kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis )
7. Tulis mengikut ejaan yang betul:
elak mengikut sebutan dialek / daerah
elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan


Tahukah kamu ?
Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan. (contoh
keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain )


PUNCA-PUNCA PENULISAN KARANGAN MENJADI LEMAH DAN DIPOTONG
MARKAH


A. Kesalahan memilih tajuk
Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang
dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan
karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja.


B. Kekurangan isi
Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar
atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang
sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan.


C. Pembahagian perenggan
Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu
isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu
perenggan untuk satu karangan!


D. Tidak merangka karangan
Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak
merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak
kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan.
Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil
mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).
E. Kesalahan tatabahasa
Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan
karangan mendapat ‘A’.
Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih
ada calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan
"daripada", "bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak
menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan
imbuhan langsung untuk karangannya.


F. Kesuntukan masa
Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan
penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini
menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor
soalan pun tidak sempat ditulis.
Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan
baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi.
Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( ‘C’ ) sahaja.


G. Kesalahan lain
Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan.
Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan.
Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa
Kelantan / bahasa Utara / bahasa Jawa / bahasa Bugis / bahasa SMS )




Di bawah ini adalah contoh kesalahan tatabahasa dan pembetulannya.



A. Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat.
SALAH: Selepas mandi Yusri bersarapan, selepas itu dia memakai baju, selepas
itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal.
BETUL: Selepas mandi, Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi
ke sekolah dengan menaiki basikal.
B. Salah Menggunakan Perkataan


dari dan daripada


SALAH: Kain batik itu datang daripada Terengganu.
BETUL: Kain batik itu datang dari Terengganu.


Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'dari' digunakan untuk tempat.


SALAH: Saya baru terima surat itu dari kakak.
BETUL: Saya baru terima surat itu daripada kakak.


untuk , supaya dan selama
SALAH: Jenna Bush pergi ke pasar untuk membeli sayur.
BETUL: Jenna Bush pergi ke pasar membeli sayur.
SALAH: Steve McNair menjerit untuk meminta tolong.
BETUL: Steve McNair menjerit meminta tolong.
SALAH: Rihanna bercita-cita untuk menjadi doktor.
BETUL: Rihanna bercita-cita hendak menjadi doktor.
SALAH: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian.
BETUL: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian.
SALAH: Kami akan tinggal untuk dua minggu.
BETUL: Kami akan tinggal selamadua minggu.
SALAH: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuksatu jam.
BETUL: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam.



adalah dan ialah
BETUL: Adalahdengan hormatnya dimaklumkan ………….
SALAH: Denganhormatnya dimaklumkan ……………….
BETUL: Tuduhan itu adalah fitnah belaka.
SALAH: Tuduhan itu fitnah belaka.
SALAH: Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian.
BETUL: Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.
bila dan apabila
SALAH: Zainal pun bangun bila namanya dipanggil.
BETUL: Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil.
SALAH: Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.
BETUL: Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu.



ramai, banyak, semua dan para
SALAH: Ramai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu.
BETUL: Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu.
SALAH: Banyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali.
BETUL: Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali.
SALAH: Semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.
BETUL: Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan.
SALAH: Para-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.
BETUL: Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan.
SALAH: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah-hadiah
pemenang-pemenang.
BETUL: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah pemenang-
pemenang.


yang dan bahawa
SALAH: Hasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah.
BETUL: Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah.
SALAH: Mereka memberitahu yang tindakan itu tidak adil.
BETUL: Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil.



kata ganti nama
SALAH: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini.
BETUL: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini.
SALAH: Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.
BETUL: Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.
kata ganti "dia" dan "ia"


Nota : kata ganti "dia" ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja. Kata ganti
nama "ia" ialah untuk binatang, benda, pokok masalah dan sebagainya.
SALAH: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani.
BETUL: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani.
SALAH: Perut Rosli memulas. Ia memulas sejak malam tadi lagi.
BETUL: Perut Rosli memulas sejak malam tadi lagi.



apa, mana dan bagaimana
SALAH: Baju apa yang kamu pakai ?
BETUL: Baju mana yang kamu pakai ?
SALAH: Mana katanya betul belaka.
BETUL: Apa katanya betul belaka.
SALAH: Apa pendapat tuan mengenai soal itu ?
BETUL: Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ?




penjodoh bilangan
SALAH: Ibunya seorangyang baik hati.
BETUL: Ibunya baik hati.
SALAH: Amran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah.
BETUL: Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah.


