SlideShare a Scribd company logo
1 of 38
Download to read offline
2 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
memangkas pokok bunga 
4. 
membersihkan longkang 
2. 
menghidangkan minuman petang 
5. 
memotong rumput 
3. 
menyiram pokok bunga 
6. 
berkejar-kejaran 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Abang Ah Leng memangkas pokok bunga di halaman rumah supaya kelihatan kemas. 
2. 
Kakak Ah Leng menghidangkan minuman petang di atas meja untuk semua ahli keluarga. 
3. 
Ibu Ah Leng menyiram pokok bunga di tepi rumah supaya kelihatan segar 
4. 
Ah Leng membersihkan longkang yang dipenuhi sampah sarap supaya aliran air tidak tersumbat. 
5. 
Bapa Ah Leng memotong rumput di halaman rumah menggunakan mesin pemotong rumput dengan berhati-hati. 
6. 
Dua ekor anjing peliharaan keluarga Ah Leng berkejar-kejaran di halaman rumah. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan halaman rumah. 
1. 
membaca surat khabar 
6. 
mencuci longkang 
2. 
minum kopi/teh 
7. 
menyiram pokok bunga 
3. 
berbual-bual 
8. 
membubuh baja 
4. 
bermain dam/catur 
9. 
menunggang basikal 
5. 
menyapu sampah 
10. 
menikmati hidangan 
1 
2 
3 
4 
5 
6
3 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana perkelahan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
memegang bola 
5. 
membina istana pasir 
2. 
mengangkat kotak 
6. 
menaikkan layang-layang 
3. 
memasukkan barang-barang 
7. 
mendirikan khemah 
4. 
membawa bakul 
8. 
menghidangkan makanan 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Ai Ling memegang sebiji bola untuk dibawa bersama ke tempat perkelahan. 
2. 
Ah Kuan mengangkat sebuah kotak untuk dimasukkan ke dalam kereta bapanya sebelum pergi berkelah. 
3. 
Ah Chong membantu bapanya memasukkan barang-barang ke dalam but kereta. 
4. 
Ibu membawa sebuah bakul yang berisi makanan dan minuman. 
5. 
Ai Ling membina istana pasir yang cantik di tepi pantai. 
6. 
Ah Kuan menaikkan layang-layang sambil berlari di tepi laut. 
7. 
Ah Chong membantu bapanya mendirikan khemah di tepi pantai setibanya mereka di tempat perkelahan. 
8. 
Ibu menghidangkan makanan dan minuman sambil duduk di bawah sebatang pokok yang rendang. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan tempat perkelahan. 
1. 
berenang 
6. 
membentang tikar 
2. 
bergambar 
7. 
mendengar radio 
3. 
bersiar-siar 
8. 
membaca surat khabar 
4. 
memancing 
9. 
bermain luncur air 
5. 
mengutip cangkerang 
10. 
memanggang ayam 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7 
8
4 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di dapur. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
menggoreng ikan 
4. 
mengambil susu segar 
2. 
makan sandwic 
5. 
menumbuk cili 
3. 
memotong sayur 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Kakak menggoreng ikan untuk dijadikan hidangan makan tengah hari. 
2. 
Adik makan sekeping sandwic di meja sebagai alas perut sambil menonton televisyen. 
3. 
Ibu memotong sayur sawi untuk dimasak dan dihidangkan semasa makan tengah hari. 
4. 
Bapa mengambil sekotak susu segar dari dalam peti sejuk untuk diminum. 
5. 
Abang menumbuk cili dengan lesung batu untuk dimasak bersama sayur. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan di dapur. 
1. 
menyiang ikan 
7. 
mencuci sayur 
2. 
mencuci pinggan 
8. 
memotong daging 
3. 
mengelap meja 
9. 
menghiris bawang 
4. 
menanak nasi 
10. 
mereneh sup 
5. 
merebus jagung 
11. 
mencuci sayur 
6. 
mengukus ikan 
12. 
memanggang ikan 
1 
2 
3 
4 
5
5 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di dusun. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
memerhatikan 
4. 
mengait buah rambutan 
2. 
mengopek buah durian 
5. 
memanjat tangga 
3. 
mengutip buah durian 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Adik memerhatikan nenek mengopek buah durian di bawah pondok di dusun itu. 
2. 
Nenek mengopek buah durian menggunakan sebilah pisau dengan berhati-hati. 
3. 
Emak mengutip buah-buah durian yang gugur di dusun itu untuk dimasukkan ke dalam bakul. 
4. 
Bapa mengait buah rambutan yang sedang masak ranum di dusun itu dengan sebatang galah yang panjang. 
5. 
Abang memanjat tangga dengan berhati-hati untuk memetik buah manggis. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan dusun. 
1. 
membuang kulit buah-buahan 
4. 
menyapu daun kering 
2. 
membentang tikar 
5. 
berehat di bawah pokok 
3. 
membuat unggun api 
6. 
memungut buah-buahan 
1 
2 
3 
4 
5
6 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
menatang sedulang minuman 
4. 
mengecat dinding 
2. 
mengikat karung guni 
5. 
menolak kereta sorong 
3. 
mencabut rumput 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Ibu Ali menatang sedulang minuman untuk dihidangkan kepada ahli keluarga yang sedang bergotong-royong. 
2. 
Datuk Ali sedang mengikat karung guni yang mengandungi sampah sarap supaya sampah sarap itu tidak bertaburan. 
3. 
Ali dan kakaknya mencabut rumput di sekeliling pokok bunga itu supaya kelihatan cantik. 
4. 
Dua orang abang Ali sedang mengecat dinding rumah supaya kelihatan lebih cantik dan ceria. 
5. 
Bapa Ali menolak kereta sorong yang mengandungi rumput dan ranting untuk dibuang ke tempat pembuangan sampah. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan halaman rumah. 
1. 
menyapu sampah 
6. 
memangkas ranting pokok 
2. 
mencuci longkang 
7. 
memotong dahan pokok 
3. 
membuang sampah 
8. 
mencabut rumput 
4. 
membakar sampah 
9. 
minum air 
5. 
menanam botol kosong 
10. 
berehat 
1 
2 
3 
4 
5
7 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di kawasan perkelahan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
membina istana pasir 
5. 
mandi-manda 
2. 
membantu ibu 
6. 
bersiar-siar 
3. 
menghidangkan makanan 
7. 
mengejar ketam 
4. 
membaca majalah 
8. 
mengambil gambar 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Dua orang kanak-kanak lelaki sedang membina istana pasir yang cantik di tepi pantai itu. 
2. 
Kakak membantu ibu menghidangkan makanan yang dibawa dari rumah. 
3. 
Ibu menghidangkan makanan yang telah disediakan untuk disajikan kepada ahli keluarga semasa perkelahan itu. 
4. 
Bapa duduk di atas kerusi sambil membaca senaskhah majalah yang baru dibeli. 
5. 
Dua orang kanak-kanak sedang mandi-manda di laut menggunakan pelampung untuk keselamatan diri mereka. 
6. 
Dua orang pemuda bersiar-siar di tepi pantai sambil menjinjing kasut masing- masing. 
7. 
Seorang budak lelaki mengejar seekor ketam batu dengan ranting kayu. 
8. 
Seorang pengunjung mengambil gambar rakannya yang berdiri di tepi pantai itu. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan perkelahan. 
1. 
berenang 
6. 
berbaring di atas tikar 
2. 
menyelam 
7. 
bermain kapal layar 
3. 
berbual 
8. 
bermain luncur air 
4. 
bermain layang-layang 
9. 
menjual ais krim 
5. 
mengutip cangkerang 
10. 
membeli ais krim 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7 
8
8 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di belakang rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
mengesat peluh 
4. 
menolak kereta sorong 
2. 
memasukkan terung 
5. 
membubuh baja 
3. 
memetik terung 
6. 
mengumpul dedaun kering 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Kakak mengesat peluh di dahinya dengan sehelai sapu tangan. 
2. 
Adik membantu ibu memasukkan terung yang dipetik ke dalam sebuah bakul. 
3. 
Ibu memetik terung yang telah matang di halaman rumah untuk dijadikan sayur. 
4. 
Abang menolak kereta sorong yang mengandungi sampah sarap untuk dibuang ke tempat pembuangan sampah. 
5. 
Bapa membubuh baja pada pokok bunga supaya hidup dengan lebih subur. 
6. 
Datuk mengumpul daun kering di bawah pokok yang rendang dengan pencakar sampah. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan belakang rumah. 
1. 
menatang dulang 
6. 
duduk di atas kerusi 
2. 
menghidangkan makanan 
7. 
ketawa 
3. 
berbual-bual 
8. 
mencabut rumput 
4. 
memerhatikan 
9. 
memotong rumput 
5. 
berehat 
10. 
menyusun pasu 
1 
2 
3 
4 
5 
6
9 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
menyiram pokok bunga 
4. 
menunggang basikal 
2. 
menyidai pakaian 
5. 
berehat 
3. 
memotong rumput 
6. 
berbual-bual 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Adik sedang menyiram pokok bunga supaya lebih segar. 
2. 
Ibu sedang menyidai pakaian yang baru dicuci di halaman rumah. 
3. 
Bapa memotong rumput menggunakan mesin pemotong rumput dengan berhati- hati. 
4. 
Abang menunggang basikal di halaman rumah untuk mengeluarkan peluh supaya badan lebih sihat. 
5. 
Datuk berehat di atas bangku sambil memerhatikan bapa yang sedang memotong rumput. 
6. 
Nenek berbual-bual dengan datuk sambil duduk di bawah sebatang pokok yang rendang. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan halaman rumah. 
1. 
mencangkul tanah 
6. 
membakar sampah 
2. 
menyapu sampah 
7. 
menyapu sampah 
3. 
menanam pokok bunga 
8. 
mengesat peluh 
4. 
mencabut rumput 
9. 
berlari-larian 
5. 
memangkas ranting 
1 
2 
3 
4 
5 
6
10 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
menggemburkan tanah 
4. 
memberi makanan 
2. 
memotong rumput 
5. 
menyusun pasu bunga 
3. 
membaca surat khabar 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Ibu Devi menggemburkan tanah di dalam pasu bunga supaya pokok bunga hidup subur. 
2. 
Bapa Devi memotong rumput menggunakan mesin pemotong rumput dengan berhati-hati. 
3. 
Datuk Devi sedang duduk di bawah pokok yang rendang sambil membaca surat khabar. 
4. 
Abang Devi sedang memberi makanan kepada dua ekor arnab peliharaannya agar tidak mati kelaparan. 
5. 
Devi sedang mengalih dan menyusun pasu bunga di tepi rumah agar kelihatan cantik dan tersusun. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan halaman rumah. 
1. 
menatang dulang minuman 
6. 
menyiram pokok bunga 
2. 
menghidangkan makanan 
7. 
mengecat dinding rumah 
3. 
menyapu sampah 
8. 
menebas lalang 
4. 
mencuci longkang 
9. 
membakar sampah 
5. 
berbual-bual 
10. 
membaiki longkang 
1 
2 
3 
4 
5
11 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
menghidangkan kuih 
5. 
berbual-bual 
2. 
melayari internet 
6. 
menuang air 
3. 
merakam suasana 
7. 
membaca buku cerita 
4. 
memegang segelas minuman 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Kakak Lina menghidangkan sepinggan kuih kepada ahli keluarga semasa minum petang di luar rumah. 
2. 
Abang Lina sedang melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyelesaikan tugasan yang diberi oleh gurunya. 
3. 
Bapa Lina sedang merakam gelagat ahli keluarganya dengan kamera perakam video. 
4. 
Datuk Lina sedang memegang segelas minuman sambil memerhatikan abang yang tekun melayari internet. 
5. 
Nenek Lina berbual-bual dengan datuknya sambil memegang secawan minuman dengan tangan kanannya. 
6. 
Ibu Lina sedang menuang air kopi ke dalam cawan sambil mendengar cerita daripada nenek. 
7. 
Lina sedang tekun membaca buku cerita sambil duduk di atas buaian. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan halaman rumah. 
1. 
menyapu sampah 
6. 
menanam bekas kosong 
2. 
menanam pokok bunga 
7. 
membakar sampah 
3. 
menyiram pokok bunga 
8. 
mengusung bakul 
4. 
menebas semak samun 
9. 
menolak kereta sorong 
5. 
mengutip botol kosong 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7
12 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana semasa sambutan hari jadi. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
meletakkan lilin 
5. 
meniup api lilin 
2. 
menyapu lantai 
6. 
bertepuk tangan 
3. 
membantu bapa 
7. 
menyanyikan lagu 
4. 
menggantung belon 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Ibu Aimi meletakkan lilin di atas kek sebelum majlis sambutan hari lahir bermula 
2. 
Aimi menyapu lantai dengan sebatang penyapu supaya kelihatan bersih. 
3. 
Abang Aimi membantu bapa menggantung belon pada siling rumah. 
4. 
Bapa Aimi menggantung belon pada siling rumah menggunakan tangga. 
5. 
Aimi meniup api lilin di hadapan kawan-kawannya semasa majlis sambutan hari lahirnya. 
6. 
Kawan-kawan Aimi bertepuk tangan semasa Aimi meniup lilin. 
7. 
Rakan-rakan Aimi menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ untuk meraikan hari lahir Aimi yang kedua belas tahun. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan sambutan hari jadi 
1. 
menyambut kawan-kawan 
6. 
menyuap kek 
2. 
membawa hadiah 
7. 
memotong kek 
3. 
membuka hadiah 
8. 
mencium pipi ibu/ayah 
4. 
makan bersama-sama 
9. 
menghidangkan makanan 
5. 
bermain 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7
13 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
menyapu dedaun kering 
4. 
membaca surat khabar 
2. 
menaburkan makanan 
5. 
membajak sawah 
3. 
menambat kambing 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Nek Limah menyapu dedaun kering yang gugur di halaman rumah supaya halaman rumah menjadi bersih dan ceria. 
2. 
Mak Senah menaburkan makanan kepada beberapa ekor ayam peliharaan supaya tidak kelaparan. 
3. 
Fuad menambat seekor kambing pada sebatang tunggul supaya kambing itu tidak merayau ke tempat lain. 
4. 
Tok Awang duduk bersandar pada sebatang pokok yang rendang sambil membaca senaskhah surat khabar. 
5. 
Pak Abu membajak sawah menggunakan seekor kerbau yang dipeliharanya. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan halaman rumah. 
1. 
membakar sampah 
6. 
menyidai pakaian 
2. 
menyiram pokok bunga 
7. 
berbual-bual 
3. 
menanam pokok bunga 
8. 
makan/minum 
4. 
memangkas ranting 
9. 
bermain 
5. 
memotong rumput 
10. 
menyusun pasu bunga 
1 
2 
3 
4 
5
14 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di bilik darjah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
mengelap tingkap 
5. 
meletakkan pasu bunga 
2. 
membaca notis 
6. 
menyusun meja 
3. 
membersihkan papan tulis 
7. 
menyusun kerusi 
4. 
menyapu sampah 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Seorang murid lelaki sedang mengelap tingkap dengan sehelai kain. 
2. 
Dua orang murid perempuan membaca notis yang ditampal pada papan kenyataan. 
3. 
Abu membersihkan papan tulis supaya bersih dan kemas. 
4. 
Amira dan Aminah bertugas menyapu sampah di dalam kelas. 
5. 
Penolong ketua kelas meletakkan sebuah pasu bunga di atas meja guru. 
6. 
Seorang murid lelaki sedang menyusun meja di dalam kelas . 
7. 
Omar bertugas menyusun kerusi supaya teratur. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan bilik darjah. 
