SlideShare a Scribd company logo
1 of 132
GARIS PANDUAN &
     TEKNIK JAWAB SOALAN
  UPSR BAHASA MELAYU 012/011

T E R A J U K E J A Y A A N
 B A H A S A M E L A Y U
           U P S R
ABDUL RAHIM BIN SULAIMAN


   SK SUNGAI MEGAT ARIS
 34250 TANJONG PIANDANG.



           1. Guru
              Bahasa Melayu
           2.…………………….
           3.…………………….
KONSEP SOALAN-SOALAN UPSR
BERKISAR KEPADA;-


 KELUARGA &
 MASYARAKAT


 SEKOLAH           UPSR - LITERASI BAHASA
                   PMR - PENGETAHUAN BAHASA
                   SPM - ILMU BAHASA



                   LITERASI   - KEBOLEHAN
     DIRI
                                MENULIS DAN
                                MEMBACA
                              - CELIK HURUF
KERTAS 2
 MASA : 1 jam 15 minit
PENGENALAN

                       Terbahagi kepada tiga
                             bahagian


                                 Bahagian A –
                BENTUK           Memindahkan
                                 maklumat /
                                 Mentafsir bahan
Masa 1 jam 15 mint               grafik


      Bahagian C –              Bahagian B –
      Membuat ulasan           Menulis karangan
UPSR (BAHASA MELAYU)
FORMAT BAHARU MULAI 2005
 KERTAS 2

 Markah.

   Markah penuh : 60 markah

   Bahagian A   : 10 markah
   Bahagian B   : 30 markah
   Bahagian C   : 20 markah
BAHAGIAN A    BAHAGIAN B
  Mentafsir                BAHAGIAN C
                Karangan    Membuat
   Bahan
   Grafik                     Ulasan
                40 minit
  15 minit                   20 minit
BAHAGIAN A
  Mentafsir Bahan Grafik
 (Memindahkan maklumat dalam
          gambar)
• 10 markah
• Tiada had bilangan
  patah perkataan
  tetapi terhad
  kepada 5 ayat
  sahaja.
• Ayat berdasarkan
  bahan grafik yang
  diberikan
APA ITU BAHAN
         GRAFIK ?
                     • Contoh :
• Gambar - Tunggal
  @ Bersiri            Gambar
• Carta                Tunggal
• Graf
• Jadual
• Peta
• Pelan
ANALISA PENCAPAIAN UJIAN BULAN MAC
                     2007
100
 90
 80
 70
 60                                   BM
 50                                   MT
 40                                   BI
 30                                   SNS
 20
 10
  0
        ALI    SI TI   ABU   SI DAH
SOALAN BAHAGIAN A
        - Cadangan masa menjawab -
                  15 minit

-Wajib dijawab

-Soalan berdasarkan grafik yang diberi

-Mungkin terdiri daripada gambar bersiri
 atau gambar tunggal.

-Ayat yang dibina mestilah berdasarkan apa yang
 terdapat dalam gambar sahaja.
TERDAPAT DUA ARAHAN YANG POPULAR
DALAM PEPERIKSAAN:

1.TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG
   AKTIVITI-AKTIVITI YANG TERDAPAT DALAM
   GAMBAR.

2.TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP
   BERDASARKAN GAMBAR DI BAWAH.
UPSR 2005
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti
yang terdapat dalam gambar.
2006
TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG
GAMBAR DI BAWAH.
2007
GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN PERSIAPAN
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN.
TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG
PERSIAPAN TERSEBUT.
2008
TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR
DI BAWAH.
2009
Lihat gambar di bawah dengan teliti.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang
terdapat dalam gambar di bawah.
2010
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang
terdapat dalam gambar di bawah.
PANDUAN UNTUK MENJAWAB BAHAGIAN A

1. Baca dan fahamkan arahan.
   - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti
     yang terdapat dalam gambar.(2005)
   - Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar/situasi
     di bawah.(2006)
   - Gambar di bawah menunjukkan …………………. Tulis
     lima ayat yang lengkap tentang ………..tersebut.(2007)

2. Perhatikan bahan grafik. Kaitkan kehendak soalan
   dengan bahan grafik yang diberi.
   Cari maklumat yang terdapat dalam bahan grafik
   seberapa banyak yang ada dan tandakan atau
   senaraikan maklumat tersebut.
3. Buat lima ayat sahaja, walaupun terdapat banyak
   maklumat dalam bahan grafik yang diberi.

  a.   Bina ayat berdasarkan kehendak soalan.
       i. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-
          aktiviti yang terdapat dalam gambar .
         - Maknanya calon dikehendaki menulis lima
           ayat tentang aktiviti yang melibatkan kata
           kata kerja sahaja.
ii. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar /
    situasi di bawah.
     - Maknanya calon boleh membina apa saja perkara
       yang terdapat dalam bahan grafik, tidak kira sama
       ada melibatkan kata kerta atau situasi yang ada
       dalam bahan grafik yang diberi.




iii. Boleh gunakan nama watak, tempat, atau apa saja
     yang sesuai asalkan ayatnya baik tanpa kesalahan
     ejaan, tanda baca dan struktur ayat.
iii.     Gambar di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong.
         Tulis lima ayat yang lengkap tentang gotong-royong
         tersebut.
       - Maknanya calon mesti menulis ayat berhubungkait
          dengan segala aktiviti/perkara yang ada kaitan dengan
          gotong-royong yang terdapat dalam gambar tersebut.




       iv. Ayat yang ditulis berfokus kepada aktiviti ataupun
           situasi yang terdapat dalam gambar sahaja.
4. Kalau gambar bersiri, pastikan ayat yang dibina
   seimbang.
                               Tiga ayat daripada
                               gambar pertama atau
                               dua ayat daripada gambar
                               pertama.




    Dua ayat daripada
    gambar kedua atau
    tiga ayat daripada
    gambar kedua.
5. Bagi mendapat markah penuh atau
   cemerlang dalam Bahagian A ini, anda
   seharusnya:-

   a. Membina ayat yang sesuai dengan gambar
      yang diberi.
   b. Jangan bina ayat yang tiada kaitan dengan
      gambar dan arahan yang diberi.
   c. Elakkan daripada membina ayat yang
      tersirat.
   d. Bina ayat dengan menggunakan kosa kata
      yang sesuai dan menarik. Elakkan membina
      ayat yang mudah.
Ayat yang dibina boleh ditulis dalam bentuk:-

a. Urutan nombor;
   1. .……………………………………
   2. …………………………………......

b. Urutan abjad;
   a. ……………………………………
   b. ……………………………………

c. Simbol ( -, /, * dan seumpamanya)

d. Perenggan

       Ayat yang ditulis tidak semestinya
        berkaitan antara satu sama lain
BAHAGIAN A – 10 MARKAH
PENSKORAN                            KRITERIA
CEMERLANG     i. Menggunakan ayat yang gramatis & menepati bahan
              grafik.
  ( 9 -10 )
              ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas
              serta
                   sesuai dengan bahan grafik.
              iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul
   BAIK       i.     Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan
              grafik.
  ( 7 – 8 )
              ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana
                   serta sesuai dengan bahan grafik.
              iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan
                   tetapi tidak menjejaskan ayat.
MEMUASKAN     i. Menggunakan ayat yang mudah & ringkas sesuai dengan
  ( 4 – 6 )
                   bahan grafik.
              ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan
                   sesuai.
              iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan
PENCAPAIAN    i.    Ayat tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan
  TAHAP       grafik.
 MINIMUM      ii.   Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai
              dengan
  ( 1 – 3 )        bahan grafik.
GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN SUASANA DI SEBUAH
HOSPITAL. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG
SUASANA DI HOSPITAL TERSEBUT.
TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG
GAMBAR DI BAWAH.
CARA MENULIS
   AYAT

1. KENAL PASTI KATA KERJA YANG TERDAPAT
   DALAM GAMBAR.

2. SENARAIKAN SEBERAPA BANYAK KATA KERJA
   YANG ADA.
CARA MENULIS
        AYAT
SIAPA    KATA KERJA    APA   MANA/TUJUAN/OBJEK/PERKARA




   AYAT TUNGGAL              PENERANG/PELENGKAP
                                    AYAT
CARA MENULIS
        AYAT
SIAPA    KATA KERJA    APA   SIAPA   KATA KERJA   APA




   AYAT TUNGGAL                AYAT TUNGGAL
CARA MENULIS AYAT
 SIAPA       KATA        APA       MANA/TUJUAN/
             KERJA                 OBJEK/PERKARA
PELAKU AKTIVITI OBJEK PERLUASAN AYAT




SIAPA - BERKAITAN DENGAN WATAK/PELAKU YANG TERDAPAT
        DALAM GAMBAR.
        - Aminah, Seorang budak lelaki, Ali…………………………..

 KATA KERJA – AKTIVITI ATAU PERBUATAN YANG DILAKUKAN.
              - Menyapu, mengecat, mengikis………………………
SIAPA       KATA        APA       MANA/TUJUAN/
              KERJA                 OBJEK/PERKARA


 APA – OBJEK ATAU BENDA YANG DIPEGANG ATAU APA
       SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR.
       - penyapu, berus cat, pisau, …………………………….


MANA – TEMPAT PERISTIWA/SUASANA DALAM GAMBAR.
       - di kawasan sekolah, di Taman Sains ……………….

TUJUAN – SEBAB DAN UNTUK APA.
         - untuk menceriakan kawasan sekolah, ……………..

OBJEK – BENDA YANG TERDAPAT ATAU YANG DIPEGANG.
        - sebatang penyapu, sebatang berus cat,……………

PERKARA – PERLUASAN AYAT/KESAN/HASIL/PERASAAN.
          - dengan riang gembira, membersihkan kawasan……
APA YANG PERLU DITULIS

                       INGAT -

                       1.    SIAPA/KATA KERJA

                       2.    APA

                       3.    MANA/TUJUAN/OBJEK/
                             PERKARA.

 TULIS AYAT DALAM BENTUK AYAT MAJMUK.
 AYAT YANG DIBINA PERLU MENGANDUNGI KATA HUBUNG/
 KATA SENDI/KATA BANTU YANG SESUAI.
 dan, lalu, manakala, sambil, supaya, dengan, hingga…………..
Teknik Mengajar Menjawab
     Soalan Bahagian A
• Baca dan fahami arahan
• Garis kata kunci (aktiviti/situasi/ayat
  lengkap)
• Bulatkan aktiviti dalam gambar
• Tulis kata kerja
• Gunakan teknik WATAK – murid cemerlang
• Guna teknik SAM – murid HALUS


                  Daripada peserta kursus pemantapan
                 Bahasa negeri Selangor di Pangkor
Teknik WATAK
       W            A            T            A             K
   Watak         Aktiviti     Tempat         Alat      Keterangan
Rosnah        memberi       di kolam                   pada waktu
              makanan       sekolahnya                 rehat.
              kepada ikan
Amir          sedang        di taman      menggunaka   agar pokok
              menyiram      sains         n penyiram   bunga hidup
              pokok bunga                 bunga        subur.
Ali dan Ani   membuang      ke dalam                   yang terletak
              sampah        tong sampah                di hadapan
                                                       taman sains.
Lim dan Lina menggembur pada batas                     untuk
             tanah                                     mereka
                                                       menanam
                                                       sayur-
                                                       sayuran.
Contoh Ayat - Teknik
           WATAK
1. Rosnah memberi makanan kepada ikan di kolam
   sekolahnya pada waktu rehat.
2. Amir sedang menyiram pokok bunga di taman sains
   menggunakan penyiram bunga agar pokok bunga
   hidup subur.
3. Ali dan Ani membuang sampah ke dalam tong sampah
   yang terletak di hadapan taman sains.
4. Lim dan Lina menggembur tanah pada batas untuk
   mereka menanam sayur-sayuran.
5. Kamala mencabut rumput yang tumbuh di sekeliling
   kolam ikan agar kawasan kolam itu bersih.
Teknik SAM (untuk murid HALUS)
                    Gred D
       Siapa                Apa   Mana/Bagaimana

Hassan         menjual aiskrim    di kantin.
Mak Cik        menyapu sampah     gunakan penyapu.
Munah
Ali dan Abu    makan nasi         sambil berbual.
Siti           sedang minum       seorang diri.
Amira          buang sampah       dalam tong sampah.

 Contoh ayat :
 1.Hassan menjual aiskrim di kantin.
 2.Mak Cik Munah menyapu sampah gunakan penyapu.
 3.Ali dan Abu makan nasi sambil berbual.
 4.Siti sedang minum seorang diri.
 5.Amira buang sampah dalam tong sampah.
Teknik SAM (untuk murid HALUS tegar)
               Gred E
       Siapa                  Apa           Mana
Hassan         jual aiskrim         di kantin.
Mak Cik        sapu sampah          di kantin.
Munah
Ali dan Abu    makan nasi           di meja.
Siti           sedang minum         di meja.
Amira          buang sampah         dalam tong sampah.

