SlideShare a Scribd company logo
1 of 46
JABATAN PERDAGANGAN
POLITEKNIK KUCHING, SARAWAK
Objektif am
               
 Mengetahui konsep asas kebakaran
 Memahami kegunaan alat memadam api kecil
  permulaan
 Menggunakan alat pencegahan kebakaran dalam
  situasi sebenar
Objektif khusus
              
 Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

 menerangkan bagaimana api terhasil
 membezakan kelas-kelas api dan alat memadam api
  kecil permulaan
 menggunakan alat memadam api kecil permulaan
 menerangkan dan melaksanakan tatacara
  pengunsian bangunan
PENGENALAN
         KEBAKARAN
             
 Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar
  menjadi lawan merupakan kata-kata yang yang
  amat bertepatan dengan penggunaan api dalam
  kehidupan harian. Biarpun api menjadi satu
  keperluan dalam kehidupan harian, ia akan menjadi
  merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul.

      Definisi pencegahan kebakaran


 Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang
  mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran
  daripada berlaku dan juga langkah awal bagi
  mengelakkan kebakaran yang baru bermula
  daripada merebak kepada peringkat yang tidak
  boleh dikawal lagi.
KATEGORI KEBAKARAN DAN KEJADIAN
               API
                       
 Asas kebakaran kimia

 Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat
  tiga unsur yang bergabung iaitu bahan untuk
  membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak,
  udara untuk membekalkan oksigen dan suhu atau
  haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau
  nyalaan.
Rajah 1: Segitiga api
         

 Cara memadam kebakaran

 Anda telah mengetahui bahawa nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur
  iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya anda
  perlu untuk memisahkan gabungan tersebut.

 Contohnya sekiranya bahan seperti kayu yang boleh membantu nyalaan
  dijauhkan dari kawasan terbakar maka api akan terpadam kerana tiadanya
  bahan untuk dibakar. Anda juga boleh menghalang udara dari sampai ke
  tempat kebakaran dengan menutup kawasan kebakaran dengan
  mengunakan guni basah sekiranya nyalaan adalah kecil.

 Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu:

 Melaparkan.
 Ini dilakukan dengan:
   Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke
    tempat lain.
   Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain
   Memecah atau menghancurkan bahan api yang
    terbakar supaya mudah dipadamkan.

 Melemaskan.
 Ini dilakukan dnegan menghalang kemasukan udara
  dengan cara menutup permukaan bahan api yang
  terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran.

 Menyejukkan.
 Sifat air yang murah dan sejuk dapat
  mempercepatkan perpindahan haba dengan
  menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran
  sehingga ketahap rendah. Apabila suhu menjadi
  rendah maka nyalaan akan terpadam.

 Memutuskan Rantai Tindakbalas.
 Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan
  dengan mengunakan alat pemadam api permulaan
  seperti CO2 , BCF dan serbuk kering.
Cara api merebak
             
 Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api
  merebak iaitu dengan kaedah olakan haba,
  pengaliran, bahangan dan terus menerus.

 Olakan haba.
 Apabila terjadinya kebakaran dalam sebuah bangunan,
  asap dan gas-gas yang panas akan mengalir naik ke atas.
  Asap dan gas panas ini biasanya akan terperangkap di
  bahagian atas bangunan ataupun rumah yang terbakar.
  Keadaan ini akan menyebabkan suhu di mana kawasan
  asap dan gas terperangkap akan meningkat dengan
  mendadak. Suhu yang meningkat ini akan menyebabkan
  bahan yang mudah terbakar akan terbakar dengan
  sendirinya apabila telah sampai ke suhu pembakaran.

 Pengaliran.
 Bahan-bahan seperti tembaga dan besi walaupun
  tidak terbakar, tetapi boleh menghasilkan bahang
  dan suhu yang panas. Jadi apabila sesebuah
  bangunan terbakar, besi dan tembaga merupakan
  agen pengaliran yang akan mengalirkan bahang
  tersebut dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
  Walaupun ianya tidak terbakar, tetapi suhu dan
  bahang yang dihasilkan akan menyebabkan bahan-
  bahan di sekitarnya terbakar dengan sendirinya.

 Bahangan.
 Pembakaran terbuka yang besar boleh menyebabkan
  suhu di sekitar kawasan terbakar turut meningkat.
  Keadaan ini juga boleh menyebabkan bahan-bahan
  bakar yang berada berhampiran dengan kawasan
  terbakar akan turut terbakar walaupun ianya tidak
  bersentuhan.

 Terus menerus. Ini adalah cara yang paling mudah
  untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan
  terbakar kerana api mudah merebak melaluinya
  sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.

