SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
INSTITUT PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
PEDAGOGI PAK
(DTM 301 )
Disediakan Oleh
FARAH NAJWA BINTI ASRI
DPAK A1002143
KOHORT 9A (G3)
017-4722417

Disediakan Untuk
TUAN RANI
(PENSYARAH PEDAGOGI PAK)
4 OGOS 2011
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus Pedagogi pada masa yang telah ditetapkan. Saya, Farah Najwa binti Asri mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah dan terutama sekali kepada pesyarah kursus ini kerana telah membantu dalam memberi maklumat sedikit sebanyak dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga pada ahli keluarga saya, terutamanya kepada kakak saya yang banyak membantu mencari maklumat untuk kerja kursus ini, serta para rakan yang secara tidak langsung turut membantu dalam menyiapkan tugasan ini.
Saya telah merancang dengan teraturnya dalam menyiapkan tugasan ini. Pada permulaan saya mendapat tugasan ini, saya serta rakan-rakan telah bersama-sama mengumpul maklumat di perpustakaan. Disebabkan cuti semester hampir tiba, masa tidak mencukupi untuk kami mencari maklumat di perputakaan. Namun saya tetap meminjam buku berkaitan dengan tugasan untuk mencari maklumat lebih senang dirumah.
Selepas berjaya menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapat membantu saya mengulang kaji subjek ini.  Saya juga mendapat gambaran yang semakin jelas mengena ipedagogi. . Fakta-fakta seperti ini perlu diketahui oleh saya sebagai bakal guru agar sesi pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan jayanya. Saya berbangga kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai dasar pendidikan yang bagus dan sentiasa diperbaharui ke arah penambahbaikan dan sejajar dengan pembangunan yang sedang diharungi.
1.0 PENGENALAN
1.1 Rasional
Pengajaran mikro diaplikasikan sepenuhnya dalam menghasilkan  guru permulaan yang berkesan.    Memandangkan betapa penting dan berfaedahnya pendekatan pengajaran mikro dalam konteks Praktikum,   Bahagian Pendidikan Guru telah menekankan  agar diaplikasikan teknik pengajaran mikro ini dalam kurikulum dimaktab/institut perguruan di Malaysia.
1.2 Tujuan
Menghasilkan pelajar meminati profesyen perguruan, dan merangsang keinginan untuk membaiki diri sendiri.
Membolehkan guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan cepat dan menyeronokkan.
Membentuk pelajar membaiki kelemahan praktikum dengan cepat dan berkesan melalui proses yang boleh memberikan maklumbalas segera dan meyakinkan serta latihan ulangan pembetulan selanjutnya.
Agar pelajar dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan berkesan.
Mengurangkan ketegangan yang dialami oleh guru pelatih apabila menghadapi kelas sebenar semasa praktikum nanti.
1.3 Pendahuluan
Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran.    Aktiviti pembelajaran seperti  set  induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara,  variasi rangsangan, peneguhan,  penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(‘gesture’) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru.
Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah.
Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran mereka.   Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran.
2.0 Pengajaran Mikro
Mengikut Micheel J. Wallace – Pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang dimudahkan.       Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan.
2.1 Pengajaran Mikro diaplikasikan
Tidak banyak penulis tentang pengajaran mikro mengusulkannya sebagai ganti Praktikum di sekolah, malah kebanyakan daripada mereka berpendapat, pengajaran mikro sebagai tambahan kepada teknik-teknik latihan perguruan yang ada,alasan yang diberikan adalah kerana,
Membolehkan pelajar menumpukan  perhatian kepada tugasan mengajar tanpa gangguan masalah pengurusan bilik darjah, yang biasa terdapat dalam praktikum disekolah.
Pelajar dapat menumpukan perhatian kepada satu kemahiran mengajar pada satu masa.
Membolehkan pelajar meneliti pengajarannya dengan cara yang sistematik, dan mendapat maklumbalas dengan segera dan kemudiannya membuat perubahan untuk membaikinya di mana yang difikirkan perlu.
Dengan menekankan penganalisaan pengajaran kepada kemahiran-kemahiran komponennya, pengajaran mikro meletakkan asas bagi pendekatan saintifik yang sebenarnya dalam latihan perguruan.
Pendekatan pengajaran mikro adalah mudahubah dan boleh digunakan dalam berbagai situasi seperti persediaan untuk praktikum di sekolah, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum, dan kajian keatas proses pengajaran dan pembelajaran.
2.2 Bagaimana Mengendalikan Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro sebagai sampingan praktikum di sekolah, langkah persediaan sebelum praktikum, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum atau langkah peneguhan pengajaran mata pelajaran di sekolah.  Perinsip asas pengendalian pengajaran mikro ialah;
Pelajar mengajar satu pelajaran yang pendek antara 5 hingga 10 minit sahaja.
Mengajar pelajaran itu kepada satu kumpulan murid atau rakannya antara 4 hingga 6 orang sahaja.
Apabila pelajaran itu tamat, murid atau rakannya keluar, dan ia membincangkan pengajarannya itu dengan penyelianya.
Selepas membuat perubahan di mana yang diperlukan ke atas pendekatannya yang lalu, ia mengajar pelajaran itu kepada satu set murid atau rakannya yang  lain.
2.3 Perkara yang penting dalam pengajaran mikro
Pelajar yang telah menguasai kemahiran pengajaran tidak perlu ulang latihan pengajarannya.
Pelajar yang belum menguasai kemahiran pengajarannya perlu mengulangi pengajarn mikronya.
Jika penggunaan perakam video panduan penilaian  dan penaksiran  tidak perlu digunakan.
Pengajaran mikro boleh dibuat di maktab/intitut dengan murid-murid sekolah dibawa ke maktab/institut, atau dijalankan di sekolah dengan pelajar dan penyelianya pergi ke sekolah.
Maklumbalas yang segera dan tepat membolehkan pelajar mengubah perlakuannya.
Perkembangan kemahiran pengajaran mikro tidak boleh dibuat berasingan dengan isi pelajaran.
Perakam vedeo mempunyai kelebihan, mengandungi unsur komunikasi lisan dan bukan lisan.
Walaupun panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu jika penggunaan perakam video, tetapi ia boleh digunakan bersama kerana ia dapat menambahkan keberkesanan latihan dari segi panduan pemerhatian dan maklumbalas yang bertulis.
2.4 Kemahiran Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesyen perguruannya.    Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh guru dalam perhubungan persemukaan di bilik darjah.  Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid.
Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya  dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan.
Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran dan pengajaran  seperti kemahiran: –
Set induksi
Tunjuk cara
Variasi rangsangan
Peneguhan
Penyoalan
Mengilustrasi dengan  menggunakan contoh
Penerangan
Aprisiasi
Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran
Penutup
2.5 KEMAHIRAN SET INDUKSI
Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran.  Pada setiap epesod pengajaran, guru hendaklah menegaskan kepada muridnya tugasan yang akan dibuat.   Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar.    Memandu muridnya kearah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman lalu/sedia ada.
,[object Object],Guru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik perhatian murid kearah pelajaran yang diajar.   Ia juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar dan pelbagai intraksi yang lain.
,[object Object],Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan menunjukkan semangat serta kesungguhan perkara yang diajarnya.    Guru boleh juga menggerakkan muridnya dengan merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau memulakan aktiviti.
,[object Object],Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya,   seperti – Tengah hari ini kita akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan bincangkannya.   Selepas perbincangan itu kamu akan menulis ceritanya.    Guru menolong muridnya dengan mencandangkan beberapa cara menulis cerita itu.
,[object Object],Guru boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan tanda berlampu yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau Sarawak.    Guru merujuk kepada situasi semasa untuk menarik perhatian.
Set induksi yang berkesan ialah,
Set induksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat.
Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.
Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid,  belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui.
2.6 KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN
Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.
Pergerakan
Pergerakan  guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di antara barisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran.     Elakkan  pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran.
2.  Gerakgeri semulajadi guru (gesture)
Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid.   Sebaliknya  pergerakan tubuh badan semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan kepada pelajaran.
3.  Mengubah nada pertuturan
Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran.     Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.
4.  Penglibatan murid secara lisan
Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat  menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran.   Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid.
5.  Penggunaan Pancaindera
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya.
5.  Aktiviti Fizikal
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar.
Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:-
Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.
Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan pelajaran.
Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar.
Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid.
2.7 KEMAHIRAN PENEGUHAN
Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis ‘syabas’ dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan.     Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan  perlakuan yang  baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif .    Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas. Bidang utama dalam peneguhan  ialah;-
Peneguhan lisan
Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti   ‘baik’, ‘ia’, ‘betul’, ‘itu jawapan yang tepat’,  ‘bijak’,  ‘pandai’, ‘ bagus’, ‘kerja kamu sempurna’, ‘itu adalah cadangan yang baik’,  dan lain-lain peneguahn yang positif.
2.  Peneguhan gerakgeri
Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya.
3.  Peneguhan dampingan
Guru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di sebelahnya dan duduk di sisi muridnya.
4.  Peneguhan sentuhan
Guru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang muridnya (sama jantina).
5.  Peneguhan aktiviti
Guru  melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya kerana murid menghasilkan  kerja yang baik.
6.  Peneguhan ganjaran
Guru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana telah menghasilkan kerja yang baik.     Bagi murid sekolah kebangsaan guru boleh memberi hadiah seperti pensil, gula-gula dan sebagainya untuk menggalakkan murid maju dalam pelajaranya.
Peneguhan yang berkesan ialah:-
,[object Object],Kemesraan,  semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan dan pencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan.
,[object Object],         Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-geri yang selalu diulang akan hilang maknanya.
,[object Object],         Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti  ‘itu salah’ atau ‘jawapan kamu tidak tepat’.
,[object Object],Peneguhan yang  berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara peneguhan dengan perlakuan dan pencapaian mereka.      Guru hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dan kumpulan sosial murid.
2.8 KEMAHIRAN PENYOALAN
Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain.     Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang sewajarnya oleh guru semasa ia mengajar.   Ada bukti yang  menunjukkkan kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan  aras rendah yang tidak memerlukan poemikiran yang kritis dan membina aras kognatif  aras tinggi.   Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid  dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan.
Penyoalan yang mudah atau asas
,[object Object]
Fokus -  Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat melibatkan ramai murid , hendaklah difokuskan kepada satu tugasan sahaja,   sementara maklumat yang diperlukan mula mendapat idea, guru bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus.
Arah – Guru mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada  murid tertentu dengan memanggil nama murid itu, atau menunjuk dengan tangan atau menganggukkkan kepala kearah murid yang hendak disoal.
Penyebaran - Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya dapat  menyoal semua kumpulan dalam kelasnya.
Pemberitahuan   - Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang boleh menunjujkkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan.    Tanda itu mungkin juga boleh membawa kepada jawapan kepada soalan itu.Penyoalan yang kompleks
PERTAMA
,[object Object]
Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya, dan meminta aras pemikiran yang berbeza.
Ingat semula
Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula maklumat-maklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah menyoal soalan yang lebih kompleks.
Kefahaman
Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu perkara.
Aplikasi
Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat menggunakan pengetahuan yang lalu.
Analisis
Guru menyoal murid yang membolehkan murid memeriksa bukti-bukti  dan kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka mengurus dan melahirkan pemikiran mereka.
Sintisis
Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang murid dalam aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan penyatuan beberapa idea.