 Contoh ayat :
 1.Hassan jual aiskrim di kantin.
 2.Mak Cik Munah sapu sampah di kantin.
 3.Ali dan Abu makan nasi di meja.
 4.Siti sedang minum di meja.
 5.Amira buang sampah dalam tong sampah.
Oleh - A.RAHMAN BIN HARON (SK SEMENYIH)
Pak Ali sedang    di     dengan
        memancing sungai sebatang
        ikan             joran.
Pak Ali sedang memancing ikan
  S             A

di sungai dengan sebatang joran.
    L            A
Datuk memancing di atas   pada
      ikan      jeti      waktu
                          petang.
S         A
Datuk memancing ikan

                    K
di atas jeti pada waktu petang.
   L
Ah Kau memancing di tasik   bagi
       ikan                 mengisi
                            masa
                            lapangnya.
S              A
Ah Kau memancing ikan


di tasik bagi mengisi K
   L
                      masa


lapangnya.
Kamil   berusaha   jorannya yang telah
        menarik             ditarik oleh
                            sesuatu dari
                            dalam
                            sungai.
S            A
Kamil berusaha menarik


   A                   K
jorannya yang telah ditarik


oleh sesuatu dari dalam sungai.
Puan sedang     dulang berisi seekor ayam
Mary menatang          panggang untuk
                       dihidangkan
                       kepada tetamu.
Puan    membawa    mengguna- bagi makan
Fatimah ayam       kan dulang malam
        panggang              mereka
                              sekeluarga.
Nenek sedang   ke    sambil   berisi seekor
      berjalan ruang menatang ayam panggang
               makan dulang   yang masih
                              panas lagi.
GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN SUASANA DI SEBUAH
HOSPITAL. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG
SUASANA DI HOSPITAL TERSEBUT.
TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH.
TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar di bawah.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar
di bawah.
Gambar di bawah menunjukkan persiapan Majlis
Anugerah Kecemerlangan. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang persiapan tersebut
1. Gambar di atas menunjukkan persiapan majlis anugerah
    kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Indah Permai.

2. Ahmad dan Halim sedang mengangkat tempat berucap
   untuk diletakkan di atas pentas.

3. Dua orang budak perempuan menyusun hadiah untuk
   persiapan hari anugerah kecemerlangan.

4. Siti dan Asmah sedang menggantung kain rentang di ata
    pentas.

5. Seorang budak lelaki sedang menggantung gambar pada
   dinding manakala Husin pula memegang tangga.
a. Saya dan rakan-rakan saya sedang membuat
    persediaan untuk hari anugerah kecemerlangan
    sekolah saya.
b. Supian dan Daud mengangkat sofa untuk diletak
   di hadapan pentas.
c. Dua orang budak perempuan sedang menyapu
    sementara dua budak perempuan yang lain pula
    sedang menyusun hadiah.
d. Maria dan Zaki sedang menghias pentas dengan
   memasang kain langsir di sekeliling pentas.
e. Dua orang budak perempuan sedang menggantung
   kain rentang.
- Pada hari Sabtu yang lalu saya dan beberapa orang
  rakan saya mengemaskan dewan untuk majlis anugerah
  kecemerlangan.

- Mimi dan Zaleha sedang menyusun hadiah sempena hari
  anugerah kecemerlangan sekolah saya.

- Kami semua berasa gembira apabila dapat bergotong-
  royong membersihkan dewan sekolah.

- Dua orang budak perempuan sedang menyapu dewan.

- Dua orang budak lelaki sedang meletak pasu bunga di
  atas pentas.
Sekolah saya telah mengadakan hari anugerah
kecemerlangan pada minggu lepas. Saya dan rakan-
rakan saya sibuk mengemas dewan. Maznah dan
Darina menyapu dewan yang kotor itu. Dua orang budak
lelaki sedang mengalihkan kerusi yang berada di depan
pentas. Dua orang budak perempuan sedang menyusun
hadiah.
Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkan
gambar di bawah.
1. Pada hari Sabtu yang lalu, Mimi sekeluarga telah
   pergi berkelah di pantai Port Dickson.

2. Ibu dan kakak menyusun makanan di atas tikar,
   manakala saya membantu ayah mengeluarkan
   barang dari kereta.

3. Seorang budak lelaki menolong ibu dan ayahnya
   mengemas barang.

4. Saya dan kakak mandi-manda sambil menunggu
   ibu menyiapkan makanan.

5. Kami datang ke sana untuk berehat sambil
   bergembira dan boleh mengeratkan silaturrahim
   sesama keluarga.
- Kami sekeluarga pergi berkelah di sebuah pantai
  yang indah dan permai.

- Saya dan adik sedang menolong ayah mengangkat
  barang keperluan untuk berkelah.

- Ibu sedang menyusun makanan di atas tikar.

- Ayah mengambil barang yang perlu untuk berkelah.

- Kami sekeluarga berkelah dengan penuh
  kegembiraan.
Maria dan keluarganya berkelah di tepi pantai.
Mereka membawa peralatan untuk berkelah.
Ibu membawa makanan dan minuman untuk
berkelah.Maria dan keluarganya sangat gembira dapat
berkelah bersama-sama.Maria dan ibunya
menyediakan makanan untuk Azman dan ayahnya.
• Seorang budak lelaki sedang menolong ayahnya
  mengangkat barang keperluan berkelah

• Seorang ibu pula sedang menyusun makanan
  di atas tikar manakala anak perempuannya
  menghulurkan makanan kepada ibunya.

• Mereka berkelah di sebuah pantai yang indah
  dan menarik.

• Mereka berkelah berhampiran sebuah pohon
  yang rendang.

• Mereka sekeluarga berasa sangat gembira dan
  seronok berkelah bersama-sama.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang
gambar di bawah.
GAMBAR & LATIHAN YANG TIDAK SESUAI/TIDAK LENGKAP
BAHAGIAN B
         KARANGAN
• 30 markah
• Tidak kurang 80       Karangan
  patah perkataan       Berformat
• Diberikan tiga buah
  karangan. Pilih dan
  jawab satu            Karangan
  karangan sahaja.
                          Tidak
                        Berformat
BAHAGIAN B

                      Tiga tajuk karangan diberi.
                          Jawab SATU soalan



                 FORMAT
                                  Pilihan soalan
                                  mungkin soalan
Masa cadangan                     berformat / tidak
  40 minit                        berformat


                Jumlah perkataan tidak
                kurang 80 patah perkataan
BENTUK
      SOALAN
                            BERFORMAT

Corak karangan yang diuji
        mungkin
                               TIDAK
                             BERFORMAT

Apa dia karangan berformat dan karangan
tidak berformat ?

       Contoh …..?????
Karangan Berformat:           Karangan Tidak Berformat:

-   Surat Kiriman Rasmi       - Cerita
-   Surat Kiriman Tidak Rasmi - Melengkapkan cerita
-   Syarahan                  - Keperihalan gambaran
-   Dialog                    - Fakta
-   Laporan                   - Auto biografi
-   Berita                    - Biografi
-   Ucapan                    - Gambar
-   Perbahasan
-   Catatan Harian
UNTUK RENUNGAN
KARANGAN BERFORMAT:-

SURAT TIDAK RASMI        -   2002/2009
SURAT RASMI              -   2000
SYARAHAN                 -   2001
DIALOG                   -   2003/2005/2006
LAPORAN                  -   2004/2010
BERITA                   -   2002/2007
UCAPAN                   -   2006
PERBAHASAN               -   1998
CATATAN HARIAN           -   2005
       KARANGAN TIDAK BERFORMAT

       FAKTA               - 2006/2008/2010
       KEPERIHALAN         - 2005/2007/2008/2010
       MELENGKAPKAN CERITA - 2007/2009
BAHAGIAN B – 30 MARKAH
PENSKORAN                                 KRITERIA
CEMERLANG
               i. - Penyampaian atau persembahan yang jelas & menarik untuk
 ( 24 -30 )    dibaca.
                   - Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan pelbagai ayat
               yang
                     gramatis bertepatan dengan tema.
               ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta
                     sesuai dengan tema.
               iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul berdasarkan
                     jenis karangan.
   BAIK
               i. - Penyampaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca.
 ( 17 – 23 )       - Pengolahan idea yang baik dengan menggunakan ayat
                     yang gramatis dan bersesuaian dengan tema.
               ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana
                     serta sesuai dengan tema.
               iii. Terdapat beberapa kesalahan ejaan & tanda baca tetapi
                     tidak menjejaskan karangan.
MEMUASKAN
               i. - Penyampaian atau persembahan yang mudah & ringkas.
 ( 11 – 16 )       - Menyatakan idea dengan menggunakan ayat dasar
                     berdasarkan tema.
               ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan
               sesuai.
               iii. - Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah
               koma)
                    - Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan.
PENCAPAIAN
               i. - Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan
  TAHAP              tema
 MINIMUM           - Idea tidak tepat, tidak berkaitan dengan tema atau sukar
               difahami.
 ( 1 – 10 )    ii. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan
               tema.
               iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.
PANDUAN MENJAWAB
1.   Baca soalan dengan teliti.
2.   Pilih tajuk atau soalan yang benar-benar dikuasai.
3.   Fahami tajuk soalan dan kenal pasti sama ada jenis
     berformat atau sebaliknya.
4.   Garisi kata kunci atau kehendak soalan.
5.   Buat rangka karangan. Pilih mana-mana kaedah
     yang mudah bagi mencari isi. (kaedah peta minda,
     kaedah soalan, kaedah perkataan atau kaedah
     rangka)
6.   Susun rangka karangan.
7.   Tulis karangan mengikut format yang dikehendaki.
     Setiap satu isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu
     perenggan berserta dengan contohnya sekali.
8.   Semak tatabahasa.
9.   Pastikan tulisan kemas dan bersih.
Berapa isi yang perlu ada dalam sesuatu
  karangan ?
Bagi soalan Bahagian B, isi dikehendaki –
Minimum TIGA (3) isi penting. Kalau lebih …… ?

Kalau lebih daripada itu digalakkan kerana gabungan
beberapa isi adakalanya sesuai diberi pertimbangan
markah yang baik walaupun tanpa huraian lanjut
tentang isi, lebih-lebih lagi karangan yang berbentuk
penceritaan.
            Pertimbangan markah yang sesuai perlu
         diberi bagi isi yang disertakan contoh dan
             huraian, isi beserta contoh atau isi
             sahaja.
YANG PALING PENTING PENULISAN BAHAGIAN B
IALAH :--

1.   IDEA / ISI   - BERAPA ?

2.   MENEPATI TUGASAN – SESUAI/TIDAK?

3.   PANJANG KARANGAN – JANGAN KURANG
                        80 pp

4.   MEMATUHI FORMAT

5.   PERENGGAN – PERLU ADA & BERAPA?

6.   LARAS BAHASA
BAHAGIAN C
         MEMBUAT
          ULASAN
Cadangan masa menjawab Bahagian C
             20 minit
Membuat Ulasan
• 20 markah
• Ulasan yang dibuat berpandukan
  soalan kepada situasi yang
  diberikan.
• Tidak kurang 50 patah
  perkataan.
• *Tidak lebih daripada 50/60
  patah perkataan.
Bahagian C ini mengandungi satu teks cerita/
pernyataan/puisi/dialoq/rencana yang
mengandungi banyak pengajaran/amalan
baik atau nilai-nilai murni.