 Kelas-kelas api

 Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis
  berdasarkan punca bahan yang menghasilkan
  kebakaran. Pengetahuan mengenai jenis api penting
  kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api
  yang hendak digunakan untuk memadamkan
  kebakaran tersebut.
KELAS                                       ALAT PEMADAM API
                     CONTOH
 API                                           PERMULAAN


        JENIS PEPEJAL-                    ABC(Serbuk Kering)
 A
                               
        kertas, kayu habuk,                       Air
                    kain                         Buih
                                                 ABC
 B                                               Buih
        JENIS CECAIR - minyak, gasolin,
                                                 CO2
                    alkohol
                                            Air Semburan
                                                Halon
        JENIS GAS    - acetylene,                ABC
 C      ammonia,                             Air Semburan
                    butane                   Halon (BCF)
        JENIS LOGAM - aluminium,
 D      kalsium,                                 ABC

Alat pemadam api
             permulaan
                            pemadam api
 Ramai orang biasa melihat alat
  permulaan, tetapi tidak semua yang biasa
  melihatnya mengetahui cara ianya berfungsi.
  Alat ini tidak direkabentuk untuk mengatasi atau
  memadam api yang besar tetapi ia adalah untuk
  memadamkan api kecil di peringkat permulaan
  kebakaran. Setiap alat pemadam api permulaan
  mestilah ditandakan simbol kelas api dan
  dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan.
  Jenis yang biasa dan banyak digunakan sekarang
  adalah dari jenis debu kering, di mana alat
  pemadamnya berwarna biru muda.
JARAK         MASA KESELURUHAN
   JENIS         WARNA                                                 CATATAN
                                 PANCUTAN          PANCUTAN



                                                                   Tidak sesuai jenis B ,
    AIR           MERAH           4 meter            120 saat
                                                                             E




   BUIH       KUNING LANGSAT
                                    
                                  6 meter           30 - 90 saat
                                                                    Boleh beku. Tidak
                                                                       sesuai jenis E




    CO2           HITAM           3 meter            120 saat          Tiada kesan




DEBU KERING     BIRU MUDA        3 – 6 meter         120 saat          Kesan kotor




Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah
berdasarkan singkatan perkataan PASS
P       - Pull           - Tarik pin di atas alat pemadam api
A       - Aim            - Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan)
S       - Squeeze        - Pusing atau tekan pemegang
S       - Sweep - halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter
 sehingga api padam.
Cara menghalakan
   pancutan ke
    punca api
       

 PUNCA-PUNCA KEBAKARAN

 Kebakaran merupakan satu tragedi yang menyebabkan kemusnahan
  harta-benda yang bernilai berjuta-juta ringgit dan mungkin membabitkan
  kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah
  punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca
  kebakaran yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut:

 Pembuangan puntung rokok atau mancis api
 Timbunan sampah sarap,kertas atau bahan mudah terbakar.
 „overloading‟ kepada litar letrik plug atau soket.
 Bahan-bahan mudah terbakar terdedah kepada punca api.
 Halangan kepada sistem pengudaraan (ventilation system) untuk jentera
  dan peralatan letrik.

PENCEGAHAN
           KEBAKARAN
                        
 Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan
  langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan
  api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah
  awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru
  bermula (infant stage) daripada merebak kepada
  peringkat yang boleh dikawal lagi ( uncontrollable
  stage )

 Pengurusan risiko kebakaran

 Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah
  bangunan sama ada di tempat kerja atau kawasan
  perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan
  seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi
  sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :
 Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk
  menyelamatkan diri (mean of escape).
 Mengadakan pelan pengunsian bangunan.

 Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan
 Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara
  berkala
 Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang
  berkesan
 Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang
  mencukupi
 Mempunyai pengurusan pengendalian rumah
  (housekeeping) yang bagus.
 Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik
  dilakukan secara berkala.
Kelengkapan amaran
         kebakaran
                      

 Kelengkapan amaran kebakaran pada masa kini
  merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang
  secara tetap dan beroperasi secara automatik
  dibangunan-bangunan. Walaupun begitu terdapat
  juga bangunan atau premis yang menggunakan
  sistem manual untuk memberi amaran kebakaran.

 Alat pecah kaca. Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan
  cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh
  orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia
  melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng
  amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon dimana kaca
  tersebut dipecahkan.
 Alat pengesan haba. Alat ini beroperasi secara automatik. Ia
  akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan
  haba atau suhu tertentu diperingkat awal kebakaran
 Alat pengesan asap. Alat ini juga beroperasi secara automatik.
  Ia juga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran
  kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu.
Kelengkapan menentang
kebakaran pada bangunan
                       
 Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan
  yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis;
 Perlindungan aktif. Sistem perlindungan kebakaran
  yang dipasang tetap di bangunan untuk mengawal
  dan memadam kebakaran secara manual atau
  automatik

 Perlindungan pasif. Sistem perlindungan kebakaran
  yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan
  yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari
  merebak agar penghuni dapat berlindung,
  menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat
  yang selamat menempatkan peralatan dan anggota
  bomba ketika melawan kebakaran

 Perlindungan aktif.

 Sistem pemasangan sprinkler. Ianya bertujuan untuk
  mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara
  semburan air yang bertekanan khusus kepada zon / kawasan
  yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan penggera
  kebakaran. Ia bertindak secara automatik.
 Sistem pemasangan pancur ( riser). Terdapat dua jenis pancur
  iaitu Pancur basah dan Pancur kering
 Sistem pili bomba (hyderant)
 Sistem salur Bantu mula (hosereel)
 Sistem gas CO2.
 Sistem pemasangan tetap buih (foam)

 Perlindungan pasif.