Pada dan kepada


SALAH: Beri surat ini pada Hasrul.
BETUL: Beri surat ini kepada Hasrul.


Di dan pada


SALAH: Di masa rehat saya ke kantin.
BETUL: Pada masa rehat saya ke kantin.
C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit)

SALAH: Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar.
BETUL: Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar.
SALAH: Semua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya.
BETUL: Semua kuih di atas meja itu telah saya makan.
SALAH: Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah
BETUL: Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke
sekolah.
SALAH: Mamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia
BETUL: Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia.
SALAH: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya.
BETUL: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila.
SALAH: Apakah nama kamu?
BETUL: Siapakah nama kamu?



D. Tanda baca


Menggunakan tanda baca pada tempat yang salah

SALAH: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik, gitar, piano dan, dram.
BETUL: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik; gitar, piano, dan dram.



tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul
SALAH: Jangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak, jerit polis kepada
perompak itu.
BETUL: "Jangan bergerak! Kalau bergerak kamu akan ditembak," jerit polis kepada
perompak itu.
Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat

SALAH: Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian
itu?
BETUL: Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harian
itu?
SALAH: Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer.
BETUL: Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer.


E. Imbuhan


Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan "di" dan "ke"
SALAH: Masukkan buku ini didalam beg.
BETUL: Masukkan buku ini ke dalam beg.
SALAH: Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan.
BETUL: Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan.


Tidak dapat membezakan imbuhan "an dan "kan"
SALAH: Masakkan ibu sungguh lazat.
BETUL: Masakan ibu sungguh lazat.
SALAH: Masukan buku ini ke dalam almari.
BETUL: Masukkan buku ini ke dalam almari.


Lain-lain kesalahan
SALAH: Kejayaan Najib membanggakan dan mengembirakan ibu bapanya.
BETUL: Kejayaan Najib membangga dan menggembirakan ibu bapanya.
SALAH: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta yang menyelesa.
BETUL: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta yang selesa.

More Related Content

What's hot

Isi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratIsi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratSUFINA SHUKRI
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)firo HAR
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa namafiro HAR
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayatNurull Sya
 
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3 Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3 Aynora Nur
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranBynaNie MaiRa
 
Pelan intervensi bm
Pelan intervensi bmPelan intervensi bm
Pelan intervensi bmnur aliaa
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapatSalasiah Hassan Bahari
 
2.teknik bacaan
2.teknik bacaan2.teknik bacaan
2.teknik bacaansuhasah
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 

What's hot (20)

Isi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratIsi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersirat
 
Kata ganda penuh
Kata ganda penuhKata ganda penuh
Kata ganda penuh
 
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Kata nama am
Kata nama amKata nama am
Kata nama am
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama diri
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
 
Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas Bab 2 kata tugas
Bab 2 kata tugas
 
Syair
SyairSyair
Syair
 
Kata majmuk
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
 
Kata terbitan
Kata terbitanKata terbitan
Kata terbitan
 
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3 Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Pelan intervensi bm
Pelan intervensi bmPelan intervensi bm
Pelan intervensi bm
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
2.teknik bacaan
2.teknik bacaan2.teknik bacaan
2.teknik bacaan
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 

Similar to Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini

Panduanskimapemarkahanbahasamelayukertasterkini 120728234344-phpapp01
Panduanskimapemarkahanbahasamelayukertasterkini 120728234344-phpapp01Panduanskimapemarkahanbahasamelayukertasterkini 120728234344-phpapp01
Panduanskimapemarkahanbahasamelayukertasterkini 120728234344-phpapp01daud5530
 
