3. Hari ini kita akan belajar
tentang cara-cara
menjawab
soalan tatabahasa dan
pemahaman bahasa
Melayu.
4. 1. SENYAP DAN BERI PERHATIAN
2. DENGAR DENGAN TELITI
3. BERFIKIR DENGAN MENDALAM
4. BUAT / AMALKAN ILMU YANG DIPELAJARI
5. SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN
5. Kata Ganti Nama Diri Pertama ;
Tunggal : saya , aku , beta , hamba , patik
Contoh ; “ Beta mahu beradu sebentar, ” kata
sultan.
“ Hamba pulang dahulu, tuan hamba, ”
kata
ketua kampung kepada bendahara.
“ Patik tidak pasti tentang perkara itu,
tuanku, ” kata pengawal kepada
sultan.
Jamak / banyak : kita , kami
Contoh ; “ Kita hendaklah hidup bersatu-padu, ”
kata
6. Kata Ganti Nama Diri Kedua ;
Tunggal : awak , kamu , anda , engkau , kau ,
tuanku
Contoh ; Anda bolehlah menjawab soalan
sekarang.
Jamak / banyak : kalian , anda semua , awak
semua ,
kamu semua
Contoh ; Kalian diminta membawa barang-
barang yang diperlukan.
7. Kata Ganti Nama Diri Ketiga ;
Tunggal : dia , ia , beliau , -nya , baginda ,
beliau
Contoh ; Beliau bertugas di Hospital Pantai
Ipoh.
Baginda sultan mahu berangkat
sekarang.
Dia dan bapanya menaiki kereta ke
sana.
Jamak / banyak : mereka
Contoh ; Mereka akan berkumpul di padang.
8. Kata Ganti Nama Tanya ;
Apa : Untuk menanyakan benda , haiwan ,
perkara
Contoh ; Apakah barang yang kamu bawa ?
Apakah nama kucing ini ?
Apakah masalah yang dihadapinya ?
Siapa : Untuk menanyakan manusia
Contoh ; Siapakah yang tinggal di sini ?
Mana : Untuk menanyakan tempat
Contoh ; Rumah awak di mana ?
Di manakah letaknya rumah kamu ?
9. Kata Ganti Nama Tempat ;
Sini : menunjukkan tempat yang dekat / hampir
Contoh ; Kamu tunggu ibu di sini ?
Di sinikah kamu letak buku itu ?
Situ : tempat yang tidak begitu jauh
Contoh ; Adik saya duduk di situ tadi.
Sana : tempat yang jauh dan tidak dapat dilihat
Contoh ; Rumah saya terletak di belakang bukit
sana.
Kampung kami terletak di negeri
Melaka. Kami selalu pulang ke sana.
10. Kata Ganti Nama Tunjuk ;
Ini : menunjukkan sesuatu yang dekat / hampir
Contoh ; Ini buku saya.
Buku ini tebal.
Itu : menunjukkan sesuatu yang jauh
Contoh ; Budak itu baharu di sekolah kita.
Itu pun guru saya baru tiba.
Begini ; Beginikah cara membuat kek ?
Begitu : Kalau begitu, saya pun akan
mencubanya.
11. Kata Ganti Nama Tak Tentu ;
Apa-apa : menggantikan benda/perkara yang
tidak khusus
Contoh ; Saya pun tidak tahu apa-apa.
Siapa-siapa / Sesiapa : menggantikan manusia
Contoh ; Siapa-siapa pun boleh datang ke sini.
Bila-bila : menggantikan masa yang tidak tentu
Contoh ; Dia boleh datang pada bila-bila masa
sahaja.
Mana-mana : menggantikan tempat / benda
Contoh ; Kita boleh pilih mana-mana buku yang
disukai.