More Related Content

What's hot

Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarSalini Dharan

Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali

MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANMENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANcik noorlyda

Kemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhanKemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhanSohib AlQuran

EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh

Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah

Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad

Penulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaranPenulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajarancik noorlyda

Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim

Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanSyaza Mohd Sabri

model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad

Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul

Kaedah dan teknik pengajaran masa kini
Kaedah dan teknik pengajaran masa kiniKaedah dan teknik pengajaran masa kini
Kaedah dan teknik pengajaran masa kiniNur Syazwani

Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity

Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Nur Kareena

Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik

Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha

Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...FaFai S.

What's hot (20)

Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar

Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab

MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANMENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN

Kemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhanKemahiran pengukuhan
Kemahiran pengukuhan

EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...

Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom

Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya

Penulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaranPenulisan hasil pembelajaran
Penulisan hasil pembelajaran

Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar

Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan

Flipped classroom
Flipped classroomFlipped classroom
Flipped classroom

model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran

Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi

Kaedah dan teknik pengajaran masa kini
Kaedah dan teknik pengajaran masa kiniKaedah dan teknik pengajaran masa kini
Kaedah dan teknik pengajaran masa kini

Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya

Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)

Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional

Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...

Nota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdfNota Minggu 1.pdf
Nota Minggu 1.pdf

Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...

Viewers also liked

Viewers also liked (16)

Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro

Teknologi maklumat dan komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasiTeknologi maklumat dan komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasi

tmk dalam pdp
tmk dalam pdptmk dalam pdp
tmk dalam pdp

PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO

Buku panduan tmk
Buku panduan tmkBuku panduan tmk
Buku panduan tmk

Peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat
Peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakatPeranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat
Peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat

Neighborhood and Sense of Community
Neighborhood and Sense of CommunityNeighborhood and Sense of Community
Neighborhood and Sense of Community

Pressure Groups
Pressure GroupsPressure Groups
Pressure Groups

Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan Masyarakat

Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043

Formal and informal groups
Formal and informal groupsFormal and informal groups
Formal and informal groups