Soalan ini wajib dijawab dan markah bagi
soalan ini ialah 20 markah.
BAHAGIAN C
• Bahagian ini amat penting .
• Perlu memahami dan meneliti
  dengan jelas petikan yang diberi.
• Calon tidak digalakkan mencatat
  atau menyalin semula .
• Pastikan nilai-nilai murni yang
  perlu dikaitkan berdasarkan
  petikan yang disediakan.
• Tidak perlu menulis semula nama
  orang yang diceritakan .
• Pastikan mengikut arahan soalan .
• Nilai murni yang disampaikan
  boleh dicampur-aduk .
• Nilai yang negatif tidak boleh
  diterima.
• Jawapan yang disampai dalam
  satu perenggan.
• Jawapan yang mempunyai lebih
  daripada satu perenggan tidak
  diterima .
• Penggunaan watak contoh nama
  orang , saya , kita boleh diterima.
JENIS SOALAN : 1. AMALAN BAIK

   Belajar bersungguh-sungguh
   Mendisiplinkan diri
   Menolong orang yg. ditimpa kesusahan
   Mengambil berat / memberi perhatian
   Luhur tanpa menyimpan rasa dendam
   Bijak memujuk dgn kata-kata yg. Sopan
   Tidak buang masa
   Menanam sikap rajin bekerja
JENIS SOALAN : 2. NILAI-NILAI MURNI

   Baik hati            Toleransi
   Berdikari            Kesyukuran
   Berhemah tinggi      Harmoni
   Hormat
                         Berdisiplin
                         Berwawasan
   Kasih sayang
                         Semangat
   Keadilan              bermasyarakat
   Kebebasan            Patriotisme
   Keberanian           Rasional
   Kejujuran            Kesederhanaan
                         Kerjasama
                         Kerajinan
JENIS SOALAN : 3. PENGAJARAN

   Memelihara dgn.      Bersimpati pada
    kasih sayang          golongan lemah
   Jasa dihargai dan    Sifat
    dibalas               bertanggungjawab
   Menyayangi ibu       Menepati masa
    bapa dan keluarga    Amanah
   Mensyukuri           Kesabaran
    anugerah tuhan        membawa kejayaan
   Bersifat murah       Menjaga
    hati                  keselamatan
   Ucap terima kasih    Bersikap prihatin
                         Mematuhi peraturan
Cara Menjawab
       Soalan
• Baca dan fahami situasi.
• Gariskan kata kunci dalam soalan.
• Sediakan rangka karangan. Catatkan
   nilai-nilai murni atau pengajaran yang
   terdapat dalam teks.
• Tulis ulasan yang ringkas lebih kurang
  5 hingga 10 ayat sahaja.
• Panjang jawapan tidak kurang 50 patah
  perkataan/tidak lebih daripada
  50 atau 60 patah perkataan.
Contoh Soalan
        Membuat Ulasan
Setiap hari Salina akan bangun awal pagi.
Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke
dapur membantu ibunya menyiapkan
sarapan. Salina dan keluarganya akan
bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi
ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan
ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas,
Salina membaca buku. Tiba di sekolah,
Salina terus masuk ke kelas. Dia akan
menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia
akan memastikan kelasnya berada dalam
keadaan ceria.
AMALAN BAIK       NILAI/PENGAJARAN/SEBAB


BANGUN AWAL PAGI

MEMBANTU IBU

BERSARAPAN
BERSAMA-SAMA

BERSARAPAN

 BERSALAMAN
 DENGAN
 AYAH DAN IBU
MEMBACA BUKU

 MEMBERSIH KELAS

KELAS YANG CERIA
AMALAN BAIK        NILAI/PENGAJARAN/SEBAB


BANGUN AWAL PAGI    DISIPLIN DIRI/MENGHARGAI
                    MASA



MEMBANTU IBU       RAJIN/MERINGANKAN BEBAN
                   KERJA IBU/TANGGUNGJAWAB


BERSARAPAN          MENGERATKAN HUBUNGAN
BERSAMA-SAMA        KASIH SAYANG/
                    SILATURRAHIM

                   MENJAGA KESIHATAN/TIDAK
BERSARAPAN
                   LAPAR/DAPAT BERI TUMPUAN
                   KETIKA BELAJAR
AMALAN BAIK        NILAI/PENGAJARAN/SEBAB


BERSALAMAN DENGAN   MENGHORMATI IBU BAPA/
AYAH DAN IBU        MOHON RESTU


                     RAJIN/MENGHARGAI
MEMBACA BUKU
                     MASA

MENYAPU/             TANGGUNGJAWAB/
MEMBERSIH KELAS      MENJAGA KEBERSIHAN

                     SERONOK & SELESA
KELAS YANG CERIA
                     BELAJAR
Nilai murni/   Kata                  Penanda
Kata Bantu   pengajaran     Hubung     Huraian
                                                  Wacana

   mesti                    dengan
                                                  Selain itu,
   perlu                     kerana
                                                 Di samping itu
  hendak                     agar
                                                  Seterusnya,

    harus                                         Akhir sekali,
                            supaya

   patut
                             seperti
Contoh ulasan


Nilai yang saya peroleh ialah kita mestilah
menghargai masa dengan bangun awal pagi.
Selain itu, kita dapat meringankan beban
kerja ibu seperti membantu ibu di dapur.
Di samping itu, kita dapat mengeratkan
hubungan kasih sayang dengan bersarapan
bersama-sama. Seterusnya, kita perlulah
menghormati kedua-dua ibu bapa kita seperti
Salina yang bersalaman dengan ayah dan
ibunya. Akhirnya, kita dapat menambah
ilmu pengetahuan dengan membaca buku.
Senaraikan nilai murni/pengajaran/
amalan baik yang terdapat dalam petikan


 1.   Bangun awal pagi – disiplin diri
 2.   Menolong ibu di dapur
 3.   Bersarapan bersama – kasih sayang
 4.   Bersalam – menghormati orang tua
 5.   Rajin / tidak suka membuang masa
 6.   Suka kepada kebersihan
Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton
televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat
bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi
ke sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan
bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau-
kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah
tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan
sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan.
Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci
basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu
“Negaraku”, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam
barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati
bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpang
oleh rakan untuk pulang ke rumah.
1. Tidur larut malam
2. Membuang masa menonton televisyen
3. Tidak bersarapan
4. Tidak menghormati ibu bapa
5. Tidak mematuhi peraturan jalanraya
6. Tergesa-gesa
7. Tidak menjaga keselamatan harta sendiri
8. Tidak menghormati lagu kebangsaan
9. Menolong orang yang dalam kesusahan.
Kita mestilah menghargai masa dengan tidur pada
masanya dan bangun awal kerana masa itu emas.
Selain itu, kita hendaklah menghormati ibu bapa
dengan bersalam sebelum pergi ke sekolah
sebagai tanda seorang anak yang bersahsiah.
Seterusnya, kita mestilah mematuhi peraturan
jalan raya dengan berhenti semasa lampu isyarat
merah bernyala demi keselamatan diri sendiri.
Selanjutnya, kita patutlah bertanggungjawab
dengan menjaga harta benda sendiri seperti basikal
agar tidak menyesal kemudian. Akhirnya, kita
wajarlah bersemangat patriotik dengan berdiri
tegak semasa lagu Negara-ku dinyanyikan sebagai
tanda taat kepada Negara.
Ayat Permulaan Ulasan & Rumusan : Bahagian C


Berdasarkan teks di atas, terdapat lima nilai murni. Antaranya …
Berdasarkan teks di atas, terdapat lima pengajaran. Antaranya …


Kita boleh memperoleh lima nilai murni daripada teks di atas. Misalnya …
Kita boleh memperoleh lima pengajaran daripada teks di atas. Misalnya …



 Lima nilai murni yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ...
 Lima pengajaran yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ...
BAHAGIAN C – Cara menulis.

Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan
ini ialah ……………………………..(huraian).
Seterusnya, ………………………..……………………
...................................(huraian)……………...
Di samping itu, ……………………….……………......
(huraian)………………………………………..
Selain itu, ……………………….……………………….
……………………………..(huraian)………….
………………………………………………………………
Akhirnya, kita……………………….(huraian)
……………………………………………………………..
   •Contoh perlu ditulis jika bersesuaian dan perlu sahaja.
    Jika tidak jangan tulis contoh dalam ulasan anda.
Nilai murni yang terdapat ialah, kita mestilah…..
………………….agar………………………(huraian)
Kita juga perlu………………………untuk…………
………………………………………….……(huraian)
Seterusnya, kita perlu……………………………….
untuk………………………………………..(huraian)
Kita juga harus……………………………supaya…
……………………………………………….(huraian)
Kita mestilah juga……………………………………
bagi…………………………………………(huraian)

             Apa yang penting setiap amalan/nilai/
             pengajaran mesti ada huraian
Elakkan daripada menulis ulasan
menggunakan perkataan,

“………………..itu merupakan amalan yang
baik”.
“……………….itu merupakan sikap yang
terpuji”.
“……………….itu merupakan amalan yang
mulia”.
BAHAGIAN C – 20 MARKAH
PENSKORAN                               KRITERIA
CEMERLANG      i.   Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis
 ( 17 -20 )         berdasarkan bahan rangsangan.
               ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas
               serta
                    sesuai dengan bahan rangsangan.
               iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul
   BAIK        i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis
 ( 12 – 16 )        berdasarkan bahan rangsangan.
               ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana
                    serta sesuai dengan bahan rangsangan.
               iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan
                    tetapi tidak menjejaskan ayat.
MEMUASKAN      i. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah & ringkas.
 ( 6 – 11 )    ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan
                    sesuai.
               iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan
PENCAPAIAN     i. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan.
  TAHAP        ii.    Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai
 MINIMUM       dengan
                    bahan rangsangan.
  ( 1 – 5 )
               iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.
Menghargai masa



    Aminah sedang membaca buku sambil
menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba beliau
dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu
meminta wang daripada Aminah. Aminah telah
memberikan wang syiling baki wang sakunya
kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan
terima kasih sebelum pergi.

                                    Menghargai jasa
  Belas kasihan
Berdisiplin

    Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur
sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang
kepada murid-murid yang lebih kecil untuk     Simpati

menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas,
dia ternampak seorang murid tahun dua
membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah
menegur budak itu dan memberitahunya bahawa
perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh
menimbulkan berbagai-bagai kesan.
                                        Kebersihan
Melakukan aktiviti yang berfaedah



       Aminah sedang membaca buku sambil
  menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba beliau
  dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu
  meminta wang daripada Aminah. Aminah telah
  memberikan wang syiling baki wang sakunya
  kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan
  terima kasih sebelum pergi.

                                               Disayangi dan dihormati
Orang lain akan membantu kita
apabila kita ditimpa kesusahan
Tidak berlaku kemalangan

    Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur
sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang
kepada murid-murid yang lebih kecil untuk          Menghormati
                                                   kanak-kanak
menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas,
dia ternampak seorang murid tahun dua
membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah
menegur budak itu dan memberitahunya bahawa
perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh
menimbulkan berbagai-bagai kesan.
                                          Menjaga alam sekitar
Nilai murni/    Kata                            Penanda
Kata Bantu   pengajaran      Hubung         Huraian
                                                             Wacana
              menghargai                  melakukan
   mesti                      dengan
                masa                   aktiviti berfaedah
                                        disayangi dan
                                                             Selain itu,
   perlu     belas kasihan    kerana
                                          dihormati
                                                            Di samping itu
  hendak      berdisipin      agar       tidak ditimpa
                                          kemalangan         Seterusnya,

    harus                            orang lain akan
              Menghargai      supaya akan membantu           Akhir sekali,
                 jasa                     pula
   patut
               simpati        seperti Memberi murid
                                       kecil menaiki bas
CONTOH ULASAN YANG LENGKAP

Nilai murni dan pengajaran yang diperoleh daripada petikan ialah kita
mestilah menghargai masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.
Selain itu, kita perlulah mempunyai perasaan belas kasihan kepada orang
orang lain kerana kita akan sentiasa disayangi dan dihormati. Di samping
itu, kita hendaklah sentiasa berdisiplin ketika menaiki bas agar kita tidak
ditimpa kemalangan. Seterusnya , kita juga harus menghargai jasa orang
yang telah membantu kita supaya apabila kita ditimpa kesusuahan ,orang
lain pula akan membantu kita. Akhir sekali, kita patut berasa simpati
kepada orang seperti Aminah memberikan murid-murid kecil menaiki
bas dahulu.
Untuk mendapat markah yang cemerlang
Dalam bahagian C ini, anda mestilah:

1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat.
2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis
3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata
   yang sesuai dan menarik.
5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan
   yang digunakan betul.
6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang
   betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang
   dibina. Kenalpasti penanda wacana.
Setiap petang adik akan memastikan kerja sekolah
yang diberi oleh guru sekolahnya siap. Setelah penat
menyiapkan kerja sekolahnya, adik berehat sebentar.
Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik bermain-
main dengan kucing kesayangannya di dalam bilik.
Ketika bermain, tanpa disedari adik telah memecahkan
cenderamata kesayangan kakak. Kakak merasa sedih
melihat cenderamata yang diperolehi daripada
sahabat karibnya telah pecah. Emak memarahi adik
kerana tidak berhati-hati ketika bermain. Adik rasa
bersalah dan meminta maaf kepada kakak.
GARIS PANDUAN KEPADA PEMERIKSA


        A.   CARA PEMERIKSAAN - UMUM


1. PEMERIKSAAN DILAKUKAN SECARA HOLISTIK IAITU
   DENGAN MELIHAT SECARA KESELURUHAN DAN
   PENSKORAN DIBUAT MENGIKUT KRITERIA YANG
   DIGARISKAN.