Pemarkahan
PemarkahanPemarkahan
PemarkahanAchet75
 
Bm skema bm 2 2010
Bm skema bm  2 2010Bm skema bm  2 2010
Bm skema bm 2 2010hajmi
 
Kisi-kisi B.Indo Praktik.doc
Kisi-kisi B.Indo Praktik.docKisi-kisi B.Indo Praktik.doc
Kisi-kisi B.Indo Praktik.docUkiDewiWulandari
 
Pendedahan penulisan
Pendedahan penulisanPendedahan penulisan
Pendedahan penulisanSuhaimi Samat
 
KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013Smk Gelam
 
Teknik menjawab kertas penulisan
Teknik menjawab kertas penulisanTeknik menjawab kertas penulisan
Teknik menjawab kertas penulisanEiris Hasmah Hassan
 
Teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 2
Teknik menjawab soalan  Bahasa Melayu Kertas 2Teknik menjawab soalan  Bahasa Melayu Kertas 2
Teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 2Megawati Jalaludin
 
Item penulisan UPSR
Item penulisan  UPSR Item penulisan  UPSR
Item penulisan UPSR PAKLONG CIKGU
 
PETUNJUK PENULISAN LAPORAN PRAKTEK KERJA INDUSTRI
PETUNJUK PENULISAN LAPORAN PRAKTEK KERJA INDUSTRIPETUNJUK PENULISAN LAPORAN PRAKTEK KERJA INDUSTRI
PETUNJUK PENULISAN LAPORAN PRAKTEK KERJA INDUSTRIAmin Eko Wulandari
 
skema jawapan BM kertas 2 PAT.docx
skema jawapan BM kertas 2 PAT.docxskema jawapan BM kertas 2 PAT.docx
skema jawapan BM kertas 2 PAT.docxHaslizaSapar
 
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013Chaw Sai Ngoh
 
Rubrik Ringkasan
Rubrik RingkasanRubrik Ringkasan
Rubrik RingkasanTeacher
 

Similar to Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini (20)

Panduanskimapemarkahanbahasamelayukertasterkini 120728234344-phpapp01
Panduanskimapemarkahanbahasamelayukertasterkini 120728234344-phpapp01Panduanskimapemarkahanbahasamelayukertasterkini 120728234344-phpapp01
Panduanskimapemarkahanbahasamelayukertasterkini 120728234344-phpapp01
 
Pemarkahan
PemarkahanPemarkahan
Pemarkahan
 
Bm skema bm 2 2010
Bm skema bm  2 2010Bm skema bm  2 2010
Bm skema bm 2 2010
 
ke arah 1.ppt
ke arah 1.pptke arah 1.ppt
ke arah 1.ppt
 
Kisi-kisi B.Indo Praktik.doc
Kisi-kisi B.Indo Praktik.docKisi-kisi B.Indo Praktik.doc
Kisi-kisi B.Indo Praktik.doc
 
Bahan 2
Bahan 2Bahan 2
Bahan 2
 
Pendedahan penulisan
Pendedahan penulisanPendedahan penulisan
Pendedahan penulisan
 
KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
KERTAS 2 BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
 
Teknik menjawab kertas penulisan
Teknik menjawab kertas penulisanTeknik menjawab kertas penulisan
Teknik menjawab kertas penulisan
 
Bahan bengkel bm
Bahan bengkel bmBahan bengkel bm
Bahan bengkel bm
 
Pengenalan kertas 1 BM spm
Pengenalan kertas 1 BM spmPengenalan kertas 1 BM spm
Pengenalan kertas 1 BM spm
 
Teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 2
Teknik menjawab soalan  Bahasa Melayu Kertas 2Teknik menjawab soalan  Bahasa Melayu Kertas 2
Teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 2
 
Item penulisan UPSR
Item penulisan  UPSR Item penulisan  UPSR
Item penulisan UPSR
 
Pengenalan Kertas 2 BM spm
Pengenalan Kertas 2 BM spmPengenalan Kertas 2 BM spm
Pengenalan Kertas 2 BM spm
 