1. 
menyiapkan tugasan 
6. 
menutup suis 
2. 
menulis di papan hitam 
7. 
memberi arahan 
3. 
mengecat dinding 
8. 
duduk di kerusi 
4. 
mengangkat kerusi 
9. 
meletakkan beg sekolah 
5. 
menyusun buku 
10. 
mengambil buku 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7
15 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana pada hari kantin. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
menjual air minuman 
5. 
berbual-bual 
2. 
membeli kuih 
6. 
berbaris 
3. 
memasang tanda harga 
7. 
membuang sampah 
4. 
membakar sate 
8. 
memilih kuih 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Seorang guru wanita sedang menjual air minuman kepada dua orang pelajar. 
2. 
Abu membeli beberapa ketul kuih di gerai Cikgu Siti. 
3. 
Seorang pemuda sedang memasang tanda harga bagi memudahkan urusan jual beli. 
4. 
Cikgu Salim sedang membakar sate untuk dijual kepada para pelajar sekolahnya. 
5. 
Dua orang pelajar sedang berbual-bual dengan rancaknya di bawah sebuah khemah. 
6. 
Dua orang murid berbaris di hadapan gerai minuman untuk membeli minuman. 
7. 
Johan membuang sampah ke dalam tong sampah bagi memastikan kebersihan pada Hari Kantin terjaga. 
8. 
Seorang pelajar sedang memilih kuih-muih yang dijual di gerai Cikgu Siti. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan hari kantin. 
1. 
memanggang ayam 
6. 
mengira baki wang 
2. 
menghias gerai 
7. 
mengangkat air 
3. 
mengutip sampah 
8. 
menggoreng makanan 
4. 
melayan pelanggan 
9. 
menjamu selera 
5. 
membayar harga makanan 
10. 
menukar kupon 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7 
8
16 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di kantin sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
menjamu selera 
5. 
membuang sampah 
2. 
membawa mangkuk 
6. 
mengawasi murid-murid 
3. 
berbaris 
7. 
mencuci tangan 
4. 
melayan murid-murid 
8. 
meletakkan pinggan 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Beberapa orang murid sedang menjamu selera di kantin sekolah. 
2. 
Seorang murid lelaki membawa mangkuk yang berisi sup panas sambil berjalan dengan perlahan-lahan. 
3. 
Ramai murid yang berbaris menunggu giliran untuk membeli makanan kegemaran mereka. 
4. 
Pakcik Manan sibuk melayan murid-murid yang hendak membeli makanan yang dijualnya. 
5. 
Siti membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di kantin sekolah itu. 
6. 
Dua orang pengawas sedang mengawasi murid-murid yang berbaris untuk membeli makanan. 
7. 
Kamal mencuci tangannya sehingga bersih sebelum makan supaya tidak dijangkiti penyakit. 
8. 
Rina meletakkan pinggan yang telah digunakan ke dalam besen yang disediakan di kantin sekolah itu. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan kantin sekolah. 
1. 
minum air 
6. 
menebar roti canai 
2. 
berbual-bual 
7. 
mengira wang 
3. 
membancuh minuman 
8. 
menghirup kuah laksa 
4. 
menghidangkan makanan 
9. 
menggunakan sudu dan garfu 
5. 
menggoreng 
10. 
membayar harga makanan 
1 
2 
3 
4 
6 
8
17 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di perpustakaan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
menyusun buku 
5. 
mencari buku 
2. 
membaca surat khabar 
6. 
mengutip buku 
3. 
melayan murid-murid 
7. 
berbincang 
4. 
beratur 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Seorang pustakawan sedang menyusun buku-buku dengan rapi di atas rak buku. 
2. 
Encik Abu duduk di atas sofa sambil membaca senaskhah surat khabar. 
3. 
Seorang pustakawan sedang melayan murid-murid yang hendak meminjam buku di kaunter perpustakaan. 
4. 
Dua orang murid perempuan sedang beratur untuk meminjam buku di kaunter perpustakaan. 
5. 
Ahmad sedang mencari buku yang sesuai untuk dipinjam sebagai bahan rujukan. 
6. 
Halimah sedang mengutip buku perpustakaan yang terjatuh dari rak. 
7. 
Empat orang pelajar sedang berbincang mengenai pelajaran mereka di meja perpustakaan. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan perpustakaan. 
1. 
membaca buku cerita 
6. 
membaca majalah 
2. 
mengulangkaji pelajaran 
7. 
mengambil beg 
3. 
membuat catatan 
8. 
menggunakan komputer 
4. 
mengemas meja 
9. 
melayari internet 
5. 
mengawasi 
10. 
berjalan masuk / keluar 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7
18 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di taman sains. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
menanam pokok bunga 
5. 
membersihkan kolam 
2. 
memerhatikan 
6. 
mencabut rumput 
3. 
menyiram pokok bunga 
7. 
mengecat pagar 
4. 
membuang sampah 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Suraya sedang menanam pokok bunga ke dalam pasu bunga. 
2. 
Mei Mei sedang memerhatikan Suraya yang sedang menanam pokok bunga. 
3. 
Ravi sedang menyiram pokok bunga yang terletak di hadapan bangunan agar tidak layu. 
4. 
Ali sedang membuang sampah yang dikumpulkannya ke dalam tong sampah. 
5. 
Dua orang murid sedang membersihkan kolam ikan dengan menggunakan berus. 
6. 
Seorang pelajar lelaki sedang mencabut rumput yang tumbuh berdekatan pagar. 
7. 
Dua orang pelajar lelaki menggunakan surat khabar untuk mengalas lantai ketika mengecat pagar supaya tidak kotor. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan taman sains. 
1. 
mendengar penerangan 
6. 
mengutip sampah 
2. 
membaca maklumat 
7. 
mencangkul tanah 
3. 
mencatat nota 
8. 
meletakkan papan tanda 
4. 
menyusun batu 
9. 
menyusun pasu 
5. 
memangkas ranting 
10. 
mengangkat kereta sorong 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7
19 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di bilik rawatan gigi. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
mendengar penerangan 
5. 
memberikan rawatan 
2. 
memberikan penerangan 
6. 
mendaftarkan nama 
3. 
berbaris / menunggu giliran 
7. 
memujuk 
4. 
mengawasi murid-murid 
8. 
menangis 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Sekumpulan pelajar sedang mendengar penerangan mengenai gigi yang disampaikan oleh seorang jururawat . 
2. 
Seorang jururawat sedang memberikan penerangan kepada para pelajar mengenai penjagaan gigi yang betul. 
3. 
Beberapa orang pelajar sedang berbaris sambil menunggu giliran bagi mendapatkan rawatan gigi. 
4. 
Seorang guru sedang mengawasi murid-muridnya yang berbaris di hadapan bilik rawatan gigi. 
5. 
Seorang doktor sedang memberikan rawatan gigi kepada seorang murid sekolah. 
6. 
Seorang jururawat yang berada di luar bilik rawatan bertugas mendaftarkan nama pelajar yang ingin mendapatkan rawatan pergigian. 
7. 
Seorang jururawat sedang memujuk seorang pelajar yang menangis kerana ketakutan. 
8. 
Seorang pelajar sedang menangis ketakutan sambil dipujuk oleh jururawat. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan bilik rawatan gigi. 
1. 
memberus gigi 
4. 
Memegang kad 
2. 
baring di kerusi 
5. 
Mencabut gigi 
3. 
Membuka mulut 
6. 
berkumur 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7 
8
20 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di padang. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
bermain bola 
5. 
berlari 
2. 
melambungkan bola 
6. 
bermain gelung rotan 
3. 
memerhatikan 
7. 
menyambut bola 
4. 
mengambil gelung rotan 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Sekumpulan pelajar sedang bermain bola dengan riang di padang sekolah. 
2. 
Siti melambung bola ke arah rakannya sambil diperhatikan oleh rakan yang lain. 
3. 
Cikgu Badrul memerhatikan para pelajarnya bermain bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. 
4. 
Ali sedang mengambil gelung rotan yang telah tersedia di atas padang sekolah. 
5. 
Seorang pelajar sedang berlari di kawasan padang sekolah. 
6. 
Dua orang murid perempuan bermain gelung rotan bersama-sama dengan gembira. 
7. 
Ani menyambut bola yang dilambung oleh rakannya dengan berhati-hati. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan suasana di padang. 
1. 
melompat. 
6. 
bersorak memberi semangat 
2. 
berbual di bawah pokok. 
7. 
gembira melihat aksi 
3. 
berkejaran 
8. 
menerima kalungan pingat 
4. 
mendengar penerangan guru 
9. 
menyampaikan hadiah 
5. 
berlumba lari 
10. 
menyaksikan pertandingan 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7
21 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di tapak perkhemahan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
bermandi-manda 
5. 
menyalakan api 
2. 
memerhatikan 
6. 
membawa kayu 
3. 
berbincang 
7. 
mendirikan khemah 
4. 
membasuh baju 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Tiga orang pelajar sedang bermandi-manda di kawasan air terjun berdekatan tapak perkhemahan. 
2. 
Seorang guru sedang memerhatikan pelajarnya yang sedang membuat aktiviti berkhemah. 
3. 
Dua orang pelajar sedang berbincang di kawasan luar khemah mereka. 
4. 
Seorang pelajar sedang membasuh baju di atas seketul batu besar yang terdapat di tepi air terjun. 
5. 
Seorang pelajar sedang menyalakan api yang digunakan untuk memasak air. 
6. 
Ahmad sedang membawa beberapa batang kayu yang dikutipnya di kawasan hutan. 
7. 
Dua orang pelajar sedang mendirikan khemah sebagai tempat berteduh sambil berbual-bual. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan suasana tapak perkhemahan. 
1. 
menjemur pakaian 
6. 
hidang makanan 
2. 
membasuh pinggan 
7. 
menikmati makanan 
3. 
memasak 
8. 
bermain gitar 
4. 
menggali lubang 
9. 
menyanyi 
5. 
mengutip sampah 
10. 
mengikat tali 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7
22 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di taman sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
mencabut rumput 
4. 
menanam pokok 
2. 
menyiram pokok 
5. 
memangkas daun pokok bunga 
3. 
memberi ikan makan 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Ahmad mencabut rumput yang tumbuh di taman sekolah lalu dimasukkan ke dalam karung sampah. 
2. 
Rita menyiram pokok bunga berhampiran pagar supaya sentiasa cantik dan subur. 
3. 
Seorang pelajar perempuan sedang memberi makanan kepada ikan yang dipelihara di dalam kolam taman sekolah. 
4. 
Dua orang pelajar sedang menanam pokok bunga di taman sekolah untuk mencantikkan kawasan taman sekolah. 
5. 
Ali memangkas daun pokok bunga menggunakan gunting pokok supaya kemas dan rapi. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan taman sekolah. 
1. 
bersiar-siar 
6. 
mengangkat tong sampah 
2. 
memungut sampah 
7. 
mengangkat kereta sorong 
3. 
menebas rumput 
8. 
menyusun pasu bunga 
4. 
mengecat pagar 
9. 
mengambil gambar 
5. 
menggali lubang 
10. 
memaku tiang pagar 
1 
2 
3 
4 
5
23 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di makmal sains. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
memberi penerangan 
5. 
menggunakan stetoskop 
2. 
mendengar penjelasan 
6. 
menjalankan ujikaji 
3. 
memerhatikan alatan sains 
7. 
melihat ujikaji 
4. 
menggunakan mikroskop 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Seorang guru sedang memberi penerangan kepada beberapa orang pelajarnya tentang mentol. 
2. 
Tiga orang pelajar mendengar penjelasan guru sains mengenai mentol dengan tekun. 
3. 
Dua orang pelajar sedang memerhatikan alatan sains yang terdapat di dalam makmal sains. 
4. 
Sani menggunakan sebuah mikroskop yang tersedia di dalam makmal sambil diperhatikan oleh rakannya. 
5. 
Dua orang pelajar perempuan cuba menggunakan stetoskop untuk mendengar bunyi degupan jantung. 
6. 
Dua orang pelajar lelaki sedang menjalankan ujikaji di salah satu sudut makmal. 
7. 
Mazni melihat ujikaji yang dilakukan oleh dua orang rakannya dengan penuh minat. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan suasana di makmal sains. 
1. 
Membuat catatan. 
5. 
Menyukat jumlah air 
2. 
Membaca arahan 
6. 
Mengukur tinggi 
3. 
Berbicang bersama rakan 
7. 
Membuat timbangan berat 
4. 
Memegang tabung uji 
8. 
Merekodkan hasil ujian 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7
24 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana perlawanan bola sepak. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
bersorak-sorai 
4. 
menggelecek 
2. 
berlari 
5. 
menjaga gawang 
3. 
mengadili perlawanan 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Para penonton bersorak-sorai untuk memberikan sokongan semasa menyaksikan permainan bola sepak antara pasukan Tuah Hebat dan Jebat Wira. 
2. 
Ahmad berlari ke hadapan sebagai persediaan untukmelakukan serangan ke arah pintu gol pihak lawan. 
3. 
Abu telah ditugaskan sebagai pengadil pertandingan untuk mengadili perlawanan bola sepak itu dengan adil. 
4. 
Ali beraksi dengan lincah ketika mengelecek bola melepasi pemain lawan untuk menjaringkan gol. 
6. 
Sabran menjaga gawang pasukannya bagi memastikan tiada bola yang dapat membolosi pintu gol pasukannya. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan suasana perlawanan bola sepak. 
1. 
melompat tinggi 
7. 
memberi sokongan 
2. 
mengangkat pengusung 
8. 
mengangkat bendera 
3. 
meniup wisel 
9. 
meraikan jaringan gol 
4. 
menjaringkan gol 
10. 
merembat bola 
5. 
merebahkan badan 
11. 
menjerit kesakitan 
6. 
menangkap bola 
12. 
membuat sepak mula 
1 
2 
3 
4 
5
25 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di pintu pagar sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
turun dari kereta 
5. 
turun dari bas 
2. 
berjalan masuk 
6. 
mengawal lalu lintas 
3. 
mengawasi murid-murid 
4. 
menunggang motosikal 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Ahmad turun dari kereta ayahnya setelah kereta itu berhenti di hadapan perkarangan sekolah. 
2. 
Beberapa orang pelajar yang baru tiba sedang berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah. 
3. 
Seorang pengawas yang bertugas di pintu pagar sekolah sedang mengawasi pelajar yang baru tiba. 
4. 
Encik Abu menghantar anaknya ke sekolah dengan menunggang motosikal. 
5. 
Beberapa orang pelajar sedang turun dari bas sekolah dengan riangnya. 
6. 
Seorang pengawal lalu lintas bertugas mengawal lalu lintas bagi memastikan keselamatan pelajar. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan suasana di pintu pagar sekolah. 
1. 
bersalam dengan ibu bapa 
7. 
berbaris 
2. 
memimpin tangan 
8. 
memandang kiri dan kanan 
3. 
melambaikan tangan 
9. 
menghentikan kenderaan 
4. 
mematuhi lampui isyarat 
10. 
memandu kereta 
5. 
melintasi jalan 
11. 
memberi laluan 
6. 
menunggang basikal 
1 
2 
3 
4 
5 
6