  PEMERIKSA HENDAKLAH MEMBACA SETIAP AYAT/
  KARANGAN DENGAN TELITI UNTUK MENDAPAT KESAN
  (IMPRESSION) DARIPADANYA. SELEPAS ITU NILAI DAN
  ANGGARKAN TAHAP KARANGAN ITU DAN
  DISESUAIKAN
  DENGAN KRITERIA YANG DITETAPKAN
2. BACA AYAT/KARANGAN TERSEBUT SEKALI LAGI
   SAMBIL MENURUNKAN SIMBOL ATAU TANDA -
   TANDA PEMERIKSAAN & MENETAPKAN SKOR
   BERPANDUKAN KRITERIA PENSKORAN.

                   ISI

   (          )    KESALAHAN ISI

   ///////         KESALAHAN STRUKTUR AYAT

                   KESALAHAN PENGGUNAAN PERKATAAN

                   KESALAHAN TANDA BACA

                   KESALAHAN EJAAN

                   KESALAHAN EJAAN BERULANG

                   KESALAHAN IMBUHAN

                   KESALAHAN IMBUHAN BERULANG
PANDUAN PEMERIKSA

1. BACAAN PERTAMA – BACA SECARA MENYELURUH DAN
   LETAKKAN DALAM ARAS YANG SESUAI.

2. BACAAN KEDUA – BACA SECARA TELITI IAITU UNTUK
   MENENTUKAN ASPEK ISI & BAHASA.
   - PERUBAHAN ARAS PENSKORAN AKAN BERUBAH
     SAMA ADA NAIK / KEKAL / TURUN PADA BACAAN
     KALI KEDUA.

3. KETIKA MENILAI…LIHAT ->
   a. AYAT DAHULU ( BACA ) UNTUK MEMASTIKAN JAWAPAN
      YANG DITULIS MENJAWAB TUGASAN ATAUPUN TIDAK.
   b. PENGGUNAAN KATA (IMBUHAN)
   C. EJAAN & KOSA KATA
   d. TANDA BACA.
4. KARANGAN YANG TERPESONG / ATAU TIADA KAITAN
  LANGSUNG DENGAN TAJUK/TEMA, MAKSIMA 5 MARKAH
  DARIPADA MARKAH KESELURUHAN.

5. KARANGAN YANG TIDAK MEMATUHI FORMAT, TOLAK 2
   MARKAH DARIPADA MARKAH KESELURUHAN.

 6. MENYALIN PETIKAN SAHAJA (BAHAGIAN C) BERI 1
    MARKAH SAHAJA. Bahasa yang tidak difahami biji butirnya
    layak dapat 1 markah sahaja.

 7. JIKA BILANGAN PATAH PERKATAAN KURANG DARIPADA
    JUMLAH PERKATAAN YANG DITETAPKAN, MARKAH
    KESELURUHAN AKAN TURUN.

8. JIKA KARANGAN TIDAK MEMATUHI ARAHAN, SKOR
   PEMARKAHAN AKAN TURUN WALAUPUN KARANGAN
 CEMERLANG - CERITAKAN PENGALAMAN ORANG LAIN
PENANDAAN BAHAGIAN A

PENEKANAN UTAMA KEPADA;
  - PEMINDAHAN MAKLUMAT
  - TATABAHASA
  - STRUKTUR AYAT / BINAAN AYAT.

1. AYAT TERSIRAT TIDAK BOLEH DITERIMA.
   AYAT BERUNSUR NEGATIF DITOLAK SAMA
   SEKALI.

2. AYAT BERBENTUK DIALOQ BOLEH DITERIMA
     JIKA SESUAI DENGAN GAMBAR TETAPI
  TIDAK DIGALAKKAN.
3. BACA SEMUA AYAT YANG DITULIS OLEH CALON.
   PILIH LIMA AYAT YANG MENGANDUNGI AKTIVITI ATAU
   MAKLUMAT BERDASARKAN GAMBAR SAHAJA.

4. JIKA BUAT LEBIH DARIPADA 5 AYAT, CALON TIDAK
   BOLEH DAPAT MARKAH PENUH. TIDAK LAYAK DAPAT
   CEMERLANG. SEKURANG-KURANGNYA BAIK.

5. JIKA SATU POINT/NOMBOR MENGANDUNGI LEBIH
   DARIPADA SATU AKTIVITI, HENDAKLAH DITERIMA
   SEBAGAI ISI YANG BERLAINAN. ( SATU AYAT TETAPI
   BANYAK AKTIVITI HENDAKLAH DITERIMA SEBAGAI
   2 ISI SAHAJA.

6. JIKA CALON BUAT 4 AYAT SAHAJA PENSKORAN
   BERMULA PADA ARAS BAIK SAHAJA. SEKIRANYA
   MEMPUNYAI LIMA AYAT BERKAITAN GAMBAR
   LAYAK DAPAT MARKAH PENUH.
6. JIKA BUAT 2 ATAU 3 AYAT SAHAJA, ARAS
   PENSKORAN MEMUASKAN.

7. 1 AYAT SAHAJA – PTM

P/S : AYAT YANG GRAMATIS BERMAKSUD AYAT
      YANG DITULIS BERDASARKAN KEPADA
      PRINSIP NAHU ATAU TATABAHASA.
8. JAWAPAN DALAM BENTUK ESEI DITERIMA TETAPI
   SKOR PEMARKAHAN ARAS BAIK SAHAJA. BACA ESEI
   DAN CARI 5 ISI SAHAJA.

9. HURAIAN DAN CONTOH TIDAK DIBERI MARKAH. CARI
   AKTIVITI YANG YANG SESUAI DENGAN GAMBAR.
   ASPEK BAHASA TETAP DINILAI.

10. BAHASA MASIH DINILAI.

11. ISI TIDAK IKUT URUTAN DAN WATAK YANG
    BERBEZA-BEZA DITERIMA.

12.   KALAU GAMBAR BERSIRI, AYAT MESTI SEIMBANG.
      KALAU ADA 2 GAMBAR. 3 + 2 = CEMERLANG
                         4 + 1 = BAIK
                         5 + 0 = MEMUASKAN.
BAHAGIAN B

1.   MESTI ADA PENDAHULUAN & PENUTUP.

2. UNTUK MENDAPAT SKOR YANG CEMERLANG,
   MESTI ADA SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI +
   HURAIAN + CONTOH.

3. KALAU TIADA PENDAHULUAN, SKORNYA AKAN
   MENURUN. KALAU CEMERLANG BERI SKOR
   PADA CEMERLANG ARAS BAWAH.

4. SEKIRANYA BERFORMAT TETAPI TIADA BUAT
   IKUT FORMAT DIKEHENDAKI, TOLAK 2 MARKAH.
   BEGITU JUGA SEBALIKNYA.
5. MENYALIN SOALAN PENSKORAN PTM
   BAWAH ( 1 – 5 MARKAH )

6. DARI SEGI PEMBERIAN MARKAH, 1-5
   KESALAHAN EJAAN MASIH BOLEH DAPAT
     CEMERLANG. 6 -10 PENSKORAN PADA
     TAHAP BAIK DAN 11 – 15 PENSKORAN
     MEMUASKAN. 16 KE ATAS PTM.

7. PENILAIAN LAMA BERBENTUK ANALITIKAL
   SESUAI DIGUNA PAKAI KETIKA P&P KERANA
   DAPAT BIMBING PELAJAR MENGENALPASTI
   KESALAHAN.

8. JIKA CALON TULIS LEBIH SOALAN, PERIKSA
   KARANGAN PERTAMA SAHAJA.
BAHAGIAN C

1. MENYALIN PETIKAN - MARKAH TIDAK LEBIH 2.

2. SEKIRANYA KURANG DARIPADA 50 PP, MARKAH
   AKAN TURUN.

3. TULIS DALAM BENTUK POINT, ARAS SKOR MAKSIMA
   BAIK SAHAJA.

4. ULAS SEKURANG-KURANGNYA 5 NILAI SAHAJA.
   SEKIRANYA NAK ULAS SEMUA PUN BOLEH. TIADA
   PEMOTONGAN MARKAH.

5. ULASAN BAIK TETAPI TIDAK MENCUKUPI 4 NILAI
   SKORNYA MENURUN.

6. MENYENARAIKAN SAHAJA NILAI/PENGAJARAN
   PENSKORAN MAKSIMUM 3 SAHAJA.
7. SEKIRANYA MENGULAS 5 NILAI/PENGAJARAN
   LAYAK CEMERLANG.
   KALAU ULAS 3 – 4 LAYAK DAPAT BAIK
   KALAU ULAS 2 MEMUASKAN
   TIDAK ADA ULASAN 1 MARKAH

8. MENJAWAB DALAM BENTUK PERNOMBORAN
   (TIDAK IKUT PERENGGAN) TETAPI ULASAN
   SERTA AYAT BAIK, PERKATAAN CUKUP, ARAS
   PENSKORAN BERMULA PADA ARAS BAIK SAHAJA.
Kesilapan yang biasa dilakukan
     oleh calon semasa menjawab
          soalan peperiksaan


1
1. Tidak benar-benar memahami kehendak soalan
   - Kurang teliti membaca dan memahami arahan,
. kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan.

2. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak
   tersusun dengan kemas.
   - tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk
      format yang teratur dan betul.
3. Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi
            dan penutup.
           - tiada mempunyai perenggan.

4. Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca serta
   struktur ayat yang salah dan kurang sesuai.

5. Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau
   dialog dalam jawapan.

6. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal
   menjawab cukup soalan.

7. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang
   diminta oleh soalan.
PETUA SEORANG
                 GURU
Kalau seorang guru mengajar    Kalau seorang guru
sambil duduk, Murid belajar    mengajar tanpa menilai,
sambil mengantuk.              tidak akan tahu murid
                               yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru mengajar
sambil berlakon, Murid belajar
dengan tekun.                  Kalau seorang guru berbudi
                               bahasa, dikenang murid
Kalau seorang guru mengajar    sepanjang masa.
tanpa alat, Murid belajar
dengan ralat.
                               Sumbangan :
Kalau seorang guru mengajar    En. Jaafar Yusof
banyak bercakap, ada murid
                               Guru Besar SK Palong 12 (F)
yang bertambah gagap.          Gemas, Negeri Sembilan.

Kalau seorang guru menjadi
pemudah cara, ramai murid
pandai berbicara.
SELAMAT BERTEMU LAGI.
                 JUMPA LAGI DI LAIN MASA
                           &
                        KETIKA.




Disampaikan oleh:-
ABDUL RAHIM BIN SULAIMAN

0164315302

More Related Content

What's hot

Teknik menjawab soalan bm (penulisan)
Teknik menjawab soalan bm (penulisan)Teknik menjawab soalan bm (penulisan)
Teknik menjawab soalan bm (penulisan)halilikamal
 
1.ceramah bahasa melayu upsr
1.ceramah bahasa melayu upsr1.ceramah bahasa melayu upsr
1.ceramah bahasa melayu upsrAsnahAriffin
 
Teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2
Teknik menjawab soalan  bahasa melayu kertas 2Teknik menjawab soalan  bahasa melayu kertas 2
Teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2azmega12
 
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9IYQA
 
Teknik menjawab kertas penulisan
Teknik menjawab kertas penulisanTeknik menjawab kertas penulisan
Teknik menjawab kertas penulisanEiris Hasmah Hassan
 
11398488 bahasa-melayu-kertas-2-upsr
11398488 bahasa-melayu-kertas-2-upsr11398488 bahasa-melayu-kertas-2-upsr
11398488 bahasa-melayu-kertas-2-upsrmohammedms88
 
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9[1]
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9[1]Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9[1]
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9[1]Mizan Ibrahim
 
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 UpsrBahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 UpsrPAKLONG CIKGU
 
Azizi penataran format baharu bm2 2016
Azizi   penataran format baharu bm2 2016Azizi   penataran format baharu bm2 2016
Azizi penataran format baharu bm2 2016sahamin prahman
 
Item penulisan UPSR BAHASA MELAYU
Item penulisan UPSR BAHASA MELAYUItem penulisan UPSR BAHASA MELAYU
Item penulisan UPSR BAHASA MELAYUNORANEEZ ISMAIL
 
Ceramah penulisan terkini bm tahun 4
Ceramah penulisan terkini bm tahun 4Ceramah penulisan terkini bm tahun 4
Ceramah penulisan terkini bm tahun 4aserimangsor
 

What's hot (15)