Panduan Menjawab Kertas Bahasa Melayu UPSR
Panduan Menjawab Kertas Bahasa Melayu UPSRPanduan Menjawab Kertas Bahasa Melayu UPSR
Panduan Menjawab Kertas Bahasa Melayu UPSR
 
PETUNJUK PENULISAN LAPORAN PRAKTEK KERJA INDUSTRI
PETUNJUK PENULISAN LAPORAN PRAKTEK KERJA INDUSTRIPETUNJUK PENULISAN LAPORAN PRAKTEK KERJA INDUSTRI
PETUNJUK PENULISAN LAPORAN PRAKTEK KERJA INDUSTRI
 
skema jawapan BM kertas 2 PAT.docx
skema jawapan BM kertas 2 PAT.docxskema jawapan BM kertas 2 PAT.docx
skema jawapan BM kertas 2 PAT.docx
 
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
 
Format ba
Format baFormat ba
Format ba
 
Rubrik Ringkasan
Rubrik RingkasanRubrik Ringkasan
Rubrik Ringkasan
 

More from aimanrais

Mari eja dan baca
Mari eja dan bacaMari eja dan baca
Mari eja dan bacaaimanrais
 
Ppointsinga dengan arnab
Ppointsinga dengan arnabPpointsinga dengan arnab
Ppointsinga dengan arnabaimanrais
 
Kesalahanumumtatabahasa
KesalahanumumtatabahasaKesalahanumumtatabahasa
Kesalahanumumtatabahasaaimanrais
 
Teka silang kata
Teka silang kataTeka silang kata
Teka silang kataaimanrais
 
Lagu lagu rakyat terengganu
Lagu lagu rakyat terengganuLagu lagu rakyat terengganu
Lagu lagu rakyat terengganuaimanrais
 
Modul pembelajaran bahasa melayu kertas 1 dan kertas 2
Modul pembelajaran bahasa melayu  kertas 1 dan kertas 2Modul pembelajaran bahasa melayu  kertas 1 dan kertas 2
Modul pembelajaran bahasa melayu kertas 1 dan kertas 2aimanrais
 

More from aimanrais (7)

Mari eja dan baca
Mari eja dan bacaMari eja dan baca
Mari eja dan baca
 
China girl
China girlChina girl
China girl
 
Ppointsinga dengan arnab
Ppointsinga dengan arnabPpointsinga dengan arnab
Ppointsinga dengan arnab
 
Kesalahanumumtatabahasa
KesalahanumumtatabahasaKesalahanumumtatabahasa
Kesalahanumumtatabahasa
 
Teka silang kata
Teka silang kataTeka silang kata
Teka silang kata
 
Lagu lagu rakyat terengganu
Lagu lagu rakyat terengganuLagu lagu rakyat terengganu
Lagu lagu rakyat terengganu
 
Modul pembelajaran bahasa melayu kertas 1 dan kertas 2
Modul pembelajaran bahasa melayu  kertas 1 dan kertas 2Modul pembelajaran bahasa melayu  kertas 1 dan kertas 2
Modul pembelajaran bahasa melayu kertas 1 dan kertas 2
 