 Tangga terlindung.
 Koridor terlindung
 Pintu rintangan api
 Ruang akses menentang kebakaran
 Lif Bomba
 “Housekeeping”
                                    

 Housekeeping yang baik dan berkesan akan dapat mencegah kebakaran daripada
  berlaku.
 Housekeeping yang baik termasuklah unsur-unsur berikut:

 i.    Penyusunan perkakasan dan peralatan pejabat atau rumah dengan sempurna.
 ii.   Pembuangan sampah sarap secara tetap.
 iii.  Pembuangan bahan-bahan mudah terbakar secara tetap.
 iv.   Penjagaan laluan keluar dan laluan masuk agar sentiasa tidak terhalang.
 v.    Penjagaan kebersihan keseluruhan premis.
 vi.   Penyediaan sudut khas untuk mereka yang merokok.
 vii. Penyimpanan bahan mudah terbakar dengan betul.
 viii. Penyediaan tanda amaran bagi bahan mudah terbakar.

 Tubuh pasukan sukarelawan melawan kebakaran

 Penubuhan pasukan Bomba sukarelawan adalah merupakan
  satu tindakan yang amat berguna di premis-premis besar
  seperti kilang, bangunan tinggi, intitusi pengajian dan
  sebagainya.
 Pasukan ini hendaklah merujuk kepada jabatan Bomba dan
  Penyelamat untuk mengadakan latihan atau kursus untuk
  melengkapkan diri dengan kemahiran melawan kebakaran dan
  menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap dalam
  kebakaran.
 Kewujudan pasukan ini juga dapat memastikan agar tindakan
  awal atau serta merta boleh diambil jika berlaku kebakaran
  sebelum ia merebak dan tidak terkawal.

 Pemeriksaan dan ujian peralatan/pendawaian elektrik

 Seseorang yang bertanggungjawab untuk melakukan
  pemeriksaan dan ujian peralatan pendawaian hendaklah
  di lantik agar ianya sentiasa dalam keadaan baik.
  Pegawai keselamatan tersebut sebaiknya adalah terdiri
  dari anggota pasukan bomba sukarelawan. Selain dari
  melakukan pemeriksaan ke atas peralatan elektrik, beliau
  juga hendaklah menjalankan pemeriksaan harian di
  tempat bekerja seperti berikut:

      tempat-tempat pekerja selalu merokok semasa
  bekerja.
 ii. alat-alat pemadam api.
 iii. struktur bangunan
 iv. tempat simpanan bahan mudah terbakar.
 v. tahap housekeeping yang sentiasa baik.
 vi. panel sistem kawalan kebakaran sentiasa
  berfungsi.
 vii. tempat pemunggahan atau pembuangan bahan
  yang tidak digunakan

   Pelan kontigensi

   Melepaskan diri dari bangunan terbakar

 Tutup mulut dan hidung dengan kain basah
 Jika sesat dalam bilik, tuju ke dinding dan jalan dalam keadaan
  searah hingga jumpa pintu
 Jika asap tebal gunakan kaedah meraba dengan tangan.
  Genggam tangan sedikit dan gunakan belakang tapak tangan
  jika ingin menyentuh sesuatu yang tidak pasti atau halangan.
 Merangkak jika asap tebal kerana udara bersih/sejuk berada
  berhampiran lantai.

 Gunakan bahagian tangga yang rapat dengan dinding
  (bahagian yang agak kuat)
 Rasa dengan kaki dahulu sebelum memijak dengan
  seluruh badan
 Jika ditingkat satu dan ingin terjun, bergayut dahulu
  sebelum terjun.
 Jika ditenikat dua, gunakan cadar, selimut sebagai tali
 Bangunan tinggi, sila pastikan tutup (bukan kunci) pintu
  untuk mengurangkan asap
 Pakaian terbakar - selimut dengan kain atau guni.
  Gulingkan mangsa diatas lantai. Jika diri sendiri, tutup
  mulut dengan tangan dan gulingkan diri di atas lantai.
TATACARA
        PENGUNSIAN
         BANGUNAN
            
 Tujuan latihan pengunsian bangunan.
 Dapat bertindak dengan tenang dan teratur.
 Sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk
  melaksanakan tugas “Routine” untuk menjaga
  keselamatan boleh bertindak lebih serius.
 Jalan-jalan keluar (perlindungan pasif) digunakan
  mengikut pelan yang telah dirancang.
 Semasa berlakunya kebakaran, pergunsian bangunan
  akan berjalan dengan cepat dan teratur.

    Arahan / Latihan.
 Jenis/keadaan bangunan akan menentukan tatacara
  pengunsian bangunan. Arahan hendaklah terang ,
  ringkas dan jelas serta mudah difahami.
 Latihan hendaklah kerap diadakan
 Tempat diubah-ubah
 Mengetahui jalan keluar
 Berhati-hati semasa latihan supaya tidak berlaku sesuatu
  kecemasan atau kemalangan yang tidak diingini.
 Masa sesuai untuk pengunsian bangunan adalah 4 minit,
  bagi kilang yang mempunyai kawasan luas.

     Butiran tugas “Routine” jika berlaku kebakaran.
 i.      Tindakan/isyarat amaran.
 Jenis yang boleh didengar atau boleh dilihat.
 Tenaga elektrik.
 Hentikan sebarang proses atau mesin, pisahkan tenaga
  elektrik yang tidak perlu.
 Memanggil pihak bomba.
 Arahan ringkas dan tepat (alamat, jenis
  kejadian,bangunan/kawasan berhampiran yang
  diketahui umum,bilangan mangsa,nama pemanggil, no.
  telefon pemanggil dan no. kad pengenalan pemanggil)
  agar pihak bomba dapat bertindak dengan segera.