Teknik menjawab soalan bm (penulisan)
Teknik menjawab soalan bm (penulisan)Teknik menjawab soalan bm (penulisan)
Teknik menjawab soalan bm (penulisan)
 
Pemarkahan penulisan
Pemarkahan penulisanPemarkahan penulisan
Pemarkahan penulisan
 
Bm 012 2016
Bm 012 2016Bm 012 2016
Bm 012 2016
 
1.ceramah bahasa melayu upsr
1.ceramah bahasa melayu upsr1.ceramah bahasa melayu upsr
1.ceramah bahasa melayu upsr
 
Teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2
Teknik menjawab soalan  bahasa melayu kertas 2Teknik menjawab soalan  bahasa melayu kertas 2
Teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2
 
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
 
Teknik menjawab kertas penulisan
Teknik menjawab kertas penulisanTeknik menjawab kertas penulisan
Teknik menjawab kertas penulisan
 
11398488 bahasa-melayu-kertas-2-upsr
11398488 bahasa-melayu-kertas-2-upsr11398488 bahasa-melayu-kertas-2-upsr
11398488 bahasa-melayu-kertas-2-upsr
 
Panduan Menjawab Kertas Bahasa Melayu UPSR
Panduan Menjawab Kertas Bahasa Melayu UPSRPanduan Menjawab Kertas Bahasa Melayu UPSR
Panduan Menjawab Kertas Bahasa Melayu UPSR
 
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9[1]
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9[1]Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9[1]
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9[1]
 
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 UpsrBahasa Melayu Kertas 2 Upsr
Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr
 
BMK2
BMK2BMK2
BMK2
 
Azizi penataran format baharu bm2 2016
Azizi   penataran format baharu bm2 2016Azizi   penataran format baharu bm2 2016
Azizi penataran format baharu bm2 2016
 
Item penulisan UPSR BAHASA MELAYU
Item penulisan UPSR BAHASA MELAYUItem penulisan UPSR BAHASA MELAYU
Item penulisan UPSR BAHASA MELAYU
 
Ceramah penulisan terkini bm tahun 4
Ceramah penulisan terkini bm tahun 4Ceramah penulisan terkini bm tahun 4
Ceramah penulisan terkini bm tahun 4
 

Similar to W = Pelajar, A = Menyapu, T = di kawasan sekolah, A = penyapu, K = dengan gembira1. Pelajar menyapu di kawasan sekolah dengan penyapu.2. Mereka menyapu di kawasan sekolah dengan gembira.3. Seorang pelajar menyapu lantai sekolah dengan penyapu sambil bersuka ria.4. Mereka membersihkan kawasan sekolah dengan menyapu lantai dan taman

Teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2
Teknik menjawab soalan  bahasa melayu kertas 2Teknik menjawab soalan  bahasa melayu kertas 2
Teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2azmega12
 
Teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 2
Teknik menjawab soalan  Bahasa Melayu Kertas 2Teknik menjawab soalan  Bahasa Melayu Kertas 2
Teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 2Megawati Jalaludin
 
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9Wong Siew Chai
 
Cemerlang upsr 012 Bahasa Melayu
Cemerlang upsr  012 Bahasa MelayuCemerlang upsr  012 Bahasa Melayu
Cemerlang upsr 012 Bahasa MelayuNasa Idris
 
Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Nasa Idris
 
Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Nasa Idris
 
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012Cemerlang B.Melayu UPSR - 012
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012Nasa Idris
 
Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Nasa Idris
 
bm presentation paya ldg Victoria.ppt
bm presentation paya ldg Victoria.pptbm presentation paya ldg Victoria.ppt
bm presentation paya ldg Victoria.pptbmohan4
 
Contoh bahagian a
Contoh bahagian aContoh bahagian a
Contoh bahagian aTak Gitu
 
Bahasa melayu K2 A
Bahasa melayu K2 ABahasa melayu K2 A
Bahasa melayu K2 Azehaniss
 
Teknik menjawab upsr bm kertas 2
Teknik menjawab upsr bm kertas 2Teknik menjawab upsr bm kertas 2
Teknik menjawab upsr bm kertas 2Aidil Sahipaludin
 

Similar to W = Pelajar, A = Menyapu, T = di kawasan sekolah, A = penyapu, K = dengan gembira1. Pelajar menyapu di kawasan sekolah dengan penyapu.2. Mereka menyapu di kawasan sekolah dengan gembira.3. Seorang pelajar menyapu lantai sekolah dengan penyapu sambil bersuka ria.4. Mereka membersihkan kawasan sekolah dengan menyapu lantai dan taman (20)

Bengkel bahasa melayu(k2)
Bengkel bahasa melayu(k2)Bengkel bahasa melayu(k2)
Bengkel bahasa melayu(k2)
 
Teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2
Teknik menjawab soalan  bahasa melayu kertas 2Teknik menjawab soalan  bahasa melayu kertas 2
Teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2
 
Teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 2
Teknik menjawab soalan  Bahasa Melayu Kertas 2Teknik menjawab soalan  Bahasa Melayu Kertas 2
Teknik menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 2
 
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
 
Bm penulisan upsr
Bm penulisan upsrBm penulisan upsr
Bm penulisan upsr
 
Bahan bengkel bm
Bahan bengkel bmBahan bengkel bm
Bahan bengkel bm
 
Ggar c11
Ggar c11Ggar c11
Ggar c11
 
Cemerlang upsr 012 Bahasa Melayu
Cemerlang upsr  012 Bahasa MelayuCemerlang upsr  012 Bahasa Melayu
Cemerlang upsr 012 Bahasa Melayu
 
Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012
 
Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012
 
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012Cemerlang B.Melayu UPSR - 012
Cemerlang B.Melayu UPSR - 012
 
Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012Cemerlang upsr bm 012
Cemerlang upsr bm 012
 
Bm frog
Bm frogBm frog
Bm frog
 
bm presentation paya ldg Victoria.ppt
bm presentation paya ldg Victoria.pptbm presentation paya ldg Victoria.ppt
bm presentation paya ldg Victoria.ppt
 
Contoh bahagian a
Contoh bahagian aContoh bahagian a
Contoh bahagian a
 
Cepat baca
Cepat bacaCepat baca
Cepat baca
 
Bahasa melayu K2 A
Bahasa melayu K2 ABahasa melayu K2 A
Bahasa melayu K2 A
 
Teknik menjawab upsr bm kertas 2
Teknik menjawab upsr bm kertas 2Teknik menjawab upsr bm kertas 2
Teknik menjawab upsr bm kertas 2
 
Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian a
 
Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian a
 

Recently uploaded

Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...Kanaidi ken
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptxSirlyPutri1
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 

W = Pelajar, A = Menyapu, T = di kawasan sekolah, A = penyapu, K = dengan gembira1. Pelajar menyapu di kawasan sekolah dengan penyapu.2. Mereka menyapu di kawasan sekolah dengan gembira.3. Seorang pelajar menyapu lantai sekolah dengan penyapu sambil bersuka ria.4. Mereka membersihkan kawasan sekolah dengan menyapu lantai dan taman