26 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana gotong-royong di sebuah kawasan perumahan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
menyapu sampah sarap 
5. 
memasukkan ranting-ranting pokok 
2. 
mengikat beg sampah 
6. 
melonggokkan ranting-ranting pokok 
3. 
menyediakan makanan 
7. 
mengisi daun-daun kering 
4. 
mengisi air minuman 
8. 
menyapu daun-daun kering 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Seorang lelaki sedang menyapu sampah sarap di tepi jalan raya. 
2. 
Seorang budak lelaki mengikat beg sampah yang berisi sampah sarap. 
3. 
Dua orang wanita menyediakan makanan untuk orang ramai. 
4. 
Seorang wanita sedang mengisi air minuman ke dalam gelas. 
5. 
Dua orang lelaki memasukkan ranting-ranting pokok ke dalam lori. 
6. 
Tiga orang kanak-kanak sedang melonggokkan ranting-ranting pokok untuk dimasukkan ke dalam lori. 
7. 
Seorang lelaki mengisi daun-daun kering ke dalam guni. 
8. 
Encik Abu menyapu daun-daun kering dengan penyapu. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan gotong-royong. 
1. 
menolak kereta sorong 
7. 
memotong rumput 
2. 
menanam pokok 
8. 
memesin rumput 
3. 
mengecat dinding 
9. 
membawa pongkes 
4. 
membaiki 
10. 
menanam tin-tin kosong 
5. 
mencangkul tanah 
11. 
mengutip sampah 
6. 
menebas lalang 
12. 
menyabit rumput 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7 
8
27 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di sebuah bank. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
mengisi borang 
4. 
berkawal 
2. 
beratur 
5. 
berurusan 
3. 
mengambil nombor giliran 
6. 
menunggu giliran 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Seorang pemuda sedang mengisi borang untuk memasukkan wang ke dalam bank. 
2. 
Seorang lelaki beratur untuk mengambil nombor giliran. 
3. 
Seorang wanita mengambil nombor giliran sebelum berurusan di kaunter. 
4. 
Seorang pengawal keselamatan sedang berkawal di pintu masuk bank. 
5. 
Dua orang pelanggan sedang berurusan di kaunter bank. 
6. 
Beberapa orang pelanggan menunggu giliran di ruang menunggu. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan bank. 
1. 
berbual-bual 
5. 
menampal notis 
2. 
melayan pelanggan 
6. 
menanyakan sesuatu 
3. 
memasukkan wang 
7. 
menyimpan/mengeluarkan wang 
4. 
membantu pelanggan 
1 
2 
3 
4 
5 
6
28 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di sebuah kedai buku. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
melayan pelanggan 
4. 
menanyakan sesuatu 
2. 
membuat pembayaran 
5. 
menyusun buku-buku 
3. 
meminta ibu 
6. 
memilih buku 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Juruwang Kedai Buku Gemilang sedang melayan seorang pelanggan yang hendak membeli buku. 
2. 
Seorang wanita berdiri di tepi kaunter untuk membuat pembayaran terhadap buku yang dibelinya. 
3. 
Dua orang budak meminta ibu mereka membeli buku yang telah dipilih oleh mereka. 
4. 
Seorang pelanggan sedang menanyakan sesuatu kepada pekerja kedai buku itu. 
5. 
Dua orang pekerja sedang menyusun buku di rak buku supaya kemas dan teratur. 
6. 
Beberapa orang pelanggan sedang memilih buku yang diminati oleh mereka di Kedai Buku Gemilang. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan kedai buku. 
1. 
beratur 
6. 
2. 
membaca buku 
7. 
3. 
membelek-belek buku 
8. 
4. 
memulangkan wang baki 
9. 
5. 
menjinjing beg plastik 
10. 
1 
2 
3 
4 
5 
6
29 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di sebuah pasar raya. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
beratur / menunggu giliran / membuat pembayaran 
4. 
mendukung anak 
2. 
mengeluarkan wang 
5. 
memberikan baju 
3. 
mengira 
6. 
memilih pakaian 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Dua orang pelanggan sedang beratur untuk membuat pembayaran di kaunter pembayaran. 
2. 
Seorang pelanggan mengeluarkan wang dari dompetnya untuk membayar harga baju yang dibelinya. 
3. 
Juruwang sedang mengira jumlah harga barangan yang dibeli oleh seorang pelanggan. 
4. 
Seorang lelaki mendukung anaknya sementara menunggu isterinya membuat pembayaran. 
5. 
Seorang wanita memberikan sehelai baju kepada anaknya untuk dicuba di bilik persalinan. 
6. 
Dua orang wanita sedang memilih pakaian yang terletak di dalam rak. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan bilik darjah. 
1. 
menolak troli 
6. 
2. 
menyusun barang-barang 
7. 
3. 
melayan pelanggan 
8. 
4. 
mencuba pakaian 
9. 
5. 
10. 
1 
2 
3 
4 
5 
6
30 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di sebuah pasar. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
memimpin tangan 
4. 
menyerahkan sayur 
2. 
menyusun ikan 
5. 
memanggil pelanggan 
3. 
menimbang sayur 
6. 
menolak troli 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Seorang wanita memimpin tangan anak lelakinya sambil berjalan menuju ke gerai yang menjual sayur-sayuran. 
2. 
Seorang penjual ikan menyusun ikan-ikan di gerainya supaya kemas dan teratur. 
3. 
Seorang penjual sayur sedang menimbang sayur sawi yang dipilih oleh seorang pelanggan. 
4. 
Seorang wanita menyerahkan sayur yang telah dipilihnya kepada penjual sayur untuk ditimbang. 
5. 
Seorang penjual buah memanggil pelanggan datang ke gerai buah-buahannya. 
6. 
Seorang lelaki yang bertopi menolak troli yang berisi seraga sayur. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan bilik darjah. 
1. 
menyiang ikan 
6. 
memulangkan baki wang 
2. 
memasukkan buah limau 
7. 
membelek-belek sayur 
3. 
tawar-menawar 
8. 
membimbit bakul yang berisi sayur 
4. 
memikul setandan pisang 
9. 
berdiri di hadapan gerai 
5. 
menghulurkan duit 
10. 
membeli 
1 
2 
3 
4 
5 
6
31 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di pejabat pos. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
mengutip kertas 
4. 
menanyakan sesuatu 
2. 
memimpin tangan 
5. 
beratur 
3. 
melayan pelanggan 
6. 
berurusan 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Dua orang wanita sedang mengutip beberapa helai kertas dan dokumen yang terjatuh di lantai. 
2. 
Seorang budak lelaki memimpin tangan datuknya sambil menyuruh datuknya duduk di kerusi yang disediakan di pejabat pos itu. 
3. 
Seorang kaki tangan pejabat pos sedang melayan pelanggan yang memerlukan bantuan. 
4. 
Seorang lelaki sedang menanyakan sesuatu kepada kakitangan Pos Malaysia yang bertugas di kaunter pertanyaan. 
5. 
Dua orang pelanggan beratur sambil menunggu giliran untuk berurusan di kaunter. 
6. 
Seorang pelanggan sedang berurusan di kaunter pejabat pos itu. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan bilik darjah. 
1. 
mengawal 
6. 
melekatkan setem 
2. 
mengeluarkan surat 
7. 
3. 
memasukkan surat 
8. 
4. 
mengisi borang 
9. 
5. 
menimbang bungkusan 
10. 
1 
2 
3 
4 
5 
6
32 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di sebuah pusat servis kereta. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
menservis enjin 
4. 
memandu kereta 
2. 
berurusan 
5. 
membuat pembayaran 
3. 
melayan pelanggan 
6. 
membaca surat khabar / menunggu 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Mekanik pusat servis kereta itu sedang menservis enjin sebuah kereta. 
2. 
Seorang pelanggan sedang berurusan dengan kakitangan pusat servis kereta itu. 
3. 
Kakitangan pusat servis kereta sedang melayan pelanggan yang menghantar keretanya untuk diservis. 
4. 
Seorang lelaki memandu keretanya memasuki pusat servis kereta dengan berati- hati. 
5. 
Seorang wanita sedang membuat pembayaran di kaunter pembayaran selepas keretanya diservis. 
6. 
Tiga orang pelanggan membaca akhbar sementara menunggu kereta mereka diservis. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pusat servis kenderaan. 
1. 
mengepam tayar 
6. 
2. 
berbual-bual 
7. 
3. 
8. 
4. 
9. 
5. 
10. 
1 
2 
3 
4 
5 
6
33 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di sebuah restoran. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
berbual-bual 
5. 
menghulurkan menu makanan 
2. 
menunggu hidangan 
6. 
mengelap meja 
3. 
menghidangkan makanan 
7. 
membawa pinggan dan gelas 
4. 
menatang makanan 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Dua orang pelanggan restoran berbual-bual sementara menunggu makanan yang dipesan oleh mereka. 
2. 
Sebuah keluarga menunggu dengan sabar makanan mereka dihidangkan oleh pekerja restoran itu. 
3. 
Pelayan restoran yang mesra menghidangkan makanan yang dipesan oleh sebuah keluarga. 
4. 
Seorang pelayan sedang menatang dulang yang berisi seekor ikan yang telah dimasak. 
5. 
Seorang pelayan sedang menghulurkan menu makanan yang terdapat di restoran itu kepada sepasang suami isteri. 
6. 
Seorang pekerja restoran sedang mengelap meja dengan sehelai kain buruk. 
7. 
Seorang pekerja menatang beberapa biji pinggan dan cawan yang telah digunakan untuk dicuci. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan restoran. 
1. 
memanggang sate dan ikan 
6. 
mencatat pesanan 
2. 
memasak 
7. 
mencuci pinggan dan mangkuk 
3. 
membuat pembayaran 
8. 
mengutip pinggan dan cawan 
4. 
membuka pintu 
9. 
menikmati makanan dan minuman 
5. 
memesan makanan dan minuman 
10. 
menyediakan makanan /minuman 
1 
2 
3 
4 
5 
6 
7
34 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di sebuah stesen bas. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
melayan pelanggan 
4. 
mendengar radio 
2. 
beratur 
5. 
membaca majalah 
3. 
memujuk anaknya 
6. 
menunggu bas 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Seorang pekerja kaunter bas ekspres sedang melayan pelanggan yang hendak membeli tiket bas. 
2. 
Beberapa orang pelanggan beratur di hadapan kaunter untuk membeli tiket bas. 
3. 
Seorang wanita memujuk anaknya yang sedang menangis di dalam troli. 
4. 
Seorang pemuda yang bertopi berjalan-jalan sambil mendengar radio. 
5. 
Seorang wanita yang sedang hamil membaca majalah sambil duduk di bangku yang disediakan di stesen bas itu. 
6. 
Seorang lelaki duduk di atas bangku sambil menunggu bas yang belum tiba. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan stesen bas. 
1. 
berbual-bual 
6. 
2. 
membaca surat khabar 
7. 
3. 
8. 
4. 
9. 
5. 
10. 
1 
2 
3 
4 
5 
6
35 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana ketika membina sebuah rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
menghulurkan atap 
4. 
mengecat dinding 
2. 
memanjat tangga 
5. 
memaku bumbung 
3. 
mencampurkan simen dan pasir 
6. 
memasang atap 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Seorang pekerja sedang menghulurkan atap kepada rakannya yang berada di atas bumbung. 
2. 
Seorang lelaki memanjat tangga untuk naik ke bumbung rumah. 
3. 
Seorang pekerja sedang mencampurkan simen dan pasir untuk dijadikan lantai rumah itu. 
4. 
Seorang pekerja mengecat dinding rumah yang sedang dibina itu dengan warna putih. 
5. 
Seorang pekerja sedang memaku bumbung rumah itu menggunakan tukul. 
6. 
Seorang pekerja sedang memasang atap rumah yang sedang dibina itu dengan berhati-hati. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pembinaan rumah. 
1. 
berehat 
6. 
2. 
membancuh simen 
7. 
3. 
menyodok pasir/tanah 
8. 
4. 
menyusun batu bata 
9. 
5. 
melepa simen 
10. 
1 
2 
3 
4 
5 
6
36 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di sebuah perhentian bas. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
beratur 
4. 
menggunakan telefon 
2. 
membaca surat khabar 
5. 
melayan kanak-kanak 
3. 
memimpin tangan 
6. 
menuruni tangga 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Beberapa orang penumpang beratur untuk menaiki bas. 
2. 
Seorang lelaki membaca surat khabar sementara menunggu ketibaan basnya. 
3. 
Seorang wanita memimpin tangan anaknya sambil berjalan menuju ke arah bas yang sedang berhenti 
4. 
Seorang pemuda berbual-bual dengan kawannya menggunakan telefon bimbit. 
5. 
Seorang penjual surat khabar sedang melayan seorang kanak-kanak yang hendak membeli gula-gula di gerainya. 
6. 
Seorang lelaki yang bertali leher sedang menuruni tangga jejantas untuk ke perhentian bas. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan perhentian bas. 
1. 
berbual-bual 
6. 
2. 
mendukung anak 
7. 
3. 
8. 
4. 
9. 
5. 
10. 
1 
2 
3 
4 
5 
6
37 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana perbarisan Hari Kebangsaan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
memberi tabik hormat / berbaris 
4. 
membalas tabik hormat 
2. 
mengambil gambar foto 
5. 
menyaksikan perbarisan 
3. 
mendukung anak 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Anggota pasukan keselamatan berbaris sambil memberi tabik hormat kepada tetamu kehormat yang berada di atas pentas. 
2. 
Seorang pelancong mengambil gambar foto perbarisan sempena Hari Kebangsaan itu. 
3. 
Seorang lelaki mendukung anak kecilnya sambil menyaksikan perbarisan Hari Kebangsaan. 
4. 
Tetamu kehormat yang berdiri di atas pentas membalas tabik hormat yang diberikan oleh pasukan keselamatan. 
5. 
Orang ramai berpusu-pusu menyaksikan perbarisan sempena Hari Kebangsaan. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan Hari Kebangsaan. 
1. 
6. 
2. 
7. 
3. 
8. 
4. 
9. 
5. 
10. 
1 
2 
3 
4 
5
38 
BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat 
Gambar menunjukkan suasana di taman rekreasi. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. 
Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 
1. 
membaca surat khabar 
4. 
membeli aiskrim 
2. 
memimpin tangan 
5. 
membuang sampah 
3. 
memangkas ranting 
6. 
berjoging 
Contoh-contoh ayat: 
1. 
Seorang lelaki berehat di bangku batu sambil membaca surat khabar. 
2. 
Seorang budak lelaki memimpin tangan datuknya serta membawanya bersiar-siar di taman rekreasi. 
3. 
Seorang pekerja majlis perbandaran sedang memangkas ranting-ranting pokok supaya lebih kemas dan menarik. 
4. 
Dua orang budak membeli ais krim daripada seorang peniaga. 
5. 
Seorang budak perempuan sedang membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman rekreasi itu. 
6. 
Sepasang suami isteri berjoging di taman rekreasi itu untuk menyihatkan badan mereka. 
Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan taman rekreasi. 
1. 
bermain 
8. 
menangkap rama-rama 
2. 
duduk berehat di atas kerusi 
9. 
mendengar muzik 
3. 
membaca buku cerita 
10. 
mengambil gambar foto 
4. 
membuat senaman ringan 
11. 
mengelap peluh 
5. 
menyiram pokok bunga 
12. 
menolak anak kecilnya 
6. 
menyapu daun-daun kering 
13. 
menjual aiskrim 
7. 
bersenam 
14. 
menunggang basikal 
1 
2 
3 
4 
5 
6