 Pengunsian bangunan.
 Semasa operasi atau latihan, pastikan semua pintu
  ditutup. Lantik orang yang dipertanggungjawabkan
  untuk mencari penghuni di tandas dan sebagainya jika
  disyaki masih ada yang belum keluar.
 Pengumpulan.
 Jauh dari bangunan. Penghuni telah diberitahu atau
  dinyatakan di papan kenyataan kaedah/laluan yang
  perlu dalam pengunsian bangunan.
 Berbaris (Roll Call)
 Pendaftaran senarai kakitangan dan melapor kepada
  Pegawai Bomba

   Kekerapan melakukan latihan.

 Kekerapan melakukan latihan bergantung kepada
  risiko bahaya kebakaran, kemerebakan, pembinaan
  serta kapasiti bangunan. Jumlah sebenar penghuni
  hendaklah diketahui dan sentiasa dikemaskini oleh
  pihak yang bertanggungjawab.
SOALAN KUIZ
                
 1 senaraikan tiga unsur yang menyebabkan kebakaran
 2. senaraikan tiga keadah untuk memadamkan api
 3. senaraikan tiga kaedah api merebak
 4. nyatakan kelas-kelas api dan berikan 2 contoh
 Sekiranya ada ingin memadam api yang terbakar disebabkan :
                - ranting-ranting kayu
                - tumpahan minyak tanah di kedai
 (nyatakan dua alat pemadam api permulaan yang sesuai
  digunakan)
 6. senaraikan tiga jenis perlindungan pasif dan aktif yang biasanya
  terdapat di sebuah bangunan)
 7. apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya anda
  berhadapan dengan situasi kebakaran dalam sebuah bangunan
  tempat anda belajar

More Related Content

What's hot

PENGENALAN ERT
PENGENALAN ERTPENGENALAN ERT
PENGENALAN ERTMuhd Athir
 
Melawan kebakaran part 1
Melawan kebakaran part 1Melawan kebakaran part 1
Melawan kebakaran part 1falissa625
 
Sistem pencegah kebakaran
Sistem pencegah kebakaranSistem pencegah kebakaran
Sistem pencegah kebakaranUTHM
 
Fire drill - Latihan pemadam kebakaran
Fire drill - Latihan pemadam kebakaranFire drill - Latihan pemadam kebakaran
Fire drill - Latihan pemadam kebakaranRiyanto Simbardjojo
 
Prosedur selamatkan diri daripada kebakaran bangunan
Prosedur selamatkan diri daripada kebakaran bangunanProsedur selamatkan diri daripada kebakaran bangunan
Prosedur selamatkan diri daripada kebakaran bangunanSabri Khalizasabarifayuim
 
Bab 6 kejutan elektrik dan terbakar
Bab 6 kejutan elektrik dan terbakarBab 6 kejutan elektrik dan terbakar
Bab 6 kejutan elektrik dan terbakarIqa Syafiqah
 
Pertolongan Cemas (First Aid)
Pertolongan Cemas (First Aid)Pertolongan Cemas (First Aid)
Pertolongan Cemas (First Aid)asfaasyari
 
15 teknik pemadaman kebakaran
15 teknik pemadaman kebakaran15 teknik pemadaman kebakaran
15 teknik pemadaman kebakaranWinarso Arso
 
R1001 Unit 3
R1001 Unit 3R1001 Unit 3
R1001 Unit 3mechestud
 
Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) Malay version
Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) Malay versionHazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) Malay version
Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) Malay versionNorrazman Zaiha Zainol
 

What's hot (20)

PENGENALAN ERT
PENGENALAN ERTPENGENALAN ERT
PENGENALAN ERT
 
Melawan kebakaran (2)
Melawan kebakaran (2)Melawan kebakaran (2)
Melawan kebakaran (2)
 
Melawan kebakaran part 1
Melawan kebakaran part 1Melawan kebakaran part 1
Melawan kebakaran part 1
 
Sistem perlindungan kebakaran pasif
Sistem perlindungan kebakaran pasifSistem perlindungan kebakaran pasif
Sistem perlindungan kebakaran pasif
 
AR101 Pencegahan Kebakaran
AR101 Pencegahan KebakaranAR101 Pencegahan Kebakaran
AR101 Pencegahan Kebakaran
 
Fire fighting
Fire fightingFire fighting
Fire fighting
 
Sistem pemadam api jenis Co2 system
Sistem pemadam api jenis Co2 systemSistem pemadam api jenis Co2 system
Sistem pemadam api jenis Co2 system
 
Sistem pencegah kebakaran
Sistem pencegah kebakaranSistem pencegah kebakaran
Sistem pencegah kebakaran
 
Hose reel in fire fighting system
Hose reel in fire fighting system Hose reel in fire fighting system
Hose reel in fire fighting system
 
Fire drill - Latihan pemadam kebakaran
Fire drill - Latihan pemadam kebakaranFire drill - Latihan pemadam kebakaran
Fire drill - Latihan pemadam kebakaran
 