  • 1. GARIS PANDUAN & TEKNIK JAWAB SOALAN UPSR BAHASA MELAYU 012/011 T E R A J U K E J A Y A A N B A H A S A M E L A Y U U P S R
  • 2. ABDUL RAHIM BIN SULAIMAN SK SUNGAI MEGAT ARIS 34250 TANJONG PIANDANG. 1. Guru Bahasa Melayu 2.……………………. 3.…………………….
  • 3. KONSEP SOALAN-SOALAN UPSR BERKISAR KEPADA;- KELUARGA & MASYARAKAT SEKOLAH UPSR - LITERASI BAHASA PMR - PENGETAHUAN BAHASA SPM - ILMU BAHASA LITERASI - KEBOLEHAN DIRI MENULIS DAN MEMBACA - CELIK HURUF
  • 4. KERTAS 2 MASA : 1 jam 15 minit
  • 5. PENGENALAN Terbahagi kepada tiga bahagian Bahagian A – BENTUK Memindahkan maklumat / Mentafsir bahan Masa 1 jam 15 mint grafik Bahagian C – Bahagian B – Membuat ulasan Menulis karangan
  • 6. UPSR (BAHASA MELAYU) FORMAT BAHARU MULAI 2005 KERTAS 2 Markah. Markah penuh : 60 markah Bahagian A : 10 markah Bahagian B : 30 markah Bahagian C : 20 markah
  • 7. BAHAGIAN A BAHAGIAN B Mentafsir BAHAGIAN C Karangan Membuat Bahan Grafik Ulasan 40 minit 15 minit 20 minit
  • 8. BAHAGIAN A Mentafsir Bahan Grafik (Memindahkan maklumat dalam gambar) • 10 markah • Tiada had bilangan patah perkataan tetapi terhad kepada 5 ayat sahaja. • Ayat berdasarkan bahan grafik yang diberikan
  • 9. APA ITU BAHAN GRAFIK ? • Contoh : • Gambar - Tunggal @ Bersiri Gambar • Carta Tunggal • Graf • Jadual • Peta • Pelan
  • 10. ANALISA PENCAPAIAN UJIAN BULAN MAC 2007 100 90 80 70 60 BM 50 MT 40 BI 30 SNS 20 10 0 ALI SI TI ABU SI DAH
  • 11. SOALAN BAHAGIAN A - Cadangan masa menjawab - 15 minit -Wajib dijawab -Soalan berdasarkan grafik yang diberi -Mungkin terdiri daripada gambar bersiri atau gambar tunggal. -Ayat yang dibina mestilah berdasarkan apa yang terdapat dalam gambar sahaja.
  • 12. TERDAPAT DUA ARAHAN YANG POPULAR DALAM PEPERIKSAAN: 1.TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG AKTIVITI-AKTIVITI YANG TERDAPAT DALAM GAMBAR. 2.TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP BERDASARKAN GAMBAR DI BAWAH.
  • 13. UPSR 2005 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
  • 14. 2006 TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH.
  • 15. 2007 GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN PERSIAPAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG PERSIAPAN TERSEBUT.
  • 16. 2008 TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH.
  • 17. 2009 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.
  • 18. 2010 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.
  • 19. PANDUAN UNTUK MENJAWAB BAHAGIAN A 1. Baca dan fahamkan arahan. - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar.(2005) - Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar/situasi di bawah.(2006) - Gambar di bawah menunjukkan …………………. Tulis lima ayat yang lengkap tentang ………..tersebut.(2007) 2. Perhatikan bahan grafik. Kaitkan kehendak soalan dengan bahan grafik yang diberi. Cari maklumat yang terdapat dalam bahan grafik seberapa banyak yang ada dan tandakan atau senaraikan maklumat tersebut.
  • 20. 3. Buat lima ayat sahaja, walaupun terdapat banyak maklumat dalam bahan grafik yang diberi. a. Bina ayat berdasarkan kehendak soalan. i. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti- aktiviti yang terdapat dalam gambar . - Maknanya calon dikehendaki menulis lima ayat tentang aktiviti yang melibatkan kata kata kerja sahaja.
  • 21. ii. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar / situasi di bawah. - Maknanya calon boleh membina apa saja perkara yang terdapat dalam bahan grafik, tidak kira sama ada melibatkan kata kerta atau situasi yang ada dalam bahan grafik yang diberi. iii. Boleh gunakan nama watak, tempat, atau apa saja yang sesuai asalkan ayatnya baik tanpa kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat.
  • 22. iii. Gambar di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gotong-royong tersebut. - Maknanya calon mesti menulis ayat berhubungkait dengan segala aktiviti/perkara yang ada kaitan dengan gotong-royong yang terdapat dalam gambar tersebut. iv. Ayat yang ditulis berfokus kepada aktiviti ataupun situasi yang terdapat dalam gambar sahaja.
  • 23. 4. Kalau gambar bersiri, pastikan ayat yang dibina seimbang. Tiga ayat daripada gambar pertama atau dua ayat daripada gambar pertama. Dua ayat daripada gambar kedua atau tiga ayat daripada gambar kedua.
  • 24. 5. Bagi mendapat markah penuh atau cemerlang dalam Bahagian A ini, anda seharusnya:- a. Membina ayat yang sesuai dengan gambar yang diberi. b. Jangan bina ayat yang tiada kaitan dengan gambar dan arahan yang diberi. c. Elakkan daripada membina ayat yang tersirat. d. Bina ayat dengan menggunakan kosa kata yang sesuai dan menarik. Elakkan membina ayat yang mudah.
  • 25. Ayat yang dibina boleh ditulis dalam bentuk:- a. Urutan nombor; 1. .…………………………………… 2. …………………………………...... b. Urutan abjad; a. …………………………………… b. …………………………………… c. Simbol ( -, /, * dan seumpamanya) d. Perenggan Ayat yang ditulis tidak semestinya berkaitan antara satu sama lain
  • 26. BAHAGIAN A – 10 MARKAH PENSKORAN KRITERIA CEMERLANG i. Menggunakan ayat yang gramatis & menepati bahan grafik. ( 9 -10 ) ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan grafik. iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul BAIK i. Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan grafik. ( 7 – 8 ) ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik. iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. MEMUASKAN i. Menggunakan ayat yang mudah & ringkas sesuai dengan ( 4 – 6 ) bahan grafik. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai. iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan PENCAPAIAN i. Ayat tidak sesuai atau tidak berkaitan dengan bahan TAHAP grafik. MINIMUM ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai dengan ( 1 – 3 ) bahan grafik.
  • 27. GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN SUASANA DI SEBUAH HOSPITAL. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG SUASANA DI HOSPITAL TERSEBUT.
  • 28. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH.
  • 29. CARA MENULIS AYAT 1. KENAL PASTI KATA KERJA YANG TERDAPAT DALAM GAMBAR. 2. SENARAIKAN SEBERAPA BANYAK KATA KERJA YANG ADA.
  • 30. CARA MENULIS AYAT SIAPA KATA KERJA APA MANA/TUJUAN/OBJEK/PERKARA AYAT TUNGGAL PENERANG/PELENGKAP AYAT
  • 31. CARA MENULIS AYAT SIAPA KATA KERJA APA SIAPA KATA KERJA APA AYAT TUNGGAL AYAT TUNGGAL
  • 32. CARA MENULIS AYAT SIAPA KATA APA MANA/TUJUAN/ KERJA OBJEK/PERKARA PELAKU AKTIVITI OBJEK PERLUASAN AYAT SIAPA - BERKAITAN DENGAN WATAK/PELAKU YANG TERDAPAT DALAM GAMBAR. - Aminah, Seorang budak lelaki, Ali………………………….. KATA KERJA – AKTIVITI ATAU PERBUATAN YANG DILAKUKAN. - Menyapu, mengecat, mengikis………………………
  • 33. SIAPA KATA APA MANA/TUJUAN/ KERJA OBJEK/PERKARA APA – OBJEK ATAU BENDA YANG DIPEGANG ATAU APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR. - penyapu, berus cat, pisau, ……………………………. MANA – TEMPAT PERISTIWA/SUASANA DALAM GAMBAR. - di kawasan sekolah, di Taman Sains ………………. TUJUAN – SEBAB DAN UNTUK APA. - untuk menceriakan kawasan sekolah, …………….. OBJEK – BENDA YANG TERDAPAT ATAU YANG DIPEGANG. - sebatang penyapu, sebatang berus cat,…………… PERKARA – PERLUASAN AYAT/KESAN/HASIL/PERASAAN. - dengan riang gembira, membersihkan kawasan……
  • 34. APA YANG PERLU DITULIS INGAT - 1. SIAPA/KATA KERJA 2. APA 3. MANA/TUJUAN/OBJEK/ PERKARA. TULIS AYAT DALAM BENTUK AYAT MAJMUK. AYAT YANG DIBINA PERLU MENGANDUNGI KATA HUBUNG/ KATA SENDI/KATA BANTU YANG SESUAI. dan, lalu, manakala, sambil, supaya, dengan, hingga…………..
  • 35. Teknik Mengajar Menjawab Soalan Bahagian A • Baca dan fahami arahan • Garis kata kunci (aktiviti/situasi/ayat lengkap) • Bulatkan aktiviti dalam gambar • Tulis kata kerja • Gunakan teknik WATAK – murid cemerlang • Guna teknik SAM – murid HALUS Daripada peserta kursus pemantapan Bahasa negeri Selangor di Pangkor
  • 36.
  • 37. Teknik WATAK W A T A K Watak Aktiviti Tempat Alat Keterangan Rosnah memberi di kolam pada waktu makanan sekolahnya rehat. kepada ikan Amir sedang di taman menggunaka agar pokok menyiram sains n penyiram bunga hidup pokok bunga bunga subur. Ali dan Ani membuang ke dalam yang terletak sampah tong sampah di hadapan taman sains. Lim dan Lina menggembur pada batas untuk tanah mereka menanam sayur- sayuran.
  • 38. Contoh Ayat - Teknik WATAK 1. Rosnah memberi makanan kepada ikan di kolam sekolahnya pada waktu rehat. 2. Amir sedang menyiram pokok bunga di taman sains menggunakan penyiram bunga agar pokok bunga hidup subur. 3. Ali dan Ani membuang sampah ke dalam tong sampah yang terletak di hadapan taman sains. 4. Lim dan Lina menggembur tanah pada batas untuk mereka menanam sayur-sayuran. 5. Kamala mencabut rumput yang tumbuh di sekeliling kolam ikan agar kawasan kolam itu bersih.
  • 39.
  • 40. Teknik SAM (untuk murid HALUS) Gred D Siapa Apa Mana/Bagaimana Hassan menjual aiskrim di kantin. Mak Cik menyapu sampah gunakan penyapu. Munah Ali dan Abu makan nasi sambil berbual. Siti sedang minum seorang diri. Amira buang sampah dalam tong sampah. Contoh ayat : 1.Hassan menjual aiskrim di kantin. 2.Mak Cik Munah menyapu sampah gunakan penyapu. 3.Ali dan Abu makan nasi sambil berbual. 4.Siti sedang minum seorang diri. 5.Amira buang sampah dalam tong sampah.
  • 41. Teknik SAM (untuk murid HALUS tegar) Gred E Siapa Apa Mana Hassan jual aiskrim di kantin. Mak Cik sapu sampah di kantin. Munah Ali dan Abu makan nasi di meja. Siti sedang minum di meja. Amira buang sampah dalam tong sampah. Contoh ayat : 1.Hassan jual aiskrim di kantin. 2.Mak Cik Munah sapu sampah di kantin. 3.Ali dan Abu makan nasi di meja. 4.Siti sedang minum di meja. 5.Amira buang sampah dalam tong sampah.
  • 42. Oleh - A.RAHMAN BIN HARON (SK SEMENYIH)
  • 43.
  • 44.
  • 45.
  • 46. Pak Ali sedang di dengan memancing sungai sebatang ikan joran.
  • 47. Pak Ali sedang memancing ikan S A di sungai dengan sebatang joran. L A
  • 48. Datuk memancing di atas pada ikan jeti waktu petang.
  • 49. S A Datuk memancing ikan K di atas jeti pada waktu petang. L
  • 50. Ah Kau memancing di tasik bagi ikan mengisi masa lapangnya.
  • 51. S A Ah Kau memancing ikan di tasik bagi mengisi K L masa lapangnya.
  • 52. Kamil berusaha jorannya yang telah menarik ditarik oleh sesuatu dari dalam sungai.
  • 53. S A Kamil berusaha menarik A K jorannya yang telah ditarik oleh sesuatu dari dalam sungai.
  • 54. Puan sedang dulang berisi seekor ayam Mary menatang panggang untuk dihidangkan kepada tetamu.
  • 55. Puan membawa mengguna- bagi makan Fatimah ayam kan dulang malam panggang mereka sekeluarga.
  • 56. Nenek sedang ke sambil berisi seekor berjalan ruang menatang ayam panggang makan dulang yang masih panas lagi.
  • 57. GAMBAR DI BAWAH MENUNJUKKAN SUASANA DI SEBUAH HOSPITAL. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG SUASANA DI HOSPITAL TERSEBUT.
  • 58. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH.
  • 59. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG GAMBAR DI BAWAH.
  • 60. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
  • 61. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
  • 62. Gambar di bawah menunjukkan persiapan Majlis Anugerah Kecemerlangan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang persiapan tersebut
  • 63. 1. Gambar di atas menunjukkan persiapan majlis anugerah kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Indah Permai. 2. Ahmad dan Halim sedang mengangkat tempat berucap untuk diletakkan di atas pentas. 3. Dua orang budak perempuan menyusun hadiah untuk persiapan hari anugerah kecemerlangan. 4. Siti dan Asmah sedang menggantung kain rentang di ata pentas. 5. Seorang budak lelaki sedang menggantung gambar pada dinding manakala Husin pula memegang tangga.
  • 64. a. Saya dan rakan-rakan saya sedang membuat persediaan untuk hari anugerah kecemerlangan sekolah saya. b. Supian dan Daud mengangkat sofa untuk diletak di hadapan pentas. c. Dua orang budak perempuan sedang menyapu sementara dua budak perempuan yang lain pula sedang menyusun hadiah. d. Maria dan Zaki sedang menghias pentas dengan memasang kain langsir di sekeliling pentas. e. Dua orang budak perempuan sedang menggantung kain rentang.