Panduan skima pemarkahan bahasa melayu kertas terkini

  • 1. Panduan skima pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 PEMARKAHAN MENGIKUT BAHAGIAN A. Pemberian Markah Bahagian A = 10 markah Bahagian B = 30 markah Bahagian C = 20 markah Jumlah keseluruhan = 60 markah = ?/60 x100 markah =/100% Bahagian A 10 markah Membina ayat 1.Ayat yang ditulis mestilah ada kena mengena dengan bahan grafik yang diberi. 2.Pemilihan kata kerja yang tepat dan sesuai dengan aktiviti dalam gambar yang diberi. 3.Ayat yang ditulis mestilah ayat majmuk dan gramatis. 4.Jika kesalahan yang dilakukan oleh murid lebih dariada 4 kesalahan dalam kelima- lima ayat yang dibina markah yang patut diberi tidak lebih daripada 7 markah. 5.Jika ayat yang dibina terlalu banyak kesalahan dan tidak menepati tatabahasa yang tepat dan sesuai markah yang harus diberi tidak lebih daripada 3 markah keseluruhan ayat. Bahagian B (penulisan) 1. Penilaian aspek isi ( 15 markah ) Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting: Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian isi perlu jelas dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi atau tema yang hendak ditulis. 2 markah x 4 isi yang lengkap = 8 markah 1 markah pendahuluan = 1 markah
  • 2. 1 markah penutup = 1 markah Jumlah markah isi = 10 markah 2. Penilaian aspek Bahasa ( 15 markah ) Aspek bahasa terbahagi a. Perbendaharaan kata = 3 markah b. Struktur ayat = 3 markah c. Imbuhan = 3 markah d. Tanda baca = 3 markah e. Ejaan = 3 markah Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 15 = 30 markah untuk satu soalan. Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu pengolahannya menarik dan sangat berkesan. 1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik. Maksudnya tidak dapat markah penuh. ½ markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah. Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi markah. Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan tersebut. Adik- adik mesti menjawab kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik. * Peringatan: Karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah daripada 30 markah. Ini bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong, markah tertinggi hanyalah 5 markah sahaja. Isi yang berunsur negatif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang berteraskan budaya Melayu / Islam ) Tambahan markah 1. Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan isi dan jalinan idea yang baik. 2. Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman dan ucapan adalah dikira sebagai format.
  • 3. 3. Markah tambahan juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang bertulisan cantik. B. Potong Markah: Perkara yang perlu dielakkan semasa menulis karangan. 1. Bilangan perkataan tidak mencukupi(Panjang karangan antara 80-120 patah perkataan. kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 ) 41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah ) 51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah ) 61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah ) 2. Bagi setiap satu kesalahan: imbuhan tolak ½ markah tanda baca tolak ½ markah ejaan tolak ½ markah 3. Karangan yang terpesong langsung: markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah 4. Format: salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah (markah keseluruhan) yang diperolehi untuk soalan itu. Contoh pemotongan markah surat kiriman: tiada alamat = tolak 1 tiada nama pengirim = tolak 1 tiada tanda tangan = tolak 1 tiada tarikh tolak = ½ tiada kata panggilan hormat = tolak 1 tiada ucapan terima kasih = tolak 1 Salah letak format = tolak ½ tiada tajuk bagi surat rasmi = tolak ½ Perlu diketahui