Keselamatan kimpalan
Keselamatan kimpalanKeselamatan kimpalan
Keselamatan kimpalan
 
Prosedur selamatkan diri daripada kebakaran bangunan
Prosedur selamatkan diri daripada kebakaran bangunanProsedur selamatkan diri daripada kebakaran bangunan
Prosedur selamatkan diri daripada kebakaran bangunan
 
Kebakaran
KebakaranKebakaran
Kebakaran
 
01 Alat Pemadam Kebakaran
01 Alat Pemadam Kebakaran01 Alat Pemadam Kebakaran
01 Alat Pemadam Kebakaran
 
Bab 6 kejutan elektrik dan terbakar
Bab 6 kejutan elektrik dan terbakarBab 6 kejutan elektrik dan terbakar
Bab 6 kejutan elektrik dan terbakar
 
Pertolongan Cemas (First Aid)
Pertolongan Cemas (First Aid)Pertolongan Cemas (First Aid)
Pertolongan Cemas (First Aid)
 
15 teknik pemadaman kebakaran
15 teknik pemadaman kebakaran15 teknik pemadaman kebakaran
15 teknik pemadaman kebakaran
 
Bab5 penyiasatan
Bab5 penyiasatanBab5 penyiasatan
Bab5 penyiasatan
 
R1001 Unit 3
R1001 Unit 3R1001 Unit 3
R1001 Unit 3
 
Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) Malay version
Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) Malay versionHazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) Malay version
Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC) Malay version
 

Similar to Pencegahan Kebakaran di Tempat Kerja

Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02
Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02
Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02SheraShahira
 
Alat Pemadam Api Ringan | Isi Ulang Tabung Apar
Alat Pemadam Api Ringan | Isi Ulang Tabung AparAlat Pemadam Api Ringan | Isi Ulang Tabung Apar
Alat Pemadam Api Ringan | Isi Ulang Tabung AparPT. MUTIARA SAFETYNDO
 
Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02
Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02
Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02Adam Abdullah
 
Presentation Apar
Presentation AparPresentation Apar
Presentation AparRobi Ananda
 
Materi pelatihan apar 1
Materi pelatihan apar 1Materi pelatihan apar 1
Materi pelatihan apar 1Eko Kiswanto
 
Materi pelatihan apar 2
Materi pelatihan apar 2Materi pelatihan apar 2
Materi pelatihan apar 2Eko Kiswanto
 
Materi Fire 13-nov.pptx
Materi Fire 13-nov.pptxMateri Fire 13-nov.pptx
Materi Fire 13-nov.pptxssuserbcaef3
 
1. Keselamatan Kerja.pptx
1. Keselamatan Kerja.pptx1. Keselamatan Kerja.pptx
1. Keselamatan Kerja.pptxnaufalario1
 
SOSISALISASI APAR TARDAMU utk tanggap bencana.pptx
SOSISALISASI APAR TARDAMU utk tanggap bencana.pptxSOSISALISASI APAR TARDAMU utk tanggap bencana.pptx
SOSISALISASI APAR TARDAMU utk tanggap bencana.pptxkarmelitabogastim1
 
Penanggulangan kebakaran
Penanggulangan kebakaran Penanggulangan kebakaran
Penanggulangan kebakaran Savvana27
 
Pengertian apar new
Pengertian apar newPengertian apar new
Pengertian apar newEko Kiswanto
 
fdokumen.com_materi-pelatihan-apar-1.ppt
fdokumen.com_materi-pelatihan-apar-1.pptfdokumen.com_materi-pelatihan-apar-1.ppt
fdokumen.com_materi-pelatihan-apar-1.pptrifa tika
 
Fire Fighting (Muh.Napiah).ppt
Fire Fighting (Muh.Napiah).pptFire Fighting (Muh.Napiah).ppt
Fire Fighting (Muh.Napiah).pptBachrulUlum16
 

Similar to Pencegahan Kebakaran di Tempat Kerja (20)

Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02
Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02
Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02
 
Alat Pemadam Api Ringan | Isi Ulang Tabung Apar
Alat Pemadam Api Ringan | Isi Ulang Tabung AparAlat Pemadam Api Ringan | Isi Ulang Tabung Apar
Alat Pemadam Api Ringan | Isi Ulang Tabung Apar
 
Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02
Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02
Ar101pencegahankebakaran 120207190044-phpapp02
 
Presentation Apar
Presentation AparPresentation Apar
Presentation Apar
 
Materi pelatihan apar 1
Materi pelatihan apar 1Materi pelatihan apar 1
Materi pelatihan apar 1
 
Teori OHSA
Teori OHSATeori OHSA
Teori OHSA
 
Materi pelatihan apar 2
Materi pelatihan apar 2Materi pelatihan apar 2
Materi pelatihan apar 2
 
Teori Api dan Pemadam.pdf
Teori Api dan Pemadam.pdfTeori Api dan Pemadam.pdf
Teori Api dan Pemadam.pdf
 
Materi Fire 13-nov.pptx
Materi Fire 13-nov.pptxMateri Fire 13-nov.pptx
Materi Fire 13-nov.pptx
 
1. Keselamatan Kerja.pptx
1. Keselamatan Kerja.pptx1. Keselamatan Kerja.pptx
1. Keselamatan Kerja.pptx
 
SOSISALISASI APAR TARDAMU utk tanggap bencana.pptx
SOSISALISASI APAR TARDAMU utk tanggap bencana.pptxSOSISALISASI APAR TARDAMU utk tanggap bencana.pptx
SOSISALISASI APAR TARDAMU utk tanggap bencana.pptx
 