  • 65. - Pada hari Sabtu yang lalu saya dan beberapa orang rakan saya mengemaskan dewan untuk majlis anugerah kecemerlangan. - Mimi dan Zaleha sedang menyusun hadiah sempena hari anugerah kecemerlangan sekolah saya. - Kami semua berasa gembira apabila dapat bergotong- royong membersihkan dewan sekolah. - Dua orang budak perempuan sedang menyapu dewan. - Dua orang budak lelaki sedang meletak pasu bunga di atas pentas.
  • 66. Sekolah saya telah mengadakan hari anugerah kecemerlangan pada minggu lepas. Saya dan rakan- rakan saya sibuk mengemas dewan. Maznah dan Darina menyapu dewan yang kotor itu. Dua orang budak lelaki sedang mengalihkan kerusi yang berada di depan pentas. Dua orang budak perempuan sedang menyusun hadiah.
  • 67. Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.
  • 68. 1. Pada hari Sabtu yang lalu, Mimi sekeluarga telah pergi berkelah di pantai Port Dickson. 2. Ibu dan kakak menyusun makanan di atas tikar, manakala saya membantu ayah mengeluarkan barang dari kereta. 3. Seorang budak lelaki menolong ibu dan ayahnya mengemas barang. 4. Saya dan kakak mandi-manda sambil menunggu ibu menyiapkan makanan. 5. Kami datang ke sana untuk berehat sambil bergembira dan boleh mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.
  • 69. - Kami sekeluarga pergi berkelah di sebuah pantai yang indah dan permai. - Saya dan adik sedang menolong ayah mengangkat barang keperluan untuk berkelah. - Ibu sedang menyusun makanan di atas tikar. - Ayah mengambil barang yang perlu untuk berkelah. - Kami sekeluarga berkelah dengan penuh kegembiraan.
  • 70. Maria dan keluarganya berkelah di tepi pantai. Mereka membawa peralatan untuk berkelah. Ibu membawa makanan dan minuman untuk berkelah.Maria dan keluarganya sangat gembira dapat berkelah bersama-sama.Maria dan ibunya menyediakan makanan untuk Azman dan ayahnya.
  • 71. • Seorang budak lelaki sedang menolong ayahnya mengangkat barang keperluan berkelah • Seorang ibu pula sedang menyusun makanan di atas tikar manakala anak perempuannya menghulurkan makanan kepada ibunya. • Mereka berkelah di sebuah pantai yang indah dan menarik. • Mereka berkelah berhampiran sebuah pohon yang rendang. • Mereka sekeluarga berasa sangat gembira dan seronok berkelah bersama-sama.
  • 72. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
  • 73. GAMBAR & LATIHAN YANG TIDAK SESUAI/TIDAK LENGKAP
  • 74.
  • 75.
  • 76. BAHAGIAN B KARANGAN • 30 markah • Tidak kurang 80 Karangan patah perkataan Berformat • Diberikan tiga buah karangan. Pilih dan jawab satu Karangan karangan sahaja. Tidak Berformat
  • 77. BAHAGIAN B Tiga tajuk karangan diberi. Jawab SATU soalan FORMAT Pilihan soalan mungkin soalan Masa cadangan berformat / tidak 40 minit berformat Jumlah perkataan tidak kurang 80 patah perkataan
  • 78. BENTUK SOALAN BERFORMAT Corak karangan yang diuji mungkin TIDAK BERFORMAT Apa dia karangan berformat dan karangan tidak berformat ? Contoh …..?????
  • 79. Karangan Berformat: Karangan Tidak Berformat: - Surat Kiriman Rasmi - Cerita - Surat Kiriman Tidak Rasmi - Melengkapkan cerita - Syarahan - Keperihalan gambaran - Dialog - Fakta - Laporan - Auto biografi - Berita - Biografi - Ucapan - Gambar - Perbahasan - Catatan Harian
  • 80. UNTUK RENUNGAN KARANGAN BERFORMAT:- SURAT TIDAK RASMI - 2002/2009 SURAT RASMI - 2000 SYARAHAN - 2001 DIALOG - 2003/2005/2006 LAPORAN - 2004/2010 BERITA - 2002/2007 UCAPAN - 2006 PERBAHASAN - 1998 CATATAN HARIAN - 2005 KARANGAN TIDAK BERFORMAT FAKTA - 2006/2008/2010 KEPERIHALAN - 2005/2007/2008/2010 MELENGKAPKAN CERITA - 2007/2009
  • 81. BAHAGIAN B – 30 MARKAH PENSKORAN KRITERIA CEMERLANG i. - Penyampaian atau persembahan yang jelas & menarik untuk ( 24 -30 ) dibaca. - Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan pelbagai ayat yang gramatis bertepatan dengan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema. iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan. BAIK i. - Penyampaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca. ( 17 – 23 ) - Pengolahan idea yang baik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan bersesuaian dengan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tema. iii. Terdapat beberapa kesalahan ejaan & tanda baca tetapi tidak menjejaskan karangan. MEMUASKAN i. - Penyampaian atau persembahan yang mudah & ringkas. ( 11 – 16 ) - Menyatakan idea dengan menggunakan ayat dasar berdasarkan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai. iii. - Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah koma) - Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan. PENCAPAIAN i. - Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan TAHAP tema MINIMUM - Idea tidak tepat, tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami. ( 1 – 10 ) ii. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema. iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.
  • 82. PANDUAN MENJAWAB 1. Baca soalan dengan teliti. 2. Pilih tajuk atau soalan yang benar-benar dikuasai. 3. Fahami tajuk soalan dan kenal pasti sama ada jenis berformat atau sebaliknya. 4. Garisi kata kunci atau kehendak soalan. 5. Buat rangka karangan. Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi mencari isi. (kaedah peta minda, kaedah soalan, kaedah perkataan atau kaedah rangka) 6. Susun rangka karangan. 7. Tulis karangan mengikut format yang dikehendaki. Setiap satu isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya sekali. 8. Semak tatabahasa. 9. Pastikan tulisan kemas dan bersih.
  • 83. Berapa isi yang perlu ada dalam sesuatu karangan ? Bagi soalan Bahagian B, isi dikehendaki – Minimum TIGA (3) isi penting. Kalau lebih …… ? Kalau lebih daripada itu digalakkan kerana gabungan beberapa isi adakalanya sesuai diberi pertimbangan markah yang baik walaupun tanpa huraian lanjut tentang isi, lebih-lebih lagi karangan yang berbentuk penceritaan. Pertimbangan markah yang sesuai perlu diberi bagi isi yang disertakan contoh dan huraian, isi beserta contoh atau isi sahaja.
  • 84. YANG PALING PENTING PENULISAN BAHAGIAN B IALAH :-- 1. IDEA / ISI - BERAPA ? 2. MENEPATI TUGASAN – SESUAI/TIDAK? 3. PANJANG KARANGAN – JANGAN KURANG 80 pp 4. MEMATUHI FORMAT 5. PERENGGAN – PERLU ADA & BERAPA? 6. LARAS BAHASA
  • 85. BAHAGIAN C MEMBUAT ULASAN Cadangan masa menjawab Bahagian C 20 minit
  • 86. Membuat Ulasan • 20 markah • Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan. • Tidak kurang 50 patah perkataan. • *Tidak lebih daripada 50/60 patah perkataan.
  • 87. Bahagian C ini mengandungi satu teks cerita/ pernyataan/puisi/dialoq/rencana yang mengandungi banyak pengajaran/amalan baik atau nilai-nilai murni. Soalan ini wajib dijawab dan markah bagi soalan ini ialah 20 markah.
  • 88. BAHAGIAN C • Bahagian ini amat penting . • Perlu memahami dan meneliti dengan jelas petikan yang diberi. • Calon tidak digalakkan mencatat atau menyalin semula . • Pastikan nilai-nilai murni yang perlu dikaitkan berdasarkan petikan yang disediakan. • Tidak perlu menulis semula nama orang yang diceritakan .
  • 89. • Pastikan mengikut arahan soalan . • Nilai murni yang disampaikan boleh dicampur-aduk . • Nilai yang negatif tidak boleh diterima. • Jawapan yang disampai dalam satu perenggan. • Jawapan yang mempunyai lebih daripada satu perenggan tidak diterima . • Penggunaan watak contoh nama orang , saya , kita boleh diterima.
  • 90. JENIS SOALAN : 1. AMALAN BAIK  Belajar bersungguh-sungguh  Mendisiplinkan diri  Menolong orang yg. ditimpa kesusahan  Mengambil berat / memberi perhatian  Luhur tanpa menyimpan rasa dendam  Bijak memujuk dgn kata-kata yg. Sopan  Tidak buang masa  Menanam sikap rajin bekerja
  • 91. JENIS SOALAN : 2. NILAI-NILAI MURNI  Baik hati  Toleransi  Berdikari  Kesyukuran  Berhemah tinggi  Harmoni  Hormat  Berdisiplin  Berwawasan  Kasih sayang  Semangat  Keadilan bermasyarakat  Kebebasan  Patriotisme  Keberanian  Rasional  Kejujuran  Kesederhanaan  Kerjasama  Kerajinan
  • 92. JENIS SOALAN : 3. PENGAJARAN  Memelihara dgn.  Bersimpati pada kasih sayang golongan lemah  Jasa dihargai dan  Sifat dibalas bertanggungjawab  Menyayangi ibu  Menepati masa bapa dan keluarga  Amanah  Mensyukuri  Kesabaran anugerah tuhan membawa kejayaan  Bersifat murah  Menjaga hati keselamatan  Ucap terima kasih  Bersikap prihatin  Mematuhi peraturan
  • 93. Cara Menjawab Soalan • Baca dan fahami situasi. • Gariskan kata kunci dalam soalan. • Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks. • Tulis ulasan yang ringkas lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja. • Panjang jawapan tidak kurang 50 patah perkataan/tidak lebih daripada 50 atau 60 patah perkataan.
  • 94. Contoh Soalan Membuat Ulasan Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.
  • 95. AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB BANGUN AWAL PAGI MEMBANTU IBU BERSARAPAN BERSAMA-SAMA BERSARAPAN BERSALAMAN DENGAN AYAH DAN IBU MEMBACA BUKU MEMBERSIH KELAS KELAS YANG CERIA
  • 96. AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB BANGUN AWAL PAGI DISIPLIN DIRI/MENGHARGAI MASA MEMBANTU IBU RAJIN/MERINGANKAN BEBAN KERJA IBU/TANGGUNGJAWAB BERSARAPAN MENGERATKAN HUBUNGAN BERSAMA-SAMA KASIH SAYANG/ SILATURRAHIM MENJAGA KESIHATAN/TIDAK BERSARAPAN LAPAR/DAPAT BERI TUMPUAN KETIKA BELAJAR
  • 97. AMALAN BAIK NILAI/PENGAJARAN/SEBAB BERSALAMAN DENGAN MENGHORMATI IBU BAPA/ AYAH DAN IBU MOHON RESTU RAJIN/MENGHARGAI MEMBACA BUKU MASA MENYAPU/ TANGGUNGJAWAB/ MEMBERSIH KELAS MENJAGA KEBERSIHAN SERONOK & SELESA KELAS YANG CERIA BELAJAR
  • 98. Nilai murni/ Kata Penanda Kata Bantu pengajaran Hubung Huraian Wacana mesti dengan Selain itu, perlu kerana Di samping itu hendak agar Seterusnya, harus Akhir sekali, supaya patut seperti
  • 99. Contoh ulasan Nilai yang saya peroleh ialah kita mestilah menghargai masa dengan bangun awal pagi. Selain itu, kita dapat meringankan beban kerja ibu seperti membantu ibu di dapur. Di samping itu, kita dapat mengeratkan hubungan kasih sayang dengan bersarapan bersama-sama. Seterusnya, kita perlulah menghormati kedua-dua ibu bapa kita seperti Salina yang bersalaman dengan ayah dan ibunya. Akhirnya, kita dapat menambah ilmu pengetahuan dengan membaca buku.
  • 100. Senaraikan nilai murni/pengajaran/ amalan baik yang terdapat dalam petikan 1. Bangun awal pagi – disiplin diri 2. Menolong ibu di dapur 3. Bersarapan bersama – kasih sayang 4. Bersalam – menghormati orang tua 5. Rajin / tidak suka membuang masa 6. Suka kepada kebersihan
  • 101. Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi ke sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau- kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “Negaraku”, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.
  • 102. 1. Tidur larut malam 2. Membuang masa menonton televisyen 3. Tidak bersarapan 4. Tidak menghormati ibu bapa 5. Tidak mematuhi peraturan jalanraya 6. Tergesa-gesa 7. Tidak menjaga keselamatan harta sendiri 8. Tidak menghormati lagu kebangsaan 9. Menolong orang yang dalam kesusahan.
  • 103. Kita mestilah menghargai masa dengan tidur pada masanya dan bangun awal kerana masa itu emas. Selain itu, kita hendaklah menghormati ibu bapa dengan bersalam sebelum pergi ke sekolah sebagai tanda seorang anak yang bersahsiah. Seterusnya, kita mestilah mematuhi peraturan jalan raya dengan berhenti semasa lampu isyarat merah bernyala demi keselamatan diri sendiri. Selanjutnya, kita patutlah bertanggungjawab dengan menjaga harta benda sendiri seperti basikal agar tidak menyesal kemudian. Akhirnya, kita wajarlah bersemangat patriotik dengan berdiri tegak semasa lagu Negara-ku dinyanyikan sebagai tanda taat kepada Negara.
  • 104. Ayat Permulaan Ulasan & Rumusan : Bahagian C Berdasarkan teks di atas, terdapat lima nilai murni. Antaranya … Berdasarkan teks di atas, terdapat lima pengajaran. Antaranya … Kita boleh memperoleh lima nilai murni daripada teks di atas. Misalnya … Kita boleh memperoleh lima pengajaran daripada teks di atas. Misalnya … Lima nilai murni yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ... Lima pengajaran yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ...