  • 4. Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat sebarang markah, (0 markah) bagi setiap satu aspek tatabahasa. Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang. Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih daripada 3 markah. TANDA MEMERIKSA isi ü salah guna perkataan _____________________ kesalahan struktur ayat //////////// kesalahan ejaan / kesalahan ejaan yang berulang // tanda yang tertinggal / kesalahan imbuhan kesalahan tanda baca O isi yang tidak berkaitan ( )
  • 5. Tips : Cara membilang perkataan Nama khas yang terdiri daripada beberapa patah perkataan dikira sebagai satu perkataan saja contoh 'Bahasa Melayu Tahun Enam' Bahagian C Menulis ulasan (20 markah) 1. Pastikan ada lima nilai murni/amalan-amalan baik/pengajaran yang boleh diperoleh daripada petikan. 2. 1 nilai beserta huraian dan contoh markah penuh = 4 markah darab 5 nilai = 20 markah. 3. Nilai yang dipilih mestilah tepat dan sesuai dengan cerita yang diberi. 4. Panjang ulasan tidak lebih daripada 50 patah perkataan tetapi jika lebih boleh diterima tetapi tidak melebihi 65 patah perkataan. 5. Aspek tatabahasa harus diberi penekanan ketika menanda kertas.Pemotongan markah hendaklah bersesuaian dengan persembahan jawapan yang diberi.
  • 6. BAGAIMANA MENDAPAT MARKAH TINGGI ATAU GRED A DI DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU? 1. Baca semua soalan yang diberi: Fahami arahan kehendak soalan. Kenal pasti format yang perlu digunakan. Karangan yang tidak terlalu panjang atau pendek mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan. 2. Guna isi yang berlainan: susun isi secara berturutan letak isi mengikut perenggan memberi huraian yang tepat kepada isi. sebaik-baiknya karangan mengandungi nilai-nilai murni. 3. Penggunaan perkataan yang pelbagai: ada menggunakan perkataan yang terkini elak penggunaan perkataan sama yang berulang / kerap penggunaan perkataan teknikal dengan tepat elak perkataan dialek atau daerah yang tidak diterima. 4. Susun ayat dengan kemas: elak pengaruh struktur ayat percakapan daerah / dialek guna ayat yang pendek tetapi lengkap kebolehan menggunakan rangkai kata / ungkapan yang menarik 5. Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul: gunakan tanda baca pada tempat yang diperlukan gunakan huruf kecil dan huruf besar pada tempatnya. 6. Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan: dapat membezakan imbuhan an dan kan guna imbuhan yang pelbagai - awalan / akhiran / sisipan / apitan ( sekurang- kurangnya 5 imbuhan yang berbagai jenis )
  • 7. 7. Tulis mengikut ejaan yang betul: elak mengikut sebutan dialek / daerah elak menulis huruf yang mengelirukan / cermat dalam bentuk tulisan Tahukah kamu ? Hanya terdapat 29 perkataan sahaja menggunakan ejaan yang disatukan. (contoh keretapi, jawatankuasa, dan lain-lain ) PUNCA-PUNCA PENULISAN KARANGAN MENJADI LEMAH DAN DIPOTONG MARKAH A. Kesalahan memilih tajuk Kesalahan memilih tajuk biasanya berlaku kerana calon tidak memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Keadaan ini terjadi mungkin calon terburu-buru menyiapkan karangan. Mereka menulis karangan asalkan siap sahaja. B. Kekurangan isi Oleh sebab kekurangan isi, sesetengah calon menghuraikan isi secara mendatar atau meleret-leret. Ini juga boleh menyebabkan terjadinya pengulangan isi yang sama. Hal ini berlaku kerana calon kurang membaca dan terhadnya pengetahuan. C. Pembahagian perenggan Ada calon meletakkan beberapa isi dalam satu perenggan. Ini menyebabkan sesuatu isi tidak dapat dihurai secara mendalam. Malah ada calon menulis hanya satu perenggan untuk satu karangan! D. Tidak merangka karangan Ada calon yang terus menulis tanpa mencari isi terlebih dahulu. Calon yang tidak merangka bererti calon tersebut tidak menyusun isi. Ini menyebabkan karangan tidak kemas dan bercelaru. Ia juga menyebabkan susunan isi tidak berturutan. Terdapat juga isi yang sama diulang. Malah ada calon yang menulis sambil mengharapkan isi datang kemudian ( terlintas di fikiran ).