More Related Content

What's hot

Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015thuvas27
 
Bm bina ayat (1)
Bm  bina ayat (1)Bm  bina ayat (1)
Bm bina ayat (1)Ucey Chai
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalamanvijayaletchumy
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatBong Shuying
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Bong Shuying
 
Gambar gambar
Gambar  gambarGambar  gambar
Gambar gambarJason Lao
 
latihan-kata-kerja-bergambar
latihan-kata-kerja-bergambarlatihan-kata-kerja-bergambar
latihan-kata-kerja-bergambarwykheng
 
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongLatihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongZamri Ghani
 
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3Kak Min Min
 
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Stephanie Unsil
 
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuLatihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuain hunny
 
300 Soalan Penjodoh Bilangan
300 Soalan Penjodoh Bilangan300 Soalan Penjodoh Bilangan
300 Soalan Penjodoh BilanganHui Siang Ong
 
96 penjodoh bilangan
96 penjodoh bilangan96 penjodoh bilangan
96 penjodoh bilangannurul yusof
 
Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Shika Nara
 
Kata ganda重叠词
Kata ganda重叠词Kata ganda重叠词
Kata ganda重叠词da Vinci
 

What's hot (20)

Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
Panduan contoh gambar dan ayat bahagian a bahasa melayu upsr sjk 2015
 
Bm bina ayat (1)
Bm  bina ayat (1)Bm  bina ayat (1)
Bm bina ayat (1)
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)
 
Kata kerja
Kata kerjaKata kerja
Kata kerja
 
Gambar gambar
Gambar  gambarGambar  gambar
Gambar gambar
 
Membina 5 ayat
Membina 5 ayatMembina 5 ayat
Membina 5 ayat
 
latihan-kata-kerja-bergambar
latihan-kata-kerja-bergambarlatihan-kata-kerja-bergambar
latihan-kata-kerja-bergambar
 
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosongLatihan asas menulis karangan isi tempat kosong
Latihan asas menulis karangan isi tempat kosong
 
Aku sebuah komputer
Aku sebuah komputerAku sebuah komputer
Aku sebuah komputer
 
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
Latihan simpulan bahasa UNTUK BAHASA MALAYSIA THN 2 & 3
 