  • 105. BAHAGIAN C – Cara menulis. Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan ini ialah ……………………………..(huraian). Seterusnya, ………………………..…………………… ...................................(huraian)……………... Di samping itu, ……………………….……………...... (huraian)……………………………………….. Selain itu, ……………………….………………………. ……………………………..(huraian)…………. ……………………………………………………………… Akhirnya, kita……………………….(huraian) …………………………………………………………….. •Contoh perlu ditulis jika bersesuaian dan perlu sahaja. Jika tidak jangan tulis contoh dalam ulasan anda.
  • 106. Nilai murni yang terdapat ialah, kita mestilah….. ………………….agar………………………(huraian) Kita juga perlu………………………untuk………… ………………………………………….……(huraian) Seterusnya, kita perlu………………………………. untuk………………………………………..(huraian) Kita juga harus……………………………supaya… ……………………………………………….(huraian) Kita mestilah juga…………………………………… bagi…………………………………………(huraian) Apa yang penting setiap amalan/nilai/ pengajaran mesti ada huraian
  • 107. Elakkan daripada menulis ulasan menggunakan perkataan, “………………..itu merupakan amalan yang baik”. “……………….itu merupakan sikap yang terpuji”. “……………….itu merupakan amalan yang mulia”.
  • 108. BAHAGIAN C – 20 MARKAH PENSKORAN KRITERIA CEMERLANG i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis ( 17 -20 ) berdasarkan bahan rangsangan. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan. iii. Penggunaan ejaan & tanda baca yang betul BAIK i. Ulasan jelas & tepat menggunakan ayat yang gramatis ( 12 – 16 ) berdasarkan bahan rangsangan. ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan rangsangan. iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca & ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. MEMUASKAN i. Ulasan tepat menggunakan ayat mudah & ringkas. ( 6 – 11 ) ii. Penggunaan pelbagai kata & kosa kata tetapi terhad dan sesuai. iii. Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca & ejaan PENCAPAIAN i. Ulasan tidak menepati bahan rangsangan. TAHAP ii. Penggunaan perkataan yang terhad & tidak sesuai MINIMUM dengan bahan rangsangan. ( 1 – 5 ) iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca & ejaan.
  • 109. Menghargai masa Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba beliau dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu meminta wang daripada Aminah. Aminah telah memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan terima kasih sebelum pergi. Menghargai jasa Belas kasihan
  • 110. Berdisiplin Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk Simpati menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun dua membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan. Kebersihan
  • 111. Melakukan aktiviti yang berfaedah Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba beliau dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu meminta wang daripada Aminah. Aminah telah memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan terima kasih sebelum pergi. Disayangi dan dihormati Orang lain akan membantu kita apabila kita ditimpa kesusahan
  • 112. Tidak berlaku kemalangan Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk Menghormati kanak-kanak menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun dua membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan berbagai-bagai kesan. Menjaga alam sekitar
  • 113. Nilai murni/ Kata Penanda Kata Bantu pengajaran Hubung Huraian Wacana menghargai melakukan mesti dengan masa aktiviti berfaedah disayangi dan Selain itu, perlu belas kasihan kerana dihormati Di samping itu hendak berdisipin agar tidak ditimpa kemalangan Seterusnya, harus orang lain akan Menghargai supaya akan membantu Akhir sekali, jasa pula patut simpati seperti Memberi murid kecil menaiki bas
  • 114. CONTOH ULASAN YANG LENGKAP Nilai murni dan pengajaran yang diperoleh daripada petikan ialah kita mestilah menghargai masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, kita perlulah mempunyai perasaan belas kasihan kepada orang orang lain kerana kita akan sentiasa disayangi dan dihormati. Di samping itu, kita hendaklah sentiasa berdisiplin ketika menaiki bas agar kita tidak ditimpa kemalangan. Seterusnya , kita juga harus menghargai jasa orang yang telah membantu kita supaya apabila kita ditimpa kesusuahan ,orang lain pula akan membantu kita. Akhir sekali, kita patut berasa simpati kepada orang seperti Aminah memberikan murid-murid kecil menaiki bas dahulu.
  • 115. Untuk mendapat markah yang cemerlang Dalam bahagian C ini, anda mestilah: 1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat. 2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis 3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. 4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik. 5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul. 6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina. Kenalpasti penanda wacana.
  • 116. Setiap petang adik akan memastikan kerja sekolah yang diberi oleh guru sekolahnya siap. Setelah penat menyiapkan kerja sekolahnya, adik berehat sebentar. Bagi menghilangkan rasa bosannya, adik bermain- main dengan kucing kesayangannya di dalam bilik. Ketika bermain, tanpa disedari adik telah memecahkan cenderamata kesayangan kakak. Kakak merasa sedih melihat cenderamata yang diperolehi daripada sahabat karibnya telah pecah. Emak memarahi adik kerana tidak berhati-hati ketika bermain. Adik rasa bersalah dan meminta maaf kepada kakak.
  • 117. GARIS PANDUAN KEPADA PEMERIKSA A. CARA PEMERIKSAAN - UMUM 1. PEMERIKSAAN DILAKUKAN SECARA HOLISTIK IAITU DENGAN MELIHAT SECARA KESELURUHAN DAN PENSKORAN DIBUAT MENGIKUT KRITERIA YANG DIGARISKAN. PEMERIKSA HENDAKLAH MEMBACA SETIAP AYAT/ KARANGAN DENGAN TELITI UNTUK MENDAPAT KESAN (IMPRESSION) DARIPADANYA. SELEPAS ITU NILAI DAN ANGGARKAN TAHAP KARANGAN ITU DAN DISESUAIKAN DENGAN KRITERIA YANG DITETAPKAN
  • 118. 2. BACA AYAT/KARANGAN TERSEBUT SEKALI LAGI SAMBIL MENURUNKAN SIMBOL ATAU TANDA - TANDA PEMERIKSAAN & MENETAPKAN SKOR BERPANDUKAN KRITERIA PENSKORAN. ISI ( ) KESALAHAN ISI /////// KESALAHAN STRUKTUR AYAT KESALAHAN PENGGUNAAN PERKATAAN KESALAHAN TANDA BACA KESALAHAN EJAAN KESALAHAN EJAAN BERULANG KESALAHAN IMBUHAN KESALAHAN IMBUHAN BERULANG
  • 119. PANDUAN PEMERIKSA 1. BACAAN PERTAMA – BACA SECARA MENYELURUH DAN LETAKKAN DALAM ARAS YANG SESUAI. 2. BACAAN KEDUA – BACA SECARA TELITI IAITU UNTUK MENENTUKAN ASPEK ISI & BAHASA. - PERUBAHAN ARAS PENSKORAN AKAN BERUBAH SAMA ADA NAIK / KEKAL / TURUN PADA BACAAN KALI KEDUA. 3. KETIKA MENILAI…LIHAT -> a. AYAT DAHULU ( BACA ) UNTUK MEMASTIKAN JAWAPAN YANG DITULIS MENJAWAB TUGASAN ATAUPUN TIDAK. b. PENGGUNAAN KATA (IMBUHAN) C. EJAAN & KOSA KATA d. TANDA BACA.
  • 120. 4. KARANGAN YANG TERPESONG / ATAU TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN TAJUK/TEMA, MAKSIMA 5 MARKAH DARIPADA MARKAH KESELURUHAN. 5. KARANGAN YANG TIDAK MEMATUHI FORMAT, TOLAK 2 MARKAH DARIPADA MARKAH KESELURUHAN. 6. MENYALIN PETIKAN SAHAJA (BAHAGIAN C) BERI 1 MARKAH SAHAJA. Bahasa yang tidak difahami biji butirnya layak dapat 1 markah sahaja. 7. JIKA BILANGAN PATAH PERKATAAN KURANG DARIPADA JUMLAH PERKATAAN YANG DITETAPKAN, MARKAH KESELURUHAN AKAN TURUN. 8. JIKA KARANGAN TIDAK MEMATUHI ARAHAN, SKOR PEMARKAHAN AKAN TURUN WALAUPUN KARANGAN CEMERLANG - CERITAKAN PENGALAMAN ORANG LAIN
  • 121. PENANDAAN BAHAGIAN A PENEKANAN UTAMA KEPADA; - PEMINDAHAN MAKLUMAT - TATABAHASA - STRUKTUR AYAT / BINAAN AYAT. 1. AYAT TERSIRAT TIDAK BOLEH DITERIMA. AYAT BERUNSUR NEGATIF DITOLAK SAMA SEKALI. 2. AYAT BERBENTUK DIALOQ BOLEH DITERIMA JIKA SESUAI DENGAN GAMBAR TETAPI TIDAK DIGALAKKAN.
  • 122. 3. BACA SEMUA AYAT YANG DITULIS OLEH CALON. PILIH LIMA AYAT YANG MENGANDUNGI AKTIVITI ATAU MAKLUMAT BERDASARKAN GAMBAR SAHAJA. 4. JIKA BUAT LEBIH DARIPADA 5 AYAT, CALON TIDAK BOLEH DAPAT MARKAH PENUH. TIDAK LAYAK DAPAT CEMERLANG. SEKURANG-KURANGNYA BAIK. 5. JIKA SATU POINT/NOMBOR MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA SATU AKTIVITI, HENDAKLAH DITERIMA SEBAGAI ISI YANG BERLAINAN. ( SATU AYAT TETAPI BANYAK AKTIVITI HENDAKLAH DITERIMA SEBAGAI 2 ISI SAHAJA. 6. JIKA CALON BUAT 4 AYAT SAHAJA PENSKORAN BERMULA PADA ARAS BAIK SAHAJA. SEKIRANYA MEMPUNYAI LIMA AYAT BERKAITAN GAMBAR LAYAK DAPAT MARKAH PENUH.
  • 123. 6. JIKA BUAT 2 ATAU 3 AYAT SAHAJA, ARAS PENSKORAN MEMUASKAN. 7. 1 AYAT SAHAJA – PTM P/S : AYAT YANG GRAMATIS BERMAKSUD AYAT YANG DITULIS BERDASARKAN KEPADA PRINSIP NAHU ATAU TATABAHASA.
  • 124. 8. JAWAPAN DALAM BENTUK ESEI DITERIMA TETAPI SKOR PEMARKAHAN ARAS BAIK SAHAJA. BACA ESEI DAN CARI 5 ISI SAHAJA. 9. HURAIAN DAN CONTOH TIDAK DIBERI MARKAH. CARI AKTIVITI YANG YANG SESUAI DENGAN GAMBAR. ASPEK BAHASA TETAP DINILAI. 10. BAHASA MASIH DINILAI. 11. ISI TIDAK IKUT URUTAN DAN WATAK YANG BERBEZA-BEZA DITERIMA. 12. KALAU GAMBAR BERSIRI, AYAT MESTI SEIMBANG. KALAU ADA 2 GAMBAR. 3 + 2 = CEMERLANG 4 + 1 = BAIK 5 + 0 = MEMUASKAN.
  • 125. BAHAGIAN B 1. MESTI ADA PENDAHULUAN & PENUTUP. 2. UNTUK MENDAPAT SKOR YANG CEMERLANG, MESTI ADA SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI + HURAIAN + CONTOH. 3. KALAU TIADA PENDAHULUAN, SKORNYA AKAN MENURUN. KALAU CEMERLANG BERI SKOR PADA CEMERLANG ARAS BAWAH. 4. SEKIRANYA BERFORMAT TETAPI TIADA BUAT IKUT FORMAT DIKEHENDAKI, TOLAK 2 MARKAH. BEGITU JUGA SEBALIKNYA.
  • 126. 5. MENYALIN SOALAN PENSKORAN PTM BAWAH ( 1 – 5 MARKAH ) 6. DARI SEGI PEMBERIAN MARKAH, 1-5 KESALAHAN EJAAN MASIH BOLEH DAPAT CEMERLANG. 6 -10 PENSKORAN PADA TAHAP BAIK DAN 11 – 15 PENSKORAN MEMUASKAN. 16 KE ATAS PTM. 7. PENILAIAN LAMA BERBENTUK ANALITIKAL SESUAI DIGUNA PAKAI KETIKA P&P KERANA DAPAT BIMBING PELAJAR MENGENALPASTI KESALAHAN. 8. JIKA CALON TULIS LEBIH SOALAN, PERIKSA KARANGAN PERTAMA SAHAJA.
  • 127. BAHAGIAN C 1. MENYALIN PETIKAN - MARKAH TIDAK LEBIH 2. 2. SEKIRANYA KURANG DARIPADA 50 PP, MARKAH AKAN TURUN. 3. TULIS DALAM BENTUK POINT, ARAS SKOR MAKSIMA BAIK SAHAJA. 4. ULAS SEKURANG-KURANGNYA 5 NILAI SAHAJA. SEKIRANYA NAK ULAS SEMUA PUN BOLEH. TIADA PEMOTONGAN MARKAH. 5. ULASAN BAIK TETAPI TIDAK MENCUKUPI 4 NILAI SKORNYA MENURUN. 6. MENYENARAIKAN SAHAJA NILAI/PENGAJARAN PENSKORAN MAKSIMUM 3 SAHAJA.
  • 128. 7. SEKIRANYA MENGULAS 5 NILAI/PENGAJARAN LAYAK CEMERLANG. KALAU ULAS 3 – 4 LAYAK DAPAT BAIK KALAU ULAS 2 MEMUASKAN TIDAK ADA ULASAN 1 MARKAH 8. MENJAWAB DALAM BENTUK PERNOMBORAN (TIDAK IKUT PERENGGAN) TETAPI ULASAN SERTA AYAT BAIK, PERKATAAN CUKUP, ARAS PENSKORAN BERMULA PADA ARAS BAIK SAHAJA.
  • 129. Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon semasa menjawab soalan peperiksaan 1 1. Tidak benar-benar memahami kehendak soalan - Kurang teliti membaca dan memahami arahan, . kehendak soalan dan jawapan yang dituliskan. 2. Jawapan yang diberikan tidak terancang dan tidak tersusun dengan kemas. - tidak mempersembahkan jawapan dalam bentuk format yang teratur dan betul.
  • 130. 3. Jawapan tidak mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. - tiada mempunyai perenggan. 4. Menggunakan ejaan, imbuhan, tanda baca serta struktur ayat yang salah dan kurang sesuai. 5. Terlalu kerap menyelitkan unsur perbualan atau dialog dalam jawapan. 6. Gagal mengatur masa dengan bijak sehingga gagal menjawab cukup soalan. 7. Terkeluar tajuk. Tidak menjawab apa yang diminta oleh soalan.
  • 131. PETUA SEORANG GURU Kalau seorang guru mengajar Kalau seorang guru sambil duduk, Murid belajar mengajar tanpa menilai, sambil mengantuk. tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai. Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun. Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid Kalau seorang guru mengajar sepanjang masa. tanpa alat, Murid belajar dengan ralat. Sumbangan : Kalau seorang guru mengajar En. Jaafar Yusof banyak bercakap, ada murid Guru Besar SK Palong 12 (F) yang bertambah gagap. Gemas, Negeri Sembilan. Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
  • 132. SELAMAT BERTEMU LAGI. JUMPA LAGI DI LAIN MASA & KETIKA. Disampaikan oleh:- ABDUL RAHIM BIN SULAIMAN 0164315302