  • 8. E. Kesalahan tatabahasa Calon perlu tahu , penguasaan bahasa terkini amat penting bagi memastikan karangan mendapat ‘A’. Pada tahap Tahun 6 , sepatutnya masalah kesalahan ejaan tidak lagi timbul. Masih ada calon yang tidak dapat membezakan antara "pada" dengan "di", "dari" dengan "daripada", "bila" dengan "apabila" dan pelbagai lagi. Ramai yang tidak menggunakan imbuhan dengan betul. Lebih malang lagi calon tidak menggunakan imbuhan langsung untuk karangannya. F. Kesuntukan masa Masa membina karangan sangat terhad. Pengurusan masa memainkan peranan penting. Calon yang tidak peka akan terburu-buru menyiapkan karangan. Ini menyebabkan tiada masa untuk menyemak kesalahan tatabahasa. Malah nombor soalan pun tidak sempat ditulis. Terdapat kes calon yang cemerlang, hanya menjawab satu soalan sahaja dengan baik dan mendapat markah penuh. Tetapi tidak menjawab satu soalan lagi. Akibatnya beliau hanya mendapat 50 % ( ‘C’ ) sahaja. G. Kesalahan lain Tidak mengikut jumlah perkataan yang ditetapkan. Tidak dapat mengenal pasti format yang diperlukan. Masih ada yang menggunakan bahasa dialek daerah ( bahasa kampung / bahasa Kelantan / bahasa Utara / bahasa Jawa / bahasa Bugis / bahasa SMS ) Di bawah ini adalah contoh kesalahan tatabahasa dan pembetulannya. A. Penggunaan Perkataan Yang Berulang Dalam Suatu Ayat. SALAH: Selepas mandi Yusri bersarapan, selepas itu dia memakai baju, selepas itu dia pergi ke sekolah pula dengan menaiki basikal. BETUL: Selepas mandi, Yusri bersarapan dan memakai baju. Kemudian Yusri pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.
  • 9. B. Salah Menggunakan Perkataan dari dan daripada SALAH: Kain batik itu datang daripada Terengganu. BETUL: Kain batik itu datang dari Terengganu. Nota Cikgu Amiene Rev: Perkataan 'dari' digunakan untuk tempat. SALAH: Saya baru terima surat itu dari kakak. BETUL: Saya baru terima surat itu daripada kakak. untuk , supaya dan selama SALAH: Jenna Bush pergi ke pasar untuk membeli sayur. BETUL: Jenna Bush pergi ke pasar membeli sayur. SALAH: Steve McNair menjerit untuk meminta tolong. BETUL: Steve McNair menjerit meminta tolong. SALAH: Rihanna bercita-cita untuk menjadi doktor. BETUL: Rihanna bercita-cita hendak menjadi doktor. SALAH: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh untuk lulus dalam ujian. BETUL: Siti Nurhaliza belajar bersungguh-sungguh supaya lulus dalam ujian. SALAH: Kami akan tinggal untuk dua minggu. BETUL: Kami akan tinggal selamadua minggu. SALAH: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung untuksatu jam. BETUL: Ujian mata pelajaran Bahasa Melayu itu berlangsung selama satu jam. adalah dan ialah BETUL: Adalahdengan hormatnya dimaklumkan …………. SALAH: Denganhormatnya dimaklumkan ………………. BETUL: Tuduhan itu adalah fitnah belaka. SALAH: Tuduhan itu fitnah belaka. SALAH: Keperluan asas manusia adalah makanan, perlindungan dan pakaian. BETUL: Keperluan asas manusia ialah makanan, perlindungan dan pakaian.
  • 10. bila dan apabila SALAH: Zainal pun bangun bila namanya dipanggil. BETUL: Zainal pun bangun apabila namanya dipanggil. SALAH: Bila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu. BETUL: Apabila dimarahi ayah, adik menangis tersedu-sedu. ramai, banyak, semua dan para SALAH: Ramai murid-murid menonton pertandingan bola sepak itu. BETUL: Ramai murid menonton pertandingan bola sepak itu. SALAH: Banyak pakaian-pakaian terpakai dijual oleh Ali. BETUL: Banyak pakaian terpakai dijual oleh Ali. SALAH: Semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan. BETUL: Semua guru Sekolah Kebangsaan Darau diberi penghargaan. SALAH: Para-para jemputan dipersilakan masuk ke dewan. BETUL: Para jemputan dipersilakan masuk ke dewan. SALAH: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah-hadiah pemenang-pemenang. BETUL: Guru Besar tampil ke hadapan untuk menyampaikan hadiah pemenang- pemenang. yang dan bahawa SALAH: Hasri memberitahu yang dia tidak dapat hadir ke sekolah. BETUL: Hasri memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke sekolah. SALAH: Mereka memberitahu yang tindakan itu tidak adil. BETUL: Mereka memberitahu bahawa tindakan itu tidak adil. kata ganti nama SALAH: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja sini. BETUL: Ambil lauk-pauk itu dan hidangkan di meja ini. SALAH: Entah siapa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung. BETUL: Entah apa yang difikirkannya, sejak tadi asyik termenung.