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
Penilaian Sumatif Bahasa Melayu Tahun 6
 
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayuLatihan penjodoh bilangan bahasa melayu
Latihan penjodoh bilangan bahasa melayu
 
300 Soalan Penjodoh Bilangan
300 Soalan Penjodoh Bilangan300 Soalan Penjodoh Bilangan
300 Soalan Penjodoh Bilangan
 
Latihan kata hubung
Latihan kata hubung Latihan kata hubung
Latihan kata hubung
 
96 penjodoh bilangan
96 penjodoh bilangan96 penjodoh bilangan
96 penjodoh bilangan
 
Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2
 
Bina ayat tahun 2 1
Bina ayat tahun 2 1Bina ayat tahun 2 1
Bina ayat tahun 2 1
 
Kata ganda重叠词
Kata ganda重叠词Kata ganda重叠词
Kata ganda重叠词
 

More from Anparasu

Logistic and hauliar companies
Logistic and hauliar companiesLogistic and hauliar companies
Logistic and hauliar companiesAnparasu
 
Daily log form_-_security_guard_use
Daily log form_-_security_guard_useDaily log form_-_security_guard_use
Daily log form_-_security_guard_useAnparasu
 
Bahan UPSR 2014
Bahan UPSR 2014Bahan UPSR 2014
Bahan UPSR 2014Anparasu
 
Modul mulus bahagian c sk (modul murid)
Modul mulus bahagian c sk (modul murid)Modul mulus bahagian c sk (modul murid)
Modul mulus bahagian c sk (modul murid)Anparasu
 
Modul mulus bahagian c sk (modul guru)
Modul mulus bahagian c sk (modul guru)Modul mulus bahagian c sk (modul guru)
Modul mulus bahagian c sk (modul guru)Anparasu
 
Modul mulus bahagian c sjk (modul murid)
Modul mulus bahagian c sjk (modul murid)Modul mulus bahagian c sjk (modul murid)
Modul mulus bahagian c sjk (modul murid)Anparasu
 
Modul mulus bahagian c sjk (modul guru)
Modul mulus bahagian c sjk (modul guru)Modul mulus bahagian c sjk (modul guru)
Modul mulus bahagian c sjk (modul guru)Anparasu
 
Modul mulus bahagian a (modul murid)
Modul mulus bahagian a (modul murid)Modul mulus bahagian a (modul murid)
Modul mulus bahagian a (modul murid)Anparasu
 
Literasi maklumat 2
Literasi maklumat 2Literasi maklumat 2
Literasi maklumat 2Anparasu
 
Tamil bramik letters
Tamil bramik lettersTamil bramik letters
Tamil bramik lettersAnparasu
 
Taklimat penataran pppm lima aspirasi
Taklimat penataran pppm lima aspirasiTaklimat penataran pppm lima aspirasi
Taklimat penataran pppm lima aspirasiAnparasu
 
Pss sjkt keruh 2014 ppt
Pss sjkt keruh 2014 pptPss sjkt keruh 2014 ppt
Pss sjkt keruh 2014 pptAnparasu
 
Kertas soalan bahasa ingggeris tahun 5
Kertas soalan bahasa ingggeris tahun 5Kertas soalan bahasa ingggeris tahun 5
Kertas soalan bahasa ingggeris tahun 5Anparasu
 
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
015 enam teras bidang keberhasilan utama negaraAnparasu
 
வீணை
வீணைவீணை
வீணைAnparasu
 

More from Anparasu (15)

Logistic and hauliar companies
Logistic and hauliar companiesLogistic and hauliar companies
Logistic and hauliar companies
 
Daily log form_-_security_guard_use
Daily log form_-_security_guard_useDaily log form_-_security_guard_use
Daily log form_-_security_guard_use
 
Bahan UPSR 2014
Bahan UPSR 2014Bahan UPSR 2014
Bahan UPSR 2014
 
Modul mulus bahagian c sk (modul murid)
Modul mulus bahagian c sk (modul murid)Modul mulus bahagian c sk (modul murid)
Modul mulus bahagian c sk (modul murid)
 
Modul mulus bahagian c sk (modul guru)
Modul mulus bahagian c sk (modul guru)Modul mulus bahagian c sk (modul guru)
Modul mulus bahagian c sk (modul guru)
 
Modul mulus bahagian c sjk (modul murid)
Modul mulus bahagian c sjk (modul murid)Modul mulus bahagian c sjk (modul murid)
Modul mulus bahagian c sjk (modul murid)
 
Modul mulus bahagian c sjk (modul guru)
Modul mulus bahagian c sjk (modul guru)Modul mulus bahagian c sjk (modul guru)
Modul mulus bahagian c sjk (modul guru)
 
Modul mulus bahagian a (modul murid)
Modul mulus bahagian a (modul murid)Modul mulus bahagian a (modul murid)
Modul mulus bahagian a (modul murid)
 
Literasi maklumat 2
Literasi maklumat 2Literasi maklumat 2
Literasi maklumat 2
 
Tamil bramik letters
Tamil bramik lettersTamil bramik letters
Tamil bramik letters
 
Taklimat penataran pppm lima aspirasi
Taklimat penataran pppm lima aspirasiTaklimat penataran pppm lima aspirasi
Taklimat penataran pppm lima aspirasi
 
Pss sjkt keruh 2014 ppt
Pss sjkt keruh 2014 pptPss sjkt keruh 2014 ppt
Pss sjkt keruh 2014 ppt
 
Kertas soalan bahasa ingggeris tahun 5
Kertas soalan bahasa ingggeris tahun 5Kertas soalan bahasa ingggeris tahun 5
Kertas soalan bahasa ingggeris tahun 5
 
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
015 enam teras bidang keberhasilan utama negara
 