Sebab
SebabSebab
Sebab
 
PGSRBM08 Mencegah Kebakaran Di Bilik KH
PGSRBM08 Mencegah Kebakaran Di Bilik KHPGSRBM08 Mencegah Kebakaran Di Bilik KH
PGSRBM08 Mencegah Kebakaran Di Bilik KH
 
Pencegahan Kebakaran di Bilik KH
Pencegahan Kebakaran di Bilik KHPencegahan Kebakaran di Bilik KH
Pencegahan Kebakaran di Bilik KH
 
Penanggulangan kebakaran
Penanggulangan kebakaran Penanggulangan kebakaran
Penanggulangan kebakaran
 
Pengertian apar new
Pengertian apar newPengertian apar new
Pengertian apar new
 
fdokumen.com_materi-pelatihan-apar-1.ppt
fdokumen.com_materi-pelatihan-apar-1.pptfdokumen.com_materi-pelatihan-apar-1.ppt
fdokumen.com_materi-pelatihan-apar-1.ppt
 
TRAINING APAR.ppt
TRAINING APAR.pptTRAINING APAR.ppt
TRAINING APAR.ppt
 
Cara Pemadaman.pptx
Cara Pemadaman.pptxCara Pemadaman.pptx
Cara Pemadaman.pptx
 
Fire Fighting (Muh.Napiah).ppt
Fire Fighting (Muh.Napiah).pptFire Fighting (Muh.Napiah).ppt
Fire Fighting (Muh.Napiah).ppt
 