  • 11. kata ganti "dia" dan "ia" Nota : kata ganti "dia" ialah kata ganti nama untuk manusia sahaja. Kata ganti nama "ia" ialah untuk binatang, benda, pokok masalah dan sebagainya. SALAH: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Dia dijaga dengan rapi oleh Sani. BETUL: Pokok bunga itu tumbuh dengan subur. Ia dijaga dengan rapi oleh Sani. SALAH: Perut Rosli memulas. Ia memulas sejak malam tadi lagi. BETUL: Perut Rosli memulas sejak malam tadi lagi. apa, mana dan bagaimana SALAH: Baju apa yang kamu pakai ? BETUL: Baju mana yang kamu pakai ? SALAH: Mana katanya betul belaka. BETUL: Apa katanya betul belaka. SALAH: Apa pendapat tuan mengenai soal itu ? BETUL: Bagaimana pendapat tuan mengenai soal itu ? penjodoh bilangan SALAH: Ibunya seorangyang baik hati. BETUL: Ibunya baik hati. SALAH: Amran pulang ke rumah dengan sebuah bas sekolah. BETUL: Amran pulang ke rumah dengan bas sekolah. Pada dan kepada SALAH: Beri surat ini pada Hasrul. BETUL: Beri surat ini kepada Hasrul. Di dan pada SALAH: Di masa rehat saya ke kantin. BETUL: Pada masa rehat saya ke kantin.
  • 12. C. Kesalahan Struktur Ayat (ayat bercelaru dan berbelit-belit) SALAH: Dengan cepat berjalan adik kerana mengikut emak hendak ke pasar. BETUL: Adik berjalan dengan cepat kerana hendak mengikut emak ke pasar. SALAH: Semua kuih di atas meja itu telah dimakan oleh saya. BETUL: Semua kuih di atas meja itu telah saya makan. SALAH: Bila bangun tidur saya mandi dan makan pagi lepas itu pergi ke sekolah BETUL: Apabila bangun tidur saya mandi dan bersarapan. Kemudian, saya pergi ke sekolah. SALAH: Mamat kelihatan muram ibunya meninggal dunia BETUL: Mamat kelihatan muram semenjak ibunya meninggal dunia. SALAH: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai selama-lamanya. BETUL: Saya tidak akan melupai peristiwa itu sampai bila-bila. SALAH: Apakah nama kamu? BETUL: Siapakah nama kamu? D. Tanda baca Menggunakan tanda baca pada tempat yang salah SALAH: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik, gitar, piano dan, dram. BETUL: Rahman pandai bermain pelbagai alat muzik; gitar, piano, dan dram. tidak menggunakan tanda baca pada tempat yang betul SALAH: Jangan bergerak Kalau bergerak kamu akan ditembak, jerit polis kepada perompak itu. BETUL: "Jangan bergerak! Kalau bergerak kamu akan ditembak," jerit polis kepada perompak itu.
  • 13. Penggunaan huruf kecil / besar tidak pada tempat SALAH: Siapakah pemenang dalam Pertandingan Syarahan anjuran berita harian itu? BETUL: Siapakah pemenang dalam pertandingan syarahan anjuran Berita Harian itu? SALAH: Jarak rumah saya dari Bandar Jerteh ialah 2.5 Kilometer. BETUL: Jarak rumah saya dari bandar Jerteh ialah 2.5 kilometer. E. Imbuhan Tidak dapat membezakan antara kata depan dengan.imbuhan "di" dan "ke" SALAH: Masukkan buku ini didalam beg. BETUL: Masukkan buku ini ke dalam beg. SALAH: Semua murid di kehendaki beratur dipadang sebelum masuk ke dewan. BETUL: Semua murid dikehendaki beratur di padang sebelum masuk ke dewan. Tidak dapat membezakan imbuhan "an dan "kan" SALAH: Masakkan ibu sungguh lazat. BETUL: Masakan ibu sungguh lazat. SALAH: Masukan buku ini ke dalam almari. BETUL: Masukkan buku ini ke dalam almari. Lain-lain kesalahan SALAH: Kejayaan Najib membanggakan dan mengembirakan ibu bapanya. BETUL: Kejayaan Najib membangga dan menggembirakan ibu bapanya. SALAH: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat meletak kereta yang menyelesa. BETUL: Pasar Besar Jertih mempunyai tempat letak kereta yang selesa.