வீணை
வீணைவீணை
வீணை
 

Bahan UPSR 2014

  • 1.
  • 2. 2 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. memangkas pokok bunga 4. membersihkan longkang 2. menghidangkan minuman petang 5. memotong rumput 3. menyiram pokok bunga 6. berkejar-kejaran Contoh-contoh ayat: 1. Abang Ah Leng memangkas pokok bunga di halaman rumah supaya kelihatan kemas. 2. Kakak Ah Leng menghidangkan minuman petang di atas meja untuk semua ahli keluarga. 3. Ibu Ah Leng menyiram pokok bunga di tepi rumah supaya kelihatan segar 4. Ah Leng membersihkan longkang yang dipenuhi sampah sarap supaya aliran air tidak tersumbat. 5. Bapa Ah Leng memotong rumput di halaman rumah menggunakan mesin pemotong rumput dengan berhati-hati. 6. Dua ekor anjing peliharaan keluarga Ah Leng berkejar-kejaran di halaman rumah. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan halaman rumah. 1. membaca surat khabar 6. mencuci longkang 2. minum kopi/teh 7. menyiram pokok bunga 3. berbual-bual 8. membubuh baja 4. bermain dam/catur 9. menunggang basikal 5. menyapu sampah 10. menikmati hidangan 1 2 3 4 5 6
  • 3. 3 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana perkelahan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. memegang bola 5. membina istana pasir 2. mengangkat kotak 6. menaikkan layang-layang 3. memasukkan barang-barang 7. mendirikan khemah 4. membawa bakul 8. menghidangkan makanan Contoh-contoh ayat: 1. Ai Ling memegang sebiji bola untuk dibawa bersama ke tempat perkelahan. 2. Ah Kuan mengangkat sebuah kotak untuk dimasukkan ke dalam kereta bapanya sebelum pergi berkelah. 3. Ah Chong membantu bapanya memasukkan barang-barang ke dalam but kereta. 4. Ibu membawa sebuah bakul yang berisi makanan dan minuman. 5. Ai Ling membina istana pasir yang cantik di tepi pantai. 6. Ah Kuan menaikkan layang-layang sambil berlari di tepi laut. 7. Ah Chong membantu bapanya mendirikan khemah di tepi pantai setibanya mereka di tempat perkelahan. 8. Ibu menghidangkan makanan dan minuman sambil duduk di bawah sebatang pokok yang rendang. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan tempat perkelahan. 1. berenang 6. membentang tikar 2. bergambar 7. mendengar radio 3. bersiar-siar 8. membaca surat khabar 4. memancing 9. bermain luncur air 5. mengutip cangkerang 10. memanggang ayam 1 2 3 4 5 6 7 8
  • 4. 4 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di dapur. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. menggoreng ikan 4. mengambil susu segar 2. makan sandwic 5. menumbuk cili 3. memotong sayur Contoh-contoh ayat: 1. Kakak menggoreng ikan untuk dijadikan hidangan makan tengah hari. 2. Adik makan sekeping sandwic di meja sebagai alas perut sambil menonton televisyen. 3. Ibu memotong sayur sawi untuk dimasak dan dihidangkan semasa makan tengah hari. 4. Bapa mengambil sekotak susu segar dari dalam peti sejuk untuk diminum. 5. Abang menumbuk cili dengan lesung batu untuk dimasak bersama sayur. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan di dapur. 1. menyiang ikan 7. mencuci sayur 2. mencuci pinggan 8. memotong daging 3. mengelap meja 9. menghiris bawang 4. menanak nasi 10. mereneh sup 5. merebus jagung 11. mencuci sayur 6. mengukus ikan 12. memanggang ikan 1 2 3 4 5
  • 5. 5 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di dusun. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. memerhatikan 4. mengait buah rambutan 2. mengopek buah durian 5. memanjat tangga 3. mengutip buah durian Contoh-contoh ayat: 1. Adik memerhatikan nenek mengopek buah durian di bawah pondok di dusun itu. 2. Nenek mengopek buah durian menggunakan sebilah pisau dengan berhati-hati. 3. Emak mengutip buah-buah durian yang gugur di dusun itu untuk dimasukkan ke dalam bakul. 4. Bapa mengait buah rambutan yang sedang masak ranum di dusun itu dengan sebatang galah yang panjang. 5. Abang memanjat tangga dengan berhati-hati untuk memetik buah manggis. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan dusun. 1. membuang kulit buah-buahan 4. menyapu daun kering 2. membentang tikar 5. berehat di bawah pokok 3. membuat unggun api 6. memungut buah-buahan 1 2 3 4 5
  • 6. 6 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. menatang sedulang minuman 4. mengecat dinding 2. mengikat karung guni 5. menolak kereta sorong 3. mencabut rumput Contoh-contoh ayat: 1. Ibu Ali menatang sedulang minuman untuk dihidangkan kepada ahli keluarga yang sedang bergotong-royong. 2. Datuk Ali sedang mengikat karung guni yang mengandungi sampah sarap supaya sampah sarap itu tidak bertaburan. 3. Ali dan kakaknya mencabut rumput di sekeliling pokok bunga itu supaya kelihatan cantik. 4. Dua orang abang Ali sedang mengecat dinding rumah supaya kelihatan lebih cantik dan ceria. 5. Bapa Ali menolak kereta sorong yang mengandungi rumput dan ranting untuk dibuang ke tempat pembuangan sampah. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan halaman rumah. 1. menyapu sampah 6. memangkas ranting pokok 2. mencuci longkang 7. memotong dahan pokok 3. membuang sampah 8. mencabut rumput 4. membakar sampah 9. minum air 5. menanam botol kosong 10. berehat 1 2 3 4 5
  • 7. 7 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di kawasan perkelahan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. membina istana pasir 5. mandi-manda 2. membantu ibu 6. bersiar-siar 3. menghidangkan makanan 7. mengejar ketam 4. membaca majalah 8. mengambil gambar Contoh-contoh ayat: 1. Dua orang kanak-kanak lelaki sedang membina istana pasir yang cantik di tepi pantai itu. 2. Kakak membantu ibu menghidangkan makanan yang dibawa dari rumah. 3. Ibu menghidangkan makanan yang telah disediakan untuk disajikan kepada ahli keluarga semasa perkelahan itu. 4. Bapa duduk di atas kerusi sambil membaca senaskhah majalah yang baru dibeli. 5. Dua orang kanak-kanak sedang mandi-manda di laut menggunakan pelampung untuk keselamatan diri mereka. 6. Dua orang pemuda bersiar-siar di tepi pantai sambil menjinjing kasut masing- masing. 7. Seorang budak lelaki mengejar seekor ketam batu dengan ranting kayu. 8. Seorang pengunjung mengambil gambar rakannya yang berdiri di tepi pantai itu. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan perkelahan. 1. berenang 6. berbaring di atas tikar 2. menyelam 7. bermain kapal layar 3. berbual 8. bermain luncur air 4. bermain layang-layang 9. menjual ais krim 5. mengutip cangkerang 10. membeli ais krim 1 2 3 4 5 6 7 8
  • 8. 8 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di belakang rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. mengesat peluh 4. menolak kereta sorong 2. memasukkan terung 5. membubuh baja 3. memetik terung 6. mengumpul dedaun kering Contoh-contoh ayat: 1. Kakak mengesat peluh di dahinya dengan sehelai sapu tangan. 2. Adik membantu ibu memasukkan terung yang dipetik ke dalam sebuah bakul. 3. Ibu memetik terung yang telah matang di halaman rumah untuk dijadikan sayur. 4. Abang menolak kereta sorong yang mengandungi sampah sarap untuk dibuang ke tempat pembuangan sampah. 5. Bapa membubuh baja pada pokok bunga supaya hidup dengan lebih subur. 6. Datuk mengumpul daun kering di bawah pokok yang rendang dengan pencakar sampah. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan belakang rumah. 1. menatang dulang 6. duduk di atas kerusi 2. menghidangkan makanan 7. ketawa 3. berbual-bual 8. mencabut rumput 4. memerhatikan 9. memotong rumput 5. berehat 10. menyusun pasu 1 2 3 4 5 6
  • 9. 9 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. menyiram pokok bunga 4. menunggang basikal 2. menyidai pakaian 5. berehat 3. memotong rumput 6. berbual-bual Contoh-contoh ayat: 1. Adik sedang menyiram pokok bunga supaya lebih segar. 2. Ibu sedang menyidai pakaian yang baru dicuci di halaman rumah. 3. Bapa memotong rumput menggunakan mesin pemotong rumput dengan berhati- hati. 4. Abang menunggang basikal di halaman rumah untuk mengeluarkan peluh supaya badan lebih sihat. 5. Datuk berehat di atas bangku sambil memerhatikan bapa yang sedang memotong rumput. 6. Nenek berbual-bual dengan datuk sambil duduk di bawah sebatang pokok yang rendang. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan halaman rumah. 1. mencangkul tanah 6. membakar sampah 2. menyapu sampah 7. menyapu sampah 3. menanam pokok bunga 8. mengesat peluh 4. mencabut rumput 9. berlari-larian 5. memangkas ranting 1 2 3 4 5 6
  • 10. 10 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. menggemburkan tanah 4. memberi makanan 2. memotong rumput 5. menyusun pasu bunga 3. membaca surat khabar Contoh-contoh ayat: 1. Ibu Devi menggemburkan tanah di dalam pasu bunga supaya pokok bunga hidup subur. 2. Bapa Devi memotong rumput menggunakan mesin pemotong rumput dengan berhati-hati. 3. Datuk Devi sedang duduk di bawah pokok yang rendang sambil membaca surat khabar. 4. Abang Devi sedang memberi makanan kepada dua ekor arnab peliharaannya agar tidak mati kelaparan. 5. Devi sedang mengalih dan menyusun pasu bunga di tepi rumah agar kelihatan cantik dan tersusun. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan halaman rumah. 1. menatang dulang minuman 6. menyiram pokok bunga 2. menghidangkan makanan 7. mengecat dinding rumah 3. menyapu sampah 8. menebas lalang 4. mencuci longkang 9. membakar sampah 5. berbual-bual 10. membaiki longkang 1 2 3 4 5
  • 11. 11 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. menghidangkan kuih 5. berbual-bual 2. melayari internet 6. menuang air 3. merakam suasana 7. membaca buku cerita 4. memegang segelas minuman Contoh-contoh ayat: 1. Kakak Lina menghidangkan sepinggan kuih kepada ahli keluarga semasa minum petang di luar rumah. 2. Abang Lina sedang melayari internet untuk mencari maklumat bagi menyelesaikan tugasan yang diberi oleh gurunya. 3. Bapa Lina sedang merakam gelagat ahli keluarganya dengan kamera perakam video. 4. Datuk Lina sedang memegang segelas minuman sambil memerhatikan abang yang tekun melayari internet. 5. Nenek Lina berbual-bual dengan datuknya sambil memegang secawan minuman dengan tangan kanannya. 6. Ibu Lina sedang menuang air kopi ke dalam cawan sambil mendengar cerita daripada nenek. 7. Lina sedang tekun membaca buku cerita sambil duduk di atas buaian. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan halaman rumah. 1. menyapu sampah 6. menanam bekas kosong 2. menanam pokok bunga 7. membakar sampah 3. menyiram pokok bunga 8. mengusung bakul 4. menebas semak samun 9. menolak kereta sorong 5. mengutip botol kosong 1 2 3 4 5 6 7
  • 12. 12 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana semasa sambutan hari jadi. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. meletakkan lilin 5. meniup api lilin 2. menyapu lantai 6. bertepuk tangan 3. membantu bapa 7. menyanyikan lagu 4. menggantung belon Contoh-contoh ayat: 1. Ibu Aimi meletakkan lilin di atas kek sebelum majlis sambutan hari lahir bermula 2. Aimi menyapu lantai dengan sebatang penyapu supaya kelihatan bersih. 3. Abang Aimi membantu bapa menggantung belon pada siling rumah. 4. Bapa Aimi menggantung belon pada siling rumah menggunakan tangga. 5. Aimi meniup api lilin di hadapan kawan-kawannya semasa majlis sambutan hari lahirnya. 6. Kawan-kawan Aimi bertepuk tangan semasa Aimi meniup lilin. 7. Rakan-rakan Aimi menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Lahir’ untuk meraikan hari lahir Aimi yang kedua belas tahun. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan sambutan hari jadi 1. menyambut kawan-kawan 6. menyuap kek 2. membawa hadiah 7. memotong kek 3. membuka hadiah 8. mencium pipi ibu/ayah 4. makan bersama-sama 9. menghidangkan makanan 5. bermain 1 2 3 4 5 6 7
  • 13. 13 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. menyapu dedaun kering 4. membaca surat khabar 2. menaburkan makanan 5. membajak sawah 3. menambat kambing Contoh-contoh ayat: 1. Nek Limah menyapu dedaun kering yang gugur di halaman rumah supaya halaman rumah menjadi bersih dan ceria. 2. Mak Senah menaburkan makanan kepada beberapa ekor ayam peliharaan supaya tidak kelaparan. 3. Fuad menambat seekor kambing pada sebatang tunggul supaya kambing itu tidak merayau ke tempat lain. 4. Tok Awang duduk bersandar pada sebatang pokok yang rendang sambil membaca senaskhah surat khabar. 5. Pak Abu membajak sawah menggunakan seekor kerbau yang dipeliharanya. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan halaman rumah. 1. membakar sampah 6. menyidai pakaian 2. menyiram pokok bunga 7. berbual-bual 3. menanam pokok bunga 8. makan/minum 4. memangkas ranting 9. bermain 5. memotong rumput 10. menyusun pasu bunga 1 2 3 4 5
  • 14. 14 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di bilik darjah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. mengelap tingkap 5. meletakkan pasu bunga 2. membaca notis 6. menyusun meja 3. membersihkan papan tulis 7. menyusun kerusi 4. menyapu sampah Contoh-contoh ayat: 1. Seorang murid lelaki sedang mengelap tingkap dengan sehelai kain. 2. Dua orang murid perempuan membaca notis yang ditampal pada papan kenyataan. 3. Abu membersihkan papan tulis supaya bersih dan kemas. 4. Amira dan Aminah bertugas menyapu sampah di dalam kelas. 5. Penolong ketua kelas meletakkan sebuah pasu bunga di atas meja guru. 6. Seorang murid lelaki sedang menyusun meja di dalam kelas . 7. Omar bertugas menyusun kerusi supaya teratur. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan bilik darjah. 1. menyiapkan tugasan 6. menutup suis 2. menulis di papan hitam 7. memberi arahan 3. mengecat dinding 8. duduk di kerusi 4. mengangkat kerusi 9. meletakkan beg sekolah 5. menyusun buku 10. mengambil buku 1 2 3 4 5 6 7