Pengenalan kepada Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Pengenalan kepada Teknologi Maklumat Dan KomunikasiPengenalan kepada Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Pengenalan kepada Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Informal and formal groups
Informal and formal groupsInformal and formal groups
Informal and formal groups

Formal and informal organisation
Formal and informal organisationFormal and informal organisation
Formal and informal organisation

School and community
School and communitySchool and community
School and community

Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat

Similar to Pengajaran mikro

Pengajaran Mikro
Pengajaran MikroPengajaran Mikro
Pengajaran Mikroaku_ hafif

Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaranmarziana80

Kajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua halaKajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua halajoe zulkefli

Refleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro PengajaranRefleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro Pengajaranmarziana80

Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikrorestya21

Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1joe zulkefli

Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaranAhmad NazRi

Kpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razaliKpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razaliaisyamafiza

Bab 1 modul i membuka pembelajaran(2)
Bab 1 modul i membuka pembelajaran(2)Bab 1 modul i membuka pembelajaran(2)
Bab 1 modul i membuka pembelajaran(2)PratiwiKartikaSari

Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceNasrudinPGMI10

Modul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeModul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeMuhammad_Fajar21

Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceParno_M

Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceAbdul_Hakim21

Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenJoko Prasetiyo

Kemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajarKemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajarPensil Dan Pemadam

Similar to Pengajaran mikro (20)

Pengajaran Mikro
Pengajaran MikroPengajaran Mikro
Pengajaran Mikro

Bahan
BahanBahan
Bahan

Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaran

Kajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua halaKajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua hala

Refleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro PengajaranRefleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro Pengajaran

Direct instruction
Direct instructionDirect instruction
Direct instruction

Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro

Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1

Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaran

Kpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razaliKpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razali

Tugasan 2 ---
Tugasan 2 ---Tugasan 2 ---
Tugasan 2 ---

Bab 1 modul i membuka pembelajaran(2)
Bab 1 modul i membuka pembelajaran(2)Bab 1 modul i membuka pembelajaran(2)
Bab 1 modul i membuka pembelajaran(2)

Modul jadi suci
Modul jadi suciModul jadi suci
Modul jadi suci

Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice

Modul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeModul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill Practice

Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice

Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice

Akzh1343183231
Akzh1343183231Akzh1343183231
Akzh1343183231

Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan Kompeten

Kemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajarKemahiran belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajar

More from Arra Asri

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANArra Asri

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTArra Asri

Cara melakukan solat lima waktu
Cara melakukan solat lima waktuCara melakukan solat lima waktu
Cara melakukan solat lima waktuArra Asri

Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakArra Asri

Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakArra Asri

Erik erikson
Erik eriksonErik erikson
Erik eriksonArra Asri

Teori cell assembly donald o.hebb
Teori cell  assembly donald o.hebbTeori cell  assembly donald o.hebb
Teori cell assembly donald o.hebbArra Asri

Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri

Sejarah kaunseling
Sejarah kaunselingSejarah kaunseling
Sejarah kaunselingArra Asri

Penderaan seksual
Penderaan seksualPenderaan seksual
Penderaan seksualArra Asri

Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri

Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorArra Asri

Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorArra Asri

Sistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdekaSistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdekaArra Asri

Anak jalanan
Anak jalananAnak jalanan
Anak jalananArra Asri

Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamPerkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamArra Asri

Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakArra Asri

More from Arra Asri (17)

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT

Cara melakukan solat lima waktu
Cara melakukan solat lima waktuCara melakukan solat lima waktu
Cara melakukan solat lima waktu

Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanak

Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanak

Erik erikson
Erik eriksonErik erikson
Erik erikson

Teori cell assembly donald o.hebb
Teori cell  assembly donald o.hebbTeori cell  assembly donald o.hebb
Teori cell assembly donald o.hebb

Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa

Sejarah kaunseling
Sejarah kaunselingSejarah kaunseling
Sejarah kaunseling

Penderaan seksual
Penderaan seksualPenderaan seksual
Penderaan seksual

Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi

Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor

Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor

Sistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdekaSistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdeka

Anak jalanan
Anak jalananAnak jalanan
Anak jalanan

Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islamPerkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam

Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanak

Recently uploaded

LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo

KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03

Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti

Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail

Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1

Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4

algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10maulitaYuliaS

SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptAlfandoWibowo2

Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy

Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1

Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptannanurkhasanah2

Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...MuhammadSyamsuryadiS

Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292

BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95

Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51

PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998

Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1

Recently uploaded (20)