Pencegahan Kebakaran di Tempat Kerja

  • 2. Objektif am   Mengetahui konsep asas kebakaran  Memahami kegunaan alat memadam api kecil permulaan  Menggunakan alat pencegahan kebakaran dalam situasi sebenar
  • 3. Objektif khusus   Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-  menerangkan bagaimana api terhasil  membezakan kelas-kelas api dan alat memadam api kecil permulaan  menggunakan alat memadam api kecil permulaan  menerangkan dan melaksanakan tatacara pengunsian bangunan
  • 4. PENGENALAN KEBAKARAN   Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata-kata yang yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam kehidupan harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul.
  • 5. Definisi pencegahan kebakaran  Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi.
  • 6. KATEGORI KEBAKARAN DAN KEJADIAN API   Asas kebakaran kimia  Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu bahan untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak, udara untuk membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau nyalaan.
  • 8.   Cara memadam kebakaran   Anda telah mengetahui bahawa nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya anda perlu untuk memisahkan gabungan tersebut.   Contohnya sekiranya bahan seperti kayu yang boleh membantu nyalaan dijauhkan dari kawasan terbakar maka api akan terpadam kerana tiadanya bahan untuk dibakar. Anda juga boleh menghalang udara dari sampai ke tempat kebakaran dengan menutup kawasan kebakaran dengan mengunakan guni basah sekiranya nyalaan adalah kecil.   Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu:
  • 9.   Melaparkan.  Ini dilakukan dengan:  Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.  Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain  Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah dipadamkan.
  • 10.   Melemaskan.  Ini dilakukan dnegan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran.
  • 11.   Menyejukkan.  Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan perpindahan haba dengan menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran sehingga ketahap rendah. Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan akan terpadam.
  • 12.   Memutuskan Rantai Tindakbalas.  Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering.
  • 13. Cara api merebak   Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu dengan kaedah olakan haba, pengaliran, bahangan dan terus menerus.
  • 14.   Olakan haba.  Apabila terjadinya kebakaran dalam sebuah bangunan, asap dan gas-gas yang panas akan mengalir naik ke atas. Asap dan gas panas ini biasanya akan terperangkap di bahagian atas bangunan ataupun rumah yang terbakar. Keadaan ini akan menyebabkan suhu di mana kawasan asap dan gas terperangkap akan meningkat dengan mendadak. Suhu yang meningkat ini akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar akan terbakar dengan sendirinya apabila telah sampai ke suhu pembakaran.
  • 15.   Pengaliran.  Bahan-bahan seperti tembaga dan besi walaupun tidak terbakar, tetapi boleh menghasilkan bahang dan suhu yang panas. Jadi apabila sesebuah bangunan terbakar, besi dan tembaga merupakan agen pengaliran yang akan mengalirkan bahang tersebut dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Walaupun ianya tidak terbakar, tetapi suhu dan bahang yang dihasilkan akan menyebabkan bahan- bahan di sekitarnya terbakar dengan sendirinya.
  • 16.   Bahangan.  Pembakaran terbuka yang besar boleh menyebabkan suhu di sekitar kawasan terbakar turut meningkat. Keadaan ini juga boleh menyebabkan bahan-bahan bakar yang berada berhampiran dengan kawasan terbakar akan turut terbakar walaupun ianya tidak bersentuhan.
  • 17.   Terus menerus. Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.
  • 18.   Kelas-kelas api   Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan punca bahan yang menghasilkan kebakaran. Pengetahuan mengenai jenis api penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut.
  • 19. KELAS ALAT PEMADAM API CONTOH API PERMULAAN JENIS PEPEJAL- ABC(Serbuk Kering) A  kertas, kayu habuk, Air kain Buih ABC B Buih JENIS CECAIR - minyak, gasolin, CO2 alkohol Air Semburan Halon JENIS GAS - acetylene, ABC C ammonia, Air Semburan butane Halon (BCF) JENIS LOGAM - aluminium, D kalsium, ABC
  • 20.
  • 21. Alat pemadam api permulaan pemadam api  Ramai orang biasa melihat alat permulaan, tetapi tidak semua yang biasa melihatnya mengetahui cara ianya berfungsi. Alat ini tidak direkabentuk untuk mengatasi atau memadam api yang besar tetapi ia adalah untuk memadamkan api kecil di peringkat permulaan kebakaran. Setiap alat pemadam api permulaan mestilah ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. Jenis yang biasa dan banyak digunakan sekarang adalah dari jenis debu kering, di mana alat pemadamnya berwarna biru muda.
  • 22. JARAK MASA KESELURUHAN JENIS WARNA CATATAN PANCUTAN PANCUTAN Tidak sesuai jenis B , AIR MERAH 4 meter 120 saat E BUIH KUNING LANGSAT  6 meter 30 - 90 saat Boleh beku. Tidak sesuai jenis E CO2 HITAM 3 meter 120 saat Tiada kesan DEBU KERING BIRU MUDA 3 – 6 meter 120 saat Kesan kotor Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah berdasarkan singkatan perkataan PASS P - Pull - Tarik pin di atas alat pemadam api A - Aim - Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan) S - Squeeze - Pusing atau tekan pemegang S - Sweep - halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter sehingga api padam.
  • 23. Cara menghalakan pancutan ke punca api 
  • 24.   PUNCA-PUNCA KEBAKARAN   Kebakaran merupakan satu tragedi yang menyebabkan kemusnahan harta-benda yang bernilai berjuta-juta ringgit dan mungkin membabitkan kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut:   Pembuangan puntung rokok atau mancis api  Timbunan sampah sarap,kertas atau bahan mudah terbakar.  „overloading‟ kepada litar letrik plug atau soket.  Bahan-bahan mudah terbakar terdedah kepada punca api.  Halangan kepada sistem pengudaraan (ventilation system) untuk jentera dan peralatan letrik.
  • 25.
  • 26. PENCEGAHAN KEBAKARAN   Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi ( uncontrollable stage )
  • 27.   Pengurusan risiko kebakaran   Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :  Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri (mean of escape).  Mengadakan pelan pengunsian bangunan.
  • 28.   Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan  Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala  Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan  Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi  Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang bagus.  Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara berkala.
  • 29. Kelengkapan amaran kebakaran    Kelengkapan amaran kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik dibangunan-bangunan. Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran kebakaran.