  • 15. 15 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana pada hari kantin. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. menjual air minuman 5. berbual-bual 2. membeli kuih 6. berbaris 3. memasang tanda harga 7. membuang sampah 4. membakar sate 8. memilih kuih Contoh-contoh ayat: 1. Seorang guru wanita sedang menjual air minuman kepada dua orang pelajar. 2. Abu membeli beberapa ketul kuih di gerai Cikgu Siti. 3. Seorang pemuda sedang memasang tanda harga bagi memudahkan urusan jual beli. 4. Cikgu Salim sedang membakar sate untuk dijual kepada para pelajar sekolahnya. 5. Dua orang pelajar sedang berbual-bual dengan rancaknya di bawah sebuah khemah. 6. Dua orang murid berbaris di hadapan gerai minuman untuk membeli minuman. 7. Johan membuang sampah ke dalam tong sampah bagi memastikan kebersihan pada Hari Kantin terjaga. 8. Seorang pelajar sedang memilih kuih-muih yang dijual di gerai Cikgu Siti. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan hari kantin. 1. memanggang ayam 6. mengira baki wang 2. menghias gerai 7. mengangkat air 3. mengutip sampah 8. menggoreng makanan 4. melayan pelanggan 9. menjamu selera 5. membayar harga makanan 10. menukar kupon 1 2 3 4 5 6 7 8
  • 16. 16 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di kantin sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. menjamu selera 5. membuang sampah 2. membawa mangkuk 6. mengawasi murid-murid 3. berbaris 7. mencuci tangan 4. melayan murid-murid 8. meletakkan pinggan Contoh-contoh ayat: 1. Beberapa orang murid sedang menjamu selera di kantin sekolah. 2. Seorang murid lelaki membawa mangkuk yang berisi sup panas sambil berjalan dengan perlahan-lahan. 3. Ramai murid yang berbaris menunggu giliran untuk membeli makanan kegemaran mereka. 4. Pakcik Manan sibuk melayan murid-murid yang hendak membeli makanan yang dijualnya. 5. Siti membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di kantin sekolah itu. 6. Dua orang pengawas sedang mengawasi murid-murid yang berbaris untuk membeli makanan. 7. Kamal mencuci tangannya sehingga bersih sebelum makan supaya tidak dijangkiti penyakit. 8. Rina meletakkan pinggan yang telah digunakan ke dalam besen yang disediakan di kantin sekolah itu. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan kantin sekolah. 1. minum air 6. menebar roti canai 2. berbual-bual 7. mengira wang 3. membancuh minuman 8. menghirup kuah laksa 4. menghidangkan makanan 9. menggunakan sudu dan garfu 5. menggoreng 10. membayar harga makanan 1 2 3 4 6 8
  • 17. 17 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di perpustakaan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. menyusun buku 5. mencari buku 2. membaca surat khabar 6. mengutip buku 3. melayan murid-murid 7. berbincang 4. beratur Contoh-contoh ayat: 1. Seorang pustakawan sedang menyusun buku-buku dengan rapi di atas rak buku. 2. Encik Abu duduk di atas sofa sambil membaca senaskhah surat khabar. 3. Seorang pustakawan sedang melayan murid-murid yang hendak meminjam buku di kaunter perpustakaan. 4. Dua orang murid perempuan sedang beratur untuk meminjam buku di kaunter perpustakaan. 5. Ahmad sedang mencari buku yang sesuai untuk dipinjam sebagai bahan rujukan. 6. Halimah sedang mengutip buku perpustakaan yang terjatuh dari rak. 7. Empat orang pelajar sedang berbincang mengenai pelajaran mereka di meja perpustakaan. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan perpustakaan. 1. membaca buku cerita 6. membaca majalah 2. mengulangkaji pelajaran 7. mengambil beg 3. membuat catatan 8. menggunakan komputer 4. mengemas meja 9. melayari internet 5. mengawasi 10. berjalan masuk / keluar 1 2 3 4 5 6 7
  • 18. 18 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di taman sains. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. menanam pokok bunga 5. membersihkan kolam 2. memerhatikan 6. mencabut rumput 3. menyiram pokok bunga 7. mengecat pagar 4. membuang sampah Contoh-contoh ayat: 1. Suraya sedang menanam pokok bunga ke dalam pasu bunga. 2. Mei Mei sedang memerhatikan Suraya yang sedang menanam pokok bunga. 3. Ravi sedang menyiram pokok bunga yang terletak di hadapan bangunan agar tidak layu. 4. Ali sedang membuang sampah yang dikumpulkannya ke dalam tong sampah. 5. Dua orang murid sedang membersihkan kolam ikan dengan menggunakan berus. 6. Seorang pelajar lelaki sedang mencabut rumput yang tumbuh berdekatan pagar. 7. Dua orang pelajar lelaki menggunakan surat khabar untuk mengalas lantai ketika mengecat pagar supaya tidak kotor. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan taman sains. 1. mendengar penerangan 6. mengutip sampah 2. membaca maklumat 7. mencangkul tanah 3. mencatat nota 8. meletakkan papan tanda 4. menyusun batu 9. menyusun pasu 5. memangkas ranting 10. mengangkat kereta sorong 1 2 3 4 5 6 7
  • 19. 19 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di bilik rawatan gigi. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. mendengar penerangan 5. memberikan rawatan 2. memberikan penerangan 6. mendaftarkan nama 3. berbaris / menunggu giliran 7. memujuk 4. mengawasi murid-murid 8. menangis Contoh-contoh ayat: 1. Sekumpulan pelajar sedang mendengar penerangan mengenai gigi yang disampaikan oleh seorang jururawat . 2. Seorang jururawat sedang memberikan penerangan kepada para pelajar mengenai penjagaan gigi yang betul. 3. Beberapa orang pelajar sedang berbaris sambil menunggu giliran bagi mendapatkan rawatan gigi. 4. Seorang guru sedang mengawasi murid-muridnya yang berbaris di hadapan bilik rawatan gigi. 5. Seorang doktor sedang memberikan rawatan gigi kepada seorang murid sekolah. 6. Seorang jururawat yang berada di luar bilik rawatan bertugas mendaftarkan nama pelajar yang ingin mendapatkan rawatan pergigian. 7. Seorang jururawat sedang memujuk seorang pelajar yang menangis kerana ketakutan. 8. Seorang pelajar sedang menangis ketakutan sambil dipujuk oleh jururawat. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan bilik rawatan gigi. 1. memberus gigi 4. Memegang kad 2. baring di kerusi 5. Mencabut gigi 3. Membuka mulut 6. berkumur 1 2 3 4 5 6 7 8
  • 20. 20 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di padang. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. bermain bola 5. berlari 2. melambungkan bola 6. bermain gelung rotan 3. memerhatikan 7. menyambut bola 4. mengambil gelung rotan Contoh-contoh ayat: 1. Sekumpulan pelajar sedang bermain bola dengan riang di padang sekolah. 2. Siti melambung bola ke arah rakannya sambil diperhatikan oleh rakan yang lain. 3. Cikgu Badrul memerhatikan para pelajarnya bermain bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. 4. Ali sedang mengambil gelung rotan yang telah tersedia di atas padang sekolah. 5. Seorang pelajar sedang berlari di kawasan padang sekolah. 6. Dua orang murid perempuan bermain gelung rotan bersama-sama dengan gembira. 7. Ani menyambut bola yang dilambung oleh rakannya dengan berhati-hati. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan suasana di padang. 1. melompat. 6. bersorak memberi semangat 2. berbual di bawah pokok. 7. gembira melihat aksi 3. berkejaran 8. menerima kalungan pingat 4. mendengar penerangan guru 9. menyampaikan hadiah 5. berlumba lari 10. menyaksikan pertandingan 1 2 3 4 5 6 7
  • 21. 21 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di tapak perkhemahan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. bermandi-manda 5. menyalakan api 2. memerhatikan 6. membawa kayu 3. berbincang 7. mendirikan khemah 4. membasuh baju Contoh-contoh ayat: 1. Tiga orang pelajar sedang bermandi-manda di kawasan air terjun berdekatan tapak perkhemahan. 2. Seorang guru sedang memerhatikan pelajarnya yang sedang membuat aktiviti berkhemah. 3. Dua orang pelajar sedang berbincang di kawasan luar khemah mereka. 4. Seorang pelajar sedang membasuh baju di atas seketul batu besar yang terdapat di tepi air terjun. 5. Seorang pelajar sedang menyalakan api yang digunakan untuk memasak air. 6. Ahmad sedang membawa beberapa batang kayu yang dikutipnya di kawasan hutan. 7. Dua orang pelajar sedang mendirikan khemah sebagai tempat berteduh sambil berbual-bual. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan suasana tapak perkhemahan. 1. menjemur pakaian 6. hidang makanan 2. membasuh pinggan 7. menikmati makanan 3. memasak 8. bermain gitar 4. menggali lubang 9. menyanyi 5. mengutip sampah 10. mengikat tali 1 2 3 4 5 6 7
  • 22. 22 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di taman sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. mencabut rumput 4. menanam pokok 2. menyiram pokok 5. memangkas daun pokok bunga 3. memberi ikan makan Contoh-contoh ayat: 1. Ahmad mencabut rumput yang tumbuh di taman sekolah lalu dimasukkan ke dalam karung sampah. 2. Rita menyiram pokok bunga berhampiran pagar supaya sentiasa cantik dan subur. 3. Seorang pelajar perempuan sedang memberi makanan kepada ikan yang dipelihara di dalam kolam taman sekolah. 4. Dua orang pelajar sedang menanam pokok bunga di taman sekolah untuk mencantikkan kawasan taman sekolah. 5. Ali memangkas daun pokok bunga menggunakan gunting pokok supaya kemas dan rapi. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan taman sekolah. 1. bersiar-siar 6. mengangkat tong sampah 2. memungut sampah 7. mengangkat kereta sorong 3. menebas rumput 8. menyusun pasu bunga 4. mengecat pagar 9. mengambil gambar 5. menggali lubang 10. memaku tiang pagar 1 2 3 4 5
  • 23. 23 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di makmal sains. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. memberi penerangan 5. menggunakan stetoskop 2. mendengar penjelasan 6. menjalankan ujikaji 3. memerhatikan alatan sains 7. melihat ujikaji 4. menggunakan mikroskop Contoh-contoh ayat: 1. Seorang guru sedang memberi penerangan kepada beberapa orang pelajarnya tentang mentol. 2. Tiga orang pelajar mendengar penjelasan guru sains mengenai mentol dengan tekun. 3. Dua orang pelajar sedang memerhatikan alatan sains yang terdapat di dalam makmal sains. 4. Sani menggunakan sebuah mikroskop yang tersedia di dalam makmal sambil diperhatikan oleh rakannya. 5. Dua orang pelajar perempuan cuba menggunakan stetoskop untuk mendengar bunyi degupan jantung. 6. Dua orang pelajar lelaki sedang menjalankan ujikaji di salah satu sudut makmal. 7. Mazni melihat ujikaji yang dilakukan oleh dua orang rakannya dengan penuh minat. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan suasana di makmal sains. 1. Membuat catatan. 5. Menyukat jumlah air 2. Membaca arahan 6. Mengukur tinggi 3. Berbicang bersama rakan 7. Membuat timbangan berat 4. Memegang tabung uji 8. Merekodkan hasil ujian 1 2 3 4 5 6 7
  • 24. 24 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana perlawanan bola sepak. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. bersorak-sorai 4. menggelecek 2. berlari 5. menjaga gawang 3. mengadili perlawanan Contoh-contoh ayat: 1. Para penonton bersorak-sorai untuk memberikan sokongan semasa menyaksikan permainan bola sepak antara pasukan Tuah Hebat dan Jebat Wira. 2. Ahmad berlari ke hadapan sebagai persediaan untukmelakukan serangan ke arah pintu gol pihak lawan. 3. Abu telah ditugaskan sebagai pengadil pertandingan untuk mengadili perlawanan bola sepak itu dengan adil. 4. Ali beraksi dengan lincah ketika mengelecek bola melepasi pemain lawan untuk menjaringkan gol. 6. Sabran menjaga gawang pasukannya bagi memastikan tiada bola yang dapat membolosi pintu gol pasukannya. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan suasana perlawanan bola sepak. 1. melompat tinggi 7. memberi sokongan 2. mengangkat pengusung 8. mengangkat bendera 3. meniup wisel 9. meraikan jaringan gol 4. menjaringkan gol 10. merembat bola 5. merebahkan badan 11. menjerit kesakitan 6. menangkap bola 12. membuat sepak mula 1 2 3 4 5
  • 25. 25 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di pintu pagar sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. turun dari kereta 5. turun dari bas 2. berjalan masuk 6. mengawal lalu lintas 3. mengawasi murid-murid 4. menunggang motosikal Contoh-contoh ayat: 1. Ahmad turun dari kereta ayahnya setelah kereta itu berhenti di hadapan perkarangan sekolah. 2. Beberapa orang pelajar yang baru tiba sedang berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah. 3. Seorang pengawas yang bertugas di pintu pagar sekolah sedang mengawasi pelajar yang baru tiba. 4. Encik Abu menghantar anaknya ke sekolah dengan menunggang motosikal. 5. Beberapa orang pelajar sedang turun dari bas sekolah dengan riangnya. 6. Seorang pengawal lalu lintas bertugas mengawal lalu lintas bagi memastikan keselamatan pelajar. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan suasana di pintu pagar sekolah. 1. bersalam dengan ibu bapa 7. berbaris 2. memimpin tangan 8. memandang kiri dan kanan 3. melambaikan tangan 9. menghentikan kenderaan 4. mematuhi lampui isyarat 10. memandu kereta 5. melintasi jalan 11. memberi laluan 6. menunggang basikal 1 2 3 4 5 6