  • 30.   Alat pecah kaca. Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon dimana kaca tersebut dipecahkan.  Alat pengesan haba. Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau suhu tertentu diperingkat awal kebakaran  Alat pengesan asap. Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia juga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu.
  • 31. Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan   Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis;  Perlindungan aktif. Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik
  • 32.   Perlindungan pasif. Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung, menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran
  • 33.   Perlindungan aktif.   Sistem pemasangan sprinkler. Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air yang bertekanan khusus kepada zon / kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara automatik.  Sistem pemasangan pancur ( riser). Terdapat dua jenis pancur iaitu Pancur basah dan Pancur kering  Sistem pili bomba (hyderant)  Sistem salur Bantu mula (hosereel)  Sistem gas CO2.  Sistem pemasangan tetap buih (foam)
  • 34.   Perlindungan pasif.   Tangga terlindung.  Koridor terlindung  Pintu rintangan api  Ruang akses menentang kebakaran  Lif Bomba
  • 35.  “Housekeeping”    Housekeeping yang baik dan berkesan akan dapat mencegah kebakaran daripada berlaku.  Housekeeping yang baik termasuklah unsur-unsur berikut:   i. Penyusunan perkakasan dan peralatan pejabat atau rumah dengan sempurna.  ii. Pembuangan sampah sarap secara tetap.  iii. Pembuangan bahan-bahan mudah terbakar secara tetap.  iv. Penjagaan laluan keluar dan laluan masuk agar sentiasa tidak terhalang.  v. Penjagaan kebersihan keseluruhan premis.  vi. Penyediaan sudut khas untuk mereka yang merokok.  vii. Penyimpanan bahan mudah terbakar dengan betul.  viii. Penyediaan tanda amaran bagi bahan mudah terbakar.
  • 36.   Tubuh pasukan sukarelawan melawan kebakaran   Penubuhan pasukan Bomba sukarelawan adalah merupakan satu tindakan yang amat berguna di premis-premis besar seperti kilang, bangunan tinggi, intitusi pengajian dan sebagainya.  Pasukan ini hendaklah merujuk kepada jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengadakan latihan atau kursus untuk melengkapkan diri dengan kemahiran melawan kebakaran dan menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap dalam kebakaran.  Kewujudan pasukan ini juga dapat memastikan agar tindakan awal atau serta merta boleh diambil jika berlaku kebakaran sebelum ia merebak dan tidak terkawal.
  • 37.   Pemeriksaan dan ujian peralatan/pendawaian elektrik   Seseorang yang bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan dan ujian peralatan pendawaian hendaklah di lantik agar ianya sentiasa dalam keadaan baik. Pegawai keselamatan tersebut sebaiknya adalah terdiri dari anggota pasukan bomba sukarelawan. Selain dari melakukan pemeriksaan ke atas peralatan elektrik, beliau juga hendaklah menjalankan pemeriksaan harian di tempat bekerja seperti berikut:
  • 38.   tempat-tempat pekerja selalu merokok semasa bekerja.  ii. alat-alat pemadam api.  iii. struktur bangunan  iv. tempat simpanan bahan mudah terbakar.  v. tahap housekeeping yang sentiasa baik.  vi. panel sistem kawalan kebakaran sentiasa berfungsi.  vii. tempat pemunggahan atau pembuangan bahan yang tidak digunakan
  • 39.   Pelan kontigensi   Melepaskan diri dari bangunan terbakar   Tutup mulut dan hidung dengan kain basah  Jika sesat dalam bilik, tuju ke dinding dan jalan dalam keadaan searah hingga jumpa pintu  Jika asap tebal gunakan kaedah meraba dengan tangan. Genggam tangan sedikit dan gunakan belakang tapak tangan jika ingin menyentuh sesuatu yang tidak pasti atau halangan.  Merangkak jika asap tebal kerana udara bersih/sejuk berada berhampiran lantai.
  • 40.   Gunakan bahagian tangga yang rapat dengan dinding (bahagian yang agak kuat)  Rasa dengan kaki dahulu sebelum memijak dengan seluruh badan  Jika ditingkat satu dan ingin terjun, bergayut dahulu sebelum terjun.  Jika ditenikat dua, gunakan cadar, selimut sebagai tali  Bangunan tinggi, sila pastikan tutup (bukan kunci) pintu untuk mengurangkan asap  Pakaian terbakar - selimut dengan kain atau guni. Gulingkan mangsa diatas lantai. Jika diri sendiri, tutup mulut dengan tangan dan gulingkan diri di atas lantai.
  • 41. TATACARA PENGUNSIAN BANGUNAN   Tujuan latihan pengunsian bangunan.  Dapat bertindak dengan tenang dan teratur.  Sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas “Routine” untuk menjaga keselamatan boleh bertindak lebih serius.  Jalan-jalan keluar (perlindungan pasif) digunakan mengikut pelan yang telah dirancang.  Semasa berlakunya kebakaran, pergunsian bangunan akan berjalan dengan cepat dan teratur.
  • 42.  Arahan / Latihan.  Jenis/keadaan bangunan akan menentukan tatacara pengunsian bangunan. Arahan hendaklah terang , ringkas dan jelas serta mudah difahami.  Latihan hendaklah kerap diadakan  Tempat diubah-ubah  Mengetahui jalan keluar  Berhati-hati semasa latihan supaya tidak berlaku sesuatu kecemasan atau kemalangan yang tidak diingini.  Masa sesuai untuk pengunsian bangunan adalah 4 minit, bagi kilang yang mempunyai kawasan luas.
  • 43.  Butiran tugas “Routine” jika berlaku kebakaran.  i. Tindakan/isyarat amaran.  Jenis yang boleh didengar atau boleh dilihat.  Tenaga elektrik.  Hentikan sebarang proses atau mesin, pisahkan tenaga elektrik yang tidak perlu.  Memanggil pihak bomba.  Arahan ringkas dan tepat (alamat, jenis kejadian,bangunan/kawasan berhampiran yang diketahui umum,bilangan mangsa,nama pemanggil, no. telefon pemanggil dan no. kad pengenalan pemanggil) agar pihak bomba dapat bertindak dengan segera.
  • 44.   Pengunsian bangunan.  Semasa operasi atau latihan, pastikan semua pintu ditutup. Lantik orang yang dipertanggungjawabkan untuk mencari penghuni di tandas dan sebagainya jika disyaki masih ada yang belum keluar.  Pengumpulan.  Jauh dari bangunan. Penghuni telah diberitahu atau dinyatakan di papan kenyataan kaedah/laluan yang perlu dalam pengunsian bangunan.  Berbaris (Roll Call)  Pendaftaran senarai kakitangan dan melapor kepada Pegawai Bomba
  • 45.   Kekerapan melakukan latihan.   Kekerapan melakukan latihan bergantung kepada risiko bahaya kebakaran, kemerebakan, pembinaan serta kapasiti bangunan. Jumlah sebenar penghuni hendaklah diketahui dan sentiasa dikemaskini oleh pihak yang bertanggungjawab.
  • 46. SOALAN KUIZ   1 senaraikan tiga unsur yang menyebabkan kebakaran  2. senaraikan tiga keadah untuk memadamkan api  3. senaraikan tiga kaedah api merebak  4. nyatakan kelas-kelas api dan berikan 2 contoh  Sekiranya ada ingin memadam api yang terbakar disebabkan : - ranting-ranting kayu - tumpahan minyak tanah di kedai  (nyatakan dua alat pemadam api permulaan yang sesuai digunakan)  6. senaraikan tiga jenis perlindungan pasif dan aktif yang biasanya terdapat di sebuah bangunan)  7. apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya anda berhadapan dengan situasi kebakaran dalam sebuah bangunan tempat anda belajar