  • 26. 26 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana gotong-royong di sebuah kawasan perumahan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. menyapu sampah sarap 5. memasukkan ranting-ranting pokok 2. mengikat beg sampah 6. melonggokkan ranting-ranting pokok 3. menyediakan makanan 7. mengisi daun-daun kering 4. mengisi air minuman 8. menyapu daun-daun kering Contoh-contoh ayat: 1. Seorang lelaki sedang menyapu sampah sarap di tepi jalan raya. 2. Seorang budak lelaki mengikat beg sampah yang berisi sampah sarap. 3. Dua orang wanita menyediakan makanan untuk orang ramai. 4. Seorang wanita sedang mengisi air minuman ke dalam gelas. 5. Dua orang lelaki memasukkan ranting-ranting pokok ke dalam lori. 6. Tiga orang kanak-kanak sedang melonggokkan ranting-ranting pokok untuk dimasukkan ke dalam lori. 7. Seorang lelaki mengisi daun-daun kering ke dalam guni. 8. Encik Abu menyapu daun-daun kering dengan penyapu. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan gotong-royong. 1. menolak kereta sorong 7. memotong rumput 2. menanam pokok 8. memesin rumput 3. mengecat dinding 9. membawa pongkes 4. membaiki 10. menanam tin-tin kosong 5. mencangkul tanah 11. mengutip sampah 6. menebas lalang 12. menyabit rumput 1 2 3 4 5 6 7 8
  • 27. 27 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di sebuah bank. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. mengisi borang 4. berkawal 2. beratur 5. berurusan 3. mengambil nombor giliran 6. menunggu giliran Contoh-contoh ayat: 1. Seorang pemuda sedang mengisi borang untuk memasukkan wang ke dalam bank. 2. Seorang lelaki beratur untuk mengambil nombor giliran. 3. Seorang wanita mengambil nombor giliran sebelum berurusan di kaunter. 4. Seorang pengawal keselamatan sedang berkawal di pintu masuk bank. 5. Dua orang pelanggan sedang berurusan di kaunter bank. 6. Beberapa orang pelanggan menunggu giliran di ruang menunggu. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan bank. 1. berbual-bual 5. menampal notis 2. melayan pelanggan 6. menanyakan sesuatu 3. memasukkan wang 7. menyimpan/mengeluarkan wang 4. membantu pelanggan 1 2 3 4 5 6
  • 28. 28 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di sebuah kedai buku. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. melayan pelanggan 4. menanyakan sesuatu 2. membuat pembayaran 5. menyusun buku-buku 3. meminta ibu 6. memilih buku Contoh-contoh ayat: 1. Juruwang Kedai Buku Gemilang sedang melayan seorang pelanggan yang hendak membeli buku. 2. Seorang wanita berdiri di tepi kaunter untuk membuat pembayaran terhadap buku yang dibelinya. 3. Dua orang budak meminta ibu mereka membeli buku yang telah dipilih oleh mereka. 4. Seorang pelanggan sedang menanyakan sesuatu kepada pekerja kedai buku itu. 5. Dua orang pekerja sedang menyusun buku di rak buku supaya kemas dan teratur. 6. Beberapa orang pelanggan sedang memilih buku yang diminati oleh mereka di Kedai Buku Gemilang. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan kedai buku. 1. beratur 6. 2. membaca buku 7. 3. membelek-belek buku 8. 4. memulangkan wang baki 9. 5. menjinjing beg plastik 10. 1 2 3 4 5 6
  • 29. 29 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di sebuah pasar raya. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. beratur / menunggu giliran / membuat pembayaran 4. mendukung anak 2. mengeluarkan wang 5. memberikan baju 3. mengira 6. memilih pakaian Contoh-contoh ayat: 1. Dua orang pelanggan sedang beratur untuk membuat pembayaran di kaunter pembayaran. 2. Seorang pelanggan mengeluarkan wang dari dompetnya untuk membayar harga baju yang dibelinya. 3. Juruwang sedang mengira jumlah harga barangan yang dibeli oleh seorang pelanggan. 4. Seorang lelaki mendukung anaknya sementara menunggu isterinya membuat pembayaran. 5. Seorang wanita memberikan sehelai baju kepada anaknya untuk dicuba di bilik persalinan. 6. Dua orang wanita sedang memilih pakaian yang terletak di dalam rak. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan bilik darjah. 1. menolak troli 6. 2. menyusun barang-barang 7. 3. melayan pelanggan 8. 4. mencuba pakaian 9. 5. 10. 1 2 3 4 5 6
  • 30. 30 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di sebuah pasar. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. memimpin tangan 4. menyerahkan sayur 2. menyusun ikan 5. memanggil pelanggan 3. menimbang sayur 6. menolak troli Contoh-contoh ayat: 1. Seorang wanita memimpin tangan anak lelakinya sambil berjalan menuju ke gerai yang menjual sayur-sayuran. 2. Seorang penjual ikan menyusun ikan-ikan di gerainya supaya kemas dan teratur. 3. Seorang penjual sayur sedang menimbang sayur sawi yang dipilih oleh seorang pelanggan. 4. Seorang wanita menyerahkan sayur yang telah dipilihnya kepada penjual sayur untuk ditimbang. 5. Seorang penjual buah memanggil pelanggan datang ke gerai buah-buahannya. 6. Seorang lelaki yang bertopi menolak troli yang berisi seraga sayur. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan bilik darjah. 1. menyiang ikan 6. memulangkan baki wang 2. memasukkan buah limau 7. membelek-belek sayur 3. tawar-menawar 8. membimbit bakul yang berisi sayur 4. memikul setandan pisang 9. berdiri di hadapan gerai 5. menghulurkan duit 10. membeli 1 2 3 4 5 6
  • 31. 31 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di pejabat pos. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. mengutip kertas 4. menanyakan sesuatu 2. memimpin tangan 5. beratur 3. melayan pelanggan 6. berurusan Contoh-contoh ayat: 1. Dua orang wanita sedang mengutip beberapa helai kertas dan dokumen yang terjatuh di lantai. 2. Seorang budak lelaki memimpin tangan datuknya sambil menyuruh datuknya duduk di kerusi yang disediakan di pejabat pos itu. 3. Seorang kaki tangan pejabat pos sedang melayan pelanggan yang memerlukan bantuan. 4. Seorang lelaki sedang menanyakan sesuatu kepada kakitangan Pos Malaysia yang bertugas di kaunter pertanyaan. 5. Dua orang pelanggan beratur sambil menunggu giliran untuk berurusan di kaunter. 6. Seorang pelanggan sedang berurusan di kaunter pejabat pos itu. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan bilik darjah. 1. mengawal 6. melekatkan setem 2. mengeluarkan surat 7. 3. memasukkan surat 8. 4. mengisi borang 9. 5. menimbang bungkusan 10. 1 2 3 4 5 6
  • 32. 32 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di sebuah pusat servis kereta. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. menservis enjin 4. memandu kereta 2. berurusan 5. membuat pembayaran 3. melayan pelanggan 6. membaca surat khabar / menunggu Contoh-contoh ayat: 1. Mekanik pusat servis kereta itu sedang menservis enjin sebuah kereta. 2. Seorang pelanggan sedang berurusan dengan kakitangan pusat servis kereta itu. 3. Kakitangan pusat servis kereta sedang melayan pelanggan yang menghantar keretanya untuk diservis. 4. Seorang lelaki memandu keretanya memasuki pusat servis kereta dengan berati- hati. 5. Seorang wanita sedang membuat pembayaran di kaunter pembayaran selepas keretanya diservis. 6. Tiga orang pelanggan membaca akhbar sementara menunggu kereta mereka diservis. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pusat servis kenderaan. 1. mengepam tayar 6. 2. berbual-bual 7. 3. 8. 4. 9. 5. 10. 1 2 3 4 5 6
  • 33. 33 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di sebuah restoran. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. berbual-bual 5. menghulurkan menu makanan 2. menunggu hidangan 6. mengelap meja 3. menghidangkan makanan 7. membawa pinggan dan gelas 4. menatang makanan Contoh-contoh ayat: 1. Dua orang pelanggan restoran berbual-bual sementara menunggu makanan yang dipesan oleh mereka. 2. Sebuah keluarga menunggu dengan sabar makanan mereka dihidangkan oleh pekerja restoran itu. 3. Pelayan restoran yang mesra menghidangkan makanan yang dipesan oleh sebuah keluarga. 4. Seorang pelayan sedang menatang dulang yang berisi seekor ikan yang telah dimasak. 5. Seorang pelayan sedang menghulurkan menu makanan yang terdapat di restoran itu kepada sepasang suami isteri. 6. Seorang pekerja restoran sedang mengelap meja dengan sehelai kain buruk. 7. Seorang pekerja menatang beberapa biji pinggan dan cawan yang telah digunakan untuk dicuci. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan restoran. 1. memanggang sate dan ikan 6. mencatat pesanan 2. memasak 7. mencuci pinggan dan mangkuk 3. membuat pembayaran 8. mengutip pinggan dan cawan 4. membuka pintu 9. menikmati makanan dan minuman 5. memesan makanan dan minuman 10. menyediakan makanan /minuman 1 2 3 4 5 6 7
  • 34. 34 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di sebuah stesen bas. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. melayan pelanggan 4. mendengar radio 2. beratur 5. membaca majalah 3. memujuk anaknya 6. menunggu bas Contoh-contoh ayat: 1. Seorang pekerja kaunter bas ekspres sedang melayan pelanggan yang hendak membeli tiket bas. 2. Beberapa orang pelanggan beratur di hadapan kaunter untuk membeli tiket bas. 3. Seorang wanita memujuk anaknya yang sedang menangis di dalam troli. 4. Seorang pemuda yang bertopi berjalan-jalan sambil mendengar radio. 5. Seorang wanita yang sedang hamil membaca majalah sambil duduk di bangku yang disediakan di stesen bas itu. 6. Seorang lelaki duduk di atas bangku sambil menunggu bas yang belum tiba. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan stesen bas. 1. berbual-bual 6. 2. membaca surat khabar 7. 3. 8. 4. 9. 5. 10. 1 2 3 4 5 6
  • 35. 35 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana ketika membina sebuah rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. menghulurkan atap 4. mengecat dinding 2. memanjat tangga 5. memaku bumbung 3. mencampurkan simen dan pasir 6. memasang atap Contoh-contoh ayat: 1. Seorang pekerja sedang menghulurkan atap kepada rakannya yang berada di atas bumbung. 2. Seorang lelaki memanjat tangga untuk naik ke bumbung rumah. 3. Seorang pekerja sedang mencampurkan simen dan pasir untuk dijadikan lantai rumah itu. 4. Seorang pekerja mengecat dinding rumah yang sedang dibina itu dengan warna putih. 5. Seorang pekerja sedang memaku bumbung rumah itu menggunakan tukul. 6. Seorang pekerja sedang memasang atap rumah yang sedang dibina itu dengan berhati-hati. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan pembinaan rumah. 1. berehat 6. 2. membancuh simen 7. 3. menyodok pasir/tanah 8. 4. menyusun batu bata 9. 5. melepa simen 10. 1 2 3 4 5 6
  • 36. 36 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di sebuah perhentian bas. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. beratur 4. menggunakan telefon 2. membaca surat khabar 5. melayan kanak-kanak 3. memimpin tangan 6. menuruni tangga Contoh-contoh ayat: 1. Beberapa orang penumpang beratur untuk menaiki bas. 2. Seorang lelaki membaca surat khabar sementara menunggu ketibaan basnya. 3. Seorang wanita memimpin tangan anaknya sambil berjalan menuju ke arah bas yang sedang berhenti 4. Seorang pemuda berbual-bual dengan kawannya menggunakan telefon bimbit. 5. Seorang penjual surat khabar sedang melayan seorang kanak-kanak yang hendak membeli gula-gula di gerainya. 6. Seorang lelaki yang bertali leher sedang menuruni tangga jejantas untuk ke perhentian bas. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan perhentian bas. 1. berbual-bual 6. 2. mendukung anak 7. 3. 8. 4. 9. 5. 10. 1 2 3 4 5 6
  • 37. 37 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana perbarisan Hari Kebangsaan. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. memberi tabik hormat / berbaris 4. membalas tabik hormat 2. mengambil gambar foto 5. menyaksikan perbarisan 3. mendukung anak Contoh-contoh ayat: 1. Anggota pasukan keselamatan berbaris sambil memberi tabik hormat kepada tetamu kehormat yang berada di atas pentas. 2. Seorang pelancong mengambil gambar foto perbarisan sempena Hari Kebangsaan itu. 3. Seorang lelaki mendukung anak kecilnya sambil menyaksikan perbarisan Hari Kebangsaan. 4. Tetamu kehormat yang berdiri di atas pentas membalas tabik hormat yang diberikan oleh pasukan keselamatan. 5. Orang ramai berpusu-pusu menyaksikan perbarisan sempena Hari Kebangsaan. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan Hari Kebangsaan. 1. 6. 2. 7. 3. 8. 4. 9. 5. 10. 1 2 3 4 5
  • 38. 38 BAHAGIAN A: Memindahkan Maklumat Gambar menunjukkan suasana di taman rekreasi. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar tersebut. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar. 1. membaca surat khabar 4. membeli aiskrim 2. memimpin tangan 5. membuang sampah 3. memangkas ranting 6. berjoging Contoh-contoh ayat: 1. Seorang lelaki berehat di bangku batu sambil membaca surat khabar. 2. Seorang budak lelaki memimpin tangan datuknya serta membawanya bersiar-siar di taman rekreasi. 3. Seorang pekerja majlis perbandaran sedang memangkas ranting-ranting pokok supaya lebih kemas dan menarik. 4. Dua orang budak membeli ais krim daripada seorang peniaga. 5. Seorang budak perempuan sedang membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di taman rekreasi itu. 6. Sepasang suami isteri berjoging di taman rekreasi itu untuk menyihatkan badan mereka. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan taman rekreasi. 1. bermain 8. menangkap rama-rama 2. duduk berehat di atas kerusi 9. mendengar muzik 3. membaca buku cerita 10. mengambil gambar foto 4. membuat senaman ringan 11. mengelap peluh 5. menyiram pokok bunga 12. menolak anak kecilnya 6. menyapu daun-daun kering 13. menjual aiskrim 7. bersenam 14. menunggang basikal 1 2 3 4 5 6